KUALA LUMPUR 23 Ogos - Tindakan seorang penganggur menyamar sebagai peguam dan memperkenalkan diri dengan nama 'Tengku Razali' untuk menipu serta mencuri akhirnya terbongkar apabila dia dicekup polis Khamis lalu di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.
Ketika ditahan kira-kira pukul 1 petang, suspek yang berusia 28 tahun dan berasal dari Batu Pahat, Johor memakai kemeja putih, kot hitam dan memandu kereta Proton Perdana yang lagak seperti kerabat diraja.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid berkata, operasi mengesan suspek dibuat pihaknya selepas menerima laporan dari seorang peniaga kuih di Taman Wahyu, Kepong.
Katanya, mangsa yang berusia 44 tahun didatangi oleh suspek pada 12 Ogos lalu dan berbincang untuk menempah kuih-muih dan lauk-pauk untuk hidangan di istana.
"Keesokan harinya, suspek yang menaiki kereta Proton Perdana menjemput mangsa dan membawanya hingga ke tepi jalan di hadapan Istana Negara sebelum mengarahkan wanita itu menyerahkan barang kemas atas peraturan memasuki istana.
"Wanita tersebut akur dan diarahkan untuk menunggu di luar sebelum suspek mendakwa ingin meminta kebenaran pihak istana membawanya masuk.
"Kira-kira lima jam menunggu di luar, mangsa berasa curiga dan mendapati dirinya ditipu sebelum membuat laporan polis ekoran tindakan suspek yang mengambil barang kemas miliknya," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Wan Abdul Bari, pemeriksaan awal pihaknya mendapati, suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dan lima rekod dikehendaki berkaitan kes curi dan tipu.
Katanya, ekoran penahanan suspek, pihaknya berjaya menahan tiga individu yang dipercayai pembeli barang curi yang dicuri suspek.
Beliau berkata, ketiga-tiga mereka berusia 35 hingga 54 tahun dan masing-masing ditahan di Serendah, Selangor serta Batu Pahat, Johor yang merupakan peniaga telefon bimbit dan kedai pajak gadai.
"Dengan penangkapan suspek, kita percaya dapat menyelesaikan 44 kes tipu dan curi serta sebanyak 31 kes berlaku di kawasan daerah Brickfields.
"Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.-utusan