Search This Blog

Thursday, October 20, 2011

Dibelasah jiran naik angin

SH:


AMPANG – Seorang guru wanita mendakwa dibelasah hingga hampir pengsan oleh seorang jiran lelakinya yang naik angin selepas mereka bertengkar berhampiran rumahnya di Taman Cheras di sini, Isnin lalu.

Fiza, 31, yang mengajar sukarela di sebuah pusat tahfiz memberitahu, jirannya itu secara tiba-tiba bertindak ganas membelasahnya sedangkan pertengkaran hanya mengenai kemalangan kecil melibatkan kereta mereka berdua.

Menceritakan kejadian itu Fiza berkata, pada kira-kira jam 6 petang, dia memandu keretanya selepas pulang mengajar dan kebetulan jirannya berusia lingkungan 30-an itu juga sedang memandu kereta di depannya.

“Tiba-tiba dia undur kereta dan rempuh bahagian hadapan kereta jenis Proton Persona milik saya. Saya keluar dari kereta untuk selesaikan masalah kerana kereta saya calar tetapi dia marah saya, sambil cabar supaya ambil tindakan undang-undang sekiranya saya tidak puas hati.

“Ketika saya hendak hubungi polis, dia secara tiba-tiba bertindak ganas, menumbuk muka saya sehingga berdarah, kemudian memukul saya berkali-kali dan terajang peha saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, selepas dibelasah bertalu-talu, dia hampir pitam akibat kesakitan tetapi jiran yang disifatkannya naik angin tidak tentu pasal seperti orang gila itu terus menerus memarahinya sambil memaki hamun dengan kata-kata kesat.

Fiza berkata, lelaki yang tinggal berjiran dengannya sejak 2001 itu juga bertindak ganas dengan menendang bahagian tepi keretanya sehingga kemek.

Menurutnya, penderitaan dibelasah jiran itu berakhir selepas seorang jirannya yang lain datang membantu, sekali gus meleraikan pergaduhan mereka berdua.

Katanya, kira-kira setengah jam selepas kejadian itu, dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah sebelum pergi ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.

“Saya memang tidak sangka jiran saya boleh bertindak ganas terhadap wanita. Saya sangat terkejut dengan kejadian ini dan masih trauma apabila terkenangkan peristiwa itu,” katanya.

Menurutnya, sehingga sekarang jirannya itu masih belum memohon maaf atau mahu menyelesaikan kejadian itu secara baik.

Fiza berkata, dia bercadang mendapatkan khidmat nasihat peguam berhubung insiden itu sebelum mengambil tindakan undang-undang di mahkamah.

'via Blog this'

Peniaga trauma diacu parang

SH:

SENAWANG – Seorang mangsa samun hanya mampu berdoa tidak dicederakan ketika diacukan parang di leher oleh seorang lelaki yang kemudiannya merentap rantai dan beg di pinggangnya.

Robiah Abd Samad, 51, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi di Taman Seri Pagi di sini, semalam, ketika dia dan seorang pembantunya bersiap-siap membuka gerai tepi jalan miliknya, :berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Pagi.

Menurutnya, secara tiba-tiba muncul enam lelaki bermotosikal dalam lingkungan 20-an.

“Seorang daripada mereka berpura-pura bertanyakan menu sebelum menghampiri saya dan mengacukan parang.

“Ini kejadian kali pertama sejak dua tahun berniaga di taman ini,” katanya.

Robiah berkata, dia tidak mengesyaki jadi mangsa samun kerana dia dan pembantu menganggap semua lelaki terbabit mahu menjamu selera.

: “Saya tak dapat mengecam wajah suspek kerana mereka memakai helmet.

“Lagipun ketika kejadian tiada sesiapa melalui kawasan ini menyebabkan mereka dapat melarikan diri,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.


'via Blog this'

Tinggal nota sebelum mati

SH:

ALOR GAJAH –- Seorang suami sempat meninggalkan nota pesanan tulisan tangan kepada isterinya sebelum bertindak membunuh dirinya di dalam sebuah bilik mandi di rumahnya di Taman Seri Bayan, Gangsa, Durian Tunggal, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, mangsa berumur 38 tahun ditemui terlentang berlumuran darah di dalam bilik mandi tingkat bawah rumahnya oleh isterinya sendiri yang menyedari ketiadaannya pada pagi kejadian.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, isteri mangsa berumur 36 tahun menyedari suaminya tiada di sisi ketika bangun tidur dan turun mencarinya di tingkat bawah.

Menurutnya, isterinya kemudian ke bahagian dapur dan mendapati pintu bilik air berkunci dari dalam.

“Isterinya cuba mengetuk dan memanggil nama suaminya beberapa kali tetapi tidak berjawab.

“Justeru, isterinya bertindak membuka pintu bilik air menggunakan kunci pendua dan terkejut melihat mangsa dalam keadaan terlentang berlumuran darah sebelum menghubungi ambulans,” katanya.

Umar Ali Saifuddin berkata, dua bilah pisau ditemui berhampiran mayat mangsa, yang dipercayai digunakan untuk membunuh diri berikutan terdapat tiga kesan tikaman di dada dan perut serta kesan kelar pada pergelangan tangan kiri.

“Mangsa yang bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang di Batu Berendam turut meninggalkan sehelai nota pesanan kepada isterinya, yang ditemui bersebelahannya.

“Mangsa berpesan supaya menjaga dua anaknya berusia 7 dan 11 tahun, selain meminta isterinya tidak bersedih dengan kematiannya. Mangsa turut menyatakan dia menghadapi tekanan kerja dan tak mampu selesaikannya sehingga mengambil tindakan membunuh diri,” katanya.

Menurutnya, selepas siasatan di tempat kejadian dilakukan, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, rakan sekerja mangsa, S Seliyan, 38, berkata, mangsa tidak menunjukkan apa-apa :perubahan, malah tetap ceria seperti biasa ketika bersama-sama bermain futsal pada malam sebelum kejadian.

“Kami rapat dan saya sudah mengenalinya lebih lima tahun lalu. Saya terkejut apabila dimaklumkan mangsa meninggal dunia.

“Saya tidak sangka dengan tindakan nekad yang diambilnya kerana dia kelihatan gembira dengan kerja yang dilakukannya,” katanya.


'via Blog this'

Mangsa pokok sawit tumbang

SH:

PORT DICKSON – Ribut sekitar Tanah Merah, di sini lewat petang kelmarin menyebabkan seorang pekerja di sebuah ladang sawit maut selepas kenderaan dinaiki mereka untuk pulang ditimpa pokok sawit.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa, Abdul Wahid Musa, 21, maut di tempat kejadian selepas cedera akibat ditimpa pokok berkenaan yang sudah berusia hampir 23 tahun.

Ketika kejadian, mangsa bersama dua rakannya, Sharul Nizam Mahathir, 30, dan Muhd Yazid Kasimin, 21, sedang bersiap untuk pulang kerana hujan dan ribut melanda selepas seharian bekerja di situ.

Menurut Sharul Nizam, mereka bertiga pada mulanya naik ke kenderaan jenis Land Rover untuk pulang, bagaimanapun arwah yang pada awalnya duduk di tempat penumpang bahagian depan turun semula dan duduk di bahagian belakang kenderaan bersamanya.

“Ketika itu hujan lebat berserta guruh. Tiba-tiba kenderaan kami yang belum bergerak ditimpa pokok kelapa sawit.

“Saya menundukkan badan dan tersepit di celah-celah pucuk kelapa sawit itu, sebelum berusaha keluar dari kenderaan dengan memecahkan tingkap.

“Tetapi, arwah kelihatan kaku di tempat duduknya dan sebahagian tubuh dari kepala hingga pinggang sudah ditimpa dahan-dahan pokok,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Sharul Nizam berkata, dia bersama Muhd Yazid cuba membantu arwah keluar dari kenderaan, bagaimanapun mangsa sudah tidak beri apa-apa tindak balas lagi.

Sementara itu, bapa mangsa, Musa Eron, 62, berkata, dia terkejut menerima panggilan telefon mengatakan anaknya kemalangan.

“Ketika itu saya bayangkan dia kemalangan kerana mahu keluar duit di bank. Ini kerana, Jumaat lalu, arwah ada meminta wang kerana simpannnya hanya tinggal RM50 saja. Pada hari yang sama saya telah mamasukkan wang yang diminta ke dalam akaun banknya,” katanya.

Ibu mangsa, Fatimah Mohd Said, 57, berkata, dia redha dengan pemergian anak tunggalnya itu.

“Dua minggu lalu, arwah sempat memeluk dan mencium saya sebelum pergi kerja dengan mengatakan dia sayangkan saya.

“Dia seorang anak yang sangat manja dan sangat menghormati orang lain,” katanya.

Menurutnya, arwah juga bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke 21 pada 28 Oktober ini.

Jenazah kemudian dituntut keluarga sekitar 11 pagi semalam dan dibawa ke Rengit, Batu Pahat, Johor untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Ladang, di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superitendan Baljeet Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


'via Blog this'

Kes buli semakin meningkat

SH:

TAMPIN – Mengikut kajian, kes buli membabitkan pelajar didapati semakin meningkat dari tahun ke tahun dan ia harus dibendung segera bagi mengelakkannya menjadi wabak.

Wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Amir Sharifuddin Ahmad berkata, terdapat beberapa punca yang dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli antaranya kurang mendapat penghayatan nilai agama.

Bagaimanapun menurutnya, pelajar harus disedarkan bahawa perbuatan buli adalah satu kesalahan jenayah selain didedahkan dengan kesan buruk daripada perbuatan membuli.

