Search This Blog

Monday, August 8, 2011

Dua Dipercayai Lanun Diberkas Cuba Larikan Bot Nelayan Tempatan

LUMUT: Dua lelaki warga asing dipercayai lanun ditangkap pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) manakala tiga yang lain berjaya melarikan diri semasa mereka sedang melarikan dua buah bot nelayan tempatan menuju ke perairan antarabangsa berhampiran Pulau Jarak, dekat sini Ahad. Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Muhammad Abdul Basar Taji berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi tadi. Katanya dua buah bot nelayan tempatan itu sedang menangkap ikan kira-kira 31 batu nautika barat laut Pulau Jarak apabila pemilik bot berkenaan melaporkan telah dikejar oleh bot tidak dikenali. "Berikutan itu, APMM telah menghantar kapal KM Siangin dan kapal KM Marlin ke lokasi berkenaan, selain mendapat bantuan kapal TLDM, KD Laksamana Hang Nadim dan dua buah helikopter TLDM jenis Fennec dan Super Lynx," katanya. Bercakap kepada pemberita di sini beliau berkata pada kira-kira pukul 5.20 pagi, pesawat Fennec berjaya mengesan sebuah daripada bot nelayan itu sedang ditunda menuju ke kawasan perairan Indonesia dan ekoran itu ia dapat dipintas oleh KM Siangin. Menurutnya ketika KM Siangin menuju ke bot, dua orang lanun yang merampas bot tersebut terjun ke laut, bagaimanapun kedua-dua suspek berjaya ditangkap. Sebuah lagi bot berjaya dikesan pada kira-kira pukul 7 pagi oleh KD Laksamana Hang Nadim tetapi tiga suspek berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah bot. "Kedua-dua bot nelayan bersama dengan 18 orang nelayan serta dua orang suspek kemudian dibawa balik ke Pangkalan Jabatan Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan, dekat sini untuk siasatan lanjut," katanya. Kes tersebut disiasat mengikut Akta 574, Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan.- BERNAMAmstar

Suspek Kes Bunuh Warga Emas Ditahan

IPOH: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas di Taman Buntung Ria, Menglembu, di sini Ahad. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pukul 6 petang semalam di sebuah kedai runcit di Laluan Sungai Pari 4, Buntung. "Lelaki ini adalah suspek utama kes bunuh tersebut dan dia kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini," katanya ketika dihubungi Isnin. Dzuraidi berkata polis kini menjejaki seorang lagi suspek. Dalam kejadian 2.10 pagi Ahad itu, Looi Kim Loong, 67, yang juga seorang peniaga, ditemui mati dengan kesan tikaman di leher di dalam sebuah bilik, di rumahnya di Taman Buntung Ria. Mayat Looi ditemui isteri dan anak lelakinya yang tidur di dalam bilik lain di rumah terbabit, yang bangun selepas mendengar bunyi bising. Polis yang menemui sebilah pisau dan gunting di tempat kejadian percaya kes bermotifkan samun. - BERNAMAmstar

Wanita Warga Emas Lumpuh Rentung Dalam Kebakaran

PASIR MAS: Seorang wanita warga emas yang lumpuh, rentung dalam satu kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Kubang Pak Amin di sini, malam Ahad. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10.30 malam ketika Che Yam@Zahrah Semail, 72, ditinggal berseorangan di rumah semasa anak, menantu, besan dan cucu-cucunya keluar menunaikan solat tarawih tidak jauh dari rumah mereka. Menantunya Mohd Zulkifli Ibrahim, 48, berkata rumah papan itu didiami lapan sekeluarga termasuk ayah kandungnya, isteri, empat anak dan mangsa. "Sejak mula puasa termasuk malam tadi, kami semua meninggalkan ibu mentua berseorangan untuk menunaikan solat tarawih di surau berhampiran dan kebetulan malam tadi tiada bekalan elektrik, kami cuma pasang lilin di dalam rumah. "Selepas tarawih kira-kira pukul 10.10 malam, kami semua ke kedai runcit kira-kira 100 meter dari rumah dan ketika di sana kami diberitahu tentang kebakaran itu oleh penduduk kampung," katanya kepada Bernama di sini. Menurutnya sebaik tiba di rumah mereka, api sudah membakar hampir keseluruhan rumah dan dia cuba masuk untuk menyelamatkan ibu mentua tetapi gagal kerana api amat marak. Zulkifli berkata ibu mentuanya ditemui rentung di ruang tamu rumah yang menjadi tempat tidur mereka sekeluarga.< "Kami sekeluarga memang suka tidur di ruang tamu termasuk ibu mentua, di situ juga ada tilam dan kelambu yang disediakan untuknya. Mungkin kebakaran itu berlaku ketika ibu mentua cuba menarik kelambu seperti kebiasaannya dan terkena lilin yang diletak berhampiran," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 10.36 malamsebelum bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan lapan anggota dan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas. "Sebaik tiba, rumah jenis papan itu sudah 85 hingga 90 peratus terbakar menyebabkan mangsa dan barang-barang di dalam rumah tidak sempat diselamatkan. Mangsa yang rentung ditemui terbaring dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk dibedah siasat," katanya. Azmi berkata turut hangus dalam kebakaran itu ialah sebuah kereta Perodua Kancil milik Mohd Zulkifli, dan jumlah kerugian dianggar RM70,000. - BERNAMAmstar

