Search This Blog

Monday, May 23, 2011

Pencari kayu gaharu maut ditimpa pokok



TERENGGANU - Seorang pencari kayu gaharu maut ditimpa sebatang pokok yang ditumbangkan pekerja yang sedang membersih jalan kayu balak di hutan Sungai Tembak, Hulu Terengganu, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, ASP Rosli Mohd Amin hari ini berkata mangsa dikenali sebagai Mahsah Darmuja, 30, berasal dari Jawa Tengah, Indonesia.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi ketika tiga pekerja sedang menebang pokok untuk dijadikan laluan membawa kayu balak dari kawasan pembalakan tidak jauh dari situ dengan sebuah jentolak.
"Pekerja berkenaan dipercayai tidak menyedari mangsa berada berhampiran apabila mangsa ditimpa pokok yang ditumbangkan dengan jentolak.
"Mendengar jeritan mangsa, pemandu jentolak dan rakannya mencari mangsa dan menemuinya dalam keadaan terbaring dan mengalami cedera parah pada bahagian kepala," katanya.
Mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan, namun dia disahkan meninggal dunia di Bilik Kecemasan hospital itu sejurus tiba.- Bernama
SH

Pencari kayu gaharu maut ditimpa pokok


SH

TERENGGANU - Seorang pencari kayu gaharu maut ditimpa sebatang pokok yang ditumbangkan pekerja yang sedang membersih jalan kayu balak di hutan Sungai Tembak, Hulu Terengganu, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, ASP Rosli Mohd Amin hari ini berkata mangsa dikenali sebagai Mahsah Darmuja, 30, berasal dari Jawa Tengah, Indonesia.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi ketika tiga pekerja sedang menebang pokok untuk dijadikan laluan membawa kayu balak dari kawasan pembalakan tidak jauh dari situ dengan sebuah jentolak.

"Pekerja berkenaan dipercayai tidak menyedari mangsa berada berhampiran apabila mangsa ditimpa pokok yang ditumbangkan dengan jentolak.

"Mendengar jeritan mangsa, pemandu jentolak dan rakannya mencari mangsa dan menemuinya dalam keadaan terbaring dan mengalami cedera parah pada bahagian kepala," katanya.

Mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan, namun dia disahkan meninggal dunia di Bilik Kecemasan hospital itu sejurus tiba.- Bernama

Tujuh jenazah satu liang lahad




LEBIH 500 penduduk menyertai solat jenazah untuk tujuh mangsa kejadian tanah runtuh di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Hulu Langat, semalam.


HULU LANGAT 22 Mei - Tujuh daripada 16 mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di sini hari ini.
Kesemua jenazah tujuh mangsa itu dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 2.30 petang.
Mereka ialah Dzahir Haziq Mohd. Muin, 18; Mohd. Azret Azahari, 8; Wan Ahmad Hasril Hazim, 11; Muhammad Naerzeim Mohd. Noor, 8; Mohd. Zaid Azahari, 14; Mohd. Iman Fahad, 9, dan Muhammad Hazim Sapree, 10.
Dua lagi mangsa dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil selepas solat Zuhur hari ini iaitu Muhammad Kamarul Amizan Johari, 11, dan Muhammad Riezman Abdul Latif, 9.
Tujuh lagi mayat mangsa lain sudah dituntut ahli keluarga masing-masing. Tiga daripadanya dikebumikan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur serta masing-masing satu di Batu Caves, Perak, Pahang dan Kelantan.
Di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Hulu Langat, lebih 500 penduduk menyertai solat jenazah mangsa kejadian tanah runtuh itu sebelum semua mereka dikebumikan dalam satu liang lahad.
Lima daripada jenazah tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 10.45 pagi, diikuti dua jenazah pada pukul 12.41 tengah hari.
Sebaik sahaja semua waris selesai melakukan pengecaman wajah mangsa, jenazah kemudian disembahyangkan kira-kira pukul 1.35 petang.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan berikutan tragedi itu.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kira-kira 200 ahli keluarga dan rakan kepada 16 mangsa yang terbunuh berkumpul di pekarangan bilik mayat hospital berkenaan seawal pukul 7 pagi.
Selesai sahaja proses bedah siasat dijalankan, jenazah mangsa mula dituntut oleh keluarga masing-masing secara bergilir-gilir mulai pukul 7 pagi ini dan selesai pukul 12 tengah hari.
Seramai 37 kakitangan HKL termasuk pegawai agama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak tidur sejak pukul 9.30 malam tadi kerana bertungkus-lumus menguruskan kesemua 16 mayat mangsa tragedi itu.
Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Pelajar perempuan dakwa dipukul hingga rahang retak




Noraidawati Rasidi menunjukkan kesan bengkak di pipi adiknya yang mendakwa dipukul penghuni asrama akhlak di Jitra, Kubang Pasu, semalam.


