Search This Blog

Friday, July 22, 2011

Kes Teoh: Selangor tunggu nasihat peguam - The Malaysian Insider

BANTING, 22 Julai – Kerajaan Selangor akan mendapatkan pandangan peguam sebelum melaksanakan peranan lebih proaktif berhubung hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap kematian pembantu politik Teoh Beng Hock.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim(gambar) berkata kerajaan negeri menunggu pendapat peguamnya, Malik Imtiaz Sarwar berikutan terbitan laporan suruhanjaya yang membuat kesimpulan bahawa Teoh membunuh diri dan terdesak melakukannya akibat soal siasat yang agresif dan tanpa henti oleh beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Suruhanjaya diraja itu telah menjalankan tugasnya, dan ada banyak isu teknikal yang perlu ditonjolkan agar jaminan dapat diberikan, terutama kepada rakyat Selangor, tentang betapa terperincinya hasil siasatan ini,” katanya dipetik Bernama Online.

Teoh, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor, pada 16 Julai, 2009, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Mengenai hal lain, Khalid berkata kerajaan negeri Selangor sedang menjalankan misi tinjauan fakta berhubung satu arahan setiausaha kerajaan negeri bahawa petugas awam negeri hanya boleh disoal siasat oleh SPRM di pejabat mereka masing-masing.

“Kami dalam proses mendapatkan fakta dan berharap laporan sepenuhnya dapat disiapkan dalam seminggu,” kata beliau.

Pekeliling berkenaan, ditandatangani oleh bekas setiausaha kerajaan negeri Datuk Ramli Mahmud, menyatakan, antara lain bahawa exco negeri Selangor, pada mesyuarat Julai 2009, memutuskan bahawa semua petugas yang berkhidmat di bawah pentadbiran negeri tidak dibenarkan diinterbiu oleh pegawai-pegawai SPRM di luar pejabat mereka, tetapi hanya di bangunan pejabat setiausaha kerajaan negeri.

Ia juga berkata semua pertemuan dengan pegawai-pegawai SPRM mesti dibuat antara 8 pagi dan 6.30 ptg.

Pekeliling itu menyebut bahawa keputusan exco itu termasuk memberi khidmat guaman kepada petugas awam bila mereka disoalsiasat oleh pegawai SPRM.

Pekeliling itu digubal selepas kematian Teoh.

Kes Teoh: Selangor tunggu nasihat peguam - The Malaysian Insider

Tuduhan Palsu: Mat Sabu Mahu Saman Polis

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mahu mengemukakan saman terhadap Polis Diraja Malaysia kerana mendakwanya membuat tuduhan palsu dilanggar oleh kenderaan polis ketika menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai lalu.

Beliau juga menuntut pihak polis memohon maaf atas dakwaan berkenaan. “Jika mereka masih mahu meneruskan penipuan ini... Saya tidak teragak-agak untuk saman pihak polis.

“Setelah mendapatkan nasihat daripada peguam saya, Hanipa Maidin. Saya lihat ini adalah keputusan terbaik.

"Dia (Hanipa) akan hantar notis kepada mereka (polis)," katanya kepada mStar Onlineketika dihubungi pada Jumaat.

Selain daripada memohon maaf secara terbuka, Mohamad juga mahu polis menarik balik kenyataan yang mendakwa dia membuat tuduhan palsu polis telah melanggar motosikal yang dinaikinya pada 9 Julai lalu.

Pada Khamis, polis memaparkan rakaman video yang menunjukkan pasukan keselamatan itu tidak melakukan sebarang kekerasan ketika meleraikan perhimpunan haram 9 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid berkata adalah tidak benar apabila Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa kenderaan polis telah melanggar motosikal yang dinaiki pemimpin PAS itu.

Sebaliknya daripada rakaman video yang dipaparkan itu menunjukkan motosikal yang dibonceng oleh Mat Sabu tidak dilanggar Pajero polis seperti didakwa tetapi ketika melakukan pusingan U motosikal itu terkena 'fender' Pajero polis di kawasan Perumahan Seri Persekutuan, yang akhirnya menyebabkan motosikal itu hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan.

Justeru, Salleh berkata pihak polis juga tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan belia pura-pura cedera, beliau berkata: “Takkan saya pura-pura duduk atas kerusi roda dan mahu lutut saya dimasukkan skru….Ini bukan satu drama.”

Pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor minggu lalu, Mat Sabu hadir dengan memakai kain pelikat dan berkerusi roda

Beliau mendakwa lututnya cedera tisu kaki kanannya terkoyak apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh kenderaan polis ketika menyertai Perhimpunan Bersih 2.0. Mohamad berkata sekiranya tiada tindakan diambil oleh pihak polis untuk menarik semula tuduhan ke atasnya maka beliau akan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

"Jika tidak kita akan jumpa dengan mereka di mahkamah," katanya.

mStar Online : Tuduhan Palsu: Mat Sabu Mahu Saman Polis

Kes Penyelia Asrama Dituduh Bunuh Pelajar Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

KANGAR: Mahkamah Majistret di sini Jumaat membenarkan kes seorang penyelia asrama yang dituduh membunuh pelajar tahun satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Jejawi dekat sini pada Mac lepas, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hanif Mohd Ali, 26, yang berasal dari Perak, dituduh membunuh kanak-kanakberusia tujuh tahun itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Islamal-Furqan, Jejawi antara 6 petang dan 12 tengah malam pada 31 Mac.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman matimandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Nurshahida Abd Rahim membenarkan kes itu dipindahkan ke MahkamahTinggi selepas menerima permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohd Sabri.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Fiokri Abd Rahman dan Zulmi Sabri. – BERNAMA

mStar Online : Kes Penyelia Asrama Dituduh Bunuh Pelajar Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

Kematian AminulRasyid: Penembak Sebenar Tidak Dapat Dikenal Pasti

SHAH ALAM: Bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian (CSI), Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan berpendapat penembak sebenar yang telah menyebabkan kematian pelajar AminulRasyid Amzah dalam satu kejadian tembakan tahun lalu, tidak dapat dikenal pasti.

Amidon, 60, menambah, ia ekoran keterangan yang dikemukakan pada perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini, telah menunjukkan terdapat dua penembak dan tiga buah kereta peronda polis (MPV) yang terlibat dalamkejadian tersebut.

"Berdasarkan laporan kimia, terdapat dua senjata api telah dihantar untuk proses analisis. Ini menimbulkan pertanyaan kepada diri saya sebagai seorang pengamal sains forensik.

"Anak peluru daripada kepala mangsa tdak dapat dikenal pasti datang dari senjata yang mana. Perkara itu disahkan oleh Jabatan KimiaMalaysia bahawa anak peluru yang diterima daripada hospital tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana senjata," katanya pada Jumaat.

Amidon yang memberi keterangan selaku saksi pembelaan kedua juga memberitahu, salah satu aspek yang menggagalkan siasatan CSI Selangoradalah apabila tiada ujian sisa tembakan (GSR) dilakukan sebaik sahaja kejadian berlaku.

Menjawab soalan peguam Salim Bashir, Amidon juga berpendapat bahawa Pegawai Penyiasat Forensik daripada pasukan CSI Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Cif Inspektor Mazli Jusob @ Che Kob tidak melakukan siasatanyang 'begitu rapi' walaupun berpeluang untuk berbuat demikian kerana merupakan antara individu pertama yang tiba di tempat kejadian.

Beliau menambah, prosedur standard bagi kes tembakan melibatkan anggota polis juga tidak diikut dengan sempurna.

"Mengikut prosedur, senjata api, pakaian orang yang menembak dan kereta MPV yang terlibat perlu dirampas di tempat kejadian.