“Kini, terlalu banyak cabaran yang harus dihadapi dalam mendidik pelajar susulan terdapat gejala kurang sihat seperti penagihan dadah, kes buli, samseng, lari dari rumah dan jenayah melibatkan remaja.

“Oleh itu, diharap semua pihak dapat mengambil langkah drastik dan bersama-sama kita dalam membendung kes buli membabitkan pelajar bagi memastikan mereka tidak terpengaruh untuk menjadi pembuli,” katanya sempena program Kempen Anti Buli di Sekolah Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang dan Pegawai Pelajaran Daerah Tampin, Hamzah Abu.

Untuk rekod, kira-kira 500 kes buli direkodkan di negeri ini di mana 140 kes buli di daerah Tampin, 80 kes buli di Jempol/Jelebu; Kuala Pilah, Rembau, Seremban, dan 40 kes buli di Port Dickson.

Katanya, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekolah mengambil langkah proaktif dengan menitikberatkan isu kes buli melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik serta Kewarganegaraan.

“Selain itu, didapati antara punca kes buli adalah ibu bapa kurang memberikan kasih sayang kepada anak dan terpengaruh dengan rakan sebaya,” katanya.


'via Blog this'

Terbabas elak dilanggar kereta

SH:

SEREMBAN – Gara-gara mengelak daripada dilanggar sebuah kenderaan, seorang wanita cedera di muka dan tangan selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum terjatuh di Jalan Forest Height, di sini, semalam.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Hashim, 25, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Siti Qursiah Mohd Zin, 21, menunggang motosikal jenis Honda EX5, dalam perjalanan dari arah Seremban menuju Senawang.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, dia melihat sebuah kereta jenis Perodua Alza seakan menghimpit motosikal mangsa menyebabkan wanita terbabit terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh.

“Saya lihat mangsa berguling beberapa kali selepas terjatuh sebelum dia terbaring kesakitan di atas jalan.

“Saya cuba membantu mangsa tetapi dia tidak dapat bergerak. Justeru, saya menghubungi ambulans kerana risau keadaannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mangsa dihantar dengan ambulans ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan lanjut.


'via Blog this'

Basuh baju sebelum hilang

SH:

BAHAU - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) sempat membasuh pakaiannya sebelum dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada 15 Oktober lalu.

Anak bongsu daripada 10 beradik, Abd Azman Saleh, 35, dipercayai keluar dari rumah antara jam 1 tengah hari hingga 5 petang pada hari kejadian.

Abangnya, Abdul Hamid Saleh, 46, berkata, dia membawa adiknya itu minum di kedai makan Kampung Lonek, Batu Kikir kira-kira jam 8.30 pagi.

Menurutnya, selesai minum, dia menyuruh adiknya pulang ke rumah berjalan kaki melalui jalan kampung.

“Saya pula terus ke kebun di Serting Tengah. Apabila tiba waktu tengah hari, saya pulang membawa makanan untuk dia tetapi adik tiada di rumah.

“Saya beranggapan adik keluar sekejap. Jadi saya hanya meletakkan nasi di atas meja sebelum keluar semua ke kebun,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 6 petang, dia mendapati Abd Azman masih tidak pulang ke rumah dan di ampaian masih tersidai baju yang dibasuhnya sendiri.

Abdul Hamid berkata, adiknya itu sememangnya seorang yang lurus dan ini adalah kali kedua dia hilang.

“Saya risau dan tidak tahu hendak cari di mana. Orang kampung ada yang menolong namun sehingga hari ini adik saya masih tidak jumpai.

“Sudah empat hari adik hilang. Dia keluar sehelai sepinggang sahaja. Kali terakhir dia hilang pada tahun lalu, anak saudara saya menjumpainya di Kuala Pilah,” katanya.

Katanya, dia telah membuat laporan polis pada hari adiknya hilang di Balai Polis Batu Kikir.

“Pelbagai cara sudah saya lakukan termasuklah mengedarkan gambar adik di sekitar Kuala Pilah dan Jempol.

“Jika ada sesiapa yang menjumpai Abd Azman, diharapkan dengan segera dapat memaklumkan kepada saya menerusi talian 017-5425362 atau di balai polis berhampiran,” katanya.

Difahamkan, Abd Azman hanya memakai baju T berwarna putih dan seluar hijau gelap sebelum dilaporkan hilang.


'via Blog this'

Nyaris terkena libasan zink

SH:

JEMPOL - Sebanyak 12 rumah terjejas dan rata-ratanya mengalami kerosakan di bahagian atap dalam kejadian ribut, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu melibatkan penduduk sekitar kawasan Dun Lui dan salah seorang penduduk nyaris terkena libasan zink atap rumahnya di Felda Lui Selatan Dua.

Mangsa, Hamdan Md Daud, 56, berkata, dia ketika itu berada di rumah bersama isteri dan anak-anaknya.

Menurutnya, terkejut apabila terdengar bunyi angin kuat datang dari arah luar.

“Semua orang panik dan sebagai langkah keselamatan, kami berkumpul di ruang dapur rumah.

“Namun, secara tiba-tiba atap di bahagian ruang tamu tercabut dan diterbangkan angin menyebabkan semua barang di ruang tamu basah. Manakala, sekeping atap zink jatuh dan mengenai kepala dan lengan kanan saya. Mujur saya tidak dilibas,” katanya.

Hamdan berkata, itu adalah kejadian pertama berlaku sepanjang hampir 30 tahun dia menetap di situ sebagai peneroka.

Seorang lagi mangsa, Rahimah Dagang, 58, berkata, dia terkejut apabila atap bumbung dapurnya terbang.

Menurutnya, dia hanya mampu berserah sahaja kerana terlalu takut melihat angin yang kuat.

“Saya tinggal seorang sahaja di rumah ini kerana anak-anak sudah bekerja dan berkahwin serta berhijrah di luar.

“Manakala suami pula ditahan di wad Hospital Jempol kerana menjalani rawatan susulan untuk penyakit kencing manis yang dihidapinya,” katanya.


'via Blog this'

Nyaris maut bertembung

SH:

ALOR GAJAH - Dua daripada empat lelaki nyaris maut selepas lori dan kereta jenis Proton Wira yang dinaiki masing-masing terbabit dalam kemalangan di Bukit Putus, Tebong, dekat sini kira-kira jam 8.50 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, pemandu lori, Mohd Shukor Bahari, 40-an, bersama dua kelindan, Mohd Asyraf Arsad, 26, dan Khairul Azlan Othman, 20, dalam perjalanan pulang dari Durian Tunggal ke Maran, Pahang selepas selesai kerja.

Difahamkan, Proton Wira terbabit yang dipandu Nordin Senin, 28, dari arah Gemas ke Tebong cuba memotong lori muatan tiga tan yang dipandu Shukor, namun gagal sehingga berlakunya pertembungan sebelum kereta terbabit berpusing semula ke Gemas.

Mohd Asyraf berkata, dia dan dua rakannya itu terkejut sebaik menyedari pemandu Proton Wira terbabit tiba-tiba memotong lori mereka, namun gagal menyebabkan berlakunya pertembungan walaupun pemandu lori cuba mengelak ke kiri.

“Akibat cuba mengelak dari merempuh kenderaan lain, lori kami juga nyaris melanggar sebatang tiang elektrik di tepi jalan.

“Saya dan Khairul kemudiannya keluar dari lori dan mendapati pemandu Proton Wira terbabit berada dalam keadaan tersepit sebelum orang awam cuba membantu mengeluarkannya serta menghubungi ambulans,” katanya.

Sementara itu, jurucakap hospital berkata, pemandu lori berkenaan yang terkeluar tulang punggung dihantar ke Hospital Tampin sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan sementara pemandu kereta dirawat di Hospital Tampin.


'via Blog this'

Lima lelaki menyamar polis larikan muatan getah beku bernilai RM300,000

SH:

KUANTAN - Lima lelaki yang menyamar sebagai anggota polis melarikan sebuah lori memuatkan getah beku bernilai RM300,000 dalam kejadian samun di sebatang jalan di Kawasan Perindustrian Benus, Bentong, semalam.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian berlaku kira-kira 2.40 pagi ketika lori itu dalam perjalanan dari Kelantan ke Jelebu, Negeri Sembilan.

"Lori tersebut diberhentikan di tepi jalan kerana pemandunya mahu membuang air kecil. Tidak lama kemudian sebuah kereta Proton Waja berhenti di depan lori itu sebelum dua lelaki keluar dan mengaku mereka polis serta berpura-pura hendak memeriksa air kencing mangsa," katanya.

Salah seorang daripada suspek kemudian meletakkan pisau di leher pemandu lori itu serta memaksanya masuk ke dalam kereta terbabit di mana terdapat tiga lagi lelaki.

Dua daripada suspek kemudian ditinggalkan bersama kelindan berusia 30an itu, manakala pemandu lori berusia 41 tahun tersebut dibawa dengan kereta menuju ke Karak, katanya.

Suspek bagaimanapun berpatah balik selepas mendapati ada sekatan jalan raya sebelum menuju ke Jalan Lama Gombak-Genting Highlands dan meninggalkan mangsa di Km 16 jalan berkenaan.

Noor Asyikin berkata tidak lama kemudian kesemua suspek tiba di tempat mangsa ditinggalkan bersama kelindan lori terbabit sebelum melarikan diri dengan kereta dan lori yang memuatkan 20 tan metrik getah beku berkenaan.

"Kedua-dua mangsa yang tidak dicederakan bagaimanapun menahan kereta orang awam yang melalui jalan itu yang menghantar mereka ke Balai Polis Gombak," katanya.

