Search This Blog

Wednesday, October 12, 2011

Dituduh rogol gadis 16 tahun



GEORGETOWN - Seorang pembantu tukang masak berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan kerana didakwa merogol seorang gadis bawah umur iaitu berusia 16 tahun di sebuah kondominium, 9 September lalu.

Ahmad Indra Ahmad Nazri, 22, dari Rumah Transit Uda, Tanjong Tokong didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 9 pagi hingga 1 petang di sebuah kondominium di Jalan Desiran Tanjung di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang diwakili peguam Rosli Ismail bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa raya, Mohd Firdaus Hanipa menawarkan jaminan RM15,000 kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang diberi peluang membuat rayuan memohon agar jaminan itu dikurangkan. Ia kerana dia hanya bekerja sebagai pembantu tukang masak berpendapatan RM400 sebulan selain terpaksa menanggung ibu dan kakaknya.

Hakim Sitarun Nisa Abdullah memutuskan wang jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Mekanik mati dalam bengkel



BERTAM HULU - Seorang remaja ditemui mati, sementara seorang lagi rakannya dalam keadaan lemah di dalam sebuah bengkel di Taman Bertam Permai, di sini, semalam.

Menurut sumber, mayat mangsa, Mohd Zulkifli Abdul Nazer, 19, ditemui di dalam sebuah bilik, manakala rakannya, Reduan Abdul Rahman, 23, pula ditemui dalam keadaan lemah dalam sebuah kereta yang berada di bengkel tersebut.

“Kedua-dua mangsa ditemui oleh pemilik bengkel ketika membuka premisnya. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam bilik, sementara Reduan ditemui separuh sedar di tempat duduk pemandu sebuah kereta,” katanya.

Sementara itu pemilik bengkel, G Sivapalan, 30, berkata, dia yang membuka bengkel berkenaan jam 9.30 pagi pada mulanya menyangka Mohd Zulkifli tidur dalam pejabat dan Reduan tidur dalam kereta.

“Saya sangka mereka tertidur dalam bengkel kerana terlalu letih.

“Apabila saya cuba kejut mereka, baru saya sedar seorang telah meninggal dunia manakala seorang lagi dalam keadaan khayal,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi seorang rakannya yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Katanya, Mohd Zulkifli dan Reduan adalah pekerja sambilan di bengkel berkenaan dan dia hanya menggunakan mereka berdua jika perlu.

“Kali terakhir saya berjumpa mereka kira-kira jam 2 pagi tadi (semalam) iaitu sebelum balik ke rumah.

“Saya mempunyai satu set kunci bengkel manakala satu set lagi saya beri kepada mereka berdua,” katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Peniaga berang premis disita



JITRA - Naik berang. Begitulah reaksi seorang peniaga di pekan Tanah Merah di sini, selepas premis perniagaannya hendak disita Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) kerana gagal menjelaskan cukai tafsiran tertunggak lebih RM1,000 dalam Operasi Cukai Pintu, semalam.

Keadaan menjadi makin tegang selepas peniaga berkenaan memarahi pengamal media yang merakamkan gambar ketika premisnya hendak disita, namun beberapa minit kemudian peniaga terbabit akur dan berjanji akan menjelaskan bayaran kepada MDKP.

Ketua Bahagian Penguat kuasa, Tunggakan Hasil dan Parkir MDKP, Zakariya Ahmad berkata, pihaknya masih berdiplomasi dengan pembayar cukai dan memberi peluang kepada peniaga terbabit menjelaskan hutang tanpa menyita premis perniagaan itu.

“Kali ini kita masih berkompromi kerana dalam kes ini peniaga berjanji mahu menjelaskan hutang cukai pintu yang tertunggak itu, namun jika gagal tindakan tegas akan diambil,” katanya selepas operasi berkenaan di sini, semalam.

Dalam operasi semalam, sebanyak 50 premis termasuk kediaman, perniagaan dan industri di sekitar Jitra, Bandar Darulaman dan Tanah Merah yang mempunyai tunggakan melebihi RM70,000 disita.

Setakat September lalu, MDKP sudah menyita hampir 800 premis kediaman, perniagaan dan industri dengan nilai kutipan lebih RM1 juta daripada keseluruhan tunggakan sebanyak RM3.4 juta.

Zakariya berkata, 300 daripada 800 premis yang disita itu sudah dikenal pasti untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana masih gagal menjelaskan hutang cukai pintu yang tertunggak selepas premis disita.

“Kita harap melalui operasi yang dijalankan secara berterusan ini dapat meningkatkan kesedaran kepada pembayar cukai pintu supaya segera menjelaskan hutang tertunggak bagi mengelak sebarang tindakan diambil.

“Bagaimanapun, jika pembayar cukai datang berunding dan menjelaskan cukai tertunggak sebelum atau pada 28 November depan, tindakan undang-undang yang akan dikenakan kepada mereka boleh ditarik balik,” katanya.

Empat lelaki mengaku tidak salah tuduhan menyamun



AYER KEROH - Empat lelaki berusia antara 21 dan 29 tahun yang berhadapan tuduhan menyamun dua mangsa Jun lalu mengaku tidak bersalah di di Mahkamah Seksyen, di sini, semalam.

M P Namasivayan, 21; G Maikel, 24; S James Lenin, 29 dan PNarendranpanthy, 24, memohon dibicarakan di hadapan Hakim Zaharah Hussain.

Mereka didakwa melakukan rompakan dengan cara menyamun dua mangsa iaitu A Elangovan, 52, dan K Indrani, 45, di sebuah hotel bajet di Jalan Kesidang, Kampung Lapan, Bachang, kira-kira jam 10 malam Jun lalu.

Antara barangan yang disamun termasuklah seutas rantai leher emas bernilai RM5,000, wang tunai RM30 dan RM387, kunci rumah, kunci kedai, kunci kereta dan sebuah peti besi yang di dalamnya terkandung empat pasport antarabangsa, sijil kelahiran, sijil perkahwinan dan lain-lain dokumen penting milik kedua-dua mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin.

Ifa turut memohon supaya mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Zaharah kemudiannya menetapkan jaminan RM5,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga tarikh sebutan semula kes yang ditetapkan pada 16 November depan.

