Search This Blog

Sunday, May 15, 2011

Pasangan bercumbu cuba lari



PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bertindak agresif dengan cuba melarikan diri ketika sedang disoal siasat selepas ditangkap berkhalwat di sebuah taman di Apartmen Idaman, Damansara Damai awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun usahanya itu sia-sia apabila dia berjaya ditangkap semula oleh anggota biro keselamatan yang bertindak mengejarnya sejauh lebih 50 meter.

Tindakan agresif remaja itu tidak berakhir meskipun sudah ditahan apabila dia masih mahu bergelut untuk melepaskan diri sebelum dia dan pasangan perempuan dibawa ke dewan.

Ketua Biro Keselamatan apartmen itu, Azmi Ardi berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan anggota biro ketika sedang bercumbuan di taman terbabit.

Menurutnya, remaja perempuan itu tinggal di apartmen manakala pasangan lelakinya tinggal di Desa Jaya.

Remaja lelaki itu mengaku baru sahaja pulang daripada bekerja dan mahu menghantar teman wanitanya pulang.

“Kita sudah memanggil bapa remaja lelaki untuk datang dan selepas diterangkan mereka faham tentang kesalahan yang telah dilakukan anaknya,” katanya.

Dalam pada itu Azmi berkata, dua hari lalu sekumpulan remaja turut ditahan ketika sedang menikmati minuman keras di taman sama.
SH

Tiga enjin bot hilang



MASJID TANAH - Belum reda kehilangan enjin dan perahu di Jeti Telok Gong, di sini, baru-baru ini, kini giliran Nelayan Pengkalan Keramat, Kampung Baru, pula menjadi sasaran apabila tiga enjin bot jenis 15KK dan 8KK bernilai RM14,000 lesap.

Lebih menghairankan, kumpulan pencuri terbabit hanya mencuri enjin bot milik nelayan yang tersimpan di stor yang berkunci sebelum melarikan sebuah perahu baru yang dirantai di daratan sebelum meninggalkan perahu berkenaan 700 meter di tengah laut.

Seorang nelayan, Norazlan Mohamad, 35, ketika ditemui berkata, ketika melalui jalan Pengkalan Keramat kira-kira jam 7 pagi kejadian, dia terkejut melihat sebuah perahu mirip perahu yang baru dibelinya terapung tidak jauh dari pantai.

“Saya mendapati perahu itu milik saya yang baru dibeli dua bulan lalu dan mendapati perahu yang dirantai di darat hilang, saya terus meminta pertolongan rakan untuk menunda perahu itu ke pantai,” katanya.

Norazlan berkata, tidak lama selepas itu, dia dimaklumkan seorang nelayan, pagi itu tiga enjin bot milik tiga nelayan lesap dilarikan pencuri.

“Kesemua nelayan itu sudah pun membuat laporan polis berhubung kecurian itu di Balai Polis Kuala Sungai Baru.

“Pencuri itu sanggup memotong rantai besar di perahu saya bernilai RM4,200 semata-mata mahu mengangkut enjin bot yang dicuri dan meninggalkan perahu saya di tengah laut,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Nasir Ahmad, 49, pula berkata, terkejut ketika tiba di Pengkalan Keramat kira-kira jam 5 pagi kelmarin mendapati keadaan sekitar mencurigakan apabila pintu stor terbuka seperti dipecah masuk.

Mohamad Nasir kemudiannya nekad memberanikan diri membuat pemeriksaan dalam stor pertama dan didapati dua enjin bot jenis Johnson 15KK bernilai RM5,500 setiap satu yang tersimpan dalam stor berkenaan lesap sekelip mata.

“Turut hilang adalah enjin rakan saya, Jamal Ismail, 54, dan apabila saya ke stor kedu, didapati sebuah enjit bot 8KK kepunyaan rakan saya, Tahir Ali, 60, turut lesap,” katanya.
SH

Dicerca teman lelaki anak angkat



ALOR GAJAH - Seorang ibu tunggal merasa terhina apabila diherdik dan dicaci teman lelaki anak angkat perempuannya yang berumur 27 tahun sewaktu menuntut lebihan wang membaiki rumah yang tidak siap, baru-baru ini.

Ibu tunggal beranak tiga yang hanya ingin dikenali sebagai Rosnah Abu, 40, berkata, dia terpaksa melalui detik memalukan sewaktu bertandang ke rumah mentua lelaki berkenaan bagi menuntut lebihan wang ubah suai rumah sebanyak RM15,000.

Rosnah mengimpikan rumah yang baru dibeli di sebuah taman di Merlimau, dekat sini diubah suai sebelum teman lelaki anak angkatnya itu menawarkan diri untuk kerja pengubahsuaian.

Menurutnya, pada pagi 18 Mac lalu, dia ke rumah teman lelaki angkatnya itu di Tanjung Bidara bersama anak saudaranya, Suriani Rasul, 29, bagi bertanyakan kedudukan rumahnya yang masih tidak siap.

“Seorang wanita berusia 50-an menyambut kedatangan kami dan bertanya tujuan saya ke rumahnya.

“Saya mengatakan mahu berjumpa menantunya berhubung kerja pengubahsuaian rumah saya tetapi dimaklumkan menantunya berada di luar daerah tetapi saya mengesyaki teman lelaki anak angkat saya itu ada bersembunyi di dalam rumah setelah menyedari kehadiran saya,” katanya.

Rosnah berkata, dia yakin lelaki itu menyorok di rumah mentuanya berdasarkan motosikal dan keretanya yang berada di garaj kereta rumah berkenaan.

“Secara tiba-tiba lelaki itu keluar rumah dan menyerang saya dengan kata-kata kesat bertujuan memalukan saya.

“Lelaki itu turut mendakwa saya sengaja membesarkan masalah ini,” katanya.

Rosnah yang membuat dua laporan polis di Balai Polis Masjid Tanah mendakwa, mentua lelaki berkenaan turut menuduh dia sengaja mencari menantunya yang tidak tahu apa-apa untuk melakukan kerja pengubahsuaian rumahnya.

Malah katanya, anak angkatnya yang berusia 24 tahun mendesak agar mengambil teman lelakinya itu untuk melakukan kerja pengubahsuaian rumah dan meminta bayaran RM30,000 diserahkan untuk pelaksanaan kerja tersebut.

“Malangnya, anak angkat dan teman lelakinya itu kini hilang meninggalkan kerja separuh jalan tanpa mengikut pelan rumah yang asal menyebabkan rumah saya tidak sempurna,” katanya.

Menurutnya lagi, keesokannya 19 Mac, Suriani didatangi seorang lelaki berbadan tegap berusia 40-an mendakwa bapa saudara lelaki berkenaan ketika anak saudaranya berada di tempat kerja.

“Lelaki itu menyerang Suriani dengan kata kesat dan mencaci di hadapan rakan sekerjanya serta memberi amaran agar tidak mencampuri urusan peribadi keluarganya.

“Tujuan saya ke rumah mereka hanya mahu mengetahui kedudukan rumah yang diubah suai dan menuntut sejumlah wang bagi meneruskan kerja yang terbengkalai, malangnya saya hilang maruah selepas dihina dan dicaci,” katanya.
SH

Gempar jentolak terbabas



LUKUT - Sebuah jentolak yang terbabas sekitar 5 petang kelmarin di Batu 3, Port Dickson - Seremban menggemparkan pengguna jalan raya, dekat sini.

Kejadian yang berlaku di persimpangan Dataran Segar, Lukut melibatkan sebuah jentolak milik Jabatan Kerja Raya (JKR) dari arah Lukut.

Brek jentolak berkenaan dipercayai tidak berfungsi apabila tiba di persimpangan lampu isyarat mengakibatkan pemandu gagal mengawalnya.

Pemandu jentolak yang enggan dikenali berkata, dia dalam perjalanan ke stor JKR di Port Dickson selepas selesai selesai melakukan kerja projek JKR.

“Namun apabila sampai di Taman Sentosa, secara tiba-tiba brek tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Akibat daripada itu, kenderaan tidak dapat dikawal lalu melanggar papan tanda Dataran Segar dan pembahagi jalan di situ,” katanya.

