Search This Blog

Tuesday, August 9, 2011

Lelaki dituduh rogol anak jiran



KUANTAN - Seorang lelaki terpaksa melupakan kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini apabila dia terpaksa menyambutnya di penjara gara-gara perbuatan kejinya merogol gadis kurang upaya bawah umur yang juga anak jirannya sendiri di sebuah Felda, dekat Pekan, 19 Julai lalu.

Tertuduh, Abdul Mubin Muhammad, 51 yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam terpaksa ditahan reman hingga 7 September depan selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang membantah ikat jamin terhadapnya.

Hakim Fathiyah Idris membenarkan permohonan pihak pendakwaan selepas mengambil kira faktor keselamatan mangsa yang tinggal bersebelahan rumah tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak gadis jirannya yang baru berusia 13 tahun 7 bulan itu di rumah keluarga mangsa kira-kira jam 3 petang, 19 Julai lalu.

Akibat perbuatan kejinya itu, tertuduh berjaya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh disebat.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mengambil kira pengakuan tidak bersalah tertuduh itu, mahkamah menetapkan 7 September depan sebagai tarikh sebutan seterusnya.

Bagaimanapun dalam tempoh itu, tertuduh terpaksa ditahan di penjara kerana tiada sebarang jaminan ditawarkan.-SH

Tidak serik jual bahan letupan



JEMPOL – Hasil maklumat orang ramai, pihak polis berjaya menemui pelbagai jenis bahan letupan berbahaya di tempat penyimpanan barang, belakang sebuah premis perniagaan serbaneka di Bandar Seri Jempol, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Sabri Mohamad berkata, dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, terdapat dua lelaki berbangsa India berada dalam premis berkenaan.

“Lelaki yang berumur 25 dan 30 tahun itu merupakan pekerja di premis terbabit terkejut sebaik mendapati serbuan yang dilakukan polis.

“Namun, mereka tidak sempat berbuat apa-apa dan mengakui premis berkenaan ada menyimpan pelbagai mercun dan bunga api di stor belakang yang dipercayai untuk dijual.

“Hasil pemeriksaan, kita dapati terdapat sebuah kotak besar yang berisi pelbagai jenis bahan letupan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD), Jempol, semalam.

Mohd Sabri berkata, dua lelaki itu kemudian dibawa ke IPD, Jempol untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 74 Peraturan-Peraturan Letupan 1923.

“Premis berkenaan juga pernah diserbu atas kesalahan sama pada tahun lalu.

“Operasi yang diketuai Cif Inspektor Ismail Hamid dan beberapa anggota itu turut merampas kesemua bahan letupan berkenaan dengan anggaran bernilai RM500,” katanya.-SH

Maut selepas makan malam



ALOR GAJAH - Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Machap Umbo-Bukit Bulat, di sini, kira-kira jam 10 malam, kelmarin.

Dalam kejadian itu, pemandu kereta Proton Iswara, S Selvalingam, 39, maut di tempat kejadian sementara dua rakannya, R Rajendra, 43, cedera di kepala manakala A Murugis, 44, turut cedera di kepala serta patah kaki kanan.

Difahamkan, ketika mangsa melalui satu selekoh, kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta Perodua Viva yang dipandu krew :penyiaran, Nor Jamilah Abdullah, 21, dalam perjalanan dari arah Hutan Perca menuju ke Alor Gajah.

Menurut Ketua Polis daerah Alor Gajah, Superintenden Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata, mangsa bersama dua lagi rakannya dikatakan baru selesai menghadiri majlis makan malam di salah sebuah restoran berdekatan.

Katanya, mangsa maut merupakan duda yang baru kematian isteri sebulan lalu dan tinggal di Taman Merak Emas, Durian Tunggal bersama dua lagi mangsa, R Rajendra dan A Murugis.

“Siasatan awal polis mendapati, kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Viva.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Alor Gajah di talian 06-5563222 untuk membantu siasatan.

“Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah manakala mangsa maut dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Daerah Alor Gajah berkata, sepuluh anggota dikejarkan ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kira-kira jam 9.55 malam. Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kurang dari lima minit.-SH

Rompak lepas buka puasa



JASIN – Berpura-pura mahu membeli barang dan menyasarkan kedai terpencil, selain bertindak merompak selepas berbuka puasa adalah modus operandi dilakukan tiga penjenayah yang masih bebas.

Ketiga-tiga suspek dipercayai terbabit dalam rompakan di kedai Courts Mammoth di Jasin membabitkan kerugian hampir RM40,000 kira-kira jam 8.05 malam kelmarin.

Barangan yang dilarikan penjenayah termasuklah wang tunai RM20,000, 20 sistem pengesan koordinat (GPS) dan tujuh telefon bimbit serta kamera digital.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Che Suza Hitam berkata, kejadian berlaku sewaktu dua pekerja kedai terbabit yang baru selesai berbuka puasa didatangi tiga lelaki warga tempatan berusia 35 tahun berpura-pura mahu membeli barang.

“Suspek berpura-pura menanyakan mengenai prosedur membeli barang, bercerita mengenai slip gaji dan bayaran bulanan sebelum secara tiba-tiba, mengeluarkan pisau dan parang.

“Mangsa, seorang wanita berusia 25 tahun dan seorang lelaki berusia 43 tahun, mengalami kecederaan ringan di beberapa anggota badan kerana dipijak suspek selain diikat di kaki dan tangan,” katanya, semalam.

Setakat ini, polis masih menyiasat menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selain maklumat orang awam dan lakaran wajah suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan samun tanpa senjata api serta boleh dipenjara 20 tahun jika sabit bersalah.-SH

Pandu laju punca nahas



KUALA SELANGOR - Hilang kawalan akibat memandu laju, itu antara punca utama kemalangan yang berjaya dikesan polis berlaku di laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR Expressway), di sini sejak ia mula dibuka kepada orang ramai, Jun lalu.

Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kuala Selangor, Cif Inspektor Roslan Ismail berkata, siasatan awal yang dilakukan ke atas setiap laporan kemalangan yang diterima mendapati, kegagalan mengawal kenderaan yang dipandu laju punca pemandu terbabas.

Menurutnya, dalam sesetengah kes, sikap pemandu yang kurang peka terutama terhadap keluar masuk simpang di sepanjang laluan berkenaan mengundang risiko kemalangan berlaku.

“Pandulah secara berhemah, pengguna perlu berwaspada dan berhati-hati dengan laluan susur yang ada berikutan ia masih baru dibuka, memandu secara melulu dan laju hanya membahayakan diri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, semalam.

Roslan berkata, kadar kemalangan ketika musim perayaan boleh dikurangkan jika pengguna jalan raya sedar dengan tanggungjawab masing-masing.

Menurutnya, meskipun pengguna tidak dikenakan bayaran tol (sehingga 31 Ogos ini), peraturan sedia ada seperti peringatan had laju tetap perlu dipatuhi.

“Banyak kes yang kita terima, kebanyakan berpunca dari kenderaan yang dipandu laju, ada satu kes, seorang pemandu dikatakan cuba mengelak melanggar anjing liar ketika melintas sehingga menyebabkan kemalangan.

“Dalam kes lain pula, sebuah kenderaan terjunam masuk ke laluan mati, juga akibat dipandu laju,” katanya.

Terdahulu, lebuh raya sepanjang 33 kilometer itu dibina dengan kos RM958 juta untuk menghubungkan Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Bestari Jaya, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Pengguna lebuh raya berkenaan tidak dikenakan bayaran tol selama dua bulan sehingga 31 Ogos ini.

Pemuda maut mangsa langgar lari



KUANTAN - Seorang penunggang maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta dalam satu kejadian langgar lari di Jalan Semambu, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa Mohamad Azizie Awang Ali, 20, dari Bandar Damansara di sini meninggal dunia tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan juga kepala.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintenden Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mangsa yang menunggang bersendirian dipercayai datang dari arah Jalan Beserah dan cuba membelok ke sebuah simpang kanan di lokasi kejadian.

Menurutnya, sebuah kereta dipercayai dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh motosikal mangsa hingga terputus dua.

“Mangsa yang difahamkan seorang yatim piatu mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, petang semalam.

Mohamed Fauzi berkata, dalam kejadian itu, pemandu kereta dipercayai melarikan diri.

“Setakat ini polis belum mengenal pasti kenderaan terlibat manakala pemandunya juga belum tampil membuat laporan berhubung kemalangan tersebut,” katanya.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-SH

Maut tercampak bawah lori




PEKAN – Seorang pemandu lori balak maut selepas tercampak ke bawah lori kosong tanpa muatan akibat dirempuh sebuah lori tangki ketika mahu mengalihkan kenderaannya dalam kejadian di Kilometer 84 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang Ladang Simpai, di sini.

Dalam kejadian pada jam 6.45 pagi semalam, mangsa, Tan Kim Swee, 55, dari Kluang, Johor maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan selepas tercampak ke bawah lori balak dipandunya.

Rakannya yang turut berada di tempat kejadian dan hanya mahu dikenali sebagai Chua berkata, mangsa turun daripada lorinya berikutan tidak dapat masuk ke simpang kerana terdapat beberapa lori di hadapannya.

Menurutnya, mangsa memberhentikan lorinya di atas bahu jalan sebelah kiri sebelum turun dari lori untuk bertanya kepadanya mengenai kesesakan yang berlaku sebelum kembali ke lorinya.

“Ketika mangsa sedang memanjat untuk menaiki lori itu, sebuah lori tangki yang datang dari arah Muadzam merempuh kenderaannya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bawah lori.

“Keadaan jalan berselekoh dan berbukit dikatakan menghalang penglihatan pemandu lori tangki itu yang menyangka lori balak kosong di hadapannya sedang bergerak,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Pekan.

Chua berkata, dia dan mangsa bekerja sebagai pemandu lori balak selama lebih 15 tahun dan sering ditugaskan untuk mengambil balak di sini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya tidak menyangka rakan saya maut dalam kejadian ini sedangkan kami sudah lama bekerja bersama-sama sejak bertahun lamanya dan berkongsi pelbagai masalah.

