Search This Blog

Sunday, October 30, 2011

Mayat mangsa lemas masih tidak dituntut



PASIR MAS – Hospital Pasir Mas (HPM) mengesan waris kepada seorang lelaki yang ditemui lemas di pam pasir Kampung Ekor Pasir, Tendong, 17 Oktober lalu.

Pengarahnya, Mohd Salleh Mat Jusoh berkata, mayat lelaki berkenaan dipercayai berusia 30-an dan mempunyai ketinggian 168cm dengan berat badan dianggarkan 70 kilogram.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati, mangsa mati akibat lemas empat hari sebelum ditemui oleh pekerja di pam pasir berkenaan.

“Mangsa ditemui lengkap berpakaian, seluar hitam dan berbaju pagoda namun tiada sebarang pengenalan diri ditemui berdekatan mangsa.

“Kita harap penduduk yang kehilangan ahli keluarga, segera menghubungi pihak polis seterusnya mengenal pasti mayat di sini,” katanya.

Sementara itu, pegawai bertugas, Nik Abd Aziz Raja Soh berkata, pihaknya mencari pewaris di kawasan terdekat, namun tiada maklum balas diterima.

“Pihak hospital berharap agar waris mangsa menghubungi kami melalui talian 09-7932300 dengan segera dan tampil untuk menuntut mayat,” katanya.
SH:

'via Blog this'

Wanita maut, suami parah nahas di LPT


KUANTAN - Seorang wanita maut apabila kereta yang dinaiki bersama tiga anggota keluarganya terbabas di Km213.5 Lebuhraya Pantai Timur di sini, semalam.

Tengah Awang, 59, penumpang belakang kenderan itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah manakala suaminya, Ismail Mamat, 63, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 7.05 petang itu, kereta yang dipandu Mohd Afizan Ismail, 30, anak kepada mangsa, dalam dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.

"Sampai tempat kejadian, Mohd Afizan dikatakan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - Bernama

SH:

'via Blog this'

Wanita maut, suami parah nahas di LPT


KUANTAN - Seorang wanita maut apabila kereta yang dinaiki bersama tiga anggota keluarganya terbabas di Km213.5 Lebuhraya Pantai Timur di sini, semalam.

Tengah Awang, 59, penumpang belakang kenderan itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah manakala suaminya, Ismail Mamat, 63, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 7.05 petang itu, kereta yang dipandu Mohd Afizan Ismail, 30, anak kepada mangsa, dalam dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.

"Sampai tempat kejadian, Mohd Afizan dikatakan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - Bernama

SH:

'via Blog this'

30 motosikal disita, 130 saman dikeluar dalam Operasi Trafik


KUALA LUMPUR - Sebanyak 30 motosikal disita dan 130 saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan dalam operasi bersepadu mencegah kesalahan lalu lintas dan lumba haram di Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut di sini, malam tadi.

Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Cawangan Trafik Kuala Lumpur DSP Ng Sook Long berkata operasi itu, yang dijalankan Polis Trafik dan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar, bermula dari pukul 11.30 malam dan berakhir pada pukul 3 pagi.

Operasi itu melibatkan 68 anggota polis trafik dan narkotik serta 17 anggota JPJ dan 20 Jabatan Alam Sekitar.

Ng berkata pemilik motosikal yang disita berusia antara 18 dan 30 tahun dan kebanyakannya melakukan kesalahan mengubah suai motosikal.

"Polis mengeluarkan 130 saman trafik atas pelbagai kesalahan termasuk 58 saman atas kesalahan ubai suai kenderaan, penggunaan cermin gelap melebihi had dan dua saman kerana memandu secara melulu dan berbahaya," katanya. - Bernama

SH:

'via Blog this'

Gempar tengok van rentung



SUNGAI SIPUT (U) – Satu taman gempar apabila sebuah van yang diletakkan oleh pemiliknya di hadapan sebuah rumah di Taman Tun Sambathan, di sini, terbakar secara tiba-tiba pada malam kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam dan pemilik van terbabit dikatakan baru sampai dari Kuala Kangsar untuk menziarahi saudara.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Mohamad Idris berkata, Pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Siput menerima panggilan berhubung kejadian pada sekitar jam 9 malam.

“Sejurus menerima laporan, kami telah bergegas ke lokasi kejadian, namun tidak dapat menyelamatkan van terbabit kerana telah 90 peratus rentung dalam kejadian itu.

“Pasukan bomba hanya dapat memadam dan mengawal kebakaran yang marak membakar van itu di selepas tiba di lokasi,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Katanya, pasukan bomba masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian yang dialami dan kejadian berkenaan masih dalam siasatan.
SH:

'via Blog this'

Mayat mangsa lemas masih tidak dituntut



PASIR MAS – Hospital Pasir Mas (HPM) mengesan waris kepada seorang lelaki yang ditemui lemas di pam pasir Kampung Ekor Pasir, Tendong, 17 Oktober lalu.

Pengarahnya, Mohd Salleh Mat Jusoh berkata, mayat lelaki berkenaan dipercayai berusia 30-an dan mempunyai ketinggian 168cm dengan berat badan dianggarkan 70 kilogram.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati, mangsa mati akibat lemas empat hari sebelum ditemui oleh pekerja di pam pasir berkenaan.

“Mangsa ditemui lengkap berpakaian, seluar hitam dan berbaju pagoda namun tiada sebarang pengenalan diri ditemui berdekatan mangsa.

“Kita harap penduduk yang kehilangan ahli keluarga, segera menghubungi pihak polis seterusnya mengenal pasti mayat di sini,” katanya.

