Search This Blog

Thursday, June 9, 2011

Polis cari empat saudara


NIBONG TEBAL: Polis mencari empat saudara lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang mekanik kereta maut selepas diserang sekumpulan lelaki di kawasan Tasek Mutiara di sini 5 Jun lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafien Mamat berkata kesemua mereka yang berusia antara 18 dan 29 tahun itu dipercayai terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan mangsa S.Vijinran, 24, maut akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

"Polis mencari pasangan adik-beradik iaitu V.Veeran, 29, dan V.Yogarajan, 27, serta sepupu mereka iaitu S.Sasitharan, 18, dan S.Kalaimohan, 20, bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata kumpulan seramai tujuh orang yang diketuai Veeran itu dipercayai tidak berpuas hati dengan Vijinran kerana didakwa mengganggu sepupu perempuan salah seorang anggota kumpulan terbabit dan menyerang mangsa menggunakan senjata tajam ketika dia sedang minum di sebuah kedai makan.

Katanya tiga lelaki berusia lingkungan 20-an daripada anggota kumpulan berkenaan ditahan dua jam selepas kejadian yang berlaku pada 12.15 tengah malam, dan kini direman sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
myMetro | Polis cari empat saudara

RM5,000 akibat aksi wheelie


KOTA BHARU: Gara-gara aksi ‘wheelie’, pemuda menerima padah apabila dikenakan hukuman penjara seminggu berkuat kuasa semalam dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menunggang motosikal secara melulu, September tahun lalu.
Tertuduh, Shamsu Hapizal Mohd Hanafiah, 26, dari Kampung Berangan Hujung, Tumpat, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah, membuat pengakuan itu selepas dipanggil membela diri ketika pertuduhan dibacakan semula di hadapan Majistret Nur Zakiah Shamsudin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menunggang motosikal secara melulu dengan melakukan aksi mengangkat tayar depan (‘wheelie’) di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, kira-kira jam 3 pagi pada 1 September tahun lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Tertuduh diwakili peguam, Mohd Zubairi Salleh manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superitendan Muhammad Ridhuwan Phang Abdullah. Terdahulu, Mohd Zubari memohon mahkamah mempertimbangkan pengakuan bersalah tertuduh dengan hukuman paling minimum.

Katanya, tertuduh juga sudah berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya selepas ini.
“Tertuduh berjanji akan menunggang secara berhemah dan saya mohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan,” katanya.
myMetro | RM5,000 akibat aksi wheelie

Amah sihir anak majikan kerana bosan kerja bertimbun


TAIF: Suruhanjaya Penggalakan Kebajikan dan Antipelacuran (Hai’a) Arab Saudi berkata, mereka berjaya menyelamatkan lima wanita yang menjadi mangsa sihir seorang pembantu rumah di Taif, semalam.
Ketua Hai’a Shihar, Muhammad Fari’, berkata amah terbabit menyihir mangsa yang tinggal di tempat lain supaya tidak datang melawat bapa mereka yang juga majikan suspek.

Katanya, apabila mangsa bersama suami dan anak-anak mereka datang melawat ketika cuti, bebanan kerja amah terbabit bertambah. - SG
myMetro | Amah sihir anak majikan kerana bosan kerja bertimbun

Pekerja kilang hantar SMS lucah didenda RM100


KUALA LUMPUR: Gara-gara menghantar dua SMS lucah kepada seorang wanita berstatus isteri orang, tiga hari lalu, seorang pekerja kilang menerima padah apabila didenda RM100 di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Majistret Azali Ibrahim menjatuhkan hukuman itu selepas Mazlan Majair, 36, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Mazlan didakwa menghantar SMS lucah itu untuk mengajak wanita berusia 17 tahun itu melakukan perkara tidak senonoh menerusi telefon bimbitnya jam 10.30 pagi, 4 Jun 2011 Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.
Difahamkan SMS itu disedari pengadu iaitu suami mangsa sebelum laporan polis dibuat.
myMetro | Pekerja kilang hantar SMS lucah didenda RM100

Tidur berbumbung langit




GELANG PATAH - “Saya bersyukur masih selamat, biarpun diuji beberapa kali berdepan dengan maut,” kata warga emas, Sariah Taib, 73.

Ibu tunggal ini pasrah dengan dugaan terhadap dirinya, apabila rumah yang didiami sejak 57 tahun lalu dihempap pokok menyebabkan bumbung rumahnya musnah.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi Ahad lalu di Kampung Pok, Sariah yang selalunya tinggal berseorangan, ditemani dua anak dan empat cucu dikejutkan bunyi dentuman kuat ketika hujan lebat.

“Masa kejadian itu memang hujan lebat. Ketika itu kami semua berada di bahagian dapur dalam keadaan ketakutan kerana kilat sabung-menyabung. Tanpa disangka bunyi dentuman yang kuat itu datang dari arah ruang tamu.

“Cucu saya berlari memberitahu ada pokok jatuh, kami semua meluru ke bahagian depan dan mendapati bumbung sudah tiada.

“Apa yang kelihatan hanya air begitu laju memasuki rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
SH

Warga emas maut dirempuh




KUALA KANGSAR – Seorang warga emas maut setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, di Kilometer 1, Jalan Kuala Kangsar menuju ke Manong, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, mangsa, Lee Mak, 73, yang menunggang motosikal seorang diri bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Waja dipandu seorang lelaki berumur 41 tahun.

Timbalan Ketua Polis Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang berkata, mangsa mengalami kecederaan parah termasuk hilang kaki kanan akibat dirempuh sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar (HKK) untuk rawatan.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa keluar dari sebuah simpang di Highland Park dan telah dilanggar kereta berkenaan yang datang dari arah Kuala Kangsar menuju Manong.

“Difahamkan kereta itu tidak sempat mengelak motor mangsa menyebabkan kaki mangsa terputus dan terpelanting di tengah jalan.

