Search This Blog

Thursday, November 17, 2011

Tahan pendakwah: Sabah serah kepada Bukit Aman


KOTA KINABALU 16 Nov. - Polis Kontinjen Sabah menyerahkan kepada Polis Bukit Aman bagi menangani kontroversi penahanan 10 pendakwah dan aktivis Islam di Tawau, Isnin lalu.

Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Hamza Taib yang mengesahkan penahanan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut sambil berkata, Bukit Aman akan mengeluarkan kenyataan mengenai tangkapan itu.

"Setakat ini kita menyerahkan kes tersebut kepada Bukit Aman dan tiada sebarang komen lanjut daripada saya," katanya yang kini berada di Kuala Lumpur ketika dihubungi, hari ini.

Memetik portal berita Sabahkini.net, pendakwah dan aktivis itu ditahan di rumah mereka di hadapan isteri dan anak-anak oleh pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.

Menurut laporan itu, keluarga dan waris mereka dimaklumkan sehari selepas kejadian bahawa mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

Pesuruhjaya Pas Sabah, Mohd. Aminuddin Aling dalam kenyataannya kepada portal itu, menggesa polis supaya mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kedudukan sebenar supaya penahanan itu tidak disalah tafsir dan menimbulkan sangkaan buruk terhadap kesemua mangsa.

"Pas Sabah mahukan penjelasan pihak polis kerana penangkapan tanpa waran dan notis yang dilakukan di hadapan isteri dan anak-anak tahanan adalah disifatkan tidak munasabah.

"Kita juga menuntut supaya semua tahanan tersebut dibebaskan serta-merta tanpa syarat," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Pelajar disengat tebuan ketika duduki peperiksaan


JERANTUT 16 Nov. - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang 'bergelut' menjawab soalan kertas Bahasa Inggeris 2, terpaksa menahan kesakitan apabila pahanya disengat seekor tebuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin di sini semalam.

Kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd. Irfan Abdul Khalid, 17, sedang leka menjawab soalan peperiksaan kertas itu yang bermula pukul 10.30 pagi.

Pelajar itu dikatakan tidak menyedari seekor tebuan tiba-tiba muncul dan menyengat pahanya.

Ibu pelajar terbabit, Normah Hasim, 61, berkata, selepas disengat, anaknya mula berasa sakit namun dia sempat menepis serangga itu dan membunuhnya.

"Sewaktu menahan kesakitan, anak saya sempat menjawab soalan kerana bimbang dia tidak dapat menghabiskan kertas peperiksaan itu.

"Namun, beberapa minit kemudian, anak saya mendapati air keluar dari telinga dan hidungnya menyebabkan dia meminta kebenaran untuk keluar ke tandas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Dinding dekat sini semalam.

Normah memberitahu, Mohd. Irfan bagaimanapun tidak memaklumkan kejadian itu kepada guru pengawas peperiksaan sehingga badannya kian lemah dan segera dibawa oleh guru ke Hospital Jerantut.

Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, pegawai perubatan memaklumkan anaknya mengalami alahan namun tidak serius dan boleh kembali ke sekolah selepas diberi suntikan dan ubat.

Kata ibu tunggal itu lagi, anaknya pernah disengat tebuan sebelum ini tetapi kesan yang paling teruk kali ini, dia mengadu badannya kesejukan selain hilang selera makan.

"Saya berterima kasih kepada guru yang segera menghantar anak saya ke hospital dan berharap agar anak saya dapat menamatkan peperiksaan SPM kerana ini melibatkan masa depannya," kata Normah.

Sementara itu, Pengarah Hospital Jerantut, Dr. Devaraj Salam berkata, pelajar itu mengalami alahan akibat sengatan tersebut iaitu beberapa bahagian badannya menjadi bengkak dan kemerahan termasuk di mata dan lengan.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

20 maut bas mini rempuh trak


BEIJING 16 Nov. - Sekurang-kurangnya 18 kanak-kanak pra sekolah dan dua orang dewasa maut hari ini apabila bas mini dengan 64 penumpang yang dinaiki mereka, bertembung dengan sebuah trak di wilayah Gansu di China, lapor media tempatan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, bas mini yang hanya boleh memuatkan sembilan penumpang itu merempuh sebuah trak yang sarat dengan muatan arang batu pada pukul 9.40 pagi waktu tempatan (8.40 pagi waktu Malaysia) di bandar Qingyang ketika kanak-kanak tersebut dalam perjalanan ke tadika.

Pengarah Pejabat Kecemasan Biro Keselamatan Kerja Wilayah Gansu, Fan berkata, lima terdiri daripada empat kanak-kanak dan seorang pemandu bas maut di tempat kejadian.

Katanya, 14 yang lain meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital atau di hospital.

Tambah beliau, seorang lagi mangsa dewasa ialah guru tadika.

Bas itu membawa seramai 64 penumpang dengan 62 daripadanya adalah kanak-kanak.

Seramai 45 kanak-kanak dihantar ke hospital dan 13 daripada mereka dilaporkan mengalami kecederaan serius, jelas Xinhua.

Kemalangan kerap berlaku di China akibat muatan berlebihan, sistem penyelengaraan kenderaan yang kurang memuaskan dan kecuaian pemandu. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Rumah terbengkalai: Pemaju boleh didenda, dipenjara


KUALA LUMPUR 16 Nov. - Pemaju perumahan yang gagal meneruskan projek hingga menyebabkannya terbengkalai dianggap telah melakukan satu kesalahan.

Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Peruntukan itu merupakan seksyen baru yang terkandung di dalam fasal 9 Rang Undang-Undang Pemajuan Perumahan (Kawalan an Pelesenan) (Pindaan) 2011 bertujuan membolehkan prosiding jenayah diambil terhadap pemaju seumpama itu.

Menurut rang undang-undang tersebut fasal 9 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 18A ke dalam Akta 118 bagi mengatasi masalah projek rumah terbengkalai serta hak mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemaju yang tidak bertanggungjawab.

‘‘Peruntukan ini terpakai kepada mana-mana pemaju yang enggan meneruskan projek atau menangguhkan atau menggantung atau menghentikan untuk tempoh enam bulan atau lebih atau tempoh siap yang dipersetujui di dalam perjanjian jual beli ,” menurut rang undang-undang lagi.

Rang undang-undang berkenaan telah dibaca buat kali pertama oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung Dewan Rakyat hari ini dan apabila diluluskan kelak, rang undang-undang itu akan dikenali sebagai Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)(Pindaan) 2011.

Selain itu fasal 5 yang bertujuan menggantikan seksyen 8A Akta 118 di dalam rang undang-undang tersebut turut memberi hak kepada pembeli untuk menamatkan perjanjian jual beli sekiranya pihak pemaju perumahan enggan meneruskan projek selepas enam bulan perjanjian tersebut ditandatangani.

Fasal 3 di dalam rang undang-undang berkenaan bertujuan meminda seksyen 6 Akta 118 pula memperuntukkan bahawa hanya pemaju perumahan berlesen yang mempunyai keupayaan kewangan mencukupi sahaja dibenarkan mengusahakan projek perumahan.

‘‘Fasal ini juga memperuntukkan jumlah deposit bagi memperoleh satu lesen pemajuan perumahan dinaikkan daripada RM200,000 kepada tiga peratus daripada anggaran kos pembinaan,” katanya mengenai rang undang-undang itu.

Fasal 8 bertujuan meminda seksyen 16AD Akta 118 telah memperuntukkan untuk menaikkan penalti minimum ketidakpatuhan kepada award tribunal daripada RM10,000 kepada penalti maksimum RM50,000.

‘‘Fasal 6 pula bertujuan meminda subseksyen 16N (1) berkaitan dengan had bidang kuasa tribunal. Melalui pindaan ini tribunal berkuasa untuk mendengar tuntutan daripada suatu perjanjian jual beli yang melibatkan seseorang pemaju perumahan tidak berlesen,” menurut rang undang-undang itu lagi.

Utusan Malaysia Online - Parlimen:

'via Blog this'

1,460 akaun dibekukan sejak 2003


KUALA LUMPUR 16 Nov. – Sebanyak 1,460 akaun melibatkan nilai wang RM164,825,898.08 dan wang tunai berjumlah RM204,819 dibekukan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 sejak 2003 hingga 31 September lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebanyak 931 akaun dengan wang bernilai RM104,029,481.98 dan wang tunai berjumlah RM13,009,886.60 pula disita di bawah akta yang sama.

“Bagi jumlah kes mengikut pecahan kaum pula, 123 melibatkan Melayu, 219 kes kaum Cina, 28 kes kaum India dan 13 kes kaum lain,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Hishammuddin menjawab soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang ingin mengetahui jumlah wang yang telah dibekukan di bawah setiap kategori kesalahan di bawah AMLATFA dan juga pecahan jumlah kes mengikut kaum di negara ini.

Sementara itu, beliau berkata, penentuan hukuman terhadap kesalahan tersebut adalah tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah.

“Bagaimanapun, buat masa ini peruntukan hukuman di bawah akta ini adalah mencukupi bagi mengekang aktiviti penggubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan,” jelasnya.

