Search This Blog

Saturday, November 12, 2011

Dakwat celup: Tak perlu pinda perlembagaan - Ambiga


12/11/2011 9:16pm

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda untuk membolehkan dakwat kekal digunakan ketika pilihan raya di negara ini, demikian Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambaikan Proses Pilihan Raya diberitahu hari ini.

Bercakap pada hari kedua sesi pendengaran awam PSC di sini, bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, sistem itu boleh dilaksanakan dengan hanya menukar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sama sekali tidak perlu (untuk meminda Perlembagaan)... hanya perlu tukar peraturan (SPR), bukan Perlembagaan dan ini boleh dilakukan mengikut Sekyen 16 Akta Pilihan Raya yang membenarkan SPR membuat peraturan, membentangkannya di Parlimen untuk diluluskan,” katanya ketika menjawab soalan seorang anggota PSC.

Terdahulu, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad meminta pandangan Ambiga berhubung perkara itu termasuk kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika sistem itu diperkenalkan tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan. - BernamaUtusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Kereta terbakar selepas langgar pokok, dua rentung


12/11/2011 9:29pm

KUANTAN 12 Nov. – Dua rentung apabila kenderaan dinaiki melanggar sebatang pokok sebelum terbakar di Kilometer 47 Jalan Kuantan-Maran dekat Kampung Gelugor di sini, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 1 petang tadi, kenderaan jenis Toyota Harrier yang dipandu oleh seorang wanita dan penumpang lelaki itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan.

Pegawai Operasi Balai Bomba Taman Tas, Zurin Mamat berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian pada pukul 2.14 petang selepas 30 minit menerima panggilan berhubung kemalangan itu.

Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, kereta itu telah terbakar keseluruhannya.

"Kami mengambil masa kira-kira tiga minit bagi memadam api dan terpaksa memotong beberapa bahagian kereta berkenaan bagi mengeluarkan mayat yang tersepit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mayat yang rentung itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan berkata, pihaknya belum mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa dan siasatan masih dijalankan berhubung punca kemalangan itu. – BernamaUtusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Menteri Dalam Negeri Mexico maut dalam nahas helikopter

Berita Harian Online | Menteri Dalam Negeri Mexico maut dalam nahas helikopter: "


2011/11/12

MEXICO CITY: Menteri Dalam Negeri Mexico, Francisco Blake terbunuh dalam nahas helikopter pagi ini sekali gus memberikan tamparan hebat kepada kerajaan yang
sedang giat memerangi kumpulan dadah di negara berkenaan.
Imej televisyen menunjukkan bangkai pesawat berkenaan di kawasan bukit selatan ibu negara di mana Blake dan tujuh lagi penumpang yang menaiki helikopter itu terbunuh. Presiden Felipe Calderon, berkata cuaca mendung apabila helikopter itu terhempas mungkin menjadi punca nahas.

Bagaimanapun dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen, beliau tidak memberikan penjelasan mengenai kejadian dan menyifatkan Blake sebagai "rakyat Mexico yang hebat". - REUTERS "

'via Blog this'

Isteri bekas Presiden Tunisia ada 1,000 pasang kasut

Berita Harian Online | Isteri bekas Presiden Tunisia ada 1,000 pasang kasut: "


2011/11/12

TUNIS: Kediaman rasmi bekas Presiden Tunisia, Zine Al Abidine Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi mencemarkan nama baik negara itu apabila terdapat 1,000 pasang kasut pereka terkenal, 1,500 barang kemas dan sejumlah produk penjagaan wanita yang banyak, kata laporan semalam.

"Saya rasa memalukan. Memang ada alasan negara ini patut berasa malu," kata pakar perundangan, Neji Baccouche ketika menyampaikan laporan kepada Jawatankuasa Penyiasatan Negara mengenai penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin rejim sebelum ini.
Baccouche mencadangkan bekas istana presiden di Sid Bou Said, dekat Tunis, dijadikan muzium sebagai amaran bahawa wujudnya penyelewengan ketika pemerintahan Zine Al Abidine dan isterinya, Leila. - AFP"

'via Blog this'

3 maut, 2 parah dalam kemalangan di Yan awal pagi



YAN: Tiga maut manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah kereta yang dinaiki empat orang terbabas lalu merempuh seorang pejalan kaki dalam kejadian di Batu 13, di Jalan Sungai Petani-Alor Setar dekat Bukit Besar di sini, awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi itu, pemandu dan seorang penumpang kereta serta pejalan kaki itu maut di tempat kejadian.
Katanya, identiti kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu masih belum dikenal pasti.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Yan manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Jurucakap itu berkata, punca kemalangan sedang disiasat.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di talian 04-4655222 atau menghubungi terus Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, Insp Ahmad Salimi Md Ali di talian 012-6607957 bagi membantu siasatan. - BERNAMA Berita Harian Online | 3 maut, 2 parah dalam kemalangan di Yan awal pagi:

'via Blog this'

Pemberontak Kurdistan rampas feri Turki: Menteri

Berita Harian Online | Pemberontak Kurdistan rampas feri Turki: Menteri: "


2011/11/12

ISTANBUL: Pemberontak Kurdistan merampas sebuah feri yang dinaiki 24 penumpang, Jumaat (waktu tempatan) di lautan Marmara, di mana ketua kumpulan itu, Abdullah Ocalan dipenjarakan di sebuah pulau.

Demikian menurut Menteri Pengangkutan Turki, Binali Yildirim dalam kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen tempatan di sini, hari ini.
Beliau berkata, empat atau lima perampas mendakwa dari kumpulan pemberontak Kurdistan dan merampas feri yang berada di barat laut Turki, lewat Jumaat.
“Kami menjangkakan ia terdiri daripada empat atau lima...mereka mengakui terdiri daripada cawangan organisasi pengganas,” katanya sambil merujuk Parti Pekerja Kurdistan yang diharamkan. - AFP "

'via Blog this'

Sekurang-kurangnya 27 terbunuh dalam gempa bumi di Turki

Berita Harian Online | Sekurang-kurangnya 27 terbunuh dalam gempa bumi di Turki: "


2011/11/12

ANKARA: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud mengegarkan timur Turki baru-baru ini menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh termasuk dua wartawan Turki, lapor agensi berita Anatolia, hari ini.

Anggota penyelamat menemui mayat dua wartawan dari agensi berita Dogan malam tadi iaitu Cem Emir, 26 dan Sebahattin Yilmaz, 58 di dalam sisa runtuhan sebuah hotel yang tumbang dalam gempa bumi Ralu lalu.
Bencana alam itu turut melanda bandar Edremit town, kira-kira 15 kilometer dari wilayah Van, lapor Kandilli Observatory yang berpusat di Istanbul.
Kejadian gempa bumi itu berlaku kurang tiga minggu selepas bencana itu di melanda kawasan sama menyebabkan lebih 600 orang maut. - AFP "

'via Blog this'

Tiga lelaki maut, dua wanita mengandung parah dalam kemalangan




2011/11/12

YAN: Tiga lelaki maut manakala dua wanita hamil cedera parah apabila sebuah kereta yang dinaiki empat orang merempuh seorang pejalan kaki lalu terbabas dan melanggar pokok di Batu 13, Bukit Besar di Jalan Sungai Petani-Alor Setar dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, kereta jenis Satria Neo berkenaan dipercayai dipandu dalam keadaan mabuk sedang menghala dari arah Alor Setar yang tiba-tiba melanggar seorang pejalan kaki sebelum terbabas.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu, berkata kejadian itu menyebabkan pemandu Eiew Eng Khoon, 28, dan penumpang di sebelah pemandu Ooi In Too, 47, serta pejalan kaki itu maut di tempat kejadian.
"Mangsa yang berjalan kaki ini kita tidak tahu datang dari arah mana malahan identitinya pun belum dapat dikenal pasti lagi memandangkan tiada dokumen pengenalan diri bersamanya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, dua penumpang wanita di bahagian belakang kereta yang cedera parah dalam kejadian itu dikenali sebagai Lee Pa Mei, 30, dan Man Shut Kyi, 31, kedua-duanya dipercayai warga Myanmar.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Yan untuk dibedah siasat manakala dua wanita yang cedera parah ini dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut," katanya.

Ismail berkata, polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pengarah HSB, Dr Juita Ghazali berkata, Lee mengandung empat bulan manakala Man mengandung lima bulan.

Sementara itu, anak perempuan Ooi, Ketty Ooi Zi Qian, 24, yang bekerja di Pulau Pinang berkata, dia menerima panggilan berhubung kejadian yang menimpa ayahnya itu kira-kira jam 3.30 pagi daripada bapa saudaranya.

Ketty berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan ayahnya yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit dekat sini, minggu lalu.

"Saya ada datang jumpa ayah yang tinggal seorang diri di Sungai Daun dekat sini sebab mak dengan ayah saya tinggal berasingan memandangkan mereka sudah berpisah beberapa tahun lalu. Saya bersama seorang lagi adik perempuan tinggal bersama ibu di Alor Setar," katanya.

