Search This Blog

Friday, October 14, 2011

Jurubahasa mahkamah tak mengaku curi barang


SHAH ALAM: Seorang jurubahasa mahkamah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memecah masuk Mahkamah Sesyen di sini, dan mencuri barangan antaranya komputer riba dan televisyen membabitkan kerugian RM8,000 pada Ahad lalu.
Hamdan Yahaya, 32, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas perbuatan itu dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa memecah masuk Mahkamah Sesyen Jenayah 7 dengan menggunakan kunci pendua dan mencuri komputer riba jenama Dell Vostro, CPU Dell berwarna hitam, monitor komputer berwarna hitam, televisyen LCD 32 inci jenama LG dan satu kot hitam jalur kecil milik seorang lagi jurubahasa mahkamah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Tingkat 7, Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Pegawai, Seksyen 5 di sini, pada jam 6 pagi, 9 Oktober lalu.

Bagi perbuatan itu, Hamdan didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya Zara Aina Mohd Zawawi menawarkan jaminan RM3,500 bagaimanapun peguam Muhammad Hidhir Mustapa yang mewakili tertuduh memohon jaminan terhadap anak guamnya dikurangkan.

Majistret Nurul Syahida Zainal membenarkan Hamdan dibebaskan dengan jaminan RM2,800 dengan seorang penjamin.
myMetro | Jurubahasa mahkamah tak mengaku curi barang:

'via Blog this'

Tertipu di Jordan


KUALA LUMPUR: Seramai 96 penuntut Malaysia di Jordan kini kebingungan menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan yang menawarkan tiket ‘murah’, mengakibatkan hasrat untuk pulang bercuti ke tanah air tidak kesampaian.
Kumpulan penuntut itu sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur dari Amman, Jun lalu selepas ditawarkan tiket penerbangan Emirates berharga 520JOD (RM1,807) berbanding harga asal iaitu 845JOD (RM3,800), kurang separuh daripada harga asal.

Wakil penuntut terbabit, Muhammad Zahran Abdul Razak, berkata, selepas menyatakan persetujuan dan membuat bayaran penuh, mereka menerima kertas yang tercatat maklumat penerbangan selain membuat semakan online bagi mengesahkan ia terdapat di dalam sistem.

Katanya, penuntut yang menjadi mangsa terdiri daripada dua kumpulan, dengan 13 penuntut sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur Jun lalu dan baki 83 pelajar (kumpulan kedua) yang dijadualkan pulang Ogos lalu.

“Kami menghadapi pelbagai masalah berkaitan tiket. Ia termasuk pembatalan tiket pada saat akhir dan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman selama lebih sehari. Selepas itu, baru kami menyedari tiket yang kami pegang hanyalah untuk penerbangan sehala dari Jordan ke Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan menerusi e-mel kepada Harian Metro, semalam.


Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Zulfikar berkata, selepas mengalami masalah sama, dia menghubungi ejen berkenaan dan diberikan tiket ganti ke Kuala Lumpur menerusi Saudi Airlines.

Bagaimanapun, ketika transit di Jeddah, dia terkejut apabila namanya tiada untuk penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur kerana tiket yang diberikan hanya untuk perjalanan dua hala Amman ke Jeddah. “Saya berpatah balik ke Amman dan terus ke pejabat ejen terbabit untuk menuntut semula wang saya. Namun, saya hanya dapat 240JOD (RM1,080) selepas 200JOD (RM898) ditolak untuk penerbangan ke Amman,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Faiq Nabil Ramli, berkata dia menyedari turut ditipu agensi berkenaan apabila membuat semakan di laman web Emirates dan mendapati tiket penerbangan sudah dibatalkan, namun dijanjikan untuk mendapat tiket pesawat Saudi Airlines sebagai ganti selepas membuat laporan.

“Saya terus ke lapangan terbang tanpa menerima sebarang maklumat penerbangan kecuali diberikan pesanan ringkas yang tercatat nombor tiket. Sungguh hampa apabila dimaklumkan tiket yang didaftar atas nama saya sebenarnya bukan untuk perjalanan ke Jeddah sebaliknya ke Riyadh.

“Kedua, tiket dibeli menggunakan kad kredit dan pemegang kad mestilah menaiki penerbangan yang sama. Atas alasan berkenaan saya tidak dapat pulang ke tanah air pada cuti semester lalu,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay berkata, pihaknya belum menerima laporan berkenaan dan akan menyiasat dakwaan itu.
myMetro | Tertipu di Jordan:

'via Blog this'

Dua beradik bersalah

myMetro | Dua beradik bersalah: "PETALING JAYA: Dua beradik yang mencederakan dan mencabul kehormatan seorang pembantu rumah wanita menggunakan biskut, pisang dan botol, tujuh tahun lalu, dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam membuat keputusan itu terhadap Wong Choy Lin, 39, dan adiknya, Wong Choy Kin, 37, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Mohamad Ibrahim berkata, keterangan saksi mengatakan Choy Kin tiada di tempat kejadian adalah pembelaan alibi. Bagaimanapun, beliau membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman dan memerintahkan ikat jamin dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000.


dan mereka membayar ikat jamin itu."

'via Blog this'

Usul tuntut siasatan kematian suami ditolak


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak notis usul yang difailkan isteri arwah Baharudin Ahmad yang menuntut satu siasatan dijalankan terhadap kematian suaminya ketika menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan bantahan awal yang dikemukakan pihak pendakwaan terhadap notis usul yang difailkan itu.

Su dalam penghakimannya berkata notis usul yang difailkan balu arwah, Rosni Malan, 55, pra matang, remeh, menyusahkan dan menyalahguna proses mahkamah yang ditetapkan.

Selain itu, tiada bukti sokongan yang menunjukkan laporan daripada Ketua Polis Daerah (KPD) sudah diserahkan dan diterima Mahkamah Majistret.

Beliau turut bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tidak sepatutnya dimasukkan dalam senarai responden kerana tiada bukti dalam afidavit notis usul menunjukkan KPD sudah menghantar laporan siasatan kematian itu. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Jamil Aripin memberitahu pihaknya tidak membantah penubuhan inkues itu tetapi membantah notis usul berkenaan kerana masih pra matang, remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.