Tottenham jadi medan rusuhan luar biasa di London

LONDON 7 Ogos - Polis Britain berusaha memulihkan ketenteraman awam hari ini selepas perusuh mengamuk di utara London dengan membakar kereta-kereta polis, van, bas, bangunan-bangunan disusuli kejadian mencuri yang semakin berleluasa.
Seorang pegawai polis terpaksa dikejarkan ke hospital sementara tujuh yang lain turut cedera dalam rusuhan tersebut.
Kekacauan yang berlaku di Tottenham petang semalam itu tercetus selepas seorang lelaki terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis.
Beberapa buah kereta peronda polis dan sebuah bas dua tingkat dibakar ketika beratus-ratus perusuh mengamuk di pekarangan balai polis di Tottenham High Road. Ulasan yang bersifat menghasut keadaan menerusi Twitter juga dibimbangi boleh memburukkan lagi kekacauan.
Polis antirusuhan hari ini berusaha mengawal keadaan di jalan-jalan ketika anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan api dan perusuh terus mengamuk.
Perusuh memecah masuk kedai-kedai di High Road melalui tingkap sebelum dilihat menolak troli yang penuh dengan muatan barangan curi.
Kekacauan turut merebak ke kawasan penempatan berhampiran yang menyaksikan beberapa buah van dibakar.
Ia berlaku selepas satu perarakan secara aman diadakan ke balai polis di Tottenham bagi membantah kematian seorang penumpang teksi yang ditembak mati polis dalam satu kejadian berbalas tembakan Khamis lalu.
Bapa kepada empat anak, Mark Duggan, 29, maut di tempat kejadian.
Kawasan London Tengah sering menyaksikan demonstrasi oleh golongan pelajar dan kesatuan pekerja dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, tetapi kekacauan terbaru ini merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam masa bertahun-tahun di kawasan pinggir bandar. - AFPutusan

9 mangsa tanah runtuh Sg. Ruil dikeluarkan dalam 8 jam

CAMERON HIGHLANDS 8 Ogos — Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa lapan jam untuk mengeluarkan semua sembilan mangsa dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di sini semalam.
Pengarah Bomba Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, operasi bermula 6.15 petang dan ditamatkan pada 2.15 pagi tadi selepas mangsa terakhir ditemui kira-kira 1.20 pagi.
Operasi melibatkan 248 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Smart dan Majlis Perbandaran Cameron Highlands, katanya kepada pemberita, di sini.
Beliau berkata, sebanyak tiga jentolak digunakan untuk mengalih timbunan tanah, selain anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu mengesan kedudukan mangsa.
Tragedi itu mengorbankan tujuh nyawa termasuk empat wanita manakala dua lagi cedera parah.

Mereka yang maut ialah Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, dan kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata untuk bedah siasat.

Sementara dua yang cedera iaitu Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut. — Bernamautusan

Berjudi: 11 termasuk 3 wanita didenda RM3,000

Tiga wanita yang didenda kerana kesalahan berjudi dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Sungai Petani, semalam.


SUNGAI PETANI 7 Ogos - Keseronokan bermain judi 'belangkas' bukan sahaja menyebabkan sekumpulan penduduk kehilangan lima 'rakan' sepermainan yang mati lemas di Sungai Muda semasa dikejar polis di Bukit Selambau dekat sini kelmarin tetapi juga didenda oleh mahkamah kerana melakukan kesalahan itu.
Hari ini, 11 pemain judi terlibat termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
Majistret Raja Syahril Anuar Raja Baniamin menjatuhkan hukuman tersebut setelah semua tertuduh berusia antara 21 hingga 62 tahun mengaku melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 7(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Kesemua mereka didakwa bersama-sama bermain judi buah dadu di kebun kelapa sawit semasa polis melakukan pemeriksaan di Kampung Padang Sekawan, Bukit Selambau dekat sini pada pukul 5.30 petang kelmarin.
Mereka yang dituduh ialah Chong Soon Teik, 61; Bakri Osman, 62; Muhammad Zulhilmi Ismail, 21; Mohd. Nazri Hasan, 31; Mat Nayan Sahat, 31, dan Ramli Jusoh, 58.
Turut mengaku bersalah ialah Tong Kim Din Tong, 55; Ee Noah Din Tong, 42; G. Chandra Dass, 55; Pakarullaazi Ismail, 29, dan Wiras Bau, 26.
Seksyen 7(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 1990) memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
Terdahulu, kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengenakan hukuman denda paling minimum atas alasan mereka telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rehab Abdul Shukur. Kesemua tertuduh membayar wang denda itu.
Akhbar hari ini melaporkan lima lelaki yang sedang leka berjudi ditemui mati lemas, selepas terjun ke dalam Sungai Muda di Kuala Lengkuas, Bukit Selambau ketika cuba mengelak serbuan polis.utusan

