Search This Blog

Saturday, October 22, 2011

Kedai Emas Rugi RM500,000 Dalam Rompakan



KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh lima minit, sebuah kedai emas di Jalan Chow Kit di sini kerugian hampir setengah juta ringgit dalam kejadian rompakan bersenjata, Jumaat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata tiga lelaki yang memakai topi keledar penuh serta bersenjatakan pistol memasuki premis berkenaan kira-kira 1.45 tengah hari dan mengacukan senjata ke arah dua pekerja.
Mereka kemudian mengarahkan pekerja berkenaan menyerahkan tiga dulang emas dan suspek hanya mengambil masa lima minit menuang barang kemas dari dulang-dulang berkenaan ke dalam beberapa buah beg plastik sebelum melarikan diri menggunakan dua motosikal yang berada berhampiran premis itu.
Premis berkenaan tidak mempunyai pengawal keselamatan namun dilengkapi dengan kamera litar tertutup dan ketika kejadian terdapat dua pelanggan di dalamnya, katanya kepada pemberita di sini.
Ku berkata motosikal jenis Modenas yang digunakan ketiga-tiga suspek, dalam lingkungan 30-an, dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Katanya, kamera litar tertutup itu berjaya merakam imej ketiga-tiga perompak terbabit.
"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek," katanya.
-mstar

Suri Rumah Maut Dalam Kebakaran Di Setapak



KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah, yang dipercayai mengalami tekanan perasaan, mati akibat sesak nafas ekoran asap tebal dalam satu kebakaran di Pangsapuri Rampai Court Fasa 2, Setapak di sini, Jumaat.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata wanita berusia 43 tahun itu, yang bersendirian di rumahnya sewaktu kejadian kira-kira 5.30 petang, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan tangan kirinya melecur.
"Mangsa tinggal seorang diri kerana suaminya keluar bekerja. Hasil siasatan awal, kami dapati kebakaran bermula dari dua bilik yang terdapat dalam rumah itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata bomba menerima panggilan pada 6 petang dan tiba di tempat kejadian dua minit kemudian.
Tiga jentera dengan kekuatan 30 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Jelatek dan Setapak berjaya mengawal kebakaran kira-kira 20 minit kemudian, katanya.
Sementara itu, seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata sebelum kejadian, wanita tersebut dilihat dalam keadaan tidak terurus dan tertekan.
"Saya nampak dia petang tadi... dia bawa pisau dan mengamuk nak pecahkan pintu grill rumah jiran kami sebab dia cakap dia nak bunuh bayi yang sedang menangis di dalam rumah itu.
"Dia cakap dengan saya, adik dia ada di dalam rumah tersebut. Dia memang selalu macam ni, tapi hari ni dia macam hilang kawalan, saya rasa dia hadapi tekanan perasaan disebabkan tidak mempunyai anak," katanya.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. -BERNAMA

Pengawal Keselamatan Mati Ditikam



KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di Rumah Pangsa Sri Cempaka, Bandar Sri Damansara, Sungai Buloh, pada Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya Supt Meor Hamdan Meor Mohammad berkata mangsa berusia 57 tahun itu ditemui terbaring di dalam bilik dengan kesan kelar di leher dan empat tikaman di badan, dada dan perut.
"Berdasarkan keadaan bilik yang berselerak, dipercayai berlaku pengelutan antara mangsa dengan lebih seorang suspek," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai bau busuk yang mencurigakan di rumah terbabit kira-kira pukul 6 petang.
Mangsa dipercayai menyewa bersama empat lagi rakan yang bekerja di beberapa syarikat kawalan keselamatan.
Meor Hamdan berkata tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian dan polis masih menjalankan siasatan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. -BERNAMA

Himpun - Pas Perak sokong kenyataan Presiden Pas


IPOH - Pas Perak menyokong kenyataan Presiden Pas yang mahu aqidah umat Islam dipertahankan melalui gerakan dakwah dan penguatkuasaan undang-undang tetapi bukan melalui gerakan yang boleh menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Misbahul Munir Masduki berkata, sejak dulu lagi Pas sememangnya tegas dalam isu yang melibatkan aqidah umat Islam, beberapa badan bertindak ditubuhkan oleh Pas apabila Nor Aisyah dimurtadkan, begitu juga Hartina Kamaruddin dan juga Lina Joy.

Menurutnya, Pas juga pernah menyokong kenyataan Mufti Perak yang mendedahkan ratusan ribu umat Islam telah murtad, UMNO ketika itu diam membisu seribu bahasa, bukan sahaja tidak pernah hadir dalam setiap perjumpaan dan forum isu murtad malahan memperlekeh usaha yang dibuat oleh Pas dan beberapa NGO yang lain.

"Hari ini UMNO cuba tunjuk hero kononnya mereka memperjuangkan isu murtad, walhal mereka hanya mengambil kesempatan untuk meraih sokongan rakyat terhadap UMNO yang semakin hari semakin rapuh.

'Usaha HIMPUN adalah murni dan sememangnya wajar disokong, tetapi usaha HIMPUN cuba dimanipulasi oleh pihak lain dan dibimbangi HIMPUN akan menjadi satu perhimpunan yang menyebabkan hubungan antara agama dan kaum menjadi tegang," katanya dalam satu kenyataan.

Situasi ini mendorong Pas Pusat melalui kenyataan Tuan Guru Presiden mengambil sikap yang cukup cermat dan berhemat. Menyokong agenda mempertahankan aqidah umat Islam dan memberi ingatan HIMPUN tidak menjadi satu perhimpunan yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama.

SH:

'via Blog this'

Gempa bumi kuat di Rantau Kepulauan Kermadec


Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.6 pada skala Richter telah berlaku di Rantau Kepulauan Kermadec pada 1.57 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan medianya hari ini berkata, pusat gempa bumi terletak di 28.9º Selatan dan 176.0º Barat, 7,928 km dari tenggara Tawau, Sabah.

Walaubagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Pihak berkenaan sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini. - SH Online

SH:

'via Blog this'

Polis tahan dua suspek kes pecah rumah wartawan Bernama


SH: "IPOH - Polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes pecah masuk rumah termasuk di rumah seorang wartawan sambilan Bernama setelah menahan dua lelaki di Chemor di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata selain menahan kedua-dua lelaki itu berusia 20 tahun ditahan pada 6 pagi tadi, polis menemui beberapa barang dipercayai dicuri.

Katanya kedua-dua lelaki itu ditahan reman lima hari untuk siasatan lanjut. Dalam kejadian pada Khamis lepas, wartawan sambilan Bernama, Tajul Safuan Abu Hassan, 40, mengalami kerugian hampir RM5,000 selepas rumahnya di Taman Meru Permai di sini dimasuki pencuri.

Antara barang yang dilarikan ialah komputer riba, telefon bimbit, kamera dan wang tunai. Manakala, seorang jiran beliau, Idham Legiman, 22, pula kehilangan sebuah motosikal bernilai RM3,000. - Benama"

'via Blog this'

Bekas juruwang bank didakwa pecah amanah wang kecil hasil kutipan pelanggan RM210,000


SHAH ALAM - Seorang bekas juruwang bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah ke atas wang hasil kutipan pelanggan bernilai kira-kira RM210,000, tiga tahun lepas.