Adik perempuan Ketty, Ooi Zi Ting, 13 pula berkata, minggu lalu ayahnya ada menyatakan hasrat untuk membawanya pergi bercuti pada musim cuti sekolah nanti sebelum kemalangan itu.

Ayah pemandu, Eiew Gin Geok, 53, dari Simpang Tiga, Sungai Limau dekat sini berkata, sebelum kejadian dia ada menelefon anak lelakinya itu kerana pulang lewat ke rumah.

"Lepas itu dia cakap kata nak balik tetapi saya tunggu tidak balik-balik menyebabkan saya mengambil keputusan untuk keluar pergi cari di sekitar kawasan Sungai Limau dan dalam lingkungan 10 minit saya ada nampak orang ramai (kemalangan)," katanya.

Gin Geok berkata, selepas melihat ramai orang, dia menghampiri tempat kejadian dan melihat kemalangan itu membabitkan anaknya yang sewaktu itu tersepit dalam kereta. - BERNAMA Berita Harian Online | Tiga lelaki maut, dua wanita mengandung parah dalam kemalangan:

'via Blog this'

2 pendaki Korea Selatan maut, terjatuh di Himalaya

Berita Harian Online | 2 pendaki Korea Selatan maut, terjatuh di Himalaya: "


2011/11/12

SEOUL: Dua pendaki warga Korea Selatan terbunuh selepas terjatuh dari cenuram kawasan pergunungan Himalaya Nepal.

Pegawai Persekutuan Pergunungan Korea Selatan, Lee Ui-jae, berkata pendaki terbabit jatuh ketika cuba mendaki puncak Cholatse dan mereka terbunuh Jumaat (waktu tempatan).
Beliau berkata, kematian mereka selepas beberapa minggu pendaki Korea Selatan, Park Yeong-seok dilaporkan hilang minggu lalu di Pergunungan Annapurna, Nepal sebelum beliau dianggap sudah meninggal dunia. - AP"

'via Blog this'

8 nelayan hilang pelanggaran kapal di Korea Selatan

Berita Harian Online | 8 nelayan hilang pelanggaran kapal di Korea Selatan: "


2011/11/12

SEOUL: Lapan anak kapal dilaporkan hilang selepas bot nelayan yang dinaiki mereka bertembung dengan kapal kontena dan tenggelam di barat laut pesisir pantai Korea Selatan, menurut Pengawal Pantai Korea Selatan, hari ini.

Bot nelayan 59 tan itu membawa sembilan anak kapal sebelum dilanggar kapal 2,116 tan dalam keadaan kabus tebal di luar barat laut pelabuhan Taean.
Selain kapten bot, seorang mangsa yang diselamatkan bot nelayan lain, berkata lapan anak kapal yang lain sedang tidur ketika kejadian.
Beliau berkata, Pengawal Pantai sudah memaklumkan bot peronda dan helikopter bagi mencari mangsa lain yang masih hilang. - AFP "

'via Blog this'

Jumpa tengkorak manusia


Oleh : NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN
Tarikh : November 10, 2011
tengkorak2

MUAR – Satu tengkorak yang dipercayai milik manusia dijumpai seorang nelayan di Pantai Seri Menanti, Parit Jawa, di sini, semalam.

Nelayan berkenaan yang hanya dikenali sebagai Ahmad, 50-an, menjumpai tengkorak itu ketika mencari kupang di pantai berkenaan.

Menurutnya, semasa mencari kupang kira-kira jam 10 pagi berhampiran pokok bakau di tepi pantai itu, dia ternampak objek hitam seakan batu.

“Objek ini terbenam di atas lumpur pada jarak kurang 20 meter dari tempat saya mencari kupang.

“Tetapi entah mengapa saya tertarik untuk menghampiri objek itu dan terkejut apabila mendapati ia adalah tengkorak manusia,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad berkata, dia tidak menemui sebarang tulang lain melainkan tengkorak itu saja di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dia segera menghubungi Balai Polis Parit Jawa yang kemudiannya sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar diketuai Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Razali Mohd Zin tiba di lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan penemuan tengkorak berkenaan.

“Buat masa ini, polis tidak dapat menentukan jantina atau umur pemilik tengkorak berkenaan dan masih menunggu laporan lanjut.

“Dipercayai tengkorak ini sudah menjangkau usia lebih satu tahun dan hanya mempunyai dua gigi geraham. Tengkorak ini akan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi mengenal pasti identiti pemiliknya,” katanya.

