Search This Blog

Sunday, June 12, 2011

Lima ditahan miliki senjata tajam, gaduh dan dadah di Stadium Nasional

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki bersabit kes memiliki senjata tajam, dadah dan gaduh di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini malam tadi, yang merupakan venue perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Terengganu.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata kelima-lima suspek yang berumur lingkungan 21 dan 35 tahun itu ditahan di pintu masuk stadium dan di luar perkarangan stadium.

"Tiga daripada mereka ditahan dalam pemeriksaan rambang oleh anggota kita di pintu masuk stadium. Pemeriksaan ke atas beg yang di bawa mereka, polis telah merampas senjata tajam seperti pisau, gunting dan spanar manakala seorang daripada tiga suspek itu turut memiliki satu botol air yang diisi dengan air daun ketum," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata dua lelaki lagi ditahan di luar perkarangan stadium kerana menimbulkan kekecohan ekoran bergaduh.

"Kedua-dua suspek...masing-masing adalah penyokong pasukan bola yang bertanding. Berlaku sedikit perselisihan faham antara mereka dan menyebabkan mereka bergaduh sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu polis turut merampas senjata iaitu buku lima yang digunakan seorang daripada mereka," katanya. myMetroLima ditahan miliki senjata tajam, gaduh dan dadah di Stadium Nasional

Lelaki Indonesia ditahan bantu siasatan pembunuhan rakan senegara

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam seorang pekerja lelaki yang juga merupakan warga Indonesia, yang ditemui mati di rumah kongsi di tapak pembinaan di Taman Melati Utama, di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika berada di rumah kongsi di tapak pembinaan berkenaan.

"Dia ditahan pada petang hari kejadian dan polis menahannya bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam itu dan kita akan ambil keterangannya dan siasat dari semua aspek bagi mencari suspek serta individu lain yang mempunyai kaitan dengan kes ini.
"Kita percaya dengan penahanan lelaki berkenaan, maklumat berhubung kejadian sebenar akan diperoleh sekali gus membantu mengenalpasti kesemua suspek yang terlibat," katanya. Dalam kejadian itu, mangsa yang berumur 30 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang pekerja di tapak pembinaan berkenaan kira-kira 7.30 pagi.

Hasil pemeriksaan, polis menemui lapan kesan luka tikaman selain beberapa kesan kelar pada badan mangsa.

Polis tidak menolak kes itu melibatkan seorang wanita dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
myMetroLelaki Indonesia ditahan bantu siasatan pembunuhan rakan senegara

Bekas guru dijel kerana seks dengan pelajar

SEORANG bekas guru sekolah menengah dihukum penjara 10 bulan kerana mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajarnya di bawah umur. Lelaki berusia 25 tahun itu tidak boleh dinamakan demi melindungi identiti pelajar perempuan berumur 16 tahun itu.

Dia guru darjah pelajar tersebut, yang ketika itu berusia 15 tahun.Mahkamah diberitahu bahawa awal tahun lalu guru itu bertukar-tukar nombor telefon dengan pelajar tersebut apabila dia harus mendapatkan surat penjelasan daripada ibu bapanya sebab tidak hadir ke sekolah beberapa hari.Mereka kemudian pergi menonton wayang pada Mac tahun lalu dan menjalinkan hubungan intim. Dua dua bulan kemudian, guru itu pergi ke rumah pelajar tersebut dan mengadakan hubungan seks dengannya.Mereka memutuskan hubungan itu Jun tahun lalu.Hubungan itu terdedah apabila seorang rakan pelajar itu terjumpa gambar mereka berdua-duaan dalam telefon bimbit pelajar itu, dan kemudian menunjukkannya kepada pengetua sekolah.Satu penilaian psikiatrik mendapati bahawa bekas guru itu telah 'keliru akan peranannya sebagai guru atau teman kerana dia seorang guru yang kurang pengalaman disebabkan tiada bimbingan betul'.Di bawah undang-undang dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau kededuanya sekali.Cyberita Online Singapura

Jeneral sedia sertai kerajaan jika adik Thaksin menang

BANGKOK: Jeneral yang mengetuai satu rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah hingga membawa kepada penggulingan kerajaan mantan perdana menteri Thailand, Encik Thaksin Shinawatra, kini bersedia menyertai adik perempuan mantan pemimpin itu jika partinya berjaya membentuk kerajaan baru selepas pilihan raya umum 3 Julai ini.

Jeneral Sonthi Boonyaratglin, kini pemimpin Parti Matubhum, berkata partinya sedia menyertai sama ada kerajaan pimpinan Parti Demokrat atau yang dipimpin oleh Parti Pheu Thai selepas pilihan raya umum itu.'Kami ingin menyertai kerajaan baru sungguhpun jika dipimpin oleh Pheu Thai selepas pilihan raya 3 Julai ini,' katanya kepada agensi berita Bernama, di sini, semalam.Encik Thaksin adalah ketua umum Pheu Thai.Parti Matubhum adalah sebuah daripada tujuh rakan gabungan dalam kerajaan pimpinan Demokrat, sebelum Parlimen dibubarkan pada 10 Mei lalu.Dalam pilihan raya kali ini, kesemua tujuh rakan gabungan parti Demokrat akan bertanding atas tiket parti masing-masing dan bukannya atas tiket gabungan.Bagaimanapun, Jeneral Sonthi menggariskan tiga syarat untuk menyertai kerajaan pimpinan Pheu Thai - bahawa Matubhum harus dipelawa menyertai gabungan itu, berkongsi dasar yang sama dan jawatankuasa Matubhum harus membuat keputusan mengenai perkara itu.Beliau berkata Matubhum boleh menerima Pheu Thai memandangkan dasar parti itu yang agak lebih demokratik berbanding dasar parti Thai Rak Thai pimpinan Encik Thaksin yang sudah dibubarkan.'Tidak timbul apa-apa masalah jika Yingluck mengamalkan cara dan kaedah yang demokratik sungguhpun beliau adalah adik perempuan Thaksin.'Sekiranya beliau mengamalkan cara dan kaedah yang tidak demokratik, sudah tentulah pengundi akan menolak beliau dalam pilihan raya umum ini, sekali gus tidak boleh menerajui kerajaan berikutnya,' kata Jeneral Sonthi.Beliau berkata partinya ingin menyertai kerajaan baru agar dapat melaksanakan dasarnya, termasuk berhubung pendidikan, ekonomi dan menyelesaikan masalah di selatan Thailand.Ditanya sebab beliau memilih kaedah demokratik sekarang dengan menyertai pilihan raya, sedangkan beliau menggunakan cara tidak demokratik menggulingkan pentadbiran Encik Thaksin pada 19 September 2006, beliau berkata rampasan kuasa itu dilancarkan kerana kerajaan ketika itu merupakan diktator.'Rampasan kuasa 2006 bukanlah untuk memusnahkan demokrasi sebaliknya untuk menyelamatkan demokrasi.'Kerajaan ketika itu tidak demokrasi tetapi sebuah kerajaan diktator dalam ekonomi dan Parlimen... memberi manfaat hanya kepada segelintir orang menerusi monopoli ekonomi dan mengawal kebebasan,' kata Jeneral Sonthi, yang ketika itu merupakan Panglima Angkatan Tentera Thailand. -- Bernama.Cyberita Online Luar Negara

Ribuan penduduk Syria larikan diri ke Turkey

AMMAN: Tentera Syria terus menuju ke sebuah bandar sempadan semalam bagi menyerang musuh-musuhnya yang 'bersenjata', kata satu laporan sebuah stesen televisyen.

