Search This Blog

Monday, October 24, 2011

Warga emas didenda RM500



MAT Yasin Ali di luar mahkamah selepas mengaku bersalah dan dikenakan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret, Marang, Terengganu semalam. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM


MARANG 23 Okt. - Seorang warga emas didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah cuba merobohkan rumah yang didiami anak dan cucunya dengan sebuah jentolak dalam kejadian pada 1 Mei lalu.

Mat Yasin Ali, 71, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas menggunakan sebuah jentolak bagi merobohkan rumah yang diduduki Mohd. Shukri Yusuf, 31, dan keluarganya kira-kira pukul 9.30 pagi di Kampung Batu 13, Jalan Kuala Berang, Bukit Payung dekat sini.

Tertuduh kelihatan tenang ketika membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, perbuatan gopoh tersebut membahayakan nyawa manusia.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM500 atau kedua-duanya sekali.

Dalam prosiding itu peguam tertuduh, Ahmad Fairuz Jusoh merayu agar Mat Yasin dikenakan hukuman denda memandangkan insiden itu berlaku kerana masalah keluarga dan tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada mangsa.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mahathir Mohd. Yusof.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seorang bapa cuba merobohkan rumah yang didiami anaknya, Yusuf, 52, bersama menantu dan cucunya iaitu Mohd. Shukri kerana perselisihan faham berhubung tanah seluas 0.4 hektar yang dipercayai miliknya.

Kejadian bermula apabila keluarga anaknya enggan keluar dari rumah yang didiami mereka atas alasan tanah tersebut sudah lama diduduki.

Setelah beberapa kali gagal menghalau keluarga anaknya itu, akhirnya tertuduh yang tinggal di rumah berlainan bersama beberapa anak lain menggunakan sebuah jentolak untuk merobohkan rumah berkenaan yang menyebabkan bahagian dapur serta garaj runtuh.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Samun: Warga emas cedera ditoreh penagih



ABDUL Ghani Jusoh menunjukkan kecederaan di bahu serta dada kirinya akibat kejadian samun di Kampung Gong Nangka, Besut, Terengganu, kelmarin.


BESUT 23 Okt. - Seorang warga emas cedera di bahu dan dada kirinya akibat ditoreh dengan parang bengkok oleh seorang penagih dadah yang memecah masuk rumahnya di Kampung Gong Nangka dekat sini malam tadi.

Abdul Ghani Jusoh, 69, yang tinggal bersama isterinya yang lumpuh ketika itu baru hendak melelapkan mata sebelum terdengar bunyi seakan-akan gelas pecah dari arah dapur.

Mangsa pada mulanya menyangka bunyi itu disebabkan oleh kucing namun sebaik sahaja bunyi itu sekali lagi terdengar, dia meluru keluar dari bilik dan terserempak dengan suspek berusia 27 tahun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, suspek kemudian menerpa ke arah mangsa sambil memegang dua bilah parang milik Abdul Ghani yang diambil dari dapur.

Mangsa ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini memberitahu, dia terpaksa mempertahankan diri sebaik sahaja melihat suspek memegang dua bilah senjata.

Katanya, dalam pergelutan itu, dia tiba-tiba terasa sakit di bahagian bahu dan dada sebelum menyedari kedua-dua bahagian itu ditoreh dengan parang oleh suspek yang terus melarikan diri sebaik sahaja menumbuknya di muka.

Dia mengalami pendarahan yang banyak dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Daerah Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kira-kira sejam kemudian.

Berikutan kejadian itu, Abdul Ghani terpaksa menerima lapan jahitan dan dibenarkan pulang tengah hari ini sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, suspek meninggalkan telefon bimbit dan jam tangan miliknya.

Polis katanya, dengan kerjasama penduduk kemudian berjaya menahan suspek pada pukul 8.10 pagi ini ketika dia menyorok dalam semak di Kampung Bukit Kenak, kira-kira 2 kilometer dari tempat kejadian.

Beliau berkata, suspek yang berasal dari Kampung Pacakan, Pasir Putih, Kelantan cuba melawan menggunakan sebilah parang namun berjaya diberkas.

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek, dia didapati positif mengambil dadah jenismethamphetamine dan kini direman di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," kata beliau.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

10,000 liter diesel seludup dirampas



Pegawai dan anggota polis memeriksa dua buah kapal yang digunakan bagi menyeludup minyak diesel di pesisir pantai Tanah Merah, Sandakan, kelmarin.


SANDAKAN 23 Okt. - Pasukan Gerakan Marin (PGM) berjaya merampas 10,000 liter minyak diesel bernilai RM18,000 dalam satu serbuan ke atas dua buah kapal di pesisir pantai Tanah Merah di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis daerah, Supritendan Fadzil Mohd. Ali berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 5.45 petang itu, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 30 dan 44 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes itu.

"Semasa serbuan, dua kapal berkenaan sedang menjalankan aktiviti mengepam minyak diesel subsidi dari kapal nelayan ke sebuah lagi kapal," katanya di sini, semalam.

Tambah Fadzil, kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berharap orang ramai dapat terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membanteras aktiviti penyeludupan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti jenayah atau aktiviti penyeludupan di laut boleh menghubungi talian 089-221423 atau 089-221424," ujarnya.

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak:

'via Blog this'

Kilang perabot terbakar rugi RM1.2j



Kilang perabot di Jalan Citizen, Kampung Baru, Sungai Buloh musnah selepas dijilat api awal pagi semalam.


KUALA LUMPUR 23 Okt. – Sebuah kilang perabot di Jalan Citizen, Kampung Baru, Sungai Buloh dekat sini musnah dalam kebakaran mengakibatkan kerugian RM1.2 juta, awal pagi ini.

Turut musnah dalam kebakaran itu adalah dua buah lori muatan satu tan yang diletakkan berhampiran kilang berkenaan.

Difahamkan, kilang perabot itu turut menyewakan tempat untuk tiga pemilik kedai yang menghasilkan barang perabot.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Sunip Kadiran berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 4.50 pagi daripada orang awam yang membuat laporan di Bukit Jelutong.

“Seramai 24 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Sungai Buloh dan Kota Anggerik tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 5.11 pagi.

“Api yang turut memusnahkan dua buah lori itu berjaya dikawal kira-kira pukul 5.53 pagi,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan memandangkan semasa kejadian kilang itu tidak beroperasi.

Menurut Sunip, pihaknya masih menyiasat jumlah kerugian sebenar dan punca kebakaran.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'

Tusuk badik

KOTA BHARU: Tindakan seorang penoreh getah berleter mengenai perbuatan jirannya membaling mercun membawa padah apabila menerima amukan pemuda terbabit yang menikamnya dengan badik menembusi pipi kirinya dalam kejadian di Kampung Ayer Lanas, Jeli, Jumaat lalu.

Kejadian jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa yang berusia 43 tahun terpaksa menerima beberapa jahitan kerana cedera termasuk di lengan, bahu dan kepala.


Difahamkan sebelum kejadian, mangsa sedang mencuci kereta di hadapan rumahnya di kampung berkenaan jam 12.30 tengah hari apabila dia terdengar letupan kuat menyebabkan mangsa terperanjat lalu menegur perbuatan individu berkenaan kerana bersikap kurang sopan membaling mercun di kawasan terbabit.

Beberapa minit kemudian jirannya terbabit yang tinggal berhadapan rumah mangsa datang ke arahnya sambil membawa senjata tajam dan berlaku pergelutan antara mereka hingga mengakibatkan mangsa cedera.


Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, menyedari sesuatu akan berlaku kepada suaminya, isteri mangsa cuba menghalang, namun pergelutan tetap berlaku antara dua lelaki terbabit.


“Apabila mangsa cedera, suspek melarikan diri dari kawasan itu dengan meninggalkan senjata digunakan.

“Dengan bantuan jiran, mangsa dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan, katanya, semalam.


Beliau berkata, pipi kiri mangsa terkena tusukan senjata itu, selain luka di bahu, lengan dan belakang kepala kiri yang turut menerima beberapa jahitan.

Beliau berkata, sejurus selepas itu isteri mangsa turut membuat laporan mengenai kejadian terbabit.


Katanya, selepas dua hari kejadian, suspek yang berusia 25 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, tengah hari, semalam dan kini ditahan reman.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata atau benda berbahaya,” katanya.

myMetro | Tusuk badik:

'via Blog this'

Bersilat 20 minit halau penyamun

BUKTI …Kamaruddin menunjukkan parang digunakan suspek untuk menyamun rumah warga emas  di Kampung Gong Nangka, Jertih, kelmarin.
BUKTI …Kamaruddin menunjukkan parang digunakan suspek untuk menyamun rumah warga emas di Kampung Gong Nangka, Jertih, kelmarin.

JERTIH: Seorang warga emas terpaksa menggunakan kemahirannya bersilat selama 20 minit sebelum berjaya membuatkan penyamun bersenjatakan parang yang memecah masuk ke rumahnya melarikan diri dalam kejadian di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam, Abdul Ghani Jusoh, 65, bersama isterinya berusia 68 tahun yang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi benda jatuh di dapur rumah lalu keluar dari bilik tidur untuk memeriksa.


Menurutnya, dia pada mulanya menyangka bunyi itu berpunca daripada kucing peliharaannya mengejar tikus sebelum terkejut apabila terserempak dengan seorang lelaki bersenjatakan parang di dapur rumahnya.

“Lelaki terbabit yang memegang sebilah parang terus menerkam saya dan berlaku pergelutan selama 20 minit yang menyebabkan saya cedera di dada dan bahu kanan akibat terkena torehan parang lelaki itu.


“Walaupun uzur saya tetap bersemangat untuk melawan lelaki itu dan menggunakan pengalaman ketika aktif bersilat pada zaman remaja untuk melawannya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut (IPD) Besut di Kampung Raja, di sini, semalam.


Menurutnya, lelaki terbabit melarikan diri manakala dia dikejarkan ke Hospital Besut oleh jiran sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, bagaimanapun dibenarkan pulang kira-kira jam 10 pagi semalam.

Abd Ghani yang luka di dada dan bahu akibat pergelutan itu menerima 10 jahitan di bahagian terbabit.


“Saya dan isteri yang menghidap penyakit lumpuh tidak menyangka penyamun sanggup memecah masuk rumah kerana kami tidak memiliki barang berharga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria berkata, polis yang dimaklumkan kejadian berkenaan bertindak pantas berusaha mengesan suspek sebelum menahannya dengan bantuan penduduk dan Unit Kawalan Kampung Bukit Kenak, di sini, pada jam 8 pagi semalam.


“Suspek yang dalam keadaan keletihan ditemui dalam semak di Kampung Bukit Kenak, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, bersama dua bilah parang dipercayai diambil dari rumah mangsa ketika memecah masuk rumah itu,” katanya.

myMetro | Bersilat 20 minit halau penyamun:

'via Blog this'

Boleh tempah melalui SMS

myMetro | Boleh tempah melalui SMS: "SUBANG JAYA: Pilih wanita mengikut selera masing-masing melalui Internet dan tempah melalui SMS. Begitulah mudahnya khidmat disediakan `Pretty Women Club’ atau Kelab Wanita Cantik kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan teman sosial di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak.

Lebih memeranjatkan, sindiket memperdagangkan wanita berusia 19 hingga 24 tahun dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina itu menawarkan khidmat secara terbuka dengan membuka blog khas yang boleh dilayari sesiapa saja.

Pelanggan hanya perlu melayari blog disediakan untuk memilih nama wanita yang turut disertakan gambar di lapan pusat operasi disediakan dan jika berkenan, terus hantar SMS kepada mereka tanpa melalui orang tengah atau bapa ayam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (ACP) Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, kaedah digunakan Kelab Wanita Cantik adalah cara terbaru sindiket memperdagangkan wanita di negara ini.


Sehubungan itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai sindiket berkenaan dalam usaha membasmi kegiatan tidak bermoral itu."

'via Blog this'

Samun kontraktor lepas ugut dengan gunting


myMetro | Samun kontraktor lepas ugut dengan gunting: "TEMERLOH: Enam lelaki bersenjatakan gunting, melarikan pelbagai barang elektronik serta wang tunai milik seorang kontraktor sekali gus mengakibatkan mangsa kerugian hampir RM3,000 di Jalan Bunga Raya, Mentakab, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 38 tahun memberhentikan kereta Mitshubishi Lancer dipandunya untuk ke farmasi di bandar Mentakab.


Bagaimanapun, sebelum sempat keluar dari kenderaannya, tiga daripada enam lelaki terbabit menghampirinya sebelum seorang suspek mengacukan gunting sambil mengarahkannya masuk semula dalam kenderaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor berkata, mangsa diarahkan memandu ke sebuah kawasan industri, di sini, sambil diekori kereta yang dipandu tiga lagi rakan kepada penyamun terbabit.


“Sebaik tiba di situ, mangsa diarahkan berhenti sebelum enam penyamun terbabit mengelilingi mangsa mengakibatkan kontraktor itu ketakutan dan merayu dilepaskan,” katanya."

'via Blog this'

PKDRK bantu mangsa kemalangan

SUNGAI PETANI: Penderitaan seorang kanak-kanak lelaki yang hanya mampu terlantar akibat terbabit kemalangan jalan raya bulan lalu mendapat perhatian Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDRK) yang membantu meringankan beban keluarganya.

Murid Sekolah Kebangsaan Jeniang, Uthman Saied Abdul Aziz, 7, turut menerima bantuan awal RM300 selain lampin pakai buang sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda dengan bantuan PKDRK.


Yang Dipertua PKDRK, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahaya berkata, kanak-kanak dari Kampung Batu 10, Jeniang itu layak menerima bantuan bulanan JKM kerana kecederaan parah menyebabkannya kini berstatus orang kelainan upaya.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya belum pasti jumlah bantuan bulanan bakal diluluskan JKM tetapi yakin agensi berkenaan akan melakukan yang terbaik demi menjaga kebajikan keluarga mangsa. “Kami bersyukur berikutan komitmen JKM Daerah Kuala Muda mengambil pendekatan mesra rakyat dengan menghulurkan bantuan kewangan segera untuk murid berkenaan sementara menunggu kelulusan bantuan bulanan.


“Melihat keadaannya yang terpaksa makan dan minum menggunakan tiub dibekalkan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, PKDRK akan membantu keluarga murid itu jika menghadapi masalah menampung kos rawatan hospital,” katanya.


Akibat kecederaan parah di kepala hingga menjalani pembedahan di HSB, Uthman perlu mendapat rawatan rapi di hospital itu selama sebulan.

Malah, dia hanya boleh meminum susu tepung khas seberat 400 gram (gm) berharga RM80 setin.