“Saya tidak dapat menahan sedih kerana kehilangan rakan yang baik serta berdedikasi. Dia turut meninggalkan dua anak lelaki berusia 13 dan 16 tahun, manakala isterinya meninggal dunia sejak 13 tahun lalu,” katanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan seorang lagi pemandu lori, Mhd Yacab Yusoff, 41, yang turut berada di tempat kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, pemandu lori tangki, Mohd Rafi Moulan, 49, mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Yahaya berkata, kes itu masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa sudah dituntut keluarganya selepas dibedah siasat.

“Saya mengingatkan orang ramai supaya mengambil iktibar di atas kejadian kemalangan ini seterusnya mementingkan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya.

“Pengguna juga diminta supaya tidak memandu ketika keadaan fizikal tidak mengizinkan,” katanya.

Beliau berkata, kepekaan orang ramai terhadap keselamatan diri dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan sekali gus mewujudkan persekitaran selamat buat diri dan pengguna jalan raya lain.-SH

Penternak lembu dalam dilema



KUANTAN –“Saya, sedih, marah dan terkilan, apabila lembu dan kerbau milik saya sudah tidak selamat lagi apabila menjadi ‘buruan’ pencuri. Malah semalam, mujurlah seekor lembu betina saya dapat diselamatkan atas bantuan orang kampung,” kata Mustapa Awang, 53, yang tinggal di Kampung Semangat di sini.

Mustapa yang sudah kehilangan tiga ekor lembu tahun ini bagaimanapun masih terkilan apabila sejak dua tahun yang lalu, dia sudah kehilangan 30 ekor kerbau dan 10 ekor lembu gara-gara dicuri.

Menurutnya, lebih menyedihkan, apabila hanya tinggal kepala dan isi perut sahaja dijumpai.

“Semalam, mujur ada orang kampung terdengar bunyi tembakan dan melihat seekor lembu betina terdampar di tepi jalan dan selepas di maklumkan, itu adalah lembu saya.

“Mujur ia dapat diselamatkan, jika tidak mungkin lembu saya itu menjadi korban yang seterusnya,” katanya.

Selain itu, dia yang berpengalaman lebih 30 tahun menternak lembu dan kerbau ini merasakan sudah tidak selamat lagi untuk membebaskan ternakannya di sekitar kawasan kampung.

Mustapa berkata, dia akan lebih berhati-hati lagi ketika bulan puasa kerana ramai penduduk yang akan kehilangan ternakan mereka.

“Saya tidak mahu menuduh sesiapa pun, tetapi pada tahun-tahun yang sudah beginilah keadaan saya. Pada waktu malam saya akan berjaga sehingga waktu sahur dan bila siang saya hanya memantau sekali sekala sahaja.

“Tidak sangka pula, pencuri ini membuat kerja pada waktu siang dan saya benar-benar rasa terkilan jika keadaan ini berterusan,” katanya.

Tambahan pula, itu adalah punca pendapatannya untuk menyara 10 anak, manakala isterinya kini terlantar di hospital akibat penyakit dalam perut sejak lima bulan lalu.

Menurutnya, selagi pencuri itu masih berleluasa, dia merasakan bukan sahaja keselamatan haiwan ternakan terancam, malah penduduk juga.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Alim Daud berkata, kerjasama pihak atasan dan berkuasa amat penting dalam menyelesaikan masalah ini.

“Bagi saya, pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu memantau penjualan ubat pelali kepada pengguna. Ini kerana kita tidak tahu apa tujuan si pembeli tersebut.

“Jika perlu pihak yang menjual ubat pelali perlu mencatat pihak yang membeli kerana kemungkinan besar pencuri itu dapat ditangkap,” katanya.

Cubaan pertama mencuri bawa padah



KUALA TERENGGANU - Padah mencuri di bulan Ramadan! Seorang nelayan bukan sahaja cedera di kaki kanan dan bengkak di tangan kanan akibat dibelasah, sebaliknya turut dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas kesalahan mencuri dua guni besi, pada 3 Ogos lalu.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Aziz Deraman, 35, selepas mengaku bersalah mencuri dua guni besi di tapak projek perumahan di Kampung Batin, Seberang Takir, kira- kira jam 5.30 petang.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya merayu agar mahkamah meringankan hukuman ke atasnya kerana mendakwa dia tidak berniat mencuri, tetapi diajak rakannya yang sehingga kini masih bebas.

“Selama ini, saya tidak pernah mencuri dan pada hari kejadian, rakan saya yang mendesak saya mencuri di tapak projek terbabit,” katanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas mencuri dua guni besi milik VST Compony Sdn Bhd.

Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari penyelia projek yang ketika itu sedang menjalani pemantauan di kawasan projek perumahan berkenaan.

Berikutan itu, tertuduh ditangkap, manakala rakannya berjaya melarikan diri dan masih bebas sehingga kini.

Menerusi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dustan.-SH

Dituduh rogol teman wanita



KUALA TERENGGANU- Seorang pengawal keselamatan di sebuah kedai perabot dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan merogol teman wanitanya seorang remaja bawah umur pada Disember lalu.

Tertuduh, Muhammad Fakri Hussin, 19, dari Kampung Sungai Rengas, di sini, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas dakwaan yang dibacakan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja berumur 14 tahun (semasa kejadian) di kampung Paloh Tuan Sulong, Kuala Terengganu pada Disember 2010.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh di penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Selepas pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Zainal Abidin kemudian menetapkan 12 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dengan tertuduh ditawarkan jaminan sebanyak RM10,000.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang @ Mamat.-SH

Bimbang disengat tebuan



KAMPUNG JAK - Penduduk yang tinggal berhampiran laluan utama Kampung Kuala Kejir-Kampung Bukit Perah bimbang dengan keselamatan mereka berikutan terdapat sarang tebuan di sebatang pokok getah di situ.

Penduduk yang hanya ingin dikenal sebagai Ismail, 50-an, berkata, dia menyedari wujudnya sarang tebuan di pokok getah itu beberapa hari lalu ketika sedang membaiki motosikalnya yang rosak di situ ketika dalam perjalanan pulang dari kebun.

“Saya menggunakan laluan ini hampir setiap hari, namun sebelum ini saya tidak perasan sehinggalah beberapa hari lalu ketika motosikal saya rosak.

“Ketika sedang membaiki motosikal, secara tiba-tiba seekor tebuan terbang berhampiran dengan saya dan ketika saya mendongak ke atas saya terlihat sarang tebuan,” katanya semalam.

Ismail berkata, walaupun sarang berkenaan terletak jauh daripada kawasan perumahan penduduk, namun ia digunakan sebagai laluan utama sebahagian komuniti di sini.

“Saya harap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera sebelum berlakunya tragedi tidak diingini.

“Apatah lagi kita sering mendengar kes ada yang meninggal dunia akibat disengat tebuan,” katanya.

Menurutnya, keadaan lebih membimbangkan apabila ramai penduduk yang melalui kawasan ini dengan hanya berbasikal ataupun menunggang motosikal sepertinya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jak, Mohd Suddin Salleh ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai kewujudan sarang tebuan itu kerana belum dimaklumkan lagi oleh penduduk.

Mohd Sudin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya dengan memaklumkan kepada pihak berkaitan sebelum ia memudaratkan orang ramai terutama penoreh getah yang saban hari melalui laluan berkenaan.

“Setakat ini, pihak JKKK belum lagi menerima sebarang makluman berkaitan, mungkin kerana faktor lokasinya yang agak jauh dari rumah penduduk dan di kawasan belukar menyebabkan banyak penduduk yang tidak perasaan kewujudan sarang tebuan tersebut,” katanya.-SH

Dua tauke mercun ditahan



MARANG - Polis berjaya menahan dua lelaki bersama sejumlah mercun dan bunga api dalam operasi bermula kira-kira jam 9.00 malam di Bukit Payong di sini, malam kelmarin, kedua-dua peniaga yang berusia 22 dan 42 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan, Ahmad Mazlan Yahaya berkata, dalam serbuan pertama pihaknya menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api selepas memeriksa sebuah rumah di Batu Sembilan, Bukit Payong.

Katanya, mercun dan bunga api itu dipercayai cuba dijual sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri ini manakala nilai rampasan di rumah pertama itu sebanyak RM100.

“Berikutan penemuan mercun dan bunga api di rumah itu, seorang peniaga berumur 22 tahun ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini, semalam.

Ahmad Mazlan berkata, susulan penahanan suspek itu pihaknya meneruskan pemeriksaan ke sebuah lagi rumah peniaga berumur 42 tahun di Batu 10 sebelum menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dipercayai untuk dijual.

“Lelaki itu turut ditahan manakala semua bunga api bernilai sebanyak RM300 yang ditemui di rumah itu juga dirampas,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau keduanya sekali.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran keras kepada orang ramai dan peniaga supaya tidak menjual barang larangan tersebut di daerah ini kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang malah boleh mendatangkan kecelakaan.

“Orang ramai diminta tidak membeli atau bermain mercun dan jika mempunyai maklumat berhubung penjualannya di daerah ini, segera hubungi balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut,” katanya.
-SH

“Ayah nak balik”




PAKA - “Ayah nak balik.” Demikian kata-kata terakhir yang sempat diungkapkan arwah Ali @Yusof Ibrahim, 64, kepada anaknya, beberapa jam sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Kemaman selepas dimasukkan ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan berikutan sakit kanser prostat yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Menurut anak lelaki arwah, Ahmad Khairul Annuar, 40, arwah bapanya yang juga seorang pengusaha perabot terkenal di Paka ketika berada di wad beberapa jam sebelum meninggal, dikatakan beria-ia benar hendak pulang ke rumahnya dekat sini.

Menurutnya, arwah ayahnya itu yang dimasukkan ke hospital itu pagi kelmarin beberapa kali meminta Annuar membawanya pulang dan enggan berada di situ.

“Beberapa kali dia menyebut perkataan ayah nak balik. Akhirnya dia benar-benar pulang dan takkan kembali lagi,” kata Annuar yang masih sugul atas pemergian arwah bapanya itu.

Annuar berkata, selain menyatakan hasrat untuk pulang ke rumahnya di Paka, arwah bapanya itu turut berpesan agar menjaga adiknya dengan baik selain meminta Annuar menjelaskan segala hutang piutang jika ada.

