Search This Blog

Thursday, July 14, 2011

Mumbai diserang pengganas



MUMBAI - Tiga letupan hampir serentak menggegarkan tiga kawasan berbeza di Mumbai, semasa waktu sibuk, petang semalam dan membunuh sekurang-kurangnya 15 orang manakala 100 lagi dilaporkan cedera.

Kementerian Dalam Negeri India mengesahkan letupan itu adalah serangan pengganas dan Mumbai kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga namun maklumat lanjut mengenai insiden itu masih belum diketahui.

Dua letupan berlaku di kawasan dipenuhi orang ramai di selatan Mumbai manakala satu lagi berlaku di tengah bandar Mumbai.

India masih dihantui ancaman militan khususnya selepas serangan di Mumbai pada November 2008 yang membunuh 166 orang.
SH

Bertembung lori kayu getah



JEMPOL - Tiga maut termasuk seorang daripadanya putus kaki kiri selepas terbabit dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 15 Jalan Bahau - Kemayan, di sini, petang kelmarin.

Mangsa yang meninggal dunia, dikenali sebagai Al Izan Ahmad, 35, yang menunggang motosikal, selain pemandu Proton Saga, Chu Peng Seng, 34, dan penumpangnya, Sum Wan Kong, 49.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Sabri Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira 5.50 petang itu, motosikal dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Bahau menghala Lui Selatan 1, di sini dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori sarat dengan muatan kayu getah dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, penunggang motosikal terjatuh atas jalan, manakala kaki kanannya termasuk ke dalam tayar. Kaki kiri mangsa terputus dan tercampak hampir 20 meter daripada badan mangsa. Manakala, tangan kanannya hampir putus,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 27 tahun bersama kelindannya berusia 34 tahun bagaimanapun cuba memperlahankan kenderaan, namun gagal mengelak motosikal tersebut terbabit.

“Tidak lama kemudian, datang sebuah Proton Saga dari arah Bahau, sekali lagi berlaku pertembungan menyebabkan kereta berkenaan terhumban ke dalam semak, kira-kira 14 meter dari bahu jalan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Mohd Sabri berkata, rempuhan itu, menyebabkan lori berkenaan terbalik dalam keadaan melintang, sehingga muatan kayu getah bertaburan di atas jalan raya.

“Pemandu kereta dan penumpangnya tersepit di bahagian depan tempat duduk dan meninggal dunia serta merta. Manakala, pemandu lori berkenaan tercampak keluar dari lori menyebabkan tulang rusuknya patah. Sementara, kelindannya tersepit di bahagian depan lori hanya mengalami cedera ringan.

“Kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Jempol di sini, bagaimanapun kelindan berkenaan hanya dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.
SH

Pelanggan syarikat perabot tuntut ganti rugi



JOHOR BAHRU – Pelanggan salah sebuah syarikat perabot yang menawarkan harga murah menuntut ganti rugi wang kerana mengalami kerugian apabila set sofa kulit yang dibeli mereka mengalami masalah.

Pelanggan pertama, Yeo Lee Keow yang bekerja sebagai kerani menuntut sebanyak RM2,939 setelah set sofa kulit yang dibelinya di syarikat perabot terbabit di cawangan Pandan mengalami masalah kerosakan pada kemasan kulitnya.

“Saya membeli set sofa kulit pada tahun 2009 dan tidak sampai setahun menggunakan iaitu pada pertengahan 2010 kemasan kulit pada sofa telah rosak,” katanya yang tinggal di Ehsan Jaya.

Bagi pelanggan kedua, Tey Sin Huah turut menerima nasib yang sama apabila set sofa yang dibelinya di cawangan Skudai mengalami masalah.

Sin Huah membuat tuntutan sebanyak RM2,059 terhadap syarikat perabot terbabit.

Sementara itu, pelanggan ketiga Siow Wan Heng menuntut ganti rugi sebanyak RM2,100 setelah set sofa kulit yang dibelinya pada bulan Jun 2009 turut rosak setelah digunakan selama setahun.

“Saya membeli set sofa kulit itu di pusat beli-belah di Kulai dengan harapan dapat menghias rumah saya dengan sofa kulit yang baru.

“Namun setelah setahun menggunakannya, saya dapati kemasan kulit itu mengelupas dan saya berbincang dengan syarikat perabot terbabit tentang masalah yang dihadapi,” katanya.

Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Quaik Chong Yu mengarahkan pihak perabot terbabit membayar ganti rugi yang dituntut oleh pihak yang menentang dalam tempoh 14 hari dari tarikh award dikeluarkan.
SH

Restoran musnah terbakar



GELANG PATAH – Sayu hati seorang pengusaha restoran apabila premis makanan laut yang diusahakannya sejak 13 tahun lalu musnah dalam kebakaran melibatkan kerugian kira-kira RM400,000 di Pendas Laut di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu, mangsa yang berada di rumahnya kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian mendapat panggilan daripada seorang rakan mengatakan restoran miliknya terbakar.

Terdapat 20 pekerja restoran terbabit tinggal di premis berkenaan ketika kebakaran berlaku, bagaimanapun mereka semua berjaya diselamatkan.

Mangsa, Mazlan Abu Bakar, 39, berkata, sejurus menerima panggilan telefon itu, dia terus menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan kejadian itu sebelum bergegas ke restorannya.

“Ketika tiba di restoran, saya melihat api sedang marak dan nasib baik semua pekerja yang tinggal di restoran berjaya menyelamatkan diri, namun semua barangan restoran tidak dapat diselamatkan.

“Sudah 13 tahun saya mengusahakan restoran ini, malah sering mendapat kunjungan pelancong asing dan pemimpin tempatan termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang datang makan di sini Ahad lalu,” katanya di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pulai, Mohamad Fakri Mazlan, ketika dihubungi berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5 pagi.

“Dua jentera dengan kekuatan 12 anggota dan pegawai dikejarkan ke tempat kejadian. Bomba mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengawal kebakaran sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Aziz Sapian yang melawat tempat kejadian berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib yang menimpa pengusaha restoran itu dan berjanji akan cuba membantu mangsa.

“Saya sudah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penilaian bagi membantu mangsa selain berusaha mendapatkan bantuan lain,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan peribadi wang tunai RM1,000 kepada mangsa.
SH

Remaja 13 tahun dicekup



KULAIJAYA - Hasrat seorang remaja berusia 13 tahun memecah masuk kenderaan seorang penduduk dari Taman Mas, Jalan Kulai-Kota Tinggi, di sini, tidak kesampaian apabila kegiatannya disedari pemilik kenderaan.

Remaja berusia 13 tahun itu berjaya dicekup oleh pemilik kenderaan yang hanya ingin dikenali sebagai Tan, dengan bantuan jirannya dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, kelmarin.

Tan berkata, kejadian itu berlaku tidak lama selepas dia pulang dari tempat kerja dan baru sahaja hendak masuk ke bilik air bagi membersihkan diri namun tiba-tiba terdengar bunyi pelik dari arah kenderaannya.

“Saya parkir kereta saya di luar rumah seperti biasa dan masuk ke dalam untuk mandi tetapi terdengar bunyi seolah-olah pintu kereta saya dibuka.

“Jadi saya keluar semula untuk meninjau perkara yang berlaku dan ternampak seperti kelibat manusia berada di dalam kereta saya,” katanya.

Menurutnya, dia yang pelik dengan situasi itu segera menghampiri keretanya untuk mengenal pasti individu berkenaan namun suspek yang menyedari kehadirannya segera keluar dari kereta untuk melarikan diri.

Tan berkata, suspek berkenaan gagal melarikan diri dan berjaya ditangkap apabila dia dan jiran berhampiran yang terdengar mengenai kekecohan itu turut sama mengejar suspek.

“Kami amat terkejut kerana mendapati suspek berkenaan adalah remaja yang masih muda tetapi sudah mula melakukan kegiatan seperti ini.

“Saya telah membuat laporan berhubung kes ini dan suspek turut dibawa ke balai polis berhampiran,” katanya.

Bagaimanapun katanya, dia bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kerugian dan tidak kehilangan sebarang harta berharga dalam kejadian itu namun mengesyaki remaja berkenaan tinggal di kawasan perumahan berhampiran.
SH

Dua warga emas dipenjara



IPOH – Dua warga emas masing-masing berusia 62 dan 58 tahun mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphine di dua lokasi berbeza.

Tertuduh, Abu Hassan Samsudin, 62, didakwa memiliki dadah berkenaan seberat 0.23 gram di rumah kosong, Jalan Raja Musa Mahadi di sini pada jam 3.30 petang, 10 Julai lalu.

Namun, dia terkejut apabila juru bahasa membacakan jumlah hukuman iaitu penjara tidak lebih lima tahun atau denda RM100,000 mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Namun, Abu Hassan yang tidak diwakili peguam menarik nafas lega apabila Majistret Mohamad Nasarudin Mohamed menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dari tarikh ditangkap.

Sebelum itu, dia merayu kepada mahkamah untuk mengurangkan hukuman terhadapnya selain berjanji untuk sentiasa mengerjakan solat taubat, dan berpuasa.

