Search This Blog

Thursday, May 26, 2011

Cermin belakang kereta pecah




MELAKA - Cermin belakang kereta milik Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kesidang dipecahkan sehingga mengakibatkan komputer riba yang menyimpan pelbagai maklumat termasuk data pejabat Japerun Kesidang, hilang.

Mangsa, Mohd Zailani Mohd Ali, 38, berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 9.30 hingga 11 malam, Isnin lalu, sebaik beliau meletakkan keretanya di ruang parkir berhadapan Bangunan Usahawan di Jalan Hang Tuah, dekat sini.

Berikutan kejadian itu, beliau mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM2,500 termasuk nilai sebuah dan kamera digital yang turut disimpan di bawah tempat duduk belakang kereta jenis Honda Civic miliknya itu.

Menurutnya, beliau ke lokasi berkenaan bersama seorang rakan yang juga Pembantu Kebajikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Kamarudin Jaafar untuk menghadiri satu mesyuarat di bangunan UMNO yang terletak berhampiran tempat kejadian.

Mohd Zailani berkata, sebaik selesai mesyuarat, beliau turun ke tempat parkir kira-kira jam 11.20 malam, namun terkejut apabila mendapati keseluruhan panel cermin belakang tempat duduk pemandu hancur akibat dipecahkan.

“Saya tergamam seketika kerana tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku sedangkan kereta saya itu diletakkan di sisi jalan utama yang terang benderang.

“Apabila membuat pemeriksaan, saya dapati komputer riba jenis Toshiba dan sebuah kamera digital jenama Canon serta pengecas bateri kedua-dua alat berkenaan sudah lesap,” katanya ketika ditemui di sebuah bengkel membaiki kereta di sini, semalam.

Menurutnya lagi, dia menjadi bingung sejenak apabila memikirkan komputer ribanya yang dicuri itu mengandungi pelbagai maklumat seperti minit mesyuarat Japerun Kesidang dan data pejabat.

Katanya, kejadian itu disyaki dilakukan dua orang dan pencuri terbabit juga dipercayai menggunakan benda keras yang dibalut dengan kain bagi mengelakkan daripada didengari ketika memecahkan cermin berkenaan.

“Sehubungan itu, saya menyarankan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menempatkan kamera litar tertutup (CCTV) dengan menghalakannya ke arah ruang parkir di sepanjang jalan utama Hang Tuah Mall supaya kejadian seumpama dapat dipantau.

“Peliknya, kejadian berkenaan berlaku di tempat yang dirasakan selamat dan selesa bagaimanapun saya berpendapat cara jenayah seperti itu dipercayai dilakukan di kawasan terbuka memandangkan kawasan terlindung kebiasaannya diberi perhatian pihak berkuasa,” katanya.
SH

Kereta dicuri dijumpai semula




REMBAU – Sepasang suami isteri melahirkan rasa syukur dan gembira apabila Perodua Kembara milik mereka yang dicuri di perkarangan rumah pagi Isnin lalu telah berjaya dijumpai pihak polis dalam tempoh masa kurang 24 jam dilaporkan.

Walau bagaimanapun penemuan berkenaan tidak berjaya menutup perasaan takut dan bimbang pasangan terbabit, Mohd Nawi Mohd Yusoff, 68, dan Habsah Azizul Rahman, 63, apabila kediaman mereka adalah antara 10 kediaman di perkampungan di situ yang menjadi sasaran pencuri dalam tempoh masa tiga bulan.

Mohd Nawi berkata, sememangnya pihak polis giat melaksanakan rondaan di kawasan berkenaan berikutan ia adalah kawasan panas berdasarkan beberapa insiden cubaan pecah rumah dan juga rompakan, namun penduduk tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pihak polis dalam mengatasi masalah berkenaan.

“Malah, ada dalam kalangan kami terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan melaksanakan rondaan pada masa-masa tertentu mengikut giliran sedangkan ia sebenarnya boleh dilaksanakan secara lebih efektif lagi melalui kerjasama daripada pentadbiran di peringkat kampung.

“Oleh itu, saya gesa pihak pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk berbincang dengan penduduk mengenai masalah ini dan dalam masa terdekat dapat mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi memastikan rondaan dapat dibuat dengan kaedah yang lebih tepat lagi,” katanya ketika ditemui di kediamannya, kelmarin.

Sementara itu, Habsah berkata, kecurian berlaku awal pagi semasa mereka sedang tidur dan hanya disedari kira-kira jam 5.30 pagi ketika suaminya ingin membuka pintu pagar rumah seperti kebiasaannya.

Menurutnya, suaminya mendapati pintu pagar berkenaan telah terbuka dan kereta milik mereka juga sudah tiada di garaj.

“Laporan polis telah dibuat pada hari sama dan pasukan polis telah berjaya menjumpai kereta kami yang ditinggalkan di Jirat Perkuburan Cina Johol, Kuala Pilah.

“Oleh itu, kita harap agar pihak pentadbiran kampung dapat memikirkan kaedah yang lebih efektif dalam mengatasi masalah kecurian dan pecah rumah di sini melalui penubuhan SRS bagi kebaikan serta manfaat penduduk kampung sendiri,” katanya.
SH

Premis terbakar kali kedua





BUKIT MERTAJAM – Lima tahun lalu, premis milik seorang warga emas berketurunan Cina di Jalan Datuk Ooh Chooi Cheng ini pernah terbakar mengakibatkan dia kerugian hampir RM2 juta.

Namun, dia bangkit semula selepas itu untuk meneruskan perniagaan dengan membina struktur baru tiga tingkat yang turut dilengkapi kemudahan lif.

Namun, sejarah 2006 itu berulang kembali awal pagi semalam apabila premisnya musnah buat kali kedua.

Kali ini, kemusnahan melibatkan stor menyimpan peralatan sembahyang yang terletak di tingkat tiga premis.

Tan Back Yaw, 60, berkata, dia yang berada di bilik tidur di tingkat dua premis curiga selepas mendengar bunyi bising di bahagian stor itu lalu bertindak naik ke atas untuk melihatnya.

Menurutnya, sangkaan awalnya ada orang yang ingin memecah masuk ke dalam premis berikutan premis bersebelahan sering dimasuki pencuri.

Bagaimanapun, rsangkaannya itu meleset apabila mendapati lampu kalimantang yang dipasang di stor meletup satu persatu disusuli dengan kebakaran.

“Saya kemudiannya keluar menyelamatkan isteri dan bertindak menelefon bomba selepas itu.

“Walaupun semua barang di dalam stor musnah, namun saya tetap bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya yang menganggarkan kerugian akibat kebakaran kali ini berjumlah kira-kira RM200,000.

Sementara itu, tiga jentera, dua dari balai Bomba Perda dan satu Bukit Mertajam dengan kekuatan 23 anggota diketuai Ketua Zon Perai, Alias Musa bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam pada jam 1.14 pagi.

Komander Operasi dari Balai Perda, Hadzi Mohd Yusoff berkata, kebakaran melibatkan stor menyimpan kertas sembahyang yang terletak di tingkat tiga premis.

