Search This Blog

Monday, July 18, 2011

Cuai jadi punca kebakaran


AIR PAPAN - Usaha memberi pendidikan dan pendedahan pada peringkat awal penting kerana statistik menunjukkan kebanyakan kebakaran adalah berpunca daripada kecuaian.

Ketua Skuad Keluaran Anggota Bomba, Khalid Hassan berkata, menyedari hal ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Mersing meningkatkan program Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak dan Pelajar sebagai langkah memperluaskan pendidikan dan pendedahan.

Menurutnya, pendidikan itu adalah berhubung ancaman dan bahaya kebakaran dalam kalangan generasi muda pada masa kini.

“Statistik kes kebakaran yang melibatkan kanak-kanak menunjukkan kes sebegini disebabkan kecuaian dan kurangnya pendedahan di peringkat awal.

“Objektif utama program adalah untuk memberi kesedaran keselamatan tentang bahaya kebakaran kepada kanak-kanak pada peringkat pra-persekolahan lagi,” katanya kepada Sinar Harian kelmarin.

Katanya, ibu bapa juga turut memainkan peranan penting dalam membentuk kanak-kanak supaya sentiasa peka terhadap bahaya kebakaran yang akan berlaku.

“Ibu bapa adalah mereka yang rapat dengan kanak-kanak dan penglibatan mereka dalam memberi penekanan terhadap kepentingan pendidikan ini amat diperlukan.

“Kita tidak mahu kecuaian sama berulang semula kerana aspek keselamatan ketika berhadapan dengan kebakaran perlu dititikberatkan semua pihak,” katanya.

Katanya, kanak-kanak secara logiknya tidak memahami apa yang berlaku sehingga menjadi punca terjadinya sesuatu kebakaran dan ibu bapalah menjadi pembimbing dalam mencegah berlakunya sesuatu kebakaran.

Terdahulu, aktiviti dan demonstrasi yang dijalankan kini adalah berdasarkan latihan asas yang dinamik iaitu teori dan praktikal kepada pelajar sekolah yang diadakan di sekolah Rendah Air Papan di sini.
SH

Lima lelaki ditahan kes curi



BALIK PULAU – Lima lelaki ditahan pihak polis kerana menyebabkan kehilangan 275 aluminium magazin bernilai RM 33,000 yang diisi ke dalam 25 buah kotak di stor kilang Jalan Batu Maung, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Him berkata, dalam kejadian pada 13 Julai lalu, seorang daripadanya merupakan sebahagian daripada tiga hingga empat lelaki memecah masuk dengan memanjat tembok stor dan memotong pagar dawai belakang kilang.

“Aluminium magazin itu biasanya digunakan untuk pemasangan audio kenderaan dan bernilai RM120 setiap satu dan akan dieksport ke Amerika Syarikat.

“Kesemua kotak itu diangkut sedikit demi sedikit menggunakan motosikal dan dijual kepada premis barang lusuh tanpa lesen di Batu Maung dengan harga RM 1,190 sahaja,” katanya.

Fah Him berkata, suspek berusia 16 tahun itu ditangkap di Lintang Batu Maung 4 dan mengaku mencuri kesemua kotak berisi aluminium magazin itu bersama tiga lagi lelaki yang masih bebas.

“Suspek yang tidak bersekolah turut mengaku terlibat dalam kes kecurian barangan besi dan aluminium di sebuah kilang di Batu Maung pada 4 Jun lalu yang melibatkan kerugian sebanyak RM 200,000,” katanya.

Fah Hin berkata, empat lelaki berusia lingkungan 16 sehingga 43 tahun yang merupakan pengusaha dan pekerja premis barang lusuh berjaya ditahan hasil soal siasat yang dijalankan.

“Pihak polis turut merampas 262 aluminium magazin, sebuah motosikal dan sebuah topi keledar.

“Kesemua suspek merupakan penduduk tempatan dan seorang daripadanya memiliki dua kesalahan lampau iaitu kecurian dan curi motosikal.

“Bagaimanapun, keempat – empatnya bebas dadah melalui ujian saringan air kencing,” katanya.

Kesemua suspek direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan 411 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihati pihak pengurusan memasang lampu sorot sekiranya lokasi kilang terletak di kawasan yang sunyi dan gelap.

“Walaupun stor itu dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV), namun kawasan gelap memberi peluang kepada jenayah untuk memecah masuk dan mencuri barangan yang ada,” katanya.
SH

Penutup longkang hilang



SUNGAI PETANI – Kehilangan hampir 10 besi penutup longkang di sekitar Taman Semarak beberapa hari lalu menjadi tanda tanya siapakah yang bertanggungjawab atas tindakan berkenaan yang boleh mengancam nyawa penduduk.

Pengguna jalan, Lee Seng Hock, 53, berkata, ketiadaan besi penutup longkang di beberapa jalan dalam perumahan itu menimbulkan bahaya sehinggakan pernah menyebabkan kemalangan di kawasan berkenaan.

“Suatu hari saya terpaksa membantu seorang kawan yang terjatuh ke dalam lubang kerana dia tidak menyedari bahawa penutup longkang sudah hilang ketika melalui kawasan ini.

“Keadaan ini membahayakan pengguna lain termasuk warga emas dan kanak-kanak,” katanya.

Selain itu, Nor Hidayah Rajis, 15, berkata, dia yang melalui kawasan berkenaan setiap hari juga terkejut dengan kehilangan besi penutup longkang berkenaan yang dipercayai dicuri pihak tertentu untuk mendapatkan wang.

Menurutnya, dia dan rakan sudah biasa menggunakan laluan berkenaan untuk berulang alik dari Kampung Masjid ke Taman Semarak dan laluan itu lebih bahaya sekiranya digunakan pada waktu malam.

“Boleh jadi pengguna jalan tidak sedar dengan kehilangan besi itu akan terbabas sehingga mengalami kecederaan terutama pada waktu malam,” katanya.

Adam Azmi, 12, pula berkata, dia pernah ternampak seorang remaja lelaki terjatuh ke dalam lubang itu ketika sedang bermain bersama rakan.

“Kami sering berulang alik dan bermain basikal di sekitar kawasan perumahan ketika itu ternampak tayar motosikal seorang remaja lelaki termasuk ke dalam lubang berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Radzi Samsudin, 56, berkata, keadaan itu membimbangkan ibu bapa yang membiarkan anak-anak bermain tanpa pengawasan.

“Sebelum ini kami tidak risau anak-anak bermain di luar rumah tetapi dengan kehilangan hampir 10 besi penutup longkang di beberapa jalan di sini, amat membahayakan nyawa penduduk,” katanya.

Menurutnya, dia berharap pihak bertanggungjawab prihatin mengenai masalah berkenaan.
SH

Bahana mabuk



KAJANG – Satu pergaduhan membabitkan tiga lelaki warga Myammar berlaku di Bandar Sungai Long, di sini awal pagi Khamis lalu yang dipercayai berpunca dari mabuk hingga menyebabkan mereka bergaduh sesama sendiri.

Difahamkan kejadian dipercayai berlaku pada jam 2 pagi di mana ketiga-tiga lelaki berkenaan yang berusia 20-an bertindak memukul semasa sendiri dengan menggunakan kerusi dan peralatan lain.

Kesemua mangsa yang bekerja di restoran di kawasan sekitar mengalami kecederaan di bahagian badan serta kepala.

Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Polis menerima aduan mengenai kejadian kira-kira jam 2.22 pagi dan anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan setibanya di tempat kejadian terdapat tiga lelaki Myanmar cedera akibat pergaduhan berkenaan.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kes disiasat d ibawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Sinar Harian
SH

Dapur rumah bumbung langit



SEKINCHAN – Hampir 10 tahun rumah yang dibina masih belum siap kerana kekangan kewangan disebabkan mahu mendahulukan perihal persekolahan anak-anak dan keperluan harian keluarga selain sumber pendapatan yang tidak menentu.

