Search This Blog

Friday, June 24, 2011

Debu masih mengancam, Australia batal penerbangan

SYDNEY: Syarikat penerbangan Australia telah membatalkan jadual ulang alik ke New Zealand semalam berikutan debu gunung berapi Chile.

Namun, syarikat penerbangan Air New Zealand masih beroperasi seperti biasa.

Qantas, Jetstar, dan Virgin, menghentikan perkhidmatan menyeberangi wilayah Tasman di New Zealand walaupun sebelumnya berharap dapat beroperasi semula.

Jadual penerbangan ke Tasmania turut terjejas dengan kebanyakan laluan ditangguhkan sehingga 5 petang waktu tempatan (semalam).

Qantas bagaimanapun berkata penerbangan domestiknya beroperasi seperti biasa.

Pakar Chile semalam memberi amaran gunung berapi Puyehue-Cordon Caulle mungkin meletus lagi dalam tempoh terdekat.

Di Chile, syarikat penerbangan LAN masih membatalkan penerbangan ulang alik ke Temuco dan Valdivia di selatan negara itu.

Di wilayah selatan Patagonia, di Afghanistan pula, para penternak semakin bimbang kerana sehingga 1.5 juta kambing dan binatang ternakan lain terpaksa makan rumput di padang yang diselaputi debu. -- AFP.

Cyberita Online Luar Negara

75 Pati ditahan PGM di Kota Tinggi



JOHOR BAHRU – Seramai 75 pendatang asing tanpa izin (Pati) warganegara Indonesia ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua selepas cuba meloloskan diri dengan seludup keluar dari negara ini secara haram dalam dua serbuan berasingan di Kota Tinggi, semalam.

Komander PGM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, kesemua Pati termasuk 10 wanita berusia 22 hingga 43 tahun itu dipercayai dalam cubaan untuk pulang ke negara asal mereka.

Menurutnya, serbuan pertama pada jam 12.15 malam dilakukan di hutan Bukit Raja Darat dekat Sungai Rengit yang menjadi tempat persembunyian 40 Pati termasuk empat wanita.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dibawa ke Balai Polis Sungai Rengit untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Zainul Abidin berkata, dalam serbuan kedua sekitar jam 3.30 pagi, sepasukan anggotanya yang membuat rondaan di Pantai Pasir Gogok di Kota Tinggi terserempak dengan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik pihak kami cuba menghampiri, bot terbabit terus memecut melarikan diri dan selepas 20 minit mengejar barulah bot berkenaan berjaya dipintas dan ditahan.

“Namun, tindakan tekong bot yang cuba menghimpit bot peronda menyebabkan tangan salah seorang warga asing berkenaan cedera.

“Pemeriksaan mendapati 35 Pati termasuk enam wanita itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya.
SH

Gadis diperdaya warga Nigeria



SEGAMAT - Seorang lelaki warga Nigeria diberkas kerana dipercayai memperdaya seorang wanita, di sini, berhubung kes penipuan wang pada Ogos tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Abdul Majid Mohd Ali berkata, wanita berumur lingkungan 24 tahun itu dikatakan menjadi mangsa berpunca daripada perkenalan dengan suspek di laman web sosial di Internet.

“Perkenalan antara mangsa dengan suspek, berumur 22 tahun itu telah menyebabkan mangsa diperdaya dengan memberikan alasan ingin menjalankan perniagaan bersama.

“Pada 26 Ogos 2010, suspek telah meminta sebanyak 10,000 pound sterling daripada mangsa dengan menyatakan bahawa barang untuk mereka memulakan perniagaan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Menurutnya, mangsa terlebih dahulu menyatakan bahawa dia tidak mempunyai wang sebanyak itu tetapi telah memasukkan wang sebanyak RM5,500 ke dalam akaun suspek pada hari sama.

“Setelah mendapati mangsa hanya memasukkan jumlah berkenaan, suspek meminta mangsa untuk menambah jumlah wang sebanyak RM10,000.

“Tetapi, apabila mangsa mendapati diperdaya suspek, mangsa telah datang ke balai polis pada keesokan harinya iaitu 27 Ogos 2010 bagi membuat laporan berhubung kes ini dan pada 18 Jun 2011, polis berjaya memberkas suspek di sebuah rumah di Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, semalam.

Beliau berkata, dalam tangkapan berkenaan, polis telah merampas komputer riba, empat kad sim dan tiga telefon bombit yang dipercayai milik suspek dan kes disiasat di bawah Akta Penipuan.

Sementara itu, Abdul Majid turut mengingatkan masyarakat di sekitar daerah ini agar tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan berkaitan Bersih.
SH

Dapat ganti rugi akibat wajah berjerawat



IPOH – Sebuah syarikat rawatan wajah terkenal di sini, diarahkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) memulangkan semula wang seorang peniaga berjumlah RM4,123 dalam tempoh 14 hari.

Peniaga tersebut dikenali, Liza, 20-an mengemukakan tuntutan itu selepas tidak puas hati terhadap rawatan mencantikkan kulit muka yang dijanjikan oleh syarikat tersebut selepas 15 kali menerima rawatan.

“Syarikat ini memberi jaminan bahawa masalah kulit saya yang berjerawat dan berminyak ini beransur pulih setelah menjalani beberapa sesi rawatan yang ditawarkan dalam masa tiga minggu pada November tahun lalu.

“Namun, selepas mencuba kali pertama, saya diminta meneruskan sesi dengan membayar untuk rawatan seterusnya termasuk harga produk. Namun, masih tiada perubahan sebaliknya muka menjadi bengkak, bernanah dan bertambah jerawat,” katanya.
SH

Tanaman musnah, jentera dirampas



SERI ISKANDAR - Seramai 600 kelompok peserta peneroka Sungai Tumboh, Bandar Universiti kecewa dengan pihak berkenaan kerana memusnahkan tanaman dan merampas jentera mereka dalam satu operasi pemusnahan kawasan penerokaan di kawasan berkenaan.

Penerokaan itu berlaku sejak 2010 setelah permohonan dibuat di Pejabat Tanah dan Daerah Seri Iskandar pada Oktober tahun yang sama.

Timbalan pengerusi kelompok, Tajol Ariffin Abdul Jalal berkata, penerokaan dibuat penduduk kampung yang bermastautin di Perak Tengah dan kawasan sekitarnya.

Menurutnya, sebelum membuat penerokaan itu pihaknya menghantar surat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Seri Iskandar untuk meminta kebenaran.

“Surat balasan yang kami terima mahu kami menghantar dua pelan kecil kepada pihaknya dan selepas itu kami memulakan penerokaan tanah berkenaan.

“Setiap peserta mendapat dua hektar seorang dan masing-masing melakukan pembersihan tanah secara berperingkat mengikut sumber kewangan yang ada," katanya kepada Sinar Harian.

Tajol Ariffin berkata, peneroka adalah 100 peratus orang Melayu dan mereka sanggup menggadaikan segala harta termasuk barang kemas untuk membersihkan kawasan masing-masing.

Menurutnya, dia dan peneroka lain kecewa kerana hanya di kawasan itu sahaja diambil tindakan sedangkan banyak kawasan lain lagi turut diteroka.

“Kami kecewa dengan tindakan ini kerana kawasan yang diteroka oleh bangsa lain tidak diusik malahan diberi lesen menduduki sementara (TOL) tetapi kami di sini ditindas begitu sahaja.

“Ini menunjukkan ada diskriminasi berlaku dan tidak mustahil dalam pilihan raya pasti ada pengalihan kuasa berlaku,” katanya.



Tindakan luar jangkaan



Seorang peneroka, Zulkifli Tahir, 47, berkata, dua minggu sebelum kejadian itu, pihak berkenaan datang untuk mengambil tindakan sama, namun apabila perbincangan dibuat mereka membatalkannya.

Menurutnya, pihaknya menyangka perkara itu senyap begitu sahaja tetapi ada hari ini (semalam) pihak berkenaan datang lagi dan melakukan tindakan yang sungguh di luar jangkaan.

“Tanaman kami yang sedang menunggu masa untuk mengeluarkan hasil dimusnahkan begitu sahaja, manakala jentera pula disita.

“Mereka menggunakan kuasa yang ada termasuk penggunaan senjata bagi mengelakkan kami memasuki kawasan berkenaan,” katanya.

Dia berkata, sebelum itu seramai 50 peserta telah berjumpa menteri besar bagi membincangkan perkara itu, namun tidak mendapat hasil yang baik.

“Beliau tetap dengan keputusannya untuk memusnahkan kawasan kami dan hari ini perkara itu benar-benar terjadi.

“Kami bukan suka untuk memburuk-burukkan pihak berkenaan dan sengaja mengadakan cerita tetapi apabila mereka seolah-olah mengabaikan rakyat ini amat mendukacitakan kami.

“Sepatutnya sebelum tindakan ini dibuat mereka memanggil kami dahulu untuk mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak tetapi apa yang berlaku ialah mereka terus melakukan operasi,” katanya.

