Search This Blog

Tuesday, June 21, 2011

Tiga sekawan hadapi tuduhan datangkan kecederaan



JOHOR BAHRU – Tiga sekawan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata, Ahad lalu.

Tertuduh, Yap Hong Yen, 46, Lee Kian Hock, 43, dan Goh Ah Soon, 33, mengaku tidak bersalah atas dakwaan yang dibacakan di hadapan Hakim, Hassan Abdul Ghani dan minta dibicarakan.

Hong Yen dan Ah Soon yang bekerja sebagai tukang pasang jubin manakala Kian Hock sebagai tukang cat didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.45 pagi di California Dream Caf, Jalan Bestari 2/5, Taman Nusa Bestari dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan tangan mangsa, Luai Kuai Fook, 49, dengan menggunakan senjata berkemungkinan menyebabkan kematian iaitu kerusi.

Mengikut fakta kes, ketiga-tiganya sedang minum di kedai sebelum salah seorang daripada mereka dalam keadaan mabuk menyerang mangsa yang juga pekerja di syarikat telekomunikasi.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Chuah Shyue Chien menetapkan jaminan RM15,000 setiap seorang.

Hassan menetapkan jaminan RM10,000 seorang dan 26 Julai depan bagi perbicaraan.
SH

Kereta ahli majlis disimbah asid




KULAIJAYA – Seorang ahli majlis di sini, terkejut selepas mendapati terdapat kesan simbahan asid pada kereta yang dipandunya sebaik sahaja tiba di rumah selepas menghadiri satu majlis makan malam, di sini, kelmarin.

Ahli Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Thai Jiin Peir berkata, kejadian itu turut disedari anaknya sebaik sahaja beliau memasukkan kereta ke perkarangan rumah kira-kira jam 10 malam, kelmarin.

“Pada jam 7 petang semalam (kelmarin) saya letakkan kenderaan di bawah pokok berhampiran sebuah restoran di Taman Putri untuk hadiri satu majlis makan malam.

“Kira-kira jam 10 malam saya pulang ke rumah tetapi tidak perasan terdapat kesan simbahan asid pada kereta saya sehinggalah saya tiba di rumah.

“Saya percaya simbahan berkenaan adalah asid kerana keadaan cat pada bonet hadapan kereta yang tertanggal dan cecair berkenaan turut mengeluarkan bau,” katanya.

Jiin Peir berkata, beliau segera membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana bimbang ia mempunyai kaitan dengan ugutan melalui khidmat pesanan ringkas yang diterimanya pada 24 Mac lalu.

“Saya syak perkara ini ada kaitan dengan ugutan yang saya terima sebelum ini dan mungkin terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan saya mempersoalkan masalah berhubung kedudukan lampu isyarat di Pekan Kulai.

“Sehubungan itu saya sudah membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan keluarga,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ugutan dan simbahan asid berkenaan tidak menggugat semangatnya meneruskan khidmat sebagai ahli majlis dan menyuarakan hak penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan- Bencana.
SH

Dua nelayan asing dituduh edar dadah



ALOR SETAR-Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 17 Julai 2011 sebagai tarikh keputusan akhir pendakwaan bagi dua nelayan warga asing yang dituduh melakukan kesalahan mengedar dadah jenis kanabis tiga tahun lalu.

Hakim, Datuk Zakiah Kassim membuat keputusan itu bagi memberi peluang kepada peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan saksi pemilik bot sebelum membuat keputusan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pertama, Effendi pemegang kad pengenalan diri Indonesia dan tertuduh kedua, Sakri Yadam memegang kad pengenalan diri Thailand dituduh melakukan kesalahan mengedar dadah jenis kanabis seberat 222,028 gram.

Kesalahan itu dilakukan pada 17 Januari 2008 sekitar jam 12.30 pagi, di 4.4 Nautika Batu dari Pantai Kuala Kedah pada kedudukan 06 darjah 06.06 Utara, 100 darjah 12.45 Timur dalam daerah Kota Setar.

Kedua-duanya dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Zakiah dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan mendapati terdapat kes prima facie yang mengukuhkan kedua-dua tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah kerana hanya mereka yang ditemui dalam bot dan berada berdekatan dengan dadah.

Katanya, mereka ditahan oleh empat anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sewaktu menjalankan operasi setelah radar mengesan kedudukan bot yang dinaiki tertuduh walaupun mereka tidak memasang lampu.

Selain itu, mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh melakukan perancangan teliti dengan membalut ketulan dadah mampat jenis kanabis dalam lapan bungkusan plastik hitam, kemudian dimasukkan dalam petak ikan, ditutup kain rentang serta pukat.

“Tertuduh juga cuba melarikan diri ketika bot mereka ditahan anggota penguatkuasaan dan menunjukkan mereka tahu tentang kandungan yang berada dalam plastik hitam serta petak ikan tidak berkunci.

“Bagaimanapun mahkamah bersetuju memberi peluang kepada peguam membawa beberapa saksi lain termasuk pemilik bot sebelum keputusan dibuat,” katanya.

Sepanjang kes itu, pihak pendakwaan telah memanggil 11 saksi.
SH

Dua nelayan asing dituduh edar dadah

ALOR SETAR-Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 17 Julai 2011 sebagai tarikh keputusan akhir pendakwaan bagi dua nelayan warga asing yang dituduh melakukan kesalahan mengedar dadah jenis kanabis tiga tahun lalu.

Hakim, Datuk Zakiah Kassim membuat keputusan itu bagi memberi peluang kepada peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan saksi pemilik bot sebelum membuat keputusan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pertama, Effendi pemegang kad pengenalan diri Indonesia dan tertuduh kedua, Sakri Yadam memegang kad pengenalan diri Thailand dituduh melakukan kesalahan mengedar dadah jenis kanabis seberat 222,028 gram.

Kesalahan itu dilakukan pada 17 Januari 2008 sekitar jam 12.30 pagi, di 4.4 Nautika Batu dari Pantai Kuala Kedah pada kedudukan 06 darjah 06.06 Utara, 100 darjah 12.45 Timur dalam daerah Kota Setar.

Kedua-duanya dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Zakiah dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan mendapati terdapat kes prima facie yang mengukuhkan kedua-dua tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah kerana hanya mereka yang ditemui dalam bot dan berada berdekatan dengan dadah.

Katanya, mereka ditahan oleh empat anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sewaktu menjalankan operasi setelah radar mengesan kedudukan bot yang dinaiki tertuduh walaupun mereka tidak memasang lampu.

Selain itu, mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh melakukan perancangan teliti dengan membalut ketulan dadah mampat jenis kanabis dalam lapan bungkusan plastik hitam, kemudian dimasukkan dalam petak ikan, ditutup kain rentang serta pukat.

“Tertuduh juga cuba melarikan diri ketika bot mereka ditahan anggota penguatkuasaan dan menunjukkan mereka tahu tentang kandungan yang berada dalam plastik hitam serta petak ikan tidak berkunci.

“Bagaimanapun mahkamah bersetuju memberi peluang kepada peguam membawa beberapa saksi lain termasuk pemilik bot sebelum keputusan dibuat,” katanya.

Sepanjang kes itu, pihak pendakwaan telah memanggil 11 saksi. 

Pembunuh tauke beras diburu




SUNGAI PUYU - Tidak sampai 24 menjalankan siasatan berkaitan kematian tauke beras, Ooi Ching Tian, 58, yang mati ditembak di hadapan rumahnya di sini awal pagi kelmarin, pihak polis yakin mereka sudah berjaya mengenal pasti puncanya dan ia melibatkan dua suspek.

Bagaimanapun dalam usaha melengkapkan siasatan pihak polis tidak akan mengumumkannya dalam masa terdekat di samping ingin menjaga keselamatan ahli keluarga mangsa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Zulkifli Alias semasa ditemui pada satu majlis di Pinang Tunggal, dekat sini pagi semalam berkata, hasil kerja keras anggotanya, pihaknya yakin kes itu akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Kita tidak dapat memaklumkan perkembangan siasatan pada masa sekarang sehingga dua suspek yang terlibat berjaya ditahan.

“Kita mempunyai strategi tersendiri untuk menangani setiap kes yang dilaporkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Awal pagi kelmarin, seorang tauke beras terkenal di daerah ini mati semasa diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya akibat ditembak di kepala oleh seorang lelaki.

Kejadian berlaku pada jam 12.50 pagi ketika mangsa turun dari kereta untuk membuka pintu pagar rumahnya selepas pulang makan malam.

