Search This Blog

Wednesday, June 15, 2011

2 murid maut, 41 lagi dirawat akibat keracunan


MANILA: Dua kanak-kanak maut dan 41 lagi dimasukkan ke hospital di negara ini selepas seorang guru menyediakan sup yang mengandungi bahan kimia, kata pegawai polis, semalam.
Guru itu menyediakan mi sup untuk murid dan guru lain di bandar Tuguegarao tetapi sejurus selepas memakan makanan itu, murid dan guru berkenaan mengalami pening dan muntah-muntah. Murid yang kesakitan dan tiga guru dikejarkan ke hospital tetapi dua murid perempuan berusia lima tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan, kata Ketua Polis daerah, Superintendan Pedro Martirez.

Polis mengesyaki asid oksalik, sejenis bahan kimia digunakan untuk mencuci marmar tanpa sengaja dicampurkan ke dalam sup itu. - AFP
myMetro | 2 murid maut, 41 lagi dirawat akibat keracunan

Siar bicara Ampatuan


MANILA: Perbicaraan ketua suku kaum di Filipina yang dituduh membunuh 57 orang dalam kejadian pembunuhan berunsur politik paling buruk di negara itu akan disiarkan di televisyen kebangsaan, lapor Mahkamah Agung, semalam.
Keputusan mahkamah dibuat selepas rayuan berulang kali saudara-mara mangsa yang bimbang keluarga tertuduh yang berkuasa itu akan mempengaruhi perbicaraan. Keputusan mahkamah itu turut dilalu-alukan Presiden Benigno Aquino.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Agung. Mereka akhirnya mendengar rayuan kami. Penting bagi seluruh negara mengetahui bagaimana perbicaraan berlangsung,” kata Benigno kepada wartawan. Tindakan mahkamah itu tidak pernah berlaku sebelum ini kerana tiada perbicaraan kes jenayah pernah disiarkan secara langsung, kata beberapa peguam di negara itu. Mahkamah sudah mengeluarkan arahan dua kali sebelum ini untuk mengharamkan siaran langsung perbicaraan itu yang bermula sembilan bulan lalu atas alasan ia akan menafikan hak defendan untuk perbicaraan yang adil dalam kes berunsur politik itu. Bekas gabenor di wilayah selatan Maguindanao, Andal Ampatuan Snr, anak lelakinya dan empat lagi saudara mereka adalah antara lebih daripada 80 yang ditahan tanpa jaminan dan didakwa dengan kes pembunuhan yang berlaku pada 2009 itu. - AFP
myMetro | Siar bicara Ampatuan

Tentera Libya perdaya pemberontak


BENGHAZI: Pemberontak Libya berkata, mereka mengalami kekalahan serius di timur negara itu selepas diperdaya tentera rejim Muammar Gaddafi, semalam.
Perkembangan itu turut menyaksikan 21 pejuang pemberontak terbunuh selepas mereka bertempur dengan tentera kerajaan di Ajdabiya dan Brega.

Pemimpin mereka, Mussa al-Mograbi, berkata pemberontak diperdaya apabila tentera kerajaan berpura-pura menyerah dengan membawa bendera putih.
“Bagaimanapun, mereka melepaskan tembakan kepada kami menyebabkan 20 pejuang cedera dan dipindahkan ke hospital di Ajdabiya,” katanya.

Kata Mussa, empat lagi pemberontak terbunuh dan 30 cedera dalam pertempuran kecil kelmarin.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, mendesak negara Afrika menuntut Gaddafi berundur dan mengambil tindakan lebih tegas ke atas rejimnya. - AFP
myMetro | Tentera Libya perdaya pemberontak

Dua penyokong bola sepak hina Agong dalam facebook


KUALA TERENGGANU: Dua individu dipercayai penyokong pasukan bola sepak tanah air bertindak kurang ajar apabila sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerusi laman sosial Facebook.
Individu terbabit didapati bukan saja mengubah suai gambar Yang di-Pertuan Agong dengan menggantikan wajah baginda dengan sebiji bola tetapi turut mengeluarkan komen mempersendakan ketua negara Malaysia itu apabila mengaitkannya dengan kemenangan Terengganu ke atas Kelantan pada final Piala FA, Sabtu lalu.

Tindakan dua individu tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Nik Rabani dan Kay Shakila itu disedari ahli Kelab Peminat Terengganu (Terengganu FC) yang membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, pada jam 1.15 petang, semalam.
Berdasarkan akaun individu terbabit, Nik Rabani mendakwa menetap di Kota Bharu manakala Kay Shakila pula mendakwa menuntut di Universiti Teknologi Mara.

Ketua Penerangan Terengganu FC, A Rashid Ridha Muhamad, berkata tindakan dua penyokong terbabit disedari ahlinya kira-kira jam 9 malam kelmarin dan mereka menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

"Individu berkenaan yang dipercayai penyokong Kelantan mendakwa Yang di-Pertuan Agong membeli perlawanan akhir Piala FA bagi memastikan kemenangan Terengganu.
"Sebelum ini, kita sudah menasihatkan dua individu berkenaan untuk menarik balik kenyataan itu menerusi laman Facebook milik Terengganu FC tetapi sehingga laporan ini dibuat, tiada tindakan diambil dua individu terbabit.

"Bukan niat untuk mengeruhkan keadaan tetapi saya berharap polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua individu berkenaan," katanya yang ditemui di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, semalam.
myMetro | Dua penyokong bola sepak hina Agong dalam facebook

Bunuh kawan ‘makan’ isteri


KINABATANGAN: Seorang suami yang berang melihat rakan sekerja cuba merogol isterinya, membelasah lelaki itu menggunakan tukul besi sehingga maut sebelum menyeret mayatnya sejauh 100 meter dan menanam tubuh berlumuran darah itu di lereng bukit di Kampung Pelangi, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa yang hanya dikenali Khail, 20, ditemui dalam keadaan ngeri dengan kesan parah di kepala oleh sepasukan polis sejurus menerima maklumat penduduk kampung yang melihat suspek ‘menanam’ sesuatu di kawasan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, suspek yang berusia 26 tahun baru balik dari bekerja di tapak pembinaan berhampiran.

Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah, dia terkejut apabila melihat isterinya yang berusia 19 tahun bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai cuba merogolnya.

Tanpa berfikir panjang, suspek menghentak kepala mangsa menggunakan tukul besi sebanyak dua kali menyebabkan mangsa menggelupur sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.
myMetro | Bunuh kawan ‘makan’ isteri

Isteri keluar kerja suami ‘jaga’ anak


HULU SELANGOR: Seorang lelaki berusia 44 tahun layak digelar bapa setan apabila sanggup merogol dua anak perempuannya hingga seorang daripadanya kini sarat mengandung lapan bulan.
Lelaki terbabit dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu sejak setahun lalu tanpa pengetahuan isterinya dan difahamkan sering menodai dua anaknya ketika ibu mereka tiada di rumah.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali memperkosa kedua-dua anak perempuannya yang berusia 13 dan 15 tahun itu, rahsia lelaki terbabit akhirnya ‘dihidu’ isterinya berusia awal 40-an.

Tidak tahan dengan tindakan keji suspek selain mahu menamatkan kisah hitam, mereka menceritakan kejadian sebenar kepada ibu mereka.

Terkejut dengan pengakuan kedua-dua anak gadisnya, wanita itu membawa mereka membuat laporan di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, di sini, Khamis lalu.
myMetro | Isteri keluar kerja suami ‘jaga’ anak

20 samseng buat kecoh


AMPANG: Hanya kerana mahu menyelamatkan ibunya daripada diserang sekumpulan samseng, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun cedera di kepala dan tangan akibat dipukul dan dilibas menggunakan rantai besi, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa sedang membantu menguruskan restoran milik ibunya itu di Tasik Permai, di sini, sebelum diserang kumpulan berkenaan.

“Kejadian itu bermula apabila hampir 20 lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun menaiki beberapa motosikal tiba dan memasuki restoran milik mangsa itu.
“Kumpulan samseng itu dikatakan membuat kecoh dan menggeledah restoran mangsa seolah-olah mencari barangan berharga,” katanya.

Menurutnya, sebahagian ahli kumpulan terbabit menyerang ibu mangsa yang berusia 40-an dan memaksa wanita itu menyerahkan wang tunai.

“Bagaimanapun, wanita terbabit memberitahu tidak mempunyai wang menyebabkan mereka naik berang dan cuba memukulnya. “Mangsa yang melihat keadaan ibunya itu cuba untuk menyelamatkan ibunya menyebabkan dia ditarik lima lelaki lain,” katanya.
Sumber berkata, mangsa diheret dengan kejam menyebabkan dia merayu supaya tidak di apa-apakan, namun mereka tidak mengendahkan rayuan mangsa lalu memukul mangsa menggunakan topi keledar.