Dalam kejadian tersebut, sebuah Proton Perdana yang berhenti ketika lampu isyarat merah turut mengalami kerosakan berikutan terkena batu yang dilanggar oleh jentolak berkenaan.

Pemandu dan penumpang kereta tersebut yang ketika itu dalam perjalanan ke pasar raya sekitar Dataran Segar terperanjat dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, pemandu kereta tersebut seorang wanita berusia 22 tahun bersama rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan dan berikutan kejadian tersebut, kejadian lalu lintas sedikit terganggu hampir sejam.
SH

Dalang pasport palsu




AYER KEROH - Seorang lelaki warga asing menjadikan status penduduk tetap yang diperolehinya untuk menjalankan kegiatan pemalsuan pas lawatan kerja sementara dan pasport kepada pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Penjenayah berusia 42 tahun dikenali sebagai Imam dari Indonesia itu dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak kira-kira empat tahun lalu dan kini sudah mengedarkan kira-kira 800 dokumen palsu.

Bagaimanapun, kegiatannya akhirnya terbongkar selepas Jabatan Imigresen Melaka menahan seorang lelaki juga warga Indonesia yang memiliki pasport palsu dalam operasi bersepadu di Batu Berendam, kira-kira 3 petang, kelmarin.

Hasil maklumat lelaki yang ditahan itu, anggota Imigresen termasuk dua pegawai bahagian penguat kuasa melancarkan dalam Ops Serkap, kira-kira sembilan jam selepas itu.

Dalam serbuan kira-kira 12 tengah malam itu, mereka menyerbu sebuah rumah di Taman Malim Jaya, Malim dekat sini yang dikatakan menjadi transit pendatang asing untuk mendapatkan dokumen palsu.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Ahmad Faiz Abdullah berkata, hasil serbuan, seorang lelaki dikenal pasti sebagai dalang sindiket itu berjaya ditangkap.

“Turut ditahan, empat lelaki warga Indonesia berusia 25 hingga 38 tahun di dalam rumah itu.

“Kita turut menjumpai 35 cop kawalan keselama tan Jabatan Imigresen Malaysia dan Imigresen Indonesia, selain 49 pasport pelbagai negara seperti Indonesia, Kemboja, Pakistan dan Bangladesh,” katanya pada sidang media di Pejabat Penguatkuasa Jabatan Imigresen, di sini, semalam.

Ahmad Faiz berkata, pihaknya turut menemui pelekat permit kerja palsu yang dipercayai dibekalkan sindiket terbabit kepada pekerja asing tanpa izin di seluruh Melaka termasuk Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.

“Dua kereta jenis Honda Accord dan Proton Wira dipercayai milik sindiket yang terletak di rumah itu juga disita untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, siasa tan awal mendapati, beka lan pasport palsu dibeli dengan harga RM50 senaskah dari satu sindiket penjualan pasport palsu di Kuala Lumpur, manakala pasport lengkap dengan cop dan pelekat dijual sebanyak RM2,500.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 56(1)(I) Akta Imigresen kerana memiliki pas, permit dan dokumen perjalanan palsu dan Seksyen 12(1)(F) Akta Pasport 1966 kerana memiliki pasport atau dokumen perjalanan milik orang orang lain,” katanya.
SH

Rangkaian sindiket dadah tumpas




GEORGETOWN - Lagi kondominium mewah dijadikan makmal bagi memproses dadah. Bagaimanapun, kegiatan haram itu masih dapat dihidu apabila sepasukan polis Narkotik Bukit Aman dan Pulau Pinang, Khamis lalu menyerbu enam makmal sekitar kawasan Georgetown, Air Hitam dan Gelugor.

Sumber polis berkata, serbuan serentak itu berjaya menumpaskan sebuah rangkaian sindiket memproses dadah bernilai jutaan ringgit yang dipercayai untuk pasaran sekitar negeri ini dan negeri lain.

“Serbuan yang diadakan Khamis lalu kira-kira jam 6 petang itu, polis berjaya menahan 13 ahli sindiket berkenaan termasuk empat wanita selain menemui pelbagai alatan memproses dadah.

“Satu daripada pangsapuri itu adalah jenis ‘penthouse’ yang disewa sindiket terbabit dalam sebuah pusat beli belah di bandar ini untuk dijadikan makmal selain cuba untuk mengaburi mata orang ramai dengan menjalankan kerja haram mereka itu,” katanya.

Menurutnya, ahli sindiket itu turut menyewa dua lagi unit pangsapuri di lokasi sama sebagai tempat menyimpan stok dan dijadikan kediaman ahli sindiket terbabit.

“Serbuan ini dilakukan hasil daripada risikan dan juga maklumat daripada orang awam yang mencurigai kegiatan dilakukan ahli sindiket terbabit. Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah antaranya syabu, ketamin dan heroin selain sebilangan besar alat memproses dadah dan bahan mentah di enam makmal berkenaan,” katanya.

Difahamkan, serbuan itu adalah terbesar dalam tahun ini yang membabitkan lebih 50 anggota serta pegawai dari Jabatan Narkotik Bukit Aman, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

“ Polis kini masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti rangkaian sindiket terbabit dan tidak menolak kemungkinan akan melakukan beberapa lagi tangkapan,” katanya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan serbuan berkenaan dan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.
SH

Mangsa asid kritikal

ALOR SETAR - Keadaan mangsa kes simbah asid di Kampung Sentang, Utan Aji, Perlis awal pagi kelmarin, Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 24 dilaporkan masih kritikal dan mengalami kecederaan parah hampir 50 peratus daripada keseluruhan anggota badan.

Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, mangsa sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kira-kira jam 2 pagi sebelum dirujuk dan dihantar ke HSB kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin.

Menurutnya, mangsa diberi bantuan pernafasan dan hasil ujian kertas litmus mengesahkan cecair yang disimbahkan ke arah bahagian muka dan badan mangsa adalah asid.

“Mangsa ketika ini dipindahkan ke Unit Rawatan Kebakaran HSB untuk mendapatkan rawatan intensif.

“Mangsa juga akan menjalani pembedahan mata dalam masa terdekat bagi menyelamatkan penglihatannya dan beberapa pembedahan lain yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan ringkas yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.

Semalam, seorang pemandu lori pasir tidak menyangka tindakannya membuka pintu selepas diketuk beberapa kali memberi laluan kepada musuh untuk menyimbah asid ke arah mukanya, awal pagi semalam.

Kesan dari simbahan kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Muhamad Hanif mengalami cedera parah di bahagian muka dan badan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Noordin berkata, ketika kejadian, mangsa yang baru pulang kerja sedang bersiap sedia untuk tidur. Bagaimanapun, terpaksa bangun selepas mendengar bunyi ketukan pintu beberapa kali.

Menurutnya, sejurus membuka pintu, seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu utama rumahnya, bertindak mencurah sejenis cecair iaitu asid ke arah mangsa sebelum melarikan diri.
SH

Mayat terikat kaki, leher



ALOR SETAR - Mayat lelaki berusia 26 tahun ditemui dengan keadaan kaki dan leher terikat di Sungai Mati, Jalan Kilang Tebu pagi, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, mangsa, Low Choon Aik tinggal di Taman Teratai Jingga, Jalan Pegawai.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di Wisma Hijau Kuning ditemui berpakaian lengkap tanpa kasut dan sudah dikenal pasti oleh waris.

“Mangsa dipercayai dibunuh dan kemudiannya dibuang ke dalam sungai, namun kita masih lagi menyiasat punca kejadian.

“Buat masa ini, polis menahan tiga suspek bagi membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya kepada media ketika ditemui, semalam.

Mohd Zakaria berkata, mangsa akan dibedah siasat esok (hari ini) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara ini diminta agar menghubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Idris Mydin berkata, bilik gerakan bomba menerima panggilan kira-kira 6.40 petang, kelmarin.