Isteri dan anaknya yang terdengar bunyi tembakan bergegas keluar namun, terperanjat mendapati mangsa terbaring dalam keadaan cedera parah sebelum menghantarnya ke HSJ untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun selepas tiga jam dirawat mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

Dalam perkembangan lain berkaitan kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun membabitkan ibu kandung dan teman lelakinya di Taman Mesra, Bagan Lalang, Mak Mandin, 6 Jun lalu.

Beliau memaklumkan kertas siasatan kes itu sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

“Pada dasarnya pihak kita sudah menyempurnakan standard yang ditetapkan dalam siasatan dan kini hanya menunggu keputusan TPR sama ada hendak mendakwa atau sebaliknya suspek terlibat dalam kes itu.

“Biar kita memperoleh keputusan dari TPR dahulu dan sekarang mangsa dera itu berada bawah kawalan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) SPU,” katanya.

Kes dera membabitkan pasangan kekasih itu didedahkan kepada polis oleh seorang jiran yang tinggal di taman sama selepas tidak tahan melihat kanak-kanak lelaki itu sering menjadi mangsa pukul ibu kandung dan kekasihnya sejak beberapa bulan lalu.
SH

Batang besi pagar kubur Hindu jadi mangsa curi




LADANG SENGKANG – Kegiatan mencuri besi tidak mengira tempat termasuklah batang besi pagar yang mengelilingi Tanah Kubur Hindu Ladang Sengkang turut dikebas.

Pengerusi MIC Cawangan Pengkalan Kempas, K Karuppusamy berkata, sekurang-kurangnya 60 batang besi pagar hilang dan mengakibatkan pagar di kawasan kubur itu rosak teruk.

Menurutnya, kejadian itu disedari kira-kira tiga minggu lalu kerana ada urusan kematian di sini dan perkara sebegini sangat mengecewakan.

“Penjenayah ini sepatutnya mempunyai perasaan takut apabila mencuri di kawasan kubur, namun perkara itu tidak terjadi.

“Cuma besi di tempat pembakaran mayat sahaja yang tidak dicuri walaupun mereka boleh berbuat demikian, mungkin mereka agak takut untuk melakukannya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Karuppusamy berkata, kerugian akibat daripada kecurian ini mencecah RM4,000 termasuk untuk membaik pulih semula pagar berkenaan.

“Pagar ini sudah dibina hampir 20 tahun dan keadaannya masih berada dalam keadaan yang baik dan kukuh. Namun apabila besinya dicuri, keseluruhan pagar jatuh dan tumbang,” katanya.

Katanya, kes itu akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung untuk tindakan lanjut.

“Pagar ini di bina hasil daripada wang derma masyarakat India, di sini dan kegiatan mencuri yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab sangat memalukan dan tidak berhati perut,” katanya.
SH

Bapa tiri kena lima tahun penjara




AYER KEROH - Gara-gara penderaan seks terhadap anak tirinya, seorang peniaga gerai dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh yang berusia 43 tahun selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan seorang perempuan berusia 15 tahun, telah menganiayai dari segi seks kanak-kanak itu dengan menyebabkan atau membenarkannya dianiayai sedemikian di dalam bilik di gerai nombor 5, Mohd Khairul Segar Abdullah Citarasa Pulau Besar, antara 11 dan 11.30 malam pada November tahun lalu.

Tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan ditemani ahli keluarganya ketika rayuan, memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Akmalhana Mohammed, meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal iaitu dipenjarakan bukan didenda.

“Ketika kejadian, mangsa didera secara seksual berlarutan dari umur sembilan sehingga 15 tahun dan sebagai bapa tiri, tertuduh sepatutnya menjadi pelindung bukannya bertindak sebaliknya,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jasin menerima aduan daripada orang awam melalui talian Nur dan menyatakan terdapat kanak-kanak disyaki didera dan dicabul bapa tirinya.

Hasil siasatan mendapati, mangsa yang membantu tertuduh menjual makanan ringan di Pulau Besar dianiayai dan didera secara seksual dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa selama enam tahun sejak berusia sembilan tahun.

Tertuduh kemudian ditangkap polis pada 16 Jun lalu.
SH

Wanita diburu ah long, rakan



SHAH ALAM – Gara-gara kesempitan hidup, seorang wanita kini menjadi buruan ah long dan rakan-rakannya selepas berhutang RM50,000.

Mangsa, Norzana Suif, 40, berkata, ketika meminjam wang terbabit, dia tidak mengetahui bahawa ah long adalah sumber pinjamannya.

Katanya, rakannya memberitahu ada seorang ejen bank dapat membantu urusan pinjaman peribadi dengan segera, sebelum bersetuju untuk meminjam wang.

“Selepas itu, saya terpaksa pinjam duit daripada pelbagai pihak sebagai deposit untuk meminjam wang dari ejen terbabit.

“Saya hanya berhubung melalui telefon dan tidak pernah jumpa dengan ejen terbabit. Urusan pinjaman dijalankan rakan saya yang bertindak sebagai orang tengah,” katanya.

Norzana berkata, pada masa itu, dia terdesak untuk menggunakan wang kerana terbeban dengan hutang yang banyak.

“Ketika itu, anak bongsu saya pula dilahirkan pramatang dan diserang dengan penyakit jangkitan paru-paru menyebabkan separuh gaji saya diperuntukkan untuk kos perubatannya,” katanya.

Norzana mendakwa, dia seolah-olah dipukau dan tidak sedar ketika membuat bayaran deposit tersebut.

“Ejen itu bijak atur strategi dengan memberikan pelbagai alasan yang kononnya deposit itu perlu kerana melibatkan prosedur daripada pihak bank.

“Saya buat laporan di Balai Polis Kepong pada Mac lalu kerana berasa tertipu,” katanya.
SH

Isteri menangis kes suami liwat




KLANG – Seorang isteri bercucuran air mata sepanjang proses pendakwaan terhadap suaminya yang dituduh meliwat dan melakukan seks oral terhadap remaja lelaki, di Mahkamah Seksyen, di sini, semalam.

Suaminya, seorang penganggur, 34, dituduh melakukan perbuatan keji itu terhadap mangsa berusia 15 tahun yang juga anak saudara wanita berkenaan.

Suasana dalam mahkamah bertambah pilu kerana ibu dan bapa termasuk beberapa ahli keluarga lain turut menangis di hadapan Hakim, Nor Sharida Awang.

Bagi tuduhan pertama, suami wanita itu dituduh meliwat mangsa di sebuah rumah di Sungai Merab, Sepang, antara jam 3.30 dan 5.30 petang, 8 Jun lalu.

Dia turut didakwa melakukan seks oral terhadap mangsa dalam kejadian itu dan akhir sekali, didakwa mengulangi meliwat mangsa di atas pelantar kayu beluti, Tangki Air Kampung Sungai Buah, Dengkil, Sepang.

Pertuduhan liwat dikendalikan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, manakala pertuduhan melakukan seks oral mengikut Seksyen 377B, Kanun sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Lelaki itu mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syuhada Alwi yang membantah ikat jamin diberikan kepada lelaki itu kerana mangsa mengalami kecederaan dan trauma akibat kejadian itu.

Kes itu disebut semula 22 Julai depan untuk laporan kimia.
SH

Hajat tidak kesampaian




KUANTAN - Hasrat sekumpulan rakan dari Taman Polo di sini untuk melancong ke Guangzhou, China lebur apabila ditipu oleh individu yang dikenali sebagai K Mohan dari sebuah syarikat beralamat di Puchong, Selangor.

Kumpulan yang sepatutnya berlepas ke Guangzhou hari ini (Isnin) akhirnya hanya mampu berputih mata apabila percutian lima hari empat malam yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan malah turut mengalami kerugian sebanyak RM21,750.

Ketua kumpulan, Foo Yoke Ling berkata, mereka mula berhubung dengan orang tengah yang dikenali sebagai K Mohan melalui telefon pada September tahun lalu selepas ditawarkan percutian ke destinasi menarik iaitu Guangzhou, China.

Menurutnya, selepas melihat risalah yang dibawa oleh seorang kenalan, mereka mula mengumpul rakan-rakan agar turut serta dalam percutian yang menawarkan pakej terbaik dengan kos RM1,450 seorang.

“Kami cukup gembira dengan tawaran pakej yang menarik itu dan selepas mengumpul 15 rakan, kami membuat pembayaran pendahuluan secara tunai kepada wakilnya sebanyak RM7,500 iaitu RM500 seorang pada Januari lalu untuk perjalanan yang dijadualkan pada Mac.

