Search This Blog

Tuesday, August 2, 2011

Penipuan SMS: 5 rakyat Indonesia diberkas


TAWAU: Polis Tawau memberkas lima rakyat Indonesia, termasuk seorang wanita, kerana dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan membabitkan penggunaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS). 


Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin, berkata kelima-lima suspek berusia lingkungan 23 dan 46 tahun itu diberkas di sebuah rumah di kawasan bandar ini kira-kira 12.30 malam Jumaat lalu.
"Kumpulan ini dipercayai beroperasi sejak lebih sebulan lalu," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan di kediaman suspek membawa kepada penemuan sebuah komputer riba, 12 telefon bimbit, tujuh kad ATM, empat buku catatan dan wang tunai berjumlah RM5,000. 

Modus operandi sindiket itu ialah menghantar SMS kepada mangsa memaklumkan kononnya penerima SMS tersebut memenangi hadiah tertentu dan mangsa diminta mendeposit sejumlah wang sebelum boleh menuntut hadiah berkenaan. 

Ibrahim berkata, berdasarkan rekod, sejumlah 47 aduan berhubung penipuan SMS diterima di Sabah bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini yang membabitkan kerugian sebanyak RM261,909.50. 

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket itu dan tidak menyerahkan nombor akaun bank mereka bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. 
"Mana ada orang yang nak beri wang percuma tanpa (mangsa) membuat apa-apa," katanya. - BERNAMA 
http://www.bharian.com.my

Dokumen palsu: Bekas timbalan naib canselor bebas tuduhan

SHAH ALAM 2 Ogos - Bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), Profesor Dr. Rustam Abbas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan menggunakan surat sambungan kontrak perkhidmatan atau pinjaman bagi jawatan itu yang palsu, dua tahun lalu.
Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas pendakwaan yang dikendalikan Mohd Baharuddin Ahmad Kassim gagal membuktikan wujudnya prima facie dalam kes tersebut.
Rustam, 53, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Sumber Manusia Unisel, Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor antara Julai dengan Ogos 2007 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Beliau yang diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin, kini menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. - Bernama
http://www.utusan.com.my

15 militan al-Qaeda maut dalam serangan udara

ADEN 2 Ogos - Sekurang-kurangnya 15 suspek disyaki militan al-Qaeda terbunuh, termasuk ketua militan tempatan, Nader Shadadi, dalam serangan udara yang dilancarkan pihak tentera di sekitar bandar Zinbijar di selatan Yemen, kata pihak keselamatan hari ini.
Menurut pegawai keselamatan, 17 militan dilaporkan cedera dalam serangan udara yang dilancarkan di sekatan jalan dibina oleh militan al-Qaeda berdekatan stadium Al-Wahda di timur Zinbijar, kebanyakan kawasan dikuasai oleh puak militan.
Tambahnya, sebuah kenderaan pengangkut tentera yang dirampas oleh militan dalam pertempuran sebelum ini dengan pihak tentera, turut musnah dalam satu lagi serangan udara. - AFP
http://www.utusan.com.my

Rakyat Malaysia ditangkap curi wang dari mesin ATM di Bali

DENPASAR (Bali) 2 Ogos - Seorang rakyat Malaysia ditangkap di kawasan Kuta di sini ketika mencuri wang dari mesin mengeluarkan wang automatik (ATM) milik Bank Mandiri.
Lelaki berusia 23 tahun itu ditangkap ketika menjalankan kegiatan tersebut bersama dua orang rakannya iaitu seorang lelaki yang masih diburu dan seorang wanita turut diberkas bersama suspek.
Ketua Polis Daerah Kuta, Asisten Komisioner Gede Ganefo berkata, tangkapan tersebut dilakukan setelah pihak polis mengintip kegiatan kumpulan tersebut selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.
Ganefo menambahkan, suspek menggunakan alat perakam data pemegang akaun yang mengeluarkan wang di mesin berkenaan, sebelum mengklon kad ATM berkenaan.
Antara barangan yang dirampas daripada suspek adalah kad ATM yang masih kosong, kamera pengintip, kad memori, komputer riba dan alat pengimbas. - Agensi
http://www.utusan.com.my

Lima cedera akibat letupan bom di selatan Filipina

COTABATO: Lima orang mengalami kecederaan selepas bom motosikal meletup di sebuah farmasi di selatan Filipina, hari ini.

Ketua Polis bandar Cotabato, Roberto Badian, berkata salah seorang yang cedera ialah lelaki berusia tujuh tahun, kini dalam keadaan kritikal sejak kejadian pada petang semalam.
"Bom itu diletupkan menggunakan telefon bimbit," katanya.
Beliau berkata, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab. - AFP 

Remaja Orang Asli mengaku salah bunuh tanpa niat


MARAN: Seorang remaja Orang Asli hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan iaitu membunuh tanpa niat adik kandungnya dan memiliki senjata api buatan sendiri. 


Bagaimanapun, Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali menetapkan 6 September depan bagi sebutan semula kes sebelum menjatuhkan hukuman.
Bagi pertuduhan pertama, remaja berusia 15 tahun itu mengaku bersalah tertembak adik perempuannya yang berumur 10 tahun apabila senjata api yang sedang dibersihkannya selepas berburu babi tiba-tiba meletup sendiri.
Kejadian itu berlaku di rumah tidak bernombor di Kampung Bagas, Kuala Sentul, Maran pada 26 Julai lalu di antara jam 7 malam dan 8.15 malam. 

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara atau dengan denda atau kedua-duanya. 

Bagi pertuduhan kedua, remaja itu dituduh memiliki dua laras senapang buatan sendiri pada tarikh dan tempat yang sama. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata (Akta 206) yang memperuntukkan hukuman penjara setahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya. 
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohamad Yusoff. - BERNAMA 
http://www.bharian.com.my

Angka kematian ribut Filipina meningkat 70

MANILA: Angka kematian membabitkan ribut tropikal Nock-ten dan Taufan Muifa di Filipina meningkat kepada 70 mangsa, selain daripada negara itu dijangka berdepan dengan ancaman ribut lain, kata pihak berkuasa Filipina.

Angka kematian yang sebelum ini 54 mangsa, mencatatkan peningkatan di mana dua daripadanya adalah kanak-kanak yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Kuari di tengah-tengah pulau Bohol, Ahad lalu, manakala 14 mayat lain ditemui susulan kejadian Nock-ten, bulan lalu.
Majlis Pengurangan Risiko Bencana dan Pengurusan Kebangsaan, seramai 178 penumpang dan anak kapal berjaya diselamatkan daripada kapal yang disenaraikan berlepas dari pelabuhan Iloilo. - AFP
http://www.bharian.com.my

Kastam rampas 5.8 kilogram dadah

HAMZAH Sundang (tengah) bersama pegawainya menunjukkan
 bungkusan dadah yang dirampas pada sidang media di Kota Kinabalu, semalam.

