Search This Blog

Monday, July 4, 2011

Kes Sosilawati: Pihak pendakwa akan buktikan pembunuhan dilakukan empat tertuduh


SHAH ALAM - Pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bagi membuktikan bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya telah melakukan pembunuhan ke atas jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain berdasarkan penemuan DNA milik mangsa pada barang-barang kes.

Bukti itu akan dikemukakan melalui keterangan saksi yang menemui DNA milik seorang daripada mangsa iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad pada kayu kriket dan DNA peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin pada zink-zink yang digunakan sebagai alas untuk membakar mayat-mayat mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata, demikian dalam ucapan pembukaannya pada permulaan perbicaraan kes bunuh itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir di sini hari ini.

Saksi juga akan memberikan keterangan mengenai penemuan sebilah pisau berkarat hulu besi, gelung dawai, serpihan tulang dipercayai tulang manusia, dua buah telefon bimbit jenama Blackberry, seutas jam tangan dan sebatang anak kunci tertulis BMW, katanya.

Selain itu, Ishak berkata, dua pekerja ladang, U.Suresh dan T.Sarawanan akan dipanggil memberi keterangan bagi membuktikan bagaimana perancangan oleh Pathmanabhan dan tertuduh keempat, R.Kathavarayan bersama yang lain untuk melakukan pembunuhan ke atas keempat-empat mangsa serta peranan yang dimainkan oleh setiap tertuduh dan bagaimana tertuduh kedua, T.Thilaiyagan membunuh setiap mangsa.

Suresh dan Sarawanan sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana melupuskan mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

"Saksi-saksi juga akan mengesahkan bahawa Sosilawati ada urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dengan tertuduh pertama (Pathmanabhan), urusan jual beli tanah di Pulau Pinang yang diuruskan oleh tertuduh pertama dan tertuduh pertama yang uruskan pembelian tanah dari Southern Symphony kepada Ample Quality di mana sebanyak RM2.9 juta telah dibayar sebagai 10 peratus harga belian tanah tersebut iaitu RM29 juta," kata Ishak.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ishak yang mengetuai pihak pendakwaan berkata pihaknya juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi di tempat kejadian yang melihat api marak dari rumah mereka.

Beliau berkata, pihak pendakwaan juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi yang mengesahkan jam tangan jenis Bell & Ross dan telefon bimbit Blackberry Bold warna putih milik Ahmad Kamil, jam tangan Seiko milik Kamaruddin serta penerimaan jam tangan 'Longines' daripada Suresh. - Bernama

SH

Mayat wanita hanya berbaju dalam ditemui



KULAIJAYA – Mayat seorang wanita tanpa pakaian dijumpai terapung di permukaan sungai yang terletak di bawah laluan lebuh raya berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Air Bemban, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, mayat berkenaan ditemui seorang saksi ketika sedang menjala ikan kira-kira jam 6.30 petang kelmarin dan segera menghubungi pihak polis.

“Kami menerima panggilan berhubung penemuan mayat yang hanya memakai coli berkenaan pada kira-kira jam 7 petang semalam (kelmarin) dan segera ke lokasi kejadian yang berhampiran lebuh raya Utara-Selatan kilometer 37.7 arah ke Johor Bahru.

“Bangsa dan identiti mayat wanita berkenaan masih belum dapat dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri dan pakaian pada tempat kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkefly berkata, hasil siasatan mendapati mayat berkenaan telah meninggal dunia dua hari sebelum ditemui dan terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala dan tangan si mati.

“Sekitar kawasan berkenaan juga didapati bersemak dan terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit.

“Bedah siasat akan dijalankan untuk menyiasat punca kematian si mati,” katanya.
SH

Sembilan rumah kedai musnah



KLUANG – Sebanyak sembilan rumah kedai musnah dalam kebakaran yang melibatkan kerugian lebih setengah juta di Jalan Temenggung, Pekan Paloh dekat sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu yang membabitkan 11 keluarga terdiri daripada hampir 60 orang penghuni itu.

Ketua Balai Bomba Kluang, Ahmad Lutfi Abdullah berkata, lima jentera bersama 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat dari Kluang, Yong Peng dan Simpang Renggam dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.32 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kebakaran bermula dari kedai menjual buah-buahan sebelum merebak ke beberapa buah rumah berdekatan.

“Kebakaran merebak dengan cepat kerana bahagian atas rumah di sini diperbuat daripada papan. Kita percaya ia bermula dari belakang sebuah kedai buah-buahan yang terletak di tengah kawasan terbabit.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian ini masih dijalankan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Ahmad Lutfi berkata, pihaknya yang tiba di tempat kejadian sejurus menerima panggilan mendapati, api mula merebak dari kedai buah itu.

“Bagaimanapun, api dapat dikawal kira-kira setengah jam kemudian sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, saksi, Harun Ariffin berkata, ketika kejadian dia diberitahu penduduk sekitar dan terus ke kedai berkenaan dan mendapati api dalam keadaan marak.

Harun mendakwa kejadian itu berpunca akibat seorang kanak-kanak yang membakar kertas di dalam rumahnya di tingkat atas rumah kedai terbabit hingga menyebabkan berlakunya kebakaran.

“Nasib baik api yang marak itu tidak menyambar stesen minyak yang berada di sebelah bangunan terbabit.

