Search This Blog

Wednesday, November 2, 2011

Nyaris maut bilik air runtuh - Nasional - Sinar Harian

Nyaris maut bilik air runtuh
Oleh : AZMAN
Tarikh : November 2, 2011
KUALA KRAI - Seorang penduduk Dabong nyaris maut apabila terjatuh dari ketinggian tiga meter selepas bilik air rumahnya berhampiran simpang masuk ke Gunung Stong, di sini, runtuh, petang Isnin lalu.

Che Ainun Mustafa, 54, berkata, kejadian kira-kira jam 6.30 petang berlaku ketika dia sedang mandi apabila bilik air itu tiba-tiba roboh selepas tebing parit bersebelahan rumahnya runtuh akibat hakisan.

Katanya, biarpun cedera pada belakang dan punggung, dia bernasib baik kerana jatuh terlentang antara tong air dan mesin basuh yang menyelamatkannya daripada terkena runtuhan kayu dan bumbung bilik air berkenaan.

"Ketika mandi, saya terdengar bunyi seperti benda patah tetapi ingatkan disebabkan angin kerana sebelum itu, kawasan ini dilanda hujan lebat dan ribut.

"Nasib baik, bahagian atas bilik air (kayu dan zink) yang jatuh tersekat pada tong air dan mesin basuh, kalau tidak saya tak tahu apa akan jadi," katanya ketika ditemui di rumahnya, dekat sini, semalam.

Che Ainun berkata, ketika kejadian, dia dan tiga cucu berusia tiga hingga enam tahun berada dalam rumah manakala seorang anak perempuannya yang tinggal bersama keluar ke pasar.

"Biasanya saya minta tolong cucu gosok belakang setiap kali mandi tetapi nasib baik pada hari kejadian, mereka sedang bermain di ruang tamu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Pergau, Mohd Salleh Deraman meluangkan masa meninjau kerosakan rumah itu bersama anak lelaki Che Ainun, Mohd Abu Amir Che Ghani.

Mohd Salleh berkata, permohonan untuk membina rumah baru bagi keluarga itu diluluskan tahun lalu di bawah program e-Kasih tetapi masih tidak dapat dilaksanakan kerana masalah tapak.

"Tapak rumah sekarang tidak boleh dibina rumah baru kerana termasuk rizab jalan tetapi jika ada tapak lain, rumah baru untuk keluarga ini boleh dibina bila-bila masa sebab permohonan sudah lulus.

"Kalau boleh, saya minta Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) atau Kerajaan Negeri dapat sediakan satu tapak supaya projek ini dapat dilaksanakan," katanya.

Nyaris maut bilik air runtuh - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Dua Warga Britain Terperangkap Dalam Monorel


MELAKA: Hasrat dua pelancongan Britain menikmati keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki monorel terbantut apabila mereka terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba.

Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti setelah 20 meter meninggalkan Stesen Hang Jebat di Melaka dalam kejadian kira-kira jam 1.09 tengahari Selasa.

Akibatnya, bekas anggota polis, James Craft, 57 dan isterinya, Anne Craft, terpaksa menghabiskan kira-kira 20 minit di dalam gerabak monorel berkenaan sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.

Menggunakan tangga kecemasan untuk sampai ke gerabak monorel berkenaan, anggota penyelamat kemudiannya membantu mereka turun.

Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai suatu yang tidak akan dilupakannya, James berkata, beliau dan isteri membuat keputusan menggunakan monorel berkenaan untuk melihat keindahan panorama Melaka.

Menurutnya, gerabak monorel berkenaan berhenti secara tiba-tiba sejurus selepas meninggalkan stesen.

"Walaupun terperangkap di dalam gerabak selama 20 minit, kami sama sekali tidak panik. Malahan, saya dapati anggota penyelamat begitu ramah dan profesional dalam menjalankan tugas mereka," katanya. Ini merupakan kali kedua sistem monorel bernilai hampir RM15.9 juta di sepanjang Sungai Melaka ini terhenti perkhidmatan. Tahun lalu, seramai 20 penumpang turut terperangkap di dalam gerabak monorel berkenaan apabila ia terhenti kira-kira 100 meter dari Stesen Hang Jebat. Sistem monorel sepanjang 1.6km itu dilancarkan Oktober tahun lalu.

