Search This Blog

Sunday, November 6, 2011

Polis maut dalam nahas

myMetroPolis maut dalam nahas: "LEDANG: Seorang anggota polis maut apabila kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan lori membawa muatan tar di Kilometer 15, Jalan Sungai Mati-Tangkak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi, Koperal Peter Benedict Francis, 43, yang bertugas di Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tangkak, namun sejurus tiba di lokasi kejadian, Wira dipandu hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh lori yang datang dari arah bertentangan.

Peter yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan, meninggal di tempat kejadian kerana cedera parah di badan, manakala pemandu lori tidak cedera.


Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Muhammad Salleh Abd Razak berkata, pertembungan itu menyebabkan kereta mangsa remuk.


“Lori terbabit turut terbalik manakala muatan tar dibawa berselerak, menyebabkan kesesakan di sana,” katanya."

'via Blog this'

Buruh maut minum racun

JERTIH: Seorang lelaki rakyat Nepal yang bekerja sebagai buruh binaan di Pulau Perhentian Kecil, dekat sini, Rajendra Rokka, 25, mati setelah dipercayai meminum racun rumpai, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noor Zainy Mohd Nor berkata, lelaki itu yang bekerja sejak setahun lalu meninggal dunia ketika diberikan rawatan di Hospital Daerah Besut.


Katanya, sebelum kejadian, seorang rakan mangsa yang baru bangun tidur menemui mangsa kesakitan dengan buih keluar daripada mulutnya di kawasan semak di belakang bilik rumah pekerja di situ, jam 10.30 pagi.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa oleh rakannya ke Pusat Perubatan Pulau Perhentian untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Daerah Besut.

myMetroBuruh maut minum racun:

'via Blog this'

Harga ikan, sayur naik mendadak


PENGGUNA terpaksa membeli barangan basah di Pasar Besar Alor Setar, Kedah pada harga yang lebih mahal semalam.


ALOR SETAR - Harga barang keperluan harian, terutamanya barang basah, di negeri ini seperti ikan dan sayuran naik mendadak didakwa berpunca daripada banjir besar yang melanda Thailand sejak Oktober lalu.

Kebanyakan peniaga memberi alasan pemborong terpaksa menaikkan harga kerana Thailand merupakan pengeksport utama barangan berkenaan ke negara ini.

Seorang peniaga, Mohd. Zakuan Nasir, 25, berkata, dia terpaksa menaikkan harga barangan walaupun menerima rungutan daripada pembeli.

"Kerana banjir di Thailand, harga cili merah naik mendadak. Kalau dulu sekilogram cili merah kami jual antara RM8 hingga RM10 tapi bila berlaku banjir, harga itu meningkat kepada RM15 sekilogram," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar di sini semalam.

Harga sayur sawi di pasar berkenaan bagi setiap sekilogram adalah RM3.50 berbanding sebelum ini RM2.50, tomato RM5 (RM4), limau nipis RM5 (RM3), kacang bendi RM3 (RM1.50) dan timun RM3.50 (RM2).

Seorang lagi peniaga, Abdul Salim Sheikh Mohamand, 52, pula berkata, peniaga juga terpaksa menaikkan harga ikan kerana bekalan ikan semakin berkurangan disebabkan ketiadaan bekalan ikan dari Thailand.

"Keadaan sekarang ini sedikit gawat kerana bekalan ikan kurang, sebab itu harga naik. Kalau ikan banyak, harga akan murah," kata Abdul Salim.

Bagi harga ikan pula, bawal dijual RM6 sekilogram berbanding RM5 sebelum ini, bawal hitam RM25 (RM22), jenahak RM30 (RM25), siakap RM25 (RM22) dan selayang RM8 (RM6).

Sementara itu, di Kuala Terengganu, bekalan minyak sawit di daerah ini didapati berkurangan sejak beberapa hari lalu apabila rak-rak minyak masak di beberapa buah pasar raya didapati kosong atau kalau ada pun jumlahnya terhad.

Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati orang ramai merungut kerana mereka terpaksa pergi ke beberapa buah kedai sebelum dapat membeli minyak masak kerana bekalannya dikatakan berkurangan sejak seminggu lalu.

Seorang kakitangan kerajaan, Fauzi Muhammad, 26, memberitahu, sejak beberapa hari lalu minyak masak di kedai runcit di kampungnya telah kehabisan menyebabkan dia terpaksa mencari bekalan itu di pasar raya.

"Tetapi saya agak hampa apabila kebanyakan pasar raya juga kehabisan stok dan beberapa buah lagi pasar raya didapati bekalannya pula terhad," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang pekerja sebuah pasar raya yang hanya dikenali sebagai Ain memberitahu, bekalan minyak peket satu kilogram sudah terputus bekalan sejak lebih seminggu lalu.

"Minyak botol lima kilogram pula sudah kehabisan semalam (kelmarin) tetapi pada hari ini (semalam) stok baharu sampai tetapi hanya sedikit," katanya.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Gajah liar ancam kampung



TANAMAN penduduk seperti getah dan pisang musnah akibat diceroboh gajah liar di Kampung Keladan, Rompin kelmarin.


ROMPIN – Penduduk Orang Asli Kampung Keladan berhampiran Kampung Aur di sini kerugian besar apabila dua ekor gajah liar memusnahkan tanaman mereka kelmarin. Gajah yang dipercayai datang dari Hutan Simpan Bukit Ibam itu telah memusnahkan tanaman sara hidup seperti pisang, anak pokok kelapa sawit, getah, buluh, kelapa dan pokok pinang.