Noor Asyikin berkata polis kini menjejaki suspek dan berusaha mengesan lori jenis Nissan bernombor pendaftaran KCJ 8258.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak lori berkenaan diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama


'via Blog this'

Kontraktor hilangkan diri

SH:

JOHOR BAHRU - Hajat seorang menantu untuk membuat mengubahsuai kediaman ibu mertua tidak kesampaian apabila pihak kontraktor gagal menyiapkan kerja seperti yang dijanjikan walaupun telah membayar deposit sebanyak RM11,000.

Kerani, Chen Han Jie, 30, memfailkan tuntutan di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini, semalam, meminta syarikat berkenaan memulangkan semula bayaran yang dibuat secara berperingkat sejak Mac lalu.

“Selepas membuat perbincangan mengenai reka bentuk yang kami mahukan, pihak kontraktor meminta kami membayar RM16,500 untuk sambungan dapur kediaman dengan keluasan kira-kira 200 kaki persegi.

“Saya telah bayar RM9,000 kepada pihak kontraktor untuk membeli material, manakala RM2,000 untuk pelan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, projek yang bermula sejak Mac lalu masih gagal disiapkan sehingga kini, malah kontraktor hanya memasang separuh bahagian dinding, sedangkan bayaran telah dibuat termasuk membeli material dan upah melukis pelan.

Presiden TTPM, Maznah Haron dalam penghakimannya mengarahkan pihak kontraktor memulangkan semula bayaran dijelaskan Han Jie sebanyak RM11,000 dalam masa 14 hari dari tarikh award dikeluarkan.


'via Blog this'

Kebas duit majikan

SH:

MUAR - Seorang peniaga kafe makanan di bandar ini mendakwa kerugian sebanyak RM600 apabila dicuri oleh pekerja yang baru diambil bekerja di premisnya.

Junaidah Tarimah, 32, berkata, sifat pekerjanya yang dilihat sebagai seorang gadis lemah lembut hanyalah lakonan, apabila telah merangka agenda tersembunyi.

Menurutnya, gadis berusia awal 20an itu diperkenalkan oleh seorang kenalan dan dia mengambil gadis itu bekerja di kafe miliknya pada awal Mac lalu.

“Sepanjang hampir sebulan bekerja, dia tidak mempamerkan sebarang per- buatan yang mencurigakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Junaidah berkata, namun dia berasa hairan apabila wang jualan harian yang diterima semakin berkurangan.

“Saya pernah bertanya kepadanya tetapi dia tidak mengaku. Oleh kerana tiada bukti, saya hanya mendiamkan saja perkara berkenaan.

“Namun, segalanya terbongkar ketika mahu mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mendapati wang simpanan dalam akaun semasa berkurangan dan beberapa keping cek juga hilang,” katanya.

Menurutnya, kerana tidak berpuas hati, dia menghubungi pihak bank dan daripada maklumat yang diberikan, satu cek bernilai RM600 sudah ditunaikan seseorang.

Junaidah berkata, menyedari perbuatannya terbongkar, pekerjanya itu bertindak melarikan diri dan kini dipercayai berada di Melaka.

“Sejak laporan polis dibuat pada pertengahan Julai lalu, saya sudah banyak kali cuba menghubungi selain menghantar sistem pesanan ringkas untuk bersemuka dengannya.

"Namun, dia tetap enggan, sebaliknya menuduh saya merosakkan namanya kepada orang ramai. Dia juga mengugut untuk melaporkan kepada polis sekiranya saya terus menghubunginya,”. katanya.

Justeru, Junaidah menasihati peniaga lain supaya lebih berhati-hati apabila mengambil pekerja baru.


'via Blog this'

Bapa terkilan susu tepung ada bendasing

SH:

KUALA KANGSAR - Seorang pengguna, di sini, merasa terkilan apabila kuasa pengguna tidak dapat digunakan ketika membuat aduan berkenaan kewujudan bendasing berupa serpihan hitam dalam susu tepung yang dibelinya, dua minggu lalu.

Mohd Hasbullah Mohd Razi, 25 berkata, susu berkenaan dibeli di sebuah kedai di pekan Kuala Kangsar untuk anaknya yang berusia enam bulan, dengan harga RM17.30 untuk satu paket seberat 650 gram.

“Susu berkenaan merupakan susu berjenama agak terkenal di negara ini banyak diiklankan di kaca televisyen yang mana dikatakan mempunyai khasiat tinggi serta bagus untuk bayi.

“Hajatnya mahu menukar jenama susu untuk anak dan saya telah membeli tiga paket sekali gus susu tepung berkenaan, namun tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku untuk satu jenama susu yang agak terkenal,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin.

Katanya, awalnya dia menyangka serpihan hitam itu adalah sampah yang terjatuh ke dalam bekas mengisi susu tepung untuk anaknya, namun setelah diperiksa, ketiga-tiga paket susu berkenaan didapati turut mengandungi serpihan sama.

Menyedari keadaan itu, Mohd Hasbullah berkata, dia merasa bimbang ia akan mendatangkan mudarat kepada anaknya kerana satu paket telah habis diminum bayi berusia enam bulan itu.

“Awalnya isteri saya menyangka ia adalah sampah kecil dalam bekas susu tepung lalu menapis sehingga habis satu paket pertama untuk membuang serpihan berkenaan, namun apabila menyedari ia turut terkandung dalam paket dua paket lagi, kami mula merasa bimbang, lalu mengadukan perkara ini kepada pihak berwajib,” katanya.

Menurut Hasbullah, isteri dan bapa mertuanya telah mengadukan perkara itu kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kuala Kangsar dan Pejabat Kesihatan Daerah pada 14 Oktober lalu, namun terkilan dengan cara masalah itu ditangani.

“Sikap menuding jari antara pihak berwajib sebenar membuat kami rasa terkilan, kerana sikap seperti ini membuatkan kuasa sebagai pengguna seperti tidak berguna langsung dalam situasi seperti ini.

“PPDNKK kata mereka hanya memantau dari segi harga dan masalah ini perlu dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah, manakala Jabatan Kesihatan pula mengatakan di sebaliknya dan keadaan ini membuatkan pihak pengguna seperti kami kecewa,” katanya.

Mohd Hasbullah berkata, hanya selepas bapa mertuanya berkeras baru Pejabat Kesihatan Daerah menerima sampel susu yang dibawa untuk diuji dan memaklumkan keputusan pemeriksaan akan keluar dalam masa enam minggu.

“Kami harap pihak berwajib lebih bertanggungjawab dalam menangani perkara sebegini kerana ia melibatkan makanan bayi dan jika karenah birokrasi terus dibiarkan seperti ini, ia akan mendatangkan mudarat kepada ramai pengguna,” katanya.


'via Blog this'

Rugi ditipu rakan sendiri

SH:

PARIT BUNTAR – Lima penduduk di sini mendakwa diri mereka ditipu rakan sekolah yang hanya dikenali sebagai Mohd Zambri apabila melarikan semua wang mereka berjumlah hampir RM20,000 yang diberi kepadanya atas alasan membentuk perkongsian perniagaan.

Salah seorang mangsa, Zulkifli Mohamed Noor, 51, berkata, Mohd Zambri adalah rakan sekolah mereka dan tidak menyangka akan ditipu setelah memberikan wang sejumlah RM5,000 kepadanya untuk membuka sebuah perniagaan pengangkutan Teksi di Selayang secara perkongsian.

Zulkifli berkata, sebelum kejadian berlaku, dia sempat bertemu dengan suspek yang memintanya menyerahkan sejumlah wang yang telah dibincangkan dengan jaminan mampu memperoleh keuntungan RM7,000 sebulan dalam masa tiga tahun.

Menurutnya, percaya dengan janji itu, dia tanpa berfikir panjang memberikan wang berkenaan, tambahan suspek telah dikenali sejak zaman persekolahan lagi.

“Namun setelah diselidik sebenarnya bukan saya seorang sahaja yang diperdayanya, malah empat lagi rakan saya termasuknya Abdul Aziz Ahmad, 51, turut menyerahkan wang tunai sebanyak RM12,800, manakala tiga lagi menyerahkan lebih RM5,000.

Katanya, semua itu adalah pelaburan bukan sahaja untuk membangunkan perniagaan teksi di Kuala Lumpur dan Terengganu, malah untuk mendapatkan lesen kenderaan pengangkutan juga.

“Tetapi sehingga kini kami tidak mendapat apa-apa pulangan, melainkan suspek lesap tanpa dapat dikesan bersama wang pelaburan yang telah diberikan kepadanya.

“Kami juga telah membuat laporan polis dan harap orang ramai tidak turut menjadi mangsa suspek dipercayai masih berada di sekitar kawasan Selayang Baru, Batu Caves, Selangor,” katanya.

Katanya, dia bersama rakan-rakan lain masih memberu peluang dalam 15 hari selepas berita ini disiarkan untuk suspek memulangkan semua wang tersebut sebelum kes ini dibawa ke mahkamah.


'via Blog this'

Rugi ditipu rakan sendiri

SH:

PARIT BUNTAR – Lima penduduk di sini mendakwa diri mereka ditipu rakan sekolah yang hanya dikenali sebagai Mohd Zambri apabila melarikan semua wang mereka berjumlah hampir RM20,000 yang diberi kepadanya atas alasan membentuk perkongsian perniagaan.

Salah seorang mangsa, Zulkifli Mohamed Noor, 51, berkata, Mohd Zambri adalah rakan sekolah mereka dan tidak menyangka akan ditipu setelah memberikan wang sejumlah RM5,000 kepadanya untuk membuka sebuah perniagaan pengangkutan Teksi di Selayang secara perkongsian.