“Bagaimana pun, perjalanan kami ditunda sebanyak dua kali iaitu pada April dan Jun (20 Jun). Malah usaha kami untuk menghubungi K Mohan gagal selepas kami menjelaskan baki bayaran melalui cek sebanyak RM14,250,” katanya ketika ditemui di Pejabat MCA Indera Mahkota, di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Datuk Pang Tsu Ming.

Yoke Ling berkata, mereka beberapa kali cuba menghubungi K Mohan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej yang ditawarkan namun menemui jalan buntu selepas nombor yang tertera pada risalah sudah ditamatkan perkhidmatan.

Sementara itu, Tsu Ming berkata, dia berharap individu yang dikenali sebagai K Mohan supaya tampil untuk memberi penjelasan terhadap perkara tersebut dalam tempoh tujuh hari.

Katanya, jika tiada sebarang perkembangan, dia akan bersama kumpulan tersebut akan membuat laporan polis berhubung perkara itu selain menulis surat kepada Kementerian Pelancongan untuk memastikan syarikat tersebut mempunyai lesen atau tidak.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan.

“Sekiranya mahu pergi melancong, orang ramai perlu memastikan syarikat yang menawarkan pakej tersebut wujud dan bukan hanya percaya kepada orang tengah semata-mata kerana banyak kes sebegini berlaku sekarang,” katanya.

Tsu Ming berkata, individu yang dikenali sebagai K Mohan boleh menghubungi Yoke Ling di talian 012- 987 9218 atau Tong Siew Chooi di talian 017 – 9789780.
SH

Empat beradik tarik nafas lega




KUANTAN - Bagi empat adik-beradik yang menjadi mangsa ribut di Kampung Chengal, bantuan yang diberikan memang meringankan sedikit bebanan mereka sementara rumah yang rosak siap dibaiki.

Mangsa terlibat, Shamsudin Awang, 57 bersama adik-adiknya, Zaiton, 54, Zulkifli, 45 dan Zaimi, 35, sedikit lega kerana mendapat perhatian Pengerusi Kebajikan Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Ramlah Kasim.

Ketika ditemui, Zaiton berkata, dia kini terpaksa menumpang di rumah ibunya sementara menunggu kerosakan rumahnya siap dan selamat diduduki.

Menurutnya, dengan bantuan yang diterima setakat ini, tiada apa yang dapat diluahkan hanya kesyukuran dan penghargaan terhadap semua pihak yang membantu.

“Bantuan ini dapat digunakan untuk keperluan keluarga dan anak-anak kerana kami pun bukan orang senang.

“Cuma sekarang ini, saya dan keluarga perlu bersabar sementara menunggu rumah siap diperbaiki,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan bantuan di balai raya kampung itu di sini, semalam.

Sementara itu bagi Zulkifli dan Zaimi yang bekerja sebagai pemotong rumput, mereka berdua turut berkongsi nada sama seperti kakaknya.

“Paling utama, anak dan isteri saya selamat ketika kejadian dan syukur tiada yang cedera walaupun memang hingga sekarang masih terkejut,” kata Zukifli.

Sementara itu, Zaimi berkata, sehingga kini dia masih teringat kejadian itu memandangkan rumah mereka berdekatan antara satu sama lain.

“Paling utama kini, dapat duduki semula rumah dan meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.

Dalam kejadian yang berlaku pada 16 Jun lalu kira-kira jam 7.45 malam itu, sebanyak lapan rumah dipukul ribut menyebabkan enam daripadanya rosak teruk apabila bumbung rumah diterbangkan angin.
SH

Bayi 25 hari terselamat

Bapa nekad redah api


KUALA TERENGGANU – Malang berganda! Tidak sampai 48 jam melalui detik mencemaskan setelah premis perniagaan dua tingkat yang didiami dilanda ribut, tiga buah keluarga di sini, sekali lagi terpaksa berhadapan tragedi ‘ngeri’ selepas tinggal sehelai sepinggang dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Kubang Lembik, Manir, awal pagi, semalam.

Premis perniagaan yang mempunyai dua buah kedai runcit, sebuah kedai menjual komponen motosikal, kedai membaik pulih barang elektronik dan sebuah premis membuat air berkarbonat di bawah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) itu hangus sama sekali dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu.

Salah seorang mangsa, Mohamad Abdullah, 52, ketika menceritakan detik mencemaskan itu berkata, dia hanya menyedari kejadian berlaku selepas terdengar bunyi bising suara orang ramai di luar premis.

“Ketika itu, saya bersama isteri dan empat anak sedang lena tidur diruang tamu rumah. Saya terkejut secara tiba-tiba selepas terdengar suara orang ramai menjerit-jerit di luar rumah.

“Pada awalnya saya menyangka berlaku ribut kali kedua, namun selepas melihat api yang sedang marak, tanpa berlengah saya kejutkan isteri dan anak-anak,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurut Mohamad, disebabkan anak-anaknya sukar dikejutkan, dia nekad meredah api mengangkat keempat-empat mereka secara bergilir-gilir dan diletakkan di bawah pokok kelapa berhampiran premis berkenaan.

“Keadaan itu menyebabkan saya tidak sempat menyelamatkan sebarang harta benda dan kini, kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

“Walaupun begitu, saya tetap bersyukur kerana semuanya selamat,” katanya.




Selain keluarga Mohamad, seorang bayi berusia 25 hari antara yang turut terselamat dalam kejadian itu.

Ibu kepada bayi perempuan itu, Ruzita Abdul Rahman, 29, berkata, ketika kejadian, dia bersama bayinya serta dua lagi anaknya tidur diruang tamu dan terkejut dari tidur setelah terdengar bunyi dentuman kuat di luar premis.

“Ketika itulah, saya ternampak api sudah marak di luar premis dan tanpa berfikir panjang, saya terus mengejutkan suami serta menyelamatkan anak-anak termasuk bayi saya yang baru berusia 25 hari.

“Dalam keadaan kelam kabut itu, saya hanya mampu menyelamatkan barangan bayi yang ada berhampiran,” katanya.



Tidak sempat ganti atap rosak

Dalam kejadian ribut kurang 48 jam sebelum itu, keluarga terbabit turut berdepan saat getir apabila bumbung premis itu tercabut.

Pejabat Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir bagaimanapun bertindak cepat dengan memberikan bantuan segera kepada mangsa, berupa 60 keping atap untuk meringankan beban mereka.

Malangnya, belum sempat atap baru dipasang, premis itu musnah pula dalam kejadian kebakaran itu.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Muda berkata, tiga buah jentera bomba dengan kekuatan 20 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus kami tiba di lokasi kejadian, hampir 80 peratus premis perniagaan dua tingkat separa kekal itu sudah hangus,” katanya.

Menurut Mohd Fauzi, pihaknya terpaksa menggunakan kapak untuk memasuki premis tersebut dan menggunakan hos cabang pembahagi dengan semburan empat penjuru dilakukan untuk mengelak api merebak ke bahagian lain, termasuk ke premis perniagaan berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, tidak kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
SH

Penganggur dituduh rogol adik ipar




KOTA BHARU - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Kota Bharu di sini, semalam kerana dituduh merogol adik iparnya sendiri dalam kejadian di Kampung Landak, di sini, bulan lalu.

Tertuduh berusia 24 itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Zainal L. Saleh sejurus pertuduhan merogol adik iparnya itu selesai dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya, semalam.

Mohd Hazairiey Ikhwan Ab Halim ditahan polis dan didakwa melakukan perlakuan sumbang mahram itu di rumahnya yang terletak di belakang penjara, Kampung Landak, Pengakalan Chepa, di sini, 27 Mei lalu.

Mohd Hazairiey yang masih bujang itu dituduh melakukan perbuatan terkutuk tersebut pada jam 3 pagi, tarikh berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan dengan pasangan yang tidak dibenarkan berkahwin dengannya mengikut undang-undang dan adat.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan mengikut seksyen berkenaan.

Pada prosiding di mahkamah semalam, tertuduh bagaimanapun tidak ditawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan serius yang dilakukan.

Kes disambung semula 20 Julai depan untuk sebutan laporan kimia.
SH

Berdepan hukuman penjara seumur hidup




KOTA BHARU – Tiga sahabat dari Jeli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana dituduh secara bersama memiliki dadah jenis heroin dalam satu tangkapan polis, seminggu lalu.