"Ujian GSR juga perlu dilakukan di tangan anggota-anggota MPV dan cermin belakang kereta mangsa (AminulRasyid maut selepas satu peluru menembusi cermin belakang kereta dan terkena di kepalanya) supaya analisis seterusnya dapat dilakukan sebaik mungkin.

"Mengikut prosedur, lakonan semula dengan menggunakan trajektori (ujian menentukan arah tembakan) perlu dilakukan untuk mendapatkan sudut tembakan sebelum kedudukan kereta mangsa diubah," katanya.

Seterusnya, Amidon juga memberitahu ujian trajektori yang dilakukanoleh pasukan CSI Selangor hanya 'sebahagian daripada apa yangsepatutnya dilakukan'.

Menjelaskan perkara itu, saksi menambah, trajektori terbabit hanyadilakukan pada bahagian kemasukan peluru di cermin belakang, sedangkanadalah lebih wajar jika ujian berkenaan dilakukan untuk mencari suduttembakan.

"Dalam kes ini, CSI tidak menarik ke belakang sedikit kesan trajektoriuntuk mendapatkan sudut tembakan. Oleh itu, saya berpendapat lakonansemula kejadian tidak dilakukan sepenuhnya," katanya.

Amidon juga memberitahu, jika semua prosedur diikut dengan sempurna,anak peluru di dalam kepala mangsa akan dapat 'dikahwinkan' dengansenjata penembak yang telah menyebabkan kematian pelajar tingkatantiga tersebut.

Semasa disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani,saksi memberitahu bahawa kegagalan pihak CSI untuk mengutip pelurusecepat mungkin akan menjejaskan siasatan kerana terdapat kemungkinanpeluru itu dipijak dan satu kesan calar boleh menjejaskan prosesanalisis.

Perbicaraan pada Jumaat juga menyaksikan Amidon yang terlibat dalampelbagai kes berprofil tinggi seperti pembunuhan Canny Ong danAltantuya Shaariibuu agak beremosi apabila kepakarannya dalammemberikan keterangan selaku pendapat kedua dipersoalkan oleh Idham.

"Dahulu keterangan saya digunakan oleh pihak pendakwaan. Tetapisekarang... Saya minta maaf puan hakim. Hari ini saya dicemarkan,"kata Amidon.

Idham kemudiannya meminta saksi untuk tidak mengikut emosi keranatugas mereka di mahkamah adalah untuk mendapatkan keadilan kepadamangsa.

Amidon yang terkenal dengan sifatnya yang gemar berdiri semasa memberiketerangan juga tidak bersetuju dengan cadangan Idham bahawa tidakadil untuk beliau memberi komen terhadap PDRM memandangkan saksi kinitidak lagi berkhidmat dengan pasukan beruniform itu.

Beliau berkata: "Tidak patut untuk mengatakan saya tidak boleh memberikomen kerana jika tidak, bagaimana hendak maju? Saya berhak untukmemberikan pendapat, terpulang kepada mahkamah untuk membuatkeputusan."

Sebaik sahaja Amidon memberi keterangan, Salim memberitahu bahawapihaknya tidak akan memanggil saksi lain dan berhasrat untuk menutuppembelaan mereka.

Selain Amidon, pihak pembelaan juga memanggil Ketua PenolongPengarah, Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaan, Jabatan SiasatanJenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten KomisionerDatuk Razali Basri sebagai saksi untuk menyokong keterangan yangdiberikan oleh tertuduh, Koperal Jenain Subi.

Jenain, 49, didakwa menyebabkan kematian AminulRasyid, 15, pada antarapukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11di sini.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yangmemperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakandenda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu apabila melepaskan 21 dastembakan ke arah kereta BET 5023 yang dipandu oleh mangsa tanpapengetahuan keluarganya.

Kereta tersebut pada awalnya dikejar oleh unit MPV kerana didakwaenggan mematuhi arahan polis supaya berhenti, selain dipandu dalamkeadaan melulu dan melanggar lampu merah.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan 23 Ogos ini untuk mendengarhujahan diakhir pembelaan secara lisan.

mStar Online : Kematian AminulRasyid: Penembak Sebenar Tidak Dapat Dikenal Pasti

Polis Tahan Lelaki Curi Barang Elektronik Dalam Bas


BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai aktif mencuri barangan elektronik dalam bas yang diletakkan di kawasan berhampiran Pusat Renang Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) di sini dan merampas alat elektrik bernilai lebih RM20,000 dalam satu operasi awal pagi Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Barat Daya DSP Lai Fah Him berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan ketika dia sedang memindahkan barangan yang dicuri ke dalam keretanya pada pukul 1.30 pagi.
Beliau berkata sepasukan anggota polis yang menjalankan tugas Ops Pintu/Rentap bergegas sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai kegiatan lelaki terbabit dan ketika polis sampai, lelaki itu sedang memunggah barang yang dicurinya dari sebuah bas persiaran ke dalam kereta miliknya.
Lai memberitahu pemberita di sini hari ini, lelaki yang berasal dari Bukit Tengah, Bukit Mertajam dekat sini itu gagal melarikan diri kerana pasukan polis telah mengepungnya.
"Hasil pemeriksaan dalam kereta lelaki itu, polis menemui pelbagai barangan yang dicuri antaranya televisyen LCD, pemain DVD, AMP, penukul, pemutar skru dan gunting," katanya. Lai berkata hasil siasatan lanjut, polis turut menemui pelbagai lagi barangan curi di rumah lelaki itu di Bukit Tengah, antaranya dua buah televisyen plasma, dua pemain DVD, empat power AMP dan setengah guni wayar pelbagai warna.
"Lelaki itu yang pernah bekerja sebagai pemandu bas kilang menjalankan kegiatan berkenaan sejak beberapa bulan lepas seorang diri dan menjual barangan yang dicurinya kepada rakan-rakannya," katanya.
Beliau berkata lelaki yang turut mempunyai rekod jenayah berkaitan curi itu kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.-BERNAMA
mStar Online : Polis Tahan Lelaki Curi Barang Elektronik Dalam Bas

Polis tahan lelaki, rampas dadah disyaki heroin

KLUANG: Polis menahan seorang lelaki dan merampas enam paket plastik lut sinar dadah disyaki heroin selepas menyerbu sebuah rumah di Jalan Kampung Paya, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Fawzi Arshad, berkata lelaki tempatan berumur 52 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, kira-kira 2.30 petang selepas bertindak atas maklumat pengedaran dadah.
"Enam paket plastik lut sinar berisi dadah disyaki heroin seberat 33.6 gram itu ditemui di dalam lipatan kertas surat khabar di dalam genggaman tangan kanan lelaki berkenaan ketika polis membuat pemeriksaan pada tubuh badannya," katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, hari ini. Beliau berkata suspek kini direman sehingga 28 Julai depan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Dalam kes berasingan, Mohd Fawzi berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun dan merampas sejumlah dadah disyaki heroin dan syabu daripadanya di sebuah rumah di Taman Ria, Kahang, di sini, tiga hari lepas.
Beliau berkata lelaki yang sudah berkahwin tetapi tidak bekerja itu ditahan pada 12.10 tengah hari, hasil maklumat orang awam.
"Pemeriksaan di dalam rumah itu menemui sebotol plastik lut sinar berisi dadah disyaki heroin seberat 13.9 gram, sembilan paket plastik lut sinar berisi dadah disyaki heroin seberat lima gram dan 14 paket plastik lut sinar berisi dadah disyaki syabu seberat 3.7 gram yang diletakkan di atas sebuah meja," katanya.
Katanya, lelaki itu menerusi soal siasat memberitahu dadah berkenaan dibeli dari seorang lelaki yang dikenali sebagai ''Laga'' di Johor Baharu dengan harga RM2,000.
Suspek yang mempunyai tiga rekod berkaitan dadah kini direman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.- BERNAMA
Berita Harian Online | Polis tahan lelaki, rampas dadah disyaki heroin