Mohd Shufizan Yahaya, 34, dari Taman Bukit Bandaraya, didakwa melakukan kesalahan itu di RHB Bank Berhad, No: 48 & 50, Jalan SS15/4D, Subang Jaya, kira-kira pukul 7 petang pada 31 Mac 2008 dan didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan Mohd Shufizan yang tidak diwakili peguam dibebaskan dengan jaminan RM20,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 21 November depan sebutan semula kes dan turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Di mahkamah yang sama, seorang bekas jurujual syarikat pengedar jubin dan batu marmar, Fong Kam Yuen, 38, mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah ke atas wang hasil jualan syarikat berjumlah RM17,280.

Tertuduh yang ketika kejadian bekerja di Syarikat CM Supreme (M) Sdn Bhd didakwa telah menyalahgunakan wang hasil jualan yang diterima daripada Syarikat Y & L Stone Enterprise untuk kegunaan sendiri dan tidak menyerahkannya kepada CM Supreme.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis CM Supreme, Lot 404 & 406, Batu 15 1/2, Jalan Kuala Selangor, Sungai Buloh dekat sini, antara 24 November 2006 hingga 6 Januari 2007.

Fong yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan. Hakim Aslam membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 23 November depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadini Khairuddin. - Bernama

SH:

'via Blog this'

Pengawal keselamatan mati ditikam

SH: "KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di Rumah Pangsa Sri Cempaka, Bandar Sri Damansara, Sungai Buloh, semalam.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya Supt Meor Hamdan Meor Mohammad berkata mangsa berusia 57 tahun itu ditemui terbaring di dalam bilik dengan kesan kelar di leher dan empat tikaman di badan, dada dan perut.

"Berdasarkan keadaan bilik yang berselerak, dipercayai berlaku pengelutan antara mangsa dengan lebih seorang suspek," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai bau busuk yang mencurigakan di rumah terbabit kira-kira pukul 6 petang.

Mangsa dipercayai menyewa bersama empat lagi rakan yang bekerja di beberapa syarikat kawalan keselamatan.

Meor Hamdan berkata tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian dan polis masih menjalankan siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. - Bernama"

'via Blog this'

Lelaki didakwa dera anak tiri berusia 6 tahun sehingga mati


JASIN 21 Okt. - Seorang lelaki berhadapan dengan hukuman mati di tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan mendera anak tirinya yang berusia enam tahun sehingga menyebabkan kematian mangsa, 11 hari lalu.

Azman Abd. Rahman, 37, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Muhammad Firdaus Mohd. Dan di kebun kelapa sawit Kampung Solok Pinang, Gadek, Alor Gajah pada pukul 3.30 petang, 10 Oktober lalu.

Azman yang berasal dari Lubok Cina, Linggi, Negeri Sembilan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh oleh Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff.

Terdahulu semasa prosiding berlangsung, tertuduh memberitahu dia tidak faham dengan pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa.

"Saya tak faham, saya tak bunuh dia (Muhammad Firdaus),'' katanya.

Bagaimanapun Siti Suriatey yang mendengar jawapan tertuduh mencelah dengan bertanya kepada lelaki itu perenggan mana dalam kertas pertuduhan yang tidak difahaminya.

Namun tertuduh yang berbadan besar itu hanya mendiamkan diri.

Siti Suriatey kemudian menetapkan 5 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof.

Akhbar sebelum ini melaporkan kematian Mohd. Firdaus yang dipercayai didera bapa tirinya selepas siasatan polis mendapati terdapat kecederaan utama di bahagian paru-paru dan bawah lapisan kulit badan mangsa.

Ibu kandung mangsa bagaimanapun mendakwa hanya mengetahui anak bongsunya itu didera selepas kanak-kanak tersebut meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Tiga sekeluarga dibunuh



ANGGOTA polis memeriksa keadaan tiga beranak yang dibunuh kejam oleh suspek warga asing dalam kejadian rompakan di Sibu, Sarawak, semalam. - IHSAN/SINCHEW


SIBU 21 Okt. - Baru tiga hari negara dikejutkan dengan perbuatan kejam seorang gadis, dipercayai menikam dan mengelar bayinya yang baru dilahirkan di Ulu Layar, Betong, satu lagi jenayah tidak berperikemanusiaan berlaku di negeri ini malam tadi.

Kali ini tiga sekeluarga dibunuh dengan kejam setelah dihentak dengan lesung batu, ditikam dan dikelar pada leher dengan senjata tajam oleh sekumpulan perompak yang memecah masuk rumah mereka di Sungai Empawah, dekat sini.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, Tiong Tan Ming, 69; anaknya, Tiong King, 35, dan menantu perempuannya, Peu Lee Mee, 32, maut akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Isteri Tan Ming, Peh Kim Eng, 50, yang turut dikelar pada leher dengan parang terselamat setelah berpura-pura mati sebelum melarikan diri ke rumah saudara mereka.

Difahamkan, semasa kejadian, keluarga malang tersebut sedang menikmati makan malam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail ketika dihubungi berkata, berdasarkan keterangan mangsa, pihaknya tidak menolak kemungkinan perompak itu merupakan warga asing.

Sehubungan itu, polis telah melancarkan operasi di penempatan pekerja asing berhampiran lokasi kejadian dan berjaya menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan.

"Setakat ini, polis menyiasat secara terperinci termasuk barang-barang mangsa yang disamun dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya di sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di talian 084-364373 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian Isnin lalu, mayat seorang bayi ditemui dengan kesan kelar pada lehernya dan tikaman di perut sehingga terburai di bilik asrama perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Layar.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Beli: Kes tipu melalui Internet meningkat


KUALA LUMPUR 21 Okt. - Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta.

Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, modus operandi sindiket penipuan itu ialah suspek akan mengiklankan barangan dalam laman web dengan menawarkan harga rendah untuk menarik minat pembeli.

"Mangsa dan suspek hanya akan berurusan melalui telefon ataupun emel. Mangsa menyedari tertipu apabila tidak menerima barangan walaupun pembayaran telah dibuat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ramli, sejak Januari hingga September tahun ini, sebanyak 1,241 kertas siasatan telah dibuka bagi kes penipuan pembelian melalui Internet membabitkan kerugian RM2,969,420.34.

Beliau berkata, jumlah tersebut didapati meningkat berbanding 1,114 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu, walaupun jumlah kerugian menurun berbanding RM3,124,836.72.

Katanya, jumlah kes yang disiasat bagi tempoh dua tahun ini adalah meningkat lebih 50 peratus berbanding hanya 551 kes dengan kerugian sebanyak RM786,029.89 dicatatkan dalam tempoh sama pada 2009.

"Sehubungan itu, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dalam membuat transaksi ke atas pembelian barangan melalui Internet terutama bagi laman webmudah.my yang mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding lain-lain laman web.

"Sejak Januari hingga September lalu sahaja, sebanyak 872 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat penipuan pembelian barangan melalui mudah.my dengan kerugian berjumlah RM1,354,120.12," ujarnya.

Menurut Ramli, jumlah kes penipuan membabitkan mudah.my didapati meningkat setiap tahun dengan 739 kes membabitkan RM1,216,506.64 kerugian dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lalu dan 458 kes dengan RM616,522.89 kerugian pada 2009.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan urus niaga melalui Internet kerana sifat tersebut adalah faktor utama mangsa-mangsa ditipu.