Ini selepas sekitar 2,800 penduduk bergegas melarikan diri ke Turkey kerana bimbangkan serangan tentera ke atas protes-protes yang menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.Sedang Syria menghadapi satu lagi pusingan demonstrasi prodemokrasi selepas solat Jumaat semalam, sebuah akhbar Turkey berkata Ankara sedang mencari jalan mewujudkan satu zon penimbal di sepanjang sempadan jika ratusan ribu rakyat Syria cuba melarikan diri.Pihak berkuasa Syria awal minggu ini berkata 'geng-geng bersenjata' telah membunuh lebih 120 kakitangan pasukan keselamatan di Jisr al-Shughour, sebuah bandar 50,000 penduduk di kawasan sempadan barat laut Syria.Namun, para aktivis hak asasi berkata sejumlah orang awam terbunuh selepas pasukan keselamatan enggan menembak ke arah pemberontak dan pertempuran tercetus antara askar-askar yang taat dengan mereka yang memberontak.Kumpulan-kumpulan hak asasi berkata lebih 1,100 orang awam yang terbunuh sejak Mac lalu dalam protes-protes terhadap pemerintahan keluarga Encik Assad selama 41 tahun.'Wartawan kanan kami di Jisr al-Shughour memberitahu bahawa sebagai gerak balas terhadap gesaan orang ramai, unit-unit Tentera Arab Syria memulakan tugasnya di Jisr al-Shughour... untuk menangkap para anggota kumpulan bersenjata,' kata stesen televisyen milik pemerintah itu.Para penduduk berkata askar dan kereta-kereta kebal bergerak masuk ke kampung Sarmaniya, kira-kira 10 kilometer ke selatan Jisr al-Shughour, dan memotong semua wadah perhubungan di kawasan itu.'Mereka memulakannya seperti biasa dengan menggunakan mesingan menembak ke arah kampung itu. Tetapi para penduduk Sarmaniya kebanyakannya sudah meninggalkan tempat itu.'Ratusan askar dan anggota pasukan keselamatan telah belot sejak beberapa hari lalu. Mereka (pasukan pro-Assad) mungkin berfikir bahawa mereka akan dapat mencari beberapa orang daripada mereka di Sarmaniya,' kata seorang saksi, yang bercakap menerusi telefon dari kawasan pinggiran Jisr al-Shughour.Para aktivis hak asasi menyiarkan satu video yang didakwa daripada Leftenan Kolonel Husseon Armoush di laman YouTube, sambil berkata bahawa beliau telah belot dengan beberapa askar lain untuk 'menyertai barisan orang ramai yang meminta pembebasan dan demokrasi'. -- ReutersCyberita Online Luar Negara

Ribuan warga China dan Taiwan ditangkap di seluruh Asia

KOMPLOT MENIPU MENERUSI TELEFONPHNOM PENH: Ratusan warga China dan Taiwan telah ditangkap di seluruh Asia dalam satu operasi antarabangsa yang disasarkan kepada komplot-komplot penipuan melalui telefon di beberapa negara, kata para pegawai di beberapa negara semalam.Kebanyakan penangkapan itu dibuat di Indonesia dan Kemboja iaitu seramai 177 dan 166 orang telah ditahan dalam satu tindakan keras ke atas para penjenayah yang menggunakan khidmat telefon Internet untuk menipu wang ribuan mangsa mereka di seluruh rantau itu.

Di Malaysia, pihak polis di Borneo telah menahan 27 warga China dan 10 warga Taiwan kerana didakwa menipu orang ramai melakukan pembayaran denda trafik palsu, kata laporan agensi berita rasmi Bernama dan akhbar New Straits Times (NST).Pihak polis Thailand pula berkata mereka telah menangkap empat suspek, seorang wanita Taiwan dan tiga warga Thai, dalam serbuan ke atas tujuh lokasi di Bangkok, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh polis Taiwan.Mereka berkata seorang wakil polis Taiwan hadir semasa penangkapan itu dibuat.Operasi besar-besaran polis itu kelihatannya seperti satu gerak balas tersusun kepada maklumat-maklumat dari pihak berkuasa di China dan Taiwan, meskipun tidak satu pun daripada dua negara itu yang mengesahkan atau menafikan pembabitan mereka apabila dihubungi oleh agensi berita AFP.Biro Siasatan Jenayah Taiwan berkata ia masih mengesahkan laporan-laporan penangkapan itu, manakala kementerian keselamatan awam China berkata ia tidak dapat mengulas dengan segera.Ketua polis Jakarta, Jeneral Sutarman, berkata 76 warga China dan 101 warga Taiwan telah ditahan di 15 lokasi berlainan di ibu kota Indonesia 'berikutan permintaan oleh polis China dan Taiwan'.Beliau berkata para suspek itu akan menyewakan rumah-rumah mereka yang dilengkapkan dengan akses Internet jalur lebar dan membuat panggilan telefon menerusi Internet 'kepada ramai mangsa di China, Taiwan, Filipina dan Vietnam dan mereka berlagak seperti seorang pegawai untuk memeras ugut wang'.Butir-butir mengenai komplot penipuan itu belum jelas dan kelihatannya berbeza-beza dalam negara-negara tertentu. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Bantah kenaikan diesel

KUALA LUMPUR 11 Jun – Kira-kira 700 nelayan dan pengusaha bot melancarkan tunjuk perasaan di Perlis, Pahang dan Johor hari ini kerana membantah kenaikan harga diesel untuk bot nelayan berkuat kuasa bulan ini.
Demonstrasi aman tersebut dilakukan kerana rata-rata mereka tidak dapat menyerap kos kenaikan harga diesel kepada RM1.80 seliter bermula 1 Jun lalu berbanding RM1.25 seliter harga subsidi kerajaan sebelum itu.
Pengerusi Persatuan Peniaga Ikan dan Pengusaha Bot Kuala Perlis, Yeoh Gin Keat berkata, pemansuhan subsidi diesel bot perikanan laut dalam Zon C2 sekali gus menyebabkan hasil tangkapan berkurangan kerana kos operasi semakin meningkat.
Katanya, selain kos tambahan untuk beroperasi, para nelayan turut menghadapi ancaman lanun bersenjata termasuk pencerobohan pihak penguat kuasa negara jiran yang dikatakan sering memasuki perairan negara.
“Berikutan bebanan itu, kami mengambil keputusan menghentikan operasi dan ramai daripada kami yang telah menjual bot masing-masing kerana tidak mahu menanggung rugi,” katanya di sini, hari ini.
Di PAHANG, Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak berkata, kenaikan itu menyebabkan pemilik bot tidak mampu menanggung kos diesel yang meningkat bagi mengisi 12,000 liter diesel bagi setiap perjalanan.
“Kita tidak boleh cari makan jika keadaan ini berterusan kerana dengan situasi sekarang, kami berdepan dengan kerugian antara RM6,000 hingga RM7,000.
“Dengan harga diesel lama, kami hanya mendapat untung antara RM1,000 hingga RM2,000,” ujarnya.
Sementara itu di JOHOR, jurucakap kumpulan nelayan, Tan Ah Fatt, 41, berkata, ramai pemilik bot laut dalam di Endau dan Tanjung Gemuk terpaksa menanggung kos diesel yang berganda selain hasil tangkapan yang tidak menentu menyebabkan mereka mengalami kerugian.
Dakwanya, kos bagi menampung kenaikan harga diesel telah mencecah RM12,000 sebulan dan sangat membebankan mereka sehingga menyebabkan banyak bot C2 tersadai di Kuala Sungai Endau kerana tidak dapat turun ke laut.
“Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ditambah pula hasil tangkapan yang belum pasti memberi pulangan setimpal, kini mereka terpaksa pula menanggung beban kenaikan kos diesel. Mungkin lebih ramai pemilik bot yang tidak mahu turun ke laut kerana takut mengalami kerugian,” jelasnya.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Kanak-kanak mati ditikam

SANDAKAN 11 Jun – Seorang lelaki yang hilang sabar dengan bunyi bising anak jirannya, mengamuk dan bertindak menikam tiga beradik dengan senjata tajam mengakibatkan salah seorang daripadanya maut akibat cedera parah.
Dalam kejadian di Flat MPS Karamunting Jalan Batu Sapi, dekat sini pukul 2 petang semalam itu, Ahmad Khir Hadari Awang, 6, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent.
Abang mangsa, Mohd Fadley Syarie Awang, 12, dan Nur Salinah Sahira, 10, masih lagi dirawat di wad berasingan di hospital sama.
Semasa kejadian, Ahmad Khir Hadari bersama kakak dan abangnya serta beberapa ahli keluarga lain sedang berada di dalam rumah mereka di tingkat dua flat berkenaan.
Menurut saksi, seorang lelaki yang tinggal di tingkat satu flat sama tiba-tiba menyerbu masuk rumah itu sebelum bertindak menikam tiga beradik tersebut.
Nur Salinah yang cedera sempat berlari keluar bagi meminta pertolongan daripada orang ramai manakala suspek berusia 20-an pula melarikan diri.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Fadzil Mohd. Ali ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, suspek berjaya ditahan ketika bersembunyi di kawasan berdekatan.
Tambahnya, kes tersebut akan disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bapa mangsa, Awang Ahmad yang juga bekas wartawan sambilan Utusan Malaysia berkata, ketika kejadian dia berada di pejabatnya di bandar dan isterinya pula menyelesaikan urusan keluarga.
Menurutnya, dia sama sekali tidak menduga kejadian tragis itu akan berlaku kepada ahli keluarganya hanya kerana perkara kecil tersebut.
“Saya kini sedang mengurus jenazah anak saya untuk dibawa pulang dan dikebumikan,” katanya.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Dera amah: Reman suami isteri dilanjut