Sementara itu, bapa Uthman, Abdul Aziz Said, 48, berkata, pendapatannya sebagai pemandu lori hanya RM600 sebulan dan tidak mampu menyediakan kos perbelanjaan rawatan anaknya itu.

myMetro | PKDRK bantu mangsa kemalangan:

'via Blog this'

Buntu suami hilang seminggu

REMBAU: Satu keluarga dari Taman Chembong Jaya di sini, mendakwa buntu dan gelisah berikutan kehilangan misteri ketua keluarga mereka sejak beberapa hari lalu yang masih belum terungkai hingga kini.

Keadaan itu lebih dirasai Fadhilun Md Shah, 49, yang bimbangkan keselamatan suaminya, Hamzah Abdul Majid, 55, selepas keluar dari rumah mereka sejak Selasa lalu.


Menurutnya, bapa kepada lima anak itu dilihat keluar dengan memandu Proton Wira Aeroback hitam bernombor pendaftaran NBR 5572, kira-kira jam 8.30 malam.

“Anak bongsu kami sempat bertemu ayahnya yang memakai baju-T biru, seluar trek dan berselipar. Pada waktu itu, saya tiada di rumah kerana keluar mengajar di Rumah Kanak-Kanak Rembau.


“Tiada pergaduhan atau pertelingkahan antara kami, apatah lagi dia sememangnya pendiam dan tidak suka berkongsi masalah.


“Suami yang dikahwini sejak 35 tahun lalu biasanya keluar berjumpa rakan pada waktu malam dan pulang sebelum jam 12 tengah malam,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Katanya, ketika terjaga dari tidur pada jam 3 pagi, dia pelik apabila mendapati suaminya belum pulang dan cuba menghubunginya, namun tiada jawapan.


“Selepas lebih 24 jam, suami masih tidak pulang ke rumah menyebabkan saya meminta anak membuat laporan polis,” katanya.

Fadhilun berkata, mereka sekeluarga berusaha mencari suaminya yang dipercayai pergi mengutip hutang daripada rakannya di Alor Gajah, Melaka.


“Selain itu, rakan mendakwa ternampak suami di lampu isyarat di pekan Rembau. “Ketika itu, orang lain memandu manakala suami berada di tempat duduk belakang,” katanya yang kini hanya mampu berserah dan melakukan solat hajat.


Menurutnya, dia berharap tiada sebarang perkara buruk berlaku dan suaminya pulang dalam keadaan selamat.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan menerima laporan berkenaan.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hamzah diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau balai polis berhampiran.

myMetro | Buntu suami hilang seminggu:

'via Blog this'

Tunjuk anu jadi modal

IPOH: Wanita terutama kalangan ibu tunggal dinasihatkan berwaspada daripada menjadi pemuas nafsu seorang lelaki ‘kasanova’ yang sanggup melakukan apa saja helah bagi memerangkap mangsa termasuk menghantar gambar ‘anunya’ kepada wanita terbabit.

Perbuatan tidak bermoral dan jijik yang didakwa dilakukan seorang anggota beruniform yang bertugas di ibu negara itu dibongkar seorang wanita yang nyaris menjadi mangsa lelaki berkenaan.


Temberang lelaki bermulut manis berusia 30-an berasal dari sebuah negeri di pantai timur itu terbongkar apabila terjerat dalam perangkap dibuatnya sendiri.

Semuanya gara-gara wanita buruan paling dikehendaki lelaki kasanova itu menghidu setiap helah termasuk keteguhan imannya melawan gelora nafsu selama hampir lapan tahun sejak bercerai pada 2003 biarpun diumpan bukan satu tetapi tiga gambar ‘anu’ dalam posisi berbeza dihantar melalui lelaki terbabit melalui SMS.


Ia berikutan populariti wanita berusia awal 40-an itu apabila mendapat beberapa gelaran seperti janda gebu, montok dan seksi menyebabkannya lali dengan gangguan lelaki hidung belang yang kebanyakannya hanya mahukan seks dan hartanya.


“Saya percaya ramai wanita terutama janda yang menjadi mangsa lelaki yang mendakwa anggota polis dari Bahagian Risikan Jenayah, Bukit Aman dan saya rasa dia tidak berbohong berdasarkan cara percakapan dan pengetahuannya dalam bidang undang-undang.

“Justeru, selain mengelak lebih ramai wanita menjadi mangsa lelaki itu, saya tampil mendedahkan perkara ini bagi memastikan maruah dan imej pihak berkuasa itu terus terbela daripada dicemari tindak tanduk lelaki seperti ‘Mohd Izham’ jika memang benar dia anggota polis,” kata wanita berkenaan.


Selepas beberapa kali gagal dan tertangguh, wartawan Harian Metro semalam menemui wanita terbabit yang kini dalam proses mengumpul maklumat dan bukti terhadap kegiatan lelaki berkenaan.

Namun demi menjaga maruah dan reputasi diri yang dikenali antara usahawan wanita berjaya di utara tanah air selain Kuala Lumpur dan Selangor, mangsa hanya mahu dikenali Siti (bukan nama sebenar).


Usaha mengatur pertemuan itu dibuat susulan maklumat diperoleh wartawan daripada sumber boleh dipercayai mengenai kegiatan seorang lelaki menjerat janda di negeri utara tanah air terutama Perak dan Kedah bagi mengikis harta mangsa selain menjadi pemuas nafsu.


Biarpun difahamkan sudah ramai wanita menjadi mangsa, namun lelaki terbabit masih meneruskan kegiatan jahatnya menjerat golongan ibu tunggal berikutan keengganan mangsa membuat laporan polis kerana mahu mengelak aib dan mahu merahsiakan daripada pengetahuan ahli keluarga dan rakan.


Namun jerat ayat cinta dan umpan terbaik lelaki berkenaan iaitu mengirim gambar ‘anunya’ akhirnya memakan diri apabila membawa kepada pembongkaran identiti sebenar serta kegiatan tidak bermoral kasanova berkenaan.


Ibarat pertembungan 'buku bertemu ruas', di sebalik tarikan fizikal janda berasal dari Kedah itu, lelaki miang terbabit tidak tahu selain menjalankan perniagaan, mangsa juga seorang peguam.


“Saya sudah biasa melayan kerenah lelaki termasuk yang boleh dikategorikan sebagai ‘gersang melampau’. Biasanya mereka akan menghubungi atau menghantar SMS menyatakan minat berkenalan dengan saya.


“Disebabkan sibuk dan tahu niat buruk mereka, saya akan menjawab atau membalas SMS memberitahu secara elok status diri belum bersedia untuk kembali berpasangan,” katanya.


Namun, berbeza dengan lelaki lain, menurut Siti, ‘Mohd Izham’ itu tidak berputus asa apabila terus menghubungi dan menghantar SMS bertanyakan khabar biarpun tidak dipedulikan.


Berbanding kebiasaan wanita dipermainkan dengan ditaburkan pelbagai janji, ayat manis, belaian kasih sayang melalui panggilan atau SMS, kini giliran kasanova berkenaan menjadi 'tikus' selepas Siti mengambil keputusan melayan kerenahnya bagi memastikan sama ada lelaki yang dikatakan mensasarkan golongan ibu tunggal di utara tanah air itu sebagai pemuas nafsu sejak awal tahun ini.


"Selepas berhubungan melalui telefon bimbit selama hampir tujuh bulan, lelaki ini akhirnya menunjukkan ‘rupa’ sebenarnya pada 29 September lalu apabila mula berbual mengenai seks dan nikmat melakukannya seminggu sebelum itu.