"Orang ramai yang menggunakan kemudahan pembelian barangan melalui Internet perlu membaca langkah-langkah keselamatan terdapat dalam laman web tersebut, memastikan membeli daripada pengiklan berdaftar atau berjumpa dengan pengiklan bagi proses pembelian.

"Sekiranya masih ragu-ragu, orang ramai boleh membuat semakan di pejabat Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di talian 03-26163972 (waktu pejabat) atau Bilik Gerakan JSJK (03-26163999) selepas waktu pejabat," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Lelaki didakwa dera anak tiri berusia 6 tahun sehingga mati


JASIN 21 Okt. - Seorang lelaki berhadapan dengan hukuman mati di tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan mendera anak tirinya yang berusia enam tahun sehingga menyebabkan kematian mangsa, 11 hari lalu.

Azman Abd. Rahman, 37, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Muhammad Firdaus Mohd. Dan di kebun kelapa sawit Kampung Solok Pinang, Gadek, Alor Gajah pada pukul 3.30 petang, 10 Oktober lalu.

Azman yang berasal dari Lubok Cina, Linggi, Negeri Sembilan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh oleh Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff.

Terdahulu semasa prosiding berlangsung, tertuduh memberitahu dia tidak faham dengan pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa.

"Saya tak faham, saya tak bunuh dia (Muhammad Firdaus),'' katanya.

Bagaimanapun Siti Suriatey yang mendengar jawapan tertuduh mencelah dengan bertanya kepada lelaki itu perenggan mana dalam kertas pertuduhan yang tidak difahaminya.

Namun tertuduh yang berbadan besar itu hanya mendiamkan diri.

Siti Suriatey kemudian menetapkan 5 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof.

Akhbar sebelum ini melaporkan kematian Mohd. Firdaus yang dipercayai didera bapa tirinya selepas siasatan polis mendapati terdapat kecederaan utama di bahagian paru-paru dan bawah lapisan kulit badan mangsa.

Ibu kandung mangsa bagaimanapun mendakwa hanya mengetahui anak bongsunya itu didera selepas kanak-kanak tersebut meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

3 baki anggota sindiket curi kereta diberkas


KUALA LUMPUR 20 Okt. - Polis semalam, berjaya memberkas dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai baki anggota kumpulan sindiket curi kenderaan yang ditumpaskan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Beruntung, Rawang dekat sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 29 dan 30 tahun itu berjaya dikesan hasil maklumat daripada siasatan lanjut terhadap empat rakan mereka yang diberkas sebelum ini.

"Hasil siasatan lanjut, kami mendapat tahu ada tiga lagi anggota sindiket yang masih bebas dan berada di kawasan Bandar Baru Sungai Buaya, Bukit Sentosa.

"Berdasarkan maklumat itu, kami menyerbu beberapa tempat yang membawa kepada penangkapan suspek bermula pukul 3 hingga 6 petang semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan empat kenderaan yang dilaporkan hilang di Rawang, Kota Damansara dan Jinjang dekat sini baru-baru ini.

Katanya, empat kenderaan ditemui itu adalah dua kereta Proton Iswara dan masing-masing sebuah van Ford serta lori Isuzu.

Tambahnya, ketiga-tiga suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 29(1)a Kanun Keseksaan.

Pada Ahad lalu, polis daerah Hulu Selangor yang menjalankan Ops Lejang berjaya menumpaskan satu sindiket curi kenderaan dengan tertangkapnya empat suspek lelaki di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Beruntung.

Hasil pemeriksaan menemui peralatan yang digunakan oleh suspek untuk mencuri kenderaan seperti sebuah set alat pemotong dan spanar, serangkai kunci kereta, sebuah set walkie-talkie, dua buah plat pendaftaran nombor kereta dan kad Touch n Go.

Polis turut merampas sebuah lori Isuzu, dua buah kereta Proton Waja dan Naza Citra serta sebuah motosikal jenis Yamaha 125x.

Utusan Malaysia Online - Kota:

'via Blog this'

‘Orang Besar’ Afrika paling lama tumbang

BEKAS pemimpin Libya, Muammar Gaddafi orang terbaru yang tersingkir daripada senarai apa yang digelar ‘Orang Besar’ di Afrika, kumpulan pemerintah kuku besi yang semakin sedikit bilangannya dan mendapati semakin sukar untuk terus berkuasa.

Meskipun kematian Gaddafi, sebahagiannya akibat campur tangan luar, tekanan dalaman daripada penghuni bandar yang meningkatkan tuntutan sehingga memaksa perubahan politik lebih luas di benua itu.


Pilihan raya di beberapa negara Afrika baru-baru ini menunjukkan mereka boleh menggantikan rampasan kuasa sebagai jalan untuk menggulingkan pemimpin yang sudah tidak dialu-alukan lagi.

“Ia adalah kotak undi, bukan peluru yang memberi kesan kepada perubahan politik di Afrika. “Apa yang berlaku ialah berterusan tekanan dari dalam,” kata Tara O’Connor dari Konsultan Risiko Afrika yang berpusat di London. Mati dibunuh pemberontak yang disokong negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang menawan Sirte, bandar kelahirannya Khamis lalu, Gaddafi berada di tempat teratas senarai pemimpin Afrika paling lama memerintah, 42 tahun.


Ia meletakkannya di atas Presiden Teodoro Obiang Nguema Mbasogo, pemimpin negara pengeluar minyak, Equatorial Guinea di tengah Afrika yang pemerintahannya kini memasuki tahun ke-32, Jose Eduardo dos Santos yang memimpin Angola untuk tempoh yang sama dan Robert Mugabe, yang menjadi Presiden Zimbabwe sejak 31 tahun lalu.


Kelab Lebih Dua Dekad itu sudah pun kehilangan dua anggotanya, kesan daripada Kebangkitan Arab yang menyaksikan Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali dan Presiden Mesir, Hosni Mubarak, tumbang.

Di selatan Sahara, desakan perubahan tidak begitu menarik dan sebahagian pemerhati sangsi ia berlaku.


Presiden Burkina Fasa, Blaise Compaore, melanjutkan pemerintahannya untuk tahun ke-24 April lalu apabila mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya negara itu. Keputusan awal dalam pilihan raya Cameroon bulan ini, menunjukkan Paul Biya akan terus berkuasa untuk tahun ke-29. Kemenangan kedua-dua pemimpin itu di negara masing-masing berpunca daripada kelemahan pembangkang, dakwaan salah laku dan pengundi yang yakin undi mereka tidak akan membawa sebarang perubahan, satu keadaan memihak kepada penyandang yang menguasai semua bentuk jentera kerajaan.

Aktivis demokrasi Ghana, George Ayitteh berkata, pemerintah kuku besi berupaya meneruskan pemerintahan mereka dengan menguasai enam institusi penting - pasukan keselamatan, media, perkhidmatan awam, Parlimen, kehakiman dan suruhanjaya pilihan raya.


Bagaimanapun, daripada enam itu, menurut Pengarah Yayasan Afrika Bebas yang berpusat di Washington, Ayitteh, media semakin terlepas daripada cengkaman pemimpin seumpama itu kerana perkembangan stesen radio FM milik peribadi serta peluasan penggunaan Internet, khususnya di kawasan bandar raya.