Katanya, tiada prosiding berhubung kes itu dijalankan di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang semakan.

“Mahkamah Majistret Kuala Lumpur juga masih belum menerima laporan berhubung kematian Baharudin,” katanya.

Sementara itu, Rosni yang diwakili peguam Ahmad Jufliz Faiza ketika berhujah berkata pihaknya sudah menulis surat kepada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 19 Julai lalu supaya satu inkues menyiasat kematian Baharudin.

“Namun, sehingga kini masih tiada maklum balas diberikan,” katanya.

Pada akhir Julai lalu Rosni memfailkan satu notis usul menuntut perintah daripada Mahkamah Tinggi untuk satu siasatan bagi menyiasat punca kematian suaminya.


Dalam permohonan difailkan, Rosni sebagai plaintif menamakan Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara, Majistret Kuala Lumpur dan pendakwa raya sebagai responden.


Kerani itu turut memohon perintah semua laporan serta bedah siasat disiapkan terhadap mayat suaminya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan semua laporan polis, percakapan saksi serta dokumen relevan berkenaan kematian suaminya diserahkan kepada peguamnya.


Dia turut menuntut satu siasatan mengikut tatacara Kanun Prosedur Jenayah dapat dijalankan.

myMetro | Usul tuntut siasatan kematian suami ditolak:

'via Blog this'

Meraung pangku mayat


IPOH: Seorang wanita meraung sambil memangku mayat suami berlumuran darah selepas mangsa dikelar dengan pisau oleh lelaki gila yang datang ke rumah mangsa menaiki basikal.
Dalam kejadian jam 2 petang semalam, suspek berusia 60-an yang membunuh mangsa sempat berdiri beberapa minit di lokasi kejadian sambil melihat mangsa menggelupur sambil darah terpancut dari leher.

Suspek yang berseluar pendek kelam-kabut melarikan diri selepas seorang jiran mangsa baru pulang dari masjid melihat kejadian itu di hadapan rumahnya di Jalan Menglembu Timur 2, di sini.

Saksi kejadian yang enggan namanya didedahkan berkata, dia yang baru pulang menunaikan solat Zohor terkejut apabila melihat jiran wanitanya meraung sambil memangku tubuh suaminya.

Menurutnya, wanita berusia 40-an itu menjerit meminta tolong, namun tiada jiran berani keluar menghulur bantuan.


“Saya segera menghampirinya dan bertanya apa yang berlaku sebelum wanita itu memberitahu suaminya dibunuh sambil menunjukkan jari ke arah seorang lelaki tua tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Lelaki tua berseluar pendek paras lutut itu terkejut dengan kehadiran saya sebelum kelam-kabut melarikan diri dengan basikal,” katanya.

Menurutnya, lelaki tua terbabit yang menghadapi masalah mental kerap dilihat berkeliaran di sekitar kawasan itu pada waktu pagi dan petang tanpa tujuan.

“Saya tidak sangka dia tergamak melakukan pembunuhan kejam itu berikutan umurnya yang sudah tua selain dilihat tidak begitu agresif,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata siasatan awal polis mendapati mangsa mengenali suspek dan sering kelihatan berhampiran kawasan kejadian.


“Mangsa, Chen Woon Min, 47, difahamkan seorang penagih dadah dan menyewa di rumah berkenaan sebelum didatangi suspek dipercayai pemilik rumah itu.


“Dipercayai berlaku perselisihan faham dan suspek mengambil sebilah pisau lalu mengelar leher mangsa sebelum melarikan diri selepas melihat mangsa rebah berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Beliau berkata, usaha mengesan suspek dikenali Fan San, 60, yang melarikan diri dengan menunggang basikal giat dilakukan dan pihaknya yakin dapat memberkas suspek dalam tempoh terdekat.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

myMetro | Meraung pangku mayat:

'via Blog this'

Beri balasan paling berat


SEPANG: “Kita akan pastikan orang yang bertanggungjawab mendera kanak-kanak ini dikenakan hukuman paling berat kerana perbuatanya tidak boleh dimaafkan,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Beliau mengulas kejadian seorang kanak-kanak, Mohd Firdaus Mat Dan, berusia enam tahun yang mati Isnin lalu kerana dipercayai didera bapa tiri sepanjang 10 hari ibunya dirawat di hospital Alor Gajah selepas melahirkan anak.

Katanya, beliau tidak boleh menerima perbuatan yang disifatkan kejam itu, malah meminta semua pihak terutama polis menjalankan siasatan secepat mungkin.

“Kita mahu orang yang tidak bertanggungjawab melakukan penderaan ini diheret ke mahkamah dan dikenakan hukuman paling berat,” katanya, semalam.

Mohd Firdaus yang tinggal di Kampung Padang Sebang, Alor Gajah dikatakan sudah nyawa-nyawa ikan ketika dibawa suspek ke Hospital Alor Gajah pada hari berkenaan.


Kedua-dua tapak kaki mangsa berlubang, dipercayai akibat terkena besi panas atau seterika, malah terdapat kesan lebam kehitaman pada seluruh tubuh.

Justeru, Shahrizat berkata, beliau mahu semua masyarakat mengambil tahu mengenai sesuatu perkara yang berlaku di sekitar kawasan mereka dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki ada kes penderaan dan keganasan terhadap wanita serta kanak-kanak.

“Bagi kes ini, saya percaya penderaan mungkin sudah berlaku dari awal lagi, sebab itu kalau kita tahu ada kanak-kanak ada wanita yang berada dalam keadaan berbahaya, maklumkan kepada pihak berkuasa.

“Kalau takut nak buat laporan polis atau tak nak bertemu pegawai kebajikan telefon saja talian Nur 15999, tahulah apa nak buat selepas itu.