KUALA LUMPUR 11 Jun - Polis telah menyambung reman enam hari lagi terhadap sepasang suami isteri bagi melengkapkan kertas siasatan kes dera sehingga mengakibatkan kematian seorang pembantu rumah warga Indonesia, Isti Komariyah, 26, Ahad lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, setakat ini, pihaknya telah menerima laporan kimia berhubung kematian mangsa kira-kira pukul 3 petang semalam.
"Laporan itu telah dihantar ke Jabatan Patologi untuk dianalisis sebelum mengetahui punca sebenar kematian mangsa," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, Isti yang dipercayai didera di Taman Sea, Petaling Jaya dibawa oleh majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), tetapi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital itu.
habisUtusan Malaysia Online - Jenayah

Pantai Puteri dilanda ribut


MELAKA 11 Jun – Lebih 2,000 orang terdiri daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan orang awam yang menghadiri program Eksesais Pertahanan Awam peringkat kebangsaan di Pantai Puteri di sini, panik apabila lima khemah yang digunakan dalam program itu diterbangkan angin ribut semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pukul 9 pagi itu ketika program tersebut sedang berlangsung yang disertai kira-kira 1,500 anggota JPAM dari seluruh negara.
Menurut Pengarah JPAM negeri, Phang Ah Lek, seorang anggotanya cedera ringan dalam kejadian itu namun hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar selepas terkena sebahagian batang besi khemah yang diterbangkan ribut.
Katanya, program selama tiga hari itu yang bermula hari ini bertujuan meningkatkan skil kemahiran anggota JPAM seperti latihan tahan lasak laut, tugas menyelamat, kawad kaki, masakan kecemasan dan melawan kebakaran.
“Ada lebih 100 khemah bersaiz kecil dan besar dipasang di tapak program tetapi hanya kira-kira lima khemah sahaja tercabut dalam kejadian itu yang hanya berlangsung kira-kira 15 minit.
“Mujurlah tiada berlaku kejadian yang tidak diingini malah semua khemah tercabut dapat dipasang semula secara gotong-royong bersama anggota dan penduduk,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Katanya, sebelum kejadian, hujan melanda tapak program namun masih tidak menghalang anggota dan pengunjung membanjiri tempat berkenaan bagi memeriahkan acara di situ.
“Bagaimanapun, angin tiba-tiba berubah menjadi kuat dan sekejap sahaja, beberapa khemah yang dipasang sejak semalam, diterbangkan angin,” katanya.
Katanya, sejurus selesai khemah terbabit dipasang semula, pihaknya menyambung semula program Eksesais Pertahanan Awam berakhir Ahad ini.
Utusan Malaysia Online - Selatan

6 keluarga tinggal sehelai sepinggang




Keadaan sebuah rumah yang hangus terbakar melibatkan lapan rumah di Pondok Pak Su Wel, Kampung Dangar, Pasir Mas, semalam.


PASIR MAS 11 Jun - Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila lapan rumah di Pondok Pak Su Wel, Kampung Dangar dekat sini musnah dalam kebakaran petang ini.
Ketua Operasi Balai Bomba Pasir Mas, Abdul Kadir Che Ya berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang dan ketika anggota bomba tiba ke tempat kejadian, empat rumah sudah musnah.
Bagaimanapun, beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan, manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.
"Pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 5.08 petang dan tiba di tempat kejadian pada pukul 5.25 petang kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
"Tiga daripada lapan rumah itu hanya terbakar 50 peratus kerana anggota kita bertindak pantas mengawal kebakaran," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Sementara itu, seorang mangsa, Nora Bedolah, 38, berkata, semasa kejadian, dia bersama anak tunggalnya, Firdaus Che Ismail, 4, berada di dalam rumah.
"Sebaik sahaja menjenguk melalui tingkap, saya ternampak asap dan api sedang marak membakar beberapa rumah berhampiran bermula di bahagian lantai.
"Saya tidak berfikir apa-apa lagi selain menyelamatkan diri bersama anak dengan keluar dari rumah sehelai sepinggang sebelum menghubungi pasukan bomba," katanya.
Utusan Malaysia Online - Timur

Enam rumah dipukul ribut




PENDUDUK kampung bergotong-royong membantu membersihkan rumah yang dihempap pokok tumbang di Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi, kelmarin.


KOTA TINGGI 11 Jun – Enam buah rumah mengalami kerosakan pada bumbung sementara sebuah kereta rosak teruk akibat dihempap pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di dua buah kampung di sini semalam.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang yang melibatkan Kampung Temenin Lama dan Kampung Temenin Baru tetapi tiada kecederaan serius dilaporkan.
Salah seorang penduduk Kampung Temenin Baru, Norlela Tik, 41, berkata, ketika kejadian terdapat 15 ahli keluarganya termasuk dari sebelah iparnya sedang leka berbual di ruang tamu.
“Hujan luar biasa dan deruan angin kencang membuatkan saya rasa kurang senang. Tidak lama kemudian terdengar rekahan kuat dan apabila saya keluar, pokok manggis sebesar pemeluk kira-kira tiga meter dari rumah tumbang mengenai beranda rumah dan kereta milik ipar saya,” katanya ketika ditemui.
Iparnya, Zaini Atan, 47, berkata, keretanya itu baru dibeli kira-kira enam bulan lalu dan dia melihat dengan jelas bagaimana bumbung bahagian beranda rumah diterbangkan angin sebelum pokok manggis itu tumbang.
“Melihatkan keadaan itu saya terus berlari meredah hujan sambil menjerit ke arah (penghuni) rumah supaya berjaga-jaga bagi menyelamatkan diri.
“Bagaimanapun saya bersyukur kerana kejadian berlaku hanya setakat itu malah semua ahli keluarga selamat,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki, yang datang melawat rumah mangsa sebaik sahaja dimaklumkan kejadian itu, berharap mereka yang terlibat agar bersabar menerima dugaan itu.
Beliau meminta semua mangsa yang terlibat supaya mendaftar dan melaporkan kejadian kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan kerja-kerja penyelarasan bantuan.
Utusan Malaysia Online - Johor

Seorang maut, 2 parah


SELAMAT... Awang Ahmad bersama isterinya melawat Mohd Fadli yang cedera di hospital Duchess Of  Kent, Sandakan.
SELAMAT... Awang Ahmad bersama isterinya melawat Mohd Fadli yang cedera di hospital Duchess Of Kent, Sandakan.

SANDAKAN: Tidak tahan mendengar tiga anak saudaranya berbuat bising, seorang lelaki berusia 20-an merodok dan mengelar tiga kanak-kanak itu menggunakan pisau hingga menyebabkan seorang maut di pangsapuri Majlis Pembandaran Sandakan, Jalan Batu Sapi, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Mohd Khairadri Awang Ahmad, 6, ditemui mati dalam keadaan ngeri akibat cedera parah di perut, dipercayai dirodok dengan senjata tajam.

Abangnya, Mohd Fadli Zairi, 12, turut dikelar di dada manakala kakaknya, Nur Salinah, 10, cedera di pergelangan tangan. Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Duchess of Kent dan dikatakan masih trauma.
Difahamkan, ibu bapa mangsa tiada di rumah ketika kejadian kerana bekerja dan meninggalkan anak mereka bersendirian, sementara suspek menetap di tingkat bawah rumah pasangan itu.

Suspek dikatakan berehat di rumahnya manakala tiga beradik itu bermain di rumah mereka.

Bagaimanapun, suspek yang terganggu dengan perbuatan anak buahnya yang nakal itu menegur mereka supaya tidak berbuat bising.
Namun, arahan lelaki berkenaan hanya bertahan seketika apabila ketiga-tiga beradik itu kemudian mengulangi perbuatan sama dengan berbuat bising.