“Mungkin geram apabila tindakan itu masih gagal 'menewaskan' saya bagi memenuhi permintaannya supaya kami bertemu, dia akhirnya mengirimkan tiga keping gambar alat sulitnya dengan kali terakhir diterima pada 29 September lalu,” katanya.


Tindakan itu meyakinkan Siti bahawa lelaki terbabit adalah kasanova sama yang diperkatakan dan mendorongnya melakukan siasatan bagi mengenal pasti identiti sebenarnya.


Hasil pemeriksaan terhadap nombor telefon bimbit digunakan lelaki terbabit mendapati ia didaftarkan atas nama seorang lelaki. Kasanova itu yang mengetahui temberang pecah sejurus Siti menghantar SMS nama berkenaan kepadanya, terus tidak lagi berhubungan dengannya.


"Saya meminta wanita terutama ibu tunggal yang pernah menjadi mangsa lelaki itu tampil membuat laporan polis atau mendapatkan bantuan mana-mana pihak berkaitan bagi membela nasib mereka seterusnya mengelak lebih ramai wanita menjadi mangsa.


“Saya menasihatkan wanita khasnya ibu tunggal yang tiba-tiba didekati lelaki yang tidak diketahui latar belakang dan hanya memperkenalkan diri sebagai anggota polis supaya berhati-hati bagi mengelak terjerat,” katanya.

myMetro | Tunjuk anu jadi modal:

'via Blog this'

Cemar surau angkara khianat

GOMBAK: Permaidani dan sejumlah naskah al-Quran di Surau Al-Ikhwan, Taman Samudera, di sini, dicemari dengan serbuk pemadam kebakaran dipercayai disembur pihak tertentu yang berkemungkinan tidak berpuas hati dengan jawatankuasa surau berkenaan, semalam.

Kejadian disedari kira-kira jam 10.30 pagi semalam ketika sekumpulan kanak-kanak di taman berkenaan memasuki surau untuk mengikuti kelas pengajian al-Quran.


Pengerusi surau, Ahmad Affandi Pawanteh, ketika ditemui berkata, anak kepada seorang ahli jawatankuasa surau berlari pulang ke rumah memberitahu bapanya sebaik melihat keadaan surau yang dipenuhi serbuk putih.

“Saya yang dimaklumkan bergegas ke surau sebelum mendapati tiga silinder alat pemadam kebakaran milik surau sudah kosong dan dicampak di tepi dinding. Saya percaya pelaku menggunakannya untuk menyembur serbuk itu di seluruh surau,” katanya.


Beliau yakin perbuatan itu dilakukan lebih daripada seorang individu berikutan masa yang singkat dan motif perbuatan dipercayai tidak puas hati.


“Pemeriksaan saya mendapati pelaku bertindak mengumpil salah satu tingkap surau sebelum melakukan perbuatan itu. Kami tidak pasti waktu sebenar mereka bertindak sedemikian kerana sebelum itu kami ada kuliah Subuh dan pulang kira-kira jam 8.30 pagi.

“Kira-kira jam 10.30 kanak-kanak di sini datang ke surau untuk mengikuti kelas mengaji al-Quran. Mungkin sejam sebelum itu,” katanya.


Beliau membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Batu Caves, di sini, untuk tindakan selanjutnya.

Tinjauan mendapati beberapa ahli jawatankuasa surau dan penduduk berhampiran bekerjasama membersihkan semula surau yang dipenuhi serbuk putih terbabit supaya aktiviti keagamaan dapat dijalankan seperti biasa.


Ahmad Affandi berkata, insiden terbabit adalah kali pertama berlaku sejak surau itu dibina empat tahun lalu.


Beliau menolak kemungkinan perbuatan khianat itu berunsur politik kerana surau berkenaan tidak pernah terbabit dengan mana-mana isu politik dan menjadi tempat ibadat seluruh penduduk di sini.

myMetro | Cemar surau angkara khianat:

'via Blog this'

Amah lari rumah terbakar

KULAIJAYA: Seorang wanita yang sibuk mengemas rumah majikannya di Fasa 6 Taman Putri di sini, lari lintang pukang apabila terdengar letupan kuat disusuli kepulan asap dan percikan api dari ruang tamu rumahnya yang terbakar kira-kira jam 12.30 tengah hari, kelmarin.

Pembantu rumah dikenali sebagai Nok, 40-an berkata, kebakaran berlaku pantas dan dia tidak sempat menyelamatkan barang berharga termasuk komputer riba milik anak saudara majikannya.


“Ketika itu saya berada di dapur manakala anak saudara majikan saya baru saja keluar menghantar dua anak majikan ke sekolah.

“Kemudian saya terdengar letupan kuat dan nampak kepulan asap menyebabkan saya segera keluar rumah untuk menyelamatkan diri dan meminta pertolongan jiran,” katanya.


Menurutnya, dia bersyukur tindakan pantas jiran yang membantunya memadamkan punca kebakaran berjaya mengelak kemusnahan lebih teruk.


Ketika kejadian, majikannya baru saja bertolak ke Makkah Rabu lalu dan akan dimaklumkan mengenai kejadian itu tidak lama lagi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulaijaya, Masnon Idris ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas di kediaman berkenaan.

myMetro | Amah lari rumah terbakar:

'via Blog this'

Air mata Mat Rempit

KLANG: Seorang Mat Rempit menangis teresak-esak ketika keterangannya direkodkan polis selepas dipercayai merempuh seorang pegawai trafik yang mengetuai ‘Ops Rempit’ di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, remaja berumur 17 tahun itu dilepaskan dengan jaminan polis, selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosli Abd Rahman berkata, remaja itu yang menuntut di sekolah di sini, ditahan kerana dipercayai menunggang kenderaan secara cuai sehingga menyebabkan kecederaan.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan ujian air kencing bagi menentukan sama ada remaja terbabit di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya.

Menurutnya, hasil keterangan remaja itu mengaku pernah ditahan sebelum ini kerana menyaksikan lumba haram.

“Ibu bapa remaja berkenaan dari Sabak Bernam, turut dipanggil untuk diberikan kaunseling,” katanya.

myMetro | Air mata Mat Rempit:

'via Blog this'

Kemaruk bercinta

JOHOR BAHRU: Kemaruk bercinta dengan pelajar sekolah, seorang lelaki berusia 21 tahun tetap tidak mengendahkan amaran keluarga gadis itu supaya meninggalkan pelajar berkenaan hingga memaksa mereka membuat laporan polis di Tampoi, sebelum sepasukan polis menyerbu rumah lelaki itu pada kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pelajar sekolah berkenaan sebelum mereka diserahkan kepada sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya untuk tindakan lanjut.


Difahamkan, sebelum ini lelaki berkenaan pernah ditahan keluarga pelajar berkenaan di sebuah rumah rakannya di Senai dekat sini, beberapa bulan lalu, kerana mengesyaki gadis terbabit dirogol lelaki itu, namun disebabkan tiada bukti kukuh, keluarga terbabit hanya memberi amaran dan menghalang hubungan mereka.

Degil dan tidak serik menyebabkan lelaki dari Sarawak itu tidak mengendahkan amaran diberikan, sebaliknya membawa pulang pelajar tingkatan empat itu ke rumah sewanya di Taman Nusa Bestari di sini, kelmarin.