Azlina Daud, 38, berkata, rumah terpaksa dibina sedikit-sedikit kerana masalah kewangan dihadapi. Keadaan bertambah rumit apabila perniagaan jubin kecil-kecilan suami pula semakin merosot kerana kurangnya jualan dan terpaksa pula menanggung hutang dengan kilang untuk membayar kos jubin yang diambil.

“Selain itu, kerja suami yang mengambil upah membawa lori sewa juga agak terbatas. Jika ada yang hendak berpindah rumah barulah ada pendapatannya. Kalau tidak, memang tiada. Pendapatan yang ada pun hanya cukup-cukup sahaja dan ada kalanya tidak mencukupi langsung.

“Tapi hendak buat macam mana, kami terima sahaja keadaan hidup seperti ini. Memang tiada siapa pun yang hendak merasai kesusahan hidup seperti ini. Apa yang orang tengok dari luar langsung tidak sama dengan apa yang kami lalui,” katanya.

Azlina berkata demikian ketika ditemui pada program Turun Padang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim bagi meninjau kelancaran program baik pulih rumah.

Azlina berkata lagi, dalam tempoh empat tahun sejak proses pembinaan rumahnya terbengkalai, dia terpaksa menyediakan makanan untuk seisi keluarga di dapur yang berbumbungkan langit.

“Paling menyedihkan apabila tiba bulan puasa, jika hendak memasak juadah bersahur, melihat ke atas nampak langit. Kalau sedang memasak dan tiba-tiba hari hujan, terpaksalah berhenti memasak. Bukan sahaja bahagian dapur tidak berbumbung, malahan bumbung di bahagian rumah ibu juga sudah berlubang-lubang.

“Jika hujan turun tiba-tiba, tak sempatlah hendak menadah besen atau menyelamatkan barang-barang. Kalau ada tanda-tanda hendak hujan boleh juga bersedia. Pernah juga sedang tidur waktu malam air hujan menitis masuk ke rumah dan terpaksa beralih tempat tidur,” katanya.

Difahamkan, hasil perkongsian hidup Azlina dan suaminya, mereka dikurniakan tujuh anak, lima daripadanya bersekolah manakala dua lagi masih kecil. Dalam kehidupan yang serba kekurangan itu, turut tinggal bersama, ibu Azlina, Siti Hatijah abdul Hamid, 63.

Katanya, mereka sekeluarga berbesar hati dengan bantuan bumbung rumah yang diberikan. Ia memberi sinar baru kepada kami sekeluarga untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya dengan penuh bermakna.

“Kami hanya mampu minta tolong daripada abang yang membuat kerja-kerja menukang tanpa bayar upah. Jadi, kalau dia ada kerja lain, dia akan dahulukan kerja itu, dan kami pun faham dia hendak cari rezeki.

“Insya-Allah, bumbung ini akan siap dipasang sepenuhnya tidak lama lagi,” katanya.
SH

Isteri pengsan lihat mayat suami



KUANTAN - Seorang wanita pengsan selepas melihat mayat suaminya terbujur kaku di atas jalan raya akibat kemalangan yang berlaku di Jalan Beserah menghala ke Balok.

Dia yang dilihat tiba di tempat kejadian bersama seorang ahli keluarganya, tidak dapat menahan tangisan sebelum pengsan beberapa meter dari mayat suaminya.

:Wanita itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk menerima rawatan lanjut.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 pagi, ketika mangsa, Khairul Khazmim Abdul Aziz, 24, yang memandu dari arah Kuantan ke Balok dikatakan gagal mengawal kenderaannya.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat daerah, Marzuki Awang berkata, mangsa mungkin memandu laju dan gagal mengawal keretanya di selekoh tajam lalu melanggar pembahagi jalan.

Menurutnya, mangsa yang beralamat di Rumah Kakitangan Lembaga Pelabuhan Kuantan terbabas lalu memasuki belukar, beberapa meter dari jalan raya selepas melanggar pembahagi jalan.

"Bomba menerima panggilan daripada orang awam yang melalui jalan itu kira-kira jam 7.58 pagi.

“Apabila tiba di tempat kejadian, anggota bomba menemui mangsa dalam keadaan tersepit manakala bahagian pinggang ke atas dihempap kenderaannya,” katanya kepada media ketika ditemui di tempat kejadian.

Marzuki berkata, tujuh anggota termasuk pegawainya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan cedera parah di beberapa bahagian badan.

Katanya, mangsa maut serta-merta di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat.
SH

Rumah imam dipukul ribut



MENTAKAB – Imam masjid Kampung Desa Bakti di sini yang sedang bersiap untuk menunaikan solat asar petang kelmarin dikejutkan dengan dentuman petir serentak ribut dari belakang rumahnya hingga menyebabkan kerosakan pada bumbung.

Imam itu, Ramli Mat Zali, 73, duduk di ruang makan bahagian dapur ketika hujan lebat bersama petir petang kelmarin.

Menurutnya, ketika mahu mengambil wuduk, dia terdengar dentuman kuat dan sempat memalingkan muka ke luar rumah.

“Semasa kejadian, saya lihat panahan petir di luar rumah dan sekelompok sampah berterbangan dibawa angin seperti puting beliung terus merempuh bumbung rumah saya.

“Ketika dalam kekalutan itu, saya cuba azan tetapi tak bersuara lalu dibawa seorang anak dan isteri ke ruang tamu untuk berlindung,” katanya.

Ramli berkata, ketika berjalan untuk berlindung, atap zink dapur dan beberapa kayu tercabut dari rumahnya dan melayang ke depan.

Menurutnya, pada masa sama, ribut turut menghentam bengkel kereta milik anaknya di depan rumah lalu menerbangkan bumbung sejauh lebih 10 meter.

“Bumbung bengkel anak saya jatuh betul-betul di atas jalan utama Temerloh ke Karak, nasib baik ketika kejadian tidak banyak kenderaan lalu,” katanya.

Ramli yang juga bekas ketua kampung Desa Bakti berkata, ketika kejadian, dia bersama seorang anak lelaki dan isterinya, Siti Hasnah Singah, 65, berada dalam rumah.

Menurutnya, selepas kira-kira setengah jam, hujan mulai reda dan beberapa pihak termasuk ketua kampung antara terawal meninjau kerosakan pada rumahnya.

“Nasib baik kejadian ribut ini tidak menyebabkan kecederaan atau lebih dahsyat kehilangan nyawa. Sepanjang hampir 40 tahun tinggal di sini, ini adalah kejadian ketiga dan paling dahsyat.

“Kejadian pertama berlaku lebih 10 tahun dulu, kedua pada 2008 tetapi kejadian semalam paling teruk kerana saya lihat angin sama macam puting beliung,” katanya.

Ramli berkata, selain rumahnya, terdapat sebuah lagi rumah terbabit dalam kejadian itu selain masjid yang terkopak atapnya. Ramli kemudian membuat laporan di Balai Polis Mentakab mengenai kejadian itu.
SH

Warga asing maut



BANDAR PEKAN – Seorang lelaki warganegara Indonesia pecah kepala selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 48, Jalan Kuantan-Segamat, kelmarin.

Dalam kejadian 9.40 malam itu, mangsa berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki dari arah Kuantan menuju ke Kota Perdana.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca daripada mangsa yang secara tiba-tiba keluar dari simpang di sebelah kanan jalan.

Menurutnya, pemandu kereta yang terkejut tidak sempat memberhentikan kenderaannya dan cuba mengelak ke sebelah kiri jalan, sebelum terlanggar motosikal mangsa.

“Mangsa yang dikenali sebagai Abdul Ghafur, 40, disahkan mati serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan sebelum dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sehubungan itu, Yahaya mengingatkan orang ramai supaya mengambil iktibar daripada kejadian itu.

“Pengguna jalan diminta tidak menunggang motosikal secara melulu atau memandu ketika keadaan fizikal diri tidak mengizinkan seperti berada dalam keadaan mengantuk atau tidak sihat.