“Sukar bagi mereka mengawal Internet sementara radio menjadi medium paling berpengaruh di Afrika. Ia akan menjadi lebih sukar bagi mereka untuk mengekalkan kuasa,” kata Ayitteh. Keruntuhan Tembok Berlin pada 1989 dan perpecahan Soviet Union menamatkan peranan Afrika sebagai proksi dalam sengketa Perang Dingin dengan kuasa besar menyokong diktator yang menuruti ideologi mereka.


Perubahan dalam dasar Perancis juga membawa kepada pemerintah sedia ada di bekas tanah jajahannya tidak lagi menikmati sokongan automatik daripada Paris. Ini berlaku kepada Laurent Gbagbo, pemimpin Ivory Coast, April lalu, apabila dia membenarkan pasukan keselamatannya menembak penunjuk perasaan yang menyebabkan dia digulingkan tentera pemberontak dengan sokongan tentera Perancis.


Ketika saki baki ‘orang besar’ sudah menjangkau usia 70-an, lebih separuh daripada lebih satu bilion penduduk Afrika berumur bawah 25 tahun dan dalam kebanyakan kes, tidak tahu apa-apa kecuali kehidupan di bandar raya, kata O’Connor.


“Pembandaran memusnahkan kesetiaan tradisi suku kaum. Faktor utama kini ialah tuntutan pekerjaan, kesihatan dan perumahan, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap ahli politik.


Tekanan itu sudah pasti lebih hebat jika tidak kerana perpecahan dalam kalangan pembangkang di kebanyakan negara Afrika. Mereka gagal mengetepikan sengketa untuk membentuk pakatan yang lebih kukuh. Pemimpin Cameroon, Paul Biya, sebagai contoh, berdepan dengan 20 penentang. Baik O’Connor mahupun Attiyeh, mengaku lebih banyak masa diperlukan bagi pembangkang membentuk pakatan yang berwibawa di beberapa negara. Mereka bagaimanapun berkata, tidak seperti dua dekad lalu, pemulauan pilihan raya secara menyeluruh sehingga membolehkan penyandang jawatan menang percuma, kini jarang berlaku.


Pilihan raya yang agak lancar di Nigeria dan Zambia, yang bulan lalu membawa kepada pemimpin pembangkang, Michael Sata mengangkat sumpah, menawarkan kepada rakyat Afrika bukti mereka boleh menumbangkan pemimpin yang dilihat gagal melaksanakan tugas mereka.


Attiyeh berkata, Kebangkitan Arab, walaupun tidak merebak jauh ke selatan, mewujudkan rasa tidak sabar ramai warga Afrika untuk menyaksikan perubahan yang beberapa tahun akan datang mungkin membawa kepada pertelagahan antara mereka dan saki-baki pemimpin lama. “Perjalanan yang akan dilalui tidak semestinya lancar,” katanya. - Reuters

myMetro | ‘Orang Besar’ Afrika paling lama tumbang:

'via Blog this'

‘Saya tidak faham tuduhan’

JASIN: “Saya tidak faham pertuduhan. Saya tidak membunuh mangsa,” kata seorang jurujual yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam terhadap tuduhan membunuh anak tirinya di Alor Gajah, awal bulan ini.

Azman Abd Rahman, 37, dari Kampung Baru Semin, Lubok Cina, Linggi, Negeri Sembilan, didakwa menyebabkan kematian Muhammad Firdaus Mohd Dan, 6, di kebun kelapa sawit Kampung Solok Pinang, Gadek, Alor Gajah, kira-kira 3.30 petang, 10 Oktober lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Azman yang dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9.45 pagi memberitahu tidak faham dengan tuduhan terhadapnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff.


Tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh sebelum Siti Suriatey menetapkan 5 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.


Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof, manakala Azman yang hadir di mahkamah dengan pakaian lokap polis tidak diwakili peguam.

Harian Metro pada 11 Oktober lalu melaporkan Muhammad Firdaus dihantar bapa tirinya itu ke Hospital Alor Gajah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.


Difahamkan, terdapat beberapa kesan kecederaan pada badan mangsa termasuk kedua-dua kakinya berlubang dipercayai akibat terkena benda panas.

Tertuduh cuba melarikan diri selepas menghantar anak tirinya itu mendapatkan rawatan, namun ditahan polis tidak lama kemudian.

myMetro | ‘Saya tidak faham tuduhan’:

'via Blog this'

Bekas akauntan didakwa tiru tandatangan pengarah

SHAH ALAM: Seorang bekas akauntan syarikat lampu hiasan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menipu dengan cara meniru tandatangan pengarah syarikatnya bagi menunaikan 15 cek bernilai RM101,000, 10 tahun lalu.

Tertuduh, Tee Tuck Liang, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya yang dibacakan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin. Mengikut pertuduhan, Tee didakwa melakukan perbuatan itu dengan meniru tandatangan Lim Yek Ping, 53, dan memperdayakan cawangan sebuah bank di Pekan Batu 11, Cheras untuk menunaikan cek berkenaan.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu di syarikatnya bertugas di Cimatron (M) Sdn Bhd, Lot 17.16, Bersatu Industries Park, Jalan Satu, Cheras Jaya, Hulu Langat, dekat sini. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin menawarkan jaminan RM40,000. Bagaimanapun, peguam Ramkarpal Singh yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan ia terlampau tinggi.

Menjawab isu itu, Faten Hadni berkata, dakwaan terhadap tertuduh membabitkan nilai kira-kira RM100,000.


Pada masa sama, katanya, kes itu sudah terlalu lama apabila didakwa berlaku pada 2001 dan mahkamah juga pernah mengeluarkan waran tangkap terhadap tertuduh.


Aslam kemudian membenarkan Tee dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan pada Sabtu pertama setiap bulan.

Mahkamah juga memerintahkan kes itu disebut semula pada 25 November ini.

myMetro | Bekas akauntan didakwa tiru tandatangan pengarah:

'via Blog this'

Dua syarikat guna perisian cetak rompak diserbu

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pembinaan dan sebuah syarikat kejuruteraan diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) secara berasingan selepas dikesan menggunakan perisian komputer cetak rompak.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan, Abu Samah Shabudin berkata, dalam serbuan pertama pada 12 Oktober lalu jam 3 petang, empat anggota menyerbu syarikat kejuruteraan selepas mendapat maklumat berhubung aktiviti berkenaan.


“Dalam serbuan pertama itu, pegawai penguat kuasa menyita lima komputer dan 27 perisian komputer bernilai RM214,000. Tindakan diambil kerana disyaki menggunakan salinan `langgaran’,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan, Mohd Mokhtar Yeop.


Sementara itu, operasi pada jam 3 petang, Rabu lalu (19 Oktober) pula membabitkan syarikat pembinaan dengan anggota penguat kuasa menyita tiga kelengkapan komputer serta 17 salinan `langgaran’ bernilai RM99,000.


“Perkara ini berlaku kerana perisian tiruan paling mudah diperoleh selain syarikat tidak gemar berbelanja besar bagi mendapatkan perisian tulen.

“Mereka sebenarnya tidak faham bukannya membeli hak cipta sesebuah perisian itu, tetapi hanya menggunakannya mengikut syarat dan peraturan yang sudah dikuatkuasakan,” katanya.


Menurutnya, antara perisian yang dicetak rompak ialah Adobe Acrobat, Adobe Photoshop, Adobe InDesign dan Symantec Norton Anti Virus.

Abu Samah berkata, kedua-dua syarikat terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda minimum RM2,000 setiap keping dan maksimum RM20,000.


