Search This Blog

Saturday, November 5, 2011

Paksa minum arak

AMPANG: Hanya kerana tidak berpuas hati adik lelaki berkahwin dan bertukar agama, seorang wanita berusia 30-an dipercayai sanggup memaksa adik lelakinya meminum arak di depan isteri dan keluarga.
Malah, kakak lelaki berusia 31 tahun itu turut mengugut membuka pakaian isteri adiknya yang baru berkahwin itu di hadapan keluarga sekiranya mangsa enggan menuruti kemahuannya itu, Selasa lalu.
Berikutan insiden itu, mangsa membuat laporan polis selepas dia dan isterinya pulang ke rumah mereka di Ampang, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, jam 3 petang Selasa lalu, mangsa dikatakan terpedaya muslihat kakaknya supaya datang ke rumah keluarga di Cheras, di sini, kononnya seorang ahli keluarga mereka sakit tenat.

“Terkejut mendengar berita itu, mangsa membawa isterinya ke rumah berkenaan untuk melawat dan membawa ahli keluarganya itu ke hospital. myMetro | Paksa minum arak:

'via Blog this'

Cabul gadis tengah jalan

KAJANG: Hanya dengan memberi alasan tayar motosikalnya goyang, seorang remaja perempuan nyaris menjadi mangsa lelaki ‘gila seks’ apabila diraba dan cuba dicabul di pondok bas di Jalan Semenyih, Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun baru pulang dari kolejnya di ibu kota dengan menunggang motosikal berseorangan ke rumahnya yang terletak di Taman Tasik Kesuma, di sini.

Disebabkan hujan dan jalan licin, mangsa menunggang motosikal perlahan sebelum dihampiri seorang lelaki menaiki motosikal dan meminta dia memberhentikan motosikalnya kerana mendakwa tayarnya bergoyang.
Menurut sumber, mangsa yang terpedaya memberhentikan motosikalnya di pondok menunggu bas dan memeriksa tayar motosikalnya sebelum lelaki itu pura-pura mahu membantu.

“Mangsa yang tidak mengesyaki niat buruk lelaki terbabit hanya mengikut arahan dan memerhatikan tingkah laku lelaki itu yang kelihatan bersungguh-sungguh mahu menolongnya,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki terbabit tiba-tiba mendekati mangsa sebelum menarik tangan mangsa dan mengajaknya berbual sebelum bertindak lebih drastik apabila cuba memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa.
Mangsa yang terkejut diperlakukan sedemikian menepis tangan lelaki itu sebelum mendapatkan motosikalnya dan beredar dari tempat kejadian. myMetro | Cabul gadis tengah jalan:

'via Blog this'

Buat, jual senjata


RAMPAS...Md Tahir (dua dari kiri) menunjukkan senapang kayu buatan sendiri yang dirampas daripada seorang peneroka di  Felda Gunung Besout, di Slim River.
RAMPAS...Md Tahir (dua dari kiri) menunjukkan senapang kayu buatan sendiri yang dirampas daripada seorang peneroka di Felda Gunung Besout, di Slim River.

SLIM RIVER: Seorang peneroka Felda mengejutkan polis apabila dikesan memiliki kemahiran menghasilkan senapang kayu berbahaya sebelum dijual secara haram kepada orang ramai.
Senjata buatan sendiri itu yang dijual pada harga RM350 setiap laras mampu mengundang maut berikutan menggunakan tabung angin bertekanan tinggi untuk menembak laju peluru guli yang digunakan.
Kegiatan menyalahi undang-undang itu berjaya dipatahkan selepas peneroka berusia 66 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim, yang menyerbu rumahnya di Felda Gunung Besout, di sini.

Dalam operasi jam 3.40 petang Jumaat lalu, suspek yang juga seorang tukang kayu dikesan menjadikan bahagian belakang rumahnya sebagai ‘kilang’ untuk menghasilkan senapang kayu berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Md Tahir Kasim, berkata siasatan mendapati suspek memulakan perniagaan menjual senapang itu sejak awal tahun ini.

Buat, jual senjatamyMetro | Buat, jual senjata:


'via Blog this'

Bini hujung minggu


BERLINDUNG...Rita berkongsi kisah kehidupannya bersama Rahayu (kiri) di Rumah Sinar Sofia.
BERLINDUNG...Rita berkongsi kisah kehidupannya bersama Rahayu (kiri) di Rumah Sinar Sofia.

JOHOR BAHRU: Kemaruk ingin hidup mewah menyebabkan segelintir wanita tempatan menggadai maruah melalui ‘pakej abang Singapura’ ditawarkan pelancong lelaki negara berkenaan yang bersedia memenuhi apa saja permintaan ‘gundik’ mereka termasuk menyediakan rumah dan kereta selain elaun ribuan ringgit setiap bulan.
Kewujudan pakej maksiat itu didedahkan bekas kerani dikenali sebagai Rita, 28, hasil pengalamannya mendapatkan wang secara mudah dengan menjadi teman termasuk menyerahkan tubuh kepada lelaki hidung belang dari republik berkenaan setiap kali mereka berkunjung ke sini, terutama pada hujung minggu.
Rita mendakwa pembabitannya dalam kegiatan itu bermula daripada perkenalan dengan seorang lelaki dari Singapura menerusi laman web sosial yang dikenali sebagai Sam yang juga kontraktor.

Menurutnya, pada awalnya dia menganggap Sam rakan biasa, namun hubungan mereka semakin rapat hingga pada satu hari lelaki itu menawarkan pakej untuk dia memperoleh wang dengan mudah dan hidup mewah.