Terdahulu, lelaki dan pelajar terbabit bertemu di rumah rakan mereka di Senai sebelum dia di bawa ke Taman Nusa Bestari sejauh kira-kira 20 kilometer, selepas mendapat tahu keluarga gadis berkenaan dalam perjalanan untuk menangkap mereka.


Timbalan Ketua Polis daerah Kulaijaya, Deputi Superintendan Kamil Suparmi mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata, lelaki itu kini ditahan reman lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan membawa pulang gadis berusia 16 tahun itu ke rumah sewanya di Taman Nusa Bestari sebelum ditahan sepasukan polis, tengah malam semalam.


“Pagi tadi (semalam) kami mendapat perintah mahkamah untuk mereman lelaki itu selama lima hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kan+un Keseksaan kerana merogol, namun enggan mengulas lanjut berikutan siasatan masih dijalankan.

myMetro | Kemaruk bercinta:

'via Blog this'

Tusuk badik

KOTA BHARU: Tindakan seorang penoreh getah berleter mengenai perbuatan jirannya membaling mercun membawa padah apabila menerima amukan pemuda terbabit yang menikamnya dengan badik menembusi pipi kirinya dalam kejadian di Kampung Ayer Lanas, Jeli, Jumaat lalu.

Kejadian jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa yang berusia 43 tahun terpaksa menerima beberapa jahitan kerana cedera termasuk di lengan, bahu dan kepala.


Difahamkan sebelum kejadian, mangsa sedang mencuci kereta di hadapan rumahnya di kampung berkenaan jam 12.30 tengah hari apabila dia terdengar letupan kuat menyebabkan mangsa terperanjat lalu menegur perbuatan individu berkenaan kerana bersikap kurang sopan membaling mercun di kawasan terbabit.

Beberapa minit kemudian jirannya terbabit yang tinggal berhadapan rumah mangsa datang ke arahnya sambil membawa senjata tajam dan berlaku pergelutan antara mereka hingga mengakibatkan mangsa cedera.


Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, menyedari sesuatu akan berlaku kepada suaminya, isteri mangsa cuba menghalang, namun pergelutan tetap berlaku antara dua lelaki terbabit.


“Apabila mangsa cedera, suspek melarikan diri dari kawasan itu dengan meninggalkan senjata digunakan.

“Dengan bantuan jiran, mangsa dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan, katanya, semalam.


Beliau berkata, pipi kiri mangsa terkena tusukan senjata itu, selain luka di bahu, lengan dan belakang kepala kiri yang turut menerima beberapa jahitan.

Beliau berkata, sejurus selepas itu isteri mangsa turut membuat laporan mengenai kejadian terbabit.


Katanya, selepas dua hari kejadian, suspek yang berusia 25 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, tengah hari, semalam dan kini ditahan reman.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata atau benda berbahaya,” katanya.

myMetro | Tusuk badik:

'via Blog this'

Angkara wanita mabuk

GEORGETOWN: Angkara pemandu mabuk, seorang anggota polis yang sedang melakukan rondaan nyaris maut apabila dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Larut, di sini, awal pagi kelmarin.

Lebih teruk, pemandu kereta itu yang juga seorang wanita terus memecut kenderaannya dalam usaha melarikan diri, namun berjaya ditahan hampir satu kilometer dari lokasi kejadian oleh rakan kepada anggota polis terbabit.


Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Konstabel Amirul Sulaiman, 27, bersama tiga rakan setugas melakukan rondaan cegah jenayah dengan menunggang motosikal sebelum Toyota Harrier dipandu seorang wanita merempuh motosikalnya.

Wanita terbabit, bagaimanapun ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati dia memandu di bawah pengaruh alkohol.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


“Anggota terbabit bernasib baik hanya patah tangan kiri dan kini di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut,” katanya.

myMetro | Angkara wanita mabuk:

'via Blog this'

Peragut longlai kena belasah

myMetro | Peragut longlai kena belasah: "IPOH: Seorang lelaki yang tergamak meragut seorang wanita yang sedang menyuap anaknya makan longlai dibelasah orang ramai yang geram dengan perbuatan tidak berhati perutnya selepas berjaya diberkas dalam satu kejadian di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang memberi makan anaknya berusia sembilan tahun.
Insiden berlaku ketika mangsa memberhentikan keretanya di bahu jalan di Jalan Sultan Azlan Shah Selatan, dekat sini, sebelum sebuah motosikal dinaiki suspek berusia 30-an mendekati kenderaan mangsa.

“Saya sedang menyuapkan makanan kepada anak apabila pintu kiri yang tidak berkunci tiba-tiba dibuka lelaki menaiki motosikal terbabit.


“Saya hanya tergamam kerana tidak menyangka kejadian berlaku dan tanpa berkata apa-apa, lelaki berkenaan terus mengambil dompet saya mengandungi MyKad dan wang tunai RM100 lalu terus melarikan diri menaiki motosikalnya,” kata mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 41."

'via Blog this'

Hotel tak bayar hutang RM1.9 juta

KANGAR: Barangan milik sebuah hotel terkenal di negeri ini, dirampas selepas pengurusannya didakwa gagal melunaskan hutang berjumlah RM1.9 juta kepada syarikat pembekal Fine Margin Sdn Bhd (Fine Margin), kelmarin.

Pengarah Urusan Fine Margin, Mohamed Azwan Nazli melalui peguamnya, Roshidah Osman berkata, pihaknya merampas sebahagian barangan hotel berkenaan bagi mematuhi persetujuan dengan bekas syarikat yang menguruskan hotel itu selepas mediasi oleh Mahkamah Tinggi, di sini, pada 13 Oktober lalu yang dipersetujui kedua-dua pihak.


Menurutnya, syarikatnya membekalkan kira-kira 80 peratus barangan kepada hotel itu bernilai RM1.9 juta sejak setahun lalu, tetapi bayaran langsung tidak pernah dijelaskan.

"Fine Margin akan mengambil barangan yang digunakan untuk bilik penginapan hotel itu sebelum dijual sebagai barangan terpakai.


"Sebelum ini, kami sudah beberapa kali menghantar notis meminta tunggakan hutang diselesaikan, namun mereka meminta diberi masa.


"Namun, selepas diberi tempoh, mereka masih gagal menjelaskan hutang hingga syarikat baru dilantik menguruskan hotel itu," katanya.

Pada masa ini, sebuah syarikat baru dilantik menguruskan hotel berkenaan sejak 14 Ogos lalu selepas pengurusan lama tidak mampu menguruskan hotel terbabit kerana kerugian.


Katanya, dia terkejut bagaimana syarikat itu boleh memenangi tender pengurusan hotel itu walaupun rekod menunjukkan semua projek membabitkan syarikat itu mengalami kerugian atau ditutup.

myMetro | Hotel tak bayar hutang RM1.9 juta:

'via Blog this'

Dua mahu curi lembu rempuh sekatan polis

TEMERLOH: Akibat terkejut melihat kehadiran sekumpulan polis, dua lelaki Orang Asli yang bersenjatakan selaras senapang patah serta sumpit lengkap dengan damak dengan niat dipercayai mahu mencuri lembu, nekad merempuh kepungan pihak berkuasa itu dengan motosikal yang mereka naiki di Kampung Bintang, di sini, jam 11.40 malam kelmarin.

Bagaimanapun, perbuatan `berani mati’ dua sahabat karib berusia 20-an itu membawa padah apabila motosikal mereka terbabas sebelum kedua-duanya tersungkur ke tanah.