Ketiga-tiganya yang berusia antara 25 dan 34 tahun itu bagaimanapun memohon dibicarakan sejurus pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mohd Muhatiffab Husain, Mohd Raimi Morshidi dan Za’aba Hamzah didakwa secara bersama memiliki dadah seberat enam gram itu semasa berada di hadapan kedai makan Kampung Kulim, Jeli, 13 Jun lalu.

Ketiga-tiganya ditahan anggota polis ketika melakukan kesalahan itu pada jam 1.20 petang, tarikh berkenaan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39 A(2) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tiada sebarang pengakuan salah direkodkan, semalam.

Bagaimanapun, mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup dan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan mengikut seksyen berkenaan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Irwan Suainbon. Tarikh 20 Julai ini ditetapkan sebutan laporan kimia di Mahkamah Pasir Mas dan semua tertuduh tidak dibenar ikat jamin.
SH

Maut ditetak empat lelaki




KUALA LUMPUR – Seorang pekerja buruh binaan maut ditetak sekumpulan lelaki dalam pergaduhan berhampiran tanah perkuburan Kristian di Jalan Kuari, Cheras di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, seorang rakannya cedera parah manakala seorang lagi hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya, semua warga Indonesia, menaiki bas dari Taman Len Seng menuju ke pusat bandar untuk pulang ke rumah di Kampung Baru.

Menurutnya, ketika di dalam bas, berlaku perselisihan faham di antara mangsa de-ngan empat lelaki.

Beliau berkata, ketika bas berhenti di jejantas berhampiran Bazaria Larut Malam, Velodrome, mangsa dipaksa turun oleh kumpulan terbabit.

“Mangsa dan rakannya terus melarikan diri, menyeberangi jalan raya menuju perkuburan Kristian di sini.

“Suspek kemudiannya menyerang dengan senjata tajam dipercayai parang sehingga menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian dan seorang rakannya cedera parah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, semakan mendapati mangsa berasal dari Surabaya, namun polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa.

Chin Wah berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata digunakan suspek.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kita sedang mengesan rakan mangsa yang hilang itu untuk membantu polis memberkas suspek,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan rakannya yang cedera dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Chin Wah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
SH

Berhati-hati dengan individu yang menyamar sebagai peguam


MIRI - Orang ramai dinasihati agar berjaga-jaga dan berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai peguam ekoran Persatuan Peguam Sarawak cawangan Miri mendapati ada dua kes seperti ini yang dilaporkan di sini.

Pengerusi cawangan persatuan itu di sini, Lim Swee Huat berkata, kes terkini berlaku minggu lalu di mana penyamar yang mengenalkan dirinya sebagai seorang pengamal peguam dan mengeluarkan kad untuk dihubungi dengan nama dan firma guaman yang ada di sini tetapi nombor telefonnya ditukar.

Peguam berkenaan daripada firma guaman yang betul di mana alamatnya tertulis di kad tersebut, telah membuat laporan polis pada Rabu lalu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, seorang suspek berkaitan kesalahan dadah mendakwa dirinya seorang peguam apabila ditahan polis pada November tahun lalu.

Senarai pengamal peguam boleh diperoleh dari laman web persatuan itu http://sarawak-advocates.org.my di bawah "Rolls & Directories" tab. Pengesahan juga boleh dibuat dengan menelefon cawangan persatuan itu di sini, 085-430476.- Bernama
SH

Empat Maut Lori Jatuh Gaung



GUA MUSANG: Empat lelaki, termasuk dua beradik, maut apabila lori yang mereka naiki dengan penuh muatan baja, terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter di Jalan Lojing Lama, dekat sini pada Ahad.
Yang terbunuh dalam kejadian 11.30 pagi ialah pemandu lori, S.Balakrishnan, 39; kelindannya, K.Muniandy, 31; dan dua dua beradik Orang Asli, Bah Chiumebu Saleh, 30 dan Bah Jipi, 28.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Saiful Bahri Abdullah berkata kejadian itu berlaku semasa mereka, kesemuanya dari Perak, dalam perjalanan dari Cameron Highlands, Pahang ke Lojing, Gua Musang melalui Jalan Lojing Lama.
Beliau berkata, pemandu lori terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit sebelum terbabas dan menjunam ke dalam gaung.
Saiful Bahri berkata dua daripada mangsa tercampak keluar dari lori itu, manakala dua lagi tertimbus di bawah timbunan baja setelah lori itu terbalik.
"Seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa," katanya.
Beliau berkata kesemua mayat dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing. BERNAMA
mStar Online : Empat Maut Lori Jatuh Gaung

Lelaki Warga Indonesia Mati Ditetak


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia mati ditetak berhampiran Tanah Perkuburan Kristian, Jalan Kuari, Cheras, malam Ahad, dipercayai berpunca daripada satu perselisihan faham antara kumpulannya dengan satu kumpulan lain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa, yang berusia lingkungan 30-an, bersama dua rakannya dikatakan mula berselisih faham dengan empat anggota kumpulan lain ketika menaiki sebuah bas dari tempat kerja mereka di Taman Len Seng, Cheras, untuk pulang kira-kira 7 malam.
"Namun, ketika di dalam bas, mereka telah dipaksa oleh kumpulan tersebut untuk turun di kawasan seberang jalan tanah perkuburan itu," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata mangsa dan rakannya kemudian dikejar kumpulan berkenaan sehingga ke kawasan berhampiran tanah perkuburan sebelum diserang.
Dalam kejadian itu, seorang rakan mangsa cedera parah dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.
Ku berkata maklumat awal mendapati mangsa, yang ditetak dengan senjata tajam dipercayai parang, berasal dari Surabaya, Indonesia dan bekerja di tapak pembinaan di Taman Len Seng.
"Tidak ada sebarang identiti pada lelaki tersebut...menurut lelaki yang cedera parah itu, kumpulan yang satu lagi dipercayai bukan warga tempatan," katanya. BERNAMA
mStar Online : Lelaki Warga Indonesia Mati Ditetak

Pelajar diajar baiah, demonstrasi

SEREMBAN 20 Jun - Pelajar yang terlibat dalam gerakan didakwa menghasut untuk membenci dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad di sebuah sekolah agama di Tampin telah diminta untuk berbaiah menyimpan rahsia, selain diajar cara mengadakan demonstrasi haram.
Salah seorang pelajar terlibat dikenali sebagai Ahmad, 18, memberitahu, mereka perlu membuat ikrar taat setia kepada kumpulan itu supaya ia tidak dihidu oleh orang lain dan jika mengingkarinya mereka akan ditimpa kecelakaan atau musibah.
Dalam pengakuannya kepada Utusan Malaysia, dia mendakwa program selama tiga hari dua malam itu dihadiri seramai 100 pelajar di sebuah ladang terpencil di Kuala Pilah dekat sini pada bulan lalu.
"Upacara baiah itu dilakukan sebagai tanda sumpah setia kami terhadap kumpulan itu dan kami juga dilarang sama sekali untuk membocorkan rahsia kepada umum atau kami akan menerima musibah jika diingkari.
"Majlis ikrar taat setia itu dijalankan di hadapan beberapa ustaz dan fasilitator yang datang dari beberapa buah universiti tempatan," dakwanya.
Mengulas lanjut, Ahmad menjelaskan, sebaik sahaja selesai upacara baiah itu, semua pelajar diajar untuk terbabit dalam demonstrasi bagi tujuan persediaan dan merasai pengalaman mengadakan perhimpunan haram.
Beliau berkata, dalam aktiviti itu, sebahagian daripada pelajar akan berlakon sebagai polis manakala satu kumpulan lagi bertindak sebagai penunjuk perasaan.
"Ketika mengadakan tunjuk perasaan itu, kami diminta bertakbir beberapa kali sekuat hati sambil berlakon melawan kumpulan yang menjadi anggota polis. Kami juga dibaling dengan kasut dan botol minuman plastik bagi merasai pengalaman berdemonstrasi.
"Sebaik sahaja aktiviti selama sejam itu berakhir, beberapa fasilitator kemudian memberi ceramah dan menceritakan pengalaman mereka menyertai perhimpunan haram," katanya.
Menurutnya, dia mula berasa curiga selepas menghadiri program itu kerana melihat apa yang dilakukan sudah jauh menyimpang dan menyalahi undang-undang negara.
Sementara itu, sumber dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari ini mengesahkan pernah wujud gerakan militan di sebuah maahad di Kuala Pilah.
"Kita tahu kehadiran beberapa pemimpin ekstremis di maahad berkenaan dan kita pantau perkembangan itu sehingga kini.
"Kita juga menyiasat dakwaan sekolah agama di Tampin yang dipercayai menanamkan kebencian kepada kerajaan dan mengajar demonstrasi kononnya atas jemputan program motivasi," kata sumber itu.
Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Tentera Korea Selatan mohon maaf