Lelaki ditahan bersama 7 guni daun ketum



Antara tujuh guni daun ketum yang ditemui dalam sebuah kereta yang ditahan berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 7 Ogos - Seorang lelaki memberi pelbagai alasan kepada polis apabila diminta supaya membuka but keretanya untuk diperiksa selepas ditahan kerana memandu laju di Lebuh Raya Alor Setar-Sungai Petani berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Petani (Utara) di Kedah, kelmarin.
Sikap mencurigakan lelaki terbabit rupa-rupanya bersebab kerana dia sebenarnya takut dicekup berikutan membawa tujuh guni daun ketum seberat kira-kira 400 kilogram.
Perbuatan itu terbongkar apabila suspek berusia 31 tahun terserempak dengan empat anggota polis peronda semasa dalam perjalanan dari utara tanah air ke rumahnya di Felda Jengka 9, Pahang pada pukul 6.10 pagi.
Menurut sumber, menyedari kehadiran sebuah kereta peronda polis, suspek bertindak memecut laju kereta Proton Wira yang dipandunya sehingga menimbulkan curiga kepada anggota polis tersebut.
"Pasukan peronda itu mengejar kereta lelaki itu sejauh kira-kira tiga kilometer sebelum berjaya menghimpit kereta suspek ke tepi jalan bagi memaksanya berhenti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber itu berkata, sebaik sahaja berhenti, lelaki terbabit berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan ketika diminta membuka but keretanya untuk diperiksa.
Namun, setelah didesak beberapa kali, suspek akhirnya akur dan bersetuju membuka but keretanya yang mempunyai tujuh guni daun ketum yang setiap satunya berisi 50 kilogram daun itu.
Katanya, suspek mengaku daun ketum segar itu diambil di sebuah negeri di utara tanah air untuk dijual kepada para penagih air daun ketum di Pahang.
"Suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai lima anak merupakan seorang penganggur dan menjadikan perniagaan menjual daun ketum sebagai sumber pendapatan.
"Dia sanggup berulang-alik dari rumahnya di Felda Jengka 9 ke utara tanah air secara kerap semata-mata untuk mendapatkan bekalan daun ketum untuk dijual," katanya.
Sumber berkata, setiap kilogram daun ketum boleh dijual dengan harga RM60 dan suspek boleh mengaut keuntungan sebanyak RM24,000 bagi 400 kilogram daun ketum yang dibawanya kali ini.
Katanya, suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan jika didapati bersalah boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali.utusan

Tak tahan hidu asap, batal hasrat bunuh diri



Sebuah kereta hangus selepas dibakar pemiliknya sendiri dalam cubaan membunuh diri. - IHSAN sin chew


KUALA LUMPUR 7 Ogos - Hasrat seorang lelaki untuk membunuh diri dengan membakar dirinya dalam kereta terbantut apabila lelaki itu berlari keluar selepas tidak tahan menghidu asap tebal dari dalam kenderaan itu.
Kejadian cemas namun lucu itu berlaku di Jalan Changkat Thambi Dollah di sini, kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Lelaki berusia lingkungan 40-an sebelum itu dilihat kerap keluar masuk di kawasan letak kereta belakang bangunan pusat beli-belah Times Square.
Menurut jurucakap polis, penjaga tempat letak kereta di situ memaklumkan kepada polis dia melihat lelaki tersebut meletakkan kereta jenis Proton Tiara yang dipandunya di antara kereta Perodua Kenari dan Perodua Kancil di kawasan tersebut.
"Sejurus kemudian, lelaki itu dilihat membakar sesuatu di dalam keretanya menyebabkan kenderaan itu dipenuhi asap.
"Mungkin disebabkan lelaki itu tidak tahan dan hampir lemas di sebalik kepulan asap, dia bertindak keluar daripada kereta," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Tambahnya, dua buah kenderaan yang berada bersebelahan kereta lelaki tersebut turut musnah akibat disambar api.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan polis telah menahan lelaki tersebut.
"Lelaki itu ditahan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan api," katanya.utusan