Zulkifli berkata, sebelum kejadian berlaku, dia sempat bertemu dengan suspek yang memintanya menyerahkan sejumlah wang yang telah dibincangkan dengan jaminan mampu memperoleh keuntungan RM7,000 sebulan dalam masa tiga tahun.

Menurutnya, percaya dengan janji itu, dia tanpa berfikir panjang memberikan wang berkenaan, tambahan suspek telah dikenali sejak zaman persekolahan lagi.

“Namun setelah diselidik sebenarnya bukan saya seorang sahaja yang diperdayanya, malah empat lagi rakan saya termasuknya Abdul Aziz Ahmad, 51, turut menyerahkan wang tunai sebanyak RM12,800, manakala tiga lagi menyerahkan lebih RM5,000.

Katanya, semua itu adalah pelaburan bukan sahaja untuk membangunkan perniagaan teksi di Kuala Lumpur dan Terengganu, malah untuk mendapatkan lesen kenderaan pengangkutan juga.

“Tetapi sehingga kini kami tidak mendapat apa-apa pulangan, melainkan suspek lesap tanpa dapat dikesan bersama wang pelaburan yang telah diberikan kepadanya.

“Kami juga telah membuat laporan polis dan harap orang ramai tidak turut menjadi mangsa suspek dipercayai masih berada di sekitar kawasan Selayang Baru, Batu Caves, Selangor,” katanya.

Katanya, dia bersama rakan-rakan lain masih memberu peluang dalam 15 hari selepas berita ini disiarkan untuk suspek memulangkan semua wang tersebut sebelum kes ini dibawa ke mahkamah.


'via Blog this'

Nyawa hampir melayang

SH:

HUTAN MELINTANG – Empat das tembakan yang dilepaskan menjadi satu kejutan besar kepada seorang peniaga walaupun dia berjaya menyelamatkan diri dalam satu kejadian berhampiran sebuah restoran di Jalan Feri, di sini, pagi semalam.

Tindakan pantas mangsa, K Sooria Theymudu, 39 berjaya menyelamatkan nyawanya apabila dapat melarikan diri sebaik sahaja melihat suspek menarik keluar sepucuk pistol semasa kejadian pada jam 7.45 pagi itu.

Sooria Theymudu berkata, dia tidak mengesyaki apa-apa niat buruk ketika didatangi suspek yang tidak dikenali dengan menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha di luar rumahnya pada ketika itu.

“Saya sedang bersiap-siap untuk ke premis perniagaan di pasar basah Hutan Melintang ketika itu dan suspek menghampiri kawasan rumah saya untuk bertanyakan alamat yang dicari.

“Kerana ingin menghulurkan bantuan kepadanya ketika itu dan kerana tidak mengesyaki sebarang niat buruk, saya keluar dari rumah seorang diri tanpa rasa ragu,” katanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan, semalam.

Menurut Sooria Theymudu, suspek telah mengeluarkan sepucuk pistol secara tiba-tiba ketika dia mendekatinya menyebabkan dia mengambil keputusan untuk lari menyelamatkan diri secepat mungkin ke dalam rumah.

“Suspek telah melepaskan empat das tembakan ke arah saya waktu itu yang mana dua das tersasar sementara dua das lagi mengenai tapak tangan serta lengan kiri saya.

“Akibat kecederaan yang dialami, saya telah dihantar ke klinik berhampiran sebelum dipindahkan ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan selepas memastikan suspek telah berlalu pergi dan keadaan betul-betul selamat,” katanya.

Menurut mangsa, dia langsung tidak tahu apa motif di sebalik kejadian itu dan mengapa dia dipilih suspek sebagai mangsa dalam kejadian yang hampir meragut nyawanya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan polis sedang menyiasat motif di sebalik kejadian.

“Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian, polis telah berjaya menemui empat kelonsong peluru yang mengesahkan empat das tembakan telah dilepaskan oleh suspek pada masa kejadian dan salah satu tembakan terkena mangsa.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun,” katanya.


'via Blog this'

Jurujual dilarikan penjenayah



KUALA KANGSAR - Niat baik seorang jurujual kereta memberi peluang kepada pelanggannya memandu uji kereta yang hendak dijual bertukar mimpi ngeri apabila beliau turut dibawa lari bersama kereta berkenaan.

Mangsa, Haslan Mat Yunus, 30, dilarikan penjenayah sejauh kira-kira 200 kilometer dari Sungai Petani hingga ke Kuala Kangsar setelah ditipu seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan.

Mangsa dilarikan ketika sesi memandu uji menggunakan laluan Lebuh Raya Utara Selatan tetapi berjaya melarikan diri daripada penjenayah berkenaan di Padang Rengas.

Haslan berkata, pada jam 11.10 pagi dia didatangi seorang lelaki lingkungan 40 tahun mahu membeli kereta.

Menurutnya, dia tidak menaruh syak ketika membawa lelaki itu memandu uji kereta jenis Honda Accord warna hitam sehinggalah lelaki itu memasuki lebuh raya.

“Saya melayan lelaki itu seperti biasa dan membawa kereta ke stesen minyak untuk mengisi petrol sebanyak RM10 tetapi lelaki itu menambah lagi bayaran sebanyak RM20 kerana mengatakan ia tidak mencukupi.

“Selepas itu lelaki berkenaan tiba-tiba melencong ke lebuh raya dan saya mula sedar lelaki itu ada niat tidak baik.

“Dia juga mengugut saya supaya berdiam diri dengan menunjukkan sepucuk pistol dan gari. Pada baju yang dipakainya ada logo PDRM.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dan takut sehinggalah tiba di Padang Rengas jam 2.30 petang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Padang Rengas di sini, semalam.

Bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Sungai Petani itu, bernasib baik kerana dapat melarikan diri ketika kereta berhenti berhampiran Taman Utama, Padang Rengas, sebelum terserempak anggota polis.

“Ketika dalam perjalanan, lelaki itu berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang untuk mengisi minyak tetapi saya takut untuk melarikan diri kerana dia bersenjata.

“Ketika tiba di Padang Rengas, saya diturunkan dan diarah untuk bertemu seorang kenalan lelaki berkenaan tetapi saya terus melarikan diri.

“Secara kebetulan, terdapat anggota polis peronda di kawasan itu dan mereka membawa saya ke balai polis berhampiran untuk membuat siasatan.

“Selepas membuat laporan, saya terpaksa menunggu majikan datang mengambil saya di sini sebelum membuat satu lagi laporan di Sungai Petani,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abd Gaffar Mohammad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kes berkenaan ada dilaporkan di Balai Polis Padang Rengas tetapi kini ia di bawah siasatan Balai Polis Sungai Petani,” katanya.


'via Blog this'

Bakal pengantin ditemui mati



SH

SENAI - Seorang ahli perniagaan berumur 32 tahun yang bakal melangsungkan perkahwinan pada November ini dijumpai mati berlumuran darah dalam bilik air di kediamannya di Taman Pelangi Indah, semalam.

Mangsa ditemui dengan kesan kelar di tangan dan leher sekitar jam 8.30 pagi semalam oleh ibunya.

Bakal bapa mentuanya yang hanya mahu dikenali sebagai Choo berkata, mangsa sepatutnya bertemu dengannya pada jam 9 pagi semalam untuk membincangkan urusan perkahwinan mangsa bersama anak perempuannya.

Sementara itu, Asisten Komisioner, Johor Bahru Selatan, Zainuddin Yaakob berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.

Tragedi mandi perigi

SH:

MUAR - Kegembiraan seorang ibu yang berpindah di rumah baru bertukar menjadi episod duka apabila dia kehilangan anak bongsu yang lemas selepas terjatuh ke dalam perigi, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Junaidah Zaningin, 40, bersama anaknya, Mohamad Ismail Hamdan, 4, mandi bersama di perigi berhampiran rumah mereka.

Ia berikutan rumah mereka belum mendapat bekalan air paip bersih kerana kediamannya baru siap kira-kira sebulan lalu.

Ketika kejadian, mangsa atau dipanggil Adik dikatakan sedang mandi bersama ibunya di tepi perigi dan dipercayai terjatuh ke dalam perigi berkenaan sedalam hampir satu meter yang terletak tidak jauh dari rumah mereka di Kampung Tulang Gajah, Lenga, di sini.

Junaidah berkata, sepanjang mereka mandi, anaknya memang memegang kain basahan yang dia pakai untuk mengelakkan daripada terjatuh tetapi entah bagaimana, tangan Muhammad Ismail tiba-tiba terlepas.

Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas kerana apabila dia menoleh anaknya sudah tergelincir dalam perigi.

“Saya sangat terkejut dan dengan pantas cuba menggapai tangannya tapi gagal dan adik terus tenggelam.

“Selepas beberapa kali mencuba untuk mencapai tangannya, akhirnya berjaya juga, namun ianya sudah terlambat kerana keadaan Adik sudah terlalu lemah,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Junaidah berkata, usahanya tidak terhenti begitu sahaja dan sebaik berjaya membawa naik Mohamad Ismail, dia segera menggoncang badan anaknya berulang kali.

Menurutnya, bagaimanapun, usahanya sia-sia apabila pernafasan Mohammad Ismail ketika itu dilihat sudah terlalu lemah.

“Saya terus menghubungi suami dengan bantuan seorang jiran untuk memaklumkan berita berkenaan.

“Suami, Hamdan Abdul Hamid, 40an, yang sedang bekerja di Bukit Kepong bergegas pulang sebaik menerima panggilan,” katanya.

