Search This Blog

Sunday, October 23, 2011

Pengawal keselamatan ditemui mati


PETALING JAYA 22 Okt. - Seorang pengawal keselamatan ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di rumah pangsa Sri Chempaka, Bandar Sri Damansara di Sungai Buloh di sini malam tadi.

Mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 57 tahun ditemui terbaring di dalam sebuah bilik dengan kesan kelar di leher dan empat tikaman di tubuh.

Kejadian disedari rakan mangsa kira-kira pukul 6 petang sebelum membuat laporan polis setelah terhidu bau busuk dari rumah itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Meor Hamdan Meor Muhammad berkata, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat kawalan keselamatan dipercayai bergelut dengan lebih daripada seorang suspek berdasarkan keadaan rumah yang berselerak.

Beliau berkata, polis akan mengambil keterangan empat rakan serumah mangsa bagi membantu siasatan.

"Kita masih mengesan suspek dan menyiasat motif pembunuhan tersebut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi berkata, pihaknya telah merampas beberapa bilah pisau di dalam rumah tersebut dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Seludup syabu RM10j



M. GOVINDEN (dua dari kiri) bersama pegawai lain, Mohd. Farham Izham (kanan); Rosli Mohamed (kiri) dan Zahari Abdullah (dua dari kanan) menunjukkan syabu yang dirampas di kargo KLIA, semalam.


SEPANG 22 Okt. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 40 kilogram syabu dianggarkan bernilai RM10 juta di pintu keluar Zon Perdagangan Bebas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam

Dadah itu disembunyikan dalam 67 tin makanan bersama barangan lain seperti tepung dan ikan masin di dalam dua buah kotak besar.

Pengarah JKDM KLIA, Datuk M. Govinden berkata, modus operandi terbaru cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mengisytiharkan barangan berkenaan sebagai barangan peribadi untuk dihantar ke sebuah rumah di Damansara Damai, Selangor.

“Kejayaan ini hasil tindakan pegawai kastam bertugas memeriksa sebuah van berkunci memuatkan barangan yang diikrar sebagai barang peribadi, di pintu keluar zon perdagangan itu pada pukul 5.30 petang semalam.

“Setelah diperiksa, barangan yang dikirim dari Lagos, Nigeria pada 17 Oktober lalu itu mengandungi serbuk putih syabu yang dimuatkan dalam 67 tin makanan jenis Macedonia French Garden Peas dan Chicken Luncheon Meat seberat 500 dan 700 gram,” katanya pada sidang akhbar di KLIA hari ini.

Berikutan itu, kastam menahan tiga lelaki warga Nigeria berusia lingkungan 20-an yang merupakan penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di rumah lokasi penghantaran barang berkenaan.

Beliau menambah, pihaknya turut menemui wang tunai RM31,500 dan pembuka tin yang terdapat kesan dadah ketika pemeriksaan dijalankan di rumah tersebut.

Pada masa yang sama, kata Govinden, pihaknya sedang mengesan seorang lagi warga Afrika yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah itu.

“Kita turut menahan pemandu van tersebut untuk siasatan lanjut. Kesemua mereka kini ditahan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori,” katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Penjual pakaian ditemui dibunuh



ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang dipercayai mati dibunuh berhampiran persimpangan Bulatan Seksyen 4, Bangi, Selangor semalam.


HULU LANGAT 22 Okt. - Kehilangan seorang peniaga pakaian sejak dua hari lalu terungkai selepas mayatnya ditemui dibungkus dengan selimut dan ditinggalkan di dalam sebuah kereta dekat Bulatan Seksyen 4, Bangi di sini petang ini.

Lelaki berusia 49 tahun itu dilaporkan hilang oleh isterinya pagi ini di ibu negara selepas dia tidak pulang sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui selepas orang ramai membuat laporan polis berhubung keadaan sebuah kereta jenis Toyota Unser yang berhenti dalam keadaan mencurigakan berhampiran kawasan semak.

Menurutnya, dalam pemeriksaan awal, anggota peronda telah melihat objek seperti kepala manusia di dalam bungkusan tersebut.

"Pihak forensik yang tiba kemudian melakukan pemeriksaan terhadap bungkusan tersebut dan menemui mayat seorang lelaki yang dibunuh berdasarkan kesan tetak di belakang dan paha.

"Tiada dokumen pengenalan diri termasuk barangan berharga ditemui bersama mangsa, namun pemeriksaan mendapati lelaki terbabit merupakan lelaki yang dilaporkan hilang oleh isterinya pagi ini," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan mendapati kereta Toyota Unser yang digunakan dalam kes itu milik mangsa.

"Siasatan awal mendapati mangsa dibunuh kurang 48 jam di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di kawasan semak itu.

"Tiada senjata ditemui di dalam kereta berkenaan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek dengan mengetahui motif pembunuhan," ujarnya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Lelaki dipenjara 27 tahun bunuh bayi

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

SHELBYVILLE, Tennessee 22 Okt. - Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 27 tahun selepas didapati bersalah membunuh bayi lelakinya, Oktober tahun lalu.