“Terdapat juga sebuah bank di hujung bangunan terbabit namun tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran daripada menyambar bank berkenaan,” katanya.
SH

Lori tangki terbakar



TAIPING – Sebuah lori tangki Petronas terbakar di Kilometer 202.4 dari Bukit Merah menghala ke selatan setelah tergelincir ke bahu jalan kira-kira 11.15 pagi, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, sebanyak empat jentera bersama 25 anggota iaitu dari balai bomba Taiping, Kamunting dan Parit Buntar bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, lori itu dipercayai tergelincir dan melanggar bahagian pembahagi jalan sebelum terbabas.

“Ketika kami tiba di lokasi kebakaran, lori itu sudah terbakar hampir 80 peratus dan api berjaya dikawal sejam selepas itu,” katanya

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku sejauh lapan kilometer.

Katanya, pemandu lori dipercayai menghilangkan diri kerana pihaknya hanya menemui sehelai baju rasmi pada besi pembahagi jalan.

Edar, tagih dadah dalam ladang



SEREMBAN - Seramai 19 lelaki disyaki penagih dadah ditahan polis dalam serbuan `Ops Cegah Pengedaran dan Penagihan Dadah’ di sebuah ladang kelapa sawit dekat Jimah Baru, Port Dickson, 1 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan R Ravichandran berkata, semua suspek berumur antara 28 hingga 57 tahun dan salah seorang daripada mereka disyaki pengedar dadah.

“Suspek berumur 46 tahun itu dilihat berlegar-legar di sekitar kawasan berkenaan dalam keadaan mencurigakan semasa pemerhatian dijalankan pihak polis.

“Dia cuba melarikan diri semasa polis melancarkan serbuan, namun niatnya tidak kesampaian,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut mendapati suspek membawa sebanyak 10 paket plastik mengandungi dadah dipercayai jenis heroin seberat kira-kira 20 gram dalam poket seluarnya.

Kata Ravichandran, ujian saringan air kencing mendapati suspek terbabit positif dadah dan dia ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Operasi bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu dilancarkan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.
SH

Jeritan selamatkan warga emas



PEKAN BANGI – Jeritan peniaga kedai makan setelah melihat kebakaran kecil di bahagian belakang kedai dua tingkat menyelamatkan nyawa seorang warga emas berusia 80 tahun yang sedang nyenyak tidur di bahagian atas kedai perkakasan rumah.

Warga emas berkenaan, Sia Ah Kooi, 80, berkata, setelah dia menyedari kebakaran berkenaan dia nekad turun dari tingkat atas dan keluar melalui pintu belakang untuk menyelamatkan diri walaupun dalam keadaan yang agak uzur.

“Situasi yang berlaku sememangnya pantas sehinggakan saya terlupa sebelum ini saya agak sukar untuk bergerak pantas namun demi menyelamatkan diri semua ini saya terpaksa gagahkan juga,” katanya yang ditemui selepas menerima sumbangan kewangan dari UMNO Bahagian Serdang bersama kepimpinan MIC dan MCA yang melawat mangsa kebakaran di tempat kejadian semalam.

Hadir sama menyalurkan sumbangan, Ketua UMNO Bahagian Serdang, Datuk Mohd Fathil Daud; Ketua Penyelaras Perkhidmatan Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon; Ketua Bahagian MCA Serdang, Datuk Liew Yuen Keong dan kepimpinan UMNO Bahagian Serdang.

Mohd Fathil berkata, setakat ini kesemua mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan akan dipantau dari segi keperluan harian mereka memandangkan hampir kesemua barangan harian mereka musnah.

“Bantuan segera disalurkan kepada kesemua mangsa bagi meringankan beban dimana mereka menerima sumbangan kewangan RM1,000 dari UMNO Bahagian Serdang dan MCA RM500 serta sumbangan barangan keperluan harian termasuklah pakaian oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Langat.

“Kesemua mangsa kini ditempatkan di dewan komuniti di Pekan Bangi dan ada di antara mereka menumpang di rumah saudara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Polis menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 3 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian bersama anggota bomba dan penyelamat dari Bangi dan Kajang.

“Sembilan unit kedai teres dua tingkat yang terdiri dari kedai perkakasan rumah, kedai perabot, kedai elektrik, gunting rambut dan menjual masakan panas musnah.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan siasatan lanjut mengenai kejadian akan dijalankan,” katanya.
SH

Warga emas maut kemalangan



PELABUHAN BARAT – Seorang warga emas maut setelah van dipandunya gagal dikawal sebelum melanggar kereta jenis Proton Wira dan kontena sebelum menjunam ke parit di Lebuhraya Kesas, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang mengambil masa kira-kira 10 minit mengeluarkan mangsa mangsa berketurunan Cina berusia sekitar 62 tahun yang tersepit di tempat duduk

Bagaimanapun mangsa yang parah di seluruh anggota badan itu akhirnya meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Sementara itu, pemandu kontena hanya ingin dikenali Zali, 34, berkata, dia memandu kontena berseorangan dari arah Shah Alam menghala Pelabuhan Barat untuk mengambil muatan.

“Secara tiba-tiba saya perhatikan dari arah bertentangan, van yang dipandu bersebelahan Proton Wira hilang kawalan sebelum melanggar bahagian kanan Proton Wira itu.

“Kedua-dua kenderaan terbabit masuk ke laluan sayamemaksa saya membrek secara mengejut,” katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian.