Sementara itu, di mahkamah sama, tertuduh G Kuppusamy, 58, pula memberi alasan kepada mahkamah bahawa dia mengambil dadah berkenaan untuk mengurangkan sakit asma yang dialaminya sejak 25 tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia memiliki dadah berkenaan seberat 0.27 gram di hadapan tangga di Flat Taman Pertama pada jam 8.30 pagi, 10 Julai lalu. Namun, mahkamah mengenakan hukuman penjara lima bulan.

Kedua-dua kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ariff Firman Mohd Sidek.
SH

Kesal Mykad disalah guna



TAIPING – Hasrat seorang wanita untuk membeli kereta berkecai setelah dimaklumkan dia pernah membuat pinjaman rumah sebanyak RM 279,800.

Kok Choy Foong, 43, berkata, dia telah ke sebuah bank di daerah ini untuk urusan pinjaman wang bagi membeli kereta, bagaimanapun pegawai bank memberitahu namanya telah di senarai hitam bank cawangan Pulau Pinang.

Menurutnya, dia dikatakan tidak membayar tunggakan pinjaman rumah selama 34 bulan dengan jumlah tunggakan RM87,333.13 sejak April lalu.

“Saya tidak mempunyai rumah di Pulau Pinang, saya tinggal di Taiping. Pegawai bank itu juga tidak memberitahu bank mana yang memberi pinjaman rumah itu,” katanya.

Beliau berkata, akibat tidak berpuas hati, dia nekad pergi ke setiap bank di Taiping, dan usaha itu berbaloi namun pihak bank itu tidak dapat memberikan sebarang maklumat mengenai pinjaman berkenaan.

“Sehubungan itu, saya membuat laporan polis di Balai Polis Pokok Assam, sebelum kembali ke bank tersebut untuk mendapatkan maklumat.

“Akhirnya, saya menerima salinan maklumat mengenai pinjaman itu dan seperti yang diramalkan memang benar nama dan kad pengenalan saya telah disalah guna individu lain kerana alamat yang tertera pada salinan itu dialamatkan di Pulau Pinang,” katanya.

Choy Foong berkata, banyak kemungkinan yang boleh berlaku dalam zaman serba canggih dengan teknologi hanya di hujung jari tetapi sebenarnya memberikan kesusahan kepada orang lain.

“Saya telah menghantar surat kepada bank itu menggesa mereka jalankan siasatan dan turut membuat aduan ke Bank Negara.

“Hal ini sangat membimbangkan kerana menyebabkan orang yang tidak bersalah menanggung kerugian yang tidak pernah dia lakukan,” katanya.
SH

Gara-gara lupa tutup gas



SUNGAI SIPUT – Gara-gara penghuninya terlupa untuk menutup gas di dapur, sebuah rumah di kampung Bahagia, di sini, nyaris musnah dalam satu kebakaran, di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kebakaran kecil di bahagian dapur itu berjaya dihalang daripada merebak hasil tindakan pantas orang ramai dan penduduk yang kebetulan melalui kawasan itu.

Ketua Balai Bomba Daerah Sungai Siput, Mohammad Idris, berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 8.57 pagi.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi, kebakaran sudah berjaya dikawal oleh orang ramai dan kemudian berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Difahamkan, penghuni rumah itu keluar minum di kawasan berhampiran tetapi terlupa menutup api gas selepas menjerang air.

“Seramai 8 orang anggota bomba bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dalam operasi berkenaan.

“Jika terlambat kebakaran boleh merebak dan gas yang berada di dapur boleh meletup pada bila-bila masa sahaja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, kebakaran itu tidak melibatkan kemalangan jiwa berikutan tiada sesiapa di dalam rumah ketika kejadian.

“Kebakaran hanya melibatkan bahagian di dapur serta nilai sebenar kerugian masih belum dikenal pasti dan masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Difahamkan juga, gas yang berada di dapur rumah berkenaan bocor dan ia terpaksa dipindahkan keluar bagi mengelak letupan.
SH

Berlakon sebelum ragut



TASEK – Walaupun berputih mata kerana rantai emas bernilai RM7,000 diragut, namun tekad mangsa yang juga pemilik pasar mini memasang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendatangkan hasil apabila aksi dan wajah peragut berjaya dirakam sepanjang kejadian.

CCTV itu yang dipasangnya dua bulan lalu merakamkan aksi penjenayah yang berbaju T warna hijau, berseluar jeans biru dan memakai helmet itu dilihat berpura-pura membeli rokok dan air minuman bagi memastikan tiada pembeli berada di kedai berkenaan sebelum bertindak menyamun mangsa.

Mangsa, Jumma Beevi Khadir Ibrahim, 44, berkata, ketika kejadian pada jam 5.50 petang kelmarin, dia didatangi seorang lelaki untuk membeli rokok dan air minuman manakala, rakannya menunggu di atas motosikal di hadapan kedainya.

“Keadaan lelaki itu seolah-olah mabuk. Ketika dia memasang api rokok, dia seolah-olah bercakap dan menari di hadapan kedai. Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, saya memanggil anak saya di bahagian atas rumah kedai.

“Waktu itu peragut menegur kerana tidak puas hati tindakan saya memanggil anak sebelum dia bertindak kasar meragut rantai emas saya. Kemudian dia lari bersama rakannya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, peragut berkenaan adalah pelanggan biasanya dan selalu membeli barangan di kedainya.

“Memang selalu nampak dia datang ke kedai kami untuk membeli barang. Jadi, pada mulanya tidak syak apa-apa. Namun, kelakuan dia semalam (kelmarin) agak berlainan dari biasa.

“Saya tidak lagi memakai rantai ketika menjaga kedai kerana bimbang kejadian ragut berulang lagi. Dan nasib baik anak saya tidak apa-apa ketika ingin cuba menangkap lelaki itu,” katanya.

Detik-detik cemas itu adalah yang ketiga dialaminya sementara keputusan untuk memasang CCTV dibuat setelah pasar mininya mengalami dua kejadian serupa sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kejadian itu dan pihaknya akan mengesan identiti suspek dua lelaki berkenaan.

“Buat masa ini, pihak kami belum dapat mengenal pasti identiti mereka dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan menggunakan kekerasan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
SH

Lelaki didakwa sengaja cederakan gadis 18 tahun

GEORGETOWN - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan sengaja mencederakan seorang gadis berusia 18 tahun, lima hari lalu.

Verrasah @ Muthusamy Munianday @ Mohd Samad Mohd Ali, 33, didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa di Jejambat Batu Uban, Jalan Sultan Azaln Shah, di sini, kira-kira jam 10 malam, 9 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua hukuman itu.

Terdahulu, Verrasah dari Jalan Pantai Jerjak, di sini, membuat pengakuan bersalah atas tuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Siti Salwa Ja’afar.

Bagaimanapun, Siti Salwa hanya membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin sehingga laporan perubatan diserahkan kepada mahkamah.

Kemudian, beliau menetapkan 15 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan perubatan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim.
SH

Kereta wartawan Sinar Harian dipecah



BALING - Cermin kereta jenis Perodua Viva milik Wartawan Sinar Harian Daerah Baling, Mohd Rizal Abdullah dipecahkan pada jam 8 pagi ketika diparkir berhadapan Kompleks Sultanah Sambungan, semalam.

Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku selepas beliau pulang dari Program Konvoi Sinar Harian di Perlis.

“Saya sampai di pejabat Sinar Harian Alor Setar pada jam 6 petang kelmarin. Disebabkan terlalu letih, saya tertidur di pejabat. Keesokannya, apabila ingin pulang ke Baling, saya dapati cermin kereta bahagian pemandu pecah,” katanya.

Menurutnya, kejadian berkenaan kemungkinan disebabkan unsur khianat berikutan barangan berharga dan wang ringgit tidak terusik.

“Saya dapati telefon, kad minyak dan beberapa wang ringgit saya tidak hilang. Selain itu, kereta saya berada dalam keadaan kemas.

“Saya tak tahu apakah punca utama kereta saya dipecahkan. Saya berkawan dengan semua orang berikutan konsep Sinar Harian sendiri iaitu telus dan tulus,” katanya.

Rizal berkata, kejadian ini sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjalankan tanggungjawabnya.

“Wartawan memang terdedah kepada risiko. Yang penting, kita melaporkan perkara yang tepat dan benar,” katanya.

Menurutnya, sekiranya marahkan nyamuk janganlah dibakar kelambunya.

“Kalau tak puas hati boleh jumpa. Selesaikan cara elok,” katanya.
SH

Bertembung lori kayu getah



JEMPOL - Tiga maut termasuk seorang daripadanya putus kaki kiri selepas terbabit dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 15 Jalan Bahau - Kemayan, di sini, petang kelmarin.

Mangsa yang meninggal dunia, dikenali sebagai Al Izan Ahmad, 35, yang menunggang motosikal, selain pemandu Proton Saga, Chu Peng Seng, 34, dan penumpangnya, Sum Wan Kong, 49.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Sabri Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira 5.50 petang itu, motosikal dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Bahau menghala Lui Selatan 1, di sini dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori sarat dengan muatan kayu getah dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, penunggang motosikal terjatuh atas jalan, manakala kaki kanannya termasuk ke dalam tayar. Kaki kiri mangsa terputus dan tercampak hampir 20 meter daripada badan mangsa. Manakala, tangan kanannya hampir putus,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 27 tahun bersama kelindannya berusia 34 tahun bagaimanapun cuba memperlahankan kenderaan, namun gagal mengelak motosikal tersebut terbabit.

