![]() |
TERSELAMAT: Para pegawai perubatan mengusung keluar mangsa yang cedera untuk dirawat di Pusat Perubatan Renown di Nevada. - Foto AP |
Tiga maut termasuk juruterbang veteran dan 56 lagi cedera

RENO (Nevada): Sebuah pesawat pejuang lama era Perang Dunia Kedua merempuh tempat duduk utama ketika berlangsungnya satu pertunjukan udara terkenal di sini, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penonton, manakala 56 lagi cedera.
Nahas yang disifatkan amat ngeri itu berlaku ketika pesawat yang dipandu juruterbang berusia 74 tahun itu tiba-tiba hilang kawalan, lalu merempuh tempat duduk tersebut.
Pesawat itu kemudian bersepai.Mayat bergelimpangan di kawasan nahas dengan orang ramai memberi bantuan kepada mangsa yang masih bernyawa.Seorang penonton setia yang menyaksikan pertunjukkan udara itu sejak 16 tahun lalu, Cik Maureen Higgins, berkata ketika kejadian, juruterbang terbabit dalam pusingan ketiga pertunjukkan sebelum hilang kawalan.
Cik Higgins duduk kira-kira 30 meter dari tempat nahas dan melihat kejadian ngeri itu, termasuk seorang penonton terkena serpihan pesawat dengan darah menyembur daripada kepalanya.
'Saya lihat beberapa bahagian badan bersepai sehingga anda tidak percaya apa yang berlaku. Saya nampak bahagian tangan dan kaki yang tercabut. Mereka yang selamat kehilangan anggota badan,' katanya.Seorang lagi saksi, Encik Gerald Lent, berkata:'Keadaan kelihatan seperti satu pembunuhan beramai-ramai telah berlaku. Seperti satu bom meletup di sini.
Saya nampak seorang lelaki yang badannya terbelah dua. Ada darah di merata tempat.'Antara yang terbunuh ialah juruterbang pesawat itu, Encik Jimmy Leeward, 74 tahun, dari Florida, yang juga pemilik pesawat P-51 Mustang itu.Encik Leeward dipuji kerana tindakannya pada saat-saat akhir untuk mengelakkan kawasan tempat duduk yang lebih padat dengan penonton.'
Saya rasa beliau mungkin telah menyelamatkan antara 200 dengan 300 penonton lain,' kata seorang saksi, Encik Ben Cissell.Jurucakap Peng`uasa Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Daerah, Cik Stephanie Kruse, berkata daripada 56 mangsa yang cedera, 15 daripada berada dalam keadaan kritikal.'Ini merupakan satu kemalangan yang sangat besar, mungkin yang terbesar pernah dialami oleh masyarakat setempat sejak berdekad-dekad lalu,' kata Cik Kruse.
Kemalangan itu dikatakan berlaku kerana pesawat itu mengalami masalah teknikal.Ketua Persatuan Pertandingan Udara Reno, Encik Mike Houghton, berkata menolak dakwaan bahawa kesilapan juruterbang merupakan punca utama kemalangan itu.'
Semua rekod perubatannya baik dan Jimmy (Leeward) merupakan juruterbang yang berpengalaman, berbakat dan berkelayakan,' kata Encik Houghton.Menurut beliau, Encik Leeward menyertai pertunjukkan udara itu sejak 1975. -- AFP, AP, Reuters.