Sehubungan itu, kepada orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi IPD Muar menerusi 06-9526222.Jumpa tengkorak manusia - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pembantu penguatkuasa JPJ hadapi empat tuduhan rasuah

Pembantu penguatkuasa JPJ hadapi empat tuduhan rasuah - Johor - Sinar Harian: "
Oleh : SH JOHOR/NORSHIKIN MOHD SALLEH
Tarikh : November 10, 2011
JOHOR BAHRU- Seorang pembantu penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghadapi empat tuduhan rasuah, dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, setelah didapati bersalah melakukan perbuatan berkenaan, tiga tahun lepas.

Hakim Mohd Nasir Nordin memerintahkan supaya hukuman penjara itu berjalan serentak mulai hari ini ke atas Mohd Amir Ishak, 38, yang bertugas di Unit Siasatan dan Risikan Bahagian Penguatkuasa JPJ Johor di Taman Daya, di sini, dan kegagalan membayar denda membolehkan tertuduh dipenjara enam bulan. Dia telah didakwa menerima suapan keseluruhan RM5,300."

'via Blog this'

786 kes jenayah berjaya dikurangkan


Oleh : MOHD FIRDAUS YON
Tarikh : November 10, 2011

JOHOR BAHRU - Sebanyak 786 kes atau 4.31 peratus kadar jenayah di negeri ini berjaya dikurangkan bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu berbanding tempoh sama pada tahun lalu dicatatkan hasil usaha polis Ibupejabat Kontinjen (IPK) Johor .

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, 17,463 kes dilaporkan dalam tempoh berkenaan berbanding 18,249 kes yang direkodkan pada tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, terdapat kenaikan kadar jenayah 94 kes atau 5.1 peratus pada Oktober lalu berbanding bulan sebelumnya sekali gus memerlukan semua anggota dan pegawai meningkatkan usaha memerangi jenayah.

"Pelbagai cabaran dihadapi kontinjen Johor, tetapi pada hakikatnya kita masih lagi berupaya mengawal keselamatan dan ketenteraman negeri ini.

"Sehubungan itu, saya meminta kepada semua ketua jabatan dan Ketua Polis Daerah supaya meningkatkan usaha untuk mencegah jenayah bagi mengurangkan indeks kadar jenayah di negeri ini," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan kontinjen di IPK Johor, di sini, kelmarin.786 kes jenayah berjaya dikurangkan - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pemandu dan kelindan treler maut dalam kemalangan


Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 10, 2011

IPOH - Seorang pemandu treler dan kelindannya terbunuh apabila kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km30 Jalan Teluk Intan-Sitiawan awal pagi tadi.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 3.15 pagi itu ialah M. Chanthiran, 42, dan V. Jedeswaran, 25, yang kedua-duanya berasal dari Kampung Pinang, Kamunting.

Mereka meninggal di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Changkat Melintang.

Abdullah berkata kejadian berlaku apabila treler yang dipandu M. Chanthiran itu terlanggar sebuah lori yang keluar dari satu simpang menyebabkan treler itu terbabas dan terbalik serta menghempap kedua-dua mangsa.

Treler yang membawa gelung besi itu dalam perjalanan dari Sitiawan menuju Teluk Intan.

Pemandu dan kelindan treler maut dalam kemalangan - Perak - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kes bunuh gadis disebut semula


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 10, 2011
dituduh

KOTA TINGGI - Mahkamah Majistret Kota Tinggi, di sini, se­­­­­­­­malam, menetapkan tarikh sebutan semu­la bagi kes pembunuhan seorang remaja berumur 15 tahun, Nurul Atikah Samsiah, pada 14 Disember ini.

Majistret Mohd Fadlee Mamat menetapkan ta­­rikh itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurshafini Mustafha, memandangkan laporan kimia mangsa masih belum siap.

Tertuduh, Mohamad Suhaimi Abd Aziz, 41, didakwa atas dua pertuduhan.

Bagi pertuduhan per­­­­­­­­­­­­­tama, tertuduh didakwa melakukan satu pembunuhan yang menyebabkan kematian mangsa pada jam 7 pagi, 26 Oktober lalu.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh dituduh merogol mangsa, lebih kurang jam 2 petang, 25 Oktober lalu.

Tertuduh hanya mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh sepanjang prosiding mahkamah dijalankan bermula kira-kira jam 9 pagi, semalam.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan pertama dan Seksyen 316 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan kedua.

Pada 27 Oktober lalu, Sinar Harian melaporkan berhubung penemuan mayat seorang gadis pada 26 Oktober lalu selang tiga rumah dari kediaman ibu bapanya di rumah pekerja Ladang Kambau, di sini.

Mangsa yang telah berhenti sekolah selepas tamat sekolah rendah dilaporkan hilang pada jam 2 petang, 25 Oktober lalu, sehari sebelum mayatnya ditemui.