KUBANG PASU 22 Mei - Seorang bapa mendakwa anak perempuannya yang ditempatkan sementara waktu di sebuah asrama akhlak di Jitra dipukul sehingga retak tulang rahang oleh dua penghuni asrama tersebut.
Rasidi Sulaiman, 55, berkata, anaknya yang berusia 15 tahun itu dimasukkan ke asrama tersebut sejak awal bulan ini kerana menjadi saksi untuk satu kes di mahkamah.
"Saya hanya tahu mengenai kejadian dia dipukul apabila dia menelefon kakaknya pada Jumaat lalu.
"Dia beritahu bahawa dia dipukul oleh dua orang senior pada Rabu dan dihantar ke Hospital Jitra oleh penyelia asrama pada Khamis untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Jitra, di sini hari ini.
Menurut Rosidi, dia kesal kerana kejadian itu berlaku di asrama tersebut yang sepatutnya melindungi anaknya tetapi sebaliknya dipukul hingga cedera.
Katanya, anak perempuannya itu masih dirawat di Hospital Jitra dan akan menjalani satu pembedahan pada Selasa depan.
"Dia kini tidak mahu lagi tinggal di asrama ini dan saya bersyukur kerana tempoh dia ditempatkan di asrama tersebut tamat pada hujung bulan ini," katanya.
Tambahnya, dia telah membuat satu laporan polis mengenai kejadian itu dan berharap mereka yang memukul anaknya dikenakan tindakan sewajarnya.
Dalam pada itu, mangsa yang merupakan anak kelima daripada lapan beradik mendakwa, dia dipukul oleh dua penghuni asrama tersebut di surau setelah dia merungut apabila disuruh membasuh pinggan mangkuk mereka.
"Saya ada merungut kerana asyik disuruh basuh pinggan mangkuk mereka dan selepas saya masuk ke surau dua orang senior tampar pipi dan tolak saya hingga terjatuh," dakwanya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusuf berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Setakat ini, siasatan masih dilakukan dan belum ada tangkapan dibuat," katanya.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Penoreh getah ditemui mati dengan kesan tikaman, tetakan




Mayat S. Gajamugan dibawa ke dalam kenderaan polis selepas dibunuh di rumahnya di Taman Muhibbah, Sungai Siput, Perak, semalam.


SUNGAI SIPUT 22 Mei - Seorang penoreh getah ditemui mati dengan kesan tikaman dan tetakan di beberapa bahagian badan di rumahnya di Taman Muhibbah, dekat sini pagi ini.
S. Gajamugan, 34, yang juga adik ipar Ketua MIC Bahagian Sungai Siput, R. Ganesan, ditemui terbaring dan berlumuran darah di dalam bilik kira-kira pukul 9 pagi.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Azman Salim berkata, mayat mangsa ditemui isterinya, V. Kasturi, 36, yang baru pulang bermalam di rumah bapanya tidak jauh dari perumahan tersebut.
Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa tidak dirompak kerana tiada kehilangan barangan dilaporkan.
"Semasa isterinya pulang ke rumah, didapati pintu hadapan terbuka dan mangsa dilihat terbaring dengan keadaan berlumuran darah.
"Bagaimanapun, pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata yang digunakan oleh suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Azman berkata, pihaknya sedang menyiasat motif pembunuhan tersebut dan percaya kejadian itu berlaku antara pukul 2 hingga 9 pagi.
Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Penduduk belasah suspek curi




Seorang pemuda digari oleh pihak polis selepas diberkas oleh orang ramai kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di Bandar Baru Bangi, semalam.


KUALA LUMPUR 22 Mei – Akibat geram kegiatan curi motosikal dan pecah rumah semakin menjadi-jadi, sekumpulan penduduk bertindak membelasah seorang lelaki yang disyaki suspek jenayah itu yang berjaya diberkas sebelum diserahkan kepada polis.
Suspek sudah lama dicari oleh penduduk kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal dan pecah rumah di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi dekat sini.
Menurut sumber, lelaki terbabit bagaimanapun tersilap langkah apabila mengunjungi sebuah restoran di situ semalam untuk membeli minuman yang kebetulan ada pengunjung mengenalinya.
“Para pengunjung restoran kemudian berpakat mengejar dan berjaya memberkasnya di hadapan restoran berkenaan.
“Dia kemudian dibelasah hampir sejam sebelum polis tiba dan membawanya ke balai untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Sumber itu berkata, suspek yang dibelasah mengalami kecederaan di kepala, tetapi tidak serius.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Isteri cagar rumah bebas Strauss-Kahn


Duduk pangsapuri mewah selepas keluar penjara


NEW YORK: Isteri Dominique Strauss-Kahn, menjadikan rumah agam mereka sebagai cagaran untuk membantu mengumpul AS$6 juta (RM18.06 juta) bagi membayar wang jaminan dan membebaskan suaminya dari penjara.

