Search This Blog

Monday, June 6, 2011

Curi Motosikal: Lima Lelaki Termasuk Tiga Pelajar Ditahan Polis


ALOR SETAR: Lima lelaki termasuk tiga pelajar sekolah ditahan polis kerana mencuri motosikal di sekitar Alor Setar sejak Januari tahun ini.
Suspek pertama berumur 14 tahun ditahan polis pada 26 Mei lepas kira-kira pukul 3.15 pagi. Suspek ditangkap oleh orang ramai ketika cuba mencuri sebuah motosikal di Anak Bukit di sini sebelum polis datang menahannya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner (ACP) Adzaman Mohd Jan berkata setelah siasatan dilakukan terhadap suspek pertama, polis berjaya menahan empat lagi rakan suspek yang berumur 13 hingga 19 tahun.
"Semua suspek itu ditahan atas kesalahan yang sama dan hasil siasatan, polis kberjaya menemui empat rangka motosikal iaitu dua rangka motosikal jenis Honda C70 dan dua lagi jenis Honda EX5. Kita turut menjumpai sebuah enjin motosikal EX5," katanya kepada pemberita di sini Ahad.
Beliau berkata rangka-rangka motosikal itu dijumpai di dalam semak di belakang rumah suspek-suspek dan sebuah rangka motosikal dijumpai di tali air di Anak Bukit.
Dalam kes berasingan, Adzaman berkata pada 17 Mei, polis menahan seorang lelaki berumur 26 tahun kerana terlibat dengan 21 kes rompakan di sekitar daerah Kota Setar.
Beliau berkata suspek yang berasal dari Kulim itu terlibat dengan kes pecah rumah dan curi dalam bangunan sejak Januri lepas dan telah mengaut keuntungan kira-kira RM30,000.
"Semua barang yang dicuri oleh suspek telah dijual kepada pengedar dadah dan pajak gadai di sekitar bandaraya Alor Setar, Butterworth dan Seberang Jaya (Pulau Pinang) serta Shah Alam, Selangor," katanya.
Berikutan tangkapan suspek, polis berjaya menahan empat lagi rakan suspek iaitu dua lelaki dan dua wanita berumur 20 hingga 40 tahun yang menjadi orang tengah dalam urusan jual beli dan gadai barang curi.
"Suspek adalah seorang penagih dadah dan mempunyai tujuh rekod jenayah melibatkan kes dadah, pecah rumah dan curi motosikal," katanya. - BERNAMA
mStar Online
: Curi Motosikal: Lima Lelaki Termasuk Tiga Pelajar Ditahan Polis

Jurulatih Bola Sepak Negeri Sembilan Dituduh Rasuah


SEREMBAN: Jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah memberi rasuah berjumlah RM24,900 kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan antara 19 hingga 22 April lepas.
Sebelas pemain terbabit ialah D. Adrian, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Muhammad Zaidi Othman, Mohamad Yatim Abdullah, Muhammad Haikal Mohamad Nazri, Norhairi Abd Rahman, Muhammad Rizqi Azman, Anwarul Hafiz Ahmad, Suhairy Johari, Hamirul Fahamie Abu Yazid dan Mohd Hafiz Mohd Nor.
Yusarman dituduh memberi suapan antara RM200 hingga RM2,000 kepada pemain pasukan itu.
Ia sebagai dorongan supaya mereka membantu menjaringkan gol dan memberi peluang kepada pemain pasukan bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy menjaringkan gol apabila mendapat isyarat daripada seseorang bagi perlawanan di Stadium Bertam, Pulau Pinang pada 21 April lepas.
Sebelas daripada pertuduhan itu dilakukan di Pusat Komersial Cempaka, Taman Cempaka, Senawang dekat sini pada 5 petang 22 April lepas, manakala sembilan pertuduhan dilakukan di tempat yang sama pada 9 malam 19 April lepas dan satu pertuduhan dilakukan di sekitar Seremban pada 10 malam hari yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Asri Abdul Rahman Sidik dan dibantu Jasmi Buang manakala Yusarman diwakili peguam Mohd Nor Hisham Hussain.
Hakim Datin Nursinah Adzmi membenarkan Yusarman diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Julai ini untuk sebutan kes. -BERNAMA
mStar Online
: Jurulatih Bola Sepak Negeri Sembilan Dituduh Rasuah

Norhalisa ingin pulang




SIMPANG RENGGAM - Seorang ibu, Joriyah Ismail, 41, merayu mohon bantuan kepada Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO bagi membantu membawa pulang anak perempuannya yang kini berada di Lombok, Indonesia sejak tiga tahun lepas.

Joriyah yang berasal dari Kampung Tengah, Layang-Layang berkata, anak gadisnya, Norhalisa Umno @ Mohammad, 23, ada menghubunginya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dua bulan lepas yang memaklumkan bahawa dia mahu pulang ke negara ini selepas mengalami kesukaran hidup di Lombok.

“Anak saya (Norhalisa) menghilangkan diri dari rumah pada usianya 19 tahun. Selepas mengetahui kehilangan Norhalisa, puas kami mencarinya di serata tempat termasuk menghubungi kawan-kawannya.

“Bagaimanapun, usaha yang dilakukan itu gagal sehinggalah saya diberitahu dia berada di Lombok melalui SMS yang dikirimkannya dua bulan lepas kepada saya,” katanya kepada media selepas memohon bantuan kepada Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Khairun Aseh di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam, semalam.

Menurut Joriyah, Norhalisa memberitahu dia berada di Lombok sejak tiga tahun lepas selepas berkahwin dengan lelaki dari sana yang dikenali sebagai Man dan memiliki anak lelaki berumur setahun setengah.

Di samping itu, Joriyah yang ditemani suaminya, Yunus Mat Zin, 45, berkata, Norhalisa menerusi beberapa SMS yang lain memberitahu anak perempuannya tidak bekerja manakala Man pula meninggalkan dia selepas mendapat pekerjaan di Brunei.

“Dalam SMS tersebut, Norhalisa juga memberitahu hubungannya dengan ibu dan bapa mertuanya tidak baik dan dia kini terpaksa menumpang di rumah seorang rakan di Gunung Mujur, Desa Bujak, Kecematan Batukliang selepas bergaduh dengan mereka.

“Norhalisa sudah beberapa kali minta saya bantu dia balik ke Malaysia. Walaupun saya tahu anak saya melakukan kesilapan, tetapi ibu mana yang tidak risau bila anak sendiri menderita. Saya merayu kepada mana-mana pihak supaya dapat membantu saya kerana kami orang susah tidak mampu untuk menanggung kos bagi membawa pulang anak saya ini,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Khairun berkata, Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO dan UMNO Bahagian Simpang Renggam akan berusaha mencari jalan membawa pulang Norhalisa ke pangkuan keluarganya.

“Ia bukan mudah kerana Norhalisa masuk ke Lombok ketika umurnya 19 tahun, maka dia tidak lagi boleh dianggap dilarikan diri ke sana dan tidak dilindungi di bawah Akta Kanak-kanak.

“Tetapi dia melakukan kesalahan kerana memasuki Indonesia secara haram dan boleh dihukum penjara enam tahun atau denda 30 juta rupiah. Bagaimanapun, saya akan mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa Indonesia dan membuat rayuan supaya Norhalisa dapat dibebaskan dari penjara,” katanya.
SH

Pekerja kebun maut kereta masuk longkang




LEDANG – Seorang pekerja kebun maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Gambir-Kundang Ulu berhampiran Sawah Ring, Bukit Gambir di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi itu, Gan Su Huat, 56, yang memandu secara bersendirian sebuah kereta jenis pacuan empat roda dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Gresik.

Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian, kereta pacuan empat roda mangsa dipercayai melanggar belakang kereta Proton Perdana yang dinaiki tiga pemuda.

Kereta mangsa dan Proton Perdana juga datang dari arah yang sama iaitu dari Bukit Gambir menghala ke Kundang Ulu.

Akibat pelanggaran tersebut kereta mangsa hilang kawalan dan terbalik sebelum masuk ke dalam longkang.

Selain itu, Su Huat juga dipercayai turut tercampak keluar dan badannya terhentak pada kereta yang jatuh ke dalam longkang itu.

Namun ketiga-tiga pemuda yang menaiki kereta Proton Perdana itu terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu jurucakap polis berkata, Su Huat mengalami kecederaan parah di kepala dan di badan serta disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.
SH

Jumpa mayat




PENGERANG – Seorang pengunjung terkejut apabila niat untuk memancing ikan di Tanjung Sepang, di sini, terbantut apabila melihat mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian terapung di pantai berkenaan, semalam.