“Operasi mencari mangsa disambung bermula jam 8 pagi hari ini (semalam) dan mangsa berjaya ditemui pada jam 10.55 pagi,” katanya ketika ditemui.

Saksi kejadian, Choong Gaik Ngoh, 32, berkata, dia ternampak objek seakan-akan manusia di jeti Taman Seri Ampang berhampiran tempat dia dan beberapa rakan bersembang.

Menurutnya, dia kemudian memaklumkan kepada rakan-rakan yang berada di situ, namun mereka tidak berani untuk mengambil tindakan dan segera menghubungi pihak bomba.
SH

Terpedaya janji palsu Pak Ngah



KANGAR - Seramai 52 pemohon yang dijanjikan rumah di beberapa taman perumahan di sini kecewa selepas mengetahui individu yang menabur janji akan memudahkan urusan mendapatkan rumah idaman mereka adalah palsu semata-mata.

Seorang pengawal keselamatan, Sabariah Che Hat, 49, berkata, dia sudah membayar RM1,400 kepada individu yang bernama Rosli Ngah atau dikenali sebagai Pak Ngah yang berjanji untuk membantu memudahkan urusan membeli rumah di Taman Santan II di sini.

Menurutnya, dia pernah membuat permohonan untuk mendapatkan rumah di taman berkenaan pada empat tahun lepas bagaimanapun, belum menerima apa-apa jawapan sehingga kini.

“Saya begitu teruja apabila Pak Ngah memberitahu boleh membantu saya memudahkan urusan mendapatkan rumah ini kerana dia bekerja dengan Menteri Besar dan mengenali orang-orang Kerajaan Negeri.

“Untuk urusan itu, saya sudah membuat pembayaran kepadanya secara ansuran sejumlah RM1,400 dan penyerahan kunci akan berlangsung hari ini (kelmarin) di Dewan 2020.

“Bagaimanapun, selepas beberapa jam menunggu, dia (Pak Ngah) langsung tidak kelihatan dan telefon bimbitnya juga telah dimatikan,” katanya ketika ditemui selepas bertindak membuat laporan polis beramai-ramai di Balai Polis Kangar, kelmarin.

Seorang lagi mangsa yang juga seorang sarjan bersara, Hamzah Bidi, 55, berkata, kegembiraannya untuk menetap di rumah baru kecewa selepas menyedari telah ditipu.

Menurutnya, dia sudah membuat pembayaran sebanyak RM1,100 melalui akaun Pak Ngah pada Februari lalu selepas lelaki terbabit memintanya menjelaskan wang pendahuluan sebelum kunci rumah diberikan.

“Hari ini (kelmarin) kami dijanjikan untuk datang mengambil kunci rumah masing-masing di sini dan penyerahan dikatakan akan disempurnakan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

“Namun, selepas menunggu sekian lama, dia tidak muncul malah usaha mengesannya melalui telefon bimbit dan mencarinya hingga ke rumah juga gagal,” katanya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, dua beranak yang kini menetap di Pulau Pinang turut tertipu dengan lakonan lelaki terbabit.

Ahmad Mustapha, 56, berkata, dia menerima tawaran Pak Ngah untuk membantu memudahkan urusan mendapatkan rumah di Pangsapuri Sena Kampung Bakau di sini selepas mengetahui lelaki terbabit pernah berkhidmat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sena, Abdul Jamil Saad.

Katanya, dia sudah membayar sejumlah RM600 pada Disember tahun lalu bagi mendapatkan rumah terbabit untuk diberikan kepada anak yang berkahwin dan kini menetap bersama isterinya di negeri ini.

“Saya langsung tidak mengesyaki apa-apa yang mencurigakan selepas mengetahui Pak Ngah pernah bekerja dengan ADUN kawasan terbabit. Namun, kini saya menyesal kerana terlalu mudah mempercayai orang lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Noordin menyesahkan menerima laporan berkaitan kes penipuan itu dari berpuluh-puluh individu.

Beliau berkata, pihaknya akan mengesan suspek yang terlibat dalam kes penipuan itu dan kes disiasat mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan yang hadir ke Balai Polis Kangar berkata, beliau akan berbincang dengan Kerajaan Negeri berkaitan masalah berkenaan.

Beliau menganggap kes itu merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan beliau memandangkan lelaki yang dikaitkan dengan penipu berkenaan pernah bekerja dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun, telah berhenti tanpa sebarang surat peletakan jawatan tiga tahun lalu.
SH

Hilang selepas dengar suara pelik




TANAH MERAH – Seorang lelaki hilang di kawasan Hutan Simpan Sokor empat hari lalu selepas dipercayai berdepan masalah tekanan perasaan sejak tiga bulan lepas.

Hanapi Deris, 41, yang masih bujang dikatakan sering menerima gangguan berupa suara tidak diketahui datang dari arah mana yang membuatkannya sering ketakutan dan sukar tidur malam.

Dikatakan suara tersebut sering memanggilnya pada sebelah petang dan turut diselang-seli dengan suara seolah-olah mengugut mahu memukulnya.

Difahamkan anak kelima daripada enam beradik ini seorang yang pendiam, serta rapat dengan ahli keluarga berubah menjadi takut terutama dengan orang tidak dikenali selepas menerima gangguan tersebut.

Abang keduanya, Baharuddin Beris, 58, berkata, berikutan gangguan tersebut juga, Hanapi pernah tidak tidur malam sehingga seminggu sehingga rakannya membawanya ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan.

“Selepas mendapatkan rawatan, dia pulih seperti biasa serta dapat bekerja tanpa sebarang gangguan dan diberikan surat untuk membuat rawatan lanjut. Bagaimana dia tidak berbuat demikian sehinggalah gangguan tersebut berulang,” katanya kepada Sinar Harian.

Baharudin berkata, selain mendapatkan rawatan hospital, dia dan keluarga turut berubat secara tradisional bagi memulihkan Hanapi.

Menurutnya, pada hari kejadian, 11 Mei kira-kira jam 2 petang, Hanapi meminjam motosikal kawannya dan memberitahu hendak ke rumah salah seorang abangnya yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya.

“Tetapi dia mengubah haluan ke arah hutan simpan menyebabkan rakannya mengekorinya. Tetapi kelibatnya hilang sekelip mata, motosikalnya berjaya ditemui kira-kira dua kilometer daripada rumah, sementara dia tidak ditemui,” katanya.

Baharudin berkata, selepas 24 jam usaha mencari Hanapi gagal, dia membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Tiga kira-kira jam 3.50 petang, 12 Mei lepas.

Sehingga kini, penduduk kampung masih berusaha mencari mangsa termasuk dengan menggunakan khidmat bomoh.

Rakannya, Mohd Nor Azam Hussin,29, berkata, sejak menerima gangguan, Hanapi sering menceritakan masalah tersebut kepadanya dan juga rakan-rakan yang lain.

Menurutnya, Hanapi sebelum ini sering ke Hutan Simpan Sokor untuk berburu serta menangkap burung.

“Dua tiga hari sebelum hilang dia ada menceritakan yang dia masih menerima gangguan. Selepas melihat dia mengubah haluan pada hari kejadian, saya terus mengekori kerana bimbang selepas dia menceritakan perkara menimpanya sebelum ini,” katanya.
SH

Dua peniaga ‘diserang’ kepala angin




KUALA NERUS – Dua peniaga kerugian lebih RM10,000 apabila premis perniagaan mereka rosak akibat ‘diserang’ kepala angin dalam satu kejadian ribut yang berlaku selama 10 minit di Kampung Tepoh, di sini semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu menyebabkan bahagian depan kedai menjual pakaian terpakai runtuh menghempap kereta, atap tercabut manakala kedai makan bersebelahan turut menerima nasib sama.

Pemilik kedai pakaian terpakai, Abbas Wahab, 33, berkata, dia sedang menyusun seluar di depan kedai bagi memulakan perniagaan apabila tiba-tiba hujan lebat dan angin kuat menyebabkan bumbung kedainya terangkat.

“Apabila angin kuat kedua dipercayai ‘kepala angin’ datang, bumbung depan kedai saya terus tercabut dan hempap kereta yang saya letak di situ,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kedainya, di sini semalam.