“Arwah ayah ada berpesan agar saya menjelaskan semua hutangnya kalau ada. Oleh itu, saya berharap jika arwah ayah ada pernah berhutang dengan sesiapa agar dapat berjumpa saya untuk melangsaikannya,” katanya.

Sementara itu rakan baik arwah, Ismail Man, 38, yang turut menziarahi jenazah berkata, arwah ketika hayatnya adalah seorang insan yang mudah didekati selain banyak melakukan kerja kebajikan.

Ismail yang juga Pegawai Turus Trafik Negeri menyifatkan pemergian arwah yang juga seorang tokoh perniagaan merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat setempat.

Allahyarham yang terkenal dengan panggilan Pok Usop Cahaya Perabot menghembuskan nafasnya kira-kira jam 9.20 pagi di Hospital Kemaman selepas beberapa tahun menderita akibat sakit kanser prostat.

Jenazahnya kemudian dibawa pulang ke Paka untuk disembahyang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Limbong, selepas solat Zuhur, petang semalam.-SH

Padah main pemetik api



BAKAU TINGGI – Akibat kaki disambar api, pelajar Sekolah Menengah (SM) Teknik Kemaman, Wan Ahmad Amiruddin Mohamad, 16, melecur teruk pada kedua-dua belah kaki dalam kejadian malang pada 21 Jun lalu.

Peristiwa tidak disangka itu turut menyebabkan dia ditahan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selama 20 hari sebelum dibenarkan keluar pada 10 Julai lalu selepas menjalani pembedahan menampal kulit paha pada kaki yang melecur teruk.

Wan Ahmad Amiruddin yang juga anak bongsu enam beradik ketika dikunjungi Sinar Harian berkata, kejadian malang itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi di rumah rakannya di Bukit Kuang, Kijal selepas mereka membaiki motosikal yang rosak.

“Sebelum kejadian, saya dan kawan menaiki motosikal ke sekolah, bagaimanapun, ketika sampai separuh jalan iaitu di Kampung Mak Chili, motosikal yang kami naiki tiba-tiba rosak. Justeru, saya dan kawan menunda motosikal itu ke rumah kawan saya.

“Ketika kami membaiki motosikal berkenaan, terdapat sisa petrol atas lantai rumah dan juga dalam bekas berdekatan kami,” katanya.

Wan Ahmad Amiruddin berkata, selepas penat membaiki motosikal, kami berhenti rehat seketika dan bermain pemetik api.

“Ketika itulah, api tiba-tiba menyala dalam bekas berisi petrol berkenaan,” katanya.

Bercerita lanjut, kata Wan Ahmad Amiruddin, panik dengan keadaan itu dan tidak mahu api terus merebak, dia mengambil bekas itu untuk dibuang ke kawasan lapang.

“Belum sempat berbuat demikian minyak petrol dan api menyambar kedua-dua belah kaki saya.

“Akibat terlalu sakit api menyambar kaki, saya terjun ke dalam sebuah baldi berisi air yang berada di situ sebelum rakan membawa saya ke Hospital Kemaman,” katanya.

Namun, disebabkan melecur teruk pada bahagian betis hingga kaki terutama kaki kanan, dia kemudiannya dirujuk ke HSNZ.

Malang datang bertimpa kerana ketika itu bapanya, Wan Mohd Abd Rahman, 61, juga sakit gara-gara pihak hospital tersalah memberi ubat.

Sementara itu, ibunya, Zaima Ngah, 53, berkata, bagi memastikan anaknya cepat pulih doktor mengambil kulit bahagian paha untuk ditampalkan pada kaki anaknya kerana daging betis dan kakinya masak disambar api.

Katanya, kecederaan anaknya itu dijangka pulih dalam tempoh sebulan lebih sebagaimana dimaklumkan doktor.

Justeru, kata Zaima, kaki anak bongsunya itu akan berbalut sepanjang Ramadan namun dia bersyukur kerana kos pembedahan ditanggung pihak sekolah.

Sementara itu, nasib malang yang menimpa pelajar terbabit mendapat perhatian Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai, Hanafiah Mat yang turun padang menziarahi sambil menghulurkan bantuan.-SH

Cedera parah



KUALA TERENGGANU- Seorang pemandu jentera berat maut selepas kereta jenis Honda Civic yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori dalam satu kemalangan di Kilometer (KM) 23, Kampung Sungai Ikan, Tepoh, Kuala Terengganu tengah hari semalam.

Mangsa, Abdullah Tahir, 55, beralamat dari Kampung Tanjung Baru, Kuala Berang maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik daerah Kuala Terengganu, Asisten Superintenden Che Khazahari Amat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari itu, kemalangan berlaku setelah mangsa dikatakan telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori.

“Mangsa yang datang dari arah Setiu menghala ke Kuala Terengganu disyaki memasuki laluan bertentangan dan dalam masa sama, datang sebuah lori dari arah Kuala Terengganu yang dipandu oleh Azihan Mat Yusoff, 36.

“Terkejut dengan situasi itu, kedua-dua mereka gagal mengawal kenderaan masing-masing lalu bertembung di antara satu sama lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Che Khazahari berkata, akibat pertembungan yang kuat itu, mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.-SH

Didakwa memandu secara melulu



KOTA BHARU – Seorang pemuda berdepan hukuman denda tidak kurang RM5,000 sehingga RM15,000 selepas dituduh memandu secara melulu dalam kejadian di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, Jumaat lalu.

Bukan itu sahaja, malah Muhd Afiq Azmi, 21 turut berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (333/87) yang dihadapinya.

Dia dituduh sebagai pemandu kereta bernombor pendaftaran TR 3331 memandu kereta tersebut secara melulu di jalan tersebut pada jam 1.15 pagi, 5 Ogos lalu.

Pada hari yang sama, tertuduh dari Taman Bunga, Jalan Klinik, Tanah Merah ditahan anggota cawangan trafik Kota Bharu.

Pada prosiding semalam, tertuduh merekodkan pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas tuduhan tersebut.

Berikutan itu, Majistret Nur Zakiyah Shamsudin menangguhkan kes berkenaan pada 13 September depan.

“Sementara menunggu tarikh tersebut, kamu dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin,” katanya.

Kes dikendalikan Cif Inspektor Saiful Nizam Mislah.-SH

Warga emas rentung



PASIR MAS – Tujuh sekeluarga tidak dapat menahan kesedihan apabila ibu saudara yang ditinggalkan sendirian, rentung dalam kebakaran di Kampung Kubang Pak Amin jam 10.15 malam, kelmarin.

Difahamkan, kejadian bermula apabila bekalan elektrik terputus sejurus selepas berbuka puasa, sehingga memaksa keluarga berkenaan menggunakan lilin bagi menerangi rumah.

Menantu saudara mangsa, Md Zonkifle Ibrahim, 48, berkata, selepas berbuka puasa, saya dan empat anak-anak bersiap untuk mengerjakan solat terawih di surau tidak jauh dari perkarangan rumah.

“Sementara isteri saya pula, Zuraini Yusoff, 38, terpaksa meneruskan pekerjaan sebagai pembantu kedai dan meninggalkan anak sulung kami untuk menjaga ibu saudara, Che Yam @ Che Zahrah Semail, 73, yang terlantar akibat lumpuh sejak tiga tahun lalu.

“Saya dapati bekalan elektrik kembali seperti biasa sejurus sebelum habis terawih kira-kira jam 9.30 malam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dia juga sempat singgah di kedai untuk membeli ‘colek’ namun ia terbantut apabila penduduk memberitahunya mengenai kebakaran yang menimpa rumahnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohamed Adenan Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.36 malam.

“Kita bergegas ke tempat kejadian dengan satu jentera dan satu kembara dengan kekuatan lapan anggota. Rumah tersebut terbakar hampir 80 peratus sebaik sahaja kita tiba di tempat kejadian.

“Kita juga menjumpai mayat mangsa dalam keadaan terlentang di atas tilam dan mangsa mungkin dihempap almari berdekatan kerana terdapat banyak kayu dan kain di atas mayat mangsa,” katanya.

Menurutnya, punca dan kerugian yang ditanggung masih dalam siasatan.-SH

Kereta Ketua UMNO Bahagian Merbok sasaran pencuri



SUNGAI PETANI - Ketua UMNO Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Md Zain kerugian RM6,000 apabila cermin kenderaan Toyota Harrier miliknya dipecahkan pencuri yang kemudian melarikan beberapa barangan berharga dalam kejadian di luar pagar rumahnya di Lagenda Heights di sini pagi ini.

Selain kerugian akibat cermin kereta yang dipecahkan, beliau turut kehilangan sebuah komputer riba, kamera dan Ipad 2 yang diletakkan dalam kenderaan itu.

Tajul Urus memberitahu pemberita di rumahnya hari ini bahawa beliau menyedari kejadian itu pada 7 pagi tadi ketika menemani anaknya yang hendak ke sekolah keluar rumah.

Katanya beliau telah memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya dan mendapati kejadian kecurian itu dilakukan oleh dua individu yang tidak dikenali pada 6.39 pagi tadi.

"Dua lelaki itu keluar dari sebuah kereta, seorang memakai topi keledar untuk tutup muka dan seorang lagi memakai pakaian serba hitam, oleh itu saya tidak dapat mengecam muka mereka.

"Mereka pecah cermin belakang kereta saya dan cermin sebelah tempat pemandu. Saya percaya kecurian ini didalangi oleh tiga orang semuanya sebab seorang lagi hanya tunggu dalam kereta sebagai pemandu," katanya.

Tajul Urus berkata, kejadian sebegitu adalah kali ketiga berlaku kepada keluarganya kerana sebelum ini cermin kereta milik dua anaknya pernah dipecah pencuri yang masing-masing kehilangan sebuah komputer riba serta beg pakaian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.- Bernama-SH

Tujuh maut tertimbus



BRINCHANG - Tiga lelaki dan empat wanita maut, manakala dua parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang, yang berlaku kira-kira jam 5.45 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22.

Menurutnya, dua lagi mangsa parah, Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun.

“Segala operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada 1.50 pagi. Bagaimanapun, pihak polis meneruskan bagi menjalankan operasi kawalan di kawasan kejadian,” katanya.
Beliau berkata, mangsa terakhir ditemui jam 1.20 pagi.