Bagaimana, sejurus pelancaran, perkhidmatannya digantung sementara berikutan beberapa masalah teknikal. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari, iaitu pengendali perkhidmatan itu, Nazry Ahmad berkata, kejadian semalam disebabkan masalah pam pada salah satu pintu gerabak.

Menurutnya, sistem monorel berkenaan secara automatik akan menghentikan operasi apabila pintu gerabak tidak ditutup. "Kita mengganggap ini satu masalah kecil sahaja. Perkhidmatan telah bersambung semula jam 3.30 petang selepas kerosakan berkenaan diperbaiki," katanya.

Difahamkan, tambang kedua pelancong Britain berkenaan juga telah dikembalikan kepada mereka, selain mereka turut ditawarkan tiket percuma untuk menaiki Menara Taming Sari. Difahamkan juga pihak pengendali perkhidmatan monorel itu turut menghantar notis memohon maaf serta cenderamata kepada pasangan berkenaan.

mStar Online : Dua Warga Britain Terperangkap Dalam Monorel:

'via Blog this'

Beban diganggu tujuh ah long


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : October 29, 2011
ah long

PUCHONG – Semua hasil pendapatan dan wang sim­panan terpaksa digunakan membayar hutang tujuh ah long menyebabkan seorang lelaki kini mendakwa buntu memikirkan nasibnya yang sering diganggu lintah darat terbabit.

Difahamkan, mangsa meminjam RM6,700 sejak Ok­tober tahun lalu dan mendakwa sudah membuat pembayaran termasuk caj ‘bunga’ hampir RM18,700 kepada pemberi pinjaman terbabit.

Namun dia yang kini terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu van sekolah setelah memikirkan risiko gangguan memaklumkan buntu apabila lintah darat itu menuntut RM24,000 lagi baki hutang yang didakwa mereka sebagai wang pokok.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifli, 42, berkata, segala-galanya bermula apabila dia terpaksa meminjam wang daripada ceti haram berkenaan kerana terdesak untuk membaiki van sekolahnya yang rosak.

“Melalui satu iklan dalam keratan akhbar tempatan, saya memperoleh nombor telefon pemberi pinjaman wang berlesen dan terus menghubungi nombor tertera.

“Tidak sampai satu jam, individu daripada syarikat pemberi pinjaman wang itu datang menemui saya di Bangi dan memberikan wang RM1,800 sedangkan saya mem­buat permohonan pinjaman RM3,000,” katanya.

Zulkifli berkata, selepas lima hari dia kemudian mula membuat pembayaran kepada ah long terbabit dan sudah membayar RM9,000 untuk jumlah RM1,800 wang yang dipinjamnya.

“Bagaimanapun, setelah setahun berlalu, ah long terbabit terus mengganggu dan meminta saya membayar wang RM3,000 lagi. Saya memberitahu saya sudah tidak mampu membayar kepadanya lagi sebelum dia memperkenalkan rakannya yang didakwa dapat membantu saya.

“Susulan daripada pinjaman pertama saya terus terjebak membuat pinjaman hingga kepada tujuh ah long dan tidak menyangka jumlah yang perlu dibayar lebih tiga kali ganda daripada jumlah yang dipinjam,” katanya ketika mengadu di Pejabat Biro Aduan Puchong di sini, kelmarin.

Dakwa mangsa yang turut meminta pertolongan daripada Umno Bahagian Serdang, dia kini sudah tidak mempunyai wang untuk membayar ‘baki’ hutang RM24,000 seperti yang didesak kumpulan ah long terbabit kerana sudah hilang pekerjaan.
“Ah long terbabit menghantar pelbagai sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) termasuk yang memaki hamun menyebabkan saya takut dengan ancaman mereka kepada keluarga,” katanya.
Sementara itu Ketua Biro Aduan Puchong, Kuan Chee Heng ketika ditemui berkata, beliau sudah menghubungi semua ah long terbabit dan meminta mereka bertemu untuk berurusan dengannya.
“Mangsa dibuli dengan teruk oleh ah long terbabit yang berkemungkinan bersekongkol daripada kumpulan sama.
“Saya nasihatkan mangsa membuat laporan polis jika masih diganggu ah long terbabit dan tidak perlu bimbang dengan SMS dihantar,” katanya.