Andrew Keith Johnston, 19, bagaimanapun mengaku bersalah kerana membunuh bayi lelakinya, William yang ketika itu baru berusia sebulan.

Penolong Peguam Daerah, Mike Randles berkata, Johnston telah memberikan kenyataan bertulis yang menyatakan dia merasa rimas apabila bayi itu menangis, sekali gus mengganggunya bermain permainan video, lapor akhbar The Shelbyville Times-Gazette.

Bayi itu mengalami pendarahan otak dan meninggal dunia seminggu selepas dimasukkan ke hospital.

Menurut laporan bedah siasat, William terbunuh akibat 'trauma yang bukan disengajakan'.

Pendakwa raya berkata, Johnston telah memeluk bayi malang itu dengan kuat dan menggoncangkan tubuhnya. - Agensi"

'via Blog this'

Mahu cepat popular


YANTI... masih seronok memburu gelaran Ratu X.
YANTI... masih seronok memburu gelaran Ratu X.



KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.
Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X.

Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera.

Trend menggemparkan itu diakui Shana dan Yanti, 16 (bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga.


Menurut Shana, Ratu X adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi.


“Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh.

“Kumpulan remaja di situ hanya akan berkumpul setiap hujung minggu bermula jam 4 petang hingga awal pagi,” katanya kepada Metro Ahad.

myMetroMahu cepat popular:

'via Blog this'

Ugo tak sempat rai

RINDU... Sim dan Teoh melihat album kenangan anak sulungnya.
RINDU... Sim dan Teoh melihat album kenangan anak sulungnya.

BUKIT MERTAJAM: “Dia cukup gembira ketika menunjukkan komen cemerlang yang ditulis gurunya pada kertas peperiksaan ketika pulang sekolah Selasa lalu.

“Tapi kegembiraannya selepas mencatatkan keputusan baik dalam peperiksaan akhir tahun tidak berpanjangan apabila menemui ajal pada malam sama,” kata Sim Cheng Ang, 36, ibu kepada Ugo Teoh, 7, yang maut tercekik bebola daging.


Menurutnya, dia juga terkilan kerana anaknya itu tidak berpeluang menerima sendiri piala selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik bagi pertandingan menulis karangan Bahasa Cina.

Katanya, Ugo mencatatkan keputusan lapan terbaik bagi keseluruhan murid tahun satu sekolahnya dalam mata pelajaran itu.


“Saya terpaksa mewakilinya untuk menerima piala itu dari pihak sekolah hari ini (Jumaat) dan saya merancang akan letak bersama abu mayatnya sebagai kenangan,” katanya.


Dalam kejadian Selasa lalu, murid Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Keow Kuang, itu disahkan maut ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Bukit Mertajam (HBM), kira-kira jam 9 malam.

Mangsa sebelum itu dikatakan bersama ibu bapanya dan seorang adik lelakinya, Udix, 4, keluar makan di sebuah restoran di Jalan Tembikai, di sini, kira-kira jam 7.30 malam.


Bagaimanapun, mangsa dikatakan tersedak selepas menelan bebola daging sebelum tercekik dan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Ugo kemudiannya mengalami kancing gigi hingga menyebabkan mulutnya berdarah sebelum rebah.


Mangsa kemudian diberikan bantuan oleh orang ramai yang makan di restoran berkenaan sebelum dikejarkan ke sebuah klinik swasta.


Mangsa kemudian dirujuk ke HBM untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital berkenaan.


Menurut Sim, dia yang memberi bebola daging kepada Ugo tetapi tidak sedar sewaktu kanak-kanak itu memakannya sebelum melihatnya tersedak.


“Mulanya saya tidak tahu dia tercekik apa, tetapi hanya dapat mengetahuinya selepas pihak hospital mengeluarkan bebola daging itu,” katanya yang turut mempunyai seorang lagi anak perempuan, Peyi, 2.


Menurutnya, anak sulungnya itu tidak menghidap sebarang penyakit kronik tetapi sejak kecil kerap batuk.


Katanya, dia pernah diberitahu doktor yang pernah merawat anaknya sebelum ini, kerongkong Ugo agak kecil berbanding saiz normal.

myMetroUgo tak sempat rai:

'via Blog this'

Diganggu bekas kekasih

TERANIAYA... Siti Aisyah menunjukkan salinan laporan polis serta salinan artikel blog yang memfitnahnya.
TERANIAYA... Siti Aisyah menunjukkan salinan laporan polis serta salinan artikel blog yang memfitnahnya.

SUBANG JAYA: Akibat tidak dapat menerima kenyataan cintanya ditolak, seorang pakar teknologi maklumat (IT) sanggup memasang niat mahu memusnahkan kerjaya dan keluarga pramugari yang digilainya sejak zaman persekolahan dulu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bukan sekadar menggodam dan mengubah suai laman sosial milik mangsa, malah turut memasang perangkap bagi memastikan pramugari berkenaan ditangkap khalwat dengan tunang yang kini suaminya.