Sementara itu, pegawai bertugas, Nik Abd Aziz Raja Soh berkata, pihaknya mencari pewaris di kawasan terdekat, namun tiada maklum balas diterima.

“Pihak hospital berharap agar waris mangsa menghubungi kami melalui talian 09-7932300 dengan segera dan tampil untuk menuntut mayat,” katanya.
SH:

'via Blog this'

Pistol, enam peluru dalam kereta



SHAH ALAM – Polis memberkas tiga lelaki dan merampas sepucuk pistol dalam serbuan di sebuah pusat membeli belah di Puchong, baru-baru ini.

Suspek warga tempatan, berusia 40, 45 dan 50 tahun itu diberkas di tapak letak kereta, kira-kira 5.30 petang, pada 18 Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, sebelum itu, polis melakukan siasatan terhadap maklumat awam yang mengatakan terlihat suspek dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, berdasarkan maklumat itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor menahan kereta Toyota Mark X yang dinaiki suspek.

“Pemeriksaan menemui sepucuk pistol jenis Ruger bersama enam butir peluru disembunyikan di bawah tempat duduk,” katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu IPPK Selangor, semalam.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai lesen sah senjata api dan suspek mendakwa baru memiliki pistol tersebut.

Mohd Adnan berkata, suspek berasal dari Selangor, Johor dan Kedah itu dipercayai terlibat beberapa kes samun di negeri ini.

“Suspek berusia 50 tahun itu mempunyai rekod lampau iaitu pernah ditangkap bersabit kes bunuh, dadah dan pernah ditahan di pusat pemulihan di Simpang Renggam,” katanya.

Beliau berkata, polis kini sedang menyiasat pembabitan suspek dalam kegiatan jenayah di negeri ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
SH:

'via Blog this'

Tiada khemah: Mangsa gempa Turki berdepan musim sejuk

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

30/10/2011 1:09pm

ERCIS, Turki 30 Okt. - Seminggu selepas gempa bumi kuat di tenggara Turki, mangsa-mangsa yang terselamat merayau-rayau di jalanan sekitar rumah yang musnah, sebahagiannya mengadu belum mempunyai khemah bagi menghadapi musim sejuk yang bakal tiba.

Semalam, angka kematian rasmi meningkat kepada 582 orang.

Bandar Ercis adalah yang paling teruk dilanda gempa sekuat 7.2 skala Richter itu dengan 455 kematian.

Mangsa terakhir diselamatkan adalah seorang remaja lelaki 13 tahun pada awal pagi Jumaat lalu, dia adalah orang ke-188 diselamatkan.

Harapan untuk menemui mangsa lain yang masih hidup semakin pudar.

Pihak berkuasa negeri yang menerima tekanan ekoran tindak balas yang lambat pada hari-hari awal tragedi berkata khemah akan diberikan kepada keluarga-keluarga hanya setelah rumah mereka disahkan tidak boleh didiami lagi.

- REUTERS"

'via Blog this'

Dua Pengarah Dipenjara, Denda Kelirukan Bursa Malaysia Securities

KUALA LUMPUR: Dua bekas pengarah bukan eksekutif syarikat pengendali perkhidmatan kargo udara Transmile Group Bhd, masing-masing dihukum penjara satu tahun dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat kerana bersalah memberikan pernyataan yang mengelirukan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung syarikat itu.

Hakim Datuk Jagjit Singh Banth Singh membuat keputusan itu selepas mahkamahmendapati Chin Keem Feung, 46, dan Shukri Sheikh Abdul Tawab, 47, yang diwakilipeguam Mohd Firuz Jaffril dan Tan Hock Chuan, gagal membuktikan kes melampauikeraguan munasabah terhadap kes di akhir kes pembelaan.

Beliau turut mengarahkan kedua-dua tertuduh ditambah hukuman penjara enam bulan jika gagal menjelaskan denda itu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjarasementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Jagjit Singh juga membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh menerusi peguam mereka untuk menjelaskan denda itu secara ansuran dengan bayaran RM150,000 pada Jumaat dan selebihnya dibayar sebelum atau pada 30 November ini. Chin dan Shukri dituduh dengan sengaja mengesahkan pernyataan mengelirukan itu, yang mengandungi laporan suku tahun syarikat berkenaan berhubung hasil-hasil disatukan yang tidak diaudit bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2006.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad, Exchange Square, Bukit Kewangan, di sini pada 15 Februari 2007 mengikut Seksyen 122B(b)(bb) Akta Sekuriti Industri 1983 (Akta 280) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 122B akta yang sama.

Sepanjang prosiding kes itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan PendakwaRaya Shanti Geoffrey dan Pegawai Pendakwa Nor Rifhan Rozi, mengemukakan 11 saksimanakala pihak pembelaan mengemukakan dua saksi. - BERNAMA

mStar Online : Dua Pengarah Dipenjara, Denda Kelirukan Bursa Malaysia Securities:

'via Blog this'

Bunuh Model Sambilan: Lelaki Terlepas Tali Gantung

PUTRAJAYA: Seorang pekerja landskap diperintah menjalani hukuman penjara maksimum 20 tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini, Jumaat atas tuduhan pindaan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh seorang model sambilan yang cuba meliwatnya, tujuh tahun lalu.

Mahkamah berpendapat wujud provokasi secara mengejut pada hari kejadian di mana mangsa cuba meliwat tertuduh ketika sedang tidur.