Selain itu, mangsa turut dilibas menggunakan rantai besi di kepala dan tangan beberapa kali menyebabkan mangsa tidak berdaya.
Sumber berkata, mereka bertindak mengambil dompet mangsa di dalam poket seluarnya dan wang tunai di dalam kaunter restoran sebelum melarikan diri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
myMetro | 20 samseng buat kecoh

3 pengedar dadah asing dihukum mati

TIGA daripada 208 warga asing yang ditahan sehingga April lalu dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah kerana terbabit dengan kegiatan penyeludupan dadah ke negara ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, daripada jumlah itu, seramai 149 warga asing berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

“Tahun 2009 sebanyak 225 tangkapan dilakukan dan semua berdepan dengan tuduhan itu serta 24 orang dijatuhi hukuman mati.
“Manakala tahun 2008, tangkapan seramai 227 orang dan sebanyak 27 orang dituduh melakukan kesalahan, manakala lapan dihukum mati,” katanya menjawab soalan Tan Sri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) ketika sesi soal jawab persidangan Parlimen, semalam.

Abu Seman berkata, dadah jenis sintetik seperti syabu, dibawa dari Iran dan Afrika, yaba (pil kuda) pula dari Thailand dan Myanmar, Eramin 5 dari Taiwan serta ketamin dari India. myMetro | 3 pengedar dadah asing dihukum mati

Wanita dalam pantang dipijak suami


SERDANG: Seorang wanita yang baru melahirkan anak 20 hari lalu melalui kaedah pembedahan terpaksa menerima azab apabila perut dan leher dipijak suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Wawasan, Puchong, di sini, Ahad lalu.
Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10 malam itu juga menyebabkan isteri malang berusia 28 tahun itu kerugian RM50,000 apabila barang kemas miliknya dirampas suaminya.

Sumber polis berkata, kejadian bermula apabila wanita itu mempersoalkan suaminya dengan mendakwa mempunyai perempuan simpanan walaupun perkahwinan mereka baru berusia setahun.
myMetro | Wanita dalam pantang dipijak suami

‘Dia mula buat hal’


SHAH ALAM: Seorang suri rumah dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap pembantu rumahnya seorang warga Indonesia, di rumahnya di sini, minggu lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Nyew Sock Fang, 34, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadia Othman. Ibu anak dua yang ditahan pada 9 Jun lalu itu kelihatan tenang sepanjang prosiding semalam. Mengikut pertuduhan, Nyew didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Meliyah, 25, di dalam bilik utama rumah No A2-1-2, Blok A2, Pelangi Court, Jalan Pekan Baru, di sini, jam 3.30 petang, 8 Jun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Anida Mohamad Nasir menawarkan jaminan RM10,000.
Terdahulu, Nyew yang tidak diwakili peguam bela memaklumkan kepada mahkamah sepanjang dua tahun bekerja pembantu rumahnya tidak menimbulkan masalah.

“Selama dua tahun ini, dia tak pernah buat hal, tapi baru-baru ini buat hal, buat-buat luka. “Minta tolong mahkamah periksa,” katanya. Mahkamah kemudian memerintahkan Nyew dibebaskan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan perlu melapor diri ke balai polis berdekatan pada Sabtu pertama setiap bulan.
myMetro | ‘Dia mula buat hal’

Peguam mati ditetak pekerja


KLANG: Seorang peguam ditemui mati, dipercayai ditetak dengan parang oleh pekerjanya sendiri di kuil di Kampung Perepat, Kapar, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Datuk R Anbalagan, 56, mati selepas mengalami kecederaan serius di badan, muka, bahu kanan dan tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong, berkata suspek berusia 25 tahun berasal dari India itu bagaimanapun ditahan di ladang kelapa sawit berhampiran rumah mangsa, kira-kira jam 10 pagi semalam.

“Turut ditemui bersama suspek ialah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm dan parang dipercayai senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.

“Siasatan mendapati berlaku pertengkaran di rumah mangsa sebelum mangsa melarikan diri ke kuil yang terletak berdekatan dengan rumah tadi,” katanya.
myMetro | Peguam mati ditetak pekerja

myMetro | Peguam mati ditetak pekerja

KLANG: Seorang peguam ditemui mati, dipercayai ditetak dengan parang oleh pekerjanya sendiri di kuil di Kampung Perepat, Kapar, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Datuk R Anbalagan, 56, mati selepas mengalami kecederaan serius di badan, muka, bahu kanan dan tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong, berkata suspek berusia 25 tahun berasal dari India itu bagaimanapun ditahan di ladang kelapa sawit berhampiran rumah mangsa, kira-kira jam 10 pagi semalam.

“Turut ditemui bersama suspek ialah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm dan parang dipercayai senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.


“Siasatan mendapati berlaku pertengkaran di rumah mangsa sebelum mangsa melarikan diri ke kuil yang terletak berdekatan dengan rumah tadi,” katanya.

myMetro | Peguam mati ditetak pekerja

Ahli Parlimen diminta serah VCD lucah


KUALA LUMPUR: Satu lagi rakaman video seks bertajuk ‘Skandal Seks Mat Sabu’ yang didakwa membabitkan Timbalan Presiden Pas yang baru, Mohammad Sabu didedahkan Ahli Parlimen Ampang, Jumaat lalu.
Ahli Parlimen berkenaan, Zuraida Kamaruddin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas menerima cakera padat video (VCD) berkenaan yang diletakkan dalam peti surat rumahnya bersama surat palsu kononnya dikeluarkan Pas.

Beliau yang ditemui beberapa jam selepas membuat laporan itu, mengecam tindakan polis kerana masih belum mengesan dalang utama bertanggungjawab mengenai isu penyebaran VCD itu.
Katanya, isu sama membabitkan rakaman video seks yang didakwa mirip wajah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak selesai walaupun ia sudah berleluasa ke seluruh negara.

“Sepatutnya pihak polis sudah boleh mengesan siapa dalangnya namun sehingga kini tiada hasil siasatan dari semua laporan polis dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi berkata, sehingga kini siasatan kes itu tergantung selepas pihaknya tidak menerima sebarang petunjuk berhubung kes itu.
“Memang benar Ahli Parlimen itu tampil membuat laporan polis berhubung VCD yang dijumpai dalam peti surat rumahnya namun, beliau tidak menyerahkan salinan VCD terbabit kepada pihak polis,” katanya.
myMetro | Ahli Parlimen diminta serah VCD lucah

‘Hanya kali ini saya jemput dia’


KOTA BHARU: “Hanya sekali ni jelah saya ambil cucu kita pulang dari sekolah,” kata terakhir Hassan Awang Hamat, 76, kepada isterinya, Zainab Che Mud, 65, sebelum maut dalam kemalangan di Dewan Beta, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, perjalanan pulangnya bersama cucu bertukar tragedi apabila motosikal ditunggang hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh ke dalam parit di kawasan itu.

Insiden itu menyebabkan mangsa yang mengalami kecederaan dalaman dikejarkan ke Klinik Kesihatan Lundang Paku, dekat sini, sebelum disahkan meninggal dunia dua jam kemudian di wad kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Bagaimanapun, cucu mangsa, Nik Mohd Shazwan Nik Yusof, 11, yang membonceng motosikal berkenaan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum dihantar pulang ke rumahnya terletak kira-kira 700 meter dari lokasi kemalangan.

Anak mangsa, Azri Hassan, 26, berkata dia sempat berbual dengan arwah ayahnya mengenai kemalangan terbabit ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Lundang Paku sejurus kejadian.

“Ketika itu keluarga kami didatangi penduduk kampung memaklumkan kemalangan menimpa ayah. Kami kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat keadaan ayah dan anak saudara kerana bimbang keselamatan mereka.
“Setiba ke lokasi berkenaan, saya lihat ayah sedang dibantu orang ramai. Dalam keadaan panik, ayah sempat memberitahu kemalangan itu sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Lundang Paku dan ke HUSM, Kubang Kerian, untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan keadaan ayahnya semakin tenat sebelum menghembuskan nafas terakhir di wad Kecemasan HUSM, kira-kira jam 4 petang.
Katanya, dia bersama keluarga tidak menyangka kemalangan berkenaan mengorbankan ayahnya, selain menyifatkan apa yang berlaku sebagai suratan takdir.

“Jenazah ayah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di kampung berkenaan, pada jam 9.30 pagi, semalam,” katanya.

Azri berkata, pada pagi sebelum kejadian, dia sudah berpesan kepada ayahnya itu supaya tidak keluar mengambil Nik Mohd Shazwan di sekolah, memandangkan warga emas berkenaan baru saja mengambil dua cucunya yang lain di tadika berhampiran pada jam 12 tengah hari.