“Sam yang sudah berkeluarga menyatakan dia mencari teman kerana kesunyian setiap kali berurusan di bandar raya ini pada setiap hujung minggu.
myMetro | Bini hujung minggu:

'via Blog this'

Lelaki tak siuman dilanggar kereta

KOTA KINABALU: Seorang gadis sedang memandu kereta ke rumahnya, merempuh seorang lelaki separuh bogel yang melintas secara tiba-tiba di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa dipercayai kurang siuman dikenali Marali, 50-an, cedera parah di muka dan badan selepas dirempuh kenderaan jenis Proton Gen.2 dipandu gadis berusia 26 tahun itu.

Rempuhan itu juga menyebabkan cermin depan kereta berkenaan pecah, namun pemandu bersama seorang lagi rakannya tidak mengalami kecederaan.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizebath (HQE) untuk rawatan lanjut.

Pemandu terbabit yang enggan dikenali, berkata dia dalam perjalanan dari pusat bandar ke arah Putatan sebelum terkejut apabila seorang lelaki melintas secara tiba-tiba.

“Saya terus menekan brek, namun kenderaan gagal berhenti lalu merempuh lelaki berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mangsa masih dirawat di hospital dan dilaporkan stabil.

“Siasatan mendapati kemalangan itu berpunca apabila mangsa kurang siuman melintas jalan tiba-tiba sebelum dirempuh kenderaan dipandu seorang gadis,” katanya. myMetro | Lelaki tak siuman dilanggar kereta:

'via Blog this'

‘Saya nekad terajang’

MIRI: “Tidak rela jasad berkubur dalam perut buaya, saya nekad menendang reptilia itu beberapa kali walaupun terpaksa menahan kesakitan dan akhirnya berjaya melepaskan diri,” kata seorang lelaki yang berjaya melepaskan diri selepas dibaham seekor buaya di Sungai Sibuti dekat Kampung Bulau, Bekenu di sini, kelmarin.
Johari Simuto, 23, berkata pengalaman bertarung dengan reptilia itu selama kira-kira tiga minit kini menjadi pengalaman tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat dan menganggapnya benar-benar insiden mati hidup semula.
Sebelum kejadian, Johari turun ke jeti berkenaan seorang diri untuk mandi selepas pulang membantu ibu bapanya di kebun, sebelum terjatuh ke dalam sungai akibat dilibas buaya terbabit, kira-kira jam 7 malam.

“Dalam keadaan kelam-kabut, saya sempat berpaut pada tiang jeti sebelum bertarung dengan buaya itu biarpun tidak melihatnya dengan jelas,” katanya.

Mengimbas kembali insiden ngeri itu, Johari berkata, dia langsung tidak menyedari kehadiran buaya terbabit, malah keadaan air pasang yang agak tenang ketika itu menyebabkannya tidak terfikir kehadiran haiwan ganas itu. myMetro | ‘Saya nekad terajang’:

'via Blog this'

Tak mengaku rompak lori kontena

MELAKA: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, di sini, semalam, atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap lori kontena di susur keluar Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Oktober lalu.
Tertuduh, S Thiyagarajan, 26, beralamat di Flat Citra 5, Jalan 20/21, Taman Kajang Utama, Kajang, Selangor, membuat pengakuan itu selepas mendengar pertuduhan dibacakan terhadapnya pada prosiding di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mengikut kertas pertuduhan, Thiyagarajan didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap lori kontena bernombor pendaftaran BFW 2888 milik Econhaul Sdn Bhd, Lot 14835, Udang Galah, Kampung Telok Gong, Port Klang, Selangor, pada 23 Oktober lalu antara jam 2 petang hingga 3 pagi di susur keluar Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah.
Lori kontena itu membawa muatan ‘partikel board’ (papan cip) milik HeveaBoard Berhad, Lot 1942, Batu 3, Jalan Tampin, Gemas, Negeri Sembilan.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, manakala tertuduh diwakili peguam P Gunalan. myMetro | Tak mengaku rompak lori kontena:

'via Blog this'

Bumbung rumah ‘hilang’, cermin kereta pecah

KEPALA BATAS: “Aidiladha tahun ini sedih sebab bukan saja kami tidak sempat membuat persiapan, malah bumbung rumah pula diterbangkan ribut,” kata Hanisah Abdullah, 38, antara 75 mangsa ribut di Permatang Saga, Pinang Tunggal, dekat sini, kelmarin.
Selain bumbung rumah ‘hilang’, Hanisah mengalami kerugian keseluruhan RM20,000 kerana cermin depan kereta Proton Iswara turut pecah dihempap kayu garaj.

Suri rumah itu berkata, ketika kejadian jam 4.20 petang kelmarin, dia tiada di rumah dan hanya tinggal dua anaknya, Nasrul Ashraf Janull Abidin, 14, dan Nurul Ashikin, 16. Menurutnya, angin kencang yang disertai hujan lebat menyebabkan dua anaknya ketakutan dan lari bersembunyi di dapur dan mereka hanya mampu melihat bumbung diterbangkan.
“Saya bergegas pulang sebaik dimaklumkan kejadian dan terkejut apabila mendapati bumbung sudah ‘hilang’ manakala cermin depan kereta pecah.

“Semua perabot dan barang elektrik turut basah kerana tidak sempat diselamatkan. Namun, saya bersyukur dua anak yang berada dalam rumah selamat,” katanya. Hanisah berkata, dia sedih kerana ketika orang lain membuat persiapan menyambut Aidiladha esok, dia sekeluarga menumpang sementara di rumah saudara kerana rumahnya dibasahi hujan.