Ismawi Ishak, 26, sebelum ini disabit dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 28 Sept tahun lepas kerana membunuh Mohamad Azhary Mohamed Osman, 26, di rumah mangsa di Jalan Anggerik 1/7, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah, antara 12.01 tengah malam dan 7.17 pagi, 4 Mei, 2004.

Bagaimanapun, Ismawi terlepas tali gantung apabila panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak membenarkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman mati.

Panel tersebut, yang turut dianggotai oleh Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Mohtaruddin Baki, kemudian meminda tuduhan daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304(a) Kanun yang sama atas kesalahan menyebabkabn kematian tanpa niat membunuh.

Mahkamah kemudian memerintahkan Ismawi menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh tangkapan pada 9 Mei, 2004.

Dalam keputusannya, Abdul Malik berkata pakar patologi memberi keterangan bahawa berdasarkan 27 kesan luka akibat tetakan dan tikaman ke atas mangsa, boleh disifatkan ianya adalah serangan berupa hilang kawalan kerana terlalu marah.

Semasa kejadian, perayu yang berusia 19 tahun dikatakan menumpang tidur di rumah mangsa apabila mangsa menanggalkan seluar tertuduh dan menyentuh tubuh serta cuba meliwatnya dan perbuatan itu telah menimbulkan kemarahannya.

Terdahulu, peguam Ismawi yang dilantik oleh mahkamah, K. Vikneswaran menggesa mahkamah meminda tuduhan itu kerana ia bukan pembunuhan yang dirancang tetapi sebaliknya anak guamnya hilang pertimbangan dan marah apabila mangsa cuba meliwatnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rafidah Zainuddin berkata kesan luka ke atas mangsa sudah cukup membuktikan niat Ismawi untuk membunuh mangsa. - BERNAMA

mStar Online : Bunuh Model Sambilan: Lelaki Terlepas Tali Gantung:

'via Blog this'

Pelajar Perempuan Hilang Selepas Pergi Ke Sekolah

PADANG SERAI: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar ke sekolahnya di Lunas dekat sini pada tengah hari Isnin lepas.

Nur Ainina Adila Muhd Zuki, yang dihantar ke sekolah oleh jiran mereka, Rosnah Ahmad dengan menaiki motosikal secara bayaran bulanan, bagaimanapun tidak muncul semasa dijemput oleh wanita itu selepas waktu persekolahan pada petangnya.

"Ketika hendak mengambilnya pulang pada petang hari, Rosnah mendapati anak saya itu tidak keluar daripada sekolah dan menunggu anak saya itu sehingga 30 minit," kata bapa pelajar itu Muhd Zuki Jahaya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Perenggan, Lunas pada Ahad.

Muhd Zaki, 46, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Perenggan, berkata Rosnah, 46, segera menghubungi isterinya Hajar Othman, yang memaklumkan kepadanya dan mereka bergegas ke sekolah namun gagal menemuinya.

Hajar, 44, berkata mereka diberitahu oleh beberapa kawan sekelas anaknya itu yang anak mereka tidak hadir di kelas pada hari berkenaan.

Katanya dia dan suaminya kemudian membuat laporan mengenai kehilangan anaknya itu di Balai Polis Lunas kira-kira pukul 9.45 malam, hari yang sama.

Katanya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas ada merakamkan gambar Rosnah ketika menghantar anaknya ke sekolah tetapi selebihnya tiada.

Hajar berkata anak bongsu mereka itu yang lebih mesra dengan panggilan "Nina" dan "Dikna" adalah seorang pendiam dan pernah memberitahunya bahawa dia mahu bertukar sekolah.

"Dia pernah menyuarakan hasratnya itu kepada saya akibat dia sering dibuli dan diejek rakan-rakan sekolahnya kerana kekurangan yang terdapat pada dirinya yang agak lembam dan terkebelakang dalam bidang akademiknya," katanya.

Sementara itu, keluarga Muhd Zuki telah melakukan pelbagai cara untuk menjejaki anaknya itu termasuk mengedarkan gambar Dikna di stesen minyak sekitar daerah Kulim, Bandar Baharu di Kedah dan sekitar Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Seberang Perai serta Pulau Pinang.

Muhd Zuki berharap sesiapa yang mengetahui atau menjumpai Dikna supaya menghubunginya di talian 019-5253307 dan 019-5033091(Hajar) atau mana-mana balai polis. - BERNAMA

mStar Online : Pelajar Perempuan Hilang Selepas Pergi Ke Sekolah:

'via Blog this'

17 termasuk 13 tentera Amerika mati serangan Taliban


30/10/2011 1:02pm

KABUL 29 Okt. - Sebuah bom kereta Taliban yang meletup mengena konvoi tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) hari ini membunuh 17 orang termasuk 13 orang tentera Amerika Syarikat (AS).

Penyerang meletupkan kereta sedan Toyota miliknya berhampiran sebuah bas yang dalam perjalanan ke Kabul pada pukul 11,20 pagi (2.50 petang) tadi.

Serangan pengeboman tersebut merupakan antara tiga insiden membawa maut yang melibatkan pasukan tentera luar. - AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Mangsa lemas meronta-ronta ketika cuba diselamatkan

DUNGUN: “Dia meronta-ronta ketika saya cuba menyelamatkannya. Ini menyebabkan saya hampir lemas,” kata Abu Dzhar Hamdan, 22, menceritakan detik cemas ketika dia cuba menyelamatkan rakannya di kolam takungan air di Kawasan Industri Batu 7, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang, Muhammad Safwan Che Roslan, 18, bagaimanapun gagal diselamatkan Abu Dzhar apabila tenggelam ke dasar kolam sedalam 15 meter.


