Search This Blog

Friday, July 1, 2011

Bekas CEO didakwa tipu bank

SHAH ALAM 30 Jun - Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat kitar semula produk petroleum hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 25 tuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan pembiayaan kewangan sebanyak RM126 juta daripada Maybank.
Mohamed Assari Che Mahmood, 51, yang berkhidmat selama 10 tahun di Aldwich Bhd. dan Aldwich Enviro-Management Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah selepas setiap pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Fadhir Harun.
Dia didakwa menipu Shahrul Iman Sulaiman, Khiroon Nisa Hamdan, Rahila Mohamad Saleh, Nor Zharina Mufip dan Kaldip Kaur untuk mempercayai bahawa 25 dokumen yang dikeluarkan kepada syarikat perkapalan (bill of lading) dan 25 invois palsu adalah tulen.
Perbuatan yang dilakukan melalui pekerja-pekerjanya telah mendorong lima pegawai Trade Finance Centre Maybank itu meluluskan 25 permohonan pembiayaan Bankers Acceptanceyang kesemuanya berjumlah RM126,296,000 kepada Aldwich Enviro-Management.
Semua kesalahan itu dilakukan di Shah Alam Trade Finance Centre, Malayan Banking Bhd. (Maybank) Tingkat 2, No.10, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14 di sini antara 24 Disember 2008 dan 16 November 2009.
Bagi setiap pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Izalina Abdullah mencadangkan jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin di kalangan ahli keluarga dengan alasan kes itu melibatkan jumlah wang yang besar.
Peguam Abdul Aziz Hamzah bagaimanapun memohon jumlah jaminan yang rendah memandangkan anak guamnya tidak mendapat satu sen pun kerana kesemua wang diperoleh oleh syarikat.
Katanya, anak guamnya juga memberikan kerjasama kepada pihak polis dan sanggup kembali ke tanah air ketika berada di luar negara apabila di arah datang ke balai polis untuk siasatan.
Mohd. Fadhir membenarkan bekas pegawai syarikat petroleum itu dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Kes itu akan disebut semula pada 29 Julai ini.
Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Lima PATI warga Indonesia dicekup



JOHOR BAHRU 30 Jun – Jabatan Imigresen Johor menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menerusi 'Ops Sapu' di sebuah rumah di Taman Sentosa, di sini hari ini.
Timbalan Penolong Pengarah II Jabatan Imigresen Johor, Amzari A Jalil berkata, warga asing yang ditahan kira-kira pukul 3.45 pagi itu berumur antara 23 hingga 51 tahun.
"Ketika sampai didapati pintu rumah itu berkunci dari luar dan tindakan itu dipercayai untuk mengaburi mata anggota seolah-olah tiada penghuni dalam bangunan tersebut.
"Kami terpaksa memotong mangga pada pintu pagar selepas usaha beberapa kali mengetuk dan memanggil penghuni supaya membuka pintu tidak mendapat jawapan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen yang sah dan kes itu disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Menurutnya, operasi tersebut dilakukan oleh 15 anggota penguat kuasa hasil daripada aduan orang awam yang curiga dengan keadaan rumah itu.
"Kesemua mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Pekan Nenas, Pontian untuk siasatan lanjut selama 14 hari," katanya.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Sindiket curi kereta tumpas

MOHD. Bakri Mohd. Zinin (tengah) melihat kereta-kereta curi yang disimpan di sebuah gudang di Jalan Klang-Banting, semalam.
KLANG 30 Jun - Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 98 buah kenderaan curi bernilai RM8 juta ke Kepulauan Cyprus selepas menahan empat anggota sindiket curi kereta dalam serbuan 'Ops Lejang Mewah' terbesar di sebuah gudang di Kampung Black Water, Jalan Klang-Banting di sini semalam.Dalam serbuan itu, kenderaan yang ditemui semula adalah 59 unit Honda City, Toyota Hilux (22), Honda CRV (7), Toyota Rush (6), Honda Civic (2) serta sebuah Honda Accord dan Toyota Fortuner.Gudang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama itu disewa oleh sindiket dikenali sebagai 'Black Water' yang sebelum ini dikesan menyeludup 456 kereta bernilai RM49 juta yang dicuri di negara ini sejak tahun lalu ke Hong Kong, Thailand dan Dubai.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, siasatan awal mendapati, sindiket itu bergiat aktif di Lembah Klang sejak Jun tahun lalu.Katanya, modus operandi mereka adalah mendapatkan kenderaan-kenderaan curi daripada orang tengah dan mengumpulkan kenderaan itu dalam gudang sebelum dimasukkan dalam kontena untuk dihantar ke luar negara melalui Pelabuhan Klang."Bagi mengaburi pihak kastam, muatan kontena itu diisytiharkan sebagai barangan perabot sedangkan dalamnya dimuatkan empat hingga lima buah kenderaan curi."Penghantaran terakhir sindiket ini dibuat ke Pulau Cyprus melalui Israel pada 24 Jun lalu dipercayai melibatkan 25 kereta Honda City," kata beliau kepada pemberita di Kampung Black Water hari ini.Turut hadir, timbalan beliau, Datuk Hadi Ho Abdullah; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah dan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof.Berikutan kejayaan ini, kata Mohd. Bakri, polis percaya telah melumpuhkan kegiatan sindiket 'Black Water' dan menyelesaikan sebahagian besar kes curi kenderaan dilakukan mereka.Tambahnya lagi, empat lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun yang ditahan kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.Kata beliau, pihaknya kini sedang memburu ketua sindiket tersebut dan beberapa lagi ahlinya yang masih bebas.Utusan Malaysia Online - Jenayah

Lima sekawan dakwa ditipu pusat kecantikan tuntut semula yuran


BIDANG penjagaan kecantikan dan kesihatan semakin mendapat tempat dan permintaan di negara ini. Keadaan itu dapat dilihat apabila pusat-pusat penjagaan kecantikan seperti salon dan spa tumbuh bak cendawan di merata-rata tempat sejak kebelakangan ini.

Seiring dengan perkembangan tersebut, pelbagai pihak terutamanya kaum wanita semakin teruja untuk menceburkan diri dalam bidang berkenaan bagi meraih pendapatan lumayan.

Norhasliza Muhamad Hussin, 30, Maisarah Mohd. Yunus, 28, Noor Zelaila Ismail Alias Isa, 33, Nor Shahira Sharifudin, 20, dan Nur Dalila Saidon, 24, juga tidak terkecuali.

Lima wanita tersebut memilih untuk mengikuti kursus selama tiga bulan dengan sebuah pusat kecantikan bagi mendapatkan sijil dalam bidang penjagaan kecantikan supaya mereka boleh bekerja dalam bidang tersebut.

Namun, selepas beberapa minggu belajar di situ, mereka merasakan menjadi mangsa penipuan pusat kecantikan itu yang dilihat tidak mengikuti prosedur ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu agensi yang mengeluarkan sijil kursus berkenaan.

