Search This Blog

Wednesday, June 8, 2011

2 sahabat didakwa edar dadah di Sungai Petani

SUNGAI PETANI: Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana dituduh mengedar dadah secara berasingan pada 30 Mei lalu.
Ismail Abdullah, 47, dituduh mengedar kanabis seberat 3,150 gram pada 5.30 petang di Lorong Kampung Sungai Batu, Merbok, di sini manakala rakannya, Suzlan Yusoff, 45, pula didakwa mengedar dadah jenis sama seberat 116,110 gram di stor belakang sebuah rumah di Ladang Sungai Batu 1, Bedong, pada 6.15 petang.
Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menurut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniaman, menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sin.

Di Mahkamah Sesyen di sini, Suzlan menghadapi dua pertuduhan iaitu memiliki sepucuk pistol dan peluru secara haram di sebuah rumah di Ladang Sungai Batu 1, Bedong di sini pada 6.45 petang pada tarikh sama.
Pertuduhan pertama adalah mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat 1971), dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang daripada enam sebatan.

Bagi pertuduhan kedua Suzlan didakwa menyimpan 84 butir peluru (52 butir peluru jenis TA 9mm95 dan 32 butir peluru jenis SMB Luger) tanpa kebenaran yang sah di tempat dan masa sama.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1980, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun dan denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Hakim Muhammad Khalid Abdul Karim menetapkan 9 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Cheah Yit manakala Suzlan tidak diwakili peguam. - BERNAMA Berita Harian Online | 2 sahabat didakwa edar dadah di Sungai Petani

Pensyarah warga Britain didakwa akibatkan kematian lelaki tempatan

KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah warga Britain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini terhadap pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki tempatan di Pandan Indah, di sini pada Mei lalu.
Ricos Nicholas Christen, 53, membuat pengakuan itu selepas mendengar pertuduhan dibacakan kepadanya dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.
Christen didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Leong Chin Yap, 50, dengan menumbuk di bahagian belakang kepala mangsa.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di kaki lima Leisure Bay Cafe dan Restaurant, No 78 G, Jalan Pandan Indah 4/68B, Pandan Indah dekat sini pada 2 pagi 29 Mei lalu.

Christen yang diwakili peguam, Ram Karpal Singh didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin warga tempatan selain memerintahkan lelaki itu menyerahkan pasport dan melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Kes itu akan disebut semula pada 6 Julai ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya. - BERNAMA Berita Harian Online | Pensyarah warga Britain didakwa akibatkan kematian lelaki tempatan

Polis Johor tumpas kumpulan samun

JOHOR BAHARU — Polis percaya dapat menumpaskan kumpulan samun, ragut dan mencuri kenderaan di bandar raya ini selepas menahan lima lelaki dan seorang wanita di sebuah hotel bajet di Danga Bay di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka ditahan pada pukul 12.50 pagi selepas polis bertindak dari maklumat ekoran kes kecurian sebuah kereta di kawasan Taman Daya.
"Dalam serbuan di hotel itu, polis merampas empat buah beg tangan, seutas jam tangan dan 12 telefon bimbit pelbagai jenama,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri hari ini. - Bernama
Kosmo! Online - Terkini

Isteri mangsa bunuh diambil keterangan

KUALA LUMPUR — Polis telah mengambil keterangan isteri kepada mangsa kes bunuh yang mayatnya dicampak di Sungai Klang Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd Razak Elias berkata, saksi berumur 43 tahun itu memberi keterangan dua hari lepas.
"Setakat ini kita (polis) telah memanggil seorang saksi sahaja iaitu isteri mangsa dan sekiranya perlu kita akan panggil lagi saksi untuk siasat punca dan motif sebenar mangsa dibunuh.
"Sehingga kini tiada lagi tangkapan dan kita masih memerlukan petunjuk untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kosmo! Online - Terkini

Remaja lemas ketika mandi sungai

ALOR SETAR — Mayat seorang pelajar tingkatan tiga yang lemas ketika mandi bersama empat rakannya di Tanjung Chali, di sini petang semalam, ditemui hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, mayat Mohd. Ikhram Hashim, 15, ditemui pukul 10.47 pagi tadi oleh unit pasukan selam Jabatan Bomba dan Penyelamat di dasar sungai berkenaan.
"Mohd. Ikhram dilapor lemas pada pukul 7 petang semalam, dan sejurus menerima laporan kita terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
"Bagaimanapun operasi dihentikan kira-kira pukul 8 malam tadi sebelum disambung semula pukul 7 pagi ini,” katanya ketika ditemui pemberita, di tempat kejadian di sini hari ini. - Bernama
Kosmo! Online - Terkini

Mengaku salah guna dokumen palsu

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah urusan syarikat pengiklanan DD Mediaconsult Sdn Bhd, Norhan Manaf, mengaku bersalah terhadap 31 pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk memindahkan wang berjumlah RM1.9 juta dari akaun syarikat tersebut ke dalam akaunnya.
Bagaimanapun Hakim Mohammad Zulkifly Jusoh menangguhkan keputusan hukuman terhadap tertuduh, selepas pihak pembelaan memohon penangguhan itu ke esok.
Pihak pembelaan yang diwakili peguam D. Krishna memohon penangguhan itu atas alasan sekiranya mahkamah menjatuhkan hukuman pada hari ini, anak guamnya tidak boleh membuat apa-apa pembayaran.
"Masa sekarang sudah suntuk, jikalau apa-apa denda yang perlu dijelaskan tidak boleh dilaksanakan. Pihak kami memohon mahkamah untuk menangguhkan hukuman itu esok,” katanya.
Mengikut pertuduhan itu, tertuduh didakwa menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu ”permohonan untuk kiriman wang” bagi memindahkan wang berjumlah RM1.9 juta dari akaun syarikat tersebut ke dalam akaun milik tertuduh sedangkan tertuduh tahu ia adalah palsu.
Norhan, 42, didakwa melakukan semua kesalahan itu di Malayan Banking Berhad, Dataran Maybank, Jalan Maarof di sini antara Januari dan Mei 2010. – Bernama
Kosmo! Online - Terkini

Sindiket penipuan guna nama polis HK

MELAKA – Polis Melaka meminta orang ramai berhati-hati terhadap sindiket penipuan yang menggunakan nama polis Hong Kong dan Bank Negara Malaysia untuk memerangkap mangsa mereka kononnya terlibat dalam kes pengubahan wang haram.
Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Chuah Gee Lye berkata, modus operandi sindiket itu ialah dengan menelefon mangsanya dengan mendakwa mereka adalah pegawai polis Bukit Aman dengan alasan identiti mangsa telah digunakan di luar negara dalam kes itu.
Ini berikutan dua kes yang dilaporkan di negeri ini melibatkan sindiket dengan modus operandi yang sama.
Bagaimanapun setakat ini tiada kerugian dilaporkan kerana mangsa terbabit tidak mengendahkan arahan sindiket tersebut. – Bernama
Kosmo! Online - Terkini

Pensyarah didakwa sebabkan kematian

KUALA LUMPUR - Seorang pensyarah warga Britain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini terhadap pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki tempatan di Pandan Indah, di sini pada Mei lepas.
Ricos Nicholas Christen, 53, membuat pengakuan itu selepas mendengar pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.
Christen didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Leong Chin Yap, 50, dengan menumbuk di bahagian belakang kepala mangsa.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di kaki lima Leisure Bay Cafe dan Restaurant, No.78 G, Jalan Pandan Indah 4/68B, Pandan Indah dekat sini pada 2 pagi, 29 Mei lalu.
Christen yang diwakili peguam Ram Karpal Singh didakwa mengikut Seksyen
304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda
atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama
Kosmo! Online - Terkini