Kes penyelia asrama dituduh bunuh pelajar dipindah ke mahkamah tinggi

Berita Harian Online | Kes penyelia asrama dituduh bunuh pelajar dipindah ke mahkamah tinggi: "KANGAR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan kes seorang penyelia asrama yang dituduh membunuh pelajar tahun satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Jejawi dekat sini pada Mac lepas, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Hanif Mohd Ali, 26, yang berasal dari Perak, dituduh membunuh kanak-kanak berusia tujuh tahun itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Islam al-Furqan, Jejawi antara 6 petang dan 12 tengah malam pada 31 Mac.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Majistret Nurshahida Abd Rahim membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas menerima permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohd Sabri. Tertuduh diwakili peguam Mohd Fiokri Abd Rahman dan Zulmi Sabri.- BERNAMA"

Dua terbunuh akibat helikopter terhempas di Sydney

SYDNEY: Dua orang terbunuh selepas sebuah helikopter terhempas akibat angin kencang dan hujan lebat melanda utara Sydney, hari ini.

Pesawat itu terhempas dalam kawasan hutan dan terjunam di tepi tebing pada hari amaran cuaca berbahaya dilaporkan berlaku di bandar terbesar Australia itu dan disifatkan paling basah dalam tempoh 52 tahun.
"Sebuah helikopter terhempas dalam kawasan hutan. Setakat ini kami boleh mengesahkan hanya dua orang terbunuh dan diharap tiada lagi," kata Pemangku Superintendan, Michael Banfield. - AFP
Berita Harian Online | Dua terbunuh akibat helikopter terhempas di Sydney

Bunuh pelajar: Kes ke mahkamah tinggi

KANGAR – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan kes seorang penyelia asrama yang dituduh membunuh pelajar tahun satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Jejawi dekat sini pada Mac lepas, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hanif Mohd Ali, 26, yang berasal dari Perak, dituduh membunuh kanak-kanak berusia tujuh tahun itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Islam al-Furqan, Jejawi antara 6 petang dan 12 tengah malam pada 31 Mac.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Nurshahida Abd Rahim membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas menerima permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohd Sabri. – Bernama

Kosmo! Online - Terkini

Polis tahan lelaki, rampas dadah heroin

KLUANG – Polis menahan seorang lelaki dan merampas enam paket plastik lut sinar dadah disyaki heroin selepas menyerbu sebuah rumah di Jalan Kampung Paya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Fawzi Arshad berkata, lelaki tempatan berumur 52 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, kira-kira 2.30 petang selepas bertindak atas maklumat pengedaran dadah.

"Enam paket plastik lut sinar berisi dadah disyaki heroin seberat 33.6 gram itu ditemui di dalam lipatan kertas surat khabar di dalam genggaman tangan kanan lelaki berkenaan ketika polis membuat pemeriksaan pada tubuh badannya,” katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, hari ini.

Beliau berkata, suspek kini direman sehingga 28 Julai depan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kes berasingan, Mohd Fawzi berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun dan merampas sejumlah dadah disyaki heroin dan syabu daripadanya di sebuah rumah di Taman Ria, Kahang, di sini, tiga hari lepas.

Suspek yang mempunyai tiga rekod berkaitan dadah kini direman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. – Bernama

Kosmo! Online - Terkini

Kegiatan jual barang elektrik curi tumpas

KUALA LUMPUR – Polis mematahkan kegiatan menjual barangan elektronik dipercayai barangan curi ke Afrika berikutan tertangkapnya tiga individu termasuk seorang lelaki rakyat Nigeria di sebuah gudang di Taman Fadason, Kepong di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, kesemua yang ditahan berumur 25 hingga 44 tahun dan yang dirampas adalah pelbagai jenis barangan elektronik seperti radio, televisyen dan komputer pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM200,000.

"Semasa serbuan hasil risikan polis kira-kira pukul 12.30 tengah hari di gudang yang menyimpan barangan elektronik berkenaan, antara enam hingga tujuh lelaki dipercayai warga Nigeria telah meloloskan diri,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Kepong di sini hari ini.

Katanya, dua lagi yang ditahan dalam serbuan itu ialah wanita tempatan yang masing-masing merupakan penjaga dan pekerja di gudang itu.

"Mereka (dua wanita) ditahan kerana disyaki bersubahat dan memberi sewa lot tapak di dalam gudang itu,” katanya. – Bernama

Kosmo! Online - Terkini

Kereta terbabas, terbalik: Pelajar UTP maut

IPOH – Seorang penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) terbunuh, manakala rakannya cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 364.8 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Slim River semalam.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abddullah Ishak berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada 3.30 petang semalam itu ialah Hafiz Abdul Hamid, 22, pelajar akhir UTP, Tronoh.

Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Abdullah berkata, rakan mangsa Mohd Fakrul Radi Hamthan, 22, yang juga penuntut yang sama mengalami kecederaan di kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

Kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari sini ke Kuala Lumpur dikatakan gagal dikawal, lalu terbabas dan terbalik.

Akibat kejadian itu, mangsa tercampak keluar dari keretanya. – Bernama

Kosmo! Online - Terkini

Mayat lelaki bogel bertatu ditemui di jeti

GEORGETOWN – Orang ramai yang melalui kawasan tepi laut di Bandar Seri Pinang di sini terkejut melihat mayat seorang lelaki dalam keadaan bogel.

Jurucakap polis berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemui dalam keadaan tertiarap pada 9 pagi.

Katanya, lelaki yang identitinya belum dikenal pasti itu mempunyai tatu di tangan kanan dan memakai gelang besi.

Tiada sebarang kecederaan terdapat lelaki itu, yang mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga boleh menghubungi pegawai penyiasat Zakaria Shafie di talian 04-2825922 atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. – Bernama

Kosmo! Online - Terkini

Kereta tak dapat, deposit lesap



JOHOR BAHRU – Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini, semalam memerintahkan seorang jurujual kereta memulangkan semula deposit sebanyak RM6,000 yang diserah�kan oleh pelanggan.

Pelanggan berkenaan, seorang tukang masak, Mohd Helmi Zulkifli, 23, mendakwa menyerahkan wang kepada jurujual berkenaan sebagai deposit untuk membeli sebuah Toyota Vios pada Februari lalu.

“Disebabkan saya mengalami masalah kewangan, saya batalkan hasrat untuk membeli kereta berkenaan dan meminta jurujual menguruskan pembelian kereta Proton Persona dengan menggunakan deposit yang saya berikan sebelum ini,” katanya.

Katanya, sebaik sahaja pihak bank meluluskan pinjaman, lelaki itu masih belum menguruskan urusan jual beli keretanya menyebabkan dia mengambil keputusan menguruskan sendiri sekali gus meminta kembali deposit berkenaan.

“Saya ada bertemu dengan lelaki itu dan memintanya memulangkan semula wang yang telah diberikan, namun dia cuba berdolak-dalik dengan memberikan pelbagai alasan selain mendakwa deposit itu telah diserahkan kepada pihak lain,” katanya.

Mohd Helmi turut memberi peluang kepada lelaki itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi di luar mahkamah malangnya peluang yang diberikan pihaknya tidak dimanfaatkan malah sehingga kini wang miliknya masih tidak dipulangkan.