Warman Kastoh, 62, berkata, dia bersama keluarga besan dan anak serta cucunya bercuti di kawasan peranginan berkenaan selama dua hari sempena cuti sekolah.

“Saya memang gemar memancing dan mengambil peluang menjalankan aktiviti berkenaan sebelum pulang ke Pahang pada pagi ini (semalam). Namun, lebih kurang jam 8.15 pagi saya yang ketika itu berada di persisiran pantai terkejut apabila ternampak objek terapung seperti mayat.

“Isteri saya yang juga melihat mulanya menyangka ia pelampung turut terkejut apabila yakin objek berkenaan adalah mayat seorang lelaki, katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi saksi, Asrol Mohd Nor, 61, berkata, ketika kejadian, dia bersama menantunya sedang mengambil angin di tepi pantai sebelum ternampak objek sama sedang terapung tidak jauh dari pantai.

“Mulanya saya menyangka objek berkenaan adalah patung kerana warnanya yang putih namun apabila dilihat dari jarak dekat ia mayat manusia,” katanya.

Ketua Polis Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Polis telah menerima laporan mayat yang dijumpai di kawasan pantai berkenaan pada pagi semalam.

“Hasil siasatan awal, mayat berkenaan berkemungkinan mayat seorang daripada tujuh mangsa bot pancung karam yang tidak dapat diselamatkan ketika kejadian yang berlaku pada 1 Jun lalu,” katanya.
SH

Suami rayu isteri pulang




SEGAMAT - Seorang suami merayu kepada isterinya agar pulang segera ke rumah setelah menghilangkan diri sejak 1 Jun lalu, tanpa sebarang pesanan dan keluar rumah sehelai sepinggang.

Khoo Sze Chien, 40, berkata, kejadian berlaku apabila dia pulang dari tempat kerja dan mendapati isterinya, Rahina A/P Lagip, 28, tiada di rumah serta mengesyakinya melarikan diri kerana meninggalkan dua anak mereka berumur 7 dan 13 tahun di rumah jiran.

“Tiada sebarang pertelingkahan yang berlaku antara kami sebelum ini dan anak saya juga tiada mengadu sebarang perkara berkaitan kehilangan ibu mereka.

“Sebaik mengetahui isteri tidak pulang, saya bergegas mencarinya di merata tempat yang biasa dikunjunginya tetapi hampa. Dia pergi dengan hanya membawa peralatan solekannya di dalam beg kecil tetapi tiada pakaian yang dibawanya,” katanya.

Menurutnya, pada hari kejadian, isterinya hanya mengambil surat beranaknya dan meninggalkan kad pengenalan anak mereka di dalam bilik sebelum menghilangkan diri.

Sze Chien berkata, isterinya berasal dari Kuala Rompin, Pahang dan pernah bekerja di sebuah kedai makan di daerah ini dan dia turut difahamkan, sebelum meninggalkan rumah, isterinya ada meminjam sebanyak RM150 daripada majikannya.

“Hingga kini, saya sudah menghubungi semua kenalan rapatnya dan berjumpa dengan ibu mertua saya di Kluang bertanyakan berkaitan isteri saya tetapi dia juga tidak mengetahuinya dan sedih mendengar perkara berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia amat berharap agar isterinya pulang semula ke rumah untuk berbincang sekiranya ada sebarang masalah yang mengguris hatinya demi anak-anak yang sering bertanyakan ibu mereka.
SH

Tertimbus hampir sejam


IPOH – Sebaik sahaja terlihat seorang rakan tertimbus di bawah runtuhan tanah, pekerja kuari yang lain bertindak cuba menyelamatkan mangsa dengan menggali tanah menggunakan tangan sebelum bantuan jentera penyelamat tiba.

Bagaimanapun usaha itu gagal dan mangsa berkenaan disahkan meninggal dunia dan mayatnya berjaya dikeluarkan kira-kira jam 4.30 petang, kelamrin.

Mangsa, Chau Wai Mun, 48, dari Buntong dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas selepas tertimbus dalam tanah hampir satu jam.

Mangsa yang juga pekerja kuari di Jalan Ipoh-Lumut, Lahat itu, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh sewaktu bersama dua rakannya sibuk membina tembok kira-kira jam 3.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar berkata, kejadian berlaku apabila cerun tanah setinggi tiga meter lebar dan panjang itu tiba-tiba runtuh.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa yang sedang mengikat dawai kerangka besi bagi membina tembok penahan cerun tanah berkenaan tertimbus.

Katanya, runtuhan itu menimbus keseluruhan tubuh mangsa, namun dua rakannya sempat menyelamatkan diri kerana berada agak jauh.

“Pihak kuari membuat laporan di Balai Polis Lahat bagi memaklumkan kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.

Sementara itu, di Kampar, seorang remaja berusia 16 tahun ditemui mati lemas selepas tergelincir ke dalam kolam ikan ketika memancing di Mambang Diawan, di sini.

Mayat Choo Mun Kit, ditemui pada jam 10.45 pagi kelmarin, oleh orang awam yang membantu mencari mangsa sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, mengikut siasatan awal, mangsa dikatakan ke kolam ikan itu bersama seorang rakan Soo Chee Mun, 16, pada jam 7 pagi.

Menurutnya, sewaktu kejadian rakan mangsa berada di pondok berhampiran dan hanya menyedari kehilangan mangsa selepas pergi ke kolam itu semula.

Chee Mun terus meminta bantuan pemilik kolam menghubungi polis selepas mengesyaki rakannya itu terjatuh.

“Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tiba di tempat kejadian mendapati mayat mangsa sudah dikeluarkan orang awam dan dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat,” katanya.
SH

Tidak sedar imej dirakam



BUKIT MERTAJAM - Licik. Itulah istilah yang dapat diberikan kepada seorang lelaki apabila dia menggunakan taktik melarikan diri sebelum datang semula ke premis yang dipecah masuk untuk merompak dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi semalam.

Taktik tersebut kononnya bagi mengelakkan perbuatannya disedari orang awam. Biarpun tiada siapa yang nampak, namun tanpa disedari kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di dalam kedai menjual telefon bimbit di Kubang Semang itu berjaya merakamkan setiap aksi perompak berusia lingkungan 20-an itu.

Dia pada mulanya dikatakan mengumpil pintu dan memecahkan cermin kedai menjual telefon bimbit itu dan menghilangkan diri kira-kira sejam bagi sebelum datang semula untuk merompak.

Menyedari tiada siapa yang nampak, dia kemudiannya menggeledah masuk ke premis berkenaan sebelum bertindak mencuri lima telefon bimbit pelbagai jenama, selain satu set komputer dan televisyen LCD.

Dalam pada itu, pemilik kedai, Zakiah Ab Risip berkata, kejadian itu hanya disedarinya kira-kira jam 8 pagi ketika tiba di kedai untuk memulakan rutin hariannya.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati terdapat kesan umpil di pintu manakala cermin yang pecah berselerak di dalam premis.

Beliau berkata, apabila diperiksa melalui rakaman CCTV, kelibat seorang lelaki memecah masuk kedainya kelihatan dengan mengeluarkan beberapa aset yang berada di dalamnya.

“Ini merupakan kejadian kedua berlaku di premis saya. Setahun lalu, saya rugi RM8,000 apabila perompak mencuri kad prabayar yang ditinggalkan di dalam premis. Kali ini, saya rugi RM4,000.

“Saya tidak tahu bagaimana perompak itu boleh bertindak sebegitu licik sedangkan malam sebelumnya saya sudah pun mengunci premis dengan baik sebelum pulang ke rumah,” katanya yang sudah menjalankan perniagaan sejak satu setengah tahun lalu.

Berikutan kejadian itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kubang Semang pada jam 8.57 pagi.

Jurucakap polis yang mengesahkan kejadian itu memberitahu, kes sedang disiasat dan lelaki yang berada di dalam rakaman CCTV sedang diburu.
SH

Suami isteri ketagih gam


KULIM - Polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim memeriksa sepasang suami isteri berusia 17 dan 19 tahun dalam keadaan khayal di tempat permainan Taman Kemuning kira-kira jam 11.30, malam kelmarin.

Jurucakap polis berkata, sebelum ini pasangan itu pernah ditemui di jirat Cina di Taman Cendana kerana menghidu gam.

Ketika disoal siasat dijalankan, pasangan lelaki menyatakan dia masih menganggur dan berhadapan dengan masalah keluarga.

“Pasangan lelaki menyatakan dia sudah bernikah sejak tiga bulan lalu. Dari soal siasat dibuat, pasangan itu pernah ditangkap Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) dalam beberapa serbuan dibuat.