Perbuatan lelaki itu yang sanggup melakukan apa saja bagi memastikan niat jahatnya tercapai, membuatkan wanita terbabit trauma dan ketakutan sejak 10 bulan lalu sehingga terpaksa menumpang di kediaman kakak di sini setiap kali bercuti.

Menceritakan kembali apa yang berlaku, pramugari itu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Aisyah, 35, berkata dia mengenali bekas teman lelakinya sejak zaman persekolahan sebelum mereka bertemu semula kira-kira dua tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius.


“Namun, hubungan itu putus kerana saya tidak tahan dengan sikapnya yang cemburu buta dan panas baran, sehinggakan anak saya yang berusia lapan tahun hasil perkahwinan terdahulu ditampar disebabkan saya menumpukan perhatian terhadap anak setiap kali saya bercuti.


“Saya kemudiannya berkenalan dengan seorang pegawai kanan kerajaan ketika berada di luar negara dan kami mengambil keputusan berkahwin, Julai lalu. Bermula dari situ, bekas teman lelaki saya tidak dapat menerima kenyataan dan melakukan pelbagai perbuatan untuk mengaibkan saya,” katanya yang ditemui semalam.

myMetroDiganggu bekas kekasih:

'via Blog this'

3 beranak sebar propaganda anti-kerajaan dipenjara

myMetro3 beranak sebar propaganda anti-kerajaan dipenjara: "HANOI: Mahkamah di Vietnam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap tiga beranak yang juga aktivis hak asasi tanah kerana menyebarkan propaganda anti-kerajaan, lapor media kerajaan, semalam.

Menurut akhbar Parti Komunis, Nhan Dan, Nguyen Ngoc Cuong, 55, dihukum penjara tujuh tahun, manakala anak lelakinya yang berusia 25 tahun dipenjara dua tahun. Menantunya pula menerima hukuman yang kemudian digantung.


Ketiga-tiga beranak itu dikenali kerana sering berkempen mewakili petani yang berbalah dengan pihak berkuasa tempatan mengenai isu tanah yang semakin berleluasa di Vietnam. Kumpulan hak asasi manusia berkata, puluhan individu yang mengkritik dasar kerajaan dihukum penjara untuk tempoh lama sejak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyuarakan bantahan mulai akhir 2009. - AFP"

'via Blog this'

Bah berakhir 6 minggu lagi

myMetroBah berakhir 6 minggu lagi: "BANGKOK: Bencana banjir terburuk di Thailand dalam tempoh beberapa dekad dijangka berakhir empat hingga enam minggu lagi apabila air banjir di bandar raya ini dialirkan keluar ke laut, kata kerajaan, semalam.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra memberi amaran kepada penduduk di Bangkok supaya memindahkan barangan sekurang-kurangnya satu meter tinggi pada hujung minggu ini sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan limpahan air. Kerajaan Thai mengambil langkah untuk menyalirkan air banjir yang sudah mencecah paras pinggang di sebahagian tempat di utara Bangkok ke laut melalui terowong di bandar raya itu. “Bangkok perlu membuka semua benteng banjir bagi membolehkan air mengalir keluar,” kata Yingluck dalam satu kenyataan kepada rakyat yang disiarkan di televisyen. “Pada hujung minggu ini penduduk perlu memindahkan barangan, kenderaan dan barang berharga lain ke tempat lebih tinggi sekurang-kurangnya satu meter tinggi.


“Banjir dijangka berterusan selama empat hingga enam minggu lagi,” katanya. Sementara itu, kira-kira 113,000 penduduk diarahkan supaya berlindung di pusat pemindahan banjir. Sementara, banjir mula surut di beberapa kawasan di negara itu, bah yang melanda Bangkok tidak dapat dikawal. - AFP"

'via Blog this'

MBJB didakwa roboh gerai tanpa notis

JOHOR BAHRU: Tindakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merobohkan tiga gerai di Kampung Melayu Majidee Baru di sini, tanpa notis pemberitahuan mengundang rasa tidak puas hati beberapa pemilik gerai terbabit.

Lebih mengecewakan apabila pemilik gerai itu mendakwa, MBJB merobohkan gerai mereka ketika pelanggan sedang menikmati juadah menyebabkan peniaga kerugian ribuan ringgit.


Peniaga, Mohd Fuad Jais, 29, berkata, 15 penguat kuasa MBJB datang ke gerainya kira-kira pada jam 10.30 pagi dan tanpa berlengah merampas barangan perniagaan seterusnya merobohkan gerainya.

"Ketika itu, beberapa pelanggan sedang makan di gerai dan saya terkejut apabila tanpa sebarang pemberitahuan, kumpulan penguat kuasa itu datang lalu merobohkan gerai saya dan dua gerai bersebelahan.