Menurutnya, dalam masa yang sama kedua-dua kenderaan itu melanggar kontenanya.

“Bagaimanapun kereta Wira terhenti di pertengahan jalan manakala van itu terus meluru laju ke tepi lebuh raya sebelum menjunam ke dalam parit sedalam kira-kira setengah meter.

“Pada saat itu saya amat berdebar-debar dan perasaan takut menguasai diri kerana menyangka kedua-dua pemandu terbunuh berdasarkan keadaan kedua-dua kenderaan yang remuk teruk.

“Bagaimanapun bersyukur selepas melihat kedua-duanya selamat dan dikejarkan ke HTAR dengan ambulans yang tiba tidak lama kemudiannya.

“Namun sejam kemudian, saya terkejut dimaklumkan pemandu van meninggal dunia di hospital oleh polis yang bertugas,” katanya.

Sinar Harian dimaklumkan pemandu van yang parah meninggal dunia di Wad Kecemasan kira-kira sejam kemudian manakala pemandu Proton Wira yang berusia 21 tahun turut dirawat di hospital sama kerana kecederaan di bahagian muka.

Dalam pada itu, Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman berkata, mayat mangsa kemudiannya dipindahkan ke bilik mayat bagi urusan bedah siasat.

Katanya, polis masih menyiasat identiti dan maklumat berkaitan diri mangsa.
SH

Buruh mengaku rompak



KOTA BHARU - Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah melakukan rompakan secara berkumpulan terhadap seorang warga emas, Januari lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Irwan Suaibon menjatuhkan hukuman itu terhadap Zukifli Ismail, 40, bermula tarikh ditangkap di Rantau Panjang, 14 Februari lalu.

Zukifli membuat pengakuan bersalah itu bersama rakannya lain merompak Minah Yaacob, 75, di Kampung Penakah Kemuning, Machang yang menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM9,000 pada 17 Januari lalu.

Mengikut fakta kes dalam rompakan tersebut juga seutas rantai leher, seutas rantai tangan dan wang tunai milik mangsa turut diambil.

Irwan menjatuhkan hukuman berkenaan selepas mahkamah mendapati kes itu serius dan boleh mengancam keselamatan mangsa serta mengambil kira kepentingan awam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa yang berada di dalam biliknya didatangi dua lelaki, seorang mengacukan lawi ayam ke lehernya manakala seorang lagi menggeledah bilik berkenaan.

Selepas menjumpai beg duit mengandungi kesemua barangan berharga itu, mereka melarikan diri ke arah kereta Nissan Grand Livina dipandu seorang lagi kawannya yang sedang menunggu di luar tempat kejadian.

Tertuduh didapati bersalah dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompak berkumpulan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan akibat rompak guna senjata.

Dalam prosiding berkenaan juga seorang lagi kawan tertuduh, Wan Mohd Abdullah Wan Yusof, 38, mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan meminta dengan mahkamah untuk melantik peguam.

Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari memberi peluang kepada mahkamah untuk menentukannya dan hakim menetapkan 23 dan 24 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan.
SH

Suspek bunuh kekasih direman



AYER KEROH - Suspek utama kes bunuh seorang wanita warga emas yang juga ibu kepada kekasih lama suspek, ditahan reman selama tujuh hari selepas mendapat kebenaran mahkamah, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, perintah reman bermula semalam itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Syarina Shaarani @ Tan selepas dipohon polis bagi tujuan melengkapkan siasatan.

Menurutnya, suspek seorang pereka grafik iklan dan jurugambar sambilan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki nekad menikam bekas kekasihnya bertubi-tubi demi menagih cinta lama dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru Ayer Salak, Bukit Rambai, dekat sini, malam Jumaat lalu.

Selain menikam Lim Mui Tiang, 32, suspek turut menikam dan mengelar ibu mangsa, Ah Ngo, 75, yang berada di rumah tersebut sehingga mati dalam kejadian kira-kira 11.45 malam itu.

Suspek yang juga rakan sekampung dan kenalan sejak di bangku sekolah bagaimanapun datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), kira-kira 11 pagi, kelmarin.
SH

Pemuda dipenjara lima tahun kerana merompak telefon bimbit


TAWAU - Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan melakukan rompakan berkumpulan membabitkan sebuah telefon bimbit pada April lalu.

Supian Japar, 22, didapati bersalah merompak telefon bimbit milik seorang lelaki dengan mengacukan senjata berbahaya yang dinamakan "flying feather" bersama seorang rakannya yang masih bebas di hadapan pondok Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di Lorong 31, Taman Semarak, kira-kira jam 8.30 malam, 29 April lalu.

Hakim Egusra Ali membuat keputusan berkenaan selepas berpuas hati dengan keterangan enam orang saksi yang dikemukakan pihak pendakwaan sepanjang dua hari perbicaraan iaitu pada 9 dan 10 Jun lalu.

Supian didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar.- Bernama

SH

Pemandu pelancong edar dadah dijatuhi hukuman gantung sampai mati


KUANTAN - Seorang pemandu pelancong dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 895.08 gram, hampir setahun lepas.