Abu Dzhar berkata, sebelum kejadian, dia datang ke rumah mangsa untuk menjemput rakannya ke kedai menjual peralatan aluminium milik bapanya di Batu 50, di sini, jam 2.30 petang.

“Arwah membantu saya membersihkan kedai bapa memandangkan pada Jumaat bapa tidak membuka kedai dan kami berdua sempat makan tengah hari selepas membersihkan kedai,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.


Menurutnya, sepanjang dua jam di kedai, arwah kelihatan banyak termenung, menyebabkan dia bertanya arwah mengenai perubahan sikapnya namun arwah menjawab tiada apa-apa sebelum mereka menonton televisyen.


“Arwah kemudian memberitahu dia bosan dan mengajak saya ke kolam itu untuk mandi. Kami membonceng motosikal sebelum sampai di situ, jam 5 petang.

“Saya pernah mandi bersama rakan di kolam itu sementara arwah baru pertama kali mencuba dan ketika mandi kami berdua berbual-bual sambil memegang sebuah tiub tayar lori yang dijadikan pelampung,” katanya.


Abu Dzhar berkata, arwah kemudian melepaskan pelampung dan mereka berdua berenang secara berpecah sebelum tiba-tiba arwah menjerit meminta tolong.

“Saya pada mulanya menyangka arwah bergurau namun sebaik melihat dia tenggelam timbul, saya menghampirinya untuk memberi pertolongan,” katanya.


Dia menyelam dan berusaha menolak arwah naik, namun keadaan arwah yang meronta-ronta membuatkan dia tidak bertenaga, tambahan pula kedua-dua belah kakinya kemudian kejang.


“Saya hampir lemas akibat keadaan kelam kabut itu, menyebabkan saya melepaskan badan arwah sebelum timbul di permukaan air untuk menarik nafas, namun arwah ketika itu hilang daripada pandangan,” katanya.


Dia kemudian bergegas naik ke daratan dan menemui seorang pemancing tidak jauh dari situ untuk memaklumkan kejadian sebelum mereka menghubungi bomba.


Sepasukan anggota bomba diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh bersama dua anggota polis tiba di tempat kejadian jam 6.20 petang untuk memulakan operasi mencari mangsa.


Mayat Safwan dinaikkan ke daratan pada jam 6.50 petang sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun.


Mangsa tinggal bersama ibu bapa angkatnya di Kampung Teluk Lipat, di sini, sejak lima tahun lalu selepas ibu bapa kandungnya berpisah.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

myMetroMangsa lemas meronta-ronta ketika cuba diselamatkan:

'via Blog this'

Minta maaf sebelum ajal

KOTA BHARU: “Mungkin ini kuasa Tuhan. Dia (arwah) tersedar daripada koma Sabtu lalu dan sempat minta maaf daripada ahli keluarga,” kata Mohd Zulkhairi Mat Nor, adik kepada Mohd Anuar Mat Nor, 31, yang ditembak dalam kejadian dekat Simpang Empat Salam, Rantau Panjang, lebih dua minggu lalu.

Bagaimanapun, Mohd Anuar yang sebelum ini ditembak kenalannya selepas bertengkar dipercayai masalah hutang, disahkan meninggal dunia jam 6.55 pagi semalam selepas paru-paru dan buah pinggangnya gagal berfungsi akibat jangkitan kuman.


Mohd Zulkhairi berkata, abangnya tidak sedarkan diri selama 18 hari selepas dirujuk dan menjalani pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pada malam kejadian.

“Pada mulanya, jangkitan hanya berlaku di paru-paru arwah, namun keadaannya semakin teruk berikutan jangkitan itu merebak ke buah pinggang.


“Akibat jangkitan itu menyebabkan kedua-dua buah pinggang gagal berfungsi dan menjadi punca kematian,” katanya di Jabatan Perubatan Forensik HRPZII, semalam.


Katanya, abangnya tidak sedarkan selepas dibedah, menyebabkan mereka sekeluarga bergilir-gilir menjaganya hinggalah arwah menghembuskan nafas terakhir semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan, dalam kejadian jam 9.30 malam di Cabang Empat Salam, Rantau Panjang, 12 Oktober lalu, Mohd Anuar bernasib baik kerana hanya terkena sebutir peluru daripada beberapa das tembakan dilepaskan rakannya.


Tembakan itu terkena bahagian pinggang kiri dan menembusi dada kanannya.

Walaupun cedera parah, Mohd Anuar sempat menunggang motosikal sejauh satu kilometer ke rumahnya di Taman Wahyu, Rantau Panjang, untuk membawa pulang anaknya, Mohd Hifni Hamka, 6, yang dibawa bersama ketika bertemu dua kenalannya.


Mangsa berjumpa dan berbincang dengan kenalannya sebelum bertengkar dipercayai berkaitan masalah hutang. Seorang daripada kenalan mangsa mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.


Isterinya, Miss Mati Mat Rashid, 29, sebelum ini berkata, sebelum kejadian, suaminya yang bekerja sendiri keluar bersama anak sulung jam 8 malam dengan menunggang motosikal tanpa memaklumkan tujuannya.


Katanya, dia hanya sempat mendengar anak dan suaminya bersembang dan anaknya mengajak suami pergi ke kedai.