Bapa Hanisah, Abdullah Bakar, 83, berkata, dia terdengar bunyi berdengung beberapa minit sebelum bumbung rumah anaknya diterbangkan ribut.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin serta wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melawat dan memberi bantuan segera kepada mangsa.

Seorang lagi mangsa, Saidin Mat Isa, 53, berkata dia mendapati sebahagian bumbung rumahnya sudah tiada sebaik pulang dari kerja jam 5 petang dan keluarganya menumpang sementara di Dewan Komuniti Pinang Tunggal. myMetro | Bumbung rumah ‘hilang’, cermin kereta pecah:

'via Blog this'

Janda 18 tahun ditahan meragut nak beli dadah

KULAIJAYA: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang juga ibu tunggal nekad meragut beg duit seorang wanita di depan sebuah pasar raya di bandar ini, petang kelmarin, semata-mata mahu membeli dadah.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa berusia 59 tahun berjalan seorang diri selepas membeli-belah sebelum diragut dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata tindakan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.
“Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan pasar raya berkenaan, suspek kemudian melarikan diri namun jeritan mangsa didengari orang awam yang terus mengejar peragut terbabit.

“Pada masa sama, orang ramai memaklumkan kejadian kepada anggota MPV yang melakukan rondaan di lokasi berhampiran,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya, semalam.

Suspek ditahan dan menurut Zulkefly, siasatan mendapati suspek ibu tunggal dan mempunyai seorang anak berusia setahun.
Ketika melakukan jenayah itu, Zulkefly berkata, suspek berada di bawah pengaruh dadah jenis Methamphetamine.

“Ujian air kencing mengesahkan suspek berada di bawah pengaruh dadah terbabit, beg duit mangsa bersama wang tunai RM120, kad kredit dan kad pengenalan ditemui semula. myMetro | Janda 18 tahun ditahan meragut nak beli dadah:

'via Blog this'

Remaja jaga pusat judi

KUALA LUMPUR: Kesempitan hidup memaksa seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berhenti sekolah dan bekerja di sebuah premis judi Internet di Taman Desa Tasik Sungai Besi, sejak 10 bulan lalu.
Sebaik ditahan Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dalam serbuan bermula jam 5 petang semalam, remaja terbabit mendakwa bekerja untuk membantu keluarganya.

Menurut remaja terbabit, dia terpaksa berhenti sekolah dan bekerja selepas bapanya meninggal dunia lebih setahun lalu.
“Saya dibayar RM1,100 setiap bulan dan separuh daripadanya diberikan kepada ibu untuk belanja bulanan,” katanya.

Dalam operasi diketuai Ketua D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Cif Inspektor Zaili Zakaria, berkata remaja terbabit seorang daripada empat penjaga yang ditahan dalam serbuan di empat premis di kawasan berkenaan. myMetro | Remaja jaga pusat judi:

'via Blog this'

Bukan habuan ‘ternak’ tikus


BANGKAI...Pembantu Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Hafifi Mohd Sani menunjukkan tikus yang ditangkap dalam Ops Tangkap Tikus di Taman Angsana Hilir, semalam.
BANGKAI...Pembantu Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Hafifi Mohd Sani menunjukkan tikus yang ditangkap dalam Ops Tangkap Tikus di Taman Angsana Hilir, semalam.

AMPANG: “Jangan jadikan tikus sebagai haiwan ‘ternakan’ semata-mata untuk mendapatkan ganjaran RM3 seekor diberikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ),” kata Timbalan Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain ketika majlis perasmian penutup Operasi Tangkap Tikus di Pandan Dalam, di sini, semalam.
Katanya, penduduk diminta tidak mengambil peluang ganjaran itu untuk menjana ekonomi masing-masing, sebaliknya perlu mengamalkan kebersihan.

“Sudah dua tahun program ini dianjurkan dan penambah baik dilakukan dari segi ganjaran iaitu dulu seekor tikus RM1 dan kini ditambah kepada RM3 untuk menarik lebih banyak penyertaan. “Sejak program itu dilancarkan pada Januari lalu, lebih 2,400 tikus dikumpulkan. Ternyata kaedah ini berkesan, malah menarik perhatian penduduk untuk menangkap tikus. Buktinya di kawasan Zon 15, Pandan Dalam, sudah tiga kali program sama dianjurkan dan mengumpulkan 1,600 tikus,” katanya.
Abd Hamid berkata, di kawasan MPAJ, masalah tikus menjadi ancaman kepada penduduk di Taman Dagang, Taman Cempaka dan Kampung Cheras Baru.

Katanya, pelbagai kaedah digunakan termasuk mendapatkan khidmat pihak kawalan haiwan perosak, tetapi masih gagal diatasi hingga memaksa MPAJ bersama Ahli Majlis setiap zon menganjurkan kempen menangkap tikus selama 11 bulan bermula Januari lalu.

“Kami memerlukan kerjasama peniaga restoran, gerai makanan dan pemilik rumah memastikan tahap kebersihan di premis masing-masing berada pada tahap terbaik.
“Jadual kutipan sampah sudah diubah bagi meningkatkan kebersihan dan memastikan tikus tidak membiak kerana kawasan pembuangan sampah menjadi lokasi utama haiwan berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tikus bandar membiak cepat dengan berat boleh mencecah sekilogram seekor dan melahirkan anak sehingga 15 ekor setahun.
“Justeru operasi berterusan akan dilakukan bagi mengurangkan ancaman haiwan terbabit,” katanya.
myMetro | Bukan habuan ‘ternak’ tikus:

'via Blog this'

Sindiket kasut kokain berjaya ditumpas

MADRID: Polis semalam berkata, mereka berjaya menumpaskan rangkaian dadah yang menyeludup kokain dari Colombia berbentuk kasut berjenama wanita dengan harga 50,000 euros (RM207,000) sepasang.
Polis menahan lelaki yang disyaki ketua kumpulan Colombia itu dan isterinya berusia 24 tahun selepas menjejaki mereka di Gorliz, bandar tepi laut di utara Sepanyol.