Beliau berkata, dalam keadaan kelam kabut dia tidak sempat berbuat apa-apa kecuali mengalihkan dua kenderaan yang telah kemek dan rosak ke tempat lebih selamat.

Katanya, kejadian itu menyebabkan sebahagian besar pakaian dijual basah terkena air hujan setelah atap kedainya rosak dan bocor.

“Apa pun, saya amat bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun terpaksa menanggung kerugian keseluruhan kira-kira RM5,000,” katanya.

Selain dua premis perniagaan tersebut, Sinar Harian difahamkan papan tanda pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh yang bersebelahan turut rosak dipercayai dilanda angin sama.

Seorang lagi mangsa yang merupakan peniaga kedai makan, Mahadzir Mustafa, 30, berkata, ketika kejadian dia berada di rumah sebelum terdengar bunyi kuat.

“Apabila keluar, saya terkejut melihat kanopi berukuran 20x20 yang dipasang depan kedai hilang akibat diterbangkan angin hingga ke belakang kedai iaitu sejauh kira-kira 200 meter,” katanya.

Beliau berkata, kerosakan akibat insiden itu dianggarkan RM8,000 iaitu melibatkan atap, kanopi dan barang jualan rosak.

“Selama berniaga di sini sejak 10 tahun lalu, ini kali pertama ia berlaku dan kami berharap kerajaan dan pihak berkenaan dapat membantu hulurkan sumbangan bagi meringankan beban kami membaik pulih kerosakan ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh ketika dihubungi Sinar Harian menasihatkan supaya kedua-dua mangsa membuat laporan polis.

“Selepas itu, kita akan memanjangkan perkara ini kepada agensi atau jabatan berkaitan,” katanya.
SH

Dua beradik masih trauma




KAMPUNG BUKIT PAYONG - Dua beradik yang menyaksikan bapa mereka dihempap kepala lori membawa muatan kayu Isnin lalu berhampi-ran bekas perkampungan Ayah Pin dekat Kampung Batu 13, Hulu Besut masih trauma dan sering menangis.

Ibu mereka, Rohana Mohammad, 30, berkata, sejak kejadian menimpa suaminya, Zuraimi Jusoh, 40, jam 8 malam itu, anak ketiganya Muhammad Ikmal Hakim, 7, menangis ketika majlis tahlil diadakan di rumah keluarganya di sini, kelmarin.

Menurutnya, kelakuan Muhammad Ikmal Hakim juga berubah daripada kanak-kanak periang dan kini menjadi pendiam.

“Adiknya, Muhammad Amirul Hamdi (5 tahun) pula sering bertanya mengapa bapanya tidur terlalu lama dan belum bangun sampai sekarang,” kata Rohana sebak mengenangkan keadaan anak-anaknya.

Rohana ditemui ketika kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam), Wan Harujan Sulaiman di rumah ibunya, di sini.

Hadir sama, Pengurus Pusat Urusan Zakat (PUZ) Maidam cawangan Besut, Tuan Azri Tuan Ahmad.

Wan Harujan menyampaikan wang bantuan segera sumbangan Maidam sebanyak RM1,000 untuk membantu meringankan beban hidup Rohana bersama lima anaknya berumur 2 hingga 11 tahun manakala empat daripadanya sudah bersekolah.

Menurut Wan Harujan, Maidam akan mempertimbangkan bantuan membaiki kedai sebanyak RM5,000 dan bantuan modal berdikari RM3,000 di bawah Asnaf Fakir Miskin kepada Rohana bagi memastikan dia dapat menjalankan perniagaan kedai makan untuk menyara keluarganya.

Sinar Harian Rabu lalu melaporkan kejadian yang menimpa suami Rohana, Zuraimi yang terbunuh selepas lori muatan kayu yang dipandunya terundur ketika cuba melalui satu laluan berbukit.

Zuraimi sanggup mengetepikan kepentingan diri apabila terlebih dahulu menyelamatkan dua anak lelakinya yang berada di dalam lori, Muhammad Ikmal Hakim dan Muhammad Amirul Hamdi dengan mengeluarkan mereka terlebih dahulu yang akhirnya mengorbankan nyawanya.
SH

Padah gara-gara bermain gitar




KUALA TERENGGANU – Hanya kerana marah ditegur bermain gitar, seorang buruh warga Myanmar tergamak memukul rakannya dengan tukul besi ketika lelaki tersebut sedang nyenyak tidur di rumah kongsi tapak lombong bijih besi Ladang Aspek, Al-Muktafibillah Shah, Dungun, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang juga warga Myanmar berumur 31 tahun cedera parah pada muka dan kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Rahsia insiden tersebut terbongkar apabila anggota polis dari Balai Polis AMBS menemui lima warga Myanmar dengan salah seorang daripadanya cedera ketika melakukan rondaan cegah jenayah di Kilometer 99 Jalan Jerangau Jabor jam 2.35 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, mangsa yang ketika itu berada dalam keadaan separuh sedar dengan muka berlumuran darah dikatakan terbabit dengan kemalangan.

“Anggota terbabit menghubungi ambulans lalu mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan AMBS sebelum dihantar ke Hospital Dungun dan seterusnya HSNZ,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini semalam.

Menurut Manoharan, sangsi dengan kecederaan dialami mangsa yang dikatakan terbabit dengan kemalangan, sepasukan polis melakukan siasatan terhadap rumah kongsi lombong berkenaan namun ia didapati kosong.

Beliau berkata, siasatan menyeluruh polis akhirnya berjaya menemui sebuah tilam dipenuhi darah dan sebuah tukul dipercayai digunakan untuk memukul mangsa tersorok di bawah katil selain beberapa barang kes lain.

Katanya, berikutan penemuan itu pihaknya menahan tiga lelaki Myanmar berusia antara 21 hingga 29 tahun ketika mereka cuba melarikan diri setelah melihat pasukan polis berada di rumah kongsi terbabit kira-kira jam 9 pagi.

“Siasatan awal mendapati salah seorang suspek berumur 23 tahun yang ditahan bertindak memukul mangsa dengan tukul itu ketika mangsa sedang tidur. Ia dipercayai berlaku kerana suspek tidak puas hati dengan mangsa yang menegurnya bermain gitar.

“Selepas memukul mangsa, suspek dikatakan mengejutkan rakannya lalu membawa mangsa keluar dari rumah kongsi sehingga terserempak dengan anggota polis yang membuat rondaan,” katanya.

Manoharan berkata, mangsa masih dirawat di HSNZ dengan keadaan tidak sedarkan diri dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

“Kita sedang mengesan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.
SH

4 penyamun durjana terima hukuman




JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen, di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara berjumlah keseluruhan 66 tahun berserta 52 sebatan ke atas empat penjenayah selepas mengaku salah melakukan rompakan, merogol dan memaksa melakukan seks luar tabii.

Steven Lim Beng Chuan, 21, S Aramagam, 30, M Viji Kumar, 29, dan B Devandran, 22, pada mulanya meminta diri masing-masing dibicarakan ke atas pertuduhan dikenakan, tetapi mengubah keputusan dengan mengaku salah serta meminta rayuan.

Sebaik sahaja hukuman diputuskan dalam prosiding itu, kesemua tertuduh dilihat menundukkan kepala masing-masing sebelum membuat rayuan hukuman dikenakan yang bakal dikenakan di atas tujuh pertuduhan diringankan.

Steven, Viji Kumar dan Devandran mengaku salah dalam pertuduhan melakukan rompakan ke atas sepasang suami isteri di kediaman mangsa di Kangkar Pulai, di sini, dengan melarikan wang tunai berjumlah kira-kira RM15,000.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun berserta sebatan.