“Saya juga pernah menjejaki lelaki berkenaan di syarikat tempat dia bekerja. Apa yang mengejutkan ada seorang pembeli turut menjadi mangsanya. Khuatir menjadi mangsa seterusnya, saya turut melaporkan kes ini kepada pihak polis,” katanya yang berasal dari Kampung Sungai Tiram, di sini.

Berdasarkan tuntutan itu, Presiden TTPM, Mohd Nasrim Datuk Mohd Salleh memerintahkan deposit yang dibayar oleh Mohd Helmi dipulangkan semula dalam tempoh 14 hari pada tarikh award dikeluarkan.
SH

Saudara baru ditipu ejen pelancongan



JOHOR BAHRU - “Saya nyaris terkandas di Makkah apabila agensi yang menguruskan pakej umrah tidak sediakan tiket balik ke Malaysia. Mujur ada jemaah lain sudi pinjamkan saya duit untuk beli tiket,” dakwa seorang saudara baru, Junaidah Abdullah, 57.

Beliau yang mengerjakan umrah pada April lalu memfailkan tuntu��tan ganti rugi sebanyak RM1,690 iaitu kos membeli tiket penerbangan terhadap sebuah agensi pelancongan di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), di sini, semalam.

“Pakej umrah bernilai RM5,900 yang saya pilih meliputi tiket penerbangan pergi dan balik, makanan, dan penginapan selama 14 hari. Malangnya wakil agensi itu memaklumkan jemaah perlu membeli tiket menggunakan duit sendiri pada hari sepatutnya kami dijadualkan pulang ke tanah air,” katanya.

Junaidah adalah salah seorang daripada keseluruhan 36 jemaah menggunakan pakej umrah ditawarkan agenda pelancongan berkenaan selain terpaksa melanjutkan tempoh penginapan di hotel, malah paling membimbangkan visa dimiliki bakal tamat tempoh.

Menurutnya, selain minta ganti rugi, tujuannya memfailkan tuntutan berkenaan adalah sebagai pengajaran kepada agensi pelancongan itu supaya tidak melakukan penipuan kepada semua jemaah haji atau umrah yang menggunakan pakej mereka untuk ke tanah suci.

Presiden TTPM, Mohd Nasrim Datuk Mohd Salleh mengarahkan pihak penentang (syarikat agensi pelancongan berkenaan) membayar sebanyak RM1,690 kepada Junaidah dalam tempoh 14 hari pada tarikh award dikeluarkan.
SH

Geng pecah kilang tumpas



JOHOR BAHRU – Polis menahan enam lelaki dan seorang wanita warga Vietnam di Batu Pahat pada 8 Julai lalu kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah kilang.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi oleh pasukan Ibu Pejabat Polis (IPK) Batu Pahat ke sebuah rumah di Taman Sri Panchor, Sri Gading, polis turut merampas beberapa peralatan pecah kilang dan barang-barang dicuri.

Menurutnya, kesemua suspek berumur di antara 21 hingga 33 tahun dan dua daripada mereka didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Kumpulan ini memasuki kilang-kilang dengan memecahkan bumbung dan seterusnya mencuri barang-barang berharga di dalam peti besi dengan memotongnya.

“Hasil siasatan mendapati suspek terlibat dalam 19 kes pecah kilang di daerah Batu Pahat,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, antara barangan yang dirampas termasuklah enam pemutar skru, empat pemotong zink, satu pemotong dawai, dua playar, satu parang panjang, dua lampu suluh, empat kamera digital dan lain-lain.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 14 tahun penjara dan boleh dikenakan denda. Kesemuanya suspek ditahan remah hingga Jumaat depan untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki ditahan di Taman Abdul Jaafar, Batu Pahat, pada 19 Julai lalu kerana disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes samun bersenjatakan parang di sekitar Batu Pahat.

“Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori sampah dan berumur 24 tahun itu dipercayai menyamun beberapa pekerja warga asing dari Nepal di hadapan asrama di Kawasan Perindustrian Batu Pahat pada 16 Julai lalu pada jam lebih kurang 10.45 malam.

“Dalam kes ini, mangsa telah ditikam di bahagian perut dan mengalami kecederaan parah. Suspek juga telah melarikan dompet dan sebuah telefon bimbit mangsa,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas ebilah parang berukuran 32 sentimeter (sm), satu salinan pasport, satu kad pengenalan Indonesia dan satu kad kerja milik mangsa Indonesia yang disamun serta sebuah motosikal yang digunakan semasa melakukan samun.

Kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

"Suspek turut mempunyai tiga rekod lalu iaitu di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan 15(1) Akta Penyalahgunaan Dadah dan ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.
SH

Padah sikap tamak



LEDANG - Cubaan seorang penjual besi buruk untuk memperoleh banyak keuntungan daripada hasil mencuri logam berkenaan tidak kesampaian apabila dia ditahan polis selepas mencuri besi buruk di sebuah kilang di Tangkak pada 11 Julai lalu.

Suspek berumur 23 tahun itu telah mengambil peluang sebagai penjual besi untuk mencuri besi buruk di sekitar Ledang.

Modus operandi tersebut bertujuan untuk mengaburi pihak polis atas kesalahan mencuri yang dilakukannya.

Bagaimanapun taktik yang digunakan tidak berjaya apabila orang awam membuat aduan kepada pihak polis berikutan tingkah lakunya yang mencurigakan.

Suspek dipercayai baru terlibat dalam kegiatan mencuri besi buruk berikutan harga yang tinggi dalam pasaran tempatan.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, hasil aduan yang diterima mendorong polis melancarkan gerakan mengesan kegiatan suspek.

Menurutnya, hasil intipan berjaya mengesan suspek yang sedang berlegar di kawasan kilang perabot dengan menaiki sebuah lori.

“Polis bertindak menahan suspek bersama lori miliknya yang mengandungi empat besi buruk sepanjang 10 kaki.

“Nilai rampasan dianggarkan lebih RM5,000 termasuk besi buruk yang bernilai RM 2,000,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, suspek ditahan reman dari 12 hingga semalam dan akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun, denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.
SH

Lelaki hilang ditemui mati



JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menyelesaikan kes kehilangan seorang lelaki warga Singapura yang hilang sejak enam bulan lalu berikutan penemuan mayat lelaki itu di kawasan ladang getah di Kajang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, usaha mengesan peniaga berumur 40an itu dilakukan oleh pasukan khas yang ditubuhkan selepas isteri mangsa membuat laporan polis pada 26 Januari lalu.

“Hasil siasatan, polis mendapati mangsa telah diculik berikutan isterinya ada membuat bayaran tebusan sebanyak RM12,000 tiga minggu selepas laporan polis dibuat.

“Siasatan seterusnya menunjukkan seorang lelaki yang merupakan rakan baik mangsa sendiri disyaki terlibat dan ditahan di Klang Selangor pada 12 Julai lalu,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini semalam.

Mohd Mokhtar berkata, lelaki berusia 40an itu yang ditahan itu adalah rakyat tempatan, telah membawa polis ke ladang getah terbabit, semalam, sebelum polis menemui satu mayat tertanam di kawasan berkenaan.

“Polis sedang menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat berkenaan bagi mengetahui punca kematian sebenar.

