Search This Blog

Tuesday, October 18, 2011

Kalau saya kurang ajar, Dr. M itu apa?

Utusan Malaysia Online - Politik:


KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melabelkannya sebagai kurang ajar kerana mempertikai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Abdul Aziz secara sinis membuka kembali sejarah pentadbiran Dr. Mahathir pada 1983 dan 1993 yang mengubah undang-undang negara terutama berkaitan hal-ehwal raja-raja Melayu melalui Parlimen dan akhirnya berjaya mengehadkan kuasa serta kekebalan institusi tersebut.

"Komen serta kenyataan saya juga masih dalam rangka undang-undang namun saya tidak pernah berceramah seperti beliau (Dr. Mahathir) ke seluruh negara sewaktu cuba mengubah rang undang-undang tersebut.

"Jadi, kalau komen saya yang lembut itu disifatkan kurang ajar, Dr. Mahathir itu apa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir berkata, walaupun komen Abdul Aziz mengenai titah Sultan Selangor baru-baru ini mungkin tidak menyalahi undang-undang, namun tindakannya yang enggan meminta maaf atas kesilapan itu jelas bertentangan dengan prinsip moral.

Mengulas lanjut, kata Abdul Aziz, beliau tidak mahu kenyataan itu disalah tafsir sebagai perbuatan tidak menghormati raja tetapi ia dibuat atas dasar ilmiah dan keikhlasan sebagai ahli akademik.

Katanya, beliau juga bukan seorang ahli politik dan tidak mahu terus terpalit dengan kenyataan di media sama ada oleh beliau sendiri mahupun ahli politik lain.

"Adakah itu kurang ajar? Ternyata standard mengenai budaya dan moraliti (ahli politik dan akademik) berbeza," ujarnya.


'via Blog this'

Rokok, arak RM70,495 dirampas

Dia buat dah:


KUBANG PASU 17 Okt. - Cubaan seorang lelaki warga tempatan untuk menyeludup pelbagai jenis arak dan rokok bernilai RM70,495 termasuk cukai ke negara ini melalui jalan kampung gagal apabila ditahan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam, semalam.

Suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada pukul 12.45 tengah hari di Jalan Padang Satu, Bukit Kayu Hitam di sini, hasil maklumat awam.

Menurut Komander UPP Bukit Kayu Hitam, Asisten Supritendan Mohd. Zunaidi Abdullah, suspek menutup arak dan rokok itu menggunakan kadbod berwarna hitam bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Setelah diperiksa, terdapat 7,944 tin arak pelbagai jenama dan 30,000 batang rokok jenama Surya yang masih belum dibayar cukai di belakang van itu," katanya kepada pemberita di UPP Bukit Kayu Hitam semalam.

Menurut beliau, barangan itu percayai dibawa masuk dari Thailand.

"Suspek dipercayai cuba mengelak melalui lebuh raya kerana terdapat sekatan UPP tetapi cubaannya gagal.

"Dia mengaku pertama kali menjalankan kegiatan itu dan ke mana ia mahu dibawa sedang disiasat," jelasnya.

Katanya kes itu siasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1957 kerana mengangkut barangan yang belum lulus kastam.


'via Blog this'

Bapa maut dirempuh kereta

Utusan Malaysia Online - Selatan:


MELAKA 17 Okt. - Seorang bapa kepada dua anak maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika kenderaan ditungganginya terjatuh di Jalan Datuk Mohd. Zain, Batu Berendam di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 3 petang, Shahrul Hisham Daud, 22, dikatakan baru pulang menghantar isterinya ke tempat kerja di sebuah pasar raya berhampiran.

Menurut sumber, mangsa ketika itu datang dari arah Taman Merdeka Permai menuju arah Bachang sebelum motosikalnya dikatakan terbabas dan terjatuh di tengah jalan.

"Sebaik sahaja terjatuh, mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun," katanya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Gelam, Tanjung Keling di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, isteri mangsa, Norhanisa Nordin, 21, berkata, dia tidak menyangka permintaan untuk menemaninya hingga ke kaunter wang tempat kerjanya itu merupakan permintaan terakhir arwah.

"Masih terngiang-ngiang kata-kata arwah yang beria-ia mahu menghantar saya sehingga ke kaunter pembayaran tetapi saya menolaknya kerana tidak mahu menyusahkannya.

"Tidak lama selepas itu, saya terkejut apabila diberitahu dia terlibat dalam kemalangan," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Melaka di sini, semalam.

Hasil perkahwinan pada 2008, pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu lelaki dan perempuan berusia tiga tahun dan 18 bulan.


'via Blog this'

Mohon panggil 4 saksi

KUALA LUMPUR: Pendakwaan dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil empat saksi bagi menyangkal keterangan yang dikemukakan Pakar Ortopedik dan Tulang Belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland yang juga saksi pembelaan.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden membuat permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar menutup kes mereka.

Mohamed Yusuf berkata, pihaknya membuat permohonan itu berikutan terdapat isu baru ditimbulkan melalui keterangan Dr Hoogland iaitu sama ada Anwar boleh melakukan perbuatan yang didakwa terhadapnya.
Pihak pembelaan tidak mengemukakan bantahan.

Dr Hoogland sebelum ini dalam keterangannya memberitahu mahkamah Anwar tidak boleh melakukan aksi seks berdasarkan keadaan sakit tulang belakang dialaminya kerana tidak boleh membongkokkan badan dengan biasa tanpa berasa sakit.