“Kepekaan kita terhadap amalan berhemah dapat mewujudkan persekitaran selamat bagi diri dan pengguna jalan raya lain,” katanya.
SH

Tercampak masuk sungai



BUKIT TINGGI - Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kilometer 42.7, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, kira-kira jam 11.50 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Firdaus Saidin, 20, beralamat di Felda Ulu Jempol, Bandar Jengka.

Menurutnya, mangsa yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara (Uitm) Sri Iskandar menunggang motosikal jenis RXZ seorang diri dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Bandar Jengka.

“Setibanya di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas ke kiri jalan dan kemudiannya melanggar tembok batu.

“Selepas itu, mangsa tercampak ke dalam sungai iaitu 15 meter dari aras bumi,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Mansor berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan,” katanya.
SH

Bertembung kereta



TOK HAS - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi parah selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah Proton Wira Aeroback yang dikatakan sedang membuat pusingan U di sini kira-kira jam 4.45 petang, kelmarin.

Mangsa, Mohd Faiz Hassan, 27, dari Rumah Awam Gertak 100, Kuala Besut tercampak beberapa meter selepas motosikalnya merempuh bahagian depan sebelah kiri kereta tersebut, yang membuat pusingan U berhampiran sebuah kedai runcit di Kenjing dekat sini.

Menurut saksi, sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 50-an bersama seorang anak lelaki dari arah Jertih ke Kuala Besut ingin membuat pusingan U ke arah Jertih, sebelum dirempuh mangsa yang dari arah Kuala Besut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian lutut dan kepala, manakala pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Besut dengan menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Keadaan motosikal berkuasa tinggi mangsa pula remuk pada bahagian depan manakala kereta terbabit rosak di sebelah kiri depan.
SH

Pemandu van cedera tersepit



KAMPUNG BERANGAN – Seorang pemandu lelaki berusia lingkungan 50-an cedera apabila van yang dipandunya terlibat kemalangan dua kenderaan lain di Kampung Berangan, Lati, di sini.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10 pagi itu, menyebabkan seorang pemborong yang memandu sendirian tersepit di tempat duduk setelah vannya remuk bahagian kiri kenderaan itu.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Daerah Pasir Mas dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang.

Seorang pemandu yang turut terlibat kemalangan itu, Salim A/L Enpat, 33, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari bengkelnya di Gual Tinggi menghala ke Kota Bharu.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia merasakan kenderaannya dirempuh dari belakang.

“Selepas itu saya terus memberhentikan kenderaan saya dan melihat sebuah pacuan empat roda melanggar belakang kenderaan saya.

“Saya juga dapat lihat sebuah lagi kenderaan terlibat dalam kemalangan ini,” katanya.

Kemalangan ini menyebabkan keadaan jalan agak sesak hamper setengah jam apabila kenderaan yang melalui kawasan kejadian memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan ini.
SH

Maut akibat tergelincir



MACHANG – Hasrat lima sahabat untuk mandi di Air Terjun Jeram Linang dekat sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui mati lemas kira-kira jam 7.10 petang kelmarin.

Salah seorang rakan mangsa, Mohd. Shafiq Ismail, 21 berkata dia dan rakan-rakannya termasuk mangsa, Mohd. Azrul Nizam Zainal Abidin, 20 tiba di kawasan perkelahan tersebut kira-kira jam 4.15 petang daripada rumah mereka di Bachok.

Katanya, ketika kejadian pada jam 5 petang tersebut, mangsa tidak mandi tetapi tergelincir ketika duduk di atas batu berdekatan tempat kejadian.

“Ketika tangan mangsa terkapai-kapai, saya bersama rakan-rakan termasuk bapa saudara mangsa cuba menyelamatnya namun gagal memandangkan dia tidak tahu berenang.

“Kami sedaya upaya menyelamatnya tetapi tidak berjaya memandangkan air di kawasan tersebut agak dalam dan arwah meronta dengan kuat,’’ katanya.

Ketua operasi mencari dan menyelamat, Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nordin Yahya, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 5.15 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, operasi tersebut melibatkan 17 anggota bomba termasuk daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Unit Scuba Kota Bharu.

Tambahnya, mayat mangsa berjaya ditemui anggota unit scuba kira-kira jam 7.10 petang di dasar kawasan air terjun tersebut sebelum dibawa ke Hospital Machang untuk dibedah siasat.

“Orang ramai diminta berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun dan memilih lokasi yang selamat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Patuhi papan tanda amaran yang diletakkan di kawasan-kawasan yang merbahaya demi kebaikan bersama,” katanya.
SH

Mayat bayi dijumpai dalam bungkusan



KAJANG – Aktiviti rutin hujung minggu seorang penduduk yang membersihkan kawasan sekitar rumah di Kampung Sungai Ramal Baru, Kajang tergendala seketika apabila menjumpai sebungkus plastik putih yang mengandungi mayat bayi.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab, (gambar) berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.25 pagi semalam apabila seorang penduduk menjumpai plastik putih berhampiran landasan kereta api berhampiran rumahnya.

“Lelaki berkenaan sedang membersihkan kawasan rumah sebelum ternampak bungkusan plastik berhampi-ran landasan kereta api dan kemudiannya bertindak membuka plastik berkenaan dan terkejut setelah melihat mayat bayi yang telah berulat”, katanya.

Berdasarkan siasatan awal katanya, mayat bayi berkenaan telah meninggal dunia lima hari berdasarkan keadaannya yang sudah berulat dan keadaan jantina yang sukar di tentukan.

“Mayat bayi dihantar ke Hospital Serdang,” katanya.
SH

Kumpulan Amerika Latin curi berlian RM1.66 juta

SHAH ALAM 17 Julai - Polis mengenal pasti dua kumpulan warga Amerika Latin, terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita yang dipercayai terlibat dalam dua kes mencuri berlian dan barangan kemas bernilai RM1.66 juta di kawasan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis juga percaya kumpulan itu adalah kumpulan sama terlibat dalam kes curi tiga beg berisi emas bernilai kira-kira RM900,000 di Terengganu akhir 2009.

"Kita dapat lihat kelicikan mereka dalam mencuri dengan datang secara berkumpulan ke Malaysia dan menyewa kereta, kemudian samun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Jom Memancing Bersama Ketua Polis Selangor dan melancarkan Pasukan Kesedaran Jenayah Peringkat Selangor di Kolam Memancing Air Tawar Rabok Bay, Jalan Kebun, Seksyen 32 di sini, hari ini.

Tun Hisan berkata, setakat ini berlian dan barang kemas yang dicuri itu belum ditemui dan polis masih menjalankan siasatan untuk menjejaki saki-baki kumpulan itu.

Mangsa kes kecurian melibatkan enam lelaki dari Hong Kong merupakan pemilik barangan kemas dan berlian, yang baru selesai mengadakan pameran di Kuala Lumpur pada 7 hingga 10 Julai lepas.

Setakat ini, lima lelaki warga Amerika Latin telah ditahan bagi membantu siasatan. — BERNAMA

Utusan Malaysia Online - Jenayah

4 remaja merompak ditahan



Ab. Rasyid Ab. Wahab menunjukkan bahan-bahan bukti yang digunakan oleh penjenayah semasa menyamun di Kajang, semalam.


HULU LANGAT 17 Julai – Empat remaja lelaki, dua daripadanya masih bersekolah merompak barang berharga dan wang tunai yang kesemuanya berjumlah RM50,000 dari sebuah rumah dua tingkat di Bandar Tun Hussien Onn, Kajang di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 petang ketika mangsa tiada di rumah kerana keluar bersama keluarganya menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Liverpool dan Malaysia.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, suspek dipercayai mengetahui selok belok kediaman mangsa yang ketika itu dijaga oleh seorang pembantu rumah wanita berusia 41 tahun.

Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 20 tahun dikatakan memasuki rumah mangsa melalui pintu tepi.