Lembaga misteri dirakam dalam telefon bimbit



AYER MOLEK - Seorang bapa terkejut selepas melihat kembali gambar anaknya yang diambil menerusi telefon bimbit berkamera beberapa malam lalu apabila terdapat satu lembaga misteri menyerupai kanak-kanak di Kampung Solok Jenuang, di sini, baru-baru ini.

Zainolakhmar Saaban, 35, berkata, dia pada mulanya mengambil gambar anaknya, Danish Hakimi, 4, untuk: tatapan keluarga.

Bagaimanapun katanya, dia tidak menyangka gambar tersebut turut merakamkan bayangan lembaga lain menyerupai seorang kanak-kanak di belakang anaknya.

“Lembaga misteri ini berambut panjang dan kedudukannya betul-betul di belakang anak saya dalam keadaan tidak berbaju.

“Saya mengambil gambar ini kira-kira jam 7.30 malam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Zainolakmar berkata, untuk memastikan kesahihan gambar berkenaan, dia berjumpa dengan pakar fotografi dan kebanyakan mereka sukar memberikan jawapan yang tepat mengenai apa yang dirakamkannya.

Sementara itu jirannya, Zunita Mahad, 33, berkata, dia terkejut apabila melihat gambar berkenaan.

“Beberapa bulan lalu, ketika tiga orang anak saya bermain dan berlari di dalam rumah, secara tiba-tiba saya terpandang ada seorang lagi kanak-kanak lain yang bermain sama.

“Apa yang mengejutkan saya, wajah kanak-kanak itu hampir sama menyerupai lembaga di dalam gambar berkenaan,” katanya.

Dua tembakan tembusi cermin



TELOK KEMANG – Seorang lelaki nyaris maut setelah diekori dua lelaki menunggang motosikal sebelum melepaskan dua tembakan menembusi cermin keretanya.

Mangsa, seorang lelaki berbangsa Cina berusia dalam lingkungan 40-an difahamkan baru pulang dari Port Dickson membeli beberapa barang keperluan sebaik pulang bekerja sekitar jam 8.30 malam, kelmarin.

Menurutnya, dia menaiki kereta berseorangan dan ketika tiba di kawasan parkir rumahnya di Batu 7, dekat sini, dia melihat dari cermin belakang dan mendapati terdapat sebuah motosikal ditunggangi dua lelaki mengekorinya.

“Tidak lama kemudian, pembonceng motosikal terbabit kemudian menembak dengan dua das tembakan yang menembusi cermin kereta saya.

“Nasib baik saya sempat menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Katanya, sebaik tembakan dilepaskan, suspek terus melarikan diri.

“Saya tidak pasti apa motif sebenar kejadian tersebut dan masih bingung dengan apa yang terjadi,” katanya yang terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baljeet Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.

Menurutnya, siasatan secara terperinci akan dilakukan dari semua aspek.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini juga diminta menghubungi IPD Port Dickson menerusi talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Polis nyaris ditetak penagih




SEREMBAN - Seorang anggota polis terpaksa berdepan detik mencemaskan apabila diserang dengan parang oleh salah seorang suspek semasa membuat serbuan operasi penyalahgunaan dadah di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Broga, Lenggeng dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, suspek berkenaan cuba meloloskan diri daripada ditangkap pihak berkuasa.

Bagaimanapun, anggota polis terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, seramai 41 lelaki dipercayai penagih dadah dan seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan ketika sedang berurus niaga di lokasi serbuan.

“Suspek diberkas dalam serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, bermula jam 4 pagi hingga 4 petang, semalam (kelmarin).

“Pihak polis membuat pemerhatian secara menyeluruh terlebih dahulu di sekitar kawasan ladang yang dipercayai wujudnya kegiatan penyalahgunaan dadah,” katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin.

Menurutnya, kawasan ladang kelapa sawit itu dipercayai dijadikan port penagih dari kawasan lain untuk mendapatkan bekalan dadah.

Katanya, pihak polis juga berjaya merampas dadah jenis heroin seberat kira-kira 18 gram dipercayai milik pengedar dadah terbabit.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas semua suspek yang berumur antara 16 hingga 60 tahun mendapati mereka positif dadah.

“Mereka seterusnya ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Taktik baru samun mangsa



KUALA LUMPUR – Dua lelaki bermotosikal menggunakan modus operandi memecahkan cermin kereta sebelah penumpang di Jalan Abu Bakar, Seksyen 16, Petaling Jaya sebelum melarikan barang berharga milik beberapa mangsa dalam tempoh sejam, pagi kelmarin.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dikatakan menjadikan mangsa yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di jalan tersebut antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi sebagai sasaran mereka.

“Kejadian pertama berlaku pada 7.30 pagi apabila dua lelaki bermotosikal menghampiri seorang wanita berusia 50 tahun.

“Suspek kemudian menggunakan sebatang kayu untuk memecahkan cermin kenderaan sebelah kiri sebelum merampas beg tangan dan beg kerja mangsa yang diletakkan di tempat duduk pemandu,” katanya semalam.

Menurutnya, selang beberapa minit kejadian itu, seorang lagi wanita yang berusia 50 tahun juga turut menjadi mangsa dua lelaki memecahkan cermin kenderaannya menggunakan pengunci stereng sebelum melarikan beg tangannya.

“Kira-kira 20 minit kemudian, seorang lagi mangsa berusia 50 tahun turut menjadi mangsa penjenayah menggunakan modus operandi sama apabila beg tangannya dilarikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dia berkata, kedua-dua suspek itu kemudian menjadikan seorang lelaki berusia 57 tahun sebagai mangsa di persimpangan sama kira-kira 8.30 pagi.

“Bagaimanapun, suspek gagal dalam cubaan menyamun mangsa terakhir iaitu seorang wanita berusia 40 tahun apabila cermin kenderaan mangsa gagal dipecahkan sepenuhnya.

“Ia menyebabkan suspek sukar untuk mengambil beg tangan malah mangsa dapat melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Penunggang maut



KUANTAN - Seorang penunggang maut akibat dilanggar sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikalnya yang terlanggar sebuah motosikal lain di Kilometer 138 Jalan Kuala Lumpur – Kuantan dekat Temerloh petang kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa Muhammad Najib Mat Akil, 26 mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi penunggang dipercayai cedera ringan manakala pemandu kereta yang melanggar mangsa dilaporkan melarikan diri dan tiada laporan polis di buat lelaki itu hingga semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mangsa yang bekerja sendiri itu dipercayai menunggang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi nahas, sebuah motosikal dari simpang sebelah kiri keluar secara tiba-tiba dan terus membelok ke kanan .

