Search This Blog

Saturday, November 19, 2011

Tinggalkan mangsa begitu sahaja

Oleh : AZLINA BT MOHAMAD JANTAN
Tarikh : November 18, 2011

MANTIN – Seorang wanita maut selepas motosikal yang dibonceng bersama suaminya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Kenari berhampiran simpang Taman Bunga Raya, di sini, kira-kira jam 1.10 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, pemandu kereta terbabit meninggalkan mangsa, Loh Sook Wah, 47, dan suaminya berumur 49 tahun di lokasi kejadian.

Difahamkan, suami mendiang yang juga penunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda cedera parah di bahagian badan dan kepala.

Jurucakap polis berkata, hasil siasatan awal, motosikal terbabit dari arah Mantin menghala ke Seremban sebelum terlibat dalam kemalangan dengan kereta Perodua Kenari berwarna putih yang datang dari arah bertentangan.

“Kemalangan mengakibatkan Sook Wah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Pengguna jalan raya yang lalu di lokasi kejadian melaporkan kemalangan berkenaan kepada pihak berkuasa dan hospital,” katanya, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat dan sehingga petang semalam, pemandu kereta terbabit masih belum membuat laporan kepada pihak polis.

“Punca kejadian masih dalam siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Ahmad Khairi Roslan menerusi talian 06-6033394 atau balai polis berdekatan,” katanya.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika mengesahkan kejadian.

Tinggalkan mangsa begitu sahaja - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lepaskan nafsu di kebun jering

Oleh : FARHANAH BT AHMAD KHAIR
Tarikh : November 19, 2011
Lepaskan nafsu di kebun jering

ALOR GAJAH - Perubahan sikap yang berlaku ke atas ­seorang murid perempuan Tahun Enam di sebuah sekolah dekat sini, mendedahkan perbuatan kejam seorang ­lelaki warga emas yang didakwa merogol kanak-kanak terbabit sejak empat tahun lalu.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri (Operasi dan Risikan), Superintendan R Gunarajan berkata, kejadian itu berlaku sejak 2007 ketika mangsa berusia lapan tahun dan sedang bersekolah dalam Tahun Dua di sekolah terbabit sering diperkosa oleh suspek yang berusia 60 tahun sehingga penghujung 2010.

Menurutnya, difahamkan mangsa dirogol secara berterusan sejak 2007 dan perbuatan kejam itu disyaki ­dilakukan suspek berulang kali tidak mengira waktu sama ada di rumah atau di kebun jering berhampiran rumah mangsa di sebuah Felcra di daerah ini.

“Perubahan sikap mangsa itu disedari seorang guru kaunseling pada Selasa lalu yang melihat mangsa ­kemurungan sejak kebelaka­ngan ini sebelum memujuk mangsa untuk menceritakan masalah yang dihadapi.

“Mangsa kemudiannya memaklumkan dia dirogol seorang lelaki yang juga jiran sebelah rumahnya ketika ­ketiadaan ibu bapanya di rumah,” katanya.

Gunarajan berkata, selepas itu guru kaunseling itu menemui ibu bapa mangsa dan menceritakan kejadian yang berlaku ­sebelum diarahkan membuat laporan di balai polis berhampiran serta menjalani ­pemeriksaan di klinik.

“Mangsa yang dilihat ­sugul dan murung dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk menjalani pemeriksaan dan hasil mendapati mangsa tidak mengandung,” katanya.

Katanya, suspek yang ­berusia 60 tahun itu ditahan di rumahnya pada petang laporan dibuat kedua ibu bapa mangsa dan suspek kini ditahan ­reman sehingga 22 November ini bagi menjalankan siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperkosa gadis bawah umur dan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Seksual dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Lepaskan nafsu di kebun jering - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Mangsa dera mati akibat cedera berganda di kepala

Oleh : SH JHR HAFIDZUL
Tarikh : November 18, 2011

JOHOR BAHRU - Mangsa dera yang ditemui meninggal dunia di rumahnya di Jalan Hang Tuah 5, Taman Skudai Baru di sini, pagi kelmarin, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan berganda di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Supritendan Mohd Akhir Ishak berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa, K Shatis, meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan di kepala dipercayai akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

Selain itu, katanya, terdapat beberapa kesan dipercayai dera di badan mangsa dan pihaknya kini masih menjalankan siasatan sejak bilakah mangsa dan semua kanak-kanak lain itu didera lelaki berkenaan.

Mangsa dera mati akibat cedera berganda di kepala - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Malang bertimpa

Oleh : SH JOHOR/AZLINA OTHMAN
Tarikh : November 16, 2011

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas, di sini, hilang punca pendapatan apabila anak angkatnya dimasukkan ke hospital selepas paru-parunya disahkan dijangkiti kuman sejak setahun lalu.

Lebih malang lagi, ibu tunggal tersebut bingung memikirkan nasib hidupnya apabila tidak dapat menjelaskan kadar sewa biliknya di Jalan Ah Siang, Lumba Kuda di sini, yang tertunggak selama tiga bulan berjumlah RM1,200.