Mohd Sepian Arshad, 48, pula berkata, dia dan peserta lain tidak akan berganjak daripada tindakan mereka untuk meneruskan penerokaan itu memandangkan mereka telah berhabisan beribu ringgit untuk tujuan itu.

Katanya, dia sudah habiskan hampir RM20,000 untuk penerokaan dan tanaman pisang yang hampir mengeluarkan hasil tetapi dimusnahkan begitu sahaja.

“Saya adalah bekas tentera dan tidak mempunyai tanah jadi saya mengambil peluang ini untuk memiliki tanah dengan meneroka tanah.

“Saya juga mempunyai tanggungan anak seramai lapan orang dan tidak adakah pertimbangan untuk kami memiliki tanah sendiri bagi menyara kehidupan keluarga,” katanya.



Ceroboh tanpa kebenaran



Sementara itu, wakil Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak memaklumkan kepada Sinar Harian, operasi itu dijalankan mengikut seksyen 425 kanun tanah negara atas kesalahan pencerobohan tanah kerajaan.

Menurutnya, mereka yang terlibat meneroka tanah kerajaan tanpa kebenaran dan boleh diambil tindakan mahkamah.

“Operasi yang dijalankan pada hari ini ialah operasi bersepadu bersama 350 anggota meliputi pasukan kami sendiri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Imigresen, SPRM dan pejabat tanah Seri Iskandar.

“Kami mengambil tindakan kerana mereka ini meneroka tanah haram seluas 400 hektar sejak setahun lalu tanpa kebenaran.

“Sebelum ini, pihak pejabat tanah ada mengeluarkan notis arahan supaya mereka memberhentikan penerokaan kawasan itu tetapi mereka ingkar dan kita mendapat arahan daripada pihak berkuasa negeri untuk menjalankan operasi ini,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya memusnahkan tanaman dan merampas serta menyita alatan yang digunakan untuk tujuan penerokaan itu.

Katanya, operasi seumpama ini juga pernah dilakukan di tempat lain apabila mendapat laporan dan arahan daripada pihak berkenaan.

“Orang ramai harus menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran supaya tidak menceroboh tanah kerajaan kerana ia menjadi satu kesalahan dan tindakan tegas akan diambil,” katanya.
SH

‘Henti edar risalah fitnah’



ALOR SETAR -Pas Kawasan Alor Setar mendakwa ada sebuah parti politik yang cuba memburuk-burukkan Kerajaan Negeri dengan mencetak risalah dan akan mengedarkannya kepada orang ramai tidak lama lagi.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, risalah bertajuk ‘Kedah Tertipu’ itu antara lain menggunakan istilah seperti Kedah Darul Karaoke (kononnya keperluan dan terkawal), anak syarikat Kerajaan Negeri didakwa menjual arak dan beberapa tohmahan lain.

“Kami percaya risalah itu dicetak dan diterbitkan secara haram kerana tidak ada nama penerbit atau pencetak tertera di risalah berkenaan sebaliknya terdapat satu alamat laman web yang boleh dihubungi sekiranya ada sebarang maklumat. Ia turut memaparkan logo parti politik.

“Kejadian disedari pagi semalam setelah Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, Zulkifli Yahya meminta kami membuat laporan polis. Akhirnya ia dibuat oleh Ketua Penerangan Pas Kawasan Alor Setar, Kasmani Abdul Latif,” katanya di hadapan Balai Polis Daerah Kota Setar, semalam.

Mohd Azam berharap kegiatan itu dapat dibendung awal untuk mengelak orang ramai terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan.

“Individu tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja cuba merosakkan nama baik Kerajaan Negeri tetapi mengaitkan nama Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam beberapa isu,” katanya.
SH

Sotong berinti tembakau



KULIM- Anggota polis yang bertugas di Mahkamah Kulim berjaya mematahkan cubaan membekalkan tembakau secara haram kepada orang kena tuduh (OKT) melalui makanan yang diberikan keluarga kepada OKT terbabit.

Juru cakap polis berkata, seorang OKT berusia belasan tahun sebelum ini memaklumkan kepada bapanya bahawa dia teringin makan roti canai bersama kuah sotong yang diminta tidak ada bersama.

“Bapa OKT yang berada di mahkamah kemudiannya menyerahkan roti canai sepertimana diminta anaknya.

“Bagaimanapun OKT itu tidak berpuas hati kerana kuah sotong kegemarannya tidak disertakan bersama. Dia berang dan memanggil bapanya beberapa kali. Polis curiga dengan sikap OKT yang terlalu berkehendakkan kuah sotong itu, “ katanya.

Juru cakap itu berkata, ketika hendak menyerahkan kuah sotong kepada OKT, polis merampas dan membuat pemeriksaan terhadap sotong yang dibungkus dan mendapati terdapat ketulan tembakau di sumbatkan dalam perut sotong.

“Kuah sotong itu kemudiannya di rampas dan OKT terlibat terpaksa memakan roti canai yang diminta tanpa kuah sotong kegemarannya, ” katanya.
SH

Maut jatuh pokok manggis

S

KAMPUNG BUJANG – Tindakan seorang lelaki yang sedang mengait buah manggis di rumahnya tidak berkesudahan apabila tersilap langkah ketika terpijak dahan reput menyebabkan dia terjatuh sehingga menemui ajal.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.00 pagi semalam apabila Khalid Shaari, 58, dari Kampung Bujang memanjat pokok manggis dan tidak menyedari terdapat dahan reput menyebabkan dia jatuh bersama dahan terbabit.

Anak kedua mangsa, Nor Nadirah Khalid, 19, berkata, dia hanya mengetahui kejadian berkenaan setelah dimaklumkan keluarga semasa sedang bekerja di Sungai Petani.

“Sebelum kejadian, ayah ada mengajak emak untuk keluar beli ayam, tetapi ditolak menyebabkannya dia keluar sendirian.

“Tiada sebarang kejadian pelik berlaku sehingga dia balik, tetapi sebelum memanjat pokok berkenaan, arwah ada menjelaskan dia mahu minum air dan terus pergi,” katanya.

Menurutnya, maksud arwah mahu terus pergi menjelaskan dia mahu terus panjat pokok manggis selepas minum air, namun kata-kata itu adalah petanda bahawa ayahnya akan pergi buat selama-lamanya.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi kejadian mendapati, galah dan bakul milik mangsa yang digunakan untuk mengait manggis masih terdapat di atas pokok berkenaan.

Difahamkan, hasil perkongsian hidup arwah dengan isteri, Siti Zainab Bakar, 43, dikurniakan lima anak berusia antara lapan hingga 22 tahun.
H

20 pelajar histeria



SUNGAI BAKAP – Hampir 20 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek mengalami kejadian aneh apabila mereka dikatakan menjerit dan meronta-ronta selama beberapa jam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 10 pagi semalam itu bertambah cemas apabila seorang demi seorang pelajar terbabit menjerit sambil meronta-ronta sebelum mereka rebah dan tidak sedarkan diri.

Seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Nana berkata, semuanya berlaku apabila sekumpulan pelajar perempuan Tingkatan Dua dan Tiga selesai menjalani latihan bola baling di padang sekolah.

“Saya difahamkan, ketika berada di padang, rakan-rakan terlihat beberapa lembaga hitam sedang memerhatikan mereka daripada ruang udara.

“Mereka yang tidak hirau akan kehadiran lembaga berkenaan terus bermain seperti biasa sehinggalah tamat sesi latihan,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa minit kemudian, dia terdengar jeritan yang menyeramkan dan seterusnya jeritan itu bersahutan antara satu sama lain.

“Ingin mengetahui terhadap apa yang berlaku, saya melihat dari luar kelas dan mendapati beberapa rakan saya seperti ada suatu kekuatan luar biasa.

“Mereka berlari dan meronta-ronta sambil menjerit sekuat hati. Keadaan terbabit berterusan apabila seorang demi seorang pelajar seolah-olah dirasuk.

“Terdahulu, kejadian ini pernah berlaku namun hanya melibatkan seorang dua pelajar tetapi semalam ia melibatkan hampir 20 pelajar perempuan,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, Ishak Hamid, 58, yang pernah berkhidmat di sekolah terbabit sekitar lima tahun lalu berkata, kejadian berkenaan pernah berlaku tetapi tidaklah serius seperti semalam.

“Pelbagai pengalaman pernah saya lalui.

“Pernah suatu hari saya dikejutkan dengan satu dentuman kuat daripada salah satu bangunan sekolah. Bagi melihat apa yang berlaku, saya menghampiri bangunan terbabit dan melihat beberapa lembaga sedang berjalan.

“Tergamam apa yang dilihat, saya terus beristighfar dan berdoa moga apa yang dilihat itu adalah satu khayalan.

“Kehadiran makhluk halus ini memang wujud cuma kita tidak boleh mempercayainya.

“Sebagai manusia biasa, kita juga harus ingat bahawa setiap tindakan yang dibuat perlu berhati-hati kerana bukan kita sahaja makhluk ciptaan Allah dan kekuatan amal ibadat itu juga dapat menghindari kita daripada diganggu makhluk halus.

Sementara itu, seorang waris pelajar yang enggan dikenali berkata, selepas pihak sekolah memaklumkan bahawa anaknya diserang histeria, dia terus bergegas ke rumah.