Kejadian itu menyebabkan penduduk mula bimbang dengan keselamatan nyawa mereka kerana serangan itu berlaku pada sebelah malam. Seorang penduduk, Awang Mansur, 49, berkata, dia melihat kelibat dua ekor gajah itu pada waktu malam apabila haiwan itu masuk ke kebunnya dan memusnahkan pokok getah, pinang dan pisang. Katanya, dua ekor gajah dipercayai ibu dan anak itu mengeluarkan suara yang kuat hingga mengejutkannya daripada tidur lalu mengundang rasa cemas mereka sekeluarga yang berada di rumah yang terletak 10 meter sahaja dari kebun.

“Saya sempat membakar mercun untuk menghalau gajah tersebut tetapi tidak berkesan sebaliknya haiwan itu terus mengganas dengan memusnahkan tanaman selain memakan umbut kelapa sawit dan getah,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin. Lachai Chukin, 76, pula berkata, dia tidak mengetahui punca anjing peliharaannya menyalak sejak dua malam berturut-turut sehinggalah diberitahu jirannya tentang kejadian serangan gajah itu.

“Saya ingat rumah saya dimasuki pencuri tetapi rupa-rupanya kebun saya diceroboh gajah menyebabkan pagar yang menempatkan tanaman pisang rosak,” katanya. Katanya, dia terkejut apabila melihat kesan tapak kaki dan najis gajah berselerak di dalam kebunnya pagi kelmarin hingga mengundang rasa takut kepada keluarganya setiap kali menjelang malam. “Saya mungkin akan menjadi mangsa keganasan haiwan ini jika ia tidak dipindahkan semula ke habitat asal,” katanya.

Jala Heng, 64, berkata, kampung itu pernah dimasuki kumpulan gajah pada awal tahun lalu namun tanaman mereka tidak musnah teruk seperti yang berlaku kelmarin. Katanya, penduduk percaya kumpulan gajah itu masih berada di kawasan belakang kampung berkenaan kerana sering terdengar suara gajah dan ia dipercayai keluar pada waktu malam untuk mencari makanan. “Siang mungkin gajah berkenaan akan ke hutan tetapi bila malam, ia keluar merayau-rayau ke kebun-kebun berhampiran rumah penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Aur, Nura Hamidi Mat berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) digesa supaya mengambil tindakan segera dengan memindahkan gajah-gajah liar itu ke habitat yang lebih sesuai kerana nyawa penduduk di situ terancam. Nura Hamidi berkata, penerokaan hutan di kawasan hutan simpan Bukit Ibam dipercayai menjadi punca utama gajah itu keluar dari habitat asalnnya.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

KPDNKK rampas bebola kristal



DUA pengawai penguat kuasa KPDNKK Perak menunjukkan sebahagian daripada bebola kristal yang dirampas dari sebuah gudang di Chemor, Ipoh semalam.


IPOH - Tindakan seorang pengedar cuba menyembunyikan stok bebola kristal daripada pengetahuan pihak berkuasa gagal apabila gudangnya diserbu sepasukan penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak di Chemor di sini kelmarin.

Dalam serbuan pukul 4.30 petang itu, pasukan penguat kuasa KPNKK negeri yang diketuai Ketua Unit Operasinya, Akram Karim Mohamad Arip berjaya merampas 2,000 papan bebola kristal yang dianggarkan bernilai hampir RM10,000.

Timbalan Pengarah KPDNKK Perak, Rosli Ahmad berkata, pemilik syarikat pengedar berkenaan yang berusia 62 tahun dan 10 orang pekerjanya berada dalam gudang itu ketika diserbu.

"Biarpun pada mulanya lelaki itu tidak mengaku kewujudan stok bebola kristal dalam gudangnya namun hasil pemeriksaan menjumpai barangan terlarang itu di celah-celah timbunan stok permainan kanak-kanak dan makanan ringan," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Rosli memberitahu, pemilik syarikat pengedar itu akhirnya mengaku mengambil stok bebola kristal itu dari China untuk diedarkan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Menurut beliau, stok bebola kristal yang sudah dipek itu disorok sementara sebelum dipasarkan semula kepada pemborong dan peniaga pokok hiasan apabila isu pengharamannya reda.

"Setiap papan yang mempunyai 24 peket bebola kristal itu dijual RM4.80 secara borong," ujarnya.

Tambahnya, pengedar produk itu boleh diambil tindakan di bawah Akta Perintah Perlindungan Pengguna (Larangan Terhadap Barang Tidak Selamat) 2011 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM250,000 bagi kesalahan pertama dan RM500,000 bagi kesalahan kali kedua.

Kosmo! Khamis lalu melaporkan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri mengarahkan operasi membanteras kegiatan menjual bebola kristal yang sudah diharamkan sejak Ogos lalu.

Ia berikutan insiden seorang kanak-kanak, Ifti Ilya Farhana Mohd. Khairuddin yang berusia satu tahun tujuh bulan dari Kuantan terpaksa dibedah pada 1 November lalu selepas bebola kristal yang ditelannya membesar sehingga sebesar bola ping pong dalam usus.

Ifti Ilya Farhana dipercayai menelan beberapa butir objek yang disangkanya gula-gula di hadapan rumahnya di Perkampungan Sri Mahkota Jaya, Kuantan pada 26 Oktober lalu.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'