“Kesemua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk dibedah siasat, manakala mangsa parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, kedua-dua mangsa yang cedera itu dilaporkan stabil.

“Sebanyak 248 anggota pelbagai agensi antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Smart, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Rela terlibat dalam operasi di kawasan kejadian,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, kesemua 60 keluarga mendiami rumah di kawasan berisiko sudah dipindahkan ke Dewan Serba Guna Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Brinchang di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat sejak 5 petang, merosakkan enam rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan di mana tiga daripadanya tertimbus.

Dalam pada itu proses menempatkan mangsa yang selamat ke Dewan SJKC berjalan lancar di bawah penyelenggaraan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Cameron Highlands.-SH

Warga emas rentung dalam kebakaran



PASIR MAS 8 Ogos - Seorang warga emas yang lumpuh dan menghidap angin ahmar rentung dalam satu kebakaran di Kampung Kubang Pak Amin dekat sini malam tadi.
Kejadian berlaku pukul 10.15 malam ketika mangsa, Zaharah @ Che Yam Ismail, 73, tinggal bersendirian selepas semua anak dan cucunya keluar menunaikan solat tarawih di surau berhampiran rumah.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Bomba Kanan II Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.36 malam dan lapan anggota termasuk sebuah jentera dan pacuan empat roda bergegas ke tempat kejadian.
"Sebaik sahaja kami tiba, rumah itu terbakar hampir 80 peratus dan pihak kami juga dimaklumkan terdapat seorang warga emas terperangkap di dalam.
"Setelah api berjaya dipadamkan, pihak kami menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang dihempap sebuah almari kain," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, menantu mangsa, Mohd. Zulkifli Ibrahim, 48, berkata, selepas berbuka puasa, dia bersama isteri dan anak-anak pergi menunaikan solat maghrib di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah tersebut.
Katanya, kira-kira pukul 8 malam, bekalan elektrik di kampung itu tiba-tiba terputus menyebabkan dia pulang ke rumah untuk memasang lilin kerana bimbang ibu mertuanya itu tinggal dalam kegelapan.
"Selepas memasang lilin, saya kembali ke surau untuk menunaikan solat Isyak dan tarawih sebelum dimaklumkan oleh seorang penduduk mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 10.30 malam.
"Saya bergegas pulang dan cuba menyelamatkan ibu mertua saya tetapi kerana api terlalu marak menyebabkan saya gagal masuk ke dalam rumah," katanya.
Mohd. Zulkifli berkata, berikutan kejadian itu juga, dia sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang selepas semua peralatan termasuk barang kemas milik isteri dan ibu mertuanya bernilai lebih RM50,000 dan kereta Perodua Kancil miliknya musnah dalam kebakaran itu.-utusan

Nyaris buta terkena mercun bola



Fakhrul Danish Fadzil cedera di muka akibat terkena mercun bola di Taman Teja, Changlun, menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 8 Ogos - Gerak hati seorang ibu yang tidak sedap hati untuk membenarkan anaknya keluar bermain pada petang Sabtu lalu rupa-rupanya menjadi petanda malang akan menimpa.
Selepas beberapa minit sahaja keluar ke taman berhampiran rumah mereka di Taman Teja, Changlun, kanak-kanak itu pulang dengan muka dan mata kemerahan selepas terkena mercun bola.
Mangsa, Fakhrul Danish Fadzil, 8, dikatakan duduk mencangkung sambil melihat sebutir mercun yang tidak meletup namun ia tiba-tiba meletup menyebabkan api percikan mercun itu terkena pada mukanya.
Ibu mangsa, Manisah Mohd., 41, berkata, dia tidak menyangka anaknya itu keluar bermain mercun bersama abang dan rakannya sebelum ditimpa kejadian itu.
"Dalam pukul 7 petang, Fakhrul memberitahu mahu ke taman untuk bermain tetapi saya kata duduk rumah sahaja kerana sudah nak masuk waktu berbuka namun dia mendesak juga.
"Beberapa minit selepas itu, dia pulang dengan muka dan mata kemerahan selain meraung mengatakan matanya pedih," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.
Manisah yang merupakan seorang guru berkata, dia cuba mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Changlun namun disyorkan supaya ke hospital.
Di Hospital Jitra, katanya, doktor memberitahu supaya Fakhrul dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kerana dia perlu mendapatkan rawatan doktor pakar mata.
Katanya, Fakhrul Danish, murid darjah dua di Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Kemara, Changlun bernasib baik apabila doktor memberitahu kecederaan pada matanya tidak serius selain melecur pada bahagian muka.
"Hasil pemeriksaan doktor termasuk pada kornea mata, saya bersyukur kerana mata anak saya tidak cedera serius cuma kabur sahaja tetapi ia akan sembuh," kata Manisah lagi.
Dalam pada itu, Pengarah HSB, Datuk Dr. Juita Ghazalie berkata, kanak-kanak itu mungkin mengalami masalah kekurangan penglihatan pada kedua-dua belah mata akibat letupan mercun tersebut.-utusan

Maut bersama kereta baru



KERETA jenis Honda Civic milik Abdullah Tahir (gambar kecil) yang terlibat dalam kemalangan di KM23 Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu, Gemuruh, semalam.


KUALA TERENGGANU 8 Ogos - Impian seorang pemandu jentera berat untuk menyambut hari raya bersama keluarga dalam suasana lebih meriah dengan kereta yang baru dibelinya musnah apabila dia maut dalam nahas.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang hari ini di Gemuruh dekat sini, kereta yang dipandu Abdullah Tahir, 55, terbabas ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori.
Mangsa yang dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk tersepit dalam kereta jenis Honda Civic yang remuk teruk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Abdullah dari Kampung Basung, Hulu Terengganu bersendirian ketika kejadian dan dipercayai dalam perjalanan dari Setiu menuju ke Kuala Terengganu.
Menurut seorang rakannya, mangsa mengeluarkan wang simpanannya dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini untuk membeli kereta Honda Civic terpakai itu.
"Bagaimanapun, saya tidak menyangka dia akan meninggal dunia bersama kereta yang baru dibelinya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Dalam pada itu, pemandu lori, Azhan Mat Yusof, 36, yang terbabas ke bahagian kiri jalan akibat kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Azhan ketika ditemui berkata, dia menyalakan lampu tinggi dan membunyikan hon sebaik sahaja melihat Abdullah terbabas dan memasuki laluannya.
"Saya rasa dia mungkin tertidur kerana kereta yang dipandunya terus menuju ke arah lori saya dan saya hanya sempat elak sikit saja sebelum terbabas," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.-utusan

Remaja Korea ditemui mati lemas



KUDAT 8 Ogos - Seorang pelancong lelaki Korea yang hilang ketika menyertai aktiviti luncur air di pantai Tanjung Simpang Mengayau di sini kelmarin ditemui mati lemas hari ini.
Mayat mangsa, Jae Dok Hwang, 18, ditemui kira-kira pukul 8.29 pagi dalam keadaan terapung kira-kira 90 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Jamaludin Hussin berkata, ketika ditemui, mayat mangsa dalam keadaan sempurna dan memakai baju.
"Gerakan mencari yang dijalankan sejak hari mangsa dilaporkan hilang akhirnya menemui mayat pelancong itu," katanya ketika dihubungi di sini.
Mangsa dilaporkan hilang Sabtu lalu selepas dipukul ombak besar ketika bermain luncur air di Tanjung Simpang Mengayau.
Berikutan kejadian itu, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada pihak bomba, Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasaan Marin Malaysia (Maritim Malaysia) berusaha mencari pelancong tersebut.
Keadaan ombak bergelora dan angin kencang menyukarkan usaha mencari mangsa, kata Jamaludin.
Sebaik sahaja ditemui, mayat pelancong itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.-utusan

Lelaki Ohio mengamuk bunuh tujuh orang



COPLEY, Ohio 8 Ogos - Seorang lelaki tiba-tiba mengamuk dan menembak mati lapan orang termasuk kekasihnya sebelum dia ditembak polis dalam kejadian berbalas tembakan di kawasan perumahannya di Copley, kira-kira 64 kilometer selatan Cleveland, semalam.
Dalam kejadian tersebut, lapan orang terbunuh termasuk suspek dan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak turut menjadi mangsa.
Polis bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti motif kejadian dan enggan mendedahkan butiran peribadi suspek tetapi menyediakan kronologi insiden.
Kejadian dipercayai bermula pada pukul 11 pagi waktu tempatan di kawasan perumahan golongan pertengahan di Copley.
"Seorang lelaki bersenjata tiba-tiba mengamuk dan melepaskan tembakan.
"Di rumahnya, suspek menembak mati kekasihnya, kemudian berlari ke rumah sebelah lalu menembak abang serta empat yang lain sebelum mengejar dua lagi mangsa di halaman dan melepaskan tembakan ke arah seorang daripadanya," kata Unit Polis menerusi kenyataan malam semalam.
Sejurus itu, suspek menuju ke rumah ketiga dan menembak seorang lagi mangsa sebelum beredar dan berbalas tembakan dengan polis.
Menurut Sarjan Eric Goodwin, butiran peribadi mangsa-mangsa yang terlibat tidak akan didedahkan sehingga polis selesai menjalankan siasatan.
Sementara itu, seorang saksi, Gilbert Ellie, 75, menyifatkan suspek seorang yang tidak peramah dan jarang dilihat di kawasan perumahan tersebut. - Agensi, utusan

Tiga warga Korea bawa peledak bom



JAKARTA 8 Ogos - Tiga warga Korea Selatan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta hari ini selepas dikesan membawa bahan peledak serta beberapa lagi bahan letupan di dalam bagasi.
Menurut jurucakap lapangan terbang, Salahudin Rafi, kumpulan tersebut yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat Korean Airlines dari Icheon, Korea Selatan pada malam semalam. - AGENSI, utusan

Banjir di utara Thailand semakin buruk



BANGKOK 8 Ogos - Situasi banjir di bahagian utara dan timur laut Thailand semakin buruk hari ini apabila kebanyakan kawasan terlibat masih ditenggelami air dan kekurangan bekalan makanan, lapor Thai News Agency.
Di wilayah Tak, kira-kira 5,000 penduduk di lapan buah kampung terputus hubungan masuk hari keempat berturut-turut, sementara di wilayah Mae Hong Son tentera terpaksa menggunakan jentera berat bagi membersihkan jalan raya daripada sampah sarap dan serpihan yang dibawa arus banjir. - Bernama, utusan