“Tidak lama kemudian, datang sebuah Proton Saga dari arah Bahau, sekali lagi berlaku pertembungan menyebabkan kereta berkenaan terhumban ke dalam semak, kira-kira 14 meter dari bahu jalan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Mohd Sabri berkata, rempuhan itu, menyebabkan lori berkenaan terbalik dalam keadaan melintang, sehingga muatan kayu getah bertaburan di atas jalan raya.

“Pemandu kereta dan penumpangnya tersepit di bahagian depan tempat duduk dan meninggal dunia serta merta. Manakala, pemandu lori berkenaan tercampak keluar dari lori menyebabkan tulang rusuknya patah. Sementara, kelindannya tersepit di bahagian depan lori hanya mengalami cedera ringan.

“Kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Jempol di sini, bagaimanapun kelindan berkenaan hanya dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.
SH

Mayat pemancing ditemui



MELAKA - Mayat mangsa lemas semasa memancing, Chong Tze Toong, 28, akhirnya ditemui selepas empat hari usaha mencari dan menyelamat dijalankan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa, kira-kira 4.20 petang semalam.

“Kita dimaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut oleh nelayan kampung dari Muara Sungai Duyong kira-kira 4.20 petang tadi (semalam) di perairan kira-kira enam batu nautika dari Pulau Hanyut, di sini.

“Sepasukan anggota mencari dan menyelamat dikerahkan ke lokasi terbabit bagi mengambil mayat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sementara itu, abang mangsa, Chong Tze Wai, 38, ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada pihak bertungkus lumus melakukan jerja-kerja mencari sejak adiknya dilaporkan hilang, 10 Julai lalu.

9 Julai lalu, mangsa keluar memancing bersama enam rakan lain dengan menggunakan khidmat sebuah bot dari jeti Muara Sungai Duyong, di sini, namun dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 5 batu nautika dari perairan antarabangsa.

Antara yang terlibat dalam usaha mencari termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pertahan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Penguat kuasaan Maritim Malaysia (APMM).
SH

Bertembung lori kayu getah

JEMPOL - Tiga maut termasuk seorang daripadanya putus kaki kiri selepas terbabit dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 15 Jalan Bahau - Kemayan, di sini, petang kelmarin.

Mangsa yang meninggal dunia, dikenali sebagai Al Izan Ahmad, 35, yang menunggang motosikal, selain pemandu Proton Saga, Chu Peng Seng, 34, dan penumpangnya, Sum Wan Kong, 49.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Sabri Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira 5.50 petang itu, motosikal dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Bahau menghala Lui Selatan 1, di sini dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori sarat dengan muatan kayu getah dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, penunggang motosikal terjatuh atas jalan, manakala kaki kanannya termasuk ke dalam tayar. Kaki kiri mangsa terputus dan tercampak hampir 20 meter daripada badan mangsa. Manakala, tangan kanannya hampir putus,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 27 tahun bersama kelindannya berusia 34 tahun bagaimanapun cuba memperlahankan kenderaan, namun gagal mengelak motosikal tersebut terbabit.

“Tidak lama kemudian, datang sebuah Proton Saga dari arah Bahau, sekali lagi berlaku pertembungan menyebabkan kereta berkenaan terhumban ke dalam semak, kira-kira 14 meter dari bahu jalan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Mohd Sabri berkata, rempuhan itu, menyebabkan lori berkenaan terbalik dalam keadaan melintang, sehingga muatan kayu getah bertaburan di atas jalan raya.

“Pemandu kereta dan penumpangnya tersepit di bahagian depan tempat duduk dan meninggal dunia serta merta. Manakala, pemandu lori berkenaan tercampak keluar dari lori menyebabkan tulang rusuknya patah. Sementara, kelindannya tersepit di bahagian depan lori hanya mengalami cedera ringan.

“Kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Jempol di sini, bagaimanapun kelindan berkenaan hanya dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.SH

Resah dua kali kereta dilanggar pemandu mabuk

TAMAN KINRARA – Seorang pemilik kenderaan mendakwa dilanda resah dan bimbang apabila kereta miliknya yang diletakkan di luar pagar rumah dua kali dilanggar dipercayai oleh pemandu mabuk.

Yang paling dikesalinya, selepas keretanya dilanggar dalam kejadian awal pagi atau dia sekeluarga lena dibuai mimpi tiada pihak datang memohon maaf atau membayar ganti rugi.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Anne berkata, dia terpaksa meletakkan salah sebuah keretanya di luar rumah berikutan ruang garaj kereta kecil dan terhad.

Menurutnya, sangkaannya bahawa keretanya akan selamat apabila diletakkan di depan rumah meleset apabila ia dilanggar pada hari pertama dia berpindah masuk ke rumah itu.

“Deretan rumah saya terletak di bahagian hujung dan kedudukannya berdepan dengan taman permainan dan di jalan mati. Sangkaan saya tidak banyak kereta yang akan keluar masuk ke kawasan ini tetapi lain pula jadinya apabila kawasan taman itu dijadikan lokasi mabuk pada waktu malam hingga awal pagi.

“Disebabkan itu, saya menyangka mereka yang sering membuat bising dan melepak di taman yang melanggar kereta dan melarikan diri sejurus selepas kejadian. Tembok batu tong sampah saya turut dirempuh sehinggar rosak,” katanya yang mendakwa sebuah keretanya dilanggar awal tahun lalu manakala terbaru pada awal pagi kelmarin.

Dia dalam pada itu dia menggesa polis menjalankan rondaan di kawasan berkenaan bagi mengelakkan mereka yang sering mabuk menimbulkan masalah kepada penduduk sekitar kelak.

“Sekarang memang saya takut dan tidak selamat tetapi apa boleh buat kerana rumah ini dibeli bukannya disewa.Namun saya harap polis dapat pantau jalan di sini,” katanya.SH

Mangsa kebakaran terkilan

KUALA LUMPUR – Ralat dan terkilan, itu perasaan seorang peniaga yang merupakan antara daripada 12 mangsa rumah terbakar di Kampung Chubadak Jaya kelmarin kerana tidak dapat menyelamatkan barangan rumah yang dibelinya hasil lebih 20 tahun menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Mangsa, Norliza Kamaruddin, 43, berkata, ketika kejadian yang berlaku awal pagi kelmarin, dia terjaga awal daripada kebiasaannya iaitu kira-kira jam 5.30 pagi.

Menurutnya, dia terkejut apabila mendengar bunyi letupan dan melihat bahagian luar rumahnya sudah terang-benderang dengan api dari rumah bersebelahan.

“Saya dan ahli keluarga lain keluar dan menjerit memberitahu jiran supaya keluar menyelamatkan diri, saya sempat mencapai beg tangan yang mengandungi MyKad saya dan anak yang kecil serta membawa keluar sebuah kerusi jati.

“Terkilan sebab barangan rumah yang dibeli dengan hasil titik peluh berniaga, musnah begitu sahaja. Ada kerusi jati yang saya sempat bawa keluar juga turut rentung,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Unit Rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Dewan Komuniti Perdana, Bandar Baru Sentul, di sini, semalam.

Norliza berkata, dia sekeluarga kerugian kira-kira RM30,000, namun bersyukur kerana kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

“Kami memang dalam tempoh untuk menanti pemindahan tetapi hanya lima hingga enam tahun lagi, bila jadi macam ini, terpaksalah juga berpindah,” katanya.

Bagi, Faezah Ismail, 39, tragedi tersebut akan menjadi kenangan paling pahit untuk diingati mereka sekeluarga setelah tinggal sehelai sepinggang.

Katanya, ketika kejadian, dia masih tidur dan mendengar bunyi bising orang menjerit di luar rumah sebelum bingkas bangun menyelamatkan diri sekeluarga.

“Ketika waktu sunyi, teringat rumah yang terbakar, hati rasa sedih sebab fikirkan rumah yang kami duduk selama ini sudah tiada,” katanya.
SH

Pekerja wanita mangsa ragut



KAJANG – Pekerja pasar raya terutama wanita yang berjalan kaki bersendirian pulang ke rumah selepas tamat bekerja dipercayai menjadi sasaran utama peragut yang biasanya bergerak menggunakan motosikal dan berjalan kaki.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab berkata, hasil maklumat dan maklum balas diterima, kebanyakan peragut menyasarkan mangsa yang berjalan bersendirian.

“Peragut akan mengambil kesempatan dari kelalaian mangsanya iaitu berjalan seorang diri di kawasan gelap mahupun kurang berwaspada kepada individu yang mengekori dalam perjalanan pulang,” katanya selepas turut serta menyertai Program Hari Bertemu Pelanggan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang di Pasar Raya Carrefour Bandar Tun Hussien Onn, Kajang baru-baru ini.

Katanya, selain itu terdapat juga beberapa kes membabitkan kes pecah kenderaan yang diletakkan di kawasan pasar raya disebabkan kelalaian pemilik kenderaan itu sendiri.

Abd Rashid berkata, pihaknya akan mempergiatkan lagi pemantauan di kawasan-kawasan berlakunya jenayah di sekitar pasar raya bagi memastikan ia dapat dibendung.