“Siasatan yang dilakukan menunjukkan mereka yang ditahan itu menyeludup kokain dalam bentuk kasut wanita sejak dua dua tahunlalu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan polis.
Kasut itu digelar ‘Manolos’ oleh kumpulan berkenaan, merujuk kepada pereka kasut terkenal Sepanyol, Manuel “Manolo” Blahnik Rodriguez, yang harga sepasang kasut tumit tingginya mencecah ribuan euro.

Bagaimanapun, harga kasut kokain itu lebih mahal, 50,000 euro sepasang.

Polis berkata, ketua kumpulan berkenaan dan isterinya mencari penumpang untuk membawa dadah itu dari Cali, Colombia dengan pelbagai cara, termasuk kasut berjenama palsu.
Dadah itu kemudian akan dijual di Bilbao di Basque dan kawasan sekitar oleh tiga rakan, seorang warga Sepanyol berusia 29 tahun dan dua rakyat Colombia, berumur 28 dan 38 tahun.

Pegawai antidadah menahan enam suspek itu dalam beberapa siri serbuan selepas mengetahui ketua kumpulan berkenaan akan menerima penghantaran terakhir dadah itu sebelum berlepas pulang ke Colombia bersama isteri. - AFP myMetro | Sindiket kasut kokain berjaya ditumpas:

'via Blog this'

‘Ibu bayi’ Bieber boleh didakwa


MUKA depan majalah Star yang menyiarkan dakwaan Mariah.
MUKA depan majalah Star yang menyiarkan dakwaan Mariah.

LOS ANGELES: Dakwaan Mariah Yeater bahawa Justin Bieber adalah bapa bayinya mungkin menyebabkan wanita itu berdepan dengan masalah undang-undang.
Mariah, 20, kini boleh disoalsiasat oleh polis Los Angeles atas tuduhan ‘merogol budak bawah umur.’
Bieber hanya berusia 16 tahun jika benar mereka mengadakan seks sehingga menyebabkan Mariah melahirkan anak.

Ini bermakna, Bieber ketika itu adalah bawah umur.

Semalam, seorang pegawai kanan polis Los Angeles berkata, pihaknya mungkin menyiasat dakwaan Mariah.

Menurut undang-undang, sesiapa yang mengadakan seks dengan seseorang yang bawah umur, yang tidak sampai tiga tahun lebih tua atau tiga tahun lebih muda dengan pelaku, adalah bersalah kerana melakukan kesalahan kecil.

Ketika kejadian itu didakwa berlaku, Mariah baru saja mencapai usia 19 tahun.

Menurut Associated Press, Komander Andrew Smith berkata, tidak ada laporan diterima mengenai kejadian itu yang didakwa berlaku Oktober tahun lalu di Staples Centre.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna polis tidak akan mengambil tindakan memandangkan terdapat laporan Mariah sudah mengemukakan saman terhadap bintang pop remaja itu.

Mariah mahu Bieber menjalani ujian DNA bagi mengesahkan secara saintifik bahawa dia adalah bapa bayinya yang berusia tiga bulan, lapor majalah Star di Amerika Syarikat.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan Isnin lalu, Mariah juga menuntut Bieber menyediakan penyaraan secukupnya untuk anak itu.

Bayi berkenaan, Tristyn Anthony Markhouse Yeater, dilahirkan 6 Julai lalu.

Wanita kelahiran California itu mendakwa, sebelum melakukan seks, penyanyi itu memberitahunya, ia kali pertama dia melakukannya sebelum Bieber dikatakan bergegas menanggalkan pakaiannya dalam sebuah bilik air di belakang pentas.

Mariah juga mendakwa, kejadian itu berlaku begitu pantas, hanya kira-kira 30 saat.

Menurut Mariah, mereka mengadakan seks pada 25 Oktober 2010 selepas konsert Bieber di Staples Centre di Los Angeles. - Agensi
myMetro | ‘Ibu bayi’ Bieber boleh didakwa:

'via Blog this'

Tak sempat balik raya

PEKAN: Perjalanan dua sepupu pulang ke kampung halaman menyambut Aidiladha, esok, berakhir dengan tragedi apabila seorang terkorban selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor lembu di Kilometer 26, Jalan Pekan-Nenasi di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Mohd Azizul Kamarudin, 21, dari Kampung Raja, Kuala Terengganu, parah di kepala maut di tempat kejadian.

Sebelum kejadian, mangsa yang baru sehari bekerja di Johor Bahru mengekori motosikal ditunggang sepupunya, Muhammad Hizrie Min, 23, dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu dari Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak seekor lembu melintas jalan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh di permukaan jalan dan mengalami kecederaan di kepala. Sepupu mangsa yang berada di depan menyedari kejadian itu dan berpatah semula untuk memberi bantuan namun mangsa didapati sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan (HP) untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya, kira-kira jam 12 tengah, malam kelmarin.
“Siasatan awal mendapati permukaan jalan ketika kejadian kering serta cuaca baik namun kawasan berlakunya insiden itu gelap kerana tiada lampu jalan,” kata Yahaya.

Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. myMetro | Tak sempat balik raya:

'via Blog this'

Peneroka warga emas cipta senapang sendiri ditahan polis



Md. Tahir Kasim (dua dari kiri) menunjukkan senapang buatan sendiri dimiliki oleh seorang peneroka warga emas pada sidang akhbar di IPD Tanjung Malim, Slim River, Perak, semalam.


TANJUNG MALIM 4 Nov. - Berang dengan gangguan haiwan liar yang sering membaham haiwan peliharaan serta memusnahkan kebunnya, seorang warga emas yang juga peneroka di Felda Gunung Besout, Sungkai dekat sini mengambil keputusan mencipta senapang buatan sendiri.

Berbekalkan kemahiran membuat sudip kayu serta sedikit pengetahuan mengenai senjata, lelaki berusia 66 tahun itu membuat senapang menggunakan tekanan angin dan menjadikan guli sebagai peluru.

Ibarat senjata makan tuan, kreativiti warga emas itu akhirnya mengundang padah apabila dia ditahan polis baru-baru ini selepas didapati turut menjual senapang itu kepada orang ramai dengan harga RM350 selaras.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Md. Tahir Kasim berkata, walaupun senjata itu kononnya digunakan untuk menghalau haiwan, tetapi ia juga boleh mendatangkan kecederaan atau kematian kepada manusia ekoran penggunaan tekanan angin yang sangat kuat.

"Suspek tidak mempunyai rekod jenayah. Dia mendapat idea untuk membuat senjata berkenaan selepas membuka senapang api dan dia sememangnya pandai bertukang untuk membuat sudip kayu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil maklumat orang awam, polis menahan suspek pada 28 Oktober lalu kira-kira pukul 3.40 petang.

Polis turut merampas lima laras senjata kayu buatan sendiri, enam rangka senapang yang belum lengkap, dua tabung simpanan angin, 96 biji guli dipercayai peluru, sembilan batang kikir, dua batang pahat saiz besar dan kecil, tukul kecil, pemutar skru dan pita ukuran.

Menurut Md. Tahir, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 kerana kesalahan memiliki senjata tanpa lesen atau permit yang sah.

"Kita akan menghantar senjata ini ke Bahagian Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk diuji, manakala suspek berada dalam jaminan polis bagi membantu siasatan," tambahnya.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, warga emas tersebut boleh dipenjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang telah membeli senjata berkenaan daripada suspek supaya tampil menyerahkannya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

Menyimpan senjata adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah akta yang sama, katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Konstabel diperintah bela diri


PETALING JAYA 4 Nov. - Seorang anggota polis berpangkat konstabel diperintah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini untuk membela diri atas tuduhan merogol dan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di dalam balai polis, tiga tahun lalu.

Hakim Hayatul Akmal Abd. Aziz memutuskan demikian setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Jamil Abdul Sah, 30, di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 20 Disember depan untuk lelaki tersebut mula memberi keterangan bela diri.

Jamil didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Maklumat Balai Polis Putra Heights, Putra Heights di sini antara pukul 6 dan 7 pagi, 18 Jun 2008.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Mahkamah batal permohonan menantu bekas MB Selangor


PUTRAJAYA 4 Nov. - Menantu kepada bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Ahmad Razali Mohd. Ali terlepas segala peluang untuk merayu di Mahkamah Rayuan terhadap satu keputusan kes saman yang tidak memihak kepadanya melibatkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM150,000.

Ia berikutan keputusan panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif membatalkan notis usul Datuk Noorazman Adnan, 53, yang memohon lanjutan masa memfailkan kebenaran merayu.

Mahkamah membatalkan permohonannya selepas dimaklumkan oleh peguam S. Ravi Chandran yang mewakili rakan kongsi kepada ahli perniagaan itu, Mohd. Fazzrul Amri Abdul Aziz, 27, bahawa peguam yang mewakili Noorazman tidak hadir hari ini.

Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Hakim Datuk Azahar Mohamed dan Hakim Anantham Kasinather.

Noorazman memohon lanjutan masa memfailkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 23 September tahun lalu yang mengekalkan perintah agar dia membayar ganti rugi RM150,000 kepada rakan kongsinya kerana didapati memungkiri perjanjian.

Pada 28 April tahun lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Ishak Bakri memutuskan agar ahli perniagaan itu membayar ganti rugi itu selain tunggakan gaji RM6,000 sebulan secara berterusan sehingga mencukupi jumlah RM250,000.

Mahkamah itu turut memerintahkan, sekiranya Noorazman gagal menjelaskan bayaran tersebut, faedah lapan peratus setahun akan dikenakan terhadapnya bermula dari 31 Mei 2005 sehingga selesai pembayaran.

Dalam tuntutan saman yang difailkan pada Julai 2007, Mohd. Fazzrul Amri yang merupakan pengarah syarikat pengusaha stesen minyak, Intelligent Partners Sdn. Bhd. mendakwa, defendan gagal menjelaskan tunggakan gaji kepadanya seperti yang dijanjikan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Noorazman didakwa gagal membayar gajinya sebanyak RM6,000 sebulan bermula April 2005 hingga Mei 2007.

Menurutnya, Noorazman melantiknya sebagai pengarah syarikat itu pada 2003 memandangkan beliau memiliki lesen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengusahakan stesen minyak BHP di Sungai Besi.

Noorazman kini kekal diisytiharkan sebagai seorang muflis selepas satu panel lain Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 18 Ogos lalu selain diperintah membayar kos RM10,000.

Ketika itu, dia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Mac lalu yang menolak rayuannya berhubung perisytiharan muflis yang diperolehi oleh Mohd. Fazzrul Amri berikutan kegagalannya membayar tuntutan melebihi RM300,000.