"Memang saya hampa dan sedih atas perkara ini kerana gerai makan ini adalah sumber mata pencarian saya sekeluarga, kami sudah berniaga di sini hampir 23 tahun," katanya ketika ditemui di tapak bekas gerainya, semalam.


Menurut Mohd Fuad, dia berasa ditindas oleh MBJB kerana tidak menerima notis pemberitahuan atau amaran terlebih dulu.

"Saya tidak menafikan pernah menerima notis tetapi ia pada awal 2010 dan notis terbabit tidak menyatakan tarikh atau bulan yang tepat untuk gerai kami dirobohkan," katanya.


Seorang lagi peniaga, Hassan Osman, 52, berkata, tindakan merobohkan gerai buah-buahan miliknya yang diusahakan sejak setahun lalu benar-benar menghampakan.

"Dengan hasil menjual buah-buahan inilah yang saya gunakan untuk menampung kehidupan saya sekeluarga.


"Kini saya tidak tahu di mana perlu mengadu dan apa yang perlu dilakukan, cuma saya berharap ada pihak atau individu yang tampil untuk membantu kami menyelesaikan perkara ini," katanya.


Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohd Firdaus Abdul Hamid berkata, pihaknya menolak dakwaan peniaga terbabit kerana sudah memaklumkan kepada mereka terlebih dulu.


"MBJB sudah memberikan notis peringatan untuk mengosongkan tapak gerai mereka kerana tapak itu dibina di atas rizab tanah kerajaan dan terbabit dalam proses pelebaran jalan,” katanya.

myMetroMBJB didakwa roboh gerai tanpa notis:

'via Blog this'

Cubaan seludup diesel

SANDAKAN: Cubaan dua penduduk tempatan mengepam diesel bersubsidi dari bot mereka ke sebuah bot tunda gagal apabila perbuatan itu dihidu Pasukan Gerakan Marin (PGM) dalam kejadian berhampiran sangkar ikan di Tanah Merah, di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superitendan Fadzil Mohd Ali, berkata dalam kejadian jam 5.45 petang, sebuah bot PGM diketuai Asisten Superintendan Gan Ping Sin bersama tiga anggota sedang melakukan rondaan rutin sebelum mengesan aktiviti mencurigakan di kawasan terbabit.


“Sebaik dihampiri, polis mendapati dua lelaki berusia 30 dan 44 tahun sedang asyik mengepam diesel dari bot nelayan ke dalam bot tunda lalu ditahan.

“Pemeriksaan mendapati, mereka hanya sempat memindahkan 4,000 liter daripada tangki berisi 6,000 liter diesel,” katanya ketika sidang media di Markas Operasi PGM, semalam. Fadzil berkata, turut dirampas ialah salur paip sepanjang 10 meter serta dua enjin pam dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti pemindahan terbabit.


“Aktiviti ini adalah satu kesalahan kerana menyalahgunakan subsidi diberikan kerajaan dan menjualkannya kepada orang lain dengan harga tinggi.


“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM18,000 dan kedua-dua bot diserahkan kepada pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

myMetroCubaan seludup diesel:

'via Blog this'

Tembok batu timpa rumah

KUALA LUMPUR: Sebuah keluarga di Kampung Sungai Penchala, dekat sini, nyaris kehilangan nyawa apabila tembok batu sebuah Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala runtuh dan hampir menimpa rumah berkenaan dalam kejadian ribut dan hujan lebat petang kelmarin.

Mangsa, Hashim Jalil, 59, berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam, dia bersiap untuk ke masjid, manakala sembilan lagi ahli keluarga termasuk empat cucunya berada dalam rumah.


“Sebaik terdengar dentuman itu, saya terus ke bahagian belakang rumah dan meninjau dari tingkap. Saya terkejut mendapati tembok batu Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Penchala runtuh dan air setinggi kira-kira satu meter mengalir deras daripada runtuhan itu.

“Tembok yang runtuh itu nyaris menimpa rumah kami, namun air deras yang mengalir masuk ke dalam rumah serta membanjiri beberapa rumah jiran berhampiran,” katanya di sini, semalam.


Hashim berkata, tembok berkenaan runtuh mungkin disebabkan air hujan bertakung di padang sekolah akibat longkang yang tersumbat dan menyebabkan tembok berkenaan tidak dapat bertahan hingga runtuh.


“Sebaik kejadian, saya menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkannya dan beberapa pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan anggota bomba turut meninjau lokasi kejadian bagi memastikan keadaan tidak membahayakan keselamatan kami sekeluarga.

“Setakat ini, saya dimaklumkan keadaan tidak bahaya, namun kami masih bimbang jika hujan lebat lagi dan mengakibatkan tebing tanah di belakang rumah pula runtuh,” katanya

myMetroTembok batu timpa rumah:

'via Blog this'

Tong asid bocor

BUKIT MERTAJAM: Pekerja sebuah kilang membekal bahan kimia di Taman Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bukit Tengah di sini lari menyelamatkan diri selepas sebuah tangki menyimpan 14 tan asid hidroklorik mengalami kebocoran, petang kelmarin.