“Usaha ini perlulah dilakukan bersama masyarakat setempat dan pemimpin komuniti dalam usaha menyalurkan maklumat terhadap sebarang kemungkinan jenayah yang berlaku.

“Masyarakat juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan jenayah yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.
SH

Lima warga Nepal didenda



KUANTAN - Lima pekerja kilang warga Nepal masing-masing didenda RM500 selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan merusuh hingga mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki , di sini, 6 Julai lalu.

Tertuduh, Man Bahadur Thapa bersama empat rakannya, Bhola Chaundhary, Mohamad Maki Husen, Buddhi Ram Gharti Magar dan Samir Kumar Dhobi turut berdepan hukuman penjara tiga minggu jika gagal menjelaskan denda terbabit.

Hukuman diputuskan Majistret Nordiana Abdul Aziz manakala pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Mahkamah Majistret 2, Cif Inspektor Mohamad Azman Ariffin.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dikemukakan, lima rakan ini didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 7.30 pagi dalam kawasan sebuah kilang papan di Batu 8, Jalan Gambang dekat sini.

Berikutan kejadian itu, mereka ditahan polis selepas mangsa membuat laporan berhubung kejadian dan dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
SH

Lima warga Nepal didenda



KUANTAN - Lima pekerja kilang warga Nepal masing-masing didenda RM500 selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan merusuh hingga mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki , di sini, 6 Julai lalu.

Tertuduh, Man Bahadur Thapa bersama empat rakannya, Bhola Chaundhary, Mohamad Maki Husen, Buddhi Ram Gharti Magar dan Samir Kumar Dhobi turut berdepan hukuman penjara tiga minggu jika gagal menjelaskan denda terbabit.

Hukuman diputuskan Majistret Nordiana Abdul Aziz manakala pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Mahkamah Majistret 2, Cif Inspektor Mohamad Azman Ariffin.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dikemukakan, lima rakan ini didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 7.30 pagi dalam kawasan sebuah kilang papan di Batu 8, Jalan Gambang dekat sini.

Berikutan kejadian itu, mereka ditahan polis selepas mangsa membuat laporan berhubung kejadian dan dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
SH

Kuarters PGA terbakar



KOTA BHARU- Sebuah bangunan di tingkat empat kuarters Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Pengkalan Chepa, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 1.00 petang semalam.

Kebakaran terbabit menyebabkan sebuah keluarga terpaksa berputih mata apabila kesemua barangan dalam rumah yang didiami itu tidak dapat diselamatkan.

Ketika kejadian, mangsa, Surinang Ismail, 46, sedang menonton televisyen bersama seorang cucunya, Mohd Adid, yang berusia setahun enam bulan.

Seorang lagi cucunya yang berusia 7 tahun berada di dalam bilik selepas pulang dari sekolah.

“Saya terdengar bunyi meletup dua kali dari arah bilik berdekatan dengan televisyen. Setelah itu saya nampak kepulan asap dan terus membawa kedua-dua cucu saya turun ke bawah bagi menyelamatkan diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, ketika kejadian suaminya keluar bekerja dan dia tinggal bersama dua cucunya itu.

“Semenjak tinggal di sini tiga tahun lalu, ini merupakan kejadian pertama di kuarters baru ini.

“Saya langsung tidak dapat menyelamatkan barang-barang dalam rumah, namun apa yang lebih penting adalah keselamatan diri dan cucu yang diutamakan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba Pengkalan Chepa, Sharberi Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.55 petang.

“Dua jentera bomba dari balai Pengkalan Chepa bersama 10 anggota bergegas ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api dalam masa 10 minit.

“Punca kebakaran masih disiasat dan kerugian dianggarkan bernilai hampir RM205,00,”katanya.
SH

Isteri jejaki suami hilang



WAKAF BHARU – Seorang isteri, Noraizam Awang, 40, bingung untuk menjejaki suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang berita sejak tiga tahun lalu.

Noraizam berkata, suaminya, Azman Mat Ali @ Ibrahim, 43, hilang dari rumahnya di Kampung Wakaf Bharu Hilir, selepas memberitahu ingin ke kedai membeli rokok kira-kira jam 8 malam pada hari kejadian.

Menurutnya, sejak dia keluar pada malam itu hingga kini, suaminya tidak pulang dan dia ada cuba menghubungi telefon bimbitnya, tetapi tidak pernah dapat dihubungi.

“Sudah banyak kali saya menghubungi telefon bimbitnya, tetapi tidak dapat sehingga akhirnya terpaksa mengalah apabila nombor telefon bimbitnya tiada dalam perkhidmatan,” katanya yang tinggal di rumah peninggalan orang tua suaminya, berdekatan Jambatan Kedemit.

Menurutnya, ketika suaminya keluar membeli rokok di kedai berdekatan rumah, dia cuma berkain pelekat.

“Mustahil dia pergi jauh, saya ada menghubungi ibunya di Terengganu, tetapi mereka memaklumkan suami saya tidak pulang ke Terengganu ataupun ke rumah adik-beradiknya,” katanya.

Menurutnya, sejak suaminya hilang, hidupnya terhimpit kerana tiada tempat bergantung sedangkan tujuh anaknya perlu makan dan minum.

“Nasib baik anak perempuan sulung saya sudah berumah tangga sanggup tinggal bersama, sedikit sebanyak, suaminya dapat membantu membeli keperluan dapur.

“Kalau tidak, tak tahu macam mana nasib saya untuk menyara enam lagi anak yang bersekolah manakala yang bongsu berusia lima tahun,” katanya yang bekerja mengambil upah mengasuh anak jirannya dengan pendapatan RM10 sehari.

Menurutnya, dia merayu agar suaminya yang bekerja sebagai tukang rumah pulang segera kerana anak-anak amat merinduinya di sini.

“Walau di mana pun suami saya berada, saya harap dia pulang segera dan sesiapa yang ada menemuinya boleh menghubungi talian 014-5483199 atau 014-5473139,” katanya.
SH

Pengawal ceroboh asrama perempuan

KOTA BHARU – Seorang pengawal keselamatan hanya mampu menangis tersedu dalam pelukan ibunya di Mahkamah Kota Bharu, di sini, semalam selepas dikenakan denda RM5,000 akibat menceroboh sebuah asrama perempuan di Pengkalan Chepa, di sini, bulan lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Noor Haslinda Che Seman sejurus tertuduh, Mohd Zainon Hamid, 35 mengaku bersalah mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh asrama sebuah sekolah di Pengakalan Chepa pada jam 5 pagi, 7 Jun lalu.

Dalam kejadian itu, seorang penghuni terjaga dari tidur menyedari kehadiran pengawal keselamatan sekolah tersebut sebelum bertindak menjerit sekuat hati menyebabkan penceroboh berkenaan melarikan diri.

Pada prosiding semalam, Mohd Zainon mengaku masuk ke dalam asrama berkenaan tetapi bertujuan memeriksa tiga lelaki yang didakwanya berada di dalam asrama ketika itu.

“Bagaimanapun mereka melarikan diri dan saya tidak sempat mengejar mereka,” katanya.

Sementara itu, dalam pertuduhan berasingan, Mohd Zainon dihukum lapan bulan penjara kerana bersalah mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyembunyikan, memindahkan atau menghapuskan sebuah komputer riba curi pada jam 3 petang, 14 Jun lalu.

Dalam rayuannya, tertuduh menafikan mencuri komputer riba jenis Dell bernilai RM2,200 itu sebaliknya mengaku menjualnya di sebuah di sebuah pasar raya, di sini.

“Saya berniat untuk menutup tingkap asrama yang terbuka tetapi ternampak pula komputer tersebut dan saya mengambilnya untuk tolong simpan.

“Selepas itu, saya jualkan pula kepada orang lain di KB Mall tempoh hari,” katanya.

Keterangan tertuduh yang kedengaran lucu itu mengundang ketawa beberapa individu yang berada di galeri awam mahkamah tersebut bagaimanapun ibunya dilihat menerpa ke arah anaknya itu lalu memeluk tertuduh.

Mohd Zainon kemudiannya diperhatikan mengelap air mata menggunakan sehelai sapu tangan merah jambu.
SH

Isteri beri suami dadah sebelum potong kemaluannya

GARDEN GROVE (California): Seorang wanita ditahan selepas pihak berkuasa berkata dia memberikan dadah kepada suaminya, yang sudah tidak lagi tinggal bersamanya, mengikatnya di katil dan kemudian memotong kemaluan suaminya itu sebelum membuangnya ke dalam alat pembuangan sampah.

Pegawai polis Garden Grove, Leftenan Jeff Nightengale, berkata Catherine Kieu Becker telah membubuh dadah ke dalam makanan mangsa, yang namanya tidak didedahkan, sejurus sebelum 'menyerang' mangsa pada malam Isnin lalu.

Menurut Leftenan Nightengale, lelaki berusia 51 tahun itu berasa lemah, terus berbaring dan tidak sedarkan diri.

Becker, 48 tahun, kemudian mengikat tangan dan kaki mangsanya di katil dengan tali, membuka pakaian mangsa dan menyerangnya dengan sebilah pisau dapur berukuran 25 sentimeter ketika mangsanya mulai sedar, kata Leftenan Nightengale.

