
Sinar Harian difahamkan, ketika kejadian tersebut, mangsa yang berasal dari Mersing sedang dalam perjalanan dari arah Ulu Tiram ke Kulaijaya bersama adik lelakinya.
Kereta dipandu mangsa turut terbalik setelah terbabas ke dalam kawasan lapang berhampiran bahu jalan manakala cermin kenderaannya terpaksa dipecahkan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Honda Accord itu gagal mengawal kenderaannya menyebabkannya terbabas ketika sedang melalui selekoh tajam.
“Pemandu kenderaan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kemalangan maut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, :Kulaijaya di sini untuk bedah siasat.SH