Search This Blog

Friday, May 6, 2011

RM300 untuk bawa pulang


CEKUP...antara 32 wanita  warga China yang ditangkap malam kelmarin.
CEKUP...antara 32 wanita warga China yang ditangkap malam kelmarin.

KUALA LUMPUR: Dengan bayaran RM300 hingga RM500 semalam, pelanggan sebuah kelab malam boleh membawa pulang pelayan pelanggan (GRO) kesukaan mereka untuk mengadakan hubungan sejenis.
Itulah perkhidmatan ‘khas’ disediakan 32 GRO warga China di sebuah pusat hiburan berlesen di Plaza Puchong Bandar Kinrara, di sini, malam kelmarin.

Kumpulan wanita itu pada mulanya akan melayan pelanggan dalam 15 bilik khas di tingkat satu pusat hiburan itu dengan bayaran RM20 sejam.
Mereka akan menemani pelanggan untuk minum sambil berkaraoke dan pada masa sama dibenarkan membuat ‘aksi’ ringan.

Perkhidmatan mereka tidak berhenti di situ sahaja sebaliknya bagi pelanggan yang berminat membawa wanita itu keluar dan melakukan seks, proses perundingan seterusnya boleh dibuat.

Sekiranya pelanggan dan bapa ayam setuju dengan harga ditetapkan, GRO itu akan dibenarkan dibawa keluar.
Difahamkan, kelab malam itu dipercayai menjadi sarang popular sindiket pelacuran wanita warga asing dari China. Kebanyakan wanita warga asing itu masuk ke negara ini menggunakan pasport dan visa lawatan sementara.

Bagaimanapun, kegiatan itu dapat dihidu pihak berkuasa apabila Unit Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman melakukan serbuan mengejut ke premis itu, malam kelmarin. Dalam serbuan kira-kira jam 9.10 malam itu, semua 32 wanita warga China yang bekerja sebagai GRO berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan.
Ketua Unit D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar, berkata serbuan itu dilakukan selepas menerima maklumat kelab malam berkenaan menggaji GRO warga asing.

“Siasatan awal mendapati 30 wanita terbabit memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial manakala dua daripada mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Kelab malam itu didapati turut menawarkan perkhidmatan ‘khas’ di luar pusat hiburan bagi pelanggan yang berminat untuk membawa pulang GRO kesukaan mereka dengan syarat perlu membayar antara RM300 hingga RM500 semalam,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan. Shahrul Nizam berkata, dalam operasi itu, empat pekerja premis itu turut ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, ketika serbuan itu, salah seorang GRO yang tidak memiliki pasport itu cuba melarikan diri, tetapi ditahan.

‘Saya bukan 2 dalam satu’


GEORGETOWN: “Sebelum ini saya bekerja sebagai operator kilang, tetapi kerana kegawatan ekonomi, saya dibuang. Saya hanya berkelulusan setakat tingkatan tiga saja, apa kerja yang boleh saya lakukan selain kerja ini,” kata seorang pelayan pelanggan (GRO) yang hanya mahu dikenali sebagai Zai, 37.
Berbekalkan paras rupa cantik dan badan menggiurkan selain berpakaian seksi, Zai menggunakan kelebihan itu menarik ramai pelanggan, sekali gus menjadikannya teman mereka di pusat hiburan tempatnya bekerja.
Zai yang bertukar kerjaya daripada ‘Minah Kilang’ kepada GRO sejak lebih setahun lalu berkata, kehidupannya selepas berhenti kerja sangat perit walaupun dia masih bujang.

Katanya, kos sara hidup yang tinggi terutama sewa rumah di Pulau Pinang, menyebabkannya tiada pilihan kecuali mencari kerja mudah dan senang.


“Sudah puas saya cari kerja selepas diberhentikan, namun memang sukar. Pada masa sama, kos hidup yang tinggi menuntut saya mencari pendapatan lebih supaya saya mampu hidup sedikit selesa.

Busuk nama Malaysia


KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini segelintir warga Afrika di negara ini dikaitkan dengan kes penipuan membabitkan rakyat tempatan namun tanpa disedari ada di kalangan mereka turut menjadikan Malaysia lokasi untuk memerangkap mangsa di luar negara.
Modus operandi yang digunakan cukup mudah, membuat laman web palsu, contohnya mengenai bank menawarkan pinjaman dengan kadar faedah rendah, menjual aksesori telefon bimbit, kertas fotostat atau menyamar sebagai gadis kesunyian yang memerlukan pertolongan.
Berbekalkan taktik itu, penipuan penjenayah terbabit boleh mencecah ratusan ribu dolar Amerika Syarikat (AS).

Mangsa yang mahu menjalankan urus niaga kebiasaannya diminta membayar sejumlah wang pendahuluan sebelum perniagaan dilaksanakan dan sebaik wang dimasukkan ke dalam akaun bank tempatan di Malaysia, mereka akan lesap.


Pakar Kriminologi dan Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Datuk Akhbar Satar berkata, dalam tempoh sebulan lalu, ACFE menerima sekurang-kurangnya sembilan aduan daripada mangsa yang meminta pihaknya menyiasat.

Tauke karaoke naik angin


KEMAMAN: Pemilik sebuah pusat karaoke di Kijal, di sini, yang diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, melemparkan kata-kata kesat kepada pegawai penguat kuasa berkenaan kerana berang apabila barangan dalam premisnya dirampas, malam kelmarin.
Tinjauan mendapati ketika operasi dijalankan timbul situasi agak tegang apabila pemilik premis terbabit memarahi beberapa pegawai penguat kuasa yang memeriksa pelbagai peralatan dalam premis itu, sebelum diredakan dengan kehadiran beberapa anggota polis selepas itu.
Dalam serbuan itu, pasukan PPDNKK negeri merampas pelbagai peralatan termasuk alat pembesar suara, sebuah komputer dan komputer riba mengandungi puluhan ribuan lagu dan skrin dari pusat karaoke itu bernilai RM120,000.

Turut dirampas dalam serbuan di Pekan Kijal berhampiran sebuah hotel terkemuka di sini, kira-kira jam 10 malam itu adalah sebuah skrin besar dan projektor.


Pengarah PPDNKK negeri, Ghazali @ Suhaimi Mohamad berkata, serbuan disertai 20 anggotanya termasuk dari pejabat daerah dan enam anggota penguatkuasa hak cipta Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang berjaya mengesan perlanggaran hak cipta lagu di pusat karaoke itu.