“Mangsa yang tinggal di Bukit Mercu itu meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi ,manakala pemandu kereta hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi, semalam
SH

Lelaki kena reman seminggu




GEORGETOWN - Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan reman selama seminggu dari hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang ditemui maut dipercayai diserang sekumpulan lelaki sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan, dekat sini.

Suspek yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu menerima perintah tahan reman di Pejabat Pendaftar Mahkamah, di sini, semalam, dan diwakili peguam, R S N Rayer.

Suspek adalah seorang daripada lima lelaki lain yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan mangsa di hadapan sebuah rumah panjang di Lorong Kulit.

Perintah tahan reman itu dikeluarkan terhadap suspek sehingga 15 Jun ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mengenai kejadian terbabit yang berlaku di Jalan Masjid Negeri dan mangsa dipercayai diserang sekumpulan lelaki sebelum mayatnya dicampakkan di tepi jalan.

Sumber polis berkata, mangsa dikenali sebagai K Gobinathan ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh orang ramai yang melalui jalan terbabit kira-kira jam 3 pagi.

“Mangsa dipercayai mati akibat ditikam dan dipukul di kepala dan polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampakkan di kawasan itu,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Abdul Halim Bulat mengesahkan kejadian itu dan berkata, polis sedang mengesan beberapa orang termasuk abang ipar mangsa untuk membantu siasatan.
SH

Ugut tetak anak jika bersuara




PADANG RENGAS – Gara-gara diugut akan mencederakan ahli keluarga yang lain, seorang lelaki terpaksa merelakan lima perompak melarikan barang berharga bernilai lebih RM15,000 dalam satu kejadian pecah rumah di Kampung Buaia, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa yang berusia 41 tahun dan isteri diugut supaya tidak membuat bising.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang berkata, ketika kejadian terdapat 11 ahli keluarga mangsa termasuk saudara mara yang datang sempena cuti sekolah, berada dalam rumah itu.

Menurutnya, daripada maklumat awal yang diterima, lima lelaki berkenaan memecah masuk dan bertindak mengikat kaki dan tangan mangsa.

“Kedua pasangan itu diarah agar tidak membuat bising, penjenayah juga mengugut untuk menetak anak mereka menggunakan parang sekiranya mangsa dan isteri cuba menjerit meminta pertolongan,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Antara barang yang dilarikan termasuklah barang kemas bernilai hampir RM10,000, wang tunai RM1,000, komputer riba dan empat telefon bimbit.

Beng Kang berkata, selepas kelima-lima lelaki berkenaan melarikan diri, mangsa dan isteri segera membuat laporan polis kira-kira jam 5 pagi.

Katanya, tiada ahli keluarga yang dicederakan, difahamkan penjenayah berkenaan lari ke arah belakang menuju ke lebuh raya.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan kumpulan lelaki itu datang dari arah lebuh raya dan masuk ke kawasan kampung berhampiran untuk melakukan pecah rumah.

“Kes seperti ini kali pertama dilaporkan berlaku tetapi kita meminta penduduk yang tinggal berhampiran lebuh raya agar lebih berhati-hati.

“Kemungkinan besar penjenayah meninggalkan kereta di tepi jalan di lebuh raya dan pergi ke rumah berhampiran untuk merompak,” katanya.
SH

Geng samun bersenjata tumpas




JOHOR BAHRU - Enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kegiatan samun bersenjata dan curi kenderaan ditahan di sebuah hotel bajet di kawasan Danga Bay dekat sini Jumaat lalu.

Mereka yang berusia antara 21 hingga 34 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 12.50 pagi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pemeriksaan ujian air kencing mendapati empat daripada suspek yang ditahan positif dadah jenis syabu.

“Pemeriksaan rekod jenayah juga mendapati seorang suspek mempunyai rekod di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata 1958, manakala dua lagi suspek turut mempunyai rekod atas :kesalahan samun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan polis di dalam rumah tersebut menemui pelbagai jenis senjata berbahaya digunakan untuk kegiatan samun.

“Senjata berbahaya seperti sebilah parang turut ditemui, dua allen key dan dua pemutar skru.

“Selain itu, turut dirampas, empat buah beg tan�gan, sebuah kereta, seutas jam tangan dan lebih 12 telefon bimbit pelbagai jenama,” katanya.

Mokhtar berkata, dengan tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan 55 kes jenayah samun dan curi kenderaan di sekitar bandar raya ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang jika disabit :kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun atau sebatan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
SH

Pasangan kekasih dicekup




GUNUNG JERAI – Sepasang kekasih ditahan dalam operasi maksiat dan amalan khurafat di sini.

Operasi yang di jalankan itu disertai beberapa kakitangan Jabatan Agama Islam bersama Penguat Kuasa Agama Daerah Kuala Muda bagi membanteras masalah maksiat dan amalan khurafat yang semakin berleluasa di kawasan ini.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, pihaknya sebelum menjalankan operasi itu, membuat pemantauan untuk memastikan kawasan terbabit mempunyai aktiviti yang mencurigakan.

“Pemantauan berkenaan operasi maksiat dan amalan khurafat dibuat di Gunung Jerai dan ini bukanlah kali pertama kami adakan operasi seumpama ini.

“Semasa kami menjalankan operasi ini, kami berjaya membuat tangkapan terhadap sepasang kekasih yang berdua-duaan di selekoh jalan di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pasangan terbabit semasa ditahan sedang berada di atas sebuah motosikal.

“Setelah disiasat kami dapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan yang menunjukkan mereka sebagai suami isteri dan mereka di tahan.

“Lelaki yang ditahan berumur dalam lingkungan 30-an dan pasangannya berumur dalam lingkungan 20-an.

Zaiferi juga memaklumkan pasangan terbabit ditahan bawah Seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) 1988.

“Mereka dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Daerah Yan pada tarikh yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, dengan penangkapan dan operasi yang dijalankan, kes dan perlakuan sumbang seperti itu akan dapat dihapuskan bagi mengelakkan sebarang hubungan terlarang yang menyalahi agama Islam daripada terus berleluasa.
SH

OKU hilang belum ditemui




PADANG PERAHU - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dari Kampung Pida Tiga di sini yang hilang sejak dua minggu lalu masih gagal ditemui ahli keluarganya sehingga semalam.