SEOUL 20 Jun - Tentera Korea Selatan hari ini memohon maaf kepada rakyat negara ini berhubung insiden dua anggota marin melepaskan tembakan ke arah pesawat awam kerana menyangka ia pesawat perang Korea Utara.
''Tentera ingin memohon maaf kepada rakyat kerana menimbulkan kebimbangan berhubung kejadian itu,'' kata jurucakap Ketua Turus tentera, Kolonel Lee Bung-woo.
Namun, Bung-woo yang dipetik oleh agensi berita Yonhap berkata, anggota martin berkenaan tidak akan dihukum kerana mereka bertindak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Sebaliknya, katanya, tentera akan meningkatkan latihan untuk askar-askarnya di barisan hadapan supaya mereka dapat membezakan antara pesawat awam dan tentera.
Ekoran ketegangan di sempadan kedua-dua negara Korea itu, dua anggota marin yang mengawal pulau berdekatan Laut Kuning melepaskan tembakan menggunakan raifal K-2 ke arah pesawat Asiana Airlines Airbus A321.
Pesawat itu yang sedang mendarat di Lapangan Terbang Incheon bagaimanapun tidak rosak ekoran berada di luar jarak tembakan itu. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Rakyat kutuk krisis kewangan



Penunjuk perasaan duduk di jalan raya semasa membantah kerajaan di Valencia, Sepanyol, kelmarin. - REUTERS


MADRID 20 Jun - Lebih 100,000 penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di Sepanyol semalam untuk mengutuk tokoh perbankan dan ahli politik yang didakwa menyebabkan krisis kewangan sehingga memaksa negara ini melaksanakan pemotongan perbelanjaan yang memeritkan kehidupan rakyat.

Penunjuk perasaan daripada pelbagai peringkat umur yang terlibat dengan sebuah pergerakan bernama 'golongan yang marah' juga memprotes kadar pengangguran yang tinggi dan kegagalan kerajaan membanteras rasuah.

Akhbar El Mundo memetik sumber polis sebagai berkata, seramai 40,000 orang membanjiri jalan di Madrid.

Di bandar raya kedua terbesar Sepanyol, Barcelona, seramai 50,000 orang keluar memprotes manakala beberapa ribu penunjuk perasaan berhimpun di bandar-bandar lain, kata polis.

Penunjuk perasaan berkumpul di beberapa kawasan kediaman di pinggir Madrid awal semalam, sebelum membentuk enam barisan yang berarak ke pusat bandar.

Mereka cuba berhimpun di Parlimen tetapi dihalang oleh polis yang mendirikan sekatan jalan dan menggunakan 12 van untuk menyekat beberapa jalan utama.

Semasa mula menyeru rakyat supaya menyertai protes di seluruh negara, pergerakan 'golongan yang marah' berkata, para pekerja dan penganggur perlu menegaskan mereka akan membantah pemotongan perbelanjaan bagi membantu meredakan krisis ekonomi Sepanyol.

"Bank dan kerajaan yang menyebabkan krisis ini perlu menyedari kami tidak bersetuju dengan langkah-langkah berjimat cermat dan pemotongan bajet, dan kami mahu suara kami didengar," menurut pergerakan itu.

Dalam satu perarakan di Castellana Avenue yang merentasi Madrid, beribu-ribu berarak menuju ke Parlimen, termasuk golongan muda, pesara, penganggur dan ibu bapa yang membawa anak kecil dalam kereta sorong. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Keluarga amah saman kerajaan



JAKARTA 20 Jun – Keluarga kepada pembantu rumah yang menjalani hukuman pancung di Arab Saudi, Ruyati Sapubi mahu menyaman kerajaan Indonesia kerana gagal memberi bantuan guaman sewajarnya kepada wanita itu.
Mereka juga meminta kerajaan membantu membawa pulang jenazahnya.
“Kami benar-benar kecewa dengan kerajaan kerana tidak mengambil berat tentang pekerja Indonesia yang mengalami masalah undang-undang di luar negara,” kata anak perempuan Ruyati, Evi Purwati semalam, dipetik oleh tempointeraktif.com.
Ruyati yang berasal dari Bekasi, Jawa Barat menjalani hukuman tersebut di wilayah Mekah, kelmarin kerana membunuh isteri majikannya dengan menetak kepala dan leher mangsa berkali-kali dengan pisau pemotong daging dalam kejadian pada Januari 2010.
Menurut laporan rasmi konsulat Indonesia di Jeddah, Ruyati membunuh wanita Saudi itu kerana dia sering ditengking dan tidak dibenarkan pulang ke tanah air.
Kata Evi, dia hanya menerima maklumat ibunya akan dibicarakan pada Mei atau Jun atas dakwaan membunuh isteri majikannya, Khairiya Hamid Mijlid.
“Bagaimanapun saya terkejut apabila mendapat berita daripada pertubuhan Migrant Care bahawa ibu saya telah menjalani hukuman mati, malah kerajaan sendiri tidak mengetahui apa-apa mengenai hukuman itu,” katanya.
Anak lelaki Ruyati, Irfan memberitahu Metro TV, keluarganya mahu Ruyati dikebumikan dekat rumah mereka di Bekasi tetapi sehingga kini mereka masih tidak mengetahui di mana jenazahnya ditempatkan selepas menjalani hukuman.
“Kami hanya mahu ibu kami dikebumikan di Indonesia tetapi kami belum menerima maklumat daripada Kedutaan Saudi di sini atau Kedutaan Indonesia di sana,” kata Irfan.
Sementara itu Kementerian Luar Indonesia memanggil balik Dutanya ke Arab Saudi berikutan pelaksanaan hukuman mati ke atas Ruyati.
“Duta Indonesia dipanggil balik untuk berunding dengan pihak Kementerian,” kata Menteri Luar, Marty Natalegawa sebelum mesyuarat dengan Suruhanjaya I Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) hari ini.
Beliau menolak dakwaan kerajaan gagal melindungi rakyat Indonesia di Arab Saudi, sebaiknya berkata, kerajaan telah memberikan bantuan guaman yang sewajarnya kepada Ruyati.
Marty juga berkata, sistem kehakiman Saudi membolehkan negara itu melaksanakan hukuman mati ke atas warga asing tanpa memberitahu kerajaan negara asalnya terlebih dahulu. – Agensi
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

NATO mengaku sebabkan kematian penduduk awam Libya




ORANG ramai dan wartawan berkumpul di hadapan bangunan rumah orang awam yang musnah dibedil oleh tentera NATO di daerah Arada, Tripoli, kelmarin. - AFP


BRUSSELS 20 Jun - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), semalam buat pertama kali mengaku bahawa serangan bom yang dilancarkannya di Tripoli kelmarin menyebabkan kematian penduduk awam.
Serangan itu juga berlaku dalam tempoh 24 jam selepas NATO mengumumkan pesawatnya tersilap membedil kedudukan pemberontak yang memerangi rejim Muammar Gaddafi.
NATO dalam satu kenyataan mengaku bertanggungjawab menyebabkan kematian orang awam dalam satu pengeboman di Tripoli yang meragut sembilan nyawa, termasuk dua kanak-kanak kecil.
"NATO kesal dengan kehilangan nyawa penduduk awam.
"Meskipun kami masih menyiasat punca kejadian ini, tanda-tanda menunjukkan kegagalan sistem senjata mungkin menyebabkan insiden ini," kata Komander NATO bagi misi di Libya, Leftenan Jeneral Charles Bouchard.
Kematian penduduk awam itu akibat serangan NATO, adalah yang pertama disahkan dan ia memalukan perikatan tersebut kerana kempen pengebomannya di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan melindungi orang awam daripada serangan tentera Gaddafi.
Insiden itu juga berlaku sehari selepas NATO mengaku pesawat perangnya tersilap membedil sepasukan tentera pemberontak di kawasan Brega pada Khamis lalu, antara beberapa serangan yang tersasar.
Selepas menyiasat dakwaan kerajaan Gaddafi mengenai kematian orang awam, NATO berkata, sistem senjatanya dipercayai gagal mengenai sasaran yang dimaksudkan.
Wartawan dibawa ke daerah Al-Arada di Tripoli sebelum pukul 1 pagi semalam (7 pagi semalam waktu Malaysia) untuk melihat pasukan penyelamat dan orang awam bertungkus-lumus mencari mangsa di celah-celah runtuhan sebuah blok rumah dua tingkat.
Media kemudian dibawa ke sebuah hospital di Tripoli dan mayat seorang wanita dan dua kanak-kanak kecil, dikatakan tiga beranak yang maut dalam serangan itu, ditunjukkan kepada mereka. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Lepas ribut terbakar pula