Cuba seludup rokok RM1.1j


MELAKA: Cubaan pemandu sebuah lori lima tan yang membawa muatan rokok seludup dengan melalui laluan keluar dikhaskan bagi kenderaan import kosong, hanya sia-sia apabila ia dikesan sepasukan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.40 petang di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru itu, pasukan berkenaan memintas kenderaan terbabit di penghujung laluan sebelum menahan pemandu dan kelindan lori berusia 40-an.

Hasil pemeriksaan mendapati bahagian belakang lori berkenaan dipenuhi muatan 20,000 kartun rokok ‘Djarum Black 10’s’ yang diisi di dalam kotak besar.

Timbalan Pengarah Kastam Melaka, Johariah Jantan berkata, siasatan awal mendapati rokok berkenaan dibawa masuk dari negara jiran dengan menjadikan laluan di sempadan negara ini sebagai pintu masuk membawa barangan larangan itu untuk pasaran gelap di Semenanjung Katanya, lori pada bahagian belakang yang bertutup dengan kanvas itu turut menggunakan nombor pendaftaran palsu dipercayai bagi mengelirukan pihak berkuasa yang mengawal pintu masuk di situ.

“Pihak kami turut menemui dua keping plat berlainan nombor pendaftaran kenderaan di dalam kabin pemandu.

“Nombor pendaftaran yang digunakan itu pula berbeza dengan yang tertera pada lesen kenderaan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Operasi Penguatkuasaan Kastam di Bandar Hilir, semalam.


Menurut Johariah, lori berkenaan didaftarkan sebagai kenderaan perdagangan dan pihaknya masih menyiasat sama ada ia wujud ataupun tidak.

Katanya, pihaknya mengambil tempoh lima hari untuk mengintip dan menjejaki sindiket penyeludup rokok berkenaan sebelum menjalankan operasi.
“Sindiket terbabit dipercayai menjadikan kawasan Lembah Klang sebagai transit barangan seludup itu sebelum ia diedarkan ke beberapa negeri.

“Semua rokok yang dirampas itu bernilai RM200,000 dengan cukai RM955,000 dan nilai keseluruhan adalah RM1.1 juta,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barang larangan.

“Sabit kesalahan boleh didenda 20 kali ganda nilai dagangan atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dituduh bunuh bayi kekasih


AMPANG: Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian anak teman wanitanya yang berusia satu tahun tujuh bulan dengan meninggalkan bayi lelaki itu di dalam kereta selama beberapa jam, bulan lalu.
Tertuduh, Hooi Wai Char, 35, yang memakai baju kemeja dan seluar coklat mengangguk faham ketika pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Aida Mastura Mohamed Aman.

Mengikut pertuduhan, Hooi berasal dari Pandan Indah itu didakwa membunuh Low Hong Jun di dalam sebuah kereta Proton Satria di hadapan rumah bernombor 4, Jalan 11 Taman Sri Watan, Ampang antara jam 2 pagi hingga 12.30 tengah hari, 21 April lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 24 Mei ini untuk sebutan semula kes.


Dalam prosiding sama, ibu kanak-kanak berkenaan, Miss Metta, 24, yang juga seorang rakyat Thailand dipenjara tujuh bulan dari tarikh ditangkap, iaitu 21 April oleh mahkamah selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menetap di Malaysia melebihi tempoh dibenarkan.

Miss Metta, yang menangis teresak-esak itu didakwa mengikut Seksyen 15(a) Akta Imigresen yang boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.
Turut menerima nasib sama, pembantu rumah kepada pasangan itu, rakyat Indonesia dikenali Noraini dipenjara enam bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 24 April lalu terhadap pertuduhan yang sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Nazatul Shima Ab Wahab.

SMS mohon maaf


KANGAR: “Saya terkejut menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Abang Mie (tunang Karimah) yang memohon maaf kepada saya, kira-kira setengah jam selepas dia menikam ibu saudara saya,” kata Syakinah Bahaudin, 20, anak saudara Karimah Jusoh, 25, yang maut ditikam tunangnya di bilik persalinan di sebuah stesen minyak Jalan Perusahaan Perai, Pulau Pinang, pagi kelmarin.
Beliau berkata, dia terkejut menerima SMS itu jam 7 pagi kelmarin.
“Kira-kira jam 8 pagi, saya dimaklumkan ibu saudara saya sudah meninggal dunia akibat ditikam. Saya terus bergegas ke stesen minyak tempat Karimah bekerja untuk melihat kejadian berkenaan.

“Ketika tiba, saya melihat mayat ibu saudara sudah kaku ditutup dengan plastik hitam di dalam bilik persalinan stesen berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pokok Sena, Chuping, semalam.


Syakinah berkata, pada malam sebelum kejadian, bekas suami arwah, Maslan Mad Deris, yang menetap di Chuping, secara kebetulan berjumpa dengan Karimah untuk menghantar makanan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
“Saya tidak mengetahui sama ada tunang arwah cemburu dan hilang pertimbangan disebabkan kehadiran Maslan untuk berjumpa ibu saudara saya,” katanya. 

KWSP dakwa 12 pencarum


KUALA LUMPUR: Gara- gara menipu untuk mengeluarkan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , 12 pencarum sudah dihadapkan ke mahkamah sejak Januari tahun ini.
Difahamkan, semua ahli KWSP berkenaan dikesan cuba menipu membabitkan pengeluaran berjumlah RM15,100 antara Januari hingga Mac lalu.

Biasanya, penipuan berkenaan dikesan dengan pemberian dokumen palsu bagi menyokong kelulusan pengeluaran.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata semua 12 ahli terbabit dikesan cuba melakukan penipuan ketika memohon pengeluaran wang caruman untuk perumahan, hilang upaya dan kesihatan.

Menurutnya, meskipun ahli itu melakukan penipuan untuk mengeluarkan wang dari akuan mereka sendiri, ia adalah kesalahan serius dan boleh dikenakan hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.

“Seorang daripada mereka sudah dijatuhi hukuman penjara tiga bulan manakala lapan daripada mereka kemungkinan akan dipenjara maksimum empat bulan jika gagal membayar denda,” katanya, di sini.


Katanya, semua mereka didakwa mengikut Seksyen 59 Akta KWSP 1991 atas kesalahan melakukan penipuan atau cubaan menipu yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua - duanya sekali.

Beliau berkata, bagi ahli yang disabitkan kesalahan tetapi sudah memulangkan wang berkenaan dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan, mereka hanya dibenarkan membuat permohonan semula selepas tempoh dua tahun dari tarikh wang dipulangkan.
“Bagi ahli yang tidak memulangkan wang pula atau lewat pulang selepas enam bulan, hak mereka untuk membuat pengeluaran yang sama dilucutkan,” katanya.