“Kami percaya kes terbabit berkaitan dengan kewangan dan ia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh," katanya.
SH

Ajal ketika tukar tayar



KULAIJAYA – Seorang pekerja membaik pulih jalan maut setelah dirempuh sebuah lori treler ketika sedang menukar tayar kenderaan dinaiki di laluan lebuh raya arah Kuala Lumpur-Johor Bahru, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Sinar Harian difahamkan, mangsa yang maut di tempat kejadian tercampak sejauh kira-kira 30 meter dari kenderaannya bersama seorang lagi pemandu lori treler muatan batu-bata yang membantunya untuk menukar tayar yang rosak.

Manakala, pemandu treler yang membantunya dikatakan terselamat dan dikejarkan ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini bagi merawat kecederaan yang dialami.

Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Linggam, 29, sedang dalam perjalanan menaiki lori muatan tiga tan bersama dua rakannya dari arah Batu Pahat untuk ke Johor Bahru atas urusan kerja.

Rakan mangsa yang ingin dikenali sebagai Logeshwaran berkata, beliau memberhentikan lori yang dipandu pada bahu jalan setelah mendapati terdapat kebocoran pada tayar belakang bahagian kanan lori berkenaan.

“Kami turun memeriksa keadaan tayar dan meletakkan kon keselamatan berhampiran belakang lori supaya kenderaan lain dapat mengelak dari melanggar kenderaan kami.

“Kemudian datang sebuah lori muatan batu bata memberhentikan kenderaannya berhampiran lori kami dan membantu Linggam menukar tayar kenderaan yang rosak,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua mereka dilanggar sebuah lori trelar yang datang dari arah belakang menyebabkan rakannya tercampak dan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

“Mungkin lori berkenaan dipandu laju sehingga gagal dikawal oleh pemandunya lalu melanggar lori kami dari arah belakang sebelum merempuh Linggam dan pemandu yang membantu kami,” katanya.
SH

Seorang anggota Rela hampir ditikam penyamun



IPOH – Ketangkasan lima anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) berjaya menahan seorang daripada dua penyamun yang cuba memecah masuk sebuah rumah di Persiaran Pasir Puteh, Taman Shatin, kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Bagaimanapun, salah seorang daripada anggota Rela terbabit hampir dicederakan penyamun yang cuba menikamnya dengan pemotong dawai dan playar ketika mereka bergelut antara satu sama lain.

Kehadiran kedua-dua penyamun itu disedari lima anggota itu ketika sedang melakukan rondaan di kawasan taman berkenaan.

Dua penyamun dalam lingkungan 30-an itu disergah anggota Rela berkenaan menyebabkan mereka panik dan cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal yang diletakkan di luar pagar.

Namun salah seorang daripada penyamun terbabit gagal meloloskan diri menyebabkan dia dicekup dan kemudian di bawa ke Balai Pasir Puteh untuk siasatan lanjut.

Ketua Seksyen Rela Taman Melur dan Taman Shatin, C Y Chan berkata, beliau bersama empat rakan sekerjanya sedang melakukan rondaan rutin bermula.

Kira-kira jam 2.15 petang semalam di taman berkenaan sebelum terserempak dengan dua lelaki yang sedang memanjat pagar sebuah rumah.

Katanya, dengan pantas beliau menyergah dua lelaki berkenaan sehingga menyebabkan mereka panik dan cuba melarikan diri.

“Saya berjaya mencekup salah seorang daripada mereka manakala, seorang lagi berjaya melarikan diri dipercayai menuju ke jalan utama Pasir Puteh-Ipoh.

“Sebaik dicekup, suspek berkenaan yang masih memegang playar dan pemotong dawai cuba mencederakannya namun, saya berjaya mengelak,” katanya.

Beliau berkata dengan bantuan empat rakan sekerja lain, suspek berjaya ditangkap sebelum menghubungi polis.

Dalam perkembangan sama, Ketua Perhubungan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Mukim Kinta Utara, Chang Kok Aun berkata, beliau sentiasa mengarahkan anggotanya untuk melakukan rondaan rutin di kawasan perumahan berkenaan.
SH

Demonstrasi bantah 6 tahanan



SUNGAI SIPUT (U) – Lebih 100 penduduk, di sini, berkumpul di tepi jalan Pekan Sungai Siput bagi menggesa pembebasan enam tahanan Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar.

:Sejak 2 Julai lalu, mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) dan sehingga kini tidak dibebaskan, penduduk berkumpul menggunakan sepanduk membantah sekerasnya penahanan yang dirasakan tanpa bukti kukuh.

Naib Pengerusi DAP Perak, M Kula Segaran berkata, penahanan terhadap Dr Jeyakumar adalah tidak wajar kerana beliau tidak pernah terlibat dalam sebarang kes jenayah, malah berkhidmat dengan baik demi kepentingan rakyat.

:Menurutnya, jika betul mereka yang ditahan melakukan kesalahan, tuduhan di mahkamah harus dibuat dan bukannya penahanan seperti itu.

“Kerajaan jangan sesuka hati menangkap seseorang tanpa sebarang bukti kukuh atau tidak berasas dan sepatutnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disemak semula atau dimansuhkan.

“Kita mahu undang-undang adil dan mengikut konvensi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, sekarang kita sedang mengumpul seramai yang mungkin bagi membuktikan bantahan penahanan ini,” katanya kepada media dalam demonstrasi bantahan tahanan PSM, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jalong, Leong Mee Meng berkata, sepanjang perkhidmatan Dr Jeyakumar di Sungai Siput tidak pernah beliau menganiayai penduduk.

“Dr Kumar sering memberi bantuan kepada orang ramai dan tidak pernah merampas tanah rakyat.

“Semua penduduk bersatu padu untuk terus menghantar mesej kepada kerajaan supaya enam yang ditahan dibebaskan segera,” katanya.

:Katanya, pihaknya akan terus mengumpul seberapa banyak tandatangan dan membuat bantahan agar Akta EO yang menjalankan soal siasat seperti ISA dimansuhkan.

Selain di Sungai Siput, demonstrasi bantahan yang sama dilakukan di beberapa lagi kawasan.

Lima lagi yang ditahan ialah, Pengerusi PSM Sungai Siput, MSugumaran, Choo Chon Kai, A Letchumanan dan Sarasvathy Muthu.
SH

Pekerja restoran dihukum mati



SHAH ALAM - Seorang pekerja restoran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam kerana mengedar hampir sekilogram dadah.

Hakim, Datuk Mohd Sofian Abdul Razak membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Lim Siew Poh, 59.

Siew Poh didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin seberat 62.13 gram; monoacetylmorphines, 7.01 gram, kanabis (ganja), 6.53 gram, methamphetamine (syabu), 0.19 gram dan ketamin 2.01 gram di hadapan kilang, Persiaran Industrial Bandar Sri Damansara, Petaling jaya, pada jam 6 pagi, 7 April 2008.

Pada hari tersebut, Asistan Superintenden Norosid Mamat selaku pengadu dalam kes ini membuat pemerhatian di hadapan kilang tersebut dan membuat serbuan ke atas kereta proton wira hijau gelap milik Siew Poh.

Norosid memeriksa kenderaan itu dan menemui satu beg plastik putih bertulisan ‘SUNSHINE’ yang mengandungi tiga peket plastik yang disyaki heroin.

Pemeriksaan lanjut ke atas kereta tersebut turut menemui satu peket plastik yang mengandungi dedaun kering disyaki dadah dan tiga peket plastik disyaki jenis ecstacy.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan tertuduh diwakili peguam, Tan Chee Keong.
SH

Lelaki bakar rumah sendiri



BUKIT TINGGI – Gara-gara dipercayai mempunyai masalah rumah tangga dengan isteri, seorang suami berusia 40-an mengamuk dan bertindak membakar kediaman dua tingkatnya di Jalan Jejawi, Bandar Botanic di sini malam kelmarin.