“Mereka kemudian mengacukan sebilah pedang samurai ke arah pembantu rumah itu sebelum mengikat tangan serta mulutnya dengan tuala. Kumpulan remaja penjenayah itu kemudian menggeledah rumah itu dan mengambil beberapa barangan berharga milik mangsa.

“Antara barangan yang dilarikan adalah dua unit komputer riba, komputer tablet iPad, wang tunai dan beberapa unit telefon bimbit yang kesemuanya dianggar bernilai RM50,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

Tambahnya, dua daripada suspek merupakan pelajar sekolah menengah, manakala masing-masing seorang penuntut kolej dan penganggur itu melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Ab. Rashid memberitahu, polis berjaya menahan kesemua suspek dalam operasi berasingan yang berakhir pukul 2.30 pagi ini di sekitar Kajang.

“Hasil pemeriksaan, katanya, polis menemui semula barangan rompakan dan peralatan untuk melakukan jenayah itu termasuk sebilah pedang samurai dan pemutar skru,” katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Suami lihat isteri dirogol remaja di butik pengantin

HULU LANGAT 17 Julai - Seorang lelaki terkejut apabila mendapati isterinya menjadi mangsa rogol seorang remaja berusia 19 tahun di butik pengantin milik mereka di Taman Rinching, Kajang dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi ketika suami mangsa dikatakan baru memasuki butik pengantin tersebut selepas membuka pintu yang dikunci dari dalam oleh suspek.

Bagaimanapun, tanpa diduga suami mangsa melihat suspek sedang menindih isterinya yang dalam keadaan bogel dalam butik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, sebelum kejadian, suspek dikatakan menyamar sebagai pelanggan untuk menempah pakaian pengantin di butik mangsa.

"Suspek kemudian bertindak mengunci pintu sebelum mengacukan pisau ke arah mangsa yang berusia 29 tahun itu.

"Mangsa yang dalam ketakutan diarahkan supaya menanggal pakaian sebelum suspek bertindak merogolnya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

Tambahnya, suami mangsa yang berang dengan tindakan suspek tersebut kemudian bertindak menangkapnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Katanya, suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Gunung berapi Lokon meletus

JAKARTA 17 Julai - Gunung berapi Lokon di Sulawesi, Indonesia hari ini meletus dalam letusan terbesar sejak hujung bulan lepas, dengan menghamburkan kepulan abu setinggi 3,500 meter ke udara.

"Gunung berapi itu meletus lagi pagi ini dengan menghamburkan batu dan abu dalam letusan terbesar sejak akhir Jun," kata pakar gunung berapi kerajaan, Kristianto.

Katanya, beliau telah memaklumkan pihak lapangan terbang supaya berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana paras abu agak tinggi ketika ini.

"Bagaimanapun setakat ini, penerbangan belum terjejas dan lapangan terbang tidak ditutup.

"Gunung berapi itu masih dalam fasa letusan, dan kami tidak dapat meramalkan sama ada letusannya akan reda atau menjadi lebih kuat dan kerap," ujar Kristianto.

Gunung Lokon setinggi 1,580 meter yang terletak di utara Pulau Sulawesi adalah antara gunung berapi paling aktif di Indonesia.

Kali terakhir ia meletus pada 1991, menyebabkan seorang pelancong Switzerland terkorban.

Lebih 5,200 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara sejak Gunung Lokon meletus pada Khamis lalu dan tahap berjaga-jaga diletakkan pada paras tertinggi.

Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi, Jawa Tengah, menyebabkan lebih 350 orang terbunuh dalam beberapa letusan kuat pada tahun lepas. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Lebih 460 maut bencana banjir di China

BEIJING 17 Julai - Lebih daripada 460 orang terbunuh atau hilang sejak Jun lalu selepas hujan lebat pada musim panas mencetuskan banjir besar dan tanah runtuh, kata pegawai kerajaan.

Hujan lebat yang melanda beberapa bandar di China sejak awal bulan lalu mengakibatkan kemusnahan di mana tanah runtuh dan banjir kilat membunuh dan memerangkap ramai orang.

Menurut Kementerian Hal Ehwal Awam, sejak 1 Jun lalu, bencana alam yang dicetuskan oleh hujan telah mengakibatkan 355 orang terkorban dan 112 lagi hilang, memaksa pemindahan lebih 2.3 juta penduduk dilakukan.

Setiap musim panas, negara ini sering dilanda hujan lebat dan pada tahun lalu sahaja, kejadian banjir terburuk dalam tempoh sedekad mengakibatkan lebih 4,300 orang mati atau hilang.

Antaranya kejadian tanah runtuh di barat laut wilayah Gansu pada Ogos tahun lalu yang mengorbankan 1,500 orang.

Menurut agensi berita rasmi Xinhua semalam, kejadian tanah runtuh di Gansu menyaksikan 13 orang mati apabila bas dan trak rosak akibat ditimpa tanah runtuh berkenaan.

Laporan menunjukkan lebih 800 orang yang berada di dalam 300 kenderaan terkandas di lebuh raya barat daya Yunnan selepas jalan raya ditutupi oleh lumpur dan batu-batu.

Awal bulan ini, kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah bandar wilayah utara Shaanxi meranapkan banyak rumah dan mengakibatkan 18 orang terbunuh.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa sebahagian besar bandar negara ini akan terus dilanda hujan lebat. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Rebekah Brooks ditahan polis



Rebekah Brooks


LONDON 17 Julai - Polis Britain hari ini menahan Rebekah Brooks, bekas Ketua Eksekutif News International milik Rupert Murdoch atas tuduhan terlibat dalam skandal penggodaman telefon, lapor media Britain.

Polis Scotland Yard dalam satu kenyataan berkata, seorang wanita berusia 43 tahun telah ditahan atas tuduhan menggodam telefon dan rasuah. Jurucakap Brooks, mengesahkan penahanan beliau.

Stesen Sky News yang merupakan sebahagian daripada empayar media Murdoch, dan BBC turut melaporkan wanita yang ditahan adalah Brooks yang meletak jawatan pada Jumaat lalu.

Wanita tersebut ditahan setelah dipanggil ke sebuah balai polis di London dan kini berada dalam tahanan, tambah kenyataan itu tanpa mendedahkan identiti wanita terbabit.

"Dia telah ditahan kerana disyaki berkonspirasi memintas talian komunikasi dan atas tuduhan rasuah," jelas kenyataan tersebut.

Antara yang ditahan terbabit dalam skandal itu setakat ini, termasuk bekas editor News of The World, Andy Coulson yang juga merupakan bekas ketua pegawai komunikasi Perdana Menteri, David Cameron.

Sementara itu, pemimpin Parti Buruh Britain, Ed Miliband hari ini menggesa supaya empayar media Rupert Murdoch di Britain dipecah-pecahkan berikutan skandal penggodaman telefon melibatkan akhbar tabloid miliknya, News of the World.

"Saya fikir kita perlu mengkaji situasi yang membolehkan seorang individu memiliki lebih 20 peratus pasaran akhbar, platform Sky dan Sky News.

"Keadaan itu tidak sihat kerana sebegitu banyak kuasa di tangan seorang individu ternyata membawa kepada penyalahgunaan kuasa dalam organisasi orang berkenaan," kata Miliband kepada akhbar The Observer.

Katanya, penumpuan kuasa di tangan seseorang adalah agak berbahaya kepada usaha untuk mengurangkan penyalahgunaan kuasa.

Murdoch menutup News of the World minggu lepas disebabkan skandal itu tetapi beliau masih memiliki akhbar-akhbar The Times, The Sunday Times dan The Sun sebagai sebahagian unit News International dalam empayarnya.

Sungguhpun News Corporation milik Murdoch terpaksa membatalkan percubaan untuk menguasai stesen televisyen satelit BSkyB, ia masih memiliki 39 peratus daripada saham syarikat itu, yang mempunyai lebih 10 juta pelanggan.