Bebas tuduhan


SHAH ALAM: Seorang tukang kayu warga Bolivia tidak putus-putus tersenyum apabila Mahkamah Tinggi membebaskannya semalam daripada tuduhan mengedar 551 gram (g) kokain di sebuah hotel lima bintang di ibu kota, tiga tahun lalu.
Hakim, Datuk Sofian Abdul Razak membuat keputusan di akhir kes pendakwaan selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Justiniano Escalante, 31, Bagaimanapun katanya, beliau berpuas hati bahawa tertuduh mempunyai pemilikan terhadap kokain dalam bentuk 94 palet dalam tandas di bilik hotel berkenaan.

Beliau berkata, mahkamah memerintahkan lelaki itu membela diri mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 25 Mei ini bagi prosiding bela diri itu. Terdahulu, Sofian pada penghakimannya berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh memiliki kawalan eksklusif terhadap dadah yang ditemui dalam tandas bilik hotel itu.

Beliau berkata, dalam hal ini, pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan lisan daripada penyelia hotel yang menyaksikan tertuduh tinggal di bilik berkenaan pada 10 dan 11 Oktober 2008.

Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak pernah dikemukakan sebagai bahan bukti di mahkamah. “Mahkamah dapati pihak pendakwaan gagal membuktikan hanya tertuduh mempunyai akses ke bilik itu,” katanya.


Sofian berkata, pendakwaan juga gagal mengemukakan dua pengemas bilik yang bertugas pada hari kejadian bagi mengetahui sama ada mereka ada mencuci tandas dalam bilik hotel itu.

Mayat berulat ditemui


KUALA TERENGGANU: Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar Ahad lalu, untuk menjerat burung terjawab berikutan penemuan mayat lelaki itu yang sudah berulat di dalam longkang di belakang bangunan baru Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai, Marang, semalam.
Mayat mangsa berusia 39 tahun dari Kampung Sungai Serai, Binjai Rendah, Bukit Payong, Marang ditemui anak saudaranya berusia belasan tahun, ketika gerakan mencari mangsa selepas dia tidak pulang ke rumah sejak empat hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, mayat mangsa yang berulat ditemui tertiarap di dalam longkang kira-kira jam 11.50 pagi.

Menurutnya, mangsa difahamkan keluar dari rumahnya pada 1 Mei lalu untuk menjerat burung dan ayam hutan.

“Bagaimanapun, dia tidak pulang dan keluarganya juga tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Bimbang berlaku sesuatu yang buruk, anak saudara mangsa pergi ke tempat yang dimaklumkan mangsa kepadanya, sebelum dia menemui lelaki itu di dalam longkang,” katanya di sini, semalam.


Manoharan berkata, polis yang menerima panggilan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Buat masa ini, katanya, pihaknya tidak dapat mengesahkan punca kematian mangsa dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. “Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau dan berulat.
“Kami sedang menunggu laporan daripada pakar patologi dari Kuantan, Pahang untuk mengenal pasti punca kejadian dan siasatan juga masih dijalankan.

“Siasatan awal yang dijalankan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata dan kami enggan membuat sebarang spekulasi mengenai punca kejadian sehingga memperoleh hasil bedah siasat,” katanya.

Difahamkan, polis tidak menyatakan identiti lelaki itu kerana tiada laporan kehilangannya dibuat selain masih menunggu laporan bedah siasat.

Mati enam hari selepas terbakar


KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang cedera ketika cuba mencuri logam termasuk aluminium dan tembaga dari pencawang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Telaga Putat, Setiu, hampir seminggu lalu, mati di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kelmarin, selepas enam hari menerima rawatan akibat terkena renjatan elektrik dan jatuh dari pencawang berkenaan.
Lelaki berumur 36 dari Kampung Telaga Papan Penarik, Setiu dan tidak bekerja itu meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 27 April lalu apabila pengadu yang juga juruteknik TNB menerima aduan daripada pengguna di Kampung Telaga Papan, Setiu kira-kira jam 9.30 malam memaklumkan pencawang TNB Kampung Telaga Putat dipercayai diceroboh orang.

Menurutnya, juruteknik itu turut dimaklumkan mengenai bunyi letupan yang kuat di tempat kejadian sebelum bergegas untuk membuat siasatan.

Bapa redah api selamatkan bayi lapan bulan


KOTA KINABALU: Tindakan berani seorang bapa yang sanggup meredah api dengan memasuki rumah yang sedang marak dijilat api berjaya menyelamatkan bayinya berusia lapan bulan daripada rentung dalam kebakaran di Sembulan, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, lelaki berkenaan, Abdus Sabur Mukhtar, 27, berkata, dia menyedari anak tunggalnya itu masih berada di dalam rumah sebaik menyedari kebakaran itu berlaku.

“Sebelum kejadian, bayi perempuan kami sedang tidur di dalam bilik manakala isteri dipercayai sedang mandi.

“Tiba-tiba saya terhidu bau getah terbakar dan pada masa sama, keadaan menjadi panas yang teramat sangat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Abdus Sabur berkata, tanpa berfikir panjang, dia terus berlari keluar, tetapi berpatah balik selepas menyedari anaknya masih berada di dalam rumah.

“Saya segera mengambil anak saya yang berada dalam buaian dan membawanya keluar. Malangnya api merebak dengan cepat dan saya terpaksa menendang pintu bilik sebelum meredah api yang sedang marak,” katanya.


Terdahulu, menurut Abdus Sabur, dia berlari turun ke bahagian bawah rumah dan sempat menjerit kepada isterinya di bilik mandi supaya lari menyelamatkan diri dan mujur isterinya itu dapat keluar dengan selamat.

“Saya bersyukur kerana kami sekeluarga terselamat walaupun saya melecur pada bahu kiri,” katanya.
Difahamkan, rumah dua tingkat di Lorong Kampung Sembulan 15 berkenaan diubahsuai untuk dijadikan beberapa bilik bagi tujuan sewa dan Abdus Sabur bersama keluarganya adalah penyewa di tingkat atas rumah terbabit.

Seorang lagi penyewa, Nasir Latip berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di biliknya yang terletak di tingkat bawah.

“Tiba-tiba saya rasa sangat panas walaupun memasang kipas dengan laju,” katanya.

‘Buktikan dengan DNA’


AMPANG: “Saya tidak melakukan perbuatan itu dan jika benar saya bersalah, buktikan dengan DNA (asid deoksiribonukleik),” kata seorang pengawal keselamatan dalam rayuannya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Lelaki berusia 43 tahun itu berkata demikian selepas mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan merogol anak kandungnya di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anaknya yang berusia lapan tahun sembilan bulan ketika itu di sebuah apartmen di Pandan Indah, antara 10 Mac sehingga 3 Ogos, tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan sehingga 10 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Dalina Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, Roszianayati tidak membenarkan jaminan ditawarkan berikutan kes melakukan sumbang mahram adalah kes serius, namun tertuduh merayu agar jaminan diberikan.