Mahkamah sebelum ini memerintahkan Anwar, 64, membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Unit 11-51-1, Kondominium Desa Damansara, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, antara jam 3.10 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Sebelum ini, pihak pembelaan memanggil tujuh saksi memberi keterangan antaranya ialah Pakar Forensik dan DNA Australia, Dr David Wells serta Dr Brian Leslie McDonald. Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung hari ini. 'myMetro | Mohon panggil 4 saksi:

Lelaki tidur berteman mayat rakan


USUNG...anggota polis mengusung mayat mangsa untuk dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
USUNG...anggota polis mengusung mayat mangsa untuk dibawa ke hospital untuk bedah siasat.


MAUT...mayat seorang daripada dua lelaki Pakistan yang dibuang dari jambatan.
MAUT...mayat seorang daripada dua lelaki Pakistan
 yang dibuang dari jambatan.



GERIK: Berpantang maut sebelum ajal. Itulah ungkapan paling tepat bagi seorang lelaki yang masih hidup biarpun parah di kepala akibat ditetak dan patah kedua-dua kaki selepas dicampak dari atas sebuah jambatan setinggi kira-kira 40 meter di sini, sejak empat hari lalu.Menambahkan lagi penderitaannya, sepanjang tempoh berkenaan, lelaki warga Pakistan terbabit terpaksa tidur bertemankan mayat dua rakan senegaranya yang sudah berulat dan reput selepas kedua-duanya terbunuh sejak hari kejadian.Penderitaan lelaki berusia 30-an itu hanya berakhir apabila dia ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh penduduk kampung yang mencari pucuk paku di lokasi kejadian di bawah Jambatan Kenderong di Kilometer 8.9 Jalan Gerik - Kupang, kira-kira jam 2 petang semalam Difahamkan, untuk menyambung nyawa, mangsa yang cedera akibat ditetak di kepala dengan parang terpaksa minum air sungai dan lopak kerana tidak mampu merangkak naik ke tebing jambatan yang ketinggiannya bersamaan bangunan lima tingkat.> Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan ketiga-tiga mangsa itu kira-kira jam 3.15 petang lalu bergegas ke lokasi kejadian 'via Blog this'

myMetro | Kereta ‘terbang’

myMetro | Kereta ‘terbang’:
TRAGEDI...kereta Proton Iswara  bertindih di atas kenderaan lain selepas dirempuh dalam kemalangan semalam.
TRAGEDI...kereta Proton Iswara bertindih di atas kenderaan lain selepas dirempuh dalam kemalangan semalam.
SEREMBAN: “Apabila tiba di lampu isyarat itu, saya terkejut mendengar bunyi dentuman kuat dan ternampak sebuah kereta Proton Iswara ‘terbang’ menghempap bumbung kereta lain,” kata Rizal Adnan, 20, saksi kemalangan membabitkan lapan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Emas, di sini, semalam.
Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Senawang dan terkejut menyaksikan kejadian ngeri itu.

Rizal berkata, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat pemandu kereta Mercedes Benz yang merempuh deretan kenderaan itu tersepit di tempat duduk pemandu.
“Saya bersama orang awam lain cuba mengeluarkannya, namun kehadiran bomba di tempat kejadian tepat pada masanya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, pemandu Proton Iswara itu bagaimanapun terselamat daripada maut walaupun keretanya rosak teruk.

Kemalangan itu turut membabitkan enam kereta, sebuah van sekolah dan sebuah lori.
Kenderaan berkenaan berada di laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta jenis Mercedes Benz terbabit dipercayai dipandu laju dari Jalan Seremban-Tampin, di sini.

Difahamkan, akibat kesan hentaman kuat itu, lima mangsa di dalam kereta berasingan cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan.
Berikutan kemalangan terbabit, laluan Senawang ke Seremban berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini sesak sepanjang tiga kilometer.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku dari arah Senawang menghala ke Seremban membabitkan 19 mangsa berusia 20-an hingga 40-an.

Difahamkan, 14 mangsa lain yang turut berada di dalam kenderaan tidak cedera.

“Siasatan awal mendapati Mercedes Benz dipandu lelaki berusia 62 tahun itu tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum menghentam kenderaan lain,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan enam kenderaan lain tidak sempat menekan brek berikutan jarak antara kenderaan terlalu dekat dan terkejut melihat sebuah kereta melambung tinggi sebelum ‘terbang’ ke atas dua kereta lain di laluan bertentangan.

Katanya, pemandu kereta Mercedes Benz itu tersepit di tempat duduk pemandu dan orang ramai terus menghubungi balai bomba berdekatan.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Seremban, S Gunaselan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.33 pagi.

“Tiga jentera bomba dari Balai Bomba Seremban bersama 18 anggota dan pegawai tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit mengeluarkan mangsa tersepit berikutan kenderaan bertindih dengan sebuah kereta Proton Iswara,” katanya.
'via Blog this'

Kelar bayi dalam asrama

MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.
myMetro | Kelar bayi dalam asrama:
MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.
'via Blog this'

Dadah: Pencuci kereta dipenjara sedekad

SHAH ALAM: Seorang tukang cuci kereta dihukum penjara 10 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas mengaku salah atas pertuduhan pilihan memiliki 379 gram (g) ganja dalam satu serbuan di Petaling Jaya, dekat sini, tahun lalu.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosli Ithnin, 27, dan memerintahkan hukuman itu berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada hari kejadian. Tertuduh yang berasal dari Labis, Johor kelihatan tenang dengan keputusan itu dan sempat berbual dengan teman wanitanya sebelum dibawa masuk ke lokap. Mengikut pertuduhan pilihan itu, Rosli didakwa memiliki dadah berbahaya itu di sebuah stesen minyak di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, jam 7.30 pmalam pada 11 Jun 2010. Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Bagaimanapun dia bernasib baik ditawarkan pertuduhan pilihan kerana sebelum ini didakwa dengan pertuduhan asal mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) akta itu yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Terdahulu, peguam mewakili tertuduh, Richard Ho memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira latar belakang anak guamnya. Beliau berkata, Rosli terjebak melakukan perkara itu selepas terpengaruh dengan rakannya selepas datang ke ibu kota untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.