Pada prosiding sama, Steven bersama Devandran juga mengaku salah di atas pertuduhan merogol mangsa wanita (si isteri) yang berusia 27 tahun sekali gus didakwa di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Selain itu, Aramagam yang didakwa di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan kerana memaksa mangsa wanita terbabit melakukan seks luar tabii (oral seks) turut mengaku salah atas kesalahan dilakukan.
SH

'Mereka tidak mampu bunuh saya'




TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menegaskan beliau masih hidup dan mengecam hebat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang dianggap sebagai pengecut dalam rakaman suara yang diterbitkan stesen televisyen Libya, kelmarin.

Rakaman suara itu dikeluarkan sehari selepas Menteri Luar Itali, Franco Frattini berkata, Gaddafi mungkin telah meninggalkan Tripoli dan mungkin cedera dalam serangan udara Nato.

“Saya katakan kepada pengecut itu (Nato) bahawa saya berada di tempat di mana mereka tidak akan mampu membunuh saya,” menurut rakaman suara itu.

“Jika anda berjaya membunuh tubuh ini sekali pun, anda tidak akan mampu membunuh jiwa yang berada di dalam hati jutaan orang,” katanya.

Gaddafi sebelum ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sejak serangan Nato di kediamannya yang dilaporkan membunuh salah seorang anak lelaki dan tiga cucu beliau, dua minggu lalu.
SH

Sembunyi di hotel lepas samun




SEPANG – Seorang penjenayah maut ditembak polis di belakang hotel murah di Cyber Valley Commercial Center, Dengkel di sini, malam kelmarin.

Suspek berusia awal 20-an, dipercayai bersembunyi di hotel tersebut selepas terlibat dalam kejadian samun kereta jenis Toyota Alphard di Taman Megah, Kelana Jaya, 10 Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suspek dikesan selepas sepasukan polis menemui kereta tersebut diletakkan dalam keadaan mencurigakan di belakang premis, kira-kira jam 5.30 petang.

”Suspek turun dari tangga belakang hotel menuju ke kenderaan tersebut sebelum anggota memintasnya,”katanya.

“Suspek melepaskan lebih daripada satu tembakan sebelum rebah di tepi kereta,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, awal pagi semalam.

Beliau berkata, suspek adalah salah seorang daripada lima penjenayah yang terlibat dalam kejadian samun bersenjata.

Tun Hisan berkata, polis turut memburu seorang lagi dipercayai rakan persembunyian suspek.
SH

11 imam dibunuh kejam




BREGA - Kekejaman kuasa Barat terbukti apabila sekurang-kurangnya 11 orang imam dibunuh semasa sedang tidur dalam satu serangan udara oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di bandar Brega, Libya, kelmarin.

Jurucakap kerajaan Libya, Moussa Ibrahim berkata, kesemua imam yang terbunuh adalah sebahagian daripada kumpulan imam-imam Libya yang berkumpul di bandar itu untuk menunaikan solat meminta keamanan di negara yang sedang bergolak itu.

Namun hasrat mereka tidak kesampaian apabila dibunuh dalam serangan ganas Nato yang menyasarkan tempat awam dan bukannya kemudahan tentera seperti yang didakwa sebelum ini.

Kesemua mereka selamat dikebumikan di Brega, semalam.

Selain itu, 50 orang awam yang lain turut cedera dalam serangan Nato itu yang jelas disasarkan ke rumah tumpangan yang menjadi tempat penginapan kumpulan imam tersebut.
Menurut pegawai perubatan, jumlah kematian dijangka meningkat kerana mangsa yang cedera parah dalam serangan itu berada dalam keadaan kritikal.

Nato mengakui melancarkan serangan di Brega, bandar yang terletak kira-kira 800 kilometer di timur Tripoli tetapi tanpa rasa bersalah menegaskan kononnya rumah tumpangan itu adalah pusat kawalan dan arahan.

“Kami sedar terdapat dakwaan ada orang awam terbunuh dalam serangan ini. Kami kesal sebarang kehilangan nyawa jika benar apa yang didakwa,” menurut Nato.

Nato sejak akhir-akhir ini mempertingkatkan serangan udara di beberapa kawasan di Libya yang didakwa sebagai pusat ketenteraan Gaddafi, termasuk serangan di kediamannya di Tripoli.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu mencabuli mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang hanya membenarkan zon larangan terbang diwujudkan kononnya untuk melindungi rakyat Libya daripada serangan tentera Gaddafi.
SH

Lempar bom di pejabat gara-gara tidak puas hati


BEIJING: Lebih 40 orang cedera selepas seorang bekas kakitangan yang tidak berpuas hati melemparkan bom petrol di bank tempat dia bertugas pagi semalam.Serangan itu berlaku di Tianzhu, di wilayah Gansu itu, pada 8 pagi dan menyebabkan kebakaran di bangunan tersebut.Bekas kakitangan yang dikenal pasti sebagai Yang Xianwen, 39 tahun, didakwa melemparkan bom petrol itu dalam sebuah bilik semasa satu mesyuarat sedang berlangsung.Agensi berita Xinhua melaporkan seorang saksi sebagai berkata beliau melihat beberapa individu terjun dari tingkap tingkat lima bangunan itu selepas bom yang dicampak itu menyebabkan kebakaran.Seramai 19 orang dilaporkan mengalami kecederaan serius.Polis berkata ia masih memburu Yang, yang dikatakan telah melarikan diri selepas kejadian itu.'Pada April 2011, Yang Xianwen... menggelapkan dana dan dipecat oleh jabatan koperatif. Kejadian itu telah menyebabkan dia sakit hati. Dia memulakan kebakaran untuk membalas dendam dan kemudian melarikan diri,' kata jurucakap pemerintah.Sekitar sepertiga penduduk di daerah Tianzhu terdiri daripada puak Tibet. Namun, jurucakap pemerintah berkata suspek ialah daripada etnik Han.Seorang pegawai pelancongan yang bertugas di bangunan berdekatan bank itu berkata insiden tersebut besar kemungkinan tidak mempunyai kaitan dengan konflik etnik.Penduduk etnik Tibet sebelum ini menuduh pemerintah mengamalkan diskriminasi ke atas mereka dan cuba memaksa golongan itu mengurangkan amalan budaya mereka.Ketegangan itu menyebabkan bantahan ganas tercetus pada Mac 2008 di ibu kota Tibet, Lhasa, dan kemudian merebak ke wilayah-wilayah lain di China, termasuk Gansu. -- Bloomberg, AFP.
Cyberita Online Luar Negara

Trafik di Sydney lumpuh bila lelaki panjat jambatan


SYDNEY: Seorang lelaki telah menyebabkan lalu lintas di bandar terbesar Australia lumpuh selama beberapa jam apabila beliau memanjat Jambatan Sydney Harbour, semalam.Lelaki itu, yang dikenali sebagai Encik Mick, telah memanjat jambatan itu untuk menggantung kain rentang sebagai satu bantahan yang mempunyai kaitan dengan pertikaian hak penjagaan anakanaknya.Tulisan pada kain rentang itu berbunyi 'Tolong bantu anak-anak saya' dan 'Anak-anak diutamakan'.Aksi Encik Mick telah menyebabkan jambatan yang menghubungkan utara Sydney ke kawasan bandar ditutup selama dua jam dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.Perkhidmatan kereta api yang merentasi jambatan itu telah turut dihentikan.'Adalah satu kegagalan besar apabila tiada orang yang melindungi anak-anak kami apabila ibu bapa mereka berpisah dan bercerai,' kata Encik Mick yang telah menghubungi radio stesen setempat dari atas jambatan berkenaan.Encik Mick kemudian ditahan polis selepas beliau turun daripada jambatan itu.Para penduduk setempat melahirkan rasa marah kerana kurangnya kawalan keselamatan di jambatan itu.'Polis tidak mempunyai pilihan lain, kecuali menutup laluan kepada kenderaan dan kereta api di sepanjang Jambatan Sydney Harbour,' kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Encik David Owens kepada wartawan. -- AFP.
Cyberita Online Luar Negara

Sepanyol berkabung peringati korban



SEMUA RANAP: Seorang penduduk mengambil barangan peribadi daripada timbunan runtuhan rumahnya di bandar Lorca, kelmarin. -- Foto AFP

GEMPA BUMI
LORCA: Rakyat Sepanyol semalam berkabung atas kematian sembilan orang ekoran gampa bumi sekuat 5.1 pada skala Richter yang menggegarkan bandar bersejarah selatan Lorca, kelmarin.