Dalam pada itu, Junaidah juga melahirkan rasa ralat kerana dia tidak menyangka sikap ceria Adik sehari sebelum kejadian menjadi petanda anaknya itu akan meninggalkan mereka sekeluarga.

“Tragedi ini meninggalkan kesan mendalam kepada kami sekeluarga kerana dialah penghibur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli mengesahkan kejadian berkenaan dan ia diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.


'via Blog this'

Suspek kes tembak serah diri ditahan

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


DUNGUN 19 Okt. – Kurang 24 jam selepas wajahnya disiarkan di media massa, seorang lelaki yang dikehendaki kerana melepaskan tembakan ke arah seorang buruh warga Indonesia kelmarin, tampil menyerah diri di Balai Polis Paka, petang semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustafa berkata, suspek hadir di balai polis berkenaan pukul 7 petang setelah menyedari dia dikehendaki polis.

Katanya, suspek juga telah membawa polis ke sebuah stor berhampiran rumahnya di Kampung Cacar dan menunjukkan sepucuk pistol jenis .38 selain 16 butir peluru hidup dan satu kelonsong peluru yang disimpan di dalam dua tin.

“Suspek menyerah diri disebabkan tertekan kerana wajahnya didedahkan menerusi televisyen dan akhbar. Polis menyiasat kemungkinan suspek terlibat dengan jenayah lain kerana memiliki senjata api.

“Kita percaya lelaki itu mendapatkan senjata api tersebut dari negara jiran. Motif suspek melepaskan tembakan adalah disebabkan dendam,” katanya di sini hari ini.

Jamshah memberitahu, suspek ditahan reman sehingga 25 Oktober ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Dalam pada itu, lelaki yang nyaris ditembak suspek ketika ditemui hari ini berada dalam keadaan trauma kerana bimbang suspek mungkin mencarinya lagi.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Pian, 44, memberitahu, ini kerana lelaki itu pernah mengganggu hidupnya beberapa kali sebelum ini.

“Saya tak tahu punca sebenar. Tapi dia (suspek) pernah tuduh saya pukul dan tetak dia sebelum ini sampai tinggal parut,” kata bapa kepada 10 anak termasuk lima anak tiri itu ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Cacar, Paka di sini hari ini.


'via Blog this'

Bas ekspres rempuh treler, 2 wanita cedera

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


JASIN 19 Okt. - Dua penumpang wanita termasuk seorang daripadanya hamil lima bulan cedera apabila bas ekspres yang mereka naiki merempuh sebuah treler di Kilometer 186.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, 14 lagi penumpang bas terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dua yang cedera ialah Loh Hua Moi, 40, yang hamil lima bulan dari Kampung Sarang Buaya, Batu Pahat, Johor, manakala identiti seorang lagi penumpang wanita yang patah kaki belum dikenal pasti.

Turut cedera ialah pemandu bas tersebut yang berusia 40-an.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika kejadian, bas ekspres itu dalam perjalanan dari terminal bas Melaka Sentral di sini, menuju ke Johor Bahru.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila sebuah treler membawa muatan besi buruk mampat mengalami masalah brek pada tayar belakang lalu menukar laluan dari perlahan ke lorong kecemasan.

"Pada masa sama, bas terbabit yang datang dari arah sama tiba-tiba merempuh bahagian kanan belakang treler tersebut.

"Bas itu kemudian terbabas ke bahagian tengah lebuh raya dan merempuh pembahagi jalan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Tambahnya, Hua Moi dihantar ke Hospital Jasin untuk pemeriksaan lanjut manakala seorang lagi mangsa yang patah kaki dirujuk ke Hospital Tangkak.

Sementara itu, usaha untuk menemu bual Hua Moi di Hospital Jasin gagal apabila dia terpaksa dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan susulan.

Katanya, polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 43(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


'via Blog this'

Remaja ditahan seludup 10 PATI

Utusan Malaysia Online - Jenayah:



Supritendan Mohd. Nadzri Hussain memeriksa tempat duduk belakang sebuah kereta yang membawa sepuluh PATI di Ibu Pejabat Polis Daerah Arau di Arau, Perlis, semalam.


ARAU 19 Okt. - Walaupun usianya baru 15 tahun, namun seorang remaja lelaki telah ditahan kerana menyeludup 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar, semalam.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Nadzri Hussain memberitahu, remaja tersebut ditahan ketika berhenti rehat di sebuah stesen minyak di Pauh, pukul 12.30 tengah hari.

Sebelum itu, kata beliau, pihak polis yang menjalankan rondaan jenayah terserempak dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan berhenti di stesen minyak itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam kereta itu terdapat 10 PATI terdiri daripada daripada tujuh lelaki, dua wanita dan seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan.

"Polis mendapati kusyen di belakang kereta itu telah dikeluarkan supaya ia dapat memuatkan lebih ramai penumpang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya PATI tersebut dibawa dari sebuah kawasan tersembunyi di sempadan Padang Besar-Thailand sebelum mereka dihantar ke Perhentian Bas Changlun, Kedah untuk menaiki bas ke Kuala Lumpur.

Katanya, suspek bersama 10 PATI kemudian ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

Kata beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 26 A Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2010.

Mohd. Nadzri berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan cubaan menyeludup PATI itu didalangi sindiket tertentu.


'via Blog this'

Remaja berteduh bawah pokok disambar petir

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


PENDANG 19 Okt. - Seorang remaja maut akibat disambar petir ketika berteduh di bawah pokok kelapa di Kampung Alor Kumbang, Bukit Jenun di sini, semalam.

Kejadian pukul 6 petang itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Hilmi Omar, 17, melihat bapa saudaranya, Awang Daud, 58, membajak sawah kira-kira 300 meter dari rumahnya.

Awang berkata, sebelum itu, mangsa keluar dari rumahnya pukul 4 petang untuk membantunya di sawah dan kemudian pulang semula ke rumah kerana hujan lebat.

"Setengah jam kemudian kami keluar semula ke sawah kerana hujan sudah berhenti. Ketika itu, arwah berdiri di bawah pokok kelapa manakala saya pergi membajak sawah.

"Ketika kejadian, hujan renyai-renyai dan pada masa saya membajak sawah saya sempat menoleh ke arah Mohd. Hilmi dan melihat dia masih berdiri di bawah pokok kelapa itu.

"Selang beberapa minit kemudian kedengaran bunyi petir dan apabila saya menoleh ke arahnya, saya dapati arwah jatuh tertiarap dalam sawah," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Tambah Awang, dia bergegas ke tempat kejadian dan mendapati anak saudaranya masih bernafas dalam pangkuannya.

"Saya kemudian memangku mangsa dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah, tetapi mangsa sudah meninggal dunia akibat melecur teruk di bahagian pinggang," katanya.

Beliau kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa mangsa, Omar Daud, 46, dan Sarimah Osman, 38, serta penduduk kampung.

Omar berkata, mayat anaknya dihantar ke Hospital Yan dan hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan melecur di perut manakala baju yang dipakainya terbakar.

"Arwah anak sulung daripada empat beradik itu rajin bekerja mencari wang saku selain membantu menyara keluarga. Kami reda walaupun kehilangan seorang anak yang baik," katanya.

Jenazah Mohd. Hilmi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Nur Bukit Jenun di sini, semalam.


'via Blog this'

5 beranak hilang tempat tinggal

Utusan Malaysia Online - Jenayah:



Roshamila Mamat (dukung anak) dan tiga anaknya, Norharis Idayu Faizal, Mohd Hafizul Hisyam dan Nur Fatihah bersama Halimah Ismail melihat sisa kebakaran rumah mereka di Kampung Gong Ara, Pasir Puteh, semalam.


PASIR PUTEH 19 Okt. - Lima beranak yang dikategorikan daripada keluarga termiskin hilang tempat tinggal apabila rumah pusaka pemberian nenek mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Gong Ara, dekat sini, malam tadi.

Kebakaran berlaku pukul 9 malam ketika Faizal Yusof, 31, bersama isterinya, Roshamila Mamat, 23, serta tiga anak berada di rumah ibu mereka, Halimah Ismail, 44, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Roshamila berkata, dia dimaklumkan kejadian itu oleh adiknya, Zairul Fatahan Mamat, 19, tetapi hanya tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana terkejut.

Katanya, kesemua pakaian anak-anak iaitu Norharis Idayu Faizal, 6; Mohd. Hafizul Hisyam, 3; dan Nur Fatihah, 1, musnah dalam kebakaran.

"Selalunya pada pukul 7 petang kami akan berada di rumah emak dan kembali ke rumah pada pukul 10.30 malam setiap hari untuk tidur terutama apabila ada penduduk meminta suami saya melakukan kerja-kerja kampung pada waktu malam.

"Kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang termasuk kehilangan dokumen penting seperti kad pengenalan dan surat beranak ahli keluarga.

"Tiada barangan berharga yang hangus kerana kami keluarga miskin dan mengharapkan pendapatan harian suami bekerja sendiri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Kaharudin Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.37 malam dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian bersama sebuah jentera dan empat anggota untuk memadamkan kebakaran.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian yang dialami dianggarkan berjumlah RM20,000," katanya.