“Mangsa gagal mengelak motosikal itu lalu melanggarnya menyebabkan dia terjatuh dan tercampak ke laluan bertentangan.

“Pada masa yang sama, sebuah kereta yang belum dikenal pasti identitinya gagal mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan lalu merempuhnya sehingga mengalami kecederaan parah,” katanya.

Mohamed Fauzi berkata, akibat kejadian, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga untuk dikebumikan,” katanya.

Menurutnya, kemalangan yang meragut nyawa lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Padah bantai isteri



KUANTAN - Seorang bapa kepada dua anak didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan menyerang dan mencederakan isterinya menggunakan sebatang rotan dalam satu kejadian di Jalan Semambu di sini, 23 Mac lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, tertuduh, Chong Kwi Meng 34 dari Taman Seriku, Batu 12, Jalan Gambang dekat sini turut menumbuk muka dan kepala isterinya berusia 28 tahun selain menendang mangsa hingga terjatuh ke dalam longkang.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan Pegawai Pen-dakwa Cif Inspektor Moha-mad Azman Ariffin, tertuduh yang sudah tidak bekerja selepas terlibat dalam nahas jalan raya didakwa mengalami krisis rumah tangga .

Malah tertuduh sendiri mengakui isterinya yang bekerja sebagai jurujual itu pernah meminta cerai namun dia enggan berbuat demikian.

Dalam kejadian itu, mangsa yang memandu sebuah kereta dalam perjalanan dari tempat kerja di Cherating ke rumah dikejar suaminya yang menunggu di satu lokasi di tepi Jalan Semambu di sini.

Mangsa kemudiannya berhenti sebelum didatangi tertuduh yang memaksanya membuka pintu kereta.

Sebaik pintu dibuka, tertuduh terus menumbuk muka dan kepala mangsa sebelum disepak hingga terjatuh.

Tindakan ganas lelaki itu tidak berakhir di situ sebaliknya tertuduh mengambil sebatang rotan bulat sepanjang kira-kira satu meter lalu memukul isterinya hingga cedera di mata, kepala, lengan dan lebam di badan.

Mangsa yang tidak tahan dengan perbuatan suaminya nekad membuat laporan polis sehingga membawa kepada penahanan tertuduh hari berikutnya dan dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang ditemani anak lelakinya (berada di luar) merayu supaya hukuman ke atasnya diringankan memandangkan dia mempunyai dua anak lelaki yang masih kecil.

Dia yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu jengkaut dengan pendapatan tidak seberapa tidak mempunyai pekerjaan selepas terbabit kemalangan.

Mengambil kira faktor kesalahan dan rayuan tertuduh itu, Majistret Nordiana Abdul Aziz mengarahkan tertuduh membayar denda RM3,000. 

Pusat judi dalam apartmen



KEPONG – Pusat siber judi online dikesan beroperasi di dua unit rumah yang disewa di Apartmen Desa 1 dekat sini.

Tinjauan Sinar Harian menemui penduduk apartmen berkenaan yang rata-ratanya bimbang dengan fenomena baru tersebut yang dilihat mampu mempengaruhi sesiapa sahaja untuk terjebak dalam gejala berjudi di apartmen berkenaan.

Penduduk, Justin Musa, 42, berkata, masalah yang berlarutan sejak Februari tahun ini dilihat semakin menjadi-jadi.

“Kita telah membuat aduan kepada pihak berkuasa namun sehingga kini pusat siber judi tersebut masih terus beroperasi dan paling menggusarkan kami di sini ialah pusat tersebut turut dikunjungi oleh remaja yang terdiri daripada pelajar sekolah,” katanya.

Menurutnya, polis sebelum ini ada melakukan serbuan namun ia masih tidak dapat menghentikan sepenuhnya operasi pusat siber judi terbabit.

Seorang lagi penduduk, Mohd Arroq Shah, 41, berkata, penduduk sering terganggu dengan bunyi bising warga asing yang mengunjungi pusat tersebut.

“Bayangkan pusat tersebut yang dibuka 24 jam dikunjungi warga asing pada waktu malam hingga pagi menyebabkan tidur penduduk di dua blok di sini terganggu malah aduan yang dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak pernah dipedulikan,” katanya.

Paling malang apabila ada di antara premis haram itu turut menawarkan minuman keras kepada pelanggannya.

Tinjauan Sinar Harian ke sebuah premis terbabit mendapati rumah yang disewa sudah diubahsuai sepenuhnya termasuk sistem pendawaian elektrik yang dibuat secara haram yang dilihat mampu menyumbang kepada litar pintas yang boleh menjadi punca kebakaran.

Malah terdapat kira-kira 50 unit komputer yang sebahagiannya diletakkan sederet di ruang tamu dan dua bilik utama di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat penduduk.

“Saya juga berharap agar penduduk dapat melaporkan segera kes sebegini kepada polis untuk diambil tindakan segera,” katanya.

Beliau berkata, pemantauan berterusan juga akan dibuat di kawasan perumahan terbabit bagi memastikan ia bebas daripada premis haram seperti itu pada masa akan datang.

Lelaki kena penjara ceroboh rumah wanita



KUANTAN - Perbuatan seorang lelaki menceroboh masuk kediaman seorang wanita dipercayai atas niat melakukan jenayah menyebabkannya dihukum penjara sehari oleh Mahkamah Majistret Kuantan di sini, semalam.

Bagaimanapun hukuman penjara ke atas tertuduh, Jeffri Salleh, 27 dari Felda Sungai Panching Utara dekat sini ditambah empat bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda RM1,000.

Keputusan dibuat Majistret Rini Triany Muhamad Ali selepas tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan itu yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Amalina Zainal Mokhtar.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lorong IM13/3 Bandar Indera Mahkota di sini kira-kira jam 7.20 pagi 7 Oktober lalu.

Mangsanya, wanita berusia 39 kemudian membuat laporan polis sehingga lelaki itu ditahan pada hari yang sama.