Katanya, sehari sebelum kejadian, arwah ayahnya sempat menceritakan mengenai hal membabitkan anak-anaknya termasuk yang tinggal di luar Kelantan, sedangkan perkara itu tidak pernah dibangkitkan kepada ibu dan keluarga.

Sementara itu, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam/ Trafik Negeri, Superintendan Azli Md Noor, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.
myMetro | ‘Hanya kali ini saya jemput dia’

‘Tak marah lagi’


HULU TERENGGANU: “Jika melihat keadaan anak, ibu mana yang tak marah, tapi sebagai manusia dan beragama Islam, saya memaafkan perbuatannya itu,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 29, ibu kepada Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, dan Muhammad Irfan Firdaus, 3, yang menjadi mangsa simbahan asid oleh bapa sendiri tahun lalu.
Che Ku Zaimah berkata, walaupun kejadian itu genap 10 bulan hari ini dan dia serta dua anaknya makin sembuh, namun kesan daripada aspek emosi serta fizikal akibat kejadian itu masih dirasai.

“Setiap kali ke tempat awam, pasti ada yang akan bertanya mengenainya menyebabkan Nurul yang sebelum ini ceria bertukar menjadi pemalu untuk berhadapan dengan orang ramai kerana kecacatan wajahnya itu.
“Malah saya rasa kadangkala dia sudah jemu menjawab persoalan diajukan orang mengenai keadaan wajahnya.

“Begitupun saya tetap bersyukur kerana dia tidak mengalami apa-apa masalah di sekolah, malah bersemangat menuntut ilmu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu, Kuala Berang di sini, semalam.

Menurutnya, pada 9 Januari lalu, Nurul menjalani pembedahan pertama di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan akan menjalani pembedahan sama sebanyak sembilan kali lagi bagi merawat kecacatan wajahnya.
“Wajahnya sudah dirawat namun doktor menasihatkan Nurul memakai topeng sekurang-kurangnya 23 jam sehari namun peraturan itu tidak dapat diikuti kerana dia tidak selesa selain rimas.

“Akibat tidak memakai topeng, ia mendatangkan sedikit kesan kurang memuaskan di wajah Nurul apabila parut di mukanya semakin membesar.
“Sudah puas saya menasihatinya, namun faktor seperti panas, gatal dan sukar bernafas membuatkan dia tidak tahan bertopeng,” katanya yang turut mempunyai kesan lecur di tangan dan bahagian belakang badan akibat terkena simbahan asid dalam kejadian itu.

Menurutnya, dia dan empat anaknya kini menjalani kehidupan baru selepas bekas suami, Mat Haizan Mat Yasin, 33, melepaskannya dengan talak satu, bulan lalu.

“Saya diceraikan suami di Mahkamah Syariah Marang, 27 Mei lalu dengan talak satu dan ia sedikit sebanyak memberi sinar baru kepada kami sekeluarga.

“Tetapi saya tetap runsing memikirkan tanggungjawab bagi membesarkan empat anak termasuk tiga masih bersekolah manakala yang bongsu berusia tiga tahun.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat menghulurkan bantuan bulanan RM400 sebulan dan perbelanjaan selebihnya ditanggung sendiri hasil menjual sayur di Pasar Kuala Berang.

“Sebagai peniaga, pendapatan saya tidak menentu menyebabkan kadangkala saya terpaksa menagih simpati keluarga untuk menampung perbelanjaan harian,” katanya yang berharap ada pihak sudi membantunya mendapatkan gerai makan.

Bercerita mengenai bekas suami, Che Ku Zaimah berkata, sebelum ini Mat Haizan menghantar surat meminta dia membawa anak-anak melawatnya di Penjara Marang dan bagi memenuhi hasrat itu, dua kali dia membawa empat anak mereka bertemu bekas suami.

“Sejak kebelakangan ini dia tidak lagi meminta saya berbuat demikian dan saya pula tidak terdetik hati untuk membawa anak-anak berjumpa dengannya tanpa sebarang permintaan daripada Mat Haizan.

“Walaupun hati saya sudah sejuk dan tidak lagi berang dengan tindakannya itu namun untuk pulang kembali ke pangkuan Mat Haizan adalah mustahil.

“Biarlah kami anak beranak menjalani kehidupan dengan aman, susah senang ditanggung sendiri dan apa yang penting sekarang adalah masa depan anak,” katanya. Nurul ketika ditemui berkata, dia tidak lagi menyimpan perasaan marah kepada bapanya itu.

“Saya tidak lagi marah dan sudah memaafkan perbuatan ayah,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor.
myMetro | ‘Tak marah lagi’

4 tahanan polis lolos


KUALA LUMPUR: Empat tahanan polis berusia antara 20 hingga 30 tahun melarikan diri ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, untuk permohonan reman dan proses pertuduhan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, empat suspek yang dibawa dari Balai Polis Dang Wangi di sini diiringi dua anggota polis, melarikan diri ketika van membawa mereka berhenti di lampu isyarat berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Difahamkan, semua suspek membuka gari sebelum meluru keluar dari kenderaan apabila van berkenaan berhenti.
Keempat-empat suspek yang dikatakan hanya berpakaian biasa ‘ghaib’ di delah orang ramai sebaik keluar dari kenderaan itu sebelum usaha mengesan mereka dilakukan pihak berkuasa.

Menurut sumber, tiga daripada suspek terbabit kes curi dalam bangunan manakala seorang lagi terbabit dalam jenayah jalanan.

“Dua suspek dibawa ke mahkamah untuk proses pertuduhan manakala dua lain dibawa bagi permohonan reman,” katanya.
Sumber berkata, biarpun ada usaha mengesan semua suspek dilakukan dua anggota terbabit sebaik mereka meloloskan diri, anggota terbabit mengalami kesukaran kerana kumpulan itu dilaporkan hanya berpakaian biasa.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memberitahu usaha mengesan semua suspek sedang dijalankan.
myMetro | 4 tahanan polis lolos

Belum ajal


IPOH: Pantang maut sebelum ajal apabila seorang ahli perniagaan masih bernyawa walaupun ditembak bertubi-tubi dari jarak dekat oleh seorang perompak sebaik dia berjalan keluar dari sebuah pusat perubatan di sini, semalam.
Tembakan dilepaskan suspek dari jarak kurang tiga meter itu menyebabkan lima das peluru menembusi lengan, bahu dan perut mangsa yang juga seorang pengusaha sarang burung walet.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam kelmarin, mangsa berusia 46 tahun tergamam ditembak suspek bermotosikal ketika dia memasuki keretanya di hadapan pusat rawatan di Taman Tasek Indra, Kampung Simee, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar berkata mangsa kini stabil dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di bandar raya.

Menurutnya, siasatan awal tidak mengesan pergelutan antara mangsa dengan suspek dipercayai warga tempatan.
myMetro | Belum ajal

Bakar telekung lepas gagal buka peti besi


SABAK BERNAM: Gara-gara membuka peti besi, penjenayah sanggup membakar telekung dan tempat menyidai sejadah.
Itu yang berlaku di surau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Daerah Sabak Bernam di Batu 37 Darat, di sini, semalam.

Kejadian itu disedari kakitangan Fama kira-kira jam 8 pagi semalam yang terkejut apabila melihat pejabat berselerak dan sebuah peti besi dibuka, malah surau turut diceroboh.
Pembantu Hal Ehwal Ekonomi Fama Daerah Sabak Bernam, Jawardi Marion berkata, sebaik tiba di pejabat, dia meletakkan kenderaannya di bangunan belakang dan ternampak pintu surau terbuka dan jeriji tingkap diumpil.

Dia dan beberapa rakan mendapati pejabat diselongkar dan sebuah lagi peti besi yang sudah tidak digunakan diletakkan di surau cuba dibuka penjenayah terbabit.

“Penjenayah itu cuba membuka peti besi berkenaan dengan membakar telekung dan tempat menyidai sejadah yang ada di dalam surau tetapi gagal,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad, berkata, penjenayah dipercayai masuk ke pejabat itu melalui tingkap yang diumpil jerijinya.

Menurutnya, polis mengambil kesan cap jari suspek yang melarikan RM1,760.20.
myMetro | Bakar telekung lepas gagal buka peti besi

Bisnes keli tipu


KESAL...Shafie (duduk kanan) dan  Khairun (kiri) menunjukkan keratan akhbar mengenai pelaburan ikan keli terbabit.
KESAL...Shafie (duduk kanan) dan Khairun (kiri) menunjukkan keratan akhbar mengenai pelaburan ikan keli terbabit.