Unit Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.49 petang. Anggota Unit Hazmat mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengawal kebocoran itu dan dapat mengalihkan baki cecair menjelang tengah malam.


Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Razam Taja Rahim, berkata seramai 35 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Jalan Perak, Bandar Perda dan Perai terbabit dalam usaha menangani kebocoran itu.

Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana semua pekerja yang berada di dalam premis sempat keluar menyelamatkan diri sejurus berlaku kebocoran terbabit.


“Pemantauan awal kami mendapati berlaku sedikit tumpahan cecair itu di kilang berkenaan. Tindak balas cecair yang berkepekatan 33 peratus itu dengan udara dan air menyebabkan kepulan gas dalam bentuk asap terbentuk seterusnya terlepas ke ruang udara.


“Kami bimbang asap itu merebak sekali gus boleh mengundang situasi buruk kepada penduduk sekitar, bagaimanapun kita berjaya mengawalnya,” katanya.

Operasi berkenaan turut mendapat bantuan anggota polis dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah untuk memberikan bantuan kecemasan jika berlaku perkara tidak diingini.


Mohd Razam berkata, pihaknya terpaksa memindahkan cecair berkenaan ke dalam kira-kira sembilan tong kecil bagi mengelakkan lebih banyak gas terhasil daripada kebocoran itu.

Menurutnya, pihaknya masih tidak dapat memastikan sama ada kilang berkenaan menjadi tempat memproses bahan kimia terbabit atau hanya sekadar menjadi tempat simpanan.


“Saya menasihati orang ramai supaya segera berjumpa doktor jika mengalami simptom seperti pening, loya atau muntah-muntah kerana bahan ini boleh memudaratkan, termasuk jika terkena pada kulit badan,” katanya.

myMetroTong asid bocor:

'via Blog this'

Bapa kesal usaha lewat

myMetroBapa kesal usaha lewat: "ALOR GAJAH: Bapa kepada mangsa kemalangan yang maut dirempuh kereta ketika cuba menegur kumpulan mat rempit yang membuat bising di depan rumahnya, Khamis lalu, kesal akan kelewatan ambulans memberikan bantuan terhadap anaknya.

Othman Sudin, 60, mendakwa mangsa, Nor Azmi Othman, 27, yang masih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan selepas dilanggar kereta gagal diselamatkan berikutan kelewatan bantuan kecemasan.


Menurut beliau, dia terkilan kerana anak tunggalnya itu menemui ajal di depan mata beberapa minit selepas kemalangan berlaku sebelum sempat diberikan rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan di tempat kejadian.

“Saya musykil dengan jawapan pemandu ambulans bertugas yang ditanya berhubung kelewatannya. Begitu mudah mereka mengatakan terpaksa patuh arahan serta undang-undang yang digubal majikan mereka.


“Jika kenyataan itu benar, ia amat menyedihkan dan tidak ubah seperti arahan kejam dengan membunuh mangsa yang masih bernyawa secara perlahan selepas terbabit kemalangan,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di rumahnya di Masjid Tanah, di sini, semalam."

'via Blog this'

Dua lelaki direman


SIBU: Penahanan dua lelaki warga Indonesia kurang dari 24 jam selepas kes bunuh membabitkan tiga sekeluarga dilaporkan di Jalan Chew Khun, Engkilo, malam Khamis lalu, dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.
Mereka dikenali sebagai Amir Maling dan Nasrullah Jurusin masing-masing berusia 25 tahun itu ditahan di Jalan Teku, Pasai Siong, petang kelmarin selepas sepasukan anggota yang melakukan operasi mengesan suspek sebelum menemui dua lelaki mencurigakan bersama telefon bimbit milik ahli keluarga mangsa yang dirompak.

Kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret Sibu sebelum Majistret Mohd Azrul Hasyimi Mohammad mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula semalam.

Perintah reman dikeluarkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan termasuk mendapatkan keterangan bukti terhadap kedua-dua suspek berhubung kejadian itu.

Dalam kejadian Khamis lalu, empat sekeluarga sedang menikmati makan malam bertukar tragedi berdarah apabila tiga daripada mereka maut, manakala seorang lagi parah selepas ditikam bertalu-talu di dada oleh tiga perompak di rumahnya, kira-kira jam 7 malam.


Lebih menyedihkan apabila mayat ketiga-tiga mangsa ditemui bergelimpangan berhampiran meja makan di ruang dapur rumah berkenaan selain kesan kelar.

Sebelum kejadian, semua mangsa sedang menikmati makan malam di rumah berkenaan sebelum didatangi tiga lelaki dipercayai warga Indonesia yang berpura-pura mahu mencari kerja di rumah keluarga terbabit tetapi tidak dilayan.