News International juga dilaporkan merancang untuk menerbitkan akhbar The Sun versi Ahad bagi menggantikan News of the World.

Miliband telah mengetuai kecaman terhadap Murdoch sejak dua minggu lalu, termasuk menuntut peletakan jawatan ketua eksekutif News International, Rebekah Brooks yang akhirnya berundur kelmarin.

Pemimpin parti pembangkang itu juga mengetuai kempen politik bagi menentang percubaan Murdoch untuk menguasai seluruh BSkyB. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Tiga penoreh getah dibunuh

BANGKOK 17 Julai - Suspek militan menembak mati tiga pekebun getah di wilayah bergolak selatan Thailand hari ini.

"Ketiga-tiga lelaki itu beragama Islam dan kesemuanya mati di tempat kejadian," kata seorang pegawai polis tanpa memberikan butiran terperinci.

Insiden berlaku di Yala, satu daripada tiga wilayah bergolak di selatan Thailand yang bergelut dengan pergerakan pemberontak.

Keganasan yang meletus sejak 2004 di wilayah itu telah mengorbankan lebih 4,600 orang, yang kebanyakannya terbunuh dalam serangan bom atau tembak lari.

Isnin lalu, seorang penoreh getah dan isterinya ditembak mati oleh suspek militan dan 12 lagi cedera dalam serangan bom di wilayah tersebut, termasuk anggota tentera.

Beberapa penganalisis menyifatkan kejadian ini sebagai isyarat amaran kepada kerajaan baru Thailand selepas pilihan raya umum negara ini pada 3 Julai lalu, dengan menggambarkan bahawa insiden keganasan selalunya mudah meningkat selepas pilihan raya.

Bagaimanapun, keganasan di tiga wilayah ini iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat telah pun berleluasa sebelum pilihan raya lagi dengan penduduk kampung Islam, tentera dan polis antara mereka yang menjadi mangsa.

Etnik Melayu Islam adalah kumpulan majoriti di wilayah paling selatan di negara Thailand yang dominasi oleh penganut Buddha ini. - REUTERS

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Ditahan buat laporan palsu MyKad disamun

KLUANG 17 Julai - Akibat cuba mengelak membayar denda kerosakan Mykad , seorang pemuda membuat laporan palsu konon MyKad miliknya hilang akibat disamun, baru-baru ini.

Namun tindakannya itu membawa padah apabila dia ditahan polis selain berdepan kemungkinan didenda sehingga RM2,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya kerana membuat laporan palsu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, suspek sebelum ini membuat laporan polis di sini, kononnya disamun dua lelaki di Kluang Mall pada tengah hari Khamis lalu.

"Polis curiga lantas dan hasil pemeriksaan ke atas kereta Proton Iswara milik suspek ditemui kesemua barangan dilaporkan hilang kecuali wang tunai RM2,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, suspek memberitahu polis, dia berbuat demikian bagi mengelak membayar kerosakan Mykadnya.

Utusan Malaysia Online - Johor

3 beranak maut kemalangan

KUALA LUMPUR 17 Julai – Tiga sekeluarga maut manakala tujuh lagi cedera apabila kereta Proton Wira yang mereka naiki secara berhimpit-himpit terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum merempuh tiang lampu, malam tadi.

Kemalangan ngeri itu berlaku di Kilometer 305.5, Lebuh Raya Utara-Selatan selepas Plaza Tol Sungai Besi kira-kira pukul 11.30 malam.

Mereka yang maut di tempat kejadian ialah pemandu kereta Wira itu, Zulkifle Zainul, 29, pekerja kontrak Jabatan Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad di Bangi, Selangor bersama anak lelakinya Muhammad Danish Adam, 2 tahun yang tercampak keluar dari kereta.

Turut terbunuh ialah isteri Zulkifle, Nur Nazirah Sungip, 20, yang ketika itu memangku Muhammad Danish di tempat duduk belakang. Nur Nazirah meninggal dunia di Hospital Serdang kira-kira pukul 4 pagi.

Tujuh lagi ahli keluarga mereka terselamat namun dua daripadanya iaitu Nur Atikah Sungip, 29, dan adiknya, Nur Khairudin, 14, mengalami kecederaan di bahu, pinggang, patah kaki kanan serta pecah pundi kencing.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, lima lagi penumpang iaitu adik beradik Nur Nazirah iaitu Nurjumaatun Suhaida, 24; Nureffandi, 17; Nur Asyura, 7; Syahiratul Shafikah, 4, dan anak kepada Nurjumaatun, Muhammad Amirul Aiman Muhammad Nur Alif, 1, tidak mengalami kecederaan.

“Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abd. Razak, siasatan awal pihaknya mendapati, kenderaan dipandu Zulkifle dipercayai gagal dikawal berdekatan susur masuk ke UPM dan berpusing beberapa kali sebelum merempuh tiang lampu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Nureffandi ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Serdang memberitahu, ketika kejadian mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Kajang dari Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak di sini kerana melawat bapa saudaranya yang sakit tenat.

Dia yang ketika itu sedang tidur di sebelah tempat duduk pemandu terkejut dengan jeritan arwah kakaknya iaitu Nur Nazirah yang menjerit sambil kereta yang mereka naiki berpusing beberapa kali sebelum merempuh tiang lampu.

“Selepas kereta itu terbabas apabila merempuh tiang lampu, saya mendapati abang ipar saya (Zulkifle) dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah,” katanya.

Abang Zulkifle, Zulhilmizi Zainul, 31, pula ketika ditemui tidak menyangka pertemuan petang semalam merupakan pertemuan terakhir dia dan adiknya.

Menurutnya, dia yang berada di kampung di Jengka 4, Pahang itu dimaklumkan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi dan bergegas membawa ibu dan bapanya ke Hospital Serdang.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Pemandu lori bebas tuduhan bunuh

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang pemandu lori daripada tuduhan membunuh seorang lelaki di Sungai Petani tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap S.Kumaravelan, 37.


Kumaravelan didakwa membunuh Azlan Abdul Rahim, 23, di jalan batu kerikil menghala ke ladang kelapa sawit OSK Properties Sdn Bhd berdekatan pasar raya Econsave, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani pada kira-kira pukul 5 petang, 28 Ogos 2008.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurshuhada Mohd Yatim manakala Kumaravelan diwakili peguam B.Murthy.

myMetro | Pemandu lori bebas tuduhan bunuh

Wanita nekad terjun kereta

DUNGUN: Seorang wanita nekad terjun dari kereta selepas mendapati dua lelaki yang mendakwa mahu membantunya berniat jahat untuk menyamun beg tangannya dalam kejadian Jumaat lalu.

Wanita berusia 27 tahun itu terpaksa bertindak demikian selepas mendapati kereta ditumpangkan kedua-dua lelaki berusia 20-an itu membawanya ke sebuah kawasan sunyi di Kampung Pinang Baru, di sini.

Sebelum kejadian, mangsa bersama ibunya berusia 58 tahun menaiki Proton Saga BLM dipandu suaminya juga berusia 27 tahun dari Kuantan, Pahang untuk pulang ke Pulai Chondong, Machang, Kelantan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Kilometer 68, Jalan Jerangau-Jabur, kira-kira jam 10.30 malam.

Sebaik kemalangan itu, dua lelaki yang menaiki sebuah Perodua Kancil dikatakan berhenti di tempat kejadian sebelum mempelawa membantu menghantar ibu mangsa yang cedera ke Klinik kesihatan Bukit Besi.


Mangsa bersama ibunya menaiki kereta itu untuk ke klinik manakala suaminya yang tidak cedera menunggu di tempat kejadian.

myMetro | Wanita nekad terjun kereta

Pelajar cedera terseret lepas diragut

AMPANG: Seorang pelajar perempuan cedera di tangan, kaki dan perut akibat terseret di atas jalan raya selepas menjadi mangsa ragut seorang lelaki berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka, di sini, Selasa lalu, menyebabkan kerugian RM1,500.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun berjalan bersendirian dari kediamannya di Blok D, Pandan Ria, di sini menuju ke stesen LRT berkenaan.