KUALA LUMPUR: Bermodalkan air liur dan kata-kata manis, seorang lelaki dikenali Mahadzhir, 26, dari Temerloh, Pahang, menggunakan kelebihan itu bagi melakukan penipuan dengan meminta mangsa melabur dalam perniagaan ikan keli sehingga mengaut keuntungan RM3 juta selepas dilaporkan menipu 300 mangsa.
Difahamkan, lelaki kaki putar alam terbabit mengatur ayat bagi meyakinkan mangsa syarikat penternakan keli dimilikinya menjanjikan pulangan lumayan kepada pelabur dan mahu berkongsi kekayaan dengan menawarkan lot kolam kepada pelabur.

Mangsa, Shafie Awang Kecik, 60, dari Pulau Pinang, berkata dia yang berminat dalam perniagaan keli tidak berfikir panjang apabila dihubungi seseorang menawarkan kepadanya pelaburan yang menguntungkan.
Menurutnya, selepas berbincang dia bersetuju berjumpa mereka di pejabat di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown pada 2009.

“Saya yang tertarik dengan tawaran itu pergi ke pejabat mereka untuk membuat pelaburan dan bertanya bagaimana cara jika ingin mengusahakan ternakan keli di tanah milik saya.

“Mereka memberitahu saya boleh menternak ikan keli di tanah sendiri, tetapi dengan syarat perlu mengikuti kursus di kolam ikan Mentakab, Pahang, selama tiga hari dan perlu mengeluarkan modal RM50,000 untuk membeli anak keli serta kanvas kolam,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.
Shafie berkata, dia turut mengeluarkan modal RM25,000 lagi untuk menyediakan tapak kolam di tanah miliknya di Pulau Pinang.

“Malah, saya turut membeli satu lagi tapak kolam di Mentakab, Pahang, bagi tujuan pelaburan kerana menjangka ia akan memberi pulangan lumayan, namun tidak menyangka ditipu apabila barangan dijanjikan tidak diterima selepas mengeluarkan modal. Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Khairun Aseh, berkata pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku dan kes ini dipandang serius.
“Saya akan ketengahkan kes ini ke peringkat atasan supaya diambil tindakan, malah kami turut mengesan kebanyakan mangsa terdiri daripada belia Melayu bawah 40 tahun,” katanya.myMetro | Bisnes keli tipu

Polis cari lelaki bantu siasatan kes jenayah




KUANTAN - Polis sedang mencari seorang lelaki dikenali sebagai, Leong Wai Giat, 28, beralamat dari Kampung Melayu Gambang untuk membantu siasatan berhubung kes pecah sebuah kenderaan di Air Putih, di sini, Julai tahun lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan , Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, saksi terbabit juga dikehendaki bagi membantu siasatan satu kes ugutan jenayah pada 2008.

Menurutnya, sehingga kini, saksi terbabit masih gagal dikesan dan belum tampil di IPD Kuantan untuk membantu siasatan berhubung dua kes mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun yang sama.

“Polis tidak akan menutup fail kes terbabit sebaliknya akan meneruskan siasatan selain berharap saksi berkenaan dapat tampil dengan segera di IPD Kuantan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali saksi terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan T Murugesu atau Sarjan Che Zamani Che Ngah di talian 09-5132222 atau sambungan 318," katanya.
SH

Maut dihempap motosikal sendiri




KUANTAN - Seorang penoreh getah warga emas maut selepas motosikal Honda yang ditungganginya dipercayai terbalik ketika mendaki sebuah bukit di kawasan Ladang Geruk Ulu Atok, Kuala Atok dekat Raub, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Loo Ah Choy, 59, yang parah termasuk patah tengkuk dan cedera di badan akibat dihempap motosikalnya meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Penguat kuasa Tadbir/Trafik Negeri, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Samar, Jerkoh dekat Benta selepas habis menoreh.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, dipercayai mangsa gagal mengawal motosikalnya ketika cuba mendaki bukit lalu ter balik sebelum dihempap kenderaan itu.

“Ekoran itu, mangsa tersepit di bawah motosikal manakala kepalanya terjatuh ke atas jalan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Zainalabidin berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat patah tengkuk dan polis percaya ada kemungkinan berlakunya unsur-unsur jenayah.

Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya masih lagi menyiasat berhubung kejadian terbabit dan disiasat di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana cuai hingga menyebabkan kematian.
SH

Penyamun kantoi ketika minum




KUANTAN- Keasyikan seorang lelaki menikmati minuman di sebuah gerai di Jalan Wong Ah Jang di sini terganggu apabila dia didatangi beberapa anggota polis dari cawangan Risikan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang untuk pemeriksaan kerana disyaki terlibat dalam kes samun membabitkan pasangan kekasih di kawasan sama, awal pagi kelmarin.

Penemuan wang tunai RM500 dalam poket seluar yang dipakai lelaki berusia 27 tahun dari Kubang Buaya di sini membongkar kegiatan jenayahnya apabila dia mengaku terlibat dalam kejadian itu bersama seorang rakan yang masih bebas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Risikan dan Operasi) Superintendan Nordin Mustapha berkata, hasil soal siasat ke atasnya, suspek membawa anggota polis ke sebuah kereta milik individu lain dan menjumpai sebatang besi serta sebilah parang disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut manakala rakannya berusia dalam lingkungan 20-an sedang dijejaki.

“Hasil soal siasat yang dijalankan juga, suspek mengaku turut terlibat dalam beberapa kes samun yang lain bersama dua rakannya bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti kes tersebut,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Nordin berkata, penahanan suspek itu hasil laporan polis yang dibuat mangsa, seorang peniaga berusia 37 tahun apabila dia mendakwa disamun dua lelaki bermotosikal ketika berjalan bersama pasangannya di sebuah lorong, Jalan Wong Ah Jang kira-kira jam 8.30 malam hari sebelumnya.

“Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa, salah seorang suspek mengacukan sebilah pisau ke arahnya sebelum mengarahkan dia dan teman wanitanya yang berusia dalam lingkungan 30an menyerahkan dompet, beg dan telefon bimbit.

“Bimbang dicederakan, mangsa terpaksa menyerahkan beg duit mengandungi wang tunai RM500 dan telefon bimbit kepada suspek,” katanya.

Beliau berkata, selepas mendapatkan habuannya, suspek terus melarikan diri manakala mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan kira-kira jam 12.30 pagi hari berikutnya.

“Susulan laporan yang dibuat, polis berjaya mengesan suspek dan bertindak menahannya untuk siasatan lanjut bagaimanapun hasil semakan rekod lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah sebelum ini.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.
SH

Padah hina polis



MARANG - Seorang pemandu lori balak didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, selepas mengaku salah mengeluarkan perkataan kesat menghina anggota polis selepas disaman dalam satu sekatan jalan raya pada 31 Mei lalu. Majistret Nor Azizah Yusof turut memerintahkan hukuman penjara selama dua hari ke atas Abdul Karim K Sydoni, 48, sekiranya tertuduh gagal untuk membayar denda dikenakan.

Tertuduh mengaku salah mengeluarkan perkataan kesat bagi tujuan menghina dan mengaibkan terhadap dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang selepas anggota polis terbabit menahan lori balak yang dipandunya.

Kesalahan didakwa dilakukannya kira-kira jam 12 tengah hari, 31 Mei lalu di Bukit Sawa, di sini. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, Abdul Karim ditahan dua anggota polis menaiki kenderaan kelas pelbagai guna (MPV) di Bukit Sawa. Tertuduh ditahan selepas lori balak dipandunya didapati membawa muatan kayu balak secara berlebihan sebelum disaman.

Namun, tertuduh yang tidak berpuas hati dengan notis saman mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis terbabit.

Malah, dalam masa sama turut menghina majistret dengan perkataan sama sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Tertuduh bagaimanapun menyerah diri di IPD Marang pada 7 Jun lalu dan mengaku bersalah sebelum membayar denda di Mahkamah Majistret Marang di sini, semalam.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Mahathir Mohd Yusof.
SH

Sawa batik baham ayam peneroka

FELDA KERTEH 6 – Seorang peneroka, Mohd Sidi Abdul Razak, 50, tidak menduga, bunyi bising ayam di bawah rumah rupa-rupanya satu isyarat kehadiran tetamu tidak diundang.

Lebih mencemaskan, sebaik menghampiri, dia terkejut apabila melihat seekor ular sawa batik yang dipercayai baru membaham haiwan ternakannya.

Mohd Sidi bagaimanapun bertindak berani dengan menarik ekor ular itu sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Mohd Sidi berkata, sebelum ini banyak berita mengenai kehilangan haiwan peliharaan terutama ayam, namun petualangnya masih menjadi misteri sehinggalah ular terbabit ditemui kira-kira jam 8 malam berada di bawah rumahnya dekat sini.

“Saya kemudiannya menghubungi pihak bomba sukarela untuk menangkap ular terbabit,” katanya.SH

Peniaga sarang burung cedera ditembak di Ipoh



IPOH - Seorang peniaga sarang burung cedera parah selepas ditembak sebanyak enam das oleh seorang lelaki di hadapan sebuah pusat perubatan tradisional di Jalan Tasek awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ibrahim Abu Bakar berkata, isteri mangsa yang berada di dalam kereta tidak cedera.