“Mujurlah jarak rumah dan sekolah tidak jauh. Tanpa berfikir panjang, kakak terus mencapai Yasin dan bergegas ke sekolah dengan harapan keadaan anak berada dalam keadaan terkawal.

“Kakak tidak akan menyalahkan pihak sekolah sebaliknya berharap agar pihak sekolah dapat meningkatkan lagi mutu pemantauan terhadap pelajar dalam menjalani sebarang aktiviti, “ katanya.

Sinar Harian juga difahamkan bahawa sejurus kejadian terbabit, pihak guru mengarahkan semua pelajar dikehendaki keluar daripada kelas dan berkumpul di tapak perhimpunan bagi mengelak perkara yang tidak diingini terus berlaku.

Beberapa pengamal perubatan tradisional dan ustaz turut dijemput bagi memulihkan keadaan.

Dalam pada itu, Pegawai Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan (PPD SPS), Rosli Hashim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu bahawa pihaknya masih lagi menunggu laporan daripada pihak sekolah berhubung kejadian terbabit.
SH

Tandas awam jadi ‘port’ mabuk



TAMPIN – Siapa sangka di bahagian belakang tandas awam yang disediakan di Pasar Besar Tampin, dekat sini, disalah gunakan oleh segelintir individu tidak bertanggungjawab sebagai ‘port’ mabuk.

Walaupun bahagian belakang kemudahan itu tidak seindah dan secantik di taman rekreasi, namun ianya dikatakan menjadi pilihan kaki minuman keras untuk menghabiskan masa pada waktu petang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati botol arak pelbagai jenama dan murah dilonggokkan tidak berapa jauh dari belakang tandas berkenaan.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 40-an, berkata, pihak berkenaan digesa mengambil tindakan segera bagi memastikan lokasi berkenaan tidak terus disalah gunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, kemudahan tandas itu disediakan bagi kegunaan pengunjung dan peniaga di pasar ini. Namun, sekiranya di bahagian belakang kemudahan berkenaan dijadikan sebagai lokasi kaki minum, ia perlu dicegah segera.

“Malah, jika boleh, kita mohon agar lokasi ini dapat dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan masalah ini tidak kembali berulang lagi,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Tampin (MDT), Zulhilmi Marzuki berkata, pihaknya sudah menghantar Bahagian Penguat kuasa (MDT yang diketuai Endy Dzulkernaen Ariffin bagi meninjau masalah berkenaan dan tindakan susulan diambil bagi kebaikan semua pihak.

“Kita sedia mengambil tindakan proaktif bagi memastikan kemudahan dan lokasi sekitar yang disediakan MDT tidak disalahgunakan.

“Oleh itu, diharap orang ramai dapat bersama-sama menjaga kemudahan yang disediakan MDT ini dan tidak menjadikannya sebagai lokasi aktiviti tidak bermoral,” katanya.
SH

Motosikal bertembung kereta

S

JEMPOL - Sepasang suami isteri maut apabila motosikal ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di kilometer 39 Jalan Bahau-Kemayan, kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Chong Ah Kau, 64, dan isterinya Chen Nyet Thai, 59, dari Kemayan dikatakan dalam perjalanan ke kebun getah untuk menoreh getah di kebun mendiang bapanya tetapi tidak kesampaian.

Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira dari arah bertentangan dan diheret beberapa meter.

Pemandu kereta berkenaan terbabas lalu meluncur masuk ke dalam kebun getah dan salah seorang mangsa dipercayai melambung ke atas kereta terbabit kerana terdapat kesan kemek pada bumbung kereta dan cermin depannya retak.

Menurut adik ipar mang-sa, Chew Woke Ying, 50, pasangan itu adalah peneroka dari Felda Lui Timur dan menetap di rumah anaknya, Taman Jaya, Kemayan.

“Anaknya bekerja di Singapura dan sekali sekala pasangan itu datang untuk menjaga rumah itu. Empat daripada lima anaknya bekerja di sana dan seorang lagi belajar di Kuala Lumpur.

“Saya sendiri sangat terperanjat dengan berita kematian mereka,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Jempol, semalam.

Turut hadir bagi melawat keluarga mangsa ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Sementara itu, Jurucakap polis berkata, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan yang lain.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat sebelum diserahkan semula kepada keluarga mangsa.

“Pemandu dan penumpang kereta Proton Wira hanya cedera ringan dan kini dirawat di hospital sama,” katanya.
H

Banduan dituduh perkosa gadis



SHAH ALAM – Belum pun habis menjalani hukuman selama 30 tahun kerana pelbagai jenayah, seorang banduan dituduh pula dengan kesalahan merogol dan meliwat seorang pelajar di kubur Cina yang didakwa dilakukannya sebelum dia meringkuk dalam penjara.

G Thiyagaran, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini, semalam terhadap tuduhan merogol dan meliwat mangsa di kawasan perkuburan Cina Kerling, Hulu Selangor, pada jam 7 pagi, 8 Oktober 2009.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu selepas menakutkan mangsa dengan pistol supaya mangsa yang ketika itu sedang menunggu bas untuk ke sekolah mengikutnya.

Hakim, Mohammed Mokhzani Mokhtar menetapkan sebutan semula kes pada 25 Julai depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Che Rohana Ismail, manakala Thiyagaran tidak diwakili peguam.

Thiyagaran, dari Kuala Kubu Bharu, sedang menjalani hukuman penjara selama 30 tahun dan 10 sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen Ipoh, Perak, atas pelbagai kesalahan termasuk merogol, mencabul dan mengurung mangsa serta mencuri motosikal.

Dia kini sedang menjalani hukuman di Penjara Taiping, sejak 24 September tahun lalu.
SH

Bersalah jual diesel haram



KUANTAN - Seorang pemandu lori didenda RM8,000 di Mahkamah Sesyen Dua semalam selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan iaitu membekalkan minyak diesel tanpa kebenaran dan tidak bayar caj kenderaan.

Tertuduh, Samsudin Mat Hassan, 55, dari Kampung Paya Balai Besar, Dungun Terengganu kelihatan tenang ketika mengaku bersalah di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang memandu lori memasuki Kompleks Lembaga Kema-juan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan membekalkan 13,650 liter diesel kepada bot nelayan tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah LKIM pada 12 Jun lalu kira-kira jam 4 petang.

Tertuduh disabitkan di bawah Seksyen 17 (1) Akta LKIM 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum, RM15,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh tidak membayar caj kenderaan sekali masuk menggunakan ruang di kompleks tersebut pada tarikh dan masa sama.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan kerana tidak mematuhi Kaedah 10 Bahagian 1 Jadual Kedua (a) (ii) Kaedah-Kaedah LKIM (Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010.

Tertuduh yang ditangkap pada 13 Jun lalu disabitkan di bawah Seksyen 17 (1) Akta LKIM 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum, RM15,000 atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa LKIM, Zulkifli Ismail meminta hakim menjatuhkan hukuman setimpal dan Fathiyah menetapkan denda RM5,000 bagi pertuduhan pertama atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu dan bagi pertuduhan kedua, denda RM3,000 atau empat bulan penjara jika tidak membayar denda itu.
SH

Tipu nombor ekor kembali



TEMERLOH – Seorang wanita berusia 48 tahun yang baru membeli barang kemas terpaksa berputih mata apabila dipukau sepasang penjenayah dipercayai warga asing hingga menyerahkan gelang tangan baru dibeli bernilai RM2,000.

Kejadian jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa bersama suami dan anaknya ke bandar Temerloh dari rumahnya di Felda Jengka 19 untuk membeli barang keperluan dan gelang tangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Superintendan, Zundin Mahmood berkata, sebaik tiba di hadapan deretan kedai Bandar Seri Semantan di sini wanita terbabit didatangi seorang wanita yang merayu bantuan kewangan daripadanya.

Menurutnya, wanita terbabit kemudian menunjukkan tiket ‘nombor ekor’ hadiah pertama bernilai RM130,000 yang baru dimenangi namun disebabkan dia warga asing dia tidak boleh menukar tiket itu untuk mendapatkan hadiah wang tunai.

“Mangsa pada mulanya tidak percaya dengan tawaran itu kemudian didatangi seorang lagi penjenayah lelaki dipercayai rakan suspek yang menunjukkan bukti dalam surat khabar keputusan nombor ekor terbabit.

“Penjenayah wanita terbabit kemudian memberikan tiket itu kepada mangsa dan menukarnya dengan barang kemas dan wang tunai bernilai RM2,667 milik mangsa,” katanya semalam.

Zundin berkata, pasangan penjenayah terbabit kemudian meninggalkan mangsa dalam keadaan tertanya-tanya. Mangsa bersama suami dan anaknya hanya menyedari ditipu selepas pasangan penjenayah terbabit beredar.

Beliau berkata, mangsa percaya dia seolah-olah dipukau kerana langsung tidak meminta pandangan suami dan anaknya sebaliknya terus menyerahkan barang kemas dan wang tunai kepada pasangan penjenayah terbabit.