'via Blog this'

Reman disambung

BANTING: Tahanan reman suspek utama kes rogol dan bunuh seorang remaja perempuan, See Sheau Fang, 18, yang mayatnya ditanam di dalam lubang bersimen di depan rumahnya di Taman Perwira, di sini, tujuh tahun lalu, dilanjutkan sehingga esok.

Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, membenarkan permohonan polis untuk lanjutan tempoh reman sehingga 19 Oktober berhubung kes suspek melarikan diri dari lokap ketika ditahan reman bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh itu.


Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Hurman Hussain.

Difahamkan, suspek berusia 37 tahun disyaki merogol dan membunuh mangsa pada 26 Februari 2004 sebelum menanam mayat gadis malang itu di hadapan rumahnya.


Bagaimanapun, suspek melarikan diri menerusi siling tandas di Balai Polis Tanjung Sepat pada 13 Mac 2004. Suspek yang hidup dalam pelarian sejak tujuh tahun lalu ditahan semula minggu lalu.


Sabtu lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Adnan Abdullah berkata, penahanan seorang lelaki dalam kes melarikan kenderaan mewah mendapati individu itu disyaki terbabit dengan kes bunuh See pada 2004.

Beliau berkata, polis akan membuka semula kertas siasatan kes bunuh remaja itu dan suspek sama dipercayai terbabit dengan satu lagi kes peras ugut yang dilaporkan pada 1999.

'via Blog this'

2 maut kereta terjunam sungai

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga asing maut manakala rakan mereka seorang warga tempatan cedera apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Bunus, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, kereta jenis Honda berwarna putih yang dipandu mangsa, Krull Jason Price, 28, hilang kawalan dan merempuh palang besi penghadang jambatan sebelum terhumban ke dalam sungai.


Difahamkan, ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Jalan Sultan Ismail menghala ke Jalan Munsyi Abdullah.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, mangsa berasal dari Kanada manakala status warga negara seorang lagi rakannya tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada sebarang pengenalan diri pada mayatnya.


“Siasatan awal mendapati kereta itu milik warga tempatan yang cedera dan kita masih menyiasat bagaimana kereta berkenaan dipandu warga asing terbabit,” katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, semua mangsa berumur awal 20-an dan dipercayai pelajar sebuahnkolej swasta di ibu negara.

'via Blog this'

Tahanan reman suspek bunuh anak tiri disambung lagi

ALOR GAJAH: Tempoh tahanan reman terhadap seorang jurujual yang menjadi suspek kes bunuh anak tirinya, Mohd Firdaus Mat Dan, 6, disambung enam hari lagi bagi membolehkan polis melakukan siasatan dengan lebih terperinci.

Majistret Siti Suriatey Mohamad Yusoff, membenarkan lelaki itu ditahan reman hingga 23 Oktober ini selepas tempoh reman suspek berusia 37 tahun itu berakhir semalam.


Ia tahanan reman kedua terhadap suspek berkenaan bagi membantu polis meneruskan siasatan berhubung kematian Mohd Firdaus pada 10 Oktober lalu.

Sebelum ini, suspek dibenarkan ditahan reman selama tujuh hari bermula 11 Oktober lalu oleh mahkamah sama.


Suspek yang memakai baju lokap dibawa menaiki van polis dan tiba di Mahkamah Majistret Alor Gajah kira-kira jam 9.30 pagi.


Dia dibawa masuk melalui pintu belakang mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Akhbar ini pada 12 Oktober lalu melaporkan Mohd Firdaus yang dihantar bapa tirinya ke Hospital Alor Gajah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.


Hospital yang menyedari terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa termasuk kedua-dua kakinya dipercayai akibat terkena benda panas.


'via Blog this'

Bekas tentera lupus harta curi dijel 26 bulan

IPOH: Seorang bekas tentera dijatuhkan hukuman penjara 26 bulan selepas didapati bersalah melupuskan harta curi iaitu seutas gelang emas milik arwah Timbalan Pengarah Veteriner Perak, Dr Rohani Kasim yang ditemui mati dibunuh kejam di sebuah pangsapuri, awal Ogos lalu.

Tertuduh, Nuurhisyam Shukor, 22, berasal dari Kampung Balun, Slim River, Perak, dikehendaki menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditahan iaitu pada 4 Ogos lalu.


Sebaik pertuduhan dibacakan, tertuduh yang diwakili peguam bela dari Biro Bantuan Guaman, Yusof Arshad, mengaku bersalah sebelum Majistret Rabiatul Adawiyah Che Khalid menjatuhkan hukuman itu.

Ketika hukuman dijatuhkan, Nuurhisyam yang memakai jaket coklat dan berseluar jean serta berselipar di dalam kandang tertuduh kelihatan tenang.


Berdasarkan kertas pertuduhan, Nuurhisyam didakwa melupuskan gelang emas berbentuk sembilan urat bernilai RM6,000 di Kedai Jam Tangan Kam Seng di Jalan Besar, Tanjung Malim kira-kira jam 10.30 pagi pada 4 Ogos lalu.


Tertuduh yang pernah menetap di Permai Lake View, Tambun iaitu pangsapuri yang sama didiami arwah Dr Rohani didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Yusof turut mengemukakan rayuan kepada mahkamah supaya tidak menjatuhkan hukuman penjara kepada tertuduh dengan alasan tertuduh sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nor Abdurrahim menjelaskan kesalahan dilakukan tertuduh serius termasuk cuba melupuskan bukti yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan Dr Rohani.