Pesuruhjaya kehakiman Datuk Mariana Yahya menjatuhi hukuman tersebut terhadap Lokman Borhan, 54, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Lokman didakwa mengedar dadah tersebut di rumah bernombor 11, Lorong Kubang Buaya 47, Taman Kubang Buaya 3 di sini kira-kira 9.20 malam pada 7 Ogos 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Tertuduh juga dijatuhi hukuman penjara empat tahun dari tarikh tangkap atas pertuduhan kedua iaitu memiliki lima paket plastik lutsinar yang mengandungi dadah disyaki kanabis seberat 22.39 gram pada waktu dan tempat sama mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dijatuhi hukuman menurut Seksyen 39A(1) akta sama.

Sembilan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil ketika perbicaraan kes tersebut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Mohamad Shariff Abu Samah. - Bernama

SH

Stor Butik Pengantin Terbakar Di PJ

KUALA LUMPUR: Sebuah butik pakaian pengantin di Jalan SS2/72, Petaling Jaya hampir musnah apabila stor menyimpan barang di tingkat bawah premis itu terbakar pada Ahad.

Ketua Operasi dari Balai Polis dan Penyelamat Damansara Utama Hapip Aliasberkata kebakaran di rumah kedai dua tingkat itu berlaku kira-kira 8 pagi ini.

"Api di stor bawah tanah itu dapat dipadamkan daripada merebak ke tingkatatas kira-kira setengah jam selepas bomba tiba pada 8.20 pagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Ahad.

Beliau berkata dua jentera dari Balai Bomba Damansara Utama dan PetalingJaya dengan 16 anggota digegaskan ke tempat kejadian.

Hapip berkata siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada percikanapi daripada wayar elektrik setelah alat pendingin hawa jatuh dalam stor itu.- BERNAMA

mStar Online
: Stor Butik Pengantin Terbakar Di PJ

Dua Remaja Terbunuh Dalam Kemalangan Di Kangar

KANGAR: Dua remaja maut apabila motosikal yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang tiang di Utan Aji dekat sini petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kangar Supritendan Abdul Rahman Noordin berkata kejadiandipercayai berlaku pukul 3 petang namun hanya disedari orang ramai kira-kira 40 minit kemudian.

Mohamad Asyraf Maslin, 19, dari Kampung Alor Tampang, Beseri dan Abdul AzimZainol Abidin, 17, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, katanya ketika dihubungi, di sini Ahad.

Abdul Rahman berkata dua remaja terbabit dipercayai dalam perjalanan dariarah Kangar menghala ke Kampung Telok Epa apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar tiang, mengakibatkan kedua-duanya tercampak ke dalam parit.

Mayat kedua-dua mereka ditemui orang ramai yang menggunakan jalan berkenaan,katanya. - BERNAMA

mStar Online
: Dua Remaja Terbunuh Dalam Kemalangan Di Kangar

21 Pelajar Disengat Tebuan Ketika Larian 1Murid 1Sukan

KOTA BAHARU: Seramai 21 murid dan pelajar dari dua sekolah di Bachok dimasukkan ke hospital selepas mereka disengat tebuan ketika menyertai Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia pagi Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) ZaidAhmad berkata kesemua pelajar itu terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan(SK) Badak dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak, yang diserang sejenistebuan tanah dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu.

"Lapan pelajar perempuan adalah dari SMK Badak dan bakinya dari SK Badakyang dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Tiada yang cedera serius," katanya kepada Bernama di Wad 5 HRPZII di sini.

Zaid berkata mereka yang terlibat merupakan murid Tahun Empat dan Tahun Limaserta pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

Menurutnya kesemua pelajar itu akan dibenar pulang secara berperingkatpetang ini.

Sementara itu, murid Tahun Empat SK Badak Mohd Farid Firdaus berkata beliaumenerima tujuh sengatan tebuan tanah itu ketika berlari beramai-ramai di satukawasan semak di satu laluan berdekatan sekolah.

Beliau berkata mereka kemudian dihantar ke Hospital Bachok sebelum dihantarke HRPZII di sini.

Rakannya Nur Syafiqah Azmi, 10, berkata beliau hampir pengsan dan menjeritkesakitan ketika serangan tebuan itu berlaku.

"Saya kena tiga sengatan di badan dan cikgu hantar ke hospital," katanya.

Pelajar SMK Badak, Aishah Mansor, 13, berkata ketika larian dia tiba-tibamelihat tebuan itu menyengat rakan-rakannya termasuk beliau. "Semua pelajar menjerit dan kami semua kembali ke sekolah sebelum dihantarke hospital," katanya yang terkena empat sengatan tebuan. - BERNAMA

mStar Online
: 21 Pelajar Disengat Tebuan Ketika Larian 1Murid 1Sukan

Buruh dipenjara rompak warga emas


KOTA BHARU 3 Julai - Seorang buruh dipenjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak seorang warga emas bersenjatakan sebilah lawi ayam pada 17 Januari lalu.

Hakim Irwan Suainbon memerintahkan supaya tertuduh, Zulkifli Ismail, 40, yang mengaku salah melakukan perbuatan itu di Kampung Penakah Kemuning, Machang, dipenjara berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 14 Februari lalu.

Beliau menyifatkan kesalahan tertuduh amat serius dan boleh mengancam nyawa.

"Dengan mengambil kira kepentingan awam, mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan ke atas anda berkuat kuasa dari tarikh tangkap," kata Irwan dalam penghakimannya.

Zulkifli dituduh merompak Minah Yaacob, 75, membabitkan seutas rantai leher, seutas rantai tangan dan wang tunai milik mangsa yang keseluruhannya berjumlah RM9,000.