'via Blog this'

‘Nyawa kedua’ penjual ayam

TELUK INTAN: Seorang penjual ayam seolah-olah mendapat nyawa kedua kerana masih selamat walaupun ditembak bertalu-talu oleh seorang penjenayah dari jarak kurang tiga meter. Dalam kejadian itu penjenayah yang menyamar sebagai orang dalam kesusahan dan sesat jalan, berpura-pura bertanya arah kepada mangsa sebelum mengeluarkan pistol lalu menembak mangsa empat kali berturut-turut. Mangsa yang tergamam bagaimanapun terselamat apabila dua daripada peluru pistol itu hanya menembusi tapak tangan dan lengannya. Mangsa, K Sooria Theymudu, 39, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi semalam ketika dia menunggang motosikal dari rumahnya di Jalan Feri menuju ke gerai menjual ayam miliknya di pasar Simpang Empat di sini. Menurutnya, seorang lelaki memakai topi keledar menutup muka tiba-tiba berhenti berhampirannya dan bertanyakan alamat dicari.

Bas rempuh treler


KELUAR...anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengusung keluar mangsa yang cedera.
KELUAR...anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengusung keluar mangsa yang cedera.

ROSAK...bahagian depan dan tepi  bas  hancur selepas merempuh treler.
ROSAK...bahagian depan dan tepi bas hancur selepas merempuh treler.




JASIN: “Saya terkejut kerana ketika cuba masuk ke lorong kecemasan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman dan melihat sebuah bas terbabas ke kanan jalan,” kata pemandu treler, Aziz Romzi Sarkam, 42.
Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, dua penumpang termasuk wanita sarat mengandung lima bulan cedera, manakala 14 penumpang lain tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan treler di Kilometer 186.7 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Plaza Tol Lipat Kajang.

Menurut Aziz, ketika kejadian dia cuba memasuki lorong kecemasan bagi memberhentikan treler muatan besi buruk yang dipandu berikutan masalah brek kanan dialami.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, bas berkenaan membawa 16 penumpang dengan empat daripadanya ke Singapura dan selebihnya ke Johor Bahru, manakala treler itu dari Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru.

“Dua penumpang cedera dalam kemalangan itu, seorang daripadanya yang identitinya masih belum dikenal pasti mengalami patah kaki kanan dan dihantar ke Hospital Tangkak, Ledang untuk rawatan.
Manakala, wanita mengandung lima bulan dikenali sebagai Loh Hua Moi, 40, dari Kampung Sarang Buaya, Semerah, Batu Pahat, Johor pula hanya cedera ringan dan kini menerima rawatan di Hospital Melaka sebagai pesakit luar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Che Suza berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas dikenali sebagai Raja Chandran berusia 40-an dari syarikat Jebat Ekspres itu dipercayai cuba memotong di sebelah kanan jalan, sebelum terlanggar belakang treler terbabit yang ketika itu sedang bergerak perlahan ke lorong kecemasan.
Ketika kejadian, treler ini mengalami kerosakan pada bahagian brek kanannya dan bergerak perlahan dari laluan kiri untuk memasuki ke lorong kecemasan dan sebelum sempat keseluruhan bahagian badan treler masuk ke lorong itu ia dilanggar bas ekspres terbabit.
“Akibat rempuhan kuat itu, seluruh dinding bahagian kanan badan treler ini rosak teruk dan termasuk ke dalam bas, manakala bas ekspres berkenaan pula rosak di bahagian kiri depannya,” katanya.Menurutnya, pemandu bas dan treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan.Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

Tebus talak demi kekasih


TEBUS TALAK...Normah sanggup tebus talak dengan bekas suami  untuk berkahwin dengan teman lelaki.
TEBUS TALAK...Normah sanggup tebus talak dengan
 bekas suami untuk berkahwin dengan teman lelaki.




JOHOR BAHRU: Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak.
Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang’ namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah.Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami.>Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri.Suami saya sekarang tidak kisah mengeluarkan RM20,000 sebagai bayaran tebus talak asal kami dapat bersama,” katanya yang berkahwin buat kali kedua hanya selepas empat bulan dicerai suami pertama.

Hubungi kawan ketika tersepit

myMetro | Hubungi kawan ketika tersepit:
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki parah selepas teksi dipandunya merempuh belakang sebuah lori tiga tan di Jalan Bangsar, di sini, petang semalamDalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, mangsa, Alias Lazim, 49, yang memandu seorang diri dalam perjalanan ke Petaling Jaya. Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 35, berkata, ketika kejadian dia berada di belakang teksi berkenaan yang secara tiba-tiba merempuh belakang lori yang diletakkan di tepi jalan.Katanya, akibat kejadian itu pemandu teksi berkenaan mengalami patah bahu kanan dan cedera di muka. “Saya dan orang ramai cuba membantu mengeluarkan mangsa sebelum bomba dan penyelamat tiba,” katanya di sini, semalam.Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Remaja maut dipanah petir

myMetro | Remaja maut dipanah petir:
PENDANG: “Cucu saya teringin nak makan ikan puyu sambal. Dia sendiri pergi memancing ikan di sawah belakang rumah dan menyuruh saya masak sambal. “Saya reda dengan kematiannya kerana dia sempat menjamah ikan puyu sambal itu sehari sebelum kejadian,” kata Aisyah Saad, 82, nenek kepada Mohd Hilmi Omar, 17, yang maut disambar petir ketika berteduh di bawah pokok kelapa di Kampung Alor Kumbang, Bukit Jenun di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa menemani bapa saudaranya, Awang Daud, 58, membajak sawah kira-kira 300 meter dari rumahnya. Aisyah berkata, cucunya itu tinggal bersamanya sejak tiga bulan lalu kerana kesihatannya tidak mengizinkan untuk dia bergerak seorang diri. “Mohd Hilmi baik dan manja. Kehilangannya amat dirasai kerana dia yang menjaga saya di rumah ini. Saya hanya tinggal berdua dengan arwah dan dia selalu membantu bapa saudaranya di sawah. 'via Blog this'

Ilmu pengasih asap rokok

myMetro | Ilmu pengasih asap rokok:
JOHOR BAHRU: “Din mengamalkan ilmu pengasih menggunakan asap rokok dan bagi menjadikannya lebih mujarab, ia perlu dihembus kepada mangsa di hentian bas,” kata seorang guru sebuah sekolah di bandar raya ini yang mendakwa menjadi mangsa kasanova berjari 17 dikenali sebagai ‘Din Kudung’, semalam. Mangsa mahu dikenali sebagai Siti, 32, berkata, melalui pengalaman dan cerita mangsa lain, semua perkenalan mereka dengan Din Kudung bermula sama ada di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin mahupun hentian bas lain. Menurut Siti, pertemuan pertama dengan Din Kudung serta pengalaman mangsa lain membuktikan lagi telahan lelaki terbabit akan bertindak menghembus asap rokok ke muka mereka. “Saya berkenalan dengan Din Kudung menerusi panggilan telefon dibuatnya pada awal September 2010 sebelum kami bertemu di hentian bas berhampiran sekolah tempat saya mengajar,” katanya. “Kali pertama bertemu, Din Kudung banyak bercerita berkaitan diri saya seperti kehidupan peribadi serta mata pelajaran yang saya ajar, membuatkan saya menyenanginya dan mahu berkenalan lebih rapat,” katanya. Lebih menghairankan, katanya, Din Kudung beberapa kali menghembuskan asap rokok ke mukanya dan mulanya terasa seperti mahu marah tetapi akhirnya hanya mendiamkan diri. “Sejak pertemuan itu, saya kerap bertemu Din Kudung yang turut mendakwa bertugas sebagai kontraktor dan mempunyai beberapa projek dalam pembinaan sekitar bandar raya ini. “Lelaki terbabit turut membawa saya ke beberapa lokasi projek pembangunan sekitar bandar raya ini yang konon miliknya. “Din Kudung mendakwa berdepan pelbagai masalah seperti pekerja ditahan Jabatan Imigresen dan kekurangan wang untuk meneruskan projek. “Terpedaya dengan helah lelaki berkenaan, saya bersetuju membuat pinjaman bank RM50,000 di sebuah institusi kewangan di pusat bandar raya ini, pertengahan September 2010,” katanya. Bagaimanapun, Siti terkejut kerana kurang tiga jam, urusan pinjaman itu diluluskan dan dia menyerahkan wang berkenaan kepada lelaki itu. Menurutnya, dua minggu kemudian, Din Kudung menghubunginya dan memaklumkan perlu RM50,000 lagi untuk menyelesaikan masalah kewangannya. “Saya akhirnya setuju membuat pinjaman itu selepas didesak, ia diluluskan pada hari sama dan cek pula dikeluarkan atas nama seorang lelaki yang juga rakan kepada Din Kudung. “Pertengahan Oktober pula, Din Kudung sekali lagi meminta saya membantunya dan saya menggunakan kad kredit untuk mengeluarkan RM8,000 sebelum menyerahkan wang berkenaan kepadanya,” katanya. Menurut Siti, tidak lama kemudian, lelaki terbabit menghilangkan diri, malah turut menukar nombor telefon bimbitnya. , Siti juga tertekan kerana Din Kudung berjanji konon mahu menjadikannya rakan niaga selain mengahwininya. Siti berkata, awal tahun ini, dia mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam sebelum dimaklumkan sebenarnya terkena ayat guna-guna dan diminta mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran. Katanya, selepas beberapa kali berubat, baru dia dapat berfikir dengan waras. “Saya akhirnya berjaya mendapatkan beberapa nombor telefon wanita lain yang menjadi mangsa Din Kudung dan apabila dihubungi, mereka turut mendakwa ditipu lebih RM100,000 seorang selain berkenalan di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin. “Akibatnya, saya kini terpaksa menjelaskan hutang sebanyak RM1,200 sebulan kepada tiga bank dengan tempoh bayaran pinjaman antara 15 hingga 20 tahun,” katanya. Menurutnya, disebabkan jumlah hutang yang banyak, dia tidak boleh membeli rumah mahu pun menukar kereta kerana separuh daripada gajinya digunakan untuk melunaskan bayaran terbabit. Berikutan itu, Siti membuat laporan di Balai Polis Taman Perling, 25 Ogos lalu, dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Din Kudung bagi mengelak lebih ramai wanita menjadi mangsanya.