Mayat lelaki terapung di sungai

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di tempat penahan sampah di Sungai Jalan Kolam Air, Sentul, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mayat Kathiravan A/L Arumugam, 39, dari Sungai Tua, Batu Caves, ditemui orang awam kira-kira pukul 9 pagi tadi. - Bernama
Kosmo! Online - Terkini

Dua sahabat edar dadah

SUNGAI PETANI - Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh mengedar dadah secara berasingan pada 30 Mei lepas.
Ismail Abdullah, 47, dituduh mengedar kanabis seberat 3,150 gram pada 5.30 petang di Lorong Kampung Sungai Batu, Merbok, di sini manakala rakannya, Suzlan Yusoff, 45, pula didakwa mengedar dadah jenis sama seberat 116,110 gram di stor belakang sebuah rumah di Ladang Sungai Batu 1, Bedong, pada 6.15 petang.
Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menurut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniaman menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Tiada pengakuan dicatatkan daripada kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili
peguam. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sin. - Bernama
Kosmo! Online - Terkini

Bapa cari anak lelaki OKU hilang selepas keluar rumah


JERLUN 8 Jun — Seorang lelaki kelainan upaya (OKU), Mohd Fikril Munir Mohd Yusoff, 25, dari Kampung Pida Tiga, Air Hitam dekat sini, hilang sejak 25 Mei lalu selepas keluar dari rumahnya.

Bapanya, Mohd Yusoff Saidin, 55, berkata, dia dan isteri, Che Embun Mustafa, 50, menyedari kehilangan anak ketiga mereka itu selepas waktu Maghrib pada hari sama apabila anaknya itu tidak pulang ke rumah.
“Kebiasaanya Mohd Fikril keluar rumah merayau-rayau sekitar pekan Air Hitam dan Kuala Kedah dengan menunggang basikal dan akan pulang sebelum waktu maghrib.
“Saya bimbang kerana anak saya tidak boleh makan sendiri kerana keadaan fizikalnya tidak stabil,” katanya.
Mohd Yusoff membuat satu laporan di Balai Polis Jitra sehari selepas kehilangan anaknya itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Mohd Fikril boleh menghubungi Mohd Yusoff di talian 013-5229103 atau menghubungi Balai Polis Jitra di talian 04-9172222. - Bernama
Utusan Malaysia Online - Terkini

Alami kekejangan otot: Tahanan polis mati di hospital


ARAU 8 Jun – Seorang tahanan lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini setelah mengalami kekejangan otot semasa ditahan di lokap berkenaan hari ini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Nadzri Hussain berkata, tahanan itu, Zakaria Sollih, 57, dari Dato’ Kayaman di sini mengalami kekejangan otot dan pengsan dalam lokap berkenaan pada pukul 10.55 pagi.
Menurut beliau, mangsa kemudian dikejarkan ke HTF namun disahkan meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari ini. – Utusan
Utusan Malaysia Online - Terkini

23 pekerja Vietnam, Bangladesh cedera dalam pergaduhan




ANGGOTA FRU memasuki kawasan asrama mengawal perbalahan antara pekerja Bangladesh dengan Vietnam di sebuah kilang di Taman Semarak, Nilai, malam tadi. - Foto Owee Ah Chun 


NILAI: Seramai 23 pekerja Vietnam dan Bangladesh cedera dengan tiga daripada mereka dimasukkan ke hospital dalam pergaduhan dua kumpulan itu di asrama sebuah kilang di Taman Semarak, Nilai, malam tadi.

Pergaduhan itu membabitkan sekurang-kurangnya 400 pekerja warga berkenaan.
Berita Harian Online | 23 pekerja Vietnam, Bangladesh cedera dalam pergaduhan

Peneroka Felda Kemahang dapat ganti rugi

PUTRAJAYA 19 Jan. – Seramai 354 penduduk Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan mendapat ‘durian runtuh’ RM11 juta setelah Mahkamah Persekutuan memerintahkan Felda membayar ganti rugi kerana melakukan penipuan terhadap sistem timbangan kelapa sawit.

Penantian sekumpulan peneroka itu bagi mendapat pembelaan setelah ditipu selama enam tahun bermula 1996 hingga 2002 berbaloi selepas mahkamah menolak permohonan Felda bagi mendapatkan kebenaran merayu.

Ia diputuskan panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Gopal Sri Ram.

Zaki ketika menolak permohonan Felda berpuas hati bahawa tiada persoalan undang-undang yang perlu diputuskan bagi membolehkan agensi itu diberikan kebenaran merayu.

Terima balasan bunuh kekasih

SEREMBAN – Dengan wajah sugul seorang pengorek pasir terpaksa menerima hakikat dia akan mengakhiri riwayat hidupnya di tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam mendapati dia bersalah merompak dan membunuh kekasihnya menggunakan kapak di Mambau dekat sini dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap N. Balamurugan, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Balamurugan yang berbaju gelap dan berseluar jeans kelihatan sugul ketika keputusan dibacakan oleh Ahmad Nasfy.
Mengikut pertuduhan, Balamurugan didakwa berniat membunuh K. Gantimadi, 45, selepas merompak mangsa di sebuah rumah di Taman Kelab Tuanku, Mambau pada pukul 12.40 tengah malam pada 16 Ogos 2008.

'Keputusan ganjil'

KOTA BHARU: “Keputusan ini ganjil,” kata peguam syarie, Mohd Zaki Zainal Abidin berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam membenarkan notis bantahan awal dikemukakan bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir, 35.


RAYUAN...Mohd Zaki dan Mohd Noor (kanan) berbincang mengenai kes mufarakah selepas mendapat keputusan daripada hakim.
Dalam penghakimannya, Hakim Syarie, Mohd Yusof Awang membenarkan permohonan Dr Rosli Allani dan isteri keduanya, Ilyani Mohd Noor, 30, membatalkan perintah mufarakah (dipisahkan) terhadap mereka.


Mohd Yusof yang meneliti notis permohonan dan hujahan peguam pemohon dan afidavit sokongan dikemukakan di mahkamah turut membatalkan perbicaraan kes induk dikemukakan Mohd Noor untuk membatalkan perkahwinan terbabit.


Sehubungan itu, Dr Rosli Allani (defendan pertama) dan Ilyani (defendan kedua) dibenarkan mendaftarkan perkahwinan mereka dilangsungkan di Kampung Bangsal Wakseng, Wilayah Pattani, Selatan Thailand, pada 22 Disember tahun lalu.


“Saya bersetuju dengan peguam pemohon bahawa kes membatalkan perkahwinan kedua-dua defendan tidak lagi praktikal diteruskan dan ia tidak bermakna lagi.


“Jika kes diteruskan, merugikan masa mahkamah kerana tuntutan plaintif terjawab selepas defendan mengesahkan berkahwin semula di Selatan Thailand,” kata Mohd Yusof memberikan alasan penghakimannya.


Beliau berkata, hujah peguam plaintif bahawa defendan pertama dan kedua mengemukakan bantahan awal untuk mengelak mereka dikenakan tindakan undang-undang, tidak dapat diterima.


“Dengan perkahwinan kedua di Wilayah Pattani, Selatan Thailand dan didaftarkan di mahkamah ini (Mahkamah Syariah Kota Bharu) menunjukkan pasangan terbabit membuat pengakuan perkahwinan mereka terdahulu tidak sah.


“Justeru itu, tuntutan plaintif (Mohd Noor) terjawab dalam keadaan dan realiti. Defendan pertama dan kedua sudah berkahwin semula di Pattani dan mengakui perkahwinan pertama tidak sah,” katanya.