Dia dikatakan mula membakar tilam di bilik tidurnya sebelum api merebak ke beberapa bahagian.

Berikutan tindakan itu, beberapa peralatan dalam bilik dan kediamannya di tingkat atas rosak teruk, bagaimanapun tindakan pantas bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja serta jiran terdekat memujuk lelaki terbabit telah menyelamatkan kebakaran itu daripada lebih serius.

Lebih menakutkan sebelum lelaki itu bertindak demikian, dia meletak anak angkatnya yang juga bayi berusia tujuh bulan dalam kereta yang dipakir di hadapan kediamannya.

Salah seorang jiran terdekat yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, lelaki tersebut mengamuk dan menjerit dengan suara yang agak kuat.

“Namun, kami sekeluarga tidak endahkan kerana dia selalu bertindak sedemikian sebelum ini terutamanya ketika bertengkar dengan isterinya.

“Bagaimanapun sebaik sahaja terhidu bau asap, kami keluar dan terkejut melihat kepulan api dari tingkat atas kediaman berkenaan.

“Berikutan itu keadaan semakin kecoh dengan jiran masing-masing keluar melihat kejadian dan segera menghubungi bomba,” katanya.

Menurutnya, lebih mengejutkan apabila bayi angkat yang dipelihara lelaki terbabit berada sendirian dalam kereta.

“Kami semua segera membawanya keluar kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.

“Sebelum ini, lelaki terbabit pernah bertindak membakar kediamannya bagaimanapun gagal.

“Dia yang menjalankan perniagaan alatan memancing bersama isteri dipercayai ada masalah rumah tangga. Beberapa hari lalu saya nampak kelibat isterinya di rumah, namun sejak kelmarin dia hilang,” dakwanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian.

Sementara itu, sumber bomba memaklumkan, anggotanya mengambil masa kurang setengah jam untuk memadam kebakaran.

Dalam pada itu, polis turut berkawal di hadapan kediaman lelaki terbabit bagi mengelak kejadian tidak diingini dan dia turut dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
SH

Suami isteri maut digilis



KALUMPANG – Dua warga Indonesia maut setelah terjatuh dari motosikal ditunggangnya sebelum digilis beberapa kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 424.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur berdekatan susur keluar Plaza Tol Bukit Beruntung di sini, awal pagi semalam.

Kedua-dua mangsa yang dipercayai pasangan suami isteri itu hampir hancur seluruh badan akibat digilis kenderaan berat.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 5.50 pagi semalam ketika kebanyakan kenderaan keluar ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, siasatan awal polis mendapati motosikal terbabit dipercayai terbabas ke tengah jalan kerana hilang kawalan menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh.

“Beberapa kenderaan dipercayai gagal mengelak mangsa lalu menggilis dan mengheret kedua-duanya beberapa meter.

“Semua kenderaan melanggar mangsa bagaimanapun tidak berhenti,” katanya.

Menurut beliau, sebelah tangan mangsa yang terputus ditemui beberapa meter dari mayat mangsa.

“Mangsa dikenali sebagai Hadi, 32 dan pembonceng, Diana, 30, kedua-duanya pekerja warga Indonesia,” katanya.

Sementara itu katanya, ketika polis mengawal lalu lintas di lokasi kejadian, sebuah van yang gagal dikawal melanggar motosikal mangsa dan diseret kira-kira 50 meter.

Bagaimanapun, pemandu van terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.

Menurutnya, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta saksi kejadian dan pemandu kenderaan yang melanggar mangsa supaya tampil membantu siasatan.
SH

Derita ‘wasiat’ hutang anak



KUALA LUMPUR – Di kala usianya menjangkau hampir 80 tahun, dia sepatutnya sudah boleh bergembira bersama anak dan cucu, namun seorang warga emas mendakwa terseksa dan hidup dalam ketakutan apabila terpaksa melunaskan ‘wasiat’ hutang ah long yang ditinggalkan arwah anaknya.

Lebih kejam lagi, dia terpaksa mengemis wang saraan sendiri daripada lintah darat terbabit berikutan buku akaun banknya dipegang oleh mereka.

Bapa berkenaan, Mohd Yusof Jantan, 78, mendakwa, dia tidak mengetahui arwah anaknya menggunakan namanya sebagai penjamin sehinggalah anaknya itu meninggal dunia empat tahun lalu.

“Selepas kira-kira sebulan anak sulung meninggal dunia, saya terima surat daripada ceti haram minta saya menjelaskan bayaran bunga sebanyak RM450 sebulan. Bimbang dipengapakan, saya hanya menurut perintah dan membayar jumlah itu menggunakan hampir separuh daripada wang pencen yang diterima setiap bulan.

“Saya terus buat pembayaran kerana tidak mahu arwah anak terseksa di dalam kubur,” katanya yang kini terlantar di sebuah hospital di ibu negara akibat menghidap beberapa penyakit termasuk kanser prostat, jantung dan pendarahan di saluran pencernaan.

Mohd Yusof berkata, dia dimaklumkan anaknya membuat pinjaman sebanyak RM3,000, namun tidak diketahui untuk tujuan apa.

“Seingat saya, anak pernah meminta nombor MyKad, namun ketika itu saya tidak memikirkan ia digunakan untuk membuat pinjaman kepada lintah darat.

“Sekarang saya menderita dan sudah membayar lebih RM20,000 bunga kepada geng ah long itu, namun ia tidak akan berakhir selagi wang pinjaman sebanyak RM3,000 tidak diselesaikan kesemuanya sekali gus,” katanya yang turut menyara 13 lagi ahli keluarga lain termasuk anak dan cucu dengan baki wang pencen sebanyak RM550.

Menurutnya, apa yang menyebabkan dia tertekan, setiap bulan isterinya terpaksa menghadap kumpulan ceti untuk mengambil buku akaun bagi mengeluarkan wang.

“Mereka pegang buku akaun sebagai jaminan kami bayar hutang setiap bulan.

“Pejabat ah long itu di Banting, isteri kini jaga saya di hospital di Kuala Lumpur, setiap kali wang pencen keluar, dia terpaksa pulang ke Banting ambil buku bank, bawanya kembali ke Kuala Lumpur untuk mengeluarkan wang kerana saya perlu keluar dari hospital bagi berikan cop jari.

“Selesai pengeluaran, isteri terpaksa ke Banting semula buat pembayaran kerana jika terlebih masa, geng ah long akan mencarinya sehingga ke rumah yang kini didiami anak dan cucu,” katanya dia pernah diugut beberapa kali apabila terlewat beberapa hari membuat pembayaran.

Justeru, warga emas terbabit memohon simpati pihak berkenaan bagi mengakhiri derita yang ditanggungnya selama ini seterusnya membolehkan dia hidup dalam keadaan tenteram daripada gangguan ah long.
SH

Pembonceng maut, nahas tiga kenderaan



KUANTAN - Seorang remaja maut selepas terbabit dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 17, Jalan Kuantan - Kemaman dekat Balok di sini, kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Mangsa yang bekerja sebagai nelayan, Nor Quzairri Asha’ari, 18, dari Kampung Habib, Kuala Kemaman, Terengganu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mangsa dipercayai membonceng motosikal ditunggang rakanya, Mohd Fadhillah Razali, 20-an dari arah Kemaman menuju ke Kuantan.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lagi motosikal dari arah sama.

“Akibat pergeseran itu, mangsa terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Proton Wira yang datang dari arah Kuantan ke Kemaman.

“Mangsa mati di tempat kejadian manakala rakannya patah kaki kanan dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan,” kata beliau ketika di temui di pejabatnya di sini, semalam.