Beban diganggu tujuh ah long - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

441 bakal berdepan maut


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : October 31, 2011
Ketua-Polis-Johor,-Datuk-Mohd-Mokhtar-Mohd-Shariff

JOHOR BAHRU – Seramai 441 pesalah narkotik bakal berdepan hukuman mati mandatori sekiranya disabitkan kesalahan membabitkan siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Angka berkenaan didedahkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Syariff yang menyifatkan perkara terbabit serius dan perlu dibendung bagi mengurangkan kadar jenayah di negeri ini.

Menurutnya, angka tersebut merupakan sebahagian daripada 8,131 pesalah narkotik yang ditahan di seluruh negeri bagi tempoh Januari hingga Oktober ini.

“Kes yang disiasat mengikut akta itu dilihat berada pada tahap membimbangkan berbanding tahun lalu yang mencatatkan 625 tangkapan,” katanya.

Mohd Mokhtar berkata, nilai harta yang disita melalui jenayah narkotik terutama daripada pengedar dadah adalah sebanyak RM3.1 juta antaranya wang tunai, rumah, kereta dan sebagainya.

“Masalah ini perlu diselesaikan secara akar umbi terutamanya pengawasan berterusan daripada penjaga terhadap tingkah laku anak-anak sebelum mereka terjebak ke kancah negatif ini.

“Tengok siapa kawannya dan pada masa sama, kekalkan hubungan dengan jiran dan sekiranya mengesyaki sesuatu, berhubung dengan polis dengan kadar segera,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Mokhtar berkata, kebanyakan suspek yang ditahan atas kesalahan dadah kebanyakannya berusia lingkungan antara 20-an hingga 30-an dan sehingga kini polis berjaya menahan 47 suspek atas kesalahan mengedar dadah.

“Lebih menakutkan apabila statistik merekodkan seramai 7,410 individu ditangkap adalah penagih dadah yang hampir keseluruhannya masih muda yang mana perkara ini amat mengecewakan pihak kami.

“Manakala daripada jenis rampasan dadah mendapati dadah jenis Heroin adalah rampasan tertinggi iaitu 47,356.04 gram diikuti Ganja sebanyak 32,635.79 gram dan Syabu sebanyak 17,703.27 gram,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor di atas usaha berterusan bagi mencegah jenayah narkotik di negeri itu.

“Kami sentiasa memandang serius berhubung jenayah narkotik yang berlaku di negeri ini kerana individu yang terbabit dalam jenayah ini boleh dianggap sebagai pemusnah diri mereka sendiri dan juga insan terdekat sekali gus musuh negara,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pemeriksaan pusat hiburan yang dijalankan pihaknya, beliau berkata, sebanyak 547 serbuan dijalankan bermula Januari hingga Oktober ini yang mana 9,747 individu diperiksa dan 789 daripadanya didapati positif dadah.

441 bakal berdepan maut - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lelaki maut dilibas samseng


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : October 29, 2011
dilibas

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut selepas diserang sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 31 tahun sedang menikmati hidangan makan malam seorang diri di restoran berkenaan, sebelum didatangi sekumpulan lelaki bersenjata tajam menaiki kereta meluru ke arahnya.

Mangsa yang tidak menyedari kehadiran kumpulan terbabit dipercayai dilibas dengan senjata tajam mengena bahagian dada, perut dan kepala.

Kumpulan penyerang itu juga terus mengejar mangsa yang cuba untuk melarikan diri keluar dari restoran berkenaan selepas diserang.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya rebah di kaki lima, kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang lelaki warga tempatan, berasal dari Perak dan bekerja di sebuah syarikat swasta di Johor Jaya.

“Ketika kejadian, mangsa sedang makan seorang diri sebelum sekumpulan lelaki datang dan terus menyerangnya. Cubaannya untuk melarikan diri gagal apabila rebah kira-kira 50 meter dari restoran berkenaan.

“Motif dan punca serangan itu masih lagi dalam siasatan. kita juga menolak motif cubaan samun beriku­tan barang berharga milik mangsa tidak dilarikan.

“Siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata digunakan untuk menyerang mangsa. Suspek dipercayai menggunakan senjata tajam seperti pisau atau parang panjang,” katanya.

Roslan berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah dipercayai akibat tetakan di dada, perut dan kepala, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sehingga kini katanya, polis belum menahan mana-mana individu bagi membantu siasatan, namun gerakan masih diteruskan untuk memburu penyerang terbabit.

“Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Justeru, saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan kes atau menghubungi balai polis berhampiran dengan segera.