15 cedera pesawat Rusia terbabas



MOSCOW 8 Ogos - Seramai 15 penumpang cedera apabila pesawat buatan Soviet terbabas dari landasan hari ini, memaksa ia mendarat cemas dan patah sebelah sayapnya.
Pesawat An-24 bersama 36 penumpang yang dalam perjalanan dari bandar Khabarovsk di timur negara ini, terpaksa mendarat di Blagoveschensk selepas terbabas dari landasan akibat jarak penglihatan yang terhad serta angin kencang.
"Sayap kiri kapal terbang itu patah ketika ia mendarat cemas. Tujuh daripada 15 yang cedera telah dibawa ke hospital bagi menerima rawatan," jelas kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan. - AFP, utusan

Penyeludup campak ganja bernilai RM30,000 ke laut

ROBERT Teh Geok Chuan (kanan) menunjukkan ketulan mampat ganja
 yang ditemui anggota Maritim Malaysia di perairan
Teluk Air Tawar pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 8 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis ganja bernilai RM30,000 di perairan Teluk Air Tawar di sini, Sabtu lalu.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 2, Kepten Robert Teh Geok Chuan berkata, tujuh ketulan mampat ganja seberat lima kilogram itu ditemui dalam beg berwarna merah jambu terapung di perairan berkenaan.
Menurut beliau, kira-kira pukul 11.30 malam kelmarin, pihaknya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sedang bergerak laju ke arah Seberang Perai dari arah pulau.
"Sebuah bot Maritim Malaysia dengan enam anggota cuba mengejar bot itu untuk membuat pemeriksaan.
"Bagaimanapun, bot tersebut melarikan diri dan gagal dikesan kerana keadaan gelap dan air cetek," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Jelasnya, beliau percaya suspek telah mencampakkan beg berisi ganja itu ke laut.
Beliau menambah, operasi mencari bot suspek kemudiannya diteruskan sehingga ke perairan Seberang Perai namun sehingga kini masih gagal dikesan.-utusan

Kereta rempuh pelajar, tadika


PECAH...tembok pagar Tadika Smart Stars yang dirempuh, semalam.
PECAH...tembok pagar Tadika Smart Stars yang dirempuh, semalam.



PUNCA...kereta terbabit ditarik, semalam.
PUNCA...kereta terbabit ditarik, semalam.PUNCA...kereta terbabit ditarik, semalam.

GOMBAK : “Syukur kerana kemalangan ini tidak membabitkan kehilangan nyawa. Selalunya, kami akan mengadakan perhimpunan di kawasan berkenaan,” kata guru besar Tadika Smart Stars , VR Ranee, 56, menceritakan kejadian sebuah kereta melanggar dinding tadika miliknya di Jalan 18, Taman Selayang, di sini, pagi semalamSebelum itu, Perodua MyVi terbabit melanggar dua pelajar sekolah menengah yang melalui lorong di hadapan tadika berkenaan.atanya, selepas itu, kenderaan itu melanggar dinding tadikanya dan berlaku limpahan petrol sehingga mencetus kebimbangan berlakunya kebakaran. “Ketika itu, saya berada di dalam kawasan tadika dan beberapa pembantu saya membawa masuk murid yang dihantar ibu bapa kira-kira jam 7.20 pagi.Tiba-tiba saya terdengar dentuman kuat di depan tadika disusuli teriakan seorang wanita. Saya tergamam selepas melihat kereta itu melanggar dinding,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.Beliau berkata, dia seperti hilang arah akibat takut dan ketika itu, dia hanya terfikir untuk mencari mangsa yang menjerit kesakitan di luar kawasan tadikanya.Katanya, dia nampak seorang pelajar perempuan menangis kesakitan dan orang ramai menolong pelajar itu dan rakannya yang cedera ringan untuk dihantar ke Hospital Selayang.Saya bersyukur kerana tiada pelajar tadika atau orang lain parah dalam kemalangan itu,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata akibat kejadian itu, dua pelajar berusia 15 dan 17 tahun cedera ringan di kepala manakala pemandu berkenaan yang berusia 22 tahun cedera dan dirawat sebagai pesakit luar.-hmetro

Lelaki buang air kecil kena samun RM2,000

GOMBAK: Seorang lelaki yang membuang air kecil disamun seorang lelaki dalam sebuah tandas di Hospital Selayang, di sini, menyebabkan kerugian RM2,000, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun berseorangan dalam tandas berkenaan sebelum seorang lelaki tidak dikenali menghampirinya.

Sebaik menghampiri mangsa, lelaki terbabit mengeluarkan pisau lipat serta mengacukan ke arah mangsa dan meminta jangan menjerit jika tidak mahu diapa-apakan.

Menurut sumber, mangsa yang terkejut dengan tindakan itu hanya berdiam diri dan merayu supaya tidak diapa-apakan.

“Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga miliknya.

“Lelaki terbabit merampas dan melihat wang yang ada di dalamnya sebelum menyimpan di dalam poket seluarnya,” katanya.
Sumber berkata, mangsa meminta dilepaskan, namun lelaki itu menyuruh dia menanggalkan jaket dipakai.

“Mangsa yang menggigil ketakutan menyerahkan jaket itu sebelum suspek mengikat tangan dan kakinya. “Suspek melarikan diri meninggalkan mangsa keseorangan di dalam tandas itu,” katanya.

Pengawal keselamatan yang melalui kawasan berkenaan terdengar jeritan mangsa meminta tolong dan masuk ke dalam serta melepaskan ikatannya.-hmetro

Banglo dipecah, dibakar penyamun

KAJANG: Geng samun dan bakar rumah yang pernah mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk sekitar Kajang Jun lalu, kini dikesan kembali aktif.
Terbaru, seorang jurutera menanggung kerugian kira-kira RM300,000 kerana bukan saja rumah banglo miliknya di Kampung Sungai Kantan di sini, disamun, malah rumah itu turut dibakar penyamun terbabit.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.45 pagi ketika mangsa yang berusia 31 tahun tiada di rumah dan mengetahui kejadian berkenaan selepas dimaklumkan ibunya yang tinggal berhampiran.

“Ketika mangsa tiba di rumahnya, anggota bomba sedang memadamkan kebakaran itu.
“Mangsa gagal menyelamatkan sebahagian barang berharga miliknya kerana api marak,” katanya.-hmetro

8 jam keluar 9 mangsa

CAMERON HIGHLANDS: Anggota penyelamat disertai 248 anggota pelbagai agensi bertungkus-lumus lebih lapan jam mengeluarkan semua sembilan mangsa tertimbus dalam tiga rumah yang ranap dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini.
Kejadian kira-kira jam 5.45 petang kelmarin meragut tujuh nyawa iaitu Mohd Ikbal Jaafar, 15, Yusnizan Yusof, 22, Jaafar Balad, 35, Sara Gunung, 35, Ali Hassan, 50, Normah Gunung, 51, dan Normadiah Lasik, 69, manakala yang cedera parah dikenali sebagai Bah Anjang a/l Alang, 39, dan Serry Prisila a/p Saari, 15 tahun. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, operasi mencari dan menyelamat dimulakan kira-kira jam 5.51 petang kelmarin membabitkan beberapa jentera daripada Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands sebelum operasi dihentikan sepenuhnya kira-kira jam 2.15 pagi, semalam.

Beliau berkata, mangsa pertama dikeluarkan penduduk kampung kira-kira jam 6.23 petang, manakala mangsa terakhir dibawa keluar dari kawasan runtuhan kira-kira jam 2.15 pagi.

“Lokasi runtuhan membabitkan kawasan seluas 100 meter persegi selain memusnahkan enam rumah milik penduduk. Bagaimanapun, hanya tiga rumah tertimbus sepenuhnya menyebabkan sembilan mangsa terperangkap.

“Semua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom untuk dibedah siasat, manakala dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan. “Dua mangsa yang cedera itu sudah kembali stabil dan hanya cedera di kepala dan muka,” katanya.

Katanya, pihaknya masih meneruskan operasi di lokasi runtuhan selain menjalankan pemantauan dan kawalan bagi memastikan kawasan berkenaan bebas sepenuhnya daripada runtuhan.-hmetro

Suami tidak terbabit

AMPANG: Suami kepada seorang wanita yang ditemui mati bersama seorang kanak-kanak dalam keadaan ngeri di sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, 3 Ogos lalu, sudah dikesan polis.
Difahamkan, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan polis di rumahnya di Bandar Baru Ampang, di sini, kelmarin.

Sebaik ditahan dan disoal siasat, lelaki itu mengaku dia adalah suami kepada wanita yang dibunuh kejam itu.

Menurut sumber, sebelum ini, lelaki berasal dari Sabah itu tidak pernah membuat laporan polis berhubung kehilangan isterinya itu.

“Keterangan suami mangsa sudah diambil dan siasatan awal mendapati lelaki itu tidak terbabit dalam kes pembunuhan kejam berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, motif pembunuhan belum dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan. Difahamkan, polis berjaya mengesan suami mangsa hasil siasatan polis susulan penahanan lapan suspek warga Bangladesh yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan misteri bau busuk di sebuah pangsapuri terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima bangunan itu. Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.
Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.-hmetro

Api lilin bakar rumah

PASIR MAS: Memilukan apabila seorang warga emas lumpuh ditemui rentung di ruang tamu selepas kediamannya musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada api lilin dinyalakan keluarganya dalam kejadian di Kampung Kubang Pak Amin, di sini, malam kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika semua ahli keluarga Allahyarham Che Yam@Zahrah Semail, 73, menunaikan solat Tarawih di sebuah masjid berdekatan, menyebabkan warga emas itu gagal menyelamatkan diri.

Difahamkan, sebelum kejadian, kediaman diduduki warga emas terbabit terputus bekalan elektrik, menyebabkan ahli keluarganya memasang lilin mengelak mangsa kegelapan.

Bagaimanapun, sekembalinya menunaikan Tarawih, enam penghuni rumah tergamam sebaik dimaklumkan kebakaran menimpa warga emas yang ditinggalkan di ruang tamu.