“Saya tidak tahu motif suami ditembak. Anak sulung masih trauma dan hanya mampu memberitahu papanya (suami) ditembak di kawasan semak,” katanya.

myMetroMinta maaf sebelum ajal:

'via Blog this'

Mangsa gempa Turki berdepan musim sejuk


Berita Harian Online | Mangsa gempa Turki berdepan musim sejuk: "


2011/10/30

ERCIS: Seminggu selepas gempa bumi kuat di tenggara Turki, mangsa yang terselamat merayau-rayau di jalanan sekitar rumah yang musnah, sebahagiannya mengadu belum mempunyai khemah bagi menghadapi musim sejuk yang bakal tiba.

Semalam, angka kematian rasmi meningkat kepada 582 orang.
Bandar Ercis adalah yang paling teruk dilanda gempa sekuat 7.2 skala Richter itu dengan 455 kematian."

'via Blog this'

28 terbunuh letupan lombong arang batu di China




2011/10/30

BEIJING: Satu letupan gas di lombong arang batu berlaku di tengah-tengah China membunuh 28 pelombong, sekali gus memberi tamparan hebat kepada industri perlombongan di negara itu.

Seorang pelombong masih terperangkap akibat letupan yang berlaku semalam di Lombong Arang Batu Xialiuching di bandar Hengyang, wilayah Hunan, lapor agensi berita Xinhua.
Sementara itu, seramai 35 pelombong sedang bekerja semasa kejadian. Enam daripada mereka berjaya diselamatkan dan sedang dirawat di hospital.
Pasukan penyelamat masih mencari baki pekerja yang masih terperangkap. - AFP
Berita Harian Online | 28 terbunuh letupan lombong arang batu di China:

'via Blog this'

Penyelaras Dun disimbah arak



TELOK DATOK – Penyelaras Pembangunan Persekutuan Dewan Undangan Negeri (Dun) Telok Datok, Ng Siok Hwa diserang seorang lelaki berusia dalam lingkungan umur 60-an ketika hadir ke suatu majlis perasmian di sebuah tokong di Sungai Jarom.

Kejadian yang berlaku kira–kira jam 7 malam, Isnin lalu itu menyaksikan warga emas berkenaan menghampirinya dengan menyimbah segelas arak di kepala mangsa sejurus mangsa bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Nordin Manan berkata, lelaki berkenaan ditahan akibat mencederakan mangsa dengan memukul di bahagian belakang kepala namun berjaya dileraikan tetamu yang berada di situ.

“Berikutan itu, arahan ke atas orang kena tuduh (OKT) diperoleh untuk dituduh di bawah Seksyen 323 KK, 186 KK dan Seksyen 14 Undang-Undang kecil hari ini di Mahkamah Telok Datok,” katanya.

Sementara itu Siok Hwa berkata, beliau akur dengan arahan pihak penganjur supaya tidak memberi ucapan berbaur politik namun terkejut apabila didatangi seorang lelaki yang membawa segelas air arak lalu menyimbah ke atas kepala dan memukul dari arah belakang.

Menurutnya, sebagai seorang penasihat tokong, beliau tidak tahu mengapa dirinya diserang oleh warga emas terbabit sedangkan tiada sepatah perkataan dalam ucapannya berunsur politik kerana sudah diingatkan beberapa kali supaya tidak mempolitikkan pentas tersebut.

“Bagaimanapun, saya berharap kes ini dapat disiasat dengan lebih terperinci supaya kejadian sama tidak berulang lagi.

“Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut melemparkan kata-kata kesat kepada polis ketika menahan lelaki tersebut,” katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Sungai Jarom.

Maut langgar belakang bas



BANDA HILIR – Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang bersama rakannya melanggar sebuah bas yang berhenti di bahu jalan di Jalan Syed Abdul Aziz, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang, mangsa, Muhammad Shafie Hakim Roslan, 18, maut di tempat kejadian, sementara rakannya Azizan Alias, 19, yang membonceng parah selepas motosikal dinaiki melanggar :bahagian belakang bas tersebut.

Kedua-dua rakan sekampung itu dalam perjalanan dari tempat kerja di Kampung Gelam dekat Tangga Batu ke rumah mereka di Kampung Padang Temu sebelum terbabit kemalangan di kawasan belakang Mahkota Parade, di sini.

Menurut seorang saksi, Mohd Faiz Abdul Kadir, 23, mangsa bagaimanapun sempat mengucap kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir ketika hujan mulai lebat.

“Selepas memakir kereta, saya terdengar bunyi :dentuman kuat dan terkejut melihat sebuah motosikal terperosok di bawah bas dengan keadaan roda masih berpusing di hadapan saya.

“Kedua-dua mangsa terbaring dan saya serta beberapa orang awam termasuk pemandu bas cuba membantu, bagaimanapun gagal kerana mangsa cedera parah malah saya sempat mengajar salah seorang daripada mereka mengucap dua kali syahadah,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman yang mengesahkan kejadian itu berkata, kemalangan berlaku selepas jambatan di Jalan Syed Abdul Aziz menghala bandar.

“Kedua-kedua kenderaan datang dari persimpangan lampu isyarat Kota Laksamana sebelum motosikal yang berada di belakang melanggar bas yang berhenti di lokasi terbabit.

“Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk dibedah siasat sementara seorang lagi mangsa kritikal kerana parah dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU),” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Sementara itu, bapa Muhammad Syafie Hakim, Roslan Jabal, 52 berkata, anaknya yang baru mula bekerja sejak hampir empat bulan lalu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum ini.

“Arwah anak kesembilan daripada 14 beradik, baru bekerja sebagai buruh am membuat tar selepas Aidilfitri lalu dan seperti biasa setiap pagi keluar bekerja dan balik selepas jam 5 petang.