Satu upacara pengebumian bagi mangsa gempa telah diadakan di bandar itu semalam, dengan dihadiri oleh Perdana Menteri, Encik Jose Luis Rodriguez Zapatero, Putera Mahkota Felipe dan isterinya, Cik Letizia.Gempa bumi yang menggegarkan bandar yang dihuni kira-kira 90,000 penduduk itu berlaku sekitar 6.47 petang (waktu tempatan) kelmarin.Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa tersebut berpusat hanya satu kilometer di bawah permukaan bumi dan menyusuli satu gempa bumi berukuran 4.5 pada skala Richter tidak lama sebelum itu.Gempa yang menyebabkan sekitar 20,000 kediaman serta gereja bersejarah musnah atau rosak turut menyebabkan lagi 130 orang cedera.Palang Merah berkata gempa itu telah menyebabkan 15,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.Menurut Encik Zapatero, 370 khemah tentera telah didirikan di bandar itu untuk dijadikan sebagai pusat perlindungan sementara.Namun, ramai lagi penduduk yang tidur dalam kereta, dalam khemah sementara yang dibuat daripada kotak kadbod dan di taman-taman.Sejauh ini, Palang Merah telah mengedarkan 10,500 selimut, makanan, air dan 2,000 katil lipat kepada mangsa gempa.Ramai juga penduduk yang masih takut pulang ke rumah kerana bimbang berlaku gempa susulan.Datuk Bandar Francisco Jodar pula berkata sekitar 80 peratus bangunan di bandar itu mengalami kerosakan.'Kami tidak boleh tinggal di sini. Kami akan tinggal di rumah saudara mara,' kata Encik Gines Navarro, salah seorang penduduk yang kediamannya runtuh.Seorang lagi penduduk Lorca, Encik Edison Tixd, berkata beliau sangka para pengganas mengebom bandar itu semasa gempa berlaku.'Saya ingatkan ia letupan bom Al-Qaeda selepas apa yang berlaku kepada (Osama) bin Laden. Bunyinya sangat menakutkan,' katanya.Sementara itu, sekitar 800 pegawai polis dan askar telah dikerahkan ke bandar itu membantu dalam proses pembersihan tetapi Encik Zapatero memberi amaran bahawa ia akan mengambil masa.'Kami berdepan dengan tugas yang sangat-sangat berat,' katanya.Gempa kelmarin merupakan yang paling teruk melanda Sepanyol sejak 1956. -- AP, AFP.
Cyberita Online Luar Negara

Serangan pengebom nekad di Pakistan ragut 80 jiwa



KAWAL TEMPAT KEJADIAN: Seorang askar Pakistan sedang mengawal tempat berlakunya serangan bom nekad di luar bangunan pusat latihan Pasukan Konstabel Sempadan, di bandar Shabqadar, kira-kira 30 kilometer dari Peshawar, semalam. Seramai 66 rekrut terbunuh dalam serangan yang mengorbankan 80 orang itu. -- Foto AFP

PEMBUNUHAN OSAMA BIN LADEN
Taleban dakwa tindakan sebagai tuntut bela atas kematian Osama


SHABQADAR (Pakistan): Sepasang pengebom nekad menyerang para rekrut yang sedang meninggalkan sebuah pusat latihan separa tentera di Pakistan semalam, mengakibatkan 80 orang terbunuh, dalam apa yang didakwa oleh kumpulan Taleban sebagai langkah menuntut bela atas pembunuhan Osama bin Laden.Letupan di barat laut Pakistan itu adalah satu peringatan tentang tindakan ganas kumpulan militan Pakistan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.Kejadian itu berlaku walaupun negara tersebut menghadapi kecurigaan antarabangsa tentang kemungkinan unsur-unsur dalam pasukan keselamatannya melindungi Osama, yang dibunuh pasukan tentera elit Amerika Syarikat dalam satu serbuan di tempat persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan, kira-kira tiga jam perjalanan melalui kereta dari tempat pengeboman semalam.'Kami melakukan (serangan) ini sebagai menuntut bela terhadap insiden di Abbottabad,' kata seorang jurucakap Taleban Pakistan, Ahsanullah Ahsan, kepada agensi berita The Associated Press (AP) menerusi satu panggilan telefon.Para pengebom itu meletupkan diri mereka di gerbang masuk utama pusat latihan Pasukan Konstabel Sempadan, sebuah pasukan barisan depan yang ditugaskan memerangi Al-Qaeda dan kumpulan-kumpulan sekutunya seperti Taleban Pakistan, berdekatan sempadan Afghanistan.Seperti cawangan pasukan keselamatan Pakistan yang lain, pasukan itu juga menerima pembiayaan Amerika.Seramai 66 orang yang terbunuh adalah rekrut, kata seorang pegawai polis, Encik Liaqat Ali Khan.Kejadian di tempat letupan itu dipenuhi dengan serpihan kaca, darah dan daging manusia.Letupan tersebut memusnahkan sekurang-kurangnya 10 van yang sedang dinaiki rekrut untuk pulang semasa waktu berehat di akhir satu sesi latihan baru-baru ini.Encik Khan berkata sekurang-kurangnya 80 orang mati dalam serangan itu, manakala 120 lagi cedera.Ia adalah serangan besar kumpulan militan yang pertama sejak kematian Osama pada 2 Mei lalu hasil serbuan tentera khas Amerika di Abbottabad, dan antara yang paling dahsyat pernah dialami Pakistan.Pihak militan telah berikrar akan menuntut bela di atas pembunuhan Osama dan melancarkan serangan balas di Pakistan.Ahsan, jurucakap kumpulan Taleban itu, berkata serangan tersebut merupakan satu hukuman terhadap pihak berkuasa Pakistan yang gagal menghalang serbuan Amerika yang membunuh Osama, satu kejadian yang mencetuskan kemarahan di negara itu.'Askar-askar Pakistan juga gagal melindungi tanah airnya,' ujarnya. -- AP.
Cyberita Online Luar Negara

Operasi dirakam melalui kamera di helmet askar AS

PEMBUNUHAN OSAMA BIN LADEN
WASHINGTON: Askar-askar komando yang menyerbu kediaman Osama bin Laden telah merakamkan operasi itu menggunakan kamera yang dipasang pada topi keledar yang dipakai mereka.

Menurut laporkan saluran CBS News, kesemua 25 anggota elit tentera laut Amerika Syarikat, Navy Seal, yang melancarkan operasi di bandar Abbottabod, Pakistan, itu pada 2 Mei lalu membawa kamera mini berkenaan.Menurut pegawai Amerika yang telah melihat rakaman selama 40 minit itu, insiden berbalas tembakan hanya berlaku di luar bangunan kediaman tersebut.Tembakan pada mulanya dilepaskan oleh dua lelaki yang sering ditugaskan oleh Osama membuat kerja-kerja pengiriman.Mereka berdua kemudian ditembak mati, lapor CBS News.Para komando itu kemudian nampak Osama buat kali pertama apabila dia muncul di beranda di tingkat tiga.Tembakan dilepaskan oleh para komando tetapi tidak mengenai sasaran.Pemimpin Al-Qaeda itu kemudian berundur dan bersembunyi di dalam sebuah bilik tidur.Komando Seal yang pertama memasuki bilik tidur itu menarik anak-anak perempuan Osama yang berada bersamanya.Komando kedua yang memasuki bilik tersebut pula telah ditolak oleh salah seorang isteri Osama.Beliau, bagaimanapun, menolak keluar isteri pemimpin AlQaeda itu sebelum melepaskan tembakan ke arah dada Osama.Komando ketiga turut melepaskan tembakan ke arah kepala Osama.Sebelum ini wujud banyak spekulasi mengenai butiran serbuan tersebut.Awal kelmarin, Agensi Risik Pusat (CIA) Amerika mendedahkan kepada para penggubal dasar negara itu gambar-gambar Osama selepas dia ditembak mati, yang sebelum ini disifatkan oleh Presiden Barack Obama sebagai terlalu mengerikan untuk ditunjukkan kepada awam.Dalam jurnal yang dijumpai di kediamannya, Osama antara lain menulis kepada pemimpin-pemimpin Al-Qaeda yang lain meminta mereka agar melancarkan serangan ke atas bandar-bandar besar Amerika, termasuk Los Angeles.Dia juga mahu serangan itu menyasarkan perkhidmatan kereta api dan pesawat. -- AFP.
Cyberita Online Luar Negara

Amerika soal siasat tiga isteri Osama

PEMBUNUHAN OSAMA BIN LADEN
WASHINGTON: Perkhidmatan risik Amerika Syarikat telah menyoal siasat tiga isteri Osama bin Laden yang ditahan semasa tentera elit Amerika menyerbu kediaman pemimpin Al-Qaeda itu minggu lalu.