Kejadian berlaku pada kira-kira 4.30 pagi semasa mangsa baru sahaja memberhentikan kereta apabila tiba-tiba seorang lelaki menerpa dan terus mengugut mangsa menyerahkan wang, katanya.

Sebelum sempat mangsa berbuat sesuatu, lelaki berkenaan terus melepaskan tembakan, kata Ibrahim kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Mangsa yang berusia 46 tahun cedera di bahagian perut dan tangan dan dilaporkan dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, katanya.

Ibrahim berkata, lelaki yang menembak mangsa melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal dan polis berharap orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan dapat memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Ibrahim berkata, mangsa menjalankan perniagaan sarang burung di Ayer Tawar dekat Sitiawan.

Menurutnya daripada siasatan awal, suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dan berkulit gelap.

Sementara itu dalam kejadian lain, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun kerana terbabit dalam kegiatan jenayah dengan menyamar sebagai anggota Rela dan polis.

Lelaki berkenaan yang memandu kereta jenis Naza Ria ditahan pada pukul 3.50 pagi semalam di Jalan Pasir Putih di sini dalam keadaan mencurigakan ketika polis menjalankan rondaan di kawasan berkenaan, katanya.

Ibrahim berkata, antara yang dirampas daripada lelaki itu termasuk sepasang uniform polis, uniform Rela, dua pucuk pistol mainan, cotar, walker-talkie, baju kalis peluru, buku undang-undang jenayah dan buku catatan harian polis.

Lelaki yang berasal dari Melaka itu direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
- Bernama

Samseng Asia Barat bergaduh, 3 ditahan



KUALA LUMPUR 14 Jun - Kecekapan polis berjaya meleraikan pergaduhan melibatkan antara dua kumpulan samseng dari warga Asia Barat dengan penahanan tiga daripada mereka di Bukit Bintang, di sini semalam.
Kejadian berlaku pukul 10.30 malam apabila sebuah kereta Proton Persona dipandu salah satu daripada kumpulan itu dikejar oleh beberapa buah kenderaan.
Menurut sumber, berikutan itu, kereta tersebut terbabas dan merempuh sebuah kedai makan di Jalan Bulan di sini, pukul 10.30 malam, sebelum mereka keluar dari kenderaan lalu bertengkar.
"Berlaku pergaduhan mulut sebelum keadaan menjadi kecoh apabila masing-masing mengeluarkan parang. Salah seorang suspek cedera di belakang badan akibat ditetak menggunakan parang.
"Anggota polis yang berada di kawasan itu segera mengawal keadaan dan menahan tiga daripada mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan, kumpulan terdiri daripada 10 orang itu dipercayai geng mafia yang sering bergaduh di kawasan berkenaan.
Menurut sumber itu, dalam kejadian itu, salah seorang pelancong yang kebetulan berada di tempat itu turut cedera di kaki akibat dilanggar oleh mereka.
Katanya, kesemua suspek ditahan berusia 20 hingga 30-an manakala yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.
"Kami merampas senjata seperti parang panjang dan pisau digunakan suspek ketika pergaduhan tersebut," katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi hari ini mengesahkan mengenai tangkapan tersebut dan suspek ditahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Utusan Malaysia Online - Kota

Gegaran di pusat beli-belah




Dua pegawai bomba meneliti tahap keselamatan bangunan Pertam, Taman Melaka Baru selepas bangunan itu mengalami gegaran, semalam.


MELAKA 14 Jun - Hampir 50 pengunjung dan pekerja sebuah pusat beli-belah dan bangunan kerajaan di sini, panik apabila merasai dua gegaran yang berlaku pukul 8.10 pagi dan 11 pagi hari ini.
Antara kawasan lain yang merasai gegaran itu adalah di Taman Melaka Baru, Bukit Katil dan Taman Melaka Raya.
Gegaran berpunca daripada dua gempa bumi bermagnitud 5.5 dan 5.6 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 dan 11.01 pagi.
Di Taman Melaka Baru, lebih 20 pekerja beberapa buah syarikat di bangunan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam) kelam kabut apabila merasai empat gegaran di bangunan lapan tingkat itu.
Menurut Pegawai Khidmat Pelanggan TM, Norafiza Zainuldin, 22, dia bergegas keluar daripada bangunan itu setelah melihat beberapa pekerja di tingkat enam keluar setelah merasai gegaran keempat pada kira-kira pukul 11.27 pagi.
"Sebelum itu, saya yang bertugas di tingkat bawah turut berasa pening dan terhuyung-hayang dalam beberapa saat," ketika ditemui di sini, hari ini.
Tambahnya, setelah keluar dari bangunan itu, salah seorang pekerja syarikat lain di tingkat enam memaklumkan turut merasai tiga gegaran awal sebelum itu.
Turut merasai gegaran beberapa pengunjung di pusat beli-belah Melaka Mall di sini, pada pukul 8.10 pagi dan 11.27 pagi.
Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, R. Ezhumalai berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil dikejarkan ke Melaka Mall sementara dua buah jentera dari Balai Jalan Kubu bergegas ke Bangunan Pertam setelah menerima panggilan awam pada pukul 11.21 pagi.
"Bomba tidak menemui kesan retak yang baharu atau masalah pada sistem pendawaian elektrik di kedua-dua bangunan akibat gegaran itu, justeru ia selamat untuk digunakan," katanya.
Utusan Malaysia Online - Selatan

Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang




Dua anggota bomba memadamkan kebakaran dua buah rumah di Kampung Paroi, Seremban, malam kelmarin.


SEREMBAN 14 Jun - Dua buah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka yang terletak bersebelahan musnah dalam kebakaran di Kampung Paroi di sini, malam semalam.
Mangsa, Roslan Marduni, 49, berkata, ketika kejadian pukul 11.30 malam, dia bersama isteri dan tiga anaknya sedang tidur sebelum dikejutkan oleh jeritan saudaranya yang tinggal di rumah sebelah.
Roslan yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, sejurus keluar, dia melihat rumah tersebut terbakar.
"Saya juga lihat beberapa anak saudara saya keluar menyelamatkan diri. Api yang marak itu kemudian merebak ke rumah saya.
"Saya sedih kerana tidak dapat menyelamatkan dokumen berharga dan pakaian yang dibeli untuk menyambut Aidilfitri," katanya ketika ditemui di sini, malam semalam.
Ujar Roslan, ketika kejadian, bapa saudaranya berusia 80 tahun tiada di rumah kerana bekerja sebagai pengawal keselamatan di daerah itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Jaafar Yusof berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan awam, pada pukul 11.30 malam.
"Sebanyak tiga jentera masing-masing dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan satu dari Rahang dikerah memadam kebakaran dan jumlah kerugian dan punca sebenar kejadian masih disiasat," katanya.
Sementara itu, kerajaan negeri mengumumkan bantuan RM500 kepada setiap keluarga selain menyediakan penempatan sementara buat mereka di Flat Sri Perdana dekat sini.
Turut menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat adalah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau.
Utusan Malaysia Online - Selatan

Pekerja kilang dijel, denda

MELAKA 14 Jun - Angkara mencuri dompet milik pengunjung surau sebuah pusat beli-belah bagi mendapatkan wang membayar tunggakan sewa rumah, seorang pekerja kilang wanita dihukum penjara setahun dan denda RM7,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Muhammad Hazri Hanafi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Zalina Shidid, 39, selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dihadapinya.
Mengikut pertuduhan pertama, wanita itu didakwa mencuri sebuah dompet jenama Cardirino mengandungi kad pengenalan, dua kad kredit, sekeping kad mesin pengeluaran wang automatik dan satu telefon bimbit Nokia E71 bernilai RM1,700 milik Nor Azzren Bazid, 27.
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan itu, kejadian tersebut didakwa berlaku di surau Tingkat 1, Melaka Mall, Lebuh Ayer Keroh, Bukit Baru di sini pada pukul 5.20 petang, 8 Jun lalu.
Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 379 kanun tersebut, Zalina didakwa mencuri wang tunai RM650 kepunyaan mangsa berkenaan di ATM Ambank, Jalan Ayer Keroh di sini pada pukul 7.20 petang hari yang sama.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya dengan alasan dia mencuri untuk membayar sewa rumah yang sudah tertunggak selama tiga bulan.
''Saya baru bekerja selama seminggu di sebuah kilang di sini dan saya mencuri untuk membayar sewa rumah tertunggak yang bernilai RM600.
''Saya juga mengaku telah empat kali melakukan perbuatan ini untuk mendapatkan wang,'' katanya.
Namun Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi yang mengendalikan kes tersebut memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh memandangkan kesalahan tersebut dilakukan di tempat beribadat.
''Selain itu, tertuduh mempunyai rekod lampau dan mengaku telah melakukan kegiatan curi dalam surau ini sebanyak empat kali iaitu perkara yang disifatkan satu tabiat,'' kata Rosli.
Muhammad Hazri kemudian menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM5,000 bagi pertuduhan pertama dan penjara setahun serta denda RM2,500 bagi pertuduhan kedua.
Sekiranya tertuduh gagal membayar denda, hukuman pemenjaraan yang dihadapinya boleh ditambah setahun lagi.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.
Utusan Malaysia Online - Selatan