KOTA KINABALU 1 Ogos – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah antarabangsa selepas menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 5.8 kilogram dadah jenis ketamin di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, lelaki berasal dari Negeri Sembilan itu ditahan selepas tiba di KKIA melalui penerbangan terus dari Shenzen, China.
Timbalan Pengarah JKDM negeri, Hamzah Sundang berkata, hasil pemeriksaan ke atas bagasi suspek, kastam menemui sejumlah dadah di ruangan khas bagasi yang telah diubahsuai.
“Selepas bagasi diimbas dan diperiksa kita dapati terdapat lapan peket beg plastik lutsinar yang disembunyikan dalam ruangan khas.
“Siasatan mendapati dadah jenis ketamin itu bernilai kira-kira RM104,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM negeri di sini hari ini.
Tambahnya, pihak kastam turut merampas tiga telefon bimbit, pasport, beg duit dan sejumlah pakaian daripada suspek.
Menurutnya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Katanya, pada masa ini suspek yang berusia 26 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Beliau memberitahu, berdasarkan siasatan, suspek bertolak ke China dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 27 Julai lalu sebelum mengambil penerbangan terus dari China ke Kota Kinabalu pada 31 Julai lalu.
“Setakat ini kita tidak mengetahui destinasi seterusnya suspek dan kita tidak menemui mana-mana tiket penerbangan suspek seterusnya.
“Bagaimanapun berdasarkan siasatan awal kita percaya suspek terlibat dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa,” katanya.
Sementara itu Hamzah berkata, kes tersebut merupakan rampasan dadah terbesar di KKIA pada tahun ini hasil Ops Kawal sejak 13 Jun lalu.
http://www.utusan.com.my/utusan

Wanita maut digilis kereta, rakan parah



SUNGAI CHOH – Ngeri, itu yang dapat digambarkan apabila melihat mangsa kemalangan di Kilometer 6, Jalan Sungai Choh–Bukit Beruntung, di sini malam semalam.

Mangsa yang membonceng motosikal bersama rakannya dalam perjalanan dari Sungai Choh ke Bukit Beruntung, bukan saja terputus tangan kiri malah kepalanya turut digilis beberapa kenderaan.

Kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang dinaiki mangsa bersama seorang lelaki hilang kawalan lalu terbabas sebelum bergesel dengan sebuah kereta jenis Iswara.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kedua-dua mangsa dipercayai tercampak sebelum digilis beberapa kenderaan yang mengekori di belakang.

“Siasatan awal polis mendapati, motosikal yang dinaiki mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh dan terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Motosikal itu kemudian bergesel dengan sebuah Proton Iswara yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kedua-duanya tercampak ke bahagian jalan,” katanya.

Pembonceng, dikenali Y Tilakavathi, 43, maut ditempat kehadian setelah digilis beberapa kenderaan menyebabkan sebelah tangan putus.

Sementara rakannya yang berusia 33 tahun mengalami cedera parah.

Norel berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.

Sementara, rakan mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Buat masa ini kes masih lagi disiasat di bawah Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/selangor/content/story9394289.asp

Jeti Pengkalan Kempas runtuh



PENGKALAN KEMPAS – Semua pengguna terutamanya nelayan dan kaki pancing yang menggunakan Jeti Pengkalan Kempas berhadapan risiko apabila sebahagian jeti berkenaan runtuh di samping terdapat rekahan lain.

Sinar Harian difahamkan, kejadian runtuh di hujung jeti berkenaan berlaku sejak sebulan lalu dan berlaku rekahan lain di bahagian tengah struktur jeti.

Seorang pemancing, Mohd Zulhardi Mohamad, 50, berkata, walaupun tidak selalu ke Jeti Pengkalan Kempas, namun sejak jeti ini runtuh, sudah dua kali dia ke situ untuk memancing.

Menurutnya, pada mulanya terperanjat melihat struktur jeti yang sudah runtuh, namun aktiviti memancing tetap diteruskan.

“Saya tetap berasa khuatir jika berlaku sesuatu yang buruk ketika memancing di sini.

“Jeti ini baru sahaja dinaiktarafkan kira-kira dua tahun lalu dan terlalu awal untuk ia rosak dan runtuh,” katanya.

Mohd Zulhardi berkata, sisa runtuhan masih dibiarkan begitu sahaja dan didapati nelayan mengambil inisiatif meletakkan batang pokok sebagai pengukuh atau tiang di bahagian hujung jeti ini.

“Ini kerana tiang asalnya sudah bengkok dan tidak mampu menampung struktur jeti itu lagi.

“Struktur yang bengkok menunjukkan ada pergerakan terhadap struktur jeti ini dan tidak stabil,” katanya.

Seorang nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai Jai, 43, berkata, ada kemungkinan jeti ini runtuh berikutan perubahan struktur muka bumi sungai tersebut.

Menurutnya, beberapa projek telah dijalankan di sungai itu seperti penebatan banjir di mana pasir disedut untuk mendalamkan kawasan sungai.

“Ini mengakibatkan berlaku gerakan dan perubahan muka bumi terutamanya di kawasan sungai.

“Namun, itu hanya andaian mata kasar nelayan atau mungkin juga jeti ini dibina dengan perancangan yang betul tetapi tidak diketahui kami,” katanya.

Jai berkata, sewaktu jeti itu dinaiktarafkan, nelayan sememangnya gembira kerana kerajaan memberikan kemudahan kepada mereka, namun selepas kejadian jeti runtuh pelbagai persoalan negatif yang timbul.

“Diharapkan pihak berkuasa dapat segera mengambil tindakan menangani masalah ini sebelum semakin parah memandangkan telah wujud keretakan di bahagian jeti yang lain,” katanya.

Malah katanya, tindakan pihak bertanggungjawab meletakkan lilitan sebagai tanda larangan agar pengunjung tidak naik ke jeti bertingkat ini sangat baik.

“Namun, masa yang diambil untuk menangani masalah ini begitu lama.

“Walaupun jeti ini berdepan dengan masalah, namun ia tetap menjadi tumpuan nelayan dan penduduk meletakkan bot serta memancing. Saya harap langkah segera dapat diambil bagi memastikan fungsi jeti ini dapat diteruskan,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9393118.asp

Jaga kena samun, rugi RM5,600



KUANTAN – Seorang pengawal keselamatan warga asing di sebuah kolam memancing ikan di Seberang Balok menjadi mangsa samun dua lelaki di sini, kelmarin.

Mangsa yang juga warga Myanmar cedera di tangan kana dan paha kirinya akibat dipukul dengan besi oleh suspek terbabit.

Pegawai Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, mangsa sedang tidur di biliknya ketika kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.30 pagi.