Difahamkan, tindakan keluarga terbabit menolak permintaan lelaki berkenaan menyebabkan mereka ‘naik angin’ dan berlaku pergelutan sebelum lelaki terbabit mengeluarkan pisau dan menikam penghuni rumah itu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Tiong Tang Ming, 69, anak lelakinya, Tiong King, 35, serta menantu, Teu Lee Mee, 32, manakala isteri Tang Ming, Peh Kim Eng, 50, parah dan dikejarkan ke Hospital Sibu (HS).

Difahamkan, Kim Eng turut ditikam, masih dirawat di HS dan keadaan dilaporkan stabil.


Susulan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
myMetroDua lelaki direman:

'via Blog this'

Dua lari separuh bogel elak ditahan

KOTA KINABALU: Dua pelacur tempatan dipercayai sedang asyik melakukan hubungan seks bersama pasangan masing-masing tidak sempat mengenakan pakaian dan lari lintang pukang dalam keadaan separuh bogel apabila diserbu polis di sebuah pangsapuri di Api-Api Centre, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, dua gadis berusia 20 dan 26 tahun berjaya ditahan apabila polis sudah mengepung kawasan berkenaan yang dikesan menjadi lokasi kegiatan aktiviti pelacuran.


Dalam serbuan jam 2.30 pagi, sepasukan polis Cawangan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu turut menahan pasangan gadis itu di rumah berkenaan.

Pemeriksaan di rumah itu turut menemui kondom yang masih belum digunakan dan dirampas termasuk dua telefon bimbit.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata susulan serbuan itu, polis berjaya menahan seorang wanita berusia 38 tahun dipercayai bertindak sebagai ibu ayam.


“Bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis melakukan intipan sebelum menyerbu sebuah rumah di pangsapuri terbabit.

“Ketika serbuan, dua gadis dipercayai sedang leka melakukan hubungan seks bersama pasangan masing-masing di dalam bilik berasingan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

myMetroDua lari separuh bogel elak ditahan:

'via Blog this'

Rampas dadah 40kg

SEPANG: Dadah seberat 40 kilogram (kg) bernilai RM10 juta yang disembunyikan dalam tin makanan dan tiga pelajar warga Nigeria yang dipercayai terbabit dalam sindiket penyeludupan dadah ke negara ini, ditahan Bahagian Penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Dadah jenis Methaphetamine (syabu) itu diseludup ke negara ini menerusi Zon Perdagangan Bebas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, yang diletakkan di dalam dua kotak yang mengandungi pelbagai jenis makanan lain, dan diisytiharkan sebagai barangan peribadi untuk dihantar di sebuah rumah di Damansara Damai, Selangor.


Kotak yang diterima dari Lagos, Nigeria, pada 17 Oktober lalu, turut diletakkan ikan masin dipercayai untuk mengelakkannya dikesan anjing pengesan.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk M Govinden, berkata beliau percaya modus operandi sindiket penyeludupan dadah antarabangsa itu dilakukan golongan profesional berikutan ia dijalankan dengan rapi dan teliti.


“Semua tin berkenaan ditebuk terlebih dulu di bahagian tepi untuk mengeluarkan kacang hijau dan air, serta hirisan ayam berkenaan.


“Kemudian mereka memasukkan dadah sebelum tin itu dipateri semula dan dilekatkan label pembungkusan bagi mengelakkan sebarang keraguan,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA di sini, semalam.

Govinden berkata, semua dadah berkenaan diletakkan di dalam 67 tin yang masing-masing seberat 500 gram dan 700 gram.


Beliau berkata, kes berkenaan dikesan selepas pegawai yang bertugas di pintu keluar zon berkenaan menahan sebuah van berkunci untuk pemeriksaan fizikal ke atas konsaimen yang diikrarkan sebagai barang peribadi pada jam 5.30 petang, kelmarin.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati barangan berkenaan hanya terdiri daripada makanan dalam tin pelbagai jenis tetapi ia menimbulkan keraguan pegawai berkenaan.


“Berikutan itu, satu daripada makanan tin iaitu ‘Macedonia French Garden Peas’ dan Chicken Luncheon Meat’ dibuka, dan ia didapati mengandungi serbuk putih kristal dipercayai dadah.


“Bahan berkenaan kemudian diuji dengan kit ujian dan didapati positif dadah jenis Methaphetamine (syabu),” katanya.


Berikutan itu, katanya, bahagian penguat kuasa JKDM melakukan serbuan di sebuah rumah di Damansara Damai, pada kira-kira jam 10 malam kelmarin, dan menahan tiga pelajar kolej swasta warga Nigeria berusia 20-an di rumah berkenaan.


Dalam serbuan itu juga, beliau berkata, pihaknya merampas wang tunai berjumlah RM31,500 dan menemui pembuka tin yang mempunyai kesan dadah.


Susulan kes berkenaan, Govinden berkata, pihaknya sedang mengesan seorang lagi warga Afrika yang dipercayai terbabit secara langsung dalam kes itu.