Bagai malang ditimpa tangga, bilik sewa Mek Kamariah Che Awan, 60, turut dimasuki pencuri, Ahad lalu hingga kerugian wang yang baru sahaja dipinjam dari kenalannya berjumlah RM100, beg tangan berisi buku simpanan bank dan telefon bimbit.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, Mek Kamariah terlelap di biliknya selepas melawat anak angkatnya, Nor Rehan Salleh, 38 atau lebih dikenali sebagai Mira yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebelum menyedari kesemua barang tersebut dikebas pencuri.

“Mak cik tak sangka, sebelum ini tak pernah terjadi hal seperti ini. Mak cik letak beg tangan dan telefon bimbit di bawah bantal, namun sejurus terjaga kedua-dua barang itu hilang. Mujur, mak cik letak kad pengenalan di tempat lain.

“Lebih membimbangkan, sejak Mira masuk hospital kami hilang punca pendapatan. Tambahan pula sudah tiga bulan mak cik tak bayak sewa rumah sebanyak RM400 sebulan. Buat masa ini, sumber kewangan yang ada, mak cik berjimat cermat

Tuan rumah sudah sibuk bertanya dan pernah mengarahkan mak cik keluar berpindah. Kalau berpindah, mak cik tak tahu mana hendak tuju,” katanya ketika ditemui media semasa Penyampaian Sumbangan kepada keluarga terbabit oleh Pemuda UMNO, di sini, semalam.

Mek Kamariah telah kehilangan suaminya sejak 10 tahun yang lalu berasal dari Kelantan berhijrah ke Johor untuk mencari pekerjaan bagi meneruskan kehidupannya sudah menetap di negeri ini lebih kurang 20 tahun lalu.

“Mak cik tiada wang untuk melunaskan sewa bilik yang tertunggak itu. Sebelum ini, Miralah tempat mak cik bergantung harap dan satu-satunya waris yang mak cik ada, tetapi kini dia dimasukkan hospital pula,” katanya yang memberitahu bahawa sebelum ini Mira bekerja sebagai Pembantu kedai namun berhenti kerja setelah dimasukkan hospital.

Sementara itu, Ketua Pemuda Johor Bahru, Khaled Mohamad berkata, bantuan berbentuk sedikit wang tunai dan barang keperluan harian seperti makanan dan lain-lain dihulurkan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung mereka.

“Kami akan berusaha mendapatkan rumah sewa yang lebih selesa pada kadar sewa yang agak rendah. Kadar bilik sewa sebanyak RM400 agak mahal. Selain itu, kami akan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membantu mereka mendapat saluran bantuan yang sepatutnya,” katanya.

Sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang dialami keluarga terbabit boleh menghubungi Mek Kamariah sendiri di talian 013-7074819.

Malang bertimpa - Johor - Sinar Harian:

Diperdaya dua wanita muda

Oleh : SITI NOOR SEPEE
Tarikh : November 19, 2011
Diperdaya dua wanita muda

JOHOR BAHRU – Selepas dikaburi dengan hadiah ratusan ribu ringgit, seorang warga emas kerugian RM2,000 selepas ditipu sindiket gores dan menang ketika berkunjung ke sebuah pasar raya, di kawasan Tebrau, di sini pada 29 Oktober lalu.

Menurut Boi Ing Sooi @ Ooi Geok Eng, 60, dia bersama anak perempuannya didatangi dua wanita berusia lingkungan 20-an di kawasan parkir pasar raya itu sebelum dipelawa untuk menggores kad yang dihulurkan.

“Tanpa berasa curiga, anak saya mengambil kad berkenaan dan menggoresnya seperti yang diarahkan selepas itu dua wanita itu mendakwa kami berdua telah memenangi hadiah bernilai RM150,000.

“Untuk memudahkan urusan mengambil hadiah yang dimenangi, kami dibawa ke pejabat syarikat berkenaan di Taman Mount Austin, Selain itu, kami turut diarahkan membayar sejumlah sebelum layak membuat tuntutan.

“Kami diminta membayar sebanyak RM6,300 sebagai bayaran ‘cukai’, disebabkan tidak cukup wang, mereka menyuruh saya menggadaikan rantai emas yang dipakai di sebuah kedai pajak gadai di Pandan dengan ditemani dua wanita itu,” katanya pada sidang media di Kelab Media Cina, di sini, semalam.

Selepas menerima RM2,000 hasil menggadai rantai emasnya, namun jumlah itu masih lagi tidak mencukupi, lantas dua wanita itu menyuruh Ing Sooi dan anaknya membuat pinjaman peribadi di sebuah bank.

“Kami hanya menuruti apa yang mereka cadangkan tanpa banyak soal, ketika di bank mereka turut meminta supaya kami berdua membuat pinjaman sebanyak RM6,000 untuk menjelaskan bayaran bagi menuntut hadiah yang kami menang.

“Disebabkan pinjaman peribadi masih belum diluluskan, wakil syarikat gores dan menang itu meminta Ing Sooi menyerahkan wang sebanyak RM2,000 dan dia diberikan sebuah ketuhar jenama tidak terkenal,” katanya yang tinggal di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.