Tertuduh kemudiannya dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 442 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu dalam kes berasingan, mahkamah terpaksa menetapkan satu tarikh sebutan lain ke atas seorang warga Myanmar yang menghadapi tuduhan mengedar 17 gram heroin selepas lelaki itu tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Melayu, semalam.

Tertuduh, Maung Maung, 31 didakwa melakukan kesalahan itu ketika ditahan polis untuk pemeriksaan di hadapan gereja di Jalan Gambut di sini, 2 Oktober lalu.

Hasil pemeriksaan polis menemui 8 peket plastik berisi serbuk dan ketulan dadah heroin seberat 17 gram (berat kasar).

Berikutan kesalahan itu, dia dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.

Pertuduhan dibuat Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Mohamad Azman Ariffin di hadapan Majistret Nordiana Abdul Aziz.

Pemuda dituduh miliki 1,892 pil kuda



KOTA BHARU - Seorang pemuda yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas dituduh memiliki 1,892 biji dadah pil kuda (metamphetamine) di Kampung Kor Beta, 2 Oktober lalu.

Pertuduhan terhadap Kamaruzaman Hanafi, 26 dibuat di hadapan Hakim Zainal L Saleh mengikut Seksyen 12(2) Akta Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama.

Berdasarkan dakwaan yang dihadapi, Kamaruzaman dituduh memiliki dadah seberat 189.2 gram berkenaan di kawasan kampung itu pada jam 12.45 pagi, tarikh berkenaan.

Berikutan tuduhan itu, dia berdepan hukuman tersebut atau penjara tidak kurang lima tahun dan juga akan dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding jam 11.30 pagi semalam, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof memohon kes ditangguhkan untuk laporan kimia sebelum Zainal menetapkan ia disambung semula pada 14 November depan.

Tertuduh yang beralamat di Kampung Mesa Beta Hilir, di sini tidak ditawar sebarang jaminan kerana tuduhan serius yang dihadapinya.

Gerudi kedai emas



SETIU - Seramai empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan pecah masuk ke dalam kedai emas dan mencuri barangan kemas di bandar Jertih, di sini pada 31 Ogos lalu.

Mereka dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan perbuatan itu kira-kira jam 3.45 pagi hingga 7.50 pagi di Rumah Kedai Emas Din Mahmood, di Taman Jertih, Jertih Besut.

Cheng Hing Fei, dari Bentong, Pahang; Lim Shing, 49, dari Taman Jauara Jaya, Balakong Seri Kembangan, Selangor; Leong Weng Sang, 52, dari Kuncai Lama, Puchong, Selangor dan Koh Kok Hin, 44, dari Jalan Union, Sentul, Kuala Lumpur dituduh melakukan jenayah itu terhadap kedai dan barang kemas milik Hishammuddin Mat, 31.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun serta denda, dan jika kesalahan itu kesalahan mencuri boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Shuzianna Shakila Raja Mamat.

Timbalan pendakwa raya, Norazlinawati Arshad menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 seorang dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun selepas mendengar rayuan semua tertuduh, mahkamah kemudian membebaskan mereka dengan jaminan sebanyak RM7,000 seorang, dan menetapkan 10 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, dalam kejadian pada 31 Ogos lalu, pemilik kedai emas tersebut menyedari premisnya dipecah masuk setelah jirannya menghubunginya memberitahu, terdengar bunyi sesuatu yang ganjil dalam kedainya.

Hishamuddin yang bergegas ke kedainya terserempak dengan salah seorang suspek (Cheng Hing Fei) yang berada berhampiran sebuah kereta di depan kedainya.

Dia yang menghubungi polis kemudian bertindak bersama sepasukan polis mengejar suspek pertama yang melarikan diri dengan memandu sebuah kereta Perodua MyVi dan kenderaan itu berjaya dipintas di Seberang Jertih.

Susulan tangkapan Cheng Hing Fei, membawa kepada tertangkapnya tiga rakannya itu di Melaka pada 1 Oktober lalu.

Modus operandi tertuduh ialah menebuk dinding premis kedai emas itu dengan menggunakan gerudi besar.

Bagaimanapun dalam kejadian itu, tertuduh gagal memasuki bilik kebal yang menyimpan sebahagian barang emas tersebut.

Penganggur didenda RM5,500 miliki, menagih dadah



KOTA BHARU – Mahkamah Majistret semalam mengenakan hukuman denda RM5,500 terhadap seorang penganggur selepas didapati bersalah memiliki dan menagih dadah jenis metamphetamine dalam satu tangkapan di Jalan Guchil Bayam, di sini, Mei lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Muhamad Hafiz Mohd Nooh terhadap Faiz Asyraf Hamzah, 21 mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan pindaan pertama yang dihadapi, dia didakwa memiliki 0.09 gram dadah metamphetamine di hadapan sebuah kedai runcit di jalan berkenaan pada jam 3.30 petang, 25 Mei lalu manakala dituduh menagih pada pertuduhan pindaan kedua pada tarikh sama.

Susulan kesalahan itu, Muhamad Hafiz dikenakan pengawasan selama dua tahun di balai polis Kubang Kerian pada 12 hari bulan setiap bulan.

Dalam pada itu, seorang mekanik dijatuhi hukuman enam bulan penjara selepas didapati bersalah menagih dadah jenis sama, 14 Jun lalu.

Zaky Yusof, 38 turut dikenakan pengawasan di balai polis Kota Bharu pada tarikh sama setiap bulan. Kedua-dua pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam.

Jemaah dipukul imam muda



BANGGOL CHICHA – Gara-gara menegur rumah imam muda gelap, seorang jemaah masjid di kampung dekat sini, mendakwa dia dipukul dengan kayu sepanjang setengah meter, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, baru-baru ini.

Akibatnya, mangsa, Arifin Abdullah, 58, pengsan dan hanya bangun selepas beberapa minit kerana tiada siapa di dalam masjid ketika kejadian berlaku.

Arifin berkata, dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan bahagian dalam telinga kiri sehingga menyebabkan pening serta sukar menumpukan perhatian ketika solat.

“Mujurlah kayu jenis satu dua inci tersebut terkena serban yang dipakai, jika tidak pasti saya mengalami kecederaan yang lebih teruk.

“Ketika perjalanan ke kedai makan, saya cuma cakap, gelap rumah imam muda, mungkin dia tertidur selepas solat Subuh pagi tadi, itu sahaja,” katanya, semalam.