Lelaki maut dilibas samseng - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kanak-kanak mati lemas dalam kolam Indah Water


Oleh : SH UTR
Tarikh : November 1, 2011
BESERI - Seorang kanak- kanak lelaki berusia empat tahun ditemui mati oleh bapanya selepas tergelincir ke dalam kolam Indah Water Konsortium (IWK) Taman Beseri Murni, malam kelmarin.

Mangsa, Aiman Fakhrul Mohd Hasrol Nizam,4, di percayai tergelincir ke dalam kolam berkenaan antara jam 6 petang hingga 8.15 malam.
Kanak-kanak mati lemas dalam kolam Indah Water - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

9 kenderaan terlibat nahas


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : October 18, 2011
9-kereta-kemalangan

SEREMBAN – Berpunca daripada sebuah kereta terbabas, ia menyebabkan lapan lagi kenderaan terlibat sama dalam kemalangan Jalan Tampin - Seremban, dekat persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Mas, Senawang, di sini, semalam.

Kesemua lapan kenderaan itu dikatakan sedang berhenti di persimpangan berikutan lampu isyarat merah.

Kemalangan berlaku berhampiran Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri kira-kira 8.30 pagi menyebabkan laluan kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira tiga kilometer di situ.

Kemalangan membabitkan tujuh kereta serta masing-masing sebuah van sekolah dan lori, kesemua dari arah Tampin menghala ke pusat bandar.

Bagaimanapun, daripada 19 mangsa berusia lingkungan 20an hingga 40an yang terlibat, hanya enam melibatkan dua lelaki dan empat wanita dalam cedera dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini, manakala bakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Seremban, S.Gunaselan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.33 pagi.

:“Seramai 18 anggota dan pegawai membabitkan tiga jentera bomba dari Balai Bomba Seremban tiba di lokasi kemalangan, sejurus selepas itu.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mangsa tersepit di sebuah kereta jenis Mercedes Benz berikutan kereta berkenaan bertindih dengan sebuah Proton Iswara,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada Mercedes Benz berkenaan yang dipandu seorang lelaki terbabas ke laluan bertentangan.

“Akibatnya, Mercedes Benz terbabit melanggar kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut,” katanya.

Menurutnya, punca kemalangan masih dalam siasatan dan polis masih menunggu pemilik kenderaan terlibat membuat laporan.

9 kenderaan terlibat nahas - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Maut langgar belakang bas


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : October 29, 2011
eksiden-maut

BANDA HILIR – Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang bersama rakannya melanggar sebuah bas yang berhenti di bahu jalan di Jalan Syed Abdul Aziz, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang, mangsa, Muhammad Shafie Hakim Roslan, 18, maut di tempat kejadian, sementara rakannya Azizan Alias, 19, yang membonceng parah selepas motosikal dinaiki melanggar bahagian belakang bas tersebut.

Kedua-dua rakan sekampung itu dalam perjalanan dari tempat kerja di Kampung Gelam dekat Tangga Batu ke rumah mereka di Kampung Padang Temu sebelum terbabit kemalangan di kawasan belakang Mahkota Parade, di sini.

Menurut seorang saksi, Mohd Faiz Abdul Kadir, 23, mangsa bagaimanapun sempat mengucap kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir ketika hujan mulai lebat.

“Selepas memakir kereta, saya terdengar bunyi dentuman kuat dan terkejut melihat sebuah motosikal terperosok di bawah bas dengan keadaan roda masih berpusing di hadapan saya.

“Kedua-dua mangsa terbaring dan saya serta beberapa orang awam termasuk pemandu bas cuba membantu, bagaimanapun gagal kerana mangsa cedera parah malah saya sempat mengajar salah seorang daripada mereka mengucap dua kali syahadah,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman yang mengesahkan kejadian itu berkata, kemalangan berlaku selepas jambatan di Jalan Syed Abdul Aziz menghala bandar.

“Kedua-kedua kenderaan datang dari persimpangan lampu isyarat Kota Laksamana sebelum motosikal yang berada di belakang melanggar bas yang berhenti di lokasi terbabit.

“Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk dibedah siasat sementara seorang lagi mangsa kritikal kerana parah dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU),” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, bapa Muhammad Syafie Hakim, Roslan Jabal, 52 berkata, anaknya yang baru mula bekerja sejak hampir empat bulan lalu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum ini.

“Arwah anak kesembilan daripada 14 beradik, baru bekerja sebagai buruh am membuat tar selepas Aidilfitri lalu dan seperti biasa setiap pagi keluar bekerja dan balik selepas jam 5 petang.