“Jika saya tidak bekerja, bagaimana saya mahu melantik peguam bela. Jadi saya merayu agar jaminan ditawarkan,” katanya.

Tertuduh dalam rayuannya turut mendakwa isterinya curang dan dia perlu menjaga anaknya itu. Roszianayanti kemudian memaklumkan tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah akan menetapkan tarikh sebutan semula awal bagi menyelesaikan kes berkenaan dengan cepat.

3 selamat, 6 dicari


KUALA LUMPUR: Tiga daripada sembilan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan sindiket pekerjaan antarabangsa di Papua New Guinea kini tidak lagi bekerja di kem balak seperti dinyatakan menerusi panggilan telefon kepada ahli keluarga sebelum ini.
Perkara itu disahkan sendiri Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di negara itu, Azman Rahim kepada Pengerusi Biro Aduan dan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh menerusi panggilan telefon semalam, sambil menyatakan ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan selamat.

“Pihak kedutaan memberi jaminan bahawa semua mereka selamat manakala kita masih berusaha mengesan enam lagi mangsa yang bersama-sama mereka ke negara berkenaan Disember lalu.

“Selepas perbincangan susulan diadakan dalam masa dua minggu ini, biro akan menyediakan pembelaan sewajarnya kepada mereka bagi memastikan mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat,” katanya.

Akhbar ini semalam melaporkan sembilan rakyat negara ini terkandas di Papua New Guinea selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket pekerjaan antarabangsa yang menawarkan pekerjaan sebagai pembalak dengan tawaran gaji lumayan.

Bagaimanapun, selepas tiga bulan, mereka tidak lagi bekerja di kem balak berkenaan dan ditempatkan di satu kawasan dengan dikawal sekumpulan lelaki bersenjata api dan parang.


Muhd Khairun berkata, ekoran kejadian terbaru itu, pihaknya menyarankan beberapa mekanisme diguna pakai dalam sistem yang menyediakan peluang pekerjaan di luar negara perlu dikemas kini bagi memastikan kegiatan penipuan membabitkan rakyat negara ini tidak lagi berulang pada masa depan.

Katanya, pemeriksaan teliti setiap kontrak dan perjanjian pada peringkat awal perlu dilakukan dengan berkesan kerana rekod menunjukkan terdapat banyak kes seumpamanya di luar negara tidak dapat diselesaikan kerana ia tertakluk kepada peraturan negara berkenaan.
“Perkara itu perlu dipandang secara serius memandangkan terdapat kes yang berpunca daripada kegagalan individu memahami isi kandungan dan terma perjanjian sebelum menandatangani kontrak kerja.

“Disebabkan tiada kesedaran itu, kita terpaksa berdepan dengan beberapa kes yang tidak sepatutnya berlaku jika mereka faham isi kandungan kontrak kerja. Justeru, kita perlu mengkaji semula sistem sedia ada bagi memastikan usaha kerajaan menyediakan peluang kerja di luar negara dapat dinikmati semua pihak,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menerima aduan mengenai tawaran kerja yang tidak disertakan dengan kontrak kerja serta tiada perjanjian antara pekerja dan majikan menyebabkan mereka terdedah kepada unsur penipuan selain tidak dilindungi insurans.

Berlakon baiki kereta rakan


GOMBAK: Bimbang rahsia terbongkar, dua beradik berlakon seolah-olah sedang membaiki kereta Perodua Kancil yang dicuri di hadapan rumah mereka di Batu 11, Jalan Gombak, di sini, kelmarin sebelum diserbu polis.
Ketika serbuan kira-kira jam 1 tengah hari itu, dua beradik lelaki berusia 20-an itu sedang leka meleraikan komponen kereta berkenaan, sebelum diserbu.

Menurut sumber, sebaik ditahan, kedua-dua suspek memberi alasan kononnya sedang membaiki kereta yang dihantar rakannya.

“Bagaimanapun polis yang tidak mempercayai alasan itu bertindak membuat pemeriksaan bagi memastikan kesahihan dakwaan mereka.

“Malah, ketika kejadian bapa suspek yang berada di rumah turut keluar mempertahankan tindakan anaknya dengan memberi alasan sama,” katanya.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan lanjut polis mendapati kereta itu dilaporkan hilang di Sungai Besi.


“Selepas didesak akhirnya kedua-dua suspek mengaku mencurinya sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Besi.

“Polis turut menemui rangka sebuah lagi Perodua Kancil yang sudah dileraikan komponennya dan dibuang di tepi jalan tidak jauh dari rumah suspek.
“Malah, motosikal jenis Suzuki yang berada bersama suspek juga direkod sebagai motosikal curi apabila laporan mengenai kehilangannya pernah dibuat di Balai Polis Salak Selatan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penangkapan terbabit dan kedua-dua suspek diserahkan ke Balai Polis Sungai Besi untuk tindakan lanjut.

‘Ais’ RM162j dirampas


SYDNEY: Polis Australia semalam, berkata mereka menahan empat orang dan merampas 239 kilogram methamphetamine atau ais dalam serbuan terbesar dadah di negara itu.
Dadah berkenaan dipercayai bernilai hingga AS$54 juta (RM162 juta) di pasaran dan dirampas dalam beberapa siri serbuan di seluruh bandar raya ini dan Perth di mana wang tunai dan pistol separa-automatik turut ditemui. Rampasan terbesar methamphetamine sebelum ini adalah 219 kilogram di Melbourne pada 2008.

Daripada empat suspek yang ditahan itu, dua daripadanya warga Australia dan dua lagi dari Eropah. Tiga daripada mereka didakwa kerana menyeludup dadah, manakala seorang lagi didakwa kerana memiliki dadah berkenaan. “Siasatan ini memberi tamparan hebat kepada kumpulan penjenayah terancang di Australia,” kata Penolong Polis Persekutuan, Komisioner Kevin Zuccato. Beliau menambah sindiket jenayah antarabangsa yang canggih itu dan kadar mata wang tempatan yang kukuh menjadikan Australia sasaran popular untuk operasi menyeludup dadah. - AFP,mymetro

‘Saya bukan penjenayah’


KESAL...Hasim luah rasa tidak puas hati kepada wartawan Harian Metro.
KESAL...Hasim luah rasa tidak puas hati kepada wartawan Harian Metro.