Bekas pengarah urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) itu kelmarin menginap di sebuah pangsapuri yang disewa dengan harga £2,700 (RM13,204.75) sebulan selepas dibebaskan dari penjara di Rikers Island, di mana dia ditahan atas tuduhan melakukan serangan seksual.
Isterinya, pewaris dan pengacara televisyen Perancis, Anne Sinclair, difahamkan membayar sewa untuk ‘kurungan emas’ di tingkat empat blok pangsapuri ekslusif berhampiran tapak bekas Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Jaminan ahli politik Perancis itu ditetapkan pada AS$1 juta (RM3.01 juta) dalam bentuk tunai dan AS$5 juta (RM15.05 juta) dalam bentuk bon insurans, yang dikumpul Sinclair menggunakan rumah agamnya di Washington DC.

Jika suaminya melarikan diri, beliau terpaksa menyerahkan wang dan rumah di daerah ekslusif Georgetown yang dibelinya pada 2007 dengan harga AS$4 juta (RM12.04 juta).

Strauss-Kahn didakwa menyerang secara seksual seorang pekerja di sebuah hotel di Times Square Sabtu lalu.

Sinclair turut membayar £150,000 (RM733,597.18) untuk pengawal bersenjata, yang diletakkan di luar kaki lima marmar pangsapuri itu bagi memastikan ahli politik berusia 62 tahun itu tidak cuba melarikan diri ke Perancis.
Penolong Peguam Daerah Artie McConnell, pendakwa raya yang membawa kes itu, membantah dengan keras penahanan dalam rumah, mengatakan kawasan hampir dengan Ground Zero menjadi ‘sukar untuk polis mengawalnya.’

Penduduk bangunan itu berang apabila mereka dimaklumkan Strauss-Kahn berpindah ke pangsapuri dua bilik mewah itu.

Bagaimanapun, mereka diyakinkan beliau tidak dibenarkan menggunakan gimnasium atau bilik biliard bangunan itu. Dia hanya dibenarkan meninggalkan bangunan untuk menghadiri upacara keagamaan atau mendapatkan rawatan perubatan.

Pilihan awalnya untuk sebuah pangsapuri terletak di Bristol Plaza di tengah bandar Manhattan, yang mengiklankan pangsapuri yang ‘lebih baik berbanding hotel’ selain mempunyai perkhidmatan pembantu rumah harian. Namun dia kemudian membatalkan hasratnya.

Permohonannya ‘adalah untuk menghormati’ penyewa lain, kata seorang daripada peguamnya.

“Penghuni bangunan itu tidak akan menerima dirinya yang tinggal di sana,” peguam menjelaskan.

Beliau juga ditolak apabila meminta untuk berpindah ke sebuah blok perumahan graduan, di mana anak perempuannya, Camille, seorang pelajar Universiti New York memiliki kediaman.

Akhbar The Mail on Sunday melaporkan, mangsa, 32, seorang pendatang Afrika Barat yang tidak dinamakan atas alasan perundangan, bersembunyi selepas penyiasat untuk pasukan perundangan Strauss-Kahn didakwa meluluskan satu kempen ‘memalukan.’

Siasatan itu cuba membuktikan bahawa perunding kewangan itu terperangkap dalam seks ‘sukarela’ bersama wanita dalam satu konspirasi direka untuk menyekat kempennya sekali gus mengalahkan presiden Perancis Nicolas Sarkozy. – Agensi
Berita Harian Online | Isteri cagar rumah bebas Strauss-Kahn

Pembalak guna diesel subsidi terbongkar



ANGGOTA KPDNKK memeriksa sebuah tangki yang mengandungi minyak diesel bersubsidi di satu kawasan hutan simpan di Maran kelmarin.