Katanya, sejak Januari lalu, pelbagai barangan dan perisian cetak rompak bernilai RM1.5 juta dirampas dan ini menyaksikan ‘trend’ kegiatan itu dikesan semakin berleluasa dalam pelbagai industri di negara ini.


Sebanyak 49 komputer dan 219 salinan perisian palsu dirampas membabitkan industri seni bina, pengurusan acara dan pameran, pengangkutan, kafe siber dan pembelajaran pertahanan serta penerbangan secara talian.

myMetro | Dua syarikat guna perisian cetak rompak diserbu:

'via Blog this'

Tak mengaku seludup rokok RM224,600

JASIN: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap tuduhan menyeludup 14,500 karton rokok pelbagai jenama bernilai kira-kira RM224,600, pertengahan bulan ini.

Tan Suan Kuang, 39, dari Kuantan, Pahang, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff.


Mengikut kertas tuduhan, Tan didakwa mengangkut barang larangan import iaitu rokok pelbagai jenama bernilai RM224,600 menggunakan sebuah lori di Kilometer 203, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke Utara di Ayer Keroh, kira-kira jam 7.05 pagi, 14 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM4,492,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali.


Terdahulu, pendakwaan yang diwakili Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dari Unit Pendakwaan, Zalliza Arip menawarkan tertuduh jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan dengan alasan masih menyara seorang anak.

Siti Suriatey kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM70,000 dan menetapkan 29 November depan sebagai tarikh sebutan bagi tertuduh melantik peguam.

myMetro | Tak mengaku seludup rokok RM224,600:

'via Blog this'

Pengawal keselamatan raba punggung wanita dipenjara 12 bulan

GEORGETOWN: Akibat meraba punggung seorang wanita ketika berada di depan lif sebuah flat di Gat Lebuh Macallum Isnin lalu, seorang pengawal keselamatan terpaksa merengkuk dalam penjara selama 12 bulan selepas dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Tertuduh, Mohd Raffi Saiyed Ibrahim, 33, dari Jelutong, mengaku bersalah terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita dan dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


Majistret Noor Aini Yusof dalam penghakimannya berkata, mahkamah membuat keputusan berdasarkan prinsip kepentingan orang awam dan jenayah dilakukannya adalah serius serta memalukan mangsa.

Katanya, mahkamah juga membuat keputusan itu selepas mengambil kira dua kesalahan berkaitan jenayah dadah yang dilakukannya pada 2002 dan 2005.


“Mahkamah juga mengambil kira pengakuan tertuduh yang mengakui kesalahannya yang menjimatkan kos serta masa mahkamah,” katanya.


Mengikut fakta kes, Mohd Raffi didakwa melakukan kesalahan itu di depan sebuah lif di tingkat sembilan Flat Sri Saujana, Gat Lebuh Macallus, Isnin lalu, jam 9.40 malam.

Mangsa yang berusia 25 tahun ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah apabila Mohd Raffi yang berada di lif terbabit menarik pakaiannya dan terus meraba punggungnya.


Mangsa melarikan diri dan memberitahu adik lelakinya mengenai kejadian itu sebelum membuat laporan polis di Jalan Patani.

Mohd Raffi ditahan pengawal keselamatan flat berkenaan kira-kira jam 10.05 malam pada hari sama dan diserahkan kepada polis di Pondok Polis Macallum.


Terdahulu, Mohd Khairulhazman Ghazali dari Pusat Bantuan Undang-Undang Majlis Peguam Pulau Pinang yang mewakili Mohd Raffi meminta mahkamah mempertimbangkan latar belakang tertuduh serta sejarah hidupnya sebelum menjatuhkan hukuman.


Beliau memberitahu mahkamah, Mohd Raffi ialah anak kedua daripada empat beradik yang menyara ibu bapanya dengan gaji RM800 sebulan.

myMetro | Pengawal keselamatan raba punggung wanita dipenjara 12 bulan:

'via Blog this'

Meraung kena asid

KUCHING: Seorang wanita meraung kesakitan apabila kekasihnya melempar sebotol cecair dipercayai asid tepat ke mukanya hanya kerana dia enggan berjumpa dengan lelaki itu.

Kejadian berlaku di rumah mangsa, ibu tunggal berusia 48 tahun, di Jalan Batu 13, Jalan Kuching-Serian di sini kira-kira jam 10 malam, kelmarin. Menurut sumber, teman lelaki mangsa, juga berusia 48 tahun, pergi ke rumah wanita itu dengan harapan untuk bertemu dengannya, namun permintaannya tidak dilayan. “Berang dengan tindakan mangsa, suspek dikatakan tidak terus pulang, tetapi menghendap mangsa untuk memastikan kedudukannya di dalam rumah,” katanya.


Menurutnya, selepas pasti mangsa berada di dalam biliknya, suspek mengambil cecair yang dipercayai asid dari dalam kenderaannya lalu melontarnya ke arah mangsa melalui tingkap bilik.

“Botol mengandungi cecair dipercayai asid yang dibaling itu tepat mengenai muka mangsa, menyebabkan mangsa menjerit kesakitan dan meminta tolong.


“Anggota keluarga yang mendengar jeritan mangsa kemudian bergegas menghantarnya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Simpang Tiga,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Fauzi Bujang ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326, Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

myMetro | Meraung kena asid:

'via Blog this'

2 penjenayah acu pistol kebas 3 dulang emas

KUALA LUMPUR: Seperti aksi filem Hollywood apabila tiga penyamun bersenjatakan dua pucuk pistol mengacukan ke muka pekerja sebelum melarikan tiga dulang barang kemas di sebuah kedai emas di Jalan Chow Kit, di sini, dianggarkan bernilai kira-kira RM500,000, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, kumpulan terbabit hanya mengambil masa kurang daripada empat minit untuk melakukan rompakan itu. Difahamkan kedai berkenaan tidak menggaji pengawal keselamatan.


Menurut sumber, sebelum kejadian, tiga lelaki menunggang dua motosikal dilaporkan berhenti di hadapan premis berkenaan.

“Dua daripada mereka yang memakai topi keledar kemudian bergegas masuk ke dalam premis berkenaan, manakala seorang lagi rakannya menunggu di luar premis dipercayai untuk memantau keadaan sekitar.


“Sebaik masuk, mereka yang bersenjatakan pistol terus mengacukan pistol ke arah seorang pekerja kedai berkenaan bagi menakutkan mereka,” katanya.


Difahamkan, ketika itu, dua pekerja berusia lingkungan 20-an sedang melayan dua pelanggan yang mahu membeli barang kemas.

Sumber berkata, tersentak dengan kejadian itu, semua mangsa hanya mendiamkan diri sebelum lelaki itu merampas tiga dulang barang kemas dan memasukkan barang berkenaan ke dalam beg sebelum melarikan diri ke arah ibu kota.


“Selepas itu, pekerja kedai emas itu bertindak memaklumkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi, mengesahkan ketika kejadian terdapat empat individu dalam premis itu iaitu dua pekerja dan dua pelanggan.


“Kumpulan terbabit hanya mengambil masa kurang daripada empat minit untuk membawa lari barang kemas berkenaan sebelum melarikan diri dengan menaiki dua motosikal,” katanya.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 359/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

myMetro | 2 penjenayah acu pistol kebas 3 dulang emas:

'via Blog this'

Lelaki kematian isteri perkosa anak sendiri

JERANTUT: Seorang lelaki yang sudah kematian isteri, bukan saja tergamak merogol anak tunggalnya berusia lapan tahun malah lelaki durjana itu juga sanggup bergaduh besar dengan ibu dan adik perempuannya selepas keluarganya tampil membuat laporan polis berhubung tindakan kejamnya itu.