KUANTAN: “Saya bukannya penjenayah. Kenapa mereka (pengurusan hospital) mengarahkan tiga pengawal keselamatan berkawal di pintu bilik saya, malah tidak memberi makanan kepada saya,” kata Hasim Halid, 59, yang mendakwa dilarang keluar dari wad sebuah hospital swasta di sini dengan alasan dia gagal menjelaskan baki bil perubatan.
Dia yang bekerja sebagai kontraktor dan tinggal di Jalan Beserah di sini, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 26 April lalu akibat serangan strok dan pulih selepas menerima rawatan. 
“Saya sepatutnya sudah boleh keluar dari wad semalam (kelmarin), tetapi dilarang kerana hospital menuntut baki bil rawatan. Sepanjang ditahan di wad (kelmarin), saya tidak diberi rawatan dan makanan dari jam 9 pagi hingga hampir jam 11 malam.

“Malah, mereka bertindak keterlaluan dengan menghantar tiga pengawal keselamatan berjaga di pintu wad saya. Mereka melayan saya seperti orang salah,” katanya di sini, semalam.

Hasim berkata, dia hanya dibenarkan keluar selepas polis dihubunginya datang ke hospital berkenaan.mymetro

RM300 untuk bawa pulang


CEKUP...antara 32 wanita  warga China yang ditangkap malam kelmarin.
CEKUP...antara 32 wanita warga China yang ditangkap malam kelmarin.

KUALA LUMPUR: Dengan bayaran RM300 hingga RM500 semalam, pelanggan sebuah kelab malam boleh membawa pulang pelayan pelanggan (GRO) kesukaan mereka untuk mengadakan hubungan sejenis.
Itulah perkhidmatan ‘khas’ disediakan 32 GRO warga China di sebuah pusat hiburan berlesen di Plaza Puchong Bandar Kinrara, di sini, malam kelmarin.

Kumpulan wanita itu pada mulanya akan melayan pelanggan dalam 15 bilik khas di tingkat satu pusat hiburan itu dengan bayaran RM20 sejam.
Mereka akan menemani pelanggan untuk minum sambil berkaraoke dan pada masa sama dibenarkan membuat ‘aksi’ ringan.

Perkhidmatan mereka tidak berhenti di situ sahaja sebaliknya bagi pelanggan yang berminat membawa wanita itu keluar dan melakukan seks, proses perundingan seterusnya boleh dibuat.

Sekiranya pelanggan dan bapa ayam setuju dengan harga ditetapkan, GRO itu akan dibenarkan dibawa keluar.
Difahamkan, kelab malam itu dipercayai menjadi sarang popular sindiket pelacuran wanita warga asing dari China. Kebanyakan wanita warga asing itu masuk ke negara ini menggunakan pasport dan visa lawatan sementara.

Bagaimanapun, kegiatan itu dapat dihidu pihak berkuasa apabila Unit Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman melakukan serbuan mengejut ke premis itu, malam kelmarin. Dalam serbuan kira-kira jam 9.10 malam itu, semua 32 wanita warga China yang bekerja sebagai GRO berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan.
Ketua Unit D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar, berkata serbuan itu dilakukan selepas menerima maklumat kelab malam berkenaan menggaji GRO warga asing.

“Siasatan awal mendapati 30 wanita terbabit memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial manakala dua daripada mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Kelab malam itu didapati turut menawarkan perkhidmatan ‘khas’ di luar pusat hiburan bagi pelanggan yang berminat untuk membawa pulang GRO kesukaan mereka dengan syarat perlu membayar antara RM300 hingga RM500 semalam,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan. Shahrul Nizam berkata, dalam operasi itu, empat pekerja premis itu turut ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, ketika serbuan itu, salah seorang GRO yang tidak memiliki pasport itu cuba melarikan diri, tetapi ditahan.

Lelaki parah kena renjatan meninggal


KUALA TERENGGANU: Selepas lapan hari bertarung nyawa akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian di pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Putat, Setiu, seorang lelaki berusia 36 tahun meninggal dunia, Selasa lalu. 


Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang 27 April lalu, lelaki dari Kampung Telaga Papan, Setiu, melecur di badan dan dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Selain kesan terbakar akibat renjatan elektrik yang dikatakan turut memberi kesan kepada jantung, suspek luka di kepala ketika cuba memanjat pagar pencawang itu untuk melarikan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata pada hari kejadian kira-kira jam 9.30 malam, TNB menerima laporan daripada penduduk kampung yang terdengar satu letupan kuat daripada pencawang sehingga bekalan elektrik terputus. 

Komando AS hanya ambil mayat Osama



pix_gal0
DUA gambar (atas) disiarkan agensi berita Reuters dibeli daripada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang mengambil gambar kediaman Osama bin Laden di Abbotabad, sejam selepas komando Amerika Syarikat melakukan serangan membawa kematian pengasas al-Qaeda itu dan beberapa yang lain. 

Pengawal berkenaan menjual tiga gambar yang diambilnya awal pagi Isnin lalu menunjukkan mayat mangsa serangan komando itu berlumuran darah tanpa senjata api.
Dua mangsa itu menunjukkan darah keluar dari telinga, hidung dan mulut. Komando Amerika yang membawa keluar mayat Osama meninggalkan mangsa yang lain di kediaman berkenaan.
Reuters yakin mereka adalah mangsa serangan itu kerana butir-butir dalam gambar menunjukkan persamaan dengan kejadian yang berlaku, selain dibandingkan gambar lain di tempat berkenaan. – REUTERS , bharian

Manila buru ketua Mujahidin Malaysia



pix_gal0
Penduduk Mindanao ditawar RM14.97 juta 

MANILA: Pasukan keselamatan Filipina memperhebat operasi memburu seorang militan al-Qaeda warga Malaysia dikenali sebagai Zulkifli Abdhir (gambar) dengan sesiapa yang dapat memberi maklumat hingga tertangkap akan diberi ganjaran AS$5 juta (RM14.97 juta).
Penduduk di Mindanao digesa memberi maklumat sehingga tertangkapnya Zulkifli yang juga ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dan anggota Jemaah Islamiyah (JI), sekutu al-Qaeda di Asia Tenggara.
“Kumpulannya tidak ada belas kasihan kepada orang awam, orang luar mahupun golongan agama,” kata jurucakap Ibu Pejabat Arahan Mindanao Barat (Wesmincom), Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang. 

Zulkifli dipercayai turut berpotensi menjadi pemimpin al-Qaeda menggantikan Osama bin Laden yang dibunuh pasukan khas Amerika Syarikat di Pakistan, Ahad lalu. 

“Dia juga dikenali dengan nama Marwan atau Zulkifli Abd Hir atau Zulkifli Bin Abdul Hir dan dilaporkan bersembunyi di Mindanao sejak 2003, dengan bantuan kumpulan Abu Sayyaf yang juga ada kaitan dengan pergerakan al-Qaeda,” kata Cabangbang. 