Mohd Fikril Munir Mohd Yusoff, 25, dipercayai hilang selepas keluar dari rumah kira-kira jam 3 petang pada 25 Mei lalu dengan menaiki basikal miliknya seperti rutin harian yang dilakukannya sebelum ini.

Berikutan kehilangan itu, sepasang suami isteri, Mohd Yusoff Saidin, 55, dan Che Embun Mustafa, 50, merayu bantuan orang ramai bagi membantu mengesan kehilangan anak mereka itu.

Mohd Yusoff berkata, mereka tidak menduga perkara itu berlaku kerana sebelum ini kebiasaannya anak mereka itu akan pulang ke rumah pada waktu petang selepas keluar bersiar-siar di sekitar kampung pada setiap pagi.

“Kami sangat bimbang memikirkan keadaannya kini ditambah pula Mohd Fikril tidak boleh menyuap makanan sendiri kerana keadaan fizikalnya yang kurang stabil itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada 31 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan kes kehilangan OKU berkenaan.

Berikutan kehilangan terbabit, Mohd Yusoff membuat laporan polis pada 26 Mei lalu di Balai Polis Jitra.

:Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu.

“Polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengesan kehilangan lelaki OKU berkenaan dan buat masa ini pihak keluarganya turut mengedarkan salinan gambar lelaki itu di sekitar Kubang Pasu.

“Kita berharap dengan pengedaran gambar lelaki berkenaan akan memudahkan lagi polis mengesan kehilangannya dan berharap orang ramai yang melihat atau berjumpa dengan lelaki itu supaya segera menghubungi Balai Polis Jitra menerusi talian 04-9172222 atau hubungi bapanya (Mohd Yusoff) menerusi talian 013-5229103,” katanya.
SH

Dua lelaki hadapi pertuduhan



SUNGAI PETANI – Mahkamah Majistret Sungai Petani menetapkan tarikh sebutan semula kes ke atas seorang lelaki yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengedar dadah seberat 116.11 kilogram pada 6 Julai depan.

Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin membuat pertuduhan itu terhadap tertuduh kerana didapati mengedar dadah berbahaya iaitu ganja di sebuah stor di belakang sebuah rumah di Ladang Sungai Batu 1.

Tertuduh, Suzlan Yusoff, 45, didapati melakukan kesalahan itu pada 30 Mei lalu jam 6.15 petang, boleh dihukum bawah Seksyen 39 B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B (2) Akta sama.

Rakan tertuduh, Ismail Abdullah, 47, turut dituduh mengedar dadah jenis sama seberat 3.15 kilogram pada 30 Mei lalu jam 5.30 petang di Kampung Sungai Batu Merbok.

Tertuduh kedua, Ismail disiasat bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1983) dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B (2) Akta sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sin dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh pertama, Suzlan turut dituduh di Mahkamah Seksyen Sungai Petani atas tuduhan memiliki senjata api tanpa kebenaran.

Kes disiasat bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat 1971) boleh dikenakan hukuman penjara selama 14 tahun dan sebatan tidak lebih daripada enam kali.

Tertuduh juga dituduh atas kesalahan memiliki 84 peluru tanpa kebenaran dan boleh dihukum bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1980 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari tujuh tahun atau denda tidak lebih dari RM10,000 sahaja atau kedua-duanya sekali.

Hakim Muhammad Khalid Ab Karim menetapkan 9 Ogos depan sebagai sebutan semula kes manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Cheah Yit.
SH

Mangsa buas abang ipar



TAMPIN – Akibat tidak lagi mampu menahan derita serta rasa takut dirogol abang iparnya sendiri, seorang wanita nekad membuat laporan di Balai Polis Gemencheh, 2 Jun lalu.

Wanita malang berusia 25 tahun bertindak demikian selepas menjadi mangsa nafsu buas abang iparnya sendiri sejak 2006 sehingga melahirkan anak perempuan luar nikah yang kini sudah berusia dua tahun.

Menurut sumber, kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa ketika itu sedang bekerja di sebuah pam minyak di pekan Gemencheh menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari abang iparnya menyuruhnya pulang ke rumah.

“Dia bagaimanapun enggan pulang sebelum abang iparnya datang menjemputnya pulang kira-kira 10.10 malam dan menariknya naik ke motosikal.

“Dia kemudian dibawa ke sebuah kebun getah dekat Taman Bunga Raya sebelum dipukul di bahagian kepala dan dirogol,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa kemudiannya tidak mahu mengikut suspek pulang ke rumah dan menerima satu lagi SMS dari suspek sekitar 11 malam menyuruhnya pulang ke rumah segera.

“Sekiranya mangsa enggan, suspek akan menghubungi rakan untuk mencarinya dan merogolnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), semalam berkata, pihaknya sudah menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurutnya, suspek seorang anggota tentera dari Kem Gemas berusia 38 tahun sudah ditahan polis 3 Jun lalu dan kini direman sehingga 10 Jun.

“Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum selama 30 tahun serta dikenakan sebatan.
SH

Ular bergaduh atas pokok




ALOR GAJAH - Satu keluarga di Kampung Bukit Balai, Durian Tunggal, di sini dikejutkan dengan jeritan sekumpulan kanak-kanak yang hendak menyeberang di sebuah jambatan, kelmarin.

Jeritan itu berikutan kemunculan dua ekor ular jenis tedung selar dan batang tebu yang bertarung sesama sendiri sebelum di atas sebatang pokok sebelum terjatuh atas tanah.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, keluarga terbabit terus meninjau keluar rumah selepas terdengar jeritan kanak-kanak berkenaan.

Penduduk terbabit, Atiah Abu, 31, berkata, semasa kejadian, dia dan ahli keluarga lain berada dalam rumah sebelum dikejutkan jeritan sekumpulan kanak-kanak yang hendak menyeberang satu jambatan ke kampung bersebelahan.