Menurut fakta kes, dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa yang berada di dalam biliknya telah didatangi dua lelaki yang mana salah seorang daripadanya, iaitu tertuduh telah mengacukan lawi ayam ke leher mangsa, manakala rakannya menggeledah bilik berkenaan.

Selepas menjumpai beg duit mengandungi kesemua barangan berharga itu, kedua-dua lelaki berkenaan melarikan diri ke arah kereta Nissan Grand Livina dipandu seorang lagi lelaki, yang sedang menunggu di luar tempat kejadian.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397, yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, rakan Zulkifli, Wan Mohd. Abdullah Wan Yusof, 38, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dan mohon dibicarakan.

Irwan kemudiannya menetapkan 23 dan 24 Ogos ini untuk dia dibicarakan dengan pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Lagi lelaki Malaysia ditahan di Indonesia sebab dadah

Pegawai kastam Indonesia memegang bungkusan berisi 3.66 kilogram
 syabu selepas menahan lelaki Malaysia, Cheam Chee Teng (tengah)
 di Selaparang, Mataram, Barat Nusa Tenggara, semalam. - AFP

MATARAM 3 Julai - Seorang lelaki Malaysia boleh dijatuhi hukuman mati di Indonesia selepas pegawai kastam menemui 3.66 kilogram dadah methamphetamine atau 'syabu' di dalam beg pakaiannya.
Cheam Chee Teng, 46, ditangkap semalam setibanya dia di lapangan terbang di pulau Lombok selepas menaiki penerbangan dari Singapura, kata pegawai kastam, Danang Kuswidodo, hari ini.
"Pegawai kami menemui sebuah bungkusan berwarna coklat yang mencurigakan, disembunyikan di sebalik pelapik beg pakaiannya.
"Bungkusan itu didapati mengandungi hablur methamphetamine gred tinggi bernilai 7.2 bilion rupiah (RM2.53 juta) di pasaran gelap," katanya.
Di pejabat kastam di mana dia ditahan, Chee Teng memberitahu wartawan, dia dijanjikan wang kira-kira AS$2,000 (RM6,000) untuk mengambil beg pakaian itu daripada seorang lelaki bernama 'Kenny' di Vietnam dan menyerahkannya kepada seseorang di bandar Mataram di Lombok, selepas transit di Singapura.
"Saya benar-benar tidak mengetahui kandungan beg pakaian itu, saya cuma diminta membawanya ke sini," kata Chee Teng.
Pegawai kastam bagaimanapun tidak mempercayai dakwaan itu.
"Keterangannya mengelirukan kerana bagaimana dia boleh tidak mengetahui apa yang terkandung di dalam beg pakaian itu.
"Barang peribadi, akhbar dan pakaiannya ditemui di dalamnya," kata pegawai kastam. - AFP Utusan Malaysia Online - Luar Negara

11 maut ribut tropika di Mexico




Dua lelaki menaiki bot melepasi sebuah trak yang hampir tenggelam di kawasan kejiranan Emiliano Zapata di negeri Veracruz, kelmarin. - Reuters


PACHUCA, Mexico 3 Julai - Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut di Mexico selepas ribut tropika Arlene melanda negara ini dan menyebabkan beribu-ribu penduduk hilang tempat tinggal, kata pegawai semalam.
Pasukan Perlindungan Sivil berkata, mangsa yang terkorban dalam ribut yang membawa beberapa sentimeter hujan ke kawasan perairan Teluk Mexico itu sejak Khamis lalu melibatkan lima orang di Hidalgo selepas air sungai melimpah dan memaksa lebih 1,000 orang dipindahkan.
Di Puebla, seorang wanita terbunuh apabila rumahnya ditimpa pokok, manakala seorang lagi maut dan 10 orang cedera di Veracruz apabila tanah runtuh menimpa rumah mereka.
Seorang remaja lelaki berumur 19 tahun lemas dihanyutkan arus deras ketika bekerja di sebuah ladang di San Luis Potosi.
Perkhidmatan Cuaca Mexico berkata, sekurang-kurangnya 12 daerah di tengah dan utara Mexico diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ekoran hujan yang dibawa oleh Arlene.
Ia menambah, kekuatan angin Arlene semakin berkurangan apabila memasuki kawasan darat namun masih membawa kelembapan tinggi.
Kira-kira 278,000 orang hilang tempat tinggal atau menjadi mangsa ribut tropika berkenaan. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Digantung kerja seleweng RM1 juta


MIRI 3 Julai - Seorang kakitangan Jabatan Imigresen Miri digantung kerja sementara untuk membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang berjumlah lebih RM1 juta yang dipercayai diselewengkan dari akaun jabatan berkenaan baru-baru ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam yang mengesahkan perkara itu berkata, tindakan tersebut adalah prosedur biasa di bawah Perintah-perintah Am.
"Setakat ini kita belum pastikan bentuk tindakan lanjut yang akan diambil, sama ada disiplin, didakwa di mahkamah ataupun dibuang kerja (jika didapati bersalah) kerana semuanya bergantung kepada hasil siasatan lanjut kelak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Ismail Idris mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut yang dibuat oleh Ketua Cawangan Jabatan Imigresen Miri, Timothy Thomas.
Menurut Ismail, sejumlah RM1,079,442.50 didapati hilang berdasarkan laporan audit pihak KDN terhadap akaun jabatan berkenaan.
"Berdasarkan laporan audit itu, bahagian akaun jabatan berkenaan didapati gagal memasukkan kutipan bagi tempoh dua bulan yang berjumlah lebih RM1 juta ke dalam akaun perbendaharaan negara," ujarnya.
Sehubungan itu katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai pecah amanah jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebat serta boleh didenda.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Dibelasah enam lelaki


HULU SELANGOR: Hanya kerana berebut teman wanita, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun cedera dibelasah dengan kayu oleh sekumpulan enam lelaki di sebuah padang permainan taman perumahan, Batang Kali, dekat sini, Khamis lalu.
Mangsa yang juga pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah turut ditumbuk dan disepak beberapa kali. Berikutan kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan polis.