“Arwah periang dan sebelum ini tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun pada saat kali terakhir saya melihat wajahnya iaitu pagi tadi (semalam) sebelum saya menghantar aadiknya ke sekolah dan dia keluar bekerja,” katanya.

Menurut Roslan, dia dan keluarga kesal dengan sikap pemandu bas yang mengabaikan undang-undang jalan raya dengan memberhentikan kenderaan di tempat yang dilarang namun reda dengan pemergian anaknya itu.

Maut langgar belakang bas - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tragedi lampu isyarat


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : October 31, 2011
Eksiden

Seramai lima ­individu cedera apabila kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam satu kemalangan ­membabitkan sebuah bas henti-henti dan tiga kenderaan di persimpangan lampu ­ isyarat Taman Indah, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang itu, tiga daripada lima individu cedera parah apabila sebuah bas henti-henti dikatakan gagal memberhentikan kenderaan dan melanggar sebuah kereta yang sudah berhenti susulan lampu isyarat merah.

Menurut salah seorang mangsa, Mustafa Cik Man, 46, ketika kejadian hujan lebat dan angin kencang.

Bagaimanapun, beberapa kenderaan dari arah Gemas sudah pun memberhentikan kenderaan kerana lampu ­isyarat sudah menunjukkan tanda berhenti.

“Namun, secara tiba-tiba sahaja kereta Proton Wira saya dilanggar dari belakang oleh sebuah bas henti-henti dan terdorong ke hadapan lalu ­menyebabkan dua kenderaan lain turut berlanggar.

“Saya cemas kerana ketika kejadian saya dan isteri, Norliza Musa, 38, dan dua anak dalam perjalanan pulang dari Kuala Pilah ke Kem Terendak, Melaka,” katanya, kelmarin.

Mustafa berkata, tambah mencemaskannya lagi, ­ susulan kejadian berkenaan, isteri dan anak-anaknya cedera di bahagian muka dan kepala serta dikejarkan ke Hospital Tampin (HT) oleh sebuah ­ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Pemandu dan penumpang sebuah lagi kenderaan di hadapan kereta saya juga turut cedera dan dikejarkan ke HT susulan insiden berkenaan,” katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian berkenaan dan meminta saksi supaya tampil bagi membantu siasatan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai ­maklumat boleh tampil ke ­balai polis berdekatan atau menyalurkan maklumat ­menerusi talian 06-4411221 atau 06-4411222,” katanya.

Tragedi lampu isyarat - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kilang polistren terbakar


Oleh : IZWAN ROZLIN
Tarikh : November 1, 2011
Kilang polistren terbakar

PETALING JAYA - Sebuah blok kilang membuat bekas polistren di Taman Teknologi, Kota Damansara dekat sini musnah dalam kebakaran tengahari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh Che Dawud Adli Yusoff berkata kebakaran tersebut berlaku ketika pekerja-pekerja kilang terbabit berehat untuk makan tengahari.

Dua jentera bomba dari Sungai Buloh dan Damansara dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan jam 12.26 tengahari

Menurut beliau kebakaran berlaku dengan pantas berikutan tempat yang terbakar merupakan tempat menyimpan ribuan bekas polistren.

Difahamkan terdapat dua lagi blok kilang di kawasan yang sama tidak terjejas.

“Bomba mengambil masa setengah jam untuk memadamkan kebakaran dan api dapat dipadam sepenuhnya jam 2.30 petang,”katanya

Katanya lagi, setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat .

Sementara itu saksi kejadian yang merupakan pekerja kilang terbabit memberitahu pekerja di situ hanya menyedari blok kilang itu terbakar selepas ternampak asap tebal keluar dari salah sebuah blok kilang yang berada berhampiran dengan asrama pekerja.

“Kami maklumkan kepada pihak pengawal keselamatan sebelum mereka menghubungi bomba untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Kilang polistren terbakar - Selangor & KL - Sinar Harian:

'via Blog this'

Cabul: Nelayan dipenjara


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 2, 2011
dituduh merogol

KOTA BHARU – Seorang nelayan berusia pertengahan 30an dijatuhi hukuman empat tahun penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang remaja 13 tahun yang tinggal sekampung dengannya di Badang di sini, dua bulan lalu.