Keadaan itu menyebabkan suspek berang dan terus menuju ke rumah mangsa di tingkat atas lalu memarahi mereka.
Selepas dimarahi, suspek secara tiba-tiba menuju ke dapur dan mengambil sebilah pisau sebelum menikam dan mengelar tiga beradik itu.

Selepas merodok perut Mohd Khairadri, suspek mengelar Mohd Fadli di dada manakala Nur Salinah dikelar di pergelangan tangan.

Bagaimanapun, Mohd Fadli dan Nur Salinah sempat melarikan diri dan meminta bantuan jiran bersebelahan rumah.

Terkejut melihat kedua-dua beradik itu berlumuran darah, jiran terbabit terus menuju ke rumah mangsa dan melihat Mohd Khairadri terbaring berlumuran darah dalam keadaan tidak bermaya manakala suspek melarikan diri.

Jiran mangsa kemudian membawa tiga kanak-kanak itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum Mohd Khairadri disahkan meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan kira-kira jam 8 pagi semalam di stesen minyak di Jalan Karamunting.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.myMetroSeorang maut, 2 parah

Gagal kawal nafsu


NASIHAT... Raimi diberi nasihat mengenai disiplin sebagai pemandu teksi oleh Presiden Pengusaha Teksi Dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli) Datuk Aslah Abdullah.
NASIHAT... Raimi diberi nasihat mengenai disiplin sebagai pemandu teksi oleh Presiden Pengusaha Teksi Dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli) Datuk Aslah Abdullah.
KUALA LUMPUR: Jadi hamba pelayan pelanggan (GRO). Itu istilah tepat menggambarkan kebodohan sebilangan pemandu teksi yang sanggup menjadi pak turut kepada GRO di ibu kota semata-mata untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan memuaskan nafsu serakah.
Tugas mereka hanya perlu menghantar pergi balik GRO berkenaan ke lokasi kerja dan rumah, selain turut menyediakan penghantaran ke hotel tertentu jika menerima ‘langganan luar’.

Sebagai upah, pemandu teksi terbabit diberi wang ‘ekstra’ tambang teksi, tetapi selalunya mereka hanya dibayar dengan habuan seks.

Akibat jerat GRO ini, ramai pemandu teksi kehilangan pendapatan harian yang sepatutnya mereka peroleh, malah ada yang lingkup sehingga teksi ditarik balik oleh syarikat sewaan teksi kerana gagal membayar sewa harian.

Hal ini didedahkan seorang pemandu teksi yang hanya ingin dikenali sebagai Ramli Ahmad, 38, yang mengakui turut menjadi mangsa ‘dipermainkan’ GRO sehingga dia kehilangan teksi sewaan, manakala rumah tangganya porak peranda.
myMetroGagal kawal nafsu

Suspek sembunyi di KL


GEORGETOWN: Lelaki yang didakwa menipu 103 ahli rombongan ke Kota Kinabalu, Sabah melalui pakej pelancongan harga murah, kini dikatakan sudah melarikan diri ke Kuala Lumpur.
Seorang mangsa yang juga rakan karib kepada isteri lelaki terbabit, Fazirah Ghazali, 39, berkata dia pergi ke rumah lelaki berkenaan di Sungai Puyu, Butterworth, kelmarin.

“Bagaimanapun, isteri lelaki itu memberitahu suaminya tidak pulang ke rumah sejak kejadian dan dia turut mendakwa tidak tahu mengenai kejadian yang berlaku.
“Saya juga cuba menghubungi lelaki berkenaan untuk memintanya mengembalikan wang RM36,000, tetapi telefon bimbitnya dimatikan,” katanya.

Semalam akhbar melaporkan, 103 orang, sebahagian besarnya warga emas dari sekitar Alor Setar dan negeri ini, mendakwa ditipu seorang lelaki yang menganjurkan pakej percutian murah empat hari tiga malam ke Sabah.

Kumpulan itu yang dijadualkan berlepas ke negeri itu malam Khamis lalu kecewa apabila terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini, selepas lelaki yang sepatutnya menguruskan pemergian mereka tidak hadir.
Lebih mengecewakan rombongan berkenaan apabila mendapati tiada tempahan penerbangan dibuat oleh lelaki terbabit bagi membolehkan mereka ke Sabah seperti dijadualkan.

Ahli rombongan berkenaan mendakwa mereka membayar antara RM300 hingga RM500 seorang.
Fazirah yang juga koordinator percutian berkata, dia menerima panggilan daripada anggota polis yang menyiasat kes berkenaan, yang memaklumkan ahli keluarga lelaki itu akan membayar ganti rugi kepada peserta yang ditipu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Superintendan Baharudin Mustafa berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengenai kejadian itu.
myMetroSuspek sembunyi di KL

4 lagi pelatih ditahan


LEDANG: Empat lagi pelatih Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen) di Bukit Gambir, Muar, dekat sini, yang melarikan diri sejak 24 jam lalu, berjaya dikesan polis di tiga lokasi berasingan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Muhammad Salleh Abd Razak berkata, seorang pelatih yang melarikan berjaya dikesan polis kira-kira jam 9 malam kelmarin di sekitar kawasan pusat berkenaan.

Menurutnya, tangkapan kedua dilakukan di sekitar pekan Panchor ketika seorang pelatih merayau-rayau jam 1 pagi semalam.
“Manakala dua lagi suspek berjaya ditahan di sebuah kebun sayur di kawasan Batu 18 dekat Sengkang, jam 1.30 tengah hari tadi (semalam).

“Semua suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an itu akan ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Menurutnya, dengan penangkapan empat pelatih itu, polis kini meningkatkan usaha bagi mengesan seorang lagi pelatih yang masih bebas.
Katanya, polis yakin pelatih itu dapat dikesan dalam masa terdekat dan berharap orang ramai terus menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

“Kejayaan menahan empat pelatih itu hasil kerjasama orang ramai yang menyalurkan maklumat dan ketangkasan polis melakukan rondaan.
“Berikutan itu, saya yakin pelatih yang masih bebas itu akan ditahan tidak lama lagi,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan, 16 pelatih ditahan semula selepas hanya 10 jam melarikan diri dari Puspen berikutan rusuhan yang dilakukan mereka, Khamis lalu.

Muhammad Salleh berkata, seramai 13 pelatih ditemui polis ketika bersembunyi di bawah jambatan manakala tiga lagi dikesan di sekitar kawasan pusat pemulihan berkenaan.

Katanya, polis akan meluaskan kawasan pencarian mereka bagi mengesan suspek yang melarikan diri dan orang ramai yang ada maklumat mengenainya boleh menghubungi di talian 019-2799429 atau datang ke balai polis berhampiran.

myMetro4 lagi pelatih ditahan

Pelajar mangsa lelaki gila seks


BUKIT MERTAJAM: Kerana tidak tahan menjadi pemuas nafsu lelaki gila seks, seorang pelajar menceritakan kejadian berkenaan kepada bapanya, Rabu lalu sebelum membuat laporan polis mengenainya.
Mangsa, pelajar lelaki berusia 15 tahun yang tinggal di sebuah flat di sini, mendakwa dipaksa melakukan seks oral oleh seorang lelaki juga jirannya setiap kali isteri lelaki berkenaan tiada di rumah.

Menurut sumber polis, mangsa mengenali lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit kira-kira sebulan lalu dan suspek dikatakan baru berpindah ke situ serta tinggal di tingkat bawah blok flat yang sama dengan pelajar berkenaan.
“Mangsa mengenali lelaki berkenaan selepas isterinya sering meminjam cakera padat digital (DVD) filem terbaru daripadanya.

“Daripada perkenalan itulah, mangsa yang tidak mengetahui lelaki terbabit mempunyai niat jahat terhadapnya pergi ke rumahnya dua minggu lalu sebelum dia dipaksa melakukan seks oral,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan ketika itu mengugut akan memukul mangsa jika dia menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa hingga membuatkan pelajar itu takut untuk mendedahkan perbuatan kejinya.
“Sejak kejadian pertama, mangsa dipaksa melakukan perbuatan tidak senonoh terbabit dan ia berulang dua kali lagi di rumah lelaki berkenaan.