Menurutnya, berdasarkan fakta kes, Mohd Noor menuntut kepada mahkamah untuk membatalkan perkahwinan menantu dan anak perempuannya itu.


“Mahkamah mendapati tarikh perkahwinan tidak sama seperti didaftarkan. Pernikahan itu (pertama) berlangsung di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor dengan berwali hakim yang diragukan tanpa keizinan.


“Plaintif memohon supaya pasangan defendan diperintahkan mufarakah, manakala defendan yang diwakili peguam syarie, Mustafa Kamal Mat Hassan kemudian mengeluarkan notis bantahan awal terhadap Mohd Noor,” katanya.


Katanya, mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar, mengacarakan dan memutuskan permohonan terbabit mengikut Seksyen 9 (2)(1) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan 1982.


“Isu yang timbul di hadapan mahkamah ini, adakah permohonan difailkan defendan pertama dan kedua mempunyai alasan kukuh membolehkan mahkamah mendengar, mengacarakan dan memutuskannya,” katanya.

Tragedi bas ragut nyawa ke-28



BAS persiaran yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.




IPOH - Mangsa nahas bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini pada Isnin lalu kini bertambah kepada 28 orang apabila seorang lagi mangsa, Darunee Songserm (gambar kecil) meninggal dunia semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Azisman Alias berkata, Darunee, 59, atau Dariah Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.26 petang setelah seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
"Dia mengalami kecederaan parah di kepala dan dada telah diletakkan dalam pemerhatian di ICU hospital tersebut sejak Isnin lalu," katanya kepada Kosmo! semalam.
Azisman berkata, dua lagi mangsa nahas warga Thailand iaitu Somchai Polanan, 63, dan Achara Wiwati, 36, masih dirawat di ICU hospital tersebut dan keadaan mereka juga agak kritikal.
kosmo

Ibu maut, tiga anak cedera dalam kemalangan

KUANTAN - Seorang ibu maut manakala tiga anak prempuannya cedera termasuk seorang parah, apabila sebuah kereta jip dikatakan bertembung dengan kereta yang dipandu wanita tersebut di Km7, Jalan Jerantut-Temerloh semalam.

Zuwita Zawawi, 41, yang cedera di kepala meninggal di tempat kemalangan sementara anaknya yang berumur 17 cedera parah dan yang berumur 11 serta 22 tahun cedera ringan.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, Zuwita memandu kereta Proton tersebut dan mereka dalam perjalanan dari arah Kuala Krau menghala ke Jerantut apabila kemalangan itu berlaku pada 7.30 malam.

"Sampai di tempat kejadian, sebuah kenderaan jip yang datang dari arah bertentangan dikatakan telah memasuki laluan mangsa, ketika pemandu jip itu cuba memotong kenderaan lain.

"Bagaimanapun pemandu itu gagal berbuat demikian lalu dia bertembung dengan kenderaan yang dipandu Zuwita," katanya.

Tercampak dari motosikal

JEMPOL - Gara-gara seekor lembu, seorang wanita warga emas maut setelah motosikal diboncengnya berlanggar dengan haiwan berkenaan di Kilometer 5, Jalan Bahau-Rompin dekat sini, kira-kira jam 4.20 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, mangsa, Tan Nyok Li, 71, dan suaminya menaiki motosikal jenis Honda EX5 menuju ke kebun getah berhampiran.

"Pasangan suami isteri itu dikatakan dalam perjalanan untuk menoreh getah dan tidak menyedari seekor lembu yang berada di atas jalan.

"Suami mangsa yang menunggang motosikal dipercayai gagal mengelak lalu merempuh haiwan berkenaan,” katanya ketika mengesahkan kejadian berkenaan di sini, semalam.

Menurut beliau, rempuhan� itu menyebabkan Nyok Li tercampak dari motosikal ke atas jalan.

Kata Mohd Sabri, mangsa kemudian maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala.

"Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Jempol dekat sini untuk bedah siasat.

"Suaminya yang cedera juga kini masih menerima rawatan di hospital sama. Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian,” katanya.

Lelaki hilangkan diri selepas dibebaskan dengan ikat jamin

SINGAPURA
SEORANG lelaki, yang dibebaskan dengan ikat jamin selama sehari kerana mendakwa hendak mengahwini temanitanya, menghilangkan diri dan kini diburu polis.

Irfan Ahmed Khan, 28 tahun, bukan sahaja gagal hadir di Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM) pada 9 pagi semalam, malah gagal menyerah diri seperti yang ditetapkan.Semalam, Hakim Daerah, Encik John Ng, mengeluarkan waran tangkap ke atas Irfan. Waran itu akan disemak pada 6 September ini.Irfan didakwa menyeludup dadah Ice dan memiliki satu lagi jenis dadah serta sebilah pisau. Sebelum ini dia ditahan reman di Penjara Changi sementara menunggu kesnya dibicarakan.Dia dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada Mac tahun lalu ketika dibebaskan dengan ikat jamin.Ketika itu dia disyaki melakukan kesalahan dadah dan mencederakan seorang kakitangan awam.Mahkamah semalam diberitahu bahawa Irfan meminta Mahkamah Tinggi agar dia diikat jamin untuk mengahwini temanitanya yang sedang hamil.Kelmarin, Irfan meninggalkan Penjara Changi sekitar 2 petang bersama abangnya setelah diikat jamin $100,000.Dia kemudian berjumpa ibunya untuk makan tengah hari di Yishun sebelum beredar sekitar 3.30 petang untuk ke rumah temanitanya di Toa Payoh.Irfan dan temanitanya kemudian membeli pakaian untuk perkahwinan mereka dan kembali ke Yishun sekitar 6.30 petang.Satu setengah jam kemudian, Irfan masuk ke sebuah masjid di Yishun sementara temanitanya menunggu di luar.Namun, apabila Irfan tidak muncul pada 8 malam, wanita itu berasa bimbang dan menghubungi abang Irfan, Encik Maqbool.Encik Maqbool, yang tiba di masjid itu sekitar 15 minit kemudian, gagal mengesan adiknya itu.Sejak itu, Irfan tidak menghubungi sesiapa, kata peguam bela, Encik Ramesh Tiwary.Keluarga tertuduh juga percaya Irfan tidak membawa telefon bimbit dan mereka gagal menghubunginya.Cyberita Online Singapura