Hukuman terhadap Wan Mohd Nizam Wan Mohd Yusoff, 35 diputuskan Majistret Mohd Fazly Ali Mohd Ghazaly mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan yang dihadapinya, Wan Mohd Nizam didakwa melakukan perbuatan jijik itu ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik di rumahnya di Kampung Pulau Gorek, Tanjung Baru di sini, pada 22 September lalu.

Mengikut fakta kes, dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, tertuduh yang menceroboh masuk melalui sebuah tingkap mencabul mangsa dengan menarik seluar remaja itu lalu memegang kemaluannya dengan niat untuk merogol, bagaimanapun, jeritannya menyebabkan tertuduh melarikan diri.

Berang dengan perbuatan itu, pengadu kemudiannya membuat laporan polis yang membawa kepada penahan tertuduh sebulan selepas kejadian itu.

Pada prosiding jam 12 tengah hari semalam, tertuduh mengaku bersalah dan memberitahu mahkamah yang dia tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mangsa selain memohon hukuman denda ke atasnya dikurangkan.

Rayuan itu bagaimanapun gagal mengambil hati Mohd Fazly Ali yang kemudian menjatuhkan hukuman penjara tersebut dengan perintah berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad memohon hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat lain.

“Saya mohon mahkamah ambil kira faktor mangsa yang masih kanak-kanak dan perbuatan tertuduh itu berkemungkinan akan menjejaskan masa depannya,” katanya.

Cabul: Nelayan dipenjara - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lemas di kolam tadahan air


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : October 30, 2011
Lemas di kolam

BATU TUJUH – “Ketika melihat keadaannya tenggelam timbul, saya terjun lalu memeluk badannya untuk dibawa ke permukaan, namun dalam keadaan dia meronta-ronta itu, saya terpaksa melepaskannya kerana kaki saya menga­lami kekejangan otot.”

Demikian kata Abu Dzar Hamdan, 22, yang berkongsi pengalaman mencemaskan ketika cuba menyelamatkan rakannya, Muhammad Safwan Che Roslan, 17, yang lemas ketika mandi di kolam tada-han air dekat sini, petang kelmarin.

Abu Dzar berkata, selepas mengalami kekejangan otot, dia naik ke permukaan tetapi dia mendapati rakannya itu sudah tenggelam.

MANGSA, Muhamamd Safwan gagal diselamatkan selepas dikhuatiri lemas di kolam terbabit.

Mayatnya ditemui di dasar takungan air berkenaan kira-kira jam 6.50 petang oleh pasukan penyelamat selepas lebih satu jam gerakan mencari dilancarkan.

Abu Dzar yang masih trauma dengan tragedi yang menimpa sahabatnya itu berkata, sebelum tragedi, dia bersama mangsa yang berasal dari Teluk Lipat pergi ke lokasi terbabit untuk mandi-manda.

ABU DZAR berkata, pada awalnya mereka menggunakan pelampung ketika mandi di situ, bagaimanapun seolah-olah ajal menjemput rakannya itu apabila dia dan mangsa dikatakan melepaskan pelampungnya dan berpecah sebelum berenang ke tebing.

“Sebaik sahaja sampai di tebing, saya mendengar suara Muhammad Safwan meminta tolong, saya ingatkan dia hanya bergurau.

“Namun, apabila melihat keadaannya tenggelam timbul, saya syak dia lemas lalu terjun semula untuk menyelamatkannya, bagaimanapun saya tidak mampu memautnya ke permukaan biarpun sudah berjaya memegang badannya kerana kaki saya kejang,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan cemas itu, dia nyaris lemas lalu cuba naik ke permukaan untuk menyelamatkan diri.

“Ketika itu saya tidak nampak mangsa lalu saya berlari ke darat untuk meminta bantuan kaki pancing yang berada tidak jauh dari situ,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun, Noor Azizi Che Noh berkata, sebaik sahaja menerima maklumat berkaitan kejadian terbabit, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi lalu mayat mangsa yang lemas berjaya ditemui semula kira-kira jam 6.50 petang.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut dan hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan mendapati kematian mangsa akibat lemas.

Lemas di kolam tadahan air - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Anak buaya sesat di kawasan sekolah


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 2, 2011
anak  buaya

BESUT - Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati seekor anak buaya terperangkap dalam bubu ikan yang dipasangnya di sebuah kolam berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Dor dekat Jabi di sini kira-kira jam 4 petang, Ahad lalu.