'Beliau sedar apabila zakarnya dipotong,' ujar pegawai polis itu.

Beliau selanjutnya berkata Becker kemudian membuang kemaluan suaminya itu ke dalam sebuah alat pembuangan sampah dan menghidupkan jenteranya.

Becker diikat jamin AS$1 juta ($1.2 juta) selepas dia didakwa dalam penjara Orange County atas kesalahan mencetuskan huru-hara, menyerang dengan senjata bahaya, membubuh dadah dengan niat melakukan penipuan dan keracunan dan menganiayai pasangannya.

Mangsanya terpaksa dibedah dan kini berada dalam keadaan tenat di Pusat Perubatan Irvine, Universiti California, di Orange.

Bagaimanapun, Leftenan Nightengale menjangkakan mangsa akan dapat diselamatkan.

Panggilan kepada seorang jurucakap hospital itu masih belum dijawab. -- AP.

Cyberita Online Luar Negara

Wanita didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh teman serumah

DITAHAN REMAN SELAMA SEMINGGU: Ang Soo Hoon, yang dituduh membunuh teman serumahnya, Cik Celine Ng Swee Peng, tidak diwakili peguam. -- Foto THE STRAITS TIMES
SINGAPURA

SEORANG wanita berusia 36 tahun telah didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan membunuh teman serumahnya, yang mayatnya ditemui dalam keadaan reput minggu lalu.

Ang Soo Hoon, seorang pedagang terbitan (derivatives trader), semalam dituduh membunuh ejen hartanah, Cik Celine Ng Swee Peng, 36 tahun.

Ang, yang diberkas polis kelmarin, dituduh membunuh Cik Ng di Kondominium West Bay di West Coast Crescent, antara 3 dengan 9.50 pagi pada 26 Mei lalu.

Mayat Cik Ng yang reput kemudian ditemui sekitar 6.15 petang Selasa lalu di kawasan hutan Clementi Woods Park, kira-kira 400 meter dari apartmen yang didiami kededuanya.

Di mahkamah rendah semalam, pihak pendakwa meminta agar Ang ditahan reman selama seminggu untuk membantu dalam penyiasatan lanjut.

Laman The Straits Times melaporkan bahawa Ang tidak diwakili peguam dan lebih 24 rakan mendiang Ng hadir di mahkamah semalam.

Kes Ang akan disebut lagi di mahkamah rendah pada Rabu depan.

Jika didapati bersalah, Ang menghadapi hukuman gantung.

Mendiang Ng dilaporkan hilang sejak hari ulang tahunnya yang ke-36 pada 26 Mei lalu, dan usaha anggota keluarga serta rakan-rakan mencarinya tidak mendatangkan hasil.

Mendiang merupakan anak kedua keluarga tiga beradik dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga itu.

Menurut polis kelmarin, menyusuli penemuan mayat itu, pihaknya telah mengerahkan pegawai Cawangan Pengurusan Forensik (FMB) dan Bahagian Siasatan Khas (SIS) Jabatan Siasatan Jenayah (CID) agar menyiasat.

Menurut polis, keadaan mayat yang reput itu menyukarkan proses mengenal pasti identitinya, namun daripada hasil siasatan mereka, pihak polis berjaya menjejak dan menangkap suspek.

Cyberita Online Singapura

Tiga maut kemalangan ngeri

JEMPOL 13 Julai - Tiga terbunuh apabila sebuah treler merempuh sebuah kereta dan motosikal dalam kemalangan ngeri di Kilometer 15, Jalan Bahau-Kemayan, dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.50 petang, mereka yang maut ialah penunggang motosikal, Alizan Ahmad, 35, serta pemandu dan penumpang kereta, Chu Peng Seng, 34, dan Sum Wan Kong, 49.

Kesemua mereka cedera parah termasuk Alizan yang putus kaki kanan dan tercampak hampir 20 meter, mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad memberitahu, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Demak yang ditunggang Alizan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah treler dari arah hadapan.

Katanya, ia mengakibatkan Alizan termasuk di bawah treler itu sebelum kenderaan berat membawa muatan kayu getah itu merempuh kereta Proton Saga dinaiki dua lagi mangsa iaitu Peng Seng dan Wan Kong.

"Akibat rempuhan itu, kereta tersebut terhumban sejauh 14 meter ke dalam semak berdekatan dan treler itu pula terbalik.

"Semasa kejadian, motosikal dan kereta itu dikatakan dari arah Bahau ke Kemayan manakala treler terbabit pula datang dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Sabri memberitahu, berikutan kemalangan itu, pemandu treler berusia 27 tahun itu cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.

"Kereta itu remuk menyebabkan anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan dua mangsa yang tersepit.

"Jalan juga terpaksa ditutup selama beberapa jam bagi membolehkan kerja-kerja mengalihkan kayu getah yang bertaburan di jalan raya," ujarnya.

Katanya, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga masing-masing.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Perompak bakar restoran

PETALING JAYA 13 Julai - Sekumpulan perompak bukan sahaja sempat makan dan membuang air besar di dalam sebuah restoran yang disamun di Seksyen 19, Jalan 19/3 di sini awal pagi ini, malah membakar premis itu dipercayai kerana marah apabila gagal mendapatkan hasil samun memuaskan.

Suspek yang memasuki restoran itu dengan mengumpil pintu belakang dipercayai berang kerana hanya menemui wang beberapa ribu ringgit sahaja dalam laci di kaunter pembayaran sedangkan mereka menjangka boleh memperoleh habuan lebih banyak.

Pemilik restoran, Yeong Hooi Wing, 50, berkata, dia tidak menyimpan banyak wang di situ kerana mempunyai pengalaman tiga kali premisnya dipecah masuk penjenayah sebelum ini.

"Saya hanya meninggalkan beberapa ribu ringgit dalam laci di kaunter pembayaran dan mungkin kerana jumlahnya yang sedikit, maka penjenayah menjadi marah lalu membakar kaunter tersebut.

"Kebakaran itu kemudian merebak sehingga memusnahkan hampir keseluruhan dua lot kedai di restoran vegetarian tersebut," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Hooi Wing berkata, hanya bahagian dapur restoran yang terselamat daripada dijilat api dan pemeriksaan di situ menemui bekas ais krim yang dimakan oleh suspek, malah penjenayah sempat meninggalkan najis di dalam tandas sebelum melarikan diri.

Menurutnya, dia mengetahui restoran yang sudah lebih 20 tahun diusahakan itu terbakar setelah dimaklumkan oleh orang ramai yang melihat kebakaran tersebut.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut oleh orang awam pada pukul 6.17 pagi.

Beliau berkata, sekumpulan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dan Penchala yang dihantar ke tempat kejadian berjaya memadam kebakaran pada pukul 6.37 pagi.

"Punca kebakaran didapati berpunca dari kaunter pembayaran di dalam restoran berkenaan," katanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

5 keluarga hilang tempat tinggal



Rumah papan dua tingkat yang didiami lima keluarga musnah dalam kebakaran di Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 13 Julai - Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah papan dua tingkat yang didiami mereka di Kampung Rampayan Laut, Menggatal dekat sini musnah dalam kebakaran.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi semalam, penghuni yang berada dalam rumah berkenaan tidak mampu menyelamatkan apa-apa berikutan api merebak dengan pantas.

Menurut salah seorang penghuni, Mumin Tamin, 34, sebelum kejadian dia sedang berehat sambil menonton televisyen bersama dua lagi adik-beradiknya dan tiga kanak-kanak berusia antara dua hingga enam tahun.

"Tiba-tiba saya terhidu bau hangus dan tidak lama selepas itu rumah kami berasap. Tanpa melengahkan masa, saya terus menjerit kepada dua beradik saya dan mengarahkan mereka membawa kanak-kanak segera keluar dari rumah.

"Apabila kami berada di luar rumah, kami hanya mampu melihat api marak merebak dan dalam beberapa minit sahaja, rumah kami musnah dalam sekelip mata," katanya yang ditemui di sini hari ini.

Biarpun sedih kerana tiada satu pun harta benda yang sempat diselamatkan, Mumin tetap bersyukur kerana tiada tercedera dalam kejadian itu.

Tambahnya, ketika kejadian sebahagian lagi penghuni yang juga saudara-maranya tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi memberitahu, mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 8.18 pagi.

"Sepasukan anggota dengan empat jentera kemudiannya tiba di tempat kejadian pada pukul 8.21 pagi dan berjaya mengawal kebakaran kira-kira jam 8.55 pagi. Bagaimanapun, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak

Empat mati lemas bot karam di Sungai Amazon

RIO DE JANEIRO 13 Julai - Sekurang-kurangnya empat orang mati lemas dan empat lagi masih hilang selepas bot yang dinaiki tenggelam di sungai Amazon, hari ini.

Menurut pegawai pelabuhan, bot ‘Black Diamond’ tenggelam pada tengah malam kelmarin dan sehingga kini, hanya 36 orang berjaya menyelamatkan diri.

"Setakat ini 36 orang terselamat, empat masih hilang dan empat lagi terkorban," kata pegawai dari timur laut Puerto Santana, tanpa memberi maklumat lanjut.