“Pada mulanya ular itu berada atas pokok. Sebaik ia terjatuh di tepi perigi di belakang rumah, kanak-kanak yang hendak merentasi jambatan terlihat kedua-dua ular berkenaan sedang bergumpal seolah berlawan.

“Terdengar saja jeritan itu, kami pun keluar dari rumah untuk melihat apa berlaku dan terlihat dua ekor ular sedang bergaduh. Saya terus hubungi talian 999,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) bergegas ke tempat kejadian kira-kira 10 minit selepas itu untuk menangkap kedua-dua ular berkenaan.

“Kami bimbang kalau ular itu terlepas ke tempat lain atau masuk semula ke kawasan hutan dan semak berhampiran. Kalau tak ditangkap, mungkin ia akan membiak,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JPAM berkata, seramai empat anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

Menurutnya, ketika sampai ke tempat kejadian, ular tedung selar sepanjang kira-kira 2.5 meter sudah menelan kepala ular batang tebu dan memuntahkan semula tidak berapa lama selepas itu.

“Bagaimanapun, ular batang tebu ini mati semasa dalam perjalanan untuk dibawa ke JPAM Alor Gajah. Manakala ular tedung selar itu masih mengganas dan aktif bergerak walaupun sudah diikat di bahagian taringnya yang berbisa,” katanya.
SH

Mangsa simbahan asid




SEREMBAN – Seorang ibu muda terpaksa menerima hakikat bahawa dia mengalami kecacatan kekal akibat menjadi mangsa simbahan asid oleh lelaki tidak dikenali, Mac lalu.

Zuhaina Tengkis, 27, ibu kepada dua orang anak yang tinggal di Kampung Orang Asli Belihoi, Mantin, di sini terpaksa menanggung keperitan sepanjang hayatnya apabila selu ruh wajah dan sebahagian dadanya melecur.

Lebih memilukan, Zuhaina hilang penglihatan apabila kedua-dua matanya buta akibat kejadian itu.

Menceritakan detik kejadian, Zuhaina berkata, kejadian berlaku pertengahan bulan Mac lalu, bagaimanapun dia tidak ingat tarikh kejadian.

“Pada malam kejadian, saya bersama adik saudara keluar rumah menaiki motosikal untuk bertemu dengan seorang rakan di sebuah kedai makan di pekan Mantin.

“Kira-kira 9.30 malam, saya bersama adik saudara menunggang motosikal bergerak pulang ke rumah selepas bertemu kawan,” katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di satu kawasan berhampiran Lapang Sasar Mantin di sini, kelihatan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki berusia lingkungan 20-an ingin memotong motosikal mereka.

“Semasa motosikal itu menghampiri motosikal kami, terdengar seorang suspek menyebut ‘hai’. Saya segera menoleh ke arah mereka sebelum seorang daripada mereka menyimbah air tepat kepada wajah saya,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Orang Asli Belihoi, Mantin, di sini, semalam.

Zuhaina berkata, simbahan air yang dipercayai asid itu turut terkena pada bahagian belakang badan adik saudaranya itu.

“Dalam keadaan kesakitan, kami terus pulang rumah dan suami segera membasuh wajah saya sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini.

“Saya mendapat rawa tan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama dua bulan dan dibenarkan pulang ke rumah, 27 Mei lalu,” katanya.

Menurutnya, doktor memberitahu kedua-dua matanya tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan teruk akibat simbahan asid.

“Sehingga kini, saya tidak dapat tidur kerana kelopak mata saya tidak boleh tutup. Sakit di muka dan dada masih terasa sehingga kini,” katanya.

Menurutnya, nasib menimpanya juga menyebabkan perasaannya adakala terganggu sehingga menitiskan air mata, lebih-lebih lagi tidak dapat melihat anak-anaknya membesar.

“Saya tidak berdendam dengan orang, saya tidak pernah dengki dengan orang tetapi kenapa orang buat saya begini,” katanya.

Sementara itu, suami, Nor Azman Jani, 30, berkata, sehingga kini dua lelaki tidak bertanggungjawab itu gagal dikesan pihak berkuasa.

“Polis turut memaklumkan kes tersebut kemungkinan berkaitan dengan kes simbahan asid di Kuala Lumpur,” katanya.

Nor Azman yang bekerja sebagai penoreh getah bagaimanapun bersyukur isterinya masih selamat.

“Meskipun keadaan isteri saya seperti ini, saya tetap menyayangi dia.

“Cuma saya sentiasa berharap masih ada peluang untuk isteri saya melihat semula,” katanya.

Dalam pada itu, nasib menimpa Zuhaina mendapat perhatian Pengerusi MCA negeri, Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam yang melawat mangsa serta menghulurkan sumbangan, semalam.

Chai Thiam berkata, dia akan memastikan mangsa mendapat bantuan sewajarnya dari segi kewangan serta kos rawatan.

“Saya akan memanjangkan masalah ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan mangsa mendapat bantuan bulanan berikutan pendapatan suami bawah RM500 sebulan,” katanya.
SH

Dipenjara songlap duit majikan



KUANTAN - Seorang bekas pekerja am sebuah kedai perkakasan elektrik dihukum penjara 15 bulan selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mengelapkan wang jualan sebuah televisyen LCD milik majikannya, Ogos tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Wildan Abdul Aziz yang menghilangkan diri bersama wang tunai berjumlah RM3,290 yang diterima daripada seorang pelanggan hasil jualan perkakas elektrik itu berjaya ditahan polis 3 Jun lalu dan dihadapkan ke mahkamah itu semalam.

Majistret Norina Maludin dalam keputusannya semalam mengarahkan hukuman penjara ke atas lelaki itu bermula dari tarikh tangkap.

Pada masa yang sama tertuduh turut dihukum dengan satu sebatan dan denda RM3,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda yang ditetapkan itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Amalina Zainal Mokhtar, tertuduh didakwa menerima wang tersebut daripada seorang wanita sebagai bayaran sebuah televisyen LCD 42 inci antara jam 8 pagi hingga 5.30 petang di Lorong Shahzan 10, Taman Shahzan di sini, 29 Ogos 2010

Wang tersebut sepatutnya diserahkan kepada majikannya bagaimanapun tertuduh didapati gagal menyerahkannya dan menghilangkan diri bersama hasil jualan itu .