Menurutnya, mangsa turut mengalami kerugian RM5,600 dan kehilangan beberapa dokumen penting.

“Mangsa tiba-tiba dikejutkan dua lelaki sebelum diacukan sebilah parang. Suspek juga mengikat tangan mangsa dengan tali.

“Tidak cukup dengan itu, suspek bertindak memukul tangan kanan dan paha kiri mangsa dengan sebatang besi sebelum menggeledah bilik mangsa,” katanya, semalam.

Noor Asyikin berkata, salah seorang daripada suspek terbabit memakai topeng ski manakala seorang lagi tidak menutup muka.

“Mujur mangsa hanya mengalami cedera ringan dan dia juga telah mendapatkan rawatan di klinik berdekatan dan siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/pahang/content/story9393246.asp

Dua rakan dihukum gantung



GEORGETOWN - Akibat mengedar kanabis, Ramadan tahun ini mungkin menjadi Ramadan terakhir buat dua rakan setelah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Hakim Datuk Zamani Abd Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Shamshir Jamaluddin, 31, dan Zailani Zainal, 33, mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan terhadap Shamshir yang bekerja sebagai pemandu pelancong dan Zailani yang bekerja sebagai penyelia di restoran makanan segera, melakukan kesalahan itu.

Dalam penghakiman ringkas, Zamani berkata, pembelaan kedua-dua tertuduh bersifat penafian semata-mata.

“Shamshir menafikan dia berunding dengan SP4 telah menyamar dan bertindak sebagai agent provocateur pada 11 Februari 2009 di Restoran Khaleel, di tepi pantai dan juga di Restoran Pelita.

“Shamshir turut menafikan dia pergi ke tepi pantai dan Restoran Pelita adalah untuk mengesahkan urusan beli kanabis dengan SP4 dan dia tidak mengetahui isi kandungan plastik FOS.

“Namun, berdasarkan keterangan keterangan SP4 dan SP 11 yang merupakan saksi polis, mahkamah mendapati tertuduh mempunyai pengetahuan menenai dadah yang terkandung di dalam beg plastik FOS . Adalah tidak munasabah Shamshir menganggap isi kandungan plastik itu kononnya berisi pakaian dan jam tangan. Ia tidak masuk akal Shamshir menghantar bungkusan itu kepada SP4 melainkan pertemuan itu telah dirancang dan tertuduh ingin menjual dadah itu kepada SP4,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhan keterangan kedua-dua tertuduh bersifat rekaan semata-mata mengenai seorang bernama ‘Azhar’ yang telah menunjukkan bungkusan plastik FOS yang berisi dengan pakaian dan jam tangan Rolex.

“Mereka menyatakan ‘Azhar’ mengarahkan Shamshir membawa bungkusan plastik FOS untuk pergi ke Krsytal Point di mana Zailani telah menunggu dengan SP4 di situ.

“Mahkamah mendapati cerita pembelaan tidak pernah dikemukakan kepada saksi pendakwaan yang dipercayai merupakan satu rekaan ‘after thought’ yang tidak ada sebarang asas.

“Ini jelas menunjukkan kedua-dua tertuduh mempunyai perancangan mengenai kegiatan mengedar dadah di astaka lanjutan daripada beberapa kali rundingan dengan SP4. Lagipun, Shamshir telah melihat wang yang ditunjuk dan sahkan urusan jual beli dadah. Oleh itu, mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kedua-dua tertuduh,” katanya.

Sahmshir dan Zailani kelihatan tenang ketika mendengar keputusan.

Terdahulu, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis ganja seberat 8044 gram di Krystal Point Car Park, Jalan Sultan Azlan Shah, Sungai Nibong di sini, kira-kira jam antara 10 malam hingga 10.05 malam, 11 Februari 2009.http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9393878.asp

Pemandu lori sawit dituduh rogol anak



IPOH – Seorang pemandu lori sawit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 15 tahun antara tahun 2009 hingga 13 Jun lalu.

Bapa kepada lima anak itu mengaku bersalah terhadap tuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.

Dalam pertuduhan yang dibacakan, tertuduh yang berusia 50 tahun itu mempunyai isteri dan lima anak termasuk mangsa didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah tidak bernombor, Kampung Parit, Titi Gantung dekat sini.

Perbuatan tertuduh itu bukan sahaja menyalahi hukum agama, undang-undang dan adat malah boleh menjejaskan masa depan anak gadisnya yang masih bersekolah.

Berikutan itu dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 B(1) Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara tidak kurang enam dan tidak lebih 20 tahun serta sebat.

Bagaimanapun, hasrat tertuduh untuk bebas dengan ikat jamin tidak kesampaian apabila pihak pendakwaan membantah sebarang ikat jamin ke atasnya mengambil kira faktor keselamatan mangsa.

Nadiah mempertahankan bantahan jaminan itu dengan alasan mangsa dalam kejadian itu adalah anak perempuan tertuduh sendiri dan mereka tinggal serumah.

Selain itu, mangsa yang masih dirawat di Hospital Manjung akan pulang ke rumah dalam masa terdekat dan akan dijaga oleh ibunya.

Tertuduh yang hadir dengan hanya berbaju T biru dan berseluar jeans hitam dalam rayuannya memohon agar dia dibenarkan diikat jamin sementara menunggu tarikh sebutan seterusnya.

Dia yang tidak diwakili peguam dalam sebutan semalam berkata, sebagai ketua keluarga, dia terpaksa menyara isteri dan anak-anak serta merupakan penyumbang ekonomi keluarga yang utama.

Hadir sama menemani tertuduh adalah adik perempuannya namun kelibat ahli keluarganya tidak kelihatan.

Mengambil kira kepentingan awam dan menjamin keselamatan mangsa dalam kes ini, Julie Lack membenarkan bantahan ikat jamin terhadap tertuduh sebelum menetapkan 7 September ini sebagai sebutan semula kes bagi mendengar keputusan laporan perubatan mangsa.
http://www.sinarharian.com.my/sh/perak/content/story9393383.asp

Tak sempat berbuka puasa



IPOH - Seorang pemuda tidak sempat berbuka puasa pada hari pertama Ramadan disambut umat Islam apabila maut dalam kemalangan ngeri selepas motor yang ditunggangnya ‘melekat’ di belakang sebuah lori di Jalan Kuala Kangsar, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa, Muhammad Khairul Mohd Hasan, 28, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rajab berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan merempuh lori yang membawa muatan batu seberat 10 tan.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa datang dari arah Ipoh menghala ke Kampung Tawas melalui Jalan Tengku Abdul Rahman @ Jalan Kuala Kangsar sebelum terbabit dalam kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya Sungai Pari, Buntong.

Katanya, sewaktu kejadian jalan berkenaan sesak dipenuhi kenderaan kerana ia adalah waktu puncak orang ramai pulang daripada bekerja.