“Jadi saya minta kepada semua pihak, kalau dengar dari ekor telinga kes seperti ini maklumkan kepada kami dengan segera,” katanya.

myMetro | Beri balasan paling berat:

'via Blog this'

‘Kekasih bukan alasan’


MELAKA: Seorang pembantu tukang masak dihukum penjara 24 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan merogol pelajar tingkatan dua, September lalu.
Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Jul Abdul Jalil, 27, yang beralamat di Taman Mutiara Sri Gading, Batu Pahat, Johor selepas meneliti semua fakta, rayuan dan hujah pendakwaan.

Bagi tuduhan pertama, Jul yang tidak diwakili peguam didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun enam bulan itu pada 20 September lalu, kira-kira jam 4.30 petang di dalam stor kedai di Kilometer 1256, Jalan Besar, Kampung Baru, Alor Gajah.

Bagi tuduhan kedua dia didakwa merogol mangsa sama, keesokannya, 21 September lalu, kira-kira jam 2 petang, di tempat sama.

Seterusnya Jul dituduh merogol pelajar terbabit sekali lagi pada 24 September lalu, kira-kira jam 3 petang di tempat sama.


Ketiga-tiga kesalahan dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan sehingga 20 tahun serta sebatan.

Ahmad Sazali menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap.

Ia bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan saja.

Katanya, beliau hairan dan kecewa kes ‘rogol suka sama suka’ seperti itu kerap berlaku khususnya di Melaka meskipun sering dilaporkan, sekali gus menunjukkan seolah-olah orang ramai tidak takut.

“Satu perkara saya ingin nyatakan, mangsa pelajar sekolah dan masih di bawah umur, namun kamu yang berusia 27 tahun serta masih bujang mengambil kesempatan terhadapnya.


“Apapun alasan kamu sama ada mangsa teman wanita dan sebagainya, ia bukan alasan untuk melakukan perbuatan itu,” katanya.


Ahmad Sazali menegaskan bahawa sama ada mangsa suka atau tidak suka, mahupun setuju atau tidak dari segi undang-undang negara, melakukan seks dengan gadis bawah umur 16 tahun adalah satu kesalahan.


“Saya bukan bercakap dari sudut agama atau moral yang sememangnya satu kesalahan,” katanya.


Beliau berkata, sekiranya dilihat daripada fakta memang mangsa rela dan dia sepatutnya dipersalahkan.


“Namun, ini kes serius, tiga perbuatan rogol berlaku dalam masa empat hari,” katanya.


Mengikut fakta kes, mangsa (pengadu) berkenalan dengan tertuduh yang berasal dari Sabah menerusi laman web sosial pada 29 April lalu.


Kedua-dua mereka saling berhubungan sebelum tertuduh datang berjumpa mangsa pada 20 September lalu, kira-kira jam 4 petang.

myMetro | ‘Kekasih bukan alasan’:

'via Blog this'

Isteri balik minta maaf


KUALA LUMPUR: Wanita warga Vietnam yang didakwa mencederakan dan mengugut akan memotong alat kelamin suaminya yang juga seorang pemandu teksi berusia 61 tahun tampil menemui lelaki terbabit dan memohon maaf atas perbuatannya itu.
Ketika ditemui, wanita yang dikenali sebagai Le Thi Quang, 29, berkata, dia menyesal dengan apa yang terjadi hingga menyebabkan suaminya cedera di telinga.

“Saya mengaku saya salah dan ketika kejadian, saya berada dalam keadaan mabuk selepas tertekan dengan keadaan di rumah.

“Pihak berkuasa juga memberi saya peluang kedua ketika mahu menahan saya tempoh hari dan berharap suami juga dapat memaafkan saya selepas ini,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA.

Sementara itu, mangsa, Chin Weng Seng, 61, berkata, dia dihubungi isterinya kelmarin selepas beberapa hari menghilangkan diri dari rumah.


“Dia memberitahu ada pergi ke rumah saudaranya di Ipoh selepas melarikan diri dari rumah namun tidak dapat menghubungi saya ketika mahu pulang.

“Saya kemudian pergi menjemputnya di sebuah perhentian bas berdekatan kawasan rumah dekat Jalan Chempaka, Ampang,” katanya yang sudi memaafkan isterinya.

Sementara itu, Quang pulang ke Vietnam esok selama tiga bulan untuk menziarahi keluarganya yang risau dengan keadaannya di sini selepas mengetahui mengenai laporan akhbar berkaitannya tempoh hari.

Ketua Biro pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, segala perbelanjaan menguruskan kepulangan Quang ke negara asalnya akan ditanggung agensi cari jodoh yang menemukan pasangan berkenaan.

“Mereka bersetuju menguruskan perbelanjaan pulang Quang termasuk tiket kapal terbang pergi balik dan urusan lain,” katanya.

myMetro | Isteri balik minta maaf:

'via Blog this'

Balak rodok cermin jip


SIBU: Sepasang suami isteri terselamat meskipun dua batang balak sepanjang kira-kira 10 meter menembusi bahagian depan pacuan empat roda dinaiki mereka selepas kenderaan itu merempuh sebuah lori membawa balak yang tersadai akibat kerosakan di Jalan Bawang Assan-Sibu di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian itu, pasangan suami isteri yang identiti mereka belum dikenal pasti dan masing-masing berusia 26 serta 34 tahun, menaiki Toyota Hilux dipercayai dalam perjalanan ke bandar ini, kira-kira jam 7 malam.

Bagaimanapun, pasangan terbabit tidak menyedari sebuah lori sarat dengan muatan balak tersadai di tepi jalan akibat rosak lalu merempuhnya.

Difahamkan, ketika kemalangan itu, pasangan terbabit sempat mengelak daripada dirodok balak yang menembusi bahagian cermin depan kenderaan dan hanya cedera ringan.

Menurut sumber, kemalangan itu berlaku apabila lori yang sarat dengan balak itu berhenti di tepi jalan akibat kerosakan.


“Secara kebetulan, keadaan jalan gelap, sekali gus menyukarkan pasangan berkenaan melihat kenderaan berat terbabit tersadai di tepi jalan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafiee Ismail ketika dihubungi berkata, kemalangan itu menyebabkan pasangan terbabit cedera ringan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan mengalami kerosakan sebelum berhenti di lokasi kejadian.

“Polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu, termasuk mendapatkan keterangan daripada pasangan dan pemandu lori berkenaan,” katanya.
myMetro | Balak rodok cermin jip:

'via Blog this'

Anak hilang tinggal basikal


KANGAR: Hanya penemuan basikal menjadi petunjuk buat seorang bapa apabila anak perempuan kesayangannya didapati hilang ketika berbasikal ke sekolahnya di Bintong, dekat sini, kelmarin.
Lebih mengejutkan apabila basikal milik anak sulung daripada lima beradik, Nurul Nursyawaltie Mohd Sabri, 14, ditemui di sebuah taman perumahan berhampiran kira-kira jam 3 petang.

Mohd Sabri Samat, 35, dari Taman Bukit Kayangan, dekat sini, berkata sebaik menerima maklumat itu, dia menunggu anaknya di kawasan berkenaan kerana bimbang tetapi gadis berkenaan tetap tidak muncul sehingga lewat petang.

Menurutnya, dia kemudian berasa tidak sedap hati dan percaya anak perempuannya mungkin berada di luar Perlis berdasarkan wang tunai RM30 dalam dompetnya juga disedari hilang pada pagi sebelum kehilangan Nurul Nursyawaltie. Katanya, anaknya itu memang gemar melayari laman sosial seperti facebook dan mempunyai ramai kawan.

“Sebelum ini, saya tinggal di Pulau Pinang dan mengesyaki dia pergi ke sana ataupun dijemput salah seorang rakan facebooknya untuk ke sana.


“Tetapi saya berasakan wang RM30 itu memang tidak mencukupi pergi dan tinggal di sana sehingga hari ini (semalam),” katanya.

Menurutnya, dia juga sudah mengedarkan gambar anaknya di sekitar kawasan sekolah termasuk kepada rakan-rakannya melalui telefon bimbit sebagai langkah untuk mengesan anaknya.

Katanya, dia turut membuat laporan mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Kangar, kira-kira jam 1 pagi semalam.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan, berkata siasatan sedang dijalankan.
myMetro | Anak hilang tinggal basikal:

'via Blog this'

Nafi rompak rantai RM6,000


KOTA BHARU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merompak seorang peniaga kedai runcit membabitkan kerugian seutas rantai leher emas bernilai RM6,000, Ogos lalu.
Tertuduh, Iruwan Arwadi Hasin, 34, dari Gunong, Bachok, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zainal L Salleh.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama-sama dengan seorang yang masih bebas pada 25 Ogos jam 1.30 tengah hari di kedai runcit Kampung Telaga Ara, Gunong, Bachok, merompak seutas rantai emas milik Azizah Ibrahim, 55.

Tertuduh yang sudah berkahwin ditahan pada 2 Oktober lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari mengendalikan kes pendakwaan.


Terdahulu, Asmah memberitahu mahkamah kesalahan tertuduh adalah serius.

Beliau memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh ditawarkan sebarang jaminan.

Zainal membuat keputusan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh dan tarikh sebutan pada 20 November depan.

myMetro | Nafi rompak rantai RM6,000:

'via Blog this'

‘Ayat pelangkah’ tidak menjadi


BUKTI...Ab Rashid menunjukkan ‘ayat pelangkah’ yang digunakan suspek untuk menyamun.
BUKTI...Ab Rashid menunjukkan ‘ayat pelangkah’ yang digunakan suspek untuk menyamun.



KAJANG: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itu nasib menimpa tiga lelaki warga Indonesia yang menggunakan ayat azimat yang dikenali ‘ayat pelangkah’ yang dipercayai menjadi pelindung mereka untuk melakukan jenayah pecah rumah dan samun di sekitar Kajang.
Bagaimanapun, hasil risikan dan intipan polis, ‘kekebalan’ semua suspek yang dikenali ‘Geng Tong Gas’ berakhir sejurus dicekup sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, jam 9.15 malam, 7 Oktober lalu di Sungai Chua, di sini.

Selain dijadikan azimat, suspek turut menggunakan ayat berkenaan sebagai rujukan dan panduan untuk mengetahui tarikh dan masa sesuai untuk menyamun.

Difahamkan, suspek akan menyelit ayat berkenaan pada seluar ketika menyamun dipercayai untuk mendapatkan kekuatan selain membolehkan aktiviti jenayah mereka tidak dapat dihidu polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata semua suspek berusia 30-an itu dilaporkan terbabit kes pecah rumah dan samun seorang jurutera yang mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira RM8,000 dalam kejadian di Batu 14, Hulu Langat, 6 Oktober lalu.


Dalam kejadian jam 4 pagi itu, empat lelaki bersenjatakan parang memecah masuk dengan mengumpil pintu belakang rumah mangsa.

“Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan 15 kes pecah rumah dan samun yang dilaporkan di Kajang.

“Semua suspek kini direman sehingga 14 Oktober dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya dalam sidang media di IPD Kajang, semalam.
myMetro | ‘Ayat pelangkah’ tidak menjadi:

'via Blog this'

Penduduk panik selepas Bali dilanda gempa

myMetro | Penduduk panik selepas Bali dilanda gempa: "KUTA: Satu gempa bumi yang kuat melanda Pulau Bali semalam, menyebabkan ramai tercedera dan beratus pelancong panik dan melarikan diri dari bangunan yang bergegar.

Menurut jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, 17 orang mengalami luka akibat ditimpa batu kecil dari bangunan.


Sebuah hospital, tiga sekolah dan dua bangunan kerajaan, turut rosak.

Doktor di Sanglah hospital, Ken Wirasandhi bagaimana pun berkata, 44 orang, hampir kesemuanya pelajar diberi rawatan akibat cedera di kepala dan luka.


“Dua orang pelajar masih lagi dibawah pengawasan. mereka mengalami kecederaan di kepala apabila batu menimpa mereka. Dua lagi menerima rawatan pesakit luar dan telah dibenarkan pulang,” katanya.


Menurut jurucakap Agensi Meteorologi dan Geofizik di Bali, Endro Tjahjono berkata, gegaran berskala 6 Richter menggegarkan Kuta buat beberapa minit.