“Mangsa kemudian membuat laporan kejadian di Balai Polis Temerloh kira-kira jam 5 petang hari kejadian,” katanya.

Zundin berkata, kes penipuan membabitkan nombor ekor itu adalah yang kedua berlaku di daerah ini selepas yang pertama di Kuala Krau dua bulan lepas.

Menurutnya, berdasarkan siasatan kedua-dua kes terbabit dilakukan dua kumpulan penjenayah berasingan berdasarkan laporan diberikan mangsa.
SH

Pemuda maut kemalangan



RAUB – Seorang pemuda Orang Asli berusia 21 tahun meninggal dunia serta merta akibat mengalami kecederaan setelah terlibat kemalangan di Kilometer 355 Jalan Raub – Cheroh, kelmarin.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Cif Inspektor Mohd Nazlan Othman berkata, kejadian pada jam 4.40 petang itu melibatkan motosikal ditunggang mangsa, Shamsudin Yok Wa bertembung dengan kenderaan bertentangan.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kampung Belau, Pos Senderut dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapannya sebelum bertembung sebuah kereta dari arah Cheroh dipandu wanita berusia 29 tahun.

“Mangsa cuba memotong kenderaan di hadapannya yang sudah bersedia untuk membelok ke kanan memasuki persimpangan dekat Masjid Sempam Baru.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk patah rusuk dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mohd Nazlan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi talian kilat polis Raub menerusi 09-3554999.

“Masyarakat terutama pengguna jalan raya disarankan supaya mengikuti peraturan ditetapkan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

“Elakkan daripada mengekori kenderaan terlalu hampir dan pastikan berada pada masa yang sesuai sekiranya ingin memotong kenderaan lain,” kata Mohd Nazlan.
SH

Ribut terbangkan atap dapur



KAMPUNG PULAU JAWA – Sebuah keluarga yang sedang berkumpul dalam sebuah rumah di sini, dikejutkan dengan bunyi kuat di bahagian dapur rumah mereka kira-kira jam 6.15 petang, kelmarin.

Pemilik rumah, Samsiah Hassan, 65, berkata, dia sekeluarga tidak menyangka bunyi kuat itu datangnya dari bumbung rumahnya yang tersingkap dan diterbangkan angin kencang.

Menurutnya, kira-kira 10 keping zink dapur rumahnya diterbangkan angin menyebabkan beberapa perkakas elektrik seperti dua peti sejuk, mesin basuh, periuk nasi dan mesin kelapa terkena hujan.

“Ketika kejadian berlaku, saya dan ahli keluarga lain berkumpul di bahagian tengah rumah dan ketika itu ribut petir sangat kuat.

“Saya bersyukur kerana kami semua terselamat dalam kejadian itu yang turut merosakkan bumbung tiga lagi rumah jiran berhampiran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Anak Samsiah, Zamila Zan, 33, berkata, walaupun atap di belakang rumahnya dan perkakas elektrik rosak, namun dia bersyukur kerana tiada anggota keluarga cedera dalam kejadian yang berlaku dengan pantas itu.

“Saya sekeluarga sudah membuat laporan polis dan turut menerima bantuan awal yang disampaikan beberapa pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
SH

Lelaki merusuh dipenjara



KUALA TERENGGANU – Seramai tiga lelaki dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah terlibat dalam rusuhan dan merosakkan harta di Taman Medan Jaya, Rusila, Marang ketika hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) pada 8 Mac 2008.

Tertuduh, Ibrahim Ali, 47, Ahmad Saharmi Mohd Nor, 33, dan Muhamad Sobri Mustafa, 35, dijatuhi hukuman itu selepas Hakim Mohammad Khalid Ab. Karim mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes.

Dalam penghakimannya, Mohammad Khalid berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira faktor kepentingan awam kerana tindakan itu bukan sahaja menggugat keselamatan awam, tetapi turut menyebabkan kerugian harta benda orang ramai.

“Hukuman ini diharap dijadikan pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, tetapi masyarakat di luar sana agar tidak melakukan perbuatan sama,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi dalam hujahnya, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada tertuduh kerana perbuatan yang dilakukan itu tidak mencerminkan adat ketimuran orang Melayu.

Katanya lagi, perbuatan itu turut menjejaskan imej Islam dan tindakan sewajarnya perlu diambil bagi memberi pengajaran kepada masyarakat supaya perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.

Mengikut fakta kes, ketiga-tiga tertuduh bersama-sama pada 8 Mac 2008 lalu, kira-kira jam 9.30 pagi di simpang masuk Taman Medan Jaya, Rusila, Marang bagi mencapai niat bersama-sama, semasa mengambil bahagian dalam rusuhan telah menyebabkan kerosakan ke atas harta iaitu bas penumpang bernombor pendaftaran WDW 7094.

Dengan itu, mereka telah melakukan khianat, iaitu satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 440 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Bagaimanapun, Mohammad Khalid membenarkan permohonan peguam bela tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap ketiga-tiga mereka bagi mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi dan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin tambahan RM500 setiap seorang.
SH

Kenderaan hangus



RANTAU PANJANG – Sebuah kereta Ford Lasser yang sedang diisi minyak di Stesen Minyak Caltex di sini, dipercayai milik penyeludup hangus terbakar, petang semalam.

Kejadian itu turut mengakibatkan sebuah pam yang digunakan untuk mengisi minyak ke kenderaan tersebut juga turut musnah.

Pemangku Pegawai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Ghani Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran berkenaan kira-kira jam 3.20 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama sebuah jentera dan tujuh anggota .

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian, beliau mendapati sebuah kenderaan sedang terbakar.

“Ketika itu api merebak ke pam serta siling premis perniagaan tersebut dan beberapa kakitangan di situ cuba memadam kebakaran tetapi gagal.

“Bomba berjaya mengawal kebakaran dari terus merebak dalam tempoh 10 minit,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan stesen minyak tersebut petang, semalam.

Ghani berkata, sebaik api dapat dipadamkan, pihaknya menemui sebuah tangki yang diubah suai di tempat duduk belakang dipercayai untuk tujuan mengisi petrol.

Menurutnya, pemandu kenderaan terbabit tidak dapat dikesan.

“Jumlah kerugian belum diketahui dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Saya menasihatkan kepada pekerja di stesen minyak supaya tingkatkan kemahiran pemadaman api dan kagum dengan keberanian mereka yang telah mencuba walaupun gagal disebabkan api begitu besar,” katanya.
SH

Mekanik kena 9 tahun, 10 sebatan



KOTA BHARU – “Kesalahan kamu memiliki sejumlah besar peluru yang boleh membawa maut kepada orang lain adalah sangat serius,” kata Hakim Rofiah Mohamad sebelum memutuskan hukuman penjara 9 tahun terhadap seorang mekanik dari Kuala Krai, semalam.

Lelaki berusia 32 tahun itu turut dikenakan 10 sebatan rotan oleh hakim sama sejurus mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan membabitkan pemilikan senjata api dan 38 butir peluru hidup.

Selesai semua pengecaman barang kes, Mohd Ridzuan Che Soh dari Simpang 4 Kampung Sungai Sam, Kuala Krai didapati bersalah dan disabitkan terhadap kesalahan yang dilakukan di sebuah bengkel kenderaan di kampung berkenaan pada jam 9.10 malam, 11 Jun lalu.

Bapa seorang anak itu ditahan dalam serbuan polis yang menjumpai 34 butir peluru Rds.38 SPL PMC dan sebutir kelongsong peluru miliknya tersimpan di dalam sebuah beg kecil di bengkel tersebut.

Semasa serbuan, jam 9.30 malam itu, tertuduh menunjukkan lokasi sepucuk pistol jenis Revolver.38 SPL 2” Armscor yang disimpannya kepada anggota serbuan.

Senjata api yang disembunyikan di sebuah gerai buah-buahan kira-kira 200 meter dari bengkel kereta itu turut terisi dengan empat butir lagi peluru hidup di dalamnya yang sudah siap sedia untuk diguna pakai.
SH

Kereta nyaris rempuh kedai



TUMPAT – Seorang warga emas di sini, terselamat selepas keretanya terbabas dan hampir merempuh kedai runcit di laluan bertentangan berhampiran lampu isyarat di Chabang Empat, akibat kerosakan pada brek, semalam.

Mat Zain Kadir, 80, yang memandu kereta Toyota Corrola, tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun bahagian hadapan keretanya remuk, akibat berlanggar dengan kereta Daihatsu yang diparkir di hadapan kedai runcit berkenaan.

Mat Zain berkata, ketika dia membelok ke kiri di hadapan kedai gunting rambut berdekatan lampu isyarat itu, stereng keretanya tiba-tiba tidak dapat berpusing menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas.

“Kereta saya terbabas melintas pembahagi jalan itu, lalu memasuki jalan bertentangan dan merempuh kereta yang dipakir di hadapan kedai runcit itu.

“Nasib baik kereta saya tersekat di kereta Daihatsu itu, kalau tidak habis kedai runcit ini dirempuh,” katanya yang merupakan pesara polis.