Dua diberkas selepas sejam menyamun

KUANTAN 14 Jun - Dua lelaki yang baru menyamun sepasang kekasih, ditahan polis selepas sejam melakukan perbuatan tersebut di Jalan Wong Ah Jang di sini semalam.
Sebelum kejadian itu, pasangan kekasih yang masing-masing berusia 37 tahun itu dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal sebelum mengacukan pisau ke arah mereka.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan Nordin Mustapha berkata, suspek menyamun pasangan terbabit kira-kira pukul 8.30 malam ketika mereka sedang berjalan-jalan di kawasan berkenaan.
"Kedua-dua suspek berusia 20-an itu merampas beg tangan mengandungi wang tunai RM500, dokumen penting dan telefon bimbit.
"Ekoran itu, pasangan terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kira-kira pukul 12.30 tengah malam," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang di sini, hari ini
Menurut Nordin, selepas mendapat aduan, pihaknya memberkas suspek yang sedang minum di sebuah gerai berhampiran kawasan tersebut pukul 1.30 pagi ini.
Katanya, hasil pemeriksaan awal ke atas suspek, polis menemui wang tunai RM500 bersama barangan lain milik pasangan terbabit.
Berikutan penangkapan suspek, katanya, pihaknya turut menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek bagi kegiatan jenayahnya.
"Kita turut menemui parang dan besi sepanjang satu meter yang dipercayai digunakan suspek dan rakan-rakannya untuk menyamun. Suspek juga mengaku melakukan beberapa jenayah samun.
"Polis kini sedang memburu dua rakan suspek berusia 20-an bagi membantu siasatan dan kita percaya mereka bergerak secara berkumpulan untuk melakukan jenayah di sini," katanya.
Tambah beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Utusan Malaysia Online - Pahang

Warga emas maut dihempap motosikal

KUANTAN 14 Jun - Seorang penoreh getah terbunuh selepas motosikal jenis Honda yang ditunggangnya terbalik dan menghempapnya ketika mendaki bukit di Ladang Geruk Ulu Atok, Kuala Atok dekat Raub semalam.
Mangsa, Loo Ah Choy, 59, meninggal dunia di tempat kejadian apabila tengkuknya patah selain cedera di bahagian badan.
Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik negeri, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian pukul 11 pagi itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Samar, Jerkoh dekat Benta selepas selesai menoreh.
"Sampai di tempat kejadian, mangsa gagal mengawal motosikal jenis Honda itu ketika mendaki bukit sebelum terbalik menghempapnya," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.
Utusan Malaysia Online - Pahang

Empat ditahan positif dadah

JELI 14 Jun - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengeluarkan 100 saman dan menahan empat pemandu kerana positif dadah dalam operasi bersepadu di hadapan Jambatan Timbang Bukit Bunga di sini, semalam.
Operasi bermula dari pukul 9 pagi sehingga pukul 12 tengah hari itu dijalankan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Stesen JPJ Bukit Bunga, Wan Rozali Wan Ismail ketika ditemui di sini hari ini berkata, operasi dilakukan bagi mengesan pemandu yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya di samping penyalahgunaan dadah.
Katanya, kebanyakan saman dikeluarkan atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mengikut saiz ditetapkan oleh JPJ.

Kementerian Pelancongan dibidas belanja Facebook RM1.8

KUALA LUMPUR 14 Jun - Dua Ahli Parlimen masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan DAP membidas Kementerian Pelancongan yang dikatakan membazir kerana membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelenggara laman Facebooknya.
Anthony Loke (DAP-Rasah) hairan mengapa begitu banyak wang yang dibelanjakan kementerian itu untuk membina dan menyelenggara Facebook memandangkan laman sosial itu boleh dibuat secara percuma.
"Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook Kementerian Pelancongan. Secara bandingan, bagi laman Facebook Visit Penang, kerajaan Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?" soalnya pada sesi Dewan Rakyat hari ini.
Loke berkata, adalah sukar mempercayai kononnya tidak ada sesiapa pun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemaskini akaun Facebook sehingga terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.
Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) turut sependapat dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata, kurangnya pelawat ke atas laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.
Menjawab pertanyaan asal Loke itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit berkata, kontrak RM1.8 juta itu telah ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn. Bhd. untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.
"Kerja-kerja membina dan menyelenggara yang dilakukan adalah merangkumi kerja-kerja untuk kreatif, konsep dan idea, reka bentuk dan pembangunan serta penyelenggaraan," katanya.
Laman Facebook kementerian itu juga katanya, turut dimuatkan dengan enam aplikasi yang bangunkan untuk tujuan kempen program kementerian itu dengan kos bernilai RM293,072 setiap satu.
"Ia digunakan untuk kempen Cuti-Cuti 1Malaysia, Citrawarna 1Malaysia, Karnival Jualan Mega 1Malaysia dan Karnival Jualan Akhir Tahun, Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia, Kempen 1Malaysia Bersih, 1Malaysia Indah dan Fabulous Food 1Malaysia," katanya.
Utusan Malaysia Online - Parlimen

Tiga warga asing dijatuh hukuman gantung edar dadah

KUALA LUMPUR 14 Jun - Seramai tiga warga asing dijatuhi hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan mengedar dadah dalam tempoh Januari hingga April tahun ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, keseluruhannya seramai 208 warga asing ditahan dalam tempoh itu kerana kesalahan dadah dengan 149 orang telah dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
Katanya, tindakan tegas ini selaras dengan usaha kerajaan mengekang kegiatan pengedaran dadah terutama yang memperalatkan rakyat Malaysia sebagai 'keldai dadah'.
"Sepanjang 2008, tangkapan ke atas warga asing mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya adalah seramai 227 orang dan 27 daripada mereka dituduh melakukan kesalahan manakala lapan orang telah dihukum gantung sampai mati.
"Bagi 2009 pula, sebanyak 225 tangkapan dilakukan dan kesemuanya berdepan dengan tuduhan mengedar dadah dan daripada jumlah itu 24 orang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Tan Sri Dr. Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) bagaimana rakyat Malaysia boleh terlibat dalam pengedaran dadah antarabangsa dan apakah tindakan kerajaan untuk mengurangkan kejadian itu.
Abu Seman berkata, hasil risikan pihak berkuasa juga mendapati beberapa jenis dadah dibawa masuk ke negara ini datangnya dari negara berlainan.
Katanya, bagi dadah jenis sintetik seperti syabu, ia dibawa masuk dari Iran dan Afrika, yaba atau pil kuda pula dari Thailand dan Myanmar, Eramin 5 dari Taiwan serta ketamin dari India.
"Selain itu, Thailand dikenal pasti sebagai negara sumber dadah tradisional seperti heroin dan ganja, heroin nombor empat pula dikesan diperoleh dari Pakistan manakala kokain, Amerika Selatan.
"Bagi sindiket pengedaran dadah tempatan, keuntungan yang tinggi adalah faktor utama menyebabkan mereka berani mengedar dadah ke luar negara. Bagi 'keldai dadah' pula, kebanyakannya diperdaya sindiket pengedaran dadah antarabangsa," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan keldai dadah tidak mengetahui terbabit dengan penyeludupan dan pengedaran dadah namun trend terkini mendapati kebanyakannya menyedari kesalahan mereka.
Utusan Malaysia Online - Parlimen