Larikan bot: 2 disyaki lanun diberkas

LUMUT, 7 Ogos - Dua lelaki warga asing dipercayai lanun ditangkap pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) manakala tiga yang lain berjaya melarikan diri semasa mereka sedang melarikan dua buah bot nelayan tempatan menuju ke perairan antarabangsa berhampiran Pulau Jarak, dekat sini hari ini.
Ketua Penguat kuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Muhammad Abdul Basar Taji berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi tadi.
Katanya, dua buah bot nelayan tempatan itu menangkap ikan kira-kira 31 batu nautika barat laut Pulau Jarak apabila pemilik bot berkenaan melaporkan telah dikejar oleh bot tidak dikenali.
"Berikutan itu, APMM telah menghantar kapal KM Siangin dan kapal KM Marlin ke lokasi berkenaan, selain mendapat bantuan kapal TLDM, KD Laksamana Hang Nadim dan dua buah helikopter TLDM jenis Fennec dan Super Lynx," katanya.
Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, pada kira-kira pukul 5.20 pagi, pesawat Fennec berjaya mengesan sebuah daripada bot nelayan itu sedang ditunda menuju ke kawasan perairan Indonesia dan ekoran itu ia dapat dipintas oleh KM Siangin.
Menurutnya, ketika KM Siangin menuju ke bot, dua orang lanun yang merampas bot tersebut terjun ke laut, bagaimanapun kedua-dua suspek berjaya ditangkap.
Sebuah lagi bot berjaya dikesan pada kira-kira pukul 7 pagi oleh KD Laksamana Hang Nadim tetapi tiga suspek berjaya melarikan diri menaiki sebuah bot.
"Kedua-dua bot nelayan bersama dengan 18 orang nelayan serta dua orang suspek kemudian dibawa balik ke Pangkalan Jabatan Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan, dekat sini untuk siasatan lanjut," katanya. — BERNAMA
Kes tersebut disiasat mengikut Akta 574, Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan.— BERNAMAutusan

UPP rampas mercun, bunga api seludup

RANTAU PANJANG 7 Ogos - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menumpaskan cubaan menyeludup 37 kotak mercun dan bunga api dari negara jiran bernilai lebih RM30,000 selepas menyerbu Pangkalan Haram Kubur di Kampung Tok Deh dekat sini awal pagi ini.
Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid berkata, serbuan yang diketuai Cif Inspektor Zubaidi Md. Ariffin dan 16 anggota itu dilakukan pada pukul 1 pagi selepas intipan dibuat pihaknya sejak beberapa hari lalu.
"Ketika pasukan kami tiba di tempat kejadian, terdapat beberapa orang lelaki sedang memunggah bungkusan yang disyaki mercun ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria.
"Bagaimanapun, semua lelaki terbabit sempat melarikan diri ke arah semak dan Sungai Golok. Hasil pemeriksaan, kami menemui pelbagai jenis mercun yang dipercayai diseludup dari negara jiran," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Menurut Mazlan, pihaknya turut merampas kenderaan yang digunakan kumpulan penyeludup itu bernilai RM60,000 untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes rampasan mercun ini disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
"Hasil siasatan, pihak kami mendapati penyeludup ini menggunakan kereta mewah bagi mengaburi pihak berkuasa dan mereka akan menggunakan waktu berbuka puasa dan tengah malam untuk menjalankan aktiviti haram ini.
"Penyeludupan mercun akan berlaku selagi ada permintaan dan keuntungan yang diperoleh penyeludup berlipat kali ganda," katanya.
UPP, jelas beliau, akan terus mengadakan pemeriksaan dan kawalan di sempadan bagi mencegah penyeludupan mercun sepanjang musim perayaan ini.utusan

Mangsa gurauan rakan

KUANTAN: Seorang pemandu lori bernasib malang apabila cedera di mata kiri selepas rakan sekerjanya secara tidak sengaja membaling mercun bola ke arah mukanya dalam kejadian di sebuah kilang di Semambu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Abd Mubi Mat Zin, 42, yang mengalami kecederaan di mata kiri dibantu isterinya, Rosilawati Hussin, 37, yang tiba di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, Abd Mubi berkata, sebelum kejadian dia bersama dua rakannya, Ahmad Fizan Ramli, 25, dan Khairil Faizal Mokhtar, 27, sedang menunggu masuk waktu berbuka puasa.

“Bagaimanapun tiba-tiba rakan sekerja datang dan membaling satu objek menyebabkan dua rakan saya bertempiaran selepas mencurigakan objek itu.

“Saya yang tidak sempat melarikan diri tersentak selepas objek berkenaan meletup sebelum kepala rasa berdenyut diikuti mata kiri berasa pedih,” katanya di HTAA, semalam.

Menurutnya, selepas berasa pedih di mata kiri, dia kemudian rebah sambil memegang mata menahan kesakitan sebelum dihampiri dua rakannya yang cuba membantu.


Katanya, berikutan kejadian terbabit, dia kini berdepan risiko mata kirinya menjadi buta selepas terkena serpihan mercun bola yang dilemparkan rakan.

Abd Mubi berkata, sehingga kini mata kirinya masih belum dapat dibuka selain berasa pedih jika ditiup angin menyebabkan dia terpaksa menggunakan cermin mata untuk sementara waktu.hmetro

Upah samseng belasah bos

AMPANG: Seorang pengurus cedera dibelasah gengster yang diupah seorang pekerja wanitanya yang tidak berpuas hati kerana bakal dibuang kerja akibat tindakannya memalsukan dokumen peribadi.
Menurut sumber, pengurus lelaki berusia 38 tahun itu dikatakan menghantar laporan kepada pihak atasannya selepas mengetahui pekerjanya itu memalsukan dokumen peribadi bagi membolehkannya diterima bekerja.
Berikutan itu, pekerja terbabit mengupah tiga lelaki untuk ‘mengajar’ mangsa yang ketika itu berada di rumahnya di Pandan Perdana, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa bersama tiga rakannya sedang bersahur di pangsapuri berkenaan sebelum tiba-tiba diserang lelaki terbabit.
“Kumpulan itu memecah masuk rumah mangsa menyebabkan mangsa dan rakannya terkejut. Secara tiba-tiba tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia lingkungan 20-an terus membelasah mangsa.hmetro