“Selain itu, kita juga menahan pemandu lori berkenaan untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Merbahaya 1953 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mandatori,” katanya.

myMetroRampas dadah 40kg:

'via Blog this'

Mat despatch dilenyek kenderaan

myMetroMat despatch dilenyek kenderaan: "NILAI: Perjalanan seorang ‘mat despatch’ untuk menghantar barang bertukar tragedi memilukan apabila terkorban selepas motosikalnya hilang kawalan sebelum dilenyek kenderaan lain dalam satu kemalangan di Kilometer 284.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Mohamad Asmirul Farhan Ismail, 23, yang menunggang motosikal secara bersendirian sedang menuju ke daerah ini. Jurucakap polis berkata, hasil siasatan awal mendapati sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa yang berada di laluan paling kiri lebuh raya dipercayai cuba memotong sebuah lori di depannya.


“Ketika mahu memotong, motosikal mangsa yang berasal dari Semenyih, Selangor, itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bersebelahan,” katanya."

'via Blog this'

Leher kena kelar

KEJAM... mayat pengawal keselamatan dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
KEJAM... mayat pengawal keselamatan dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan warga tempatan ditemui mati dalam keadaan mengerikan di sebuah rumah di Flat Sri Cempaka, Bandar Sri Damansara, di sini, kelmarin, dipercayai dibunuh dengan kejam.

Kejadian dimaklumkan rakan mangsa yang membuat laporan polis kira-kira jam 6 petang, selepas terhidu bau busuk dari rumah yang disewa mangsa bersama empat lagi rakannya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Muhammad, berkata sebaik menerima laporan, pihaknya membuat pemeriksaan di rumah berkenaan dan menemui mangsa terbaring dalam bilik dengan beberapa kesan tikaman.

“Mangsa warga tempatan berusia 57 tahun dipercayai menyewa bersama empat rakannya yang juga bekerja di beberapa syarikat kawalan keselamatan.


“Mangsa ditemui mati di dalam bilik di rumah berkenaan dengan kesan kelar di leher serta empat tikaman di badan, dada dan perut.


“Berdasarkan keadaan bilik dan rumah yang berselerak, kami percaya berlaku pergelutan antara mangsa dengan lebih daripada seorang suspek, dan kami tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh akibat perselisihan faham,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian dan motif sebenar kejadian masih lagi disiasat, namun polis menahan dua lelaki dipercayai rakan serumah mangsa dan akan memanggil beberapa lagi rakannya yang berusia 25 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

myMetroLeher kena kelar:

'via Blog this'

10 askar maut dalam serangan pengganas di Colombia

Berita Harian Online | 10 askar maut dalam serangan pengganas di Colombia: "BOGOTA: Seramai 10 askar Colombia terbunuh dalam serangan yang dipercayai angkara pengganas berhaluan kiri semalam, jumlah kematian tertinggi dalam tempoh kurang tiga hari.

Tentera negara itu berkata, kematian 10 askar berkenaan adalah kehilangan besar terhadap angkatan berkenaan dalam lebih setahun sejak 14 polis mati pada September 2010
apabila konvoi mereka diserang di wilayah selatan, Caqueta. Angkatan tentera mendakwa kedua-dua serangan minggu ini dilancarkan oleh Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia. - AP"

'via Blog this'

13 terkorban akibat jambatan runtuh di Kolkata

Berita Harian Online | 13 terkorban akibat jambatan runtuh di Kolkata: "KOLKATA: Sekurang-kurangnya 13 terkorban apabila jambatan kayu yang merentangi sungai di timur laut daerah Darjeeling runtuh ketika penduduk kampung berkumpul di atasnya untuk mengadakan pertemuan.

Anggota penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan menemui lebih 50 orang cedera di tepi sungai kira-kira 21 meter dalamnya tetapi masih ramai dipercayai hilang.
Pegawai Kanan Polis, Surajit Kar Purakayaspha, berkata jambatan itu merentangi Sungai Rangeet runtuh ketika 150 berkumpul di atasnya malam tadi untuk mendengar ucapan pemimpin pentadbiran tempatan di Bijanbari, kira-kira 30 kilometer dari bandar berbukit Darjeeling. - AP"

'via Blog this'

Mayat peniaga dalam kereta

Mangsa dilapor hilang 2 hari lalu

KUALA LUMPUR: Seorang penjual pakaian dilaporkan hilang sejak dua hari lalu di Ipoh, Perak, ditemui mati dengan mayatnya ditinggalkan dalam sebuah kereta di kawasan pencawang elektrik berhampiran bulatan Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, dekat sini, semalam.
Mayat Ong Chee Kiong, 49, ditemui kira-kira jam 5 petang oleh orang awam yang curiga dengan kehadiran kenderaan jenis Toyota Unser di kawasan berkenaan sebelum melihat kepala manusia berbungkus kain di ruang barangan kenderaan terbabit.
Saksi kemudian memaklumkan kepada polis yang tiba tidak lama kemudian dan siasatan awal mendapati kenderaan itu dipercayai ditinggalkan kurang lima jam sebelum mayat ditemui.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata hasil pemeriksaan ke atas mayat mangsa, polis menemui kesan tetakan senjata tajam pada bahagian belakang badan dan paha lelaki itu.

