Search This Blog

Tuesday, May 3, 2011

Suami koma selepas terjatuh



SUNGAI SIPUT (U) – Suri rumah, T Telegawati. 28 terpaksa menggalas semua tanggungjawab menjaga keluarga setelah suaminya S Sivakumar, 36, berada dalam keadaan koma semenjak setahun lalu.

Telegawati berkata, suaminya tidak sedarkan diri akibat kecederaan serius selepas terjatuh di tempat kerjanya, iaitu sebuah kilang di Khantan.

Menurutnya, semenjak kemalangan itu, Sivakumar perlu dibekalkan susu setiap empat jam sebagai makanannya.

“Sekarang ini saya sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM 300 sebulan.

“Jumlah ini bagaimanapun tidak mencukupi kerana bekalan susu untuk suami saya sahaja telah memerlukan RM600 sebulan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Tai Chong, di sini.

Telegawati berkata, dia tidak bekerja kerana perlu menjaga suami sepenuh masa, sekali gus menguruskan anak-anak yang masih bersekolah.

Menurutnya, dia dan keluarga kini menumpang di rumah ibunya, kerana tidak berkemampuan untuk membayar sewa rumah.

“Sejak kemalangan yang menimpanya, suami saya belum mendapat pampasan Socso, tetapi kami difahamkan ia akan mula dibayar pada bulan hadapan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam, yang melawat keluarga ini bersama kakitangan JKM berkata, beliau tetap memberi perhatian kepada golongan kurang bernasib baik.

“Saya akan terus berusaha membantu golongan seperti ini termasuk memanjangkan masalah mereka kepada pihak berkenaan.

“Selain keluarga Telegawati, kita turut melawat beberapa keluarga lain yang perlu dibantu di sekitar Dewan Undangan Negeri Lintang,” katanya.

Bapa empat anak ditemui mati terjerut



JUNJUNG - Seorang bapa empat anak ditemui mati dalam keadaan leher terjerut dan tergantung di bahagian tengah rumahnya di Kampung Padang Janggus, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam.

Isteri mangsa yang enggan namanya disiarkan, berkata ketika kejadian tidak ada sesiapa di rumah kerana anak-anak mereka ke sekolah. Dia kemudian ternampak mangsa cuba menggantung diri menggunakan kain licin tetapi sempat menghalangnya.

“Walaupun suami saya jatuh atas riba dan dalam keadaan lemah, dia masih boleh bangun dan mengambil kain cadar dan menggantung dirinya sekali lagi. Saya menjerit meminta tolong jiran tetapi mungkin tiada siapa yang dengar. Suami saya kemudiannya naik ke atas kerusi dan terjun. Kali ini saya tidak dapat menyelamatkannya lagi,” katanya ketika menceritakan kejadian kepada polis.

Wanita itu berkata, suaminya pernah bertugas sebagai anggota tentera dan seorang yang kuat cemburu.

“Saya rasa suami saya cemburu kerana bekas suami selalu menelefon anak-anak. Lagipun, minggu lalu dia pergi mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Petani dan didapati menghidapi barah otak,” katanya.

Mangsa yang berusia 30 tahun dan bekerja di sebuah kilang di Sungai Petani meminta isterinya merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarganya yang tinggal di Bukit Selambau.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, siasatan awal mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Sementara itu, bapa mangsa yang ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa dan isterinya balik ke Bukit Selambau melihat anak mereka berusia 10 bulan yang dijaganya.

Menurutnya, jenazah dibawa balik ke Bukit Selambau untuk dikebumikan.

Padah pecah masuk rumah OKU



KUALA TERENGGANU - Tindakan tidak perikemanusiaan seorang lelaki yang sanggup menjadikan rumah pasangan orang kurang upaya (OKU) yang pekak dan bisu sebagai sasaran melakukan jenayah pecah rumah, akhirnya menerima pembalasan setelah dia dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Nor Azizah Yusof menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh, Mohd Khairul Mohd Zan, 27, dari Kampung Kesom, Manir mengaku bersalah melakukan jenayah di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan itu pada 28 April lalu di antara jam lebih kurang tiga petang hingga 6.15 petang di kediaman pasangan berkenaan di kampung Kesom, Manir.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah melakukan kesalahan pecah bangunan dengan memasuki ke dalam sebuah bangunan rumah kediaman milik Rosli Awang, 37, bertujuan melakukan pecah rumah.

Pada masa sama, dia juga didapati mencuri sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericson, sebuah telefon bimbit Nokia dan syiling berjumlah RM7 yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM1,507.

Sehubungan itu, dia telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan denda. 

Lima sekeluarga nyaris maut



TOK MOTONG - Lima sekeluarga termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) nyaris maut setelah Proton Iswara Sedan yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh sebuah stor kosong di sini dekat sempadan Bukit Yong, Pasir Puteh, Kelantan, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kereta yang dipandu Mohamad Che Kob, 62, bersama ahli keluarganya dalam :perjala�nan dari arah Pasir Puteh menuju ke Kuala Terengganu apabila kenderaannya dikatakan gagal dikawal selepas me�ngambil satu selekoh di situ.

Sumber memberitahu Sinar Harian, kereta terbabit berpusing selepas mengambil selekoh dan gagal dikawal sebelum merempuh sebuah stor kosong menyebabkan kenderaan berkenaan remuk.

Kemalangan itu menyebabkan Mohamad dan adik iparnya yang menghidap Sindrom Down yang duduk di kerusi depan sebelah pemandu, tersepit.