“Penunggang motosikal terbabit dipercayai melanggar belakang lori berkenaan yang meletakkan kenderaannya di tepi kiri jalan,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Rodzi berkata, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Bomba II Mohammad Mahir Mat Saad ketika dihubungi berkata, anggotanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit serta masih duduk di atas motosikalnya dalam keadaan kepalanya melekat di belakang lori berkenaan.

“Seramai tujuh anggota termasuk sebuah jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat sebelum dituntut waris..

http://www.sinarharian.com.my/sh/perak/content/story9394141.asp

Penunggang motosikal maut cuba elak kereta



TAPAH - Gara-gara sebuah kereta menukar lorong secara tiba-tiba, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan di Kilometer(KM) 334 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Tapah di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4.15 petang, berhampiran kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Tapah yang menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Menurutnya, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun dan berasal daripada Jinjang Utara bersama seorang penumpang dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Honda ditunggang oleh mangsa.

“Mangsa yang maut dikenali sebagai Sahril Marwan, 27, berasal dari Sungai Buloh, Selangor dan dipercayai mati selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.

“Kejadian ini dipercayai berlaku apabila pemandu kereta yang berada di lorong kiri jalan menukar arah ke kanan tanpa menyedari motosikal mangsa berada di laluan kanan lalu menyebabkan pergeseran antara kedua-dua kenderaan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Roslan Bek berkata, mangsa yang menunggang motosikal dari arah belakang kereta berkenaan tidak sempat menekan brek lalu bergesel dengan kenderaan itu sebelum terjatuh ke kanan lebuh raya.

Katanya, pemandu dan penunggang kereta tidak mengalami kecederaan manakala jenazah mangsa telah dituntut oleh keluarganya kira-kira jam 9 malam kelmarin.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada maut ditempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat.

“Pihak kami menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan siasatan masih dijalankan di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/perak/content/story9393888.asp

Remaja dijel dua tahun curi telefon bimbit



GEORGETOWN - Seorang remaja dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas kesalahan mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang gadis, April lau.

Bagi pertuduhan itu, Daniel Raj Santhanasamy, 22, menukar pengakuan bersalah sebelum prosiding bicara yang ditetapkan semalam.

Tertuduh dari Flat Jalan Sungai Dua, Gelugor di sini, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Sitarun Nisa yang menerima pengakuan bersalah Daniel kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 23 April, lalu.

Pada 29 April lalu, dia dituduh mencuri sebuah telefon bimbit jenama Nokia bernilai RM400 milik Nur Ayuni Alyas, 21, berhampiran simpang masuk ke Taman Lip Sin, Jalan Bukit Gambir, kira-kira jam 3.45 pagi, 23 April 2011.

Bagi kesalahan itu, dia disabitkan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh 14 tahun dan denda atau sebat.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mukhriz Mat Rus.
http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9393857.asp

RM500 cekup pencuri kabel



PUCHONG – Ganjaran RM500 ditawarkan Kepolisan Masyarakat (CP) Selangor kepada penduduk Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara 6, di sini yang berjaya menangkap individu atau pihak yang mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di pangsapuri berkenaan.

Difahamkan, tawaran itu dibuat berikutan lebih 10 kes sama dilaporkan di kawasan itu menyebabkan TM terpaksa menanggung kos kerugian hampir puluhan ribu ringgit.

Kejadian terbaru berlaku Sabtu lalu, apabila 10 lagi kabel yang diletakkan dalam sebuah bilik berkunci dipotong menyebabkan ratusan rumah penduduk terputus sambungan talian telefon tetap.

Pengerusi CP Selangor, Kuan Chee Heng berkata, beliau kecewa melihat sikap segelintir pihak yang sanggup merosakkan harta benda awam hanya untuk mendapat hasil yang sedikit berbanding kerugian terpaksa ditanggung agensi bertanggungjawab untuk membaik pulihnya.

“Saya menerima aduan berkenaan kekerapan kabel di sini dicuri dan kes yang berlaku semalam bukanlah pertama kali.

“Selain menawarkan ganjaran itu, kita akan menyusun strategi dengan persatuan penduduk untuk meningkatkan kawalan di kawasan pangsapuri,” katanya kepada Sinar Harian.

Chee Heng berkata, pihaknya juga akan meminta kerjasama polis untuk membuat operasi secara terperinci untuk tentukan sekiranya ada penagih dadah menetap di kawasan itu.

“Kita juga akan membuat kempen dan menubuhkan jawatankuasa pemantauan terdiri daripada penduduk untuk menjaga dan melindungi harta benda awam di pangsapuri berkenaan.

“Saya nampak vandalisme berlaku secara berleluasa di kawasan ini dengan dinding diconteng, tangga dipenuhi air kencing dan punat suis lif dirosakkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Kita akan cuba meminta bantuan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk mengecat kembali dinding yang dipenuhi dengan tulisan dan gambar-gambar tidak senonoh di pangsapuri itu,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/selangor/content/story9394313.asp

Pemuda maut motosikal terbabas



KUANTAN- Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ke kiri jalan di Jalan Jabor-Sungai Ular, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Muhammad Zaki Mohamad, 22 berasal dari Taman Tas menunggang motosikal jYamaha dari arah Jabor menuju ke Kemaman.

Ketua Turus Trafik Pahang, Deputi Superintendan Mohd Najid Jusoh berkata, motosikal mangsa turut merempuh besi pengadang jalan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.

Menurutnya, sebaik sampai tempat kejadian, mangsa dipercayai tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh besi pengadang jalan.

“Mangsa yang cedera parah itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu yang sah namun dia memakai topi keledar ketika kejadian.

“Siasatan berhubung kes berkenaan masih dijalankan dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.http://www.sinarharian.com.my/sh/pahang/content/story9393243.asp

Tiga parah pada malam Ramadan



MARANG – Seramai tiga orang parah dan dua cedera ringan apabila dua Proton Iswara dan sebuah Proton Waja terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Kampung Gong Balai, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu, pemandu Proton Iswara, Mohd Syafiq Mohd, 22, patah paha kanan dan penumpang kereta tersebut yang juga adik perempuannya, Khairun Nadihah, 19, cedera pada kepala dan anggota badan.

Manakala pemandu sebuah lagi Proton Iswara, Mohd Saiful Islam Abd Razak, 21, juga mengalami patah paha kanan dan dua penumpang kereta itu, Mohd Yusuf Abd Razak, 23, dan Shukri Mat Naib, 22 mengalami kecederaan ringan pada muka dan badan.

Kedua-dua pemandu dan seorang penumpang itu cedera parah selepas masing-masing tersepit dalam kenderaan mereka yang remuk dan ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan.

