Mladic dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan dalangi pembunuhan beramai-ramai dalam perang 1995

BELGRADE: Bekas ketua tentera Serbia-Bosnia, Ratko Mladic, dihadapkan ke mahkamah kelmarin, selang beberapa jam penangkapannya di Serbia, yang menamatkan pemburuan selama 16 tahun.
Pada 1995 Mladic didakwa di mahkamah jenayah antarabangsa mendalangi pembunuhan beramai- ramai semasa perang Serbia-Bosnia tahun itu.Dia dituduh melakukan pembunuhan lebih 8,000 orang Islam di Srebrenica, melakukan pengepungan selama 44 bulan ke atas Sarajevo dan menubuhkan kem tahanan bagi penduduk Islam Bosnia.Mladic, 69 tahun, ditahan di kampung Lazarevo, dekat bandar Zrenjanin, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota Belgrade. Penahanan itu sekali gus membuka ruang bagi Serbia menyertai Kesatuan Eropah (EU).Sesi mahkamah kelmarin bagaimanapun diminta ditangguhkan oleh peguam Mladic yang berkata dia tidak dapat berkomunikasi kerana uzur.'Hakim cuba menyoal Ratko Mladic tetapi beliau gagal kerana dia dalam keadaan fizikal dan psikologi lemah. Sukar berkomunikasi dengan dia,' kata peguam, Encik Milos Saljic kepada wartawan.Mladic dijadualkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan doktor akan memaklumkan mahkamah sama ada dia boleh dibicarakan.Jika dia sihat kesnya akan dipindahkan ke Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) di The Hague, Belanda, dalam dalam tempoh seminggu.Timbalan Pendakwa Raya Jenayah Perang, Encik Bruno Vekaric, bagaimanapun menolak hujah Mladic tidak berdaya menjawab soalan mudah.Menurut beliau, walaupun Mladic kini mengambil banyak ubat, dia dapat 'memberi respons sangat rasional terhadap apa yang berlaku sekarang'.Sementara itu, penangkapan Mladic disambut baik masyarakat dunia.'Ini hari penting bagi keadilan antarabangsa dan undang-undang,' kata ketua dasar luar EU, Cik Catherine Ashton.Sebelum ini, EU telah menegaskan kegagalan Serbia menangkap Mladic menjadi penghalang utama ia menyertai blok yang dianggotai 27 negara itu.Presiden Perancis, Encik Nicolas Sarzoky, yang menjadi hos sidang puncak G-8 di Normandy, berkata perkembangan itu 'setapak ke depan dalam usaha Serbia menyertai (EU) tidak lama lagi'.Di Bosnia, penangkapan itu tidak dapat mengubat sepenuhnya penderitaan yang dialami keluarga mangsa.'Saya kesal bagi pihak semua mangsa yang sudah mati dan tidak dapat melihat perkembangan ini,' kata Cik Munira Subasic. -- AP, AFP, Reuters.Cyberita Online Luar Negara