“Orang ramai mula panik. Kami berlari keluar dari bangunan. Apabila kami kembali ke pejabat, kami lihat beberapa dinding retak dan simen pecah,” katanya.


Keadaan Jalan Sunset adalah yang paling kelam kabut apabila pelancong berlari keluar dari pusat beli-belah, restoran dan pasar raya. - AFP"

'via Blog this'

Pengguna BlackBerry tuntut pampasan

myMetro | Pengguna BlackBerry tuntut pampasan: "LONDON: Masalah dihadapi pengguna BlackBerry Messenger di Britain mungkin berakhir tidak lama lagi selepas perkhidmatan e-mel melalui peralatan itu kembali pulih.

Menurut BlackBerry, perkembangan itu sangat menggalakkan walaupun ia kelihatan tidak berlaku kepada semua penggunanya.


Bagaimanapun, ramai pengguna di seluruh dunia menuntut pampasan daripada BlackBerry kerana berlaku gangguan selama tiga hari.

Setakat ini, syarikat pengeluar BlackBerry, Research in Motion (RIM), tidak membuat sebarang kenyataan mengenai tuntutan berkenaan. - TS"

'via Blog this'

5 kilometer tambang RM50


KUALA LUMPUR: Jarak perjalanan tidak sampai lima kilometer, tetapi kadar tambang dikenakan hingga RM50, begitulah sifat tamak sesetengah pemandu teksi mengambil kesempatan terhadap pengguna yang baru tiba di KL Sentral dan ingin ke destinasi seterusnya.
Kadar tambang melampau itu dikenakan kepada penumpang yang ingin ke Mid Valley dari stesen berkenaan oleh pemandu teksi yang turut bertindak sebagai ‘ulat’ bagi menarik pelanggan.

Namun, sikap tidak bertanggungjawab itu mengundang padah apabila mereka ditahan anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) dalam operasi khas di KL Sentral, kelmarin.

Dalam operasi tiga jam bermula jam 7 malam itu, lima pemandu teksi termasuk seorang anggota Rela terjerat apabila pelanggan yang cuba ditipu sebenarnya pegawai yang menyamar.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Spad, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi itu dijalankan selepas mendapat banyak aduan orang ramai terutama yang baru tiba di stesen berkenaan dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) menaiki bas dan ingin mengambil teksi.


Menurutnya, semua pemandu teksi ditahan tidak menggunakan meter serta mengenakan kadar tambang tidak munasabah ke lokasi seperti KLCC, Taman Tun Dr Ismail dan tempat lain sekitar ibu kota.

“Kami mengesan salah laku pemandu yang meletakkan teksi di parkir berbayar berhampiran pintu ketibaan di KL Sentral, sebelum mencari serta memujuk orang ramai yang baru sampai dari LCCT menaiki bas.

“Mereka memberi pelbagai alasan kepada penumpang yang ingin menaiki teksi mereka seperti destinasi terlalu jauh hingga pemandu tidak mendapat untung jika menggunakan meter dan keadaan jalan sesak menyebabkan perjalanan mengambil masa lama.



“Pengguna mungkin terpedaya dengan pujukan itu dan bersetuju dengan kadar tambang ditetapkan. Mereka kemudian dibawa ke tempat letak kereta berhampiran untuk menaiki teksi. Sebaik menaikinya, pegawai yang menyamar sebagai penumpang terus menahan pemandu berkenaan,” katanya yang turut menyertai operasi itu.

Sebanyak 75 teksi diperiksa dalam operasi bersepadu membabitkan Spad, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pengurusan KL Sentral.

myMetro | 5 kilometer tambang RM50:

'via Blog this'

2 madu pakat tuntut cerai


KUALA LUMPUR: “Saya tolak untuk berdamai dan tidak membawa wakil keluarga sebagai jawatankuasa pendamai bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut rumah tangga kami,” kata Marziana Zakaria dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam.
Marziana bersepakat dengan madunya, Siti Shahina Abdul Rahim untuk meneruskan permohonan cerai terhadap suami mereka, Liaquat Ali kerana mendakwa tidak tahan dengan perangai lelaki itu sering memaki dan memukul mereka. Terdahulu, Marziana yang juga isteri kedua dalam keterangannya di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin berkata, dia khuatir sikap kasar suaminya menarik dan mengheretnya selepas dia memfailkan permohonan cerai secara baik pada prosiding sebelum ini. “Saya juga mahukan cadangan daripada pihak mahkamah apa patut dilakukan dengan kejadian yang menimpa saya pada prosiding lalu berikutan khuatir perkara sama berulang,” katanya.

Shaiful Azli menasihatkan Marziana membuat laporan polis untuk mendapat perintah perlindungan. Dalam prosiding sama, Siti Shahina juga mahu meneruskan permohonan cerai terhadap Liaquat dan tidak membawa wakil keluarga sebagai jawatankuasa pendamai.

Marziana dan Siti Shahina masing-masing selaku plaintif menamakan suami mereka sebagai defendan. Ketiga-tiga pihak masing-masing tidak diwakili peguam syarie.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Shaiful Azli, Liaquat mendakwa dia tidak mahu menceraikan kedua-dua isterinya, namun gagal untuk berdamai dengan mereka.


“Marziana membawa anak kami bersama dan tidak tahu di mana dia tinggal sekarang. Dia juga tidak dapat dihubungi melalui telefon menyebabkan sukar untuk kami berbaik semula,” katanya.

Dalam prosiding itu, Liaquat menafikan dakwaan Marziana dia bertindak kasar selepas prosiding sebelum ini.

Namun, Shaiful Azli menegur defendan dengan memaklumkan semua butiran itu boleh dikemukakan ketika perbicaraan nanti.

myMetro | 2 madu pakat tuntut cerai:

'via Blog this'

Suami isteri cedera ringan


SIBU: Sepasang suami isteri terselamat meskipun dua batang balak sepanjang kira-kira 10 meter menembusi bahagian depan pacuan empat roda dinaiki mereka selepas kenderaan itu merempuh sebuah lori membawa balak yang tersadai akibat kerosakan di Jalan Bawang Assan-Sibu di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian itu, pasangan suami isteri yang identiti mereka belum dikenal pasti dan masing-masing berusia 26 serta 34 tahun, menaiki Toyota Hilux dipercayai dalam perjalanan ke bandar ini, kira-kira jam 7 malam.