Menurut sumber, semuanya bermula kira-kira jam 9 malam Khamis lalu apabila mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari surau selepas menunaikan solat berjemaah bersama beberapa rakan lain.
“Bagaimanapun, secara tiba-tiba mangsa dan rakannya dihalang sekumpulan enam lelaki yang dipercayai menunggu mangsa di kawasan itu.

“Seorang daripada mereka terus menyerang mangsa dengan menarik bajunya sementara beberapa rakan suspek yang lain menghalang rakan mangsa memberikan bantuan,” katanya.

Sumber berkata, mereka menolak mangsa sehingga jatuh sebelum memukul dengan kayu selain menyepak dan menumbuk muka mangsa.
“Melihat keadaan mangsa yang longlai dan menanggung kesakitan, rakan mangsa merayu supaya tidak terus memukul mangsa sebelum mereka kemudiannya berhenti.

“Apabila keenam-enam mereka mahu beredar dari padang permainan berkenaan, seorang daripada mereka berpatah balik dan memberi amaran kepada mangsa supaya tidak memberitahu keluarganya,” katanya.
Difahamkan, mangsa dibawa pulang ke rumah sebelum keluarga membawanya ke klinik bagi menerima rawatan.
myMetro | Dibelasah enam lelaki

Penyamun ‘sapu’ wang majlis perkahwinan


GEORGETOWN: Majlis perkahwinan anak yang sepatutnya disambut meriah bertukar kenangan pahit kepada seorang bapa apabila kediamannya diceroboh penyamun yang melarikan wang tunai dan barang berharga bernilai lebih RM100,000 di rumahnya di Jalan Pekeliling, Bukit Gelugor, kelmarin.
Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 11 malam itu, penyamun turut melarikan wang tunai RM20,000 milik mangsa yang dikeluarkannya minggu lalu untuk kegunaan majlis perkahwinan itu.

Menceritakan kejadian malang itu, R Elumalai, 56, berkata, dia ketika itu dalam perjalanan pulang menghadiri majlis anak perempuannya, Poovaneswari, 28, di Green Lane, di sini sebelum menerima panggilan daripada saudaranya yang kebetulan tiba awal di kediamannya dan memaklumkan barang peribadinya berselerak di luar rumah.
“Pencuri mengambil barang kemas isteri, S Kaliammal, 53, dan tiga anak perempuan saya, video kamera, serta RM20,000 yang baru dikeluarkan dari bank minggu lalu selain wang diberi tetamu ketika majlis perkahwinan anak saya beberapa hari sebelum itu.

“Mereka memecahkan beberapa tabung dalam bilik, namun tidak mengambil wang berkenaan.

“Malah, dua komputer riba milik anak juga masih ada dan satu daripadanya diletakkan di luar rumah,” katanya.
Menurutnya, kejadian begitu memang kerap berlaku di kawasan rumahnya, namun tidak menyangka kali ini menimpa keluarganya apabila mereka sekeluarga tiada di rumah.
myMetro | Penyamun ‘sapu’ wang majlis perkahwinan

Remaja putus jari diserang


KAJANG: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun putus satu jari tangan kanan akibat dilibas dengan parang seorang lelaki yang dikatakan berang dengan tindakan bapa mangsa mendesaknya membayar hutang dalam kejadian di rumah mangsa di Taman Bangi Jaya, Semenyih, dekat sini, Khamis lalu.
Dalam kejadian jam 10.40 malam itu, suspek bersama lapan rakannya datang ke rumah bapa mangsa dengan membawa parang, topi keledar dan sebatang besi dipercayai mahu mencederakan bapanya itu kerana mendakwa dipaksa membayar wang yang dipinjamnya.

Difahamkan, sebelum kejadian bapa mangsa yang berusia 66 tahun itu terlebih dulu menerima panggilan telefon daripada suspek memberitahu mahu datang ke rumah kononnya untuk melangsaikan hutangnya sejak setahun lalu. Menurut sumber, pada mulanya bapa mangsa menyangkakan suspek datang bersendirian namun terkejut sejurus melihat lapan lelaki dipercayai samseng tiba di hadapan rumahnya dengan membawa senjata tajam.
Kata sumber, sebaik tiba suspek memberitahu dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk melangsaikan hutang
myMetro | Remaja putus jari diserang

Enam cedera dua kereta bertembung


PASIR GUDANG: Enam, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Masai Lama berhampiran Lebuhraya Pasir Gudang di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, Perodua Kancil dinaiki kanak-kanak itu bersama ibunya dikenali sebagai Umi dan seorang saudara mereka menghala ke Masai apabila bertembung Perodua MyVi dinaiki lima beranak dari arah bertentangan.