“Lelaki itu dikatakan mengambil kesempatan memaksa mangsa melakukan perbuatan terbabit ketika isterinya tiada di rumah,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang tidak tahan lagi dengan perlakuan lelaki terbabit mengambil keputusan menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum membuat laporan polis.

Difahamkan, polis kini memburu suspek yang dikatakan menghilangkan diri apabila mengetahui mangsa membuat laporan polis.
myMetroPelajar mangsa lelaki gila seks

Rempuh pembahagi jalan


KUALA TERENGGANU: “Mujur saya sempat elak ke tengah di pembahagi jalan, kalau tidak mesti banyak kereta kena rempuh,” kata Razak Chik, 59, apabila lori pasir dipandunya merempuh pembahagi jalan dan tiang lampu di depan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini, jam 1 tengah hari semalam.
Menceritakan detik cemas itu, Razak berkata, ketika itu dia dalam perjalanan dari Batu Enam, di sini, menghala ke Jalan Pejabat, di sini, membawa muatan tar untuk projek meratakan jalan di situ.

Katanya, sebaik tiba di depan IPK Terengganu lampu trafik di persimpangan Jalan Sultan Omar itu berwarna merah dan dia memperlahankan kenderaan.
“Namun brek gagal berfungsi ketika itu, malah cubaan saya menggunakan brek tangan juga tidak berhasil, menyebabkan lori terus bergerak.

“Melihatkan kereta banyak di depan, saya mengambil tindakan pantas dengan membelok ke tengah di pembahagi jalan untuk memberhentikan kenderaan sebelum merempuh sebuah tiang lampu di situ,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pelanggaran itu menyebabkan tangki air lorinya pecah, namun masih boleh bergerak.
Begitupun, dia bersyukur insiden itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa dan dia juga tidak cedera, manakala sebuah kereta Perodua Myvi remuk di bumbung terkena lampu hiasan jalan di situ.
myMetroRempuh pembahagi jalan

Ugut tembak


SUEZ: “Anda pergi, kami tembak.” Itu antara ungkapan sekumpulan anggota tentera kepada penulis dan jurugambar melalui jurubahasa dan pemandu tempatan ketika hendak melepasi satu sekatan jalan raya di lebuh raya menghubungkan Kaherah ke Suez, dalam perjalanan ke kawasan pelancongan, Sham El-Sheikh.
Sekatan berkenaan dikatakan dibuat secara tiba-tiba akibat serangan samseng bersenjata yang dikenali sebagai Beltagi.

Perkembangan itu menyebabkan jurubahasa penulis kurang senang dan mengarahkan pemandu merempuh sekatan kawalan tentera di jalan menuju ke Sinai itu.
Ini kerana sebelum ini laluan berkenaan tidak pernah ditutup, namun tindakan itu tidak membawa ke mana-mana apabila pasukan keselamatan berkenaan terus menghalang laluan dengan tong dan kawat duri, sekali gus menyebabkan rombongan penulis ditahan seketika.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi (waktu tempatan) ketika perintah berkurung tinggal kira-kira sejam setengah lagi, selain rombongan penulis dan sekumpulan lelaki Arab turut bertekak dengan pasukan keselamatan berkenaan yang dilihat melepaskan beberapa kenderaan awam di belakang selepas pemandunya menunjukkan kad tentera.

“Mengapa dia dilepaskan, sekalipun dia pegawai tentera, dia tidak beruniform dan tidak menggunakan kenderaan rasmi tentera, jadi dia sepatutnya tidak mendapat keistimewaan kerana dia bukan menjalankan tugas rasmi... dia sama seperti kami yang malah mungkin melalui jalan sini untuk bercuti, sedangkan kami membawa amanah rakyat untuk menghantar bekalan bahan mentah,” kata seorang pemandu lori.
Ketika dimaklumkan rombongan penulis dari Malaysia, pasukan keselamatan bertanya tujuan melalui jalan berkenaan.

Penulis memberitahu ingin ke Sinai, Taba dan untuk melihat beberapa tempat menarik di sana.
Kemudian, rombongan penulis dilayan penuh sopan dan kerana Subuh hampir tamat kira-kira jam 4 pagi, dibenarkan menunaikan solat di pos kawalan tentera berkenaan dan diberi jaminan dapat meneruskan perjalanan selepas jam 5 pagi.

Bagaimanapun, cubaan jurugambar untuk merakam insiden berkenaan tidak dibenarkan pegawai tentera muda (Mesir mengamalkan sistem kerahan tenaga) yang bertugas dipercayai mempunyai kaitan dengan faktor keselamatan berikutan laluan dipenuhi bukit bukau dan padang pasir itu sering menjadi laluan samseng bersenjata serta ejen perisikan Israel.

Beberapa kereta kebal turut kelihatan berada sekitar kawasan padang pasir berkenaan, namun penulis difahamkan ia hanya ‘replika’ kerana bukan kenderaan tempur sebenar dimiliki Mesir.

Mesir sebenarnya memiliki kenderaan ketenteraan lebih canggih yang tidak mahu ditonjolkan kepada orang ramai, terutama perisik Israel yang sering menggunakan laluan itu.

Perjalanan penulis ke Sham El Sheikh mengambil lebih 14 jam dengan melalui sekurang-kurangnya 10 pemeriksaan keselamatan.

Penulis terpaksa tidur di kawasan tumpuan penyelam, Dahab, untuk mengelak kadar bilik sewa hotel yang tinggi.

Kekurangan pelancong di bandar pelancongan Dahab itu menyebabkan urusan ekonomi dijalankan dalam matawang Euro dan tempatan.
myMetroUgut tembak

Penceroboh hospital kena tangkap


KUALA TERENGGANU: Kes pencerobohan yang kerap berlaku di kawasan Hospital Nur Zahirah (HSNZ), di sini, sejak beberapa bulan lalu mula terungkai apabila dua lelaki ditangkap selepas dilihat memecah masuk rumah penyelia di asrama doktor, awal pagi semalam.
Tindakan pantas pengawal bertugas mendapatkan bantuan selepas terdengar bunyi bising dari rumah penyelia itu berjaya mengepung suspek yang cuba melarikan diri selepas menyedari perbuatannya disedari pengawal di lokasi terbabit.

Menurut saksi yang enggan dikenali, kejadian berlaku jam 3.30 pagi ketika dia menjalankan rondaan di kawasan sekitar lokasi asrama doktor, dia berasa curiga selepas terdengar bunyi pintu terkopak di kawasan berhampiran.
Dia yang ternampak kelibat manusia menyembunyikan diri di rumah penyelia itu cuba berlakon seperti tidak melihatnya supaya suspek tidak bertindak agresif.

Katanya, selepas beberapa langkah berjalan dari kawasan pencerobohan, dia terus mendapatkan bantuan rakan pengawal selain memantau pergerakan penceroboh.

“Suspek mula mengatur langkah apabila menyedari perbuatan jenayahnya disedari pengawal bertugas sebelum cuba melarikan diri menerusi pintu pagar belakang dan menuju ke tempat rakannya yang menunggu berhampiran kereta dinaiki mereka sebelum ini.
“Situasi menjadi cemas apabila lelaki yang dikepung itu cuba merempuh keluar dari kawasan terbabit tanpa mengendahkan amaran berhenti daripada beberapa pengawal di situ, namun berjaya ditangkap beberapa minit kemudian hasil tindakan pantas semua pihak,” katanya.

Menurutnya, seorang lagi suspek yang berada berhampiran kenderaan dinaiki mereka, melarikan diri ke bahagian wad pesakit dan berjaya ditahan pasukan pengawal yang mengejar suspek dari tingkat lapan hingga kawasan parkir tingkat bawah.
Katanya, usaha suspek meminta belas simpati daripada pengawal dengan memberi alasan menceroboh rumah penyelia itu bagi menampung kos perubatan isterinya tidak mendapat perhatian kakitangan hospital yang menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, kawasan asrama doktor di HSNZ kerap dilaporkan berlaku kes kecurian serta pencerobohan sejak beberapa bulan lalu, menyebabkan pihak berwajib terpaksa menampung kos kerugian terhadap semua kehilangan harta benda di kawasan HSNZ.
myMetroPenceroboh hospital kena tangkap

Bomoh rogol


MIRI: Malang bagi seorang wanita apabila niatnya menemui bomoh dengan harapan masalah rumah tangga dialami sejak beberapa bulan lalu berjaya dipulihkan bertukar mimpi ngeri apabila mendakwa dirogol lelaki terbabit, April lalu.
Kejadian berlaku apabila mangsa berusia 30-an itu yang mengalami masalah rumah tangga, bertemu bomoh terbabit di sebuah perkampungan tidak jauh dari bandar raya ini dengan ditemani seorang rakan.