Bagaimanapun, pasangan terbabit tidak menyedari sebuah lori sarat dengan muatan balak tersadai di tepi jalan akibat rosak lalu merempuhnya.

Difahamkan, ketika kemalangan itu, pasangan terbabit sempat mengelak daripada dirodok balak yang menembusi bahagian cermin depan kenderaan dan hanya cedera ringan.

Menurut sumber, kemalangan itu berlaku apabila lori yang sarat dengan balak itu berhenti di tepi jalan akibat kerosakan.


“Secara kebetulan, keadaan jalan gelap, sekali gus menyukarkan pasangan berkenaan melihat kenderaan berat terbabit tersadai di tepi jalan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafiee Ismail ketika dihubungi berkata, kemalangan itu menyebabkan pasangan terbabit cedera ringan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan mengalami kerosakan sebelum berhenti di lokasi kejadian.

“Polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu, termasuk mendapatkan keterangan daripada pasangan dan pemandu lori berkenaan,” katanya.
myMetro | Suami isteri cedera ringan:

'via Blog this'

‘Zakat pelik’ dapat syurga


IPOH: Demi syurga diimpikan, puluhan pengikut taksub sebuah kumpulan ajaran sesat persis ajaran Ayah Pin sanggup membayar pelbagai jenis ‘zakat pelik’ kepada seorang lelaki yang menjanjikan balasan syurga selepas meninggal dunia.
Pengikut yang percaya sepenuhnya ajaran berbentuk tarekat dibawa lelaki berusia 69 tahun itu sanggup membayar zakat keluarga, zakat perjalanan, zakat kenderaan dan zakat kesihatan diperkenalkan guru ajaran sesat berkenaan.
Sumber Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) berkata, guru terbabit yang memperkenalkan ajaran menyimpang daripada Islam turut mempromosikan zakat rohani yang didakwa dapat menggantikan ibadat haji ke Makkah yang menjadi Rukun Islam keempat mengikut ajaran berkenaan.

Menurutnya, guru ajaran tarekat itu dianggap sesat dan menyesatkan apabila turut mendakwa boleh berkomunikasi terus dengan malaikat selain boleh meramal tarikh kematian manusia.


Perkara itu didedahkan bekas pengikut ajaran berkenaan yang mendakwa guru terbabit mempergunakan murid serta pengikutnya untuk memperoleh kemewahan secara mudah.

myMetro | ‘Zakat pelik’ dapat syurga:

'via Blog this'

Warga Myanmar mati ditikam


PERIKSA... Anggota forensik membuat pemeriksaan ke atas mayat warga Myanmar yang mati dibunuh.
PERIKSA... Anggota forensik membuat pemeriksaan ke atas mayat warga Myanmar yang mati dibunuh.



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dibelasah dan ditikam dua lelaki dipercayai rakan senegaranya di Jalan Brunei di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Sonam, 20, dikejar dua lelaki sebelum terjatuh.
Saksi dikenali Bari, 20-an berkata, kedua-dua lelaki itu terus bertindak membelasah mangsa yang terjatuh sebelum seorang suspek mengeluarkan pisau dan menikam Sonam.

“Sebaik melihat mangsa sudah tidak bergerak, suspek terus melarikan diri,” katanya.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, ketika dihubungi berkata, punca kematian mangsa masih dalam siasatan kerana saksi terbabit masih belum tampil membantu siasatan.


Menurutnya, polis menyedari kejadian apabila pasukan peronda (MPV) yang kebetulan melalui kawasan itu mengesyaki sesuatu berlaku selepas melihat orang ramai berkumpul.

“Hasil pemeriksaan anggota polis mendapati seorang lelaki warga Myanmar maut di tempat kejadian dengan kesan tikaman di dada.

“Mereka kemudian melaporkan kejadian itu kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Zulkarnain berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh,” katanya.
myMetro | Warga Myanmar mati ditikam:

'via Blog this'

Alim nak minta duit


PERDAYA...dua lelaki yang didakwa menyamar saudara baru.
PERDAYA...dua lelaki yang didakwa menyamar saudara baru.



KUALA LUMPUR: Mengaku mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan berkopiah bagi menunjukkan perwatakan alim dikesan menjadi taktik baru sekumpulan individu tidak bertanggungjawab bagi meraih simpati orang ramai terutama umat Islam bertujuan membolehkan mereka mendapat bantuan dan wang dengan cara mudah.
Lebih licik, kumpulan individu terbabit menyasarkan surau di kawasan elit untuk mereka berpura-pura melafazkan kalimah syahadah, sekali gus meraih simpati jemaah untuk menghulurkan bantuan kepada ‘saudara baru’ yang hanya menyasarkan wang ringgit.
Kegiatan kumpulan itu dikesan seorang penceramah agama yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) selepas mengalami sendiri peristiwa berkenaan sebelum menyedari golongan itu tidak ikhlas untuk memeluk Islam, sebaliknya inginkan bantuan semata-mata.

Penceramah itu yang mahu dikenali sebagai Asri berkata, dia didatangi mualaf yang dikenali sebagai Ibrahim, 50-an, membawa seorang rakannya, Ong, 56, kedua-duanya berasal dari Johor sambil mengaku ingin memeluk Islam ketika dia memberi ceramah di surau di Gombak di sini, 19 September lalu.


Selain itu, katanya, jawatankuasa surau berkenaan memaklumkan kepadanya selepas Ong, Ibrahim turut membawa sekurang-kurangnya empat penganut agama lain bagi tujuan memeluk Islam di surau berkenaan dengan modus operandi hampir sama dengan kes terdahulu.
myMetro | Alim nak minta duit:

'via Blog this'

Enam geng samun ditahan



MOHD Mokhtar  (kiri) melihat dua  kereta  yang dicuri  di Petaling Jaya dan Macang Bubuk, Pulau Pinang.
MOHD Mokhtar (kiri) melihat dua kereta yang dicuri
 di Petaling Jaya dan Macang Bubuk, Pulau Pinang.

Kumpulan bersenjata terbabit rompakan, larikan kereta mewah

JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan satu geng samun bersenjata api hasil tangkapan enam anggota kumpulan itu menerusi tiga siri serbuan sekitar Ulu Tiram, Tampoi dan Taman Perling.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kumpulan terbabit dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit dalam beberapa siri rompakan dan samun bersenjata selain melarikan kereta mewah milik mangsa sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.
Katanya, kejayaan penangkapan anggota kumpulan terbabit hasil penubuhan pasukan khas menjejaki mereka susulan siasatan kes sebuah keluarga disamun di Taman Universiti dekat sini, malam Ahad lalu.

“Dalam kejadian jam 9.30 malam, seorang lelaki berusia 55 tahun bersama keluarganya disamun sebaik selesai membeli belah di situ dan kereta Mercedes Benz bernilai RM404,000 milik mangsa dilarikan suspek. Satu pasukan khas kemudian ditubuhkan bagi menyiasat dan memburu semua suspek yang terbabit.

“Hasilnya, seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan di Taman Ehsan Jaya, Ulu Tiram pada Isnin lalu selain menemui semula kereta mangsa dan sebuah kenderaan Honda CRV yang dilaporkan hilang di Petaling Jaya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Johor di sini, semalam.

Hasil soal siasat yang dijalankan terhadap suspek pertama, polis kemudian menahan dua lelaki berusia 28 dan 32 tahun di sebuah unit rumah pangsa dekat Taman Tampoi Indah pada Selasa lalu dan menemui semula sebuah kenderaan Nissan Teanna yang dilaporkan hilang di Pulau Pinang.
Pemeriksaan lanjut yang dijalankan di kediaman terbabit, polis merampas sepucuk pistol, sebilah keris, enam telefon bimbit, pemain muzik MP3, komputer riba dan sebuah kamus elektrik.

“Susulan penahan dua suspek terbabit, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Perling pada hari yang sama dan menahan tiga lagi lelaki berusia antara 32 dan 35 tahun.

“Dalam serbuan itu, polis merampas sepucuk pistol automatik, senapang patah, 10 butir peluru, pisau, enam jam tangan, komputer riba, televisyen, pemain cakera padat dan lapan telefon bimbit, " katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes curi, samun dan memiliki barang curi.

“Mereka direman selama tujuh hari sehingga 18 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.
Berita Harian Online | Enam geng samun ditahan:

'via Blog this'

Wanita mati terjatuh dari tingkat 12


ANAK panah menunjukkan arah seorang wanita terjatuh lalu mati dari tingkat 12 flat Tun Dr. Ismail di Lobak, Seremban semalam.

SEREMBAN – Seorang wanita yang baru sehari keluar dari wad sakit jiwa Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 12 flat Tun Dr. Ismail, Lobak di sini kelmarin.
Mayat mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dijumpai pukul 4.10 petang dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di tempat pembuangan sampah flat berkenaan.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Lim, 50, berkata, ketika kejadian dia berada di rumah sebelum terdengar bunyi benda terjatuh berhampiran tempat pembuangan sampah.
“Saya terkejut apabila ternampak tubuh seorang wanita terbaring di situ sebaik menjenguk melalui tingkap. Saya kemudian memberitahu jiran sebelum menghubungi polis,” ceritanya ketika ditemui.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Md. Yusoff Awang ketika dihubungi memberitahu, mangsa yang berasal dari Senawang itu dipercayai datang ke flat berkenaan dengan sebuah kereta.
“Siasatan awal mendapati mangsa baru keluar dari wad sakit jiwa HTJ sehari sebelum dia ditemui mati akibat terjatuh,” katanya yang masih menyiasat kejadian yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut itu.
Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Sewa kereta seludup minyak




NOOR JANIHAN (kiri) memeriksa tangki minyak yang diubah suai pada salah sebuah kereta yang ditahan di Kampung Baru, Bukit Chabang, Padang Besar semalam.


PADANG BESAR - Penyeludup minyak dikesan sanggup menyewa kereta buruk pada kadar RM100 sehari bagi memastikan kegiatannya berjalan lancar.
Pemangku Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis, Asisten Supritendan Noor Janihan Nanyan berkata, perbuatan itu dikesan dalam serbuan di Kampung Baru, Bukit Chabang dekat sini kira-kira pukul 10.45 pagi semalam.
"Penyeludup mengaut keuntungan besar dalam kegiatan menyeludup minyak bersubsidi sehingga sanggup menyewa kereta pada kadar itu," katanya di sini semalam.
Beliau berkata, dalam serbuan itu sebanyak 1,115 liter petrol diisi dalam lima tong dram dan satu tong plastik besar dan 347 liter diesel diisi dalam empat tong plastik hitam dan satu tong dram.
Menurutnya, kesemua bahan bakar bernilai RM20,568 dirampas dalam dua buah kereta yang disewa itu.
"Kami turut merampas dua pam mesin penyedut minyak yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyeludupan minyak," katanya.
Menurutnya, bahan api itu dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.
Tambahnya, dua lelaki rakyat tempatan berumur antara 20 dan 30 tahun turut ditahan dalam serbuan itu.
Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Penyokong bola sepak laku provokasi didenda RM100