Selain itu, katanya mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam memandangkan kes pembunuhan Dr Rohani itu menarik perhatian masyarakat.


Selepas mengambil kira fakta kes dan rayuan tertuduh, Rabiatul Adawiyah menjatuhkan hukuman penjara itu berkuat kuasa daripada tarikh tertuduh ditangkap.


Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan sepasukan polis di alamat 104, Jalan Lombong Kampung Balun di Slim River, pada kira-kira jam 10.25 malam, 4 Ogos lalu dan hasil soal siasat mendapati tertuduh mengakui menjual barang kemas berkenaan.


Sementara itu, Mahkamah Majistret sama semalam turut menetapkan pada 18 November depan untuk sebutan semula kes seorang pengawal keselamatan, Syahmie Hassan, 20, yang berdepan tuduhan membunuh Dr Rohani pada 3 Ogos lalu.

'via Blog this'

Badan penuh bekas kudis

GEORGETOWN: Tubuhnya kurus dan kecil manakala seluruh badannya dipenuhi kesan cubitan dan kudis dipercayai akibat kecederaan lama disyaki didera.

Begitulah penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun sebelum dia diselamatkan anggota polis, Sabtu lalu.


Kanak-kanak malang itu terpaksa menanggung azab berkenaan sejak Aidilfitri lalu apabila dia diambil ibunya daripada bapanya untuk tinggal dengan mereka di sebuah flat di Jalan Sungai, di sini.

Menurut sumber, polis menerima maklumat daripada orang awam mendakwa berlaku penderaan kanak-kanak kira-kira jam 1 tengah hari sebelum anggota polis bergegas ke rumah terbabit.


“Polis menemui kanak-kanak berkenaan yang berbadan kurus dan dipenuhi kesan kudis serta parut baru dan lama dipercayai dicubit dan kemungkinan dipukul.


“Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penahanan nenek kanak-kanak terbabit yang berusia 60-an dipercayai menjadikan cucunya itu sebagai sasaran melepaskan geram,” katanya.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti bentuk penderaan yang dilakukan nenek kanak-kanak berkenaan sama ada dia hanya mencubit atau turut memukul menggunakan sebarang senjata. Difahamkan, kanak-kanak berkenaan sebelum ini tinggal bersama bapanya berikutan ibu dan bapanya bercerai, tetapi diambil kembali ibunya untuk tinggal bersama selepas Aidilfitri lalu.


Bagaimanapun, kanak-kanak itu yang masih belajar di sebuah sekolah rendah dikatakan tidak disenangi neneknya yang sentiasa melepaskan geram dengan menjadikan kanak-kanak terbabit sebagai mangsa.

Sumber berkata, mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dia kini ditempatkan di wad kanak-kanak bagi rawatan lanjut.


“Siasatan lanjut juga mendapati kanak-kanak terbabit turut tinggal serumah dengan bapa saudaranya yang sebelum ini pernah ditahan kerana kesalahan rogol,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga penahanan nenek mangsa.


“Selepas mengambil keterangannya, kita membebaskan nenek mangsa dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

'via Blog this'

Peniaga diperintah bela diri bunuh pemberi maklumat polis

ALOR SETAR: Seorang peniaga diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang juga pemberi maklumat polis dekat Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, K Marimuthu, 34, di akhir kes pendakwaan.


Marimuthu didakwa membunuh Md Rashid Mahamud, 48, dengan menembak mangsa di atas jalan batu kelikir menghala ke Ladang Kelapa Sawit OSK Properties Sdn Bhd berhampiran Pasar Raya Econsave Jalan Kuala ketil, Sungai Petani, kira-kira jam 5 petang, 28 Ogos 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Zakiah ketika membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan berkata, beberapa elemen dapat dibuktikan dalam kes itu iaitu terdapat saksi yang melihat tertuduh melepaskan tembakan ke arah mangsa dalam jarak kira-kira enam meter.


“Ia membuktikan perbuatan yang dilakukan tertuduh adalah dengan niat dan tertuduh tahu perbuatannya itu boleh menyebabkan kematian mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan disebabkan tembakan yang mengenai jantung,” katanya.


Beliau berkata, sebanyak lapan saksi pendakwaan dipanggil untuk membuktikan pertuduhan kes terhadap Marimuthu.

“Pembelaan berhujah bahawa pihak pendakwaan tidak dapat mewujudkan kes prima facie kerana gagal menemui senjata yang digunakan untuk pembunuhan itu kepada mahkamah.


“Bagaimanapun, mahkamah menerima keterangan daripada salah seorang saksi yang mengakui melihat tertuduh melakukan kesalahan itu.


“Saksi berkenaan juga menyaksikan mangsa rebah dan jatuh di atas jalan batu kerikil sejurus ditembak,” katanya.


Zakiah berkata, laporan bedah siasat juga menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat luka selepas terkena tembakan di jantung, Zakiah kemudian menetapkan 20 November ini sebagai tarikh perbicaraan.


Tertuduh yang memakai baju kemeja-T dan seluar jeans berwarna biru kelihatan tenang selepas hakim mengarahkannya membela diri.

'via Blog this'

Perdaya isteri rakan

MELAKA: Seorang kakitangan sebuah bank di negeri ini mendakwa diperdaya seorang lelaki warga asing yang memaksanya melakukan hubungan seks sebagai balasan bagi membebaskan suami yang kononnya diculik.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa pada 8 Oktober lalu, wanita berusia 27 tahun itu mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki berkenaan selepas mengikuti suspek, 29, yang kononnya mahu membantunya mencari suaminya.