Lagi 10 mayat penumpang kapal karam ditemui di pulau Borneo

JAKARTA: Para penyelamat semalam menemui 10 lagi mayat di kawasan perairan berhampiran pulau Borneo, Indonesia, selepas satu insiden kapal penumpang yang karam di sana, menjadikan perangkaan kematiannya mencecah 28 orang, kata seorang pegawai semalam.'Para penyelamat menemui 10 lagi mayat hari ini (semalam) jadi jumlah mereka yang terbunuh sejauh ini ialah 28 orang.'Beberapa orang terperangkap dalam kapal manakala ada lagi yang ditemui di laut,' kata seorang pegawai pihak berkuasa pelabuhan setempat, Encik Hariyono, kepada agensi berita AFP, semalam.'Beberapa orang yang dilaporkan hilang awal dari ini juga ditemui. Hanya satu atau dua yang masih hilang dan para penyelamat sedang mencari mereka,' tambahnya.Kapal tersebut, yang membawa empat kakitangan dan kira-kira 100 penumpang, dipukul ombak besar dan angin kencang di kawasan perairan di Tanjung Dewa, dekat bandar Banjarmasin, di wilayah Kalimantan Selatan, kelmarin, menurut beliau.'Ketika itu hujan lebat sekali semalam (kelmarin), jadi keadaan cuaca yang mungkin menyebabkan kemalangan itu.'Kami juga sedang menyiasat jika ia merupakan satu kes lebihan kapasiti,' kata Encik Hariyono.Gugusan pulau Indonesia terdiri daripada lebih 17,000 pulau dan amat bergantung kepada wadah pengangkutan laut.Bagaimanapun, perkhidmatan tersebut sering mempunyai rekod keselamatan yang buruk dan kemalangan-kemalangan yang membawa maut sering terjadi.Sehingga 335 orang terbunuh apabila sebuah feri yang berlebihan penumpang karam di kawasan perairan pulau Sulawesi pada Januari tahun lalu.Berikutan kemalangan terbaru di kawasan perairan Kalimantan Selatan itu, satu pasukan bersama daripada Agensi Mencari dan Menyelamat Negara (Basarnas), tentera laut Indonesia dan polis nasional terpaksa menamatkan usaha mencari dan menyelamat mereka, malam kelmarin, kerana keadaan cuaca yang buruk di kawasan berkenaan.'Gelombangnya amat besar pada satu ketika,' kata salah seorang anggota Basarnas cawangan Kotabaru yang enggan mendedahkan namanya kepada laman berita tribunnews.com.Kapal itu, Martasiah 2, dalam perjalanan dari Pelabuhan Panjang di Kotabaru ke kampung Geronggan di daerah Kelumpang Tengah, apabila ia dipukul ombak besar, kelmarin, menurut akhbar The Jakarta Post.Cyberita Online Luar Negara

AS gesa peralihan segera kuasa





GEMBIRA PRESIDEN PERGI: Budak perempuan ini menunjukkan mesej bermaksud 'Tinggalkan Yaman' pada telapak tangannya dalam satu perhimpunan kelmarin bagi merai pemergian Presiden Saleh ke Arab Saudi Sabtu lalu. -- Foto REUTERS



Washington khuatir Al-Qaeda ambil kesempatan daripada pergolakan politik bagi kukuhkan kedudukan


WASHINGTON: Rumah Putih semalam menggesa diadakan 'peralihan segera' kuasa di Yaman kerana bimbang kumpulan Al- Qaeda boleh mengambil kesempatan daripada pergolakan politik sekarang bagi mengukuhkan kedudukannya di negara itu.Selepas bergolak selama empat bulan, rejim Presiden Ali Abdullah Saleh, yang telah memerintah Yaman selama 33 tahun, kelihatan semakin rapuh setelah Encik Saleh cedera dalam satu serangan ke atas istananya dan diterbangkan ke Arab Saudi lewat Sabtu lalu bagi menjalani rawatan.'Kami percaya satu peralihan segera dan mengekalkan kestabilan dalam suasana yang sememangnya tidak stabil ketika ini adalah demi kepentingan rakyat,' kata jurucakap Rumah Putih, Encik Jay Carney.Bercakap bersama rakan sejawatannya dari Perancis, Encik Alain Juppe, dalam satu sidang akhbar di Washington, Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton, memberi isyarat jelas Encik Saleh harus melepaskan kuasa.Namun, Cik Clinton tidak secara jelas mengarahkan beliau berbuat demikian.'Pemerintah sivil kekal berkuasa di Yaman. Naib presidennya sekarang menjadi pemangku presiden,' kata Cik Clinton, sambil menambah kakitangan kedutaan Amerika sedang mengadakan mesyuarat dengan 'pelbagai kakitangan Yaman serta kumpulan masyarakat sivil untuk cuba menilai apakah makna semuanya ini kepada negara tersebut'.'Sememangnya saya tidak boleh membuat spekulasi mengenai apa yang bakal dilakukan atau dikatakan oleh Presiden Saleh, tetapi kami mahu menekankan kami sedang menggesa diadakan satu peralihan secara aman dan teratur, satu peralihan tidak ganas konsisten dengan perlembagaan Yaman sendiri,' ujar Cik Clinton.'Kami fikir satu peralihan segera adalah demi kepentingan rakyat Yaman kerana ketidakstabilan dan kekurangan kawalan keselamatan yang dihadapi Yaman sekarang tidak boleh ditangani sehingga ada proses di mana semua orang tahu ke mana arahnya pembaharuan ekonomi dan politik yang sedang mereka cari,' tambahnya.Washington menyokong satu perjanjian yang diusahakan oleh negara-negara blok Majlis Kerjasama Teluk (GCC), yang bakal melihat Encik Saleh mengalihkan kuasanya kepada satu pentadbiran sementara dalam masa 30 hari sebagai tukaran bagi mendapatkan keimunan daripada dakwaan.Sementara itu, pertempuran sengit antara tentera Yaman dengan sekumpulan lelaki yang disyaki anggota Al-Qaeda di gerbang masuk bandar Zinjibar di selatan Yaman menyebabkan 15 orang, termasuk sembilan askar, terbunuh, kata para pegawai tentera dan perubatan semalam. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Radiasi dari loji Fukushima lebih teruk daripada anggaran awal

TOKYO: Jepun meningkatkan lebih seganda anggaran awalnya berhubung radiasi yang dilepaskan loji nuklear Fukushima seminggu selepas ia terjejas oleh tsunami pada 11 Mac lalu, menjelang pelancaran satu siasatan rasmi semalam.Pemerhati ehwal nuklear negara itu, Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri (Nisa), kini berkata ia percaya radiasi sebanyak 770,000 terabecquerel lepas ke udara dalam minggu pertama kejadian itu - berbanding anggaran 370,000 terabecquerel yang dibuatnya sebelum ini.Dapatan itu dikeluarkan sehari sebelum mesyuarat pertama satu panel bebas, yang dianggotai 10 ahli akademik dan pakar, yang akan melihat punca kemalangan nuklear itu, yang paling teruk sejak peristiwa Chernobyl suku abad lalu.Ketua kumpulan itu, seorang pengkaji kesilapan manusia Universiti Tokyo, Encik Yotaro Hatamura, berkata 'kuasa nuklear mempunyai ketumpatan tenaga lebih tinggi dan berbahaya'.'Menganggapnya selamat ialah satu kesilapan,' ujarnya.Perangkaan terbaru Nisa itu lebih dekat pada anggaran Suruhanjaya Keselamatan Nuklear (NSC) bebas Jepun bahawa radiasi sebanyak 630,000 terabecquerel pada bulan pertama kejadian itu.Semakan semula itu, yang dibuat hampir tiga bulan selepas gempa bumi dan tsunami di timur laut Jepun Mac lalu, dijangka mencetuskan kritikan terhadap aliran maklumat yang pada awalnya agak lambat dan kabur daripada pemerintah Jepun dan pengendali loji itu, Tokyo Electric Power Company (Tepco).Pakar-pakar Jepun telah menekankan bahawa kebanyakan radiasi yang dilepaskan pada hari-hari pertama selepas gempa itu, di tengah-tengah letupan haidrogen di loji tersebut, telah ditiup ke kawasan Lautan Pasifik, bukan ke kawasan yang didiami.Encik Goshi Hosono, penasihat khas kepada Perdana Menteri Jepun, Encik Naoto Kan, berkata kelmarin dapatan terbaru itu tidak dijangka menjejas peta laluan Tepco menutup semua reaktor loji itu menjelang Oktober hingga Januari depan.Nisa juga berkata dalam semakan semulanya itu bahawa ia percaya kebanyakan bahan pembakar nuklear dalam tiga reaktor Fukushima lebur lebih cepat berbanding yang dipercayai sebelum ini selepas gempa itu merosakkan sistem penyejuk loji tersebut. -- AFPCyberita Online Luar Negara