Sebelum itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Temerloh mengadakan operasi memburu pengedar dan penagih dadah yang dipercayai menjalankan kegiatan mereka di lokasi tersorok di kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor berkata, anggota polis yang menyedari kehadiran dua sahabat terbabit yang sedang mundar-mandir dengan motosikal mereka, menyembunyikan diri di tepi jalan.


Tanpa menyedari kehadiran polis, dua sahabat berkenaan dengan selamba melalui jalan itu, tetapi memperlahankan motosikal mereka selepas sedar beberapa anggota polis sedang berdiri dalam gelap di kiri kanan jalan.


“Terkejut selepas diarahkan berhenti, penunggang terbabit memecut motosikal sebelum cuba merempuh anggota polis yang keluar dari tempat persembunyian.

“Namun, akibat terlalu takut selepas dikejar, motosikal yang ditunggang dua sahabat berkenaan terbabas ke kiri mengakibatkan kedua-duanya jatuh.


“Bagaimanapun, dua sahabat terbabit nekad bergelut dengan polis dalam usaha melarikan diri namun gagal. Mereka turut menjerit sekuat hati ketika cuba bertindak kasar terhadap polis, tetapi pergerakan mereka dapat dipatahkan,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan, polis menemui selaras senapang patah bersama tiga butir peluru hidup daripada seorang suspek.


Md Nor berkata, siasatan turut mendapati, seorang lagi suspek memegang sumpit bersama damak yang ditemui dalam kantung diikat pada pinggang.


“Dua sahabat itu cuba memperdaya anggota polis dengan mengatakan mereka anggota Rela yang menjalankan rondaan cegah jenayah.


“Seorang daripada suspek mendakwa mengambil senapang patah itu daripada Tok Batin untuk meronda,” katanya.


Katanya, bagaimanapun, dua sahabat itu dibawa ke IPD Temerloh untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.

myMetro | Dua mahu curi lembu rempuh sekatan polis:

'via Blog this'

Dua mahu curi lembu rempuh sekatan polis

TEMERLOH: Akibat terkejut melihat kehadiran sekumpulan polis, dua lelaki Orang Asli yang bersenjatakan selaras senapang patah serta sumpit lengkap dengan damak dengan niat dipercayai mahu mencuri lembu, nekad merempuh kepungan pihak berkuasa itu dengan motosikal yang mereka naiki di Kampung Bintang, di sini, jam 11.40 malam kelmarin.

Bagaimanapun, perbuatan `berani mati’ dua sahabat karib berusia 20-an itu membawa padah apabila motosikal mereka terbabas sebelum kedua-duanya tersungkur ke tanah.


Sebelum itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Temerloh mengadakan operasi memburu pengedar dan penagih dadah yang dipercayai menjalankan kegiatan mereka di lokasi tersorok di kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor berkata, anggota polis yang menyedari kehadiran dua sahabat terbabit yang sedang mundar-mandir dengan motosikal mereka, menyembunyikan diri di tepi jalan.


Tanpa menyedari kehadiran polis, dua sahabat berkenaan dengan selamba melalui jalan itu, tetapi memperlahankan motosikal mereka selepas sedar beberapa anggota polis sedang berdiri dalam gelap di kiri kanan jalan.


“Terkejut selepas diarahkan berhenti, penunggang terbabit memecut motosikal sebelum cuba merempuh anggota polis yang keluar dari tempat persembunyian.

“Namun, akibat terlalu takut selepas dikejar, motosikal yang ditunggang dua sahabat berkenaan terbabas ke kiri mengakibatkan kedua-duanya jatuh.


“Bagaimanapun, dua sahabat terbabit nekad bergelut dengan polis dalam usaha melarikan diri namun gagal. Mereka turut menjerit sekuat hati ketika cuba bertindak kasar terhadap polis, tetapi pergerakan mereka dapat dipatahkan,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan, polis menemui selaras senapang patah bersama tiga butir peluru hidup daripada seorang suspek.


Md Nor berkata, siasatan turut mendapati, seorang lagi suspek memegang sumpit bersama damak yang ditemui dalam kantung diikat pada pinggang.


“Dua sahabat itu cuba memperdaya anggota polis dengan mengatakan mereka anggota Rela yang menjalankan rondaan cegah jenayah.


“Seorang daripada suspek mendakwa mengambil senapang patah itu daripada Tok Batin untuk meronda,” katanya.


Katanya, bagaimanapun, dua sahabat itu dibawa ke IPD Temerloh untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.

myMetro | Dua mahu curi lembu rempuh sekatan polis:

'via Blog this'

Buruh mati ditetak di rumah kongsi

KUALA KUBU BHARU: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas ditetak di muka dan badannya dalam pergaduhan dipercayai membabitkan dengan rakan sekerjanya di Genting Malik, Batang Kali, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun ditemui mati oleh dua adik lelakinya di sebuah rumah kongsi berhampiran rumah sarang burung walit.


Difahamkan, mangsa baru empat bulan bekerja sebagai buruh binaan bangunan sarang burung walit di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy berkata, mangsa ditemui mati dengan kesan tetakan di bahu kanan, muka dan dahi.


“Pada mulanya seorang lelaki yang juga ketua tempat mangsa bekerja menghubungi seorang ahli keluarga mangsa sebelum memberitahu pekerjanya itu terbabit dalam pergaduhan dan menghilangkan diri.


“Dua adik lelaki mangsa kemudian pergi ke Balai Polis Batang Kali membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, dua adik lelaki mangsa kemudiannya pergi ke rumah sarang burung itu untuk mencari abang mereka sebelum menemui mayat mangsa di dalam rumah kongsi berkenaan.


“Kedua-dua adik lelaki mangsa mengangkat mayat abang mereka dan membawanya keluar sebelum menghubungi polis,” katanya.

Norel berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB), untuk bedah siasat dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pergaduhan dan mengesan suspek.

myMetro | Buruh mati ditetak di rumah kongsi:

'via Blog this'

Nenek, cucu kena ikat

RAWANG: Seorang nenek dan cucunya berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Taman Bukit Rawang, di sini, dipecah masuk lima lelaki bersenjatakan parang sebelum suspek mengikat mangsa dan melarikan wang tunai, barang kemas dan set televisyen dianggarkan bernilai RM30,000, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita berusia 64 tahun bersama dua lagi cucunya sedang menonton televisyen di ruang tamu terkejut apabila lima lelaki tidak dikenali menceroboh masuk.


Menurut sumber, kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan mangsa dan cucunya tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu berdiam diri akibat ketakutan.

“Pintu rumah yang terbuka menyebabkan suspek mudah masuk sebelum mengacukan parang dan menyuruh mereka tidak menjerit jika tidak mahu dicederakan.


“Seorang daripada suspek menutup pintu rumah bagi mengelak kejadian itu diketahui jiran mangsa,” katanya.


Sumber berkata, mangsa dan cucunya diikat kumpulan terbabit sebelum mereka dibawa masuk ke dalam bilik serta dikurung.

“Mereka turut mengugut akan membunuh cucu mangsa jika dia enggan menyerahkan barangan berharga menyebabkan mangsa mengikut arahan suspek.


“Barangan yang diserahkan mangsa adalah subang, cincin, gelang, telefon bimbit, wang tunai RM3,000 dan barangan berharga lain di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek mengambil masa tidak sampai 15 minit untuk menyamun mangsa sebelum beredar menaiki sebuah pikap Toyota Hilux.