KUALA TERENGGANU – Gara-gara bertindak di luar kawalan, seorang penyokong bola sepak didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana menimbulkan provokasi pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Kelantan Isnin lalu.
Majistret Nor Azizah Yusof menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Fakri Makhtar, 21, (gambar) mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Seberang Takir di sini didapati telah membaling ketulan-ketulan ais batu ke arah penyokong pasukan Kelantan dan telah mengenai anggota polis yang sedang bertugas ketika itu.
Kesalahan tersebut dilakukan di tempat duduk Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini kira-kira pukul 11.30 malam pada 10 Oktober lalu.
Kes tersebut dikendalikan Pengawai Pendakwa, Inspektor V. Ravi.
Nor Azizah ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, tertuduh sebenarnya bernasib baik kerana hanya didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil yang hanya membawa hukuman denda RM100.
“Janganlah menjadi penyokong yang fanatik kerana ia hanya akan mencetuskan masalah kepada orang ramai. Saya sendiri tidak faham mengapa tertuduh boleh membaling objek kepada penyokong lawan,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Fakri ketika ditanya Majistret mengenai tindakannya itu hanya mampu tersenyum sebelum menjawab ‘saya tidak tahu’.
Dalam kejadian Isnin lalu, polis telah menahan seorang pemuda yang didapati telah mencetuskan provokasi sehingga hampir menimbulkan pergaduhan di antara kedua-dua pasukan.
Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Tersalah tilik ketika menyamun




KERAMBIT, pedang dan barang kemas antara yang dirampas daripada tiga penjenayah Indonesia yang ditahan dalam serbuan di Sungai Chua, Kajang pada 7 Oktober lalu.


KAJANG – Ketaksuban sekumpulan empat lelaki Indonesia bersenjatakan parang dan kerambit terhadap ilmu pelangkah yang dipercayai dapat melindungi penjenayah daripada ditahan tidak bertahan lama apabila tiga daripadanya dapat ditangkap di Sungai Chua di sini.
Suspek-suspek berusia lingkungan 30 dan 40-an tersebut ditahan pada pukul 9.05 malam, 7 Oktober lalu selepas polis menjalankan siasatan mengenai satu kejadian pecah rumah di Batu 14, Hulu Langat yang mengakibatkan mangsa kerugian RM8,000 sehari sebelum itu.
Difahamkan, ilmu pelangkah yang telah diwarisi sejak turun temurun oleh pengamalnya di Nusantara, merupakan ilmu gerak yang membuatkan seseorang itu percaya yang dia boleh ‘membaca’ keadaan sama ada membawa tuah atau malang jika hendak melakukan pecah rumah.
Dengan mengamalkan ilmu itu, suspek-suspek dipercayai serpihan ahli Geng Tong Gas itu dikatakan telah berjaya memecah masuk 15 buah rumah sejak enam bulan lalu.
Ilmu pelangkah memerlukan pengamalnya menyediakan sekeping kad sebesar tapak tangan dewasa yang mempunyai jadual berbentuk seakan-akan kalendar yang mempunyai tanda palang atau titik di setiap kotak-kotak tersebut.
Ia dipercayai sebagai tangkal atau azimat yang dikatakan dapat melindungi penjenayah melalui rasa gerak sama ada membawa tuah atau sebaliknya.
Bagaimanapun, kehandalan mereka tidak ke mana apabila kecekapan polis menyiasat kes itu mengatasi segala-galanya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, polis yang menjalankan siasatan di rumah mangsa kemudian dapat menemui beberapa bukti yang membawa kepada serbuan di rumah yang didiami suspek di Sungai Chua.
Katanya, selain tangkapan, polis dapat merampas beberapa barang curi seperti lima bentuk cincin, seutas gelang, sepasang subang, telefon bimbit, sembilan surat pajak, kad pelangkah, sebilah pisau kerambit dan kad Touch n’ Go.
“Modus operandi mereka ialah akan mengumpil pintu belakang untuk masuk sebelum menggunakan tong gas seberat 14 kilogram yang terdapat dalam rumah mangsa untuk memecahkan pintu bilik.
“Soal siasat mendapati, sebelum keluar menyamun, salah seorang suspek akan lihat dan baca tanda pada kad pelangkah sama ada berjaya atau tidak,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, siasatan awal mendapati suspek terlibat sekurang-kurangnya 15 kes pecah rumah dan barang-barang kemas yang dicuri kemudian akan dijual di kedai pajak gadai atau ditukar dengan barangan lain yang sama nilai sebelum dijual bagi mengelakkan daripada dikesan.
Suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Enam tumpas




MOHD. MOKHTAR (dua dari kanan) melihat senjata api yang dirampas daripada enam individu pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Kegiatan sekumpulan enam lelaki yang aktif melakukan samun menggunakan senjata api lumpuh apabila kesemuanya dapat ditahan dalam beberapa siri serbuan di sekitar bandar raya ini Selasa lalu.
Selain tangkapan ke atas suspek-suspek berusia di antara 26 dan 35 tahun itu, polis turut merampas beberapa bahan bukti yang dicuri seperi kereta, pistol, keris dan telefon bimbit.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, tangkapan itu dilakukan selepas polis menjalankan siasatan berhubung seorang lelaki berusia 55 tahun yang disamun suspek di sebuah pasar raya di Taman Universiti di sini pada pukul 9.30 malam 9 Oktober lalu.
Katanya, mangsa dan keluarganya yang sedang menuju ke kereta didatangi beberapa lelaki sebelum penyamun melarikan kereta jenis Mercedes Benz dan selaras senapang patah milik mangsa yang kesemuanya bernilai RM404,000.
"Polis yang menjalankan siasatan kemudian menemui kereta tersebut di kawasan Taman Ehsan Jaya, Ulu Tiram pada pukul 2.30 pagi keesokan harinya.
"Sehari selepas itu, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun pada pukul 5.15 pagi dan merampas sebuah kereta Honda CRV yang dicuri di Petaling Jaya, Selangor, 8 Oktober lalu," katanya.
Tambahnya, lapan jam kemudian polis menahan dua lelaki dan merampas kereta Nissan Teana, sepucuk pistol, sebilah keris, enam unit telefon bimbit, seunit iPod, sebuah komputer riba dan satu kamus elektronik di Taman Tampoi Indah.
Menurut Mohd. Mokhtar lagi, tiga lagi lelaki dapat ditahan di Taman Perling di sini pada pukul 4 petang dan pihaknya merampas senapang patah serta 10 butir peluru hidup, sebilah pisau, enam jam tangan, enam kamera, masing-masing sebuah komputer riba, televisyen, pemain cakera video digital (DVD) dan lapan telefon bimbit.
Kesemua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih 1971), Akta Senjata 1960 dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'