“Selain itu, pasangan lelaki pernah menerima hukuman penjara terhadap kesalahan khalwat dilakukan bersama pasangannya sebelum ini,” katanya

Menurutnya, polis memberi nasihat dan meminta pasangan itu supaya tidak mengulangi perbuatan itu di masa akan datang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sukar untuk seseorang yang terlibat dalam masalah penagihan gam meninggalkan tabiat buruk berkenaan.

“Mereka tidak sedar menghidu gam akan mendatangkan risiko yang tinggi terhadap kesihatan. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga, keluarga seharusnya menasihati pasangan ini supaya tidak terlibat gejala seperti ini,” katanya.

Peguatkuasa PADK, Mohd Amer Dahari berkata, beliau pernah menerima aduan dari orang ramai mengenai pasangan itu di sekitar Kulim.

Menurutnya, sebelum ini pasangan itu ditemui tidur berpelukan di Padang Kulim.

“Saya percaya pasangan ini bermasalah.

“Mereka perlu ditarbiahkan untuk memastikan kehidupan lebih teratur. Penglibatan semua masyarakat penting dalam membentuk pasangan ini ke jalan yang benar,” katanya.
SH

Dua remaja dilapor hilang sejak minggu lalu

SINGAPURA
POLIS sedang mencari dua remaja Melayu yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu.
Siti Mariam Mat Hussin, 13 tahun, menghilangkan diri pada 1 Jun lalu sekitar 11 pagi.Kali terakhir dia dilihat ialah di Bangunan Yeo's di Telok Blangah Road.Siti Mariam berketinggian 1.55 meter dan mempunyai kulit berwarna sawo matang. Dia juga mempunyai bentuk badan yang kurus dan berambut hitam.Semasa menghilangkan diri, Siti Mariam sedang memakai kemeja lengan panjang berwarna ungu dan seluar panjang coklat.Polis juga sedang mencari Zamir Rosmai, 17 tahun, yang dilaporkan hilang pada 28 Mei lalu. Dia dilihat di Blok 104 Commonwealth Crescent pada 28 Mei lalu sekitar 8.30 pagi.Dengan ketinggian 1.5 meter, Zamir berkulit sawo matang dan mempunyai bentuk badan kurus dan berambut hitam.Kali terakhir dilihat, Zamir memakai kemeja-T kelabu dan seluar jeans berwarna biru gelap.Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi polis di talian 1800-255-0000.
Cyberita Online Singapura

Rompak drebar teksi: Tiga remaja ditahan

SINGAPURA
TIGA remaja berusia antara 14 dengan 20 tahun akan dihadapkan ke mahkamah hari ini bagi menghadapi tuduhan merompak seorang pemandu teksi, dalam kejadian yang berlaku tidak jauh dari Changi Village awal pagi kelmarin.
Polis, dalam kenyataannya, kelmarin berkata ketiga-tiga suspek diberkas kira-kira empat jam selepas insiden rompakan itu.Mereka terdiri daripada seorang remaja lelaki berusia 20 tahun, dan dua gadis berusia 14 dan 17 tahun.Menurut polis, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu teksinya di Cranwell Road, sekitar 3 pagi kelmarin.Mangsa, seorang lelaki berusia 57 tahun, telah mengambil mereka yang menahan teksinya di Tampines Street 21 dan mengarah beliau supaya memandu ke Changi Beach Club.Tetapi semasa teksi hampir tiba di lokasi, salah seorang gadis itu meminta mangsa memberhentikan teksinya di Cranwell Road - kira-kira 500 meter dari tempat yang dituju - dengan alasan dia ingin muntah.Kedua-dua remaja perempuan itu kemudian turun dari teksi sementara mangsa menunggu mereka.Tidak lama kemudian, si remaja lelaki secara tiba-tiba mengacukan pisau lipat dan menghunusnya di leher mangsa.Satu pergelutan berlaku dan kedua-dua gadis turut serta.Semasa pergelutan itu, ketiga-tiga suspek berjaya merampas wang tunai $179 daripada kocek baju mangsa sebelum melarikan diri.Ketiga-tiga remaja itu ditemui bersembunyi di kawasan semak di Netheravon Road sekitar 6.40 pagi.Mereka diberkas dengan wang tunai $179 ditemui semula dan pisau lipat turut ditemui di tempat kejadian.
Cyberita Online Singapura

Kaki kiri budak tersepit dua jam dalam lubang tandas


TERSEPIT HINGGA PARAS PAHA: Kakitangan bomba dan pasukan penyelamat cuba mengeluarkan kaki Fakrul Hakim yang tersepit dalam lubang tandas di rumahnya, Jumaat lalu. -- Foto METRO AHAD


MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam selepas kaki kirinya tersepit dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Krubong Perdana, dekat sini, petang Jumaat lalu.Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Fakrul Hakim Mohd Fauzi, lapan tahun, dipercayai tergelincir dalam tandas ketika hendak mandi menyebabkan kaki kirinya tersepit sehingga paras paha.Menurut ibunya, Cik Norliatun Razali, 32 tahun, ketika kejadian berlaku beliau di ruang tamu rumah sebelum terdengar jeritan anak sulung daripada tiga beradik itu.'Tiba-tiba saya dengar anak saya menjerit meminta tolong dan menangis, lalu saya bergegas mencarinya. Saya terperanjat melihat kaki kirinya tersepit dalam lubang tandas dan dia cuba mengeluarkannya tetapi tidak berjaya.'Dalam keadaan cemas itu, saya suruh dia jangan banyak bergerak kerana bimbang mengalami kecederaan lebih teruk,' katanya.Cik Norliatun berkata, selepas gagal membantu mengeluarkan kaki anaknya, beliau telah mendapatkan bantuan jirannya dan mereka menggunakan pelbagai cara, termasuk memasukkan buih sabun dan syampu, namun masih gagal.'Saya kemudian menghubungi pihak bomba bagi meminta bantuan kerana bimbang kaki anak saya cedera lebih teruk,' katanya.Pegawai Operasi II Jabatan Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Encik Hadzar Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.15 malam daripada keluarga mangsa.Menurutnya, usaha mengeluarkan kaki kanak-kanak itu hanya berjaya dilakukan pada 8.26 malam kerana struktur konkrit pada lantai tandas itu sukar dipecahkan.'Selain berusaha menenangkan mangsa, sebahagian lantai tandas itu terpaksa dipecahkan sedikit demi sedikit supaya kaki kanak-kanak itu dapat dikeluarkan dengan selamat. Satu lubang terpaksa dibuat di belakang mangkuk tandas itu sebelum kaki mangsa dapat dikeluarkan dengan selamat tanpa kecederaan,' tambahnya. -- Metro Ahad.Cyberita Online Luar Negara

Tenggelam depan mata anak




PUCHONG – “Abah jerit nama Angah sekali je...lepas tu dia dah tak timbul-timbul lagi,” kata Hairul Daniel Mohd Hapizan, 7, yang menyaksikan bagaimana bapa kandungnya tenggelam dan lemas di depan mata sendiri selepas menjala ikan di Sungai Klang berhampiran Kampung Kuala Sungai Baru di sini, Khamis lalu.

Hairul berkata, bapanya, Mohd Hapizan Md Sharif, 37, sebelum itu dilihat turun ke sungai mendekati batu untuk menebar jala dalam keadaan air yang deras.

“Mula-mula abah pergi ke batu di tengah sungai seorang diri sebab air sangat deras, lepas tu dia janji hendak bawa angah ke tengah air.

“Abah jerit nama angah sekali bila dia timbul di permukaan air, tetapi lepas itu angah panggil abah, dia tidak menyahut lagi panggilan,” katanya yang masih sugul dengan kejadian menimpa ayahnya.

Isteri mangsa, Mariana Kharudin, 31, berkata, pada hari kejadian dia ada melarang suaminya ke sungai itu untuk menjala ikan haruan dan patin.

“Suami saya sebelum kejadian kelihatan termenung sebelum tiba-tiba mengambil keputusan pergi menjala. Anaknya yang lain hendak mengikut tetapi dia berkeras tidak mahu membawa mereka.

“Dia kata hendak bawa balik ikan besar dari sungai itu dan tetap mahu pergi menjala,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba Puchong, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jafri Amat berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan daripada penduduk kampung memaklumkan kejadian kira-kira 6.30 petang Jumaat lalu.

“Bertindak atas laporan dua unit skuba dengan enam anggota dari Shah Alam dan Pelabuhan Klang menjalankan operasi menyelamat. Turut serta dalam operasi menyelamat ialah 14 anggota dari Balai Bomba Puchong dan Subang Jaya.

