Search This Blog

Sunday, July 10, 2011

10 ditahan, rampas peluru senapang

SHAH ALAM 9 Julai - Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun setelah menemui peluru senapang patah serta parang yang dibalut dengan bendera sebuah parti politik di Kuala Selangor, malam semalam.

Penahanan tiga individu yang menaiki sebuah kereta itu dibuat dalam sekatan jalan raya bagi mencegah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada pukul 9.50 malam.

Menurut kenyataan Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini, polis juga menahan tujuh lelaki dalam sekatan jalan raya di dua lokasi berasingan di daerah Kuala Selangor pukul 4.30 petang.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Penjenayah Indonesia ditembak mati

PULAU PINANG 9 Julai - Seorang penjenayah warga Indonesia mati ditembak polis dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Paya Terubong, berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Datuk Ismail Hashim, Relau, di sini, awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, polis mendapat maklumat mengenai sebuah kereta Proton Wira berada dalam keadaan mencurigakan sekitar kawasan terbabit pada pukul 2 pagi.

Beliau berkata, berikutan maklumat itu, sepasukan polis ditugaskan untuk memantau keadaan di lokasi tersebut.

Menurutnya, suspek yang berusia 39 tahun memiliki rekod membabitkan dadah, samun, pecah rumah dan curi sejak tahun lalu ditembak selepas bertindak agresif melepaskan tembakan ke arah polis.

"Polis sebelum itu cuba menghampiri dan memintanya berhenti sebelum suspek memecut laju. Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis hingga menyebabkan mereka terpaksa mempertahankan diri," katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, suspek mati di tempat kejadian dan polis menemui sepucuk pistol jenis Revolver .38mm serta beberapa bungkus dadah jenis ganja yang disorok dalam keretanya.

Hasil pemeriksaan, suspek juga didapati memiliki MyKad dipercayai palsu.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Utusan Malaysia Online - Jenayah