Ketua Polis daerah Ma-rang, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. http://www.sinarharian.com.my

Mayat wanita tanpa pakaian



DUNGUN – Penduduk yang tinggal di sekitar pekan lama Kuala Dungun gempar seketika berikutan penemuan mayat seorang wanita terdampar tepi pantai berdekatan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Kwang Hwa, dekat sini, lewat petang semalam.

Mangsa yang dipercayai berbangsa Cina berdasarkan warna kulit ditemui penduduk kampung kira-kira jam 6.15 petang dalam keadaan terlentang atas pasir tanpa pakaian berdekatan� benteng pemecah ombak.

Sebaik menerima maklumat, polis bergegas ke lokasi terbabit untuk menjalankan siasatan awal.

Seorang saksi yang sempat ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan, Tan Lam Bee, 67, berkata, dia mendapat tahu berita penemuan mayat itu daripada seorang penduduk, sebelum bergegas ke situ untuk mengenal pasti identiti mangsa.

“Masa itu saya ada di rumah, ada orang beritahu saya, jumpa mayat di tepi pantai. Jadi saya terus datang ke sini.

“Sebaik sampai, saya lihat mayat manusia dalam keadaan terlentang. Saya tidak kenal mangsa, tetapi kalau tak silap saya pernah nampak dia di kawasan ini,” katanya yang masih kelihatan� cemas setelah melihat keadaan mayat itu.

Sementara itu Ketua Polis daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika ditemui di lokasi terbabit mengesahkan kejadian itu dan kes masih dalam siasatan pihaknya.
http://www.sinarharian.com.my

Terkejut skrin telefon bimbit tertera imej pelik



KOTA BHARU - Seorang bapa kepada tiga anak, Aziram Ibrahim, 41, terkejut apabila mendapati skrin telefon bimbitnya tertera imej pelik seperti lembaga yang mempunyai dua biji mata merah sedang memerhati ke arahnya.

Aziram memperolehi gambar tersebut ketika merakamkan gambar salah sebuah rim tayar kereta kancil miliknya malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 pagi itu hanya disedari setelah dia mendekatkan paparan imej yang dirakamkan dalam telefon bimbitnya itu.

Menurut Aziram, seperti kebiasaannya dia bersama dua rakannya akan mengunjungi kolam memancing di Kampung Tiong, untuk mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti terbabit.

“Ini merupakan kejadian pertama sepanjang saya memancing di kawasan itu yang terletak hanya beberapa kilometer dari rumah saya di Pasir Hor.

“Pada hari kejadian hanya tiga orang berada di kawasan itu yang berkeadaan suram dan sunyi pada waktu pagi itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, ketika kejadian, dia sedang berbual dengan dua rakannya sambil menunggu hasil tangkapan pada pagi itu.

“Untuk menghilangkan rasa bosan saya merakamkan gambar rim tayar kereta Kancil milik saya, namun ketika melihat gambar terbabit saya terkejut kerana bukan imej tayar yang ada pada skrin telefon saya.

“Pengalaman ini agak menyeramkan diri saya, namun ia tidak mengganggu urusan harian saya,” katanya.

Katanya, dia pernah mendengar cerita mengenai tempat terbabit melalui kenalannya yang menjadi tempat tinggal ‘lembaga’ berkenaan.
http://www.sinarharian.com.my

Kereta penyeludup terbakar



KOTA BHARU- Dua kereta penyeludup minyak terlibat dengan kemalangan dan kebakaran dalam dua kejadian berasingan di Pasir Pekan, Tumpat dan Kota Bharu.

Kedua-dua kejadian yang melibatkan kereta jenis Proton Saga dan Honda Civic berlaku antara jam 7.50 pagi hingga 1.20 petang.

Dalam kejadian di Kampung Pasir Pekan, kereta jenis Proton Saga bertindak merempuh sebuah rumah ketika cuba melarikan diri daripada penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Kepenggunaan (KPDNKK) yang mengekorinya dari sebuah stesen minyak berdekatan.

Pengarah KPDNKK, Fauzi Haron berkata, kejadian berlaku apabila lelaki terbabit menyedari keretanya diekori kenderaan pegawainya yang mengekori sejauh dua kilometer.

Beliau berkata, sebelum kejadian, kereta penyeludup terbabit dikatakan merempuh kenderaan KPDNKK yang cuba menghalang pergerakan mereka.

“Ketika itu, kereta penyeludup terbabit mengisi minyak di salah satu kaunter sebelum menyedari kehadiran pasukannya.

“Apabila salah seorang lelaki terbabit menyedari kehadiran pegawai saya, dia bertindak masuk ke dalam kereta lalu merempuh kenderaan kita sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika mengekori kereta terbabit, pemandu dan penumpang itu kemudian terjun dan melarikan diri ke dalam semak manakala keretanya merempuh sebuah rumah.

Katanya, hasil pemeriksaan di dalam kereta terbabit mendapati tangki telah diubahsuai untuk tujuan berkenaan dan pasukannya kemudian membawa kereta terbabit ke stor KPDNKK untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian lain, sebuah kereta yang disyaki milik penyeludup mengalami kebakaran kecil selepas mengisi petrol di sebuah stesen di Kampung Pintu Geng, dekat sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.50 pagi, ketika pemandu kereta terbabit yang disyaki penyeludup siap mengisi minyak dan menyedari keretanya berasap.

Lelaki terbabit kemudian menghidupkan enjin sebelum bertindak menolak keretanya ke dalam parit berdekatan dan melarikan diri.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Mat Riffin Mamat, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.57 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bersama lima anggota.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, pasukannya mendapati kebakaran kecil berlaku terhadap sebuah kereta jenis Honda Civic.

Katanya, pihaknya kemudian melakukan semburan dan mendapati, kereta terbabit mempunyai dua tangki yang diubahsuai. Punca kejadian masih disiasat dan kerugian dianggarkan RM5,000.
http://www.sinarharian.com.my

80 dibunuh tentera



DAMSYIK - Rakyat Syria memulakan ibadah puasa dengan suasana penuh muram, semalam apabila tentera negara itu merempuh masuk ke bandar Hama dan membunuh sekurang-kurangnya 80 orang awam.

Tragedi terbaru itu adalah yang terburuk sejak kebangkitan rakyat menentang Presiden Bashar Al-Assad bermula, Mac lalu.

Menurut aktivis, tentera Syria menggunakan kereta kebal bagi menyerang penunjuk perasaan di Hama, iaitu bandar sama di mana bapa Assad mematahkan revolusi menentangnya, 29 tahun lalu.

Tentera Syria mengepung bandar itu selama sebulan sebelum melancarkan serangan sehari sebelum Ramadan bermula, kelmarin.

Namun kerajaan Syria menegaskan tentera memasuki Hama untuk mengusir kumpulan bersenjata yang mengancam penduduk.