Dalam permohonan petisyen pemiutang terhadap Noorazman, Mohd. Fazzrul Amri mendakwa rakan kongsinya itu berhutang sebanyak RM354,707.95 iaitu jumlah yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 28 April tahun lalu.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Tiga warga Iran edar syabu dihukum mati


SHAH ALAM 4 Nov. - Tiga lelaki warganegara Iran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu yang ditemui di dalam perut mereka semasa tiba di negara ini pada Februari tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menjatuhkan hukuman itu ke atas Hossein Shakeri, 40, Mahdy Afra Siabi, 29, dan Arshad Mohamad Senjedeh, 29, selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Dalam penghakimannya, beliau menolak pembelaan Hossein yang mendakwa syabu yang ditelannya adalah ubat bina badan. Begitu juga dakwaan Mahdy dan Arshad bahawa dadah yang ditemui di dalam perut mereka adalah vitamin serta serbuk ubat gigi.

Hossein yang merupakan seorang mekanik didakwa mengedar 87.9 gram syabu di Hospital Serdang, Sepang dekat sini antara pukul 3 petang, 3 Februari dan pukul 1 petang, 4 Februari 2010.

Sementara Mahdy yang mendakwa datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai jurukimpal dituduh mengedar 306 gram syabu, manakala Arshad pula mengedar 466 gram syabu dalam tempoh masa dan tarikh yang sama di hospital tersebut.

Ketiga-tiga tertuduh dibicarakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Yassir Mohd. Nasri manakala tertuduh-tertuduh diwakili peguam Ramesh Sivakumar.

Sepanjang perbicaraan, sebanyak 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pihak pembelaan menampilkan enam saksi.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Tulang ditemui seberat 2,505g


SHAH ALAM 4 Nov. – Pakar perubatan forensik, Dr. Nurliza Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa berat keseluruhan tulang-tulang yang ditemui di Sungai Panchau dan Ladang Gadong, Banting dekat sini adalah sebanyak 2,505 gram.

Saksi pendakwaan ke-63 itu yang bertanggungjawab membuat pemeriksaan terhadap 2,040 spesimen tersebut berkata, jumlah itu melebihi berat tulang terbakar bagi seorang individu.

‘‘Kalau merujuk kebiasaan serpihan tulang yang terdedah kepada suhu haba yang tinggi untuk satu individu lelaki purata berat antara 2,300 gram dan 2,500 gram.

‘‘Serpihan tulang untuk individu perempuan biasanya kurang daripada 2,000 gram. Dalam kes ini, berat keseluruhan ialah melebihi 2,500,’’ jelasnya ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dalam perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain.

Bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh jutawan kosmetik itu dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham, 38. .

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam hingga 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Menjawab soalan peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan, Nurliza yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, membasuh tulang dengan berus dan air adalah satu kebiasaan sebelum pemeriksaan dibuat ke atasnya.

Bagaimanapun, jelasnya, ia biasa dilakukan selepas spesimen-spesimen yang ditemui di tempat kejadian dibawa pulang ke makmal.

Semasa membuat pencarian bersama tujuh lagi pakar perubatan forensik serta pasukan forensik polis di Ladang Gadong pada 14 September 2010, beliau tidak nampak tulang-tulang yang ditemui di situ dibasuh dengan menggunakan air kolam berhampiran.

‘‘Basuh dengan berus kalau menggunakan air boleh. Biasanya kami tidak buat di tempat yang dijumpai.

‘‘Bila balik ke makmal kami akan cuci spesimen yang dijumpai dengan menggunakan air,’’ katanya.

Dalam keterangannya, Nurliza yang mempunyai kepakaran dalam bidang Forensik Antropologi itu turut mengesahkan sebanyak 30 spesimen tulang itu diambil oleh dua ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Katanya, beliau tidak dimaklumkan tentang hasil ujian tersebut dan menyatakan tidak terkejut apabila dimaklumkan oleh Manjeet bahawa tiada sebarang DNA ditemui pada tulang-tulang tersebut.

Terdahulu, semasa ditanya sama ada tulang-tulang bukan manusia adalah tulang anjing, kambing atau lembu, Nurliza menjelaskan, beliau hanya boleh menyimpulkan ia tidak mempunyai ciri-ciri tulang manusia.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ke-45 bersambung 8 November ini.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Lombong runtuh, 4 maut


BEIJING 4 Nov. - Sekurang-kurangnya empat pelombong terbunuh, manakala 57 lagi terperangkap di bawah runtuhan apabila sebuah lombong arang batu tiba-tiba meletup selepas gempa bumi kecil melanda bandar Sanmenxia, wilayah Henan, semalam.

Menurut agensi berita Xinhua, kejadian itu berlaku petang semalam kira-kira 30 minit selepas gempa kecil berukuran 2.9 Skala Richter melanda timur Sanmenxia.

Ketika kejadian, seramai 75 pelombong sedang bekerja di dalam lombong itu, manakala 14 daripada mereka sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, kira-kira 200 pelombong menggali terowong sedalam 500 meter sebagai usaha untuk menyelamat mangsa yang masih terperangkap. - AP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

China lumpuhkan dagangan manusia


BEIJING 4 Nov. - Polis di timur China melumpuhkan aktiviti memperdagangkan manusia selepas menahan beberapa pasangan suami isteri yang menjual bayi-bayi mereka untuk mendapatkan wang.

Menurut laporan akhbar Global Times, pada bulan lepas, polis di bandar Zoucheng, wilayah Shandong menemui 17 bayi yang telah dijual di bandar ini.

Sebanyak 13 daripada bayi terbabit berjaya diselamatkan dan dihantar ke rumah kebajikan, manakala empat lagi sedang dikesan.