“Api marak dengan cepat berikutan terdapatnya bahan mudah terbakar dalam stor berkenaan, namun kita berjaya mengawalnya dari merebak ke bahagian lain dalam premis.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.25 pagi. Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
SH

Warga Indonesia dipenjara 30 bulan




GEORGETOWN - Seorang lelaki warganegara Indonesia dipenjara 30 bulan dan dikenakan tiga sebatan selepas dia didapati bersalah memiliki dadah jenis Methaphetamine seberat 16.40 gram yang ditemui dalam poket seluarnya pada 30 Disember 2010.

Majistret Noor Aini Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Aziz, 27, selepas dia mengaku bersalah atas dakwaan memiliki dadah di hadapan sebuah kedai di Jalan Rumbia, Bayan Lepas selepas diperiksa sepasukan polis yang melakukan Ops Cegah Jenayah kira-kira jam 11.30 malam.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S Selvaranjini, tertuduh yang juga seorang tukang masak didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (semakan 1980) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1925.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun serta diwajibkan sebatan rotan tiga hingga sembilan kali.

Abdul Aziz yang diwakili peguam dari Biro Bantuan Guaman Pulau Pinang bagaimanapun merayu satu hukuman ringan dikenakan terhadapnya kerana dia perlu menyara kedua ibu bapanya yang sudah tua selain mempunyai seorang anak kecil yang kini menetap di Indonesia.

Dalam penghakiman yang dibuat Noor Aini berkata, dalam menjatuhkan hukuman itu mahkamah juga mengambil kepentingan awam kerana kesalahan memiliki dadah adalah kesalahan yang serius yang berlaku di Malaysia selain mengambil kira jumlah berat dadah yang dimiliki tertuduh.

Selain itu, Noor Aini berkata, beliau kesal dengan sikap tertuduh kerana menyalahgunakan kepercayaan dan kebenaran yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia untuk dia tinggal di negara ini, namun tertuduh melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang.
SH

Mayat berulat




JELAPANG – Gempar apabila satu mayat lelaki berpakaian lengkap ditemui dalam keadaan berulat di kawasan tangki air Puncak Jelapang Maju, petang semalam.

Mangsa, dikenali sebagai Susinthiran A/L Muthusamy @ Arumugam, 36, dari Jelapang ditemui sekumpulan empat lelaki yang kebetulan ke kawasan itu untuk memotong rumput dan membersihkan kawasan sekitarnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang memakai baju T berwarna kuning dan berseluar jeans biru serta berkasut.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat pertama daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.50 petang.

“Anggota kami termasuk Unit Forensik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat.

“Setakat ini pihak kami belum menerima sebarang maklumat lengkap berhubung kes terbabit namun siasatan lanjut masih diteruskan.

“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat dan pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kematian.

“Keterangan lanjut mengenai kes ini hanya akan dimaklumkan sejurus selepas selesai bedah siasat,” katanya.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau rakan serta yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-254 2222..
SH

Dijel 30 bulan sorok dadah dalam seluar



JOHOR BAHRU - Seorang penjual durian dikenakan hukuman penjara 30 bulan dan enam sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Sesyen, di sini.

Tertuduh, Tee Tong Chee, 32, didakwa melakukan kesalahan itu pada 26 Oktober 2010 pada jam 5.30 petang di Bandar Baru Permas Jaya, di sini.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, Tong Chee didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine berat bersih 24.68 gram yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki 5.83 gram jenis dadah yang sama yang boleh didakwa di bawah Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Mengikut fakta kes, Tong Chee telah ditahan polis dalam satu operasi cegah jenayah di kawasan Permas Jaya, di mana dalam rondaan itu, kenderaan tertuduh telah diperiksa.

Hasil pemeriksaan badan ke atas tertuduh, polis menjumpai satu sampul angpau berwarna merah yang berisi satu paket plastik yang disyaki syabu yang diselitkan dalam seluar dalam manakala satu lagi bungkusan yang disyaki syabu turut ditemui di bawah karpet dalam kereta tertuduh.

Hakim Mahkamah Sesyen, Nu’aman Mahmud Zuhudi menjatuhkan hukuman 30 bulan penjara dan enam sebatan bagi kedua-dua pertuduhan yang dijalankan secara serentak, selepas tertuduh mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan ke atasnya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Jasmee Hamiza Jaafar manakala tertuduh telah diwakili peguam, Mohd Asram Zakaria.
SH

Lelaki dijel, sebat miliki kanabis




JOHOR BAHRU – Pekerja swasta terlepas daripada hukuman gantung dan dikenakan sembilan tahun penjara dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas memiliki dadah setahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Samsudin Hassan menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendengar keterangan dan rayuan tertuduh.

Tertuduh, Mohd Zairi Abd Jalil, 26, didakwa melakukan kesalahan mengedar dadah jenis kanabis seberat 963 gram pada 6 Mei 2010 jam 2.30 pagi di Stesen Minyak Esso, Jalan Datuk Sulaiman, Larkin, di sini.

Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan kepadanya yang didakwa di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh yang diwakili peguam, Muhamad Abdul Kadir merayu agar dikenakan hukuman seringannya kerana ia merupakan kesalahan pertama Mohd Zairi dan dia berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

“Anak guam saya (Mohd Zairi) mempunyai isteri dan seorang anak yang masih kecil, saya memohon dikenakan hukuman ringan kerana beliau masih muda dan layak menerima peluang kedua,” katanya dalam rayuan.

Pendakwaan yang dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Azlan Shah Mohd Allias bagaimanapun mahu hukuman setimpal dikenakan kerana ia membabitkan kes dadah.
SH

Maut ditembak di kepala




SKUDAI – Seorang lelaki maut apabila ditembak dari jarak lima meter di sebuah restoran di Taman Ungku Tun Aminah, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika mangsa yang berusia 28 tahun sedang minum bersama lima rakannya di meja yang terletak tepi jalan.

Bagaimanapun secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Proton Wira, dinaiki tiga lelaki memakai penutup muka muncul dan penumpang di belakang terus melepaskan dua das tembakan menyebabkan mangsa terus rebah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, siasatan awal mendapati suspek melepaskan tembakan dari jarak lima meter, malah bunyi tembakan turut menyebabkan kira-kira 15 pelanggan lain yang sedang menikmati makanan lari menyelamatkan diri.

“Siasatan masih di peringkat awal dan dijalankan mengikut pelbagai sudut. Motif sebenar kejadian juga masih belum dapat dipastikan lagi,” katanya.

Ruslan berkata, maklumat awal diterima pihaknya sudah mengenal pasti beberapa suspek yang kini diburu untuk membantu siasatan kes, dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mangsa bekerja sebagai peniaga dan menetap di Taman Skudai Baru. Kami kini sedang mencari petunjuk baru untuk mengesan suspek bertanggungjawab.

“Berikutan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta bekerja sama dengan menghubungi hotline Polis Johor atau terus ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
SH

Penyamun guna pedang




BACHANG - Tindakan sebuah pengusaha kafe siber di Taman Bachang Baru, di sini membuka operasinya melebihi masa dibenarkan membawa padah apabila premis perniagaan itu disamun ketika hampir waktu subuh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, seorang pekerja di kafe siber terbabit hanya mampu tergamam selepas mendapati enam penjenayah masuk dengan bersenjatakan pedang samurai.