Dituduh ugut remaja guna pistol tiruan

myMetro | Dituduh ugut remaja guna pistol tiruan:
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat pengiklanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap tuduhan mengugut seorang remaja perempuan dengan menggunakan pistol tiruan, dua minggu lalu. Badrul Naim Adzizan, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Azmil Muntapha Abas. Mengikut pertuduhan, Badrul didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Fatin Nabilah Abdullah, 19, dengan mengacukan sepucuk pistol tiruan model 1911 A1 di rumah pelajar sebuah kolej swasta di Blok D-21-8, Apartmen Melur, Jalan Sentul Timur di sini pada jam 11.30 pagi, 8 Oktober lalu. Bagi kesalahan itu dia yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Badrul turut didakwa di lokasi sama, memiliki sepucuk pistol tiruan model 1911 A1 bersama magezin berwarna hitam tanpa tujuan sah pada jam 12.15 tengah hari, 15 Oktober lalu. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 32(2) Akta Senjata 1960 (Akta 206) yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 23 November ini untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Norasyikin Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 'via Blog this'

Saman Jais, Utusan

myMetro | Saman Jais, Utusan:
KUALA LUMPUR: Seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lalu memfailkan saman terhadap sebuah akhbar, bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jais atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.
Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz dalam saman itu menamakan penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, bekas pengarah Jais, Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan Jais sebagai defendan.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi pada 16 Jun lalu. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu semalam.

Terdahulu, Hakim Datuk VT Singham ketika kes itu disebut di hadapannya semalam, membenarkan permohonan Mohd Kamilzuhairi yang diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin bagi meminda tarikh artikel itu diterbitkan daripada 16 Disember 2010 kepada 17 Disember 2010.

Beliau juga menetapkan 31 Oktober ini bagi membuat keputusan terhadap permohonan Muhammad Khusrin dan Jais untuk membatalkan saman itu. - Bernama

'via Blog this'

Inspektor terus dipenjara

myMetro | Inspektor terus dipenjara:
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah terhadap tuduhan rasuah RM2,500, dua tahun lalu. Hakim Rosbiahanin Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap Masrizan Bujang, 28, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. “Selepas meneliti keterangan tertuduh di peringkat pembelaan dan membuat penilaian maksimum terhadap hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati tertuduh disabitkan dengan kesalahan,” katanya. Beliau yang mengenakan hukuman penjara 24 bulan dan RM10,000 bagi setiap pertuduhan terhadap tertuduh, bagaimanapun memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini dan mengarahkan tertuduh dikenakan tambahan 12 bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda terbabit. Mahkamah turut menolak permohonan Masrizan supaya pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai. Masrizan yang memakai kemeja hitam kelihatan menundukkan wajahnya ketika mendengar keputusan itu. Rosbiahanin selepas mendengar rayuan tertuduh menasihatkannya supaya berfikir dulu sebelum melakukan sebarang kesalahan. “Alangkah bagusnya, jika kamu berfikir mengenai kesusahan keluarga sebelum lakukan kesalahan. “Jawatan kamu dah besar ni, dah inspektor,” katanya. Masrizan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi didakwa secara rasuah memperoleh wang tunai RM1,000 daripada seorang juruteknik, Haibedul Malek Abdullah sebagai dorongan bagi menyelesaikan kes kesalahan mencuri lelaki itu pada jam 3.30 petang, 2 September 2009. Tertuduh juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu bersetuju menerima RM1,500 daripada Haibedul sebagai dorongan menyelesaikan kes sama pada jam 2.15 petang, 29 Oktober 2009. Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 7, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Jalan Stadium di sini, mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. 'via Blog this'

Sempat jamah puyu sambal

myMetro | Sempat jamah puyu sambal:
PENDANG: “Cucu saya teringin nak makan ikan puyu sambal. Dia sendiri pergi memancing ikan di sawah belakang rumah dan menyuruh saya masak sambal. “Saya reda dengan kematiannya kerana dia sempat menjamah ikan puyu sambal itu sehari sebelum kejadian,” kata Aisyah Saad, 82, nenek kepada Mohd Hilmi Omar, 17, yang maut disambar petir ketika berteduh di bawah pokok kelapa di Kampung Alor Kumbang, Bukit Jenun di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa menemani bapa saudaranya, Awang Daud, 58, membajak sawah kira-kira 300 meter dari rumahnya. Aisyah berkata, cucunya itu tinggal bersamanya sejak tiga bulan lalu kerana kesihatannya tidak mengizinkan untuk dia bergerak seorang diri. “Mohd Hilmi baik dan manja. Kehilangannya amat dirasai kerana dia yang menjaga saya di rumah ini. Saya hanya tinggal berdua dengan arwah dan dia selalu membantu bapa saudaranya di sawah. 'via Blog this'

Drebar lori patah tulang pinggul bertembung kereta

myMetro | Drebar lori patah tulang pinggul bertembung kereta:
ALOR GAJAH: Seorang pemandu lori patah tulang pinggul manakala dua kelindan terselamat selepas lori dinaiki berlanggar dengan sebuah kereta Proton Wira di Jalan Bukit Putus-Tebon-Gemencheh, dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam itu, pemandu lori, Mohd Shukor Bahari, 40-an, bersama Mohd Asyraf Arsad, 26, dan Khairul Azlan Othman, 20, dalam perjalanan pulang dari Durian Tunggal ke Maran, Pahang selepas selesai kerja. Difahamkan, kereta Wira terbabit yang dipandu Nordin Senin, 28, dari arah Gemas ke Tebong cuba memotong sebuah lori muatan tiga tan namun gagal hingga bertembung dengan sebuah lori lain dari arah Gemas. Menurut Mohd Asyraf, mereka bertiga terkejut sebaik menyedari kereta Wira terbabit tiba-tiba memotong sebuah lori lain namun gagal dan bertembung lori dipandu rakannya biarpun Mohd Shukor cuba mengelak ke kiri. “Kereta Proton Wira itu tiba-tiba memotong sebuah lori di hadapannya, tetapi tidak lepas dan terus merempuh bahagian depan sebelah kanan lori yang kami naiki biarpun Mohd Shukor cuba mengelak ke kiri. “Malah, lori yang kami naiki juga nyaris merempuh tiang elektrik berhampiran. Akibat pelanggaran itu pemandu kereta itu cedera di bahagian badan akibat tersepit manakala Mohd Shukor patah tulang pinggul. “Saya dan Khairul Azlan bagaimanapun bernasib baik kerana tidak cedera,” katanya. Menurut Mohd Asyraf, dia dan Khairul Azlan tergamam dan tidak berani menolong Mohd Shukor dan Nordin kerana bimbang mereka mengalami kecederaan lebih teruk sebelum orang awam cuba membantu dan menghubungi ambulans. Sementara itu jurucakap hospital berkata, kedua-dua pemandu yang cedera dihantar ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan untuk rawatan sebelum Mohd Shukor dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. 'via Blog this'

2 lelaki leka lerai kereta curi dicekup

myMetro | 2 lelaki leka lerai kereta curi dicekup:
KAJANG: Dua lelaki yang sedang sibuk meleraikan komponen kereta curi ditahan anggota kereta peronda polis yang membuat rondaan rutin di Bandar Baru Bangi, di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, anggota kereta peronda berkenaan yang meronda di kawasan kejadian melihat kelibat dua lelaki mencurigakan sedang asyik meleraikan komponen kereta di dalam kawasan rumah teres. Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek yang cemas cuba melarikan diri tetapi ketangkasan polis mengepung rumah berkenaan terlebih dulu menahan suspek. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, sewaktu ditahan, suspek berusia 27 dan 30 tahun itu sedang sibuk meleraikan komponen kereta jenis Proton Wira dan hasil soal siasat, suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan kereta berkenaan adalah miliknya. Katanya, polis turut menemui peralatan meleraikan kenderaan di sekitar rumah berkenaan. “Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk polis menjalankan siasatan lanjut dan pemeriksaan nombor chasis kenderaan menunjukkan kereta berkenaan dilaporkan hilang di Subang Jaya beberapa bulan lalu. “Hasil soal siasat polis membawa kepada penangkapan seorang lagi suspek berusia 20-an di Kajang, semalam bersama sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipercayai turut dicuri,” katanya. “Pemeriksaan polis di kawasan rumah suspek kemudian menjumpai sebuah lagi kereta Proton Wira yang dilaporkan hilang di Ampang beberapa bulan lalu,” katanya. Ab Rashid berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek mencuri kereta berkenaan di sekitar Lembah Klang sebelum komponennya dileraikan dan dijual di pasaran gelap dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga sebenar di pasaran. Semua suspek positif dadah sewaktu ditahan selain mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Beliau berkata, suspek kini ditahan reman empat hari di lokap IPD Kajang untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri kenderaan. 'via Blog this'

Dinikahkan imam mati

myMetro | Dinikahkan imam mati:
KUNAK: Temberang sepasang kekasih yang dicekup khalwat kononnya mereka sudah dinikahkan seorang imam di sini, minggu lalu, memakan diri apabila imam dimaksudkan itu sebenarnya sudah meninggal dunia, empat bulan lalu. Sebelum kejadian, pasangan kekasih itu ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) selepas dipercayai berkhalwat di sebuah bilik hotel bajet di pekan ini, kira-kira jam 10 malam kelmarin. Serbuan dilakukan selepas penguat kuasa mendapat maklumat mengenai seorang wanita berusia 30 tahun dipercayai melakukan perkara tidak senonoh dengan pasangan berusia 20 tahun di hotel berkenaan. Malah, penguat kuasa terpaksa menunggu hampir sejam sebelum pintu bilik dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap dan pemeriksaan mendapati seorang wanita yang juga lengkap berpakaian berselimut di atas katil. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku, pasangan terbabit mengaku suami isteri dan baru dinikahkan seorang imam di sebuah kampung berhampiran.