Menurutnya, mungkin ia didengar oleh pihak tidak bertanggungjawab dan memutar belitkan cerita sehingga menimbulkan kemarahan imam muda berkenaan.

Namun katanya, imam muda itu juga tidak sepatutnya menggunakan pendekatan memukul orang tua, lebih-lebih lagi kerana tarafnya sebagai imam di kampung ini.

“Saya tidak menyangka seorang imam muda yang hanya berusia 30-an, sanggup memukul orang yang lebih tua, hanya kerana termakan nasihat orang yang menabur fitnah.

“Saya sudah membuat laporan polis selepas kejadian , namun memikirkan soal kekeluargaan, saya tarik balik laporan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mahu perkara seperti ini tidak lagi berlaku, lebih-lebih lagi kepada seorang imam yang sepatutnya menjadi model kepada anak-anak muda.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Tukang urut didakwa rogol, cabul gadis



KUALA TERENGGANU - Seorang tukang urut refleksologi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas enam pertuduhan merogol dan mencabul kehormatan gadis cacat penglihatan, yang berusia 13 tahun sembilan bulan pada tahun lalu dan tahun ini.

Mohd Zubir Muda, 60, dari Seberang Takir, dekat sini, dituduh di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan kerana merogol, dua pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 377 (c) (a) Kanun Keseksaan kerana melakukan seks menggunakan jari terhadap mangsa, anak rakan baiknya.

Bapa kepada empat anak itu tidak mengaku bersalah ke atas kesemua pertuduhan itu.

Dia dituduh merogol :mangsa pada 6 Jun 2010 kira-kira jam 10.30 pagi di rumah di Taman Murni Permai, Tok Jembal, di sini dan antara bulan Mac dan 4 September lalu kira-kira jam 3 petang dan 12.30 tengah hari di sebuah rumah di Taman Perumahan Seberang Takir, dekat sini.

Dia juga dituduh mencabul kehormatan mangsa yang cacat penglihatan itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Tertuduh juga didakwa melakukan seks menggunakan jari pada kira-kira jam 10.30 pagi pada 6 Jun 2010 di sebuah rumah di Taman Murni Permai.

Zainal Abidin menetapkan 21 November depan sebagai tarikh sebut semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Mengikut fakta kes, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu semasa menghantar mangsa ke pusat kebajikan OKU di Kuala Nerus, di sini. 

Dua warga asing ditahan, rampas ganja bernilai RM90,000



NILAI - Kastam Cawangan Narkotik menahan dua warga asing dan dua buah kenderaan serta merampas 31 bungkusan berisi ganja mampat seberat 37 kilogram bernilai RM90,000 pada Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Ibu pejabat Kastam Cawangan Narkotik, Liah Omar, berkata kedua-dua kenderaan dari arah utara ditahan di Kilometer 449.1 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Rawang, Selangor, kira-kira jam 10.30 malam selepas diekori sejauh kira-kira 10 kilometer.

"Pemandu kenderaan pertama seorang lelaki warga Nigeria berumur 37 tahun dan seorang penumpang wanita warga Laos berusia 35 tahun dalam kenderaan kedua ditahan, manakala pemandu kenderaan kedua berjaya melarikan diri," katanya pada sidang akhbar di pejabat cawangan itu di Kampung Jijan dekat sini, hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan pertama menemui bungkusan bahan mampat dipercayai ganja berkenaan sementara tiada barang dijumpai dalam kenderaan kedua.
Menurut Liah, ganja berkenaan dibungkus dengan kertas akhbar diisi dalam beg dan kotak yang disembunyikan di tempat simpanan barang di belakang kenderaan.
"Siasatan awal mendapati lelaki warga Nigeria itu seorang pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur manakala wanita Loas itu memiliki dokumen perjalanan memasuki Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam, Changloon," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari sejak Isnin untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihaknya percaya dadah tersebut untuk dihantar ke Kuala Lumpur. - Bernama

Lelaki koma ditembak rakan hutang



KOTA BAHARU - Akibat hutang, seorang lelaki berusia 31 tahun koma selepas dipercayai ditembak rakannya dalam kejadian di Simpang Empat Salam, Rantau Panjang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa Mohd Annuar Mohd Nor dan anak lelakinya berusia enam tahun dikatakan keluar dari rumahnya untuk menemui dua rakannya di tempat kejadian.

"Mangsa dan anaknya yang tinggal di Taman Wahyu, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian dikatakan menerima satu panggilan telefon sebelum keluar menunggang motosikal untuk menemui dua rakannya berusia lingkungan 30-an.

"Bagaimanapun ketika pertemuan itu, satu pertelingkahan dan pergaduhan mulut telah berlaku menyebabkan salah seorang rakan mangsa telah mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan terhadap mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa namun hanya satu das tembakan mengenai mangsa manakala anak lelakinya terselamat.

"Satu das tembakan yang dilepaskan mengenai bahagian pinggang kiri mangsa dan menembusi bahagian kanan dadanya menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah," katanya.

Katanya kedua-dua suspek yang merupakan penduduk tempatan bagaimanapun melarikan diri dengan motosikal.

Mazlan berkata mangsa yang bekerja kampung itu bagaimanapun sempat pulang ke rumahnya dan dihantar keluarganya ke Hospital Lati, Pasir Mas sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) ekoran kecederaan parah.

Beliau berkata polis percaya kes berkenaan bermotifkan hutang dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Katanya orang awam yang melihat dan mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu diminta memberikan kerjasama dengan menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama

Apa dosa adik



ALOR GAJAH - Kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun petang kelmarin, membongkar kekejaman bapa tirinya berusia 37 tahun yang dipercayai sering mendera mangsa sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, mangsa, Mohd Firdaus Mat Dan dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh bapa tirinya sendiri dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ sebelum disahkan meninggal dunia.

Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat kecederaan pada paru-parunya, dipercayai dipukul dengan benda tumpul.

Ibu mangsa berusia 41 tahun yang ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah malam kelmarin berkata, dia tidak mengetahui kejadian menimpa anak bongsu daripada enam beradik itu, hasil perkahwinan pertamanya.

“Suami membawa adik (Mohd Firdaus) keluar bersamanya ketika pergi kerja pada pagi kejadian tetapi tidak membawanya pulang apabila dia kembali ke rumah.

