Tarikh : November 8, 2011

Gebenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra telah mengeluarkan arahan berpindah terhadap 11 daerah di sekitar pusat bandar selepas paras banjir dilaporkan semakin meningkat di beberapa kawasan utama di zon perniagaan yang turut menjadi lokasi tumpuan pelancong asing.
Sehingga kini, angka korban banjir telah meningkat kepada lebih 500 orang selepas hampir seluruh negara tersebut dilanda banjir sejak lebih tiga bulan lalu.
Beberapa kementerian terletak di Chatuchak, utara Bangkok yang menempatkan ibu pejabat bantuan kecemasan turut ditenggelami banjir pada masa ini.
Bagaimanapun, paras banjir di beberapa kawasan di wilayah Ayutthaya dilaporkan mula surut dan kerja pembersihan secara besar-besaran dirancang akan dilaksanakan pada minggu ini.
Jumaat lalu, tembok banjir menggunakan beg pasir sepanjang enam kilometer telah dibina untuk menghalang air banjir memasuki pusat Bangkok, namun usaha itu juga didakwa gagal.
Dalam satu kenyataan, pakar perubahan cuaca dari Universiti Chulalongkorn, Anond Snidvongs berkata, kajian mereka menunjukkan seluruh ibu negara Thailand bakal tenggelam dalam tempoh 50 tahun jika tiada langkah awal diambil berikutan paras air laut yang dijangka akan terus meningkat sehingga 2050 akibat pemanasan global.
'via Blog this'