KUALA TERENGGANU 20 Jun - Belum pun hilang trauma tiga keluarga dalam kejadian ribut kelmarin, lima buah rumah kedai di Kampung Kubang Lembik, Manir di sini yang turut dihuni keluarga itu musnah dalam kebakaran hari ini.
Kejadian berlaku pukul 3 pagi, ketika semua mangsa yang nyenyak tidur terhidu bau asap serta terdengar bunyi bising dari arah belakang rumah kedai itu.
Rumah kedai itu menempatkan kilang proses air bikarbonat, kedai alat tukar ganti motor dan alat-alat mekanikal.
Menurut mangsa, Mohamad Abdullah, 52, ketika kejadian, dia sedang tidur bersama isteri dan empat anaknya berusia dua hingga tujuh tahun di tingkat atas rumah kedai itu.
Katanya, dia yang terkejut apabila melihat percikan api terus mengejutkan mereka sebelum membawa keluar.
"Akibat kejadian ini, saya kerugian kira-kira RM200,000 kerana semua alat digunakan untuk memproses minuman bikarbonat serta peralatan lain yang telah saya usahakan sejak 20 tahun lalu tidak dapat diselamatkan," katanya di sini hari ini.
Seorang lagi mangsa, Hamdan Hussein, 37, berkata, kejadian itu berlaku dengan pantas namun bersyukur kerana dapat menyelamatkan isteri dan tiga orang anaknya.
Jelas bapa kepada tiga orang anak itu, ketika kejadian dia sedang menidurkan anaknya yang baru berusia 34 hari.
"Ketika itu, saya baru hendak melelapkan mata namun terhidu bau asap dan terdengar bunyi bising sebelum melihat api di bahagian belakang rumah.
"Isteri saya yang terkejut terus membawa anak bongsu kami dan anak-anak lain ke rumah ayah bersebelahan rumah kami. Kami masuk semula untuk dapatkan beberapa dokumen dan sedikit pakaian," jelasnya.
Sementara itu, jurucakap bilik gerakan dan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 pagi.
"Seramai 16 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke tempat ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran pada pukul 6.09 pagi," katanya.
Jelasnya, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.
Utusan Malaysia Online - Timur

Geng curi motosikal guna Facebook tumpas



KLUANG 20 Jun - Empat pemuda yang menggunakan laman sosial Facebook dalam kegiatan jenayah curi motosikal sejak tahun lalu, akhirnya berjaya diberkas polis di daerah ini minggu lalu.
Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 24 tahun ditahan di Taman Perkasa di sini pada pukul 12.10 tengah malam, 13 Jun lalu.
Kumpulan penjenayah itu yang tidak bekerja dikatakan merancang operasi jenayah mereka di laman Facebook dengan nama profil 'belut'.
Dengan penangkapan mereka, polis yakin dapat menyelesaikan 17 kes curi motosikal di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, siasatan polis mendapati, mereka akan melakukan kegiatan curi motosikal mengikut perancangan yang ditulis dalam Facebook, sebagai contoh waktu yang sesuai untuk melakukan jenayah itu.
"Bagaimanapun, tindakan mereka ini hanya memudahkan pihak polis untuk menahan dan membuktikan kesalahan mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.
Mohd. Fawzi berkata, suspek pertama ditahan di sebuah rumah di taman itu bersama sebuah motosikal curi. Hasil soal siasat, membawa kepada penangkapan tiga lagi suspek bersama tiga lagi motosikal yang dicuri.
Katanya, motosikal tersebut digunakan suspek dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu, selain sebahagian komponennya dijual di pasaran gelap.
Beliau memberitahu, kumpulan itu sering menjadikan motosikal jenis Honda EX5 sebagai sasaran.
Menurutnya, semua suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Sekyen 379A/411 Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal dan memiliki barang curi yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun penjara dan denda, jika disabit kesalahan.
Utusan Malaysia Online - Johor

Jangan terpedaya sindiket judi ekor


KUALA LUMPUR 20 Jun - Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan sindiket penipuan dikenali sebagai Watt Manicom Dun, kononnya boleh mendapatkan nombor ekor bertuah menggunakan ramalan sami yang disebarkan menerusi risalah selain khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sehingga kini, sebanyak 14 kes tertipu dilaporkan berlaku yang melibatkan kerugian mencecah RM1.6 juta dengan mangsa-mangsa dikesan dari Petaling Jaya dan Shah Alam, sejak dua tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, laporan mendapati mangsa terlibat menerima risalah berkenaan di kawasan letak kenderaan.

"Mangsa yang terpedaya untuk mendapat nombor bertuah dijanjikan, diminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank," katanya pada sidang akbar di sini hari ini.

Tambahnya, melalui siasatan, sindiket itu beroperasi dengan menggunakan alamat palsu dan segala urusan dijalankan melalui panggilan telefon dan SMS.

"Jika dulu sindiket Watt Manicom Dun menyasarkan mangsa di kalangan kaum Cina, tetapi kini turut menjadikan kaum Melayu dan India sebagai sasaran terutamanya golongan wanita," katanya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh pula berkata, pihaknya akan menjalankan kempen kesedaran di lokasi tumpuan orang ramai bagi mengelakkan lebih ramai terpedaya dengan sindiket itu.

"Sebagai orang Islam, mereka diminta supaya tidak terjebak dengan kegiatan membeli nombor ramalan tersebut kerana haram di sisi agama.

"Saya harap orang ramai yang pernah menjadi mangsa penipuan sindiket itu tampil buat aduan dan beri maklumat bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan," katanya.

Utusan Malaysia Online - Kota

Perhilitan rampas 60 haiwan di Zoo Saleng


KULAIJAYA 20 Jun - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor hari ini merampas lebih 60 ekor haiwan pelbagai spesies yang dilindungi di Zoo Saleng di sini, selepas permit khas pemilikan zoo tersebut tidak diperbaharui.

Pengarah Perhilitan Johor, Saharudin Anan berkata, zoo persendirian yang beroperasi sejak 17 tahun lalu itu tidak mendapat kelulusan untuk memperbaharui permit khas tersebut selepas dipercayai melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Beliau berkata, haiwan yang dirampas adalah 32 ekor harimau belang, 10 ekor singa termasuk empat anak, beruang (lima), iguana (dua), harimau kumbang (seekor), burung tiong emas (seekor), kucing batu (dua), landak raya (tiga), beruk (empat), buaya (11), ular sawa (11), ular tedung (tiga) dan kera (empat).

"Perhilitan turut menerima aduan daripada orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa zoo berkenaan mengeksploitasi haiwan-haiwan peliharaannya.

"Kita telah memberi peluang kepada pemilik zoo untuk membuat rayuan sejak tiga bulan lalu, namun kita masih tidak boleh melanjutkan permit khas selepas mereka didapati gagal membuat sebarang penambahbaikan mengikut akta yang ditetapkan," katanya di sini, hari ini.

Lebih 64 anggota jabatan itu terlibat dalam kerja pemindahan haiwan dilindungi itu bermula pukul 9 pagi dan dijangka berakhir 27 Jun ini.

Tambah Saharudin, pihaknya hanya merampas haiwan yang dilindungi dan bukannya menutup zoo berkenaan kerana mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk berbuat demikian.

Katanya lagi, zoo tersebut sebelum ini mempunyai beberapa rekod lampau membabitkan kesalahan sama dan kesemua haiwan yang dirampas akan ditempatkan di Pusat Penyelamat Haiwan di Zoo Melaka.

Sementara itu, pemilik zoo, Chai Sip Yee berkata, pihaknya akan cuba berbincang dengan agensi terlibat bagi mendapatkan permit khas tersebut.

"Kami akan berusaha sedaya upaya bagi membolehkan zoo ini dibuka semula," katanya.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Perhilitan tangkap gajah betina di Bukit Lepan Rambai

MACHANG 20 Jun - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini menangkap seekor lagi gajah liar yang dilaporkan memusnahkan tanaman penduduk di beberapa kampung di Mukim Baka dan Cherang Hangus dekat sini.