Menurutnya, dia yang bertolak dari rumahnya di Kampung Kok Seraya, di sini untuk membeli makanan kucing di Wakaf Bharu, bagaimanapun tidak menduga keretanya ada masalah.

“Saya bersyukur, tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan ini, memang terkejut, tetapi dapat mengawal perasaan panik itu,” katanya.

Akibat kemalangan itu, orang ramai dan pelanggan kedai ayam berhampiran kedai runcit itu, lari bertempiaran apabila melihat kereta Mat Zain terbabas memasuki jalan bertentangan, namun tiada kecederaan melibatkan orang awam.
SH

Dijel, denda tidak bawa MyKad



KLANG – Gagal membawa MyKad pada setiap masa bukan sahaja boleh menyebabkan anda dihukum denda atau penjara, malah, jika tidak bernasib baik, anda boleh dikenakan kedua-dua hukuman.

Itu yang terjadi kepada seorang kelindan lori, M Gobinah, 23.

Gobinah bukan sekadar didenda RM300 malah terpaksa meringkuk dalam penjara selama 10 hari selepas mengaku bersalah tidak membawa kad pengenalan di Kapar, di sini, kira-kira jam 12.45 malam, 20 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim mengikut Peraturan 25 (1)(n) Peraturan Negara 1990, boleh dihukum di bawah Peraturan 25 (1) Peraturan sama.

Mengikut Peraturan itu, seseorang yang gagal membawa MyKad pada setiap masa boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Ditanya Majistret, Azlinda Ahmad Sharif kenapa dia tidak membawa MyKad, Gobinah berkata kad itu hilang dua hari sebelum dia ditahan.

Gobinah, bagaimanapun, gagal menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan MyKad miliknya itu.
SH

Dijel, denda tidak bawa MyKad



KLANG – Gagal membawa MyKad pada setiap masa bukan sahaja boleh menyebabkan anda dihukum denda atau penjara, malah, jika tidak bernasib baik, anda boleh dikenakan kedua-dua hukuman.

Itu yang terjadi kepada seorang kelindan lori, M Gobinah, 23.

Gobinah bukan sekadar didenda RM300 malah terpaksa meringkuk dalam penjara selama 10 hari selepas mengaku bersalah tidak membawa kad pengenalan di Kapar, di sini, kira-kira jam 12.45 malam, 20 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim mengikut Peraturan 25 (1)(n) Peraturan Negara 1990, boleh dihukum di bawah Peraturan 25 (1) Peraturan sama.

Mengikut Peraturan itu, seseorang yang gagal membawa MyKad pada setiap masa boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Ditanya Majistret, Azlinda Ahmad Sharif kenapa dia tidak membawa MyKad, Gobinah berkata kad itu hilang dua hari sebelum dia ditahan.

Gobinah, bagaimanapun, gagal menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan MyKad miliknya itu.

Terdahulu, Gobinah mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki 0.03 gram syabu di tempat, masa dan tarikh sama.

Azlinda membenarkannya diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan kes � disebut semula 25 Julai depan untuk laporan kimia.
SH

Tiga produk perubatan tradisional didapati mengandungi racun berjadual


KUALA LUMPUR - Tiga produk perubatan tradisional iaitu Mistura Zhike, Chi Kat Pills dan Herbaios-Zuekertec Capsule didapati mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan, menurut Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu telah membatalkan pendaftaran ke atas ketiga-tiga produk itu yang dipegang oleh Metro Signature Sdn Bhd, Nature Park Enterprise dan Sinar Aman Pharmaceutical (M) Sdn Bhd sejak 26 Mei lepas setelah mengesan bahan racun berjadual itu.

Produk Mistura Zhuike didapati mengandungi ephedrine dan pseudoephedrine, Chi Kat Pills mengandungi ephedrine dan Herbaios-Zuekertec Capsule mengandungi glibenclamide dan metformin, menurut kenyataan Bahagian Perkhidmatan Farmasi kementerian itu di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai stok produk tersebut diminta menghentikan pengunaannya serta-merta dan mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan jika memerlukan maklumat lanjut.

Sementara penjual dan pengedar ubat-ubatan itu dinasihatkan menghentikan penjualan dan pengedaran kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang disabit kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Sementara syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya, menurut kenyataan itu.

Penggunaan ephedrine dan pseudoephedrine tidak dibenarkan dalam produk tradisional kerana ia boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa pengawasan iaitu tekanan darah tinggi, halusinasi, schizophrenia dan delusi.

Sementara itu penggunaan glibenclamide dan metformin tanpa nasihat doktor boleh menyebabkan kesan yang serius seperti hypoglycemia (penurunan mendadak paras gula dalam darah) yang membawa simptom seperti pening menggigil, berpeluh, keliru dan lesu, menurut kenyataan itu.

Hypoglycemia yang teruk boleh menyebabkan sawan, tidak sedarkan diri atau koma dan ia juga berisiko kepada pesakit diabetes, menurutnya.- Bernama

SH

Trio Datuk T Didakwa

KUALA LUMPUR: Trio Datuk T mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melibatkan pendedahan video seks yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang.

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah iaitu video seks adengan seorang lelaki dan wanita secara terbuka.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru di sini.

Pendakwaan terhadap Shazryl Eskay dan Shuib dibuat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan Akta 574 manakala pertuduhan terhadap Abdul Rahim dibuat mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi persubahatan.

Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selepas pengakuan tertuduh direkodkan, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Kamaludin Md Said mengemukakan bahan bukti termasuk satu peranti USB yang mengandungi rakaman video tersebut.

Video hitam putih yang mempunyai tempoh durasi selama 20 minit juga ditayangkan di mahkamah dengan beberapa adengan dilajukan ke hadapan.

mStar Online : Trio Datuk T Didakwa

Peras Ugut: Empat Anggota Polis Bebas Dengan Jaminan Polis

KUALA LUMPUR: Empat anggota polis termasuk seorang wanita yang sebelum ini ditahan reman kerana disyaki terlibat dalam kes peras ugut, Khamis lepas, telah dibebaskan dengan jaminan polis, Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kesemua mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul itu dibebaskan atas arahan Timbalan Pendakwa Raya. "Mereka kini akan bertugas di bahagian yang tidak berurusan dengan orang awam untuk tempoh tertentu," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Sebelum itu, beliau menerima replika kunci 60 kereta jenis Chevrolet Captiva dari Ketua Pegawai Operasi Naza Quest Sdn Bhd, Datuk Maruan Mohd Said, untuk kegunaan rasmi polis pada Pameran dan Persidangan Kedua Peralatan Polis (GPEC) Asia 2011 bermula 27 hingga 29 Jun ini.

Ku berkata kertas siasatan mengenai kes jenayah ugut itu akan disiapkan tidak lama lagi sebelum diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk semakan dan tindakan lanjut.

Dalam kejadian itu, empat anggota polis terbabit berumur antara 28 hingga 34 tahun ditahan sehari selepas kejadian ugut berikutan satu laporan polis yang dibuat seorang lelaki tempatan.

Kejadian berlaku di sekitar daerah Sentul apabila seorang lelaki yang sedang memandu keretanya ditahan empat anggota polis terbabit.

Keempat-empat mereka mendakwa lelaki berkenaan membawa dadah di dalam keretanya dan mengugut supaya memberikan RM5,000 sebagai balasan kes itu tidak menjadi kes polis.

Terdahulu di majlis itu, Maruan berkata kereta tersebut akan digunakan untuk membawa tetamu bagi memastikan kelancaran sepanjang pameran berlangsung.

GPEC akan diadakan secara besar-besaran dan melibatkan penyertaan menteri dari negara-negara anggota Asean dan beberapa negara lain.

GPEC merangkumi pameran, demonstrasi produk serta persidangan yang akan melibatkan kertas kerja oleh Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia. -BERNAMA

mStar Online : Peras Ugut: Empat Anggota Polis Bebas Dengan Jaminan Polis

Tiga Remaja Lelaki Cedera Dipanah Petir Di Hulu Besut

BESUT: Tiga remaja lelaki cedera dan pengsan selepas disambar petir ketika sedang berteduh daripada hujan bersama sembilan yang lain di sebuah wakaf di Kampung Durian Telur, Pasir Akar, Hulu Besut, Rabu.

Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika kesemua mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun berteduh di pondok berkenaan sementara menunggu hujan reda.

Mohd Sahadam Nik Mar, 17, Muhamad Fariz Ismail,15, dan Mohd Zailani Keria, 23, yang kesemuanya berasal dari Kampung Durian Telur di sini dikejarkan ke Hospital Daerah Besut oleh penduduk kampung kira-kira 6.15 petang.

Keadaan ketiga-tiga mereka yang masih dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.

Menurut rakan mangsa, Saiful Bahari Ramli, 15, yang turut berteduh di wakaf itu ketika kejadian, secara tiba-tiba kilat dan petir memanah ke arah sebatang pokok berhampiran wakaf tersebut menyebabkan mereka bertiga rebah dan tidak sedarkan diri.

Selepas melihat keadaan ketiga-tiga mereka terjatuh, kesemua yang lain melarikan diri kerana panik, katanya kepada Bernama ketika ditemui di hospital itu hari ini.