Mereka disoal siasat secara berkumpulan.Ini meskipun Amerika mahu menyoal siasat mereka secara berasingan, lapor saluran berita CNN yang menukil sumber Amerika dan Pakistan.Menurut laporan itu, isteri paling tua Osama bercakap semasa soal siasat tersebut mewakili madu-madunya yang lain.Sesi itu dihadiri anggota agensi Perisikan Antara Perkhidmatan (ISI) Pakistan.Menurut pihak berkuasa Pakistan, tiga isteri Osama dan sembilan kanak-kanak telah ditahan selepas serbuan ke atas kediaman Osama di bandar Abbottabad, Pakistan, pada 2 Mei lalu.Selain Osama, tiga lelaki dan salah seorang isteri mereka terkorban dalam serangan itu.Menurut pegawai kedua-dua negara yang diwawancara CNN, walaupun hubungan dua hala tegang menyusuli serbuan itu, perkongsian maklumat perisikan masih diteruskan.Rumah Putih telah menggesa Islamabad agar membantu usaha mengurangi rasa curiga di antara satu sama lain dengan memberikan pihaknya akses untuk menyoal siasat ketiga-tiga isteri Osama.Dipercayai ketiga-tiga isteri Osama itu mempunyai maklumat penting berkaitan rangkaian pengganas AlQaeda.Amerika telah menuntut agar satu siasatan dijalankan bagi mengetahui bagaimana pemimpin Al-Qaeda itu boleh bersembunyi di bandar berkenaan, yang terletak hanya 56 kilomter dari Islamabad.Bandar Abbottabad juga menempatkan akademi tentera Pakistan yang terkemuka.Pegawai Pakistan telah membidas tindakan Amerika menyerang kediaman Osama tetapi menafikan pihaknya bersubahat untuk melindungi pemimpin AlQaeda yang mendalangi serangan 11 September 2001 ke atas Amerika itu. -- Agensi.
Cyberita Online Luar Negara

Cegah pengganasan: Pakistan mahu kaji kerjasama dengan AS

PEMBUNUHAN OSAMA BIN LADEN
ISLAMABAD: Pakistan berkata ia akan mengkaji semula kerjasamanya dengan Amerika Syarikat dalam usaha pencegahan pengganasan, sedang negara itu menerima tekanan hebat dari dalam negeri untuk menghukum Washington berhubung serangan ke atas tempat persembunyian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.

Tidak jelas sama ada langkah itu merupakan satu ancaman, tetapi ia menunjukkan kerumitan yang bakal dihadapi oleh Senator John Kerry, yang ditugaskan memperbaiki hubungan antara Islamabad dengan Washington.Washington tidak memberitahu Islamabad bahawa satu pasukan tentera elitnya daripada Navy Seals akan menyerbu tempat persembunyian Osama di Abbotabbad, sehinggalah para komando khas berhelikopter itu menembusi ruang udara Pakistan dan menjalankan tugas mereka membunuh Osama.Serbuan pada 2 Mei lalu itu telah menyebabkan pergolakan politik di Pakistan, dengan Presiden Asif Ali Zardari dan Perdana Menteri Yousuf Raza Gilani menghadapi tekanan dan gesaan agar meletakkan jawatan mereka, di tengah-tengah sentimen anti-Amerika yang semakin meningkat.Encik Gilani kelmarin mempengerusikan sebuah jawatankuasa pertahanan yang memutuskan 'untuk memulakan proses antara agensi bagi mentakrifkan dengan jelas had kerjasama kami dengan Amerika di bidang pencegahan pengganasan', kata satu kenyataan rasmi.Ini akan dilakukan 'mengikut kepentingan nasional Pakistan dan aspirasi rakyatnya', menurut kenyataan itu, yang mengutuk tindakan sehala Amerika melanggar kedaulatan negara itu.Pihak Washington pula sedang memberikan tekanan ke atas Pakistan agar menyiasat bagaimana Osama dan beberapa isteri serta anak-anaknya dapat tinggal selama lima tahun berdekatan dengan sebuah markas tentera di sebuah bandar yang hanya 65 kilometer dari Islamabad, ibu kota Pakistan.Kelmarin, Pakistan memanggil duta besar Amerika dan melahirkan bantahan negara itu terhadap tindakan Washington mencabuli kedaulatan nasional Pakistan dengan menghantar tentera elitnya menyerang tempat persembunyian pemimpin Al-Qaeda di Abbottabad, menurut para pegawai dan laporan media.Duta Besar Amerika, Encik Cameron Munter, telah dipanggil oleh Pejabat Kementerian Luar Pakistan di Islamabad dengan Pakistan secara rasmi melahirkan bantahan terhadap serangan yang dilakukan sebelum subuh itu, lapor saluran TV tempatan, DawnNews.Setiausaha Luar Pakistan, Encik Salman Bashir, memberitahu Encik Munter bahawa tindakan Amerika itu merupakan serangan ke atas keselamatan dan kedaulatan negara itu.Walaupun Encik Bashir menyifatkan pembunuhan Osama satu kejayaan, beliau menegaskan bahawa Pakistan tidak akan bertolak ansur terhadap 'sebarang operasi atau pencabulan ruang angkasanya pada masa akan datang'. -- Agensi.
Cyberita Online Luar Negara

Nato serang kediaman Gaddafi lagi



Pemberontak Libya cuba dapatkan pengiktirafan Amerika dan Britain


TRIPOLI: Angkatan tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) melancarkan serangan ke atas kediaman Encik Muammar Gaddafi, mengorbankan tiga orang beberapa jam selepas pemimpin Libya itu muncul di kaca televisyen, kelmarin.'Tiga orang maut, dua daripadanya wartawan dan seorang lagi jurupandu mereka, yang membantu membuat rakaman klip video itu,' kata jurucakap pemerintah Libya, Encik Mussa Ibrahim, dalam sidang akhbar di Bab al-Aziziya.Beliau turut mendedahkan identiti wartawan yang trebunuh iaitu Encik Ali al-Graw dan Encik Ismail al-Sharif.Katanya, mereka terbunuh ketika sedang merakam 'ratusan rakyat yang sedang meraikan kejayaan memberi cabaran terhadap kemaraan Nato yang ingin menguasai Libya'.Beliau berkata Encik Al-Graw adalah wartawan Libya, yang juga seorang penerbit filem, tetapi tidak memberi butiran mengenai rakannya, Encik Al-Sharif.Tidak dimaklumkan pertubuhan akhbar yang mereka wakili.Jurupandu yang mengiring dua wartawan terbabit dikenali sebagai Encik Abdel Salam Massoud Mohammed, 25 tahun.Selain tiga terkorban akibat serangan itu, 27 lagi dilaporkan cedera.Serangan itu dilancarkan beberapa jam selepas Encik Gaddafi muncul di kaca televisyen, yang menyiarkan video beliau sedang mengadakan satu mesyuarat dengan pemimpin puak Libya.Ia kali pertama Encik Gaddafi muncul dalam siaran televisyen selepas serangan Nato, yang mengorbankan anak lelakinya, Encik Seif al-Arab, dan tiga cucunya bulan lalu.Sementara itu, dua pemimpin pasukan pemberontak Libya kini berada di London dan Washington bagi mendapatkan pengiktirafan dan bantuan kemanusiaan.Encik Mahmud Jibril, yang memegang jawatan Menteri Luar dalam Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), dijadualkan bertemu Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika, Encik Tom Donilon, di Rumah Putih, semalam.'Kami perlukan pengiktirafan. NTC mahu Washington mengiktiraf majlis ini sebagai wakil yang sah bagi rakyat Libya,' kata Encik Jibril.Seorang lagi pemimpin pemberontak, Encik Mustafa Abdul Jalil, dilaporkan bertemu Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, di London.Sebelum ini, Perancis, Italy, Qatar dan Gambia memberi pengiktirafan diplomatik kepada pemberontak tetapi Britain dan Amerika tidak berbuat demikian. -- AFP, AP, Reuters.
Cyberita Online Luar Negara