Kemalangan itu menyebabkan enam cedera dan kebanyakkan mangsa patah kaki dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI).
Umi yang menyedari kecederaan anak perempuannya itu meluru mendapatkan kanak-kanak terbabit sejurus kemalangan bagi menenangkan mangsa yang menangis kesakitan akibat kecederaan di muka dipercayai akibat terhentak cermin depan, manakala pemandu kereta Myvi turut cedera di muka dan tangan.
myMetro | Enam cedera dua kereta bertembung

Pakai kasut buang tabiat


KANGAR: “Arwah tiba-tiba berperangai pelik apabila berlegar-legar dalam rumah sambil memakai kasut sebelum keluar bersama rakannya Jumaat lalu hinggakan isteri saya, Normi Kadir, 53, yang berasa janggal menegur.”
Begitu kata Zainol Abidin Muhammad, 63, bapa kepada seorang remaja, Abdul Azim, 17, yang maut bersama rakannya, Mohamad Asyraf Maslin, 19, selepas motosikal dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang elektrik sebelum terjunam dalam parit di Kampung Teluk Epa, di sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang, namun mayat kedua-dua mangsa hanya ditemui orang ramai kira-kira 40 minit kemudian.
Zainol Abidin berkata, dia tidak menyangka perlakuan pelik arwah yang disaksikan isterinya sehari sebelum itu memberi petanda anak bongsu daripada lima beradik itu akan meninggalkan mereka selama-lamanya. Menurutnya, dia ada menghubungi Abdul Azim kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu, namun arwah memberitahu berada di rumah rakannya di Kampung Talang, Beseri.

Katanya, arwah turut memaklumkan akan tidur di rumah rakannya dan dia memang sudah sedia maklum dengan aktiviti anaknya yang sering berada di rumah Mohamad Asyraf.

“Kira-kira jam 4 pagi (Sabtu), saya cuba menghubunginya lagi, tetapi tidak dijawab sebelum menghubunginya sekali lagi selepas Subuh. “Bagaimanapun, saya masih gagal bercakap dengannya dan menyangka dia masih tidur di rumah rakannya tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk menimpanya,” katanya.
Menurutnya, ketika keluar dari rumah menghantar kakak arwah ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar kira-kira jam 2 petang, dia sekali lagi menghubungi Abdul Azim bertanyakan sama ada dia mahu makan nasi ayam kegemarannya.

Namun, katanya, hatinya berkecai selepas menerima panggilan daripada abang Abdul Azim kira-kira jam 7 malam memberitahu mayat anak bongsunya ditemui tidak bernyawa oleh orang ramai di sebuah parit di Titi Chai.
“Saya terkejut dengan kejadian menimpa arwah, namun reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi Mohamad Asyraf dipercayai dipandu laju sebelum terbabas ke kanan jalan lalu merempuh tiang elektrik dan terhumban dalam parit.

“Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat parah di kepala. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
myMetro | Pakai kasut buang tabiat

Drebar treler hangus ghaib


ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadam kebakaran lori tangki diesel yang terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Taiping hari ini. - Foto NSTP

TAIPING: Sebuah treler membawa diesel terbakar dalam kejadian pagi semalam, namun pemandunya yang terselamat menghilangkan diri dan gagal dikesan sejurus kejadian itu.
Itu kejadian pelik dihadapi sepasukan anggota bomba dan penyelamat serta polis trafik di tempat kemalangan membabitkan sebuah lori terbalik sebelum terbakar di Kilometer 202.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, berdekatan Plaza Tol Bukit Merah, kira-kira jam 11.15 pagi.

Treler terbabit yang dipercayai menghala ibu negara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan lalu terbalik merentangi lebuh raya itu sebelum terbakar.
Anggota polis dan bomba yang tiba di tempat kejadian hanya menemui sehelai baju dipercayai milik pemandu terbabit yang diletakkan atas pembahagi jalan tidak jauh dari tempat kemalangan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid, berkata pihaknya mengesahkan pemandu terbabit terselamat berikutan tiada penemuan mayat rentung di tempat duduk pemandu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.20 pagi oleh seorang pengguna jalan raya sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Kami mendapati kira-kira 80 peratus bahagian lori berkenaan terbakar, namun kami berjaya mengawal api sejam kemudian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, sebaliknya pihaknya masih mengesan pemandu terbabit bagi membantu siasatan.
myMetro | Drebar treler hangus ghaib

Budak perempuan nyaris kudung dibaham jerung


TOPSAIL BEACH (Carolina Utara): Seorang budak perempuan hampir hilang sebelah kakinya selepas dia dibaham jerung dalam perairan cetek, semalam.
Jerung itu dilaporkan menyerang Cassidy Cartwright, 10, walaupun ketika itu mangsa berada di air sedalam satu meter.

Disebabkan gigitan itu, doktor terpaksa membuang satu daripada gigi jerung berkenaan dari kaki Cassidy.
Insiden itu berlaku sehari selepas Cassidy dan keluarganya tiba dari Pennsylvania untuk bercuti.

Cassidy berkata, dia sedang bermain dengan papan luncur apabila tiba-tiba terasa ada sesuatu menarik kakinya.

Dia menyangka ada sesiapa yang cuba bergurau dengannya.
“Saya tidak sakit pada awalnya.

