Search This Blog

Sunday, November 20, 2011

5 gadis tetap sertai Miss Borneo





KUCHING 19 Nov. – Walaupun sudah diberi kaunseling oleh pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam, lima peserta Miss Borneo 2011 yang beragama Islam tetap meneruskan penyertaan dalam pertandingan ratu cantik itu di sini, malam tadi.

Kesemua mereka memakai pakaian berwarna-warni dan menjolok mata yang mendedahkan paha dan pangkal dada pada majlis pembukaan pertandingan itu.

Gadis terlibat ialah Melatie Mellisa, 22; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23; Roszainah Suhaili, 21, dan Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21.

Natasha Nur Amarina memenangi tempat keempat dalam pertandingan berkenaan yang membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Adira pula memenangi tempat kelima dengan hadiah RM500 manakala Sharifah Nadzirah pula dinobatkan sebagai Ratu Cantik Personaliti yang membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Gadis itu turut memenangi anugerah Ratu Cantik Popular sekali gus membolehkannya menerima Samsung galaxy Tab 10.1 yang ditaja oleh Celcom.

Mereka yang berpakaian menjolok mata dalam gambar promosi acara itu yang disiarkan sebuah akhbar tempatan sejak seminggu lalu menimbulkan perasaan kurang senang umat Islam di negeri ini.

Kesemua gadis itu diberi peluang untuk membuat penjelasan terhadap penglibatan masing-masing dalam pertandingan tersebut sebelum diberi kaunseling oleh pegawai JAIS, pagi semalam.

Pengarah JAIS, Abang Shamsuddim Abang Seruji ketika diminta mengulas penyertaan lima gadis itu kecewa kerana mereka yang diberi kaunseling selama sejam pagi semalam tetap meneruskan saingan pada pertandingan itu.

Kata beliau, pihaknya berharap menerusi kaunseling itu akan ada sekurang-kurangnya seorang daripada lima peserta terbabit menarik diri, namun perkara itu tidak berlaku.

“Kami kecewa apabila mendapati lima peserta Islam itu masih menyertai pertandingan ratu cantik itu meskipun sudah diberi nasihat untuk mereka menarik diri. Bagaimanapun, JAIS akan sentiasa melakukan pemantauan terhadap pertandingan-pertandingan seumpama ini pada masa akan datang,” ujarnya.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'

Wanita paling ramai jadi mangsa seludup


MELAKA 19 Nov. - Golongan wanita didapati paling ramai menjadi mangsa jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia sepanjang 2010 hingga tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dari Januari hingga bulan lalu, seramai 184 wanita asing yang menjadi mangsa jenayah itu berjaya diselamatkan manakala pada tahun lalu seramai 210 orang.

"Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), rakyat China mencatatkan jumlah tangkapan atau mereka yang paling ramai diselamatkan daripada sindiket itu iaitu 84 orang pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Kempen Anti-Pemerdagangan Orang peringkat negeri yang turut dihadiri Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO), Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin di sini hari ini.

Katanya, selain rakyat China, wanita Thailand mencatatkan jumlah 54 orang, Vietnam (20), Indonesia dan Filipina masing-masing 11 orang, Myanmar (tiga) manakala seorang dari Kemboja.

Kata Mohd. Ali, golongan lelaki mencatatkan bilangan yang sedikit iaitu 12 orang pada tahun ini.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat diseludup dan diperdagangkan akan terjebak dalam kegiatan pelacuran sama ada secara rela atau paksaan.

Kata beliau, melalui operasi penguatkuasaan yang dijalankan pihak polis, sebanyak tiga hingga empat kes pemerdagangan orang direkodkan dalam sebulan.

Utusan Malaysia Online - Selatan:

'via Blog this'

Tujuh lelaki dicari bantu kes bunuh


KAMPAR 19 Nov. - Polis sedang mengesan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki yang ditemui dengan kesan kecederaan di kepala dan badan di hadapan Restoran Lucky San, Jalan Tasek, Pekan Gopeng di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, mereka yang dikehendaki polis ialah G. Sarawanan, 31, beralamat di No 1 Jalan Merdeka, Desa Lawan Kuda, 31600 Gopeng,; P. Alaigeswearan, 26, beralamat di L-78 Jalan Kinta 8, Taman Kinta, 31600, Gopeng; V. Raguwaran, 22, beralamat di No 31, Lawan Kuda Baru, 31600 Gopeng.

