Search This Blog

Tuesday, September 20, 2011

Pokok hempap kereta



KUANTAN - Anak seorang peneroka di Felda Panching Selatan di sini terkedu apabila kereta jenis Proton Gen 2 miliknya rosak ditimpa pokok durian yang berusia lebih 30 tahun dalam kejadian ribut lewat petang kelmarin.

Kereta milik Mohd Farid Ibrahim, 31, itu kemek di bahagian belakang dan kiri selain cermin di bahagian belakang turut pecah.

Malah, jentera bomba diperlukan bagi mengalihkan pokok yang menghempap sebahagian keretanya.

Menurutnya, kereta yang dibeli sejak lima tahun lalu itu diletakkan di bahagian belakang rumah petang kelmarin dan tidak menyangka kejadian ribut memusnahkan keretanya.

“Ketika kejadian, saya berada sedang makan di dapur sebelum ribut melanda. Tidak lama selepas itu, saya mendengar bunyi bising di belakang dan bergegas keluar.

“Pada mulanya saya tidak menyedari bahawa kereta sudah ditimpa pokok, tetapi tidak lama kemudian ayah saya menjerit dari rumah jiran dan memberitahu bahawa kereta saya sudah ditimpa pokok yang terdapat di belakang rumah,” katanya ketika ditemui di sini.

Mohd Farid berkata, dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya bersabar dengan kejadian tersebut.

“Selain kereta saya, bahagian belakang rumah turut rosak kerana turut terkena pokok durian tersebut.

“Buat sementara waktu, saya akan memaklumkan pihak insurans sama ada ia termasuk di dalam polisi perlindungan atau tidak,” katanya.

Bagi warga emas, Jamaludin Taib, 64, sejak tinggal di situ sejak 40 tahun lalu, kejadian tersebut adalah kali pertama menimpa keluarganya.

Menurutnya, ketika kejadian, dia berada di anjung rumah sebelum melihat angin kencang bertiup dan menerbangkan atap di bahagian ruang tamu rumahnya.

Katanya, ribut yang berserta hujan lebat itu menakutkan dirinya lalu memanggil isteri, Safiah Wahab, 63, yang berada di dalam rumah.

“Bagaimanapun, isteri saya sibuk mengalihkan perabot dalam rumah kerana atap yang ‘terbang’ menyebabkan air hujan membasahi perabot serta peralatan elektrik.

“Saya bersyukur kerana semuanya selamat, namun tetap terkejut dengan kejadian yang menimpa,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Zaili Besar berkata, sebanyak 20 rumah dikenal pasti terlibat dalam kejadian ribut itu dan empat daripada mengalami kerosakan teruk terutama bahagian bumbung.

Menurutnya, insiden tersebut sudah dimaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bantuan segera akan disalurkan secepat mungkin bagi meringankan beban.

“Bagaimana pun, pengurusan Felda akan menilai jumlah kerosakan sebelum memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa ribut,” katanya.

Mayat lelaki reput, berulat ditemui



TELOK PANGLIMA GARANG - Seorang lelaki berumur 30an ditemui mati dipercayai dibunuh dalam sebuah parit kering di Kebun Kelapa Sawit, Jalan Nipah, Taman Dato Hormat, di sini, pada 13 September lalu.

:Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, mayat mangsa dalam keadaan reput dan sudah berulat itu ditemui tidak berpakaian dengan berseluar jeans biru gelap.

Menurutnya, mangsa mempunyai kesan tatu bertulis ‘T K A’ di lengan kanan. Tiada sebarang bukti fizikal lain ditemui bersama mangsa di tempat kejadian.

“Walau bagaimanapun, sehelai t-shirt berbelang biru putih tanpa kesan darah dijumpai 10 meter dari lokasi mayat ditemui.

“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampakkan ke dalam parit berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Nordin berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di muka dan dadanya akibat senjata tajam selain ditinggalkan dalam lingkungan empat hingga lima hari.

Menurutnya, buat masa ini punca sebenar kematian dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan kerana tiada tanda suntikan BCG kelihatan di lengan kiri dan mengesyaki mangsa adalah warganegara asing.

“Selain itu, wang bernilai RM1 dan syiling 10 sen turut dijumpai di poket seluar mangsa tanpa lain-lain dokumen pengenalan diri.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat,” katanya.

Mayat reput dalam parit



TELOK PANGLIMA GARANG – Seorang lelaki berumur 30-an ditemui mati dipercayai dibunuh dalam sebuah parit kering di Kebun Kelapa Sawit, Jalan Nipah, Taman Dato Hormat, di sini, pada 13 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, mayat mangsa dalam keadaan reput dan sudah berulat itu ditemui tidak berpakaian dengan berseluar jeans biru gelap.

Menurutnya, mangsa mempunyai kesan tatu yang bertulis ‘T K A’ di lengan kanan. Tiada sebarang bukti fizikal lain ditemui bersama mangsa di tempat kejadian.

“Walau bagaimanapun, sehelai t-shirt berbelang biru putih tanpa kesan darah dijumpai 10 meter dari lokasi mayat ditemui.

“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampakkan ke dalam parit berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di muka dan dadanya akibat senjata tajam selain telah ditinggalkan dalam lingkungan empat hingga lima hari.

Menurutnya, buat masa ini punca sebenar kematian dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan kerana tiada tanda suntikan BCG kelihatan di lengan kiri dan mengesyaki mangsa adalah warganegara asing.

“Selain itu, wang bernilai RM1 dan syiling 10 sen turut dijumpai di poket seluar mangsa tanpa lain-lain dokumen pengenalan diri.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat,” katanya.

Pemandu lori tidak mengaku bersalah



JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan melakukan rompakan dan mencederakan seorang kontraktor perkapalan, 6 September lalu.

:Bagaimanapun, R Mahandran, 30, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap S Vijayaratnam, 47, di rumah mangsa yang terletak di Bandar Seri Alam, Masai, 6 September lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, Mahandran bersama dua suspek lain yang masih bebas dituduh merompak dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Vijayaratnam dan merampas sebuah kereta Proton Perdana.

:Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda berserta sebatan sekiranya disabitkan kesalahan.

Pada prosiding berkenaan, Mohd Nasir membenarkan jaminan RM30,000 ke atas tertuduh dan menetapkan :sebutan semula kes pada 19 Oktober depan.

Mati di bangunan usang

 

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga asing lengkap berpakaian ditemui mati tertiarap dalam lubang lif bawah tanah sebuah bangunan usang lapan tingkat di belakang sebuah pasar raya di sini, pagi semalam.

Kejadian disedari orang awam yang melalui laluan berdekatan sebelum melaporkannya kepada polis.

Berdasarkan siasatan awal mendapati, tiada seorang pekerja di kawasan sekitar yang mengenali mangsa setelah pengecaman dibuat.

Mayat lelaki berbaju merah dan berseluar pendek itu dikenali sebagai Truong Cong Yhanh, 26, berasal dari Vietnam dan bekerja di negeri ini berdasarkan slip pendaftaran Pati Jabatan Imigresen Malaysia yang ditemui.

Dimaklumkan, bangunan yang terletak di belakang sebuah pasar raya dan berhadapan dengan tapak pembinaan projek landasan kereta api berkembar yang sedang dijalankan itu sudah lama ditinggalkan tidak berpenghuni.

Difahamkan, mangsa berkemungkinan berada dalam bangunan itu untuk mengambil sarang burung yang banyak terdapat di tingkat atas bangunan terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, pihak polis menerima maklumat pada jam 9 pagi semalam dan sedang meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan.

“Mangsa berkemungkinan tergelincir ketika berada dalam bangunan berkenaan dan pihak polis sedang giat untuk mengumpul maklumat berhubung kes ini,” katanya.

5 lelaki ditahan curi van berisi rokok



PADANG BESAR – Perasaan dendam seorang pekerja terhadap bekas majikan yang memberhentikannya kerja menyebabkan dia bersubahat dengan beberapa rakan melarikan sebuah van berisi pelbagai rokok milik syarikat majikan berkenaan.

Bagaimanapun, pasukan petugas dari Balai Polis Padang Besar berjaya menemui semula kenderaan yang hilang itu dalam tempoh hanya 16 jam.

Ketua Polis Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, selain van dan rokok, pihaknya turut menahan lima lelaki yang berumur antara 20 hingga 28 tahun yang disyaki terlibat melarikan van berkenaan.

Menurutnya, lima lelaki yang ditahan itu termasuk pemandu van dan penjual rokok yang hadir membuat laporan polis memaklumkan van dicuri ketika diletakkan di kawasan Arked Niaga di sini.

“Pemandu van berkenaan pada mulanya datang ke balai membuat laporan tentang kehilangan van berisi pelbagai rokok milik majikannya ketika diletakkan di kawasan tempat kereta di Arked Niaga.

“Selepas disiasat, kita dapati laporan yang dibuat pemandu berusia 27 tahun itu mencurigakan dan ujian air kencing terhadapnya juga mendapati dia positif dadah,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, di sini, semalam.

Che Man berkata, van yang dilaporkan hilang itu kemudian ditemui semula di sebuah kawasan kebun getah di Chupping manakala sebahagian besar rokok ditemui di sebuah rumah suspek di Kilometer 2 Kampung Titi Tampang, Jalan Kilang Gula.

Kesemua suspek termasuk salah seorang bekas pekerja syarikat pengedar rokok itu kini ditahan bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya percaya rokok yang dicuri itu sudah mempunyai pembeli dan pihaknya akan berusaha mengenal pasti pembeli berkenaan.

Buruh kontrak parah ditetak



NIBONG STESEN – “Ketika sedang menunggang motosikal, tiba-tiba saya diterjah seseorang dari arah belakang lalu menerajang menyebabkan saya jatuh tersungkur, seketika kemudian saya dihampiri sekumpulan lelaki lalu salah seorang daripadanya menetak kepala menyebabkan saya terus pitam lalu tidak sedarkan diri, sedar semula saya sudah berada di hospital.”

Begitulah pengakuan yang sempat dirakamkan Sinar Harian sebelum Mohd Razil Abd Manan, 31, buruh kontrak yang cedera parah selepas ditetak senjata tajam oleh individu tidak dikenali lalu tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan dari bilik kecemasan untuk menjalani ujian imbasan di bilik X-Ray Hospital Dungun.

Akibat kejadian itu, Mohd Razil terpaksa menerima 20 jahitan disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala dengan kesan luka sedalam dua sentimeter sebelum dikejarkan ke hospital oleh penduduk.

Menurut Mohd Razil yang mengakui mempunyai pertalian dengan salah seorang pemimpin politik di Dungun itu, ketika keja-dian, dia yang beralamat di Jalan Ustaz Omar itu dikatakan sedang bersiar-siar dengan menunggang motosikal sebelum didatangi individu dari arah belakang yang bertindak menerajangnya.

Katanya, sebaik dia jatuh tersungkur, sekumpu-lan lelaki bertindak mengepungnya lalu kepalanya terasa terkena hentakan benda tajam sebelum darah mengalir di mukanya.

“Banyak darah keluar selepas kepala saya dihentak sesuatu, saya mula rasa pening lalu terus pitam.

“Saya tidak pasti bila orang mengangkat saya yang sudah longlai itu dan bawa ke sini,” katanya.

Bagaimanapun Sinar Harian difahamkan mangsa yang turut mempunyai rekod jenayah lampau itu menghilangkan diri sebaik sedar daripada pengsan.

Sementara itu, dalam pengakuannya kepada Sinar Harian, Mohd Razil turut memberitahu terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Kereta baru dibaiki terbakar



MERLIMAU - Sebuah kereta jenis Honda terbakar secara tiba-tiba setelah mengalami kerosakan dan tersadai di tepi jalan Seri Mendapat lebih kurang jam 7.40 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Hitam berkata, sebelum kejadian pemilik kereta terbabit telah meminta bantuan mekanik untuk membaiki kerosakan keretanya itu.

Bagaimanapun, katanya, setelah dibaiki tidak lama kemudian, kereta terbabit tiba-tiba mengeluarkan asap sebelum terbakar secara tiba-tiba.

Che Suza berkata, tiada kemalangan maut dilaporkan dan ketika kejadian, pemilik kereta berada di luar kenderaannya sebelum keseluruhan keretanya terbakar.

“Kita percaya tiada unsur jenayah dalam kejadian terbabit dan pemilik kereta tersebut telah membuat laporan polis bagi membuat tuntutan insurans,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian itu, 10 jentera dari Bomba dan Penyelamat Merlimau dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Maut dilanggar lari



BUKIT JALIL – Niat seorang mekanik untuk ke tempat kerja tidak kesampaian apabila maut dilanggar sebuah kereta di Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil kira-kira jam 7 pagi semalam.

Mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerja dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan yang tidak dapat dipastikan jenisnya sebelum tercampak ke pembahagi jalan.

Jurucakap polis berkata, mangsa K Katirvelu, 20, menunggang motosikal dari rumahnya sebelum dilanggar sebuah kenderaan yang datang dari arah belakang.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang hilang kawalan tercampak di tengah laluan menyebabkan kepalanya terhentak di pembahagi konkrit.

“Mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Serdang 45 minit selepas kejadian berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu katanya, mereka yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Jalan Bandar untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Remaja keluar simpang maut dirempuh bas



GEORGETOWN - Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah bas dalam satu kejadian Jalan Sungai Ara, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.15 malam, mangsa, Mohamad Al Amin Nordin, 17, yang menunggang motosikal bersendirian dari arah Kampung Baru, Sungai Ara dikatakan keluar dari simpang sebelum bas dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.

Difahamkan, bas berkenaan sedang membawa beberapa penumpang dari Sungai Ara menuju ke arah Bayan Lepas.

Ketua Bahagian Trafik Daerah Barat Daya, Cif Inspektor Mohd Zin Mat Ali berkata, selepas dirempuh, mangsa dipercayai melambung ke arah cermin depan bas manakala motosikal mangsa turut mengalami kerosakan teruk selepas terseret sejauh 12.3 meter dari tempat kejadian.

Mohd Zin berkata, mangsa yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan badan kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Katanya, polis sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian sebenar.

“Polis juga mengambil keterangan pemandu bas berusia lingkungan 30-an selain meminta kerjasama saksi kejadian melaporkan kepada polis,” katanya.

Mohd Zin berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau maksimum 10 tahun atau denda antara RM5,000 dan RM20,000 atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Trafik Daerah Barat Daya, Cif Inspektor Mohd Zin Mat Ali atau pegawai penyiasat trafik, Inspektor Razif Mat Zainal di talian 04-6429622 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tidak sempat ke tempat kerja



BANDAR SERI JEMPOL - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan di Kilometer 14 Jalan Bahau-Kemayan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Mohamad Alif Amirul Baharudin, 18, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sekitar Seremban.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, sebelum kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Demak manakala rakannya menunggang RXZ.

Menurutnya, mereka berdua berasal dari Felda Bukit Mendi Pahang mahu ke tempat kerja masing-masing di mana mangsa pulang ke Seremban, manakala rakannya yang bekerja di bengkel kereta ke Hulu Langat.

“Hasil siasatan awal mendapati rakan mangsa cuba memotong sebuah kereta Perodua Kancil di hadapannya manakala mangsa mengikutnya dari arah belakang.

“Akibat jalan yang berbukit, mangsa dikatakan tidak dapat mengawal motosikalnya apabila tiba-tiba muncul sebuah kereta Proton Waja dari arah bertentangan,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.

Mohd Sabri berkata, mangsa cuba mengelak, namun gagal lalu bergesel dengan motosikal rakannya sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh Proton Waja berkenaan.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa melambung dan tercampak hampir lima meter ke atas bonet kereta Perodua Kancil sebelum jatuh ke atas jalan raya.

“Mangsa disahkan maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Katanya, rakan mangsa mengalami cedera ringan manakala pemandu kenderaan lain tidak cedera.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya tengah hari, semalam.

Pura-pura jadi pelanggan



GEMAS – Lagak seorang penyamun dengan berpura-pura mahu menyewa sebuah bilik hotel di Pekan Gemas, dekat sini, kira-kira jam 4 pagi, Ahad lalu, berjaya mengaburi mata kakitangan hotel dan menjadi mangsa samun.

Sumber berkata, ketika kejadian, suspek seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dikatakan datang ke hotel berkenaan dan bertanya mengenai bilik yang boleh disewakan sebelum menghulurkan not RM50 kepada kakitangan hotel untuk membuat bayaran.

Bagaimanapun menurutnya, sebaik sahaja kakitangan hotel mengambil duit berkenaan dan ingin memasukkannya ke dalam laci, suspek menolak mangsa sehingga terdorong sedikit ke belakang sebelum mengambil kira-kira RM40 yang terdapat dalam laci berkenaan.

“Malah, suspek turut merampas kembali wang yang diberikan kepada mangsa sebelum bertindak melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang dipercayai jenis Proton Gen-2. Warna kenderaan tidak dapat dipastikan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, mangsa sudah membuat laporan polis di Balai Polis Gemas sejam selepas kejadian dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Katanya, beliau menasihatkan kepada semua kakitangan hotel di daerah ini terlebih dahulu meminta kad pengenalan untuk direkodkan sebagai penyewa bilik hotel sebelum menerima wang bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa samun.

“Langkah ini penting bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini. Malah, dalam kes ini, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan bolehlah menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Pencari besi maut dirempuh




SEREMBAN – Seorang pencari besi buruk maut apabila basikal yang ditungganginya dilanggar dalam kejadian langgar lari di Jalan Batu 6, Kuala Sawah, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, mangsa, V Mohan, 49, yang bersendirian datang dari arah Mambau menuju ke rumahnya di sekitar Kuala Sawah.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa dilanggar kenderaan lain dari arah belakang.

“Perlanggaran itu menyebabkan bapa kepada dua anak itu tercampak atas jalan, sementara basikalnya terhumban ke dalam longkang di kawasan terbabit.

“Mangsa yang cedera teruk di kepala dan badan, mati di tempat kejadian. Mayatnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerusi talian 06-603 3394 atau balai polis berdekatan,” katanya.

Denda RM75,000 kerana rasuah



AYER KEROH - Seorang pengurus ladang ternakan dihukum penjara sehari dan denda RM75,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana merasuah seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mac lalu.

Hukuman dijatuhkan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap Lee Yoon Yeau, 30, selepas dia mengaku bersalah.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan terhadap bapa saudaranya, Lee Ser Chong, 51, yang dituduh bersama-sama dengannya, sebelum dia dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah apabila pihak pendakwaan bersetuju menarik semula pendakwaan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, Yoon Yeau didapati memberi rasuah RM15,000 kepada Mohd Sanusi Zakaria sebagai dorongan kepada TNB tidak mengenakan denda atau mengambil tindakan disebabkan ladang ternakan ayam milik keluarganya didapati mencuri arus elektrik tanpa kebenaran syarikat konsesi penyedia elektrik berkenaan melalui pendawaian.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah restoran makanan segera di Tesco Store Melaka, Peringgit kira-kira jam 4.30 petang pada 18 Mac 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh melalui peguam belanya, Nahdan Rengganathan Abdullah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan termasuk mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohammed Heikal Ismail dan Pegawai Pendakwa, Mohd Sa’ad Syukor daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri yang mengendalikan kes itu meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh sendiri dan juga masyarakat.

Hilang hampir seminggu



KULIM - Seorang warga emas, Husin Abdullah, 67, yang tinggal di Kampung Padang Tembak dan bekerja sebagai tukang kebun di Taman Indrawasih, Bukit Mertajam masih belum ditemui selepas dilaporkan hilang sejak 15 September lalu.

Isteri mangsa, Aminah Baharin, 62, berkata, kali terakhir melihat suaminya pada jam 6.30 pagi pada tarikh kejadian.

Aminah berkata, sebelum ini mangsa pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengalami masalah ingatan. Ini membuatkan keluarganya bimbang dengan keselamatan mangsa memandangkan sudah lima hari mangsa tidak pulang ke rumah.

“Pada 15 September lalu, kira-kira jam 6.30 pagi, suami saya keluar bekerja seperti biasa dengan menunggang motosikal jenis Modenas Kriss nombor pendaftaran PDW 4544. Selalunya dia akan pulang ke rumah sekitar jam 3 petang.

“Bimbang keselamatannya, anak-anak pergi mencari di merata tempat termasuk rumah saudara tetapi tidak berjumpa. Pada keesokan hari, kami pergi ke tempat kerjanya namun dimaklumkan suami tidak datang bekerja. Kami kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kulim kira-kira jam 7.30 pagi pada 16 September lalu,” katanya.

Atas bantuan Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Padang Tembak itu, Hashim Mat Isa, satu pasukan mencari yang terdiri dari penduduk kampung, Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersama tiga anggota polis berusaha mencari mangsa di sekitar hutan Bukit Lengkok bermula jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari semalam, tetapi gagal.

Hashim berkata, waris mangsa meminta pihak terlibat mencari di sekitar curam di Bukit Lengkok kerana ia adalah laluan mangsa untuk pergi bekerja setiap hari.

Anak mangsa, Abu Nazri Husin berkata, dia tidak menolak kemungkinan bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya atau disamun ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bapa menghubungi kami menerusi 04-4952794 atau 013 5061842,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh menyatakan sehingga kini polis masih menjejaki mangsa dengan bantuan agensi kerajaan lain termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.

“Polis turut membuat semakan di Hospital Kulim, Seberang Jaya dan Bukit Mertajam tetapi tidak menunjukkan mangsa pernah menerima sebarang rawatan di tiga hospital terlibat sejak 15 September lalu. Bagaimanapun, usaha menjejaki mangsa terus dijalankan dan berharap keluarga mangsa bersabar,” katanya.

Bekas buruh menangis kena penjara, dua sebatan



AYER KEROH - Seorang bekas buruh kontrak menangis, meraup muka dan menggelengkan kepala seolah-olah tidak percaya hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan yang dijatuhkan terhadapnya kerana merogol.

Tertuduh, Norizam Abu Bakar, 31, dijatuhi hukuman itu gara-gara merogol seorang gadis bawah umur sehingga melahirkan bayi lelaki yang kini berusia 4 tahun.

Hukuman dijatuhkan Hakim Ahmad Sazali Omar selepas Norizam mengaku bersalah pada hari pertama perbicaraan semalam.

Berdasarkan pertuduhan, Norizam didapati merogol seorang perempuan berusia 15 tahun di rumah sewa di Taman Kelubi Damai, Jasin kira-kira jam 8 hingga 11 malam pada Jun 2006.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, ketika rayuan dikemukakan, Norizam memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan dia kini berniaga untuk menyara keluarga, selain insaf dengan kesalahan dilakukannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ibtisyami Yason meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal berdasarkan faktor kepentingan awam dan tertuduh yang gagal untuk hadir perbicaraan di mahkamah.

Gadis dua kali hilangkan diri



SENAWANG – Baru enam bulan kembali ke pangkuan keluarga, Nurasyikin Abdul Rahim, 23, sekali lagi meninggalkan rumah dan keluarga tercinta pada 5 September lalu.

Sinar Harian difahamkan, sebelum ini anak kedua daripada tiga adik-beradik itu pernah menghilangkan diri selama empat tahun, sebelum ditemui pada hujung Februari lalu.

Ibunya, Norbiah Dollah, 55, ketika ditemui berkata, sejak menemui anaknya di Puchong, dia berasa sangat gembira dan bersyukur kerana masih diberi peluang bertemu anak kesayangannya itu.

Namun katanya, kehilangan kali kedua ini sukar untuk diterimanya.

“Bayangkanlah tidak sampai setahun dia (Nurasyikin) bersama keluarga, dia sekali lagi hilang entah ke mana.

“Sudah merata tempat kami cari, berpuluh-puluh kali panggilan telefon dibuat tetapi semuanya hampa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seremban Jaya, di sini, semalam.

Mengenangkan detik sebelum kejadian, Norbiah berkata, semuanya berada dalam keadaan baik dan tiada pertengkaran berlaku.

Malah katanya, Nurasyikin dilihat tenang dan gembira menonton televisyen bersama adiknya pada malam sebelumnya.

“Namun, kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas saya pulang kerja, saya mendapati pintu rumah terbuka dan hati mula berdebar-debar bimbang sesuatu buruk yang berlaku.

“Ternyata sangkaan saya tepat apabila mendapati Nurasyikin tiada di rumah dan panggilan telefon dibuat tidak dijawab,” katanya sehingga kini tidak tahu punca sebenar kenapa anak gadisnya menghilangkan diri pada kali pertama.

Menurutnya, Nurasyikin sepatutnya mendaftar di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pu:sasda) di Port Dickson pada Ahad lalu untuk mengikuti latihan perajurit muda wanita tentera darat.

“Bagaimanapun semuanya tidak kesampaian apabila dia menghilangkan diri sejak dua minggu lalu.

“Surat tawaran pula diterima beberapa hari selepas dia hilang. Kini saya hanya berserah kepada Tuhan dan sentiasa mendoakan agar dia berada dalam keadaan baik serta dilindungi-Nya,” katanya.

Norbiah turut berdoa semoga Tuhan membukakan hati anak gadisnya agar kembali ke pangkuan keluarga.

“Saya telah membuat laporan polis mengenai kehilangan Nurasyikin di Balai Polis Senawang pada 7 September lalu.

“Kepada sesiapa yang menjumpai atau mengenali Nurashikin, diharap menghubungi talian 012- 6974189 atau 019 – 3983140 (Abd Rahim),” katanya.

Wanita parah dirempuh motosikal



KOTA BHARU- Gara-gara melarikan diri daripada polis, seorang lelaki bertindak merempuh seorang warga emas sehingga wanita tersebut cedera parah dalam kejadian di Kampung Nipah, Bachok, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa Dawiah Hussin, 55, patah tangan dan kaki kanan selepas tercampak daripada motosikalnya sebaik dirempuh seorang lelaki bermotosikal itu.

Dawiah yang juga seorang tukang masak asrama di Maahad Tahfiz Sains Cawangan Bachok, kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akibat kecederaan itu.

Dawiah berkata, kejadian berlaku ketika dia menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pulau Nipah, selepas tamat waktu bekerja.

“Ketika saya menunggang motosikal, saya ternampak sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki meluru ke arah saya dari arah bertentangan.

”Saya tidak sempat mengelak kerana motosikal itu terlalu laju sebelum merempuh motosikal saya. Selepas merempuh saya, saya juga ternampak, motosikal lelaki terbabit terus terpelanting ke belakang saya lalu melanggar motosikal yang dinaiki dua remaja perempuan,” katanya ketika ditemui di HUSM semalam.

Mangsa yang juga ibu tunggal memberitahu, beberapa minit kemudian dia ternampak polis dan terus menahan lelaki terbabit.

Katanya, dengan bantuan orang ramai, dia dihantar ke HUSM dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Dawiah berkata, walaupun tangan dan kaki kanannya patah, dia tetap bersyukur kerana terselamat.

”Saya difahamkan oleh penduduk kampung, dua lagi mangsa yang terlibat dalam kejadian itu, kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

“Saya juga meminta agar polis mengenakan hukuman yang setimpal kepada lelaki terbabit di atas kesalahannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Rahim Che Ghani ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, dalam kejadian itu seorang lelaki yang berusia 29 tahun ditahan untuk siasatan lanjut dan selepas menjalani ujian saringan air kencing mendapati ianya positif dadah,” kata Abdul Rahim.

Jenain fail rayuan ketepi hukuman



SHAH ALAM 19 Sept. - Anggota polis, Koperal Jenain Subi yang dihukum penjara lima tahun bagi kesalahan menyebabkan kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, hari ini memfailkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut.
Permohonan itu difailkan dua peguamnya, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd. Hilmi di Kaunter Pendaftaran Jenayah, Kompleks Mahkamah di sini, pada 12.45 tengah hari ini.
Jenain yang tidak terus menjalani hukuman selepas permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara tersebut dibenarkan hadir semasa rayuan berkenaan difailkan.
Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar turut memfailkan rayuan pada hari ini kerana tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut.
Pada 15 September lalu, Jenain dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid yang ditembak di kepala pada April tahun lalu.
Dia dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Kes Tajudin saman RM200j dalam proses selesai luar mahkamah



KUALA LUMPUR 19 Sept. - Pihak-pihak dalam kes saman fitnah RM200 juta oleh bekas Pengerusi Eksekutif Malaysian Airline System Bhd. (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli terhadap portal berita, The Malaysian Insider dan dua lagi kini dalam proses perbincangan menyelesaikan tuntutan itu di luar mahkamah.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam George Miranda yang mewakili portal berita tersebut bersama dua yang lain kepada pemberita selepas pengurusan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Miranda berkata, Hakim Harmindar Singh Dhaliwal menetapkan 28 September ini untuk kedua-dua pihak memaklumkan perkembangan sama ada mereka berjaya mencapai sebarang penyelesaian.
Pada 18 Ogos lalu, Tajudin selaku plaintif menamakan penerbit portal tersebut, The Malaysian Insider Sdn. Bhd.; Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan pertama hingga ketiga kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah ke atas beliau pada 31 Mei lalu.
Tajudin diwakili oleh peguam Lim Kian Leong.
Beliau yang berkhidmat di MAS antara 1994 sehingga 2001 menuntut ganti rugi kecederaan dan kehilangan reputasi tidak kurang daripada RM200 juta, ganti rugi keterlaluan dan teladan.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, artikel berkenaan bermaksud atau difahamkan bermaksud beliau seorang yang tidak jujur, berkelakuan tidak wajar, menyalahgunakan kedudukan, bertindak secara tidak profesional, tidak boleh diharap dan tidak boleh dipercayai.
Plaintif memberitahu, beliau melalui peguam caranya telah menulis surat kepada pihak defendan pada 7 Jun lalu untuk menuntut artikel dan pengedarannya ditarik balik serta permohonan maaf.
Bagaimanapun, dakwanya, pihak defendan dalam surat jawapannya bertarikh 20 Jun lalu menyatakan, artikel terbabit bukan bersifat fitnah dan mereka mempunyai pelbagai sumber berita serta enggan menarik balik pengedarannya.
Di sebalik keengganan tersebut, Tajudin menyatakan, pihak defendan telah mengulangi kata-kata fitnah atau yang serupa dengannya dalam artikel bertajuk Najib: Tajudin intervention 'offsite solutin' not settlement pada 12 Ogos lalu dan tiga lagi artikel pada keesokan harinya.
Disebabkan pengulangan kata-kata fitnah tersebut, dakwa plaintif, pihak defendan telah menunjukkan mereka sebagai berniat jahat dan menyusahkan serta patut dipertanggungjawabkan untuk ganti rugi.
Plaintif turut mendakwa, ekoran penerbitan artikel yang telah disampaikan secara meluas melalui Internet, beliau telah mengalami kerosakan yang teruk dalam perwatakan dan reputasi selain dibawa kepada keaiban awam, skandal dan penghinaan serta menjejaskannya.

25 mangsa masih dirawat di Hospital Golok



BANGKOK 19 Sept. - Seramai 25 daripada 115 mangsa yang cedera dalam serangan bom di Sungai Golok pada Jumaat lalu masih dirawat di tiga buah hospital di wilayah selatan negara itu.
Dua mangsa pula masih berada dalam keadaan koma.
Setiausaha Tetap Kesihatan Awam, Paijit Warachit berkata, daripada jumlah tersebut, 18 dirawat di Hospital Sungai Golok manakala empat lagi di Hospital Yala dan selebihnya di Hospital Prince Songkhla University di Hatyai.
''Seramai 18 yang dirawat di Hospital Sungai Golok dilaporkan stabil tetapi masih berada dalam keadaan trauma. Keadaan mereka dipantau oleh pakar psikiatri.
''Di Hospital Yala pula, empat yang dirawat kesemuanya lelaki termasuk seorang rakyat Malaysia yang patah di bahagian tangan kanannya,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengiringi Menteri Kesihatan Thailand, Witthaya Buranasiri melawat Hospital Sungai Golok hari ini.
Warachit berkata, tiga yang dirawat di Hatyai masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua daripadanya koma.
Sementara itu, Buranasiri berkata, serangan Jumaat lalu merupakan rekod terburuk yang berlaku di Sungai Golok sejak pemberontakan meletus semula di selatan Thailand pada 2004.
Sejak 2004, sebanyak 36 kejadian serangan pemberontak berlaku Sungai Golok.
Dalam serangan Jumaat lalu, lima terbunuh dan empat daripadanya merupakan rakyat Malaysia manakala 115 lagi cedera. - Agensi

Polis Britain tangkap tujuh suspek pengganas



LONDON 19 Sept. - Polis Britain hari ini berkata, mereka menangkap tujuh orang dalam operasi antikeganasan besar-besaran di Birmingham tetapi penangkapan tersebut tiada kaitan dengan persidangan Parti Demokrat Liberal yang sedang berlangsung di Birmingham, tengah England itu.
Enam lelaki berusia antara 25 hingga 32 tahun ditangkap malam tadi kerana disyaki bersiap sedia untuk melakukan tindakan keganasan manakala seorang wanita berumur 22 tahun ditahan kerana disyaki gagal memberi maklumat yang boleh membantu mencegah tindakan keganasan, kata polis dalam satu kenyataan.
Demokrat Liberal, rakan dalam kerajaan campuran Britain pimpinan Parti Konservatif, mengadakan persidangan tahunan di Birmingham minggu ini, tetapi polis menafikan kaitan dengan penangkapan tersebut.
Anggota polis menangkap enam lelaki itu di kediaman mereka atau kawasan sekitarnya dalam 'operasi antikeganasan yang terancang dan dijalankan berdasarkan maklumat perisikan'.
Kesemua suspek ditahan untuk disoal siasat di sebuah balai polis di kawasan West Midlands.
Pasukan polis khas menjalankan pemeriksaan di beberapa kediaman di kawasan Birmingham.
Penolong Ketua Konstabel Polis, Marcus Beale berkata, beliau tidak dapat memberi maklumat lanjut mengenai kegiatan yang disyaki dilakukan oleh suspek tetapi tindakan perlu diambil pada waktu ini untuk memastikan keselamatan orang awam. - Reuters

Orang minyak dihantar ke hospital sakit jiwa



KUALA LUMPUR 19 Sept. - 'Orang minyak' yang ditahan penduduk Taman Pinggiran Batu Caves kelmarin akan dimasukkan ke hospital sakit jiwa kerana tindakannya berbogel di hadapan rumah penduduk di kawasan perumahan itu awal pagi Sabtu lalu.
Tindakan itu dilakukan selepas siasatan polis mendapati lelaki tersebut kurang siuman dan tidak terlibat dalam kes jenayah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, siasatan pihaknya setakat ini mengesahkan lelaki berusia lingkungan 20-an itu kurang siuman.
Katanya, namun siasatan lanjutan dan pemeriksaan perubatan akan dilakukan terhadap lelaki tersebut.
Difahamkan, lelaki tersebut bukan sahaja muncul pada waktu malam dan bersilat di hadapan sebuah rumah penduduk di taman berkenaan.
Sebaliknya pada sebelah siang, dia kelihatan di beberapa kawasan berkenaan dalam keadaan bogel namun lari sebaik sahaja dihalau penduduk.
Malangnya, tindakannya yang mencurigakan dengan bersilat di hadapan seorang perempuan seperti pengamal ilmu hitam telah membuatkan dia dikejar dan dibelasah penduduk.
Pengamal perubatan tradisional semalam memaklumkan, orang minyak dikatakan penuntut ilmu hitam yang dipercayai perlu merogol 99 anak dara selain mengamalkan beberapa 'syarat dan pantang'.
Ini bagi membolehkannya memperoleh apa yang dihajati seperti kekuatan menakjubkan, kemewahan dan kekebalan.

Bunuh pegawai: 3 ditahan, 6 diburu



KOTA KINABALU 19 Sept. - Tiga lelaki tempatan ditahan manakala enam lagi diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pegawai kanan Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD), Ali Jamal di Lahad Datu dekat sini, semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia awal 20-an ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian itu di sekitar Lahad Datu.
Menurutnya, polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa daripada suspek utama kes ini, selain menemui kesan darah pada baju yang dipakai suspek.
"Polis turut mengesan enam lagi suspek lain yang terlibat dalam kes pukul dan bunuh pegawai kanan itu. Kesemua identiti mereka sudah dikenalpasti," katanya.

Mayat nelayan dibaham buaya ditemui



SARATOK 19 Sept. - Mayat seorang nelayan yang hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Seblak, Kampung Melayu Roban dekat sini kelmarin ditemui terapung di sungai tersebut malam tadi.
Mayat Sulaiman Abdullah, 68, ditemui penduduk kampung pukul 8 malam kira-kira dua kilometer dari tempat dia dikatakan dibaham reptilia berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Lee Thai Lein berkata, mayat mangsa masih dalam keadaan sempurna walaupun terdapat kesan gigitan di badan.
"Sebaik sahaja dibawa naik, mayat nelayan itu dihantar ke Hospital Saratok untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, anak kedua mangsa, Endoi Sulaiman bersyukur kerana bapanya ditemui dalam keadaan sempurna biar pun sudah meninggal dunia.

Pemuda maut motosikal bertembung kereta




Seorang pegawai perubatan memeriksa mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 14, Jalan Bahau-Kemayan, Jempoli, kelmarin.


JEMPOL 19 Sept. - Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 14, Jalan Bahau-Kemayan dekat sini, semalam.
Dalam nahas pukul 3 petang itu, mangsa, Mohamad Alif Amirul Baharudin, 18, meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan sejurus selepas kemalangan tersebut.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, sebelum kejadian itu, mangsa menunggang motosikal jenis Demak manakala seorang rakannya menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ.
Beliau berkata, kedua-dua mereka yang berasal dari Felda Bukit Mendi, Pahang, dalam perjalanan ke rumah sewa masing-masing di Seremban dan Hulu Langat.
"Siasatan awal mendapati, rakan mangsa cuba memotong sebuah kereta Perodua Kancil di hadapannya manakala mangsa mengekori di belakang melalui laluan berbukit.
"Sebuah kereta Proton Waja tiba-tiba muncul dari arah bertentangan menyebabkan mangsa gagal mengelak dan bertembung dengan kenderaan itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, berikutan itu, mangsa tercampak hampir lima meter di atas bonet kereta Kancil dan terhumban ke atas jalan raya.
Tambah beliau, rakannya yang menunggang motosikal RXZ hanya mengalami cedera ringan manakala pemandu kenderaan lain tidak cedera.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya

Calon SPM nahas kemalangan



PULAU PINANG 19 Sept. - Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) November depan maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah bas di Jalan Datuk Ismail Hashim, Sungai Ara di sini malam tadi.
Mohammad Al-Amin Nordin, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Maung meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas cedera parah di kepala dan seluruh anggota badan.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 malam ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave keluar dari simpang lampu isyarat di Kampung Baru sebelum dirempuh bas yang datang dari arah Sungai Ara.
Rempuhan kuat menyebabkan mangsa dan motosikalnya melambung sehingga terkena cermin hadapan bas berkenaan sebelum diseret kira-kira 10 meter.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Barat Daya, Cif Inspektor Mohd. Zin Mat Ali berkata, pihaknya masih menyiasat punca kemalangan itu dan memaklumkan keadaan lampu isyarat ketika itu berfungsi dengan baik.
Menurutnya, polis akan mengambil keterangan para penumpang bas bagi membantu siasatan.
Namun, beliau percaya kemalangan berlaku disebabkan salah sebuah kenderaan terbabit gagal mematuhi lampu isyarat.
Mayat mangsa dibawa ke HPP untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang menyaksikan kemalangan berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Zulkifli Ahmad di talian 019-5489418 bagi membantu siasatan.

Wanita mati ditikam pengkid






ANGGOTA polis memeriksa tempat kejadian seorang wanita maut selepas ditikam pengkid dalam kejadian di Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah, semalam. - UTUSAN/OPAT RATTANACHOT


SUNGAI PETANI 19 Sept. - Akibat cinta tiga segi, seorang wanita maut dipercayai selepas ditikam kekasihnya iaitu seorang pengkid.
Kejadian pukul 5.30 petang itu berlaku di ruang tamu rumah sewa pasangan tersebut di Taman Semarak Fasa 1, di sini.
Ketika kejadian, mangsa, Suriani Md. Saad, 29, berada di rumah itu bersama kekasihnya yang berusia 25 tahun.
Kedua-dua mereka dikatakan bertengkar dan keadaan menjadi agresif apabila suspek mengeluarkan pisau memotong buah lalu menikam mangsa berkali-kali.
Dalam pergelutan itu, suspek turut cedera parah di dada dan cuba melarikan diri namun rebah di hadapan rumah jirannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, dengan bantuan orang ramai, suspek dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan.
Menurut beliau, pihaknya percaya kejadian bermotifkan cemburu dan siasatan polis kini menjurus ke arah itu.
"Polis menemui pisau yang dipercayai dijadikan sebagai senjata pembunuhan. Dengan penahanan suspek di hospital, polis menganggap kes ini selesai," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, malam ini.
Menurut Mohd. Zakaria lagi, pemeriksaan mendapati mangsa yang berasal dari Yan itu ditikam sebanyak dua kali di perut.
"Berdasarkan keterangan jiran, kedua-dua mereka bekerja di sebuah kilang berdekatan dan menyewa rumah di situ sejak empat tahun lalu," katanya.

Bayi 23 hari antara tiga maut dalam kemalangan dua kereta



NUR Asreen Khalil menatap gambar tunangnya, Khairul Azam Buhari bersama keluarga setelah pemuda itu maut dalam kemalangan di Batu Pahat, semalam.


BATU PAHAT 19 Sept. - Kegembiraan sepasang suami isteri menerima cahaya mata sulung sehari sebelum Aidilfitri lalu kini hanya tinggal kenangan apabila bayi yang baru berusia 23 hari itu maut bersama ibunya dalam kemalangan ngeri di sini hari ini.
Nahas kira-kira pukul 1 pagi di Kilometer 5.1 Jalan Muar-Yong Peng itu meragut tiga nyawa iaitu ibu yang masih dalam pantang, Azalina Mat Yassin, 26, bersama bayinya, Nor Afiqah Sumaiah dan seorang pegawai tentera berpangkat Kapten, Khairul Azam Buhari, 26.
Lebih memilukan, kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Kelantan ke kediaman suami Azalina, Mohd. Hanizan Bahari, 28, di kuarters Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di Sri Gading di sini bersama ibu dan ibu saudaranya untuk meneruskan amalan berpantang.
Azalina, seorang guru di Sabah manakala suaminya bertugas sebagai pensyarah di KKTM. Kedua-dua mereka berasal dari Kampung Takang, Bachok, Kelantan.
Kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Waja dipandu Mohd. Hanizan bertembung dengan Perodua Kancil dipandu pegawai tentera yang terkorban itu.
Dipercayai kemalangan berlaku disebabkan salah sebuah kenderaan memasuki laluan bertentangan sehingga berlaku pertembungan.
Azalina maut di tempat kejadian manakala puteri tunggal mangsa, Nor Afiqah Sumaiah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Batu Pahat kira-kira pukul 6 pagi ini.
Difahamkan, Kapten Khairul Azam bertugas di Kor Kejuruteraan Kem Tentera di Taiping, Perak dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Kejadian itu juga menyebabkan ibu mertua Azalina, Habsah Ab. Latiff, 58, dan Mohd. Hanizan mengalami kecederaan parah.
Sementara itu, bapa kepada anggota tentera yang terkorban, Bahari Ahmad, 56, memberitahu, mereka sekeluarga terkejut dengan pemergian Khairul Azam yang merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dengan tunang, Nur Asreen Khalil, 26, hujung tahun ini.
Menurutnya, arwah yang berkhidmat dalam tentera sejak tiga tahun lalu, mengenali tunangnya yang berasal dari Temerloh, Pahang, sejak belajar di universiti.

36 pengunjung kelab maut diserang di Burundi



20/09/2011 11:32am

GATUMBA, Burundi 20 Sept. – Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati sekurang-kurangnya 36 pengunjung ketika menyerang sebuah kelab malam di sini, lapor pihak berkuasa hari ini.
Gabenor wilayah Luar Bandar Bujumbura, Jacques Minani berkata, serangan tersebut berlaku pada malam semalam dan seramai 36 orang disahkan terbunuh.
Kelab malam tersebut terletak di kawasan Gatumba, kira-kira 13 kilometer barat Bujumbura. – AFP

Penunjuk arah mabuk punca pesawat terhempas

MOSCOW 20 Sept. – Kelalaian seorang krew penunjuk arah yang berada dalam keadaan mabuk menjadi punca nahas pesawat pada Jun lalu yang mengorbankan 47 penumpang, kata kumpulan penyiasat hari ini.
Berdasarkan laporan yang diperoleh, pesawat Tu-134 terhempas kerana krew tersebut gagal memberikan isyarat agar tidak melakukan pendaratan walaupun juruterbang tidak dapat melihat dengan jelas lampu serta petanda lain ketika pesawat mendarat.
Tu-134 melanggar pokok sebelum terhempas ketika cuba mendarat dalam keadaan kabus tebal di lapangan terbang di utara bandar Petrozavodsk. – AFP

27 rumah rosak dipukul ribut




SEORANG penduduk melihat kenderaan miliknya yang rosak akibat dihempap pokok durian dalam kejadian ribut di Felda Panching Selatan, Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 19 Sept. - Sebanyak 27 buah rumah di dua tanah rancangan Felda di bawah Parlimen Paya Besar di sini rosak selepas dilanda ribut dan angin kencang semalam.
Kejadian yang berlaku pukul 6 petang itu mengakibatkan 21 buah rumah di Felda Panching Selatan dan enam rumah di Felda Bukit Kuantan rosak.
Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, tiga daripada kesemua 27 buah rumah itu rosak teruk setelah dihempap pokok.
"Sebuah kereta turut rosak akibat dihempap pokok durian, namun tiada kecederaan dilaporkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut beliau, pihaknya memberikan bantuan segera bagi meringankan beban semua mangsa yang terlibat.
Kebanyakan rumah yang terlibat akan segera dibaiki oleh pihak pengurusan Felda.
Beliau berharap, semua keluarga yang terlibat dalam bencana itu supaya bersabar dan menggunakan bantuan yang diberikan untuk membeli keperluan penting untuk keluarga.

Pembekal dakwa ditipu setengah juta



KUALA LUMPUR 19 Sept. - Seorang pembekal bahan kimia hari ini mendakwa kerugian hampir RM500,000 setelah dia menerima bahan tiruan yang dibeli menerusi tempahan internet daripada tiga syarikat pembekal tersebut di China beberapa bulan lalu.
Tan Chong Chew, 48, pengurus di sebuah syarikat pembekal menyedari dia ditipu selepas memeriksa empat kontena berisi bahan kimia yang diterimanya pada Jun lalu.
Menyedari perkara itu, dia menghubungi semula syarikat berkenaan tetapi diminta membuat bayaran tambahan bagi menerima bahan yang dipesan sedangkan syarikat tersebut telah mengambil wang pendahuluan semasa menerima tempahan.
Sehubungan itu, Chong membuat laporan polis di China dan meminta bantuan daripada Pejabat Kedutaan Malaysia di negara itu sebelum membuat laporan sekali lagi pada 20 Jun lalu.

Nirvana disamun lagi

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sekumpulan lapan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang menjadikan pusat pengurusan mayat, Nirvana Memorial Centre di Jalan Sungai Besi di sini sebagai sasaran samun dalam kejadian awal pagi ini.
Suspek yang dipercayai penjenayah sama yang merompak pusat pengurusan mayat itu tahun lalu mengikat tiga orang kakitangan di situ termasuk pengawal keselamatan sebelum menggeledah tempat itu pada kira-kira pukul 3 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Bari Wan Abdul Khalid berkata, jumlah kerugian belum dapat dipastikan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian sudah diperoleh.
Dalam kejadian yang berlaku pada 10 Oktober tahun lalu, penjenayah melarikan wang tunai RM300,000 yang disimpan di pusat pengurusan mayat itu.

Bekas Ahli Parlimen Dungun maut dalam kemalangan

MARANG 20 Sept. – Penasihat Agama Kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Awang Jabar, 66, terbunuh dalam nahas jalan raya di Kilometer 26 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Alur Tuman pagi ini.
Allahyarham ialah juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi selain pernah menjadi Ahli Parlimen Dungun dan Setiausaha Parlimen di Kementerian Belia dan Sukan.
Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah seorang warganegara Yaman, Nesmah Nabil Abdul Karem Al-Saiban, 25, yang menaiki sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Alza.
Allahyarham Awang yang patah tulang tengkuk dan Nesmah Nabil yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian. - Utusan

Nenek demam kerah kudrat

TANAH MERAH: Walaupun masih lemah akibat demam, seorang warga emas menggunakan kudrat menyelamatkan anak dan cucunya daripada ditimpa sebatang pokok getah dalam kejadian ribut di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, Bidah Mahmood, 67, membawa keluar anak sulung, Siti Meriam Deris, 37, yang menderita penyakit tibi tulang sebelum menyedari cucunya, Nurul Izzati Nabilah Zulkifli, 13, tidur di dalam bilik di dapur.

Tanpa mempedulikan dirinya yang masih lemah, Bidah bergegas kembali ke dalam rumah menyelamatkan cucunya yang juga anak kepada Siti Meriam.

Bidah berkata, sebelum kejadian, dia hendak menunaikan solat Asar sebelum melihat kepulan angin berwarna hitam seperti puting beliung menuju ke arah rumahnya.

Katanya, menyedari Siti Meriam tidak mampu berjalan disebabkan penyakit tibi tulang, dia berlari ke dapur dan ketika memapah anak sulung daripada tiga beradik itu, tiba-tiba terdengar dentuman kuat menimpa bumbung rumahnya “Sebaik menoleh ke belakang, air hujan terus masuk ke dalam rumah melalui bumbung rumah yang rosak akibat dihempap sebatang pokok getah,” katanya.

Ibu dalam pantang, bayi maut nahas




BATU PAHAT: Niat murni seorang suami membawa pulang isteri yang masih berpantang bagi menjaga wanita itu dan bayi perempuan berusia 23 hari berakhir tragedi apabila kereta dipandunya terbabit kemalangan di Kilometer 5.1 Muar-Yong Peng, berhampiran Parit Yaani, di sini, kira-kira jam 1.05 pagi semalam.
Dalam kemalangan itu, isterinya terbunuh di tempat kejadian manakala anaknya meninggal dunia lima jam kemudian.

Selain dua beranak terbabit, pemandu kereta lain yang juga pegawai tentera, Khairul Azam Buhari, 26, berpangkat kapten meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan.

Difahamkan, ketika menyambut Aidilfitri di Kelantan, baru-baru ini, Mohd Hanizan Bahari, 28, terlalu rindukan isterinya, Azalina Mat Yasin, 27, dan anaknya itu sebelum mengambil keputusan membawa pulang ke rumahnya di Sri Gading, di sini.

Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kira-kira 10 kilometer dari rumahnya bersama ibu, Habsah Ab Latiff, 58, dan ibu saudaranya, Khadijah Omar, 60, kenderaan dinaiki keluarga berkenaan bertembung sebuah kereta lain.

Bapa mangsa, Bahari Abdul Ghani, 57, berkata ketika menyambut Aidilfitri lalu, Mohd Hanizan asyik mengambil gambar anak dan isterinya, malah ketika diajukan soalan, dia menjawab itu akan dijadikan kenang-kenangan, namun tidak menyangka foto diambilnya itu menjadi memori tidak dapat dilupakannya.


“Ketika itu dia asyik mengambil gambar dua beranak berkenaan. Pada mulanya kami hairan, namun apabila dia mengatakan mahu menjadikan kenangan kami membiarkan saja kerana maklum itu anak pertama mereka.

“Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia kenangan terakhir mereka sekeluarga sebelum kejadian ini,” katanya.

Menurutnya, dia menerima panggilan awal pagi semalam daripada seorang ahli keluarga yang memaklumkan kejadian itu dan bergegas ke Hospital Batu Pahat untuk melihat keadaan keluarganya.

“Sejurus menerima berita itu, saya bersama beberapa keluarga bergegas dari Kelantan dan menuju Unit Forensik Hospital Batu Pahat.

“Sebaik tiba, baru saya mengetahui menantu dan cucu saya sudah pergi meninggalkan kami, manakala isteri, Habsah, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Hanizan serta ibu saudaranya, Khadijah, masih menerima rawatan di wad,” katanya. Katanya, walaupun sedih dengan kejadian itu, namun mereka reda dan menganggap semua berlaku ketentuan Ilahi, malah akan menguruskan proses penghantaran pulang kedua jenazah ke kampung mereka di Kampung Takang, Bachok, Kelantan.

Harian Metro difahamkan, Hanizan bertugas di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading di sini, sebagai pegawai latihan vokasional, sementara isterinya, seorang guru agama dan mengajar di sebuah sekolah di Sabah.

Ketika ditemui di wad semalam, Hanizan belum mampu bercakap dan cedera serius serta patah kaki kanannya, namun ditemani beberapa rakan dari KKTM.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, Hasnizan yang memandu Proton Waja bersama isteri, anak, ibu dan ibu saudaranya dalam perjalanan pulang dari kampung mereka di Bachok, Kelantan, sebelum bertembung Perodua Kancil dipandu Khairul Azam.

Difahamkan, Khairul Azam bertugas di sebuah kem tentera di Taiping, Perak dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Libas parang samun RM300,000

IPOH: Seorang pekerja sebuah syarikat pengangkutan bermandi darah apabila kepalanya dilibas bertalu-talu dengan parang oleh sekumpulan perompak dalam satu kejadian samun di Jalan Tambun di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi semalam, mangsa bersama seorang rakan sekerja dalam perjalanan ke sebuah bank membawa wang tunai RM300,000 untuk dimasukkan ke dalam bank itu.

Mangsa, 30-an, dan rakannya seorang wanita, 20-an, tidak menyedari kenderaan mereka diekori sebuah kereta lain sehingga ke Jalan Tambun, di sini.

Sampai di tempat kejadian, kereta mangsa dirempuh kereta suspek dari belakang menyebabkan mangsa memberhentikan kenderaannya.

Sebaik keluar dari keretanya, mangsa diserang sekumpulan lelaki bersenjata parang yang menetaknya hingga parah di kepala dan tangan.

Sejurus menetak mangsa, kumpulan penyamun memaksa rakan sekerja mangsa keluar dari kereta sebelum mereka melarikan diri dengan kereta mangsa bersama wang tunai RM300,000 di dalam beg.


Mangsa dikejarkan ke hospital, manakala rakan sekerjanya tidak cedera. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek meninggalkan kereta Proton Wira warna putih dinaiki mereka sebelum itu di tepi jalan sebelum melarikan diri dengan kereta mangsa.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke sebuah hospital swasta di bandar raya ini untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan serius.

Menurutnya, pihaknya belum mendapatkan maklumat lengkap mengenai kejadian itu memandangkan mangsa masih dirawat di hospital.

“Kami juga tidak dapat mengenal pasti bilangan suspek yang terbabit dalam kejadian itu, namun saksi mendakwa melihat empat lelaki menyerang mangsa.

“Kami kini sedang memburu suspek dan motif kejadian masih disiasat. Kami tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan samun,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati kedua-dua mangsa bekerja di sebuah syarikat pengangkutan dan sedang dalam perjalanan ke sebuah bank untuk memasukkan wang syarikat.

Sudah rugi, malu pula

KUALA LUMPUR: Seorang wanita 29 tahun bukan saja kerugian RM16,000, malah dia dan keluarga terpaksa menanggung malu apabila majlis merisik dan pertunangan di rumahnya di Sepang Putra, Sungai Pelek, Selangor, terpaksa dibatalkan kerana rombongan keluarga lelaki tidak hadir, kelmarin.
Lebih mengaibkan apabila semua jemputan daripada keluarga terdekat, rakan dan jiran tetangga sudah menunggu rombongan keluarga lelaki sejak jam 12 tengah hari, namun sehingga jam 7 malam kelibat rombongan lelaki itu masih tidak kelihatan.
Difahamkan, selain memberikan RM10,000 digunakan sebagai wang hantaran kepada teman lelakinya berusia 26 tahun, mangsa juga memberikan RM6,000 kepada suspek digunakan bakal tunangnya itu sebagai perbelanjaan rombongan merisik dan meminangnya.

Selepas gagal menghubungi lelaki terbabit, selain kegagalan rombongan keluarganya datang ke majlis berkenaan seperti dijanjikan, barulah mangsa menyedari dia dan keluarga ditipu.


Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelek, Sepang, untuk tindakan lanjut.

Bayi usia sebulan maut tersedak susu

KUALA LUMPUR : Seorang bayi perempuan berusia sebulan maut tersedak susu di rumah ibu bapanya di PPR Lembah Beringin, di sini, pagi semalam.
Kejadian itu hanya disedari ibu mangsa, Sandra Devi Ramasamy, berusia lewat 30-an, kira-kira jam 5.30 pagi selepas dikejutkan nenek mangsa sebaik menyedari mangsa yang diberi nama Thayenisha tidak bergerak manakala wajahnya pucat.

Menurut sumber, selepas itu, nenek mangsa mengangkat cucunya itu dan cuba menggerakkannya tetapi mangsa tidak memberikan sebarang reaksi.

“Panik dengan keadaan itu, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan, namun doktor mengesahkan Thayenisha sudah meninggal dunia,” katanya kepada Harian Metro, semalam. Katanya, selepas dibedah siasat, doktor mengesahkan paru-paru mangsa dipenuhi susu. Jenazah mangsa kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan India di kawasan Cheras untuk dikebumikan, kira-kira jam 5 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Cucu asyik merengek

BACHOK: “Cucu saya asyik merengek sebaik ibunya hendak masuk kereta, seolah-olah tidak mahu pergi,” kata Mat Yasin Awang, 58, datuk Nur Afiqah Umairah Mohd Hanizan, berusia 23 hari yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5.1 Muar-Yong Peng, berhampiran Parit Yaani di sini, kira-kira jam 1.05 pagi semalam.
Kemalangan itu turut mengorbankan ibu bayi itu, Azalina Mat Yasin, 27, yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Kalabangkan, Tawau, Sabah.

Mat Yasin berkata, dia dimaklumkan kejadian itu oleh seorang kenalannya yang mendapat berita daripada anggota dari Balai Polis Binjai, Kota Bharu.

Katanya, pada awalnya, dia anggap rakannya bergurau, namun sebaik dinyatakan berulang kali mengenai kejadian yang menimpa anak dan cucunya itu, baru dia percaya.

“Saya hendak pergi ke sana (Johor), tetapi dihalang anak kerana perjalanan lebih 12 jam menyebabkan saya menunggu jasad anak dan cucu di rumah.

“Saya juga seolah-olah tidak percaya dengan kejadian itu kerana masih terngiang-ngiang suara cucu sebelum dia terbabit kemalangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Takang, Tawang, dekat sini, semalam.


Menurut Mat Yasin, walaupun Azalina bakal menyambung tugasnya, awal Januari depan selepas selesai berpantang, namun anaknya itu ingin tinggal bersama suaminya dalam tempoh tiga bulan.

Hasrat kapten bernikah tidak kesampaian

BATU PAHAT: “Kami teruja menerima menantu ketiga hujung tahun ini, namun apakan daya anak ketiga kami daripada empat beradik meninggal dunia sebelum sempat bernikah dengan tunangnya,” kata Buhari Ahmad, 56, bapa Kapten Khairul Azam Buhari (gambar), 26, yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 5.1 Jalan Muar-Yong Peng, pagi semalam.
Buhari berkata, persiapan pernikahan Khairul Azam dengan tunangnya, Nur Asreen Khalil, 26, sudah dilakukan kerana mereka dijadualkan bernikah hujung tahun ini.

Katanya, impian itu musnah apabila anaknya maut dalam kemalangan berkenaan bersama dua mangsa.

3 pengedar dadah Iran diberkas

KUALA LUMPUR: Lagi keldai dadah dari Iran ditahan, kali ini cubaan tiga orang dari negara berkenaan termasuk seorang wanita mengedar syabu lebih tiga kilogram yang dianggarkan bernilai lebih RM500,000 gagal apabila semua mereka ditahan.
Dalam beberapa serbuan pada Khamis dan Jumaat lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berjaya menahan dua suspek lelaki berusia 29 dan 47 tahun serta seorang wanita berusia 24 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek pertama ditahan di sebuah hotel mewah pada kira-kira jam 9.20 malam Khamis lalu, bersama tiga bungkusan plastik dipercayai dadah jenis syabu dianggarkan seberat tiga kilogram.

“Sehubungan itu, polis membuat satu lagi serbuan pada 12.45 pagi Jumaat di sebuah kondominium di Jalan Tun Razak, dan berjaya menahan dua suspek serta serta menemui wang tunai berjumlah RM16,323 dan beberapa mata wang pelbagai negara termasuk Dolar Amerika, Rial Iran dan Dirham Emiriah Arab Bersatu.

“Hasil soal siasat terhadap suspek, polis kemudian membuat pemeriksaan di sebuah lagi kondominium di Jalan Munshi Abdullah, dan menemui tiga lagi bungkusan plastik berisi dadah seberat 113 gram menjadikan berat keseluruhan dadah berjaya dirampas 3.143 kilogram,” katanya di sini, semalam.

Mohmad berkata, pihaknya turut merampas beberapa telefon bimbit dan sebuah komputer riba yang dipercayai digunakan untuk menjalankan pengedaran dadah oleh kumpulan berkenaan.


Katanya, kumpulan berkenaan dipercayai beroperasi dengan hanya membekalkan dadah kepada penjual kecil-kecilan sekitar Lembah Klang bagi mengelak pihak berkuasa menghidu kegiatan haram mereka, selain menjadikan hotel dan kondominium mewah sebagai pusat operasi.

Didenda RM100 hantar SMS lucah

KUALA LUMPUR: Gara-gara menghantar tiga SMS lucah kepada kenalan wanitanya dua minggu lalu, seorang lelaki diperintah membayar denda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Majistret Hafizza Sauni menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Khir Baharuddin, 45, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Sekiranya gagal menjelaskan denda itu, dia boleh dipenjara sebulan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Khir yang berasal dari Segambut didakwa menghantar SMS tidak sopan dengan mengajak wanita berumur 23 tahun itu melakukan perbuatan tidak senonoh melalui telefon bimbitnya.

Perbuatan itu dilakukan di Blok 37-02-15, Perumahan Awam Seri Johor, Cheras di sini pada jam 9.30 pagi, 8 September lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan kecil 1955 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang boleh didenda tidak lebih RM100, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd Halim memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh untuk memberi pengajaran terhadap tertuduh dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama di masa hadapan. Bagaimanapun, Muhammad Khir yang tidak diwakili peguam hanya menggelengkan kepala apabila diminta mahkamah untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman bagi kesalahan yang dilakukan itu.

Mandi darah

DUNGUN: Seorang pemuda bermandi darah selepas ditetak beberapa lelaki dengan sebilah parang di belakang kepalanya di Kampung Bukit Tebuk, dekat sini, petang kelmarin.
Pemuda berusia 31 tahun dari Jalan Nibong Stesen, di sini, dikatakan menunggang motosikal bersendirian dari rumahnya untuk bersiar-siar di kawasan itu, kira-kira jam 6.30 petang.

Setibanya di situ, seorang daripada lelaki terbabit menendang belakang pemuda terbabit sebelum dia dan motosikal ditunggangnya itu terhumban ke atas jalan.

Sebelum sempat bangun, seorang daripada lelaki terbabit melibas parang dan terkena belakang kepala mangsa menyebabkannya tidak sedarkan diri.

Serangan RM300,000

IPOH: Seorang pekerja sebuah syarikat pengangkutan bermandi darah apabila kepalanya dilibas bertalu-talu dengan parang oleh sekumpulan perompak dalam satu kejadian samun di Jalan Tambun di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi semalam, mangsa bersama seorang rakan sekerja dalam perjalanan ke sebuah bank membawa wang tunai RM300,000 untuk dimasukkan ke dalam bank itu.

Mangsa, 30-an, dan rakannya seorang wanita, 20-an, tidak menyedari kenderaan mereka diekori sebuah kereta lain sehingga ke Jalan Tambun, di sini.

Sampai di tempat kejadian, kereta mangsa dirempuh kereta suspek dari belakang menyebabkan mangsa memberhentikan kenderaannya.

Sebaik keluar dari keretanya, mangsa diserang sekumpulan lelaki bersenjata parang yang menetaknya hingga parah di kepala dan tangan.

Sejurus menetak mangsa, kumpulan penyamun memaksa rakan sekerja mangsa keluar dari kereta sebelum mereka melarikan diri dengan kereta mangsa bersama wang tunai RM300,000 di dalam beg.


Mangsa dikejarkan ke hospital, manakala rakan sekerjanya tidak cedera. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek meninggalkan kereta Proton Wira warna putih dinaiki mereka sebelum itu di tepi jalan sebelum melarikan diri dengan kereta mangsa.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke sebuah hospital swasta di bandar raya ini untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan serius.

Menurutnya, pihaknya belum mendapatkan maklumat lengkap mengenai kejadian itu memandangkan mangsa masih dirawat di hospital.

“Kami juga tidak dapat mengenal pasti bilangan suspek yang terbabit dalam kejadian itu, namun saksi mendakwa melihat empat lelaki menyerang mangsa.

“Kami kini sedang memburu suspek dan motif kejadian masih disiasat. Kami tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan samun,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati kedua-dua mangsa bekerja di sebuah syarikat pengangkutan dan sedang dalam perjalanan ke sebuah bank untuk memasukkan wang syarikat.

Tendang adik lepas geram

KUALA LUMPUR: Hanya kerana dituduh menyembunyikan kunci motosikal, seorang lelaki dibelasah abang sendiri yang naik angin selepas mangsa enggan mengaku menyebabkan kecederaan di kepala dan tangan.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam Sabtu lalu itu, mangsa yang berusia 20 tahun sedang berehat di rumahnya di Sungai Besi Permai, di sini sebelum didatangi abangnya yang bertanyakan kunci motosikal miliknya.

Menurut sumber, pada mulanya, mangsa tidak mengesyaki apa-apa dan memberitahu tidak tahu mengenainya.

“Bagaimanapun, jawapan diberi mangsa tidak dipercayai menyebabkan abangnya mendesak memberitahu di mana kunci itu.

“Mangsa sekali lagi memberitahu tidak tahu dan memaklumkan mungkin abangnya tersalah letak,” katanya.

Sumber polis berkata, abangnya terus memaki hamun dan memarahi mangsa dengan mendakwanya berbohong.


“Malah, abangnya turut mengambil topi keledar dan mahu menghentak kepala mangsa, tetapi berjaya dielak.

“Geram dengan tindakan itu, abangnya menendang mangsa beberapa kali sebelum memukul,” katanya.

Menurut sumber, selepas beberapa minit membelasah mangsa, abang mangsa beredar sambil memberi amaran akan mengapa-apakan mangsa jika dia berada di luar rumah.

“Bimbang dengan keselamatan dirinya tambahan diugut, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pudu.

“Akibat kejadian itu, mangsa cedera di kepala dan tangan sebelum dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Disebat getah paip sebelum disamun

PETALING JAYA: Seorang remaja mendakwa disebat menggunakan getah paip ketika menunggang motosikal sebelum disamun sekumpulan Mat Rempit ketika melalui Lebuh Raya Persekutuan, berdekatan Wisma O’connors, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang berusia 17 tahun dikatakan menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas berjumpa dengan rakannya di Shah Alam.

Menurut sumber, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa yang tidak menggunakan laluan motosikal dihampiri lebih 20 motosikal sebelum dua daripadanya menghimpit dan menendang motosikal ditungganginya sambil menjerit mengarahkannya supaya berhenti.

“Mangsa kemudiannya dipukul dengan getah paip.

“Kumpulan terbabit turut berhenti 50 meter dari motosikal mangsa sebelum mangsa terpaksa menyerahkan dompet miliknya,” katanya.

Menurutnya, kumpulan terbabit kemudian beredar meninggalkan mangsa yang kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Bayi 23 hari nahas

BATU PAHAT: Niat murni seorang suami membawa pulang isteri yang masih berpantang bagi menjaga wanita itu dan bayi perempuan berusia 23 hari berakhir tragedi apabila kereta dipandunya terbabit kemalangan di Kilometer 5.1 Muar-Yong Peng, berhampiran Parit Yaani, di sini, kira-kira jam 1.05 pagi semalam.
Dalam kemalangan itu, isterinya terbunuh di tempat kejadian manakala anaknya meninggal dunia lima jam kemudian.

Selain dua beranak terbabit, pemandu kereta lain yang juga pegawai tentera, Khairul Azam Buhari, 26, berpangkat kapten meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan.

Difahamkan, ketika menyambut Aidilfitri di Kelantan, baru-baru ini, Mohd Hanizan Bahari, 28, terlalu rindukan isterinya, Azalina Mat Yasin, 27, dan anaknya itu sebelum mengambil keputusan membawa pulang ke rumahnya di Sri Gading, di sini.

Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kira-kira 10 kilometer dari rumahnya bersama ibu, Habsah Ab Latiff, 58, dan ibu saudaranya, Khadijah Omar, 60, kenderaan dinaiki keluarga berkenaan bertembung sebuah kereta lain.

Bapa mangsa, Bahari Abdul Ghani, 57, berkata ketika menyambut Aidilfitri lalu, Mohd Hanizan asyik mengambil gambar anak dan isterinya, malah ketika diajukan soalan, dia menjawab itu akan dijadikan kenang-kenangan, namun tidak menyangka foto diambilnya itu menjadi memori tidak dapat dilupakannya.


“Ketika itu dia asyik mengambil gambar dua beranak berkenaan. Pada mulanya kami hairan, namun apabila dia mengatakan mahu menjadikan kenangan kami membiarkan saja kerana maklum itu anak pertama mereka.

“Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia kenangan terakhir mereka sekeluarga sebelum kejadian ini,” katanya.

Menurutnya, dia menerima panggilan awal pagi semalam daripada seorang ahli keluarga yang memaklumkan kejadian itu dan bergegas ke Hospital Batu Pahat untuk melihat keadaan keluarganya.

“Sejurus menerima berita itu, saya bersama beberapa keluarga bergegas dari Kelantan dan menuju Unit Forensik Hospital Batu Pahat.

“Sebaik tiba, baru saya mengetahui menantu dan cucu saya sudah pergi meninggalkan kami, manakala isteri, Habsah, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Hanizan serta ibu saudaranya, Khadijah, masih menerima rawatan di wad,” katanya. Katanya, walaupun sedih dengan kejadian itu, namun mereka reda dan menganggap semua berlaku ketentuan Ilahi, malah akan menguruskan proses penghantaran pulang kedua jenazah ke kampung mereka di Kampung Takang, Bachok, Kelantan.

Harian Metro difahamkan, Hanizan bertugas di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading di sini, sebagai pegawai latihan vokasional, sementara isterinya, seorang guru agama dan mengajar di sebuah sekolah di Sabah.

Ketika ditemui di wad semalam, Hanizan belum mampu bercakap dan cedera serius serta patah kaki kanannya, namun ditemani beberapa rakan dari KKTM.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, Hasnizan yang memandu Proton Waja bersama isteri, anak, ibu dan ibu saudaranya dalam perjalanan pulang dari kampung mereka di Bachok, Kelantan, sebelum bertembung Perodua Kancil dipandu Khairul Azam.

Difahamkan, Khairul Azam bertugas di sebuah kem tentera di Taiping, Perak dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Hilang lepas ponteng 61 hari

KUALA LUMPUR: Seorang remaja yang taksub dengan permainan komputer hingga sanggup ponteng sekolah selama 61 hari turut nekad melarikan dari rumah dengan alasan ingin hidup bebas dan tidak mahu dikongkong.
Difahamkan, Teo Guo Wei, 17, yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah di Pandan Indah , hujung tahun ini lari dari rumah sejak Sabtu lalu selepas meninggalkan nota kecil kepada ibunya, Yoong Sau Lin, 46.

Menurut Sau Lin, dia hanya menyedari anaknya hilang apabila Guo Wei tidak pulang ke rumah hingga malam sebelum menemui sekeping nota tulisan tangan yang ditinggalkan dalam biliknya.

“Dalam nota itu, anak saya mengadu tertekan dengan keluarga kami yang serba kekurangan dan mahu keluar mencari kerja selain mahu hidup bebas.

“Saya cuma berharap agar anak saya itu dapat pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat dan berjanji akan memberikan kebebasan penuh kepadanya selepas ini,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangga dihadapinya turut didakwa lari dari rumahnya di Perling, Johor sejak 9 Jun lalu.


Tan Hun Ni, 36, dipercayai lari dari rumah selepas kali terakhir berada di sebuah kafe siber berdekatan kawasan rumahnya.

Menurut ibunya, Geok Loo, 64, anaknya yang baru pulang dari Amerika Syarikat itu dipercayai lari dari rumah akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dengan seorang suaminya yang juga warga Indonesia yang dikahwini lebih 10 tahun.

“Saya risaukan keadaan emosinya yang tidak stabil dan khuatir akan berlaku perkara yang tidak diingini terhadapnya,” katanya.

Dalam satu lagi kes, seorang warga emas berusia 71 tahun berasal dari China turut hilang dari rumah tumpangan di Jalan Petaling, di sini.

Sheng Xiao Zeng, dipercayai hilang sejak setahun lalu dan masih belum dijumpai hingga kini sejak kali terakhir dilihat berkeliaran di Stesen LRT Ampang Park, di sini.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, setakat ini pihaknya sudah menerima 47 kes aduan kehilangan ahli keluarga sepanjang tahun ini.

“Daripada jumlah terbabit, 27 kes membabitkan kehilangan remaja perempuan dan wanita serta selebihnya adalah lelaki,” katanya.

Pukul isteri balik lewat

GOMBAK: Cemburu melampau menyebabkan seorang suami bertindak ‘gila’ membelasah isterinya yang pulang lewat ke rumah, di Taman Tun Teja, di sini kononnya wanita itu berasmara dengan lelaki lain menyebabkan dia cedera di muka dan kaki, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa yang berusia 42 tahun baru pulang bekerja terkejut apabila dimarahi suami yang tidak tidur kerana menunggu kepulangannya.

Menurut sumber, mangsa yang kepenatan hanya mendiamkan diri dan memberi alasan bekerja lebih masa menyebabkannya pulang lewat.

“Bagaimanapun, alasan diberi mangsa tidak diterima suaminya malah terus menuduh dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Geram suaminya menuduh tanpa usul periksa menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka selama beberapa minit,” katanya.

Sumber berkata, pertengkaran antara mereka mula bertukar ganas apabila suaminya menampar mangsa.


“Malah, lelaki terbabit turut mengambil beg berisi barang dan terus membaling ke arah mangsa.

“Lelaki itu turut memukul isterinya beberapa kali sambil menghamburkan kata-kata kesat,” katanya, Menurutnya, akibat tidak tahan dipukul, mangsa merayu supaya dilepaskan dan meminta suaminya berhenti bertindak kasar.

“Selepas beberapa minit akhirnya dia berhenti memukul mangsa dan terus keluar dari rumah meninggalkan mangsa dalam kesakitan.

“Difahamkan sudah beberapa bulan lelaki terbabit tidak memberi nafkah kepada mangsa menyebabkan dia terpaksa mencari duit lebih bagi menyara mereka sekeluarga,” katanya.

Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang kemudian membuat laporan di Balai Polis Rawang.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

17 kereta diikrar perabot

PELABUHAN KLANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor merampas kontena berisi 17 kereta bernilai RM1.4 juta dipercayai dicuri untuk diseludup ke luar negara di Pelabuhan Utara, di sini, pada 14 September lalu.
Hasilnya, kenderaan model Toyota termasuk pacuan empat roda Hilux dan Fortuner serta kereta Camry ditemui semula. Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, susulan itu, dua hari kemudian, KDRM menahan seorang lelaki kerana mengikrar kereta itu sebagai perabot.

Beliau berkata, lelaki berumur 47 tahun yang bekerja sebagai ejen pengikrar itu ditahan kerana membuat ikrar palsu.

Katanya, siasatan mendapati sindiket itu cuba menyeludup kereta itu ke Pelabuhan Laem Chabang, Thailand dan menggunakan alamat pejabat di Damansara yang sebenarnya kosong.

“Serbuan ke alamat kedua didaftarkan di bawah nama syarikat sama di Rawang mendapati premis itu kosong,” katanya.

Tikaman cemburu


USUNG...anggota polis mengangkat jenazah Suriani yang ditikam rakan serumah.
USUNG...anggota polis mengangkat jenazah Suriani yang ditikam rakan serumah.
SUNGAI PETANI: “Abah, ada orang pengsan di depan rumah,” kata pesara tentera, Azmi Md Salleh, 50, mengungkap semula kata-kata anak lelakinya yang memaklumkan kejadian seorang wanita pengsan dan berlumuran darah di depan rumah mereka di Taman Semarak, Sungai Pasir, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 petang, wanita pengkid berketurunan Siam berusia 25 tahun itu menikam teman serumahnya, Suriani Md Saad, 29, yang juga rakan sekerjanya di sebuah kilang di Bakar Arang, dekat sini, menggunakan sebilah pisau akibat cemburu.
Suriani meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah sewa mereka sebelum mayatnya ditemui penduduk berhampiran.

Suspek kemudian bertindak menikam dirinya sebelum dipercayai cuba meminta pertolongan daripada jiran.


Azmi yang sedang berehat di rumahnya segera keluar dan terkejut apabila mendapati seorang wanita dalam keadaan lemah tiba-tiba rebah di tepi pintu rumahnya.

Menurutnya, dia kemudian menarik wanita berkenaan masuk ke rumahnya lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut

Penyamun dua beranak diburu


DIKEHENDAKI...Wan Abdul Bari menunjukkan gambar suspek, Tai Ping (kiri) Kok Yew.
DIKEHENDAKI...Wan Abdul Bari menunjukkan gambar suspek, Tai Ping (kiri) Kok Yew.
RAMPAS...pelbagai barangan yang dirampas di rumah suspek.
RAMPAS...pelbagai barangan yang dirampas di rumah suspek.
KUALA LUMPUR: Dua beranak yang menjadi dalang beberapa kes samun dan pecah rumah di Brickfields sejak awal tahun ini diburu selepas polis merampas pelbagai barangan dipercayai hasil curi dengan anggaran nilai RM100,000 di sebuah rumah di Setapak, di sini, Rabu lalu.
Suspek, Lee Tai Ping, 64, pemandu teksi dan anak lelakinya, Lee Kok Yew, 27, diminta tampil bagi membantu siasatan. Kedua-dua suspek dipercayai melarikan diri sebaik mengetahui mereka dikehendaki polis.

Terdahulu, isteri suspek, suri rumah berusia 60 tahun serta anak perempuannya, 23, pelajar kolej swasta direman tiga hari untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata ketika tangkapan, polis merampas pelbagai barangan curi termasuk skrin komputer, televisyen, komputer riba, telefon bimbit pelbagai jenis, pengering rambut dan geran kereta pemilik lain di rumah suspek.

“Selain itu, polis menemui alat yang digunakan untuk kegiatan itu seperti parang, kapak, pistol tiruan, alat ganti kereta yang diubah suai, penebuk lubang dan pemutar skru.

“Berdasarkan pemeriksaan, suspek pertama tiada rekod kesalahan lampau, bagaimanapun, anak lelakinya pernah disabitkan atas beberapa kesalahan pecah rumah.


“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan polis meminta kedua-dua suspek tampil ke balai polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kejayaan penemuan barangan itu hasil aduan seorang pengurus wanita sebuah syarikat persendirian berusia 40 tahun yang membuat laporan selepas pejabatnya dipecah masuk dan barangannya dilarikan pada 10 September lalu.