Ekoran tindakan tertuduh yang pecah amanah itu, majikannya membuat laporan polis.

Selepas hampir setahun bebas tanpa sebarang tindakan, tertuduh akhirnya berjaya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dan sebatan dan boleh didenda.
SH

Mandur cedera dipukul pekerja

KUANTAN - Gara-gara terlupa mengambil pekerjanya dari ladang selepas habis waktu bekerja membawa bala kepada seorang mandur apabila dia cedera dibelasah oleh tiga pekerja itu menggunakan buluh, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 3 petang di rumah pekerja, Ladang Shahzan IOI, Cenderawasih dekat Rompin itu menyebabkan mandur warga Bangladesh berusia 33 tahun itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk bahu, tangan dan kaki.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Siasatan dan Perundangan) Superintendan Mohd Haris Daud berkata, tiga pekerja yang

juga warga Bangladesh itu dihantar mandur terbabit untuk melakukan kerja-kerja ladang di sebelah pagi dan akan menjemputnya bila habis kerja.

Menurutnya, mandur terbabit dipercayai terlupa dan terus pulang berehat di rumah.

“Tiga pekerja terbabit dipercayai keletihan kerana terpaksa berjalan kaki pulang.

“Mungkin sakit hati setelah dengan mandur itu, tiga pekerja terbabit naik angin lalu bertindak menyerang lelaki itu menggunakan

buluh,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Mohd Haris berkata, akibat serangan itu, mangsa terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Selancar, Rompin bagaimanapun kecederaan dialami tidak serius dan hanya dirawat sebagai pesakit luar.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.SH

Warga Pakistan Dipenjara Lapan Bulan Masuki Sarawak Secara Haram


SIBU: Mahkamah Sesyen di sini, Rabu menjatuhi hukuman penjara lapan tahun, masing-masing, ke atas tiga rakyat Pakistan kerana menggunakan dokumen perjalanan palsu untuk memasuki negeri ini.
Hakim Indra Ayub memerintahkan hukuman itu berkuatkuasa 13 Mei pada tarikh mereka ditangkap.
Tiga rakyat Pakistan yang berumur antara 35 hingga 47 tahun itu ditangkap semasa tiba di lapangan terbang di sini dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, pukul 8.15 malam.
Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen Sibu, Billawati Annuar berkata semasa diperiksa, pegawai Imigresen mendapati mereka memiliki pas perjalanan sosial dan visa palsu.
Katanya mereka didakwa mengikut Seksyen 56(1)(I) Akta Imigresen 1959/62 kerana menggunakan dokumen perjalanan palsu dan mengikut Seksyen 6(1)(I) akta yang sama kerana memasuki negeri ini secara haram.
Masing-masing dijatuhi hukumen empat bulan penjara bagi setiap kesalahan.
Sebelum itu, ketiga-tiga rakyat Pakistan itu tiba di Kuala Lumpur melalui jalan darat dari Thailand. -BERNAMA
mStar Online : Warga Pakistan Dipenjara Lapan Bulan Masuki Sarawak Secara Haram

Peniaga Terbunuh Selepas Tercampak Keluar Daripada Kereta

KANGAR: Seorang peniaga maut apabila kereta yang ditumpanginya terbabit kemalangan jalan raya menyebabkannya tercampak keluar daripada kenderaan itu di kampung Kubang Gajah dekat sini, Rabu.
Ketua Polis Daerah Arau Supritendan Mohd Nadzri Hussain berkata Chua Kok Seong, 36, yang patah tengkuk dan cedera di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta jenis Kelisa itu, Ngoi Chuan Tat, 29, cedera parah.
Kejadian berlaku kira-kira 1 petang, apabila kereta yang dipandu Ngoi hilang kawalan lalu merempuh pokok jati di bahu jalan manakala Chua yang tidak memakai tali pinggang keledar tercampak keluar.
Mohd Nadzri berkata semasa kejadian, kenderaan yang dinaiki kedua-dua lelaki itu sedang menghala Arau dari arah Kangar dan kemalangan dipercayai berlaku disebabkan kenderaan dipandu laju dan keadaan jalan licin berikutan hujan lebat.
Mayat mangsa yang beralamat di Alor Setar, Kedah, itu dihantar ke bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan rakannya yang cedera menerima rawatan di hospital yang sama.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -BERNAMA
mStar Online : Peniaga Terbunuh Selepas Tercampak Keluar Daripada Kereta

Campak sampah dalam sungai


 keadaan Alor A   dipenuhi sampah  yang dibuang  penduduk   Tanjong Chat menyebabkan  tersumbat dan berbau.
keadaan Alor A dipenuhi sampah yang dibuang penduduk Tanjong Chat menyebabkan tersumbat dan berbau.
Sikap penduduk punca sisa toksik, bahan buangan di Pengkalan Chepa

KOTA BHARU: Tindakan penduduk membuang sampah ke sungai menyebabkan Alor A berhampiran Pasar Besar Siti Khadijah, di sini, berbau dan dipenuhi sampah sehingga menyebabkan Sungai Pengkalan Chepa dikategorikan sebagai sungai paling kotor di Kelantan.

Selain Alor A yang airnya mengalir ke Alor B, C dan D berdekatan Sungai Keladi di Kampung Tanjung Chat dan Sungai Budor di Kampung Cina, di sini, turut dikategorikan antara alor paling berbau sekali gus menyebabkan Sungai Pengkalan Chepa sepanjang kira-kira 15 kilometer berada dalam kategori tiga, iaitu paling kotor.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Abu Bakar Mohd Yusof, berkata kategori tiga dilabelkan bagi Alor A, B, C dan D sebelum mengalir ke Sungai Pengkalan Chepa, berikutan ia dipenuhi sisa toksik dan sampah sarap tidak mudah lupus.
Katanya, siasatan pihaknya mendapati keadaan itu disebabkan tindakan penduduk termasuk peniaga yang sering membuang sampah ke dalam sungai di alor berkenaan sehingga menyebabkan tahap kualiti air berbau busuk.