Ugutan bekas kekasih

PETALING JAYA: Gara-gara memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, seorang wanita mendakwa diugut membayar RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar tidak senonohnya disebarkan di Internet, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang berusia 22 tahun sedang bersiap untuk menunaikan solat Asar di sebuah masjid di Sungai Way sebelum mendapat panggilan daripada teman lelakinya itu.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 20-an itu tidak berpuas hati berikutan tindakan mangsa memutuskan hubungan mereka selepas berlaku pertengkaran beberapa hari sebelumnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed mengesahkan laporan berhubung kejadian itu.hmetro

8 suspek ditahan

AMPANG: Tukang sapu di Apartmen Astaria, di sini, antara lapan lelaki warga asing yang ditahan dalam serbuan di pangsapuri itu selepas dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang dikerat beberapa bahagian, Rabu lalu.
Difahamkan, polis turut menemui peralatan dipercayai digunakan dalam pembunuhan kejam sebelum mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa pangsapuri itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata tujuh lelaki warga asing itu ditahan dalam sebuah unit tidak jauh dari tempat mayat wanita dan kanak-kanak terbabit ditemui.

“Hasil siasatan polis dan maklumat awam, polis membuat pemeriksaan ke atas rumah berkenaan sebelum menahan mereka yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan itu. “Semua suspek yang berusia antara 26 dan 38 tahun itu ditahan pada jam 12.25 tengah malam semalam (kelmarin). “Susulan penahanan itu, kita mengesan seorang lagi suspek dan menahannya pada jam 2.20 pagi di sebuah hotel di Jalan Ampang pada hari sama,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.

Mohd Adnan berkata, hasil pemeriksaan mendapati beberapa suspek adalah tukang sapu di pangsapuri berkenaan selain pekerja restoran dan hotel.


Menurutnya, semua suspek yang ditahan itu kini direman hingga 13 Ogos ini bagi membantu siasatan lanjut.



“Selain itu, pemilik pangsapuri terbiar yang menjadi tempat mayat wanita dan kanak-kanak lelaki itu ditemui juga sudah dikenal pasti.
“Polis turut sudah mengambil keterangan pemilik pangsapuri berkenaan yang juga warga tempatan untuk membantu siasatan,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca pembunuhan dan hubungan antara mangsa dan semua suspek yang ditahan.


Malah, Mohd Adnan memberitahu polis sudah mengenal pasti mayat wanita terbabit sebagai warga asing namun, masih belum mengetahui hubungan kedua-dua mangsa.hmetro

500 pemilik telefon dikompaun

SEPAKAT...penduduk Taman Wilayah Selayang menurunkan iklan haram, semalam.
SEPAKAT...penduduk Taman Wilayah Selayang menurunkan iklan haram, semalam.
SELAYANG: Bermula awal tahun sehingga Jun lalu, sebanyak 500 kompaun dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pemilik nombor telefon yang nombor mereka tertera di pelekat iklan haram sama ada iklan pinjaman wang atau pusat tuisyen.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz, berkata semua nombor telefon itu dirujuk ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dulu bagi mendapatkan nama dan alamat pemilik nombor berkenaan.

Menurutnya, kompaun RM100 sehingga RM2,000 dikeluarkan kepada pemilik nombor telefon terbabit mengikut Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah persekutuan) bergantung kepada saiz iklan yang ditampal pada tempat awam termasuk pokok, papan tanda jalan serta tiang lampu.

“Jika pemilik nombor telefon berkenaan tidak memberi sebarang maklum balas selepas sebulan dikompaun, tindakan seterusnya iaitu mengeluarkan surat mahkamah pula diambil,” katanya pada sidang media selepas menyertai Operasi Penurunan Iklan Haram di sekitar kawasan Taman Wilayah Selayang, di sini, semalam.

Mohd Amin Nordin berkata, dari semasa ke semasa DBKL akan terus menghantar nombor telefon yang terbabit dengan iklan haram berkenaan ke SKMM dan memberi tanggungjawab kepada suruhanjaya itu untuk membatalkan semua talian yang dilaporkan.hmetro

Dituduh mencuri lepas beri bantuan

AMPANG: Niat seorang pengurus membantu seorang lelaki yang berada dalam keadaan mabuk bertukar tragedi apabila dia dipukul dan cedera di kepala, tangan dan kaki dibelasah sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian pergaduhan di Dataran Palma, di sini, Khamis lalu.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun bersama rakan sekerjanya sedang minum di kedai berhampiran pejabatnya sebelum didatangi seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk serta muntah.