"Sebaik hujan reda penduduk yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kemudian datang menyelamatkan mangsa dengan menghantar mereka ke hospital," katanya.

Katanya ketika kejadian, ada di antara mereka menggunakan telefon bimbit untuk berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS). - BERNAMA

mStar Online : Tiga Remaja Lelaki Cedera Dipanah Petir Di Hulu Besut

Pelajar Lemas Tercampak Ke Dalam Parit Selepas Terbabit Kemalangan

IPOH: Seorang pelajar berusia 16 tahun terbunuh selepas tercampak ke dalam parit setelah motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Jalan Tali Ayer-Jalan Tanjung Piandang dekat Kerian malam tadi.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, mangsa Mohamad Aliff Abdul Aziz, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai lemas dan mayatnya dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Kejadian berlaku pada pukul 8.45 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Parit Tali Ayer apabila bertembung dengan sebuah motosikal lain lalu terbabas dan tercampak ke dalam parit di kanan jalan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdullah berkata, penunggang sebuah lagi motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital berkenaan.

Sementara itu dalam kejadian lain seorang pemandu lori terbunuh, manakala seorang pemandu kereta cedera parah selepas mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 26 Jalan Baruh-Hutan Melintang dekat Bagan Datoh malam tadi.

Beliau berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian 10.40 malam itu, S.Selvalingam 45 berasal dari Sungai Tiang Baroh.

Pemandu kereta Goh Eng Chong, 40, berasal dari Lorong Kayangan, Hutan Melintang mengalami cedera parah di kepala dan badan dirawat di hospital Teluk Intan. - BERNAMA

mStar Online : Pelajar Lemas Tercampak Ke Dalam Parit Selepas Terbabit Kemalangan

'Kami sedia terima apa saja hukuman'

KUALA LUMPUR 23 Jun - ''Kami lakukannya demi untuk tegakkan kebenaran. Oleh itu, kami sedia terima apa sahaja hukuman,'' kata Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai tuduhan yang bakal dihadapi oleh Trio Datuk 'T' di Mahkamah Majistret di sini pagi esok.

''Adakah salah apa yang kami lakukan ini? Anwar Ibrahim seolah-olah mahu kami dihukum sekeras-kerasnya. Siapa yang sepatutnya dihukum, beliau atau kami?"

''Kami mendedahkan salah laku pemimpin seperti beliau (Anwar), apakah itu salah? Jika beliau mahu kami dihukum sekeras-kerasnya, maka tiada siapa pun selepas ini yang akan berani ke hadapan untuk menyatakan kebenaran,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dua lagi Datuk 'T' yang akan dihadapkan ke mahkamah yang sama ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Anwar dalam kenyataannya kepada portal berita pembangkang, Malaysiakini semalam berkata, dia tidak yakin Trio Datuk 'T' itu akan dihukum keras oleh mahkamah.

Menurut Shazryl, jika dikaji secara mendalam mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan pun apabila mendedahkan perbuatan buruk Anwar itu.

''Kami hanya menayangkan kepada sekumpulan wartawan terpilih sebagai usaha terakhir mendedahkan 'rahsia' Anwar yang selama ini dijunjung tinggi oleh pembangkang sebagai pemimpin bersih.

''Anwar tidak boleh sama sekali bandingkan apa yang kami lakukan itu dengan perbuatan terkutuknya,'' katanya.

Kira-kira pukul 8 pagi esok, Trio Datuk 'T' itu akan didakwa berhubung isu penayangan video seks membabitkan seorang pemimpin yang dikatakan mirip Anwar bersetubuh dengan pelacur China.

Mereka bertiga difahamkan akan didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Eskay telah bersumpah di dalam sebuah masjid di Kuala Lumpur bahawa pelaku seks itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah pihak polis dan pakar antarabangsa turut mengesahkan kesahihan rakaman video seks itu.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Saksi nafi dakwaan bekas pembantu peribadi Benjy

KUALA LUMPUR 23 Jun - Seorang anggota polis menafikan keterangan bekas pembantu peribadi pelakon Benjy, Afifi Hamid yang mendakwa pernah berbisik kepada artis tersebut dalam sebuah kereta sewaktu perjalanan ke tempat penemuan dua peket syabu di Kondominium Vista Mutiara, tahun lalu.

Lans Koperal Mohd. Hasbudillah Mohd. memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini, beliau tidak melihat Afifi berbuat demikian sepanjang perjalanan tersebut kerana dia sentiasa memerhatikan setiap tingkah laku mereka berdua yang duduk di sebelahnya di tempat duduk belakang kenderaan berkenaan.

"Saya memerhatikan segala tindak-tanduk kedua-dua suspek itu bermula dari tempat mereka ditangkap di tempat meletak kereta Kondominium Menara Duta 2 sehingga siasatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

"Dalam pemerhatian itu, saya tidak nampak mereka melakukan apa-apa tindakan," kata Mohd. Hasbudillah selaku saksi pendakwa ke-13 itu semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd. Halim.

Sewaktu sesi soal balas oleh peguam bela Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy pada 31 Mei lalu, Afifi mendakwa pernah berbisik kepada majikannya itu sewaktu perjalanan ke Vista Mutiara.

Menjawab soalan Noor Mawarni berhubung keadaan dalam kenderaan itu ketika perjalanan ke kondominium terbabit, saksi itu menggambarkan ia berada dalam keadaan senyap.

Namun, ketika giliran soal balas oleh Amer Hamzah, Mohd. Hasbudillah sebaliknya berkata, Benjy ada 'bercakap' untuk menunjukkan arah menuju ke Vista Mutiara kepada anggota polis yang memandu kereta itu.

Jawapan anggota polis berkenaan menyebabkan Amer Hamzah mengemukakan permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi yang didakwa memberi keterangan bercanggah.

"Tadi semasa pemeriksaan utama, saksi kata suasana kereta itu senyap, tapi sekarang Benjy pernah 'bercakap'. Mana satu yang betul ini?''

"Oleh demikian, saya memohon untuk mencabar kebolehpercayaan saksi mengikut Seksyen 155 Akta Keterangan 1950 dan membenarkan kami mendapat dokumen rakaman percakapan semasa siasatan," tegas peguam itu.

Bagaimanapun, Majistret Hafizza Sauni menolak kedua-dua permohonan itu setelah mendapati tidak wujud percanggahan antara keterangan saksi di mahkamah dengan rakaman percakapannya kepada pihak polis.

Benjy, 33, atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim dibicarakan atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di No. A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B melalui Jalan Segambut di sini, pada pukul 4 petang, 11 Mac tahun lalu.

Tertuduh juga didakwa memiliki 0.14 gram dadah jenis yang sama di No. C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Persimpangan Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada pukul 3 petang hari yang sama.

Benjy yang hadir ditemani bapa dan adik perempuannya didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Perbicaraan bersambung esok.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Rogol: Rayuan dibatal, lelaki dipenjara, sebat


KOTA BHARU 23 Jun - Kegagalan mendapatkan khidmat peguam di peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi di sini menyebabkan seorang lelaki terpaksa menerima hakikat akan menjalani hukuman penjara 15 tahun mulai hari ini, selain sebatan enam kali atas kesalahan merogol.

Hakim Azman Abdullah memerintahkan demikian ke atas Supian Shaari setelah beliau membatalkan rayuan lelaki itu terhadap hukuman dan sabitan berkenaan.

Beliau memutuskan demikian selepas Supian gagal mendapatkan khidmat peguam meskipun kes itu telah disebut beberapa kali.

Supian sebelum ini mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Dasuki Ali yang menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan sebatan enam kali terhadapnya atas kesalahan merogol.

Supian disabitkan bersalah atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 22 tahun empat bulan ketika kejadian, dengan seorang lagi yang masih bebas antara pukul 11.30 malam, 28 Ogos 2008 dan pukul 1 pagi keesokan harinya.

Supian didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kereta nombor pendaftaran BCH 7757, jenis Proton Saga dalam kawasan Ladang Kelapa Sawit Bukit Akim, Kuala Krai, di sini.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Mekanik dipenjara 9 tahun, 10 sebatan


KOTA BHARU 23 Jun - Seorang mekanik dihukum penjara sembilan tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki peluru dan senjata api tanpa lesen, 12 hari lalu.

Bagi tuduhan pertama, Mohd. Ridzuan Che Soh, 32, mengaku memiliki 34 butir peluru RDS .38 SPL PMC dan sebutir kelongsong peluru jenis sama di sebuah bengkel di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai pada pukul 9.10 malam, 11 Jun lalu.

Kira-kira pukul 9.30 malam hari yang sama di sebuah gerai buah di tepi Jalan Kuala Krai-Gua Musang, tertuduh didakwa memiliki pistol Revolver .38 SPL 2 ARMSCOR bernombor siri 1075984 tanpa lesen yang sah.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan ketiga iaitu didakwa memiliki empat butir peluru pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan pertuduhan kedua.

Bagi pertuduhan pertama dan ketiga, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan minimum enam kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari.

Hakim Rofiah Mohamad menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas Mohd. Ridzuan bagi pertuduhan pertama, penjara sembilan tahun dan sebatan 10 kali bagi pertuduhan kedua dan penjara tiga tahun bagi pertuduhan ketiga.

Beliau bagaimanapun memerintahkan ketiga-tiga hukuman tersebut berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada hari kejadian.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Lelaki Myanmar cari isteri antara 21 PATI ditahan



ZAKARIA Abd. Rahman (kanan) memeriksa sebahagian 21 pendatang asing tanpa izin yang ditahan di kawasan ladang tebu Chuping, Padang Besar, Perlis semalam.


CHUPING 23 Jun – Dua beradik masing-masing berusia empat dan enam tahun bersama bapa mereka adalah antara 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang ditahan sepasukan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) daerah di sebuah ladang tebu, di sini malam semalam.

Ketiga-tiga beranak itu ditahan pukul 10.45 malam bersama adik perempuan dan adik ipar lelaki berusia 32 tahun tersebut ketika berjalan kaki meredah ladang tebu untuk mencari isterinya yang dikatakan bekerja di Kuala Lumpur.

Komander UPP Perlis, Deputi Supritendan Zakaria Abd. Rahman berkata, lelaki yang dikenali sebagai Hook, pernah beberapa kali memasuki negara ini untuk bekerja dan boleh bertutur bahasa Melayu.

“Dia dan keluarganya menyeludup masuk untuk mencari isterinya yang bekerja di sebuah restoran makanan laut di Kuala Lumpur,” katanya kepada para pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kumpulan PATI tersebut menyeludup masuk dengan memotong pagar sempadan.

“Mereka bermalam di sebuah rumah di Hatyai, Thailand, atas arahan tekong darat sebelum memasuki sempadan. Namun pergerakan mereka diawasi dan kesemuanya ditahan,” katanya.

Zakaria berkata, semua PATI yang terdiri daripada 16 lelaki dewasa, seorang wanita dan empat kanak-kanak itu memakai tali pelbagai warna di leher masing-masing sebagai tanda lokasi yang akan ditujui sama ada Kuala Lumpur atau Pulau Pinang.

“Mereka sudah menghampiri jalan utama Padang Besar dipercayai akan menemui tekong darat tempatan untuk dibawa ke lokasi masing-masing,” ujarnya.

Katanya, kesemua PATI itu akan didakwa di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 159/1963 pindaan 2002 dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Pemilik restoran nasi kandar kerugian RM1.5 juta, rumah disamun suspek warga Indonesia


KUALA LUMPUR 23 Jun - Kejadian samun membabitkan kediaman ahli perniagaan bertaraf jutawan semakin menjadi-jadi apabila sebuah lagi banglo milik seorang pemilik restoran nasi kandar terkenal pula dipecah masuk penjenayah, awal pagi ini.

Sebelum ini, dua banglo milik usahawan wanita terkenal iaitu jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim serta pengasas produk herba dan kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim dimasuki penjenayah mengakibatkan masing-masing kerugian RM500,000 dan RM100,000.

Dalam kejadian terbaru di Jalan PJU/10, Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini pagi ini, pemilik restoran terbabit kerugian kira-kira RM1.5 juta apabila penjenayah melarikan barang-barang berharga disimpan di rumahnya termasuk emas yang difahamkan seberat enam kilogram.

Difahamkan, restoran milik mangsa yang difrancais boleh didapati di sekitar Lembah Klang termasuk Petaling Jaya dan Shah Alam dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, sekumpulan tujuh lelaki bersenjatakan parang telah memasuki rumah mangsa pada pukul 5.30 pagi semasa penghuninya sedang nyenyak tidur.

Katanya, mereka memasuki rumah itu mengikut tingkap atas pintu gelongor yang tidak ditutup.

Beliau berkata, mangsa bersama isteri dan anak-anaknya kemudian diikat dengan kain dan tali pengecas telefon bimbit sebelum dikumpulkan di bilik tidur utama rumah berkenaan.

"Suspek dipercayai warga Indonesia kerana bertutur dalam bahasa Indonesia kemudian menggeledah rumah mangsa untuk mencari barang-barang berharga.

"Antara barang-barang dilarikan dari rumah mangsa adalah barang kemas berjumlah RM750,000, wang tunai RM15,000, seutas jam tangan jenama Rolex berharga RM25,000 dan beberapa telefon bimbit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, keluarga ahli perniagaan itu bernasib baik kerana salah seorang daripada mereka berjaya membukakan ikatan tangannya sebelum membantu melepaskan yang lain.

Katanya, kesemua mereka tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Tambahnya, kejadian itu kemudian dilaporkan kepada polis yang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Mercun RM476,635 dirampas



AHMAD Mazuki Yasin (tengah) bersama dua pegawainya menunjukkan sebahagian daripada pelbagai mercun dan bunga api yang dirampas dari sebuah lori di Pasir Mas, Kelantan semalam. - UTUSAN/Rosni Masri


TUMPAT 23 Jun - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri berjaya mematahkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api seberat 9,629 kilogram bernilai RM476,635 selepas berjaya menahan sebuah lori yang sarat dengan barangan itu di Kampung Sungai Batu, Pasir Mas, di sini semalam.

Penolong Kanan Pengarah Kastam, Ahmad Mazuki Yasin berkata, kesemua mercun dan bunga api itu diseludup dari negara jiran kerana cuba mengelak daripada duti import RM144,435 dan cukai jualan RM43,330.

Katanya, JKDM turut menyita lori seberat 16 tan yang digunakan dan serbuan dilakukan kira-kira pukul 9.15 pagi oleh sepasukan anggota JKDM Cawangan Penguatkuasaan Pengkalan Kubor di sini hasil maklumat awam.

"Hasil siasatan mendapati lori yang dianggarkan bernilai RM50,000 itu sedang membawa sebanyak 543 kotak berisi mercun dan bunga api yang diseludup dari Thailand.

"Suspek yang memandu lori tersebut bagaimanapun berjaya melepaskan diri daripada ditahan dan sehingga kini tidak ada pihak yang menuntut barangan rampasan itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ahmad berkata, kesemua barang rampasan itu dipercayai diseludup ke negara ini untuk pasaran tempatan memandangkan musim perayaan yang hampir tiba.

Jelas beliau, mercun dan bunga api merupakan barang larangan di bawah butiran 36 Jadual 4 dalam Perintah Larangan Import yang memerlukan permit yang diluluskan polis.

Katanya, setiap mercun dan bunga api yang dibawa ke negara ini perlu dikenakan duti import 50 peratus daripada nilai jualannya manakala cukai jualan sebanyak 10 peratus.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda minimum 10 kali ganda nilai barangan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat mengenai sebarang bentuk penyeludupan bagi mengawal kebocoran hasil dan memastikan keselamatan negara.

"Semua maklumat dirahsiakan dan pemberi maklumat akan diberi ganjaran istimewa," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Mercun RM476,635 dirampas



AHMAD Mazuki Yasin (tengah) bersama dua pegawainya menunjukkan sebahagian daripada pelbagai mercun dan bunga api yang dirampas dari sebuah lori di Pasir Mas, Kelantan semalam. - UTUSAN/Rosni Masri


TUMPAT 23 Jun - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri berjaya mematahkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api seberat 9,629 kilogram bernilai RM476,635 selepas berjaya menahan sebuah lori yang sarat dengan barangan itu di Kampung Sungai Batu, Pasir Mas, di sini semalam.

Penolong Kanan Pengarah Kastam, Ahmad Mazuki Yasin berkata, kesemua mercun dan bunga api itu diseludup dari negara jiran kerana cuba mengelak daripada duti import RM144,435 dan cukai jualan RM43,330.

Katanya, JKDM turut menyita lori seberat 16 tan yang digunakan dan serbuan dilakukan kira-kira pukul 9.15 pagi oleh sepasukan anggota JKDM Cawangan Penguatkuasaan Pengkalan Kubor di sini hasil maklumat awam.

"Hasil siasatan mendapati lori yang dianggarkan bernilai RM50,000 itu sedang membawa sebanyak 543 kotak berisi mercun dan bunga api yang diseludup dari Thailand.

"Suspek yang memandu lori tersebut bagaimanapun berjaya melepaskan diri daripada ditahan dan sehingga kini tidak ada pihak yang menuntut barangan rampasan itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ahmad berkata, kesemua barang rampasan itu dipercayai diseludup ke negara ini untuk pasaran tempatan memandangkan musim perayaan yang hampir tiba.

Jelas beliau, mercun dan bunga api merupakan barang larangan di bawah butiran 36 Jadual 4 dalam Perintah Larangan Import yang memerlukan permit yang diluluskan polis.

Katanya, setiap mercun dan bunga api yang dibawa ke negara ini perlu dikenakan duti import 50 peratus daripada nilai jualannya manakala cukai jualan sebanyak 10 peratus.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda minimum 10 kali ganda nilai barangan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat mengenai sebarang bentuk penyeludupan bagi mengawal kebocoran hasil dan memastikan keselamatan negara.