Menurut sumber, sehari sebelum kejadian (7 Oktober), mangsa mendakwa dia dan suaminya, lewat 20-an, membawa lelaki warga asing itu yang juga rakan suaminya, makan di sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum suaminya menghantar lelaki itu pulang, manakala dia menaiki sebuah lagi kereta.

“Beberapa jam kemudian, mangsa mendakwa lelaki berkenaan menelefonnya bertanya mengenai suaminya menyebabkan dia terkejut kerana sepatutnya dia bersama kenalannya itu.


“Lelaki warga asing itu yang juga ahli perniagaan kemudiannya menyatakan suaminya mungkin diculik dan menawarkan diri untuk membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan.


“Mangsa cuba menghubungi suaminya beberapa kali, namun gagal dan berikutan bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia akhirnya bersetuju mengikuti lelaki berkenaan,” kata sumber.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, wanita itu mendakwa lelaki berkenaan mengherdiknya selain mengaku dia yang menculik suami mangsa dan disembunyikan di rumahnya di Bukit Beruang.


Katanya, wanita itu mendakwa kemudian dibawa ke rumah suspek sebelum dipaksa melakukan seks oral dan dirogol dengan ganas hingga mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua belah pahanya sebagai balasan membebaskan suaminya.

“Mangsa mendakwa lelaki memberitahu dia ghairah melihat bentuk tubuhnya hingga mahu melakukan hubungan seks.


“Berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, polis kemudian menahan lelaki warga asing berkenaan di rumahnya di Bukit Beruang Utama beberapa hari selepas itu.


Sumber berkata, kejadian culik itu dipercayai tidak berlaku dan suami mangsa pulang ke rumah keesokan harinya dan ketika kejadian, dia berada di tempat lain.


Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, mengesahkan menerima laporan kejadian.


Menurutnya, warga asing itu turut membuat laporan berasingan kelmarin mendakwa wanita itu dan suaminya mereka-reka cerita kerana gagal memeras wang daripadanya.

'via Blog this'

Sangkal laporan amah Kemboja mati didera

KUALA LUMPUR: Polis menafikan berlakunya tiga kes pembantu rumah Kemboja mati didera seperti yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.

Berikutan laporan itu, kerajaan negara berkenaan membekukan penghantaran rakyatnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, hasil semakan sejak 2004 mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat mana-mana pihak sama ada waris mahupun kerajaan Kemboja mengenai kejadian bunuh membabitkan pembantu rumah warga Kemboja. “Dua kes bunuh yang dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan pula tiada kaitan langsung dengan pembantu rumah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai kedua-dua kes itu, Bakri berkata, bagi kes pertama yang dilaporkan berlaku di Ulu Tiram, Johor Bharu pada Mei 2004, seorang wanita warga Kemboja dibunuh seorang wanita yang juga rakyat senegara dipercayai bermotifkan cemburu.


“Kes kedua pada September 2010 di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, seorang lelaki warga Kemboja dibunuh rakannya sendiri kerana berlaku selisih faham selepas membuat bising,” katanya.

'via Blog this'

Bagaikan ‘daging bakar’

KUALA LUMPUR: Tubuh badan isteri yang melecur dipercayai dibakar suaminya sendiri dalam bilik mandi di rumah mereka di Kampung Baru, tengah malam Sabtu lalu difahamkan bagaikan ‘daging bakar’.

Sumber berkata, berdasarkan keterangan saksi, dalam kejadian jam 12.20 malam itu, suami mangsa berusia 28 tahun dan bekerja sebagai kerani sempat memadamkan api dalam bilik air dan badan mangsa dengan air sebelum menjerit meminta tolong.


Katanya, jeritan lelaki itu didengari jiran sebelum mereka berlari ke rumah mangsa untuk membantu.

“Menurut saksi, keadaan kulit mangsa bagai ‘daging bakar’ dan cukup menyayat hati malah berbau hangit.


“Mangsa sudah tenat ketika itu dan kesan melecur di seluruh tubuhnya menyebabkan saksi membuat tafsiran dia sukar diselamatkan,” katanya.


Menurutnya, suami mangsa berkelakuan panik dan sedih ketika meminta pertolongan namun mewujudkan rasa sangsi apabila semua kesan bakar berjaya dipadamkan.

Menurut sumber, hasil bantuan jiran, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kini berada dalam keadaan kritikal.


Tinjauan Harian Metro ke rumah mangsa mendapati keadaan rumah berkunci manakala bilik air yang dipercayai tempat kejadian berlaku terdapat kesan terbakar.

Beberapa jiran yang ditemui memberitahu mereka hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas membaca laporan muka depan Harian Metro, semalam.


Jiran mangsa dikenali sebagai Ehsan, 55 berkata, dia langsung tidak mendengar pertengkaran antara pasangan itu, malah tidak mengetahui mengenai kejadian itu.


Katanya, pasangan itu menyewa di rumah kayu dua tingkat itu sejak setahun lalu dan mempunyai dua anak lelaki berusia tiga dan lima tahun.


Semalam, Harian Metro melaporkan seorang jururawat berusia 28 tahun melecur lebih 80 peratus akibat tindakan suaminya ‘meletupkan’ wanita berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya sedang menyiasat motif kejadian dan mangsa masih menerima rawatan di HKL.

'via Blog this'

2 pemancing dihanyut arus

GOMBAK: Kegembiraan empat sahabat berusia 16 hingga 20 tahun memancing di longkang besar di Taman Samudera, di sini, berakhir tragedi selepas dua daripada mereka dihanyutkan arus deras, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mereka dikatakan sedang memancing sebelum tiba-tiba tergelincir dan dihanyutkan arus deras.