Ekoran kejadian, polis menahan seorang suspek juga pekerja ladang berkenaan bagi membantu siasatan.Kes bunuh gadis disebut semula - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tiga maut nahas kereta terbabas rempuh

Tiga maut nahas kereta terbabas rempuh pejalan kaki - Utara - Sinar Harian: "pejalan kaki
Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 12, 2011
YAN – Tiga maut manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah kereta yang dinaiki empat orang terbabas lalu merempuh seorang pejalan kaki dalam kejadian di Batu 13, di Jalan Sungai Petani-Alor Setar dekat Bukit Besar di sini awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi itu, pemandu dan seorang penumpang kereta serta pejalan kaki itu maut di tempat kejadian.

Katanya, identiti kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu masih belum dikenal pasti.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Yan, manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Jurucakap itu berkata, punca kemalangan sedang disiasat."

'via Blog this'

Penoreh maut terima 100 sengatan

Penoreh maut terima 100 sengatan - Melaka & NS - Sinar Harian: "
Oleh : SH MNS/NORDIANA JOHARI
Tarikh : November 12, 2011
JASIN – Seorang penoreh getah maut apabila terkena kira-kira 100 sengatan lebah semasa perjalanan untuk menoreh getah di Kampung Baru, Tanah Pinggir Meriang, Nyalas, di sini , petang semalam.

Mangsa, Ameen Md Tahir, 32, meninggal dunia ketika perjalanan ke Klinik Kesihatan Simpang Bekoh, di sini.

Manakala, seorang lagi mangsa, anak saudaranya, Mohd Azri Abdullah, 31, turut diserang binatang berbisa itu sebaik tiba kira-kira 10 minit selepas mangsa tiba di ladang berkenaan."

'via Blog this'

Suri rumah ditipu RM738,000 dan diugut


Oleh : SH SELANGOR&KUALA LUMPUR/AHMAD ISMADI ISMAIL
Tarikh : November 11, 2011

KUALA LUMPUR - Akibat terpedaya dengan janji manis, seorang suri rumah ditipu oleh bekas teman lelakinya yang berjaya mengikis sebanyak RM 738,000 sejak 10 tahun lalu.

Wanita yang berusia 45 tahun itu berkata, lelaki itu seringkali mengugutnya untuk mendapatkan wang, jika dia tidak berbuat demikian lelaki itu akan mendedahkan hubungan sulit mereka kepada suaminya yang berada di Jepun.

"Lelaki itu mengugut serta memaksa saya meninggalkan rumah di Kulim dan menyerahkan hak milik rumah itu. Oleh kerana takut nyawa terancam, saya bersembunyi di ibu kota," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Wanita itu berkata, lelaki itu berusia 52 tahun, bekerja sebagai bookie haram dan dipercayai mempunyai ramai kenalan dari kalangan kongsi gelap.

"Saya berharap polis segera mengambil tindakan ke atas lelaki ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan (PGRM), Wilson Lau Hoi Keong, berkata, wanita itu membuat tiga laporan polis mengenai ugutan itu, dipercayai lelaki itu menipu beberapa wanita lain.

"Saya akan menghantar surat kepada balai polis berkenaan untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung kes ini," katanya.

Suri rumah ditipu RM738,000 dan diugut - Selangor & KL - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pasar raya dipecah masuk kerugian RM30,000


Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 10, 2011

KUANTAN - Sebuah pasar raya di Jalan Pasar Besar di sini kerugian RM30,000 apabila pejabat pengurusan pasar raya berkenaan dipecah masuk pagi semalam.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata, suspek bertindak menebuk bahagian bumbung pasar raya itu yang menembusi bilik pejabat dan bilik peti besi pasar raya berkenaan.

"Kejadian itu disedari seorang penyelia yang bertugas selepas membuka pejabat pada jam 8.30 pagi semalam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Siling pada setiap pejabat juga telah dipecahkan suspek, pintu peti besi simpanan wang telah ditebuk suspek dan kerugian dianggarkan RM30,000 wang tunai," katanya.

Suspek dipercayai melarikan diri menerusi bumbung pasar raya berkenaan.

"Polis masih menjalankan siasatan dan kami percaya kejadian pecah masuk itu tidak dilakukan berseorangan," katanya.

Pasar raya dipecah masuk kerugian RM30,000 - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

Maut ditikam dalam bilik hotel


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : November 12, 2011

KUANTAN - Pengalaman ngeri seorang pekerja sebuah syarikat periklanan yang sebelum ini nyaris maut ditikam penyamun beberapa tahun lalu berulang kembali namun kali ini nasibnya tidak baik apabila terbunuh akibat ditikam ketika berada dalam sebuah bilik hotel bajet, Jalan Mahkota di sini, awal pagi semalam.