Difahamkan, episod hitam bermula apabila suspek berusia 50-an menjalankan upacara dengan mengarahkan mangsa mandi bunga terlebih dulu bagi membuang ‘sial’ dalam tubuh wanita itu sebelum membawanya ke bilik untuk rawatan seterusnya.
Menurut sumber, ketika di dalam bilik, bomoh terbabit menyuruh mangsa membayangkan dia sebagai ‘suaminya’ sebelum mengarahkan wanita terbabit memegang kemaluannya.

Kata sumber itu, mangsa tidak menyedari niat jahat bomoh terbabit kerana menganggap ia sebahagian rawatan yang perlu dilalui.

“Mangsa dikatakan menuruti semua arahan bomoh berkenaan sebelum lelaki itu merogolnya. Rakannya yang menunggu di luar tidak mengetahui kejadian menimpa mangsa ketika itu.
“Selepas kejadian itu, mangsa tidak memaklumkan kepada sesiapapun, namun dia mula curiga terhadap ‘kemujaraban’ penangan bomoh terbabit sebelum memutuskan untuk membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, mangsa hanya membuat laporan petang semalam, iaitu dua bulan selepas kejadian.
myMetroBomoh rogol

Remaja ditemui leher hampir putus


SERI ALAM: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dipercayai cuba melawan penyerangnya sebelum ditemui berlumuran darah dan lehernya hampir putus disyaki ditetak menggunakan parang di sebuah apartmen di Masai, di sini, petang kelmarin.
Kematian mangsa yang hanya dikenali sebagai Surendra disedari orang ramai selepas mengesyaki kejadian buruk berlaku di apartmen milik remaja berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan berhubung pembunuhan itu masih dijalankan.
Roslan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada orang ramai sebelum bergegas ke lokasi dan menemui mayat mangsa dalam keadaan mengerikan.

“Selain kesan tetakan pada belakang leher hingga menyebabkan kepalanya hampir putus, kami menemui kesan luka di tangan dan beberapa bahagian badan, disyaki disebabkan senjata tajam.

“Ketika diserang, mangsa dipercayai cuba menahan tetakan menyebabkan dia cedera di tangan, sebelum ditetak di tubuhnya hingga cedera parah dan meninggal dunia.
“Pemeriksaan menemui kesan pergelutan dipercayai antara mangsa dan suspek dan kami percaya kes ini dilakukan lebih daripada seorang,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi tidak menemui sebarang senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu bagi memberi petunjuk menjejak suspek.
Bagaimanapun, katanya, hasil siasatan awal tidak menolak kemungkinan pembunuhan kejam itu dilakukan individu dikenali mangsa yang tinggal seorang diri di apartmen berkenaan.

“Motif dan punca sebenar kejadian belum diketahui dan kita menjalankan siasatan mengikut pelbagai sudut, namun mendapati tiada barang berharga milik mangsa hilang,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berikutan itu, orang ramai yang ada maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi hotline Polis Johor di 07-2212999 atau balai polis berhampiran.
myMetroRemaja ditemui leher hampir putus

Maut ditikam bertubi-tubi


PERIKSA... polis melakukan pemeriksaan pada mayat mangsa yang ditemui di sebuah bilik kongsi.
PERIKSA... polis melakukan pemeriksaan pada mayat mangsa yang ditemui di sebuah bilik kongsi.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam cinta tiga segi maut ditikam bertubi-tubi di Taman Melati Utama, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan kondominium, mangsa dikatakan bermain cinta dengan seorang wanita juga dari Indonesia.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat di rumah kongsi berkenaan sebelum sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian.
“Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui di dalam bilik dalam keadaan berlumuran darah.

“Sepasukan polis dari Unit Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKK) dan Unit Pengesan Anjing (D9) turut membantu siasatan di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui lapan kesan luka tikaman selain beberapa kesan kelar pada badan mangsa menggunakan senjata tajam.
Namun, siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata, malah polis percaya mangsa diserang lebih daripada seorang suspek.

“Ketika polis tiba di tempat kejadian, semua pekerja melarikan diri dan semua rumah kongsi juga kosong.
“Motif pembunuhan dipercayai berkaitan perempuan berikutan penemuan pasport seorang wanita warga Indonesia dan kasut berhampiran mayat mangsa,” katanya.

Zakaria berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.myMetroMaut ditikam bertubi-tubi

Mangsa serangan cimpanzi jalan pemindahan muka


CONNECTICUT: Mangsa serangan cimpanzi, Charla Nash, semalam menjalani pemindahan muka, pembedahan ketiga seumpamanya pernah dilakukan di Amerika Syarikat.
Charla, 57, cedera parah selepas seekor cimpanzi milik rakannya mengamuk dalam kejadian pada 2009.

Dia kehilangan dua tangan, bibir, hidung dan mata. Selepas 20 jam, pakar bedah berjaya memasang hidung, bibir, kulit muka dan juga sarat penggerak untuk muka baru Charla.
Kira-kira 30 pakar perubatan terbabit dalam pembedahan itu.

Pembedahan pemindahan kedua-dua tangan Charla sebelum ini berjaya dilakukan tetapi terpaksa dipotong semula kerana berdepan dengan masalah.

Menurut pakar, Charla mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum wajah barunya dapat diperlihatkan kepada orang ramai. - Agensi
myMetroMangsa serangan cimpanzi jalan pemindahan muka

Gaddafi ditawar jalan keluar


TRIPOLI: Turki semalam menawarkan jaminan kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi untuk meninggalkan Libya.
Bagaimanapun, sehingga kini ia masih belum menerima jawapan, ketika tentera yang setia kepada pemimpin itu dilapor menembak mati 20 pemberontak dalam serangan di Misrata.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, Gaddafi tidak ada pilihan lain kecuali meninggalkan Libya dengan jaminan yang diberikan kepadanya.
“Kami memberi jaminan kepadanya. Kami memberitahu kami akan membantunya untuk ke mana saja yang diinginkannya dengan selamat,” kata Erdogan dalam temuramah dengan televisyen NTV.

“Bergantung kepada jawapannya, kami akan membangkitkan isu itu dengan sekutu Nato kami. “Malangnya, sehingga kini, beliau belum memberi jawapan,” kata Perdana Menteri Turki itu.

Erdogan memberitahu demikian sehari selepas pertempuran sengit berhampiran Misrata, kubu penting pemberontak, kira-kira 200 kilometer ke barat Tripoli.
“Dua puluh orang, pemberontak dan orang awam terbunuh,” kata saksi.

Sementara itu, Nato meneruskan serangan udara terhadap Tripoli dengan mensasarkan kawasan yang dipercayai menjadi tempat perlindungan Gaddafi.
Di Moscow, Presiden Russia berkata, dia menghantar duta khas, Mikhail Margelov ke ibu negara Tripoli itu untuk membantu mencari jalan penyelesaian. — Reuters

Rancangan racun pegawai polis tumpas


JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia semalam menahan lapan orang yang disyaki merancang meracun pegawai kanan polis dengan menggunakan sianida.
Anggota pasukan antipengganas yang enggan dikenali berkata, enam suspek ditahan lewat kelmarin di Jakarta sementara dua lagi ditahan di Pekalongan sehari sebelum itu.

“Mereka merancang menyerang pegawai kanan polis dengan meracun makanan di kantin ibu pejabat polis,” kata sumber itu.
Ibu pejabat polis bagaimanapun belum mengeluarkan kenyataan mengenainya. Berpuluh-puluh orang suspek pengganas ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia sejak beberapa bulan lalu. - AP
myMetroRancangan racun pegawai polis tumpas

Wanita peroleh pampasan RM285j dalam kes serangan seksual


NEW YORK: Juri persekutuan di Illinois semalam memutuskan pemberian ganti rugi berjumlah AS$95 juta (RM285 juta) kepada wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual.
Dalam kes yang berlaku pada Oktober 2006 itu, Ashley Alford, 25, pekerja di sebuah cawangan Aaron’s Inc, ditolak oleh pengurusnya di atas kerusi sebelum dia merancap di atas wanita berkenaan.