Menurut sumber, beg tangan mangsa tiba-tiba direntap dari belakang oleh seorang lelaki bermotosikal.

selepas kira-kira lima minit berjalan, tiba-tiba sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki datang dari arah belakang dan terus merentap beg tangan mangsa.


“Mangsa yang terkejut dengan tindakan tiba-tiba lelaki tidak dikenali itu cuba merampas kembali beg tangannya namun gagal, malah terjatuh dan terseret di jalan raya sebelum melepaskan genggamannya, beg itu selepas cedera,” katanya.mengalami kecederaan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan.

myMetro | Pelajar cedera terseret lepas diragut

‘Saya takut dipukul!’

IPOH: “Saya takut kena pukul!” Itu reaksi spontan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun apabila ditanya mengapa berlegar mengutip derma daripada orang ramai yang menjamu selera di sebuah restoran.

Kanak-kanak terbabit yang berkemeja, berkopiah sambil membawa beg sandang menunjukkan wajah cemas sebaik ditanyakan asal-usul serta individu yang mengarahkannya mengutip derma sekitar kawasan Gunung Rapat di sini.


Penduduk, Mohd Azman Ghazali, 45, berkata, dia mula mencurigai kehadiran kanak-kanak itu yang dilihat menjadi ‘pengemis’ tetap di kawasan itu sejak lebih seminggu lalu.

Katanya, dia mengesyaki sesuatu tidak kena apabila kanak-kanak sama kerap muncul pada waktu petang hingga lewat malam di sekitar stesen minyak dan restoran di situ.


“Kanak-kanak itu menunjukkan cakera padat (CD) nasyid atau minyak angin yang didakwa dijual bagi membiayai rumah anak yatim di Kedah kepada pelanggan restoran yang dihampiri.


“Bagaimanapun CD dan minyak angin itu hanya ‘modal’ untuk meraih simpati orang ramai menyumbang derma tanpa banyak bertanya,” katanya ketika ditemui wartawan, semalam.

Bagaimanapun, dia mula sangsi dan mengesyaki kanak-kanak itu diperguna sindiket tertentu berikutan kanak-kanak lain turut meminta derma dengan taktik sama di sekitar Ipoh.


“Agak malang apabila kanak-kanak yang masih mentah ini dipergunakan untuk meraih wang dengan mengorbankan alam persekolahan selain terpaksa berdiri berjam-jam di hadapan bank sambil mengharap simpati orang ramai.

“Jika mereka tidak mampu memelihara atau menjaga anak malang atau yatim ini, mereka sepatutnya diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mampu memberi bantuan sewajarnya,” katanya.


Sementara itu, Pengarah JKM Perak, Chong Phaik Kee berkata, pihaknya memandang serius kes budak sekolah meminta derma. dan sumbangan.


Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat bekerjasama menyalurkan segera sebarang maklumat mengenai kegiatan terbabit atau kehadiran kanak-kanak di kawasan mereka kepada pihaknya dan agensi berkaitan.

myMetro | ‘Saya takut dipukul!’

Penunggang motosikal disamun dalam terowong

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga cedera manakala motosikalnya dilarikan dua lelaki warga asing dalam kejadian samun di laluan terowong motosikal Lorong Seputeh, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, mangsa berusia 23 tahun menunggang motosikal sendirian melalui laluan terowong motosikal itu apabila tiba-tiba dua lelaki warga asing menahannya.


Sumber berkata, sebaik memberhentikan motosikalnya, kedua-dua lelaki terbabit merampas beg dibawanya.

Katanya, apabila mangsa cuba melawan, seorang daripada lelaki terbabit menumbuk dada mangsa manakala seorang lagi memukul kepalanya dengan topi keledar.


“Mangsa merayu suspek untuk menyerahkan dokumen peribadi termasuk pasport antarabangsa dan surat insurans, tetapi tidak diendahkan.


“Kedua-dua lelaki itu merampas kunci motosikal mangsa sebelum melarikan kenderaan itu,” katanya.

Hasil bantuan orang awam yang melalui kawasan itu, mangsa dibawa ke sebuah klinik swasta berdekatan untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Brickfields.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abd Hamid mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

myMetro | Penunggang motosikal disamun dalam terowong

Dipukul madu

NIBONG TEBAL: “Sebelum ini, hubungan saya dengan madu tiada masalah, malah dia turut menjaga anak sulung ketika dalam pantang.

“Bagaimanapun, selepas mengandung anak kedua, madu saya berubah sikap hingga kami kerap bertengkar dan kemuncaknya pada 9 Julai lalu kami bergaduh di syarikat milik suami,” kata Tina, 38, menceritakan masalah yang dihadapi bersama madunya selain sikap suami sehingga mendorongnya untuk bercerai.

Beliau mendakwa, dalam kejadian yang berpunca daripada masalah anak itu, dia cedera di kepala akibat dipukul madunya.

“Ketika kejadian saya ada di pejabat sebelum suami datang bersama madu. Disebabkan masalah anak, kami bertengkar sebelum berlaku tolak-menolak.


“Ketika suami memegang saya untuk menyuraikan keadaan, madu mengambil kesempatan memukul kepala saya dengan sebatang besi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

myMetro | Dipukul madu

Pengusaha butik diperkosa remaja

KAJANG: Seorang pengusaha butik perkahwinan berusia 29 tahun dirogol seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan ketika berurusan di butiknya di Bandar Rinching, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa yang berseorangan di butiknya didatangi lelaki berusia 19 tahun yang kononnya mahu membuat tempahan pakaian pengantin.


“Sebaik masuk ke dalam butik, lelaki itu mengeluarkan pisau dan mengarahkan mangsa melucutkan pakaian.

“Mangsa yang tergamam dengan tindakan suspek hanya menurut arahan kerana bimbang dicederakan,” katanya.


Rashid berkata, sewaktu suspek sedang merogol mangsa, suami mangsa tiba-tiba datang ke butik itu sebelum terkejut dengan perbuatan suspek.


“Suspek cuba melarikan diri sebelum dihalang.

“Suspek yang gagal meloloskan diri diberkas suami mangsa sebelum menghubungi pihak berkuasa,” katanya.

myMetro | Pengusaha butik diperkosa remaja

2,426 remaja, pelajar ditahan

KUALA LUMPUR: Penahanan seramai 2,426 pelaku jenayah membabitkan golongan remaja dan belia termasuk pelajar sekolah dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini perlu dipandang serius semua pihak terutamanya ibu bapa.

Daripada jumlah itu, seramai 992 ditahan adalah pelajar manakala 1,434 bukan pelajar dan remaja.


Mendedahkan perkara berkenaan, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, antara kesalahan jenayah berat yang membabitkan golongan itu adalah seperti rogol, ragut, samun berkumpulan dan samun bersenjata.

“Pada 2010, golongan pelajar, bukan pelajar dan remaja yang yang ditahan di seluruh negara seramai 8,105 orang dan daripada jumlah itu, seramai 5,165 membabitkan pelajar. Jumlah itu meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 7,717 orang iaitu 3,654 kes membabitkan pelajar,” katanya selepas merasmikan Projek Pencegahan Jenayah dan Hidup Sihat anjuran Kelab Lions Kuala Lumpur Utara, di Sri Petaling, di sini, semalam.

myMetro | 2,426 remaja, pelajar ditahan

Jatuh dalam pusaran air

GUA MUSANG: “Kalau saya tahu kawasan air terjun itu ‘berpuaka’, awal-awal lagi saya sudah melarang suami ke sana,” kata Norazita Ibrahim, 34, ibu kepada budak perempuan berusia tujuh tahun yang ditemui lemas di Air Terjun Lata Kertas, Dabong, dekat Kuala Krai, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, perkelahan keluarga itu pada cuti hujung minggu bertukar pilu selepas seorang anak mereka, Siti Nurwahyu Ghazali, lemas ketika mandi di kawasan perkelahan itu.


Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang duduk di atas batu diminta ibunya terjun ke kawasan air terjun itu, tetapi malangnya mangsa terjatuh di kawasan pusaran air.

Menggunakan tenaga yang ada, Norzita cuba menyambut tangan anaknya itu, namun gagal sebelum mangsa hilang daripada pandangan menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut hingga memaksa orang ramai dan keluarganya cuba menjejaki jasadnya.


Selepas lima jam, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 7.15 malam sebaik mendapat pertolongan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai sebelum dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk dibedah siasat.


Ketika ditemui di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, di sini, Norazita berkata, dia tidak menyangka perkelahan bersama suami, Ghazali Rahim, 34 dan empat anak mereka bertukar pilu apabila seorang anaknya lemas.

myMetro | Jatuh dalam pusaran air

Tenggelam dua kali

MACHANG: Perkelahan seorang remaja lelaki bersama bapa saudara dan tiga rakan di Hutan Lipur Jeram Linang di sini, bertukar tragedi apabila maut selepas tergelincir dan lemas ketika mandi di kawasan itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, Muhamad Azrul Nizam Zainal Abidin, 20, yang tergelincir cuba diselamatkan bapa saudaranya, Zulkifli Derahim, 21, namun usaha itu gagal sebelum mangsa tenggelam di dasar sungai sedalam kira-kira empat meter.


Mayat mangsa berasal dari Kampung Aril, Pauh Lima, Bachok ditemui terlentang di dasar sungai jam 7.10 malam selepas mendapat bantuan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Unit Skuba Kota Bharu diketuai Shahril Yusma Mat Yusoff.

Sebelum itu, mangsa dikatakan tiba di kawasan perkelahan itu jam 4.30 petang bersama Zulkifli serta tiga rakan sekampung, Mohamad Atifi Mohd Nazir, 20; Mohd Syafiq Mohd Ismail, 20, dan Zamri Mustapha, 19, menaiki motosikal.


Tidak sampai setengah jam kemudian, perkelahan itu menjadi mimpi ngeri sebaik mangsa tenggelam menyebabkan Zulkifli terpaksa berhempas-pulas cuba menyelamatkan mangsa. Namun, usahanya gagal sehingga mangsa ditemui terdampar di dasar sungai, dua jam kemudian dan mayatnya dihantar ke Hospital Machang untuk dibedah siasat.


Zulkifli berkata, sebelum kejadian, dia sudah menasihatkan anak saudaranya itu supaya tidak mandi di bahagian tengah sungai berikutan keadaannya agak dalam.

“Selepas mandi di kawasan gigi air, arwah beredar ke kawasan aliran air terjun sebelum tergelincir lalu terjatuh,” katanya ketika ditemui di bilik mayat HM, kelmarin.


Katanya, terkejut melihat keadaan itu, dia bersama Mohamad Atifi dan Mohd Syafiq terus terjun untuk cuba menyelamatkan mangsa.

“Saya nekad kerana tidak sanggup melihat arwah meronta-ronta ketika kami bertiga cuba mengheretnya ke tepi batu, namun dia terus tenggelam.


“Tanpa menghiraukan keselamatan diri, saya terus menyelam ke dasar sungai sebelum berjaya membawanya naik ke permukaan air, namun, arwah tenggelam kali kedua selepas tangan saya terlepas daripada pegangannya,” katanya.


Menurutnya, menyedari air terlalu dalam, selain sejuk dan cuaca semakin gelap, dia terus meminta Zamri segera menghubungi pihak berkuasa.


“Walaupun gagal menyelamatkan arwah, saya bersyukur kerana jenazahnya ditemui di dasar sungai dalam keadaan terlentang oleh anggota penyelamat,” katanya.


Katanya, anak saudaranya yang sebelum ini menetap di Johor bersama ibu bapanya, Zainal Abidin Saali, 40-an dan Noriah Derahim, 40-an baru tiba di rumah neneknya, Rahimah Mat Yazid, 60-an di Kampung Aril, pagi Jumaat lalu.


Menurutnya, Muhamad Azrul bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya di Johor Bahru dikatakan berhasrat mencari peluang pekerjaan di negeri kelahirannya.


“Saya terkilan kerana hasrat arwah bekerja di sini tidak kesampaian, selain sedih arwah turut tidak berkesempatan menyambut kedatangan Ramadan bersama neneknya.


“Arwah yang juga anak sulung daripada lima beradik tidak menunjukkan perubahan kecuali beberapa minit sebelum kejadian kerana beriya-iya mengajak Atifi dan Zamri menemaninya membeli jeans buat kali terakhir di Rantau Panjang, Sabtu depan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nordin Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.15 petang dan tiba di kawasan perkelahan itu, setengah jam kemudian.


“Gerakan mencari mangsa disertai 17 anggota termasuk Unit Skuba, Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pasir Puteh.


“Mangsa ditemui terdampar di dasar sungai, kira-kira jam 7.10 malam,” katanya.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Malik Bedut mengesahkan kejadian itu dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

myMetro | Tenggelam dua kali

Wanita nekad terjun kereta

DUNGUN: Seorang wanita nekad terjun dari kereta selepas mendapati dua lelaki yang mendakwa mahu membantunya berniat jahat untuk menyamun beg tangannya dalam kejadian Jumaat lalu.

Wanita berusia 27 tahun itu terpaksa bertindak demikian selepas mendapati kereta ditumpangkan kedua-dua lelaki berusia 20-an itu membawanya ke sebuah kawasan sunyi di Kampung Pinang Baru, di sini.

Sebelum kejadian, mangsa bersama ibunya berusia 58 tahun menaiki Proton Saga BLM dipandu suaminya juga berusia 27 tahun dari Kuantan, Pahang untuk pulang ke Pulai Chondong, Machang, Kelantan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Kilometer 68, Jalan Jerangau-Jabur, kira-kira jam 10.30 malam.

Sebaik kemalangan itu, dua lelaki yang menaiki sebuah Perodua Kancil dikatakan berhenti di tempat kejadian sebelum mempelawa membantu menghantar ibu mangsa yang cedera ke Klinik kesihatan Bukit Besi.


Mangsa bersama ibunya menaiki kereta itu untuk ke klinik manakala suaminya yang tidak cedera menunggu di tempat kejadian.

myMetro | Wanita nekad terjun kereta

Terperangkap 12 jam


ENDAU: Lima sekeluarga berdepan pengalaman menakutkan apabila terperangkap di kawasan berbatu berhampiran Pantai Teluk Gorek di sini, kelmarin, selama kira-kira 12 jam berikutan laluan digunakan untuk memancing dinaiki air pasang.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Yahya Din, 50, anaknya, Hamzah, 6, saudara Yahya, Zainudin Nawi, 55, Lina, 20-an dan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dikenali sebagai Man, dikatakan keluar dari chalet penginapan mereka dan menuju kawasan berbatu di teluk itu.

Bagaimanapun, semua lima sekeluarga itu difahamkan tidak dapat pulang disebabkan laluan yang digunakan dinaiki air pasang menyebabkan mereka terpaksa menunggu dengan penuh debaran sebelum diselamatkan pasukan penyelamat, kira-kira 12 jam kemudian.

Anak Zainudin, Mohd Ridzuan 23, berkata sebelum kejadian bapanya memberitahu mahu keluar memancing di kawasan berbatu berhampiran teluk berkenaan yang boleh dilalui melalui pesisir pantai ketika air surut.

Katanya, mereka beranggapan tempat itu selamat dan tidak menghalang kemahuan bapanya itu sambil terus berehat di chalet yang disewa di kawasan berhampiran.


“Bagaimanapun, hingga jam 7 malam kelmarin, bapa dan empat lagi ahli keluarga tidak pulang menyebabkan kami risaukan keselamatan mereka.