Bagaimanapun, dua daripada mereka diselamatkan orang ramai selepas hanyut sejauh kira-kira satu kilometer.

Saksi kejadian, Syah Lokman, 24, berkata, dia melihat dua lelaki itu terkapai-kapai minta pertolongan sebelum diselamatkan orang ramai yang kebetulan berada di kawasan kejadian.


Katanya, mangsa yang dibawa ke tebing kemudian dihantar ke Hospital Selayang.


“Mangsa sempat memberitahu dua lagi rakan turut dibawa arus deras,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Sementara itu, sepasukan anggota bomba yang dihubungi bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa.


Setakat jam 9 malam tadi, kedua-dua mereka belum ditemui.

'via Blog this'

myMetro | Lari tinggal 2 anak:

PETALING JAYA: Seorang wanita terpaksa berpisah dengan dua anaknya selepas melarikan diri akibat tidak tahan dibelasah suami di kediaman rakannya di Damansara Damai, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, mangsa berusia 32 tahun menumpang di rumah rakannya itu selama lebih dua minggu selepas melarikan diri bersama dua anaknya akibat tidak tahan dipukul suaminya.


Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, kejadian berlaku jam 2 pagi selepas mangsa mendapat panggilan telefon daripada suaminya menyuruh dia turun berjumpa dengannya.

Mangsa akur dan turun bertemu suaminya dengan membawa bersama dua anak mereka sebelum berlaku pertengkaran kecil. Ketika itu, suami mangsa yang naik marah menumbuk perut dan menampar mukanya.


“Suaminya turut mencekik mangsa sebelum wanita itu menolaknya dan melarikan diri meninggalkan kedua-dua anaknya bersama lelaki itu,” katanya. Menurutnya, sebelum kejadian, keluarga suami mangsa pernah datang ke rumah berkenaan dua minggu lalu dan mengugut akan ‘menyemadikan’ mangsa sambil melontarkan kata-kata kesat kepadanya.


“Bapa mentua mangsa turut memberi amaran supaya tidak mendekati suaminya lagi berikutan lelaki itu sudah beristeri baru dan hidup bahagia,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa yang melarikan diri ke rumah seorang lagi rakannya di Jinjang, dekat sini, membuat laporan di Balai Polis Jinjang sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

'via Blog this'

Luluh hati lihat jasad suami:


HIBA...Norhanisah sayu melihat mayat suaminya. Gambar kecil, Shahrul Hisham.
HIBA...Norhanisah sayu melihat mayat suaminya. Gambar kecil, Shahrul Hisham.

MELAKA: “Luluh hati saya ketika tiba ke tempat kejadian dan melihat tubuhnya terbujur kaku ditutup dengan plastik hitam. Malah, lebih mengecewakan apabila mengenangkan arwah tidak sempat melihat anak ketiganya yang bakal lahir.
“Sebelum ini, dia pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga koma dan menyatakan sekiranya sekali lagi terbabit kemalangan, nyawanya akan terancam kerana kepalanya sensitif,” kata isteri kepada mangsa kemalangan maut, Shahrul Hisham Daud, 22.
Norhanisah Nordin, 21, yang baru disahkan mengandung sebulan berkata, ketika kejadian suaminya baru menghantarnya bekerja di pasar raya di Cheng jam 2.45 petang sebelum terbabit dalam kemalangan jam 3.30 petang itu.

“Sebelum ini, dia tidak pernah menghantar saya sehingga ke kaunter tempat bekerja, namun hari ini (kelmarin) dia beriya-iya mahu ikut hingga ke kaunter, tetapi saya tidak menghiraukan permintaannya.

“Malah, sejak kebelakangan ini, suami lebih banyak berdiam diri sehingga kami jarang berbual dan saya tidak sangka perubahan itu petanda suami meninggalkan kami selamanya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), di sini, semalam.
'via Blog this'

Lapan terbunuh dalam nahas pesawat ringan di Botswana

Berita Harian Online | Lapan terbunuh dalam nahas pesawat ringan di Botswana: "


2011/10/18

GABORONE (Botswana): Seramai lapan orang terbunuh selepas pesawat ringan yang membawa 12 penumpang terhempas selepas berlepas dan terbakar dalam kejadian di Botswana, Jumaat lalu.

Seorang pegawai berkata, juruterbang warga Britain dan tujuh pelancong dari Perancis, Sweden dan Britain terbunuh.
Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Modipe Nkwe, berkata kejadian Jumaat lalu itu berlaku di selatan Okavango Delta.
Katanya, dua pelancong Perancis dan dua rakyat Bostwana terselamat.

Beliau berkata, punca nahas masih disiasat dan pihaknya sudah mengeluarkan kenyataan ringkas berkaitan kejadian berkenaan. Tidak dapat dipastikan mengapa sampai tiga hari untuk mengumumkan kejadian berkenaan. - AP "

'via Blog this'

3 remaja maut gesel motosikal

Berita Harian Online | 3 remaja maut gesel motosikal:




2011/10/18

Dua terjatuh sebelum dirempuh penunggang lain dari belakang

KUANTAN: Tiga remaja maut selepas terjatuh daripada motosikal yang bergesel sesama sendiri di Jalan Bandar Jengka-Universiti Teknologi MARA (UiTM), berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat 2, Bandar Tun Abdul Razak, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah malam, mangsa yang terbunuh ialah pelajar Tingkatan Tiga SMK Desa Jaya, Zulhilmi Haris, 15, dari Desa Jaya yang sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Turut terbunuh pelajar Tingkatan Empat SMK Jengka Pusat 2, Mohamad Lokman Hakim Mohd Rosly, 16, dari FELDA Jengka 14 dan Penyelia Ladang FELDA Plantations Jengka 21, Mohd Shahfahme Mustapha, 21, dari FELDA Jengka 21.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata ketika kejadian ketiga-tiga mangsa dari Bandar Tun Abdul Razak sebelum dua daripada mangsa bergesel dan terjatuh sebelum dirempuh sebuah lagi motosikal dari belakang.