Tak sempat masuk laluan tikus

JOHOR BAHRU 14 Jun – Hasrat 30 warga Indonesia termasuk dua wanita untuk pulang ke negara asal mereka melalui ‘laluan tikus’ di Pengerang, Kota Tinggi, tidak kesampaian apabila kesemuanya ditahan di sebuah rumah setinggan di Kampung Hajah Fatimah, Tampoi, dekat sini hari ini.
Pengarah Imigresen negeri, Mohd. Nasri Ishak berkata, kesemua warga asing berusia 21 hingga 44 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Johor dalam Ops Serkap selama dua jam bermula pukul 10.50 pagi.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat, sepasukan 15 anggota diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah II Jabatan Imigresen negeri, Amzari Abdul Jalil membuat serbuan ke atas rumah setinggan berkenaan.
“Hasil siasatan mendapati kesemua warga asing datang dari Pahang dan sampai di rumah itu semalam. Kesemua mereka dipercayai hendak pulang ke kampung halaman mereka menggunakan ‘laluan tikus’ di Sungai Rengit, Pengerang,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Setia Tropika, di sini hari ini.
Menurut Mohd. Nasri, siasatan awal mendapati setiap warga asing membayar RM800 hingga RM1,200 kepada seorang ejen untuk membawa mereka pulang ke negara asal.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati 18 daripada warga asing berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, 10 orang tinggal lebih masa dan dua orang memiliki permit kerja palsu.
“Kita turut menahan pemilik rumah berkenaan iaitu seorang lelaki warga Indonesia yang memiliki taraf penduduk tetap (PR) berusia 50-an bagi membantu siasatan,” katanya lagi.
Ujarnya, kesemua warga asing tersebut dibawa ke Pejabat Imigresen di Setia Tropika untuk tindakan selanjutnya.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Peniaga sarang burung hampir maut ditembak

IPOH 14 Jun - Seorang peniaga sarang burung nyaris maut apabila ditembak sebanyak enam das dari jarak dekat dalam cubaan samun di Lengkok Tasik Timur, Taman Tasik Indera, dekat sini awal pagi ini.
Mangsa berusia 46 tahun yang cedera terkena tembakan di perut, lengan dan bahu kiri itu dilaporkan stabil dan menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Ibrahim Abu Bakar berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah malam ketika mangsa pulang bersama isterinya dari sebuah pusat perubatan tradisional di sini.
"Ketika sampai di tempat kejadian, seorang lelaki yang menunggang motosikal telah menghampiri kereta mereka dan mengarahkan mangsa keluar serta menyerahkan barangan berharga.
"Namun sebelum mangsa sempat berbuat apa-apa, suspek terus menembak dari jarak kurang dua meter sebelum melarikan diri," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.
Ibrahim memberitahu, pihaknya masih menyiasat motif sebenar serangan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Beliau menambah, isteri mangsa yang duduk di kerusi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Doktor hilang di Kedah, jumpa di Pahang




Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri gembira dapat bertemu semula dengan kedua ibu bapanya di Jitra, semalam.


KUBANG PASU 14 Jun - Seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini, yang hilang selama 26 hari, ditemui dalam keadaan selamat di sebuah pusat beli-belah di Kuantan, Sabtu lalu.
Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, dari Taman Bunga Raya, Jitra di sini ditemui oleh ketua pengawal keselamatan pusat beli-belah tersebut selepas dikenal pasti sebagai individu yang dilaporkan hilang.
Doktor pelatih berkenaan sebelum itu ditahan oleh pengawal keselamatan kerana tidak mempunyai wang untuk membayar bil sushi sebanyak RM70 di sebuah restoran di pusat beli-belah itu kira-kira pukul 5 petang.
Sewaktu ditemui, Mohd. Noor Azam memakai kemeja-T putih dan berseluar sukan sambil membawa sebuah beg galas mengandungi pakaian yang dipakainya pada hari dia dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, telefon bimbit dan beg kerja berwarna hitam yang mengandungi beberapa dokumen penting tidak ditemui bersamanya.
Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan diberi makan sebelum dijemput pulang oleh ibu bapanya bersama lebih 30 saudara mara kira-kira pukul 4 pagi keesokannya.
Ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di taman berkenaan hari ini, Mohd. Noor Azam memberitahu, dia tidak menyedari apa yang berlaku pada dirinya sepanjang dilaporkan hilang sehingga membawanya ke negeri-negeri di Pantai Timur.
Katanya, dia terkejut apabila diberitahu telah hilang sejak 26 hari lalu kerana berasa seperti baru empat hari hilang.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu, dia seperti tidur dan tidak mengetahui bagaimana boleh sampai ke Kelantan, Terengganu dan kemudiannya Kuantan, Pahang.
"Saya tidak tahu apa yang saya makan, di mana saya tidur dan bagaimana solat saya cukup atau tidak sepanjang tempoh 26 hari itu sehingga ditahan di pusat beli-belah berkenaan.
''Apabila saya melihat gambar bakal tunang di dalam dompet, baru saya tersedar dan terus bertanya kepada ketua pengawal keselamatan berkenaan tentang tarikh dan tempat saya berada ketika itu," katanya.
Menurut Mohd. Noor Azam, dia sedih apabila menyedari hari yang dia ditemui semula itu adalah tarikh yang ditetapkan untuk melangsungkan majlis pertunangan dengan rakannya yang juga doktor pelatih di HSB.
Katanya, dia tidak sedarkan diri selepas mendengar suara gadis yang memberi arahan supaya mengikutnya ketika berjalan memasuki bangunan HSB kira-kira pukul 6.30 pagi 16 Mei lalu.
Dakwanya, suara tersebut juga memaklumkan dia hanya akan 'dilepaskan' pada hari pertunangannya iaitu 11 Jun lalu.
''Selepas ini saya akan meneruskan perubatan Islam bagi melindungi daripada gangguan-gangguan seperti ini,'' katanya.
Sementara itu, ibu Mohd. Noor Azam, Natrah Shaari, 52, tidak putus-putus melahirkan rasa syukur kerana penantian dan doanya akhirnya dimakbulkan apabila anaknya itu ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.
Katanya, dia sekeluarga tidak mahu menuduh sesiapa atas kejadian yang berlaku sebaliknya menganggap peristiwa tersebut sebagai dugaan dan ketentuan Allah.
''Buat masa ini, Mohd. Noor Azam akan berehat dan menjalani rawatan alternatif sebelum menyambung semula latihan perubatan di HSB manakala majlis pertunangan terpaksa ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak," katanya.
Graduan dari Moscow Medical Academy itu dilaporkan pernah hilang dua kali iaitu pada 3 Mei dan 12 Mei lalu selepas keluar bertugas di HSB bagaimanapun pulang ke rumah beberapa hari kemudian.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Nampak suspek kejar majikan dengan parang

SHAH ALAM 14 Jun - "Saya nampak suspek kejar Datuk hingga ke kuil sambil memegang parang. Kemudian saya dengar bunyi prap... prap... prap... dan suara jeritan," kata pembantu rumah, Siti Aminah Mohamad Amran, 29.
Menurut Siti Aminah, beberapa minit selepas itu, dia nampak suspek yang memegang sebilah parang berlumuran darah masuk ke dalam banglo dan keluar semula sebelum melarikan diri dengan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm milik majikannya.
"Saya berteriak meminta tolong selepas nampak Datuk terbaring dalam keadaan tertiarap dengan belakang terbelah dan berlumuran darah kerana ditetak dengan parang.
"Datuk mempunyai tiga pekerja yang tinggal di rumah itu iaitu dua pekerja ladang termasuk suspek dan seorang pekerja kuil," katanya ketika ditemui di rumah Anbalagan di Seksyen 7, di sini, petang ini.
Siti Aminah memberitahu, dia mengikut Anbalagan ke banglo tersebut pada pukul 2.40 petang semalam dan ketika kejadian dia sedang menunggu majikannya berhampiran Mitsubishi Storm untuk pulang ke Shah Alam.
Sementara itu, di rumah mangsa di Seksyen 7 di sini, suasana bertukar pilu apabila mayatnya tiba dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pukul 4.30 petang.
Isterinya, Toh Puan A.Thelagam, 48, anak perempuan tunggal, A. Srianantha Valli, 11, dilihat menangis ketika mangsa diturunkan daripada kenderaan mayat.
Thelagam yang juga seorang peguam berasa tidak percaya dengan kejadian yang menimpa suaminya itu.
"Kami sudah berkahwin selama 12 tahun dan saya tidak percaya semua ini berlaku," katanya teresak-esak.
Anak perempuannya, Sri Anantha pula kelihatan tenang dan sempat memberitahu, bapanya berpesan supaya dia sentiasa menjaga diri pada malam terakhir pertemuan mereka iaitu pada Ahad lalu.
Difahamkan, mayat Anbalagan akan disemadikan di Taman Peringatan Nirvana di Seksyen 21, di sini petang ini.
habis
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Peguam mati ditetak pekerja