Tentera Laut dan anggota bomba dari bandar Macap masih lagi mencari tempat bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terselamat.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 30 kilometer dari Macapa, ibu kota negeri Amapal. - AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini

Dijel 8 bulan akibat cederakan ibu bapa

KUALA TERENGGANU: Gelaran anak derhaka sesuai digunakan bagi menggambarkan perbuatan seorang lelaki yang bertindak kejam mencederakan kedua orang tuanya menggunakan sebatang cangkul pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki berusia 27 tahun itu terbalas apabila dihukum penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Noradila Ab Latif, semalam.


Noradila menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Fazli Abdullah dari Jalan Masjid Haji Hussin, Kampung Kesom Manir, Kuala Terengganu mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana mencederakan dengan niat.

Bagi pertuduhan pertama, Noradila menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan manakala enam bulan bagi pertuduhan kedua. Bagaimanapun, kedua-dua hukuman berkenaan dijalankan serentak.


Terdahulu tertuduh yang mendakwa mengalami masalah mental memohon hukumannya dikurangkan.


Mengikut fakta kes, tertuduh yang mengamuk mencederakan bapa dan ibunya dengan bersenjatakan sebatang cangkul di rumah mereka pada 9 November lalu.

Bagaimanapun, abang tertuduh, Masri Abdullah, 29, bersama beberapa penduduk kampung berjaya menangkapnya dan membuat laporan polis.

myMetro | Dijel 8 bulan akibat cederakan ibu bapa

Doktor lalok

KOTA BHARU: Seorang doktor layak digelar ‘doktor lalok’ apabila ujian air kencing terhadapnya ketika ditahan dalam operasi membanteras jenayah dadah di daerah ini kelmarin, mendapati dia positif methamphetamine atau pil kuda.

Doktor itu ditahan dalam Ops Pencegahan Jenayah Fasa Kelima dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.


Selain doktor terbabit, tiga kakitangan awam ditahan selepas didapati positif dadah. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, selain doktor dan tiga kakitangan awam itu, polis menahan 19 individu termasuk seorang wanita dalam operasi di kawasan kubur, rumah dan tempat awam di sekitar Wakaf Che Yeh, Salor serta Kubang Kerian, di sini.

Katanya, polis turut merampas 47 pil kuda daripada seorang remaja berusia 17 tahun.


“Doktor berusia pertengahan 30-an itu ditahan di rumah dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine atau pil kuda, manakala tiga kakitangan awam berusia 35 hingga 38 tahun itu ditahan di rumah berasingan dan didapati positif dadah.


“Kami merampas 47 biji pil kuda itu daripada seorang remaja berusia 17 tahun ketika dia sedang berurusan jual beli dadah di satu kawasan di Salor, kira-kira jam 9 malam,” katanya.

Menurut Azham, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) serta 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


“Tidak dinafikan ada di kalangan mereka pernah ditahan kerana terbabit dalam penagihan dadah.

“Kami berharap orang ramai terus bekerjasama menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah berkaitan dadah di kawasan masing-masing bagi memudahkan tindakan segera diambil,” katanya.

myMetro | Doktor lalok

Padah ‘labur’

PETALING JAYA: Gara-gara terpedaya dengan tawaran keuntungan RM1 juta, seorang ahli perniagaan mendakwa kerugian RM60,000 selepas menyerahkan wang pelaburan kepada dua lelaki kononnya berpangkat Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pembinaan.

Wang berkenaan diserahkan mangsa, Shukor Mahmud, 41, di pejabat syarikat berkenaan di Jalan Othman, di sini pada 2007 dan 2008 bagi tujuan perkongsian perniagaan membina tiang pantulan cahaya.


Beliau berkata, perwatakan dua lelaki terbabit begitu meyakinkan selain memiliki dokumen perniagaan yang sah serta pejabat yang besar membuatkan dia dan beberapa teman lain mempercayainya dan berhasrat melabur.

“Saya diberitahu projek berkenaan bernilai jutaan ringgit yang mampu memberi pulangan RM1 juta bagi setiap orang hingga membuatkan hati saya tertawan untuk menyertainya.


“Saya sanggup mengambil risiko dan mengeluarkan wang simpanan RM60,000 semata-mata mahu melabur tetapi akhirnya wang itu lenyap begitu saja,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Katanya, sudah berkali-kali dia menghubungi syarikat berkenaan bagi bertanyakan keuntungan wang pelaburan itu, namun kedua-dua lelaki itu memberi pelbagai alasan.

“Saya yang sangsi mengenainya menyiasat perkara itu dan ke pejabat syarikat berkenaan, tetapi mereka memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah. Pejabat mereka ditutup tahun lalu dipercayai tidak dapat menanggung bebanan kewangan,” katanya.


Shukor berkata, sudah beberapa kali dia menghubungi kedua-dua individu terbabit, namun mereka sering berdolak-dalih dan memberikan pelbagai alasan.

Dia meminta dua individu berkenaan menunaikan janji dan membayar balik wang pelaburan yang sudah dibuatnya.


Katanya, dia juga mengambil keputusan membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya Rabu lalu bagi tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed mengesahkan laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

myMetro | Padah ‘labur’

Penganggur dijel 18 tahun

SHAH ALAM: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 18 tahun selepas mengaku salah atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian seorang pencari pucuk paku, di dalam sebuah kebun kelapa di Sepang, dekat sini, tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahim Uda menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zaman Yusuf, 49, dan memerintahkan hukuman itu berjalan mulai tarikh tangkap tertuduh.


Tertuduh yang ketika kejadian ketagih gam hanya tersenyum mendengar keputusan itu. Abdul Rahim pada penghakimannya berkata, kehilangan nyawa mangsa dalam kes itu adalah tidak wajar memandangkan warga emas itu dibunuh hanya kerana tertuduh mahu mengelak daripada tertangkap kerana mencuri kelapa.

“Tertuduh mahu elak hukuman penjara sebab mencuri kelapa, tetapi apa yang dia lakukannya sampai tahap meragut nyawa orang,” katanya.


Mengikut pertuduhan pilihan, Mohd Zaman didakwa menyebabkan kematian Awang Daud, 60, di dalam parit berhampiran Jambatan Sungai Kg Salak Tengah, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, antara jam 9 pagi dan 4.35 petang, 3 Februari lalu.

myMetro | Penganggur dijel 18 tahun

Mengaku sebab takut tidur lokap


KUALA LUMPUR: “Takpelah tuan, berani buat, berani tanggung”, demikian ayat terakhir disampaikan Ahmad Sarbaini Mohamed kepada pegawai atasannya dua hari sebelum dia ditemui mati di bangunan SPRM, April lalu.
Menurut Penolong Pengarah Kanan Kastam 1, Ahmad Maher Abdul Jalil, 51, di Mahkamah Koroner di sini, semalam, perkara itu dimaklumkan arwah Ahmad Sarbaini di koridor tangga pejabat pada 5 April lalu.
Sebelum itu, arwah memberitahunya dia pergi ke SPRM pada 4 April lalu untuk memberikan keterangan dan mengaku terima rasuah.

“Saya yang terkejut dengan pengakuan arwah itu bertanya kenapa dia mengaku dan arwah jawab, dia takut kena tidur lokap.”

“Kemudian saya menasihatkannya bahawa dia sudah buat kesilapan dan beritahu tidak mengapa jika tidur di lokap, kalau mengaku kita lagi susah,” katanya menjawab soalan peguam bela Awtar Singh.

Kemudian pada 4 April lalu, dia sekali lagi dapat bertemu arwah Ahmad Sarbaini di pejabatnya dan mereka berbincang berhubung perkara itu dalam bilik operasi.

“Arwah cakap dia dianiaya oleh ejen kerana terima rasuah RM30.”

Menurutnya, arwah memberitahu ‘Saya tak terima tuan, saya Penolong Pengarah Kastam, tak padan RM30’.

Ketika diminta menggambarkan personaliti arwah Ahmad Sarbaini, arwah disifatkan sebagai seorang pegawai yang tidak mendatangkan masalah, berdisiplin dan mendengar setiap arahan yang diberikan.

Dia berkata demikian ketika menjadi saksi ke-19 di dalam inkues menyiasat kematian Ahmad Sarbaini, 56, yang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Dalam pada itu, seorang rakan baik arwah, Penolong Pengarah Kastam, Azman Jusoh, 45, terkejut selepas diberitahu arwah, dia diherdik pegawai SPRM ketika dibawa ke lokap di Bukit Jalil pada 1 April lalu.

Menurutnya, arwah memberitahunya dia dimaki pegawai SPRM dan dikatakan tidak layak memakai uniform selain menceritakan pengalaman tidur di atas simen lokap yang digambarkan seperti berada di neraka dunia.

Perkara itu diceritakan kepadanya oleh arwah ketika mereka berehat selepas bermain tenis pada 3 April lalu.

Katanya, kali terakhir bertemu arwah pada jam 5.30 pagi, 6 April lalu selepas arwah menghubungi untuk mahu bertemu menyerahkan air mineral, air 100 plus dan dokumen berkaitan kelab tenis.

Dia dimaklumkan arwah akan ke SPRM menukar pengakuan pada hari itu dan mungkin akan ditahan.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat, Abdul Ghani Ali, 57, menafikan mereka-reka cerita untuk menjatuhkan maruah keluarga arwah Ahmad Sarbaini dan mahu menyembunyikan fakta sebenar kematiannya.