Pasar raya kerugian hampir setengah juta



KUANTAN - Enam lelaki melarikan wang tunai berjumlah kira-kira RM500,000 dari sebuah pasar raya di Batu 6, Jalan Gambang di sini awal pagi semalam.

Para perompak dikatakan mengikat dua pengawal keselamatan yang bertugas di situ sebelum memasuki pasar raya berkenaan melalui pintu belakang.

Menurut Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri, kejadian berlaku kira-kira 1.30 pagi.

"Enam lelaki berkenaan bersenjatakan parang, pisau dan batang besi serta turut menutup muka mereka dengan kain.

"Setelah mengikat kedua-dua pengawal keselamatan tersebut, kesemua mereka masuk ke bahagian pejabat sebelum memecahkan peti besi dan melarikan wang tunai yang merupakan hasil kutipan hujung minggu pasar raya berkenaan," katanya.

Noor Asyikin berkata kejadian tersebut dilaporkan setelah pengawal keselamatan itu berjaya melepaskan diri daripada ikatan pada 4 pagi sebelum membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading. - Bernama

Pakai 20 tangkal


PELIK...antara tangkal kepunyaan suami Azrina yang diperoleh daripada wanita yang mengaku dirinya malaikat.
PELIK...antara tangkal kepunyaan suami Azrina yang diperoleh daripada wanita yang mengaku dirinya malaikat.


KULAIJAYA: Akibat taksub dengan ajaran tarekat disebarkan seorang wanita yang mengaku dirinya malaikat dan pemegang kunci pintu syurga, seorang lelaki nekad berhenti kerja dan mengabaikan tanggungjawab sehingga isterinya hidup serba kekurangan.
“Dia kerap menghilangkan diri berbulan-bulan kononnya kerana ingin beramal mencari pahala,” kata isteri lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azrina.
Wanita berusia 40 tahun itu berkata, suaminya, Mohamed, 44, juga banyak melakukan perkara bertentangan ajaran Islam termasuk melakukan pemujaan hingga ke Indonesia.

“Dia melakukan pemujaan di makam, upacara korban binatang dan mencari harta karun hingga ke Aceh sebagai cara mendekati ‘malaikat’ itu sedangkan anak dan isteri di rumah hidup melarat,” katanya.


Azrina berkata, Mohamed bukan saja lupa tanggungjawab sebagai ketua keluarga, malah bersikap pelik dengan memakai lebih 20 tangkal termasuk diperbuat daripada bulu binatang kononnya sebagai pendinding dan pelaris.
http://www.hmetro.com.my/articles/Pakai20tangkal/Article

2 sahabat maut nahas motosikal


PILU... Esah Rosman tidak dapat menahan kesedihan meilhat anaknya, Mohd Saiful  yang dilanggar kereta di tempat kejadian, semalam.
PILU... Esah Rosman tidak dapat menahan kesedihan meilhat anaknya, Mohd Saiful yang dilanggar kereta di tempat kejadian, semalam.


SEGAMAT: Dua sahabat maut pada hari pertama Ramadan dengan seorang daripadanya terbunuh di tempat kejadian manakala rakannya maut selepas hampir lima jam bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat selepas mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya di persimpangan Kampung Jawa petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, penunggang motosikal, Mohd Shadan Mohd Adam, 20, maut selepas lima jam dirawat di ICU Hospital Segamat akibat cedera parah di kepala dan badan manakala rakannya yang membonceng, Mohd Saiful Suhadi, 24, meninggal dunia di tempat kemalangan akibat cedera parah di seluruh anggota badan.

Menurut sumber polis, motosikal Yamaha RD 250 yang ditunggang Mohd Shadan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan Proton Gen.2 dari arah Felda Medoi menuju ke bandar ini tidak dapat mengelak lalu bergesel dengan motosikal ditunggang mereka.

Katanya, akibat rempuhan itu dua sahabat berkenaan cedera parah dengan Mohd Saiful meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Shadan dikejarkan ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mohd Shadan yang cedera parah di kepala dan badan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 malam tadi (semalam). Jenazah dua sahabat dari Kampung Jawa di sini dihantar ke rumah mayat untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mereka yang melihat kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kelindan mati berlumuran darah dalam bilik air


SEREMBAN: Seorang kelindan lori ditemui mati dengan kepalanya berlumuran darah di dalam bilik air sebuah rumah di Taman Seremban Jaya di sini, kelmarin.
Difahamkan, mayat mangsa, C Nanthakumar, 20-an, dijumpai dalam keadaan terbaring seorang rakannya, kira-kira jam 6.30 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Zazali Hashim berkata, siasatan awal pihaknya mendapati lelaki berkenaan meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala.

“Mayat mangsa ditemui seorang rakannya yang datang ke rumah berkenaan sebelum membuat laporan polis.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai berseorangan dalam rumah berkenaan yang juga milik seorang rakannya,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati keadaan rumah tidak berselerak dan tiada sebarang tanda dimasuki penjenayah.


“Buat masa ini, kami belum menemui sebarang senjata dan sedang mengenal pasti berapa ramai suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Namun, kami sudah menemui beberapa petunjuk selepas menyoal siasat rakan mangsa dan saksi,” katanya.

Kata Zazali, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
http://www.hmetro.com.my

Lapan pegawai imigresen bebas


PUTRAJAYA: Lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 antara 10 hingga 12 Oktober tahun lalu kerana disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan manusia, akan dibebaskan hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pembebasan mereka akan dilakukan secara berperingkat.

“Saya memutuskan untuk membebaskan lapan orang pegawai terbabit. Buat permulaan, tiga orang pegawai akan dibebaskan, manakala selebihnya dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Hishammuddin berkata, pembebasan itu dibuat selepas KDN mendapati semua tahanan terbabit menunjukkan kesedaran dan keinsafan atas kesilapan mereka.

Malah, katanya, mereka berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan serta memberikan kerjasama baik kepada polis dalam usaha memerangi kegiatan penyeludupan manusia di negara ini.

“Penahanan mereka sebelum ini mengikut ISA 1960 selaras pendirian kerajaan mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini, sekali gus membolehkan siasatan menyeluruh dibuat khususnya terhadap sindiket penyeludupan warga asing dan urusan keluar masuk.


“Tindakan ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk membuktikan kepada masyarakat di negara ini serta masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia amat komited memerangi aktiviti penyeludupan manusia,” katanya. Dalam hubungan itu, katanya, pihak berkuasa di Malaysia akan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang usaha menjadikan negara ini sebagai pusat transit bagi kegiatan berkenaan.