Sumber berkata, mangsa yang simpati membawa lelaki itu ke pejabatnya untuk berehat. Sebaik tiba, mangsa terkejut apabila lelaki terbabit tiba-tiba mengamuk menuduh mangsa mencuri telefon bimbitnya. “Mangsa menafikan tuduhan itu. Tiba-tiba muncul tiga lelaki memasuki pejabatnya dan seorang daripada mereka mengaku sebagai pegawai kanan polis.

“Belum sempat mangsa memberi penjelasan , tiba-tiba ketiga-tiga lelaki terbabit terus memukul mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.hmetro

Mesin ATM dilarikan

JAKARTA: Sekumpulan perompak semalam melarikan sebuah mesin pengeluar wang tunai automatik (ATM) milik Bank Negara Indonesia (BNI) bersama-sama wang berjumlah lebih Rp100 juta (RM35,800) di dalamnya.
Setiausaha Korporat BNI, Putu B Kresna berkata, mesin ATM yang terletak di Pondok Kelapa, Jakarta Timur tiba-tiba terputus hubungan dengan pusat pengawasan yang mengawal semua kegiatan setiap ATM selama 24 jam.

“Kami menghantar juruteknik ke tempat itu sebelum menyedari mesin berkenaan dengan wang di dalamnya ghaib,” kata Putu.

Dia juga berkata, pihaknya sudah mengemukakan rakaman CCTV kepada polis untuk membantu siasatan. Menurut Putu, walaupun jumlah wang yang dicuri itu cukup banyak, pihak bank tidak rugi atau perlu menanggung kerugian dalam hal kewangan kerana ia diinsuranskan. - AFPhmetro

Tanah runtuh: 6 mangsa dikhuatiri masih tertimbus

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya enam hingga 10 mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli di Sungai Ruil, Cameron Highlands, kata Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk SK Devamany. 
Devamany yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau berada di tempat kejadian sejak 8.25 malam dan dan kira-kira 80 anggota mencari dan menyelamat (S&R), termasuk dari unit K-9, terbabit dalam operasi berkenaan.

"Keadaan agak buruk. Runtuhan agak besar. Pasukan S&R terpaksa menggali tanah lumpur dengan hati-hati," katanya ketika dihubungi malam ini.
Devamany berkata, beliau diberi taklimat oleh ketua kampung dan anggota S&R mengenai situasi terbaru setiap setengah jam. 

Perkampungan itu, terletak dekat pekan Tanah Rata, mempunyai 145 rumah dengan populasi 1,300 orang. 

Devamany berkata, kejadian tanah runtuh jam 5.45 petang itu berlaku berikutan hujan lebat. 

Setakat ini, seorang wanita dilaporkan terbunuh sementara dua yang lain, seorang lelaki dan seorang perempuan, cedera parah dan mereka dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata. - BERNAMA bharian

Telan 700 gram dadah

Gadis Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Surabaya
KUALA LUMPUR: Hanya kerana upah yang tidak seberapa, seorang remaja dari Malaysia bukan hanya sanggup menggadaikan masa depannya, malah nyawanya sendiri ketika ditahan cuba menyeludup 700 gram heroin bernilai lebih RM600,000 ke negara jiran kelmarin melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya. 

Difahamkan, gadis berusia 18 tahun itu ditahan kerana berkelakuan mencurigakan sejurus pesawat dinaikinya dari Kuala Lumpur mendarat, sebelum dibawa menjalani pemeriksaan imbasan-X oleh pegawai kastam bertugas yang kemudian menemui dadah berkenaan dalam perut suspek.

Sumber memberitahu Berita Harian, gadis terbabit mengakui menerima bayaran daripada pihak tertentu di negara asalnya, dipercayai sindiket antarabangsa sebelum dipaksa menelan dadah itu yang sudah siap dibungkus dalam bentuk kapsul bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
“Kita masih menunggu laporan terperinci berhubung kes itu kerana siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa negara jiran bagi mengenal pasti sama ada suspek memang bekerja untuk sindiket berkenaan atau diperalatkan sebagai keldai dadah. 

“Hasil pemeriksaan lanjut turut menemui 84 kapsul heroin seberat 700 gram dipercayai untuk pasaran Surabaya dan kawasan sekitarnya,” katanya. 

Katanya, ia kes terpencil membabitkan taktik penyeludupan dadah secara kapsul di rantau ini kerana dianggap cukup berisiko dan boleh menyebabkan kematian. 

“Ia memang popular di Amerika Latin tetapi jarang digunakan di rantau ini. Ia dianggap taktik penyeludupan dadah konvensional yang cukup merbahaya, malah boleh membawa maut jika kapsul (heroin) itu pecah,” katanya. 
Indonesia mengenakan peruntukan undang-undang yang cukup tegas bagi kesalahan menyeludup dadah, termasuk penjara seumur hidup dan gantung mandatori. bharian

Peniaga mati kena kelar ketika tidur

Penjenayah serang mangsa guna gunting, pisau
IPOH: Seorang peniaga terbunuh selepas badannya ditikam dan lehernya dikelar dengan senjata tajam dipercayai pisau dan gunting oleh penjenayah yang menceroboh masuk rumahnya di Taman Buntong Ria, Menglembu, dekat sini, awal pagi semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 2.10 pagi, mangsa, Looi Kim Loong, 67, dikelar ketika sedang tidur di bilik tidur rumahnya manakala isteri dan anak perempuannya sedang menonton televisyen di bilik bersebelahan.

Ia kes ketiga dalam tempoh empat hari di Perak membabitkan kejadian pecah rumah yang berakhir dengan pembunuhan kejam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata kejadian dipercayai berlaku selepas dua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an bersenjatakan gunting masuk ke rumah mangsa dipercayai untuk melakukan samun. 

“Suspek dikatakan menikam mangsa yang sedang tidur sendirian di dalam bilik tidurnya. 

“Sejurus menikam mangsa, suspek pergi ke bilik bersebelahan sebelum berlaku pergelutan dengan isteri dan anak mangsa hingga menyebabkan dua beranak itu cedera ringan dipercayai terkena senjata tajam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Mohd Dzuraidi berkata, kedua-dua suspek melarikan diri namun siasatan awal polis dengan bantuan anjing pengesan berjaya menemui pisau dan gunting di lokasi kejadian dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu. 
Katanya, polis sedang cuba mengesan kedua-dua suspek dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Berita Harian difahamkan, kedua-dua suspek ketika itu berada di bawah pengaruh alkohol berdasarkan penemuan sisa botol minuman keras di hadapan rumah mangsa. bharian

Pengedar dadah licik tumpas


 NOOR RASHID  menunjukkan  dadah dalam buluh menyerupai lemang serta ketulan mampat lain bernilai RM6.5 juta pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah,  semalam.
NOOR RASHID menunjukkan dadah dalam buluh menyerupai lemang serta ketulan mampat lain bernilai RM6.5 juta pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, semalam.

Polis tahan 10 suspek, rampas RM6.5 juta bahan terlarang

ALOR SETAR: Rangkaian sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah bukan saja menggunakan kereta mewah Mercedes Benz untuk mengaburi pasukan keselamatan di pintu masuk sempadan Bukit Kayu Hitam malah menjadikan bandar tertentu di negeri ini sebagai transit melebarkan kegiatan mereka di negara ini.

Pada masa yang sama, anggota sindiket terbabit yang juga pasangan suami isteri membawa bersama anak mereka berusia 14 tahun ketika melakukan kegiatan itu.
Bagaimanapun, hasil risikan dan pengintipan selama 10 bulan, polis dengan kerjasama polis Thailand melumpuhkan kegiatan itu apabila menahan 10 suspek, termasuk empat wanita dan dua remaja berusia 14 hingga 46 tahun serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM6.5 juta dalam beberapa siri serbuan di negeri ini pada Jumaat lalu.
Sindiket itu agak licik apabila menyembunyikan dadah yang diseludup di ruang khas pada penyandar tempat duduk belakang enam kereta jenis Mercedes Benz yang digunakan ketika menyeludup bahan larangan itu menyebabkan ia sukar dikesan ketika melalui pemeriksaan di pintu masuk sempadan Bukit Kayu Hitam, dekat sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata kejayaan operasi itu berikutan pemeriksaan pertama ke atas sebuah kereta Mercedes Benz pada jam 9 pagi Jumaat lalu di sekatan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Changlun yang membawa kepada penahanan sepasang suami isteri bersama anak mereka yang berusia 14 tahun.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kereta itu menemui 16 bungkusan syabu yang disembunyikan di ruang khas pada penyandar tempat duduk belakang kereta.

“Sejurus selepas itu, kita menahan seorang lelaki yang memandu kereta di Plaza Tol Sungai Petani dan menemui 1,999 biji pil khayal dan satu ketulan heroin disembunyikan di ruang khas kenderaan itu,” katanya. bharian

Ah long tipu pelanggan RM170,000

MELAKA - Gara-gara terlalu teruja untuk mendapatkan duit pinjaman daripada ah long sebanyak RM800,000, seorang ahli perniagaan kini sengsara apabila mengalami kerugian RM170,000.
Dalam kejadian pada 28 Julai lalu itu, mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun pada mulanya berhasrat untuk meminjam RM200,000 daripada seorang ah long yang dikenalinya.
Bagaimanapun, ah long tersebut menawarkan pinjaman sehingga RM800,000 dengan syarat dia perlu memasukkan wang sebanyak RM170,000 kononnya sebagai proses pinjaman.
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, teruja dengan tawaran itu, mangsa tanpa berfikir panjang terus memasukkan wang sebanyak RM170,000 ke dalam akaun ah long tersebut.
"Bagaimanapun selepas dua hari memasukkan wang itu, ah long berkenaan tidak memberi sebarang respons kepada mangsa. Apabila menyedari dia ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tengkera pada 30 Julai lalu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini semalam.kosmo

Alat bunuh, kerat mayat ditemui



ANGGOTA polis mengangkat cebisan mayat wanita dan kanak-kanak yang dikerat 15 bahagian sebelum disumbat ke dalam tandas di Apartmen Astria, Taman Kosas, Ampang Rabu lalu.