Mohamed Fauzi berkata, pemandu kereta berusia 43 tahun yang bekerja sebagai pemandu pelancong dari Beserah bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Turut terselamat penunggang sebuah lagi motosikal seorang pelajar berusia 18 tahun berasal dari Negeri Sembilan dia apabila hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mereka memakai topi keledar ketika kejadian dan penunggang mempunyai lesen memandu yang sah.

“Semasa kejadian cuaca dalam keadaan baik namun laluan agak berselekoh dan bergaris kembar.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya.
SH

Tergamam pondok terbakar



JELUTONG – Terkejut bukan kepalang seorang nelayan apabila mendapati kebakaran yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu semalam adalah melibatkan pondok nelayan miliknya.

Rahmat Aziz berkata, seawal jam 8 pagi dia dan isteri keluar dari rumah dan berhasrat ke Georgetown untuk menyelesaikan kerja.

Namun, setibanya di hadapan lebuh raya yang terletak berhampiran dengan perumahan Sinar Bukit Dumbar, dia terkejut melihat kepulan asap dari tepi laut.

“Saya dan isteri bergegas turun dari kereta dan menyeberangi lebuh raya yang sesak dengan kereta, tidak sangka rupanya yang terbakar adalah pondok nelayan saya sendiri.

“Memang sudah ditakdirkan kebetulan kami keluar pada awal pagi dan melihat sendiri pondok kami terbakar, sebelum ini tidak pernah ada kejadian kebakaran di kawasan jeti nelayan ini,” katanya.

Dia berkata demikian selepas ditemui Sinar Harian di kawasan Jeti Nelayan Pulau Pinang Selatan, Jelutong.

Ketika ditemui, Rahmat dan isterinya hanya mampu duduk dan termenung melihat anggota bomba memadamkan api yang membakar pondok nelayan mereka.

Rahmat berkata, dia mula membina pondok berkenaan sejak mula wujudnya Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang dahulunya dikenali Jelutong Ekspressway.

Sehingga kini dia sendiri tidak dapat menilai jumlah kerugian, namun pukat dan beberapa peralatan menangkap ikan yang lain berada dalam pondok sudah hangus dijilat api.

Sementara itu Pegawai Kanan 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Nohd Hazam Che Hasan berkata, bomba Jalan Perak menerima panggilan daripada orang ramai pada jam 8.07 minit, dan sampai di tempat kejadian pada 8.12 minit pagi.

Kemudiannya api mula dikawal bermula jam 8.14 pagi dan tujuh minit selepas itu api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Kami datang dengan dua jentera berserta lapan anggota, sehingga kini kami masih lagi menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian,” katanya.
SH

Tujuh premis musnah terbakar



GEORGETOWN - Keprihatinan orang ramai membantu mengeluarkan kira-kira 500 tong gas dari sebuah stor di Lebuh Bakau menyelamatkan sebuah kampung daripada musnah dalam satu kebakaran melibatkan tujuh deretan kedai awal pagi semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 pagi menyebabkan keadaan menjadi kecoh selepas orang ramai menyedari stor yang berada hampir 50 meter dari kawasan kebakaran masih lagi berkunci.

Keadaan itu memaksa anggota bomba memecahkan pintu stor berkenaan bagi membolehkan kesemua tong gas dibawa keluar bagi mengelak kejadian yang lebih buruk berlaku.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Razam Taja Rahim berkata, kesemua tong gas yang disimpan berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

“Tindakan pantas anggota bomba dan orang awam berjaya menyelamatkan keadaan dari bertambah buruk kerana api merebak dengan begitu cepat.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang membantu kami dalam operasi pemadaman kebakaran selain tindakan pantas bomba sukarela dan polis yang mengawal keadaan,” katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Mengulas mengenai kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah, bengkel kereta, bengkel motosikal, bengkel mengecat kenderaan, bengkel besi dan kedai kayu itu, Razam berkata, bilik kawalan Balai Bomba Jalan Perak menerima panggilan kebakaran pada jam 1.31 pagi.

Beliau berkata, pasukannya tiba empat minit kemudian dengan kekuatan 50 anggota dan lapan jentera yang bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika anggota tiba, api sedang marak dan merebak pantas kerana kebanyakan struktur kedai itu dibina daripada kayu .

“Disebabkan terlalu banyak jentera yang terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran termasuk lapan jentera dari pasukan bomba sukarela menyebabkan tekanan air menjadi perlahan. Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.48 pagi dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 3 pagi,” katanya.

Razam berkata, Unit Siasatan Kebakaran (FIO) masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Selain itu, bomba akan menyiasat sama ada kesemua tong gas yang disimpan di stor berhampiran lokasi kejadian mempunyai kelulusan penyimpanan di kedai itu.
SH

Rugi RM20,440 penutup besi pili bomba kena curi



BUKIT BERUANG - Sebanyak 292 kecurian penutup besi chamber pili bomba dicuri sepanjang enam bulan pertama tahun ini di zon Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, membabitkan kerugian RM20,440.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, mengikut data dikeluarkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kepada soalan bertulisnya baru-baru ini, Ayer Keroh dan Kawasan Perindustrian Ayer Keroh mencatatkan kes kecurian tertinggi iaitu 85 kes.

Ia diikuti Bukit Beruang dengan 56 kes, kawasan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan Taman Tasik Utama (52), Batu Berendam (51) serta Bukit Baru (48).

Menurutnya, beliau yakin jumlah kerugian di seluruh Melaka akibat kejadian serupa adalah jauh lebih tinggi.

“Pihak bomba telah bertindak pro-aktif menggantikan penutup besi dengan batu simen konkrit bagi mengelakkan ia dicuri, selain mengambil langkah lain.

“Kecurian sebegini amat membimbangkan kerana lubang yang terdedah apabila penutupnya dicuri boleh menyebabkan kecederaan kepada orang awam yang tidak menyedarinya,” katanya.
SH

Bunyi jatuh disangka tupai



DIOH - Seorang cedera manakala tiga lagi terselamat dalam satu kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Dioh, dekat sini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu melibatkan rumah bernombor 255 hangus terbakar menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

:Salah seorang mangsa, Loo Pak Kuan, 86, melecur 25 peratus manakala isterinya, Tan Eng Bee, 74, anaknya, Loo Wsy Loon, 58, dan adiknya, Lau Choon Chau @ Loo Chong Shau, 79, terselamat.

Eng Bee berkata, dia dan suami sedang menonton televisyen di ruang tamu apabila terdengar bunyi benda jatuh di bilik belakang yang didiami Chong Shau.

Menurutnya, mereka menyangka bunyi tupai tetapi apabila dijenguk, kelihatan api sudah marak. Barang keperluan termasuk dokumen penting seperti kad pengenalan tidak dapat diselamatkan.

“Suami saya cuba memadamkan kebakaran dengan menggunakan baldi berisi air tetapi tidak berdaya memandangkan usia sudah lanjut. Ketika cuba mengambil semua dokumen penting, dia terjatuh dan tergelincir.

“Dia mengalami kecederaan di belakang badan dan kaki. Kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN),” katanya ketika ditemui, semalam.

Eng Bee berkata, dia hampir pengsan melihat rumah yang didiami sejak berusia 18 tahun musnah dimakan api.

“Saya tidak mampu membuat apa-apa dan jiran yang membantu memadam kebakaran selain menghubungi pihak bomba dan penyelamat,” katanya yang menumpang teduh di rumah anaknya di Melang.