Akibatn:ya, sebanyak enam set komputer dalam premis berkenaan dilarikan, selain wang milik pengusaha dan pelanggan di premis berkenaan.

Difahamkan, pekerja terbabit dikatakan menjaga syif 12 pagi sehingga 12 tengahari dan hari pertama bertugas di situ selepas menerima arahan pertukaran cawangan selama empat hari.

Rakan mangsa, Muhd Adip Saifullah Ismail, 18, berkata, semasa kejadian, mangsa didatangi dua lelaki memakai topi keledar menyamar sebagai pelanggan yang hendak menggunakan perkhidmatan di kafe tersebut.

Selang beberapa minit, katanya, seorang lelaki yang menutup sebahagian muka dengan kolar baju berlegar di luar berhada-pan pintu masuk sambil meninjau ke dalam kafe berkenaan.

“Kemudiaan tiga lelaki lain yang juga memakai topi keledar masuk ke dalam kafe menuju kaunter. Seorang daripada mereka meletakkan pedang samurai di atas meja dan meminta rakan saya membuka mesin wang.

“Mungkin sebab dalam mesin tu ada RM30 sahaja, lelaki itu beralih kepada seorang pelanggan lelaki di bahagian belakang, sebelum merampas wang RM400 serta telefon bimbit pelanggan terbabit,” katanya.

Muhd Adip berkata, dalam masa sama, dua lelaki lain dan dua lelaki yang menyamar pelanggan bertindak menanggalkan pe-ralatan komputer di situ sebelum membawa lari.

“Menerusi kamera litar tertutup (CCTV), saya lihat kawan saya terduduk kaku. Mungkin disebabkan terkejut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi), Suprintendan R. Gunarajan mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan, bagaimanapun polis akan mengambil tindakan ke atas pemilik premis kerana melanggar peraturan menjalankan perniagaan lebih masa.

Beliau berkata, kes disiasat menikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun bersenjata.
SH

Tunang hilang ikut tentera




ALOR GAJAH - Tindakan seorang wanita berusia 30 tahun mengikut kehendak seorang anggota tentera berusia 28 tahun, mendatangkan kebimbangan kepada tunangnya yang sudah merancang untuk bernikah dengannya pada pertengahan Jun depan.

Sarjani Sani atau mesra dipanggil Ani dikatakan menghilangkan diri sejak 29 Mei lalu apabila dikatakan keluar menemani rakannya ke Kuala Lumpur, namun hasrat itu ditentang tunangnya, Azhar Mohd Isa, 38, yang bimbang akan keselamatannya.

Azhar berkata, dia mengenali tunangnya yang merupakan anak keempat dari tujuh beradik itu sejak kecil lagi dan mengikat pertunangan pertengahan April lalu tidak menyangka akan berubah dalam sekelip mata mengikut lelaki lain sekali gus melupakan majlis yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menurutnya itu, Ani menetap di rumah ibu saudaranya yang juga bakal mertuanya di Kampung Tanjung Rimau kerana menjaga ibu saudaranya yang sakit.

“Ani mengikut seorang lelaki yang bekerja sebagai tentera di Kem Terendak yang dikenali sejak empat tahun lalu.

“Pada 28 Mei lalu, dia memaklumkan mahu ke Kuala Lumpur bagi menemani rakan perempuannya tetapi saya menghalang,” katanya.

Malah katanya, Ani turut keluar membawa beberapa barang berharga milik ibu Azhar membuatkan dia terfikir apa yang mahu dilakukan oleh Ani terhadap barang tersebut.

“Sebelum ini dia tidak pernah berkelakuan seperti itu kepada ibu bapanya dan keluarga saya.

“Kemudiannya, pada 29 Mei, dia kelihatan gelisah dan tidak senang duduk sebelum mengatakan ada orang yang hendak berjumpanya dan kira-kira jam 11 pagi, dia bertindak keluar dari rumah serta tidak pulang sehingga ke hari ini,” katanya.

Azhar berkata, anggota tentera itu pernah datang ke rumah menyerang dan menyatakan rasa tidak puas hati tetapi ketika itu, Ani cuba berselindung tentang perhubungan mereka

“Sebelum ini juga saya pernah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada lelaki itu agar tidak mengganggu Ani lagi tetapi dibalas dengan kata-kata kesat.

“Bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan, saya tidak membalas SMS itu,” katanya.

Katanya, adik Ani pernah juga mengesan kakaknya melalui perkhidmatan atas talian telefon ‘Friend Finder’ dan mendapati kakaknya berada berdekatan Machap Umboo tetapi dia menafikannya dan mengatakan berada di luar Melaka.

“Saya tidak percaya kerana adakala mesej mengatakan dia melalui kawasan berdekatan rumah saya dan pelik dengan apa yang cuba dia lakukan.

“Ani seolah-olah masih rindu terhadap keluarganya tetapi berat hati untuk bertemu kami. Persiapan majlis pernikahan yang dirancang 11 Jun ini terpaksa ditangguhkan sehingga Ani pulang,” katanya.

Azhar turut mendapat tahu bahawa hasil jualan nasi lemak yang diusahakan Ani turut diambil oleh lelaki terbabit yang kini bertindak membawa keluar tunangnya menggunakan kereta yang berbeza bagi mengaburi mata orang ramai.

Menurutnya lagi, perlakuan tunangnya itu berubah kira-kira tiga hari sebelum menghilangkan diri membuatkan dia runsing memikirkan majlis pernikahan yang semakin hampir apatah lagi semua persiapan sudah dibuat.

“Sepanjang menghilangkan diri, bapa Ani menerima SMS menggunakan ayat kasar dari nombor telefon anaknya tetapi setahu saya Ani tidak pernah membahasakan ‘aku’ dengan keluarganya.

“Saya memohon agar Ani dapat pulang semula ke pangkuan keluarga seperti dahulu dan berharap dia dapat memberikan tumpuan terhadap majlis pernikahan yang bakal berlangsung,” katanya.
SH

Malang si rempit




MASJID TANAH - Tindakan seorang remaja melontar cabaran terhadap rakannya semasa menunggang motosikal mengundang padah apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Pengkalan Balak, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, remaja berusia 21 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha LC dan meluru laju bersama seorang lagi rakannya yang menunggang motosikal berasingan.

Kedua-dua mereka dikatakan menunggang motosikal dalam keadaan memecut sambil memotong dan mencelah beberapa kenderaan lain atas jalan raya.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka gagal mengawal motosikalnya sebelum termakan jalan, lalu merempuh sebuah kereta datang dari arah bertentangan.

Mangsa dikatakan melambung dan terjunam atas cermin hadapan kereta dinaiki sepasang suami isteri.

Ketika kejadian, mangsa juga dikatakan tidak memakai topi keledar, sebaliknya diletakkan di bahagian depan motosikalnya.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa orang awam ke Hospital Kem Terendak, di sini sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

Seorang saksi kejadian, Ahmad Warid, 20-an, berkata, dia terkejut melihat dua motosikal meluru laju melepasi kereta di hada­pannya, sebelum seorang daripadanya masuk ke laluan bertentangan.