Penemuan anak buaya tersebut menggemparkan warga sekolah berkenaan memandangkan tidak pernah buaya tersesat ke kawasan sekolah itu.

Guru Penolong Kanan 1, SK Tok Dor, Ramli Zainal Abidin ketika dihubungi memberitahu, anak buaya jantan yang dijumpai itu bersaiz 43 sentimeter panjang dan dari jenis buaya tembaga.

Menurutnya, pada mulanya pengawal keselamatan tersebut menyangka ia seekor biawak yang cuba memakan ikan dalam bubunya tetapi apabila mengangkatnya mendapati ia seekor anak buaya.

“Anak buaya itu mempunyai corak badan berbintik hitam dan kuning,” katanya.

Ramli berkata, buaya itu dipercayai tersesat dari sebatang sungai yang terletak kira-kira 30 meter dari sekolah itu susulan hujan lebat yang menyebabkan paras air sungai berkenaan meningkat.

Bagaimanapun, orang ramai hairan kerana lebih 20 tahun penduduk kampung berkenaan sudah tidak melihat kelibat buaya di sungai berkenaan.

Katanya, anak buaya itu telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Anak buaya sesat di kawasan sekolah - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tersepit 6 jam dalam lori

MUKAH: Seorang pemandu lori terpaksa menahan kesakitan lebih enam jam selepas tersepit dalam kenderaannya yang terbalik ke dalam parit di Kilometer 10, Jalan Mukah-Selangau, dekat Ladang Satu di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa, Lea Chee Cha, 30, memandu menuju ke sebuah kawasan perlombongan arang batu bagi mengisi muatan sebelum kenderaan hilang kawalan akibat jalan licin dan terbalik ke dalam parit di tepi jalan.


Mangsa terperangkap di tempat duduk pemandu lori 10 tayar yang remuk itu, tetapi bernasib baik tidak lemas kerana ketika kejadian, air di parit berkenaan cetek.

Lea terpaksa menahan kesakitan berpanjangan selepas usaha anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah serta orang ramai yang bergegas ke tempat kejadian tidak berjaya mengeluarkannya dari kepala lori yang remuk itu kerana tidak memiliki kelengkapan bagi mengalihkan kenderaan berat itu.


Mangsa hanya dapat dikeluarkan selepas pihak berkuasa mendapatkan bantuan dua kren yang mengeluarkan lori terbabit dari parit terbabit.

myMetro | Tersepit 6 jam dalam lori:

'via Blog this'

Ibu hamil lompat

KOTA KINABALU: Dua ibu termasuk seorang daripadanya sarat mengandung lapan bulan antara ratusan penumpang yang terselamat dalam kejadian kereta api merempuh lori tangki di Kilometer 5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, Petagas, di sini, petang kelmarin.

Menurut Masitah Nila, 28, sebaik rempuhan itu, dia terpaksa menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari gerabak tanpa menghiraukan kandungannya yang berusia lebih lapan bulan.


“Ketika itu, saya dan suami, Wira Juslin duduk di gerabak paling hadapan dan terkejut apabila terdengar pemandu membunyikan hon berkali-kali sebelum membrek cemas, disusuli dentuman kuat. “Selepas dentuman, saya melihat api mula menjulang di sebelah kanan tingkap kereta api dan keadaan menjadi kelam-kabut.

“Dalam keadaan cemas, suami terjun dulu sebelum mengarahkan saya mengikutinya,” katanya ketika ditemui di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, semalam.


Masitah berkata, selepas keluar dan menyelamatkan diri, perutnya terasa sakit sebelum dibawa menaiki ambulans ke HQE untuk rawatan.


“Selepas diperiksa, saya bersyukur kerana bayi dalam kandungan disahkan selamat,” katanya.

Seorang lagi bakal ibu, Dewi Asara Pengiran Mat Sue, 23, mendakwa di gerabak paling belakang dan hampir terhumban ke depan sebaik kereta api melakukan brek kecemasan.


“Saya terkejut kerana selepas lebih 15 minit kereta api itu meninggalkan stesen Tanjug Aru dan melanggar lori minyak, seorang penumpang lelaki memecahkan cermin tingkap dan mengarahkan semua penumpang keluar.

“Saya yang mengandung empat bulan terpaksa berhati-hati ketika kerana bimbang keselamatan janin,” katanya yang mengandung anak pertama.


Katanya, dalam dalam kelam kabut, perutnya beberapa kali dihimpit penumpang lain yang turut berusaha menyelamatkan diri.