“Operasi terpaksa dihentikan jam 3 pagi tadi (kelmarin) kerana keadaan cuaca yang terlalu gelap namun diteruskan semula lima jam selepas itu. Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 11 pagi hari berikutnya beberapa meter dari tempat mangsa dilaporkan jatuh,” katanya.
SH

Dua rakan ditemui lemas




BALAKONG – Niat murni seorang rakan yang bertindak terjun ke dalam lombong untuk menyelamatkan rakannya nyata tidak kesampaian apabila kedua-dua mereka ditemui lemas dalam kejadian yang berlaku di Kampung Baru Balakong, kelmarin.

Difahamkan kedua-dua mangsa, Shahrul Azwan Mohammad Tajuddin dan Muhammad Hafiz Norazman yang berusia 21 tahun tinggal di Taman Rakan, di sini pergi ke lombong berkenaan bersama dua lagi rakannya untuk memancing sebelum seorang daripada mangsa masuk ke dalam lombong.

Menyedari rakannya menjerit meminta bantuan, salah seorang daripada mangsa terjun untuk menyelamatkan rakannya namun kedua-duanya dipercayai mati lemas sebelum dua lagi rakannya mendapatkan bantuan.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ahmad Syauqi Abdullah, bomba menerima panggilan kira-kira jam 6.30 petang dan tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian.

“Gerakan mencari dan menyelamat mangsa disertai kira-kira 16 anggota bomba yang terdiri daripada Unit Skuba dari Pelabuhan Klang, Shah Alam dan Kajang.

“Mangsa pertama ditemui kira-kira jam 11.58 malam manakala rakannya ditemui kira-kira jam 12.30 malam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
SH

Pelajar maut dilanggar lori




BATANG KALI - Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut setelah terbabit kemalangan di Kilometer 2, Jalan Batang Kali - Hulu Yam Bharu, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.10 tengah hari apabila motosikal ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang lori seberat satu tan.

“Kejadian berlaku berdekatan simpang empat memasuki sebuah pasar raya di sini. Mangsa, C Tulasi Rau, 17, dikatakan gagal mengawal motosikalnya sebelum melanggar bahagian belakang lori yang berada di lorong tengah jalan.

“Lori terbabit dipandu warga emas, Nguan San, 61, yang dalam perjalanan ke Hulu Yam namun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Norel berkata, mangsa yang cedera dibawa oleh orang ramai ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) namun tidak dapat diselamatkan sejurus tiba di bahagian kecemasan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan bersama Pengarah Urusan Akademi Memandu PS Samy, Datuk PS Samy hadir pada upacara pengebumian mendiang di tanah perkuburan India, Kerling, di sini, semalam.

Kamalanathan melahirkan simpati kepada ahli keluarga mangsa dan meminta mereka bersabar dengan kejadian ini berkenaan.

Samy juga turut bersedih dengan mangsa yang merupakan pelajar sekolah dan bakal menduduki SPM tahun ini.

Sebelum ini, beliau pernah memberikan suntikan semangat kepada semua pelajar di sekolah mangsa belajar dengan memberikan hadiah RM300 kepada setiap pelajar yang cemerlang dalam setiap ujian bulanan.
SH

Kemalangan semasa tugas




TEMERLOH – Seorang bekas anggota polis berpangkat lans koperal kini hanya mampu terlantar selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa bertugas sebagai polis pengiring di Kuala Kerai, Kelantan, lima tahun lalu.

Zainuddin Mohd Dain, 45, yang mempunyai tiga anak kini dijaga ibu bapanya dan menetap di Kampung Desa Baru Purun, di sini, sejak kejadian kemalangan itu.

Menurutnya, kemalangan yang berlaku pada petang 3 Oktober 2006 semasa dia sedang bertugas mengiring Tengku Mahkota Kelantan ke satu majlis, mengubah terus kehidupannya.

Menceritakan kembali kejadian itu, Zainuddin berkata, semasa menunggang motosikal untuk menyambut ketibaan Tengku Mahkota ke satu majlis berbuka puasa, tiba di satu selekoh, dia gagal mengawal motosikal lalu jatuh.

“Saya tidak sedar. Menurut cerita kawan-kawan, saya terbaring di atas jalan raya dan apabila dibawa ke hospital, doktor sahkan saya mengalami kecederaan pada saraf tunjang menyebabkan saya lumpuh.

“Kini, saya hanya terlantar dan cuma mampu menggerakkan kepala, manakala untuk ke bilik air dan makan, ibulah yang banyak membantu saya,” katanya.

Zainuddin berkata, semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau baru-baru ini, dia bersyukur kerana menerima sumbangan katil daripada pemimpin setempat namun masih mengharapkan kerajaan membantunya mendapatkan bayaran pencen lebih banyak.

“Disebabkan bersara awal, saya tidak dapat wang pencen penuh, malah kurang daripada separuh. Kalau boleh, dalam keadaan begini, saya harap dapat menerima pencen lebih daripada apa yang saya dapat sekarang.

“Saya juga merayu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan bantuan bulanan kepada ibu kerana dia yang menjaga saya selama ini,” katanya.

Zainuddin turut merayu kepada orang ramai yang simpati dengan nasibnya supaya dapat menghulurkan sumbangan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di akaun 03200-29-87092482-4 atau berhubung dengan ibunya di talian 014-8052329.
SH

Bersyukur masih selamat




KAMPUNG KELEDEK - “Saya bersyukur kerana tidak diapa-apakan penyamun itu. Walaupun mengalami kecederaan ringan di tangan dan muka, namun saya bersyukur kerana saya dan kakak masih selamat.”

Demikian luahan mangsa samun, Atirah Farhana Maisarah Roslan, 14, yang sanggup bergelut hampir lima minit dengan seorang penyamun bersenjatakan sebilah kerambit yang memasuki rumah mereka pada Julai tahun lalu.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Atirah berkata, ketika kejadian, dia hanya tinggal berdua dengan kakak sulung, Kharunisa Izati di rumah mereka, sementara kedua orang tuanya dan dua lagi adik mereka menghadiri kenduri di kampung berhampiran.

“Suspek memecah masuk mengikut pintu hadapan dengan mengupil pintu gril dan mengacukan kerambit ke arah saya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

“Setelah menyelongkar rumah dan mendapat barangan berharga, penyamun itu bertindak mengikat mulut dan tangan saya serta kakak menggunakan pakaian,” katanya, di sini, kelmarin.

Atirah berkata, namun dia bertindak melepaskan ikatan yang longgar di tangan secara perlahan-lahan dan mengambil kesempatan merampas kerambit yang ada pada penyamun itu.

“Berlaku sedikit pergelutan antara saya dan penyamun berkenaan yang cuba merampas senjata itu, namun tidak berjaya.

“Setelah bergelut hampir lima minit, penyamun itu mengalah dan melarikan diri mengikut pintu hadapan, lalu menuju ke arah bukit di kawasan berhampiran rumah kami,” katanya.

Atirah berkata, dia bersama kakaknya nekad keluar dari rumah itu dan berlari ke arah jalan utama untuk meminta pertolongan orang ramai.

“Saya masih trauma dengan kejadian itu. Selepas ini, saya akan mengikut ke mana sahaja kedua orang tua saya pergi serta akan sentiasa menjaga keselamatan diri,” katanya.
SH

Masih trauma tragedi lalu




BUKIT LADA - Dua beranak yang menjadi mangsa samun tiga lelaki bersenjatakan parang sehingga seorang daripada mereka menerima 20 jahitan di bahagian pipi masih trauma apabila dibayangi kejadian itu hampir setiap malam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi pada 20 Januari lalu itu, mangsa, Roshadi Rosli, 39, yang tinggal berdua bersama ibunya, Habesah Maamor, 61, tidur di bilik berasingan yang berkedudukan bertentangan.

Roshadi cedera teruk di bahagian pipi akibat dikelar sementara ibunya diikat kedua tangan namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Habesah berkata, kejadian itu menyebabkan dia sentiasa berwaspada pada waktu malam kerana khuatir ia berulang kembali namun tetap menyerahkan segalanya kepada takdir.

“Apabila tersedar daripada tidur dan terpandang ke arah pintu bilik, saya seakan mendengar bunyi hentakan kuat berikutan penyamun itu menggunakan tong gas untuk pecah masuk bilik.