“Saya tanya di mana adik dan suami kata, dia hantar adik ke hospital. Sebaik sahaja saya tiba di hospital, saya hanya dapat melihat tubuh adik yang kaku kerana dia sudah meninggal dunia,” katanya yang masih berpantang kerana baru 10 hari melahirkan anak ketujuh.


Anak bongsu selalu diasing suami

Menurutnya, dia mula menjaga mangsa sejak lima bulan lalu di sebuah rumah sewa di Padang Sebang.

“Bagaimanapun, sepan­jang tempoh berkenaan saya sering perhatikan suami selalu mengasingkan anak bongsu saya daripada bercampur dengan adik-beradik lain termasuk saya.

“Sejak sebulan lalu, saya lihat sifat ceria dan gembira adik semakin menghilang, malah hampir setiap hari suami membawa adik ke mana sahaja dia pergi, tanpa mengira siang ataupun malam. Saya pula memang tidak mencurigai perbuatannya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sebelum ini dia pernah mendengar anaknya itu menjerit kesakitan ketika sedang mandi bersama suaminya.

“Ketika itu, pintu bilik air berkunci dan ketika dibuka, saya lihat adik dalam keadaan lemah terduduk dan tersandar di dinding.

“Saya tanya suami kenapa dia kerap pukul adik dan dia memberikan pelbagai alasan, antaranya dia berang kerana adik selalu buang air besar dalam seluar,” katanya.

Menurutnya, sepanjang perkahwinan kali keduanya ini, suami tidak pernah mengasarinya tetapi tidak tahu kenapa adik pula sering menjadi sasaran.

“Saya tidak tahu apa salah dan dosa adik sehingga diperlakukan sebegini,” katanya.
Tidak berpeluang rapati adik.

Sementara itu, abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 20, berkata, dia tidak berpeluang merapati adik bongsunya itu dan terkejut dia menjadi mangsa deraan bapa tiri.

“Susah nak lihat adik tidak berbaju kerana setiap kali lepas mandi, adik keluar sudah lengkap berpakaian.

“Sebelum ini pernah juga lihat ada kesan luka dan lebam tetapi adik jawab, disebabkan terjatuh dan terlanggar sesuatu,” katanya.

Menurutnya, adiknya tidak pernah mengadu sakit dan dia juga tidak pernah diberikan peluang tidur bersama Mohd Firdaus.

“Selama ini, bapa tiri tak pernah menunjukkan sikap marah dan memang nampak tiada apa-apa berlaku di rumah,” katanya kepada Sinar Harian di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka, semalam.

Nenek mangsa, Tumirah Mis, 58, berkata, sudah hampir setahun dia tidak bertemu anak perempuannya itu sejak berkahwin baru.

“Makcik yang jaga Mohd Firdaus sebelum diambil lima bulan lalu untuk tinggal bersama ibunya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, suspek yang ditahan polis di luar Hospital Alor Gajah pada petang kejadian, kini ditahan reman tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan.

“Polis masih menjalankan siasatan. Dipercayai ada unsur penderaan sehingga mengakibatkan kanak-kanak itu maut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan 

Pekerja jatuh pelantar tapak pembinaan runtuh


RANAP...tapak pembinaan pusat beli-belah yang runtuh, semalam.
RANAP...tapak pembinaan pusat beli-belah yang runtuh, semalam.
KUALA LUMPUR: “Ketika sibuk menyapu di pintu masuk, secara tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat diikuti bunyi kecoh dari arah tapak pembinaan bersebelahan KL Sentral,” kata pekerja pembersihan, Adrasyid, 37, ketika ditemui wartawan Harian Metro di KL Sentral, di sini, semalam.
Sejurus terdengar dentuman pada jam 11 pagi itu, saksi berkenaan bergegas ke bahagian luar bangunan untuk melihat kejadian dan mendapati berlaku runtuhan di tapak pembinaan pusat beli-belah kira-kira 50 meter dari KL Sentral.

Dalam kejadian itu, satu bahagian pelantar di tapak pembinaan berkenaan runtuh menyebabkan seorang pekerja warga Bangladesh berusia 35 tahun terjatuh dari ketinggian empat meter sebelum terperangkap di bawah timbunan konkrit.

Difahamkan, pekerja berkenaan menyapu konkrit di pelantar berkenaan dan tidak sempat menyelamatkan diri sebelum beberapa pekerja lain yang menyedari insiden terbabit memberi bantuan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata pasukan bomba dan penyelamat yang tiba sebaik mendapat laporan kejadian membawa keluar mangsa pada jam 11.20 pagi.


“Berdasarkan pemeriksaan, konkrit di pelantar berkenaan dipercayai belum kukuh dan siap sepenuhnya menyebabkan berlaku runtuhan.

“Ketika melakukan kerja berkenaan, mangsa lengkap memakai alat keselamatan termasuk topi keselamatan bersama sembilan pekerja lain.

“Bagaimanapun, tahap kecederaan mangsa belum dapat dipastikan dan dia sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut,” katanya.

myMetro | Pekerja jatuh pelantar tapak pembinaan runtuh:

'via Blog this'

41 belia muflis setiap hari gagal urus kewangan


KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal.

"Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit.

"Apabila lebih 30 peratus daripada gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, seseorang itu sudah dikira mempunyai masalah kewangan.

"Ini menunjukkan betapa kurangnya kesedaran golongan muda berkaitan pengurusan kewangan mereka dan jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi lebih teruk," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran program RINGGIT Pertama Saya di sini, hari ini.

Program RINGGIT Pertama Saya adalah kerjasama antara Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna Malaysia (ERA Consumer) dan Citibank Bhd. dalam usaha memupuk kesedaran kanak-kanak berhubung pentingnya pengurusan kewangan.

Program ini melibatkan 400 kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun dari 20 buah tadika di seluruh negara.

Paul menambah, FOMCA menggesa kerajaan untuk memasukkan pendidikan pengurusan kewangan di dalam sistem persekolahan untuk memberi ilmu bersesuaian kepada kanak-kanak.