Mangsa, seorang murid tahun dua sebuah sekolah rendah di bandar ini dikatakan dirogol bapanya sendiri yang berusia 32 tahun ketika sedang mandi di bilik air rumah mereka di Kampung Jalan Batu Satu, dekat sini, kira-kira jam 2 petang, 14 Oktober lalu.


Sebelum kejadian, kanak-kanak malang itu baru pulang dari sekolah, masuk ke bilik air untuk mandi tanpa mengetahui gerak-gerinya diperhatikan oleh bapanya dan mangsa yang murung menceritakan perbuatan jijik itu kepada ibu saudaranya selepas didesak berbuat demikian.

Ibu saudara mangsa yang terkejut mendengar pengakuan mangsa kemudian menceritakan insiden itu kepada ibunya dan kedua-dua mereka memanggil suspek untuk mendapatkan cerita sebenar daripadanya.


Ketika ditanya, suspek mula berang dan bergaduh besar dengan ibu serta adik perempuannya itu dan dia turut dikatakan cuba bertindak agresif terhadap mereka.


Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zakaria Kassim, berkata nenek serta ibu saudara mangsa membawa kanak-kanak malang itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut kira-kira jam 2 petang, sehari selepas kejadian.

“Lelaki itu turut membuat laporan polis, dua jam selepas itu dengan tujuan mahu mengelak daripada dikenakan sebarang tindakan selain mengadu dirinya dikasari oleh adik perempuannya. Dia ditahan sejurus selepas membuat laporan berkenaan,” kata Zakaria.

myMetro | Lelaki kematian isteri perkosa anak sendiri:

'via Blog this'

Maut terhidu asap

USUNG...anggota bomba membawa turun mayat mangsa.
USUNG...anggota bomba membawa turun mayat mangsa.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai mengalami tekanan perasaan ditemui mati dalam kebakaran unit rumahnya di tingkat satu pangsapuri Rampai Court, di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, Ser Thien Fan, 43, ditemui tidak sedarkan diri akibat terhidu banyak asap selain mengalami kesan terbakar di tangan kiri.


Menurut sumber, sebelum kebakaran, mangsa datang ke rumah jirannya dan cuba memotong jeriji rumah dengan pisau pemotong dan penukul besi.

Katanya, jiran lain yang kebetulan berada di tempat kejadian keluar untuk menenangkan mangsa.


“Mangsa mendakwa adiknya berada dalam rumah jirannya itu, tetapi sebenarnya tidak,” katanya.


Beliau berkata, sebaik ditenangkan, mangsa pulang semula ke rumahnya manakala jiran berkenaan memaklumkan kepada pengawal keselamatan di pangsapuri itu agar menghubungi polis.

“Beberapa minit kemudian polis tiba dan datang ke rumah mangsa, tetapi dia enggan membuka pintu. Anggota terbabit kemudian pulang semula ke balai.


“Dalam kejadian jam jam 6 petang, ada jiran ternampak api dalam bilik rumah mangsa sebelum menghubungi bomba. Ketika kejadian mangsa hanya berseorangan manakala suaminya keluar bekerja,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.09 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian dengan tiga jentera dan 30 anggota.


Katanya, sebaik tiba, pintu rumah mangsa terkunci dan anggotanya terpaksa memecahkannya untuk masuk menyelamatkan mangsa.


“Kami mendapati mangsa terbaring dalam bilik dengan keadaan tidak sedarkan diri. Terdapat kesan melecur pada tangan kiri mangsa,” katanya ketika ditemui.


Menurutnya, mangsa dipercayai mati akibat terhidu asap.


“Siasatan kami mendapati kebakaran bermula dari dalam bilik mangsa. Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

myMetro | Maut terhidu asap:

'via Blog this'

Pakar buat bom ditahan

JAKARTA: Polis Indonesia semalam, menahan seorang suspek pembuat bom yang dikehendaki dalam dua kes serangan berani mati, termasuk di sebuah gereja yang penuh dengan penganutnya.
Jurucakap polis, Anton Bachrul Alam berkata, ramai yang cedera dalam serangan bom di gereja di Solo, bulan lalu dan dalam satu lagi serangan ke atas sebuah masjid di Cirebon lima bulan lalu. Kedua-dua serangan tersebut berlaku di Pulau Jawa.
Menurut Anton, Nanang Irawan diberkas di bandar Madiun di timur Jawa kerana dua serangan bom itu.

“Dia sekarang ditahan dan disiasat oleh polis antipengganas,” katanya.


Polis memberi amaran Irawan seorang yang sangat bahaya kerana mahir membuat bom.

Dia diberkas setelah pasukan antipengganas menahan suspek yang menjadi dalang dalam rangkaian pengganas di Cirebon, kelmarin.

Kebanyakan anggota rangkaian itu, termasuk dua orang penyerang berani mati, juga dikatakan anggota Jemaah Ansharut Tauhid (JAT) yang ditubuhkan oleh ulama radikal Abu Bakar Bashir dan dikatakan mempunyai hubungan dengan kumpulan al-Qaeda. - AFP

Tunjuk bukti untuk elak dipenjara

DENPASAR: Pihak pendakwa raya Indonesia akan mendakwa remaja Australia yang berusia 14 tahun yang ditahan di Bali kerana memiliki dadah yang membawa hukuman maksimum penjara enam tahun.
Tetapi, sekiranya remaja itu boleh membuktikan dia seorang penagih, dia mungkin dapat mengelak dari dipenjara dan dihantar ke pusat pemulihan.
Pendakwa raya berkata, mereka mungkin mendakwa remaja itu atas tiga tuduhan minggu depan kerana memiliki ganja, berlandaskan rekod polis.

Sekiranya sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga enam tahun kerana masih di bawah umur.


Kata Pendakwa raya Eko Indarno, “Di bawah artikel 111, sesiapa yang membawa dadah boleh dipenjara antara empat dan 12 tahun.”

Permohonan guru batal pengislaman anak ditolak

2011/10/22

M INDIRA (kiri) berbincang dengan M Kulasegaran di Mahkamah Tinggi Ipoh, semalam.
M INDIRA (kiri) berbincang dengan M Kulasegaran di Mahkamah Tinggi Ipoh, semalam.
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan seorang guru tadika beragama Hindu supaya Mahkamah Persekutuan mendengar permohonannya untuk membatalkan pengislaman tiga anak selepas suaminya memeluk agama itu dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Tarmizi Abd Rahman, yang membuat keputusan itu dalam kamar, mengarahkan perbicaraan penuh permohonan oleh M Indira Ghandi, 36, untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam bertarikh 2 April 2009 membabitkan ketiga-tiga anaknya iaitu Ummu Habibah (Prasana Diksa), 3; Abu Bakar (Karan Dinish), 13 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 14, dilakukan di depannya.
Tarikh 11 November ini ditetapkan untuk peguam mewakili Indira Ghandi dan enam responden termasuk bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah atau nama asalnya K Patmanathan, 42, memperkemaskan keterangan dan dokumen kes itu di hadapan Pendaftar Mahkamah, sebelum tarikh perbicaraan penuh ditetapkan.
Lima responden lain ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Pendaftar Mualaf, Kerajaan Perak, Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.