“Selepas hampir enam bulan kejadian itu berlaku, saya masih tidak dapat melupakan bagaimana mereka dengan kasar mengikat kedua tangan saya sebelum menyelongkar seluruh rumah. Mereka berjaya membawa lari RM600 dan barangan emas yang dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Roshadi berkata, kejadian itu masih segar dalam ingatannya dan menganggap ia ujian Allah SWT selain bersyukur mereka terselamat.
SH

Hilang hampir RM40,000




BERA – Modus operandi menggunakan tingkap belakang rumah sebagai jalan masuk menjadi trend kes samun di daerah ini.

Malah, pada ketika besi tingkap dipotong untuk membolehkan mereka masuk, penghuni langsung tidak menyedari tindakan itu seolah-olah mereka dipukau penyamun.

Selain itu, mangsa bukan sekadar kehilangan wang tunai malahan barang kemas dan telefon bimbit.

Mangsa, Zainab Idris, 55, dari Felda Triang 3 yang berdepan kejadian kes samun pada Januari tahun lepas, kehilangan hampir RM10,000.

Menurutnya, semasa kejadian itu, anak, menantu dan cucunya ada di rumah tetapi tiada sesiapa sedar penyamun itu memecah masuk.

“Walaupun sudah lebih setahun berlalu, saya masih teringat-ingat kejadian itu. Mana tidaknya, penyamun itu menyuruh saya dan anak berdiam diri sementara mereka sesuka hati menyelongkar barang-barang dalam rumah.

“Tidak puas hati dengan barang yang ditemui, mereka menyentap pula rantai leher saya dan gelang tangan anak saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Zainab yang mempunyai kedai runcit bersebelahan rumahnya kini lebih berhati-hati supaya tidak menyimpan wang tunai dalam tangan.

Katanya, jika mendapat keuntungan lebih, dia akan segera memasukkan wang itu ke dalam bank supaya peristiwa hitam itu tidak kembali.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Hassan Ali, 66, dari Felda Bukit Mendi berkata, kejadian itu menjadi pengajaran kepada diri dan keluarganya.

Menurutnya, peristiwa itu merupakan pengalaman pahit dalam kehidupan mereka kerana kehilangan RM20,000 berserta barang kemas serta telefon bimbit yang bernilai hampir RM20,000.

“Dalam satu malam, kami kehilangan hampir RM40,000 namun bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius.

“Saya agak terkilan kerana wang tunai itu sepatutnya digunakan untuk membayar kos pembinaan rumah, namun saya reda dengan kejadian ini,” katanya.

Hassan berkata, semasa kejadian, penyamun menggunakan parang untuk menakut-nakutkan mereka dan ia menyebabkan mereka tidak berani untuk memberontak kerana bimbang keselamatan ahli keluarga lain.

Katanya, teknik yang digunakan itu hampir serupa dengan semua kejadian di daerah ini tetapi tidak pasti sama ada mereka adalah penyamun sama.

Bagaimanapun, sehingga kini, mereka sekeluarga masih trauma dengan kejadian itu.

Berikutan kes-kes itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor menasihati orang ramai supaya meningkatkan tahap keselamatan di rumah dan tidak menyimpan wang tunai dalam jumlah yang banyak di rumah.

“Kalau boleh, jangan simpan wang tunai yang banyak di rumah. Simpan dalam bank kerana ia jauh lebih selamat.

“Di samping itu, setiap komuniti perlu menubuhkan Skim Rondaan Sukarelawan untuk mengawal kawasan kampung khususnya bagi mengurangkan kadar jenayah,” katanya.

Beliau berkata, tindakan pasukan SRS membuat rondaan banyak membantu polis membanteras jenayah sekali gus memberi keyakinan kepada masyarakat setempat.
SH

Peka selepas jadi mangsa




BENTONG – Nasib menyebelahi tiga sekeluarga yang tinggal di Kampung Lebu dekat sini kerana tidak diapa-apakan tiga penyamun bersenjatakan pisau apabila rumah mereka dipecah masuk pada 26 Mac lalu.

Walaupun sudah hampir dua bulan berlalu, namun pasangan suami isteri, Ahmad Yusof Ismail, 54, dan Rashidah Ghazali 48, serta anak bongsu mereka yang berusia 7 tahun masih trauma dengan kejadian menimpa mereka itu.

Rashidah berkata, kini mereka sekeluarga lebih selesa tidur di dalam bilik berbanding di ruang tamu sebagaimana sebelum kejadian malang itu berlaku.

Menurutnya, kejadian itu menjadi mimpi ngeri yang tidak mungkin dapat dipadamkan dalam memori dan mereka sekeluarga berdoa supaya perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.

“Anak bongsu saya menunjukkan perubahan ketara selepas kejadian itu kerana menjelang malam, dia akan mengikut ke mana sahaja kami berdua bergerak sama ada ke dapur mahupun ruang tamu.

“Saya dan suami pula menjadi lebih berhati-hati dan semakin peka dengan sebarang bunyi mencurigakan pada waktu malam terutama awal pagi kerana kejadian sebelum ini berlaku kira-kira jam 4.30 pagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Yusof berkata, dia masih terbayang saat diacukan pisau di leher tatkala menyedari kehadiran penyamun terbabit ketika memasuki kediaman mereka.

Menurutnya, dalam kejadian itu, selain wang tunai dan barang kemas, kereta Avanza milik mereka juga dilarikan namun ditemui polis semula seminggu selepas kejadian itu.

Sementara itu, aktivis masyarakat yang juga mangsa kecurian, Chuang Pay Wah pula berkata, kejadian rumahnya di Taman Orkid dekat sini dimasuki pencuri pada Ogos tahun lalu memberikan kesan mendalam pada dirinya.

Menurutnya, selain wang tunai, barang kemas, barangan lain serta wang derma sumbangan orang awam kepada orang miskin sempena Pesta Tanglung, turut hilang ialah pingat Pingat Jasa Kebaktian (PJK) miliknya yang diterima pada 2003.

“Ia merupakan harta paling bermakna dalam hidup saya selama 30 tahun membabitkan diri dalam kerja kebajikan. Sehingga ke hari ini, ia masih belum ditemui, Ia merupakan kehilangan besar buat diri saya,” katanya.

Pay Wah berkata, sejak kejadian rumahnya dipecah masuk, mereka sekeluarga kini lebih berhati-hati dan menitikberatkan aspek keselamatan tambahan di kediaman mereka.

Menurutnya, dia juga sering curiga terhadap individu atau kenderaan yang berlegar-legar di sekitar taman perumahannya kerana bimbang perkara sama berlaku pada keluarga dan jiran tetangga.
SH

Buruh maut langgar pengadang




JERANGAU – Hasrat seorang buruh pulang ke rumah untuk berehat bersama keluarga selepas minum teh bersama rakan di sebuah warung kopi berdekatan, berakhir dengan tragedi apabila dia terbunuh setelah motosikal ditunggangi terbabit dalam kemalangan dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang di Kilometer 112.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II Kampung Jerangau itu dipercayai berlaku apabila mangsa, Jefri Mohamad, 30, dari Felda Jerangau dalam perjalanan pulang selepas bertemu rakannya di Felda Jerangau Sungai.

Sebaik sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu merempuh pengadang jalan.

Akibat rempuhan itu, mangsa dikatakan melambung atas jalan lalu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dia dipercayai mati serta merta di tempat kejadian.

Kejadian disedari orang ramai sebaik melihat mangsa terbaring kaku di sisi motosikalnya, sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihaknya.
SH

Maut ketika ke masjid




MARANG – Seorang warga emas, Wazab Omar, 71, dari Kampung Jambu Bongkok di sini, tidak sempat menunaikan solat Asar apabila dia maut dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Masjid Jambu Bongkok kira-kira 4.15 petang, semalam.

Dalam kejadian di Kilometer 52.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Jambu Bongkok, mangsa membonceng motosikal ditunggang suaminya, Abd Ghani Draman, 75, ketika dalam perjalanan menuju ke masjid kira-kira 500 meter dari rumahnya.

Mangsa maut di tempat kejadian manakala suaminya mengalami kecederaan parah apabila tangan kirinya patah dan tempurung lutut kanannya pecah akibat dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu.

Difahamkan, pemandu Kenari terbabit dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebuah kereta Proton Pesona dan motosikal dinaiki pasangan warga emas terbabit, serta sebuah lagi motosikal yang berada berdekatan.
SH

Anak ditemui mati tergantung

KOTA BHARU - Bisikan suara halus dipercayai mendorong seorang pemuda menggantungkan diri pada pokok gelang berdekatan rumahnya di Kampung Tapang, dekat sini, petang kelmarin.

Pemuda tersebut yang menghidap masalah mental sejak dua tahun lalu ditemui mati tergantung kira-kira 150 meter dari rumahnya kira-kira jam 4.40 petang.