“Motosikal itu celah-mencelah melepasi kenderaan di hadapan. Tiba-tiba saya nampak seorang daripada motosikal itu bertembung dengan sebuah kereta.

“Masa itu mangsa kelihatan melambung ke atas kereta sebelum menjunam semula menghentam cermin hadapan kereta jenis Honda itu sehingga retak,” katanya.

Seorang lagi saksi, Abdullah Hasan, 59, berkata, dia nampak mangsa melambung ke udara sebelum kepalanya terjunam terlebih dahulu ke atas cermin hadapan kereta.

“Saya nampak rakan mangsa yang menunggang motosikal satu lagi terus melarikan diri entah ke mana. Mungkin dia takut,” katanya.

Sementara itu, pemandu kereta, Abu Kasim Ahmad, 67, dan isterinya, Nik Badariah Nik Ahmad, 48, dikatakan dalam perjalanan dari Pengkalan Balak ke sebuah chalet di Telok Gadong.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan.
SH

3 cedera bas langgar pembahagi jalan




SHAH ALAM – Seramai 32 penumpang cemas dan tiga cedera selepas bas yang mereka naiki terbabas melanggar pembahagi jalan di Kilometer 20.4 Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur, jam 5.40 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, bas berkenaan berlepas dari Terengganu jam 10 malam kelmarin.

“Seorang penumpang, Mohd Shuhada Abd Rashid, 21, patah bahu kiri akibat tersepit dalam kejadian itu dan dirawat di Hospital Selayang.

Menurutnya, dua lagi penumpang, Zaini, 33, dan Ng Peh Lian, 34, yang dirawat di hospital sama dibenarkan keluar semalam.

Difahamkan, pemandu bas berkenaan memandu bersendirian tanpa pemandu kedua dan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.
SH

Padah guna perisian tiruan




KAJANG – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kajang merampas lapan unit komputer yang mengandungi perkakasan dan 37 perisian salinan cetak rompak yang dianggarkan bernilai kira-kira RM301,600, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNKK Kajang, Firdus Zakaria berkata, bertindak atas aduan daripada pemilik asal perisian berkenaan, serbuan dilakukan jam 12 tengah hari dengan disertai empat pegawai PPDNKK dan wakil pengadu.

“Serbuan dilakukan di sebuah kilang perabot di Semenyih dan semasa serbuan terdapat beberapa komputer digunakan pekerja dengan menggunakan perisian cetak rompak.

“Perisian cetak rompak berkenaan adalah Adobe Photoshop, Autodesk Autocad, Microsoft Office dan Microsoft Windows, Corel Draw, Solidworks,” katanya kepada media di Pejabatnya di Tingkat 8, Menara Apex, Kajang, semalam.

Menurutnya, jika disabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hak Cipta 1987 yang boleh didenda RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap salinan.

Beliau berkata, sehingga 25 Mei tahun ini, PPDNKK membuat empat serbuan dan merampas 36 unit komputer dan perisian komputer atas kesalahan cetak rompak.

“Berdasarkan jumlah serbuan yang dilakukan berkenaan, kira-kira 36 unit komputer bersama 140 salinan perisian cetak rompak dirampas yang dianggarkan kira-kira RM591,600.

“PPDNKK memandang serius perkara ini dan akan terus membuat operasi dari masa ke semasa bagi memastikan ia dapat diatasi dengan kerjasama penuh daripada masyarakat setempat,” katanya.

Dalam pada itu Firdus berkata, individu dan juga syarikat disaran mendapatkan lesen atau kebenaran terlebih dahulu daripada pihak bertanggungjawab sebelum menggunakan perkakasan ataupun perisian.
SH

Mayat berulat bawah katil




AMPANG – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan berulat di bawah katil dalam bilik di tingkat lima sebuah rumah kedai di Jalan 1/5, Taman Kosas, di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Md Nazri Zawawi berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.29 petang daripada orang awam yang mendakwa terdapat bau busuk dari tingkat berkenaan.

Menurutnya, polis terpaksa memecah masuk rumah setelah tiada penghuni membuka pintu.

“Kita pecahkan pintu rumah dan dapati terdapat mayat seorang lelaki yang masih lengkap berpakaian, terlentang bawah katil dalam bilik tengah premis.

“Siasatan awal dapati mangsa yang memakai t-shirt dan berseluar jeans itu sudah mati antara tempoh lima hingga tujuh hari,” katanya.

Md Nazri berkata, keadaan mayat mangsa sudah bengkak teruk dan berulat menyebabkan polis masih belum dapat menentukan sama ada terdapat kemungkinan dia dibunuh,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada jiran, premis terbabit sebelum ini dihuni oleh empat hingga lima warga Indonesia dan semua individu itu tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu.

“Kita tidak jumpa sebarang dokumen pengenalan diri atau kesan geledah mahupun pergelutan,” katanya kepada Sinar Harian.

Md Nazri berkata, polis masih belum dapat mengenalpasti motif kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) untuk dibedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian, diminta menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, 03-42524866 bagi membantu siasatan.
SH

Cuping telinga bayi lebam




TEMERLOH – Seorang bapa mendakwa bayi lelakinya berusia 11 bulan yang dihantar ke rumah seorang pengasuh di sini didera hingga lebam pada cuping telinga dipercayai ‘dipulas’.

Bapa bayi itu, yang mahu dikenali sebagai Azhar, pemilik bengkel di sini mendakwa, walaupun dia tidak mempunyai bukti kukuh tetapi pegawai perubatan mengesahkan terdapat lebam di telinga dipercayai akibat didera.

Menurutnya, kejadian disedari Isnin lalu apabila, isterinya terlihat kesan lebam pada telinga kiri anaknya, ketika memandikannya.

“Saya mengesyaki sesuatu berlaku pada anak saya kerana dia menangis sepanjang hari, saya kemudian membawanya ke Klinik Kesihatan di Mentakab untuk pemeriksaan.

“Doktor mengesahkan ada kesan lebam pada telinga dan mengeluarkan satu laporan perubatan mengatakan kemungkinan berlaku penderaan.

“Laporan tersebut diberikan kepada saya untuk rujukan polis sekiranya saya berhasrat melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa,” katanya sewaktu ditemui di rumahnya di sebuah taman perumahan, di sini, semalam.

Azhar berkata, sebaik mengetahui kejadian, dia kemudian pergi ke rumah pengasuh terbabit untuk mendapatkan penjelasan namun tidak dilayan.

Menurutnya, tindakan pengasuh terbabit yang enggan berbincang menyebabkan dia semakin mengesyaki memang ada berlaku penderaan.

Dia berkata, sepanjang sebulan lalu menghantar anaknya ke rumah pengasuh terbabit, adik iparnya kerap menjenguk anaknya dan sering kali juga adik iparnya mendengar pengasuh terbabit memarahi anaknya.

Azhar yang mempunyai dua cahaya mata kini tidak lagi menghantar anak bongsunya ke rumah pengasuh terbabit sebaliknya meminta bantuan emak untuk menjaga anaknya.

“Ikutkan hati memang saya marah dan kecewa dengan tindakan pengasuh terbabit, saya sudah pelawa dia berbincang tetapi tidak dilayan.