Selain itu, polis turut mencari A. Raymond George, 31, beralamat di No B276, Lorong Kolam Kopisan Baru, 31600 Gopeng; S. Visvanathan, 28, beralamat di No 28, Jalan 4, Taman Kinta Baru, 31600 Gopeng; G. Nanthakumaran, 33, beralamat di No. 1 Jalan Merdeka, Desa Lawan Kuda, 31600, Gopeng dan A. Shaivalingam, 22, beralamat di No 8 Jalan Dobi, Changkat, Batu Gajah.

Polis meminta mereka tampil ke balai-balai polis berhampiran atau sesiapa yang mengenali mereka menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar di nombor telefon 05-4652222 atau 05-4650020 talian hotline untuk membantu siasatan, katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Aziz berkata, sebelum ini polis menahan 10 lelaki berusia 18 hingga 40 tahun di sekitar Gopeng dan di sini untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian Sabtu lepas, seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kecederaan di badan dan kepala, dipercayai dibunuh, di hadapan Restoran Lucky San Jalan Tasek, Pekan Gopeng.

Mayat K. Manimaran, 26, ditemui pada pukul 11.20 malam oleh polis selepas menerima laporan daripada orang awam.

Hasil siasatan awal, mangsa dipercayai diserang lebih sekumpulan lelaki dengan bersenjatakan parang dan batang besi yang dikatakan berpunca daripada balas dendam. Polis bagaimanapun masih menyiasat motif sebenar kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Utusan Malaysia Online - Utara:

'via Blog this'

Tujuh lelaki dicari bantu kes bunuh


KAMPAR 19 Nov. - Polis sedang mengesan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki yang ditemui dengan kesan kecederaan di kepala dan badan di hadapan Restoran Lucky San, Jalan Tasek, Pekan Gopeng di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, mereka yang dikehendaki polis ialah G. Sarawanan, 31, beralamat di No 1 Jalan Merdeka, Desa Lawan Kuda, 31600 Gopeng,; P. Alaigeswearan, 26, beralamat di L-78 Jalan Kinta 8, Taman Kinta, 31600, Gopeng; V. Raguwaran, 22, beralamat di No 31, Lawan Kuda Baru, 31600 Gopeng.

Selain itu, polis turut mencari A. Raymond George, 31, beralamat di No B276, Lorong Kolam Kopisan Baru, 31600 Gopeng; S. Visvanathan, 28, beralamat di No 28, Jalan 4, Taman Kinta Baru, 31600 Gopeng; G. Nanthakumaran, 33, beralamat di No. 1 Jalan Merdeka, Desa Lawan Kuda, 31600, Gopeng dan A. Shaivalingam, 22, beralamat di No 8 Jalan Dobi, Changkat, Batu Gajah.

Polis meminta mereka tampil ke balai-balai polis berhampiran atau sesiapa yang mengenali mereka menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar di nombor telefon 05-4652222 atau 05-4650020 talian hotline untuk membantu siasatan, katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Aziz berkata, sebelum ini polis menahan 10 lelaki berusia 18 hingga 40 tahun di sekitar Gopeng dan di sini untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian Sabtu lepas, seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kecederaan di badan dan kepala, dipercayai dibunuh, di hadapan Restoran Lucky San Jalan Tasek, Pekan Gopeng.

Mayat K. Manimaran, 26, ditemui pada pukul 11.20 malam oleh polis selepas menerima laporan daripada orang awam.

Hasil siasatan awal, mangsa dipercayai diserang lebih sekumpulan lelaki dengan bersenjatakan parang dan batang besi yang dikatakan berpunca daripada balas dendam. Polis bagaimanapun masih menyiasat motif sebenar kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Utusan Malaysia Online - Utara:

'via Blog this'

Enam ditahan curi kenderaan


MIRI 19 Nov. - Empat lelaki dan dua wanita merupakan suspek terbaru yang ditahan di sini di bawah Ops Lejang bagi mencegah kes mencuri kenderaan, kata Ketua Polis Daerah Miri, ACP Jamaludin Ibrahim.