“Arwah periang dan sebelum ini tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun pada saat kali terakhir saya melihat wajahnya iaitu pagi tadi (semalam) sebelum saya menghantar aadiknya ke sekolah dan dia keluar bekerja,” katanya.

Menurut Roslan, dia dan keluarga kesal dengan sikap pemandu bas yang mengabaikan undang-undang jalan raya dengan memberhentikan kenderaan di tempat yang dilarang namun reda dengan pemergian anaknya itu.

Gembala miliki dadah ditahan



LUNAS - Polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim bersama Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) yang diketuai Cif Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir berjaya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bekerja sebagai penggembala lembu kerana terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sebuah kampung dekat sini kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Menurut Azlan, sebelum serbuan dibuat, polis terpaksa membuat pemantauan terhadap lokasi di mana suspek menjalankan kegiatan pengedaran dan pembungkusan dadah sebelum membahagikan anggota polis terlibat kepada dua kumpulan untuk mengepung rumah didiami suspek.

“Polis membuat serbuan di rumah suspek. Ketika pemeriksaan dibuat di bilik suspek, suspek membuang beg galas dimilikinya. Bagaimanapun, polis mengarahkan suspek mengambil beg itu dan menyerahkan kepada polis.

“Dari pemeriksaan dijalankan, polis menemui dua paket lut sinar, satu straw panjang dan dua straw pendek di mana di dalamnya mengandungi serbuk dan ketulan dipercayai dadah jenis heroin seberat 8.8 gram. Soal siasat dijalankan terhadap suspek mendapati kebanyakan penagih dadah yang tidak mempunyai modal untuk membeli bekalan dadah boleh mencagarkan motosikal mereka,” katanya.

Azlan berkata, sekiranya pemilik motosikal gagal melunaskan hutang kepada pengedar dadah, motosikal mereka itu akan disita.

“Ini antara faktor yang menyebabkan jumlah motosikal hilang di Kulim berlaku hampir setiap hari,” katanya.

Suspek ketika ditemui menyatakan dia memerlukan bekalan dadah berjumlah RM50 hingga RM70 sehari.

Sekiranya tidak melakukan kegiatan pengedaran, dia tidak mampu untuk mendapatkan bekalan sebanyak itu setiap hari bagi kegunaan dirinya sendiri.

Selain itu suspek juga masih di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), bagaimanapun gagal melaporkan diri sejak kebelakangan ini.

Suspek kemudiannya di bawa ke Balai Polis Lunas untuk pemeriksaan.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif dadah.

Dia akan di siasat di bawah Seksyen 39A(1) dibawah Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Suspek kes bunuh ditemui mati tergantung



IPOH – Selepas dua minggu polis memburu warga emas yang terbabit dalam kes pembunuhan di Menglembu Regrouping Area, pada 13 Oktober lalu, suspek akhirnya ditemui maut selepas dipercayai menggantung diri menggunakan kain lampin di rumahnya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, Liong Ah Chah, 61, ditemui dalam keadaan separuh bogel dan tergantung di bahagian dapur rumahnya.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai berada di dalam rumah berseorangan dan dia dipercayai maut akibat sesak nafas kesan jerutan leher daripada kain lampin yang diikatnya untuk menggantung diri.

Menurutnya, Ah Chah adalah suspek yang sangat dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh yang berlaku kira-kira dua minggu lalu.

“Sebelum ini pihak kami pernah cuba mengepung rumah yang dipercayai tempat tinggal suspek namun usaha itu menemui jalan buntu.

“Suspek terbabit dipercayai mempunyai beberapa rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kes dadah,” katanya.

Dalam kejadian 13 Oktober lalu, mangsa Chen Woon Min, 47, maut selepas dipercayai dikelar dan ditikam tuan rumahnya sendiri selepas berlaku pertengkaran antara mereka di rumah sewa berkenaan.

Mangsa sempat berjalan kira-kira 10 meter daripada rumah berkenaan sebelum rebah dan berlumuran darah di hadapan teman wanitanya.

Pengsan cuba selamat rumah



KANGAR - Tindakan seorang suri rumah cuba menutup semua suis elektrik rumahnya yang sedang terbakar hampir membawa padah sebelum berjaya diselamatkan kakak iparnya dalam kebakaran di Kampung Desa Permai, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Tok Kuning, Kayang lewat petang kelmarin.

Mangsa, Halimah Abu Bakar, 39, berkata, dalam kejadian kebakaran lebih kurang jam 2.45 petang, adik iparnya, Noraliza Mokhtar, 34, bertindak masuk semula ke bahagian atas rumah kerana mahu mematikan suis plag berikutan bimbang berlaku pintasan elektrik dan kebakaran yang lebih besar.

“Dia yang meluru masuk semula ke dalam rumah yang sedang marak, tiba-tiba pengsan sebelum saya menariknya keluar,” katanya ketika menceritakan detik cemas menyelamatkan adik iparnya semalam.

Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Azali Abas.

Halimah berkata, sebelum kejadian dia bersama anaknya datang ke rumah Noraliza untuk melawat dan makan tengah hari setelah pulang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kangar.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dan adik ipar bersama lima anak mereka berada di rumah menjamu makanan tengah hari di dapur.

“Tiba-tiba salah seorang anak dia yang bermain di atas menjerit api dan kami semua keluar meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, punca kebakaran dipercayai dari longgokkan kasut terpakai di tingkat atas rumah kayu itu sebelum merebak sehingga menyebabkan seluruh bahagian rumah runtuh.