Pada 2007, Mahkamah Persekutuan Amerika mendapati Zulkifli bersalah atas tuduhan terbabit dalam keganasan, kata jurucakap itu. 
Ganjaran RM14.97 juta itu adalah berdasarkan skim mengikut Program Keadilan sebagai Tukaran Keadilan Amerika yang mengutamakan identiti pemberi maklumat tidak didedahkan bagi memudahkan mana-mana pihak mendedahkan data membantu pihak berkuasa. 

Beberapa negara memburu Zulkifli selepas pengeboman yang mengorbankan 202 orang di Bali, Indonesia pada 2002. Sejak itu, dia dipercayai ramai memberi latihan kemahiran memasang bom kepada anggota Abu Sayyaf. 

Kehadiran Zulkifli di bahagian selatan Filipina menjadi alasan mengapa Amerika melabel rantau itu sebagai satu lagi sarang al-Qaeda. – Agensi 

AS simpan foto mayat Osama



pix_gal0
Obama dakwa gambar boleh ancam keselamatan Amerika Syarikat 

WASHINGTON: Amerika Syarikat tidak akan menyiarkan gambar mayat Osama bin Laden selepas pengasas al-Qaeda itu dibunuh komando SEAL atas alasan ia mungkin mencetuskan keganasan baru selain digunakan militan sebagai alat propaganda.
Ketika menjelaskan sebab-sebabnya, Presiden Barack Obama berkata: “Saya fikir ada risiko kepada keselamatan negara jika gambar yang agak ngeri ini disiarkan.”
“Sudah jelas Osama sudah mati. Jadi, penyiaran sekeping gambar tidak akan membawa sebarang perbezaan kerana pasti ada pihak akan terus menafikannya. 

“Hakikat yang penting ialah, anda tidak akan lihat Osama berjalan di atas muka bumi ini lagi,” kata Obama dalam program CBS 60 Minutes. 

Ketika keraguan bertambah kematian Osama, Rumah Putih mengakui ada kesilapan awal maklumat sama ada Osama – yang ditembak di kepala – bersenjata ketika pasukan Tentera Laut SEAL menyerbu kediaman di bandar Abbottabad, Ahad lalu. 

Memetik pihak berkuasa, NBC melaporkan empat daripada lima orang terkorban dalam operasi itu termasuk Osama, tidak bersenjata dan tidak melepaskan satu das pun tembakan, berbeza daripada dakwaan awal bahawa komando tidak terbabit dalam tembak menembak lama. 
Peguam Negara, Eric Holder, membalas kenyataan bahawa pembunuhan Osama yang tidak bersenjata adalah tidak sah, memberi alasan bahawa komando Amerika yang menyerang, bertindak untuk mempertahankan negara mereka. 

Amerika yang kini mengakui bahawa Osama tidak bersenjata apabila ditembak mati, kini dituduh Eropah dan Asia Barat, sebagai melanggar undang-undang antarabangsa. 

Tetapi, sama ada ia sah di sisi undang-undang tidak dibincangkan di Amerika sebaliknya pembunuhan Osama disambut dengan pesta di jalan raya. 

Satu undian Reuters/Ipsos dikeluarkan Selasa lalu menunjukkan pembunuhan itu menaikkan imej Obama, memperbaiki pandangan rakyat Amerika terhadap kepimpinannya dan usaha memerangi keganasan. 

Ada pemimpin Islam melahirkan kebimbangan besar berhubung pengebumiannya di laut daripada sebuah pesawat pengangkut Amerika. 

Walaupun pihak berkuasa Amerika berkata ia dilakukan mengikut ajaran Islam, beberapa pemimpin agama berkata ia bertentangan dengan amalan Islam untuk melakukan pengebumian di laut sedangkan orang terbabit menghembuskan nafas terakhir di darat. 

Belum ada tanda bantahan besar atau reaksi ganas di jalanan di negara Islam bagi membantah pembunuhan Osama, termasuk Pakistan. Bagaimanapun, sebuah parti politik terbesar Islam di Pakistan menggesa satu bantahan besar-besaran hari ini ke atas apa yang digelarnya satu pelanggaran kedaulatan negara selepas serangan Amerika. – Reuters bharian

Lelaki parah kena renjatan meninggal


KUALA TERENGGANU: Selepas lapan hari bertarung nyawa akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian di pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Putat, Setiu, seorang lelaki berusia 36 tahun meninggal dunia, Selasa lalu. 


Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang 27 April lalu, lelaki dari Kampung Telaga Papan, Setiu, melecur di badan dan dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Selain kesan terbakar akibat renjatan elektrik yang dikatakan turut memberi kesan kepada jantung, suspek luka di kepala ketika cuba memanjat pagar pencawang itu untuk melarikan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata pada hari kejadian kira-kira jam 9.30 malam, TNB menerima laporan daripada penduduk kampung yang terdengar satu letupan kuat daripada pencawang sehingga bekalan elektrik terputus. 

Mayat bayi dalam tong sampah


Perasaan curiga pekerja kedai perabot lihat wanita bawa bungkusan terjawab 


KENINGAU: Kecurigaan seorang pekerja sebuah kedai perabot di pekan ini melihat perbuatan seorang wanita mundar- mandir ketika menghampiri tong sampah tidak jauh dari kedai itu terjawab apabila dia menemui mayat seorang bayi lelaki baru lahir dalam tong sampah berkenaan.
Mayat berkenaan dijumpai dalam beg plastik, dipercayai dibuang perempuan berusia awal 20-an terbabit sejurus selepas ia dilahirkan, kira-kira jam 5 petang kelmarin.
Pekerja wanita berusia awal 40-an itu mengesyaki sesuatu apabila terlihat perempuan terbabit membawa bungkusan dan menghampiri tong berkenaan sebelum memaklumkannya kepada majikannya. 

Atas nasihat majikannya, pekerja berkenaan memeriksa bungkusan dalam tong itu dan terkejut apabila mendapati ada mayat bayi di dalamnya. 

Sepasukan anggota polis yang dihubungi, bergegas ke tempat kejadian menemui mayat berkenaan dalam keadaan masih bertali pusat. 

Berdasarkan maklumat awal pekerja terbabit, polis menahan wanita berkenaan tidak jauh dari tempat kejadian. 
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed, berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai melahirkan bayi berkenaan dalam tandas awam tidak jauh dari kedai perabot itu. 

"Suspek dirawat di Hospital Keningau, manakala mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu untuk dibedah siasat," katanya di sini semalam. 

Suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran bayi. 

Suspek yang berasal dari sebuah kampung dekat sini, dikatakan mempunyai teman lelaki. 

'Cari mayat anak saya sampai dapat'



RAJA SALBIAH (kanan)  meluangkan masa menziarah Wan Azleela di rumah kakaknya di Senawang, semalam.
RAJA SALBIAH (kanan) meluangkan masa menziarah Wan Azleela di rumah kakaknya di Senawang, semalam.
Mangsa ketiga tragedi lemas masih dicari 

SEREMBAN: “Saya harap sangat-sangat dapat melihat (Nurshaza) Sakinah buat kali terakhir,” kata Wan Azleela Wan Abdullah, 32, yang tutur katanya kurang jelas kerana teresak-esak.
Dia lebih banyak menangis sambil melahirkan hasrat hatinya untuk melihat seorang daripada tiga anaknya itu yang kini masih belum ditemui selepas dihanyutkan air deras akibat fenomena ‘kepala air’ ketika berkelah di Sungai Ulu Bendul di kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, petang Selasa lalu.
“Tolonglah...cari dia sampai jumpa,” katanya. 

Dalam kejadian yang meragut nyawa tiga anaknya itu, Nurshaza Sakinah Said, 2, masih belum ditemui hingga jam 8 malam tadi, manakala mayat dua kakaknya, Nurshaza Alisa, 5, ditemui pada jam 3.15 pagi kelmarin, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, manakala Nurshaza Azira, 4, ditemui kira-kira 2.5 kilometer berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Bendul. 

Tiga beradik berkenaan bersama ayah mereka, Said Ahman Ibrahim, 28, dan rakan wanitanya, Alwani Abu Hasan, 20-an, dihanyutkan arus deras kira-kira jam 5 petang, tetapi Said dan Alwani sempat diselamatkan orang ramai. 

Tidak banyak yang dituturkan Wan Azleela yang masih dalam terkejut dan sedih dengan kehilangan sekali gus ketiga-tiga anaknya itu. 
Bagaimanapun, dia yang bekerja di sebuah pasar raya di Senawang dekat sini, mengucapkan terima kasih dengan kunjungan dan simpati pelbagai pihak berikutan tragedi yang menimpa dirinya. 

Antara yang turut mengunjunginya semalam ialah isteri Menteri Besar, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin, bersama kira-kira 30 ahli Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI), Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Wanita dan Puteri UMNO Negeri Sembilan. 

Ketika ditemui di rumah kakaknya di Taman Desa Ixora, Senawang, Wan Azleela terharu kerana kejadian itu mendapat perhatian pelbagai pihak yang datang dan menghubunginya serta menasihat supaya tabah menghadapi dugaan besar itu. 

“Saya ucapkan terima kasih kerana ramai yang datang menghulurkan simpati. Insya-Allah saya akan jadikannya bekalan untuk menguatkan semangat diri ini,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba, kesal dengan pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup menghubungi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan memberikan maklumat palsu. 

“Dua panggilan palsu diterima sejak hari pertama kejadian menyebabkan pasukan kita terpaksa membuang masa berkejar ke lokasi dimaklumkan itu, sekali gus menjejaskan kelicinan operasi SAR,” katanya. bharian

'Bayar RM13,000 polis tak bebas anak'




MOHAR Mohamed Ali dan ibunya, Rani Rahmah menunjukkan laporan polis   dan gambar anaknya yang ditahan di Balai Polis Rawang, semalam.

MOHAR Mohamed Ali dan ibunya, Rani Rahmah menunjukkan laporan polis dan gambar anaknya yang ditahan di Balai Polis Rawang, semalam.

Wanita dakwa ditipu anggota penguat kuasa

PETALING JAYA: Seorang ibu mendakwa ditipu sebanyak RM13,000 oleh anggota polis yang menahan dua anaknya yang dipercayai terbabit dengan kes curi motosikal dengan alasan wang itu adalah bagi menjamin anak-anaknya.Rani Rahmah Ismail, 59, berkata kedua-dua anaknya iaitu Mohamad Ramadan Mohamed Ali, 22, dan Mohd Rafe, 20, ditahan pada 8 Mac lalu di kediaman mereka di Batu Caves, Gombak.
"Seramai enam anggota polis mendakwa anak saya perlu ditahan untuk membantu siasatan tapi tidak memberitahu untuk kes apa," katanya kepada pemberita di pejabat peguam di sini, semalam.

Beliau berkata, dua minggu selepas anak-anaknya ditahan, beliau menerima panggilan telefon daripada seseorang yang dipercayai anggota polis yang menahan kedua-dua anaknya dan meminta wang RM30,000 sebagai wang jaminan untuk membebaskan anak-anaknya.

"Masa mereka meminta RM30,000, saya mengatakan tidak mampu untuk membayar. Tiga hari selepas itu mereka telefon lagi dan meminta hanya RM13,000 dan seminggu selepas itu saya memberikan wang itu melalui akaun bank," katanya.

Rani Rahmah berkata, selepas wang dimasukkan ke dalam bank, anggota polis terbabit meminta supaya beliau datang ke Balai Polis Rawang untuk membawa pulang anak-anaknya.
Namun, di balai polis berkenaan, anggota di situ menafikan bahawa anaknya dibebaskan.

"Sehingga hari ini, anak saya masih juga tidak dibebaskan walaupun wang sudah diserahkan," katanya.

Seorang lagi ibu yang anaknya turut ditahan kerana kes yang sama, Maznah Yusof, 41, berkata beliau juga mendapat panggilan yang sama namun tidak melayannya.

Peguam bela bagi kedua-dua lelaki yang ditahan itu, Fadiah Nadwa Fikri berkata beliau menganggap perkara itu sebagai satu kegiatan rasuah di kalangan anggota polis dan akan memberi masa 24 jam kepada pihak polis untuk membebaskan kedua-dua anak guamnya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asistan Komisioner Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai kejadian itu, namun akan membuat siasatan lanjut. – BERNAMA 

Bomoh dipenjara 15 tahun



HAMZAH dibawa keluar dari Mahkamah Seksyen Ipoh, semalam.
HAMZAH dibawa keluar dari Mahkamah Seksyen Ipoh, semalam.
IPOH: Seorang bomoh berusia 71 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol anak tirinya, tahun lalu. 

Hamzah Abd Ghani, 71, berasal dari Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, Batu Gajah, dekat sini, diperintah menjalani hukuman itu berkuat kuasa tarikh ditahan pada 13 Februari 2010.
Hakim Noorhayati Mat bagaimanapun mengecualikan tertuduh yang juga seorang penoreh getah daripada hukuman sebat kerana faktor usia.
Noorhayati berkata, keputusan mensabitkan tertuduh terhadap dakwaan itu dibuat selepas mahkamah berpuas hati dengan hujah pihak pendakwaan dan pembelaan. 