Katanya, Zulhilmi dan Lokman Hakim meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

"Seorang lagi mangsa, Mohd Shahfahme pula meninggal di Hospital Jengka," katanya, semalam dan memaklumkan siasatan lanjut berhubung kejadian masih dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Mohamed Fauzi berkata, dalam kemalangan di Bera pula, dua maut dan seorang parah selepas kereta dinaiki tiga lelaki terhumban ke dalam longkang kira-kira jam 4 pagi di Kilometer 43, Jalan Temerloh-Kuantan, Temerloh.

Katanya, mangsa terbunuh di tempat kejadian ialah pemandu kereta, Low Chee Hong, 22, dan penumpang belakangnya, Sam Jian Hui, 19, manakala seorang lagi penumpang cedera parah.

'via Blog this'

Menangis ditahan tunggang motosikal tanpa lesen

Berita Harian Online | Menangis ditahan tunggang motosikal tanpa lesen:




2011/10/18

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan bersama tiga lagi rakan bawah umur dalam satu operasi oleh Unit Khas Polis Trafik Kuala Lumpur di Tasik Titiwangsa di sini, malam kelmarin, menangis teresak-esak merayu supaya dibebaskan polis kerana bimbang dimarahi keluarga.

Dalam operasi berakhir kira-kira jam 8.15 malam itu, remaja berkenaan ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen bersama seorang rakannya berusia 13 tahun yang membonceng, manakala dua lagi rakannya masing-masing berusia 14 dan 10 tahun, menunggang sebuah lagi motosikal berasingan.
“Saya datang ke sini (Tasik Titiwangsa) sebab nak cari kawan saya. Lagipun, ini pertama kali kami menunggang motosikal ke sini, selalunya kami naik basikal.
“Biasanya pada hujung minggu, saya dan rakan akan berbasikal ke sini sebab nak tengok orang main kereta kawalan jauh,” katanya yang mahu dikenali sebagai Saiful.

Difahamkan, Saiful memberitahu ibunya mahu ke kedai berhampiran sebelum bertindak berani menunggang motosikal ke taman tasik berkenaan bersama tiga rakannya, namun tidak bernasib baik kerana ditahan pada operasi itu.

Saiful dan tiga rakannya adalah antara lebih 130 penunggang motosikal diperiksa dalam operasi diketuai Ketua Unit Penguatkuasaan Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), Asisten Superintendan Azmi Wahid selepas operasi selama dua jam itu berakhir.

“Operasi ini kali ketiga diadakan di sini selepas operasi kali pertama empat bulan lalu, berdasarkan aduan penduduk setempat dan pengunjung taman tasik ini berhubung wujudnya aktiviti tidak sihat di kalangan penunggang motosikal yang suka membuat bising dan lumba haram.
“Selepas tiga kali operasi di sini, kita lihat jumlah motosikal yang disita hari ini (kelmarin) berkurangan kepada tujuh berbanding 30 motosikal pada operasi pertama, ” katanya.

'via Blog this'

25 korban terbaru Ribut Tropika

Berita Harian Online | 25 korban terbaru Ribut Tropika:




2011/10/18

JAMBATAN di Lebuh raya Pan American musnah dilanda banjir di Ateos, El Salvador, kelmarin.
JAMBATAN di Lebuh raya Pan American musnah dilanda banjir di Ateos, El Salvador, kelmarin.
El Salvador paling terjejas, ribuan penduduk pindah

SAN SALVADOR: Angka kematian akibat hujan lebat di Amerika Tengah sejak lebih seminggu lalu meningkat hampir dua kali ganda sejak Sabtu dengan tambahan 25 korban di El Salvador, kata pihak berkuasa kelmarin.
Ribut Tropika yang menyerang dari Lautan Pasifik Rabu lalu menyebabkan banjir lumpur dan huru hara di jalanan serta memaksa ribuan penduduk berpindah di negara antara Mexico dan Amerika Selatan, mengorbankan 81 orang setakat ini.
Sabtu lalu, angka kematian kekal 45 orang di rantau ini yang didiami penduduk paling miskin di Amerika. El Salvador, sebuah negara dengan enam juta penduduk, adalah yang paling teruk terjejas semalam, dengan bencana alam itu menambah jumlah mangsa kepada 32 orang.

“Situasi itu semakin buruk, hujan masih turun dengan lebat di banyak tempat di negara ini,” kata presiden El Salvador, Mauricio Funes, dalam satu ucapan lewat kelmarin.

Ramai yang terkorban di negara itu maut dalam banjir lumpur, kata seorang pegawai dari perkhidmatan kecemasan tempatan.

Hujan turun dengan lebat di sesetengah kawasan di sekitar perbandaran Ciudad Arce, barat laut San Salvador, yang mana operasi menyelamat terpaksa ditangguhkan buat seketika.
Guatemala juga melaporkan lebih banyak kematian, menjadikan jumlah mereka yang terbunuh setakat ini 28 orang manakala angka itu meningkat kepada 13 orang di Honduras. Sekurang-kurangnya lapan orang maut di Nicaragua. Tiada kematian dilaporkan di Costa Rica walaupun berpuluh keluarga dipindahkan.