Peguamnya, David Ratner berkata, dia percaya jumlah itu adalah yang terbesar dalam kes gangguan seksual membabitkan individu.
Bagaimanapun, had perundangan mungkin mengurangkan pemberian ganti rugi itu kepada RM129 juta.

Pengurus berkenaan, Richard Moore didakwa melakukan serangan itu di bilik setor.

Dia juga menghadapi tuduhan ‘mengetuk’ kepala Ashley dengan kemaluannya ketika pekerja itu duduk di lantai dalam bilik setor.
Pihak penguru
myMetroWanita peroleh pampasan RM285j dalam kes serangan seksual

Buruh Indonesia maut dikelar



POLIS memeriksa mayat seorang lelaki yang mati dibunuh di sebuah rumah kongsi di Taman Melati Utama, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Selepas 48 jam pergaduhan antara dua kumpulan asing dipercayai kerana seorang wanita di Nilai, Negeri Sembilan dilaporkan, kejadian yang serupa berlaku lagi tetapi di lokasi berlainan semalam.
Kali ini, seorang buruh warga Indonesia dikenali Yanto Sukor menemui ajal apabila badannya dikelar dengan senjata tajam dalam satu pergaduhan di sebuah rumah kongsi dekat tapak pembinaan kondominium di Taman Melati Utama, Setapak di sini.
Polis tidak menolak kejadian pada pukul 7.30 pagi itu bermotifkan cemburu selepas pihak berkuasa menemui sekeping pasport wanita warga Indonesia serta sepasang kasut wanita berhampiran mangsa.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya pergi ke lokasi kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.
"Sebanyak lapan kesan tikaman dan kelar ditemui pada badan mangsa.
"Polis bagaimanapun tidak menemui sebarang senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa dan semua penghuni di rumah kongsi itu telah melarikan diri sebaik polis tiba," katanya ketika dihubungi.
Kosmo! Online - Negara

Lebih 500 nelayan, pengusaha bot mogok di Kuantan

KUANTAN: Lebih 500 nelayan dan pengusaha bot pukat tunda melancarkan mogok di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang di sini dan meminta kerajaan menimbang pemberian subsidi super diesel kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak, berkata nelayan dan pengusaha bot terbabit terpaksa membeli diesel pada harga RM1.80 seliter sedangkan hasil laut yang diperoleh tidak setimpal dengan kos ditanggung mereka.

"Tambahan mereka terpaksa menanggung ansuran bulanan bot pukat tunda dan pukat tarik yang berharga sekitar RM500,000 hingga RM1 juta," katanya ketika ditemui hari ini.
Beliau berkata, mogok itu diadakan selama tiga hari mula hari ini dan diteruskan jika tindakan segera tidak diambil pihak berkenaan.

Seorang pengusaha bot, Hing Hua Kow, berkata ada di kalangan mereka merancang menjual bot yang digunakan untuk mencari rezeki selama ini kerana tidak mampu menanggung kerugian tinggi.

Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini. - BERNAMA
Berita Harian Online | Lebih 500 nelayan, pengusaha bot mogok di Kuantan

Lelaki Indonesia mati dibunuh

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat Indonesia ditemui mati dengan lapan kesan tikaman pada badannya di sebuah bilik pekerja di tapak pembinaan kondominium di kawasan Taman Melati, Wangsa Maju di sini, hari ini.

Mangsa yang berumur 30 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang pekerja kira-kira 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan di dalam bilik itu sebelum mangsa ditikam dengan senjata tajam.
"Melihat keadaan bilik yang bersepah, berlaku satu pergaduhan di dalam bilik itu dan kita percaya mangsa diserang lebih daripada seorang suspek," katanya.

Zakaria berkata, siasatan awal mendapati motif pergaduhan itu dipercayai berkaitan dengan seorang wanita.

"Kita (polis) percaya pergaduhan itu membabitkan seorang wanita kerana pemeriksaan di dalam bilik itu, kita jumpa satu pasport dan sepasang kasut yang kedua-duanya milik wanita berhampiran mangsa," katanya.

Zakaria berkata, setibanya di lokasi, polis mendapati semua bilik di rumah kongsi itu kosong kerana penghuninya melarikan diri.
Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci untuk mengesan suspek dan mencari motif sebenar pembunuhan itu.

"Siasatan di lokasi dibantu Unit Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Unit Anjing Pengesan. Setakat ini tiada sebarang tangkapan dan tiada senjata dijumpai dilokasi kejadian," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA
Berita Harian Online | Lelaki Indonesia mati dibunuh

2 cedera dalam letupan di gedung IKEA

BERLIN: Dua orang cedera ringan dalam letupan di gedung perabot IKEA di timur Jerman, menurut polis negara itu.

Agensi berita DAPD melaporkan polis Dresden sebagai berkata letupan itu berlaku di bahagian perabot dapur petang semalam.
Menurut polis, mangsa mengalami trauma letupan dan beberapa perabot rosak.
Tiada maklumat berhubung pihak yang bertanggungjawab terhadap letupan itu. - AP Berita Harian Online | 2 cedera dalam letupan di gedung IKEA

Mangsa cabul diberi pampasan RM175.1 juta




ASHLEY ALFORD


ST. LOUIS, Missouri - Seorang pekerja stor sebuah pasar raya di Amerika Syarikat (AS) diberikan pampasan £58 juta (RM175.1 juta) selepas ketuanya memukul kepala pekerja wanita tersebut dengan menggunakan kemaluannya di dalam bilik stor, lapor sebuah akhbar semalam.
Pekerja berkenaan, Ashley Alford yang berusia dalam lingkungan 20-an, diberikan ganti rugi gangguan seksual terbesar di AS setelah dia dicabul oleh bekas ketuanya.
Hakim sebuah mahkamah di sini memerintahkan pampasan itu dibayar oleh syarikat pasar raya Aaron.
"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, ini adalah pampasan gangguan seksual terbesar pernah diberikan kepada individu di AS," kata peguam wanita berkenaan, David Ratner.
Pengurus pasar raya Aaron, Richard Moore didakwa melakukan onani di depan Alford sambil menekan mangsa yang sedang duduk di dalam bilik stor.
Moore didakwa kerap mengganggu bekas pekerjanya itu sebelum melakukan serangan seksual tersebut pada Oktober 2006.
Dia turut dituduh menyelinap di belakang Alford ketika wanita itu sedang duduk di lantai bilik stor dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan kemaluannya pada September 2006.
Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pernah menelefon unit aduan pasar raya berkenaan pada Mei 2006 untuk mengadu tentang gangguan yang dilakukan oleh ketuanya tetapi tiada tindakan susulan diambil.
Mangsa kemudian membuat aduan kepada polis.
Pasar raya berkenaan yang dilaporkan bernilai £600 juta (RM1.8 bilion) dilapor akan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah berkenaan. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Agus Salim ditahan lagi di JB

KUALA LUMPUR 10 Jun – Seorang ejen ‘senyap’ rangkaian kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI), Agus Salim yang pernah ditahan di negara ini sebelum diusir ke negara asalnya dua tahun lalu, ditahan sekali lagi di Johor Bahru, Johor, Isnin lalu.Agus, 34, berasal dari Medan, Indonesia, namun kali ini ditahan atas kesalahan Imigresen kerana didapati menggunakan identiti palsu pada pasport perjalanan sah negara ini untuk masuk semula ke Malaysia.
Ketika ditahan, Agus yang dikatakan mempunyai hubungan dengan pengganas paling dikehendaki Asia Tenggara, Mas Selamat Kastari, bekerja di sebuah restoran iaitu premis sama semasa dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pada 2009.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan itu atas kesalahan Akta Imigresen bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung tangkapan tersebut.
Agus sebelum ini ditahan kerana merancang untuk membawa keluar Mas Selamat yang bersembunyi di dalam negara untuk pulang semula ke Indonesia pada 2009.
Dalam perkembangan lain, menurut sumber, seorang ahli perniagaan Indonesia, Abdul Haris Syhuhadi, 63, yang ditahan di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor, di bawah ISA, pada 5 Jun lalu, adalah kerana cuba menghidupkan kembali pengaruh JI.
Abdul Haris yang berasal dari Bandung, Indonesia dikatakan memiliki status Penduduk Tetap (PR) telah mendapat kad pengenalan negara ini pada awal tahun ini.
“Dia dikatakan pengikut setia Abu Bakar Basir dan menyebar fahaman serta ideologi JI serta menarik ahli baru dalam kumpulan militan itu secara aktif di negara ini sebelum melarikan diri ketika operasi besar-besaran memerangi kumpulan JI sejak 2001 lalu,” katanya.Utusan Malaysia Online - Jenayah