Menantu mangsa, Mohd Zulkifli Ibrahim, 48, berkata kebakaran menimpa ibu mentuanya itu diketahui selepas dimaklumkan penduduk kampung ketika singgah ke sebuah kedai membeli rokok.

“Ketika itu seorang penduduk kampung memberitahu rumah kami terbakar. Tanpa berlengah, saya segera bergegas pulang, tetapi agak menyedihkan kerana sebahagian rumah hangus terbakar. “Dalam keadaan panik, saya bersama penduduk kampung cuba memasuki rumah terbabit untuk menyelamatkan ibu mentua, namun hampa kerana api marak menyukarkan usaha terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam kelmarin.

Katanya, selain gagal menyelamatkan ibu mentuanya, dia juga kehilangan Perodua Kancil diparkir di halaman rumah disambar api. Menurutnya, dia segera memaklumkan kepada anggota bomba mengenai ibu mentuanya yang terperangkap di rumah berkenaan.
Katanya, mereka sekeluarga sebak melihat keadaan ibunya yang rentung di tempat tidur di ruang tamu rumah itu.

“Saya menganggap kejadian ini ujian Tuhan kepada keluarga kami, lebih-lebih lagi berlaku pada bulan Ramadan.

“Memang saya terkilan dengan kejadian ini, tetapi kami sekeluarga menganggapnya ketentuan Tuhan,” katanya.-hmetro

12 individu dijangka beri keterangan hari ini

KUALA LUMPUR: Semua 12 individu beragama Islam yang dikesan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyertai program di gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, Rabu lalu, dijangka memberi keterangan di Ibu Pejabat Jais, di Shah Alam, hari ini.
Difahamkan, semua mereka sudah diberi notis menghadirkan diri di pejabat Jais untuk siasatan, sebaik saja pemeriksaan di gereja berkenaan dilakukan pada malam serbuan dan mereka kini disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Seksyen itu memperuntukkan mana-mana individu yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina dengan mempersenda, mengajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

Menurut sumber, mereka semua diminta datang untuk memberi keterangan berhubung kehadiran serta tujuan utama mereka berada dalam program di gereja pada malam berkenaan.

“Semua mereka akan diambil keterangan mengenai program sebenar yang dilakukan pada malam itu sama ada ia majlis keagamaan ataupun majlis makan malam amal.

“Selain itu, mereka juga akan disiasat berhubung perkataan ‘Quran’ dan ‘pray’ yang diselitkan pada ucapan di majlis itu,” katanya di sini, semalam.
Khamis lalu, Exco Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu dan Kemudahan Awam Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, dilaporkan mempertahankan tindakan serbuan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya, kerana terdapat maklumat orang Islam menghadiri majlis makan malam di gereja itu.
-hmetro

Nafi berbohong

SHAH ALAM: Seorang pekerja ladang menafikan berbohong apabila membuat dua laporan polis berhubung dakwaan dia dipukul ketika ditahan reman sepanjang siasatan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, tahun lalu.
T Thilaiyalagan, 20, tertuduh kedua dalam kes itu berkata, dia membuat dua laporan itu sendiri tanpa diarahkan oleh mana-mana pihak, masing-masing pada 6 April dan 6 Julai 2011. Selain itu, katanya, dia tidak mereka-reka cerita apabila mendakwa polis memasukkan pistol ke dalam mulutnya, dipaksa makan cili padi dan diarahkan bermalam di lokap yang dibanjiri air. Bagaimanapun, pada masa sama, saksi itu mengakui, dia boleh membuat aduan berhubung perkara itu ketika polis membawanya di Mahkamah Majistret untuk mendapatkan lanjutan perintah reman, namun memilih untuk tidak berbuat demikian. Thilaiyalagan berkata demikian pada bicara dalam bicara pada kes bunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam. Bicara dalam bicara itu diadakan bagi menentukan sama ada Thilaiyalagan menerima tekanan berhubung penemuan bahan bukti di beberapa lokasi di Banting, pada tahun lalu. Pada keterangan lain, saksi itu bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin bahawa dia boleh masuk hospital jika dia dipukul dengan teruk di bahagian kemaluan. Menjawab satu soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, lelaki itu berkata, dia masih boleh berjalan meskipun mendakwa tidak diberikan makanan oleh pihak polis.

‘Acu pistol ke mulut’

SHAH ALAM: Pekerja ladang, T Thilaiyalagan yang juga tertuduh kedua dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain mendakwa pihak polis memaksa, mengugut dan memukulnya sepanjang ditahan reman berhubung siasatan kes itu, tahun lalu.
Dia mendakwa, Pegawai Penyiasat Cif Inspektor N Govindan, 45, dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ada mengacukan pistol ke mulutnya sebelum menendangnya dan mencubit pada bahagian kemaluan, selain diarahkan melutut sebelum disepak di dada.
Malah, Thilaiyalagan, 20, mendakwa ada dimaki dengan kata-kata kesat, ada kalanya tidak diberikan makanan dan apabila mengadu lapar, polis mengarahkannya memakan cili padi.

Lelaki itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguamnya, Gurbachan Singh pada bicara dalam bicara kes bunuh Sosilawati dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Sebelum ini, Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan bicara dalam bicara itu diadakan bagi menyiasat sama ada Thilaiyalagan menerima tekanan dalam memberi kenyataan kepada polis berhubung penemuan bahan bukti dalam kes itu.

Menurut Thilaiyalagan, dia dipukul polis dalam keadaan tangannya bergari pada sesi soal siasat sepanjang empat jam setengah di sebuah balai polis, pada 11 September tahun lalu.

GURBACHAN: Bagaimana pihak polis menyoal siasat kamu?

THILAIYALAGAN: Mereka pukul saya.

GURBACHAN: Siapa mereka?

THILAIYALAGAN: Govindan dan (seorang lagi anggota polis) N Thiagarajan.

GURBACHAN: Apa berlaku selepas mereka pukul kamu?

THILAIYALAGAN: Govindan acukan pistol ke mulut saya.

GURBACHAN: Ada Govindan kata apa-apa ketika dia masukkan pistol ke dalam mulut kamu?

THILAIYALAGAN: Govindan arahkan saya beritahu jawapan yang dia mahu.

GURBACHAN: Apa Govindan cakap?

THILAIYALAGAN: Saya diarahkan beritahu yang saya bunuh semua empat orang itu. Saya tidak mengaku.

GURBACHAN: Apa cara lain mereka gunakan untuk memukul kamu?

THILAIYALAGAN: Mereka tendang kemaluan saya.

GURBACHAN: Adakah ia teruk?

THILAIYALAGAN: Teruk.

GURBACHAN: Ada apa lagi mereka lakukan?

THILAIYALAGAN: Saya diarahkan melutut, Govindan sepak dada saya.

GURBACHAN: Berapa kali dia sepak?

THILAIYALAGAN: Banyak kali.

Thilaiyalagan berkata, dia kemudian dibawa ke bilik kedua di balai polis itu dan pihak polis sekali lagi memegangnya dan memasukkan pistol ke dalam mulutnya.

Sepanjang soal siasat itu, katanya, dia hanya diberikan minuman tanpa diberi makan.

Menurutnya, dia dibawa oleh polis ke ladang tempatnya bekerja di Tanjung Sepat dan ke sebatang sungai di Banting, masing-masing pada 12 dan 13 September 2010.

Thilaiyalagan berkata, Govindan memaksanya untuk pergi ke sungai berkenaan dan mengugutnya akan ditembak jika tidak mengikut arahan.

“Tiba di sungai itu, Govindan pegang leher saya dan saya diarahkan untuk menuding jari untuk tujuan ambil gambar,” katanya.

Dia mendakwa turut dibawa ke sebatang sungai yang lain di satu kawasan di USJ (Subang Jaya) pada 14 September 2010.

Lelaki itu berkata, proses soal siasat yang teruk itu menyebabkan dia menjadi takut dan ada membuat dua laporan polis berhubung kejadian itu.
Perbicaraan bersambung hari ini.

Tiada niat kenakan polis

SHAH ALAM: Tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain iaitu R Matan, 21, menafikan di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bahawa dia mereka-reka cerita ditekan serta dicederakan polis kerana mahu ‘mengenakan’ Pegawai Penyiasat, Cif Inspektor N Govindan dan pasukannya.
Matan berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff bagi prosiding bicara dalam bicara bagi menentukan sama ada tertuduh kedua T Thilaiyalagan menerima tekanan dalam memberi kenyataan kepada polis berhubung penemuan bahan bukti dalam kes itu.

Dia juga menafikan berpakat dengan Thilaiyalagan untuk membuat laporan polis sebagai persediaan dalam kes pembelaan dan juga bagi prosiding bicara dalam bicara.

Matan bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa apabila ditahan polis tidak boleh mengharapkan layanan seperti berada di rumah. Menjawab soalan peguam bela, Gurbachan Singh, Matan berkata, dia juga dipukul hingga lebam dan mulut berdarah.