"Walaupun sejak beberapa tahun lalu, JPS memasang beberapa alat perangkap sampah di Alor A, B, C dan D, namun ia tidak mampu memerangkap sampah yang sukar lupus seperti tin kosong, plastik, lampin pakai buang dan sisa pepejal lain.

"Berikutan itu, JPS negeri ini kini sedang melaksanakan pemasangan alat penapis berharga kira-kira RM200,000 yang dimulakan di Alor A yang letaknya di belakang sebuah pasar raya di bandar ini.

"Alat itu boleh merangkap sampah dan meningkatkan tahap kualiti air supaya air sungai tidak berbau dan warnanya menjadi lebih jernih. Jika alat itu berjaya digunakan di Alor A, kami akan teruskan di beberapa alor lain sekali gus boleh membaik pulih kualiti air di Sungai Pengkalan Chepa," katanya di sini, kelmarin.
Abu Bakar berkata, selain itu, JPS akan melaksanakan alat sistem rawatan air menggunakan 'mud ball' iaitu sejenis bebola tanah yang mengandungi bahan mikro organisma dan mampu meningkatkan tahap kualiti air.

"JPS menerima peruntukan kira-kira RM1 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan tahap kualiti air di Sungai Pengkalan Chepa yang dikenal pasti paling kotor di antara sungai yang ada di jajahan ini, termasuk Sungai Tiong dan Sungai Lubok Mulong di sini," katanya.

Penduduk Kampung Tanjung Chat, Che Aman Saudi Mohd Nor, 30 berkata beliau sering melihat sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sampah di dalam sungai berkenaan.

Johari Jahar, 35, yang tinggal berhampiran Sungai Budor di sini, berkata sebelum ini JPS pernah memasang tiga kali alat perangkap sampah, namun jika musim banjir, alat itu dibawa arus.

"Kami yang tinggal berhampiran alor ini kesal kerana sering kali dipersalahkan walaupun ramai pengguna kenderaan suka membuang sampah sehingga akhirnya mengalir ke dalam sungai,” katanya.
Berita Harian Online | Campak sampah dalam sungai

Awak-awak asing ganggu gadis tempatan

PASIR PUTEH: Jaga awak-awak asing dan jangan benarkan mereka berkeliaran di kawasan kampung. Itu amaran keras kepada kira-kira 300 pemilik bot laut dalam yang menggunakan awak-awak asing.

Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Zawawi Ali, berkata ingatan itu diberikan berikutan pihaknya sering menerima aduan penduduk yang berasa terganggu dengan kehadiran awak-awak asing selepas bot mereka berlabuh di jeti pendaratan ikan Tok Bali, di sini.

Katanya, tindakan majikan atau pemilik bot laut dalam itu yang membiarkan nelayan asing berkeliaran secara bebas di kawasan sekitar perkampungan, menyebabkan penduduk tempatan terganggu kerana awak-awak terbabit mengganggu penduduk khasnya gadis.
"Kita bagi amaran, semua majikan yang menggaji awak-awak dari Thailand dan Vietnam mengawal tingkah laku pekerja masing-masing untuk mengelak masalah berbangkit," katanya pemberita selepas mengadakan dialog dengan 150 nelayan pada majlis interaksi nelayan, penternak bersama Jabatan Perikanan Kelantan di sebuah chalet di Tok Bali, di sini.
Berita Harian Online | Awak-awak asing ganggu gadis tempatan

Pensyarah dituduh sebab kematian

Warga Britain tumbuk kepala mangsa

KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah sebuah kolej universiti warga Britain, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang, di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian lelaki tempatan dengan menumbuk kepala mangsa, minggu lalu.

Ricos Nicholas Christen, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dalam Bahasa Inggeris dibacakan di depan Hakim Roszianayati Ahmad.

Dia yang bekerja kontrak dengan kolej universiti itu lapan bulan lalu didakwa menyebabkan kematian Leong Chin Yap dengan menumbuk belakang kepala mangsa di kaki lima Leisure Bay Cafe dan Restaurant, Nombor 78G.79G, Jalan Pandan Indah 4G68B, Pandan Indah, jam 2 pagi, 29 Mei lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin warga negara Malaysia manakala pasportnya ditahan di mahkamah.

Bagaimanapun, Nicholas yang diwakili Ram Karpal Singh, memohon jaminan dikurangkan.

Roszianayati menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia manakala pasportnya diserahkan ke mahkamah dan perlu melapor ke balai polis berdekatan sebulan sekali. Sebutan ditetapkan 6 Julai depan.
Berita Harian Online | Pensyarah dituduh sebab kematian

Warga Nigeria mati ketika ditahan polis

Suspek lari elak ditangkap rebah akibat sesak nafas

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nigeria disahkan mati selepas rebah ketika ditahan dalam serbuan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, di sebuah rumah di Taman Sri Kuching, kelmarin.

Terdahulu, suspek berusia 22 tahun itu dilaporkan cuba melarikan diri selepas terlihat sepasukan anggota polis menyerbu kediaman diduduki bersama empat rakannya ketika serbuan dibuat sekitar jam 9.30 malam.

Timbalan Pengarah Risikan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun berkata, suspek terkejut apabila melihat rakannya dicekup bertindak melarikan diri.
Namun, cubaannya mengelak ditahan polis gagal selepas terjatuh ketika dikejar 500 meter oleh pegawai polis yang ternampak suspek cuba melarikan diri.

Dia kemudiannya dibawa ke rumah yang menjadi lokasi penyimpanan dadah kumpulan warga asing terbabit sebelum ditempatkan bersama empat rakannya yang berjaya ditahan sebelum itu.