Akhbar itu memetik pegawai polis, Chen Qingwei sebagai berkata bahawa pasangan yang disyaki menjual bayi mereka itu merupakan kumpulan pendatang dari wilayah Sichuan dan datang ke bandar Zoucheng untuk mencari pekerjaan.

"Golongan suami akan keluar bekerja, manakala isteri menjual bayi-bayi mereka untuk mendapatkan wang," katanya.

Setiap pasangan tersebut telah menjual tiga bayi dan bayi lelaki pada harga AS$7,730 (RM23,217) bagi tiap seorang, manakala bayi perempuan berharga AS$4,723 (RM14,169).

Pasaran gelap menjual bayi di China mendapat sambutan daripada pembeli yang inginkan anak lebih daripada seorang atau menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai buruh paksa.

Pada Julai lalu, pihak berkuasa di selatan negara ini menyelamatkan 89 mangsa aktiviti memperdagangkan manusia termasuk bayi berusia 10 hari dan menahan 369 suspek. - Agensi

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Protes anti-Wall Street, 8 cedera


OAKLAND 4 Nov. - Lebih 80 orang ditahan dan lapan lagi cedera ketika tercetus pertempuran antara pasukan keselamatan dengan penunjuk perasaan di Oakland, California malam semalam, berikutan protes dan mogok anti-Wall Street, semalam.

Ketua polis Oakland, Howard Jordan berkata, seramai lima orang penunjuk perasaan dan tiga orang pegawai turut cedera termasuk seorang yang digigit oleh seorang penunjuk perasaan ketika mereka berkumpul di sebuah pusat perniagaan tersibuk di Amerika Syarikat (AS).

Sekurang-kurangnya seorang didakwa melakukan vandalisme dengan memecahkan tingkap sebuah balai polis dan 400 orang pegawai dari 14 buah agensi berbeza dikerah meredakan keganasan tersebut. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Curi air: Rumah kedai diserbu


SEREMBAN 3 Nov. - Sebuah rumah kedai setingkat di Kawasan Perindustrian Nilai dekat sini yang sedang diubah suai diserbu pihak berkuasa kerana disyaki mencuri bekalan air dalam satu operasi kelmarin.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan kakitangan dari Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Operasi yang diketuai oleh pegawai SPAN, Mohadir Hid dari Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Pengaduan dan Penguatkuasaan (BHEPPP SPAN) dilakukan pada kira-kira pukul 11 pagi.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat SAINS, Azlan Abdul Aziz berkata, ketika serbuan dijalankan, unit penguat kuasa mendapati terdapat penyambungan paip tanpa kebenaran di lokasi tersebut.

Katanya, pemilik premis didapati telah melakukan kesalahan melalui penyambungan tidak sah menggunakan paip mudah lentur bersaiz 12 milimeter.

"Pegawai SPAN telah mengeluarkan satu notis memaklumkan kesalahan yang telah dilakukan kepada pemilik premis dan menyita paip berkenaan sebagai bahan bukti.

"SAINS turut menjalankan ujian klorin di lokasi tersebut dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik SAINS," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurutnya, air yang diperoleh melalui penyambungan paip secara tidak sah itu telah digunakan untuk kegunaan kerja- kerja mengubahsuai dan tandas yang berada di bahagian dalam premis tersebut.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 yang memperuntukkan denda sebanyak RM100,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"SAINS akan terus mempertingkatkan pemantauan ke atas kegiatan curi air di seluruh negeri ini tanpa mengira kes itu melibatkan pengguna komersial mahu pun domestik.

"Tindakan tegas ini merupakan salah satu langkah berterusan dalam mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW)," ujarnya.

Azlan berkata, para pengguna yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes curi air boleh menghubungi talian bebas tol SAINS 1-800-88- 6982 dengan pemberi maklumat dirahsiakan.

Utusan Malaysia Online - Selatan:

'via Blog this'

Peragut dicekup orang awam


PETALING JAYA 3 Nov. - Seorang lelaki yang cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang wanita di Pasar Sri Setia di sini, dicekup oleh orang awam selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah motosikal lain.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia lewat 20-an sedang berjalan di sebatang lorong di tepi pasar berkenaan sambil mengendong bayinya apabila suspek yang menunggang motosikal dari arah belakangnya meragut beg tangannya.

Namun, peragut berumur 20-an itu gagal mengawal motosikal lalu merempuh motosikal lain dari arah belakang menyebabkan suspek terjatuh dan melarikan diri meninggalkan motosikalnya.

Suspek kemudian dikejar para peniaga pasar berkenaan sebelum ditangkap dan dibelasah di depan deretan kedai berhampiran pasar.

Anggota polis dari Balai Polis Sungei Way, yang berdekatan lokasi kejadian, tiba beberapa minit kemudian untuk menahan suspek dan membawanya ke balai polis.

Mangsa dan anaknya pula tidak cedera.

Peniaga jagung, Saidi Maskor, 36, ketika ditemui berkata, kes ragut membabitkan mangsa wanita sudah beberapa kali berlaku di kawasan pasar berkenaan memandangkan ia menjadi tumpuan orang ramai.