Beliau berkata, individu yang ditahan dipercayai anggota kumpulan mencuri kenderaan yang aktif di bandar raya ini dan kawasan sekitarnya sejak 10 bulan lalu.

Tangkapan pertama dibuat kira-kira 5.30 petang Selasa lalu melibatkan seorang wanita berumur 38 tahun di sebuah ladang kelapa sawit di Kilometer 27, Jalan Miri-Lambir.

"Ketika suspek ditahan, dia sedang memandu pacuan empat roda yang dilaporkan hilang di sekitar bandar raya Miri sehari sebelum itu," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Jamaludin berkata, tangkapan wanita berkenaan membawa kepada beberapa serbuan lain dengan penahanan empat lelaki dan seorang wanita sementara dua kenderaan yang dipercayai dicuri turut ditemui. — BERNAMA

Utusan Malaysia Online - Selatan:

'via Blog this'

Polis rampas 4,251 komputer judi


JOHOR BAHRU 19 Nov. - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara merampas sebanyak 4,251 unit komputer yang digunakan dalam kegiatan perjudian selain menahan 580 orang sepanjang tahun lepas sehingga Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Akhir Ishak berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 759 serbuan dijalankan oleh polis.

"Dalam tempoh tersebut, seramai 90 orang telah dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian berkomputer.

"Kita turut mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan untuk memotong bekalan elektrik ke atas 65 premis yang menjalankan aktiviti haram itu," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Menurut Mohd. Akhir, pihaknya akan terus menjalankan penguatkuasaan dan serbuan bagi memastikan aktiviti tersebut dibanteras sepenuhnya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, beliau berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun dan merampas 66.7 gram dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM10,000 pada Selasa lalu.

Katanya, lelaki itu ditahan ketika menunggang motosikal di Jalan Ledang, Taman Johor dekat Tampoi di sini pukul 8 malam.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas sebuah beg yang dibawa lelaki berkenaan menemui 14 peket lutsinar mengandungi dadah jenis heroin seberat 63 gram dan enam peket lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 3.7 gram.

Utusan Malaysia Online - Johor:

'via Blog this'

Judi Internet semakin menular



Ti Lian Ker menyerahkan wang bantuan khas RM100 kepada ibu pelajar menerusi penjaga mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih (SMKAP) di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.


KUANTAN 18 Nov. - MCA Kuantan bimbang dengan aktiviti perjudian Internet yang didapati semakin menular di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar bandar ini.

Pengerusi MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker berkata, masalah itu difahamkan semakin serius sehingga ada pelajar sanggup berhutang dengan ah long untuk melepaskan ketagihan mereka kepada judi Internet yang ditawarkan di kafe-kafe siber.

''Saya minta sangat ibu bapa pantau aktiviti anak-anak bagi mengelakkan terjebak dengan perkara ini. Biasanya ibu bapa hanya tahu yang anak mereka terlibat judi apabila dihubungi ah long.

''Saya sendiri ada menerima aduan daripada ibu bapa yang terkejut anak-anak mereka terlibat dengan ah long akibat judi Internet.

''Malah sudah ada beberapa kes yang saya sendiri bantu ibu bapa selesaikan hutang ah long yang dibuat anak-anak mereka," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian wang bantuan khas persekolahan 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih (SMKAP) di sini kelmarin.

Kira-kira 1,500 pelajar SMKAP layak menerima wang RM100 sebagai bantuan persekolahan yang diberikan kepada pelajar di seluruh negara.

Hadir sama, Pengetua SMKAP, K. Nandakumar dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKAP, K. Rajagopal.

Lian Ker berkata, sehubungan itu, sebaik-baiknya ibu bapa sendiri menyimpan wang RM100 yang diberikan itu bagi memastikan ia dibelanjakan sebagai persediaan pelajar untuk sesi baharu persekolahan akan datang.

"Wang berkenaan perlu digunakan dengan baik bagi persediaan persekolahan pada tahun depan.

"Saya nasihatkan ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak dan mengelakkan mereka menggunakan wang berkenaan untuk tujuan negatif seperti berjudi di kafe-kafe siber," katanya

Utusan Malaysia Online - Pahang:

'via Blog this'

157 saman dalam Ops Khas JPJ


KUANTAN 18 Nov. - Sebanyak 157 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Jalan Tanah Putih di sini malam semalam.

Operasi empat jam bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bermula pukul 9.30 malam itu diketuai Ketua Unit Operasi JPJ negeri, Yusoff Mohd. Nor bersama 110 anggota pelbagai agensi.

Pengarah JPJ negeri, Datuk Zakaria Man berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 26 kesalahan termasuk tiada lesen memandu serta lesen tamat tempoh dikesan manakala dua pemandu teksi didapati tidak memiliki permit.

"Turut direkodkan, sebanyak 33 kesalahan cukai jalan tamat tempoh, 16 kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, 35 kes cermin gelap dan dua kesalahan teknikal," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Katanya, empat pengguna kenderaan berusia antara 20 hingga lingkungan 30-an turut didapati positif dadah selepas ujian air kencing dan mereka diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

"Operasi ini menumpukan pemeriksaan motosikal, namun pemilik kenderaan lain yang diperiksa didapati melakukan kesalahan.

"Selain itu, ada di kalangan pemandu kereta yang menggunakan cermin gelap dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu," tambahnya.

Katanya, pemilik kenderaan yang disita akibat cukai jalan yang tamat tempoh melebihi setahun perlu datang ke pejabat cawangan JPJ untuk memperoleh surat pengesahan sebelum boleh memperbaharui cukai jalan masing-masing.

"Pihak penguat kuasa bukan mahu mencari kesalahan pengguna jalan raya untuk disaman, tetapi lebih kepada mengurangkan risiko kemalangan selain menimbulkan kesedaran untuk kebaikan semua pihak," jelasnya.

Utusan Malaysia Online - Pahang:

'via Blog this'

Penyamun menyamar polis diberkas


KOTA KINABALU 18 Nov. – Seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dan menyamun 12 individu melibatkan kerugian hampir RM10,000 sejak Mac lalu berjaya diberkas baru-baru ini.

Hanya berbekalkan kad polis palsu, suspek yang berusia 32 tahun akan menghampiri dan mengugut mangsa sebelum membawanya memasuki kereta dan dibawa ke kawasan sunyi sebelum disamun.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Peter Umbuas berkata, kali terakhir suspek melakukan jenayah itu adalah pada 10 November lalu melibatkan seorang mangsa lelaki tempatan berusia 37 tahun.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika mangsa berada dalam sebuah bank di pusat bandar. Mangsa kemudian dihampiri suspek yang memperkenalkan diri sebagai polis sambil menunjukkan kad polis palsu.

“Suspek kemudian mengugut mangsa kononnya ingin membuat pemeriksaan ujian air kencing lalu memaksa lelaki itu memasuki keretanya sebelum membawanya ke satu kawasan untuk menyamun mangsa,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu hari ini.

Tambah Peter, berdasarkan laporan yang diterima selepas kejadian itu, sepasukan polis segera menyiasat dan berjaya mengesan suspek berdekatan Plaza Central di Kepayan Ridge dekat sini kira-kira 30 minit kemudian.

“Setelah ditahan, polis menemui sekeping kad tertera logo polis palsu dan empat keping nombor pendaftaran kenderaan yang berbeza.

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak:

'via Blog this'

Pil kuda gagal diseludup


RANTAU PANJANG 19 Nov. - Pasukan Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan menumpaskan cubaan seorang lelaki untuk menyeludup masuk 8.6 kilogram pil kuda dianggarkan bernilai RM600,000 di Pangkalan Haram Gergaji dekat sini, semalam.

Rampasan dilakukan semasa anggota pasukan berkenaan menjalankan rondaan di kawasan itu pukul 6.10 petang.

Penolong Pegawai Memerintah Batalion Ke-2 itu, Mejar Mohd. Nadzri Ismail berkata, anggotanya ternampak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan membawa sebuah kotak bertulisan bahasa Thailand.

"Sebaik sahaja melihat kelibat anggota kami melakukan rondaan, lelaki itu terus membuang kotak tersebut dan melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan mendapati kotak itu mengandungi 14 bungkusan mengandungi dadah berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di Markas Sasaran Penting 8 Briged dekat sini, hari ini.

Menurutnya, bungkusan tersebut diserahkan kepada Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

Mohd. Nadzri berkata, pihaknya akan meningkatkan kawalan dan penguatkuasaan di kawasan sempadan bagi memastikan negara bebas daripada kegiatan penyeludupan.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Bumbung rosak helikopter terbang rendah


KUANTAN 19 Nov. - Bumbung beberapa buah kedai di Jalan Bukit Ubi di sini rosak diterbangkan angin, berpunca daripada sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri yang terbang rendah di kawasan tersebut, hari ini.

Turut rosak papan-papan tanda selain lima buah motosikal di hadapan premis itu yang terbalik.

Kejadian berlaku pukul 1 petang itu turut menggemparkan kira-kira 15 pelanggan dan peniaga yang menyaksikan pesawat tersebut terbang rendah dan seolah-olah mahu terhempas.

Pesawat itu kemudian melakukan pendaratan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 di sini yang terletak berhadapan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Ubi di sini.

Pemilik kedai alat ganti motosikal, Ta Kuan Yew, 40, berkata, semasa kejadian, dia melayan pelanggan di kedainya sebelum terdengar bunyi deruman dan angin kuat dari atas bumbung premisnya.

"Panik dengan bunyi deruman dan tiupan angin kuat itu, pelanggan saya bertempiaran lari masuk ke dalam kedai.

"Pada masa sama, lima motosikal yang diletakkan di depan kedai saya terbalik dan dahan pokok turut patah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Pemilik kedai peralatan menjual alatan sembahyang, Ng Ah Noi, 50, berkata, dia melihat pekerjanya berlari masuk ke dalam kedai dan terdengar bunyi objek diterbangkan dari atas bumbung premisnya.

"Papan tanda perniagaan yang dipasang di kedai terjatuh kerana tempias angin kuat pesawat itu," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong berkata, pihaknya menerima lima aduan kerosakan premis perniagaan ekoran kejadian tersebut.

"Saya sudah maklumkan perkara itu kepada pihak Bomba dan mereka bersedia membayar ganti rugi kepada peniaga terbabit. Mereka akan melakukan siasatan sebelum tindakan diambil," katanya lagi.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Mangsa trauma, rumah dirompak kali ke-13



Rumah mangsa bukan setakat dimasuki pencuri tetapi turut dibakar oleh penjenayah di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor, malam semalam.


SEMENYIH 19 Nov. – Sejak menginap di Bandar Tasik Kesuma, Beranang dekat sini sejak 1999, sebuah keluarga sering dilanda kebimbangan apabila rumah mereka telah dipecah masuk penjenayah sebanyak 12 kali.

Berikutan itu, keluarga tersebut memasang sistem penggera malah serik untuk membeli peralatan rumah berjenama kerana bimbang mengalami nasib serupa.

Namun segala usaha mereka tidak berhasil apabila sekali lagi rumah itu dipecah masuk malam tadi, tetapi kali ini lebih teruk apabila turut musnah dibakar suspek.

Dalam kejadian pukul 2.45 pagi itu, penjenayah melarikan beberapa barangan berharga selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah tersebut.

Pemilik rumah, Esah Ahmad (gambar), 57, memberitahu, kejadian disedarinya apabila telefon bimbitnya menerima isyarat kecemasan daripada alat penggera yang dipasang di rumahnya sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, ketika menerima isyarat itu dia sekeluarga berada di rumah adik perempuannya di Ampang.

“Ketika menerima isyarat pertama saya telah menyangka sesuatu pelik telah berlaku, namun isyarat kedua seakan memberi gambaran tepat bahawa sesuatu telah berlaku di rumah saya.

“Berikutan itu saya bergegas pulang dan ketika tiba kelihatan seperti asap keluar dari bumbung rumah. Selepas membuka pintu kelihatan api marak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Esah yang juga eksekutif swasta itu berkata, dia percaya rumah mereka dipecah masuk berikutan kehilangan barangan berharga dan keadaan yang berselerak.

Selain itu, katanya, penyahkod rumahnya yang diletakkan di dalam bilik tidur utama dan ruang tamu rumahnya turut lesap dipercayai dilarikan penjenayah.

“Setakat ini kami percaya penjenayah memecah masuk melalui bumbung kerana beberapa keping bumbung telah dikeluarkan dan disusun dengan baik di lantai,” ujarnya.

Jelasnya, dalam kejadian sebelum ini penjenayah melarikan televisyen dan barangan elektrik lain selain turut membawa bersama pagar besi di hadapan rumah.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Tiga beranak proses dadah dihukum mati


20/11/2011 6:38pm

ALOR SETAR 20 Nov. - Tiga beranak termasuk seorang anak perempuan hari ini dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas didapati bersalah atas tuduhan memproses dadah di Lunas, Kulim, lima tahun lepas.

Ooi Hooi Beng, 50, anak lelakinya, Ong Heng Keat, 26, dan anak perempuan, Ong Gaik Kee, 24, kelihatan tenang sebaik Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Azman Husin, menjatuhkan hukuman itu.

Bagaimanapun, tiga lagi tertuduh, Pang Chui Kong, 47, Lim Kim Hee, 50, dan Wong Ah Ngau, 47, dilepaskan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka. - Bernama

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Misteri amah mati

GEORGETOWN: Kematian seorang pembantu rumah yang ditemui terbaring kaku di dapur rumah majikannya di Medan Tembaga, Island Park, di sini kelmarin masih menjadi tanda tanya.

Ini berikutan mangsa yang hanya dikenali sebagai Sukarti, 39, dikatakan hanya mengalami luka di kaki kiri sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap oleh majikan yang kemudian menghubungi polis kira-kira jam 7.30 petang.


Sepasukan polis kemudian bergegas ke rumah terbabit dan hasil siasatan awal mendapati mangsa kemungkinan maut akibat mengalami pendarahan yang terlalu banyak di bahagian kaki.

Malah, mangsa juga dikatakan cuba merawat sendiri luka di kakinya itu yang kelihatan seperti bisul dengan membasuh menggunakan air paip dan kesan darah turut ditemui di kain yang digunakannya dan juga dinding.


Mangsa yang sudah bekerja selama lapan bulan di rumah majikannya itu berasal dari Semarang, Indonesia dan dia sebelum ini pernah dihantar majikan ke klinik kerana mengadu badannya lemah dan difahamkan dia turut mempunyai penyakit kencing manis.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Gan Kong Meng berkata, setakat ini polis masih menunggu keputusan bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan pemeriksaan mendapati kaki pembantu rumah terbabit luka akibat terkena tangga sejak beberapa hari lalu.


“Selain itu, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah dan tiada barang mangsa yang hilang,” katanya.

myMetroMisteri amah mati:

'via Blog this'

Jururawat didakwa sebab 5 warga emas maut selepas rumah jagaan terbakar

SYDNEY: Seorang jururawat lelaki, semalam didakwa dengan pelbagai tuduhan membunuh selepas satu kebakaran memusnahkan rumah jagaan orang tua tempat dia pernah bekerja hingga menyebabkan lima orang maut, kata polis.

Jururawat berusia 35 tahun itu yang sudah tidak bekerja lagi di situ tidak dibenar diikat jamin dan didakwa di mahkamah hari ini. Beratus-ratus anggota bomba, polis dan paramedik berkejar ke rumah jagaan orang tua Quakers Hill di bandar raya ini yang terbakar, kelmarin.


Dalam kebakaran itu, tiga warga emas dilaporkan mati di tempat kejadian, mangsa keempat mati pada malam semalam dan kelima pada hari ini. Kira-kira 30 lagi penghuni dirawat di hospital dengan sesetengahnya dalam keadaan parah akibat terbakar.

Polis mencurigai kejadian kebakaran itu selepas mendapati ia berlaku di dua sayap berbeza bangunan berkenaan. “Apa yang boleh saya katakan, pegawai kami sudah memperoleh maklumat untuk mensabitkan suspek dengan tuduhan itu,” kata Superintendan Michael Willing yang mengetuai siasatan kes terbabit. Suspek yang bekerja sebagai jururawat berdaftar di rumah jagaan terbabit bertugas di situ dalam jangka waktu singkat. - AFP

myMetroJururawat didakwa sebab 5 warga emas maut selepas rumah jagaan terbakar:

'via Blog this'

2 wanita buang bayi dituduh membunuh

HONG KONG: Polis Hong Kong mendakwa dua wanita rakyat asing dipercayai warga Indonesia dengan kes pembunuhan, semalam selepas mereka membuang bayi yang baru dilahirkan ke dalam tong sampah di pusat kutipan sampah.

Polis mengenal pasti dua wanita berusia 26 dan 32 tahun itu sebagai pekerja asing. Laporan media tempatan awal minggu ini memetik kenyataan polis sebagai berkata mereka adalah pembantu rumah warga Indonesia.


“Wanita berusia 26 tahun itu yang melahirkan anak 16 November lalu membuang bayinya di pusat kutipan sampah Ying Lung Wai dengan bantuan rakannya,” kata kenyataan polis.

Wanita itu dikatakan melahirkan bayi perempuan di kediamannya dan memasukkan bayi itu ke dalam plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah. - AFP

myMetro2 wanita buang bayi dituduh membunuh:

'via Blog this'

wanita buang bayi dituduh membunuh

HONG KONG: Polis Hong Kong mendakwa dua wanita rakyat asing dipercayai warga Indonesia dengan kes pembunuhan, semalam selepas mereka membuang bayi yang baru dilahirkan ke dalam tong sampah di pusat kutipan sampah.

Polis mengenal pasti dua wanita berusia 26 dan 32 tahun itu sebagai pekerja asing. Laporan media tempatan awal minggu ini memetik kenyataan polis sebagai berkata mereka adalah pembantu rumah warga Indonesia.


“Wanita berusia 26 tahun itu yang melahirkan anak 16 November lalu membuang bayinya di pusat kutipan sampah Ying Lung Wai dengan bantuan rakannya,” kata kenyataan polis.

Wanita itu dikatakan melahirkan bayi perempuan di kediamannya dan memasukkan bayi itu ke dalam plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah. - AFP

myMetro2 wanita buang bayi dituduh membunuh:

'via Blog this'

Guru lempar wang

PAGOH: “Saya terkejut kerana guru besar sanggup melemparkan wang RM26 di depan kami dan melayan seperti pengemis, sedangkan kami ke sekolah kerana mahu menuntut hak anak mendapat RM100 seperti mana diterima pelajar lain,” kata Azman Salleh, 38, bapa seorang murid yang kecewa wang pemberian kerajaan kepada anaknya dipotong tanpa alasan munasabah.

Menurut Azman, anaknya, Ainul Akmal, 8, hanya menerima RM56 kerana pengurusan sekolah memotong RM44 dengan alasan untuk melunaskan hutang buku rampaian.


Potongan itu memeranjatkan Azman dan isteri, Norizan Mohd Mustafa, 38, kerana apa diketahui mereka, tiada sebarang hutang buku yang masih belum dilunaskan.

Azman berkata, Selasa lalu dia pergi ke sekolah untuk mengambil wang seperti diarahkan tetapi terkejut apabila hanya menerima separuh daripada jumlah asal.


Katanya, dia ada bertanyakan guru mengenai hutang dimaksudkan tetapi tidak mendapat jawapan meyakinkan. “Pengurusan sekolah memaklumkan hutang buku rampaian Ainul tahun ini belum dijelaskan sedangkan saya dan isteri sudah membayarnya.


“Lebih pelik, anak saya juga tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan sehingga tamat persekolahan tahun duanya.

“Jika benar kami masih mempunyai hutang, mengapa pengurusan sekolah tidak mengeluarkan sebarang surat untuk memaklumkan perkara itu sebelum ini?” katanya.


Tidak puas dengan penjelasan itu, Azman berkata, dia sekali lagi pergi ke sekolah berkenaan, semalam, namun kecewa apabila guru besar melayannya seperti pengemis selain mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka sekeluarga.

Katanya, kejadian berlaku di pejabat itu turut disaksikan isteri, kerani dan kakitangan sekolah berkenaan.


“Saya meminta secara elok baki duit anak kerana Ainul tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan.


“Namun, guru besar itu tiba-tiba melenting dan mengeluarkan duitnya sendiri sebanyak RM26 sebelum melemparkannya kepada kami.