Pengarahnya, Rahmat Topani berkata, gajah betina dianggarkan berusia 25 tahun seberat 1.5 tan itu ditangkap kira-kira pukul 11.30 pagi oleh sepasukan anggota jabatan tersebut dengan menggunakan tembakan pelali di kawasan Bukit Lepan Rambai.

Katanya, ia merupakan salah seekor daripada sekumpulan lapan ekor gajah yang dikatakan berkeliaran di kawasan tersebut sejak bulan lepas.

"Pada pertengahan bulan lalu, kami telah menangkap seekor gajah jantan berusia 15 tahun seberat dua tan di kawasan berhampiran.

"Minggu lepas kami menghalau seekor gajah jantan daripada kumpulan ini selepas ia merosakkan tanaman penduduk kampung. Gajah jantan itu dipercayai terpisah daripada kumpulannya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Rahmat berkata, gajah betina yang ditangkap adalah daripada spesies elephas maximus atau gajah Asia dan Perhilitan akan memindahkannya ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dalam tempoh beberapa hari lagi.

Katanya, pada masa sekarang kakitangan jabatan tersebut sedang memantau gajah lain yang masih bebas.

"Saya difahamkan gajah tersebut sebelum ini menjadikan kawasan Hutan Simpan Bukit Baka sebagai habitatnya, namun ia berasa terancam dan masuk ke kawasan kampung kerana aktiviti pembalakan yang berlaku di kawasan itu.

"Saya ingin menasihatkan penduduk kampung supaya tidak mendekati kawasan gajah tersebut kerana ia sangat berbahaya terutama dalam kumpulan tersebut terdapat anak gajah menyebabkan ia lebih sensitif," katanya.

Katanya, kumpulan gajah tersebut pasti akan muncul kerana gajah yang ditangkap adalah gajah betina dan mungkin anaknya akan kembali ke kawasan tersebut untuk menyusu.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Peneroka diminta tarik balik saman


KUALA LUMPUR 20 Jun - Semua 711 peneroka dari 16 tanah rancangan di Jengka, Pahang yang memfailkan writ saman mereka terhadap Felda dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd. diminta menarik balik tindakan itu.

Ketua Peneroka Felda Nasional, Samsudin Othman berkata, tindakan saman itu adalah perbuatan yang merugikan peneroka sendiri dan ia tidak akan menyelesaikan masalah mahupun memberi sebarang keuntungan kepada mana-mana pihak.

"Tindakan segelintir peneroka yang mengambil tindakan menyaman dilihat seperti 'menabur pasir ke dalam periuk nasi sendiri' di samping tidak bersyukur atas segala nikmat yang mereka terima selama ini.

"Felda telah banyak memberi bantuan kepada peneroka antaranya melalui skim pembesaran rumah (SPR) bagi mengubah suai rumah selain insentif duit raya setiap kali menjelang Aidilfitri dan banyak lagi," katanya.

Beliau mengulas tindakan seramai 711 peneroka dari 16 tanah rancangan di Jengka, Pahang, memfailkan writ saman terhadap Felda dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd. kerana didakwa menipu dan pecah amanah kadar perahan grid (KPG) hasil sawit mereka bernilai RM344 juta.

Semua mereka melalui peguam R. Sivarasa memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh pagi semalam berasaskan tuduhan penipuan dan pecah amanah dua defendan terbabit selama 15 tahun sejak 1995.

Samsudin turut mempersoalkan niat sebenar kumpulan berkenaan yang begitu bersungguh-sungguh 'menyerang' Felda sejak akhir-akhir ini iaitu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tahun ini.

Jelasnya, masyarakat Felda perlu berwaspada dengan pihak luar yang menjanjikan pelbagai perkara sedangkan pada hakikatnya ia hanya janji kosong.

"Pihak luar tidak akan memberi fokus terhadap kebajikan warga Felda seperti yang dilakukan oleh Felda sekarang," katanya.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Penuntut pula diperintah langsai bayaran tertunggak RM3,060

TINDAKAN seorang lelaki memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kota Bharu, Kelantan, 'memakan diri' apabila dia diarahkan supaya melangsaikan bayaran tertunggak mesin penapis air sebanyak RM3,060 kepada seorang pengedar barang tersebut.

Presiden TTPM, Datuk Abu Bakar Awang dalam prosiding tuntutan itu baru-baru ini mengarahkan supaya penuntut terbabit yang dikenali sebagai Nik Din sahaja dari Wakaf Bharu, Tumpat, menjelaskan bayaran tersebut dalam tempoh 14 hari.

Terdahulu, Abu Bakar turut menyuarakan rasa hairan dengan tindakan Nik Din memfailkan tuntutan ke atas wakil pengedar barangan Elken, Norehan Che Pa, 37, yang mendakwa tersilap tulis pada resit harga sebenar mesin penapis air yang perlu dibayarnya.

Harga sebenar mesin tersebut ialah RM4,990, sebaliknya Norehan hanya mencatatkan harga RM4,490. Pun begitu, Nik Din pula mendakwa telah membuat bayaran penuh sebanyak RM4,590.

''Sepatutnya awak yang memfailkan tuntutan di tribunal,'' ujar Abu Bakar kepada Norehan semasa mendengar tuntutan tersebut di TTPM baru-baru ini.

Nik Din mendakwa telah membayar penuh mesin penapis air yang dibeli pada 12 Mac lalu, tetapi dinafikan oleh Norehan yang mendakwa mengalami kerugian RM400 dan memintanya tidak makan duit haram melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tindakan itu menyebabkan Nik Din memfailkan tuntutan di TTPM dengan alasan wanita tersebut telah melanggar perjanjian.

Sebaliknya, Norehan dalam keterangannya menafikan dakwaan tersebut kerana menganggap masalah yang berlaku adalah kecil, selain tidak mahu menyusahkan banyak pihak.

''Saya tak fikir (nak failkan tuntutan) RM400 kerana saya kata tak mungkin dia yang saya panggil 'ayah' tak bayar,'' katanya.

Sementara itu, wakil syarikat Elken memberitahu, pihaknya tidak bertanggungjawab dalam kes berkenaan kerana penjualan produk dilakukan antara ejen bertauliah dengan pembeli.

Norehan ketika ditemui di luar tribunal memberitahu, Nik Din telah bersetuju membeli mesin penapis air tersebut yang berharga RM4,990 atas nama anaknya, Nik Mohd. Kazim.

Katanya, pemasangan telah dibuat pada lewat petang dan dalam keadaan tergesa-gesa, dia telah tersilap tulis jumlah penuh yang perlu dibayar iaitu hanya RM4,490.

Bagaimanapun dakwanya, apa yang menimbulkan tanda tanya ialah apabila Nik Din telah memberikan resit bahawa bayaran penuh sebanyak RM4,590 telah dibuat.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Kes hasutan Shuhaimi disebut semula 19 Julai


SHAH ALAM 20 Jun — Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 19 Julai ini untuk menyebut semula kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang didakwa menerbitkan artikel mengandungi ayat- ayat menghasut di laman blognya pada 30 Disember tahun lepas.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu di kamar beliau hari ini selepas membenarkan permohonan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Shuhaimi, 43.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Shah Reza Noor Azman mewakili pihak pendakwaan, sementara Datuk Salehuddin Saidin hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Amer ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya memohon satu tarikh sebutan baharu berikutan tarikh pendengaran permohonan Shuhaimi untuk menggugurkan pertuduhan ke atasnya telah ditetapkan pada 13 Julai ini di Mahkamah Tinggi di sini.

"Kami ingin selesaikan dulu (permohonan di Mahkamah Tinggi) dan tunggu keputusannya sebelum Mahkamah Sesyen tetapkan tarikh bicara," katanya.

Pada 7 Februari lepas, Shuhaimi mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan artikel bertajuk, Pandangan saya berasaskan undang- undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959 di laman blognya http: //srimuda.blogspot. com yang mengandungi ayat-ayat yang menghasut.

ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)© Akta Hasutan 1948 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali. — BERNAMA

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Pasangan ahli perniagaan dituduh bersekedudukan


KUBANG PASU 20 Jun - Dua ahli perniagaan masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan bersekedudukan di sebuah rumah pada bulan lalu.

Jasmi Mohd. Ismail, 47, dan pasangannya, Yusmawati Yaacob, 31, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan kepada mereka di hadapan Hakim Syarie, Syeikh Kamaruslan Mustapha.

Mereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu.