AMPANG JAYA - Siasatan kes pembunuhan seorang wanita dan kanak-kanak warga asing yang mayat mereka dikerat 15 bahagian sebelum disumbat dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Blok Chrysa, Apartmen Astria, Taman Kosas di sini mendapat petunjuk baharu apabila polis menemui alat yang digunakan untuk membunuh mangsa.
Kosmo! difahamkan, alat tersebut ditemui di dalam sebuah rumah yang dihuni lapan lelaki Bangladesh di sebuah rumah di tingkat lima perumahan tersebut Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah enggan mendedahkan jenis alat yang ditemui itu.
Katanya, selain siasatan, pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai sehingga berjaya menahan lapan lelaki terbabit dan merampas senjata tersebut.
"Tujuh lelaki itu ditahan serentak di kawasan perumahan tersebut manakala seorang lagi ditangkap di sebuah hotel di sini pada hari sama.
"Sebahagian daripada mereka bekerja sebagai tukang cuci bangunan itu manakala salah seorang merupakan pekerja sebuah hotel," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.kosmo

Pandu Mercedes seludup dadah


NOOR RASHID menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas daripada 10 individu pada sidang akhbar di Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Kegiatan licik 10 individu yang mengubahsuai tempat duduk belakang kereta Mercedes untuk menyeludup pelbagai jenis dadah ke negara ini dari Thailand sejak 10 bulan lalu terbongkar apabila kesemua mereka ditahan bersama dadah bernilai RM6.5 juta Jumaat lalu.
Serbuan terbesar di kawasan utara tanah air itu dilakukan hasil kerjasama polis negara ini dengan pihak berkuasa Thailand selain maklumat awam.
Siasatan mendapati, sindiket bergelar Geng Mercedes termasuk seorang remaja berusia di antara 14 dan 46 tahun terbabit mengubah suai tempat duduk belakang kereta Mercedes untuk menyeludup dadah seperti heroin, syabu, ganja dan pil WY.
Mereka bergerak aktif sejak 10 bulan lalu dengan menjadikan Bukit Kayu Hitam sebagai laluan utama membawa barangan haram tersebut buat penagih di kawasan utara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pembongkaran bermula apabila sepasang suami isteri ditahan di satu sekatan jalan raya di Changlun dekat sini pada pukul 8.30 pagi Jumaat lalu.
Katanya, pemeriksaan pada kereta Mercedes yang dinaiki mereka menemui syabu yang disorok di ruang khas tersebut.kosmo

Bapa muda jual mercun dijel sehari



WAN MOHD. HAFIZAL tersenyum selepas dijatuhkan hukuman penjara sehari oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU Seorang bapa muda berusia 30 tahun terpaksa menerima hakikat pahit apabila Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,800 ke atas tertuduh kerana menjual mercun dan bunga api.
Lebih menyedihkan, Wan Mohd. Hafizal Wan Nawi memberi alasan bahawa dia terpaksa menjual mercun dan bunga api di bazar Ramadan Pekan Manir di sini pada pukul 6 petang lalu untuk mencari duit tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Bagaimanapun alasan tertuduh itu tidak diterima oleh Majistret Abdul Hayyi Salim setelah mengambil kira bahaya penggunaan bahan terlarang itu terhadap kepentingan awam.
Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap kira-kira pukul 6 petang kelmarin di tapak bazar Ramadan Pekan Manir oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Manir yang menjalankan rondaan Operasi Payung.
Siasatan mendapati tertuduh menjual beberapa jenis bunga api. Pihak polis kemudian menemui mercun dan bunga api antaranya jenis 'mighty wisthing' sebanyak 50 batang, 'spring thunder' (20 batang)', 'whisthing moon' (90 batang) dan 'smart boy' (30 kotak).kosmo

Peniaga mati ditikam gunting



ANGGOTA polis mengangkat mayat Kim Loong (gambar kecil) yang mati dibunuh di Taman Buntong Ria, Menglembu, Ipoh semalam.


IPOH - Dalam tempoh empat hari, negeri ini digemparkan dengan tiga kes di mana penjenayah bertindak membunuh pemilik rumah yang diceroboh mereka.
Kejadian terbaharu melibatkan seorang warga emas, Looi Kim Loong, 67, apabila dia ditemui mati dibunuh selepas dua penjenayah yang memecah masuk rumahnya menikam lehernya dengan sebilah gunting dalam kejadian di Taman Buntong Ria, Menglembu dekat sini semalam.
Difahamkan, sebelum kejadian pukul 2.10 pagi itu, peniaga tersebut sedang tidur di dalam bilik.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati suspek memecah masuk melalui pintu depan.
"Dua lelaki kemudian masuk ke dalam bilik mangsa sebelum isteri dan anak Kim Loong yang tidur di bilik berasingan terjaga.
"Sebaik masuk, mereka dapati mangsa telah rebah dengan kesan tikaman di leher manakala dua lelaki itu telah melarikan diri. Kita sedang menyiasat barang yang disamun," katanya.kosmo