Jika Ing Sooi menyerahkan baki wang, dua wanita itu berjanji akan menyerahkan Batu Jed Korea bernilai RM12,000 dan akan membantu untuk menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi.

Katanya, wanita itu masih lagi menghubungi pada keesokannya untuk mengetahui status pinjaman peribadinya, berdasarkan perlakuan itu, dia dan anaknya berasa curiga dan mengesyaki telah ditipu sindiket berkenaan.

“Anak kami menceritakan kejadian itu kepada kenalannya dan kami dinasihatkan untuk membuat laporan polis kelmarin di Balai Polis Taman Johor Jaya dan akan memfailkan kes berkenaan di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM),” katanya.

Diperdaya dua wanita muda - Johor - Sinar Harian:

Kapal asing ditahan

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 18, 2011
Kapal

SHAH ALAM – Kapal MV Glory River yang berdaftar di negara jiran ditahan Maritim Malaysia Wilayah Selatan setelah pemeriksaan mendapati mereka melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Barat, berhampiran Tanjung Piai, Pontian semalam.

Menurut Staf Perhubungan Awam APMM Wilayah Selatan, Mohd Sahrunizam Mohamed Husin dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, kapal berkenaan dikesan KM Marudu yang ketika itu melakukan Operasi Satria Selatan di perairan Selat Melaka sebelum menemuinya sedang bersauh dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 4.2 batu nautika Barat Daya Tanjung Piai.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, pihaknya menghampiri kapal berkenaan dan pemeriksaan mendapati kapten kapal gagal mengemukakan dokumen kebenaran dari Ketua Pengarah Laut untuk bersauh dalam perairan Malaysia.

“Kapal didaftarkan di Singapura ketika itu membawa 23 kru warga Filipina berumur antara 20 hingga 51 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kapal berkenaan melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran dan gagal membayar dius api sebelum kesemua dokumen kapal dan dua krunya dibawa ke Ibu Pejabat APMM untuk siasatan,” katanya

Kapal asing ditahan - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tertuduh utama rompak USD 300,000 warga Singapura di hadapkan ke mahkamah

Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 18, 2011

SEPANG - Seorang ahli perniagaan yang merupakan tertuduh utama dalam kes rompakan melibatkan USD300,000 (RM953,580) milik tiga warga Singapura di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sept lepas, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.

T.Sritharan, 32, mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan utama dan tiga pertuduhan alternatif yang dikemukakan.

Bagi tiga pertuduhan utama, Sritharan didakwa dengan seorang lagi yang masih bebas D.Nagarajan, melakukan rompakan berkumpulan ke atas Hameed Saadik Batcha, Abd Rahman Maricar dan Zakkariya Mohamed Shatik, sebanyak USD100,000 setiap seorang.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tandas lelaki, bersebelahan Restoran Deli France, Tingkat 1, Bangunan Satellite, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 11.25 malam, 15 Sept lepas mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi tiga lagi pertuduhan utama, Sritharan didakwa menipu ketiga-tiga warga Singapura itu dengan memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Bangunan Satellite, KLIA, pukul 11 malam, pada tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi tiga pertuduhan alternatif pula, Sritharan didakwa menyamar dirinya sebagai pegawai SPRM kepada ketiga-tiga lelaki itu pada masa dan tempat yang sama, mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu tahun hingga 10 tahun dengan sebatan dan juga denda.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaacob membenarkan Sritharan dibebaskan dengan ikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah selain tidak dibenarkan ke Sabah dan Sarawak dan melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan.

Beliau menetapkan 6 Dis ini untuk sebutan semula kes itu.

Beliau juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin supaya kes Sritharan dibicarakan bersama-sama dengan kes tiga pegawai SPRM yang telah didakwa di mahkamah pada 7 Okt lepas yang melibatkan transaksi yang sama.

Terdahulu, Nadia Hanim menawarkan supaya Sritharan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM100,000 kerana beliau merupakan tertuduh utama dalam kes jenayah terancang yang melibatkan jumlah yang banyak iaitu dengan mengambil USD100,000 masing-masing daripada tiga mangsa.

Beliau juga memohon pasport anatarabangsa Sritaharan diserahkan ke mahkamah, tidak boleh ke Sabah dan Sarawak dan melapor diri di balai polis berdekatan.

"Ini kerana, terdapat risiko yang tinggi untuk Sritharan melarikan diri," katanya yang turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi.

Beliau berkata Sritharan menyerahkan dirinya pada 8 Nov lepas dan telah mengambil masa hampir dua bulan untuk berbuat demikian selepas ketiga-tiga pegawai SPRM ditangkap pada 19 Sept lepas.

Peguam R.Vijayan yang mewakili Sritharan berhujah bahawa tujuan jaminan adalah bagi memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah dan memohon jumlah itu diturunkan kepada RM30,000 sama seperti jumlah jaminan yang ditetapkan kepada tiga pegawai SPRM itu.

Beliau berkata tiada perbezaan antara anak guamnya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu dengan tiga penjawat awam berkenaan.

Tertuduh utama rompak USD 300,000 warga Singapura di hadapkan ke mahkamah - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'