Peguam M Kulasegaran dan N Selvam mewakili Indira Gandhi; peguam Hatim Musa mewakili Muhammad Riduan; Peguam Kanan Persekutuan, Norhisyam Ismail mewakili Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran manakala Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Mohd Hamzah Ismail mewakili Kerajaan Perak, Pendaftar Mualaf dan JAIP.

Indira Ghandi melalui peguamnya memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi itu untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam tiga anaknya itu pada 25 Oktober 2009.

Wanita itu kemudian membuat permohonan kepada mahkamah sama supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan berkaitan perundangan bagi kes ibu bapa dan anak-anak yang terbabit dalam perkahwinan didaftarkan mengikut Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Cerai) 1976.
Ia termasuk persoalan sama ada ibu atau bapa secara sebelah pihak boleh menukar agama anak mereka yang masih di bawah umur kepada Islam selepas perkahwinan tanpa mendapat persetujuan sebelah pihak lain dan keputusan mana terpakai jika berlaku pertentangan perintah yang dikeluarkan antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah.

Kes pasangan berkenaan pernah mendapat perhatian umum hingga Kabinet pada April 2009, memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama. Keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah, terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan dengan tidak adil.

Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada April 2009 memberikan hak penjagaan tiga beradik itu kepada Muhammad Riduan, tetapi 11 Mac 2010, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim, memutuskan hak penjagaan tiga beradik itu diserahkan kepada bekas isterinya.

Kulasegaran yang ditemui berkata beliau akan berbincang dengan anak guamnya untuk tindakan lanjut selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu.
Berita Harian Online | Permohonan guru batal pengislaman anak ditolak:

'via Blog this'

Ajal makan malam terakhir

Oleh M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my
2011/10/22

POLIS menjalankan siasatan depan rumah mangsa di Sibu, semalam.
POLIS menjalankan siasatan depan rumah mangsa di Sibu, semalam.
Tiga sekeluarga dibunuh perompak

SIBU: Tiga sekeluarga yang sedang menikmati makan malam mati dibunuh sekumpulan tiga penjenayah yang menceroboh rumah mereka di Engkilo, Jalan Chew Khun, di sini malam kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 7 malam itu turut menyebabkan seorang lagi ahli keluarga berkenaan parah ditikam di perut.
Tiong Tang Ming, 69, bersama anak lelakinya, Tiong King, 35, dan menantu, Teu Lee Mee, 32, mati serta-merta, manakala isteri Tang Ming, Peh Kim Eng, 50, kini dirawat di Hospital Sibu (HS). Mayat tiga mangsa berkenaan turut ditempatkan di rumah mayat HS.

Tiga perompak berusia antara 30 hingga 40 tahun terbabit dikatakan muncul tiba-tiba di rumah keluarga berkenaan yang terletak dalam kawasan kebun dan kemudian berpura-pura meminta kerja tetapi tidak dihiraukan.

Suspek terus masuk ke dalam rumah tetapi cuba dihalang empat mangsa itu yang kemudian ditikam sebelum Kim Eng berpura-pura mati dan menghubungi polis selepas penjenayah melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata kejadian bermotifkan rompakan berdasarkan keadaan rumah dan barang berharga milik semua mangsa yang hilang.
“Kedudukan rumah itu di kawasan terpencil menyebabkan ia menjadi sasaran kumpulan perompak. Siasatan awal mendapati barang berharga termasuk wang dan barang kemas dipercayai dilarikan suspek. Polis masih menunggu mangsa yang terselamat itu stabil bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, dua lelaki Indonesia dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan kejam itu berjaya ditahan polis jam 2.40 petang semalam ketika menunggang motosikal di Jalan Teku-Pasai Siong sebelum pemeriksaan lanjut menemui telefon bimbit milik seorang mangsa dalam simpanan mereka.

Polis juga menemui wang tunai RM3,715 dan pisau pemotong daging bersama dua lelaki itu dan kini berusaha mengesan seorang lagi suspek dianggap berbahaya yang diyakini masih bersembunyi di kawasan berdekatan bandar ini. Kedua-dua suspek ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berita Harian Online | Ajal makan malam terakhir:

'via Blog this'

Jumri bebas tuduhan bunuh pemandu teksi



21/10/2011 5:07pm

SHAH ALAM – Seorang operator kren terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh seorang pemandu teksi, tiga tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.
Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas Jumri Andi Cama, 29, yang berasal dari Sabah.
Seramai 12 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Dalam penghakimannya, Siti Mariah berkata, beliau mendapati terdapat percanggahan material pada keterangan saksi utama dan pegawai penyiasat berhubung peranan Jumri dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kematian mangsa.
Beliau berkata, mahkamah turut mendapati terdapat percanggahan mengenai senjata yang digunakan dan ia tidak pernah dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan.
Selain itu, Siti Mariah berkata, pihak pendakwaan juga gagal mengemukakan saksi penting seperti doktor yang paling awal merawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, serta laporan doktor untuk mengenal pasti punca kematian mangsa, sama ada kerana tidak mendapat rawatan yang betul atau disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya. – Bernama

Tanah runtuh seorang lelaki cedera



21/10/2011 12:23pm

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera ringan selepas bahagian hadapan keretanya dihempap tanah runtuh dalam kejadian di Km 13.9 Genting Highlands, Bentong malam tadi.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong ketika dihubungi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam tadi, mangsa yang berumur awal 40-an sedang memandu berseorangan menuju ke tanah tinggi tersebut.
Beliau berkata, mangsa dihantar ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan.
"Disebabkan kejadian itu, jalan selepas pusat pemeriksaan pertama itu terpaksa dilencongkan,” katanya. – Bernama

2 dituduh miliki poster iklan pinjaman wang



21/10/2011 6:27pm

JOHOR BAHRU – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki poster iklan pinjaman wang dengan membantu untuk mengiklankan poster berkenaan secara haram, Isnin lepas.
Tan Chee How, 26, dan Kok Chee Hoong, 41, didakwa memiliki sembilan poster iklan pinjaman wang dengan membantu untuk mengiklankannya sedangkan mereka tidak mempunyai lesen sah di simpang lampu isyarat di Jalan Permas 9/3, di sini, kira-kira pukul 4.15 petang, 17 Oktober lepas.
Kedua-dua mereka yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan dan Taman Johor Jaya, di sini dituduh melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 5(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 29AA(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, iaitu dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Hafizah Johor Ariff Johor menetapkan Chee How dan Chee Hoong masing-masing diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan 23 November depan untuk bicara. – Bernama

Pemuda hilang disyaki dihanyutkan arus



21/10/2011 9:22pm

BALING – Seorang pemuda hilang dipercayai terjatuh ke dalam lubuk di kawasan air terjun Lata Mengkuang di Kampung Iboi, Kupang dekat sini tengah hari ini.
Kehilangan Zulkiflie Mohamad Zakaria, 20, disedari rakan-rakannya pukul 12.30 tengah hari ini sebelum mereka mendapatkan bantuan penduduk kampung berdekatan untuk mencari mangsa.
Mangsa dari Kampung Bok Bak, Kupang ke kawasan itu untuk memancing ikan tengas, sejenis ikan yang terdapat di arus deras.
Sehingga kini gerakan mencari Zulkiflie dilakukan di kawasan dia terjatuh hingga ke kawasan Lata Celak, dua kilometer dari situ.
Lata Mengkuang dan Lata Celak adalah kawasan perkelahan yang terkenal di daerah Baling. – Bernama