Sementara itu, Choon Chau berkata, dia terselamat dari kebakaran kerana pergi ke tokong berhampiran kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Pada hari kebiasaan, saya akan tidur di bilik pada waktu petang. Namun hari ini, saya tidak tidur dan pergi ke tokong.

“Mujur saya ke sana, kalau tidak mungkin terkorban dalam kebakaran kerana api dipercayai berpunca dari bilik saya. Saya tidak tahu bagaimana boleh terbakar kerana bilik itu hanya ada pakaian dan katil sahaja. Namun saya pasrah dan bersyukur tidak melibatkan nyawa,” katanya.

Dalam pada itu, mangsa yang cedera, Pak Kuan berkata, dia terkejut apabila api sudah marak dari bilik belakang.

“Saya bergegas cuba membuka bilik itu tetapi berkunci. Saya cuba juga untuk memadamkan api menggunakan air tetapi tidak berjaya dan api semakin marak.

“Keadaan sangat panas ketika itu. Tiba-tiba saya baru teringat dokumen penting dan berpatah balik ke bilik tetapi tergelincir lalu api menyambar kaki saya dan belakang badan,” katanya ketika ditemui di wad kecemasan HTAN dan ditempatkan di wad biasa.
SH

Ditetak rakan enggan mandi



ALOR GAJAH - Seorang lelaki warga Bangladesh cedera parah ditetak rakan serumahnya hanya kerana mangsa hendak memandikan rakannya yang dikatakan menghidap penyakit mental.

:Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, yang berlaku di Flat Taman Mewah, Kelemak, dekat sini, mangsa berusia lingkungan 40-an itu cedera di kepala ditetak sebilah parang pemotong daging.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kedua-dua mereka adalah rakan sebilik di asrama penginapan di situ.

Menurutnya, suspek berusia lingkungan 30-an dikatakan mengalami gangguan mental dan bertindak menyerang mangsa kerana enggan dimandikan.

“Polis terpaksa menggari suspek kerana bertindak agresif sewaktu cuba ditenangkan.

“Mangsa dan suspek kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka dengan ambulans sambil diiringi anggota polis untuk tindakan selanjutnya. Pihak polis sedang menyiasat kes ini,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Habib, 40, berkata, dia berada di rumahnya di tingkat tiga apabila mangsa tiba-tiba muncul dan menjerit meminta bantuan, sambil tangannya menekup kepalanya yang berdarah.

Menurutnya, walaupun mendengar bunyi bising dari bilik mangsa, dia menyangka mereka bergaduh biasa.

“Saya terkejut apabila melihat mangsa menjerit menahan kesakitan sebelum rakannya yang dipercayai sakit mental tiba-tiba muncul dengan sebilah parang di tangan.

“Apabila dia ternampak mangsa dalam keadaan cedera, suspek mencampakkan parangnya dan terus menjerit-jerit,” katanya.
SH

Dibelasah gadis samseng



SEREMBAN – Seorang wanita mengalami kecederaan di muka dan mata, akibat dibelasah oleh seorang gadis tidak dikenali di Jalan Temiang, berdekatan kedai kopi Kam Wing, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Gan Saw Foon, 43, dipukul dengan kasut dan botol bedak, sebelum ditendang di bahagian perut oleh gadis terbabit.

Menceritakan detik kejadian, Saw Foon berkata, sewaktu mahu keluar dari simpang di jalan :berkenaan, keretanya dihalang sebuah kereta Perodua Kelisa, milik gadis terbabit.

“Saya kemudiannya diarah supaya memberinya laluan sedangkan ia adalah jalan sehala dan tidak tidak dibenarkan masuk, hanya :kenderaan untuk keluar sahaja.

“Akibat tindakan saya yang enggan memberinya laluan, dia :kelihatan tidak berpuas hati lalu keluar dari kenderaannya dan membuang putung rokok ke arah saya melalui tingkap kereta,” katanya.

Saw Foon berkata, gadis terbabit mula bertindak ganas dengan menarik rambutnya dan memukul kepala serta muka dengan menggunakan kasut, sebelum mengambil botol bedak dan memukul matanya sehingga berdarah.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Lagipun ada dua lelaki bersama gadis terbabit dalam keretanya.

“Selepas hampir 10 minit saya dipukul, orang ramai cuba meleraikan pergaduhan antara kami sebelum dua kereta peronda datang ke tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, dia segera mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar dan membuat :laporan polis di Balai Polis Daerah Seremban.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kami masih menyiasat kes ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis :berhampiran,” katanya.
SH

Berang adik enggan benar pinjam motosikal



KOTA BHARU – Seorang abang sanggup bertindak kejam dengan memukul kepala adik perempuannya menggunakan sebuah topi keledar hanya kerana berang selepas mangsa enggan meminjamkan motosikal kepada abang kandungnya itu.

Tindakan lebih sebulan lalu itu bagaimanapun membawa padah kepada penganggur berkenaan apabila dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Kota Bharu, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Nur Zakiyah Shamsudin sejurus Mohd Zulkefeli Awang @ Idris mengaku melakukan perbuatan itu di Kampung Seribong, Jalan Pasir Tumboh, di sini, 3 Jun lalu.

Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, tertuduh naik marah apabila permintaannya tidak dipenuhi lalu mencapai topi keledar terus memukul kepala Nor Atiqah, 19 sehingga menyebabkan kecederaan dan mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini.

Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

“Kesalahannya memukul adik kandungnya sendiri menggunakan topi keledar sangat serius dan hukuman sepatutnya akan memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.

Berikutan itu, Majistret Nur Zakiyah Shamsudin memerintahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh tangkapannya, sehari selepas kejadian.
SH

‘VIP’ dijel kali kelima



KOTA BHARU – Seorang pemuda yang gemar berlagak dengan menyamar sebagai Very Important Person (VIP) dengan menjalani gaya hidup mewah sejak tiga tahun lalu sekali lagi menjerat dirinya sendiri, semalam.

Lepasan diploma dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan tersebut dijatuhi hukuman penjara untuk kali kelima di Mahkamah Kota Bharu, di sini, pagi semalam.

Wan Hazrul Anuar Wan Hussein dihukum 24 bulan penjara selepas didapati bersalah menyamar sebagai setiausaha sulit kepada orang kenamaan bertujuan memperdaya seorang peniaga supaya menyerahkan dua televisyen Panasonic 32 inci bernilai RM2,400, 4 Januari lalu.

Pada prosiding semalam, tertuduh yang berusia 28 tahun mengaku menyamar sebagai setiausaha sulit tersebut sebelum menghubungi Reza Nasriq Ridhuan mendakwa ada individu yang mahu memberi sumbangan televisyen kepada sebuah badan perhubungan, di sini.

Pada jam 4.15 petang, tertuduh sendiri datang ke Kedai Televisyen Wani Jaya Enterprise, Kubang Kerian dan mengambil televisyen tersebut sebelum meninggalkan sekeping cek.

Bagaimanapun ketika mangsa cuba tunaikannya mendapati ia adalah cek lama lalu bertindak melaporkan ke balai polis Kubang Kerian yang membawa kepada penahanan tertuduh 16 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad dalam keterangannya memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berikutan tertuduh mempunyai empat rekod kesalahan lampau.

“Rekod lampau menunjukkan tertuduh tidak insaf dengan perbuatan yang dilakukannya itu,” katanya.

Majistret Nur Zakiyah Shamsudin kemudiannya mengenakan hukuman penjara tersebut bersama satu sebatan rotan terhadap Wan Hazrul Anuar mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Wan Hazrul Anuar dari Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, di sini sedang menjalani hukuman tiga tahun penjara dan lima sebatan rotan bersabit kesalahan menyamar anak Exco, 26 April lalu.
SH