Hujan masih turun di beberapa bahagian di kawasan itu. Cuaca buruk juga turut melanda bahagian tenggara Mexico, di mana air sungai melimpah menyebabkan ribuan penduduk terutama di Tabasco terjejas.

Sekurang-kurangnya empat maut di Mexico awal minggu ini apabila Taufan Kategori Dua Jova menyerang dari Lautan Pasifik, memaksa bahagian paling sibuk negara itu ditutup. – Reuters

'via Blog this'

19 orang cedera, lapan kenderaan berlanggar

Kosmo! Online - Negara:




BEGINILAH keadaan beberapa buah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berhampiran Taman Bukit Mas, Seremban semalam.


SEREMBAN – Seramai 19 orang cedera selepas lapan buah kenderaan terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Taman Bukit Mas di sini semalam.

Jurucakap polis berkata, kemalangan kira-kira pukul 8.30 pagi itu berlaku selepas sebuah kereta jenis Mercedes dari arah Seremban telah merempuh sebuah lori yang datang dari arah Tampin.

“Ekoran perlanggaran itu, lima buah kereta dan sebuah van turut terbabit dalam kemalangan kerana kesemua pemandu gagal memberhentikan kenderaan masing-masing akibat jarak yang dekat antara satu sama lain,” katanya di sini semalam.

'via Blog this'

19 rumah rosak ribut sejam

Kosmo! Online - Negara:



SEORANG warga emas, Leha Endut mengemas bahagian dapur rumahnya selepas dilanda ribut di Arau, Perlis semalam.


ARAU – Sebanyak 19 buah rumah di Kampung Stesen di sini mengalami kerosakan apabila bumbung rumah mereka diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut yang berlaku hampir sejam bermula pukul 5.30 petang kelmarin.

Salah seorang mangsa, Norlaila Lazim, 45, berkata, dia menyedari bumbung rumahnya diterbangkan ribut selepas mereka sekeluarga pulang daripada melawat ahli keluarga di kampung berdekatan.

“Tiada siapa memberitahu rumah kami kena ribut, semasa masuk ke kampung, saya dah risau tengok beberapa buah rumah sudah tiada bumbung.

“Sangkaan itu ternyata benar apabila rumah saya sendiri rosak teruk dilanda ribut menyebabkan saya pada mulanya tidak berani masuk ke dalam rumah kerana bimbang terkena renjatan elektrik,” katanya kepada pemberita semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim yang turut menyerahkan bantuan segera seperti beras dan makanan termasuk wang saku.

'via Blog this'

Bekas tentera dipenjara 26 bulan

Kosmo! Online - Negara:



NUURHISYAM (kanan) dan Syahmie berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh semalam.


IPOH – Seorang bekas anggota tentera dijatuhi hukuman penjara 26 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah melupuskan barang curi milik Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr. Rohani Kasim yang mati dibunuh Ogos lalu.

Nuurhisyam Shukor, 22, yang juga rakan serumah suspek utama kes pembunuhan itu, Syahmie Hassan, 20, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Rabiatul Adawiyyah Che Khalid.

Dia didakwa melupuskan gelang emas curi berbentuk sembilan urat rantai bernilai RM6,000 milik mangsa sehari selepas kejadian pembunuhan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini

'via Blog this'

Warga Kanada maut nahas

Kosmo! Online - Negara:



MAYAT dua lelaki yang ditemui lemas selepas kereta yang dinaiki terjunam dalam Sungai Bunos, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga asing termasuk seorang rakyat Kanada menemui ajal apabila kereta yang dinaiki bersama seorang teman terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Bunos berhampiran Jalan Ampang di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi itu, seorang pelajar kolej swasta, Sau Cheng Fun, 20, dari Jinjang Utara di sini terselamat dengan kecederaan di tengkuk.
Ketika kejadian, ketiga-tiga pemuda itu dalam perjalanan dari arah Jalan Sultan Ismail ke Jalan Munshi Abdullah.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika kereta jenis Honda Accord berwarna putih yang dipercayai dipandu salah seorang mangsa hilang kawalan ketika melalui kawasan tersebut sebelum terbabas dan terjunam ke dalam sungai itu.
'via Blog this'

Redah lumpur selepas terhempas

Kosmo! Online - Negara:



CONTOH pesawat jenis Cessna 206 yang terhempas ketika juruterbang dan pembantunya melakukan penerbangan latihan di Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor semalam.


KUALA SELANGOR – Sebuah pesawat ringan yang cuba melakukan pendaratan cemas terjunam di kawasan paya bakau berdekatan Kampung Asam Jawa di sini semalam dipercayai akibat masalah teknikal.

Kejadian pukul 3.45 petang itu berlaku ketika pesawat model Cessna 206 milik sebuah syarikat penerbangan swasta berpatah balik ke pangkalannya, ESB Aeroclub, Subang dekat sini dari Sekinchan.

Difahamkan, penerbangan tersebut merupakan sesi latihan.

'via Blog this'

Pembelaan kes liwat ditutup

Kosmo! Online - Negara:



ANWAR bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah ketika hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menutup pembelaan kes itu selepas tidak bercadang memanggil saksi baru.

Perkara itu dimaklumkan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah semasa sebutan kes itu semalam.

Bagaimanapun, Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden pula memberitahu, pihaknya berhasrat memanggil empat orang saksi baru bagi menyangkal keterangan saksi terakhir pembelaan, iaitu pakar pakar bedah ortopedik, Dr. Thomas Hoogland yang merawat Anwar sejak 1999.

Hoogland sebelum ini memberitahu mahkamah, berdasarkan sejarah perubatan, Anwar tidak boleh melakukan pergerakan badan seperti mana pertuduhan liwat yang dihadapinya.

'via Blog this'