Guru tuisyen dituduh perdagang amah



21/10/2011 3:03pm

KUALA LUMPUR – Seorang guru tuisyen hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas tuduhan memperdagangkan pembantu rumahnya dengan tidak membayar gaji selama sembilan bulan, September lepas.
Lim Chee Chong, 42, didakwa memperdagangkan Khy Sareth, 23, seorang warga Kemboja bagi tujuan eksploitasi dengan tidak membayar gaji selama sembilan bulan lapan hari bermula dari 25 November tahun lepas sehingga 2 September lepas yang berjumlah RM5,400.
Pemilik Pusat Tuisyen ”Cikgu Sim” itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumahnya di No 62, Jalan Pandan Indah, 5/18 Taman Pandan Indah pada 3.45 petang, 2 September 2011.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 15 dan 16 November depan untuk perbicaraan kes. – Bernama

Polis tahan dua suspek kes pecah rumah



21/10/2011 5:10pm

IPOH – Polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes pecah masuk rumah termasuk di rumah seorang wartawan sambilan Bernama setelah menahan dua lelaki di Chemor di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, selain menahan kedua-dua lelaki itu berusia 20 tahun ditahan pada 6 pagi tadi, polis menemui beberapa barang dipercayai dicuri.
Katanya, kedua-dua lelaki itu ditahan reman lima hari untuk siasatan lanjut.
Dalam kejadian pada Khamis lepas, wartawan sambilan Bernama, Tajul Safuan Abu Hassan, 40, mengalami kerugian hampir RM5,000 selepas rumahnya di Taman Meru Permai di sini dimasuki pencuri.
Antara barang yang dilarikan ialah komputer riba, telefon bimbit, kamera dan wang tunai.
Seorang jiran beliau, Idham Legiman, 22, pula kehilangan sebuah motosikal bernilai RM3,000. – Bernama

Perisian cetak rompak RM1.5j dirampas



21/10/2011 2:44pm

KUALA LUMPUR – Sejumlah 219 perisian cetak rompak bernilai RM1.5 juta dirampas dalam 11 serbuan yang dilakukan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur terhadap pengguna perisian korporat tahun ini.
Pengarah KPDNKK, Abu Samah Shahbudin berkata, turut dirampas adalah 49 komputer bersama dengan peralatan.
Syarikat berkenaan terlibat dalam bidang kejuruteraan mekanikal, seni bina dan firma seni reka dalaman, pembekal penyelesai perisian pemasaran bersepadu dan peniaga komputer, katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, perisian cetak rompak yang dirampas meliputi perisian perniagaan bagi penyuntingan foto, reka bentuk berkomputer, animasi, perlindungan antivirus, sistem operasi dan proses yang dimiliki anggota syarikat Business Software Alliance (BSA) seperti Adobe, Autodesk dan Microsoft.
Abu Samah berkata, menurut Akta Hak Cipta 1987, mana-mana syarikat yang didapati bersalah memiliki, selain daripada kegunaan persendirian dan domestik, pelanggaran salinan program komputer, syarikat dan pengarahnya boleh dikenakan denda antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap pelanggaran salinan perisian dan/atau dihukum penjara sehingga lima tahun. – Bernama

Didakwa tipu 15 cek bernilai RM101,000



21/10/2011 6:18pm

SHAH ALAM – Seorang bekas akauntan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menipu sebuah bank untuk menunaikan 15 keping cek bernilai RM101,000 sepuluh tahun lepas.
Tee Tuck Liang, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Aslam Zainuddin.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 November depan untuk sebutan semula kes.
Aslam turut memerintahkan Tuck Liang melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Sabtu pertama setiap bulan mulai November depan sehingga kes selesai.
Dia didakwa meniru tandatangan pengarah Syarikat Simatron (M) Sdn Bhd, Lim Yek Ping, 53, dan menipu pihak Malayan Banking Berhad (Maybank) cawangan Pekan Batu 11, Cheras, sehingga mereka menunaikan semua cek itu. – Bernama

Lima anggota geng “Din Komando" ditahan



21/10/2011 6:34pm

KUALA LUMPUR – Polis Ampang menahan lima orang termasuk dua wanita disyaki anggota geng ”Din Komando” yang aktif melakukan samun di Lembah Klang sejak tahun lepas, di sebuah hotel di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, mereka yang berumur antara 20 dan 30 tahun itu ditahan kira-kira 11.45 pagi pada Isnin lepas, susulan maklumat awam.
Kumpulan ini yang masih aktif sekalipun ketua mereka telah ditangkap tahun lepas dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya enam kes samun, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Mengulas tangkapan itu, Amiruddin berkata, polis terlebih dahulu menangkap dua wanita tersebut yang berada di dalam sebuah bilik di hotel terbabit, diikuti seorang lelaki yang datang ke bilik berkenaan.
Beliau berkata, susulan penahanan itu, polis menahan dua lagi suspek di dalam kereta Proton Wira di pekarangan hotel berkenaan.
Mereka kini ditahan reman sehingga 23 Oktober dan polis sedang menjejaki saki baki anggota kumpulan itu. – Bernama

Juragan ditahan jual minyak diesel subsidi



21/10/2011 6:37pm

SANDAKAN – Pasukan Gerakan Marin (PGM) menahan seorang juragan kapal nelayan yang disyaki menjual minyak diesel bersubsidi sebanyak 10,000 liter kepada sebuah bot tunda di perairan dekat sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali berkata, kegiatan juragan berusia 30 tahun itu dikesan dalam satu operasi oleh sepasukan anggota PGM Sandakan pada 5.45 petang di pesisir pantai berhampiran Tanah Merah.
"Ketika operasi dilakukan, kapal nelayan itu sedang mengepam minyak diesel ke dalam tangki sebuah bot tunda,” katanya kepada pemberita di sini.
Minyak diesel yang dirampas itu bernilai RM18,000. – Bernama

Rompak: Kedai emas kerugian RM500,000



21/10/2011 9:20pm

KUALA LUMPUR – Hanya dalam tempoh lima minit, sebuah kedai emas di Jalan Chow Kit di sini kerugian hampir setengah juta ringgit dalam kejadian rompakan bersenjata hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, tiga lelaki yang memakai topi keledar penuh serta bersenjatakan pistol memasuki premis berkenaan kira-kira 1.45 tengah hari dan mengacukan senjata ke arah dua pekerja.
Mereka kemudian mengarahkan pekerja berkenaan menyerahkan tiga dulang emas dan suspek hanya mengambil masa lima minit menuang barang kemas dari dulang-dulang berkenaan ke dalam beberapa buah beg plastik sebelum melarikan diri menggunakan dua motosikal yang berada berhampiran premis itu.
Premis berkenaan tidak mempunyai pengawal keselamatan, namun dilengkapi dengan kamera litar tertutup dan ketika kejadian terdapat dua pelanggan di dalamnya, katanya kepada pemberita di sini.
Chin Wah berkata, motosikal jenis Modenas yang digunakan ketiga-tiga suspek, dalam lingkungan 30-an, dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Katanya, kamera litar tertutup itu berjaya merakam imej ketiga-tiga perompak terbabit. – Bernama