“Apabila tarikan itu semakin kuat, barulah saya berasa sakit,” katanya.
Ketika itu, kata Cassidy, dia terkejut melihat jerung yang menyerangnya.

Selepas menyerang kali pertama, ikan itu melepaskan kaki Cassidy seketika sebelum kembali lagi.

Ketika itu ibu Cassidy, Carolyn, ternampak air bertukar menjadi merah.

Dengan bantuan seorang rakan, Carolyn bergegas ke air dan menarik anaknya ke darat.

“Luka pada kaki Cassidy sangat besar dan darah keluar membuak-buak,” katanya. - DM
myMetro | Budak perempuan nyaris kudung dibaham jerung

2 mayat tanpa kepala dicampak depan syarikat akhbar


CULIACAN (Mexico): Dua mayat lelaki tanpa kepala dicampakkan di hadapan pejabat dua syarikat akhbar, di barat Mexico, semalam, kata pendakwa raya.
“Kami mengesyaki dua kejadian itu berlaku serentak... Di pejabat akhbar Noroeste terdapat mayat yang dipancung tanpa kepala. “Terdapat satu lagi mayat tanpa kepala ditemui di pejabat akhbar El Debate di daerah Mazatlan,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya.

Bersama mayat itu ditemui mesej ancaman ditujukan kepada Gabenor Sinaloa, Mario Lopez Valdez dan Gabenor Mazatlan, Mayor Alejandro Higuera. Pihak berkuasa berkata mesej itu daripada adik-beradik kartel dadah, Zetas dan Beltran Leyva. - AFP
myMetro | 2 mayat tanpa kepala dicampak depan syarikat akhbar

200 badak Afrika Selatan dibunuh


JOHANNESBURG: Hampir 200 ekor badak dibunuh di Afrika Selatan sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata pertubuhan alam sekitar WWF, semalam.
Penyelaras program pelindungan badak Afrika WWF, Joseph Okori, berkata secara keseluruhan 193 haiwan itu dibunuh sejak Januari lalu.

“Sebanyak 126 daripadanya dibunuh di Kruger, satu daripada pusat tumpuan pelancong utama di Afrika Selatan,” katanya.
Tahun lalu, 333 badak dibunuh di negara yang menjadi tempat tinggal 70 peratus daripada populasi keseluruhan haiwan berkenaan di dunia.

Kata Okori, aktiviti pemburu haram dilakukan dengan pelbagai cara, termasuk menggunakan peralatan canggih.

“Kadang-kadang pemburu haram memburu dari helikopter dan menggunakan senjata automatik,” katanya. - AFP
myMetro | 200 badak Afrika Selatan dibunuh

Rakyat Malaysia seludup dadah ke Lombok ditahan


MATARAM (Indonesia): Seorang lelaki warga Malaysia mungkin berdepan hukuman mati di Indonesia selepas kastam negara itu menemui 3.66 kilogram methamphetamine atau ais dalam beg pakaiannya, kata pegawai kerajaan, semalam.
Cheam Chee Teng, 46, ditahan semalam sebaik mendarat di lapangan terbang di Pulau Lombok dengan pesawat dari Singapura, kata pegawai kastam Danang Kuswidodo. “Pegawai kami menemui pakej coklat yang mencurigakan disorokkan dalam beg pakaiannya. Rupa-rupanya ia adalah dadah methamphetamine yang bernilai 7.2 bilion rupiah (RM2.5 juta). Ketika ditahan di pejabat kastam, Cheam memberitahu wartawan dia dijanjikan bayaran RM6,000 bagi membawa beg pakaian itu daripada seorang lelaki bernama Kenny di Vietnam untuk diserahkan kepada seseorang di Mataram.

“Saya tidak tahu apa barang di dalam beg itu. Saya hanya diminta membawanya ke sini,” katanya.
Namun, pihak berkuasa tidak yakin dengan kenyataan diberikan Cheam. - AFP
myMetro | Rakyat Malaysia seludup dadah ke Lombok ditahan

Lori tangki diesel yang terbalik dan terbakar di Lebuhraya Utara-Selatan


ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadam kebakaran lori tangki diesel yang terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Taiping hari ini. - Foto NSTP


Aktres bebas penjara 3 tahun

MUMBAI: Aktres filem Kannada, India, Maria Monica Susairaj dibebaskan dari penjara wanita Byculla kelmarin, sehari selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun di atas kesalahan memusnahkan bukti dalam kes pembunuhan sensasi Neeraj Grover.

Akhbar Gulfnews melaporkan Maria sudah ditahan lebih tiga tahun di penjara Byculla, sejak diberkas bersama tunangnya, Emile Jerome Mathew, yang berkait dengan pembunuhan eksekutif televisyen Neeraj Grover pada 7 Mei 2008.
Wanita yang berusia 30 tahun itu dibebaskan dari penjara petang Jumaat, bagaimanapun beliau tidak dibenarkan keluar serta merta berikutan peguamnya Sharif Shaikh tidak sempat memenuhi beberapa formaliti seperti bayaran denda sebanyak Rs50,000 (RM3,373).
Maria memakai kurta perang dan seluar hitam, dikawal masuk ke kereta oleh sekumpulan polis ketika pembebasannya dari penjara Byculla pagi kelmarin yang turut dipenuhi wartawan yang menunggu pembebasannya. – Agensi Berita Harian Online | Aktres bebas penjara 3 tahun