Utusan Malaysia Online - Parlimen:

'via Blog this'

Kebakaran: 2 sahabat tinggal sehelai sepinggang


KOTA BHARU 16 Nov. - Dua sahabat tinggal sehelai sepinggang apabila rumah sewa yang mereka duduki terbakar di Kampung Lundang, dekat sini petang semalam.

Kejadian berlaku pukul 5.30 petang ketika Amirullah Abidin, 49, dan Mohd. Johari Mohd. Yusof, 50, sedang bekerja di sebuah premis kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

Menurut Amirullah, salah seorang rakannya memaklumkan mengenai kejadian itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Sebaik membaca SMS itu, saya berlari ke arah tingkap pejabat untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati rumah saya sedang terbakar," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Amirullah berkata, kesemua barangan yang ada di dalam rumah musnah dalam kebakaran tersebut.

Katanya, rumah tersebut disewa oleh majikannya untuk kemudahan pekerja.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pukul pukul 5.49 petang.

Menurutnya, seramai 13 anggota dari Balai Darul Naim dan Kota Bharu bersama tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian namun sebaik sahaja tiba, hampir 80 peratus rumah itu sudah terbakar.

"Punca kebakaran itu masih disiasat. Kerugian awal yang dialami dianggarkan kira-kira RM50,000," katanya.

Utusan Malaysia Online - Timur:

'via Blog this'

Kereta baru, nombor casis berbeza


KUALA LUMPUR 16 Nov. - Setelah membeli dan memandu sebuah kereta jenis Perodua MyVi selama setahun, seorang penuntut perempuan baru menyedari bahawa nombor casis kenderaannya itu tidak sama seperti yang tertera di dalam geran.

Perkara itu disedari T. Prishantini, 22, penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam ketika menghantar kenderaan itu untuk diperiksa Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) selepas terlibat dalam kemalangan pada 24 September lalu.

Malah, Prishantini turut melahirkan rasa kesal kerana syarikat penjualan kereta tersebut seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab di atas kesilapan nombor casis kereta tersebut.

Prishanti mendakwa, kereta miliknya itu dibawa ke bengkel Perodua untuk dibaiki selepas terlibat dalam kemalangan mengakibatkan bahagian depannya remuk dan ianya ditukar dengan alat ganti yang baru.

Namun, setelah dihantar ke Puspakom, kakitangan syarikat itu memaklumkan bahawa nombor casis kenderaan tersebut tidak sama seperti di dalam geran.

"Berikutan itu, bapa saudara saya segera menghubungi bengkel tersebut untuk mendapatkan kepastian. Pihak bengkel bagaimanapun menafikan pihaknya terlibat.

"Bapa saudara saya kemudian pergi ke bengkel tersebut untuk membuat pemeriksaan dan mendapati memang nombor casis kereta saya tidak sama seperti yang tertera dalam geran," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan dekat sini hari ini.

Prishantini berkata, dia kemudian menghubungi syarikat penjualan kereta itu untuk mendapatkan kepastian namun, kakitangan syarikat itu seolah-olah tidak mengendahkan pertanyaan pelajar itu.

"Sepatutnya, syarikat penjualan kereta itu perlu bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku kepadanya supaya ia tidak berulang kepada pembeli lain. Sebelum kereta dijual, mereka perlu meneliti segala maklumat kenderaan itu," katanya.

Prishantini berkata, berikutan itu, dia kini mengalami kesukaran kerana tidak dapat memperbaharui cukai jalan sehingga nombor casis kenderaan itu sama seperti dalam geran.

"Saya sudah tidak menggunakan kereta tersebut sejak 24 September lalu kerana jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, pihak insurans tidak akan membayar kerugian yang saya alami," katanya.

Utusan Malaysia Online - Kota:

'via Blog this'

Janji peluk Islam kebas RM60,000

KUALA LUMPUR: Bermodalkan ikrar memeluk Islam dan berjanji untuk berkahwin menyebabkan seorang duda berusia 55 tahun sanggup menyerahkan wang tunai simpanannya berjumlah RM60,000 secara berperingkat kepada seorang wanita kulit putih bersama peguamnya, sejak awal bulan lalu.

Pengawal keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 55, berkata, wanita warga Amerika Syarikat itu dikenali sebagai Anne mendakwa bekerja di syarikat penggali minyak berpangkalan di Labuan, Sabah, sejak 22 Oktober lalu.


Menurutnya, hasil perkenalan dan pertemuan pertama melalui rakannya itu, dia menjalin hubungan mesra bersama wanita berusia 30-an itu sebelum Anne menyatakan hasrat memeluk Islam hujung tahun ini.

Katanya, disebabkan yakin dengan niat ikhlas wanita itu yang juga boleh berbahasa Melayu, mangsa menceritakan mengenai wang simpanannya yang sudah mencecah RM60,000 dan wang itu akan digunakan untuk urusan perkahwinannya dengan wanita itu kelak.


“Bagaimanapun, pada 8 November lalu, Anne meminta pertolongan saya membayar RM2,500 untuk urusan satu surat sumpah kepada peguamnya yang akan membantu mendapatkan cek tuntutan berjumlah RM2.3 juta daripada majikannya,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.



Beliau berkata, disebabkan rasa sayang kepada wanita berkenaan, dia berurusan dengan peguam dimaksudkan Anne iaitu seorang lelaki rakyat tempatan yang kononnya mempunyai pejabat di Jalan Telawi, Bangsar, di sini untuk pembayaran wang itu.

“Wang itu dimasukkan ke akaun lelaki terbabit.


“Keesokannya, Anne meminta saya memasukkan lagi RM7,500 dan apabila saya menyatakan tidak mempunyai wang sebanyak itu, wanita itu merajuk.

“Disebabkan tiada pilihan lain, saya akur pada permintaan wanita terbabit dan lebih mengejutkan seminggu selepas itu, Anne meminta saya membayar RM50,000 pula untuk urusan pembayaran cukai kerajaan,” katanya.


Menurutnya, wanita berkenaan menyatakan sebaik selesai membayar wang RM50,000 itu, dia akan datang ke Kuala Lumpur untuk majlis pertunangan mereka.


“Saya percaya dan menyerahkan wang berkenaan kepada setiausaha peguam itu dalam pertemuan di stesen bas berhampiran Pasar Seni.


“Malangnya Anne tidak jadi datang ke Kuala Lumpur seperti dijanjikan sebaliknya menghubungi saya untuk memasukkan pula RM27,000 ke dalam akaun peguam berkenaan untuk urusan sama.


“Disebabkan berasa kurang yakin, saya tidak menuruti permintaannya kerana duit simpanan saya juga sudah habis.


“Apabila saya meminta alamat penuh peguam berkenaan, dia mula memberi pelbagai alasan dan ketika itu baru saya sedar sudah tertipu. “Susulan itu, saya membuat laporan di Balai Polis Pantai untuk tindakan lanjut,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha sedang dijalankan untuk menjejaki kedua-dua suspek.

myMetro | Janji peluk Islam kebas RM60,000:

'via Blog this'

‘Pilihan saya tepat’


BAHAGIA...Noor Mahayu di sisi suaminya, Mat
BAHAGIA...Noor Mahayu di sisi suaminya, Mat

myMetro | ‘Pilihan saya tepat’:

'via Blog this' TANAH MERAH: “Saya bahagia. Walaupun hanya mengenali suami ketika diijabkabulkan Jumaat lalu, dia kelakar dan mudah bertolak ansur,” akui Noor Mahayu Shamsuddin, 26, yang bertemu jodoh dengan warga emas berusia 64 tahun. Menurutnya, dia tidak mengenali Mat Ibrahim, imam Masjid Mukim Bechah Laut di sini, sebelum ini kerana semuanya diuruskan keluarga. “Semuanya keluarga yang aturkan dan saya hanya tahu bakal suami imam. Hanya dalam tempoh tiga minggu dirisik, saya selamat diijabkabulkan,” katanya. Menurut Noor Mahayu, keputusannya berkahwin dengan lelaki 38 tahun lebih tua daripadanya yang juga duda dibuat atas kerelaan sendiri, tanpa paksaan sesiapa. “Nasihat ayah yang paling utama. Saya buat keputusan tepat (berkahwin dengan Mat) memandangkan dia mempunyai latar belakang agama yang baik dan perkahwinan ini juga sangat istimewa bagi saya. “Saya hanya melihat wajah suami ketika dinikahkan dan baru sedar saya pernah melihatnya di hospital ketika menjaga arwah ibu yang ketika itu sakit, dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui bersama suaminya di Kampung Baru, Bechahut, semalam. Noor Mahayu berkata, dia juga mahukan anak ramai seperti diinginkan suaminya bagi menyambung zuriat mereka. Sebelum ini, anak bongsu daripada tujuh beradik itu pernah bekerja di syarikat swasta di Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung untuk menjaga ibunya yang sakit saraf. Ibunya bagaimanapun meninggal dunia, dua bulan lalu. Noor Mahayu turut berkorban menjaga bapanya yang cacat kaki akibat kencing manis. “Selain menjaga ayah, kini saya turut menjaga suami tercinta,” katanya ceria. Semalam, muka depan Harian Metro melaporkan, perkahwinan Noor Mahayu dan Mat yang diibaratkan perkahwinan selebriti apabila bernikah pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11. Pasangan itu selamat dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11 di sini, dengan wang hantaran RM5,011. Majlis resepsi mereka diadakan kelmarin dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung selain diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.

Kereta diumpil

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga berusia 30 tahun kerugian lebih RM8,000 selepas keretanya diumpil manakala pelbagai barangan berharga dilarikan di parkir di sebuah pusat beli-belah di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, pada jam 2.45 petang, mangsa ke pusat beli-belah berkenaan untuk berjumpa dan makan tengah hari bersama rakannya.


Bagaimanapun, menurut sumber, ketika mangsa kembali ke keretanya, dia terkejut apabila melihat keretanya tidak berkunci dan terdapat kesan umpilan pada bahagian kunci pintu.

“Barangan berharga seperti iPad, pakaian, kasut, makanan serta barang dapurnya lesap,” katanya.


Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields pada hari sama.

myMetro | Kereta diumpil: "KUALA LUMPUR: Seorang peniaga berusia 30 tahun kerugian lebih RM8,000 selepas keretanya diumpil manakala pelbagai barangan berharga dilarikan di parkir di sebuah pusat beli-belah di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, pada jam 2.45 petang, mangsa ke pusat beli-belah berkenaan untuk berjumpa dan makan tengah hari bersama rakannya.


Bagaimanapun, menurut sumber, ketika mangsa kembali ke keretanya, dia terkejut apabila melihat keretanya tidak berkunci dan terdapat kesan umpilan pada bahagian kunci pintu.

“Barangan berharga seperti iPad, pakaian, kasut, makanan serta barang dapurnya lesap,” katanya.


Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields pada hari sama."

'via Blog this'

Polis berjaya berkas perompak rumah mewah dalam 15 minit sahaja

KUALA LUMPUR: Kepantasan polis bertindak dalam tempoh kurang dari 15 minit selepas menerima panggilan berjaya memberkas tiga penyamun warga Indonesia yang sedang merompak sebuah rumah mewah di Kampung Indah Permai, Ampang di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata pihaknya dimaklumkan kira-kira pukul 4.30 pagi mengenai kejadian itu.


Berikutan itu, empat kereta peronda terdiri daripada 10 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dalam tempoh lapan minit sebelum memberkas ketiga-tiga suspek beberapa minit kemudian.

"Kepungan di hadapan dan belakang kawasan rumah dibuat sebelum kami masuk menggunakan pintu belakang rumah yang telah dipecah masuk oleh suspek dan terus menuju ke bilik utama yang sedang digeledah mereka.


"Didapati pemilik rumah dan ahli keluarganya diikat dan ditahan di tepi katil. Terkejut dengan kehadiran kami, suspek bertindak ganas dengan mengacukan parang di leher isteri pemilik rumah dan anak perempuannya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Beliau berkata satu pergelutan berlaku namun polis berjaya menangkap ketiga-tiga suspek sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek berumur antara 27 hingga 36 tahun pernah terlibat dalam kes samun di Ampang menggunakan modus operandi yang sama iaitu memecahkan pintu belakang rumah mangsa.

"Ada seorang lagi suspek berjaya ditahan hari ini dan kita percaya suspek keempat ini adalah mastermind dan pointer, iaitu bertindak sebagai pemberi maklumat rumah mana yang boleh disamun atau dirompak.

"Lelaki ini warga Indonesia dan identitinya sedang dikenal pasti," katanya.

Amiruddin berkata pihaknya juga turut menemui wang tunai kira-kira RM4,000, sebuah komputer riba, lima buah telefon bimbit dan barang kemas yang kesemuanya bernilai hampir RM20,000 yang cuba dilarikan suspek.

Menurutnya, ketika kejadian, kesemua mangsa yang terdiri daripada sepasang suami isteri, dua anak perempuan dan seorang anak lelaki sedang tidur sebelum disamun dan diikat.

"Hanya kecederaan ringan sahaja dialami seorang mangsa dan kepantasan mereka menghubungi kami amat dipuji dan sikap ini perlu dicontohi orang ramai bagi mengelakkan jenayah berlaku," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan polis sedang memohon perintah reman hari ini bagi menahan suspek untuk siasatan lanjut. -- BERNAMA

myMetro | Polis berjaya berkas perompak rumah mewah dalam 15 minit sahaja:

'via Blog this'

Acu parang di tengkuk

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengalami detik cemas selepas dua lelaki menaiki motosikal mengacukan parang di tengkuknya sebelum menyamunnya dalam kejadian di Jalan Aminuddin Baki, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu menyebabkan mangsa yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran kerugian kira-kira RM 5,000 apabila barang kemas dan wang tunai RM200 miliknya disamun lelaki terbabit.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Siva, 35, berkata ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke keretanya apabila tiba-tiba muncul dua lelaki menunggang sebuah motosikal menghampirinya.

Katanya, dua lelaki berusia 20-an itu memakai topi keledar dan salah seorang daripadanya membawa parang sebelum mengacukan senjata itu di tengkuknya.


“Mereka mengugut mahu mencederakan saya sekiranya melawan dan meminta saya menyerahkan wang tunai dan barang kemas yang dipakai.



“Saya merasa takut terus memberi dua utas rantai, dua bentuk cincin dan wang tunai RM200 serta beberapa dokumen penting,” katanya di sini, semalam.

Siva berkata, selepas memperoleh semua barang dikehendaki, dua lelaki itu melarikan diri.


Dia kemudian kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

myMetro | Acu parang di tengkuk:

'via Blog this'

Gadis lari ikut teman lelaki

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori merayu anak gadisnya yang menghilangkan diri dipercayai mengikut teman lelakinya sejak lebih setahun lalu kembali ke pangkuan keluarga.

Jamari Sungip , 54, dari Kampung Tok Pinang, Serendah berkata, kehilangan anaknya Nor Faizura Jamari, 24, disedari selepas tidak muncul di gerai isterinya selepas keluar dari rumahnya, jam 10 pagi pada 18 Mac tahun lalu.


Beliau berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu difahamkan tidak berpuas hati dengan masalah keluarganya yang sering berpindah kerana menghadapi masalah kewangan.

Menurutnya, anaknya bekas pelajar Politeknik Cheras bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai serbaneka di Serendah.


“Kali terakhir dia dilihat ialah ketika menuju ke gerai pisang goreng milik ibunya di Serendah,” katanya.



“Pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya tetapi sehingga kini tidak berhasil. Kami bimbang mengenai keselamatannya dan merayu dia supaya kembali kepada keluarga,” katanya.

Menurutnya, berikutan kehilangan anaknya itu dia membuat laporan di Balai Polis Serendah.


“Saya bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap anak saya dan berharap dia dapat pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta hubungi Jamari di talian 01116252063.

myMetro | Gadis lari ikut teman lelaki:

'via Blog this'

RM25,000 masih terbuka

AMPANG: Seorang pegawai bank masih buntu mengesan ibu dan adik lelakinya yang hilang dari rumah sejak 30 Ogos lalu walaupun sudah membuat siaran media sebanyak dua kali dan menawarkan hadiah wang tunai RM25,000 kepada mana-mana individu menemui ahli keluarganya itu.

Teoh Lai In ketika hadir pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, berkata sejurus selepas membuat siaran media kali kedua pada 21 Oktober lalu, dia menerima panggilan tiga individu tidak dikenali.


“Saya rasa mereka cuma menipu dan sebenarnya tidak tahu di mana kedua-dua ahli keluarga saya itu berada.

“Mungkin mereka tertarik dengan ganjaran ditawarkan iaitu RM25,000 sekiranya berjaya menemui ahli keluarga saya,” katanya.


Katanya, dia sangat berharap ibunya, Lam Yik Sau, 75, serta adik lelakinya, Teoh Kean Beng, 45, dalam keadaan selamat dan sekiranya terjadi sesuatu, dia reda asalkan dapat menemui mereka.



Harian Metro sebelum ini melaporkan ganjaran wang tunai RM25,000 akan diberikan kepada individu yang dapat memberikan maklumat hingga membawa kepada penemuan ibu dan adik lelaki Teoh.

Sementara itu, seorang warga emas berusia 74 tahun kehilangan anak lelakinya sejak 18 tahun lalu meminta bantuan orang ramai untuk mengesan anaknya itu.


Foo Moke Yin, berkata, anak ketiganya itu, Lim Yun Fa, 46, memaklumkan kepadanya sudah mendapat kerja di Kuantan pada 1993.

Bagaimanapun, sejak pemergian itu, mereka gagal menghubungi dan mengesan Lim menyebabkan Foo membuat laporan polis seterusnya meminta media menyiarkan berita kehilangannya sebanyak dua kali pada November 2005.


“Saya sangat merindui Lim dan berharap dia akan balik ke pangkuan keluarga atau sekurang-kurangnya menghubungi kami.


“Namun, sehingga kini, kami gagal menerima apa-apa berita mengenainya dan tidak tahu di mana dia berada,” katanya.


Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, orang awam mempunyai maklumat berkenaan kehilangan tiga individu berkenaan diminta menghubungi pihaknya di 03-21618044.

myMetro | RM25,000 masih terbuka:

'via Blog this'

Dadah ‘pembesar suara’

SEPANG: Taktik seorang lelaki menyembunyikan dadah seberat 14 kilogram (kg) di dalam tiga kotak ‘pembesar suara’ gagal mengelirukan pihak kastam selepas kereta dipandunya ditahan di pintu masuk kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA, Datuk M Govinden berkata, selepas pemeriksaan ke atas lelaki tempatan berusia 24 tahun itu, pihak kastam menemui 15 peket dadah jenis syabu atau Methamphetamine bernilai RM3.5 juta. “Dalam pemeriksaan pada jam 10 malam, Sabtu lalu itu, kastam menemui tiga kotak barang yang didakwa pembesar suara seperti diikrarkan di dalam dokumen dan invois.


“Tetapi selepas kotak berkenaan dibuka, ia sebenarnya amplifier, sekali gus menimbulkan curiga pihak kastam untuk memeriksa lebih rapi, sehinggalah menemui 15 peket serbuk putih iaitu dadah jenis syabu,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA, semalam. Govinden berkata, berikutan kes itu kastam berjaya menahan tiga lagi lelaki tempatan berusia 23 hingga 51 tahun di sekitar Lembah Klang.

“Semua mereka direman tujuh hari dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori,” katanya. Beliau berkata, dalam kes kedua, seorang lelaki warga India berusia 34 tahun ditahan kerana didapati menyembunyikan dadah dalam tiga keping alas kaki, di lapangan terbang itu pada pagi Isnin lalu. “Lelaki itu datang ke Malaysia melalui penerbangan Chennai ke Delhi sebelum ke Kuala Lumpur. Suspek hanya membawa beg galas dan selepas diimbas tidak menunjukkan imej mencurigakan. “Namun, pihak kastam memeriksa beg berkenaan dan menemui alas kaki. Selepas dipotong ada serbuk kristal putih di dalam alas kaki itu,” katanya. Katanya, ujian menggunakan kit menunjukkan ia dadah jenis syabu seberat tiga kilogram yang dianggarkan bernilai RM750,000. “Berdasarkan dokumen perjalanan, suspek pernah masuk ke negara ini sebanyak tujuh kali dan mendakwa dia peniaga,” katanya.

myMetro | Dadah ‘pembesar suara’:

'via Blog this'

Dirempuh calon SPM

PENDANG: Seorang warga emas menemui ajal apabila motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta dipandu seorang pelajar dalam kemalangan di Lahar Buaya, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mangsa, Salleh Itam, 58, yang bekerja sebagai tukang masak sebuah restoran dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Baru, Sungai Tiang, di sini, sebelum terbabit dalam kejadian itu.


Difahamkan, pelajar lelaki berusia 17 tahun yang menuntut di sebuah sekolah menengah, di sini, memandu kereta Proton Waja itu dalam keadaan tergesa-gesa kerana mahu mengambil kertas Bahasa Melayu Kertas 2 dijadual bermula jam 2 petang.

Anak angkat mangsa, Mohd Nor Awang, 40, berkata dia sedang bekerja di sebuah kuari di Bukit Perak, di sini, terkejut sebaik menerima panggilan kira-kira jam 2.15 petang daripada jiran memaklumkan arwah terbabit dalam kemalangan jalan raya.


“Saya terkejut dengan tragedi ini kerana arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap apatah lagi menghidap penyakit kritikal. Arwah Pak Lang Leh (panggilan bapa angkatnya) kelihatan seperti biasa dan sering berbual-bual dengan saya.

myMetro | Dirempuh calon SPM:

'via Blog this'

Sumpah setiap bulan

IPOH: Kumpulan Genki 7 Malaysia yang disiasat polis berhubung kegiatan kongsi gelap didakwa kerap menggunakan taktik perjumpaan hari keluarga bagi menyembunyikan aktiviti angkat sumpah rahsia dilakukan.

Perkara itu diakui Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, yang mendakwa kumpulan terbabit melakukan aktiviti angkat sumpah terbabit hampir setiap bulan dengan menyasarkan pelajar sekolah.


Menurutnya, polis sebelum ini pernah menahan kira-kira 107 ahli Kumpulan Genki 7 Malaysia di Tapah, bulan lalu kerana terbabit menjalankan aktiviti ‘angkat sumpah’ seperti yang berlaku di sebuah resort di Manjung malam Sabtu lalu.

Beliau berkata, serbuan pertama bulan lalu, pihaknya berjaya menahan 107 ahli pertubuhan itu manakala, serbuan kedua Sabtu lalu pula membabitkan 180 ahli termasuk 87 pelajar sekolah.


“Pertubuhan ini dipercayai menganjurkan aktiviti sama bermula Oktober lalu dan ini menimbulkan banyak tanda tanya.


“Justeru, kami akan menjalankan siasatan terperinci mengenai pertubuhan berkenaan termasuk matlamat dan tujuan mereka berkumpul,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini semalam.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim.


Katanya, pihaknya juga mengesahkan tangkapan yang dibuat terhadap ahli pertubuhan itu pada malam Sabtu lalu dibuat selepas mendapati mereka berkumpul tanpa sebarang permit.

Mohd Shukri berkata, polis turut mendapati perjumpaan itu bukan sekadar ‘hari keluarga’ tetapi kemungkinan ada perkara lain yang cuba disembunyikan.


“Bagaimanapun, kami masih menyiasat perkara itu. Tindakan (serbuan dan tangkapan) itu dilakukan berdasarkan maklumat yang diterima dari orang awam.


“Semua yang ditahan Sabtu lalu sudah dibebaskan termasuk penganjurnya iaitu seorang lelaki berusia 40-an. Namun, kami akan memanggil semula mereka untuk melengkapkan siasatan,” katanya.


Menurutnya, pihaknya juga akan memanggil semula 33 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang turut ditahan dalam serbuan itu sebaik mereka menamatkan peperiksaan masing-masing kelak.


“Kami akan mengesan mereka (pelajar) balik dan berharap agar ibu bapa mereka dapat tampil memberi penjelasan,” katanya.


Mohd Shukri berkata, pihaknya juga mengesahkan pertubuhan itu tidak berdaftar dan menggunakan laman sosial Facebook sebagai medium untuk berhubung dan berkumpul.


Katanya, majoriti ahli pertubuhan itu berasal dari Perak selain ada yang berasal dari Kuala Lumpur, Pahang, Kedah dan Terengganu.


“Pada serbuan Sabtu lalu juga, kami turut merampas wang tunai sebanyak RM2,193 dan 56 keping sijil pelantikan ahli,” katanya.


Akhbar ini pada Isnin lalu melaporkan 180 ahli pertubuhan Genki 7 Malaysia ditahan ketika sedang menghadiri satu majlis mengangkat sumpah dipercayai untuk menjadi ahli kumpulan gengster di sebuah resort di Teluk Batik, Manjung.

myMetro | Sumpah setiap bulan:

'via Blog this'

Shahrizat, keluarga dinasihat beri penjelasan segera isu NFC

myMetro | Shahrizat, keluarga dinasihat beri penjelasan segera isu NFC: "PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya dinasihat supaya memberi penjelasan segera berhubung beberapa isu berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penjelasan itu wajar kerana isu terbabit boleh menjejaskan nama baik parti selain menimbulkan rasa tidak gembira di kalangan ahli.


“Saya harap Shahrizat mengeluarkan kenyataan memperbetulkan persepsi yang sekarang ini masih kabur, saya pun tak tahu apa berlaku sebenarnya dan dia perlu buat (penjelasan) segera. “Kalau anda tahu perkara itu anda tak buat, anda boleh pertahankan. Kalau anda buat benda yang disebutkan itu, lebih baik kita mengalah daripada nak menegakkan benang basah,” katanya.

Beliau mengulas mengenai saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta NFC memberi penjelasan berhubung beberapa isu berkaitan projek itu yang menerima kritikan pelbagai pihak terutama pembangkang."

'via Blog this'

5 suspek bunuh 2 lelaki ditahan

IPOH: Kes pembunuhan kejam dua lelaki Pakistan yang ditetak sebelum mangsa dicampak ke bawah jambatan setinggi 40 meter, 17 Oktober lalu, hampir selesai apabila polis memberkas lima lelaki yang dipercayai melakukan perbuatan itu kerana dendam.

Dalam kejadian sebelum ini, mangsa dirompak sebelum dicampak dari atas jambatan oleh sekumpulan penjenayah di Kilometer 8.9 Jalan Gerik - Kupang, Gerik, di sini, Dalam kejadian itu, orang awam yang sedang mencari sayur paku pakis di bawah jambatan itu menemui dua mayat lelaki berusia 30-an serta seorang lagi mangsa yang parah akibat kesan tetakan di kepala.


Susulan kejadian itu, polis melakukan beberapa tangkapan terhadap lima lelaki berusia 30-an sejak minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kelima-lima suspek ditahan di beberapa lokasi berasingan di Kulim dan Sungai Petani, Kedah. “Kami turut mengesan tiga lagi lelaki lain dipercayai boleh membantu siasatan kes itu.


“Tiga lelaki yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes itu adalah Shahid@Shahin berusia 30-an hingga 40-an, warga Bangladesh beralamat di Taman Ria Jaya; Mohamad Sukri Shake Husin@Sukri@Zam, 28, beralamat 1005, Lorong Angsana 28, Taman Keladi dan Nijali Pakker Mohammad@Zali, 36, beralamat 3215 PF2, Kuarters Hospital Baling atau 26A, Jalan 2, Taman Cengal Jaya,” katanya pada sidang media di sini semalam. “Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian dan mengenali ketiga-tiga lelaki itu diminta menghubungi balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik di talian 05-7912222 untuk membantu siasatan.


“Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Azmirul Abdul Aziz di talian 019-4446521,” katanya.

myMetro | 5 suspek bunuh 2 lelaki ditahan:

'via Blog this'

Kekasih sorok belakang pintu

myMetro | Kekasih sorok belakang pintu: "KULIM: Tindakan seorang lelaki membuka pintu biliknya dengan luas untuk mengaburi anggota penguat kuasa gagal berikutan penemuan seorang wanita bersembunyi dalam operasi cegah maksiat di Kulim Hi Tech, dekat sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.30 malam, wanita berusia 20 tahun terbabit ditemui di belakang pintu bilik dalam rumah dua tingkat yang didiami teman lelakinya berusia 23 tahun bersama seorang rakan lain. Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), berkata sebaik menerima maklumat, lima anggota penguat kuasa pergi ke rumah itu lalu mengetuk pintu sambil memperkenalkan diri bagi melakukan pemeriksaan.


Menurutnya, pintu rumah berkenaan dibuka seorang lelaki kira-kira lima minit kemudian sebelum dia naik ke tingkat atas untuk memberitahu rakannya mengenai kehadiran pihak berkuasa. “Bagaimanapun, ketika pemeriksaan lanjut anggota penguat kuasa menemui seorang wanita yang lengkap berpakaian menyorok di belakang pintu bilik berkenaan,” katanya."

'via Blog this'

SPRM kesan Muaz Jabbar

myMetro | SPRM kesan Muaz Jabbar: "KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan berhubung satu kes mahkamah.

Saksi itu dikenali sebagai Muaz Jabbar Raj Ong Abdullah dan beralamat di No 21, Jalan Raya Barat, Klang, Selangor dan No 24, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.


Menurut SPRM dalam satu kenyataan semalam, lelaki itu dipercayai menggunakan dua identiti lain iaitu Hashim Ahmad Ong yang beralamat di No 14, Jalan Emas Putih, Sri Skudai, Skudai, Johor, dan Mohd Firdaus Ong Abdullah @ Ong Tiong Seng yang beralamat di Pondok Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi diminta menghubungi pegawai penyiasat SPRM Kuala Lumpur iaitu Penolong Penguasa, Mohd Rosli Mohd Saupi di talian 013-95868888. — Bernama"

'via Blog this'

‘Kami tak tahu dia hilang’

KUALA LUMPUR: “Sepatutnya pelajar sudah pulang ke Maahad pada 7 November kerana sehari selepas itu diadakan majlis korban yang perlu dihadiri semua pelajar, tetapi saya tidak nampak kelibat Rizky pada hari itu,” kata Pendaftar Maahad At-Tijarah, Selayang, di sini, Nor Sa’adah Mustafa.

Menafikan dakwaan pihak sekolah tidak memaklumkan mengenai kehilangan pelajar, Muhammad Rizky Rizal, 13, kepada keluarganya, Nor Sa’adah berkata, pelajar Maahad dibenarkan pulang ke rumah pada 4 November lalu untuk menyambut Aidiladha dan mereka sepatutnya pulang semula ke asrama pada 7 November untuk meneruskan pembelajaran.


“Kami tidak mengetahui sebab dia tidak hadir ke sekolah dan menyangka Rizky tidak pulang ke asrama dan apa yang kami dimaklumkan, dia berhutang dengan rakan-rakannya ketika mula persekolahan,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan Muhammad Rizky, hilang sejak 9 November lalu selepas pelajar diberikan cuti sempena Aidiladha.


Ibunya yang hadir membuat aduan kelmarin menyatakan amat kesal dengan pihak sekolah kerana tidak dimaklumkan mengenai kehilangan anaknya dan mengetahui perkara terbabit selepas menghubungi pihak sekolah.

myMetro | ‘Kami tak tahu dia hilang’:

'via Blog this'

Remaja ditahan ketika berjudi

ANTARA remaja bawah umur yang ditahan dalam serbuan mesin judi haram yang diketuai Tuan Azman (kanan) di Kepong.
ANTARA remaja bawah umur yang ditahan dalam serbuan mesin judi haram yang diketuai Tuan Azman (kanan) di Kepong.

KUALA LUMPUR: Enam remaja termasuk seorang perempuan di bawah 16 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah premis snuker yang menjalankan aktiviti permainan perjudian menangkap ikan ala kasino di Kepong di sini, malam tadi.

Mesin permainan berbentuk judi itu yang dirampas itu dipercayai baru dibawa masuk ke negara ini untuk menarik minat pelanggan terutama remaja.


Premis berkenaan antara empat premis perjudian yang diserbu Bahagian Kongsi Gelap, perjudian dan maksiat (D7) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) kira-kira jam 8.30 malam dan berakhir dua jam kemudian.

Permainan judi dengan pertaruhan minimum RM10 itu menawarkan hadiah menarik di mana pemenangnya dipilih berdasarkan mereka yang mengumpul mata tertinggi dalam kumpulan membabitkan lima individu.


Difahamkan, premis itu turut menyediakan permainan 'jackpot' dengan nilai taruhan minimum RM50 dan maksimum RM1,000 bagi merebut wang pertaruhan sehingga RM10,000 bagi cabutan setiap bulan.


Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Md Isa, berkata premis berkenaan mempunyai lesen snuker namun turut menjalankan aktiviti perjudian komputer di dalam sebuah bilik berasingan.

“Hasil serbuan, kita berjaya merampas 99 komputer berinternet yang digunakan untuk perjudian dan sebuah mesin permainan seperti di kasino. Kami turut merampas wang tunai lebih RM1,400.

“Kami menahan enam remaja lelaki dan seorang perempuan berusia bawah 16 tahun yang masih bersekolah ketika mereka sedang leka bermain permainan judi terbabit. Penjaga premis warga Indonesia berusia 27 tahun turut ditahan,” katanya.

Kesemua tahanan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk diambil keterangan dan ibu bapa pelajar terbabit turut dimaklumkan berhubung penahanan itu.

Azman berkata, premis yang menjalankan aktiviti 24 jam itu dipercayai sudah lama beroperasi berdasarkan lesen perniagaannya.

myMetro | Remaja ditahan ketika berjudi:

'via Blog this'

Didenda RM2.39j edar DVD animasi

RAMPAS...antara DVD animasi Jepun yang dirampas KPDNKK daripada syarikat terbabit.
RAMPAS...antara DVD animasi Jepun yang dirampas KPDNKK daripada syarikat terbabit.

KUALA LUMPUR: Gara-gara mengeluar dan mengedar cakera video digital (DVD) pelbagai filem animasi Jepun tanpa kebenaran sah kira-kira tiga tahun lalu, sebuah syarikat swasta didenda RM2.39 juta, semalam.

Nilai hukuman itu dianggap rekod terbesar tahun ini membabitkan denda tertinggi dijatuhkan Mahkamah Sesyen Harta Intelek kepada syarikat pengilang swasta berhubung pengeluaran DVD cetak rompak. Jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan berkata, Syarikat EF Industries (M) Sdn Bhd didapati bersalah memiliki 1,195 salinan langgaran filem DVD berkenaan pada 24 Mac 2008.


Semua langganan salinan DVD cetak rompak itu yang bernilai RM120,000 dirampas KPDNKK dari syarikat terbabit hasil aduan syarikat pengedar sah yang tidak pernah memberi hak terhadap syarikat EF Industries (M) Sdn Bhd bagi mengeluarkan DVD itu ke pasaran.

Hasil perbicaraan dijalankan semalam, hakim Mahkamah Sesyen Harta Intelek di Jalan Duta, di sini, Hasbi Hassan mensabitkan kesalahan syarikat itu mengikut Seksyen 41 (1)(d) Akta Hak cipta 1987 iaitu memiliki bagi apa-apa kegunaan selain daripada untuk kegunaan persendirian atau domestik.


Susulan itu, pihak syarikat yang beribu pejabat di Pandan Perdana, di sini, dijatuhkan hukuman denda berat RM2.39 juta.



Perbicaraan kes lebih setahun itu dikendalikan Timbalan Pendakwa raya, Fahirah Norjihan Mokhtar.

Menurutnya, tindakan dan hukuman berat dikenakan itu sejajar dengan matlamat KPDNKK Wilayah Persekutuan dalam memerangi kegiatan pengilangan atau penjualan DVD cetak rompak di pasaran.


“Operasi menjejaki sindiket atau syarikat swasta berlesen yang menghasilkan DVD cetak rompak terus dipergiatkan bagi memastikan ia dibendung,” katanya.

myMetro | Didenda RM2.39j edar DVD animasi:

'via Blog this'

Letupan di Teheran berlaku ketika penyelidikan dijalankan

myMetro | Letupan di Teheran berlaku ketika penyelidikan dijalankan: "TEHERAN: Letupan besar yang membunuh 17 anggota tentera, termasuk seorang pegawai yang dianggap sebagai arkitek yang bertanggungajawab menghasilkan senjata pertahanan Iran, minggu lalu berlaku ketika penyelidikan mengenai senajta yang boleh menyerang Israel sedang dilakukan, kata ketua turus tentera Iran, semalam.

Hassan Firouzabadi dalam kenyataannya yang dipetik agensi berita ISNA menafikan ia adalah tindakan sabotaj dilakukan Israel mahupun Amerika Syarikat. “Insiden yang berlaku baru-baru ini tiada kaitan dengan Israel atau AS tetapi adalah hasil daripada penyelidikan dijalankan. Ia juga sebagai amaran kepada Israel dan sekutunya,” katanya. - Reuters"

'via Blog this'

AS tidak gentar dengan China: Obama

myMetro | AS tidak gentar dengan China: Obama: "CANBERRA: Presiden Barack Obama semalam menekankan, Amerika Syarikat tidak gentar dengan China ketika mengumumkan perjanjian keselamatan terbaru bersama Australia yang dilihat sebagai maklum balas terhadap tindakan agresif yang semakin meningkat Beijing.

China segera memberi amaran kehadiran tentera AS di Australia mungkin tidak sesuai dan perlu diberi perhatian. Persetujuan antara AS dan Australia itu diumumkan ketika sidang akhbar bersama perdana menteri negara itu Julia Gillard. AS akan menambah kehadiran tenteranya di Australia dengan menempatkan lebih ramai kakitangan dan peralatan, selain meningkatkan pangkalan dan kemudahan AS. Kira-kira 250 tentera laut AS akan bergilir-gilir membuat latihan di utara Australia mulai awal tahun depan dan seramai 2,500 kakitangan tentera akan ditempatkan di negara terbabit beberapa tahun akan datang. Obama menegaskan penempatan tenetranya itu perlu dan berkata, ia bakal mewujudkan kerjasama dengan Australia. - AP"

'via Blog this'

Pesawat ringan bersama jurulatih, dua penuntut hilang

JAKARTA: Sebuah pesawat ringan dimiliki sekolah penerbangan persendirian dilaporkan hilang di Jawa, semalam.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan berkata, pesawat itu membawa tiga orang dan berlepas dari lapangan terang tentera di Jakarta pada jam 7.40 pagi.


Katanya, menara kawalan gagal mengesan pesawat Cessna-172 milik Nusa Flying International School itu pada jam t 8:53 pagi.

“Ketika gagal dikesan, pesawat itu membawa dua penuntut dan seorang jurulatih,” katanya.


Jurucakap itu berkata, tidak dapat dipastikan apa sebenarnya berlaku ke atas pesawat berkenaan.


Ia sepatutnya mendarat pada jam 9:33 pagi. - AFP

myMetro | Pesawat ringan bersama jurulatih, dua penuntut hilang:

'via Blog this'

AS bongkar seludup dadah guna terowong di sempadan Mexico

Berita Harian Online | AS bongkar seludup dadah guna terowong di sempadan Mexico: "LOS ANGELES: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) hari ini berjaya menumpaskan penyeludupan dadah menerusi terowong terbesar di sempadan AS-Mexico.

Pegawai kedua-dua negara merampas sekurang-kurangnya 14 tan ganja dan menahan dua individu yang dikaitkan dengan terowong ‘canggih’ itu, yang menghubungkan gudang di Tijuana, Mexico dan Otay Mesa di selatan California, AS.
Terowong sepanjang 400 meter itu dilengkapi dengan bekalan elektrik dan sistem pengudaraan ditemui Pasukan Petugas Terowong San Diego susulan pihak berkuasa mengesan trak mencurigakan meninggalkan gudang Otay Mesa. - AFP"

'via Blog this'

Hanya RM11,700 dan dompet hilang: Polis Selangor

Berita Harian Online | Hanya RM11,700 dan dompet hilang: Polis Selangor: "SHAH ALAM: Polis Selangor hari ini menjelaskan hanya wang tunai berjumlah RM11,700 dan satu dompet hilang dalam simpanan polis kelmarin, bukannya wang samun AS$300,000 (RM950,000) dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu.

Menurut kenyataan Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, wang dan dompet yang hilang itu adalah yang dirampas daripada seorang suspek yang sudah dituduh di mahkamah.
Akhbar hari ini melaporkan sebahagian daripada wang tunai AS$300,000 yang dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di KLIA itu dilaporkan hilang dalam simpanan polis."

'via Blog this'

Hanya RM11,700 dan dompet hilang: Polis Selangor

Berita Harian Online | Hanya RM11,700 dan dompet hilang: Polis Selangor: "SHAH ALAM: Polis Selangor hari ini menjelaskan hanya wang tunai berjumlah RM11,700 dan satu dompet hilang dalam simpanan polis kelmarin, bukannya wang samun AS$300,000 (RM950,000) dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu.

Menurut kenyataan Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, wang dan dompet yang hilang itu adalah yang dirampas daripada seorang suspek yang sudah dituduh di mahkamah.
Akhbar hari ini melaporkan sebahagian daripada wang tunai AS$300,000 yang dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di KLIA itu dilaporkan hilang dalam simpanan polis."

'via Blog this'

13 suspek ditahan terbabit penghantaran wang dadah di Chicago

CHICAGO: Ejen Persekutuan menahan 13 individu bagi membantu siasatan membabitkan penghantaran berjuta dolar wang dadah antara kawasan Chicago dan kumpulan dadah ganas Zetas di Mexico, kata pihak berkuasa hari ini.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah menahan 12 suspek kelmarin manakala seorang lagi ketika serbuan serentak di Laredo, Texas.
Pihak berkuasa berkata, mereka merampas wang tunai bernilai AS$12.4 juta dan kira-kira 250 kilogram kokain yang disimpan di rumah selamat di Chicago tahun lalu.
Wang tunai bernilai AS$480,000 dan dua kilogram kokain juga dirampas dalam serbuan serentak, kelmarin. - AP
Berita Harian Online | 13 suspek ditahan terbabit penghantaran wang dadah di Chicago:

'via Blog this'

Lelaki maut dipukul dengan pemarut kelapa

SANDAKAN: Seorang lelaki mati selepas dipukul dengan alat pemarut kelapa ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Bahagia Batu Sapi dekat sini.

Isahak Iming, 59, yang cedera parah di kepala, mati di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini, pada 6.30 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong, berkata kejadian dilaporkan berlaku pada 3.30 pagi dan Isahak yang cedera parah dibawa ke HDOR oleh anggota keluarganya.
"Sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa bagi membantu siasatan kes itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Koperal kepada 59 Anggota Polis di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan itu dikatakan tinggal bersama Isahak dan dipercayai mempunyai penyakit mental.

Latanya, lelaki itu dihantar untuk menjalani pemeriksaan mental di HDOK untuk pengesahan. - BERNAMA
Berita Harian Online | Lelaki maut dipukul dengan pemarut kelapa:

'via Blog this'

Polis berkas perompak rumah mewah dalam 15 minit

KUALA LUMPUR: Kepantasan polis bertindak dalam tempoh kurang dari 15 minit selepas menerima panggilan berjaya memberkas tiga penyamun warga Indonesia yang sedang merompak sebuah rumah mewah di Kampung Indah Permai, Ampang di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata pihaknya dimaklumkan kira-kira jam 4.30 pagi mengenai kejadian itu.
Berikutan itu, empat kereta peronda terdiri daripada 10 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dalam tempoh lapan minit sebelum memberkas ketiga-tiga suspek beberapa minit kemudian.
"Kepungan di hadapan dan belakang kawasan rumah dibuat sebelum kami masuk menggunakan pintu belakang rumah yang dipecah masuk suspek dan terus menuju ke bilik utama yang sedang digeledah mereka.

"Didapati pemilik rumah dan ahli keluarganya diikat dan ditahan di tepi katil. Terkejut dengan kehadiran kami, suspek bertindak ganas dengan mengacukan parang di leher isteri pemilik rumah dan anak perempuannya," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, satu pergelutan berlaku namun polis berjaya menangkap ketiga-tiga suspek sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek berumur antara 27 hingga 36 tahun pernah terbabit dalam kes samun di Ampang menggunakan modus operandi yang sama iaitu memecahkan pintu belakang rumah mangsa.
"Ada seorang lagi suspek berjaya ditahan hari ini dan kita percaya suspek keempat ini adalah mastermind dan pointer, iaitu bertindak sebagai pemberi maklumat rumah mana yang boleh disamun atau dirompak.

"Lelaki ini warga Indonesia dan identitinya sedang dikenal pasti," katanya.

Amiruddin berkata, pihaknya juga turut menemui wang tunai kira-kira RM4,000, sebuah komputer riba, lima buah telefon bimbit dan barang kemas yang kesemuanya bernilai hampir RM20,000 yang cuba dilarikan suspek.

Katanya, ketika kejadian, kesemua mangsa yang terdiri daripada sepasang suami isteri, dua anak perempuan dan seorang anak lelaki sedang tidur sebelum disamun dan diikat.