Dia yang juga saksi ketiga dalam prosiding bicara dalam bicara itu memberitahu mahkamah bahawa dia sendiri melihat Thilaiyalagan dan tertuduh keempat, R Khatavarayan, 31, dipukul sehingga berdarah ketika berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Tangisan iringi pembebasan ‘wanita bogel berketuk-ketampi’

PETALING JAYA: “Saya bersyukur sangat,” kata Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, 28, wanita yang aksi ketuk-ketampinya dirakam melalui telefon bimbit dalam keadaan bogel di lokap polis di sini, lima tahun lalu, ketika diminta mengulas selepas dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 10.19 gram di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Dia yang memakai jubah dan bertudung serba hitam itu kemudian berterusan menangis tanpa memberikan komen selepas itu.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Nor Afidah Idris terhadap Hemy Hamisa dan empat lagi tertuduh lain selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Tertuduh yang didakwa atas kesalahan terbabit bersama empat yang lain, Azman Md Noor, 32, Kamarul Hamri Mohd Latif, 27, Salman Almujahid Mohamad Rafix, 27, dan Juan Caesan Mohamad Sah, 32, juga tidak dipanggil membela diri.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh bersama Ku Azizul Rahim Ku Abd Rahman yang tidak dapat dikesan, memiliki dadah berbahaya jenis syabu seberat 10.19 gram di Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya 1 & 2, di sini, jam lebih kurang 1.45 pagi pada 29 Jun 2005.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada lima tahun dan diwajibkan menjalani hukuman sebat di antara tiga hingga sembilan kali.
Nor Afidah dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pemilikan dadah berkenaan di dalam kawalan dan penjagaan serta dalam pengetahuan semua tertuduh.-hmetro

Saman bekas tunang RM1j

KOTA BHARU: Seorang kakitangan kerajaan memfailkan saman RM1.1 juta bagi menuntut ganti rugi am, malu dan teruk terhadap bekas tunangnya kerana membatalkan pernikahan enam jam sebelum majlis mereka dijadualkan berlangsung pada Jun lalu. Plaintif, Mohd Masran Ab Rahman, 32, yang berasal dari Tanah Merah memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini, melalui peguam Latifah Ariffin dan Murtadza Mokhtar dari Tetuan Latifah Ariffin & Co dan Tetuan Zayumi Murtadza & Co, jam 11.30 pagi semalam. Mohd Masran menuntut ganti rugi am RM100,000, ganti rugi teruk RM500,000 dan ganti rugi malu RM500,000, manakala ganti rugi khas tidak termasuk ke dalam jumlah itu berikutan belum ditaksir. Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Masran Ab Rahman berkata, dia dan Nor Zulyana Mat Hasan@Mat Husin, 28, (defendan pertama) serta Mat Hassan @ Mat Husin Ibrahim, 60, (defendan kedua) bersetuju memasuki perjanjian perkahwinan. Susulan perjanjian itu, satu upacara melamar dan pertunangan diadakan sehingga ditetapkan tarikh akad nikah pada 4 Jun lalu berserta kenduri bagi meraikan perkahwinan di Kampung Salor. Pada 6 Jun pula dijadualkan majlis menyambut menantu di Kampung Banggol Kemunting, Tanah Merah dan berdasarkan kepada kontrak terbabit dan tarikh dipersetujui antara saya serta keluarga kedua-dua pihak, maka persiapan membeli barang hantaran dilakukan,” katanya. Menurut Mohd Masran, ekoran itu dia menjemput sahabat dan saudara-mara yang berada di Kelantan serta negeri lain, selain menempah pelamin dan peralatan perkahwinan. Saya membeli cincin perkahwinan serta membuat tempahan makanan untuk 1,200 tetamu selain melakukan pelbagai persiapan kenduri. “Bagaimanapun, pada tarikh akad nikah itu, defendan sengaja enggan meneruskan tanpa alasan munasabah,” katanya. Katanya, dia berusaha mendapat kepastian sebab perkahwinan dibatalkan pada saat akhir, sedangkan persiapan sudah dibuat, tetapi malangnya defendan gagal memberi alasan. Saya mengalami kerugian teruk, tekanan dan malu kepada saudara-mara, rakan, jiran, tetamu jemputan serta orang kenamaan,” katanya dalam tuntutan. Sementara itu, Latifah berkata, tiga tuntutan difailkan berikutan pembatalan dilakukan pada saat mereka mahu melangsungkan pernikahan. Ketika itu, defendan pertama dan kedua datang sendiri bertemu plaintif untuk membatalkan pernikahan pada jam 11 pagi, sedangkan pernikahan sepatutnya dilangsungkan selepas solat Asar di sebuah masjid pada hari sama,” katanya.
-hmetro   

Khir Toyo diarah bela diri

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam terhadap pertuduhan salah guna kuasa berhubung pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, di sini, bernilai RM6.5 juta tetapi diperoleh pada harga RM3.5 juta, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

“Selepas mendengar keterangan lisan daripada 25 saksi dan mempertimbangkan nas undang-undang serta meneliti hujahan kedua-dua pihak dengan penilaian maksimum, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie,” katanya Dr Mohamad Khir yang berada dalam kandang tertuduh tenang mendengar keputusan itu manakala penyokongnya di galeri awam mahkamah menangis.

Mahkamah menetapkan 26 hingga 30 September depan untuk sambung bicara.

Pada 6 Disember tahun lalu, Dr Mohamad Khir, 46, mengaku tidak bersalah memperoleh dua lot tanah dan rumah di nombor 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, di sini, bagi diri dan isterinya, Zahrah Kecik, 46, Ia diperoleh daripada Shamsuddin Hayroni, 52, yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.

Hartanah itu dibeli Dr Mohamad Khir pada harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Beliau Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, pada 29 Mei 2007.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Shamsuddin yang didakwa pada tarikh sama atas tuduhan bersubahat dengannya dilepas dan dibebaskan pada 6 Jun lalu selepas pendakwaan bersetuju menarik balik pertuduhan terhadapnya dan menjadi saksi pendakwaan.

Terdahulu, Mohtarudin berkata, pendakwaan membuktikan tiga elemen penting dalam kes itu, iaitu tertuduh penjawat awam ketika itu, selain membeli hartanah daripada Shamsuddin dengan harga belian yang tidak mencukupi.

Pendakwaan juga membuktikan beliau mengetahui Shamsuddin mempunyai hubungan kepentingan perniagaan dengan tugas urusan rasminya sebagai penjawat awam.-hmetro

Lima nahas

BUTTERWORTH: Lima kemalangan dalam tempoh satu setengah jam termasuk satu kemalangan maut menyebabkan kesesakan lebih tujuh kilometer selama kira-kira empat jam menghala ke Jambatan Pulau Pinang (JPP) dari Seberang Prai disifatkan antara kemalangan terburuk tahun ini.
Kemalangan pertama berlaku jam 6.35 pagi menyebabkan kesesakan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Dua selain Juru, Jalan Chain Ferry dan Jalan Perusahaan menghala JPP ketika orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja.

Turut terbabit dalam kemalangan, jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Asman Ibrahim yang dilanggar motosikalnya ketika mengambil gambar kemalangan atas JPP. Pengurus Operasi Kanan Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB), Asnor Ali, berkata pada mulanya satu kemalangan maut berlaku di Kilometer 5.1 JPP membabitkan penunggang motosikal dengan treler jam 6.35 pagi.

Katanya, kemalangan kedua jam 7 pagi membabitkan empat kenderaan di Kilometer 4.8 atas jambatan menghala pulau, manakala kemalangan berasingan juga membabitkan empat kenderaan di Kilometer 138.2 menghala plaza tol.

Menurutnya, pada jam 8.06 pagi pula, satu lagi kemalangan di Kilometer 6.2 di arah menghala Seberang Prai babitkan tujuh kenderaan.

“Selain itu, berlaku kemalangan kecil di Kilometer 6.2 menghala pulau membabitkan dua kenderaan.
“Kemalangan hari ini (semalam) mungkin sejarah paling buruk bagi JPP kerana membabitkan banyak kenderaan dalam tempoh beberapa minit,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Abd Rahim Din berkata lelaki warga emas yang maut dikenali Azhar Pawanteh, 52, dari Lunas, Kedah yang dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja di sebuah kilang perindustrian di Bayan Lepas.
Menurutnya, mangsa dipercayai dirempuh treler yang menghala dari arah Butterworth ke bahagian pulau.

Katanya, akibat rempuhan mangsa jatuh dan menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.-hmetro

Jaga ugut guru tegur anak didenda RM2,000

KUALA LUMPUR: Berang selepas mengetahui anak perempuannya ditegur, seorang bapa sanggup mengugut seorang guru dengan kata-kata ‘boleh menggunakan pistol bila-bila masa dan tidak kisah masuk penjara. Bagaimanapun, perbuatan Ibrahim Matering, 37, itu menerima padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam dan didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mengugut secara jenayah Mohd Norizi Mohamad, 31, yang dibacakan di hadapan Majistret Hafizza Sauni. Perbuatan itu dilakukan di Bengkel Kemahiran Hidup, Sekolah Kebangsaan Bangsar, Jalan Pantai Baharu, Bangsar di sini, pada jam 9.30 pagi, 14 Jun lalu. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes, Ibrahim yang bekerja sebagai pengawal keselamatan singgah ke sekolah berkenaan untuk menghantar barang yang ditinggalkan anaknya. Kebetulan, tertuduh yang turut membawa sepucuk pistol kerana akan terus pergi bertugas selepas itu dimaklumkan bahawa seorang guru menegur anaknya. Tertuduh kemudian bertindak melakukan ugutan jenayah dengan mendatangkan ketakutan terhadap guru berkenaan. Terdahulu, Ibrahim yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya dikenakan hukuman ringan atas alasan tidak mempunyai taraf pendidikan tinggi. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd Halim memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh untuk mencegah kesalahan sama.-hmetro

Drebar teksi rempuh polis kena tembak

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi ditahan selepas merempuh seorang anggota polis sebelum ditembak di parkir sebuah apartmen di Jalan Raja Abdullah, di sini, malam kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 itu, suspek berkenaan tiba-tiba bertindak agresif selepas polis cuba membuat pemeriksaan terhadapnya dengan mengundurkan teksinya dan melanggar sebuah kereta polis hingga remuk malah merempuh seorang anggota polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, polis mengekori teksi suspek hingga ke apartmen berkenaan selepas mendapati teksi itu mencurigakan.