“Malah, suspek turut membiarkan mangsa dan cucunya dalam keadaan berikat sehingga kejadian itu disedari anak mangsa yang pulang dari tempat kerja sejam kemudian.


“Sebaik membuka ikatan, mangsa menceritakan kejadian menimpanya sebelum mereka datang ke Balai Polis Rawang membuat laporan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

myMetro | Nenek, cucu kena ikat:

'via Blog this'

Sindiket seleweng diesel subsidi tumpas

PERIKSA...anggota  PGM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang memeriksa  lori tangki yang dirampas.
PERIKSA...anggota PGM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang memeriksa lori tangki yang dirampas.

PELABUHAN KLANG: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi di sebuah premis, di sini, Jumaat lalu dengan nilai keseluruhan rampasan RM22,000.

Pegawai Memerintah PGM Wilayah 1, Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat orang awam.


Menurutnya, serbuan pada jam 6.30 petang itu membabitkan tiga anggota daripada markas operasi PGM yang menyerbu premis di Jalan Emas, Jalan Tepi Sungai, di sini, apabila melihat sebuah lori tangki berwarna putih model Nissan yang mencurigakan.

“Operasi diketuai Inspektor Mohd Zamri Mohd Noor itu merampas sebuah lori tangki yang bermuatan diesel.


“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 5,500 liter minyak diesel bersubsidi yang sudah dipam masuk ke dalam muatan lori berkenaan,” katanya.


Menurutnya, premis yang diserbu itu dipercayai dijadikan stor bagi menjalankan aktiviti pemindahan minyak diesel bersubsidi dari tong simpanan diesel ke dalam muatan lori tangki.

Norzaid berkata, dalam serbuan itu pasukannya turut menahan pemandu lori berusia 43 tahun dan tiga lelaki yang bekerja sebagai penjaga stor di premis itu kerana gagal menunjukkan bukti berdokumen berhubung kegiatan yang dijalankan.


“Empat suspek itu ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen Jual Beli dan Menyimpan Minyak Diesel dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

myMetro | Sindiket seleweng diesel subsidi tumpas:

'via Blog this'

Remaja dakwa diliwat guru

2011/10/24

MIRI: Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa menjadi mangsa liwat seorang guru dikenalinya di laman sosial Facebook, sejak setahun lalu.

Guru lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an dan masih bujang serta mengajar di sekolah berasingan dengan pelajar terbabit, dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mangsa datang ke rumahnya di sini.
Difahamkan pelajar lelaki berusia 15 tahun itu sering menghabiskan masa bersama guru berkenaan di rumahnya selepas berkenalan melalui Facebook sehingga wujud hubungan rapat antara mereka.
Bapa pelajar itu bertanyakan anaknya mengenai hubungan mereka dan selepas didesak, pelajar berkenaan mengakui menjalin hubungan dengan guru lelaki berkenaan. - Jamaluddin Ibrahim, Ketua Polis Daerah Miri
Bagaimanapun, bapa pelajar terbabit mengesyaki sesuatu apabila mendapati anaknya amat mesra dengan guru lelaki itu.

“Bapa pelajar itu bertanyakan anaknya mengenai hubungan mereka dan selepas didesak, pelajar berkenaan mengakui menjalin hubungan dengan guru lelaki berkenaan.

“Terkejut dan marah dengan pendedahan itu, bapa pelajar berkenaan membuat laporan Jumaat lalu di Balai Polis Pusat Miri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Superintendan Jamaluddin Ibrahim, ketika dihubungi semalam, mengesahkan laporan kes berkenaan. Katanya, polis menjalankan siasatan terperinci berikutan mangsa mendakwa beberapa kali diliwat suspek di rumahnya.

“Kita belum membuat tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan,” katanya.
Berita Harian Online | Remaja dakwa diliwat guru:

'via Blog this'

Lebih 1,000 hotel tiada sijil halal

2011/10/24

BACHOK: Hampir satu pertiga atau 429 daripada lebih 1,500 hotel berdaftar dengan Kementerian Pelancongan sudah mempunyai Sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Ketua Pegawai Eksekutif Halal Industry Development Corporation (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin, berkata lebih 1,000 hotel lagi yang masih belum berbuat demikian dengan kebanyakannya membabitkan hotel lima bintang.
“Keadaan ini berlaku kerana hotel terbabit masih tidak memahami mengenai persijilan halal kerana ada yang beranggapan bahawa ia membabitkan keseluruhan hotel, sedangkan tumpuan hanya diberikan kepada bahagian dapur saja,” katanya.
Beliau memberitahu pemberita selepas majlis Pelancaran Latihan Audit Dalaman Halal untuk Hotel (HIA) dan Pecah Tanah Taman Teman Mini Sudara serta Penutup Kempen Kesedaran Penggiat Pelancongan Negeri Kelantan, di sini, semalam, yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Hadir sama Pengerusi HDC, Tan Sri Dr Syed Jalaluddin Syed Salim dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia, Reginald T Pereira.

Jamil berkata, dengan mempunyai Sijil Halal ini, ia mampu menjadi tarikan pelancong Islam terutama dari negara Islam untuk melancong ke Malaysia kerana berupaya menyediakan kemudahan halal terutama makanan.

Malah katanya, hotel yang sudah mempunyai Sijil Halal mampu mengelak dari berlaku sebarang isu berkaitan dengan makanan terutama apabila menjelang bulan puasa dengan kebanyakan hotel menyediakan perkhidmatan berbuka puasa.
"Supaya tidak timbul sebarang isu berkaitan dengan makanan halal terutama pada setiap bulan Ramadan, HDC berharap semua hotel di negara ini tanpa mengira taraf bintang, memiliki Sijil Halal," katanya.

Beliau berkata, HDC menyediakan perkhidmatan bimbingan dan latihan kepada sektor perhotelan dalam proses serta prosedur pensijilan halal yang membabitkan tenaga kerja terlatih dan berpengetahuan tinggi.
Berita Harian Online | Lebih 1,000 hotel tiada sijil halal:

'via Blog this'

Polis parah dirempuh pelajar rempit

ZULKAPLI menerima rawatan di HTAR, Klang, semalam.
ZULKAPLI menerima rawatan di HTAR, Klang, semalam.
KLANG: Seorang pegawai polis trafik terkehel tangan kiri dan menerima tujuh jahitan pada kaki kanan selepas dirempuh seorang mat rempit ketika mengetuai 'Ops Rempit' di Persiaran Raja Muda Musa di sini, awal pagi semalam.

Cif Inspektor Zulkapli Hashim, 49, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.
Berikutan itu, polis menahan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun yang menuntut di Sekolah Menengah Teknik, di sini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara cuai sehingga menyebabkan kecederaan.
Remaja berkenaan bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis. Ibu bapa remaja itu dari Sabak Bernam, turut dipanggil untuk diberikan kaunseling.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosli Abd Rahman, berkata kejadian berlaku jam 3.45 pagi ketika Zulkapli dan beberapa anggota menjalankan operasi mencegah lumba haram.

“Ketika mengadakan sekatan jalan, Zulkapli tiba-tiba dirempuh remaja yang menunggang Yamaha LZ 125 ketika cuba meloloskan diri selepas melihat dua rakannya berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan ujian air kencing bagi menentukan sama ada remaja terbabit di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya.
Zulkapli ketika ditemui di HTAR berkata, beliau tidak sempat mengelak daripada dirempuh remaja itu menyebabkannya rebah sebelum dibantu rakan setugas.