Sebaliknya dia memberitahu perkara yang sebenar-benarnya berlaku pada hari kejadian.

Terdahulu, ketika menjawab soalan dikemukakan peguam Datuk Seri Dr Muhamad Safee Abdullah yang mewakili SPRM, Abdul Ghani memberitahu pada 4 April lalu, ketika masuk ke dalam bilik Sheikh Niza, dia ada membaca rakaman percakapan arwah di skrin komputer dan mengaku menerima rasuah.

“Saya tanya dia, apa yang dia buat dengan duit itu.

“Arwah jawab dia sudah belanjakan wang itu,” jelasnya.

Ketika disoal Koroner Aizatul Akmal Maharani, dia mengaku tidak memberikan keterangan berhubung perkara berkenaan dalam laporan polis.

Saksi ke-18 itu turut menafikan ada memberitahu isteri arwah Ahmad Sarbaini, Masiah@Maziah Manap ‘bukan saya tapi orang saya’ ketika bertemu untuk memulangkan buku bank milik arwah di pejabat Kastam kira-kira sebulan selepas kematian arwah.

Sebaliknya, menurut Abdul Ghani Ali, dia berkata ‘bukan saya tapi pegawai saya’ ketika menjawab pertanyaan isteri arwah yang ingin mengetahui dengan siapa arwah bertemu pada hari kejadian.

Inkues bersambung hari ini.myMetro | Mengaku sebab takut tidur lokap

Bukti dalam sungai

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu, polis menerima maklumat bahan bukti bagi kes pembunuhan ngeri jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, sudah dibuang ke dalam Sungai Panchau, Banting.

Berikutan itu, pasukan forensik dan pasukan penyelam diarah ke sungai itu mencari bukti berkenaan.

Ketua Seksyen Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Superintendan Azari Abdul Rahman berkata, proses pencarian dimulakan jam 3.45 petang 12 September tahun lalu dalam keadaan cuaca cerah membuahkan hasil apabila serpihan tulang serta sarung guni ditemui di tepi gigi air sungai ketika itu surut dan keruh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir.


Beliau memberi keterangan pada hari kelapan prosiding perbicaraan kes pembunuhan Sosilawati, 47; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38, dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin, 44.


IDHAM: Apa kamu lihat sampai di Sungai Panchau?

AZARI: Saya dapati sungai ini mengalir di bawah jalan besar ke Banting. Cuaca cerah, air sungai keruh dan surut. Kira-kira jam 3.40 petang, saya buat pemeriksaan dan arahkan pasukan membuat rajah kasar, pengukuran dan merakamkan gambar. Saya arahkan tiada anggota turun sehingga saya selesai buat pemerhatian.

IDHAM:Langkah seterusnya?

AZARI: Saya memastikan penyelam mempunyai peralatan lengkap dan memastikan keselamatan pasukan saya terjamin.

IDHAM: Apa taklimat kamu terima?

AZARI: Kebanyakan barang kes dibuang dalam sungai. Jadi saya arahkan pencarian dilakukan.

IDHAM: Siapa sediakan peralatan?

AZARI: Saya sediakan.

IDHAM: Bila penyelam mula turun ke sungai?

AZARI: Jam 3.45 petang, tiga penyelam memulakan pencarian, manakala tiga membantu dari tebing.

IDHAM: Apa kamu nampak?

AZARI: Saya nampak serpihan tulang di tepi gigi air sungai. (Juga) beberapa gulung dawai dan sebilah pisau. Saya juga buat pengecaman dan tandaan.

IDHAM: Bagaimana tandaan dibuat?

AZARI: Menggunakan penanda sedia ada.

AZARI: Apa lagi yang kamu temui?

IDHAM: Selain tiga lagi barang tadi, kami menemui beberapa serpihan tulang lagi di sepanjang sungai. Kita juga dapat satu sarung guni. Itu saja kami dapat.

Ketika disoal balas peguam, Amer Hamzah Arshad, Azari berkata dia tidak bersetuju cadangan ada pergerakan lumpur di sepanjang Sungai Panchau memandangkan kawasan itu termasuk dalam kawasan banjir.

Ketika menjawab soalan Hakim Datuk Akhtar Tahir, saksi itu berkata, dia sudah mendapat maklumat terperinci tujuan lawatan ke Sungai Panchau untuk mencari sisa abu tulang sudah dibakar.

myMetro | Bukti dalam sungai

Ladang tak terurus

BANTING: Tidak terurus, dilitupi lalang setinggi satu meter dan berbecak. Begitulah keadaan kawasan Ladang Gadong di Tanjung Sepat milik bekas peguam N Pathmanabhan yang juga tertuduh pertama dalam kes pembunuhan ngeri jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Rombongan dari Mahkamah Tinggi Shah Alam yang terdiri daripada Hakim Datuk Akhtar Tahir, pihak pendakwaan dan pihak pembelaan tiba di ladang itu pada jam 4 petang bagi melihat gambaran sebenar dan meninjau kawasan sekitar ladang yang menjadi salah satu tempat kejadian dalam kes itu.


Akhtar bersama Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani serta barisan peguam bela Manjeet Singh, Pushpa Ratnam, Amer Hamzah Arshad, Datuk Ng See Teong, Ravi Neeko dan Gurbachan Singh mengambil masa kira-kira 20 minit di situ.

Namun, semua tertuduh dalam kes itu, Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, tidak di bawa ke semua tempat kejadian dan lokasi penemuan barang.


Melalui pemerhatian, terdapat empat rumah, dua kandang serta pondok rehat dalam kawasan ladang dikawal anggota polis setiap hari sepanjang 24 jam dan difahamkan kawalan itu dibuat sehingga kes itu selesai.


Selain Ladang Gadong, rombongan itu melawat lima lokasi tempat penemuan barang bukti dalam kes itu antaranya telefon pintar Blackberry, jam, gelang, pisau dan zink.

myMetro | Ladang tak terurus

Motosikal dikebas ketika beli sarapan

GOMBAK: Seorang lelaki yang hendak membeli sarapan pagi hanya mampu terpinga-pinga apabila motosikalnya jenis Yamaha dilarikan dua lelaki ketika dia singgah di sebuah gerai di Sungai Dua, Rawang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, lelaki berusia 22 tahun itu singgah di gerai itu untuk membeli sarapan sebelum ke tempat kerja.


Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa meletakkan motosikalnya di tepi jalan dan selepas membeli sarapan, mangsa berjalan ke arah motosikal apabila tiba-tiba didatangi dua lelaki menunggang motosikal berhenti di depannya.

“Seorang daripada lelaki itu bertanya kepada mangsa mengapa dia meletakkan motosikalnya sesuka hati di tepi jalan.


“Mangsa tidak mengesyaki apa-apa memberitahu hanya singgah sebentar membeli makanan,” katanya.


Sumber berkata, ketika sedang berbual tiba-tiba suspek mengeluarkan parang panjang dan mengacukan ke arah mangsa menyebabkan dia terkejut.

“Suspek juga mengarahkan mangsa menyerahkan kunci motosikalnya jika tidak mahu diapa-apakan,” katanya. menyebabkan dia yang ketakutan terus menyerahkan kunci itu,” katanya. “Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan kebetulan ketika itu masih tidak ramai orang di kawasan itu menyebabkan suspek berani bertindak sedemikian,” katanya.


Sumber itu berkata, selepas berjaya merampas kunci motosikal mangsa, suspek terus melarikan diri dengan motosikal itu.

Mangsa kemudian membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Rawang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK).

myMetro | Motosikal dikebas ketika beli sarapan

Mati 2 hari lepas samun

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing yang baru dua hari menyamun sebuah kereta mati ditembak manakala rakannya meloloskan diri selepas cuba menyerang anggota polis dengan parang dalam satu kejadian di Wangsa Maju, di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kereta dipandu suspek dikesan pemiliknya berdekatan Pasaraya Carrefour Wangsa Maju. Katanya, pemilik kereta itu kemudian mengekori suspek hingga ke kawasan perumahan Seksyen 2 sebelum memaklumkannya kepada polis.


“Selepas menerima maklumat itu, satu unit kereta peronda polis dan dua pasukan peronda motosikal dari Bahagian Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bergegas ke lokasi dan mengesan suspek.

“Panik dengan kehadiran polis, seorang suspek menyerang polis dengan parang hingga memaksa polis melepaskan tembakan,” katanya.


Menurutnya, seorang lagi suspek dipercayai warga tempatan melarikan diri dengan merempuh anggota polis menggunakan kenderaan dipandunya.


“Polis turut melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kenderaan itu, bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri,” katanya.

Suspek yang cedera parah di leher dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia ketika dirawat.