"Biasanya, peragut menjadikan wanita yang berjalan sendirian di lorong tepi pasar ini sebagai mangsa. Kejadian ini bukan kes pertama berlaku di sini," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Utusan Malaysia Online - Kota:

'via Blog this'

Lokasi seks bebas pusat gay terkenal



Bangunan yang dikatakan menjadi lokasi utama penganjuran program mempromosikan seks bebas di Kuala Lumpur. Gambar kanan: Laluan belakang Pasar Seni menjadi tempat pertemuan pasangan hubungan sejenis. - UTUSAN/FAIRUZ IZYANA AYUB


KUALA LUMPUR 4 Nov. - Sebuah bangunan pameran yang dikatakan lokasi utama penganjuran program mempromosikan seks bebas di ibu negara, Seksualiti Merdeka 2011 di sini dikatakan menjadi tumpuan pengamal seks songsang khususnya golongan gay sejak 20 tahun lalu.

Difahamkan, lokasi itu sering dikunjungi golongan tersebut setiap malam minggu untuk menyertai parti persendirian yang dianjurkan kelab gay dengan bayaran sewa sebanyak RM1,400 semalam.

Lebih mengejutkan, sepanjang parti itu, pengunjungnya bebas dan tidak malu bercumbuan di tempat awam dan memuaskan nafsu mereka di dalam tandas bangunan tersebut.

Golongan itu dikatakan ditaja oleh orang kenamaan (VIP) yang menyokong kelab-kelab gay berkenaan.

Menurut sumber, parti-parti seks bebas itu turut disertai warga asing selain ahli-ahli kelab gay tempatan yang datang dengan kereta-kereta mewah serta berpakaian berjenama.

Golongan lesbian dan transeksual bagaimanapun tidak mendominasi parti-parti itu walaupun kedua-dua golongan itu turut menyertai aktiviti di sana.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di kawasan sekitar bangunan pameran itu mendapati, terdapat beberapa pasangan gay tanpa segan silu bercumbuan berhampiran sebuah masjid dan tindakan itu seolah-olah memperlekehkan kesucian hari Jumaat dan rumah ibadat tersebut.

Seorang pelukis yang hanya mahu dikenali Marzuki pula mengakui, gejala negatif itu wujud di bangunan pameran tersebut malah dia sendiri pernah melaporkan perkara itu kepada pengurusan bangunan namun tiada tindakan diambil.

Beliau yang telah 20 tahun melihat kemungkaran itu hanya mampu menasihati golongan tersebut, tetapi dicerca dan tidak diendahkan mereka yang majoritinya orang Melayu.

"Saya bimbang kegiatan seks bebas yang berlaku di bangunan pameran ini memberi kesan kepada pusat pameran yang terkenal di ibu negara dan terletak tidak jauh dari sini.

"Malah saya yakin, kegiatan itu menyebabkan budaya seks songsang seolah-olah dibenarkan dan ia turut memberi gambaran yang negatif kepada pelancong asing.

"Saya tahu pihak pengurusan bangunan itu menghalalkan budaya sebegini. Saya kenal pasti seorang lelaki gay bertugas mengurus segala tempahan untuk parti seks bebas setiap malam minggu," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga yang dikenali sebagai Johan mendakwa, dia pernah dijemput untuk menyertai parti songsang anjuran kelab gay tersebut.

"Selepas dipanggil beberapa lelaki dipercayai gay untuk menyertai parti itu, saya cuba memaklumkan kepada mereka bahawa saya bukan gay. Bagaimanapun, saya tetap dipelawa masuk dan mereka tetap menghormati dan menerima kehadiran saya.

"Dalam parti yang bermula pukul 8 malam sehingga awal pagi itu, saya berasa tidak selesa kerana mereka mengamalkan aktiviti seks songsang secara terbuka. Selepas malam itu, saya sudah serik menghadiri mana-mana parti dianjurkan kelab gay di bangunan tersebut," ujarnya.

Dewan yang mengadakan parti itu boleh memuatkan kira-kira 100 pengunjung dan dalam parti itu, mereka dihidangkan dengan makanan, minuman dan hiburan seperti tarian diiringi muzik.

Johan yang sering berada di bangunan itu sejak 10 tahun lalu mendakwa, pengunjung dijemput menghadiri parti itu menerusi laman sosial Facebook yang dikendalikan seorang lelaki gay.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'

Spesimen tulang tiada DNA


SHAH ALAM - Perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa 30 spesimen yang berkemungkinan besar tulang manusia yang dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis tidak mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA).

Perkara itu dibangkitkan oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathmanabhan, semasa menyoal balas saksi ke-63 pendakwaan, pakar perunding forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr. Nurliza Abdullah.

Terdahulu, Nurliza, 46, memberitahu mahkamah bahawa sebanyak 30 sampel daripada 2,030 spesimen yang diambil dari Sungai Panchau dan Ladang Gadong di Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk mendapatkan DNA.

Beliau berkata, 18 sampel telah diambil oleh Pengarah Bahagian Forensik jabatan itu, Lim Kong Boon, pada 15 September tahun lepas manakala baki 12 sampel diambil pada 21 September tahun lepas oleh ahli kimia, Nor Aidora Saedon.

Ditanya oleh Manjeet Singh, sama ada Jabatan Kimia memaklumkan kepada beliau mengenai hasil analisis DNA itu, Nurliza berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Saya cadangkan kepada awak mereka tidak menjumpai DNA pada kesemua 30 sampel itu," kata Manjeet Singh dan saksi itu menjawab beliau tidak tahu.

"Awak terkejut saya beritahu perkara ini?" soal Manjeet.

"Saya tidak terkejut," jawab Nurliza.

Saksi itu menyambung keterangannya pada hari ke-46 perbicaraan kes Pathmanabhan, bekas peguam, dan tiga pekerja ladang T. Thilaiyagan, R. Matan serta R. Khatavarayan yang dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 42; Thilaiyalagan, 20; Matan, 21; dan Kathavarayan, 31, didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan pukul 9.45 malam pada 30 Ogos tahun lepas.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'