Sementara itu, Noraliza ketika dihubungi menganggarkan jumlah kerugian lebih RM30,000 dan daripada jumlah itu, RM20,000 digunakan untuk modal perniagaan menjual kasut terpakai di pasar malam.

“Kami kini terpaksa menumpang di rumah emak angkat saya Kampung Wang Besar Kangar untuk beberapa hari. Berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kami,” katanya.

Sementara itu, Azali memaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghulurkan bantuan kilat berupa peralatan selimut, tilam dan makanan selain membuat bancian kerugian yang dialami keluarga itu.

“Sementara itu, JKM menghulurkan bantuan selimut, tilam dan makanan selain saya mewakilkan Menteri Besar dan Ahli Parlimen Kangar, Datuk Radzhi Sheikh Ahmad turut memberi bantuan keperluan lain termasuk wang ringgit,” katanya kepada Sinar Harian.

Pencuri tantalum kembali



GEORGETOWN - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) digesa mempertingkatkan kawalan di deretan rumah kosong yang sebelum ini dijadikan kuarters pekerjanya di Jalan Pattani di sini kerana kecurian tantalum berulang lagi sejak beberapa minggu lalu.

Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata, beliau beberapa kali menerima aduan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Makam berhubung aktiviti mencuri tantalum di lima deretan rumah kosong itu.

Beliau berkata, walaupun sebelum ini pernah memanjangkan perkara itu kepada MPPP, tiada tindakan dilakukannya untuk membanteras kegiatan mencuri bahan itu.

“Walaupun MPPP menempatkan pengawal keselamatan di sini, pencuri masih melakukan kerja mereka pada sebelah malam.

“Sekiranya MPPP tidak mengambil tindakan segera, saya bimbang akan berlaku kesan lebih teruk kepada deretan rumah kosong ini. Sekarang ini pun kita boleh lihat struktur bangunan sudah terjejas dan ia akan mengundang bahaya kepada penduduk berhampiran,” katanya kepada media selepas meninjau kawasan berkenaan semalam.

Menurutnya, sebelum ini JKKK mendapati tiga daripada lima rumah itu diceroboh oleh pencuri namun pada pemeriksaan yang dilakukan baru-baru ini mendapati kelima-limanya sudah diceroboh.

Pemeriksaan mendapati selain pintu belakang rumah kosong itu dipecahkan terdapat kesan aktiviti mengorek tanah yang dilakukan di dalam rumah berkenaan untuk mendapatkan tantalum.

“Saya hairan kerana kawasan ini mempunyai pengawal keselamatan dan hanya beberapa ratus meter dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut namun pencuri masih berani melakukan kegiatan itu,” katanya.

Sementara itu, seorang pengawal yang bertugas di situ yang enggan dikenali berkata, dia menyedari terdapat kegiatan mencuri tantalum di sebelah malam namun tidak berani mengambil sebarang tindakan kerana bimbang diancam oleh kumpulan berkenaan.

Beliau yang berusia 50an berkata, kejadian itu sudah dimaklumkan kepada majikannya namun tiada tindakan diambil.

Mangsa ragut cedera jatuh motosikal



BANDARAYA MELAKA -Seorang gadis berusia 24 tahun cedera terjatuh daripada motosikalnya apabila beg sandangnya direntap seorang penunggang motosikal dalam satu kejadian ragut, kelmarin.

Siti Rohani Md Lelah, 24, cedera di tapak tangan kiri dan bahagian tangan lain dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam, di persimpangan lampu isyarat Lebuh AMJ berhampiran Kandang.

Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Balik Bukit, Bukit Lintang.

Menurutnya, dia sendiri tidak menyedari motosikal suspek mengekorinya, walaupun pada awalnya terlihat sebuah motosikal berhenti di tepi jalan.

“Sebaik melepasi jambatan Sungai Duyong, secara tiba-tiba tali beg direntap.

“Saya terus melepaskan pegangan pada motosikal kerana takut jika saya tak lepaskan, saya mungkin akan dihempap motosikal,” katanya.

Siti Rohani berkata, dia terjatuh di atas jalan tetapi bernasib baik kerana tiada kenderaan lalu ketika itu.

“Walaupun sakit dan ketakutan, saya gagahkan diri bangun ambil beg yang diragut apabila ternampak ia terjatuh 20 meter dari lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, peragut terbabit berpatah balik dan mengambil beg berkenaan yang hanya mengandungi sedikit wang tunai, selain kad pengenalan, lesen memandu, pelbagai kad mesin wang automatik (ATM) dan telefon bimbit,” katanya. 

Cubaan pecah rumah gagal, dua perompak panik diberkas




KAJANG – Hasrat dua lelaki tempatan yang cuba memecah masuk rumah di Taman Sri Jenaris, dekat sini awal pagi semalam tidak kesampaian apabila kegiatannya dikesan seorang jiran yang segera bertindak menjerit meminta pertolongan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 pagi ketika dua lelaki tempatan berusia 24 tahun cuba untuk memecah masuk sebuah rumah di taman berkenaan.

“Tindakan pantas seorang jiran yang menjerit meminta pertolongan menyebabkan dua lelaki berkenaan terperanjat dan pada masa sama jeritan berkenaan kebetulan turut didengari oleh anggota polis rondaan bermotosikal di kawasan berkenaan.

“Dua anggota polis berkenaan segera ke tempat kejadian dan terserempak dengan penjenayah berkenaan yang cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal namun berjaya dipintas polis.