KUANTAN - Kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi dalam satu operasi pembalakan terbongkar apabila sekumpulan pegawai Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang melakukan serbuan di satu kawasan hutan simpan di Maran dekat sini kelmarin.
Pengarahnya, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu, pihaknya merampas 4,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM7,200 yang disimpan di dalam sebuah tangki minyak berhampiran rumah kongsi pekerja di situ.
"Pemeriksaan dilakukan oleh tiga pegawai KPDNKK dan dua wakil syarikat teknologi nano menggunakan teknologi nano mendapati, minyak diesel tersebut adalah minyak diesel bersubsidi.
"Minyak tersebut dipercayai disimpan di situ untuk kegunaan operasi pembalakan," katanya kepada pemberita di sini.
Kosmo! Online - Negara

Sengaja mahu ke tali gantung





Azman menutup muka ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa mengedar dan memiliki dadah jenis metemphatamine semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur, Azman Mohamad, 42, tidak serik walaupun sudah lima kali ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah sejak 1998 apabila dia sekali lagi ditahan buat kali keenam, 12 Mei lalu.
Bezanya, kali ini dia berdepan dengan kesalahan lebih besar yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan kerana didakwa mengedar dadah jenis metemphatamine seberat 111.10 gram.
Azman mengaku faham atas tuduhan yang dilakukan di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Faraziana Zainuddin.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Lelaki yang masih bujang itu turut dituduh memiliki sejumlah 15.92 gram dadah sama ketika serbuan dilakukan di rumahnya bernombor 5562, Jalan Batu Rakit dekat sini kira-kira pukul 6 petang.
Mengikut pertuduhan kedua itu, Azman didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih lima tahun berserta sebatan.
Azman juga mengaku faham atas pertuduhan tersebut.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.
Siti Faraziana kemudiannya menetapkan 3 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula.
Kosmo! Online - Negara

320 keping DVD, VCD cetak rompak dirampas

Kosmo! Online - Negara: "

DUA anggota penguat kuasa memeriksa VCD dan DVD yang dirampas dalam operasi di Pasar Mundok, Pasir Mas semalam.

KOTA BHARU - Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri Cawangan Kelantan dan Terengganu berjaya merampas 320 keping cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak dalam operasi bersepadu di Pasar Mundok, Pasir Mas dekat sini Khamis lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 pagi itu, sebanyak 120 keping DVD manakala selebihnya VCD pelbagai tajuk yang tidak mempunyai Sijil Perakuan B dianggarkan bernilai RM3,000 telah dirampas.

Penolong Pegawai Penguatkuasanya, Hamir Syafei berkata, gerai tersebut itu ditinggalkan kosong ketika diserbu dan pihaknya percaya penjaga atau pemiliknya baru sahaja melarikan diri."

Ibu trauma diganggu ah long



SEW HOCK (dua dari kiri) menunjukkan rumah mangsa, Hua Ing (tiga dari kanan) yang disimbah cat oleh ah long di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang ibu tunggal kini hidup dalam ketakutan selepas rumahnya di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini disimbah cat dipercayai dilakukan oleh sekumpulan ah long kelmarin.
Mangsa, Dieh Hua Ing, 54, mengaku sejak insiden tersebut dia trauma dan bimbang akan terus menjadi mangsa ah long meskipun dia tidak pernah meminjam wang dengan mana-mana pihak sebelum ini.
Menurutnya, kejadian tersebut disedari jirannya yang melihat dua lelaki menaiki kereta melempar cat merah ke rumah mangsa kira-kira pukul 1 petang kelmarin. Ketika kejadian, mangsa bersama anak perempuannya yang berusia 16 tahun tiada di rumah.
“Saya memang tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak terutama ah long tetapi saya tidak tahu mengapa rumah saya menjadi sasaran mereka.
“Mungkin mereka tersalah rumah tetapi saya tetap bimbang memandangkan saya hanya tinggal berdua bersama anak perempuan yang masih bersekolah,” katanya kepada pemberita di rumahnya semalam.
Kosmo! Online - Negara

Retak rahang dipukul senior

Kosmo! Online - Negara: "
JITRA – Seorang pelajar tingkatan tiga mendakwa dia dipukul dua penghuni senior sebuah pusat pemulihan akhlak di sini sehingga retak rahang muka sebelah kiri dan bengkak pada pinggang dalam kejadian di sebuah surau asrama pusat itu pada Rabu lalu.

Pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Nerang dekat sini kini dirawat di Hospital Jitra dan akan menjalani pembedahan pada rahang di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar pada 24 Mei ini.

Mangsa yang merupakan anak kelima daripada lapan beradik mendakwa, dia dipukul oleh dua penghuni asrama tersebut di surau kerana merungut ketika disuruh membasuh pinggan mangkuk dipakai dua penghuni senior itu.

“Saya merungut kerana kerap disuruh basuh pinggan mangkuk mereka dan selepas saya masuk ke surau dua orang penghuni senior tampar pipi dan tolak saya hingga terjatuh,” cerita mangsa ketika ditemui di wad Hospital Jitra di sini semalam."