“Saya begitu terkejut dengan tindakannya itu. Inikah sikap seorang guru yang selama ini diagungkan sebagai pendidik bangsa?” katanya yang membuat laporan polis pada hari sama.

myMetroGuru lempar wang:

'via Blog this'

Keras kepala

MELAKA: Biarpun ujian saringan air kencingnya positif dadah syabu, seorang wanita 'keras kepala' apabila enggan mengakuinya dan berdalih dengan memberi pelbagai alasan termasuk menyatakan dia hanya memakan jamu dan tidak mengambil bahan haram itu.

Wanita terbabit antara 60 pengunjung sebuah pusat hiburan berhampiran kolam memancing di Taman Melaka Raya, dekat sini, yang diperiksa sepasukan 16 anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, dekat sini, awal pagi semalam.


Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum anggota BSJN menyerbu premis hiburan itu, sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat IPD Melaka Tengah (D7) turut melakukan pemeriksaan di situ.

Bagaimanapun, pemilik premis dan pengunjung disyaki tidak menyangka pihak polis melakukan serbuan kali kedua apabila membuka kembali premis hingga lewat pagi.


Operasi 'Ops Tapis' yang dijalankan sepanjang tahun di pusat hiburan di negeri itu diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (IPD) Melaka Tengah, Asisten Superintendan Mohd Azam Ab Razak.


"Tolonglah tuan, saya tak pernah tengok pun pil (syabu) itu apalagi menyentuhnya. Saya hanya makan jamu untuk jaga kesihatan badan. Saya tak tahu macam mana air kencing saya boleh positif dadah," kata wanita berusia 35 tahun itu.

Begitupun, rayuan wanita terbabit gagal meraih simpati anggota polis yang bersengkang mata melakukan operasi bermula kira-kira jam 4.45 pagi dan berakhir jam 5.30 pagi termasuk ujian saringan terhadap semua pengunjung berusia 18 hingga 47 tahun termasuk 42 lelaki dan 18 wanita.


Dia yang berpenampilan agak seksi dengan memakai seluar jean biru serta baju tanpa lengan akhirnya akur selepas mendapati anggota polis bertugas enggan melayan kerenahnya.

Selain wanita terbabit, pelbagai gelagat dapat dilihat daripada majoriti pengunjung wanita yang diperiksa iaitu di kalangan remaja yang berpakaian menjolok mata apabila ada yang menangis dan cuba menyorok muka selepas sampel urin mereka positif dadah.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, daripada 60 pengunjung diperiksa, 18 didapati positif mengambil dadah sintetik iaitu amphetamine (syabu) dan methamphetamine.

myMetroKeras kepala:

'via Blog this'

Padah lari asrama

ARAU: Akibat kebosanan, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang bertindak melarikan diri dari asrama sekolahnya, dekat sini, berdepan detik menyayatkan hati apabila menjadi mangsa rogol seorang lelaki pada Khamis lalu.

Mangsa dipercayai memanjat pagar asrama kira-kira jam 10.45 malam sebelum terserempak dengan seorang lelaki berusia 22 tahun di sebuah stesen bas lalu mempelawa diri untuk menemani gadis itu. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, suspek kemudian membawa mangsa bersiar-siar di Kangar, dekat sini, sehingga tengah malam.


Katanya, mangsa yang berasal dari Lubuk Sireh tidak dapat pulang ke asramanya kerana sudah lewat malam sebelum diajak pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Mangsa tidak mengesyaki sesuatu yang buruk apabila suspek memaklumkan tinggal bersama keluarga selain berjanji menghantarnya pulang ke asrama pada keesokan paginya.


“Percaya dengan kata suspek, mangsa mengikut lelaki itu pulang ke rumahnya sebelum dirogol serta dikurung sehingga petang keesokkan harinya. Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri ketika ketiadaan lelaki itu,” katanya.


Menurutnya, pihak sekolah yang terkejut dengan kehilangan mangsa dari asrama kemudian mencarinya sebelum berjaya menemuinya pada petang kelmarin.

Katanya, selepas disoal, mangsa memberitahu dia keluar dari asrama sekolah sebelum dirogol suspek menyebabkan laporan berhubung kejadian dibuat di Balai Polis Arau untuk tindakan lanjut.


“Berdasarkan laporan polis, suspek ditahan kira-kira jam 5 pagi tadi (semalam) dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

myMetro | Padah lari asrama:

'via Blog this'