“Pada masa yang sama, saya mengingatkan pegawai serta kakitangan yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan di pintu masuk negara supaya melaksanakan tugasdengan penuh amanah. “Jangan sesekali mengkhianati negara ini semata-mata ingin mengejar kemewahan hidup,” katanya.
http://www.hmetro.com.my

‘Datuk’ licik tipu ahli perniagaan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas bergelar ‘Datuk’ berusia awal 60-an dikatakan mampu mengaut keuntungan puluhan juta ringgit selepas memperdaya puluhan ahli perniagaan melabur dalam perniagaan berasaskan tiket penerbangan dianjurkannya sebelum menghilangkan diri.
Difahamkan, lelaki putar alam yang sudah menjalankan skim pelaburan itu hampir setahun lalu dikatakan turut dibantu isterinya berusia awal 30-an dengan hanya menyasarkan ahli perniagaan sebagai mangsa.

Pasangan suami isteri itu mendakwa mempunyai keupayaan membeli tiket penerbangan ke seluruh dunia pada harga murah sebelum menjualnya semula kepada orang ramai pada harga tinggi.

Bagi meyakinkan mangsa, pasangan suami isteri itu dikatakan akan bergaul dengan golongan sasarannya selama beberapa bulan dan sepanjang pergaulan itu, mereka berusaha menunjukkan kemewahan bagi menarik minat mangsa untuk bertanyakan jenis perniagaan dijalankan.

Kesempatan itu akhirnya digunakan suspek untuk memperkenalkan skim pelaburan anjurannya yang kononnya menjanjikan pulangan sehingga lebih 50 peratus bagi setiap pelaburan. Malah, pasangan suami isteri itu juga memperkenalkan sistem pinjaman persahabatan dan pelaburan dipercayai bagi menambah keyakinan pelabur menyertai skim dijalankannya.

Menurut sumber, dalam kejadian terbaru, seorang ahli perniagaan berusia 58 tahun mendakwa kerugian lebih RM2 juta manakala rakannya berusia 55 tahun rugi hampir RM800,000 selepas menyertai pelaburan berkenaan.


“Mangsa dan rakannya itu terpengaruh menyertai skim berkenaan selepas dijanjikan pulangan lebih 50 peratus bagi setiap pelaburan. Mereka hanya diminta membuat pelaburan sebelum menunggu keuntungan dimasukkan dalam akaun masing-masing setiap hujung bulan,” katanya.

Sumber itu berkata, dua mangsa berkenaan dikatakan tidak mengesyaki niat sebenar pasangan suami isteri itu yang kononnya mahu berkongsi keuntungan, selain memerlukan dana besar untuk perniagaan mereka sebelum mangsa bersetuju melabur.
http://www.hmetro.com.my

Sandiwara longgar skru


DICURI...besi penghadang yang ditanggalkan pencuri di  susur keluar MRR2 menghala Jalan Taman Bukit Maluri.
DICURI...besi penghadang yang ditanggalkan pencuri di susur keluar MRR2 menghala Jalan Taman Bukit Maluri.
KUALA LUMPUR: Lagak mereka seperti pekerja penyelenggaraan jalan raya, namun jika diamati mereka mencuri besi penghadang jalan dengan membuka skru besi di sepanjang susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala Jalan Taman Bukit Maluri, di sini.
Perbuatan itu menyebabkan banyak besi penghadang yang menjadi penghalang atau penebat kenderaan yang terbabas daripada jatuh ke bawah jejambat hilang dan keadaan itu mengundang kebimbangan di kalangan pengguna lebuh raya berkenaan.

Foto
HILANG...penutup longkang di kawasan berteduh motosikal dikebas pencuri.
Tinjauan Metroplus mendapati banyak penghadang jalan di lebuh raya yang menghubungkan Sungai Buloh dan Batu Caves, lesap.
Peniaga, Lim, 43, berkata perbuatan itu dilakukan sekumpulan lima hingga tujuh orang yang berlakon seperti pekerja penyelenggara lebuh raya termasuk menggunakan jaket keselamatan.

“Operasi mereka bermula pada siang hari dan mereka seolah-olah menyelenggara lebuh raya, tetapi mereka cuba melonggarkan dan membuka skru besi penghadang.

“Kemudian pada tengah malam mereka datang semula ke kawasan sama dan membuka besi yang dilonggarkan itu sebelum dijatuhkan ke bawah jejambat dengan ada anggota kumpulan mereka menunggu dengan lori. “Besi yang dijatuhkan itu dimuatkan ke dalam lori untuk dijual kepada peraih besi buruk,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Foto
BERBAHAYA...besi penghadang lebuh raya tinggal tiang saja.

Pengguna lebuh raya berkenaan, Ahmad Sajali, 34, berkata kecurian besi penghadang itu menyusahkan pengguna jalan raya.

“Disebabkan tindakan mencuri besi penghadang memungkinkan kemalangan jalan raya bertambah teruk. Saya berharap pihak berkuasa terutama polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pengurusan lebuh raya peka dengan masalah ini kerana ia berlarutan sejak setahun lalu, tapi besi penghadang yang dicuri belum diganti,” katanya. Menurutnya, pihak berkuasa perlu kerap membuat pemantauan termasuk melakukan rondaan dan pemeriksaan di kawasan terbabit bagi mencegah kecurian daripada berterusan.
Difahamkan, individu sama turut mencuri besi penutup longkang di hentian motosikal (laluan berteduh dari hujan) di bawah jejambat sama menyebabkan longkang tidak bertutup dan boleh menyebabkan kemalangan motosikal terutama waktu malam dan gelap.

Sementara itu, Pegawai Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Zurida Hashim, berkata pihaknya sudah mengenal pasti lokasi kehilangan penghadang jalan terbabit dan mengesahkan ia di bawah penyelenggaraan pihaknya. “DBKL akan melakukan kerja pembaikan dengan menggantikan penghadang besi jalan yang hilang. Ia dijangka siap dalam dua bulan kerana besi itu perlu ditempah dari kilang mengikut bentuk asal. Selain itu, bahagian skru akan dikimpal bagi menyukarkan ia dibuka, sekali gus mengelakkan dicuri lagi,” katanya.
http://www.hmetro.com.my

Perkenalan maut

KULIM: Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan.
Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.


Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahuntidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka.
http://www.hmetro.com.my

Juruwang, sepupu subahat mencuri

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang juruwang sebuah pasar raya bersubahat dengan sepupu lelakinya untuk melarikan barangan dari tempat kerjanya terbongkar selepas saudaranya itu ditahan pengawal keselamatan di pintu keluar premis berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, seorang lelaki berusia 20-an mengambil beberapa barangan dalam keadaan mencurigakan sebelum menuju kaunter pembayaran dikendalikan sepupunya yang juga juruwang pasar raya berkenaan.

Sumber berkata, selepas lelaki itu beredar dari kaunter bayaran, penyelia pasar raya berkenaan yang memerhatikan gerak-geri suspek membuat pemeriksaan resit di kaunter sama sebelum mendapati suspek hanya membuat bayaran untuk satu paket gula manakala tiga lagi barangan lain dibatalkan.