Mayat Cheng Tien Weng, 37 berasal dari Taman Bukit Ubi Jaya di sini ditemui kira-kira jam 9.30 pagi oleh salah seorang pekerja hotel dalam keadaan terlentang dengan hampir 20 kesan tikaman dan luka besar di dada dipercayai dibunuh.

Ketika ditemui, mayat mangsa berada di atas katil ditutupi selimut dan berlumuran darah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha berkata, susulan penemuan mayat tersebut, pihaknya ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

Menurutnya hasil siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku antara jam 11 malam 10 November hingga 5 pagi semalam bagaimanapun motif kejadian belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan.

“Hasil siasatan juga mendapati mangsa mendaftar masuk ke hotel itu sejak 9 November lalu bersama rakan karibnya dikenali sebagai Lee Seng Kai, 30 dari Taman Impianku, Jalan Sungai Lembing dekat sini.

“Bagaimanapun, ada saksi melihat lelaki tersebut beredar meninggalkan bilik hotel kira-kira jam 5.30 pagi , semalam,” katanya.

Zulkifli berkata, polis kini sedang menjejaki lelaki tersebut bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada kesan pergelutan berlaku manakala senjata tajam dipercayai pisau yang digunakan dalam pembunuhan tersebut juga gagal ditemui.

“Polis turut menjalankan pemeriksaan bagi mengenal pasti sekiranya ada barang berharga milik mangsa hilang dalam kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan ke alamat berdasarkan kad pengenalan mangsa bagaimanapun mendapati rumah itu sebenarnya rumah sewa yang pernah disewa keluarganya sebelum berpindah.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

“Mayat mangsa dibedah siasat kira-kira jam 3 petang tadi (semalam) sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kejadian sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Tidak tunjuk perubahan

Adik sepupu mangsa dikenali sebagai Jenny (bukan nama sebenar) 20-an berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu polis datang mencari pakciknya untuk memaklumkan kejadian yang menimpa mangsa.

Menurutnya, mangsa tinggal bersama bapanya di Lorong Galing 27, Air Putih di sini sejak kematian ibu dan adiknya beberapa tahun lalu.

“Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku kerana semalam (kelmarin) dia ada di rumah dan tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

“Saya ada berjumpanya semalam memaklumkan ada rakan dari Kuala Lumpur akan menumpang di rumah itu dan dia tidak membantah ,”katanya yang rapat dengan mangsa.

Jenny berkata, ketika itu abang sepupunya sibuk menyidai pakaian sebelum keluar dengan seorang rakan.

“Selalunya dia beritahu saya jika dia hendak keluar namun kali ini sebaliknya.


“Namun saya tahu dia ada keluar menyambut majlis hari jadi rakannya sebelum ini namun selepas itu dia mendiamkan diri sehinggalah saya mendapat tahu berita kematiannya pagi ini (semalam) walaupun tidak sempat untuk menatap wajahnya lagi,” katanya.

Menurutnya, dia mengenali beberapa rakan abang sepupunya dan rata-rata mereka adalah rakan sekerja.

“Saya juga mengenali Seng Kai atau Ah Kai kerana mereka berdua berkawan baik dan sering bersama jika ke mana-mana,” katanya.

Maut ditikam dalam bilik hotel - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

Dua beradik tipu cek RM41,000


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 10, 2011
tipu

TEMERLOH – Dua beradik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan penipuan cek bernilai RMR41,698 ke atas seorang peniaga barang kemas dan permata di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Berdasarkan fakta kes, dua beradik tersebut Voong Shaio Chin 31, dan abangnya Voong Chin Ee 43, didakwa membuat penipuan itu bersama-sama pada 3 Februari 2010 kira-kira jam 4.30 petang di sebuah kedai di Jalan Haji Kassim, Mentakab.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua beradik itu menyerahkan dua keping cek iaitu Ambank RM20,000 dan Public Bank RM21,698 kepada peniaga terbabit sedangkan akaun tersebut telah ditutup pada 26 November 2009.

Kedua-dua beradik tersebut membuat pengakuan tersebut di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh Muhammad Iskandar Zainol yang bertindak sebagai Majistret.

Pegawai Pendakwa Ellyana Othman memohon kedua-dua tertuduh ditawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap seorang dengan seorang penjamin.