"Kita harus mendidik generasi akan datang mengenai pentingnya pengurusan kewangan dan usaha ini sebaiknya dimulakan dari peringkat sekolah lagi," ujarnya.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:

'via Blog this'

Lantai runtuh, tukang simen cedera



PELANTAR simen di bangunan tambahan KL Sentral yang dikenali sebagai NU Sentral yang runtuh, semalam. – Utusan/Safiyana Salim


KUALA LUMPUR 11 Okt. – Kira-kira 500 pekerja di bangunan tambahan KL Sentral di sini hari ini, gempar apabila lantai tingkat satu bangunan yang dalam pembinaan itu runtuh mengakibatkan seorang tukang simen warga Bangladesh mengalami kecederaan.

Kejadian berlaku pukul 11 pagi semasa buruh binaan berusia 35 tahun itu sedang menjalankan kerja-kerja menyimen bersendirian di tingkat satu apabila pelantar tempatnya berdiri tiba-tiba runtuh.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, siasatan mendapati runtuhan berlaku akibat lantai berkenaan tidak mampu menahan beban simen yang berat.

Beliau berkata, semasa kejadian, kebetulan hanya tukang simen warga Bangladesh terbabit berada di tingkat satu, manakala rakan sekerja yang lain sibuk menjalankan kerja-kerja pembinaan di aras bawah.

“Mangsa terjatuh dari ketinggian kira-kira empat meter dan segera dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.

“Lelaki terbabit kemudian dibenarkan keluar dari hospital setelah doktor mengesahkan dia berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Bangunan tambahan KL Sentral dikenali sebagai NU Sentral yang bersambung dengan bangunan sedia ada itu bakal menempatkan pusat beli-belah setinggi tujuh tingkat dan ia mula dibina sejak dua tahun lalu.

Wan Abdul Bari berkata, berikutan kejadian runtuhan itu, semua kerja-kerja pembinaan di bangunan tersebut dihentikan buat sementara waktu.

Katanya, kerja-kerja pembinaan di situ hanya dibenar diteruskan semula setelah pihak kontraktor dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengesahkan ia selamat untuk dimasuki.

Sementara itu, seorang rakan setugas mangsa yang juga dari Bangladesh dikenali sebagai Anuar, 25, memberitahu, dia bersama rakan-rakan lain terkejut dan panik apabila tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan kuat dari tingkat atas.

“Saya bergegas naik ke tingkat atas dan terkejut melihat seorang rakan saya terbaring di atas runtuhan lantai yang baru sahaja disimen,” katanya sambil memberitahu dia segera membantu mangsa sementara menunggu ambulans tiba untuk menghantarnya ke hospital.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:

'via Blog this'

Wanita disyaki seludup dadah ke Indonesia


KLANG 11 Okt. - Polis sedang menyiasat kemungkinan wanita Indonesia yang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel tiga bintang di sini Ahad lalu, berperanan membawa dadah dari negara ini ke Indonesia.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, berdasarkan maklumat, wanita berusia 30-an itu datang ke Malaysia sejak sebulan lalu dan berdasarkan pasport miliknya, dia sepatutnya pulang ke Indonesia semalam.

Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati, wanita berkenaan mengaku baru berkenalan dengan suspek lelaki yang dipercayai ketua sindiket pengedaran dadah yang mati dalam serbuan tersebut.

"Kami masih menyiasat kemungkinan itu dan buat masa ini wanita terbabit kini ditahan reman sehingga 16 Oktober ini bersama dua lagi suspek lelaki yang turut ditahan dalam serbuan berkenaan.

"Dua suspek lelaki yang berusia 30-an dan 50 tahun pula dipercayai pengedar dadah kecil-kecilan di sekitar Klang dan sindiket yang tumpas dipercayai telah aktif sejak setahun lalu," kata beliau kepada pemberita di sini petang ini.

Pada sidang akhbar itu, Mohamad turut mendedahkan, kesemua rampasan dadah yang dibuat semasa serbuan Ahad lalu bernilai RM79,000 termasuk wang tunai RM3,730.

Katanya, keseluruhan dadah yang dirampas adalah 426 biji pil ekstasi, 150 gram syabu, 251 gram heroin dan satu peket ganja.

Menurut beliau, kesemua dadah itu ditemui pada mayat suspek lelaki yang mati dan di dalam kereta Proton Iswara yang didaftar menggunakan nama seorang lelaki.

Ujarnya, siasatan juga mendapati kesemua yang ditahan telah menginap di hotel tersebut selama tiga hari dan setiap hari akan melanjutkan tempoh sewaan agar kelihatan seperti baru menginap di situ.

Utusan Malaysia Online - Kota:

'via Blog this'

Awas geng pecah cermin kereta samun mangsa


PETALING JAYA 11 Okt. - Orang ramai khususnya di daerah ini, diingatkan supaya berhati-hati dengan jenayah samun yang menggunakan modus operandi (MO) memecahkan cermin kenderaan sebelah penumpang ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Dalam kejadian semalam, sebanyak lima kes dilaporkan berlaku di Jalan Abu Bakar, Seksyen 16, Petaling Jaya dalam tempoh hanya sejam.

Jenayah berkenaan dipercayai dilakukan oleh individu sama antara pukul 7.30 pagi dan 8.30 pagi ketika orang ramai dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian samun itu mengakibatkan kerugian dianggarkan RM20,000, melibatkan kehilangan wang tunai, telefon bimbit, komputer riba, kad kredit dan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Menurut sumber, dalam kejadian pertama pada pukul 7.30 pagi, seorang wanita berusia 50 tahun yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di jalan itu, didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal.

Katanya, salah seorang lelaki terbabit kemudian memecahkan cermin kenderaan sebelah kiri menggunakan sebatang kayu sebelum merampas beg tangan dan beg kerja yang diletakkan di tempat duduk pemandu.

"Selang beberapa minit, satu lagi kejadian sama berlaku ke atas seorang wanita yang juga berusia 50 tahun di persimpangan lampu isyarat tersebut.

"Mangsa didatangi dua lelaki yang bertindak memecahkan cermin kenderaannya menggunakan pengunci stereng serta merampas beg tangan wanita itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah sumber itu lagi, selang 20 minit kemudian, seorang lagi mangsa berusia 50 tahun menerima nasib malang apabila dua lelaki dengan menggunakan MO sama berjaya melarikan beg tangan miliknya.

Katanya, sejam kemudian, suspek menyamun lagi seorang lelaki berusia 57 tahun di persimpangan yang sama.