Lalu, keempat-empat wanita itu membuat tuntutan terhadap Pusat Kecantikan Antap Gemilang di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak baru-baru ini bagi menuntut semula yuran yang telah dibayar.

Nur Dalila yang bertindak sebagai jurucakap kepada kumpulan itu berkata, mereka masing-masing telah membayar antara RM500 dan RM1,400 daripada jumlah keseluruhan yuran berjumlah RM2,600 kepada pusat kecantikan di Jelapang, Ipoh itu.

"Kami mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena selepas pusat tersebut meminta kami pergi mendapatkan surat akuan pengalaman bekerja selama lima tahun dari mana-mana salon sebagai syarat mendapatkan sijil," katanya.

Menurut Nur Dalila, mereka kemudiannya membuat semakan dengan JPK dan alangkah terkejutnya mereka selepas mendapati agensi itu hanya mengenakan bayaran sebanyak RM300 untuk mengikuti kursus tersebut dan ia layak bagi mereka yang mempunyai pengalaman kerja selama lima tahun.

"Namun, kami tiada pengalaman langsung dalam bidang ini. Kami merasa telah diperdaya oleh pusat kecantikan tersebut dan sebab itu kami membawa kes itu ke TTPM," katanya.

Presiden TTPM, Maznah Haron bagaimanapun menangguhkan prosiding kes tersebut ke tarikh lain kerana pihak penentang tidak hadir.Utusan Malaysia Online - Mahkamah

2 warga Thai dihukum gantung edar kanabis


ALOR SETAR 30 Jun - Dua sahabat dari Yala dan Patani, Thailand dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan mengedar 21,585 gram kanabis, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Iprohery Yeetuwa, 37, dan Mueseh Mahsae, 44, yang bekerja sebagai pemandu teksi pelancong selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas tuduhan tersebut.

"Setelah meneliti keterangan saksi, mahkamah mendapati keterangan saksi pembelaan hanyalah rekaan semata-mata.

"Oleh itu, mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kedua-dua tertuduh," kata Zakiah.

Mereka kelihatan tenang ketika mendengar keputusan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) yang membawa hukuman mati mandatori.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah Toyota Hilux berwarna hijau di Kilometer 4.8 Lebuhraya Utara Selatan, Bukit Kayu Hitam pada pukul 11 pagi, 25 Februari 2009.

Kanabis tersebut dijumpai di dalam tempat speaker kenderaan itu semasa mereka ditahan oleh Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kedah dalam satu sekatan jalan raya.

Iprohery diwakili peguam Tony Chiew manakala Mueseh diwakili Ahmad Faisal Yunus.Utusan Malaysia Online - Mahkamah

98 kereta mewah ditemui


RAMPAS...Mohd Bakri bersama sebahagian kenderaan mewah curi yang ditemui di gudang Kampung Black Water, Klang.
RAMPAS...Mohd Bakri bersama sebahagian kenderaan mewah curi yang ditemui di gudang Kampung Black Water, Klang.

pix_topright

KLANG: Tindakan licik kumpulan curi kereta mewah yang didalangi sindiket Black Water mengisytiharkan barangan dalam kontena berisi kereta curi sebagai perabot akhirnya tumpas apabila polis merampas 98 kenderaan mewah bernilai kira-kira RM8 juta di sebuah gudang, di Kampung Black Water, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, empat lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun turut ditahan ketika sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Curi Kenderaan (D4) menyerbu gudang di Jalan Black Water off Jalan Klang-Banting, itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, serbuan itu yang terbesar bagi tempoh dua tahun berhubung kes curi kenderaan mewah.
“Serbuan dilakukan polis Bukit Aman dengan kerjasama polis Selangor selepas kami menjalankan risikan selama tiga minggu di gudang terletak di Kampung Black Water apabila mendapat maklumat awam.

“Pemeriksaan lanjut di gudang itu menemui 98 kenderaan pelbagai model jenama Toyota dan Honda termasuk yang sudah disimpan di dalam kontena,” katanya pada sidang akhbar, di lokasi serbuan di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah dan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop.
Mohd Bakri berkata, kenderaan model Toyota ialah Hilux 22 buah; Rush (enam) dan sebuah Fortuner, manakala model Honda pula City 59 buah; CRV (tujuh); Civic (dua) dan sebuah model Accord.
Menurutnya, hasil soal siasat terhadap empat suspek warga tempatan mendapati dua daripada suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah dan sindiket bergerak aktif di seluruh negara terutama di Lembah Klang sejak Jun tahun lalu.
Polis turut memecahkan kunci untuk membuka lima kontena berisi 24 kenderaan mewah yang siap untuk dihantar ke Pelabuhan Klang sebelum di seludup keluar.

Sesebuah kontena itu boleh memuatkan empat atau lima kenderaan dengan tayarnya ditanggalkan terlebih dulu dan diisi dalam but kenderaan.

Mohd Bakri berkata, berikutan penemuan itu, polis percaya dapat menyelesaikan 98 kes curi kereta di sekitar Lembah Klang.

“Sindiket dipercayai mempunyai rangkaian besar mempunyai peranan masing-masing seperti ‘jokey’ atau pencuri, penyimpan, penghantar serta pengedar.

“Siasatan lanjut bersama polis bantuan Pelabuhan Klang turut mendapati sindiket sudah membuat penghantaran ke luar negara sekurang-kurangnya 456 kenderaan curi bernilai kira-kira RM49 juta menggunakan 114 kontena melalui pelabuhan itu dan mengisytihar di borang Kastam (K2) bahawa barangan dalam kontena itu sebagai perabot.

“Kenderaan curi dihantar ke Hong Kong, Thailand, Dubai dan Cyprus. Siasatan mendapati penghantaran terakhir dibuat pada 24 Jun lalu ke Cyprus menerusi Israel membabitkan 25 kereta Honda City,” katanya.

Beliau turut menyatakan ketua sindiket berkenaan sudah dikenal pasti, namun enggan mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan.
myMetro | 98 kereta mewah ditemui

Dijel 10 bulan rakam aksi tarian gelek

SEOUL: Seorang rakyat Korea Selatan berusia 39 tahun dipenjara 10 bulan, semalam kerana merakam secara rahsia sekumpulan wanita yang mengikuti kelas tarian gelek.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Lim itu merakam kumpulan wanita berpakaian seksi dalam tujuh sesi pada Mac lalu dari atas bumbung di bangunan berdekatan di Yongin, kira-kira 30 kilometer di selatan Seoul.


“Tertuduh yang dihukum pada masa lalu atas kesalahan sama, melakukannya sekali lagi bagi memuaskan nafsuseksualnya,” lapor kenyataan Mahkamah Daerah Suwon. “Kelakuannya menyerupai keganasan seksual. Mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadapnya sebagai penderitaan dihadapi mangsa dan pita rakaman yang diedarkan tertuduh boleh mendatangkan kesan buruk,” lapor kenyataan itu lagi. Tiada laporan mengenai bagaimana lelaki itu mengedarkan pita rakaman berkenaan. - AFP

myMetro | Dijel 10 bulan rakam aksi tarian gelek

Pukul anak hingga mati sebelum bawa pergi beli-belah

CHICAGO: Seorang wanita di bandar raya ini dituduh mengikat mayat bayinya pada kain selempang dan membawanya membeli-belah selepas membunuh bayi malang itu dalam keadaan mabuk, lapor akhbar tempatan, semalam.

Ken Blackman Jr sudah mati selama lapan hingga 14 jam ketika ibunya pergi membeli-belah dan berkunjung ke rumah jiran yang kemudian menyedari terdapat darah pada selimut bayi berkenaan sebelum menghubungi 911.


Pendakwa raya memberitahu Chicago Sun Times, Toyrianna Smith, 20, memukul dan mencekik bayinya kerana dia enggan berhenti menangis.

Toyrianna meminum minuman keras di kediaman rakannya dan bermalam di ruang tamu rumah berkenaan bersama bayinya. Dia keluar dari kediaman itu keesokan harinya sebelum bapa bayi berkenaan mengambil bayi itu. - AFP

myMetro | Pukul anak hingga mati sebelum bawa pergi beli-belah

Maut dipatuk tedung peliharaan

LONDON: Seorang penternak ular maut dipatuk ular tedung beberapa hari selepas dia menegaskan haiwan berkenaan tidak membahayakannya.

Akibat patukan berbisa reptilia itu, Luke Yeomans, 45, menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami serangan jantung di Nottinghamshire.


Pada awalnya, Yeomans bercadang membuka pusat peliharaan ular kepada orang ramai pada hujung minggu ini.

Di situ, dia menempatkan 24 ular pelbagai jenis.


Walaupun mengundang kebimbangan, Yeomans menegaskan keadaan di situ benar-benar selamat kepada sesiapa saja.


Untuk memberi keyakinan ramai, Yeomans mempamerkan gambarnya mencium kepala ular tedung kepada orang ramai.

Katanya, ular itu tahu dia memberi mereka makanan segar dan air mencukupi sehingga ia tidak akan membahayakan sesiapa saja.

“Ada orang menganggap saya gila, tetapi sebaliknya saya rasa ini kerja yang baik.

“Saya membiakkan ular tedung bagi mengelakkan kepupusan,” katanya.


Seorang rakan berkata, Yeomans mungkin terlalu yakin sehingga tidak berhati-hati langsung ketika menangani ularnya.


Anggota paramedik menemui mayat Yeomans di pusat peliharaan ular yang terletak di belakang rumahnya.


Ular berkenaan pula dikurung bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. - DM

myMetro | Maut dipatuk tedung peliharaan

Hidup mewah ‘curi’ lagu

IPOH: Tiga lelaki termasuk dua berusia awal 20-an, mampu memiliki beberapa kereta mewah hanya melalui kegiatan menjual lagu muat turun ke telefon bimbit secara haram dengan bayaran RM5 bagi setiap lagu.

Suspek ‘curi’ lagu itu dikesan mampu memuat turun ribuan lagu popular ke telefon bimbit atau diubah menjadi nada dering membabitkan artis terkenal antaranya Anuar Zain, kumpulan Hujan, artis Akademi Fantasia (AF) dan ratusan penyanyi lain.


Aktiviti itu didedahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak hasil pemantauan dan serbuan sekitar bandar raya ini sejak dua bulan lalu.

Pengarahnya, Mohd Hilmi Mohd Noor berkata dalam tempoh tidak sampai dua bulan, pihaknya menyerbu lima premis kedai menjual alat telekomunikasi kerana didapati menjalankan kegiatan haram berkenaan dengan serbuan terbaru dilakukan petang kelmarin, di sebuah premis yang terletak di sebuah pasar raya di sini.


Katanya, ada antara premis terbabit mampu mengaut untung atas angin hingga RM50,000 sebulan dengan memuat turun lagu popular serta nada dering secara haram.


“Operasi bermula jam 3 petang membabitkan sepasukan empat pegawai anggota KPDNKK dan seorang wakil Recording Industry Malaysia (RIM) diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa, Norazlinda Mohd Tajudin.

“Serbuan dilakukan sejurus seorang pegawai kami yang menyamar sebagai pembeli mendapati dua lelaki berusia 21 tahun dipercayai pembantu premis terbabit sedang memuat turun lagu popular dan nada dering tanpa kebenaran melalui komputer,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mohd Hilmi berkata, siasatan mendapati kedai berkenaan tidak memiliki lesen dibenarkan dan pembantu premis terbabit serta seorang lagi lelaki berusia 31 tahun dipercayai pemilik premis, ditahan reman.

Katanya, turut dirampas sebuah CPU mengandungi lebih 100 lagu tempatan, monitor, tetikus dan beberapa peralatan bernilai lebih RM1,000.myMetro | Hidup mewah ‘curi’ lagu

Lolos lokap mahkamah

MELAKA: Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, dekat sini, gempar seketika apabila tiga tahanan anggota ‘Geng Sham Botak’ yang menghadapi tuduhan kes rompakan, melarikan diri dari lokap mahkamah berkenaan selepas prosiding kes mereka pagi semalam.
Harian Metro difahamkan dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, ketiga-tiga suspek, Azlan Kamarudin, 30, Noriham Jaafar, 41, dan Mohd Zahrin Zainudin, 26, dibawa ke kamar mahkamah bagi sebutan kes mereka di hadapan Hakim Zaharah Hussain yang dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat.

Harian Metro difahamkan sejurus selepas prosiding kes berkenaan, ketiga-tiga tertuduh yang tidak dijamin kemudiannya dibawa ke lokap mahkamah.
Ketika di lokap, anggota polis mahkamah melakukan pemeriksaan rutin terhadap ketiga-tiga tahanan bagi mengesan jika mereka membawa barang larangan termasuk rokok dan senjata berbahaya yang diberikan ahli keluarga atau kenalan yang melawat mereka di mahkamah.

Difahamkan juga, ketika pemeriksaan terbabit, ketiga-tiga tahanan itu merempuh keluar ketika anggota polis lain membuka lokap mengeluarkan tahanan lain.

Sebaik meloloskan diri ke luar, ketiga-tiga mereka cuba melarikan diri di belakang bangunan mahkamah namun, anggota polis bertugas bertindak pantas mengejar sebelum berjaya menahan dua daripada mereka iaitu ketua geng terbabit, Noriham dan Mohd Zahrin.

Mohd Zahrin ditahan di bahagian belakang bangunan itu sementara Noriham pula ditangkap dengan bantuan pengawal keselamatan yang menutup pagar mahkamah sebaik melihat suspek berlari tidak berbaju dan memakai seluar pendek paras lutut serta selipar sambil dikejar anggota polis.

Pengawal terbabit kemudian menahan suspek menyebabkan dia terjerumus ke longkang dan cedera sebelum anggota polis terbabit menangkapnya yang cuba meronta melepaskan diri.
Bagaimanapun, Azlan yang memakai baju-T berwarna biru gelap dapat melarikan diri dan masih dikesan.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan pihaknya melancarkan gerakan besar-besaran bagi memburu seorang lagi tahanan terbabit.

“Kita turut meminta kerjasama daripada polis Negeri Sembilan dan Johor bagi mengesan Azlan yang meloloskan diri.

“Saya berharap orang yang mengenali suspek ini boleh menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.myMetro | Lolos lokap mahkamah

Kemaruk jadi jutawan

KUALA LUMPUR: Hanya kerana kemaruk untuk menjadi jutawan segera, enam individu terjerat dengan janji manis ditawarkan satu sindiket penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hingga kerugian kira-kira RM105,000, baru-baru ini.

Sindiket yang dipercayai didalangi warga asing dari United Kingdom itu dikatakan menggunakan modus operandi menghantar secara rambang SMS yang menyatakan pemilik telefon bimbit yang menerima pesanan itu memenangi wang tunai berjumlah 280,000 Pound Sterling (RM1.37 juta).


Ini menyebabkan mangsa yang menerima SMS itu terpedaya lalu menghubungi nombor telefon tertera kononnya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata sindiket terbabit dipercayai didalangi warga Afrika.


“Sindiket berkenaan dipercayai berpangkalan di United Kingdom berdasarkan nombor telefon tertera dalam SMS diberikan kepada mangsa mengandungi ucapan tahniah selain meminta mangsa menghubungi nombor telefon atau alamat emel yang diberikan kononnya untuk urusan tuntutan wang tunai dimenangi.


“Sebaik mangsa menghubungi nombor telefon diberikan, ahli sindiket terbabit akan meminta mangsa memberikan alamat e-mel peribadi dengan alasan untuk menghantar e-mel yang mengandungi syarat dan langkah perlu dipatuhi mangsa sebelum mendapatkan wang ditawarkan,” katanya turut menerima SMS sindiket berkenaan.

Beliau berkata, dalam e-mel dihantar kepada mangsa, ia mengandungi beberapa prosedur termasuk mengarahkan mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu sebelum mangsa menerima wang tunai dijanjikan. “Mangsa diminta memasukkan RM20,000 dengan alasan wang berkenaan akan digunakan sebagai caj pengurusan, perundangan, cukai kepada Bank Negara dan beberapa caj lain.

“Sebaik mangsa memasukkan wang ke dalam akaun diberikan, ahli sindiket berjanji mangsa akan memperoleh wang kemenangan itu dalam masa terdekat dan boleh dituntut di Bank Negara,” katanya.

Katanya, mangsa hanya mengetahui dirinya tertipu apabila nombor telefon yang diberikan tidak dapat dihubungi selain wang dijanjikan gagal diperoleh dalam tempoh masa yang dijanjikan.


“Jumlah kerugian mungkin akan meningkat jika orang ramai terus terpedaya dengan helah licik sindiket berkenaan kerana pada 2010, lima kes dirujuk kepada Biro Pengaduan Awam MCA dengan kerugian dianggarkan bernilai RM477,000,” katanya.


Chong menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan lebih berhati-hati dengan SMS yang diterima dan diharap dapat melaporkan kepada pihak berkuasa jika ragu-ragu dengan tawaran yang diberikan.myMetro | Kemaruk jadi jutawan

Lari ikut kekasih

IPOH: Pujukan cinta teman lelaki yang baru berusia 15 tahun dipercayai menjadi punca seorang remaja perempuan Orang Asli melarikan diri dari rumah sejak empat hari lalu.

Ibunya, Yusnita Yunus, 35, berkata anaknya yang belajar di tingkatan dua, Khong Yin Yin, 14, berkenalan dengan remaja lelaki berkenaan melalui laman sosial facebook sejak beberapa bulan lalu.


Menurutnya, Yin Yin hanya disedari hilang antara jam 1 pagi hingga jam 4.30 pagi, Isnin lalu. Yusnita yang tinggal di Persiaran Lembah Perpaduan Lembah Lake View, Ulu Kinta, dekat sini, berkata, anak sulungnya itu tidak pernah meninggalkan rumah rumah tanpa pengetahuan keluarga sebelum ini.

Menurutnya, dia terlalu risau berhubung kehilangan anaknya itu yang dianggap terlalu muda dan mudah diperdaya.


“Saya tidak tahu punca Yin Yin meninggalkan rumah tetapi ada meninggikan suara kepadanya kerana dia pulang lewat.


“Selama ini, Yin Yin tidak pernah berperangai sedemikian apatah lagi meninggalkan rumah lebih daripada sehari,” katanya.

Menurutnya, selain ke sekolah, anaknya itu hanya menghabiskan masa bersama rakan atau ke rumah keluarga angkatnya berhampiran.

Yusnita yang berketurunan Orang Asli suku Semai dan berkahwin dengan lelaki berketurunan Cina hanya menyedari kehilangan anaknya itu pagi Isnin lalu apabila mahu mengejutkan Yin Yin untuk ke sekolah.

“Saya berulang kali berusaha menghubunginya dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) namun tiada jawapan dan bimbang keselamatannya, apatah lagi Yin Yin masih terlalu muda untuk menghadapi dunia luar. “Saya mengesyaki dia mengikut teman lelakinya namun tidak tahu identiti lelaki berkenaan dan berusaha menghubungi lelaki yang dipercayai berasal dari Parit itu, tetapi tiada balasan,” katanya.


Dia mendakwa pernah ditunjukkan gambar lelaki itu oleh anak saudaranya yang mengetahui hubungan rapat Yin Yin dengan remaja lelaki berkenaan.


“Saya tidak membenarkan anak menggunakan telefon bimbit tetapi teman lelakinya itu membelikan telefon bimbit tanpa pengetahuan saya dan suami,” katanya.


Dia yang membuat laporan di Balai Polis Tambun, di sini, pada hari Yin Yin hilang, yakin anaknya itu masih berada sekitar Ipoh atau daerah berdekatan kerana Yin Yin tidak membawa kad pengenalan dan wang ketika keluar rumah.myMetro | Lari ikut kekasih

Ugut bunuh isteri, keluarga


KUALA LUMPUR: Hanya kerana pulang ke kampung di Tasik Tambahan, Ampang, di sini, untuk melawat keluarganya, seorang wanita berusia 25 tahun kini dalam ketakutan selepas suaminya mengugut mahu membunuhnya, Isnin lalu.
Suaminya yang berusia lewat 20-an turut mengugut membunuh dua rakan isterinya yang membantunya pulang ke kampung.

Lelaki itu turut mahu membunuh semua ahli keluarga isterinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lelaki berkenaan membuat ugutan itu melalui panggilan telefon dan kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bimbang dengan ugutan itu, wanita terbabit dengan ditemani keluarganya membuat laporan di Balai Polis Ampang, di sini.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila mangsa yang tinggal bersama suaminya di Johor, pulang ke kampungnya di Ampang walaupun tidak dibenarkan.
“Mangsa dibantu sepasang suami isteri berusia lingkungan 30-an pulang ke kampung tanpa pengetahuan suaminya yang ketika itu tiada di rumah kerana keluar bekerja. Suami mangsa yang pulang daripada bekerja kemudian naik berang apabila mendapati mangsa tiada di rumah.

“Selepas menghubungi mangsa, lelaki itu menjadi hilang kawalan apabila mengetahui mangsa sudah berada di kampung,” katanya.
Sumber berkata, selang sejam kemudian, lelaki itu menghantar kiriman SMS kepada mangsa mendakwa akan membunuh pasangan suami isteri yang membantunya pulang ke kampung.

“Lelaki itu mendakwa akan pergi ke kampung isterinya dan membunuh mangsa seisi keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.myMetro | Ugut bunuh isteri, keluarga

Rumah disimbah cat hijau

BUKIT MERTAJAM: “Saya tidak tahu siapa yang buat dan apa motifnya,” kata K Gunabalan, 63, suami Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, selepas rumah serta dua keretanya disimbah cat selain bangkai ayam digantung di pagar rumahnya di Taman Sri Rambai, pagi semalam.

Menurutnya, dia menyedari kejadian itu ketika keluar rumah kira-kira jam 5.45 pagi untuk menghantar anak ke sekolah.


“Ketika kejadian, isteri saya tiada di rumah kerana menghadiri sidang Parlimen di Kuala Lumpur sejak Isnin lalu,” katanya yang berada di rumah bersama dua anak lelakinya, G Jothi Jhen Hao,25, dan G Omprekash, 16.

Dia terkejut mendapati kawasan rumahnya mempunyai kesan tompokan cat hijau dan percikan mengenai dua keretanya.


“Tiga bungkusan beg plastik cat turut ditemui di depan pagar sebelah dalam rumah, pagar luar dan satu di dalam longkang manakala bangkai seekor ayam tergantung di pagar depan,” katanya. Dia percaya kejadian berlaku jam 2 hingga 5 pagi kerana keadaan seperti biasa ketika anak sulungnya pulang ke rumah kira-kira jam 1 pagi.


“Saya tidak tahu siapa yang melakukan perkara ini dan tidak pasti sama ada ia bersifat politik atau peribadi.

“Saya juga tidak pasti siapa sasaran sebenar. Sama ada saya atau isteri,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT).


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah SPT, Superintendan Baharudin Mustapha mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.myMetro | Rumah disimbah cat hijau

Saka ayah ganggu hidup

ALOR SETAR: “Sudah 10 tahun saya menderita penyakit saka, malah sudah berhabis hampir RM100,000 dengan mencuba pelbagai rawatan moden mahupun tradisional, tetapi penyakit menjadi semakin teruk.”

Begitu kata peniaga pasar malam, Shahrizan Abdul Kadir, 36, dari Kampung Pulai, Tokai, dekat sini, yang mendakwa mewarisi penyakit saka daripada arwah bapanya sejak 10 tahun lalu hingga mengganggu kehidupan hariannya.

Menurutnya, dia sudah putus asa untuk berubat kerana keadaan penyakitnya masih tidak pulih, malah saka itu sering mengganggu kehidupan dia dan keluarganya.

“Setakat ini, lebih 200 pengamal perubatan Islam termasuk bomoh dan dukun saya jumpa tetapi penyakit ini tetap tidak pulih. Hampir setiap minggu saya akan mendapatkan rawatan bagi membuang saka ini termasuk di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.


“Kalau hilang pun sekejap saja, tetapi selepas itu ia akan datang balik tidak tentu masa. Biasanya penyakit saka ini datang antara tiga dan empat kali dalam sehari, kadang-kadang ia datang pada waktu tengah hari, petang dan ada kalanya semasa saya hendak tidur.myMetro | Saka ayah ganggu hidup

Umpan gaji RM12,000

BUTTERWORTH: Tertarik dengan kemewahan termasuk ditawarkan gaji RM12,000 sebulan serta menginap di hotel bertaraf tujuh bintang ketika bertugas luar kawasan, meyakinkan seorang pemuda bertugas bersama Dina Group Sdn Bhd (Dina Group) kira-kira tiga tahun lalu.

Pada usianya ketika itu baru menjangkau 20 tahun, bekas pekerja Dina Group itu yang hanya mahu dikenali sebagai Wan berkata, tentunya dia tidak dapat menolak tawaran menarik itu.

Selain tawaran mewah itu, Wan turut mendakwa dia tertarik berkhidmat dengan Dina Group kerana yakin terhadap urus niaga dijalankan apabila melihat perwatakan alim ditunjukkan pengasas syarikat itu, Ustaz Harun atau Harun Mat Saad.

“Ketika itu saya menuntut di pusat pengajian kemahiran dan mengambil keputusan berhenti sebelum berkhidmat sebagai pegawai khidmat pelanggan dengan syarikat berkenaan.


“Tugas saya mencari seberapa ramai pelabur untuk syarikat terbabit,” katanya yang kini bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang.myMetro | Umpan gaji RM12,000

Pinjam along belanja kahwin

JOHOR BAHRU: Akibat bimbang keluarganya menanggung malu jika perkahwinannya ditunda, memaksa seorang kerani wanita yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini membuat pinjaman RM3,000 daripada along pada November tahun lalu.

Akibat tindakan melulunya itu, dia kini terpaksa menanggung bunga hutang mencecah RM40,000.

Mangsa mahu dikenali Siti, 29, kini mengandung tujuh bulan berkata, dia terpaksa membuat pinjaman daripada 23 along untuk melunaskan bayaran bunga pinjaman berkenaan.

“Saya terdesak meminjam selepas sebahagian daripada wang hantaran berjumlah RM10,000 digunakan untuk perbelanjaan peribadi.


“Kerana kekurangan wang, saya cuba mendapatkan pinjaman bank, namun permohonan ditolak dan pada masa sama saya semakin buntu kerana tarikh perkahwinan semakin hampir,” katanya yang ditemani suaminya ketika ditemui di pejabat Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru di sini, semalam.myMetro | Pinjam along belanja kahwin

5 warga Amerika Latin tumpas


RAMPAS...Wan Abdul Bari menunjukkan barangan yang dirampas daripada suspek.
RAMPAS...Wan Abdul Bari menunjukkan barangan yang dirampas daripada suspek.

KUALA LUMPUR: Sekumpulan lima warga Amerika Latin yang masuk ke negara ini sebagai pelancong sejak tahun lalu dikesan aktif menjalankan kegiatan menyeluk saku, samun serta pecah kereta di Lembah Klang sebelum ditahan dalam serbuan khas di sebuah hotel, di Bandar Puteri Puchong, Isnin lalu.
Difahamkan, tiga suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita warga Peru ditahan kira-kira jam 2.15 pagi manakala dua lagi suspek iaitu seorang lelaki warga Peru dan seorang lelaki warga Argentina ditahan di hotel sama sejurus selepas itu.

Hasil tangkapan itu, polis menemui pelbagai barangan termasuk dua kereta Proton, dua komputer riba, telefon bimbit pelbagai jenama, kamera, kaca mata, jam tangan dan pelbagai barangan berharga yang dipercayai hasil kegiatan mereka.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan, berkata jumlah barangan yang dicuri kumpulan itu dianggarkan bernilai kira-kira RM80,000, namun setakat ini polis merampas barangan curi yang berjumlah RM15,000.

“Kumpulan terbabit dikesan bergiat aktif menjalankan kegiatan itu sejak Mei tahun lalu.

“Dengan tertangkapnya mereka, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes samun,” katanya.
Menurutnya, penahanan semula ahli kumpulan itu hasil laporan seorang mangsa yang kerugian beberapa barangan berharga selepas dicuri kumpulan terbabit ketika menginap di sebuah hotel terkemuka, pada 24 Jun lalu.
Mangsa, lelaki berusia 58 tahun yang juga perunding mendakwa beg komputer riba miliknya ditukarkan dengan sebuah beg kosong dan mengesyaki dilarikan warga asing.
Satu laporan polis dibuat pada hari sama.

Wan Abdul Bari berkata, semua suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kumpulan terbabit menjalankan kegiatan sama di daerah lain.myMetro | 5 warga Amerika Latin tumpas

Terjun hotel elak dicekup

MELAKA: Bagaikan aksi pelakon lagak ngeri apabila seorang lelaki sanggup terjun dari tingkat satu sebuah hotel bajet di Bachang, di sini, selepas menyedari diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kerana disyaki berkhalwat.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi semalam, lelaki berusia 40 tahun cuba melarikan diri dengan keluar mengikut tingkap dari bilik di tingkat dua yang disewa bersama pasangannya berusia 39 tahun.


Lelaki itu turun ke tingkat satu melalui kotak alat pemampat pendingin hawa.

Apabila tiba di tingkat satu, dia terjun ke atas sebuah lori, namun cubaannya selepas dicekup anggota penguat kuasa Jaim yang sedia menunggunya di bawah. Lelaki itu bernasib baik kerana terjunannya tepat jatuh di atas lori berkenaan dan dia tidak cedera.


Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, lelaki antara antara tiga pasangan yang dicekup dalam pemeriksaan di tiga hotel bajet di kawasan Bachang.


Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan anggotanya terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu dibuka seorang wanita manakala lelaki berkenaan lari keluar melalui tingkap.

“Soal siasat mendapati wanita berkenaan bukan mahram dengan lelaki yang dicekup itu.


“Lelaki terbabit seorang duda, manakala wanita berkenaan masih berstatus isteri orang yang mendakwa mempunyai krisis dengan suaminya,” katanya.myMetro | Terjun hotel elak dicekup

Malu gambar bogel tersebar

KAJANG: Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini, menanggung malu apabila gambar bogelnya disebarkan individu tidak dikenali di kawasan sekolahnya, kelmarin.

Difahamkan, puluhan gambar bogel pelajar berusia 19 tahun itu dicetak di atas kertas A4 sebelum diedarkan kepada pelajar lain dan kakitangan sekolah.


Sumber berkata, mangsa menyedari penyebaran gambarnya kira-kira jam 7.30 pagi selepas dimaklumkan rakan sekelasnya yang melihat gambar lucah yang diubah suai.

Katanya, mangsa melihat gambar lucah itu dan terkejut apabila mendapati ia diubah suai. Gambar itu memaparkan mangsa berbogel bersama seorang lelaki tidak dikenali.


“Dalam gambar itu turut terpapar nombor telefon bimbit dan nama mangsa selain diselitkan kata-kata lucah,” katanya di sini, semalam.


Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wah mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan lanjut dijalankan.myMetro | Malu gambar bogel tersebar

Agusta mendarat cemas di LTSAAS


ANGGOTA keselamatan memindahkan helikopter milik Weststar yang terhempas di Terminal 3, Skypark, Subang, jam 8.15 pagi tadi untuk siasatan lanjut. Dalam kejadian itu, tiga orang dalam pesawat dilaporkan cedera ringan. - Foto Nik Hariff Hassan


Helikopter milik syarikat Weststar Aviation alami masalah teknikal

KUALA LUMPUR: Tiga juruterbang yang menjalani latihan rutin penerbangan mengalami detik cemas apabila helikopter Agusta Westland AW139 dinaiki mereka mengalami masalah pada ketinggian 60 meter dan terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.17 pagi itu, helikopter dipandu Kapten Syahfrilhaidi Abdul Rahman, 38, bersama pembantu juruterbang, Kapten Nor Azhari Mat Yunos, 35 dan jurulatih penerbangan, Kapten Mohd Zamri Mohamed, 44, dipercayai mengalami masalah teknikal ketika berlepas.
Ketika mendarat cemas, helikopter milik syarikat Weststar Aviation Services Sdn Bhd dipercayai menghentak kuat di atas landasan menyebabkan kerosakan di bahagian ekor dan tayar.

Ketiga-tiga mereka kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan, namun semua mereka disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengarah Urusan Weststar Group, Tan Sri Azman Syed Ibrahim, berkata sebagai langkah keselamatan semua penerbangan membabitkan helikopter Agusta Westland AW139 syarikatnya dihentikan buat sementara waktu sehingga siasatan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selesai.

“Semua helikopter jenis itu biasanya digunakan untuk membawa petugas tujuh syarikat utama cari gali minyak di negara ini ke pelantar minyak di Kota Bharu dan Kerteh,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman ketika dihubungi, berkata siasatan punca kejadian itu sudah dimulakan dan landasan berkenaan terpaksa ditutup untuk beberapa jam bagi kerja pembersihan.
Berita Harian Online | Agusta mendarat cemas di LTSAAS

Mengaku salah cuba sogok pegawai polis

JOHOR BAHRU: Hasrat membantu 10 kenalan sekampung yang ditahan kerana tiada dokumen perjalanan sah secara menawarkan sogokan kepada pegawai polis, menyebabkan seorang warga Kemboja dihukum penjara sehari dengan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam.

Tertuduh, Khalid Salleh, mengaku bersalah sejurus mendengar tuduhan dikemukakan terhadapnya oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Mohd Faizal Sadri, di depan Hakim Mohd Nasir Nordin.
Dia mengaku bersalah cuba memberi rasuah RM1,695 kepada Timbalan Ketua Balai Polis Senggarang, Sarjan Khamis Kashdan, di Balai Polis Senggarang, Batu Pahat, kira-kira jam 12:05 pagi, 20 Jun tahun lalu.
Wang berkenaan didakwa cuba diberikan oleh Khalid sebagai dorongan kepada Khamis untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap 10 warga Kemboja yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah selepas ditahan polis.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana lebih tinggi.

Dalam rayuannya, tertuduh yang sudah mempunyai taraf warga negara sejak setahun lalu dan tidak diwakili peguam bela, merayu supaya dijatuhkan hukuman ringan berikutan pengakuan bersalah itu dengan alasan mempunyai isteri serta empat anak.

Mohd Nasir Nordin kemudian memerintah tertuduh dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 atau enam bulan penjara jika gagal melunaskan denda yang dikenakan. Sejurus selesai prosiding, tertuduh membayar denda yang dikenakan.
Berita Harian Online | Mengaku salah cuba sogok pegawai polis

Sorok barang tiruan dalam banglo

MOHD BASHA ABIDIN  (kiri) bersama pegawai penguat kuasa memeriksa pelbagai beg tangan wanita berjenama yang didapati tiruan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Salleh.
MOHD BASHA ABIDIN (kiri) bersama pegawai penguat kuasa memeriksa pelbagai beg tangan wanita berjenama yang didapati tiruan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Salleh.
MUAR: Sebuah banglo di taman perumahan dekat Jalan Salleh di sini, dikesan menjadi stor transit beribu-ribu barangan tiruan bernilai lebih RM100,000 untuk diedarkan pasaran seluruh Johor dan sebahagian Pahang.

Kegiatan di banglo milik sebuah keluarga yang dipercayai beroperasi sejak kira-kira setahun lalu itu terbongkar hasil serbuan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Muar diketuai Pegawai Penguat kuasa, Wan Asrol Wan Mahmud dan 10 anggota, kira-kira jam 5 petang kelmarin.
Dalam serbuan itu penguat kuasa KPDNKK menemui pelbagai jenis barangan tiruan termasuk beg silang, beg pakaian, beg sandang, beg tangan, beg sekolah, beg duit dan topi menggunakan pelbagai jenama terkenal termasuk Levi's, Nike, Adidas, Diadora, Polo, Lotto, Luis Vitton, Manchester United, Chelsea dan Liverpool.
Ketua Cawangan PPDNKK Muar, Mohd Basha Abidin Ali, berkata susulan serbuan itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 70-an dan tiga wanita berusia antara 20-an hingga 30-an yang mempunyai hubungan keluarga dan dipercayai bekerja menguruskan barangan di banglo berkenaan.

Katanya, pihaknya kini sedang mengesan pemilik banglo berkenaan dan dua lagi lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penyimpanan serta pengedaran barangan tiruan.

“Kumpulan itu dipercayai turut bertindak sebagai pengimport barangan tiruan dengan menjadikan banglo itu sebagai stor transit sebelum diedarkan kepada peniaga lain termasuk peniaga pasar malam sekitar Johor dan Pahang," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kumpulan itu turut membuat penghantaran terus kepada pembeli melalui perkhidmatan pos, selain ada juga pembeli yang datang sendiri ke banglo berkenaan untuk mendapatkan bekalan.
Mohd Basha Abidin berkata, kes itu adalah hasil daripada intipan kira-kira dua bulan sempena operasi Gerak Gempur Cetak Rompak (GGCR) yang dijalankan pasukannya di sekitar Muar.
Berita Harian Online | Sorok barang tiruan dalam banglo

Perlis hadapi masalah urus sisa

TAPAK pelupusan sampah di Padang Siding tidak berupaya menampung longgokan sisa buangan yang semakin bertambah.
TAPAK pelupusan sampah di Padang Siding tidak berupaya menampung longgokan sisa buangan yang semakin bertambah.
Tapak pelupusan gagal tampung longgokan sampah cecah 180 tan sehari

KANGAR: Perlis dijangka berdepan masalah serius menguruskan sisa pepejal negeri, apabila kapasiti tapak pelupusan sampah di Padang Siding, di sini dikatakan tidak lagi berupaya menampung longgokan sisa buangan yang dikatakan mencecah 180 tan setiap hari.
Justeru, tindakan segera perlu diambil untuk menangani masalah itu, terutama dalam menyediakan kawasan tambahan untuk tujuan pembuangan sampah, selain kolam rawatan di tapak pembuangan seluas kira-kira 20 hektar itu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosley Mat, ketika diajukan soalan berkenaan mengakui risiko serius dihadapi berhubung tapak pelupusan sampah di Padang Siding itu, sedangkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail mahu Perlis menjadi negeri paling bersih di Malaysia.

Malah, beliau sendiri tidak menolak kemungkinan tapak berkenaan terpaksa ditutup jika tindakan proaktif tidak diambil dengan segera untuk memastikan ia mampu menampung jumlah sampah harian yang mencecah 180 tan.

"Kita sudah majukan permohonan peruntukan RM6.9 juta kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak 2008 untuk penambahan ruang pembuangan sampah dan kolam rawatan berkenaan, selain peruntukan tambahan RM2 juta setahun bagi tujuan penyelenggaraan.

"Namun, sehingga kini tiada berita diterima mengenainya sehingga menyebabkan ratusan penduduk sekitar kawasan Padang Siding menghadapi masalah pencemaran bau busuk, lalat serta asid buangan daripada sampah yang terbakar pada musim kemarau," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MPK di pejabatnya, di sini, semalam.
Difahamkan, tapak pembuangan sampah di Padang Siding dibina dengan kos RM1.15 juta melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2007, manakala kerajaan negeri pula menyalurkan RM2.9 juta lagi bagi kos pengambilan tanah, sebagai ganti kepada tapak lama di Kuala Perlis yang ditutup kerana lokasi tidak sesuai.

Mengulas tindakan MPK, Rosley berkata, pihaknya kemungkinan besar akan menyerahkan tugas penyelenggaraan tapak berkenaan kepada Perbadanan Sisa Pepejal Negara jika pihak kementerian terbabit tidak dapat menyediakan peruntukan tahunan.

Difahamkan, buat masa ini tugas pengendalian sisa pepejal negeri dikendalikan E-Idaman Sdn Bhd yang dilantik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dengan kontrak RM6 juta setahun yang perlu dijelaskan MPK kepada pihak terbabit.

Bagaimanapun, kedudukan kewangan MPK dengan kutipan hasil tahunan kira-kira RM13 juta dianggap goyah kerana ia tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan meliputi pembayaran gaji kakitangan, penyelenggaraan jalan serta lampu di taman perumahan, selain longkang serta pengindahan persekitaran kawasan operasi.
Berita Harian Online | Perlis hadapi masalah urus sisa

Noradila hamil 6 bulan didakwa ambil Methamphetamine

 Noradila  di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
Noradila di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang sarat mengandung enam bulan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mengambil dadah jenis Methamphetamine di rumahnya di Jalan Pasir Panjang, di sini.

Noradila Arifin, 30, yang sedang mengandung anak ketiganya, disahkan positif syabu dan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2002) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan dan denda tidak lebih RM5,000.
Tiada pengakuan daripada ibu dua anak itu direkodkan ketika pendakwaan dijalankan Inspektor Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Noradila Ab Latif dan tertuduh mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Noradila kemudian membenarkan jaminan RM1,300 dan menetapkan 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. Sehingga jam 3 petang semalam, tertuduh belum membayar jaminan dan jika tiada penjamin, dia akan ditahan di Penjara Wanita Pengkalan Chepa, Kelantan.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan bersama suaminya berusia 32 tahun di rumah mereka di Jalan Pasir Panjang kira-kira jam 5.32 petang kelmarin selepas sepasukan 11 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu melakukan serbuan ke rumah itu hasil maklumat awam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid ketika ditemui di pejabatnya berkata, ujian air kencing dijalankan terhadap suami tertuduh disahkan positif syabu dan pil kuda.

“Suaminya mengambil sebiji pil kuda setiap hari dengan anggaran perbelanjaan RM30 sehari, manakala isterinya ketagih syabu dan membelanjakan kira-kira RM400 sehari untuk mengambil dadah itu," katanya.
Berita Harian Online | Noradila hamil 6 bulan didakwa ambil Methamphetamine

40 rumah hampir hanyut

 HAKISAN tebing sungai yang serius mengancam penempatan Orang Asli  Pos Sendrop.
HAKISAN tebing sungai yang serius mengancam penempatan Orang Asli Pos Sendrop.
Hakisan sungai jejas keselamatan Orang Asli Pos Sendrop

GUA MUSANG: Lebih 40 keluarga Orang Asli di Pos Sendrop kini dalam keadaan bahaya kerana rumah mereka terdedah dengan bahaya tanah runtuh berikutan hakisan tebing sungai yang teruk seminggu lalu.
Setiap kali hujan lebat, keluarga Orang Asli itu akan meninggalkan kawasan itu kerana bimbang rumah akan menyembah bumi dan dibawa arus deras sehingga mengancam nyawa.
Mereka mendakwa, masalah hakisan tebing sungai itu bukan baru, tetapi sudah bermula sejak setahun lalu dan keadaan semakin serius sejak minggu lalu.

Tinjauan Berita Harian mendapati, tebing sungai yang runtuh itu hanya tinggal dua meter daripada rumah penduduk Orang Asli dan pokok buah-buahan berhampiran sungai sudah tumbang disebabkan hakisan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) Pos Sendrop, Rashid Akoh, berkata kejadian terbaru yang menghantui penduduk sejak seminggu lalu apabila gegaran kuat berlaku kerana tebing sungai runtuh dilanda arus sungai.

“Kejadian itu berlaku 10 malam apabila hujan lebat sebelum penduduk terdengar bunyi dentuman kuat tebing sungai runtuh di belakang rumah sebelum mereka bertindak keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri,” katanya.
Rashid hairan sikap pihak tertentu yang hanya membisu berhubung masalah dibangkitkan walaupun sebelum ini sudah beberapa kali laporan dibuat.

Seorang penduduk Orang Asli, Jali Pandak, 67, berkata, kejadian hakisan tebing sungai itu berikutan pengusaha kebun sayuran mengalihkan aliran sungai menghampiri tebing penempatan penduduk Orang Asli.
Berita Harian Online | 40 rumah hampir hanyut

Tiga kapten selisih ajal di udara


ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama kakitangan Malaysia Airport Berhad memeriksa helikopter yang dipercayai terbakar pada bahagian ekor di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang semalam.


SUBANG - Tiga kapten sebuah syarikat penerbangan swasta menarik nafas lega apabila mereka hanya mengalami cedera ringan selepas helikopter yang dinaiki terhempas dari ketinggian 60 meter di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Kejadian pukul 8.17 pagi itu berlaku ketika Kapten Syahfrilhaidi Abdul Rahman, 38, Kapten Nor Azhari Mat Yunos, 35, dan Kapten Mohd. Zamri Mohamed, 44, sedang melakukan latihan penerbangan menggunakan helikopter jenis AgustaWestland AW139 milik Weststar Aviation Services Sdn. Bhd.

Syahfrilhaidi merupakan juruterbang, Nor Azhari pembantu juruterbang dan Mohd. Zamri sebagai kapten pelatih. Mereka dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini.Kosmo! Online - Negara

Jiran penyebab empat ditahan


ANGGOTA polis mengawal empat lelaki yang ditahan kerana disyaki memecah masuk sebuah rumah di Bukit Baru, Melaka semalam.


MELAKA – Empat lelaki yang memecah masuk sebuah rumah semasa ketiadaan penghuninya menerima padah apabila ditahan di Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru di sini semalam.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 30-an itu diberkas tidak sampai satu jam selepas melakukan jenayah itu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, siasatan mendapati suspek memecah masuk rumah berkenaan pada pukul 10 pagi.

“Jiran mangsa yang menyedari kejadian itu telah mencatatkan nombor pendaftaran kereta yang dinaiki suspek. Pemilik rumah yang bergegas pulang selepas dimaklumkan jirannya itu mendapati pintu utamanya telah terkopak.

“Mangsa kemudian menghubungi polis dan berdasarkan nombor pendaftaran yang diberi, polis mengesan suspek di kawasan berdekatan pada pukul 11 pagi lalu menahan mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.Kosmo! Online - Negara

Dari Klang ke negara Zionis

Kosmo! Online - Negara: "
MOHD. BAKRI (tengah) melihat salah sebuah kereta curi yang disimpan di sebuah gudang Geng Black Water di Banting semalam.MOHD. BAKRI (tengah) melihat salah sebuah kereta curi yang disimpan di sebuah gudang Geng Black Water di Banting semalam.

KLANG - Polis semalam membongkar tembelang satu sindiket yang didapati menggunakan Israel sebagai laluan untuk menyeludup beratus-ratus buah kereta mewah curi ke luar negara termasuk ke negara Eropah.

Soal siasat terhadap empat lelaki yang ditahan di sebuah gudang di Kampung Black Water, Jalan Klang-Banting di sini mendapati mereka telah menyeludup sebanyak 25 buah kereta Honda City curi ke Cyprus melalui negara Zionis itu pada 24 Jun lalu.

Bukan itu sahaja, sindiket bergelar 'Geng Black Water' itu berjaya menyeludup sebanyak 456 buah kereta bernilai RM49 juta melalui Pelabuhan Klang ke Dubai, Hong Kong dan Thailand dengan mengisytiharkan kenderaan tersebut sebagai perabot kepada kastam.

Kesemua kenderaan itu diangkut dalam 114 buah kontena menggunakan kapal kargo.

Jarak di antara gudang berkenaan dengan Pelabuhan Klang kira-kira 15 kilometer.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, dalam serbuan pukul 4 petang itu, pihaknya merampas 98 buah kereta mewah curi bernilai RM8 juta."