Menurutnya, polis kini giat menjalankan gerakan memburu suspek yang melepaskan diri semasa kejadian

myMetro | Mati 2 hari lepas samun

Bunuh 2 rakan kerana lampu

HULU SELANGOR: Keengganan menutup lampu bilik untuk tidur mengundang kemarahan seorang lelaki warga Vietnam hingga sanggup menikam dua rakannya hingga mati manakala seorang lagi parah dalam satu kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Orkid, Bukit Sentosa, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia 28 tahun berkenaan yang ingin tidur meminta seorang daripada tiga rakannya itu menutup lampu bilik namun tidak diendahkan menyebabkan lelaki itu naik berang lalu berlaku pergaduhan sesama mereka.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya berkata, dalam pergaduhan itu, suspek bertindak di luar kawalan apabila menikam tiga rakannya dengan pisau menyebabkan dua maut di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah.

Menurutnya, mangsa pertama yang berusia 25 tahun maut akibat ditikam di perut manakala mangsa kedua yang berusia 36 tahun pula ditikam di dada dan luka di tapak tangan kiri.


“Mangsa ketiga yang berusia 23 tahun turut cedera di tapak tangan kiri dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.


“Siasatan awal mendapati semua mereka adalah pekerja sebuah kilang tin di Bukit Sentosa. Dua mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya.

Norel berkata, selepas menikam rakannya itu, suspek terus melarikan diri, tetapi ditahan polis di kawasan kilang tin tidak lama kemudian dengan keadaan baju berlumuran darah.


“Selepas berjaya ditahan, suspek menunjukkan tempat pisau yang digunakan untuk menikam mangsa yang dibuang kira-kira dua kilometer (km) dari tempat kejadian.

myMetro | Bunuh 2 rakan kerana lampu

Tiga letupan gegar Mumbai

  • Foto

    PENYIASAT mengumpul bukti serangan di kawasan Dadar di Mumbai.

  • Foto

    SUASANA kelam-kabut selepas tiga letupan menggegarkan Mumbai.

20 maut serangan di kawasan pusat bandar ketika waktu puncak

MUMBAI: Tiga letupan menggegarkan kota kewangan India, Mumbai, semalam ketika waktu puncak menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang maut dan lebih 80 lagi cedera.
Satu letupan berlalu di Opera House, sebuah lokasi pelancongan di selatan Mumbai, tempat militan berpangkalan di Pakistan melancarkan serangan pada 2008 menyebabkan 166 terbunuh.
Letupan kedua juga di selatan kota itu bertempat di pusat berlian Zaveri Bazaar manakala letupan ketiga adalah di Dadar, pusat bandar itu yang terkenal dengan industri filem Bollywood.

Stesen berita CNN-IBN melaporkan, polis memberitahu mereka bahawa letupan itu adalah daripada bom buatan sendiri (IED) dan berlaku di kawasan padat penduduk khususnya ketika waktu puncak.

“Disebabkan serangan berlaku hampir serentak, ini adalah serangan pengganas,” kata Menteri Dalam Negeri, Palaniappan Chidambaram.

Siaran televisyen CNN-IBN menunjukkan serpihan besi, motosikal dan kereta yang rosak teruk di kawasan kejadian.
“Kami ada dalam pejabat apabila satu bunyi kuat kedengaran. Keadaan kelam kabut di luar, kami lihat trak bomba dan anggotanya membawa dua atau tiga mayat,” kata seorang saksi, Jasraj Jain.

Tiga letupan itu berlaku dalam tempoh 15 minit antara 6.45 petang hingga 7 malam waktu tempatan.

Saksi di luar bangunan urus niaga berlian di selatan Mumbai berkata, letupan kereta berlaku pada round 6.45 petang.

“Ramai orang cedera teruk. Kami tidak tahu berapa ramai mati tetapi letupan itu memang kuat,” kata peniaga warung, Nimesh Mehta, 38.

“Saya mahu kerajaan segera ambil langkah untuk menyiasat siapa yang menjadi dalang serangan ini,” kata Manohar Joshi yang mengetuai cawangan parti Shiv Sena di sini, ketika mengunjungi satu daripada tempat kejadian.

Pesuruhjaya Polis Mumbai, Arup Patnaik, memberitahu stesen televisyen bahawa IED itu diletak dalam payung di Zaveri Bazaar.

Seorang wartawan dekat Opera House berkata, anggota polis mengadakan sekatan di satu tempat letupan dan menghantar anjing pengesan bagi mencari sebarang kesan bukti manakala ambulans dan anggota bomba turut bersiap sedia.

Kementerian Dalam Negeri juga mengeluarkan arahan supaya kawalan keselamatan diperketatkan di seluruh negara.

Letupan terbaru mengingatkan semula kepada keganasan tiga tahun lalu apabila militan Lashkar-e-Taiba yang berpangkalan di Pakistan, dipersalahkan.

Selain 2008, serangan lain ke atas Mumbai berlaku pada 1993 yang menyaksikan 260 orang maut di sekitar bursa saham dan kawasan lain.

Selain itu, pada 2006, lebih 180 orang terbunuh apabila militan melakukan serangan terhadap beberapa kereta api penumpang. – AP/AFP/Reuters
Berita Harian Online | Tiga letupan gegar Mumbai

Ladang maut

HAKIM Datuk Akintar Tahir (gambar kecil kanan, berkot) melawat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting, semalam, lokasi Sosilawati dan tiga yang lain dikurung, dera, bunuh dan bakar.
HAKIM Datuk Akintar Tahir (gambar kecil kanan, berkot) melawat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting, semalam, lokasi Sosilawati dan tiga yang lain dikurung, dera, bunuh dan bakar.
Rombongan mahkamah ke lokasi pembunuhan kejam usahawan dan 3 rakan

SHAH ALAM: Selepas hampir setahun pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, semalam buat pertama kali, pihak media dibenarkan memasuki Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, lokasi dipercayai semua mangsa dikurung, didera dan dibunuh serta dibakar pada 30 Ogos tahun lalu.
Kini, kawasan ladang milik tertuduh pertama, peguam N Pathmanabhan itu, terbiar tanpa penjaga, semak dengan lalang tumbuh meliar, kandang haiwan dan kuarters pekerja serta bangunan lain kelihatan buruk.
Turut kelihatan di kawasan ladang itu beberapa bangunan menyerupai chalet di mana satu daripadanya terdapat beberapa sofa berwarna jingga, rumah pekerja kosong serta gazebo yang ditumbuhi lalang dan tumbuhan liar.
Berita Harian Online | Ladang maut

21 dibunuh secara kejam di utara Mexico

CIUDAD JUAREZ: Bandar paling ganas di Mexico, Ciudad Juarez dibelenggu jumlah kematian terbesar tahun ini apabila 21 orang dibunuh secara kejam.

"Hari ini adalah paling ganas sepanjang 2011 mengatasi tarikh 18 Februari apabila 19 orang dibunuh," kata jurucakap pendakwa raya negeri.
Juarez adalah bandar bersebelahan bandar Texas, El Paso yang selama tiga tahun lalu menjadi pusat perbalahan di antara dua geng dadah, Juarez dan Sinaloa bagi mendapatkan kawalan pasaran di Amerika Syarikat. - AFP
Berita Harian Online | 21 dibunuh secara kejam di utara Mexico

16 terkorban dalam nahas pesawat di Brazil

SAO PAULO: Seramai 16 orang terkorban selepas pesawat sebuah syarikat tempatan terhempas di timur laut Brazil, pagi semalam.

Saksi berkata, seorang penumpang meminta pertolongan menerusi tingkap selepas kapal terbang berkenaan terhempas tetapi kemudiannya terbakar sebelum bantuan tiba.
Krew kapal pesawat milik Noar Airlines melaporkan masalah sebaik selepas berlepas kira-kira jam 7 pagi dari bandar Recife menuju Natal.
Kesemua nama mangsa diumumkan syarikat berkenaan tetapi tidak menyatakan warga negara. - AP
Berita Harian Online | 16 terkorban dalam nahas pesawat di Brazil

Bongkar kes di Ladang Gadong


AKHTAR TAHIR (tengah dan berkopiah) bersama barisan pendakwaan dan pembelaan melawat Ladang Gadong, Banting tempat Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh 30 Ogos tahun lalu.


SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu penahanan empat lelaki termasuk tiga yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Banting dekat sini bermula daripada siasatan satu kes pembunuhan lain di Gombak.

Saksi pendakwaan ke-27, Pegawai Staf Unit Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Supritendan Dennis Leong Sung Kuai (gambar kecil) berkata, pasukannya menahan T. Thilaiyagan, 20; R. Matan, 21; R. Khatavarayan, 31, dan U. Suresh, 27, selepas mengunjungi ladang itu pada 9 September tahun lalu.

Thilaiyagan, Matan dan Khatavarayan serta bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, merupakan tertuduh dalam kes bunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Suresh, seorang pekerja ladang telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan itu.

Sung Kuai berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir.

Ketika menjawab pemeriksaan balas oleh peguam bela, Manjeet Singh Dhillon, Sung Kuai berkata, pada peringkat awal tangkapan itu dibuat berhubung kes bunuh di Gombak.

“Apabila saya pergi ke ladang itu, saya turut menjalankan siasatan dengan satu kes bunuh di Gombak. Pada masa sama, kami juga menyiasat kehilangan Sosilawati di situ,” katanya.

Sung Kuai berkata, sehubungan itu beliau tidak memberi butiran mengenai kes kehilangan Sosilawati dalam laporan polis yang dibuat ketika menahan Thilaiyagan, Matan, Khatavarayan serta Suresh.

Kosmo! Online - Negara