“Kalau ikutkan memang saya nak buat laporan polis tetapi mengenangkan dia juga mempunyai anak kecil, saya batalkan niat saya,” katanya.

Azhar menasihati ibu bapa supaya berhati-hati dan memilih pengasuh yang lebih dikenali supaya kejadian dera yang dialami anaknya tidak berlaku pada orang lain.
SH

Abang hilang selera makan




KUANTAN - Seorang lelaki lumpuh berusia 40 tahun rentung dalam satu kebakaran yang berlaku membabitkan sebuah rumah kayu di Batu 4, Jalan Sungai Lembing kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Mangsa, Nazri Ismail yang hanya mampu menggerakkan tangan kirinya terlantar sejak tiga bulan lalu tinggal sendirian di rumah pusaka keluarganya.

Adiknya, Azhar Ismail, 37, tidak menyangka pertemuan petang kelmarin ketika menghantar makanan adalah pertemuan terakhir mereka sebelum tragedi itu menimpa abangnya semalam.

Katanya, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.30 pagi oleh seorang rakan dan terus bergegas ke rumah abangnya.

“Sebaik tiba, saya lihat api sedang marak. Tidak ada apa yang boleh kami lakukan untuk menyelamatkannya. Tong gas juga meletup. Dia ditemui rentung separuh badan di biliknya,” katanya yang bekerja di kilang kira-kira satu kilometer dari rumah abangnya.

Nazri berkata, setiap hari dia akan menghantar makanan dan minuman untuk abangnya pada setiap waktu makan dan kali terakhir mereka bertemu, abangnya tidak banyak bercakap dan tidak lalu makan.

“Saya perasan dia tidak lalu makan sejak beberapa hari lalu tetapi tidak menyangka kejadian ini menimpanya,” katanya.

Azhar berkata, sebelum ini, abangnya yang masih bujang menjaga rumah pusaka itu dan bekerja di syarikat pembalakan.

Bagaimanapun, selepas Nazri dibenarkan pulang, dia dihantar semula di rumah itu namun mereka sekeluarga sentiasa menjenguk dan mengambil perhatian mengenai keadaan abangnya.

Jenazah Allahyarham Nazri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kawah sebaik sahaja selesai bedah siasat dijalankan.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, Suhaimi Ahmad berkata, bomba menerima panggilan jam 10.37 pagi dan tiba 20 minit kemudian.

Katanya, satu jentera bomba dan sepuluh anggota bergegas ke tempat kejadian termasuk dua anggota sukarela dari Sungai Lembing.

“Ketika tiba di tempat kejadian, api sudah kecil dan bomba menemui mayat Nazri yang rentung dua minit kemudian sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. Punca dan kerugian juga masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Sohaimi Mohamed Shah yang bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima berita berkenaan berharap keluarga mangsa tabah menghadapi kehilangan itu.

“Kita mengucapkan takziah kepada keluarga itu dan saya berusaha untuk menyalurkan bantuan wang ihsan kepada ibunya yang kini tinggal di rumah adiknya yang lain di kampung Kawah,” katanya yang turut memberi sumbangan peribadi.

Hadir sama melawat dan memberikan kata-kata semangat dan menghulurkan sumbangan peribadi kepada Azhar ialah Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail.
SH

Selindung sebalik papan tanda




KUANTAN - Cubaan pengusaha sarang burung walit mengaburi mata pihak berkuasa dengan meletakkan tanda ‘For Sale’ di bangunan tiga tingkatan di Jalan Teluk Sisek gagal apabila Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membuat operasi merobohkan sambungan haram yang dibuat dalam bangunan itu.

Bertindak atas aduan orang ramai, operasi MPK selama sejam itu memaksa kakitangan MPK menggunakan mesin pemotong jeriji untuk memasuki premis terbabit yang menggunakan dua pintu besi.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, pengusaha didapati melakukan kesalahan kerana mengubahsuai dalaman bangunan bagi dipercayai untuk mengusahakan burung walit.

Menurutnya, aduan pertama diterima pada awal bulan ini dan MPK mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan notis peringatan pada hari yang sama.

“Bagaimana pun, selepas notis kedua diberikan seminggu selepas itu, pengusaha didapati masih ingkar dan tidak membuat sebarang perubahan.

“MPK memberi peluang kepada pengusaha untuk merobohkan semula pengubahsuaian yang dilakukan tetapi jika dia ingkar, kami tidak boleh berkompromi kerana ia mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Katanya, aduan yang diterima MPK adalah bunyi bising ekoran kerja pengubahsuaian yang dilakukan pemilik bangunan sehingga rasa tidak selesa di kalangan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

“Tambahan pula, pemilik bangunan tidak mempunyai permit untuk mengusahakan burung walit,” katanya.

Bagaimana pun, sepanjang operasi tersebut, pemilik bangunan tiada.

Haslinda berkata, notis yang dikeluarkan kepada pemilik bangunan di bawah Seksyen 70 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
SH

18 ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu




KUALA TERENGGANU - Seramai 18 orang berusia antara 20 hingga 30 tahun ditangkap di Besut dalam Ops Tapis Bersepadu yang dijalankan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Besut di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, operasi itu melibatkan 20 anggota dan tiga pegawai dan dibuat pada jam 12 tengah malam hingga 8 pagi.

Menurutnya, polis telah membuat 47 serbuan dan membuat 33 pemeriksaan rumah serta menahan 23 orang, manakala 18 yang ditangkap itu didapati telah melakukan pelbagai kesalahan.

“Kita juga merampas dua botol ganja dan sebiji Erimin 5 yang bernilai RM100. Ops ini kita akan buat selama tiga hari, iaitu pada 24 hingga 26 Mei.

“Secara keseluruhannya, kita telah menangkap 53 orang seluruh negeri dalam operasi harian hari ini (semalam). Kita akan teruskan operasi ini dari masa ke masa dalam usaha membasmi dadah di negeri ini,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, semalam.
SH

Kayuh basikal 40 km cari bapa




SERDANG – Demi kasih seorang anak terhadap bapa kandung yang terpisah sejak sekian lama, seorang remaja kurang upaya (OKU) sanggup mengayuh basikal sejauh kira-kira 40 kilometer untuk meminta pertolo­ngan orang kampung bagi menjejaki insan tersayang yang dipercayai menghilangkan diri itu.

Dalam keadaan cuaca panas terik, biarpun tidak sempurna seperti insan lain, Muhammad Hakim Rohimin Abdullah, 19, mengerah keringat dengan kudrat tidak seberapa, menunggang basikal menjejaki bapanya yang terpisah sejak lebih 10 tahun lalu, dengan harapan insan yang dirindunya itu ditemui semula.

Rohimin yang secara kebetulan terserempak dengan wartawan Sinar Harian di pekarangan Balai Polis Dungun memberitahu, dia mula menjejaki bapanya sejak tinggal bersama neneknya di Kampung Serdang setelah menjadi penghuni Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Alor Akar, Kuantan.