120 korban tempuran askar Syria, kumpulan bersenjata

BEIRUT: Tentara Syria bertempur dengan sekumpulan lelaki bersenjata hingga lebih 120 orang mati, kata satu stesen televisyen negara itu dalam laporan pertamanya tentang pertempuran bersenjata besarbesaran dalam pemberontakan menentang Presiden Bashar al-Assad.Stesen televisyen itu kelmarin melaporkan sekumpulan lelaki bersenjata membakar bangunan-bangunan pemerintah di Jisr alShughour, sebuah bandar di barat laut Syria, mencuri lima tan bahan letupan dan menembak ke arah orang awam serta pasukan keselamatan dengan mesingan dan bom tangan yang dilancar dengan roket.'Pasukan keselamatan berupaya menamatkan kepungan di salah sebuah kejiranan yang diduduki sementara lelaki bersenjata itu dan kini sedang bertempur dengan mereka bagi menamatkan satu lagi kepungan di kejiranan lain,' lapor stesen televisyen itu.'Kumpulan lelaki bersenjata itu mencacatkan beberapa mayat dan membuangnya ke dalam sungai. Penduduk di Jisr al-Shughour sedang menggesa tentera supaya campur tangan dengan cepat,' lapornya lagi.Aktivis pembangkang awal dari itu berkata satu operasi keselamatan sedang berjalan di bandar tersebut sejak Sabtu lalu dan sekurangkurangnya 37 penduduk dan 10 anggota polis terbunuh.Namun, tidak dapat disahkan laporan bercanggah mengenai keganasan itu daripada para aktivis dan pegawai kerana pihak berkuasa telah menghalang kebanyakan media antarabangsa daripada beroperasi di Syria.Menteri Dalam Negeri Syria, Encik Mohammad Ibrahim al- Shaar, berkata pihak berkuasa akan bertindak balas dengan tegas terhadap serangan bersenjata itu.Menteri Perhubungan, Encik Adnan Mahmoud, pula berkata tentera, yang setakat ini menjauhi bandar itu, 'akan menjalankan tugas negara mereka bagi mengekalkan keselamatan'.Kumpulan hak asasi berkata 1,000 orang awam terbunuh dalam bantahan yang diadakan dari Deraa, bandar di selatan Syria, hingga kawasan pantai Mediterranean dan kawasan puak Kurdi.Namun, keganasan mungkin bertambah jika pihak pemerintah menentang satu pemberontakan bersenjata.Pasukan tentera Syria pernah menghancurkan satu pemberontakan sebuah kumpulan militan di bandar Hama pada 1982 atas arahan bapa Encik Bashar, Encik Hafez al-Assad, yang menjadi presiden Syria ketika itu.Tindakan itu menyebabkan 30,000 orang terbunuh. -- Reuters.Cyberita Online Luar Negara

14 maut, 35 hilang akibat banjir di China


Banjir diChina

BEIJING: Gambar agensi berita rasmi China, Xinhua News Agency, ini menunjukkan betapa derasnya air bah yang melalui deretan bangunan di Daerah Wangmo, wilayah Guizhou, di barat daya China, kelmarin.Banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di wilayah barat daya China itu telah mengorbankan 14 orang dan menyebabkan 35 lagi hilang.Kejadian itu juga telah merosakkan beberapa jalan raya dan jambatan serta ribuan rumah, kata para pegawai China semalam.Sekitar 45,000 penduduk di Daerah Wango terpaksa dipindahkan, menurut Cik Tang Quanshu, dari pejabat pencegahan banjir daerah itu, sambil menambah bahawa lagi 3,000 orang masih terkandas. -- AP.
Cyberita Online Luar Negara

Ahli Jemaah Islamiah ditahan ISA

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang ahli kumpulan Jemaah Islamiah (JI) ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Ahad lepas.
Dia ditahan di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor.

Ismail berkata penahanan itu dibuat selepas polis yang mengawasi aktiviti Abdul Haris Syhuhadi, 63, seorang ahli perniagaan Indonesia boleh membahayakan keselamatan negara.
"Saya hari ini sahkan penahahan tersebut. Saya percaya perbuatan dia boleh membahayakan keselamatan negara dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Ismail kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Haris dikatakan menyebar fahaman dan idologi JI serta menarik ahli baru dalam kumpulan militan itu secara aktif di negara ini teruatamanya di Klang dan Banting, Selangor sejak 2002.myMetro | Ahli Jemaah Islamiah ditahan ISA

Pekerja asing gaduh kerana wanita

NILAI: Seramai 23 pekerja lelaki dari Vietnam dan Bangladesh cedera dalam satu pergaduhan di asrama pekerja kilang tekstil di Taman Semarak, di sini malam tadi, dipercayai kerana seorang wanita Vietnam.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Abd Manan Mohd Hassan berkata tiga daripada mereka, iaitu dua warga Vietnam dan seorang Bangladesh terpaksa dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, manakala yang lain hanya mendapat rawatan pesakit luar.

"Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9 malam. Pergaduhan itu membabitkan sekurang-kurangnya 400 pekerja negara terbabit. Kebanyakan pekerja asing terbabit bersenjatakan kayu dan batang besi selain batu," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata pergaduhan itu berjaya dileraikan dengan campur tangan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan pada kira-kira pukul 5 pagi ini.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas seorang lelaki Bangladesh mengusik seorang wanita Vietnam semasa bekerja syif malam pada Isnin lepas.myMetro | Pekerja asing gaduh kerana wanita

Mayat lelaki mangsa bunuh dihanyut

PUCHONG: Mayat seorang lelaki yang dibunuh kejam dengan kepalanya ditetak berkali-kali sebelum dicampak di Sungai Klang ditemui berdekatan Lebuhraya Kesas di Taman Kinrara Seksyen 1 di sini, petang semalam.
Mayat mangsa yang sudah mengembung dipercayai sudah tiga hari berada dalam sungai ditemui orang ramai yang kebetulan melalui tebing sungai berkenaan, kira-kira jam 6 petang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, berdasarkan keadaan mangsa, polis percaya mangsa dibunuh tiga hari lalu di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dan dihanyutkan di Sungai Klang.
“Hasil pemeriksaan polis forensik mendapati luka di kepala dan badan akibat ditetak dengan menggunakan objek tajam,” katanya.

Abd Razak berkata, mangsa dikenali sebagai Radze Haron, 45, berasal dari MR 14 A, Kampung Paya Pulai, Temerloh, Pahang.

Beliau berkata, dompet duit mangsa ditemui bersamanya dengan sejumlah wang tunai, Mykad, lesen memandu dan kad mesin juruwang automatik (ATM).
“Kita meminta ahli keluarga mangsa supaya dapat berhubung dengan polis untuk mengecam mayatnya. Ketika ditemui dia memakai t-shirt dan seluar jeans berwarna gelap,” katanya.myMetro | Mayat lelaki mangsa bunuh dihanyut

3,400 liter diesel subsidi dirampas


SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas 3,400 liter diesel bersubsidi bernilai RM6,120 dalam serbuan di sebuah premis di Seksyen 25, di sini, semalam.
Serbuan dilakukan bermula kira-kira jam 3 petang itu membabitkan lima anggota penguat kuasa KPDNKK dan lima pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, serbuan dilakukan selepas menerima aduan orang ramai berhubung aktiviti penyalahgunaan diesel bersubsidi kepada pihak industri di sekitar kawasan terbabit. “Hasil pemeriksaan kami mendapati empat daripada 13 tangki mengandungi diesel bersubsidi dan ujian yang dijalankan mengesahkan minyak terbabit diesel bersubsidi yang diseleweng. “Kami dapati modus operandi yang digunakan ialah lori yang membawa lebihan bekalan minyak diesel bersubsidi menjual minyak terbabit kepada pemilik premis dan setelah dikumpulkan, ia dijual pula kepada pihak industri di sekitar kawasan ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas serbuan, semalam. Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang mana jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi individu manakala RM250,000 denda maksimum bagi syarikat.myMetro | 3,400 liter diesel subsidi dirampas

‘Semua barang lesap’

KUALA LUMPUR: “Saya tidak kisah mereka ingin menarik kereta Proton Waja itu kerana tidak membayar ansuran bulanan, namun paling saya marah apabila barangan berharga yang ada didalamnya bernilai RM15,000 juga lesap,” kata pemilik kereta yang ingin dikenali Haris, 31.
Menurut Haris, kejadian berlaku pada 26 Mei lalu di Jalan Genting Klang, di sini, apabila kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta tiba-tiba hilang.