“Berdasarkan siasatan Unit Forensik polis dan pakar perubatan, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya ditemui,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi Rakan Cop Polis Selangor di talian 03-20529999 bagi membantu siasatan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berita Harian Online | Mayat peniaga dalam kereta:

'via Blog this'

Jurujual hilang ditemui mati dalam but


23/10/2011 3:10am

KUALA LUMPUR – Seorang jurujual lelaki yang hilang sejak dua hari lepas, ditemui mati dan mayatnya yang dibaluti kain selimut ditemui dalam but sebuah kereta di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, mayat lelaki berumur 49 tahun itu ditemui pada pukul 5 petang dalam kereta Toyota Unser yang ditinggalkan di kawasan semak berhampiran bulatan Seksyen 4.

Mangsa yang tinggal di Ipoh, Perak itu dilaporkan hilang oleh isterinya di Balai Polis Jelapang Perak hari ini setelah tidak pulang sejak dua hari lepas, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan terbaring dan dibaluti selimut dengan kesan cedera di bahagian belakang badan dan peha, dipercayai akibat ditetak.

Berdasarkan keadaan mayat, polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu mati dalam tempoh kurang 48 jam, katanya. – Bernama

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Kaki mertua patah dipijak menantu



IBRAHIM ditenteramkan anak-anaknya (dari kanan) Rozita, Kamariah danJamaliah di Kampung Pengkalan Rama, Melaka semalam.


MELAKA – Seorang warga emas yang cacat penglihatan patah kaki kanan akibat dipijak menantunya dalam pertengkaran di Kampung Morten di sini baru-baru ini.

Pada kejadian pukul 3.30 petang 10 Oktober lalu itu, Ibrahim Omar, 65, yang menetap di rumah anak keduanya, Jamilah, 46, di Kampung Pengkalan Rama Pantai, pergi ke rumah pusakanya di Kampung Morten untuk mengambil baju.

“Tiba di rumah itu, isteri saya, Arah Mahmud, 64, menghalau saya dari rumah tersebut sehingga berlaku pertengkaran di antara kami berdua.

“Pertengkaran itu semakin teruk apabila menantu saya yang berusia 38 tahun dan tinggal di rumah itu masuk campur,” katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Rama Pantai di sini semalam.

Ibrahim berkata, menantunya itu tiba-tiba bertindak ganas lalu memukulnya dari belakang.

“Dia menghumban saya ke luar rumah sebelum memijak kaki kanan saya dengan kuat sehingga patah,” katanya.

Menurut Ibrahim, jirannya yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi Jamilah yang kemudian datang untuk membawa Ibrahim pulang.

Katanya, pada malam selepas kejadian, kakinya berasa sakit dan beliau terus ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Sorok syabu dalam tin kacang hijau


PEGAWAI Penguatkuasaan Kastam, Mohd. Farhaam Izham menunjukkan syabu yang dirampas di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - Tindakan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang cuba mengalih perhatian pihak berkuasa dengan meletakkan dua ekor ikan goreng busuk sepanjang 40 sentimeter di dalam kotak berisi syabu gagal apabila pihak kastam menahan empat lelaki termasuk tiga pelajar Nigeria kelmarin.

Kegiatan sindiket itu terbongkar pada pukul 5.30 petang kelmarin apabila pihak kastam menahan sebuah van yang dipandu seorang lelaki di pintu keluar Zon Perdagangan Bebas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pemeriksaan awal mendapati van yang dipandu lelaki dari sebuah syarikat penghantaran itu membawa dua buah kotak yang tiba dari Lagos, Nigeria yang tiba di negara ini seminggu lalu.

Pemeriksaan terhadap dua buah kotak yang diisytihar sebagai barang peribadi itu mendapati ia mengandungi pelbagai barang makanan termasuk 67 tin makanan segera, udang kering, sardin dan herba.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Govinden Mutosamy berkata, pihaknya mula curiga terhadap kandungan di dalam tin tersebut kerana tiada bunyi kocakan air apabila digoncang.

"Kita telah menebuk salah satu tin tersebut dan menemui serbuk kristal putih yang disahkan dadah jenis syabu.

"Kita mengambil masa lebih kurang lapan jam untuk memeriksa kandungan semua bahan makanan di dalam kotak tersebut," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Kastam KLIA di sini semalam.

Ketika ditahan, pemandu tersebut mendakwa, dia hanya ditugaskan untuk mengambil dua kotak tersebut. Ini merupakan kali ketiga dia menuntut bungkusan tersebut yang didaftarkan atas nama seorang lelaki Nigeria di ibu negara.

Menurut Govinden, siasatan mendapati sebanyak 62 tin kacang hijau dan lima tin daging ayam itu diisi dengan syabu yang kesemuanya seberat 40 kilogram dan bernilai mencecah RM10 juta.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'