Rohimin berkata, hasrat untuk menjejaki bapanya yang dipercayai menghilangkan diri selepas dikatakan mengalami masalah rumah tangga dengan ibunya yang hanya dikenali sebagai Rohayati, timbul selepas dia kasihan melihat adik beradiknya terpaksa tinggal bersama neneknya yang kini uzur di Kampung Serdang.

“Saya rayu pada ayah, pulanglah. Kami adik beradik amat merindui abah. Kasihanlah pada kami yang kini hidup terbiar tanpa kasih sayang.

“Pada ibu pula kami rayu agar kembali semula ke pangkuan kami. Tidak kasihankah pada saya yang kurang upaya ini? Sanggup kayuh basikal merata-rata tempat untuk cari ayah dan ibu. Kalau saya mati kemalangan pun tak apa sebab Tuhan tahu niat saya nak cari ibu bapa,” kata Rohimin sambil mengesat air matanya.

Rohimin dalam nada sayu berkata, jika ada sesiapa yang tahu di mana bapanya berada dan tahu kisah mereka, dia merayu mereka berhubung dengannya yang kini tinggal di Kampung Serdang.

“Saya orang miskin, kalau ada orang jumpa ayah saya, beritahulah. Nak bagi hadiah saya tidak mampu, cuma Tuhan sahaja yang dapat membalasnya dunia akhirat,” katanya.
SH

RM41,000 lesap dalam kereta




SETIU – Seorang peraih (beli dan jual) buah kelapa sawit berumur 47 tahun berputih mata apabila wang perniagaan yang dikeluarkan dari sebuah bank di bandar Jerteh, Besut bernilai RM41,000 hilang di dalam kereta Honda CRV miliknya, kelmarin.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Asistan Superintendan Idris Mohamad berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa mengeluarkan wang di bank bandar Jerteh, tetapi disebabkan jumlah wang dikeluarkan tidak mencukupi, mangsa singgah di bank lain untuk urusan pengeluaran wang seterusnya.

“Sampai di tempat kejadian, mangsa meletakkan keretanya 15 meter dari bank terbabit dan meninggalkan beg yang berisi wang RM41,000 di antara tempat duduk pemandu dan penumpang untuk menyelesaikan urusannya.

“Setelah hampir 15 minit berada di dalam bank iaitu pada jam 1.05 petang, mangsa masuk ke dalam keretanya dan terkejut bila mendapati beg yang berisi wang itu hilang,” katanya.

Idris berkata, berdasarkan laporan yang dibuat mangsa, dia yakin telah mengunci keretanya sebelum masuk ke bank.

“Kita telah menghantar anggota forensik untuk menyiasat tetapi tiada kesan yang boleh dikaitkan sama ada kesan cermin pecah atau kerosakan pada alat penggera kunci malah, kereta terbabit juga berada dalam keadaan baik.

“Walaupun kes itu menimbulkan tanda tanya, kita tetap siasat kerana ia babitkan kehilangan wang dalam jumlah besar,” katanya.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan polis sedang mencari bukti yang boleh membantu siasatan selanjutnya sebelum tindakan susulan diambil.

“Orang ramai diminta berhati-hati dan tidak meninggalkan wang atau barang berharga dalam kereta bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Superintendan Abd Hamid Che Ahmad mengesahkan menerima laporan itu.
SH

Polis buru 9 lelaki




KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu kini sedang memburu sembilan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes merusuh dan bunuh seorang lelaki, Maznong Omar, 39, di Kampung Sungai Ular, Kuala Berang pada 11 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sembilan lelaki itu dipercayai dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 11 Mei lalu dan apabila anggota polis MPV sampai di tempat kejadian pada jam 10.25 malam, mereka mendapati Maznong berada dalam keadaan terbaring separuh sedar dengan kecederaan pada kepala, bengkak pada muka dan kedua-dua mata lebam.
SH

Dinding konkrit roboh tiba-tiba




LUBOK DULANG - Noraini Yusoff, 35, lega apabila ketiga-tiga anaknya tidak mengalami sebarang kecelakaan apabila terlepas menjadi mangsa dinding konkrit bahagian dapur yang roboh secara tiba-tiba.

Noraini berkata, dalam kejadian 6 petang kelmarin, selang tiga minit ketiga-tiga anaknya siap mandi, dinding konkrit itu runtuh.

“Setelah mereka siap mandi selang tiga minit, saya terdengar bunyi periuk nasi yang dimasak di atas dapur terpelanting keluar dan bunyi kuat akibat dinding konkrit dapur roboh.

“Memang saya terkejut dan tidak menyangka kejadian tersebut berlaku kerana keadaan dinding nampak seperti stabil, walaupun sudah ada nampak tanda rekahan sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya, sembilan orang yang tinggal di rumah tersebut termasuk adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan kerana mereka berada di atas rumah ketika kejadian.

“Keadaan rumah memang sudah uzur namun terpaksa dibiarkan kerana tidak mempunyai wang untuk baikpulih. Bahagian kayu atas rumah juga banyak rosak kerana dimakan anai-anai,” katanya.

Noraini berkata, kalau boleh dia mahu pihak berkenaan turun memantau dan melihat keadaan rumahnya yang uzur tersebut.

Dia yang bekerja sebagai penoreh getah, berpendapatan RM100 seminggu, terpaksa menanggung empat orang anak yang dua darinya masih bersekolah.

“Saya sudah lima bulan berpisah dengan suami dan kini dalam proses penceraian, jadi saya terpaksa menanggung perbelanjaan anak itu pun masih tidak mencukupi.

“Anak sulung saya yang berada di tingkatan dua, terpaksa berhenti sekolah kerana masalah kewangan dan saya memang terkilan dengan keadaan yang menimpa keluarga ini,” katanya.

Dalam pada itu, kejadian dinding konkrit bahagian dapur rumahnya runtuh itu, turut mendapat perhatian pemimpin setempat yang datang melihat dan menghulurkan bantuan segera bagi meringankan beban yang mereka tanggung.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Bukit Bunga, Hanafiah Jaafar berkata, sumbangan segera itu adalah bagi meringankan beban keluarga tersebut.

“Sumbang segera berjumlah RM500 itu adalah permulaan untuk memberikan keceriaan buat keluarga tersebut.

“Selepas ini kita akan tunggu peruntukan untuk membaikpulih rumah mereka. Mungkin kita akan lakukan gerak kerja baik pulih rumah secara gotong-royong.

“Kita akan bantu kerana mereka layak dan memerlukan perhatian untuk hidup lebih sempurna,” katanya.
SH

Dituduh rogol remaja dalam kereta

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu jualan membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, dekat sini, kelmarin, atas tuduhan merogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dalam sebuah kereta.

Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 22 tahun, didakwa merogol remaja itu dalam kereta Toyota Alphard di tepi Jalan Kosas 3/9, Ampang Jaya, pada 11 Mei lalu.
Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan rotan.Timbalan Pendakwa Raya, Cik Nur Hafizah Rajuni, tidak mencadangkan sebarang ikat jamin atas alasan kesalahan itu serius dan bagi mengelak gangguan terhadap mangsa.Bagaimanapun, peguam Khairul memohon anak guamnya diikat jamin dengan alasan dia bekerjasama dengan polis sepanjang siasatan.Hakim Manira Mohd Nor membenarkan ikat jamin RM10,000 ($4,088), dan memerintahkan Khairul melaporkan diri di balai polis dekat rumahnya pada Sabtu pertama setiap bulan.Perbicaraan ditetapkan pada 20 Jun.Menurut laporan akhbar, Khairul memberhentikan keretanya di depan remaja itu lalu menariknya ke masuk dalam kereta dan merogolnya. -- Utusan Malaysia.Cyberita Online Luar Negara

Pengikut fahaman Syiah akan dihadap ke mahkamah



KECOH DI MAJLIS: Penganjur sambutan ulang tahun kelahiran Fatimah Az-Zahra, Encik Mr Kamil Zuhairi (kiri) sedang disoal siasat oleh seorang pegawai Jais. -- Foto BHM


KUALA LUMPUR: Empat pengikut fahaman Syiah yang ditahan di Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur, kelmarin, semasa mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran puteri Nabi Muhammad s.a.w., Fatimah Az-Zahra, telah selesai menjalani proses siasatan semalam.
Mereka juga dijadualkan dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bagi sebutan kes berkenaan pada 7 Jun ini, demikian lapor laman berita Malaysiakini.Keempat-empat pengikut fahaman tersebut - Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz, Radin Ahmad Faizul Radin Mohd Hambali, Mohd Asyraf Ahmad dan Syed Mohd Shafik Syed Hussin - disiasat mengikut peruntukan seksyen 12(C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.Peruntukan itu menyebut mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa sah, atau mengingkari, melanggar, atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa adalah melakukan kesalahan.Di Selangor, fatwa negeri itu menyatakan bahawa fahaman Syiah adalah ajaran yang terkeluar daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.Peruntukan itu juga menyebut jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.Menjelaskan penangkapan pengikut Syiah itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Encik Marzuki Husin, berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai majlis berkenaan berdasarkan risalah yang diedarkan.Menurutnya, beliau menganggarkan seramai 1,000 tetamu, terdiri daripada orang awam dan orang kurang upaya (OKU), dijangka hadir pada majlis jamuan yang bermula pada 12.30 tengah hari sehingga 4 petang itu.Seramai 30 penguatkuasa Jais dan 20 anggota polis serta pegawai Majlis Perbandaran Selayang terlibat dalam serbuan kelmarin, kata Encik Marzuki.Ditanya sama ada sambutan memperingati Fatimah, yang juga isteri Sayidina Ali, merupakan satu kesalahan, Encik Marzuki berkata pihaknya tidak mahu umat Islam dipengaruhi.'Bila (majlis) dianjurkan oleh puak Syiah ini, nanti (umat Islam) akan terikut-ikut dengan gerakan fahaman ini... Kita takut melalui program ini, mereka akan menyelit dakyahnya dan (umat Islam) akan terpengaruh.'Sebagaimana yang difatwakan, kita tidak mahu terikut-ikut dengan ajaran yang menyalahi Ahli Sunnah Wal Jamaah,' katanya.Ditanya apakah Jais akan menyita markas pengikut Syiah itu bagi menghalang penyebarannya, Encik Marzuki berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa berbuat demikian sebaliknya ia di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Selayang.Bagaimanapun, Encik Marzuki menegaskan pihaknya sentiasa memantau aktiviti mereka dari masa ke masa dan akan mengambil tindakan terhadap pengikut mereka sekiranya menerima aduan mengenainya.Menurutnya, ajaran tersebut 'sudah lama' dan setakat ini pihaknya telah mengenal pasti hanya tempat mereka beroperasi menyebarkan ajaran Syiah.Cyberita Online Luar Negara

Amah disyaki curi barang kemas $30,000 majikan

SINGAPURA
POLIS telah menangkap seorang pembantu rumah warga India yang disyaki mencuri barang kemas majikannya bernilai lebih $30,000.

Tiga lagi warga India turut diberkas kerana disyaki menerima barang curian itu.
Majikan pembantu rumah itu membuat laporan polis 11.15 pagi kelmarin bahawa rumahnya telah dipecah masuk dan barang kemas bernilai lebih $30,000 hilang.Siasatan awal polis menunjukkan pembantu rumah tersebut meninggalkan rumah majikannya sekitar 8.45 pagi itu. Dia mendakwa, apabila pulang sekitar 10 pagi, dia mendapati rumah itu telah dipecah masuk.Namun polis mengesyaki sesuatu ekoran kelakuan pembantu rumah itu yang mencurigakan.Hasil siasatan di rumah tersebut, polis menjumpai beberapa barang kemas yang dikatakan hilang di dalam tandas.Lebih banyak bukti ditemui kemudian.Pembantu rumah itu disoal siasat dan dia mengaku merancang kejadian pecah rumah itu dan mencuri barang-barang kemas tersebut.Hasil siasatan lanjut, polis berjaya menjejak identiti tiga lagi suspek. Mereka dipercayai menerima barang-barang kemas tersebut daripada pembantu rumah itu.Seorang daripada mereka ditangkap sekitar 5.30 petang itu di Yishun Avenue 2, sementara dua lagi di Admiralty Road Weast sekitar 10.15 malam.Kesemua barang kemas yang dicuri telah ditemui.Pembantu rumah itu dijangka didakwa di mahkamah hari ini. Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.Siasatan masih dijalankan ke atas ketiga-tiga suspek yang menerima barang kemas itu.Jika didakwa dan didapati bersalah, mereka boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kededuanya sekali.Cyberita Online Singapura

Taleban ranapkan balai polis di Pakistan


MUSNAH: Para pegawai keselamatan Pakistan meninjau bangunan tiga tingkat CID yang musnah, selepas diserang seorang pengebom nekad, semalam. -- Foto AFP