“Saya sampai di situ kira-kira jam 8.30 pagi dan ketika meninggalkannya, kereta itu dikunci dengan baik, namun pada jam 8.30 malam ketika ingin pulang saya terkejut apabila kereta sudah tiada.
“Saya yang bimbang kereta itu dicuri membuat laporan di Balai Polis Setapak, namun diberitahu sebenarnya kereta itu ditarik pihak bank,” katanya.

Haris berkata, pada keesokan harinya dia berjumpa pegawai bank terbabit untuk bertanya hal keretanya dan ingin mengambil komputer riba, kamera digital, radio kereta dan wang tunai.

“Paling saya tidak puas hati pegawai terbabit menuduh saya menukar nombor plat kenderaan kononnya untuk melarikan diri daripada bank.
“Ikutkan logik, jika benar saya menukarkan nombor plat terbabit bagaimana mereka boleh mengesahkan kereta yang ditarik itu kenderaan dicari. Akhirnya selepas berbincang saya meminta mengambil semula barangan yang ada didalamnya,” katanya.

Katanya, dia kemudian pergi ke tempat simpanan kereta di Jalan Bukit Idaman untuk mengambil barangan itu, namun terkejut apabila mendapati komputer riba, kamera digital dan barangan lain tidak ada di dalam kereta.
“Saya syak ia dicuri penarik kereta yang dilantik pihak bank malah tindakan mereka mengambil kereta itu tanpa pengetahuan saya juga salah.

“Setahu saya jika mereka ingin menarik kereta itu, mereka mesti memaklumkan kepada pemiliknya dan menunjukkan notis daripada bank, tetapi semua itu tidak berlaku,” katanya.

Menurutnya, dia cuma ingin barangannya semula kerana cakera keras dan komputer riba terbabit mengandungi segala lakaran kerja kepada pelanggan.

“Saya juga terpaksa menanggung kerugian yang banyak apabila pelanggan membatalkan kontrak kerana hasil lakaran kerja semuanya ada di dalam komputer riba itu.

“Saya tidak kisah kereta itu ditarik tetapi apa yang saya mahukan adalah barangan yang hilang itu walaupun tahu harapan untuk mendapatkannya semula tipis,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak untuk tindakan selanjutnya.myMetro | ‘Semua barang lesap’

Didenda RM8480 curi kad kredit

PETALING JAYA: Gara-gara mencuri kad kredit pelanggan tertinggal di kedai membaiki kenderaan tempat mereka bekerja, dua mekanik menerima padah apabila masing-masing didenda RM8,480 Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Kedua-dua tertuduh, Chong Koke Seong, 32, dan Kuah Su Kheng, 24, dikenakan hukuman denda Majistret Surya Wati Shawal selepas mengaku bersalah atas tiga tuduhan menipu tiga pekerja kedai menyebabkan semua mangsa terpedaya dan menyerahkan komponen peralatan audio bernilai RM4,420, tahun lalu.

Surya memerintahkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan serentak jika kedua-duanya gagal membayar denda.
Bagi tuduhan pilihan pertama, mereka didakwa secara bersama-sama menipu Yeong Shyn Hoe, 22, sehingga mangsa mempercayai kedua-duanya pemilik kad kredit Citibank Master dan mendorongnya menyerahkan satu unit Stellar Monoblock Class D Amplifier bernilai RM1,270.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di A One Automart Nombor 1-G Ground Floor, Jalan Dinar D U3/D Taman Subang Perdana, Seksyen U3, Shah Alam di sini, jam 12.44 tengah hari, 2 November 2010.

Mereka juga didakwa bagi tuduhan pilihan kedua pada hari sama menipu Tan Chee Kiong, 32, sehingga mangsa menyerahkan satu set audio Quart 6.5 berjumlah RM1,700 di Sato Auto Acc Nombor 1 dan 3, Taman Subang Jaya, Fasa 1, Pekan Kampung Baru Subang, jam 12.22 tengah hari.
Bagi tuduhan pilihan ketiga, mereka didakwa pada hari sama menipu Siow Hon Leong, 29, sehingga mendorong mangsa menyerahkan satu unit amplifier dan satu set GPS Mapking bernilai RM1,450, jam 1.06 tengah hari.

Bagi semua tuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 akta sama memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam bela, Raj Preet Kaur memohon mahkamah mengenepikan hukuman penjara kepada anak guamnya dengan alasan sudah insaf.myMetro | Didenda RM8480 curi kad kredit

Digantung edar dadah


SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Thailand dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar lebih dua kilogram (kg) ganja di Seri Kembangan dekat sini, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu terhadap pekerja kedai makan, Muhammattakwa Kutha, 22, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh yang juga bapa kepada seorang anak berasal dari wilayah selatan Thailand kelihatan tenang dengan keputusan itu.
Akhtar pada penghakimannya berkata, mahkamah menolak hujah pihak pembelaan pendakwaan gagal mengemukakan sumber dalam kes itu sebagai saksi perbicaraan.

Beliau berkata, sekiranya sumber itu dipanggil, ia hanya akan mengulangi keterangan saksi pendakwaan kedua iaitu anggota polis yang bertindak sebagai penyamaran dalam kes itu.

Katanya, keterangan saksi pendakwaan kedua itu memadai dan ia disokong dengan fakta lain termasuk kehadiran tertuduh dan ejen penyamaran sekali gus mengesahkan urusan jual beli dadah berlaku.
Menyentuh pembelaan tertuduh, Akhtar berkata, pihaknya mendapati ia sebagai tidak logik dan tidak boleh dipercayai.

“Oleh itu, tertuduh didapati bersalah dan hanya ada satu hukuman iaitu gantung sampai mati,” katanya.
Sepanjang perbicaraan, lapan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar 2.764 kg dadah berbahaya itu di hadapan Ninety Nine Stich & Uniform, Taman Sg Besi Indah, Seri Kembangan, kira-kira jam 10 malam, 7 Februari 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam manaka tertuduh diwakili peguam, J Kuldeep Kumar.
myMetro | Digantung edar dadah

Setahun lagak polis

SHAH ALAM: Selepas hampir setahun menyamar pegawai kanan polis dan mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes tahanan polis dengan syarat keluarga atau waris suspek perlu membayar sejumlah upah tertentu, akhirnya seorang lelaki yang juga sebenarnya ceti haram itu diberkas, semalam.
Polis menahan suspek dalam satu serbuan di sebuah rumah teres di Bayu Perdana, Klang pada jam 12.15 tengah malam kelmarin.