“Berlaku pergelutan antara penjenayah berkenaan dengan anggota polis menyebabkan kecederaan pada anggota namun kedua penjenayah terbabit berjaya diberkas,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas dua lelaki berkenaan, polis menemui sebilah parang, pemutar skru, sarung tangan dan sebuah beg yang mengandungi pelbagai peralatan memecah masuk rumah.

“Nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek berkenaan juga dibalut dengan plastik bagi mengelakkan ia dikesan dan kedua-dua mereka positif dadah jenis syabu di mana salah seorang suspek mempunyai kesalahan jenayah lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan polis percaya dengan tertangkapnya dua lelaki berkenaan dapat menyelesaikan kes seumpama ini yang berlaku sekitar Kajang,” katanya.

Fobia lihat asid


Fobia lihat asid


HAMPIR PULIH... Khairun membelek wajah Haikal sambil diperhatikan Aiman (kiri) dan Mat Safarzaidi.

HAMPIR PULIH... Khairun membelek wajah Haikal sambil diperhatikan Aiman (kiri) dan Mat Safarzaidi.

KUALA LUMPUR: Shafiq Aiman Mat Safarzaidi, 10, yang parah di muka dan badan akibat disimbah asid oleh jiran sekampung ketika bermotosikal bersama abangnya, kini bukan saja kurang keyakinan diri, malah trauma setiap kali mendengar atau melihat cecair dalam botol kaca.
Sikap kanak-kanak itu tidak dapat disembunyikan apabila dia beberapa kali mengelak dan menolak kerusi ke belakang untuk melarikan diri setiap kali Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Mohd Khairun Aseh memegang botol asid dalam sidang media khas di pejabat biro berkenaan di sini, semalam.

Ketakutannya menyebabkan Mohd Khairun, yang ingin memaklumkan media mengenai penjualan asid secara terbuka masih berlaku, mengarahkan kakitangannya mengalihkan segera botol cecair itu sebelum majlis diteruskan.
Ibu Aiman, Ruhashimah Julaili Mansur, 33, berkata selain cecair dalam botol, anak keduanya itu takut melihat dawai kokot kerana ia digunakan untuk menekap kulit pada muka dan badan selepas menjalani beberapa pembedahan.

“Dia akan lari atau memaling muka melihat kedua-dua objek berkenaan... mungkin kerana masih fobia, terutama selepas melihat dawai kokot pada kulit yang digunakan doktor untuk menutup lukanya,” katanya ketika ditemui selepas Mohd Khairun mengumumkan dua beradik itu dijadikan anak angkat biro terbabit, sekali gus bertanggungjawab meringankan bebanan keluarga dan membantu persekolahan mereka.

Dalam kejadian 19 Julai lalu, Aiman dan abangnya, Shafiq Haikal, 13, parah di muka dan badan selepas disimbah asid ketika bermotosikal dalam perjalanan pulang mengambil buku ulang kaji di Felda Ketumbar, Jengka 9, Maran, Pahang.
Haikal yang kabur mata kiri akibat insiden itu berkata, ketika kejadian, dia terlupa membawa buku, lalu berpatah balik sejurus tiba di rumah rakan untuk mengulang kaji pelajaran sebelum seorang lelaki tiba-tiba mencampakkan sesuatu ke arah mereka hingga motosikal terbalik.

“Masa itu rasa panas, tak nampak apa-apa tapi ada orang bantu. Kami sebenarnya baru lepas mengaji dan terus ke rumah rakan, adik masih bersongkok.
“Sebaik disimbah, saya mengelak cecair itu, lalu ia terkena adik tapi dia bernasib baik kerana asid tidak kena kepalanya tetapi terpercik ke muka dan badan,” katanya.

Muhd Khairun pula kecewa kerana selepas beberapa pihak, termasuk menteri mengeluarkan kenyataan supaya penjualan asid diperketatkan, aktiviti penjualan bahan itu masih dilakukan secara terbuka.

“Buktinya, kami di biro ini boleh mendapatkan cecair itu pada harga RM2.50 tanpa perlu mendaftarkan nama atau menyerahkan kad pengenalan kepada kedai hardware (pertukangan).

“Siapa saja boleh dapatkannya... nampaknya kenyataan dua menteri mengenai penjualan asid sebelum ini tidak dipedulikan.

“Selaku pengerusi biro, saya akan membawa perkara ini ke perhatian pihak terbabit dan jika perlu, saya akan menghantar memorandum,” katanya di majlis yang turut dihadiri bapa kanak-kanak itu, Mat Safarzaidi Che Sam, 33.

Menurutnya, dia bimbang tragedi yang menimpa Aiman dan Haikal akan berlaku lagi jika penjualan asid tidak dibendung sepenuhnya.

“Kedua-dua kanak-kanak ini mempunyai impian tinggi, seorang mahu menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seorang lagi ingin menjadi doktor, namun kejadian yang menimpa menyebabkan impian mereka terjejas.

“Sebagai keluarga angkat, kita akan bantu sekadar termampu seperti memastikan pembelajaran mereka tidak terjejas melalui kelas dalam wad dan ia akan diusahakan dengan kerjasama kementerian berkaitan.

“Bagi memastikan wajah mangsa pulih kita akan usaha membekalkan kelengkapan seperti penyaman udara kerana mangsa perlu memakai topeng muka 23 jam sehari,” katanya.

Setakat ini, mereka menjalani pembedahan pemindahan kulit paha yang ditampal pada muka manakala Haikal pula menjalani pembedahan tambahan apabila kulit cuping telinganya terpaksa diambil untuk membaik pulih kelopak mata dan beberapa siri pembedahan susulan akan dilakukan.
myMetroFobia lihat asid:

'via Blog this'