Mangsa yang berusia 28 tahun itu, ditemui mati tergantung oleh ibunya sendiri, Safiah Abdul Rahman, 53, ketika mencarinya selepas mendapati anaknya itu tidak pulang ke rumah sejak semalaman.

Safiah ketika ditemui di rumahnya berkata, anak ketiga daripada lapan beradik itu sebelum ini pernah menerima rawatan di hospital selepas kematian bapanya sejak dua tahun lalu.

Katanya, sebelum anaknya ditemui tergantung, dia dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar kira-kira jam 9 malam.

Katanya, sebaik menyedari anaknya tidak pulang ke rumah, dia kemudian memberitahu ahli keluarga supaya mencarinya di sekitar kampung tetapi gagal.

“Pada keesokan harinya, saya sekeluarga keluar lagi untuk mencari anak saya, tetapi gagal.

“Dengan pertunjuk Allah, selepas menunaikan solat Asar, saya keluar ke belakang rumah yang dipenuhi semak samun lalu melihat anak saya tergantung dan sudah tidak bernyawa lagi,” katanya.

Katanya, sebaik menemui mayat anaknya, dia bergegas ke rumah meminta bantuan anak menantu, sebelum menghubungi pihak polis

Safiah berkata, sebelum ini anaknya itu pernah membakar televisyen dan merosakkan harta benda tetapi tidak sesekali mengasari ahli keluarga.

“Dia memberitahu saya, dia ada mendengar suara yang menyuruh dia membakar barang dan bertindak begitu.

“Saya rasa kemungkinan ada suara-suara yang pelik menyuruhnya berbuat begitu sehingga dia boleh menggantungkan dirinya sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, lelaki terbabit disahkan mati selepas beberapa jam bertindak menggantung dirinya dengan menggunakan tali nylon.

“Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Raja perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan polis mengklafikasikan mangsa mati mengejut.

Difahamkan, sebelum kejadian, lelaki terbabit pernah diajak keluarganya untuk mendapatkan rawatan di hospital tetapi dia tidak mahu.
SH

Makan ubi kayu cecah air asam


KUALA NERANG: “Kehidupan saya cukup menderita di Lombok sepanjang tempoh dua tahun kerana tidak mempunyai wang membeli makanan hingga terpaksa menjadikan ubi kayu dicecah air asam sebagai makanan ruji bagi menggantikan beras.”
Begitu kata seorang ibu tunggal, Zarina Abu Bakar, 30, yang tiba di rumah keluarganya di Kampung Kuala Pai, dekat sini, kira-kira jam 1 pagi semalam selepas melalui perjalanan jauh dari Lombok, Indonesia sejak 2 Jun lalu.

Zarina mendakwa dia terpaksa menempuh perjalanan penuh rintangan menaiki kapal terbang ke Jakarta sebelum menuju ke Pulau Batam lalu menaiki bot pancung ke Sungai Tiram, Johor dengan bantuan orang tengah.
Katanya, sebaik tiba di negara ini, dia menaiki bas ekspres ke Hentian Puduraya, Kuala Lumpur sebelum menyambung perjalanan memenatkan ke Alor Setar dengan penuh debaran untuk bertemu kembali keluarga terutama ibu bapanya.

“Saya tidak akan percaya lagi lelaki Indonesia, malah menyesal dengan tindakan diambil kerana hanya dijadikan pemuas nafsu. Sepanjang di sana, saya hanya mampu menangis mengenangkan nasib malang.

“Justeru, saya ingin menasihatkan mana-mana gadis atau wanita di negara ini tidak mudah terpedaya dengan lelaki Lombok. Jangan berkawan dengan mereka kerana akhirnya menimbulkan pelbagai masalah.
“Pada mulanya, saya percaya lelaki itu boleh dijadikan tempat bergantung hidup tetapi rupa-rupanya anggapan saya meleset,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumah keluarganya, di sini.

Sepanjang berada di Lombok, Zarina difahamkan turut mempunyai seorang bayi perempuan berusia lima bulan ditinggalkan bersama lelaki dikenali sebagai Sulhemi, 29.
Harian Metro pada 28 Mei lalu melaporkan Zarina yang juga ibu tunggal kepada tiga anak berusia antara enam hingga 10 tahun hidup menderita selepas mengikuti Suhelmi ke Lombok dengan tujuan untuk berkahwin.

Bagaimanapun, sebaik tiba di negara jiran itu lelaki berkenaan enggan berkahwin tanpa alasan kukuh menyebabkan kehidupan wanita berkenaan bertukar menjadi menderita.

Zarina berkata, dia percaya Suhelmi menggunakan pukau atau ilmu hitam menyebabkannya mengikut apa saja arahan hingga sanggup mengikut lelaki berkenaan ke Lombok.

Katanya, kehidupan lelaki berkenaan begitu daif, malah ramai jirannya juga miskin menyebabkan dia dianggap amat bernasib baik jika dapat makan nasi setiap hari.

“Di Lombok, Suhelmi bekerja di sawah dengan pendapatan Rp10,000 sehari (kira-kira RM2.50). Dengan pendapatan sebanyak itu memang tidak dapat menampung hidup dan hanya mampu makan ubi kayu mengalas perut saban hari.

“Keadaan kehidupan yang melarat menyebabkan fikiran berkecamuk sehingga saya menerima RM3,000 daripada seseorang hasil kutipan dan sumbangan penduduk kampung di sini (Malaysia) untuk pulang ke Malaysia,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Maryam Kasim, 49, bersyukur kerana Zarina kembali ke pangkuan keluarga biarpun masih terkejut seolah-olah berlaku keajaiban apabila anak perempuannya kini berada di depan mata.

Menurutnya, dia bersyukur dan berterima kasih apabila adik angkatnya memohon sumbangan penduduk Kubur Panjang, Pendang sehingga mampu mengumpul RM3,000 dalam tempoh seminggu untuk membawa pulang anaknya. “Saya gembira kerana masalah ini akhirnya selesai dan mampu tidur berbanding ketika anak di negara orang yang tidak diketahui nasibnya.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu, dan hanya Allah SWT saja dapat membalas budi baik penduduk yang menghulurkan bantuan itu,” katanya.
myMetro | Makan ubi kayu cecah air asam

SMS rayu bantu pulang


KLUANG: Kerana cinta, seorang gadis berusia 23 tahun sanggup mengetepikan keluarganya untuk hidup bersama teman lelaki di Lombok, Indonesia, namun selepas tiga tahun menetap di sana, dia mula kesal dan mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibunya merayu bantuan membawanya pulang.
Difahamkan ketika mula berhijrah ke sana, Norhalisa Umno@Mohammad Jaafar, 23, diterima dengan baik oleh ibu mentua dan keluarga suami, menyebabkan dia beranggapan tindakannya meninggalkan keluarga sendiri ketika berusia 20 tahun dengan berhijrah ke Lombok pilihan tepat.

Bagaimanapun, tembelang keluarga suaminya terbongkar ketika pasangannya bekerja di Brunei apabila dia bersama anaknya dihalau dan kini terpaksa menumpang di rumah jiran.
Tidak tahan dengan penderitaan dialami, Norhalisa dari Simpang Renggam mengirimkan SMS kepada ibunya, Joriyah Ismail, 41, menyatakan kekesalannya dan mengakui kini menderita di Lombok.

Norhalisa mendakwa sudah bernikah dengan suaminya dikenali ‘Man Lombok’ dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Haiqal, berusia satu setengah tahun.

Joriyah ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila anaknya itu secara tiba-tiba menghubunginya menerusi SMS sejak Mac lalu.
Menurutnya, anaknya tidak pulang ke rumah pada 2008 selepas keluar bekerja, namun menghubunginya Mac lalu dan sempat berbual panjang bertanyakan khabar serta empat adiknya.

“Perasaan saya ketika itu bercampur sedih, marah dan kecewa atas tindakannya yang sebelum ini membelakangkan keluarga dan menghilangkan diri mengikut teman lelakinya.
“Lebih mengejutkan apabila dia mengirimkan SMS dan mengaku bernikah serta memiliki cahaya mata lelaki sebelum mula teresak-esak menceritakan kesengsaraan hidupnya,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Simpang Renggam di sini, kelmarin disempurnakan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh.

Sementara itu, Datuk Muhammad Khairun berkata, pihaknya bersama Umno Simpang Renggam akan bekerjasama menyelesaikan masalah keluarga berkenaan.
myMetro | SMS rayu bantu pulang

SMS rayu bantu pulang


KLUANG: Kerana cinta, seorang gadis berusia 23 tahun sanggup mengetepikan keluarganya untuk hidup bersama teman lelaki di Lombok, Indonesia, namun selepas tiga tahun menetap di sana, dia mula kesal dan mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibunya merayu bantuan membawanya pulang.
Difahamkan ketika mula berhijrah ke sana, Norhalisa Umno@Mohammad Jaafar, 23, diterima dengan baik oleh ibu mentua dan keluarga suami, menyebabkan dia beranggapan tindakannya meninggalkan keluarga sendiri ketika berusia 20 tahun dengan berhijrah ke Lombok pilihan tepat.

Bagaimanapun, tembelang keluarga suaminya terbongkar ketika pasangannya bekerja di Brunei apabila dia bersama anaknya dihalau dan kini terpaksa menumpang di rumah jiran.
Tidak tahan dengan penderitaan dialami, Norhalisa dari Simpang Renggam mengirimkan SMS kepada ibunya, Joriyah Ismail, 41, menyatakan kekesalannya dan mengakui kini menderita di Lombok.

Norhalisa mendakwa sudah bernikah dengan suaminya dikenali ‘Man Lombok’ dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Haiqal, berusia satu setengah tahun.

Joriyah ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila anaknya itu secara tiba-tiba menghubunginya menerusi SMS sejak Mac lalu.
Menurutnya, anaknya tidak pulang ke rumah pada 2008 selepas keluar bekerja, namun menghubunginya Mac lalu dan sempat berbual panjang bertanyakan khabar serta empat adiknya.

“Perasaan saya ketika itu bercampur sedih, marah dan kecewa atas tindakannya yang sebelum ini membelakangkan keluarga dan menghilangkan diri mengikut teman lelakinya.
“Lebih mengejutkan apabila dia mengirimkan SMS dan mengaku bernikah serta memiliki cahaya mata lelaki sebelum mula teresak-esak menceritakan kesengsaraan hidupnya,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Simpang Renggam di sini, kelmarin disempurnakan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh.

Sementara itu, Datuk Muhammad Khairun berkata, pihaknya bersama Umno Simpang Renggam akan bekerjasama menyelesaikan masalah keluarga berkenaan.
myMetro | SMS rayu bantu pulang

‘Opah pukul, herdik atuk’


IPOH: “Saya terkejut dan terkilan dengan tindakan opah kerana hakikatnya, opah yang selalu memukul serta mengherdik atuk (datuk),” luah seorang lelaki yang digelar ‘cucu iblis’ oleh neneknya.
Dia yang hanya mahu dikenali Noor, 29, tidak sangka nenek yang membelanya sejak kecil, tergamak menggelarnya sedemikian serta menabur pelbagai fitnah terhadapnya.

Katanya, paling menyedihkan apabila dia dikatakan mendoakan supaya wanita warga emas itu meninggal dunia secepat mungkin kerana menyusahkan hidupnya dan memanggil wanita itu ‘babi’.

“Saya begitu terkejut ketika membaca Metro Ahad pagi tadi (semalam) kerana saya adalah individu dimaksudkan dalam berita bertajuk ‘Cucu hati iblis’.

“Mengalir air mata kerana sebagai umat Islam, saya tahu adalah dosa besar untuk menderhaka apatah lagi mendoakan perkara tidak baik kepada orang lain, terutama ahli keluarga sendiri,” katanya sebak.
Metro | ‘Opah pukul, herdik atuk’

Ibu sakit, anak mati dibunuh


NILAI: Ibu bertarung nyawa di hospital dan anak mati dibunuh. Itulah tragedi berdarah yang menimpa seorang pekerja restoran makanan segera apabila ditemui mati dengan kesan tetak di Flat Cempaka Puri, semalam.
Lebih menyedihkan, mukanya turut ditekup bantal tidur sebelum ditinggalkan pembunuh terbabit yang kemudian melarikan komputer riba dan telefon bimbit milik mangsa.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Azizul Ali, 29, ditemui terlentang di dalam bilik tidurnya dengan kesan kecederaan teruk di kepala dipercayai ditetak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata teman serumah mangsa berusia 20-an yang kebetulan baru menamatkan syif kerja menemui mayat mangsa di atas tilam di rumah flat tiga tingkat itu.


“Teman serumah mangsa yang kebetulan mahu mencari komputer ribanya di bilik mangsa terkejut apabila melihat mayat berlumuran darah dengan kesan kecederaan di kepala,” katanya di sini, semalam.
myMetro | Ibu sakit, anak mati dibunuh

Suruh bogel lepas raba


KUALA LUMPUR: Dua pekerja perempuan sebuah kedai serbaneka berusia 18 tahun bukan saja diraba tiga lelaki sebaliknya mereka dipaksa berbogel dalam satu kejadian samun di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, kedua-dua mangsa terselamat daripada dibogelkan apabila melarikan diri sebelum mengunci diri mereka dalam sebuah stor.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila kedai berkenaan dimasuki tiga lelaki yang memakai topi keledar.

“Mangsa dan rakan yang menyangka tiga suspek adalah pelanggan terkejut apabila dua daripada lelaki terbabit memanjat kaunter bayaran.


“Dua mangsa yang tergamam dipaksa seorang daripada suspek supaya menyerahkan telefon bimbit,” katanya.
myMetro | Suruh bogel lepas raba

Empat mayat mangsa bot pancung ditemui


PENGERANG: Pihak berkuasa menemui empat mayat lelaki yang hampir reput semalam dipercayai mangsa kejadian bot pancung karam di perairan Pengerang di sini, Rabu lalu.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, jumlah terkini mangsa yang ditemui ialah enam orang selepas mengambil kira dua mayat ditemui masing-masing satu pada Khamis dan Jumaat lalu.

Katanya, dalam kejadian 7.20 malam Jumaat lalu, Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM) menemui mayat kedua di kedudukan 1.4 batu nautika selatan Tanjung Kapal. Menurutnya, sebuah bot APMM Petir 11 bersama lima anggota yang melakukan rondaan biasa segera ke lokasi kira-kira jam 7.20 malam, selepas menerima maklumat daripada sebuah bot tunda.
“Mayat berkenaan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an, memakai baju-T yang digantung di leher dan hanya berseluar dalam,” katanya.
myMetro | Empat mayat mangsa bot pancung ditemui

Drebar teksi mengadu disamun wanita


KUALA LUMPUR: Seorang wanita dikatakan mampu memukau beberapa pemandu teksi di ibu kota dengan hanya menggunakan semburan minyak wangi sebelum menyamun mereka.
Wanita berusia awal 30-an itu dikatakan menahan mana-mana teksi dan meminta pemandu berhenti di kawasan sunyi sebelum menyembur minyak wangi sehingga mangsa tidak sedar apa yang berlaku.

Seorang pemandu teksi, Abdullah Talib, 46, berkata, dia kehilangan beberapa barangan berharga termasuk wang tunai dan telefon bimbit selepas disamun wanita terbabit.
“Teksi saya ditahan seorang wanita waktu malam dan tiba-tiba dia meminta saya memberhentikan kereta di kawasan sunyi berhampiran stesen LRT Sentul sebelum menyembur minyak wangi.

“Saya tidak ingat apa yang berlaku tetapi sebaik tersedar, saya dapati semua wang termasuk dompet dan telefon bimbit hilang, malah selepas itu saya turut mendapat maklumat beberapa rakan turut disamun dengan taktik yang sama di lokasi berlainan,” katanya yang ditemui di Kampung Baru di sini, semalam.

Abdullah bersama beberapa pemandu teksi lain sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan pelbagai masalah yang membelenggu mereka.

Selain kisah dipukau dan disamun, pelbagai masalah lain diajukan kepada Muhyiddin termasuk terdapat beberapa lokasi di ibu negara yang dikawal kumpulan teksi tertentu sehingga menyukarkan pemandu teksi lain mencari rezeki di situ.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah berkata, dalam pertemuan itu, Timbalan Perdana Menteri menasihatkan supaya semua persatuan pemandu teksi duduk semeja dan membincangkan isu dihadapi termasuk kepentingannya kepada orang awam atau penumpang.
“Timbalan Perdana Menteri menasihatkan kami supaya mengemukakan memorandum yang mengandungi semua masalah kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dan perkara ini yang akan kami lakukan,” katanya.
myMetro | Drebar teksi mengadu disamun wanita

Anak ditemui mati terlentang atas katil


AMPANG: Hasrat seorang ibu yang mahu melawat anaknya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila lelaki terbabit ditemui mati terlentang di atas katil rumahnya dipercayai dibunuh di Apartmen Pandan Utama, di sini, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, wanita berusia lingkungan 60-an yang tinggal di kawasan berhampiran mahu mengambil pakaian kotor anaknya untuk dicuci.