Menurutnya, penyelia itu meminta pengawal keselamatan memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) dan melihat meskipun lelaki terbabit meletakkan semua barangan dipilih di kaunter pembayaran, namun pembayaran hanya untuk satu barang.

“Disebabkan itu, wanita berusia 23 tahun terbabit dipanggil untuk disoal siasat sebelum mengaku bersubahat dengan suspek yang juga sepupunya untuk membawa keluar barangan itu tanpa membuat pembayaran,” katanya.

Katanya, semua barangan dicuri itu bernilai kira-kira RM250 dan kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Brickfields untuk tindakan lanjut.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
http://www.hmetro.com.my

Empat maut dalam letupan bom di India

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat maut dalam letupan bom di kawasan pasar timur laut wilayah Manipur yang sering diancam kumpulan militan sejak beberapa dekad lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Clay Khonghai, berkata lima lain mengalami kecederaan dalam letupan berdekatan ibu negeri wilayah Imphal.
“Saya boleh mengesahkan empat orang terbunuh dan lima cedera. Kami mengesyaki pembabitan kumpulan pemisah dalam serangan itu, “katanya
Setakat ini tiada ahli kumpulan militan Manipur mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan. - AFP
http://www.bharian.com.my

Pelajar UIA ditemui mati dalam bilik asrama


ANGGOTA polis mengusung mayat Mamadou yang ditemui mati di bilik asramanya di UIAM, Gombak, semalam.

ANGGOTA polis mengusung mayat Mamadou yang ditemui mati di bilik asramanya di UIAM, Gombak, semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang mengikuti jurusan ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, ditemui mati di dalam bilik asramanya di Blok D, Kolej Bilal, tengah hari semalam.

Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, seorang warga negara Guinea, ditemui penyelia asramanya selepas dimaklumkan penuntut lain mengenai bau busuk yang datang dari bilik mangsa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati sejak seminggu lalu, tetapi mayatnya hanya ditemui tengah hari semalam.
“Tiada sebarang unsur pecah masuk mahupun unsur pergelutan, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan mangsa mati disebabkan penyakit,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa, Mamadou pernah menerima rawatan di klinik UIAM dan hospital berhampiran bagi penyakit sawan yang dihidapinya sejak kecil.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.
http://www.bharian.com.my

168 penumpang kapal sempat diselamatkan

MANILA: Pengawal pantai Filipina dan nelayan menyelamatkan 168 orang dalam kapal penumpang yang senget selama tiga jam sebelum karam awal pagi kelmarin di Filipina.

Kapal keluli M/V Asia Malaysia dalam perjalanan dari tengah wilayah Cebu ke Iloilo itu untuk kunjungan lawatan semalaman senget ke kanan, Subuh Ahad lalu, kata ketua pengawal pantai, Laksamana Ramon Liwag. Punca masalah tidak diketahui.

Kapten kapal menghantar panggilan kecemasan kepada pengawal pantai dan mengarahkan semua penumpang dan krew kapal meninggalkan kapal seberat 2,400 tan yang condong kira-kira enam kilometer daripada destinasi sebelum karam, kata jurucakap pengawal pantai, Leftenan Komander Algier Ricafrente.
Kapal pengawal pantai, nelayan dan dua kapal penumpang menyelamatkan 168 penumpang dan krew. – AP
http://www.bharian.com.my

Apa kami nak makan?


SEBAHAGIAN daripada hampir 400 pekerja Dawama berpiket selepas diarah bercuti tanpa gaji di Hulu Klang semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 380 pekerja syarikat percetakan dan pemasaran buku, Dawama Sdn. Bhd. (Dawama) di Hulu Klang dekat sini kini hilang punca pendapatan apabila diberi notis cuti tanpa gaji dengan tiada tempoh tamat berkuatkuasa mulai semalam.
Tindakan itu sekali gus mencetuskan kesedihan di kalangan pekerja dan keluarga masing-masing yang kesemuanya beragama Islam memandangkan ia dilakukan tanpa notis serta serentak dengan hari pertama umat Islam berpuasa semalam.
Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama, Zainal Alwit berkata, pihak pengurusan hanya memberi alasan syarikat menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan operasi harian termasuk bayaran gaji kakitangan.
"Sehingga kini, pihak syarikat tidak memberikan kata putus sampai bila cuti tanpa gaji ini dibuat.
"Soalnya, sampai bila hendak tunggu? Bagaimana kami boleh menampung kos sara hidup keluarga lebih-lebih lagi Aidilfitri semakin hampir," katanya ketika ditemui di pekarangan kilang syarikat itu semalam.
Sebelum itu, seramai 80 kakitangan menyertai demonstrasi aman di hadapan kilang sebagai membantah keputusan syarikat.
Dawama yang beroperasi sejak September 2002 diberi kontrak mencetak serta mengedarkan buku dan majalah terbitan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) melalui kontrak yang akan berakhir pada 2014.
Zainal berkata, terdapat sebilangan kakitangan menerima surat daripada bank menyatakan mereka tidak melunaskan pinjaman peribadi sedangkan potongan gaji dilakukan syarikat bermula November 2010 sehingga Februari lalu.

Dua sahabat ke tali gantung

GEORGE TOWN - Hubungan dua sahabat baik bakal berakhir di tali gantung setelah kedua-dua mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas kesalahan mengedar ganja.
Shamshir Jamaluddin, 31, dan Zailani Zainal, 33, didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Hakim Datuk Zamani Abd. Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.
Dalam penghakiman ringkasnya, Zamani berkata, pembelaan kedua-dua tertuduh bersifat penafian semata-mata.
"Shamshir menafikan dia telah berunding dengan sumber polis yang telah menyamar dan bertindak sebagai pembeli pada 11 Februari 2009 di Restoran Khaleel, di tepi pantai dan juga di Restoran Pelita.
"Dia juga nafikan membawa bungkusan plastik FOS yang berisi kanabis kira-kira pukul 10 malam serta mendakwa tidak mengetahui isi kandungan plastik itu semasa dia di dalam kereta Zailani," ujarnya.
Beliau berkata, mahkamah memutuskan dadah yang dijumpai adalah dimiliki Shamshir dan Zailani setelah meneliti keterangan saksi polis yang kredibel.
Sahmshir dan Zailani yang kelihatan tenang ketika mendengar keputusan sesekali menoleh ke galeri awam memandang ahli keluarganya.
Mereka didakwa bersama-sama mengedar ganja seberat 8.044 gram di Krystal Point Car Park, Jalan Sultan Azlan Shah, Sungai Nobong, di sini, pada 11 Februari 2009 di antara pukul 10 malam hingga 10.05 malam.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tan Guat Cheng manakala Shamshir diwakili peguam V M Ravi dan Zailani Zainal diwakili peguam Anthony Chew.
http://www.kosmo.com.my