“Kami cuba menghubungi mereka menggunakan telefon bimbit tetapi gagal, sebelum berbincang dengan keluarga.

“Kira-kira jam 10 malam, kami mengambil keputusan membuat laporan polis serta memaklumkan kepada bomba dan penyelamat mengenai kehilangan mereka selepas usaha menjejaki mereka gagal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Pegawai Bomba Kanan II Sulong Khaled berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, tujuh anggotanya dikerahkan ke lokasi untuk mengesan mangsa.

“Bagaimanapun, kami menghadapi kesukaran menghampiri kawasan berbatu dan mangsa dipercayai terperangkap kerana air pasang dan ombak kuat.


“Selain itu, kawasan itu berbatu dan kami bimbang ia membahayakan nyawa penyelamat sekiranya bot yang digunakan merempuh batu,” katanya.


Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan kerjasama polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta penduduk kampung, sebelum semua lima mangsa ditemui dalam keadaan lemah dan kesejukan di atas batu di hujung kawasan teluk pada kira-kira pukul 1 pagi tadi (semalam),” katanya.


Katanya, pasukan penyelamat berjaya membawa keluar semua mangsa pada kira-kira jam 3 pagi semalam, sebelum diberikan rawatan oleh pasukan paramedik dari Klinik Kesihatan Endau di pantai berhampiran.


Turut menunggu di pantai ialah Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid serta beberapa pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing.

myMetro | Terperangkap 12 jam

‘Dr kerabat’ kaki temberang

TERTIPU ...Kim Soong (kanan) dan remaja yang pernah berurusan dengan Dr terbabit menunjukkan laporan polis yang dibuat.
TERTIPU ...Kim Soong (kanan) dan remaja yang pernah berurusan dengan Dr terbabit menunjukkan laporan polis yang dibuat.

KUALA LUMPUR: Bermodalkan gelaran sebagai kerabat diraja, seorang lelaki menggunakan status itu untuk menipu pemilik sebuah syarikat pembinaan kononnya boleh menyediakan modal permulaan bagi projek terbaru mereka.

Seorang mangsa yang juga bekas pekerjanya, Hew Kim Soong, 49, berkata lelaki yang dipanggil Dr itu meminta dia menjadi Pegawai Perhubungan Awam (PRO) syarikatnya dengan menjanjikan gaji RM3,000 sebulan.


Bagaimanapun, selepas lapan bulan bekerja, dia tidak menerima sebarang bayaran dan lebih malang lagi apabila lelaki itu sering meminjam wang daripadanya untuk menampung perbelanjaan harian.

“Melihat kepada status dan latar belakangnya, saya yakin akan mendapat pekerjaan lebih baik tambahan pula kami hidup berjiran. Ini memudahkan saya berulang-alik ke pejabat yang terletak di rumahnya.


“Malangnya, sudahlah tidak dibayar gaji, duit saya pula yang dihabiskan dengan alasan projek dilaburkan tidak menjadi dan terbatal,” katanya ketika ditemui di Taman Pudu Ulu, di sini, semalam.


Menurut Kim Soong, selepas menyedari ditipu, dia mula menyelidik latar belakang lelaki itu melalui jiran tetangga dan pelanggan pernah berurusan dengannya.

“Hasil daripada siasatan sendiri, saya menemui dua mangsa Dr berkenaan yang mengalami kerugian puluhan ribu ringgit kerana terpedaya dengan janji lelaki itu.

“Namun, apa menyedihkan, mereka enggan membuat laporan polis demi menjaga status kerana ada segelintir daripada mangsanya adalah individu berpengaruh memiliki syarikat hartanah dan pembinaan terkenal di negara ini,” katanya.

Katanya, selepas menyiasat latar belakang lelaki itu, beberapa penduduk setempat turut mendakwa lelaki itu gemar memancing kanak-kanak dan remaja ke rumahnya sebelum mencabul mangsa.


“Dia akan memilih kanak-kanak atau remaja lelaki yang ‘ada wajah’ saja sebelum meminta mangsa ke rumahnya dengan alasan mahu meminta bantuan untuk mencuci kipas angin.


“Bagaimanapun, sebaik mangsa berada di rumahnya dia bertindak melakukan perbuatan tidak senonoh kepada mangsa dan kebanyakan mangsa sempat melarikan diri,” katanya.


Katanya, bimbang kejadian itu berlarutan, dia akhirnya membuat laporan polis selepas berjumpa dengan jirannya yang turut mengakui taktik digunakan lelaki itu.

myMetro | ‘Dr kerabat’ kaki temberang

10 pencuri berlian di KLIA dikenal pasti

SHAH ALAM: Polis mengenal pasti dua kumpulan warga Amerika Latin, terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita yang dipercayai terbabit dalam dua kes mencuri berlian dan barangan kemas bernilai RM1.66 juta di kawasan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, pada Isnin minggu lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis mempercaya kumpulan berkenaan adalah kumpulan sama terbabit dalam kes curi tiga beg berisi emas bernilai kira-kira RM900,000 di Terengganu pada akhir 2009.


“Kita dapat lihat kelicikan mereka dalam mencuri dengan datang secara berkumpulan ke Malaysia dan menyewa kereta, kemudian samun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Jom Memancing Bersama Ketua Polis Selangor dan melancarkan Pasukan Kesedaran Jenayah (CAT) Peringkat Selangor di Kolam Memancing Air Tawar Rabok Bay, Jalan Kebun, di Seksyen 32 di sini, semalam. Turut hadir pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Selangor Makhruzi Iksan.


Tun Hisan berkata, setakat ini berlian dan barang kemas yang dicuri itu belum ditemui dan polis masih menjejaki saki-baki kumpulan itu.


Mangsa membabitkan enam lelaki dari Hong Kong adalah pemilik barangan kemas dan berlian yang baru selesai mengadakan pameran di Kuala Lumpur pada 7 hingga 10 Julai lalu. Setakat ini, lima lelaki warga Amerika Latin ditahan bagi membantu siasatan. Tun Hisan menasihati semua pihak yang membawa barang kemas agar sentiasa berwaspada daripada menjadi mangsa sindiket yang kebiasaannya menggunakan wanita untuk menjalankan kegiatan mereka.

Mengulas mengenai CAT beliau berkata, ia ditubuhkan bagi menggalakkan belia pelbagai kaum mendisiplinkan diri daripada terjerumus aktiviti salah laku dan perlakuan jenayah.


Makhruzi berkata CAT yang kini mempunyai 540 ahli di seluruh Selangor dan berada di bawah kelolaan JBS, dan dapat memainkan peranan dalam memberi pemahaman kepada golongan belia tentang jenayah.

myMetro | 10 pencuri berlian di KLIA dikenal pasti

Helikopter tentera Thai terhempas: 5 mati

BANGKOK: Lima tentera Thai terbunuh apabila helikopter yang mereka naiki terhempas dalam cuaca buruk ketika misi mengangkut anggota dari kawasan hutan terpencil di tengah negara itu, kata pegawai kanan ketenteraan, semalam.

Hujan lebat dan tahap penglihatan yang kabur membantutkan usaha menyelamat, kata Leftenan Jeneral Udomdej Sitabutr, komander bertugas di kawasan taman negara Phetchaburi Kaeng Krachan di mana nahas berlaku Sabtu lalu.


Menurutnya, pasukan tentera di taman negara itu mengesahkan semua lima penumpang terbunuh. Helikopter itu dihantar untuk mengangkut 35 anggota tentera yang bertugas di situ sebagai sebahagian langkah menangani aktiviti pembalakan haram tetapi terhempas berhampiran tempat untuk mengambil anggota tentera berkenaan.

Pihak tentera menimbangkan untuk menghantar pasukan penyelamat dengan berjalan kaki sekiranya cuaca buruk berterusan, tetapi dijangka mengambil masa dua hari untuk sampai ke kawasan nahas. - AFP

myMetro | Helikopter tentera Thai terhempas: 5 mati