Shaio Chin yang membuat rayuan memohon jaminan dikurangkan kerana baru bekerja sebagai penjual manakala abangnya tertuduh kedua memohon mahkamah mengurangkan jaminan kerana terpaksa menyara seorang anak.

Kedua-dua tertuduh didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 29 November ini.

Berdasarkan rekod, tertuduh kedua mempunyai satu lagi kes berkaitan penipuan dan kini sedang dalam tahanan reman di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Dua beradik tipu cek RM41,000 - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pengurus maut nahas


Oleh : ROHANA ISMAIL
Tarikh : November 12, 2011
Pengurus maut nahas

TUMPAT - Perjalanan seorang pengurus Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Putra Malaysia ke tempat kerja di Wakaf Bharu berakhir tragedi apabila motosikal yang ditungganginya terbabas di Jalan Kota Kubang Labu, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, mangsa, Nasnudin Mustapha, 47, mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Isteri mangsa yang enggan dikenali berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap suaminya itu beria-ia menggosok bajunya dan anak merupakan petanda dia akan pergi buat selamanya.

“Pagi ini tiba-tiba arwah minta baju saya dan baju sekolah dua anak kami untuk diseterika olehnya, biasanya saya yang minta dia tolong gosokkan baju saya ini kerana arwah suami yang rajin,” katanya ketika ditemui di Hospital Tumpat.

Dia yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Bachok memberitahu jenazah suaminya itu dikebumikan di Kampung Pauh Ganja dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Khalid Munap ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan dari arah Kota Bharu ke Pengkalan Kubor.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan mangsa tercampak di bahu jalan.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan teruk di kepala mati di tempat kejadian.

“Pegawai dan anggota trafik dikejarkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Khalid berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tumpat (HT) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Katanya, saksi kejadian diminta tampil untuk membantu pihak polis menjalankan siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat 09-7257222.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Pengurus maut nahas - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

Peniaga ditikam tujuh kali


Oleh : NORRIZAH BAHARUDIN
Tarikh : November 11, 2011
Bunuh

ALOR GAJAH - Seorang warga emas maut dalam keadaan tertiarap di pintu masuk kedai runcit miliknya selepas dipercayai dirompak dan ditikam di anggota badan, di Kampung Parit Melana, Durian Tunggal, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, mangsa, Tey Ah Keh, 64, ditemui oleh seorang kanak-kanak yang datang ke kedainya untuk membeli barang sebelum dimaklumkan seorang lelaki bahawa kedai tutup.

Saksi kejadian, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun berkata, dia diminta oleh neneknya untuk kedai membeli santan kelapa sebelum ditegur seorang lelaki berkulit gelap dan kurus menyatakan kedai tutup dan terdapat sebatang besi berukuran satu meter di tangannya.

“Kemudian dia terus memecut motosikal jenis Honda EX-5 berwarna hitam dalam keadaan tergesa-gesa.

“Kemudian saya jengah kedai dari atas jalan dan mendapati pemilik kedai sudah tertiarap tidak sedarkan diri dan bertembung pula dengan seorang ibu saudara yang kebetulan juga hendak ke kedai mangsa,” katanya.

Ibu saudaranya, Maisara, 42 tahun, berkata, dia menahan seorang lelaki yang melalui jalan berkenaan untuk melihat keadaan mangsa yang disangka pengsan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, mangsa berseorangan di kedainya sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali.

“Dipercayai berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek yang turut membawa lari wang hasil perniagaan, bagaimanapun jumlahnya tidak dapat dipastikan lagi.

“Terdapat tiga kesan tikaman pada rusuk kanan, satu di perut, satu di dada dan dua tikaman lagi di pangkal paha,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa di hantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sementara itu, selang 30 minit, sebuah kedai telefon bimbit di Taman Kasawari, Gangsa turut dirompak, dipercayai oleh suspek sama.

Pemilik kedai, Alvin Chan Boon Chuan, 32, cedera parah ditikam suspek sebanyak dua kali di rusuk kiri dan kanan, dipercayai menggunakan senjata tajam dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang.

Difahamkan, lokasinya hanya kira-kira lima kilometer dari kejadian pertama.

Suspek meletakkan motosikalnya di tempat letak kereta berhadapan dengan sebuah kedai dobi sebelum memasuki kedai telefon bimbit.

Umar Ali berkata, pihaknya percaya kejadian kedua itu dilakukan suspek sama berdasarkan maklumat motosikal dan baju yang dipakai sama seperti kejadian pertama.

“Namun dalam kejadian kedua, mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Pantai untuk rawatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu hanya disedari apabila mangsa menjerit keluar dari kedainya dalam keadaan berlumuran darah selepas ditikam, sementara suspek melarikan diri dengan motosikalnya.