KLANG 14 Jun - Akibat tidak dibayar gaji dan dendam, seorang pekerja sanggup menetak hingga mati majikannya yang merupakan peguam dan ahli perniagaan, Datuk R. Anbalagan, 56, di Kuil Sri Ramalingeswarari, Kampung Perepat, Kapar, di sini, malam semalam.
Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, mangsa ditemui berlumuran darah dengan kesan luka di belakang badan, muka, bahu dan kedua-dua belah tangannya.
Difahamkan, serangan bermula pukul 9.30 malam ketika mangsa sedang berbincang dengan sami kuil di ruang tamu banglo yang terletak di dalam ladang kelapa sawit miliknya.
Mangsa yang cuba menyelamatkan diri berlari ke dalam kuil di hadapan banglo itu tetapi suspek yang mengejarnya terus menetaknya berkali-kali sebelum dia jatuh dan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Ketika kejadian, pembantu rumah mangsa, seorang wanita warga Indonesia, Siti Aminah Mohamad Amran, 29, seorang sami kuil dan seorang lagi pekerja ladang berada di tempat kejadian.
Suspek yang merupakan warga India dikenali sebagai Rajangam, 26, kemudian melarikan diri bersama barang kemas, senjata dan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang bernombor pendaftaran BHC 9299 milik mangsa.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, suspek berjaya diberkas kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian pukul 10 pagi ini di Jalan Bukit Kapar di sini bersama semua bahan bukti.
"Siasatan percaya suspek membunuh mangsa kerana dendam dan tidak dibayar gaji. Mayat mangsa pula telah dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam dekat sini," katanya di sini hari ini.
Katanya, mangsa meninggalkan seorang anak perempuan, A. Sri Anantha Vali, 11, dan isterinya, Toh Puan A.Thelagam,48, yang juga seorang peguam.
Tambah beliau, suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan ditahan reman esok.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Polis tumpas kegiatan Geng Anton curi kabel

PULAU PINANG 14 Jun - Polis melumpuhkan 'Geng Anton' yang aktif mencuri wayar kabel tembaga sehingga mengakibatkan kerugian RM300,000 dengan tertangkapnya enam suspek termasuk seorang pembeli barangan lusuh dalam Ops Kabel, di sini awal pagi ini.
Enam anggota kumpulan itu yang kesemuanya lelaki ditahan secara berasingan di beberapa lokasi hasil maklumat orang ramai iaitu di Butterworth, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Lai Fah Hin berkata, empat daripada suspek adalah warga Indonesia dan selebihnya rakyat tempatan, berusia 30-an dan 40-an.
Katanya, modus operandi suspek adalah melakukan jenayah itu secara berkumpulan di waktu malam dengan menjadikan tapak pembinaan kilang di Industri Zon Bebas (FIZ) Bayan Lepas sebagai sasaran.
"Mereka akan masuk ke tapak projek lalu mengikat pengawal keselamatan sebelum melarikan kabel menggunakan kereta," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut beliau, polis turut merampas lima buah telefon bimbit, beberapa gulung wayar kabel tembaga, sebuah kereta Proton Wira, lapan buah mesin gerudi dan wang tunai sebanyak RM1,300.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Penarik kereta parah diserang dua lelaki

KOTA BHARU 14 Jun - Seorang penarik kereta nyaris putus lengan kirinya selepas diserang dua lelaki menggunakan senjata tajam di Chica, Kubang Kerian di sini semalam.
Mangsa, Muhamad Zailani Md. Ali, 38, mendakwa, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika dia yang sedang memandu kereta BMW milik rakannya ditahan oleh dua buah kenderaan.
"Secara tiba-tiba di kawasan sebuah stesen minyak di Chica, dua buah kereta mengepung kereta yang saya pandu dan dua lelaki keluar lalu mengarahkan saya keluar. Apabila saya enggan mereka bertindak memecahkan cermin kereta.
"Dalam keadaan kecoh itu saya keluar dari kereta dan mereka terus menyerang dengan melibas menggunakan senjata tajam sehingga mengenai lengan kiri menyebabkan saya tidak sedarkan diri," ujarnya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini hari ini.
Menurut lelaki terbabit, dia kemudian dibantu oleh orang ramai yang menghubungi ambulans dan dibawa ke HUSM.
Bapa kepada lima anak berusia setahun setengah hingga 14 tahun itu mendakwa, tidak mengetahui motif dia diserang oleh kedua-dua suspek yang dikenalinya.
Sementara itu, isterinya, Rosmani Mat Hussein, 38, memberitahu, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa suaminya kira-kira pukul 8 malam selepas dimaklumkan oleh seorang rakan.
"Sebelum kejadian, saya sempat bertemu suami yang baru balik kerja kira-kira pukul 5 petang. Dia keluar semula dengan memberitahu mahu menjual kereta milik kawannya," ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi hari ini memberitahu belum menerima sebarang maklumat berhubung kejadian dan enggan mengulas lanjut.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Perusuh Vietnam dihantar balik

49 pekerja tidak akan didakwa selepas didapati tak serius terbabit rusuhan
SEREMBAN: Seramai 49 pekerja warga Vietnam yang terbabit dalam rusuhan membabitkan lebih 200 orang di asrama sebuah kilang tekstil di Taman Semarak, Bandar Baru Nilai di sini, minggu lalu, akan dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh terdekat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata keputusan itu diambil majikan pekerja terbabit selepas siasatan polis mendapati mereka tidak terbabit secara serius dalam rusuhan mencederakan 23 orang itu.
“Polis juga mendapati tiada keperluan untuk mendakwa mereka, tetapi majikan tetap mengambil keputusan menghantar mereka pulang dan proses ini sedang diuruskan ejen yang dilantik syarikat terbabit.

“Tempoh reman 10 pekerja asing lagi iaitu sembilan lelaki warga Bangladesh dan seorang Vietnam yang tamat hari ini (semalam) dilanjutkan hingga esok bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan berhubung kejadian rusuhan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian bermula kira-kira jam 8.30 malam Selasa minggu lalu, 23 cedera dalam pergaduhan membabitkan lebih 200 pekerja Vietnam dan Bangladesh di asrama kilang itu, dalam kejadian dipercayai berpunca daripada seorang wanita yang cuba dipikat seorang pekerja Bangladesh.

Susulan kejadian itu, polis menahan 58 pekerja asing di asrama berkenaan dengan 45 lelaki Vietnam, empat wanita Vietnam dan sembilan lelaki Bangladesh kerana dipercayai terbabit dalam rusuhan itu dan merampas lebih 1,000 senjata termasuk parang, pisau, batang besi dan kayu yang disembunyikan di kawasan berkenaan.
Selain itu, 10 lagi rakyat Vietnam dan empat warga Bangladesh termasuk dua kanak-kanak turut ditahan kerana tidak mempunyai dokumen sah dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Setiausaha Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan, Datuk Suhaimi Mohd Salleh, berkata kebanjiran pendatang tanpa izin di kawasan sekitar Kawasan Perindustrian Nilai dianggap sebagai isu keselamatan negara.

Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan polis yang memantau situasi di kawasan berkenaan dan menasihatkan kedua-dua agensi itu mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah itu.
Berita Harian Online | Perusuh Vietnam dihantar balik

Dapat semula bekalan elektrik


BEBERAPA peniaga lega dapat menjalankan perniagaan setelah bekalan elektrik disambung semula di Pasar Besar Lama MPKB, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Selepas empat hari bergelap sehingga semua aktiviti perniagaan tergendala, peniaga Pasar Besar Lama MPKB dekat sini menarik nafas lega selepas bekalan elektrik yang sebelum ini diputuskan, disambung semula semalam.

Pengerusi Persatuan Peniaga MPKB, Ab. Salim Ahmad memberitahu, bekalan elektrik di premis berkenaan disambung kira-kira pukul 11.30 pagi semalam membolehkan hampir 200 peniaga kembali menjalankan urusan perniagaan mereka seperti biasa.

Menurutnya, sebuah generator telah dipasang untuk memberi sambungan bekalan elektrik di bangunan pasar tersebut dan difahamkan ia disewa oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

"Apa yang kami dimaklumkan, perniagaan di sini boleh diteruskan sehingga 30 Jun ini tetapi kita masih meneruskan perbincangan untuk kata putus tarikh perpindahan selepas melibat daripada beberapa perkara," katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! Online - Negara

Dipenjara, denda tipu transaksi beli diesel subsidi





ah hock dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Sesyen Ipoh
semalam.


IPOH – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman sehari penjara dan denda RM162,435 ke atas seorang warga emas kerana menipu transaksi pembelian diesel bersubsidi pada Oktober 2010.
Hakim Julie Lack Abdullah ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, Ng Ah Hock, 59, didapati bersalah kerana membuat penipuan berhubung pembelian diesel untuk kegunaan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Matang, Taiping, sedangkan bahan api itu dijual kepada pihak lain.
Menurut Julie Lack, hukuman tersebut dikenakan bagi memberi peluang kepada bapa kepada lima orang anak itu supaya tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.
Sebelum menjatuhkan hukuman, tertuduh merayu supaya hukuman terhadapnya dikurangkan memandangkan ia merupakan kesalahan pertama selain harus menyara dua lagi anaknya yang bersekolah.
“Semasa melakukan kesalahan itu, saya terdesak untuk mendapat wang bagi menampung perbelanjaan perubatan RM300 sebulan kerana menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung,” rayu Ah Hock.
Kosmo! Online - Negara