"Semua maklumat dirahsiakan dan pemberi maklumat akan diberi ganjaran istimewa," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Mercun RM476,635 dirampas



AHMAD Mazuki Yasin (tengah) bersama dua pegawainya menunjukkan sebahagian daripada pelbagai mercun dan bunga api yang dirampas dari sebuah lori di Pasir Mas, Kelantan semalam. - UTUSAN/Rosni Masri


TUMPAT 23 Jun - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri berjaya mematahkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api seberat 9,629 kilogram bernilai RM476,635 selepas berjaya menahan sebuah lori yang sarat dengan barangan itu di Kampung Sungai Batu, Pasir Mas, di sini semalam.

Penolong Kanan Pengarah Kastam, Ahmad Mazuki Yasin berkata, kesemua mercun dan bunga api itu diseludup dari negara jiran kerana cuba mengelak daripada duti import RM144,435 dan cukai jualan RM43,330.

Katanya, JKDM turut menyita lori seberat 16 tan yang digunakan dan serbuan dilakukan kira-kira pukul 9.15 pagi oleh sepasukan anggota JKDM Cawangan Penguatkuasaan Pengkalan Kubor di sini hasil maklumat awam.

"Hasil siasatan mendapati lori yang dianggarkan bernilai RM50,000 itu sedang membawa sebanyak 543 kotak berisi mercun dan bunga api yang diseludup dari Thailand.

"Suspek yang memandu lori tersebut bagaimanapun berjaya melepaskan diri daripada ditahan dan sehingga kini tidak ada pihak yang menuntut barangan rampasan itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ahmad berkata, kesemua barang rampasan itu dipercayai diseludup ke negara ini untuk pasaran tempatan memandangkan musim perayaan yang hampir tiba.

Jelas beliau, mercun dan bunga api merupakan barang larangan di bawah butiran 36 Jadual 4 dalam Perintah Larangan Import yang memerlukan permit yang diluluskan polis.

Katanya, setiap mercun dan bunga api yang dibawa ke negara ini perlu dikenakan duti import 50 peratus daripada nilai jualannya manakala cukai jualan sebanyak 10 peratus.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda minimum 10 kali ganda nilai barangan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat mengenai sebarang bentuk penyeludupan bagi mengawal kebocoran hasil dan memastikan keselamatan negara.

"Semua maklumat dirahsiakan dan pemberi maklumat akan diberi ganjaran istimewa," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Polis siasat SMS ugutan bunuh diterima Ambiga


KUALA LUMPUR 23 Jun – Polis akan menyiasat ugutan bunuh yang diterima Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ugutan tersebut merupakan satu perkara serius berdasarkan situasi semasa menjelang perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini.
“Saya akan ke Bukit Aman untuk memastikan SMS (ugutan) tersebut yang (kini) tersebar di mana-mana termasuk menyiasat siapa pengirimnya berdasarkan laporan polis yang dibuat,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
SMS ugutan itu yang turut dihantar kepada beberapa anggota Bersih antara lain memberi amaran kepada pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa nyawa mereka di dalam bahaya jika turut menyertai perhimpunan haram itu.
Bagaimanapun Hishammuddin berkata, SMS berbaur ugutan itu adalah perkara biasa diterima oleh orang kenamaan, malah beliau sendiri pernah menerima ugutan sedemikian.
Namun katanya, dalam kes tersebut ia perlu diambil secara serius.
“Banyak perkara dihantar menerusi SMS. Saya juga menerima ugutan bunuh tetapi dalam keadaan Bersih, kita kena ambil kira ugutan ini secara serius,” katanya
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin mengalu-alukan kedatangan ahli Parlimen Australia yang mahu menyiasat cara layanan Malaysia terhadap pelarian di negara ini.

Tiga lelaki direman SPRM


TIGA lelaki berusia 26 hingga 42 tahun direman bagi membantu siasatan SPRM berkaitan sindiket pengeluaran lesen terbang di Mahkamah Sesyen Putrajaya, semalam.



TIGA lelaki berusia 26 hingga 42 tahun direman bagi membantu siasatan SPRM berkaitan sindiket pengeluaran lesen terbang di Mahkamah Sesyen Putrajaya, semalam.
KUALA LUMPUR 23 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lelaki semalam bagi membantu siasatan berhubung kegiatan sindiket pengeluaran lesen terbang yang dipercayai turut melibatkan beberapa buah sekolah memandu di Lembah Klang dan Selangor.Ketiga-tiga lelaki yang dipercayai ejen sindiket berusia antara 26 dan 42 tahun itu ditahan di sekitar Pandan Jaya dan Pandan Indah di ibu negara.Menurut sumber, setakat ini, SPRM percaya sindiket berkenaan membabitkan lebih 10 individu dengan nilai suapan antara RM300 dan RM400 bagi setiap calon yang bersetuju memperoleh lesen terbang."Calon-calon berkenaan dipercayai tidak berkeupayaan untuk menduduki peperiksaan kerana sebab-sebab tertentu ataupun faktor masa. Sindiket dikatakan akan mendapatkan 'calon' untuk menduduki ujian Bahagian 1 Berkomputer," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.Perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga lelaki tersebut dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen Putrajaya, Sharifah Fadzilah Zulkifli selama lima hari bermula hari ini, mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.Menurut kenyataan dikeluarkan oleh SPRM di Putrajaya, calon-calon dipercayai tidak perlu menghadiri ujian berkenaan seperti yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tetapi mereka dipastikan lulus ujian itu.Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, pihaknya dan SPRM sedang mengemas kini maklumat-maklumat calon yang terlibat dengan lesen terbang.Beliau berkata, pihaknya memandang berat isu tersebut kerana pemilikan lesen memandu yang diperolehi secara tidak sah boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya."Sekiranya calon-calon yang lulus Ujian Bahagian 1 Berkomputer didapati tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan, maka mereka akan disekat daripada menduduki Ujian Bahagian II dan Ujian Bahagian III," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.Mengulas lanjut, Solah berkata, projek pengkomputeran semula yang sedang dilakukan oleh JPJ akan membantu menyekat penyelewengan dalam Ujian Bahagian 1 Berkomputer."Sistem ini dijangka boleh diguna pakai sebelum hujung tahun ini," katanya.Utusan Malaysia Online - Jenayah

Pelajar lelaki mati lemas

IPOH 23 Jun - Seorang pelajar lelaki mati lemas setelah motosikal yang ditungganginya terhumban ke dalam sebatang parit selepas terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Tali Ayer-Jalan Tanjung Piandang, Kerian, malam semalam.

Dalam kemalangan pukul 8.45 malam itu, mangsa, Mohamad Aliff Abdul Aziz, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas.

Ketua Polis Trafik negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Parit Tali Ayer apabila kenderaannya berlanggar dengan motosikal lain.

"Kemalangan itu menyebabkan motosikal mangsa terbabas dan tercampak ke dalam parit di kanan jalan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Beliau berkata, penunggang sebuah lagi motosikal yang terbabit kemalangan itu hanya mendapat cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital berkenaan.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Wan Abdullah berkata, seorang pemandu lori terbunuh dan seorang pemandu kereta parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 26 Jalan Baruh-Hutan Melintang dekat Bagan Datoh, malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.40 malam itu, mangsa yang maut ialah S. Selvalingam, 45, dari Sungai Tiang Baroh di sini.

Pemandu kereta, Goh Eng Chong, 40, dari Lorong Kayangan, Hutan Melintang pula mengalami cedera parah di kepala dan badan dirawat di Hospital Teluk Intan.

Menurut Wan Abdullah, Selvalingam meninggal dunia ketika dirawat di klinik Hutan Melintang setelah mengalami cedera parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Katanya, kejadian berlaku apabila lori yang dipandu Selvalingam sedang dalam perjalanan dari pekan Hutan Melintang manakala kereta yang dipandu Eng Chong dari arah bertentangan.

Utusan Malaysia Online - Utara

Tukang sihir seret polis dihukum penjara

MELBOURNE: Seorang wanita yang mengaku tukang sihir dan mendakwa dirinya mengatasi undang-undang dunia sebelum mengheret seorang anggota polis beberapa ratus meter dengan keretanya, dihukum penjara, semalam.

Bekas wartawan, Eilish De’Avalon mengaku bersalah memandu secara cuai hingga menyebabkan kecederaan pada Konstabel Kanan Andrew Logan yang diheret sejauh 200 meter selepas dia menahannya kerana kesalahan memandu.


“Saya tidak tertakluk dengan undang-undang dan hukuman anda. Maafkan saya. Saya mesti pergi,” kata De’Avalon sebelum memandu laju dengan lengan anggota polis itu tersepit pada tingkap keretanya.

Logan hanya berjaya membebaskan dirinya selepas dia mencabut kunci kereta Eilish. Apabila hakim Geoffrey Chettle menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadapnya, De’Avlon berkata: “Saya menolak tawaran anda Yan Arif.” Hakim itu bagaimanapun menjawab: Anda menolak tawaran saya? Minta maaf. Tiada tawar-menawar dalam hal ini.” - AFP

myMetro | Tukang sihir seret polis dihukum penjara