Selamat daripada ditipu kerana berwaspada


SINGAPURA
CIK Yaty (bukan nama sebenar) selamat daripada ditipu lebih $2,000 oleh seorang lelaki yang dikenalinya di ruang siber - kerana berwaspada.
Pegawai eksekutif itu memberitahu Berita Harian pada Januari lalu beliau menerima di laman sosial Facebook e-mel daripada seorang lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai David Lehmann dan berasal dari England.Lelaki itu ingin mengenali Cik Yaty walaupun tahu beliau sudah bersuami.'Beliau cakap beliau pengarah kapal dengan syarikat Splendid, duda dan ada seorang anak. Saya sekadar ingin berkawan dan tidak berfikir apa-apa pada mulanya,' kata Cik Yaty, ibu tiga anak.Namun, Cik Yaty berasa sangsi apabila seminggu selepas berkenalan lelaki itu berkata dia sudah terpaut padanya. Dia memberi Cik Yaty nombor telefon bimbitnya dan meminta beliau menghubunginya.Cik Yaty enggan dan sebaliknya menyiasat siapa lelaki itu. Hasil siasatannya beliau terjumpa laman www.romancescam.com, yang antara lain memberitahu orang ramai mengenai orang yang menggunakan kata-kata manis di Internet untuk menipu.'Terkejut saya apabila saya ternampak muka David terpampang di laman itu' kata Cik Yaty.Beberapa hari kemudian David mengirim e-mel kepada Cik Yaty dan meminta beliau menghantar wang sebanyak AS$1,650 ($2,047) kepadanya. Dia berkata kononnya kapalnya yang sedang belayar ke Australia tersangkut di Malaysia dan dia perlu wang untuk menghantar sebuah kotak kepada Cik Yaty.'Saya dah tahu dia seorang penipu dan tidak melayannya,' kata Cik Yaty.Namun, beliau tidak berpuas hati dan meneruskan siasatan hingga dapat mengesan alamat Protokol Internet (IP) e-mel yang dihantar David kepadanya.Menurut Cik Yaty, ada beberapa laman yang boleh mengesan alamat (IP) seseorang, tetapi perkhidmatan itu mengenakan bayaran. Oleh kerana berasa marah, Cik Yaty sanggup membayar AS$5 untuk mengesan alamat IP e-mel David.'Alangkah terperanjatnya saya apabila mendapat tahu David hantar e-mel bukan dari England, tetapi dari Kuala Lumpur, Nigeria dan Amerika Syarikat,' kata Cik Yaty.Beliau telah berhenti berhubungan dengan David, dan memutuskan untuk berkongsi pengalamannya selepas membaca laporan Berita Harian mengenai seorang janda ditipu dengan cara sama.Dalam laporan 4 Mei itu, seorang wanita menceritakan pengalamannya ditipu $3,686 yang dikirimnya kepada seorang lelaki yang dikenalinya melalui Facebook dan mengenalkan dirinya sebagai 'Harry Walsh'.Cik Yaty berharap kaum Hawa berwaspada apabila melungsuri laman web, terutama laman sosial.'Hati-hati apabila kita berteman di Internet. Kita harus sentiasa berwaspada dan jangan termakan kata- kata manis yang ditaburkan melalui e-mel,' kata Cik Yaty.
Cyberita Online Singapura

Janda hilang $170,000 dek termakan kata manis kenalan di Internet

SINGAPURA
Serah wang kepada 'jurutera dari England' selepas dibuai harapan naik pelamin

Oleh
Safhras Khan

SEORANG lagi wanita tampil mengadu menjadi mangsa penipuan di Internet - hingga kehilangan $170,000.Cik Maria (bukan nama sebenar), seorang janda anak empat, termakan janji-janji manis seorang jejaka yang dikenalinya di laman 'Muslim Friends'.Menurut Cik Maria, lelaki itu menghantar e-mel pengenalan kepadanya Julai lalu. Dia mengenalkan dirinya sebagai Useni Salim dan berkata dia berasal dari England.'Dia cakap dia seorang Muslim dan ada darah kacukan Belanda dan Arab. Saya terperanjat kerana saya sudah lama tidak memasuki laman itu,' kata Cik Maria ketika ditemui baru- baru ini.Cik Maria, seorang pengurus, dan lelaki itu kemudian seberhubungan melalui e-mel. Lelaki itu mengakui dia seorang jurutera dan mempunyai perniagaan sendiri.Daripada e-mel, mereka berpindah ke telefon pula mulai Oktober lalu.Cik Maria berkata beliau suka berbual dengan lelaki itu kerana mereka 'serasi' dan 'boleh berbual'.'Dia kemudian beritahu saya dia cintakan saya dan mahu jadikan saya isterinya. Malah, dia sudah berbual dengan ibu dan anak-anak saya,' katanya.Cik Maria percaya akan kata-kata manis lelaki itu dan menaruh harapan mereka akan naik pelamin bersama.Keyakinan Cik Maria semakin bertambah apabila lelaki itu memberitahunya dia telah mendapat tawaran membina sebuah jambatan di Kuching, Sarawak, lewat November lalu.'Saya sangat percayakan dia dan bila dia minta wang sebanyak $15,000 untuk bantu dia dalam projeknya di Sarawak kerana dia kekurangan duit, saya bantu dia,' kata Cik Maria.Menurut beliau, sejak itu lelaki tersebut sering memintanya duit, daripada $3,500 sehingga $54,000.Cik Maria meminjam duit daripada saudara-mara serta mengambil pinjaman peribadi untuk membantu lelaki itu, yang kini dianggapnya sebagai 'kekasih'.Bahkan atas arahan lelaki itu, Cik Maria pernah pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa seorang 'diplomat' yang kononnya akan memberinya wang AS$100,000 ($124,476) yang dititipkannya untuk beliau.'Saya jumpa seorang lelaki kulit hitam yang mengenalkan dirinya sebagai Wendy di sebuah hotel di KL. Dia tunjukkan saya sebuah beg penuh dengan wang Amerika,' katanya.Menurut Cik Maria, 'Wendy' kelihatan seperti seorang diplomat dan beliau percaya akan kata-katanya.'Wendy' meminta Cik Maria membayar $77,000 sebagai bayaran pentadbiran dan sebagainya sebelum boleh mendapatkan wang itu. Tetapi dia lesap selepas Cik Maria membayarnya.Berita Harian dapat menghubungi 'Wendy' tetapi selepas wartawan memperkenalkan diri, dia mematikan telefon bimbitnya setelah berkata: 'Awak turun ke pejabat kami di Kuala Lumpur.'Sejak itu dia tidak menjawab panggilan akhbar ini.Berita Harian menghubungi juga telefon bimbit lelaki bergelar 'Salim' itu, yang didaftar di Malaysia dan Britain, tetapi tidak dijawab.Cik Maria berkata beliau serik dengan kejadian itu dan sekarang harus menjual flatnya di Woodlands bagi membayar hutang-hutangnya.Beliau telah membuat laporan polis ke atas Salim di Johor Bahru bulan lalu.'Saya kesal dan saya sudah menangis hingga tidak ada air mata lagi,' keluhnya.
Cyberita Online Singapura