Wanita lewat pulang kereta dipijak

SUBANG JAYA: Hanya kerana lewat 10 minit, seorang wanita bukan saja ditampar dan ditendang, malah dipijak di khalayak ramai kerana lambat memulangkan kereta milik teman lelakinya di USJ, di sini, Jumaat lalu.
Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa berusia 20-an dikatakan meminjam kereta milik teman lelakinya yang juga berusia 20-an dan berjanji memulangkannya semula di pejabat lelaki itu yang terletak di USJ, kira-kira jam 4 petang.
“Bagaimanapun, mangsa terlewat kira-kira 10 minit berikutan jalan sesak sekali gus menimbulkan kemarahan teman lelakinya yang kemudian bertindak menampar mangsa sejurus mangsa keluar dari kereta.
“Selepas menampar mangsa, lelaki itu turut bertindak menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum menendang dan memijak perut mangsa berulang kali.
Sumber berkata, orang ramai cuba membantu mangsa namun dihalang teman lelakinya yang mengugut akan membunuh mangsa sekiranya ada sesiapa cuba membantunya.
“Sebaik saja teman lelaki mangsa meninggalkan tempat kejadian, salah seorang daripada mereka yang menyaksikan kejadian bertindak membawa mangsa ke klinik berdekatan untuk rawatan dan kemudian menghantar mangsa ke Balai Polis USJ untuk membuat laporan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, suspek iaitu teman lelaki mangsa ditahan Sabtu lalu untuk diambil keterangan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana mencederakan dengan niat,” katanya.-hmetro

100 lagi ditahan

LONDON: Polis, semalam berkata, mereka menahan 100 orang pada malam kedua rusuhan di bandar raya ini, mengutuk tindakan itu sebagai meniru rusuhan sebelumnya ekoran kekacauan malam Ahad lalu yang tercetus akibat kematian seorang lelaki yang ditembak polis.
Keganasan yang berlaku di utara daerah Tottenham yang berbilang etnik Sabtu lalu berjangkit ke daerah lain, ekoran timbulnya keraguan mengenai kisah sebenar kematian Mark Duggan, 29, apabila dikatakan anggota polis tidak diserang ketika mereka melepaskan tembakan ke arahnya. Sembilan anggota polis cedera kelmarin apabila sekumpulan pemuda menyerang kedai, kereta dan melontar objek berbahaya ke arah polis di daerah Brixton di Enfield, Walthamstow dan Islington di utara dan di Jalan Oxford di pusat bandar raya. Polis berdepan kekacauan itu ekoran rusuhan di Tottenham malam Ahad lalu selepas beratus-ratus orang mengadakan demonstrasi secara damai membantah kematian Duggan. Beberapa kediaman, dua kereta polis dan bas dua tingkat dibakar dan deretan kedai di Tottenham dirosakkan dalam insiden kekacauan paling buruk di London sejak bertahun-tahun, kurang 12 bulan sebelum ia menjadi penganjur Sukan Olimpik. Sekurang-kurangnya sembilan anggota polis cedera malam kelmarin, termasuk tiga dikejarkan ke hospital selepas dirempuh kereta yang dipandu laju. Seramai 26 polis cedera Sabtu lalu. “Polis bertindak balas dengan membuat lebih 100 penahanan malam kelmarin dan awal pagi semalam,” kata Scotland Yard selepas 61 ditahan malam Ahad lalu.

- AFPhmetro

Lelaki ditembak mati selepas bunuh 7 orang

COPLEY, Ohio (Amerika Syarikat): Seorang lelaki bersenjata menembak mati tujuh orang, kelmarin termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun sebelum polis menembak mati suspek, lapor polis dan akhbar tempatan. Kejadian amuk yang bermula jam 11 pagi itu - dipercayai berpunca daripada pertengkaran seorang wanita dan teman lelakinya - menyebabkan mayat bergelimpangan di kawasan kejiranan di bandar Copley. Penduduk, Gilbert Elie memberitahu, dia keluar dari kediamannya apabila mendengar bunyi tembakan dan menemui mayat dua jirannya yang berlumuran darah - sepasang suami isteri - terbaring di laman kediaman mereka. Elie juga melihat seorang wanita terbaring di sebelah seorang remaja perempuan - di dalam sebuah van mini hitam. Mereka kelihatan seperti sudah tidak bernyawa dan Elie kemudian menelefon isterinya meminta menghubungi polis. Kemudian seorang lagi jiran keluar dan bertanya kepadanya apa yang sudah berlaku. “Saya sedang bercakap dengannya apabila teman lelaki wanita terbabit keluar dari kediaman mereka dan menembaknya dari belakang tiga atau empat kali,” katanya. Polis yang tiba di tempat kejadian melihat lelaki bersenjata itu melarikan diri. Suspek menembak ke arah polis sebelum dia kemudian ditembak mati anggota kami,” kata Ketua Polis Copley, Michael Mier. Setakat ini, polis belum mendedahkan identiti suspek dan tujuh mangsa. Lima mangsa seperti mana diberitahu jiran adalah ahli keluarga dan ditemui di kediaman yang sama. Mangsa keenam ditemui di kediaman lain di jalan yang sama, manakala seorang lagi mangsa ditemui di kediaman di jalan berbeza. - AFPhmetro

Khir Toyo diarah bela diri

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi semalam, atas tuduhan penyalahgunaan kuasa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah banglo di Seksyen 7 di sini, berjumlah RM6.5 juta, empat tahun lalu.Hakim Datuk Mohtaruddin Baki membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohamad Khir di akhir kes pendakwaan. Mohtaruddin berkata, selepas mendengar keterangan lisan dan dokumentasi serta meneliti kes rujukan berkaitan penghujahan, mahkamah mendapati terdapat tiga inti pati atau elemen yang menyokong pihak pendakwaan.Katanya, tiga elemen itu tertuduh penjawat awam pada hari kejadian, membeli hartanah daripada Pengarah Ditamas Sdn Bhd (Ditamas), Shamsuddin Hayroni, 55, dengan balasan harga belian tidak mencukupi serta mengetahui ketika kejadian Shamsuddin mempunyai kepentingan perniagaan untuk urusan rasmi sebagai penjawat awam.Beliau yang hadir ke mahkamah semalam ditemani isterinya Zahrah Kechik kelihatan tenang, mendengar keputusan itu yang dibacakan selama 15 minit bermula jam 9.15 pagi, tetapi enggan memberi sebarang komen ketika ditanya mengenai keputusan berkenaan.Mahkamah menetapkan selama lima hari bermula 26 September ini untuk Mohamad Khir membela diri dan dia memilih untuk memberi keterangan bersumpah di dalam kandang saksi.Pada 6 Disember 2010, Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di Nombor 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini, daripada Shamsuddin yang mengetahui bahawa lelaki itu mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.Hartanah itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. bharian

Rugi RM10,000 pukat rosak

Nelayan dakwa tompokan minyak hitam tersangkut pada jaring BATU PAHAT: Nelayan tradisional yang beroperasi antara Sungai Balang, Muar hingga muara Sungai Batu Pahat di sini, mendakwa mengalami kerugian lebih RM10,000, selepas jaring mereka rosak terkena tumpahan minyak hitam, pagi kelmarin.Dalam kejadian awal pagi itu, ramai nelayan yang sedang menangkap ikan di kawasan terletak antara dua hingga lima batu nautika dari pantai sekitar kawasan berkenaan, tidak menyedari tompokan minyak hitam mula tersangkut pada jaring mereka. Kejadian hanya disedari kira-kira jam 7.30 pagi itu, menyebabkan banyak jaring digunakan untuk menangkap ikan bawal atau senangin rosak dan masalah itu didakwa turut menjejaskan hasil tangkapan nelayan terbabit.Ketua Kumpulan Nelayan pangkalan Parit Simin, Norazman Anis berkata, sebahagian besar mereka mengalami masalah itu ketika keluar menangkap ikan pada awal pagi dan hanya menyedari kejadian itu beberapa jam kemudian, selepas matahari terbit.Sebahagian besar mangsa, termasuk saya keluar menangkap ikan dan mula melabuhkan jaring pada kira-kira jam 3 pagi, di kawasan terletak kira-kira dua batu nautika dari pantai sambil membiarkan jaring itu hanyut ke arah utara berhampiran Sungai Balang, selama beberapa jam.Ketika mula menarik jaring untuk melihat hasil tangkapannya kira-kira jam 7.30 pagi, ramai yang terkejut apabila mendapati beberapa keping jaring yang digunakan dicemari tompokan minyak hitam pekat.Kejadian itu tidak saja merosakkan peralatan menangkap ikan yang boleh menyebabkan setiap mangsa kerugian hingga RM1,000 seorang , malah jaring dicemari minyak itu turut menjejaskan hasil tangkapan kami," katanya.Norazman berkata, jumlah kerugian setiap nelayan bergantung kepada jumlah jaring yang terkena tumpahan minyak hitam terbabit yang hingga kini masih dapat dikenal pasti punca atau siapa dalangnya.Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Batu Pahat berkata, beberapa nelayan yang mendapati jaring mereka dicemari bahan buangan itu menghubunginya, memaklumkan kejadian dialami nelayan di kawasan sekitar. bharian

Dengar letupan kuat luar rumah



TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Datuk Liow Tiong Lai dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk SK Devamany (kiri) mententeramkan Tok Batin Telanok, Simang Gunung ketika melawat anggota keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di perkarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Hajah Kalsom, hari ini. - Foto Ikhwan Munir


Mangsa terselamat cerita detik cemas 3 kediaman berdekatan sudah tertimbus 
CAMERON HIGHLANDS: “Kami bergilir mengusung mangsa, Normadiah Lasik, 69, yang parah dan masih hidup ketika itu, tetapi dia meninggal dunia sebelum sempat meredah banjir lumpur kerana pasukan penyelamat termasuk ambulans gagal memasuki kawasan kejadian akibat banjir lumpur.Mangsa itu meninggal dunia disebabkan parah di muka," kata Minah Bahu, 50, antara mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata di sini, petang kelmarin. Menceritakan detik cemas itu, Minah berkata, ketika kejadian hujan lebat antara jam 4 hingga 6 petang disusuli dengan petir.Ketika itu saya memasak juadah petang dan terdengar letupan kuat di luar rumah. Saya terus menjerit meminta 11 penghuni rumah saya keluar menyelamatkan diri.Sebaik keluar, saya mendapati tiga rumah berdekatan sudah tertimbus, manakala semua penduduk mula bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.Minah berkata, dia dan penduduk lain berusaha menyelamatkan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tiga rumah itu.Ada mangsa yang berdarah di muka dan tersepit di celah akar pokok serta timbunan tanah. Kami bergilir-gilir mengendong mereka kerana pasukan penyelamat termasuk ambulans tidak boleh masuk kerana laluan utama ke kampung kami dinaiki lumpur," katanya.Seorang lagi mangsa, Balas Babin, 73, berkata dia bersama seorang anak dan dua cucu di dalam rumah ketika kejadian serta sempat melihat pergerakan tanah bersama aliran air yang deras.Kejadian berlaku sangat pantas menyebabkan tiga rumah jiran kami tertimbus. Sudah hampir empat bulan tiada hujan tetapi hujan lebat semalam (kelmarin) terus mengorbankan rakan-rakan kami," katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Brinchang di sini, semalam.Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini bharian