6 maut dalam serangan bom sebagai tindak balas atas kematian Osama


PESHAWAR: Seorang pengebom nekad Taleban meranapkan sebuah balai polis Pakistan semalam dan membunuh enam orang, dalam serangan terbaru ke atas pasukan keselamatan negara itu sejak tentera khas Amerika membunuh Osama bin Laden.
Kejadian pengeboman yang dilakukan dengan sebuah trak itu memusnahkan bangunan tiga tingkat dalam zon ketenteraan di Peshawar, sebuah bandar di barat laut Pakistan, tidak jauh dari sebuah konsulat Amerika.Ia terjadi selang beberapa hari selepas sebuah konvoi diplomatik Amerika diserang.Cabang Taleban Pakistan mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu, sambil berkata ia adalah tindak balas keempatnya sejak kematian Osama pada 2 Mei lalu.Insiden pengeboman di Peshawar itu menimbulkan keraguan mengenai keupayaan pasukan keselamatan Pakistan melindungi bukan sahaja pihaknya malah juga bandar-bandar utama di negara itu, serta mencetuskan perdebatan sekian lama mengenai taraf keselamatan senjata nuklear negara tersebut.Lima anggota polis dan seorang askar mati dalam letupan semalam, satu angka kematian yang agak rendah memandangkan besarnya letupan yang berlaku.Bagaimanapun, para pegawai berkata bangunan itu tidak ramai kakitangan pada waktu serangan yang berlaku sejurus selepas lima pagi.Seorang wartawam agensi berita AFP melihat api marak daripada bangunan yang diletupkan itu, yang dipenuhi kaca beberapa tingkap yang pecah, runtuhan batu, tayar-tayar terbakar dan sekurang-kurangnya tiga kenderaan yang hangus termasuk sebuah trak kecil.Konstabel Farid Khan, yang patah bahunya dalam serangan itu dan dikejarkan ke hospital untuk dirawat, memberitahu AFP bahawa beliau sedang mengerjakan solat subuh dalam balai polis itu apabila letupan yang kuat itu terjadi.'Bumbung bangunan roboh,' kata beliau sambil menambah bahawa beliau telah terhimpit sehingga rakan-rakannya membawa beliau ke hospital.'Ia satu letupan yang besar, yang memusnahkan sepenuhnya bangunan tiga tingkat itu,' kata seorang pegawai polis, Encik Muhammad Ijaz.Sementara itu, Pakistan berkata ia sedang menimbangkan kemungkinan memindahkan pangkalan udara tentera laut Karachi selepas satu serangan Taleban membunuh 10 kakitangan keselamatan dan memusnahkan dua pesawat pemantau buatan Amerika.Serangan Ahad lalu adalah yang paling teruk ke atas sebuah pangkalan tentera sejak ibu kota tentera itu diserang pada Oktober 2009, menambahkan lagi keaiban kepada pasukan tentera Pakistan tiga minggu selepas kematian Osama. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Sembilan maut dalam ribut ganas di tengah Amerika




TINGGAL RUNTUHAN: Sebahagian besar bandar Joplin, di wilayah Missouri, kini hanya tinggal runtuhan batu dan kayu selepas puting beliung besar melanda bandar yang mempunyai 50,000 penduduk itu Ahad lalu. Kejadian itu disifatkan sebagai paling buruk di Amerika Syarikat sejak 60 tahun lalu. -- Foto-foto AFP


Kejadian berlaku tiga hari lepas puting beliung ragut 123 jiwa


EL RENO (Oklahoma): Ribut ganas melanda sebahagian besar kawasan tengah Amerika Syarikat dan mengorbankan nyawa sekurang-kurangnya sembilan orang di tiga wilayah, selain menumbangkan pokok-pokok, memusnahkan kenderaan dan merobohkan sebuah balai bomba di wilayah Arkansas.
Seperti yang diramalkan, ribut kuat itu melanda pada malam kelmarin dan berterusan hingga awal pagi semalam, selang beberapa hari selepas satu kejadian puting beliung besar melanda Joplin, sebuah bandar di barat daya Missouri, mengakibatkan sekurang-kurangnya 123 orang terbunuh.Selepas mengorbankan nyawa dua orang di wilayah Kansas dan lima lagi di wilayah Oklahoma, ribut itu meneruskan 'perjalanannya' ke Arkansas, sebelum kekuatannya mulai reda.Sekurang-kurangnya dua orang mati ketika ribut berkenaan melanda wilayah Arkansas, kata jurucakap wilayah itu, Encik Tommy Jackson.Seorang mati selepas satu kejadian puting beliung melanda bandar kecil Denning di barat Arkansas sejurus selepas tengah malam kelmarin.Seorang lagi mati di sebuah kawasan yang dinamakan Bethlehem.Di luar bandar Denning, pemilik ladang anggur wain, Encik Eugene Post, mendengar 'deruan' puting beliung daripada anjung rumahnya.Beliau melihat cahaya berkedipan sedang kekuatan ribut itu mula meningkat.'Saya tidak melihat apa-apa,' kata Encik Post, 83 tahun, awal semalam.'(Tetapi) saya boleh mendengar satu bunyian amat kuat... Bunyinya seperti sebuah kereta api - atau dua atau tiga - berlalu,' tambahnya.Beberapa jam sebelum itu, beberapa kejadian puting beliung melanda Oklahoma City dan kawasan-kawasan pinggir bandarnya pada waktu sibuk kelmarin.Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam kejadian itu dan sekitar 60 lagi cedera, termasuk tiga kanak-kanak yang dalam keadaan kritikal, kata pihak berkuasa.Beberapa penduduk berkata mereka telah diberi amaran mengenai cuaca buruk itu sejak beberapa hari lalu.'Kami tinggal di Oklahoma dan kami tidak mahu mengambil risiko,' kata Cik Lori Jenkins. 'Kami berjaga-jaga terhadap keadaan cuaca dan tahu ia semakin dekat.'Beliau bersama suami dan dua anaknya mencari perlindungan di sebuah tempat perlindungan sementara jirannya di kawasan subbandar Guthrie, di Oklahoma City.Apabila mereka keluar daripada tempat perlindungan, mereka dapati garaj kereta dan bahagian belakang rumah mereka musnah.Sementara itu, usaha mencari mangsa-mangsa kejadian puting beliung yang memusnahkan Joplin diteruskan semalam, dengan para pemimpin bandar itu enggan berputus asa terhadap kemungkinan menemui lebih ramai mangsa.Kakitangan penyelamat pula bersedia meneruskan usaha mencari mangsa walaupun selepas mengulangi usaha itu sebanyak tiga kali.Perangkaan kematian semakin meningkat kepada sekurang-kurangnya 123 orang, dan sekitar 750 orang lagi cedera akibat puting beliung besar yang disifatkan oleh Perkhidmatan Cuaca Nasional sebagai berada di paras 'EF5', paras penilaian paling kuat yang diberikan kepada angin puting beliung.'Kami masih lagi dalam satu mod mencari dan menyelamat,' kata pengurus bandar Joplin, Encik Mark Rohr. 'Saya mahu menekankan hal itu,' tegasnya. -- AP.Cyberita Online Luar Negara

Nyaris dihempap bum kren



-- Foto THE STAR



JOHOR BAHRU: Kepantasan mata dan fikiran seorang jurujual lelaki membantu beliau menyelamatkan dirinya dan anak saudara perempuannya daripada diterpa maut, kelmarin.
Ini apabila serpihan yang disangkanya jatuh dari sebuah jejambat yang sedang dibina dekat Kompleks Kastam, Imigrasi dan Kuarantin Johor (CIQ) di sini rupa-rupanya adalah bum sebuah kren.Encik Ong Guan Choon, 43 tahun, sedang memandu di sepanjang Jalan Stulang Darat pada 8.45 pagi kelmarin apabila kemalangan itu berlaku.'Kami sedang terkandas dalam kesesakan jalan raya apabila saya terlihat barang-barang jatuh dari jalan raya yang sedang dibina di atas.'Saya berasa sesuatu yang tidak kena dan dengan segera memberitahu anak saudara saya supaya keluaj dari kereta. Sedang kami berlari keluar, kami nampak sebatang bum jatuh betul-betul di depan kereta kami, selang beberapa inci saja,' kata Encik Ong.Cermin belakang kereta beliau pecah dan bumbungnya kemik sedikit.Encik Ong, anak saudaranya dan pemandu kren itu bagaimanapun tidak cedera.Syarikat yang menjalankan kerja-kerja pembinaan jejambat itu, Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB), berkata ia sedang menyiasat kejadian tersebut. -- The StarCyberita Online Luar Negara