Ryan Giggs tiduri isteri adik




Ryan Giggs, Natasha Giggs, Rhodri giggs


LONDON 10 Jun – Bintang kelab bola sepak Manchester United (MUFC), Ryan Giggs dilaporkan cuba menutup mulut adik yang dicuranginya dengan wang berjumlah 250,000 euro (RM1 juta), lapor akhbar The Sun hari ini.
Giggs, 37, dikatakan sanggup membayar wang sejumlah itu jika adiknya, Rhodri, 34, mahu menandatangani perjanjian bahawa dia tidak akan membuat sebarang pendedahan selepas pemain bola sepak terkenal itu menjalin hubungan dengan isteri Rhodri, Natasha, 28, selama lapan tahun.
Menurut satu sumber, Rhodri banyak mengetahui mengenai hubungan sulit Giggs dengan wanita-wanita lain.
Pemain sayap kiri MUFC itu semalam turut dilihat semakin hampir berhasil untuk menutup mulut adiknya itu daripada membuat sebarang pendedahan.
Rhodri kini diwakili oleh pasukan peguam daripada Schillings, syarikat yang bertanggungjawab memastikan rahsia skandal Giggs dengan bintang Big Brother, Imogen Thomas ditutup tetapi ia gagal.
Tindakan itu menunjukkan dia telah berjaya memujuk adiknya itu tidak mendedahkan rahsia skandal seksnya kerena Rhodri yang hanya merupakan seorang pemandu van adalah mustahil untuk mendapatkan peguam bela terkenal ini.
Tambah sumber itu, Rhodri memberitahu rakan-rakannya yang Giggs mahu menutup mulutnya dengan bayaran suku juta euro.
“Dia yang masih rasa dikhianati oleh abangnya tidak tahu untuk berbuat apa, tetapi dia bukanlah seorang yang banyak duit dan jumlah 250,000 euro (RM1 juta) itu amat berguna baginya.
“Namun dia juga mahu supaya dunia tahu siapa sebenarnya Giggs kerana dia lebih mengenali bintang bola sepak kelab gergasi dunia itu.
“Dia kini bingung memikirkan masalah ini, tetapi buat masa ini dia lebih ke arah akan menutup mulutnya dan menandatangani apa pun dokumen yang dimahukan oleh abangnya itu,” ujar satu sumber yang rapat dengan Rhodri kepada The Sun.
Rhodri yang berkahwin dengan Natasha 10 bulan lalu dikurniakan seorang anak lelaki dan mempunyai seorang lagi anak tiri perempuan.
Dia memberitahu hubungannya dengan isterinya itu mungkin tidak dapat dipulihkan, terutamanya selepas laporan The Sun semalam yang menyatakan Natasha turut pernah meniduri bekas pemain MUFC lain seperti Danny Simpson, Phil Bardsley dan Dwight Yorke, selain seorang promoter kelab malam. – AGENSI
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Microsoft bersalah langgar hak cipta

WASHINGTON 10 Jun - Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) semalam mengekalkan keputusan syarikat perisian gergasi, Microsoft bersalah melanggar hak cipta paten dalam kes saman oleh sebuah syarikat perisikan kecil dari Kanada, satu kes yang diperhatikan secara teliti oleh industri perisian global.
Firma i4i Inc yang berpusat di Toronto menyaman Microsoft yang berpangkalan di Redmond, Washington pada Mac 2007 atas dakwaan beberapa versi program Microsoft Word melanggar hak cipta paten teknologi XML miliknya.
Pada Disember 2009, sebuah Mahkamah Rayuan AS mengekalkan keputusan juri dan mahkamah rendah yang mengarahkan Microsof membayar AS$290 juta (RM870 juta) kepada i4i Inc.
Microsoft dituduh melanggar paten XML 1998 dalam versi program Word 2003 dan Word 2007.
Microsof mahu pihak defendan dalam kes-kes pelanggaran hak cipta itu supaya dibenarkan untuk menunjukkan sesuatu paten tidak sah dengan 'bukti yang banyak' berbanding 'bukti sah dan yakin', prosedur yang diguna pakai sekarang.
Bagaimanapun, Mahkamah Agung tidak bersetuju dan sebulat suara mengekalkan keputusan mahkamah rayuan itu semalam.
Pengerusi i4i, Louden Owen menyambut baik keputusan Mahkamah Agung itu.
Oweb berkata, ia mewakili satu keputusan paling penting dalam undang-undang perniagaan oleh Mahkamah Agung AS, dekad ini.
''Keputusan Mahkamah Agung ini menyokong kewujudan sistem paten. Jika ia berlaku sebaliknya, ia akan memusnahkan inovasi di AS,'' ujarnya.
Beliau memberitahu, satu injuksi yang berkuat kuasa pada Januari 2010 menghalang Microsoft menggunakan teknologi itu tanpa lesen. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara

Gaji kecil, guru edar dadah

SURABAYA - Seorang guru wanita di daerah Nganjuk, Jawa Timur ditahan polis kerana mengedar dadah jenis syabu.
Endang Yayuk Agustini, 47, ditahan di rumahnya di Kampung Warungotok selepas polis yang membuat serbuan menemui 11 paket berisi syabu yang setiap satunya seberat 0.3 gram, lapor Pos Kota.
Guru berstatus janda itu mengaku menjadi pengedar syabu sejak dua bulan lalu disebabkan kesempitan wang kerana gaji yang diterimanya rendah, selain dikelilingi hutang berpuluh-puluh juta rupiah.
Ketua polis Nganjuk Kompol, Damin berkata, tangkapan dibuat selepas menerima laporan daripada masyarakat tempatan.
"Pada awalnya, kami hanya menemui tiga paket syabu, tetapi selepas menggeledah semula kediaman suspek, kami berjaya menemui lapan lagi paket syabu yang disembunyikan di dalam bantal.
Polis turut merampas dua telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk menjual barangan terlarang itu.
"Mengikut keterangan Endang, setiap paket syabu itu bernilai Rp 300 (RM105) dan kami masih meneruskan siasatan bagi mengetahui di mana dia mendapatkan dadah itu," kata Damin.
Jika disabit kesalahan, Endang boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun atau minimum empat tahun. - AGENSIUtusan Malaysia Online - Luar Negara

Gara-gara cemburukan isteri, rogol adik ipar

YOGYAKARTA - Akibat cemburukan isteri yang didakwanya curang, seorang lelaki di kampung Bejiharjo, Karangmojo, Gunung Kidul merogol adik iparnya sendiri.
Yanto Nugroho, 30, dilaporkan merogol adik iparnya itu yang baru berusia 16 tahun ketika mangsa sedang tidur.
Kejadian itu menyebabkan mangsa terkejut dan cuba melawan serta berteriak meminta tolong. malangnya tidak ada siapa yang berada di rumah ketika itu, dan jiran turut tidak mendengar jeritannya, lapor Kompas.com.
Akhirnya mangsa hanya mampu menangis dan membiarkan tubuhnya diratah ekoran tidak berdaya untuk melawan.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada April lalu, tetapi mangsa takut untuk mendedahkannya kerana diancam oleh suspek, selain dijanjikan untuk dibelikan motosikal dan dipenuhi segala keperluan hariannya.
Mangsa bagaimanapun memberitahu kejadian itu kepada orang tuanya yang kemudiannya membuat laporan polis di Gunung Kidul.
Yanto yang kini masih ditahan dan disoal siasat mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu kerana cemburu dengan isterinya, Surantmi yang didakwanya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.
"Saya berdendam dengan isteri saya kerana dia pernah berzina dengan lelaki lain.
"Dia pernah membuat pengakuan kepada saya yang dia pernah curang sekali," katanya kepada pegawai penyiasat. - AGENSIUtusan Malaysia Online - Luar Negara