“Ibu mangsa, Lee Yon Pa, 72, dan seorang anak saudara, Yap Jing, 3, tidak diapa-apakan kerana mereka tidur di bahagian belakang kedai tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Orang ramai boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah menerusi talian 06-5562222,” katanya.Peniaga ditikam tujuh kali - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Cabul sepupu OKU


Oleh : RUBIAH OMAR
Tarikh : November 11, 2011
Cabul

KUALA TERENGGANU - “Saya maafkan dia (tertuduh) dunia dan akhirat. Saya harap dia akan berubah menjadi manusia yang beriman dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi,”.

Demikian jawapan spontan daripada ibu mangsa yang juga ibu saudara kepada tertuduh, Abdul Muhaimin Abdullah, 29, yang mengaku bersalah mencabul kehormatan sepupunya, 18, seorang gadis lembam di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Bukan itu sahaja, ibu mangsa yang juga ditemani ibu saudara mangsa turut mengemukakan permohonan rayuan agar mahkamah mengurangkan hukuman terhadap tertuduh dengan harapan tertuduh akan menjadi seorang manusia berguna kelak.

Kata-kata yang diluahkan oleh dua wanita itu dalam nada sebak telah mengundang suasana hiba dan pilu di galeri mahkamah, lebih-lebih lagi apabila Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin membenarkan tertuduh bertemu dengan mereka sebelum hukuman penjara selama 12 bulan dijatuhkan terhadap tertuduh.

Selain itu, Zainal Abidin turut mengarahkan tertuduh yang bekerja sebagai tukang cat kereta membayar wang pampasan sejumlah RM500 kepada mangsa.

Kedua-dua hukuman berkenaan dijatuhkan selepas tertuduh, dari kampung Kubang Badak, Gong Badak, di sini mengaku bersalah dengan sengaja mencabul kehormatan mangsa apabila meraba kedua-dua payudaranya di sebuah rumah di kampung Kubang Badak, Gong Badak, di sini antara jam 11.40 hingga 11.45 malam, 4 Oktober lalu.

Tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya, Masriwani Mahmud @ Mamat manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Sofian.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon agar mahkamah mengurangkan hukuman terhadapnya kerana mendakwa sudah insaf dan menyesali perbuatannya itu selain mendakwa perlu menanggung ahli keluarganya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh mencabul mangsa yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu di sebuah rumah di Kampung Kubang Badak, Gong Badak, di sini, kira-kira jam 11.40 malam, 4 Oktober lalu.

Perbuatan tertuduh disedari adik mangsa yang ketika kejadian sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik apabila terdengar bunyi mengeluh dan bising.

Adik mangsa terus keluar dari bilik dan melihat tertuduh sedang mencabul mangsa sebelum bertindak memarahi dan menghalau tertuduh keluar dari rumah mereka.

Berikutan kejadian itu, adik mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, di sini, untuk tindakan selanjutnya.Cabul sepupu OKU - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tanam mayat belakang rumah


Oleh : HUSSAINI AMRAN/ SARINAH MAT KASIM
Tarikh : November 12, 2011
tanam mayat belakang rumah

SEREMBAN - Laporan polis oleh seorang wanita, membawa kepada penemuan mayat anak perempuannya berumur dua tahun yang ditanam di belakang rumahnya, di Taman Kwang Tong, Lobak dekat sini, 4 November lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, wanita berumur 27 tahun itu, mendakwa anaknya didapati dalam keadaan nazak dan tidak bermaya pada 3 Julai lalu.

“Menurut wanita itu, terdapat kesan lebam dan luka seluruh tubuh kanak-kanak malang itu, dipercayai didera oleh teman lelakinya.

“Lelaki berkenaan dikatakan membawa anak perempuan wanita terbabit ke bahagian belakang rumah untuk ditanam kira-kira jam 1 pagi keesokannya,” katanya di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) negeri di sini, semalam.

Menurutnya, wanita itu tidak berani membuat laporan lebih awal kepada pihak berkuasa kerana suspek mengugut mahu membunuhnya.

“Bagaimanapun, ibu mang­sa akhirnya, berjaya melarikan diri dari rumah didiami bersama suspek sejak awal tahun ini, untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

“Suspek dipercayai sering bertindak kejam mendera kanak-kanak itu dan wanita terbabit dipukul, apabila cuba menghalang,” katanya.

Sehubungan itu, Osman meminta Khalid Redza Shuib, 30, pemegang MyKad bernombor 810707-03-6061 tampil membantu polis menyiasat kes itu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Tanam mayat belakang rumah - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'