“Ketika kita meletakkan suspek bersama rakannya, dia mengadu kepenatan sebelum sesak nafas secara tiba-tiba hingga memaksa pegawai polis membuka garinya.

“Keadaan suspek dilihat semakin tenat hingga polis terpaksa menghubungi ambulans bagi mendapatkan bantuan sebelum dia disahkan meninggal dunia selepas pasukan keselamatan tiba,” katanya.
Mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi memudahkan polis mengenalpasti punca sebenar kematian lelaki berkenaan.

“Hasil pemeriksaan awal kita dapati tiada kesan kecederaan fizikal ditemui pada mayat suspek yang juga pelajar sebuah kolej swasta di ibu negara,” katanya.

Othman berkata, dalam serbuan sama, anggota polis yang menjalankan serbuan terpaksa bergelut 10 minit dengan empat lelaki warga Nigeria selepas mereka bertindak agresif ketika menyedari polis cuba menahan mereka.

Katanya, maklumat awal diterima polis mendapati sindiket terbabit dipercayai bergiat aktif di sekitar Lembah Klang, selain turut merekrut keldai dadah di kalangan wanita rakyat tempatan.

Serbuan sama juga membawa kepada kejayaan penemuan satu kilogram dadah jenis syabu, 4.3 kilogram dadah jenis heroin dan 38 kapsul heroin yang dianggarkan bernilai RM500,000.
Berita Harian Online | Warga Nigeria mati ketika ditahan polis

Tunggu mangsa depan pintu




KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan dan denda RM1,000 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda, terhadap seorang tukang mesin rumput setelah didapati bersalah melakukan cubaan menyamun seorang perempuan di tandas awam Taman Rekreasi Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Tertuduh, Kamal Salleh, 22, dari Kampung Binjai Manis, Manir, mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu seksaan bagi kesalahan menakutkan secara jenayah itu pada 2 Jun lalu kira-kira jam 9.30 pagi.

Mengikut fakta kes, dia telah melakukan jenayah itu dengan menunggu mangsa di hadapan pintu tandas ketika mangsa berada di dalam tandas, dan terus menolak mangsa masuk semula ke dalam tandas.

Disebabkan ketakutan dengan tindakan tertuduh, mangsa tanpa bersoal panjang menghulurkan beg duit kepunyaannya tetapi tertuduh tidak mengambilnya dan hanya berdiam diri.

Tertuduh terus bertindak berdiri di belakang mangsa dan menolak mangsa supaya duduk. Selepas itu, tertuduh memegang bahu dan tengkuk mangsa serta kakinya dipijak di belakang mangsa.

Mangsa yang kesakitan menjerit sekuat hati dan tidak lama kemudian, kakak mangsa datang bersama dua orang lelaki awam untuk menolong. Kamal kemudiannya ditangkap dan dibawa ke balai polis berhampiran.

Dengan itu, dia didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen dan akta sama, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Polis, Inspektor V Ravi di hadapan hakim, Noor Adila Abd Latif.
SH

Cucu kurang ajar




SETIU – Akibat perselisihan faham, seorang datuk berumur 52 tahun lebam pada bahagian belakang badan, setelah dipercayai dipukul dengan salah satu komponen motosikal oleh cucu tirinya dalam kejadian jam 9.20 malam pada 3 Jun lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Asisten Superintendan Idris Mohamad berkata, Kejadian itu berlaku setelah pengadu ingin keluar membeli rokok di kedai, tetapi dihalang oleh isterinya atas alasan dirinya tidak sihat dan diminta berada di rumah sahaja.

Pada masa sama, cucu tirinya berusia dalam lingkungan 20-an menyampuk dari dalam bilik dengan menyatakan kepada datuknya, agar ‘berambus’ terus dari rumah.
SH

Bebas tuduhan rasuah




KOTA BHARU – Dua pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu, di sini, semalam dilepas dan dibebaskan dari dua tuduhan rasuah selepas didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Seksyen, di sini.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris membuat keputusan itu sejurus mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ke tahap prima facie terhadap kedua-dua tertuduh yang berpangkat Asisten Superintenden (ASP) dan Inspektor itu.

“Saya mendapati kedua-duanya tidak bersalah dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri,” katanya.

Inspektor Mude Saefi dan ASP Bahrin Mohd Noh terlepas tuduhan dengan niat bersama meminta suapan wang tunai RM5,000 daripada Mohd Nasir Idris melalui Norizam Raibul di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Kota Bharu, di sini, 20 Ogos, tiga tahun lalu.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mereka meminta suapan tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Mohd Nasir, Shahizan Che Azlan dan Che Syahid Che Azlan yang disyaki memiliki barangan curi.

Mereka juga bebas tuduhan kedua, pada hari sama jam 5.30 petang sekali lagi dituduh meminta RM5,000 ke atas individu yang sama untuk tujuan sama.

Kedua-duanya terlepas hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan jika didapati bersalah mengikut Seksyen 10(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta 575.

Pada prosiding di mahkamah semalam, kedua-duanya bagaimanapun mengelak daripada imej mereka dirakam pihak media dengan bertindak berlari keluar dari perkarangan mahkamah itu, semalam.
SH

Dua sahabat dituduh memiliki pil kuda



KOTA BHARU – Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana menghadapi tuduhan memiliki dadah jenis metamphetamine dalam satu tangkapan di Jalan Yahya Petra, di sini, 3 Jun lalu.

Sharudin Abdul Rashid, 43 dan Arasah Abdul Rahid, 41 dituduh memiliki satu ketulan berwarna merah dan lapan biji pil seberat 0.9 gram dadah jenis metamphetamine di sebuah rumah di jalan tersebut, tarikh berkenaan.