Patah bahu langgar lori

myMetro | Patah bahu langgar lori:
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki parah selepas teksi dipandunya merempuh belakang sebuah lori tiga tan di Jalan Bangsar, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, mangsa, Alias Lazim, 49, yang memandu seorang diri dalam perjalanan ke Petaling Jaya. Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 35, berkata, ketika kejadian dia berada di belakang teksi berkenaan yang secara tiba-tiba merempuh belakang lori yang diletakkan di tepi jalan. Katanya, akibat kejadian itu pemandu teksi berkenaan mengalami patah bahu kanan dan cedera di muka. “Saya dan orang ramai cuba membantu mengeluarkan mangsa sebelum bomba dan penyelamat tiba,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut. Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. 'via Blog this'

Van putih muncul lagi

AMPANG: Tragedi kes culik dan pembunuhan kejam Nurin pada 20 Ogos 2007 hampir berulang apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hampir diculik dua lelaki menaiki van putih persis kenderaan yang didakwa melarikan Nurin.
Menggunakan taktik hampir sama seperti kes penculikan sebelum ini, kanak-kanak lelaki terbabit diculik dan dibawa lari beberapa meter sebaik berjalan keluar dari sekolahnya berhampiran Kampung Melayu Ampang, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila sempat melarikan diri sebaik pintu van berkenaan terbuka akibat tindakannya yang meronta-ronta ketika ditahan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa baru tamat waktu persekolahan dan mahu pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran.

“Ketika sedang berjalan tiba-tiba seorang lelaki tempatan memakai kemeja-T terus keluar dari van putih diletakkan di tepi jalan lalu menghampiri kanak-kanak berkenaan yang baru keluar dari pintu utama sekolah.

“Lelaki itu dikatakan memeluk lalu menangkap mangsa dari belakang. Akibat terkejut dengan tindakan itu, mangsa meronta dan cuba melepaskan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Namun, mangsa dibawa masuk menaiki van dipandu seorang lagi lelaki tempatan dipercayai untuk dibawa lari.

“Dalam perjalanan itu, mangsa terus meronta-ronta melepaskan diri. Disebabkan keadaan van yang bergegar, pintu van itu terbuka.
“Mangsa segera melompat keluar dari van itu dan melarikan diri. Kedua-dua suspek yang panik dengan tindakan mangsa kemudian memecut van berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, mangsa pulang ke rumahnya dan menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk membuat laporan.

Amiruddin berkata, polis kini sedang giat memburu suspek dan menasihati orang awam supaya peka keadaan sekeliling dan memaklumkan polis sekiranya melihat keadaan mencurigakan menggunakan van putih.

Dalam kejadian sebelum ini, Nurin Jazlin Jazimin, 8, diculik selepas mengunjungi pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007. Mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya. Dua bulan selepas itu, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun nyaris diculik berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju tidak jauh dari tempat Nurin dilaporkan hilang. Dalam kejadian itu, mangsa yang cuba ditarik masuk ke dalam van sempat melawan sebelum dilepaskan penjenayah yang terkejut dengan jeritan ibu mangsa. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa turut dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini.

10 berhimpit dalam kereta

ARAU: Keinginan pendatang asing tanpa izin untuk bekerja di negara ini secara haram membuatkan mereka sanggup melakukan apa saja termasuk disumbat ke dalam sebuah kereta dan berhimpit bersama 10 yang lain asalkan terlepas dari pemeriksaan pihak berkuasa.
Namun, hasrat tujuh lelaki dan dua wanita warga Myanmar berusia 20 hingga 48 tahun itu yang sanggup duduk mencangkung dan berhimpit-himpit di dalam sebuah Proton Wira Aeroback yang ditanggalkan tempat duduk belakangnya itu tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis ketika berhenti di sebuah stesen minyak di sini, kelmarin.

Turut ditahan dalam serbuan jam 12.30 tengah hari itu seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dipercayai anak kepada salah seorang wanita yang ditahan itu.

Lebih mengejutkan, sindiket pemerdagangan manusia didalangi rakyat tempatan itu menggunakan khidmat remaja lelaki tempatan berusia 15 tahun yang dijadikan tekong darat bagi membawa masuk warga asing terbabit.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, kegiatan itu terbongkar apabila polis terserempak kereta terbabit yang berhenti dalam keadaan mencurigakan di stesen minyak berkenaan.

Katanya, sebaik didekati, pihaknya mendapati kereta itu sesak dengan 10 penumpang termasuk bayi.

“Mereka hanya duduk mencangkung hingga tiba ke destinasi. Siasatan mendapati remaja terbabit mengambil pendatang berkenaan di kawasan semak berhampiran sempadan Malaysia - Thailand di Padang Besar.

“Difahamkan mereka dalam perjalanan ke Stesen Bas Changlun, Kedah sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, remaja lelaki terbabit turut ditahan dan dia gagal melarikan diri kerana terkejut dan ketakutan melihat kehadiran polis.

Mohd Nadzri berkata, pihaknya percaya dalang sebenar yang terbabit dalam kegiatan berkenaan memandu kereta yang mengiringi kereta suspek sebelum dia melarikan diri selepas mengesan kehadiran polis.

“Sindiket bijak menggunakan khidmat suspek yang sudah tidak bersekolah walaupun masih berada di bawah umur dan tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai sindiket.

“Bagaimanapun kita akan menyiasat suspek yang bertubuh kecil berkenaan bagaimana dia terbabit dengan sindiket jenayah terancang ini dan akan memburu dan menangkap mereka yang terbabit,” katanya.

Katanya, suspek dan semua pendatang terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 26 A Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2010.

Penjual ayam ditembak lelaki tanya alamat

Berita Harian Online | Penjual ayam ditembak lelaki tanya alamat:




2011/10/20

TELUK INTAN: Seorang penjual ayam cedera selepas ditembak dari jarak dengan pistol oleh seorang lelaki di depan rumah mangsa di Jalan Feri, Simpang Empat, dekat sini, semalam.

K Sooria Theymudu, 39, ditembak seorang lelaki bermotosikal yang mendekatinya sebelum berpura-pura bertanyakan alamat sebuah rumah di situ, kira-kira jam 7.30 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Mohamad Zaki Harun, berkata mangsa ditembak dari jarak antara dua hingga tiga meter dan siasatan polis di lokasi menemui empat kelongsong peluru jenis 9 milimeter.
Kita masih menyiasat motif kejadian. Polis melancarkan gerakan memburu suspek, katanya di sini, semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Asisten Superintendan K Balakrishnan di talian 05-6299222.

Sementara itu, Sooria Theymudu berkata, lelaki memakai topi keledar berpenutup yang melepaskan tembakan itu menghampirinya ketika dia mahu menaiki motosikal untuk ke gerai menjual ayam di Pasar Simpang Empat.


'via Blog this'

Dua jam lerai kenderaan curi

Berita Harian Online | Dua jam lerai kenderaan curi:


Oleh Hardi Effendi Yaacob

2011/10/20

Kegiatan licik Geng Ah Kow terbongkar

HULU SELANGOR: Berbekalkan kemahiran sebagai mekanik, empat anggota sindiket curi kereta paling aktif di negeri ini, Geng Ah Kow, mengambil masa cuma dua jam untuk meleraikan sesebuah kenderaan curi sebelum menjualnya kepada pengusaha bengkel dan kedai potong dalam bentuk komponen alat ganti.

Kegiatan mereka terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor menyerbu sebuah unit kediaman di Apartmen Sri Kembangan, Bukit Beruntung di sini, 16 Oktober lalu yang membawa kepada penahanan empat suspek berusia 31 hingga 41 tahun, termasuk ketua kumpulan itu.
Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, pelbagai peralatan mencuri kenderaan turut dirampas termasuk alat mematikan sistem penggera kenderaan, beberapa set kunci utama (master key), empat nombor pendaftaran bersama 27 cukai jalan palsu, set walkie-talkie, wang palsu berjumlah RM7,000 dan kad pengenalan, selain pasport dipercayai milik mangsa mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata tidak seperti sindiket lain yang menyasarkan kenderaan mewah, kumpulan itu lebih bertumpu kepada kenderaan biasa yang tidak dilengkapi ciri keselamatan canggih, termasuk sistem penggera berteknologi tinggi.

Katanya, berdasarkan modus operandi mereka, kumpulan terbabit biasanya menyasarkan kenderaan yang diletakkan di tempat awam. Dengan menggunakan alat khas mematikan sistem penggera dan `master key, mereka akan melarikan sesebuah kenderaan ke kawasan hutan terpencil di Kampung Rasa, Bukit Beruntung untuk meleraikannya.

Semua komponen yang dileraikan kemudian dimuatkan dalam lori barang yang ditutup rapi bagi mengelak kegiatan mereka dikesan sebelum dihantar ke kedai potong dan bengkel kenderaan di seluruh negeri untuk dijual semula sebagai alat ganti.


'via Blog this'