Difahamkan, sebelum ini suspek bermaharajalela melakukan penipuan serta hidup mewah dengan pendapatan lumayan dan siasatan setakat ini menunjukkan jumlah kerugian mangsa di Selangor saja hampir RM30,000.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suspek dipercayai bergiat aktif menyamar sebagai polis sejak Mei tahun lalu. “Suspek berusia 33 tahun itu sebenarnya bekerja sebagai along.

“Modus operandinya licik iaitu hanya dengan memperdaya mangsa menerusi panggilan telefon kepada waris (mangsa) kepada seseorang yang ditahan polis sebelum meminta sejumlah wang jika ingin membebaskan mangsa daripada tahanan. “Dalam perbualan telefon itu, suspek meyakinkan mangsa kononnya dia pegawai kanan polis. Malah, maklumat siasatan mendapati suspek pernah menyamar sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam. Tun Hisan berkata, apabila waris hadir ke balai polis untuk menuntut tahanan dilepaskan, mereka mendapati tiada sebarang urusan ikat jamin yang disahkan polis untuk membebaskan tahanan. Bagaimanapun, kelicikan suspek menjalankan penipuan terancang itu berakhir apabila rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah bank menunjukkan suspek mengeluarkan wang yang dimintanya daripada mangsa.

Dalam kejadian terbaru 3 Mei lalu, seorang waris kepada tahanan polis menjadi mangsa apabila memasukkan RM3,500 ke dalam akaun bank suspek selepas diberi jaminan akan membebaskan ahli keluarga mangsa yang ditahan itu.
Tun Hisan berkata, berikutan penahanan suspek, polis percaya dapat menyelesaikan enam kes membabitkan penyamaran polis dan penipuan wang di sekitar Sepang, Rawang, Kuala Kubu Bharu, Klang dan Seremban, Negeri Sembilan.

“Jumlah kerugian membabitkan lebih RM28,500 bagi lima kes yang dilaporkan sekitar Selangor. Polis percaya masih banyak kes seumpama ini berlaku dan polis akan menjalankan penyiasatan dan semakan terperinci,” katanya.
Hasil serbuan itu, polis turut merampas tujuh telefon bimbit dan satu kad kredit CIMB Bank milik suspek.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Ditanya mengenai adakah ada ‘orang dalam’ terbabit dalam menyalurkan maklumat kepada suspek termasuk profil orang yang ditahan polis, Tun Hisan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan itu dan turut melakukan siasatan.myMetro | Setahun lagak polis

Perompak suruh junjung al-Quran

KULIM: Sekumpulan empat lelaki yang merompak sebuah rumah sempat mengarahkan seorang wanita warga emas menjunjung al-Quran dan bersumpah bahawa dia tidak menyimpan barang berharga lain ketika mereka mahu melarikan diri selepas melakukan samun di Taman Seluang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa berusia 60 tahun dan suaminya yang juga pesara guru berusia 65 tahun kerugian kira-kira RM43,000 apabila penjenayah terbabit melarikan barang kemas serta kereta Perodua Viva berwarna hijau muda bernombor pendaftaran PHK 3653.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Suu Song berkata, ketika kejadian hanya pasangan warga emas itu saja di rumah berkenaan dan suspek dipercayai memasuki rumah itu melalui tingkap di ruang tamu.
“Pasangan terjaga daripada tidur sebaik melihat empat lelaki bertopeng ski sambil mengacukan parang pada leher serta perut mangsa dan mengarahkan mereka menyerahkan barang kemas yang dipakai.

“Selepas itu, semua suspek meninggalkan mangsa dengan menaiki kereta selain merampas kereta Perodua Viva mangsa,” katanya.

Sementara itu, sumber berkata, kedua-dua mangsa dipercayai terjaga daripada tidur apabila mereka tiba-tiba terdengar bunyi pelik di ruang tamu rumah.
Menurutnya, tidak lama kemudian muncul empat lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang meluru masuk ke dalam bilik sambil mengacukan parang dan pisau di badan mereka.

“Kerana takut, mangsa tidak melawan sebelum seorang daripada perompak mengambil barang kemas dan mengarahkan mereka menunjukkan tempat simpanan barang kemas.
“Sementara, dua lagi perompak menggeledah di bilik lain dan pada waktu sama seorang daripada mereka turut mengarahkan isteri mangsa bersumpah sambil menjunjung al-Quran dan berjanji tidak menyimpan barang berharga lain sebelum melepaskan mereka,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 359/397, Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hubungi, Inspektor Hidayah Othman di talian 04-4906222 atau mana-mana balai polis berhampiran.myMetro | Perompak suruh junjung al-Quran

Nenek sakit, atuk ulit janda

ALOR SETAR: Isterinya sedang sakit di kampung, namun gelora nafsu memuncak menyebabkan seorang lelaki warga emas dan rakannya mengambil kesempatan membawa pulang seorang janda ke sebuah rumah di Kampung Melung, Jalan Datuk Kumbar di sini, untuk memuaskan nafsu mereka.
Warga emas berusia 60 tahun yang juga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang mempunyai enam cucu, manakala rakannya lingkungan 50-an dikatakan mengenali wanita berusia 25 tahun itu ketika bersiar-siar di mini I-City berhampiran Dataran Paris dekat sini, kelmarin.

Bagaimanapun, perbuatan keji mereka terbongkar apabila dicekup kerana disyaki berkhalwat dalam bilik di sebuah rumah yang dipercayai didiami keluarga adik ipar lelaki berusia 50 tahun itu oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), kira-kira jam 1.30 pagi.

Ketika ditahan, anggota Rela terbabit memberi alasan isterinya sakit sejak 20 tahun lalu, malah anaknya langsung tidak menjenguk, manakala rakannya pula mendakwa baru kematian isteri yang juga orang kurang upaya (OKU) beberapa bulan lalu.

Kesempatan itu digunakan mereka untuk membawa pulang janda beranak dua itu bagi memuaskan nafsu walaupun wanita berkenaan baru dikenali tidak sampai beberapa jam sebelum diajak melakukan hubungan seks.myMetro | Nenek sakit, atuk ulit janda

Lelaki belasah isteri enggan makan bersama

KUANTAN: Akibat menolak pelawaan suami untuk makan tengah hari bersama, seorang suri rumah berusia 25 tahun cedera dibelasah lelaki terbabit menggunakan lesung batu di rumah mereka di Kampung Cenderawasih, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa cedera di paha, dagu dan kepala akibat dipukul dengan objek keras itu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa enggan makan bersama suaminya yang berusia 28 tahun sehingga berlaku pertengkaran sesama mereka, malah perselisihan faham antara pasangan itu berlarutan dan menjadi semakin serius.
Berikutan gagal mengawal kemarahan, lelaki terbabit nekad mengambil lesung batu lalu memukul mangsa hingga menyebabkan wanita itu cedera dan terpaksa dirawat di HTAA sebagai pesakit luar.

Mangsa kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, pada hari sama selain mahu menuntut fasakh dan tinggal berasingan dengan suaminya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, ketika ditemui mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya masih menjalankan siasatan.
“Suspek sudah dipanggil untuk diambil keterangan dan kes ini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya, semalam.

Dalam perkembangan lain, Mohd Haris berkata, seorang mandur warga Bangladesh teruk dibelasah tiga pekerja bawahannya dalam kejadian di sebuah rumah berhampiran sebuah ladang sawit dekat Rompin, kira-kira jam 3 petang, Sabtu lalu.
Beliau berkata, tiga suspek terbabit yang juga warga Bangladesh bengang apabila mangsa tidak datang menjemput mereka di ladang selepas tamat waktu bekerja sebelum menyerang lelaki terbabit di rumah.

“Suspek menggunakan buluh sebagai senjata untuk memukul mangsa menyebabkannya cedera di bahu kiri, lengan dan kaki sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Selancar, Rompin dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.myMetro | Lelaki belasah isteri enggan makan bersama

Cekik, tendang, pijak kepala


KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera suami, seorang wanita berusia 47 tahun bukan saja dicekik sebaliknya perutnya ditendang selain kepalanya dipijak lelaki terbabit di rumah mereka di Bukit Petaling, di sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa dipukul seperti binatang hampir sejam hanya disebabkan kesilapan kecilnya itu.

Lebih kejam apabila suaminya berusia 42 tahun itu turut meletakkan pisau di leher mangsa ketika suspek memijak kepala wanita terbabit sebelum mengugut mencederakannya jika mengulangi kesilapan sama.

Difahamkan, wanita terbabit yang sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu sejak 15 tahun lalu sering dipukul suaminya tanpa sebab dan alasan kukuh sejak empat tahun lalu.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila lelaki terbabit yang pulang daripada bekerja memberitahu dia mahu makan.
myMetro | Cekik, tendang, pijak kepala

Parah langgar penghadang

REMBAU: Seorang lelaki cedera parah apabila kereta Perodua Viva dipandunya terbabas ke bahu jalan dan merempuh besi penghadang dalam kemalangan di Kilometer 226.9, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Utara, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa, Mohd Temaz Mohd Hassan, 40-an, cedera teruk di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu bersendirian dan gagal mengawal pergerakan kenderaan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang di bahu jalan.
“Pemeriksaan kemudian mendapati mangsa cedera parah dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya di sini, semalam.

Menurut jurucakap itu, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.myMetro | Parah langgar penghadang

3 nyaris maut kedai dirempuh

ALOR GAJAH: Tiga sekeluarga nyaris maut apabila premis jualan langsung diusahakan lima bulan lalu dirempuh kereta Toyota Rush dipercayai dinaiki sekumpulan remaja di pekan Masjid Tanah, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Shaharudin Salleh, 60, bersama isterinya berada di dalam kedai terbabit dan menonton televisyen bersama anak perempuan mereka, Fadhilah Shaharudin, 37.

“Kami bertiga menonton televisyen sebelum terdengar bunyi deruman enjin kereta semakin dekat dan tidak sampai berapa saat bahagian depan kereta itu merempuh pintu kaca bahagian tepi kedai.
“Kereta itu merempuh masuk menghentam televisyen di atas meja menyebabkan meja itu berpusing beberapa kali dan meluncur merempuh pintu kaca bahagian depan kedai dan berhenti beberapa inci dari tubuh saya.

“Saya tergamam dan menggigil ketakutan serta hanya memikirkan maut ketika itu,” katanya.

Sementara itu, pemilik kereta terbabit, Norizan Rosli, 40, mendakwa meminta seorang anaknya mengambil penapis air di sebuah kedai berhampiran rumahnya di Taman Bandar Baru, dekat sini, Menurutnya, dia meminta bantuan anaknya, Mohd Sadiq mengambil penapis itu kerana tidak boleh meninggalkan rumah bagi menjaga seorang anak yang menghidap demam panas.
“Walaupun kedai itu dekat, tetapi dia masih tidak pulang walaupun 15 minit berlalu, naluri ibu tetap merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Ia kenyataan apabila anak saya muncul dengan tiba-tiba dan dapat melihat kesan luka di tangan sebelum mendesak memberitahu apa yang berlaku,” katanya.
Norizan berkata, anaknya memberitahu dia ditahan seorang remaja yang menghimpit menggunakan motosikal sebelum merampas keretanya dan melanggar premis kedai.

Sementara itu, Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Alor Gajah, Cif Inspektor Mohd Zuki Abd Ghani, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu dan pihaknya menahan remaja terbabit bagi siasatan lanjut.

“Kami difahamkan, remaja terbabit memandu kenderaan orang lain tanpa lesen dan tindakan saman akan dikenakan juga terhadap ibu bapa mereka kerana membiarkan anak memandu kenderaan menyebabkan kerosakan harta benda perseorangan.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 10, Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa lesen dan menyebabkan kemusnahan harta benda awam,” katanya.myMetro | 3 nyaris maut kedai dirempuh

Syabu RM2.4j dalam mi segera, sabun

SHAH ALAM: Tindakan licik sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang cuba menyorokkan bahan terlarang berkenaan di dalam bungkusan mi segera dan sabun tumpas apabila tiga suspek warga Nigeria ditahan dalam tiga kes berasingan minggu lalu dan kelmarin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Keseluruhan hasil rampasan dalam kes itu membabitkan 9.69 kilogram (kg) syabu bernilai RM2.42 juta dan dikatakan mampu memberi bekalan kepada kira-kira 32,000 penagih dadah seluruh negara.

Bagi kes pertama pada 3 Jun lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA mengesyaki suspek seorang lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun berkelakuan mencurigakan.
Hasil pemeriksaan lanjut terhadap beg dibawa suspek yang dipenuhi muatan makanan segera termasuk 18 bungkusan mi segera dan apabila bungkusan itu dibuka mendapati terdapat syabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suspek cuba mengaburi pihak berkuasa dengan membawa bungkusan makanan ringan itu tetapi kecekapan polis akhirnya membawa kepada penemuan syabu seberat 3.7kg.

“Susulan kes itu, maklumat risikan daripada soal siasat terhadap suspek berkenaan, polis menahan seorang lagi suspek warga Nigeria berusia 37 tahun dua hari kemudian dengan menggunakan modus operandi sama.
“Pada 6 Jun (kelmarin) pula seorang lagi suspek warga Nigeria ditahan, namun kali ini suspek berusia 25 tahun itu menukar modus operandi dengan menyorokkan crystal methamphetamine atau syabu di dalam 14 kotak sabun daripada 27 kotak yang dibawa suspek,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati semua suspek berkenaan tiba dari penerbangan transit di Doha, Qatar dan menggunakan pas pelancong untuk ke negara ini.
Menurutnya, modus operandi yang digunakan suspek dari benua Afrika itu pernah dipraktikkan sindiket didalangi warga Iran untuk memperdayakan keldai dadah.

Beliau berkata, kes siasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan membawa kepada hukuman gantung mandatori.

“Polis memperhebatkan operasi terutama di pintu masuk utama negara seperti KLIA dan lapangan terbang lain bagi mengekang sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berniat menjadikan rakyat negara ini untuk pasaran bahan haram itu.

“Keseluruhan hasil rampasan dalam tiga kes ini membabitkan 9.69kg syabu bernilai RM2.42 juta dan ia mampu menampung 32,000 penagih dadah seluruh negara, kita tak mahu bangsa rosak akibat dadah dibawa sindiket dadah antarabangsa seumpamanya,” katanya.myMetro | Syabu RM2.4j dalam mi segera, sabun

Parkir asmara pasangan curang




TAK SENONOH...rakaman CCTV menunjukkan adegan berahi pasangan dalam kereta di tempat parkir terbabit.
TAK SENONOH...rakaman CCTV menunjukkan adegan berahi pasangan dalam kereta di tempat parkir terbabit.

pix_topright

KOTA BHARU: Hanya dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk, parkir sebuah pasar raya, di sini, tidak ubah seperti ‘parkir asmara’ apabila dijadikan sasaran suami dan isteri curang untuk melampiaskan nafsu ketika keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.
Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka.

Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu.

Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parkir pasar raya itu untuk bermadu kasih.

Dia yang enggan dikenali berkata, bukti perlakuan tidak senonoh itu kerap kali disaksikannya bersama pekerja lain menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap ruang tempat meletak kenderaan itu.myMetro | Parkir asmara pasangan curang