Ketika keputusan dibacakan, Hamzah yang memakai kemeja lengan pendek dan berseluar sukan serba putih serta berselipar, langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi sedih, sebaliknya kelihatan lebih banyak bermenung ketika diminta berdiri dalam kandang tertuduh. 

Hamzah didakwa merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 24 tahun di sebuah rumah beralamat No 8, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Kampung Changkat Tin, Batu Gajah, kira-kira jam 1 pagi pada 2 Februari 2010. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan. 
Di KUALA LUMPUR, seorang pengawal keselamatan dituduh merogol anak perempuannya berusia lapan tahun di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam, tahun lalu. 

Lelaki berusia 43 tahun itu mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad. 

Dia didakwa merogol anak perempuan kandungnya berusia lapan tahun itu di sebuah rumah sekitar Pandan Indah di sini, antara 10 Mac 2010 hingga 3 Ogos 2010. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin atas alasan kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius. 

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon wang jaminan dikurangkan dengan alasan dia menjadi mangsa keadaan kerana kecurangan isterinya. 

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan pada 27 Mei ini.
bharian

Empat maut, dua parah lawan arus



KERETA Proton Saga dipandu  Wee,  remuk dalam kemalangan membabitkan dua motosikal, lori dan kereta di Kilometer 11 Jalan Pasir Mas Tanah Merah di Kampung To’ Uban, kelmarin.
KERETA Proton Saga dipandu Wee, remuk dalam kemalangan membabitkan dua motosikal, lori dan kereta di Kilometer 11 Jalan Pasir Mas Tanah Merah di Kampung To’ Uban, kelmarin.
Motosikal bertembung dilanggar dua lori 

PASIR MAS: Berpunca menunggang motosikal melawan arus, empat maut dan dua parah dalam kemalangan membabitkan masing-masing dua motosikal, lori dan kereta di Kilometer 11 Jalan Pasir Mas Tanah Merah di Kampung To’ Uban, di sini, malam kelmarin.
Kejadian 7.20 malam itu berlaku apabila motosikal ditunggang dua beranak, Ariff Che Mohd Zain, 35, bersama anaknya Alif Azhar Ariff, 12, menentang arus menyebabkan mereka bertembung dengan motosikal ditunggang dua sepupu, Chik Samsudin Mat Ghapar, 16 dan Mohd Faizal Fakaruddin, 16.
Berikutan kemalangan itu, dua lori dari arah sama tidak sempat mengelak sehingga menggilis tiga mangsa, Ariff, Chik Samsudin dan Mohd Faizal. 
Ketiga-tiga mereka meninggal di tempat kejadian. 

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, dalam masa sama, sebuah kereta Volvo dipandu Huzaiudi Zainal Abidin, 36, dari Tanah Merah ke Pasir Mas cuba mengelak daripada melanggar mangsa di tempat kejadian. 

Bagaimanapun, kereta itu bertembung kereta Proton Saga dari arah bertentangan menyebabkan pemandu kenderaan terbabit Wee Thai Kit, 40, maut di tempat kejadian. 
Dua mangsa yang parah ialah Alif Azhar dan Huzaiudi. 

“Semua mangsa meninggal kerana kecederaan teruk di kepala dan badan, manakala yang tercedera dihantar ke Hospital Pasir Mas dan kes ini akan disiasat mengikut Akta 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 

Sementara itu, abang Chik Samsudin, Khairin Fakaruddin, 18, berkata, beliau terkilan kerana adiknya tidak sempat bertemu ibu yang kini berada di Kuala Lumpur. 

Beliau berkata, Chik Samsudin sering bertanya bilakah ibu mereka akan pulang daripada menjaga kakaknya yang bersalin di ibu negara. 

Bapa Wee Tai, Wee Kan Hai, 69, berkata, ketika kejadian itu beliau dalam perjalanan ke rumah anaknya tapi tidak menyangka anaknya pula terbabit dalam kemalangan maut itu. bharian

Dijemput ajal pada waktu Maghrib



ORANG ramai melihat keadaan kereta Proton Saga yang remuk setelah bertembung dengan kereta Volvo dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah kelmarin.


PASIR MAS - Empat maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan tragis melibatkan enam buah kenderaan di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah di sini kelmarin.
Kejadian pukul 7.20 malam itu menyebabkan dua remaja berusia 16 tahun, Chik Shamsuddin Mat Ghapar dari Kuala Krai dan sepupunya, Muhammad Faizal Fakruddin dari Kampung Kubang Chenok mati di tempat kejadian. Ketika kejadian, mereka menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan tidak mempunyai lesen.
Turut terkorban ialah seorang lagi penunggang motosikal jenis Honda Wave, Ariff Che Mohd. Zain, 35, dari Kampung Chabang Empat Chetok serta seorang pemandu kereta, Wee Thai Kit, 40, dari Chabang Empat, Cherang, Kota Bharu.
Seorang lagi pemandu kereta, Hazayudi Mohd. Zainal Abidin, 36, parah manakala anak Ariff, Mohd. Alif Azham, 12, cedera ringan akibat tercampak ke bahu jalan. Mereka kini dirawat di Hospital Pasir Mas.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang Chik Shamsuddin dan Muhammad Faizal dari Tanah Merah ke Pasir Mas bertembung dengan motosikal yang dinaiki Ariff serta anaknya.
Katanya, ketika itu, motosikal remaja berkenaan ditunggang dengan melawan arus.
"Ekoran pertembungan itu, kesemua mangsa kecuali Mohd. Alif tercampak ke atas jalan lalu digilis oleh dua buah lori. Beberapa saat kemudian, sebuah kereta jenis Volvo yang dipandu Hazayudi dari arah yang sama cuba mengelak mangsa-mangsa sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga yang dipandu Thai Kit.
"Kesemua mangsa mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Hazayudi patah jari kelengkeng tangan kanan. Mohd. Arif pula cedera ringan," katanya.
Tambahnya, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.
Sementara itu, abang Muhammad Faizal, Muhammad Khairul, 18, memberitahu, dia tidak menyangka kemalangan yang dilihatnya itu rupa-rupanya melibatkan adiknya sendiri.
"Saya terkejut apabila mendapati adik saya sendiri terlibat dalam kemalangan itu. Ketika kejadian, dia bersama sepupunya hendak pergi membeli nasi," ceritanya yang memberitahu mangsa merupakan anak ketiga daripada enam beradik.-kosmo