Dalam serbuan jam 10.40 pagi itu, kedua-duanya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau dijatuhi hukuman penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada prosiding di mahkamah, semalam, Majistret Nur Zakiyah Shamsudin membenarkan kedua-duanya diikat jamin sejumlah RM4,000 masing-masing dengan seorang penjamin. Kes disebut semula 19 Julai depan sementara menunggu laporan kimia. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.
SH

Dua beradik nyaris maut terbakar




PETALING JAYA – Berpantang maut sebelum ajal, dua beradik berusia enam dan lima tahun yang ditinggalkan neneknya yang keluar membuang sampah sempat menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah selepas menyedari rumahnya terbakar.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang kelmarin itu memusnahkan hampir kesemua peralatan dan barangan di dalam rumah di tingkat 3, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang dekat sini.

Mangsa, Maheran Itam Rozali, 51, ketika ditemui bersyukur kerana cucunya selamat.

“Selalunya saya pergi buang sampah dan pulang ke rumah secepat mungkin, hari itu memang macam tidak sedap hati tetapi apa boleh buat semuanya kehendak Allah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Menurutnya, dia percaya kebakaran bermula di bilik tengah namun sehingga kini punca masih tidak diketahui.

“Saya harap pihak berkuasa bomba dapat menyiasat punca kebakaran ini memandangkan saya bercadang mahu mengambil tindakan susulan berikutan kerugian yang ditanggung mencecah RM20,000,” katanya

Sementara itu, jiran mangsa, Zulkefle Sapian Suri, 50, berkata, dia membantu memadamkan kebakaran menggunakan air daripada hos getah yang disambungkan dari rumahnya dan juga menggunakan baldi.

“Saya terpaksa gunakan kaedah itu kerana kepala paip air kecemasan di blok bangunan difahamkan disimpan pihak pengurusan,” katanya.

Menurutnya, sepatutnya kemudahan kebakaran seperti pemadam api diadakan di setiap tingkat namun kemudahan itu seolah-olah tidak wujud di perumahan itu.

Dalam pada itu, Persatuan Penduduk Taman Putra Damai Lembah Subang dan Persatuan Blok A mengadakan derma kilat kepada keluarga mangsa.

Difahamkan semua mangsa kini ditempatkan buat sementara waktu di rumah anaknya di tingkat 11.

Hadir menyampaikan sumbangan, Setiausaha sulit Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Abdul Aziz Dahlan.
SH

Penebang haram dikesan




BANTING – Penebang pokok haram bakal dikenakan hukuman keras apabila MDKL kini sedang giat mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang menebang pokok di sekitar daerah Kuala Langat.

Ahli Majlis MDKL, Yap Lai Keng berkata, beliau menerima aduan orang awam berkenaan masalah penebangan pokok haram yang menjadi punca kepada masalah ekosistem di sesebuah kawasan.

:Menurutnya, aduan yang diterima juga bukan sahaja tertumpu kepada penebangan pokok di hutan, malah pokok di kawasan kampung atau perumahan yang sebenarnya tidak menjejaskan persekitaran.

“Saya tidak faham dengan tindakan masyarakat yang tidak mahukan suasana hijau di kawasan tempat tinggal mereka sehingga sanggup memotong pokok–pokok berkenaan tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar.

“Hukuman perlu dikenakan ke atas pihak yang menebang pokok secara haram di mana–mana kawasan supaya tindakan tersebut mendapat perhatian pihak yang bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian.

Lai Keng berkata, beliau mahu pokok–pokok yang ditanam terus dipelihara dan dijadikan sebagai kawasan hutan simpan.

Menurutnya, beliau sedia menerima aduan berkenaan kawasan pokok yang ditebang secara haram dan akan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan.

“Penduduk juga digalakkan menanam pokok hijau supaya dapat menambahkan oksigen di persekitaran mereka.

“Pelbagai usaha telah dilakukan terutamanya oleh MDKL dalam menggalakkan masyarakat supaya menyertai aktiviti Zon Bersih supaya semua pihak dapat memanfaatkan program yang dianjurkan,” katanya.

Seorang pengusaha kebun yang ditemui, Razak Hamidi Latip, 60, berkata, dia bersetuju hukuman keras dikenakan terhadap penebang pokok haram di daerah Kuala Langat.

Menurutnya, dia pernah mendengar terdapat pihak yang menebang pokok untuk tujuan mengkomersialkan kawasan perairan pantai.

Katanya, aktiviti itu tidak seharusnya berlaku kerana ia merosakkan persekitaran.

“Pelbagai pihak yang berkenaan perlu mengambil perhatian terhadap pokok–pokok yang ditanam tidak kira tempat supaya penebangan secara haram tidak lagi berlaku,” katanya.
SH

Forklif terbakar




PELABUHAN KLANG – Enam anggota bomba mengambil masa 25 minit untuk memadamkan api sebuah forklif pengangkut kontena yang terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Yusri Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.03 petang daripada pekerja syarikat terbabit. Sejurus selepas itu, anggotanya ke tempat kejadian dan tiba ke lokasi pada jam 6.20 petang.

Menurutnya, kejadian yang berlaku di servis kontena Sultan Sulaiman itu masih dalam siasatan.

“Ketika sampai di tempat kejadian, api sudah kurang, tetapi masa yang lama terpaksa diambil untuk memastikan api di forklif tersebut benar-benar padam sepenuhnya.

“Selepas api selesai dipadamkan, didapati keadaan forklift tersebut 80 peratus sudah hangus,” katanya
SH

Pekerja kilang maut ditikam


KAJANG – Seorang pekerja kilang membuat pintu pagar besi ditemui mati dengan kesan tikaman di bahagian dada dalam kejadian yang berlaku di No 21 Jalan 7/3 kawasan Perindustrian Selesa Jaya, Kajang, semalam.

Mangsa warga Bangladesh berusia lewat 20-an ditemui mati di dalam bilik tidurnya di bahagian atas premis berkenaan oleh majikan ketika hendak memulakan perniagaan sebelum memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 9.20 pagi dan sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian.

“Hasil siasatan lanjut juga polis menjumpai senjata yang digunakan dalam kejadian berkenaan dan suspek dipercayai rakan sebilik mangsa.

“Polis tidak menolak kemungkinan kejadian berkenaan bermotifkan dendam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan gerakan mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan gerakan mengesan suspek giat dijalankan,” katanya.
SH