"Hanya kecederaan ringan saja dialami seorang mangsa dan kepantasan mereka menghubungi kami amat dipuji dan sikap ini perlu dicontohi orang ramai bagi mengelakkan jenayah berlaku," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan polis sedang memohon perintah reman hari ini bagi menahan suspek untuk siasatan lanjut. - BERNAMA
Berita Harian Online | Polis berkas perompak rumah mewah dalam 15 minit:

'via Blog this'

Pemandu lori, pelajar bebas tuduhan membunuh

SHAH ALAM: Seorang pemandu lori dan pelajar terselamat daripada hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh seorang lelaki berumur 19 tahun, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Pemandu lori, A Suraj Khan, 31, dan pelajar P Shandru, 20, didakwa membunuh G Thamotaraan, 19, di bawah Blok B, Jalan Perdana 9/10, Taman Pandan Perdana, Ampang Jaya dekat sini, kira-kira jam 8 malam pada 13 April 2009.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mangsa meninggal dunia disebabkan luka tetakan pada tangan kanan dan penyakit jantung.

Dalam penghakiman ringkasnya, Akhtar berkata mahkamah menerima keterangan saksi terakhir pembelaan bahawa parang yang digunakan dalam kejadian itu diambil dari sebuah teksi dan bukan dibawa oleh isteri Suraj Khan.

Beliau menolak dakwaan pihak pendakwaan bahawa saksi itu datang memberi keterangan di mahkamah selepas membaca mengenai kes berkenaan di akhbar.
"Ia seperti tindakan membunuh diri jika pihak pembelaan sengaja mengada-adakan saksi. Apatah lagi dia adalah rakan kepada bapa saudara mangsa dan bukannya rakan tertuduh. Keterangannya di mahkamah bukanlah suatu yang baru difikirkan walaupun dia tidak melihat kejadian itu," katanya.

Sejurus prosiding berakhir, Suraj Khan dan Shandru dilihat tergesa-gesa meninggalkan mahkamah diiringi anggota keluarga dan rakan masing-masing.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan sementara pembelaan mengemukakan lapan orang saksi. - BERNAMA

SHAH ALAM: Seorang pemandu lori dan pelajar terselamat daripada hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh seorang lelaki berumur 19 tahun, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pemandu lori, A Suraj Khan, 31, dan pelajar P Shandru, 20, didakwa membunuh G Thamotaraan, 19, di bawah Blok B, Jalan Perdana 9/10, Taman Pandan Perdana, Ampang Jaya dekat sini, kira-kira jam 8 malam pada 13 April 2009.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mangsa meninggal dunia disebabkan luka tetakan pada tangan kanan dan penyakit jantung.

Dalam penghakiman ringkasnya, Akhtar berkata mahkamah menerima keterangan saksi terakhir pembelaan bahawa parang yang digunakan dalam kejadian itu diambil dari sebuah teksi dan bukan dibawa oleh isteri Suraj Khan.

Beliau menolak dakwaan pihak pendakwaan bahawa saksi itu datang memberi keterangan di mahkamah selepas membaca mengenai kes berkenaan di akhbar.

"Ia seperti tindakan membunuh diri jika pihak pembelaan sengaja mengada-adakan saksi. Apatah lagi dia adalah rakan kepada bapa saudara mangsa dan bukannya rakan tertuduh. Keterangannya di mahkamah bukanlah suatu yang baru difikirkan walaupun dia tidak melihat kejadian itu," katanya.

Sejurus prosiding berakhir, Suraj Khan dan Shandru dilihat tergesa-gesa meninggalkan mahkamah diiringi anggota keluarga dan rakan masing-masing.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan sementara pembelaan mengemukakan lapan orang saksi. - BERNAMA
Berita Harian Online | Pemandu lori, pelajar bebas tuduhan membunuh:

'via Blog this'

Bukan wang hasil samun yang hilang: Tun Hisan

SHAH ALAM: Wang tunai yang dilaporkan hilang daripada simpanan seorang pegawai penyiasat kes samun membabitkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukan wang hasil samun suspek kes itu seperti yang dilaporkan media hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata sebaliknya wang tunai yang dilapor hilang berjumlah RM11,700 itu adalah milik dua daripada tiga suspek dalam kes samun membabitkan AS$300,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) September lalu.
Beliau berkata, kehilangan wang itu yang disimpan di dalam dompet, disedari kira-kira jam 2 petang pada 8 November oleh pengawai penyiasat terbabit selepas mendapati terdapat kesan umpil pada pintu bilik dan laci meja pejabatnya di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini.
"Siasatan sedang dijalankan dan 26 pegawai sudah dipanggil untuk disoal siasat," katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Sambutan Deepavali Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Presiden MIC, Datuk G Palanivel.

Tun Hisan berkata, siasatan berhubung kehilangan wang tunai itu dibuat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

"Kami akan siasat sama ada pejabat itu dipecah masuk dan dalam masa sama siasatan akan dibuat kemungkinan kehilangan wang tunai itu disebabkan kecuaian pegawai penyiasat terbabit," katanya.
Beliau berkata, kawasan bilik pegawai penyiasat itu tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Tun Hisan berkata, polis memandang serius kes itu dan akan menyiasat semua aspek serta mengambil tindakan jika ia membabitkan anggota polis sendiri. - BERNAMA
Berita Harian Online | Bukan wang hasil samun yang hilang: Tun Hisan:

'via Blog this'

Warga emas didenda RM1,500, anjing peliharaan cederakan kontraktor

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas didenda RM1,500 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dengan cuai membiarkan tiga ekor anjing miliknya mencederakan seorang kontraktor.

Majistret Zulkipli Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Cheah Soo @ Ah Peng, 67, yang diwakili peguam bela Lim Lip Eng.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa mengetahui dengan kecuaiannya, sebagai pemilik haiwan itu, menyebabkan kecederaan parah kepada Ting Soon Teck, 33, di Kolam Pancing Ikan, Perumahan Orkid Desa Fasa 2, Sungai Besi, Cheras, pada jam 3.20 petang 18 September lalu.
Cheah, yang adalah penjaga kolam itu, dituduh mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri ketika mengemukakan fakta kes berkata, kecuaian Cheah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sehingga putus urat tangan dan kaki selepas digigit dan kemudian ditarik oleh haiwan itu. Anak perempuan Cheah membayar denda itu. - BERNAMA
Berita Harian Online | Warga emas didenda RM1,500, anjing peliharaan cederakan kontraktor:

'via Blog this'

Wang rampasan hilang dari IPD Shah Alam

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu dilaporkan hilang dalam simpanan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mengesahkan kehilangan itu, berkata selain wang tunai RM11,700, beg duit milik semua suspek turut dilaporkan hilang dari pejabat pegawai penyiasat kes yang terletak di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.
"Kita menjalankan siasatan terhadap semua pegawai dan anggota kita yang mengendalikan kes berkenaan serta mereka yang bertanggungjawab untuk berada di pejabat penyimpanan bahan bukti siasatan kes,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sehingga siasatan yang dijalankan pihaknya sendiri selesai.

Dalam kejadian 15 September lalu, polis menahan tiga pegawai kanan SPRM kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas tiga penggurup wang asing selepas dipercayai bersubahat bersama dua lagi suspek awam.

Bagaimanapun, sehingga sekarang polis hanya berjaya merampas sebahagian wang tunai daripada ketiga-tiga suspek, manakala selebihnya dilaporkan berada dalam simpanan suspek awam yang masih diburu.

Ketiga-tiga pegawai SPRM terbabit didakwa ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 7 Oktober lalu atas tuduhan bersubahat melakukan rompakan, penyamaran dan penipuan serta menyembunyikan rancangan rompakan terhadap tiga warga Singapura yang dalam proses membawa wang berkenaan keluar dari negara.
Berita Harian Online | Wang rampasan hilang dari IPD Shah Alam:

'via Blog this'

Kastam rampas mikrofon syabu RM3.5 juta

GOVINDEN (kanan) menunjukkan syabu yang disembunyikan dalam amplifier pada sidang akhbar, di Sepang, semalam.
GOVINDEN (kanan) menunjukkan syabu yang disembunyikan dalam amplifier pada sidang akhbar, di Sepang, semalam.
Diseludup melalui kargo di KLIA

SEPANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas 15 kilogram (kg) syabu bernilai RM3.5 juta yang diseludup melalui kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Sabtu lalu.
Pengarah Kastam KLIA, Datuk M Govinden, berkata kejayaan itu diperoleh apabila anggotanya menahan kereta Perodua Viva dipandu lelaki berusia 24 tahun membawa tiga kotak berisi dadah berkenaan, jam 10 malam.
“Kotak yang dibawa dari China itu diisytiharkan sebagai alat pembesar suara tetapi apabila dibuka terdapat amplifier dan dalamnya ada paket berisi syabu.

“Perkara ini sangat membimbangkan kerana gejala penyeludupan tidak lagi terhad kepada penumpang yang menaiki pesawat tetapi sudah berubah menggunakan kargo,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, penahanan lelaki terbabit membawa kepada penangkapan tiga lagi lelaki berusia antara 23 hingga 51 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

Govinden berkata, pihaknya juga merampas tiga kilogram dadah RM750,000 selepas menahan seorang penumpang lelaki warga India yang menyembunyikan dadah itu dalam tiga keping alas kaki yang dibawa dalam beg galasnya.
Beliau berkata, lelaki berkenaan ditahan jam 7.45 pagi, Isnin lalu hasil pemantauan dan penilaian risiko terhadap penumpang terutama membabitkan penerbangan dari India.