“Kebiasaannya, suami akan menjemput saya di pejabat, namun hari itu (kelmarin), dia bekerja lebih masa menyebabkan saya mengambil keputusan menaiki kereta api.


“Saya bersyukur kerana bayi sulung kami selamat,” katanya.


Sementara itu, seorang lagi penumpang, Rahimah Rahmah, 42, mendakwa ketika kejadian berada di gerabak belakang dan hanya menyedari sesuatu yang buruk berlaku apabila terdengar bunyi dentuman disusuli letupan kuat.


“Selepas itu, kami semua berebut keluar dan ada penumpang menolak saya sehingga terjatuh menyebabkan kaki kiri saya patah.


“Dalam keadaan kesakitan, saya berjalan ke tempat lebih jauh kerana bimbang kereta api meletup selepas melihat api menjulang tinggi di bahagian depan kereta api,” katanya.

myMetro | Ibu hamil lompat:

'via Blog this'

‘Solat sebelum parang’

SANDAKAN: “Suami sempat mencium tangan dan memohon maaf atas semua kesilapannya sebaik selesai mengerjakan solat Isyak sebelum menetak dan menikam saya dengan parang,” kata Amah Mohd Ali, 36, isteri kepada lelaki yang ditahan polis selepas ‘mengamuk’ di Kampung Mangkalinau, Ahad lalu.

Amah berkata, suaminya mula bersikap pelik selepas mengamalkan ajaran sebuah buku dipercayai dikirimkan seorang ‘tok guru’ dari Filipina.

“Saya juga melihat suami membaca pelbagai ‘bacaan’ panjang setiap kali menunaikan solat wajib.

“Selain itu, dia juga suka menyendiri dan menangis tiba-tiba serta mendongak ke langit seperti memikirkan sesuatu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Hospital Duchess Of Kent (HDOK), di sini, semalam.


Katanya, serangan suaminya itu menyebabkannya menerima beberapa jahitan di kepala dan belakang rusuk selepas ditikam menggunakan parang.

myMetro | ‘Solat sebelum parang’:

'via Blog this'

‘Tak dimaklum perlu beri keterangan’

KUALA LUMPUR: “Saya tidak dimaklumkan atau dihubungi mana-mana pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk hadir memberi keterangan dan tidak tahu menahu mengenainya,” dakwa penulis lirik, pelakon dan pengacara, Bob Lokman, 47, mengenai waran tangkap dikeluarkan Jais ke atasnya.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman ditahan kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu.


Dia kemudian gagal hadir diri ke pejabat Jais untuk memberikan keterangan seperti diarahkan.

Mengulas lanjut, Bob Lokman menyifatkan tindakan Jais sebagai tidak profesional kerana tidak memaklumkan kepadanya untuk hadir memberikan keterangan.


“Saya tidak hadir kerana tidak tahu apa-apa, tidak terima surat atau panggilan Jais. Tindakan mereka ini jelas tidak profesional,” katanya.

myMetro | ‘Tak dimaklum perlu beri keterangan’:

'via Blog this'

8 gagal bolos keluar

MELAKA: Cubaan seorang tekong warga Indonesia bersama empat awak-awak menyeludup keluar lapan warga Pakistan dan Afghanistan termasuk seorang kanak-kanak lelaki bersama ibunya, gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) kira-kira dua batu nautika dari Tambak Pasir, Limbongan, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.50 malam itu, pasukan PGM diketuai Pegawai Pemerintah PGM Wilayah II negeri, Inspektor Mohd Mashari Sathi bersama 11 anggota dengan dibantu sembilan pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan kegiatan menyeludup keluar masing-masing empat warga Pakistan dan Afghanistan itu.

Difahamkan, ketika kejadian, tekong terbabit yang berusia 30-an cuba terjun untuk melarikan diri, namun berjaya ditahan anggota pasukan berkenaan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kemunculan bot pancung itu yang dalam keadaan mencurigakan dikesan ketika PGM dan APMM mengadakan intipan di Pulau Upeh.


“Ketika bot PGM cuba mendekati bot pancung itu dan mengarahkan tekongnya berhenti, bot itu terus memecut laju sehingga terpaksa dikejar 10 minit sebelum ia berjaya ditahan kira-kira dua batu nautika dari Tambak Pasir, Limbongan

myMetro | 8 gagal bolos keluar:

'via Blog this'