Jasmi dan Yusmawati didakwa bersekediaman, bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi tanpa ikatan sah mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

Setiap seorang boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Yusmawati yang merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun dan Jasmi, Setiausaha UMNO bahagian itu diwakili peguam syarie, Shukri Zakaria.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Deposit haram: Pengarah syarikat didakwa


KUALA LUMPUR 20 Jun - Selepas tiga kakitangan syarikat pelaburan rumpai laut didakwa menerima deposit haram kira-kira RM200 juta tanpa lesen daripada orang awam, hari ini seorang pengarah syarikat itu pula didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan serupa.

Wong Yiak Leong, 46, mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Baljit Singh Bant Singh.

Dia didakwa membantu syarikat AK United Sdn. Bhd. menerima deposit haram daripada orang awam tanpa lesen yang sah di antara Oktober 2007 dan November 2008 di Tingkat 2 & 4, Wisma Dinari, Jalan Jejaka 4, Taman Maluri, di sini.

Bagi tuduhan kedua pula, tertuduh pada 8 April sehingga November 2008 didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat dan masa yang sama.

Syarikat tersebut yang diwakili oleh Yiak Leong juga didakwa atas pertuduhan yang sama.

Kesemua dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dibaca bersama seksyen 106(1) serta boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya.

Dua pegawai pendakwa dari Bank Negara Malaysia (BNM), Alvin Ong Heng Kiat dan Mohd. Shukri Ahmad yang mengendalikan pendakwaan, mencadangkan jaminan RM1 juta dengan dua penjamin serta syarat menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Menurut Alvin, tertuduh gagal hadir di mahkamah sebanyak tiga kali sejak 9 Jun lalu.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Ambulans bawa wanita mengandung terbalik

SUNGAI PETANI 20 Jun - Dua pesakit termasuk seorang wanita mengandung nyaris maut apabila ambulans yang membawa mereka terbabas lalu terbalik di persimpangan Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Sungai Petani Utara, di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 8.45 pagi selepas sebuah kereta dari arah bertentangan tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui jalan itu lalu merempuh ambulans berkenaan.

Cubaan pemandu ambulans itu untuk mengelak, menyebabkan kenderaannya yang dalam perjalanan membawa pesakit dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, terbabas lalu terbalik.

Turut sama mengiringi pesakit itu ialah seorang pembantu kesihatan, namun kesemua mangsa terlibat hanya mengalami kecederaan ringan.

Pengarah HSAH, Dr. Harif Fadzilah Che Hashim berkata, ambulans itu bertolak dari HSAH pada pukul 8.30 pagi dan semasa hendak memasuki persimpangan lampu isyarat di Plaza Tol Sungai Petani Utara, sebuah kereta dari arah Sungai Lalang tiba-tiba merempuh kenderaan terbabit.

"Dua pesakit berada di dalam ambulans itu mengalami kecederaan dan terpaksa keluar dari pintu belakang. Pesakit terbabit kemudian dikejarkan ke HSAH dengan bantuan ambulans lain untuk mendapatkan rawatan.

"Keadaan kedua-dua pesakit berusia 20-an itu kini dilaporkan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius. Kandungan salah seorang pesakit juga selamat," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Ditinggal berseluar dalam

SHAH ALAM 20 Jun - Dua lelaki bersenjatakan parang melarikan pakaian, barangan berharga dan kereta Honda City milik seorang kontraktor lelaki sebelum meninggalkan mangsa yang hanya berseluar dalam di tepi Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala Kuala Lumpur di sini, awal pagi ini.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 33 tahun itu dikatakan memberhentikan keretanya di tepi lebuh raya berkenaan selepas Tol Setia Alam di sini untuk berehat kerana terlalu penat, kira-kira pukul 4 pagi.

Menurut sumber, ketika mangsa sedang berehat, tiba-tiba sebuah kereta Toyota Vios yang dinaiki dua lelaki tidak dikenali berhenti di tepi kereta mangsa.

"Salah seorang lelaki bersenjatakan parang turun dan terus memecahkan cermin kereta di bahagian pemandu sebelum mengarahkan mangsa beralih ke bahagian penumpang dan suspek pula duduk di tempat pemandu.

"Suspek kemudian memandu kereta mangsa menuju Kuala Lumpur sambil diekori rakan jenayahnya yang memandu Toyota Vios sementara mangsa yang ketakutan hanya membiarkan suspek memandu kenderaannya," kata sumber itu.

Sumber itu berkata, semasa memandu, suspek turut mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang berharga dan menanggalkan baju serta seluar yang dipakainya.

"Sebaik sahaja tiba di Kilometer 7.1, NKVE, mangsa yang hanya berseluar dalam diarahkan turun daripada keretanya di situ," katanya.

Tambah sumber itu, mangsa meminta pertolongan orang awam yang lalu di tempat kejadian untuk membawanya ke Balai Polis Seksyen 6 di sini, bagi membuat laporan polis.

Katanya, kerugian dianggarkan hampir RM100,000 yang merangkumi kehilangan kenderaan, wang tunai, dua telefon bimbit berjenama, jam tangan, kasut berjenama dan beberapa lagi barang berharga lain.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Anggota JPJ maut

SEREMBAN 20 Jun – Sebagai seorang penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menjadi rutin tugas Wardi Ahmad, 28, untuk memeriksa mana-mana kenderaan yang berhenti di bahu jalan atau dalam keadaan mencurigakan.

Namun siapa sangka dia menemui ajal ketika menjalankan rutinnya itu – iaitu ketika dia bersama tiga lagi penguat kuasa JPJ memeriksa sebuah lori rosak di tepi Jalan Batang Benar, Mantin, dekat sini.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, sebuah kereta Ford Laser terbabas merempuh Wardi yang sedang membuat pemeriksaan terhadap lori berkenaan. Pemandu kereta itu, Ismail Dahlan, 44, turut terbunuh.

Jurucakap polis memberitahu, kereta yang dipandu Ismail hilang kawalan lalu merempuh kenderaan mangsa yang diletakkan berdekatan lori berkenaan.

“Wardi yang berada di belakang kenderaan JPJ cedera parah di kepala dan anggota badan. Wardi dan Ismail dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja‘afar Seremban (HTJ) di sini, namun kedua-duanya meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap polis itu memberitahu tiga lagi anggota JPJ dan pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu. Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa akan dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Wanita ditikam bekas suami

KOTA BHARU 20 Jun - Seorang wanita cedera ditikam bertubi-tubi di tingkat bawah ruang meletak kereta sebuah pasar raya di Jalan Sultan Yahya Petra di sini hari ini, dipercayai dilakukan oleh bekas suaminya selepas mangsa enggan merujuk kembali kepada suspek.

Dalam kejadian kira- kira pukul 4 petang, mangsa, Hazita Mohamad, 27, mengalami kecederaan serius selepas ditikam dengan sebilah gunting di kepala serta leher dan dikelar di bahagian muka.

Mangsa yang sedang mengikuti kursus dandanan rambut di sebuah salon di sini, kini menerima rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sebelum kejadian mangsa memandu keretanya dari sebuah kompleks beli belah di sini menuju ke tempat letak kereta pasar raya tersebut.

"Sebaik sahaja tiba di tempat kereta itu, suspek telah menyerbu masuk ke dalam kereta mangsa sehingga berlaku pergelutan dan menyebabkan dia ditikam di belakang kepala, leher kiri dan kanan serta terdapat kesan kelar di mukanya.

"Orang ramai yang melihat pergelutan itu cuba membantu, bagaimanapun suspek yang bekerja sebagai pembantu hospital berjaya melepaskan diri dan mangsa telah dihantar ke HRPZ II untuk menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azham berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut berpunca daripada tindakan mangsa yang enggan merujuk kembali selepas bercerai sehingga menyebabkan suspek berang dan bertindak di luar kawalan.

Katanya, pihak polis telah mengenal pasti suspek dan usaha untuk mengesannya sedang giat dijalankan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebatan," katanya.

Sementara itu, kakak mangsa, Hazlina, 30, berkata, adiknya telah bercerai dengan suspek pada tahun lalu selepas berkahwin selama tujuh tahun dan cemburu dikatakan menjadi punca perpisahan pasangan berkenaan.

"Adik saya mengikuti kelas dandanan rambut di sebuah salon di kompleks beli belah di sini, dalam kejadian hari ini, dia mungkin ke pasar raya yang terletak kira-kira dua kilometer dari salon itu untuk membeli barang," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah