Search This Blog

Saturday, June 4, 2011

Penggodam serang komputer Sony, akses maklumat sejuta pelanggan


BOSTON/NEW YORK: Para penggodam menyerang masuk rangkaian komputer Sony Corp dan mengakses maklumat milik lebih satu juta pelanggan syarikat itu bagi menunjukkan kelemahan sistem syarikat elektronik raksasa Jepun itu - kes terbaru dalam siri pelanggaran keselamatan yang melemahkan keyakinan awam terhadap Sony.LulzSec, kumpulan yang mendakwa pernah menyerang sistem laman stesen televisyen PBS dan Fox.com di Amerika Syarikat, berkata ia telah memecah masuk server yang mengendalikan laman Sony Pictures Entertainment.Ia turut menyiarkan nama, tarikh lahir, alamat, e-mel, nombor telefon dan kata laluan ribuan orang yang menyertai peraduan-peraduan yang diadakan Sony.'Daripada satu suntikan, kami mampu mengakses apa saja,' kata kumpulan penggodam itu dalam kenyataannya.'Mengapa harus meletak keyakinan pada sebuah syarikat yang membiarkan dirinya terdedah kepada serangan-serangan mudah ini?' tambahnya.Pelanggaran keselamatan itu adalah serangan terbaru ke atas firma-firma berprofil tinggi, termasuk kontrator pertahanan Lockheed Martin dan Google Inc.Dakwaan LulzSec itu dibuat sedang para eksekutif Sony cuba meyakinkan penggubal dasar di Washington mengenai usaha mereka melindungi rangkaian komputer syarikat itu.Sony mengalami pelanggaran keselamatan paling besar dalam sejarah pada April lalu. Ia menghadapi kemarahan ramai sejak penggodam mengakses maklumat peribadi 77 juta akaun PlaysStation Network dan Qriocity - dengan 90 peratus daripada penggunanya berada di Amerika Utara atau Eropah.Ketika itu, Sony berkata maklumat kad kredit mungkin juga dicuri.Namun, tiada sesiapa mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan April lalu itu. Semalam, Sony berkata ia sedang menyiasat pelanggaran yang LulzSec dakwa dilakukannya.Agensi berita Reuters mengesahkan data berhubung beberapa peserta peraduan yang disiarkan LulzSec tulen. -- Reuters.
Cyberita Online Luar Negara

Peniaga Diarah Bela Diri Tuduhan Rogol


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, memanggil seoran peniaga untuk membela diri atas pertuduhan merogol, yang didakwa berlaku lima tahun lalu.
Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan tersebut terhadap Noorsariffudin Rosli, 27, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya menimbulkan prima facie untuk dijawab tertuduh.
Tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun pada antara pukul 6 dan 7 petang, 3 Februari 2006 di sebuah bilik tidur di Taman Desa Setapak, di sini.
Perbicaraan sebelum ini melibatkan 10 saksi pendakwaan.
Fathiyah seterusnya menetapkan 4 Ogos dengan untuk tertuduh yang memilih untuk memberi keterangan bersumpah membela diri.
Sementara itu, di mahkamah sama, lima sahabat dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan merogol dan melakukan seks oral terhadap dua remaja di sebuah hotel, dua tahun lalu.
Semua remaja terbabit yang berusia antara 16 dan 18 tahun semasa kejadian, dibebaskan selepas Fathiyah mendapati pihak pendakwaan gagal untuk menimbulkan prima facie terhadap mereka.
Semua mereka didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun antara pukul 6.30 petang, 1 Disember 2009 dan 2 pagi keesokan harinya di hotel di Jalan Klang Lama, di sini.
Mereka juga menghadapi pertuduhan kedua kerana didakwa melakukan seks oral terhadap seorang lagi mangsa yang juga berusia 14 tahun pada masa dan di tempat yang sama.
mStar Online
: Peniaga Diarah Bela Diri Tuduhan Rogol

Bekas Penyewa Tetak Tuan Rumah Dengan Parang


KLANG: Seorang lelaki menetak bekas tuan rumahnya dengan parang panjang dan meragut rantai emas milik ibu mangsa di Taman Sentosa di sini Jumaat.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Mat Yusop berkata pada mulanya suspek yang berusia 27 tahun dilaporkan dilihat berlegar-legar di luar kawasan rumah mangsa sambil membawa sebilah parang panjang.
"Ibu mangsa yang perasan dengan kelibat suspek yang berlegar-legar di luar rumahnya memberitahu anaknya yang kemudiannya keluar untuk melihat suspek," katanya pada Sabtu.
Bagaimanapun, suspek terus bertindak mendekati mangsa dan ibunya sebelum meragut rantai yang dipakai ibu mangsa.
"Keadaan turut menjadi kecoh apabila mangsa yang berusia 21 tahun itu bergelut dengan suspek sehingga menarik perhatian jiran berhampiran yang terkejut mendengar bunyi bising," katanya.
Mohamad berkata suspek telah menetak tangan kanan mangsa semasa pergelutan itu.
Beliau berkata suspek kemudian melarikan diri dengan senjatanya.
"Setakat ini suspek masih belum dapat dikesan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun harta milik mangsa dan mencederakannya," katanya. - BERNAMA
mStar Online
: Bekas Penyewa Tetak Tuan Rumah Dengan Parang

Kilang Perabot Di Juru Estate Musnah Dalam Kebakaran


BUKIT MERTAJAM: Sebuah kilang membuat perabot, Packma Trading, mengalami kerugian ratusan ribu ringgit selepas premisnya yang terletak di Juru Estate, dekat sini musnah dalam kebakaran malam semalam.
Ketua Operasi dari Balai Bomba Perai A’azelan Hassan berkata kebakaran yang berlaku kira-kira 10.40 malam itu disedari pekerja yang berada di asrama bersebelahan kilang dan bertindak menghubungi bomba.
Katanya 25 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba Perai serta sebuah jentera dari Balai Bomba Bandar Perda bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan.
"Ketika kita sampai, kilang yang terletak di kawasan perumahan itu sudah pun 60 peratus terbakar dan pihak bomba dengan bantuan bomba sukarela berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran dalam masa 16 minit," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.
A'azelan berkata kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang kilang dan merebak ke bahagian lain yang memuatkan bahan mentah berupa kayu serta mesin yang digunakan untuk membuat perabot.
"Kesemua 20 pekerja yang berada di asrama kilang itu berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian. - BERNAMA
mStar Online
: Kilang Perabot Di Juru Estate Musnah Dalam Kebakaran

Ibu dan dua anak disyaki edar dadah



KOTA KINABALU 3 Jun - Sepatutnya seorang ibu bertanggungjawab memberikan contoh dan didikan yang baik kepada anak-anaknya.
Namun lain pula yang berlaku di Kampung Kandang Ayam di Inanam dekat sini apabila seorang ibu ditahan bersama dua anaknya kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dan penagihan dadah.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, wanita berusia 33 tahun itu ditahan bersama dua anak lelakinya, masing-masing berumur 14 dan 15 tahun pada 27 Mei lalu.
"Bertindak atas maklumat awam kita telah menyerbu rumah suspek pada pukul 3.35 pagi dan ketika itu suspek sedang membungkus dadah disyaki jenis syabu.
"Walaupun bapa kepada dua remaja lelaki ini tiada di rumah ketika serbuan, kita percaya dia juga terlibat dalam kegiatan ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini.
Beliau memberitahu, dalam serbuan itu pihak polis turut merampas bungkusan berisi 10 peket syabu seberat 5.1 gram bernilai kira-kira RM1,530.
Kata beliau, pihaknya turut merampas alat penimbang digital, pemetik api, gunting, penyepit dan lima gulung kertas aluminium.
Tambahnya, suspek dipercayai warga asing kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Dalam pada itu Ahmad Sofi berkata, polis akan menggiatkan operasi pencegahan jenayah di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong di ibu negeri.
Antara kawasan tersebut ialah, pasar kraftangan Kota Kinabalu, Asia City, Api-Api Centre, Kompleks Karamunsing, pusat beli-belah Centre Point, Wawasan Plaza, pasar ikan dan sayur, KK Plaza dan Jesselton Point.
Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak

79 PATI ditahan



BESUT 3 Jun - Seramai 79 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sekitar daerah ini dan Setiu yang bermula petang kelmarin.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Terengganu, Bakri Sulaiman berkata, dalam operasi selama 14 jam itu, kebanyakan PATI ditahan kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan selain tidak memiliki dokumen pekerjaan.
''Seramai 78 warga Indonesia dalam lingkungan usia 19 dan 40 tahun ditahan di beberapa kawasan projek pembinaan sekitar Hulu Besut, Kuala Besut, Jerteh dan Setiu.
"Seorang warga Filipina pula didapati mempunyai kad pengenalan palsu dan kesemua yang ditahan dihantar ke Pusat Penempatan PATI di Ajil, Hulu Terengganu," katanya di sini, semalam.
Menurut beliau, seramai 24 anggota dan pegawai Imigresen serta dua pegawai JPN terlibat dalam operasi itu.
Utusan Malaysia Online - Timur

Tanah mendap di Jalan Keningau–Apin Apin




Keadaan jalan mendap dan berlubang berhampiran simpang Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau 2 menyebabkan laluan Jalan Keningau-Apin Apin berbahaya.


KENINGAU 3 Jun – Laluan Keningau-Apin Apin di sini sesak apabila jalan berhampiran simpang Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau 2 di sini mendap ekoran hujan lebat sejak semalam.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kejadian tanah mendap itu menghasilkan lubang seluas kira-kira enam meter dengan kedalaman kira-kira tiga meter.
Keadaan itu menyebabkan hanya satu lorong jalan utama berkenaan boleh dilalui oleh kenderaan.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, ekoran kejadian itu laluan berkenaan ditutup sehingga kerja-kerja pembaikan siap dan kawasan itu disahkan selamat.
“Bagaimanapun pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif iaitu jalan Kota Ayangan bagi mereka yang bergerak dari arah Tambunan dan jalan belakang hospital bagi mereka yang bergerak dari Keningau.
“Saya juga menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi arahan polis sebagai langkah keselamatan,” katanya ketika melakukan tinjauan di jalan tersebut di sini, hari ini.
Menurutnya, setakat ini, tiada kejadian kemalangan dilaporkan berlaku akibat daripada kejadian tanah mendap berkenaan.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Keningau, Harry Otigil berkata, kejadian itu berkemungkinan besar berpunca daripada sistem saliran yang tidak sempurna.
Katanya, pada masa ini kontraktor berkenaan telah mula membaiki laluan berkenaan.
Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak

Anak kapal maut melecur




Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Abdul Razak Johan memeriksa mayat Amir Mahmud yang terkorban dalam kebakaran atas kapal di Pengerang, Johor, semalam.


KOTA TINGGI 3 Jun – Seorang anak kapal terbunuh setelah terperangkap dalam satu kebakaran di sebuah kapal tangki di perairan Pengerang dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, Amir Mahmud, 29, dari Lombok, Indonesia terperangkap dalam asap tebal dan melecur dari bahagian dada hingga ke pinggang.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang bekerja di bahagian bawah kapal tersebut sebelum berlaku litar pintas yang mengakibatkan kebakaran sehingga api menyambar mangsa.
Berikutan kejadian itu, 11 rakannya yang menyedari kebakaran tersebut beberapa minit kemudian cuba memberi pertolongan namun gagal kerana asap terlalu tebal.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, mangsa kemudian berjaya ditemui tetapi sudah meninggal dunia.
“Kebakaran itu berjaya dikawal oleh anak kapal tetapi mangsa gagal diselamatkan. Kapal tangki itu berlabuh secara haram kira-kira 3.6 batu nautika (6.6 kilometer) dari perairan Tanjung Ayam, Pengerang.
“Kita sedang menyiasat kehadiran kapal itu di perairan negara ini,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Jeti Penumpang dan Marina Awam Tanjung Pengelih, Pengerang di sini.
Beliau menambah, agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan hari ini menghentikan operasi mencari dan menyelamat tujuh mangsa bot pancung yang karam di Tanjung Ayam, Pengerang di sini kelmarin, setelah peluang untuk menemui mangsa yang kini masuk hari ketiga semakin tipis.
Zulkifli berkata, mangsa berkemungkinan dihanyutkan ke perairan negara jiran atau ke kawasan perairan yang lebih dalam.
“Berdasarkan pengalaman kita, peluang mangsa yang hilang dalam masa tiga hari untuk ditemui hidup adalah tidak mungkin. Operasi yang dilakukan tidak menemui apa-apa pun setakat ini termasuk serpihan, beg atau barangan dalam bot itu.’’ katanya.
Utusan Malaysia Online - Johor

Pemandu cedera lori terhumban dari MRR2


KUALA LUMPUR 3 Jun – Seorang lelaki cedera di kepala dan rusuk kiri selepas lori muatan simen yang dipandunya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terhumban kira-kira 12 meter ke bawah lebuh raya bertingkat Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Hillview di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, tayar lori yang dipandu mangsa dikatakan pecah hingga menyebabkan dia hilang kawalan.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Selangor, Pemangku Supritendan, Zulkifli Jonit berkata, ekoran kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan retak rusuk kiri.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Utusan Malaysia Online - Terkini

Bayi enam bulan maut didera


KUALA LUMPUR 4 Jun — Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas dipercayai didera oleh pengasuhnya di Taman Angkasa, Pantai Dalam, di sini.

Bayi tersebut dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) petang semalam selepas mengalami kecederaan di kepala dan badan sebelum meninggal dunia.
Pengasuh yang berusia 60 tahun itu ditahan di bilik mayat pusat perubatan berkenaan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields. - Utusan
Utusan Malaysia Online - Terkini

Elak kucing: 2 anggota Rela maut dirempuh


SEREMBAN 4 Jun – Dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang cuba mengelak seekor kucing melintas di Jalan Lenggeng-Mantin, malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 11.40 malam ketika Amran Ahmad, 36, dan Zainal Abidin Nordin, 46, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas di Depot Tahanan Imigresen di Lenggeng.
Kedua-dua mangsa yang masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha Ego dan Modenas Kriss dirempuh sebuah Mitsubishi Storm itu yang terbabas ke laluan bertentangan ketika cuba mengelak kucing melintas. – Utusan
Utusan Malaysia Online - Terkini

Wanita, bekas suami didakwa


PUTRAJAYA: Seorang wanita dan bekas suaminya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, kerana mengugut mendatangkan kecederaan dan kesalahan mendatangkan kecederaan.
Balasundari Subramaniam, 49, guru tuisyen di Kajang, Selangor didakwa atas kesalahan mengugut untuk mendatangkan kecederaan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan manakala bekas suaminya, Rajeswarin Raman Eluthachan, 50, didakwa mengikut Seksyen 323, kanun sama.

Pendakwaan kali pertama itu dilakukan Pegawai Pendakwa, Abiramidi di depan Majistret, A Akhiruddin@Boy Acho.
Kedua-dua pihak yang hadir dalam sebutan kes itu tidak mengaku salah dan mahkamah menetapkan 4 Julai depan sebagai hari perbicaraan semula dan serahan dokumen berkaitan.

Sementara itu, peguam bela Balasundari, Wan A Fadzil Wan Omar, berkata pihaknya keliru malah hairan apabila anak guamnya dihadapkan ke mahkamah sedangkan 13 laporan polis dibuat terhadap lelaki terbabit.

“Amat menghairankan pihak kami apabila laporan polis dibuat anak guam saya sebelum ini tidak memberikan kesan sehingga sekian lama dan akhirnya selepas 13 laporan dia pula dituduh atas kesalahan mengugut,” katanya.
Menurutnya, anak guamnya mula membuat laporan polis di Balai Polis Batu 9, Cheras, pada 6 Julai 2008 kerana dipukul lelaki terbabit ketika itu masih suaminya.

“Dia juga melaporkan yang lelaki terbabit selalu meminta wang dan menuduhnya ada hubungan dengan lelaki lain, malah dia mengadu tidak tahan dengan perangai suaminya ketika itu.
“Laporan terakhir pada 25 Mei lalu yang dibuat di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn membabitkan kes pukul juga. “Anak guam saya juga mempunyai laporan perubatan dari Hospital Kajang akibat kecederaan dipukul lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, dalam kes gangguan dan kekerasan, sepatutnya pihak berkuasa lebih prihatin bukannya bersikap tunggu dan lihat untuk mengambil tindakan.
myMetro | Wanita, bekas suami didakwa

Si jubah hitam kebas RM20,000


PEKAN: Kehadiran seorang wanita berjubah hitam dalam majlis kenduri kahwin di sekitar daerah ini, kini semakin digeruni apabila wanita berkenaan dipercayai bertanggungjawab dalam tiga kes kecurian membabitkan kerugian lebih RM20,000 hujung minggu lalu.
Pada 31 Mei lalu, Harian Metro melaporkan wanita berkenaan dipercayai melarikan wang tunai dan pelbagai barangan berharga bernilai RM13,500 daripada sebuah majlis kenduri kahwin yang ‘dihadirinya’ di Taman Peramu Jaya dan semalam, seorang lagi mangsa tampil mendakwa perkara yang sama.

Mangsa dalam kejadian itu, Mariam Ismail, 58, berkata, wanita berjubah hitam dan berusia 20-an itu bijak menggunakan pelbagai helah seperti mahu menggunakan tandas sebelum menyelinap masuk ke bilik tuan rumah untuk mencuri.

Mangsa terbaru, Zabidah Abdul Aziz, 47, mendakwa kerugian kira-kira RM3,500 apabila wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit yang diletakkan di dalam laci rumahnya di Taman Peramu Jaya Tiga, di sini, hilang dipercayai dicuri wanita berjubah hitam itu.

Selain Zabidah, seorang lagi mangsa yang mengadakan kenduri kahwin di kawasan perumahan berkenaan turut mengalami perkara sama dan dilaporkan kerugian kira-kira RM7,000 apabila wang tunai dan barang kemas miliknya dilarikan wanita berjubah hitam itu, tetapi usaha Harian Metro untuk menemu bual tuan rumah berkenaan gagal kerana difahamkan keluarga berkenaan pergi bercuti.
myMetro | Si jubah hitam kebas RM20,000

Pemuda maut melambung atas kereta


JELEBU: Seorang pemuda maut dalam keadaan mengerikan apabila ‘terbang’ memasuki sebuah kereta sejurus motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Jelebu-Seremban, Bukit Tangga di sini, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, mangsa, Tengku Syed Muhammad Pazli Nizam Tengku Syed Zamri, 21, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kris secara bersendirian dari arah bandar ini menuju ke Seremban.

Jurucakap polis berkata, sejurus tiba di satu selekoh berdekatan sebuah tokong, motosikal mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.
“Mangsa bergesel dengan sebuah kereta di laluan berkenaan sebelum melanggar sebuah lagi kereta jenis Proton Wira di belakang.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa melambung ke cermin depan yang pecah dan masuk ke dalam kereta terbabit,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut.
“Namun, tidak lama kemudian, mangsa disahkan meninggal dunia dan dihantar ke Unit Forensik untuk urusan bedah siasat,” katanya.

Menurut jurucakap itu, pemandu kereta Proton Wira, Aminul Rashid Ludin, 30, hanya cedera ringan.
“Kita masih menyiasat punca sebenar kejadian dan meminta saksi supaya tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033394 atau balai polis berdekatan.
myMetro | Pemuda maut melambung atas kereta

Lima sahabat bebas


KUALA LUMPUR: Lima sahabat boleh menarik nafas lega selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan merogol dan melakukan seks oral terhadap dua remaja perempuan bawah umur dua tahun lalu.
Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang masing-masing berumur antara 16 dan 20 tahun ketika kejadian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie kes.

Semua tertuduh kelihatan tenang ketika mendengar keputusan itu.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol seorang remaja berumur 14 tahun di sebuah hotel di Jalan Klang Lama, di sini, pada jam antara 6.30 petang, 1 Disember hingga 2 pagi, 2 Disember 2009.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi tuduhan kedua, di lokasi, masa dan tempat sama mereka didakwa melakukan seks oral terhadap seorang lagi remaja yang berumur 14 tahun.
Bagi kesalahan itu, mereka yang diwakili peguam bela, Rasshidi Syed terlepas hukuman mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Malini Anne yang memanggil 11 saksi sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan.
myMetro | Lima sahabat bebas

Tulis nota sebelum terjun


KUALA LUMPUR : “Dia tidak berkelakuan pelik, malah gembira bersama kami pada majlis makan malam bersama keluarga malam kelmarin,” kata ibu saudara seorang pemilik salun rambut yang mati, dipercayai akibat membunuh diri dengan terjun dari tingkat 23 sebuah kondominium mewah di Jalan Sentul Indah, pagi semalam.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Say,50, berkata anak saudaranya, Soo Siak Hao, 30, yang berasal dari Negeri Sembilan itu tinggal bersendirian di kondominium berkenaan dan giat menjalankan perniagaan salun rambutnya itu.

“Sebelum ini dia sentiasa berkongsi masalah dengan kami selepas kematian ibunya beberapa tahun lalu. Saya tidak sangka kegembiraan Soo makan bersama kami sekeluarga akan berakhir dengan kematiannya,” katanya.
Say berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian itu kira-kira jam 9 pagi semalam selepas jiran mangsa menghubunginya melalui telefon.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tersangkut di bumbung pada tingkat satu kondominium berkenaan kira-kira jam 9 pagi semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui anggota keselamatan kondominium itu ketika membuat rondaan dan siasatan awal mendapati mangsa terjun dari rumahnya di tingkat 23 berdasarkan tingkap bilik yang terbuka.
“Kami juga menemui satu nota yang dilekat pada dinding bilik tidur mangsa yang dipercayai ditulisnya yang menyatakan permohonan maaf kepada ibu bapa dan menyatakan dia ingin bunuh diri kerana masalah kewangan dalam perniagaan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
myMetro | Tulis nota sebelum terjun

Tidak puas tanpa ‘cincin’


KUANTAN: Tidak tahan didera secara seksual oleh suami yang mengamalkan kaedah pelik ketika menjalin hubungan kelamin, seorang wanita mengalami penderitaan sejak empat tahun lalu membuat laporan polis.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Minah, 55, berkata, dia sudah tiga kali membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading dan laporan terakhir dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 29 Mei lalu selepas suami mengetuk kepalanya dengan jag.

“Sudah empat tahun perasaan saya tertekan akibat terpaksa melayan nafsu pelik suami yang gemar menggunakan cincin penambat zakar ciptaan sendiri ketika hubungan kelamin.

“Perbuatan pelik suami itu menyebabkan saya menderita kerana dia menggunakan pelbagai alat seperti besi rantai kunci, biji manik, benang, gelang getah, kepala jarum peniti dan pelbagai bahan tidak munasabah,” katanya.

Minah berkata, suaminya yang berusia 50 tahun dan bekerja sebagai buruh mendakwa tenaga batinnya akan meningkat jika mengenakan cincin ciptaan sendiri itu pada alat sulitnya.

“Saya pernah bertanya kenapa dia tidak boleh melakukan hubungan kelamin secara normal, tapi suami memberitahu dia tidak berasa nikmat dan tidak akan puas jika tidak menggunakan cincin buatannya itu,” katanya.
myMetro | Tidak puas tanpa ‘cincin’

Maut cuba selamat bapa


KOTA KINABALU: Seorang lelaki terbunuh ketika cuba menyelamatkan ayahnya yang juga orang kelainan upaya (OKU) dalam kebakaran rumah mereka di Taman Seputeh, Jalan Damai di sini, semalam.
Mangsa, Yee Lee, 56, terbunuh selepas 80 peratus badannya melecur dijilat api, sementara ayahnya berusia 70-an dapat diselamatkan jiran.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan dapat keluar dari rumah selepas menyedari dapur rumahnya terbakar.

Bagaimanapun, Yee masuk semula ke dalam rumah kerana mahu menyelamatkan ayahnya yang berada di ruang tamu, namun gagal kerana terperangkap.

Jirannya yang hanya mahu dikenali sebagai Kou, 42, berkata, ketika kejadian dia bersama suami dan anak berehat di ruang tamu rumahnya.

“Kami terkejut mendengar letupan kuat dari luar dan saya segera keluar dan melihat asap keluar dari rumah jiran di hadapan.
myMetro | Maut cuba selamat bapa

Ibu menangis lihat anak nodai kekasih


KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa menyaksikan kerakusan anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanita di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.
Lebih menyedihkan apabila usaha ibu tunggal berusia 40-an itu supaya anaknya menghentikan perbuatan terkutuk terbabit tidak diendahkan walaupun berulang kali dia merayu sambil menangis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, lelaki terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah kerana langsung tidak mempedulikan ibunya sebaliknya lebih rakus dengan menodai kekasihnya yang menjerit meminta bantuan.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an dipelawa suspek yang dikenalinya sejak empat bulan lalu ke rumahnya dengan alasan mahu memperkenalkan gadis itu kepada ibunya.

“Sebaik sampai di rumah, mangsa diperkenalkan kepada ibu suspek sebelum si ibu pergi ke dapur untuk menyediakan minuman.
myMetro | Ibu menangis lihat anak nodai kekasih

Dirempuh ketika buat pusingan U


ALOR GAJAH: Keceriaan tiga sahabat yang dalam perjalanan menyertai program motivasi berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut manakala dua lagi parah selepas Perodua Myvi dinaiki dirempuh kereta di simpang tiga, Jalan Bukit Hantu, Rembia-Lendu, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, kereta Myvi dipandu Yap Jin Yong, 21, dikatakan membuat pusingan U dari arah simpang tiga berkenaan sebelum dirempuh Proton Perdana.

Akibat perlanggaran itu, Yap parah di kepala manakala rakannya yang duduk di sebelah, Jeffery Lee Yik, 21, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada. Seorang lagi rakan mereka di tempat duduk belakang, Dickson Khoo Wee Hong, 20, parah.
Menurut seorang saksi yang ingin di kenali sebagai Ah Ti, 40, kereta Myvi dinaiki semua mangsa dilihat berhenti seketika di persimpangan itu dan terus membuat satu pusingan U.

“Ketika kereta Myvi itu membuat pusingan U, tiba-tiba muncul Proton Perdana dipandu seorang wanita berusia lingkungan 20-an dari arah Rembia merempuhnya dengan kuat.

“Saya lihat Myvi itu dirempuh di bahagian kiri menyebabkan ia terperosok ke tebing di kiri jalan manakala Perdana tadi melantun ke belakang dan terbabas di kiri jalan,” katanya.
Seorang lagi saksi, Lai Boon Sing, 56, berkata dia yang di rumah tidak berapa jauh dari lokasi kejadian terdengar bunyi dentuman kuat lalu bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Ketika itu saya menonton televisyen terus meluru keluar dan mendapati seorang wanita menjerit meminta bantuan manakala dua mangsa dari kereta Myvi terbaring di luar dengan seorang lagi tersepit dalam kereta dan menghubungi 999 untuk bantuan,”katanya.
Jurucakap Polis Trafik Daerah Alor Gajah berkata, siasatan mendapati kemalangan itu membabitkan tiga mangsa menaiki Myvi yang mahu menyertai 40 peserta lain dari Klang, Selangor, bagi mengikuti program motivasi anjuran persatuan keagamaan di kem motovasi di Jalan Bukit Batu, Lendu, dekat sini.

“Berkemungkinan semua mangsa orang luar dan tidak tahu lokasi program terbabit dianjurkan memandangkan ia adalah hari pertama ia diadakan dan mereka menunggu panduan arah dari rakan yang tiba awal,” katanya.
myMetro | Dirempuh ketika buat pusingan U

Tercampak atas jalan


KOTA BHARU: Perjalanan pulang pasangan suami isteri warga emas selepas menghadiri kenduri kahwin di rumah rakannya bertukar pilu apabila seorang daripadanya maut dalam kemalangan di persimpangan Batu Empat, Jalan Tiong, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, motosikal yang ditunggang Ahmad Nawawi Mohd Zain, 63, yang menyeberang jalan di simpang berkenaan dilanggar Proton Gen.2, menyebabkan isterinya, Fuziah Awang, 55, tercampak di permukaan jalan raya.

Kemalangan itu mengakibatkan Fuziah yang juga guru mengaji parah di bahagian muka, selain patah tulang belakang serta rusuk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, untuk bedah siasat.
Suami mangsa dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan kecemasan selepas mengalami kecederaan parah di bahagian tengkuk dan kaki, kini dilaporkan stabil serta ditempatkan di wad hospital itu.

Difahamkan pasangan suami isteri berkenaan baru selesai menghadiri kenduri kahwin di rumah saudara jirannya di Tunjong, dekat sini, sebelum mereka mengambil jalan pintas dengan melalui jalan potong di kawasan tali air berdekatan lokasi kejadian.

Anak sulung mangsa, Mohd Zulfi Ahmad Nawawi, 32, berkata kemalangan membabitkan kedua-dua ibu bapanya diketahui melalui rakan sebelum bergegas ke bilik kecemasan hospital berkenaan jam 6.30 petang.
“Saya dapat tahu kedua-dua mereka terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri kahwin. Ketika itu emak hanya membonceng dan ayah menunggang motosikal dengan melalui jalan pintas berdekatan rumah.

“Akibat kemalangan itu, pihak forensik mengesahkan emak meninggal dunia di tempat kejadian akibat melambung dan terhempas pada satu objek keras. Kemalangan itu menyebabkan tulang belakang dan rusuk emak patah,” katanya ketika ditemui di rumahnya berdekatan lokasi kejadian semalam.
Kakitangan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri itu berkata, ayahnya baru menjalani pembedahan membuang selaput mata, menyebabkan tugas menghantar ke rumah saudara mara termasuk kenduri kahwin diserahkan kepadanya.

“Memang jarang saya membiarkan ayah bersama emak pergi sendiri ke majlis kenduri kahwin dan paling tidak pun saya sendiri akan membonceng ayah, tetapi entah macam mana saya tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu,” katanya.

Katanya, dia juga terkilan kerana tidak sempat bertemu dengan ibunya kerana warga emas itu menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam To’ Keling, Padang Enggang, dekat sini, tengah hari semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata, kemalangan jam 4.03 petang itu mengakibatkan warga emas berusia 55 tahun meninggal dunia kerana mengalami cedera parah di kepala.

Katanya, siasatan mendapati, motosikal ditunggang mangsa bersama isterinya dilanggar kereta ketika menyebarang jalan di Kampung Tiong, dekat sini.

“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas jalan selepas dilanggar kenderaan dipandu pemuda dari arah Pasir Tumbuh ke Bunut Payong,” katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
myMetro | Tercampak atas jalan

Maut bakul kayu tercabut


KANGAR: “Semalam (kelmarin) dia membawa empat rakannya bersarapan di rumah saya. Selalunya dia tidak pernah berbuat demikian dan dia makan dengan amat berselera,” kata Rosnah Md Saman, 62, ibu tiri Zarul Zainul Abidin, 24, yang maut terjatuh dari ketinggian 20 meter ketika memotong dahan dan ranting pokok di Jalan Raja Muda, di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, mangsa bersama seorang rakannya menggunakan bakul kayu usang yang dinaikkan menggunakan sebuah kren ketika memotong dahan pokok, parah apabila mengalami pendarahan otak selain patah kaki kiri dan tulang rusuk selepas terjatuh bersama bakul itu apabila kabel utama kren berkenaan yang disambungkan dengan bakul itu tercabut.

Namun, seorang lagi rakan mangsa yang berada dalam bakul itu terselamat dan tidak cedera kerana sempat berpaut pada dahan pokok sebelum diselamatkan orang ramai.
Mangsa yang koma dan parah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, namun meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi di hospital itu semalam.

Rosnah ketika ditemui berkata, Zarul yang tinggal berdekatan rumahnya di Kampung Syed Omar, dekat Bintong, di sini, kerap mengunjunginya kerana dia yang menjaga anak tirinya sejak berusia 12 tahun.

“Semalam (kelmarin) dia banyak bersembang dan ceria ketika bersarapan di rumah saya kira-kira jam 10 pagi. Saya tidak sangka itu kali terakhir saya berjumpanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Rosnah berkata, anak tirinya yang juga anak kedua daripada enam beradik itu bekerja dengan syarikat kontraktor pembersihan berkenaan sejak setahun lalu dan dia meninggalkan isteri, Nurul Husna Abdullah, 20, serta anak perempuan, Intan Anas Natasha, 2.

Jenazahnya dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Syed Omar, petang semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berkata ketika kejadian mangsa yang bekerja dengan syarikat kontraktor pembersihan diarah memotong dahan dan ranting di sepanjang jalan itu.

“Mereka menggunakan bakul yang diangkat menggunakan kren, tetapi ketika asyik membuat kerja, kabel utama kren berkenaan yang disambungkan dengan bakul itu tercabut menyebabkan bakul bersama mangsa terhempas ke atas jalan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kejadian itu berpunca akibat kecuaian pihak kontraktor yang tidak menggunakan bakul yang sempurna dan tidak memeriksa bakul berkenaan terlebih dahulu.

Katanya, operator kren berkenaan iaitu seorang lelaki berusia 59 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan awal polis juga mendapati besi penyangkut pada bakul kren yang dinaiki kedua-dua mereka itu tertanggal,” katanya.
myMetro | Maut bakul kayu tercabut

Penagih tinggal anak bersama mayat rakan


METAIRIE (Louissiana): Seorang wanita meninggalkan anaknya berusia 20 bulan di dalam kereta bersama mayat rakannya untuk menghisap dadah di sebuah stesen minyak di sini, semalam.
Jessica Ockman, 33, ditangkap semalam atas tuduhan membiarkan anaknya dan kesalahan dadah.

Pekerja stesen minyak sebelum itu menemui Jessica dalam keadaan tidak sedarkan diri di tandas.
Polis turut menemui pemetik api dan satu sudu di tandas berkenaan.

Jurucakap polis, John Fortunato berkata, petugas stesen minyak itu yang memeriksa kereta Jessica terkejut apabila menemui anaknya bersama mayat seorang wanita, Shelby Fleming.

Shelby disahkan mati di tempat kejadian tetapi punca kematiannya tidak dinyatakan sementara menanti hasil ujian toksilogi. Ia tidak ada kaitan dengan perbuatan jenayah, kata penyiasat. - Agensi
myMetro | Penagih tinggal anak bersama mayat rakan

Tipu kelayakan pelepasan cukai


LHDN dedah taktik guna faedah pinjaman rumah tuntut lebihan bayaran


KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendedahkan bahawa segelintir pembayar cukai menggunakan faedah pinjaman perumahan dalam borang cukai untuk menuntut lebihan bayaran meskipun ia tidak memenuhi syarat ditetapkan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Shukor Mahfar, berkata ia antara penipuan terbaru dikesan dalam pengisian Borang Nyata Cukai Taksiran selain penipuan biasa seperti pembelian buku, komputer peribadi dan peralatan sukan.
“Ada antara mereka yang sengaja mengisi tuntutan pelepasan ini walaupun tempoh perjanjian jual-beli rumah mereka adalah di luar tempoh ditetapkan iaitu 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010 dan segelintir pula tidak menepati syarat lain,” katanya kepada Berita Minggu baru-baru ini.

Beliau berkata, ketidakjujuran sesetengah pembayar cukai adalah antara cabaran dihadapi LHDN selepas pelaksanaan kaedah Sistem Taksir Sendiri.

Katanya, ada juga yang menuntut kesemua 17 pelepasan cukai yang disenaraikan sedangkan tidak mungkin seseorang layak untuk mendapat kesemua pelepasan cukai yang ada.

“Ramai juga yang mengambil pendekatan ‘cuba nasib’ ketika mengisi borang, sama ada dengan mengisi jumlah yang tidak tepat untuk butiran tertentu atau mengisi tuntutan pelepasan tertentu walaupun tidak layak untuk mendapatnya.
“Bagaimanapun, LHDN tetap mengambil serius setiap butiran pengisytiharan yang dilakukan dan membuat semakan serta audit jika terdapat sebarang keraguan, seterusnya tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang menipu,” katanya.

Justeru, LHDN perlu membuat audit terhadap tuntutan berkenaan bagi memastikan tiada kebocoran hasil pendapatan negara kerana membayar lebihan cukai yang tidak sepatutnya.

Mohd Shukor berkata, tidak semua kesalahan tuntutan pelepasan membabitkan kes penipuan dan sebahagian daripadanya adalah tuntutan yang dilakukan pembayar cukai yang kurang faham atau keliru dalam pengisian maklumat ketika melakukan e-filing.

“Bagi yang tidak jelas mengenai proses pengisian borang cukai, mereka dinasihatkan supaya berhubung terus dengan kami untuk mendapat bantuan atau menggunakan khidmat ejen cukai bertauliah,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pembayar cukai yang memperoleh pendapatan menerusi perniagaan untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 mereka serta menjelaskan sebarang jumlah cukai yang perlu dibayar sebelum atau pada 30 Jun ini.

Katanya, pendapatan diperoleh daripada perniagaan yang dijalankan secara online juga perlu diisytiharkan dan membayar cukai jika jumlah pendapatan mencapai tahap yang dikenakan cukai.
Berita Harian Online | Tipu kelayakan pelepasan cukai

Filipina lancar kempen cegah bawa keluar cicak tokek


KUALA LUMPUR: Kerajaan Filipina melancarkan kempen besar-besaran bagi menghentikan kegiatan membawa keluar cicak tokek atau gecko yang ditawarkan pada harga tinggi di pasaran gelap. 


Berikutan itu, Manila semalam meletakkan polis di negara berkenaan dalam keadaan berjaga-jaga bagi mencegah penjualan, mengangkut atau memindahkan secara haram haiwan berkenaan oleh warga asing.
Akhbar dalam talian Inquirer.net semalam memetik Pegawai Alam Sekitar dan Sumber Asli (Cenro) bandar Bacolod, Joan Gerangaya sebagai berkata polis diarahkan supaya menahan sesiapa saja yang menangkap, menjual atau mengangkut tokek kerana mencabuli Akta Hidupan Liar Filipina.
Pihak berkuasa di lapangan terbang dan pelabuhan negara itu turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang sesiapa saja membawa keluar tokek atau hidupan liar lain dari kawasan selatan Filipina.

Laporan Berita Harian sebelum ini menyatakan kawasan di selatan Filipina menjadi tumpuan pemburu cicak tokek dengan menawarkan sejumlah wang besar kepada penduduk tempatan bagi mendapatkan haiwan itu.

Haiwan berkenaan dianggap bernilai apabila mula mencecah berat 450gram dan sepanjang 22 inci kerana dikatakan mampu mengubat pelbagai jenis penyakit termasuk AIDS serta dikatakan boleh dijadikan bahan untuk membuat bom nuklear.

Harga haiwan yang mencapai tahap dewasa itu dikatakan ditawarkan pada harga sehingga RM1 bilion di pasaran gelap tetapi pembeli dari Malaysia yang menjadi orang tengah untuk saudagar dari China dan Korea, boleh mendapatkan haiwan itu di selatan Filipina dengan harga antara RM100,000 hingga RM300,000 saja.
Naib Presiden dan Pengarah Urusan Yayasan Perlindungan Biodiversiti Filipina, Errol Abada Gatumbato yang dipetik akhbar itu turut menyatakan, dagangan secara haram cicak tokek amat berleluasa di selatan Filipina.

Sementara itu, Duta Malaysia ke Filipina, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, sekali lagi menyeru rakyat Malaysia supaya tidak terbabit dalam aktiviti dagangan cicak tokek kerana ia mencabuli undang-undang tempatan.

“Saya berharap mereka tidak terpengaruh dengan tawaran lumayan hasil dagangan haiwan ini kerana belum ada kajian saintifik membuktikan dakwaan khasiat tokek,” katanya kepada Berita Harian.
Berita Harian Online | Filipina lancar kempen cegah bawa keluar cicak tokek

'Nazarrudin hanya penganggur'

Foto
MAZLINA, bekas isteri Nazarrudin yang diculik di Pulau Jolo, Filipina kini membuat kuih untuk menyara enam anak termasuk lima yang bersekolah.


Mazlina dakwa bekas suami jadi ejen cicak tokek selepas berhenti pemandu kontena

SUNGAI BULOH: “Kami orang miskin, hendak dapatkan RM50 seminggu pun susah, mana mahu cari wang untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan dia.
“Tiada kudrat saya untuk mengumpul sebanyak diminta. Apa yang saya terdaya adalah merayu belas kerajaan atau persatuan kebajikan tampil membantu. Malah, demi enam anak kami, saya harap dia dibebaskan bagi membolehkan kami menyambut puasa dan berhari raya tidak lama lagi,” kata Mazlina Mohamad, 38, bekas isteri Mohd Nazarrudin Saidin, 38 yang kini ditahan kumpulan penculik di Filipina.
Mazlina berkata, hidup mereka sekeluarga ibarat ‘kais pagi makan pagi’ sejak pemergian Mohd Nazarrudin ke Filipina, malah beliau terpaksa menjual kuih untuk menyara enam anak termasuk lima orang yang bersekolah.

“Anak masih kecil dan mereka memerlukan Nazarrudin. Mereka amat dahagakan kasih sayang seorang bapa.

“Terima kasih kepada Berita Harian kerana begitu prihatin dengan masalah ini hingga menghantar pemberita ke Filipina untuk membantu membebaskan Nazarrudin,” katanya ketika dikunjungi pemberita di rumah usangnya di Sungai Plong dekat sini, semalam.

Mohd Nazarrudin, seorang penganggur yang baru berjinak-jinak menjadi orang tengah dalam urus niaga cicak tokek atau gecko, ditahan kumpulan penculik di Pulau Jolo, selatan Filipina pada 8 Mei lalu.
Laporan awal menyebut, kumpulan penculik yang disyaki mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf serta terbabit dalam keganasan dan menculik demi mendapatkan wang, menuntut wang tebusan sebanyak RM5.6 juta.

Mazlina turut menyangkal laporan media sebelum ini yang menyebut bekas suaminya adalah seorang ahli perniagaan, sedangkan Mohd Nazarrudin sebenarnya penganggur selepas berhenti bekerja sebagai pemandu kontena.

Beliau turut merayu kumpulan penculik itu supaya membebaskan Mohd Nazarrudin atas dasar kemanusiaan kerana beliau bukan orang berada seperti yang disangka kumpulan itu.

“Saya kasihan melihat anak-anak yang sentiasa merindui bapanya terutama menjelang waktu malam. Malah, ada yang bermimpi berjumpa bapanya kerana terlalu merindui Nazarrudin.

“Saya sudah kehabisan air mata, malah saya juga tidak mampu lagi untuk memujuk anak-anak saya yang sentiasa menangis dan bertanyakan mengapa bapa mereka belum pulang,” katanya menahan sebak.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Filipina, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad ketika menghubungi Berita Harian semalam berkata, Abdul Ghafar Akkirulla iaitu rakan Mohd Nazarrudin yang dibiar terkandas di Jolo oleh kumpulan penculik, sudah dihantar pulang ke Malaysia menggunakan dana kecemasan kedutaan.

Berita Harian sebelum ini, berjaya membantu Abdul Ghafar membolosi kawalan kumpulan penculik di Zamboanga dan menerbangkannya ke Manila bagi membolehkan beliau mendapat pas sementara selepas pasport dan wangnya dirampas penculik.

Barbican mahu mohon sijil halal



AHMAD mahu mengadakan pertemuan dengan Jakim, Isnin ini bagi memohon sijil halal untuk minuman Barbican.


KUALA LUMPUR - Kontroversi berhubung minuman jenama Bar- bican yang sebelum ini didakwa sebagai 'bir halal' bakal terlerai apabila syarikat pengedarnya dijangka bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Isnin ini.
Menurut Pengarah Urusan Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Alyateem, pertemuan tersebut bertujuan untuk menjelaskan mengenai status minuman berkenaan yang sebenarnya merupakan minuman malta berperisa buah-buahan selain memohon pengesahan halal.
"Sebenarnya usaha untuk mendapatkan pengesahan halal daripada Jakim sudah kita lakukan tetapi malangnya Jakim tidak mahu terima, sebab itu saya ingin membuat penjelasan kepada mereka Isnin ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kosmo! Online - Negara

Ramai ustaz tawar diri mahu bantu jejak Dr. Azam



ALOR SETAR - Berita kehilangan seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sejak 18 hari lalu yang didakwa akibat dipukau mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk beberapa orang ustaz yang menawarkan perkhidmatan bagi membawa balik doktor tersebut ke pangkuan keluarganya.
Natrah Shaari, 52, ibu kepada Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri memberitahu, ramai ustaz yang menghubunginya dan datang ke rumah untuk menawarkan bantuan bagi menyedarkan kembali anak sulungnya yang dipercayai dipukau.
"Ada beberapa ustaz yang datang ke rumah dan minta maklumat dan gambar anak saya. Mereka kata akan cuba bantu buang sihir yang menyebabkan anak saya itu tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.
"Selain itu, ada juga ustaz yang menghubungi saya untuk menawarkan bantuan sama dan mereka menggunakan perubatan cara Islam dengan cara berdoa dan bacaan ayat al-Quran bagi menyedarkan kembali anak saya," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Kosmo! Online - Negara

Mati selepas tulis nota mohon maaf


KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha salun rambut ditemui mati dengan badannya tersangkut pada bumbung di tingkat satu sebuah kondominium di Jalan Sentul di sini semalam.

Mayat lelaki berusia 30 tahun itu ditemui oleh penghuni kondominium tersebut pada pukul 9 pagi yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa yang masih belum berkahwin itu dipercayai terjatuh dari tempat tinggalnya yang terletak di tingkat 23 kondominium itu.
"Pemeriksaan mendapati tingkap bilik mangsa dalam keadaan terbuka.
"Polis turut menemui sekeping nota dilekatkan pada dinding bilik tidurnya yang dipercayai ditulis sendiri oleh mangsa," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Kosmo! Online - Negara

Lelaki Lombok maut kapal terbakar



KOTA TINGGI - Seorang lelaki Lombok yang sedang melakukan kerja-kerja di sebuah kapal tangki ditemui mati apabila kapal berkenaan terbakar akibat litar pintas di perairan Pengerang di sini semalam.
Amir Mahmud, 29, dikatakan gagal menyelamatkan diri apabila terperangkap ketika sedang bekerja di bahagian bawah kapal tersebut.
Difahamkan, mangsa maut selepas melecur dari paras dada ke pinggang dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, mengikut maklumat, pihaknya mendapati ketika kejadian terdapat 11 lagi anak kapal berada di kapal tersebut.
Kosmo! Online - Negara

Suri rumah dipenjara dua tahun




KALAICHELVI diiring keluar daripada Mahkamah Tinggi Ipoh selepas dijatuhi hukuman penjara dua tahun semalam.


IPOH - Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya tahun lalu.
Hakim Datuk Zainal Adzam Abd. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi, 24, menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.
Suami tertuduh, G. Kalipar, 26, yang turut dituduh atas kesalahan sama dibebas tanpa dilepaskan oleh mahkamah.
Bagaimanapun, Kalipar kemudian didakwa sekali lagi atas tuduhan baharu iaitu melupuskan barang bukti di Mahkamah Manjung kerana membantu isterinya membuang mayat mangsa di kawasan pembetung air di Jalan Lekir, Manjung dekat sini.
Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, tertuduh sepatutnya dihukum lebih berat kerana pembunuhan kejam tersebut.
Kosmo! Online - Negara