Mangsa, Ng Kim Loong, 45, ditemui dalam keadaan kedua-dua belah tangan dan kaki diikat menggunakan tali langsir manakala lehernya dijerut dengan baju.
Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian tidak bermotifkan rompakan kerana tiada kesan pecah masuk.

“Kami percaya suspek adalah orang yang dikenali mangsa kerana pintu rumah dikunci dengan elok malah ibu mangsa terpaksa menggunakan kunci pendua untuk masuk ke dalam rumah,” katanya.

Menurut Md Nazri, pihaknya mengesyaki kejadian itu dilakukan lebih daripada seorang, antara jam 1 hingga 8 pagi.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan motif kejadian disebabkan rasa tidak puas hati atau dendam.

“Polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.
myMetro | Anak ditemui mati terlentang atas katil

Lelaki rentung terperangkap dalam van


KUALA LUMPUR: Seorang kerani warga negara Bangladesh tergamam dan hanya mampu menangis apabila melihat majikannya terperangkap dan terbakar hidup-hidup di dalam van dinaiki mereka di Jalan Genting Klang menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, lelaki terbabit, Mohd Talib, 30, sempat melarikan diri dengan meninggalkan majikannya, Mohd Khairul Islam, 30, di dalam van berkenaan selepas api semakin marak.

Mohd Talib berkata, van yang dinaiki mereka selepas memasang akuarium di Shah Alam itu meletup secara tiba-tiba sebelum terbakar di bahagian depan dan pintu sebelah pemandu.
“Letupan itu menyebabkan van yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan melanggar pagar besi di kawasan terbabit,” katanya yang cuba menarik Mohd Khairul namun usahanya gagal.

Difahamkan, Mohd Khairul gagal melarikan diri selepas pintu di bahagian pemandu gagal dibuka kerana terhalang pagar besi yang dilanggarnya.
myMetro | Lelaki rentung terperangkap dalam van

Tersembam disentap peragut


KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja kantin Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) nyaris maut selepas menjadi mangsa ragut seorang lelaki bermotosikal di Jalan Pengadang Baru, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Norhayati Ibrahim, 35, yang membonceng motosikal ditunggang suaminya, Fauzi Abdullah Abdul Ghani, 45, tersembam di atas jalan raya selepas cuba menahan beg tangannya disentap peragut terbabit.

Tindakan suami mangsa mengejar peragut berkenaan berjaya menghalang niat penjenayah daripada mengambil semula beg tangan mangsa yang tercampak di atas jalan.
Norhayati yang tinggal di Kampung Wakaf Mempelam ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata, dia bersyukur kerana nyawa serta barangan berharga di dalam beg tangan itu dapat diselamatkan.

Menceritakan detik cemas itu, dia berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan dia langsung tidak perasan kehadiran suspek yang mengekori mereka ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Kami berdua baru pulang menghadiri kenduri kahwin dan singgah di beberapa kedai untuk melihat barangan perabot di sekitar Jalan Pengadang Baru sebelum berhenti mengisi minyak di stesen berhampiran.

“Sebaik keluar dari stesen minyak itulah peragut menyambar beg tangan di atas riba. Saya sempat menguatkan pegangan beg tangan dan cuba melawan.

“Akibat disentap dengan kuat saya tersembam atas jalan manakala beg tangan pula tercampak di atas jalan. Suami bergegas membrek motosikal selepas melihat saya terlantar dan mengejar lelaki berkenaan serta menghalang beg dicapai peragut,” katanya.
Sementara itu Fauzi Abdullah berkata, dia tidak sedar isteri sedang melawan peragut di belakangnya sehinggalah terdengar suara isterinya cuba melawan dan akhirnya terjatuh dari motosikal akibat disentap peragut terbabit.

“Hanya Tuhan saja tahu betapa cemasnya melihat keadaan isteri terlantar atas jalan raya yang agak sesak ketika itu, selepas melihat isteri bangun semula saya bergegas mengejar suspek yang cuba mengambil beg tangan isteri yang terjatuh.

“Meskipun beg tangan berjaya diselamatkan, saya gagal mengejarnya kerana peragut berpakaian baju coklat berseluar hitam itu lesap sebaik melalui lorong tikus di kampung berhampiran kawasan terbabit.

“Melihat keadaan motosikal Yamaha Ego warna hitam yang tidak dipasang nombor pendaftaran, memang lelaki ini sudah merancang jenayah itu,” katanya yang akan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa.
myMetro | Tersembam disentap peragut

Wanita maut kena renjatan pemanas air


BANGI: Seorang wanita berusia 26 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik dipercayai berpunca daripada alat pemanas air di bilik mandi rumahnya di Kampung Aman, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang baru bangun dari tidur masuk ke bilik air berkenaan untuk mandi.

Bagaimanapun, disebabkan mangsa tidak tahan dengan air yang terlalu sejuk, dia menggunakan alat pemanas air.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, ketika menghidupkan alat pemanas air itu badan mangsa berkemungkinan basah selain peralatan terbabit dipercayai rosak menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik.

“Mangsa yang terkena renjatan elektrik itu menjerit dengan kuat sebelum rebah. Jeritan kuat mangsa didengari ahli keluarganya sebelum mereka bergegas ke bilik air berkenaan,” katanya.
myMetro | Wanita maut kena renjatan pemanas air

‘Mereka tak sabar balik rumah’


BACHOK: Dua beradik, Nor Azura Mohd Saari, 18, dan Nor Aqilah Najiha, 14, yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 46.8, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, kelmarin, bagaikan tidak sabar untuk pulang ke rumah apabila mereka bersama-sama menghubungi ibunya kira-kira sejam sebelum terbabit kemalangan.
Kamariah Yusof, 49, berkata, dua anaknya itu menghubunginya menerusi telefon bimbit dan dalam nada gembira menyatakan akan pulang ke rumah selepas lima hari menghabiskan cuti sekolah di rumah sepupu mereka di Bandar Baru Gua Musang. “Memang menjadi kebiasaan, dua anak saya itu ke rumah sepupu mereka ketika cuti sekolah.

“Kira-kira jam 8.30 pagi ketika dalam perjalanan dari Gua Musang ke Bachok, mereka menghubungi saya dalam nada ceria. Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi saya terima panggilan daripada seorang sepupu, dua anak saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pantai Melawi, di sini, semalam.
Semalam, Metro Ahad melaporkan tiga sepupu termasuk dua beradik yang dalam perjalanan ke majlis kenduri kahwin, maut selepas terbabit kemalangan kira-kira jam 9.30 pagi. Selain Nor Azura dan Nor Aqilah Najiha, Norhasmalinda Halim, 24, turut maut selepas kereta Proton Wira dipandunya berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Rexton.

Jenazah tiga bersaudara itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Pantai Melawi selepas Isyak, kelmarin.

Menurut Kamariah, dua anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan dan bersikap seperti biasa.
myMetro | ‘Mereka tak sabar balik rumah’

Tangisan didera kekasih ibu


BUTTERWORTH: Jeritan dan tangisan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sejak beberapa bulan lalu membongkar rahsia dia dipercayai mangsa dera teman lelaki ibunya.
Kanak-kanak berkenaan dipercayai menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya berusia 40-an, selepas ibu tunggal berusia 22 tahun itu bercerai dengan pasangannya berusia 25 tahun, beberapa tahun lalu.

Kejadian dera itu berlaku di rumah sewa wanita terbabit di Taman Mesra, Bagan Lallang, dekat sini, yang dipercayai kerap dikunjungi teman lelakinya, sejak beberapa bulan lalu. Difahamkan, kejadian itu mula terbongkar apabila seorang jiran wanita terbabit ternampak teman lelaki ibu tunggal terbabit menarik telinga mangsa masuk ke dalam sebuah kereta, kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.
Menurut sumber, jiran wanita itu yang mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku bertindak menghubungi peronda sukarela sebelum menghubungi polis.

Berikutan itu, sepasukan polis bergegas ke kawasan perumahan berkenaan dan menyoal siasat wanita terbabit dan teman lelakinya.

“Wanita terbabit mendakwa kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu anaknya dengan bekas suami yang bekerja di pasar raya.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati ada kecederaan termasuk kesan rotan dipercayai didera pada telinga, mata, badan, tangan serta kaki mangsa,” katanya.

Susulan itu, wanita terbabit dan teman lelakinya ditahan, manakala mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias mengesahkan penahanan pasangan terbabit bagi membantu siasatan.
myMetro | Tangisan didera kekasih ibu