Tambahnya, percubaan terakhir suspek untuk memecahkan kenderaan seorang wanita berusia 40 tahun bagaimanapun gagal apabila cermin itu hanya retak.

"Mangsa terakhir yang terkejut dengan kejadian itu segera melarikan diri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed (gambar) ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia Online - Kota:

'via Blog this'

40 penagih, pengedar ditahan


SEBAHAGIAN daripada 41 penagih dadah ditahan sepasukan polis dari cawangan Narkotik IPK negeri selepas mengadakan operasi khas di sebuah ladang Kelapa Sawit, Broga, Seremban, semalam. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID


SEREMBAN 11 Okt. - Polis menahan 40 penagih serta seorang pengedar dadah ketika melakukan urusan jual beli dadah di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Broga dekat sini, awal pagi semalam.

Operasi bermula pukul 4 pagi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, kesemua penagih berusia 16 hingga 60 tahun itu ditahan ketika membeli dadah daripada seorang pengedar berusia 30-an.

"Kawasan itu dipercayai menjadi sarang utama penagih dari kawasan berhampiran untuk mendapatkan bekalan dadah daripada pengedar terbabit.

"Operasi yang berakhir pukul 3 petang itu mendapati kesemua suspek positif dadah, selepas ujian air kencing dijalankan," katanya di sini, hari ini.

Katanya, dalam serbuan tersebut, pihaknya turut merampas dadah jenis heroin seberat 18 gram.

"Kita akan jalankan sekali lagi ujian air kencing sebelum menahan reman mereka. Lelaki yang disyaki pengedar itu akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Utusan Malaysia Online - Selatan:

'via Blog this'

Dua pelajar diperintah bela diri




MOHD. AZLAN (dua dari kiri) dan Mohd. Hazlani (kanan) diperintah membela diri atas tuduhan dadah di Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam untuk membela diri atas tuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine sebanyak 2,000 biji bersamaan 23.11 gram pada Februari tahun lalu.
Hakim Azman Abdullah menetapkan 18 dan 19 Oktober ini untuk tertuduh, Mohd. Azlan Mat Nor dari Pasir Mas dan rakannya, Mohd. Hazlani Che Hussin dari Rantau Panjang, kedua-duanya berusia 19 tahun membela diri.
Menurutnya, ini kerana mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan kes.
"Selepas meneliti semua keterangan kedua-dua belah pihak melalui saksi dan barang kes, pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh," katanya.

Pengedar guna SMS jual dadah ditangkap



BATU PAHAT - Malang berganda bagi seorang lelaki apabila bukan sahaja ditahan atas kesalahan mengedar dadah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) malah turut berdepan hukuman gantung.
Dia ditangkap selepas polis menyerbu kediamannya di Semerah, dekat sini Sabtu lalu dan ditemui bersamanya dadah jenis heroin seberat 27 gram.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan menggunakan khidmat penjualan bergerak iaitu menghantar dadah kepada pelanggan tetap yang melakukan pesanan menerusi SMS atau panggilan telefon.
Menurut beliau, setelah mengenal pasti pelanggan yang membuat pesanan, suspek yang berusia 33 tahun akan menentukan lokasi dan masa untuk menyerahkan dadah tersebut bagi mengelak dikesan polis.
Katanya, hasil maklumat awam dan risikan, taktik itu terbongkar dan serbuan yang dilakukan di kediamannya kira-kira pukul 4 pagi, menemui tiga peket plastik lut sinar berisi bahan dipercayai dadah jenis heroin.

Dipenjara kerana bunuh jiran




KERATAN Kosmo! 29 April 2010.


KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori bakal menghuni tirai besi untuk tempoh enam tahun setengah selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam mensabitkan tertuduh bersalah memukul jiran sehingga mati menggunakan kayu besbol hanya kerana berang selepas ditegur membuang sampah oleh mangsa tahun lalu.
Namun tertuduh, M. Seldas, 52, bernasib baik apabila anak lelaki tunggalnya, S. Edwinmaranda, 23, terselamat daripada hukuman selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah melepas dan membebaskan tertuduh kedua itu daripada tuduhan serupa.
Kedua-dua beranak itu sebelum ini berhadapan hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas didakwa membunuh Cheong Sin, 51, di hadapan rumah mangsa di 75-00-24, Blok 75, Pangsapuri Sri Sentul, Bandar Baru Sentul pada pukul 1 pagi, 28 April lalu.
Namun pada prosiding di akhir pendakwaan semalam, mahkamah melepas dan membebaskan Edwinmaranda manakala Seldas pula disabit bersalah membunuh mangsa tanpa niat dan diarah membela diri mengikut Seksyen 304 (b) kanun yang sama.
Berikutan itu, Seldas kemudian bersetuju mengaku bersalah bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut yang memperuntukkan hukuman lebih ringan iaitu penjara 10 tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Lari dalam keadaan terbakar




Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung mayat Chakra yang mati melecur akibat kebakaran di sebuah pangsapuri di Seksyen 20, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Seorang lelaki Nepal yang terbakar hampir seluruh badan sempat lari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri sebelum mangsa terjatuh ke dalam longkang dan mati di Blok 14 Pangsapuri Seksyen 20 di sini semalam.
Kejadian pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila rumah sewa yang dihuni mangsa, Chakra Bahadur Bolum, 21, bersama tujuh rakan senegara di aras bawah bangunan lima tingkat tersebut terbakar.
Dalam kebakaran tersebut, tiga rakannya yang berada di dalam rumah melecur teruk manakala seorang lagi cedera ringan.
Difahamkan, ketika kebakaran, kesemua mangsa sedang tidur kerana penat bekerja syif malam di sebuah kilang elektronik di sini.
Ketiga-tiga mangsa yang melecur teruk ialah Chanda Bahadu, Tibendra Rana Mughar dan Khadka Bahadur Shasta manakala yang cedera ringan ialah Sibu Bahadur.
Kesemua mangsa berumur di antara 21 hingga 27 tahun.
Bagaimanapun, tiga lagi penghuni tiada di rumah kerana bekerja.
Seorang saksi, Zakaria Baharudin, 45, berkata, pada mulanya dia terdengar suara orang meminta tolong sebelum pergi ke tempat kejadian dan melihat asap tebal keluar dari rumah berkenaan.