“Walaupun ini kejadian pertama, saya anggap ia asam garam sebagai anggota polis. Ia tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus memikul tugas yang diamanahkan,” katanya.
Berita Harian Online | Polis parah dirempuh pelajar rempit:

'via Blog this'

Hanya sebuah kedai jual daging campur


BERA - Pemeriksaan yang dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ke atas 800 buah pasar raya dan kedai di seluruh negara bagi tempoh tiga hari lepas mendapati hanya sebuah kedai di Kuala Lumpur sahaja disyaki mencampurkan daging kambing dan lembu.

"Daging yang dijual di kedai terbabit sudah dihantar sampelnya untuk diperiksa dan jika terbukti daging itu bercampur, tindakan tegas akan diambil ke atas pekedai terbabit," kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencampurkan daging berkenaan bagi meraih keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti kaum India.

Masyarakat India tidak perlu terlalu bimbang kerana pihak penguat kuasa kementerian akan terus meningkatkan pemeriksaan dari semasa ke semasa, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Deepavali kepada 500 masyarakat India di kawasan Parlimen Bera di Triang di sini semalam.

Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera turut memberikan jaminan bahawa bekalan daging kambing dan barangan keperluan lain adalah mencukupi untuk masyarakat India menjelang sambutan Deepavali.

"Setakat ini juga tidak ada sebarang laporan berhubung perlanggaran peraturan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan," katanya.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Temui ajal lepas main paintball



MOHD. FARIQ


MELAKA - Seorang jurujual kereta yang teruja ketika menyertai satu kejohanan paintball mati mengejut dalam keadaan melutut selepas permainan tamat di Solok Bukit Bayan di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, Mohd. Farid Yusop, 34, dikatakan tidak bergerak langsung di bunker sebelum rakan-rakan menyedari mangsa telah meninggal dunia.

Menurut isteri mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Liza, 34, suaminya mengadu badan tidak sihat sejam sebelum permainan bermula.

"Memandangkan kumpulannya tidak cukup pemain, arwah terpaksa meneruskan juga permainan," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka disini.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Lelaki ditangkap selepas tunjuk kemaluan


BUTTERWORTH - Tindakan seorang lelaki kemaruk seks yang gemar mengganggu penghuni sebuah asrama jururawat di sini dengan menunjukkan kemaluannya menerima padah apabila dia akhirnya berjaya diberkas kelmarin.

Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditangkap oleh sepasukan anggota Persatuan Keselamatan Sukarela-Butterworth (PKS-Butterworth) yang menjejakinya setelah menerima aduan dari seorang jururawat pada hari kejadian.

Dalam kejadian itu, suspek didakwa menunjukkan kemaluannya kepada mangsa yang berjalan kaki pulang seorang diri ke Asrama Jururawat Hospital Bagan pada pukul 8 pagi.

Mangsa yang ketakutan terus meluru masuk ke pekarangan asrama dan sempat mencatat nombor pendaftaran motosikal suspek sebelum melaporkannya kepada PKS-Butterworth.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Warga emas parah ditoreh penyamun


BESUT - Seorang warga emas cedera di bahu dan dada kirinya akibat ditoreh dengan parang oleh lelaki yang cuba menyamun di rumahnya di Kampung Gong Nangka dekat Jerteh di sini malam kelmarin.

Abdul Ghani Jusoh, 69, yang tinggal dengan isterinya yang lumpuh berumur 68 tahun itu mengalami pendarahan teruk dan dihantar ke Hospital Daerah Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di Kota Bharu sejam kemudian.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, keadaan lelaki warga emas itu dilaporkan stabil setelah dirawat dan turut menerima lapan jahitan.

Menurut beliau, dalam kejadian pada pukul 11.15 malam itu, seorang lelaki berusia 27 tahun memecah masuk ke rumah warga emas itu melalui bahagian dapur rumah itu.

"Ketika kejadian mangsa yang baru hendak tidur terdengar bunyi kaca pecah tetapi tidak mengendahkannya kerana menyangka ia kucing.

"Beberapa minit kemudian mangsa terdengar kaca pecah kali kedua menyebabkan mangsa keluar dari bilik.

Mangsa kemudian terserempak dengan suspek yang memegang dua bilah parang milik mangsa yang diambil dari dapur menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka," kata beliau.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Geng Sport Rim tumpas



KERETA curi dileraikan bagi menjual komponennya dengan harga murah.


KAJANG – Sindiket curi kereta semakin ligat dan bijak apabila penjenayah itu mempunyai idea menyembunyikan komponen kereta curi di kawasan sunyi atau jarang dikunjungi orang ramai seperti di luar kawasan bangunan sebuah kelab golf di Bangi di sini.

Selain itu, kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai ‘Geng Sport Rim’ itu akan menghubungi pelanggan yang berminat untuk membeli komponen kenderaan curi supaya pergi sendiri ke tempat persembunyian barang tersebut tanpa kehadiran mereka bagi mengelak dikesan polis.

Geng tersebut terkenal dengan panggilan Geng Sport Rim kerana antara komponen yang banyak dijual adalah rim kereta sport yang dicuri.

Bagaimanapun, kegiatan meleraikan komponen kereta curi di luar kawasan kelab golf itu terbongkar apabila dua anggota polis yang membuat rondaan di kawasan kelab golf tersebut terserempak dengan dua lelaki yang dilihat dalam keadaan mencurigakan pada pukul 5.10 pagi Selasa lalu.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Penjenayah samun, bakar rumah



RUMAH Azhar di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih yang musnah selepas didakwa dipecah masuk penjenayah semalam. Gambar kecil, ruang tamu rumah yang rosak teruk.


SEMENYIH – Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengalami kerugian berjumlah RM500,000 apabila rumah banglo berkembar dua tingkat miliknya didakwa sengaja dibakar selepas dipecah masuk oleh sekumpulan penjenayah di Bandar Tasik Kesuma di sini semalam.

Pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel Azhar Mohamad, 46, mendakwa kejadian pada pukul 2.30 pagi itu merupakan kejadian kali kedua rumahnya diceroboh dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Dalam kejadian semalam, Azhar dan isterinya tiada di rumah kerana tinggal di Jerteh, Terengganu. Azhar bertugas di Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak, Jerteh.

Cerita Azhar, dia mengetahui rumahnya terbakar selepas menerima panggilan telefon jirannya pada pukul 2.59 pagi.

“Melalui panggilan itu saya sangat terharu kerana dapat mendengar api membakar rumah saya,” ceritanya dengan memberitahu rumahnya hanya tinggal rangka.


AZHAR


Azhar memberitahu, kejadian pertama berlaku pada 30 September lalu apabila rumahnya yang dibeli pada tahun 2006 didakwa dimasuki pencuri melalui tingkap belakang rumah.

Azhar membuat laporan polis dan mendakwa kerugian berjumlah RM25,000 akibat kehilangan barang-barang berharga.

“Semasa itu, suspek turut menyalakan api di ruang tamu rumah, bilik tidur utama serta bilik anak perempuan saya tetapi nasib baik api tidak merebak,” katanya yang memberitahu semasa itu rumahnya juga tiada penghuni.

Namun, Azhar memberitahu, dia kebingungan apabila kejadian sama dan dipercayai melibatkan suspek sama berulang semalam.

“Malah kali ini lebih buruk kerana seluruh rumah hangus dan saya mengesyaki barang-barang kemas, jam tangan serta barang perhiasan tembaga dilarikan,” katanya lagi.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'