“Lelaki berkenaan menaiki pesawat dari Chennai ke Delhi, India dan seterusnya ke Kuala Lumpur untuk mengaburi pihak berkuasa. Mengikut data diperoleh, suspek sudah memasuki negara ini tujuh kali,” katanya.

Di MELAKA TENGAH, KDRM Melaka melupuskan pelbagai barangan rampasan lucut hak RM2.93 juta yang dirampas dalam operasi penguatkuasaan sepanjang tahun lalu dan tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Nasir Said, berkata barangan itu merangkumi rokok haram pelbagai jenama seberat 24,367kg bernilai RM2.60 juta dengan nilai cukai RM10.82 juta dan minuman keras 30,698 liter bernilai RM163,661.79 dengan jumlah cukai RM429,030.81.

Selain itu, katanya, 2719.90kg mercun dan bunga api bernilai RM78,194 dengan jumlah cukai RM53,602.30 serta 325 batang kayu balak bernilai RM9,002.50.

“Turut dilupuskan 20 kenderaan bernilai RM75,000 dengan cukai RM118,050 dan 9,195 cakera padat video serta cakera padat digital dengan nilai RM9,195 bersama cukai RM11,953.50,” katanya pada sidang media di Bukit Katil, semalam.
Berita Harian Online | Kastam rampas mikrofon syabu RM3.5 juta:

'via Blog this'

Bekas pegawai polis diarah bela diri

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pegawai kanan polis berpangkat superintendan diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas dua pertuduhan melakukan pemalsuan akuan bersumpah pada 2005.

Perintah membela diri itu dibuat Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Azmi Osman, 57, yang berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 32(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 200 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan pertama, Azmi yang juga bekas pegawai polis di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, didakwa membuat satu surat akuan bersumpah beserta senarai harta palsu kepada pendakwa raya ketika menjalankan tugasnya sebagai anggota polis.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 29 September dan 10 Oktober 2005 di No 9, Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda dan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 32(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, Azmi didakwa membenarkan surat akuan bersumpah palsu oleh DS Jethalal di Ibu Pejabat Badan Pencegahan Rasuah di Blok D6, Putrajaya, pada 10 Oktober 2005. Jika sabit kesalahan dia hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Adam Yap dan C N Sritharan.

Mohamad Haldar menetapkan 22, 23, 27 dan 28 Disember ini untuk perbicaraan kes pembelaan.
Berita Harian Online | Bekas pegawai polis diarah bela diri:

'via Blog this'

Banjir lumpur jejas 500 keluarga

PEKERJA tapak pembinaan  membersihkan rumah penduduk yang dimasuki banjir  lumpur di Kampung Seri Saujana, dekat Plentong.
PEKERJA tapak pembinaan membersihkan rumah penduduk yang dimasuki banjir lumpur di Kampung Seri Saujana, dekat Plentong.
Projek apartmen beri kesan penempatan penduduk Kampung Seri Saujana

JOHOR BAHRU: Kira-kira 500 keluarga yang tinggal di penduduk Kampung Seri Saujana dekat Plentong di sini, hidup dalam kebimbangan selepas banjir lumpur melanda kawasan kediaman mereka, sekali gus mengakibatkan kemusnahan harta benda.
Keadaan itu berlaku berikutan perumahan penduduk terbabit terletak di bawah cerun yang berdepan aliran air tanah daripada tapak pembinaan sebuah apartmen mewah berdekatan.
Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk, berkata keadaan itu menyebabkan perumahan berhampiran projek berkenaan mudah digenangi lumpur.

"Banjir lumpur di sini berpunca daripada ketiadaan saluran yang dibina bagi mengendalikan saliran daripada tapak pembinaan hingga menyebabkan tanah merah dialirkan ke kawasan rendah setiap kali hujan.

"Apabila ada penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) datang, baru kerja pembinaan dihentikan sementara dan mereka berjanji akan membina satu saliran dalam masa terdekat yang berfungsi menapis air lumpur sebelum mengalir ke anak Sungai Plentong," katanya selepas meninjau masalah penduduk terbabit, semalam.

Hadir sama, Pegawai Khas Ahli Parlimen Pasir Gudang, Baharudin Mohd Taib dan pegawai daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang meninjau masalah penduduk selepas menerima aduan banjir kilat yang berlaku, Sabtu lalu.
Cher Puk berkata, meskipun banjir lumpur yang berlaku baru-baru ini membabitkan 10 rumah yang berdekatan, namun penduduk kampung bimbang keadaan lebih buruk berlaku jika masalah tidak ditangani segera.

"Pemaju projek apartmen itu berjanji akan menyiapkan segera langkah sepatutnya bagi mengelak masalah menjadi lebih serius dan menghentikan pembinaan untuk sementara waktu bagi memberi keutamaan pembinaan kolam menyerap kandungan lumpur di sini," katanya.

Seorang penduduk, Supian Karim Alias Ahmad, 48, berkata banjir lumpur bukan hanya memusnahkan buku dan kelengkapan sekolah anaknya, malah menyebabkan kerja mencuci sukar dilakukan bagi membersihkan sisa kekotoran yang sudah melekat pada perkakas rumah.

"Rumah saya terjejas teruk kerana terletak berdekatan tebing Sungai Plentong dan menyebabkan sebahagian kelengkapan dan perabot diselaputi lumpur yang naik setinggi paras betis. Kerja membersih sukar dilakukan kerana ketiadaan air bersih untuk membilas permukaan yang kotor.

"Kami terpaksa bertungkus lumus membersihkan semua kekotoran kerana rumah berbau busuk. Setakat ini kami terpaksa memakai pakaian yang sama kerana kebanyakan baju lain tidak dapat dicuci," katanya yang bekerja sebagai buruh.

Suri rumah, Ronalia Rajidan, 40, berkata keadaan rumah berlumpur lebih sukar dicuci berbanding kesan banjir biasa yang pernah dialami mereka berikutan limpahan air anak Sungai Plentong berikutan tidak meninggalkan kesan lumpur yang sukar dicuci.

"Saya dan suami terpaksa bekerja keras kerana lumpur ini perlu dibersihkan segera dan kami bernasib baik kerana pekerja tapak pembinaan ini turut membantu usaha mencuci bagi mengelakkan kejadian menjadi semakin buruk," katanya.
Berita Harian Online | Banjir lumpur jejas 500 keluarga:

'via Blog this'

Pencuri fius tempah maut

 FIUS  pengagihan elektrik TNB di Jalan Anggerik Mokara, Seksyen 31, Shah Alam, dicuri.
FIUS pengagihan elektrik TNB di Jalan Anggerik Mokara, Seksyen 31, Shah Alam, dicuri.
3 kilang di Jalan Anggerik henti operasi akibat bekalan elektrik putus

SHAH ALAM: Kejadian mencuri peralatan berharga seperti besi dan tembaga di stesen pencawang dan kotak pengagihan elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan industri seperti di Jalan Anggerik Mokara, Seksyen 31, di sini, semakin berleluasa.
Dalam kejadian terbaru malam kelmarin, pihak tidak bertanggungjawab itu dipercayai melarikan berpuluh fius dan peralatan di tiga kotak pengagihan elektrik TNB di kawasan berkenaan, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga kilang industri kecil terputus bekalan elektrik dan terpaksa menghentikan operasi.
Berikutan itu, beberapa pihak, terutama pengusaha kilang meminta pihak berkuasa termasuk TNB mencari jalan penyelesaian kerana bimbang kejadian berulang sekali gus menyebabkan kerugian kepada mereka.

Sebelum ini, Sentral melaporkan pagar dan pintu utama diperbuat daripada besi di sebuah stesen pencawang elektrik TNB di kawasan sama turut menjadi mangsa apabila ia dilarikan pihak tidak bertanggungjawab tetapi kerosakan itu sudah diperbaiki.

Pekerja, Zulhilmi Ali, 33, memberitahu Sentral kecurian dan kejadian pecah masuk pencawang elektrik di kawasan berkenaan dipercayai dilakukan pada malam kerana kawasan itu terletak di lokasi yang sunyi dan kurang didiami.

"Pencuri berasa mudah untuk melakukan perbuatan mereka kerana menyedari kawasan ini terletak di tempat yang terpencil dan pada sebelah malam pula tiada orang lalu-lalang kerana ia hanya kawasan perindustrian dan jauh daripada kediaman," katanya.
Beliau percaya perbuatan berulang kali itu dilakukan orang sama yang mahir dalam bidang elektrikal kerana peralatan yang dicuri seperti fius kotak pengagihan elektrik boleh mendatangkan maut jika mereka tidak berkemahiran.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika diminta mengulas kejadian itu berkata, pihaknya percaya mereka yang melakukannya berpengetahuan dalam bidang elektrikal kerana ia boleh mengundang padah.

"Setakat ini kejadian itu jarang berlaku di kawasan lain tetapi polis akan mencadangkan kepada pengurusan TNB supaya satu perjumpaan diadakan untuk berbincang dan merangka strategi bagi memastikan ia tidak berulang,”katanya.
Berita Harian Online | Pencuri fius tempah maut:

'via Blog this'