Sementara itu, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Zuzuki Safei, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 2.45 petang dan sepasukan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dan yang terakhir ialah Mohamad yang berada di tempat duduk pemandu.

Katanya, tiga penumpang di tempat duduk belakang terlebih dahulu dihantar ke Hospital Besut sementara kerja mengeluarkan mangsa tersepit dilakukan.

Semua mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Mangsa difahamkan juga dalam perjalanan pulang dari Kedah ke Batu Tumbuh, Kuala Terengganu.

Tiga mangsa lagi ialah isteri Mohamad, Rohani Alias, 52 dan anak, Rizal Husaidi Mohamad, 24 serta seorang saudara mereka, Maimun Abd Rahman.

Motosikal bertembung 2 kereta



KAMPUNG NYATOH – Seorang pemuda, Ahmad Amri Mat Rawi, 20, dari Kampung Pak Kancil Dalam menemui ajal apabila motosikal ditungganginya bertembung Hyundai Matrix dari arah bertentangan di Kilometer 62, Kuala Terengganu-Permaisuri di Kampung Nyatoh, petang kelmarin.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah motosikal jenis RXZ yang dipandu mangsa, kereta Hyundai Matrix dan Proton Wira.

Bagaimanapun, pemandu kedua-dua kereta tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Musa Ali berkata, kejadian berlaku apabila penunggang motosikal itu terlanggar Hyundai Matrix yang datang dari arah Penarik di satu selekoh dan di garisan berkembar.

“Setelah perlanggaran, mangsa terpelanting ke belakang dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala serta seluruh badan,” katanya.

Musa berkata, berdasarkan siasatan, pihak polis juga percaya terdapat sebuah lagi kenderaan, dipercayai jenis Pajero datang dari arah Saujana ke Penarik menggilis mangsa.

“Ini sebab, kita dapati kesan patah pada bahagian anggota badan mangsa adalah disebabkan digilis tayar kenderaan berat, namun setakat ini kita tidak dapat mengesan kenderaan itu dan laporan juga belum diterima.

“Justeru, saya mengharapkan pemandu Pajero itu boleh tampil membuat laporan segera di mana-mana balai polis atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut apabila Myvi dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang elektrik di Kampung Hulu Seladang jam 2.40 petang kelmarin.

Mangsa, Mohd Luqman Ali dipercayai memandu dalam keadaan laju gagal mengawal kereta ketika melalui satu selekoh dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani mengesahkan menerima laporan kedua-dua kemalangan maut itu.

Osama terbunuh
















SAMBUTAN MERIAH: Orang ramai berhimpun di Dataran Times, New York, semalam, sejurus selepas Presiden Obama mengumumkan bahawa ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden, mati dalam serbuan pasukan tentera khas Amerika dekat Islamabad, Pakistan, dan Amerika memiliki mayatnya. -- Foto AFP


Ketua Al-Qaeda maut dalam serbuan helikopter AS di Pakistan
WASHINGTON/ABBOTTABAD (Pakistan): Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden, terbunuh dalam satu serbuan helikopter Amerika Syarikat di sebuah rumah mewah dekat Islamabad, ibu kota Pakistan, awal semalam, kata para pegawai.
Perkembangan terbaru itu mengakhiri satu usaha memburu ketua kumpulan pengganas yang dipercayai menjadi dalang serangan pengganas pada 11 September 2001 di New York itu sejak hampir 10 tahun yang lalu.Para pegawai Amerika berkata Osama berada di sebuah rumah mewah dianggarkan bernilai jutaan dolar di Abbottabad, sebuah bandar yang menempatkan pangkalan tentera, kira-kira 60 kilometer ke utara Islamabad.Selepas tembak-menembak selama 40 minit, Osama dan beberapa orang di rumah mewah itu terbunuh.Seorang sumber yang mengetahui mengenai operasi itu berkata, Osama ditembak di kepalanya.'Keadilan telah terlaksana,' kata Presiden Amerika, Encik Barack Obama, dalam pengumuman beliau mengenai kejadian itu di Rumah Putih.Para pemimpin di seluruh dunia mengalu-alukan berita pembunuhan itu sebagai satu kejayaan dramatik dalam usaha memerangi Al-Qaeda, yang mana sentimen itu turut dicerminkan dalam pasaran kewangan sedunia.Harga saham dan nilai dolar meningkat, manakala harga minyak dan emas jatuh, berlandaskan pandangan bahawa kematian Osama akan mengurangkan risiko keselamatan sejagat.Bagaimanapun, ramai pengamat memberi amaran bahawa adalah terlalu awal mengatakan kematian Osama itu akan menandakan titik perubahan pada usaha memerangi satu jaringan kumpulan militan yang amat meluas.Sambutan meriah diiringi kibaran bendera Amerika tercetus di Washington dan New York selepas pengumuman Encik Obama itu.Ia adalah kemenangan isu keselamatan paling besar bagi presiden Amerika itu sejak beliau memegang jawatan itu pada awal 2009 dan mungkin memberikan beliau satu rangsangan politik yang diperlukannya sedang beliau mengharapkan pelantikan semula pada tahun depan.Encik Obama juga kini mungkin mendapatinya lebih mudah menamatkan perang di Afghanistan yang telah berlarutan hampir sedekad sejak peristiwa 11 September 2001, yang meragut hampir 3,000 nyawa.Namun, operasi itu mungkin menyukarkan hubungannya dengan Pakistan, sekutu rapat Amerika dalam usaha memerangi kumpulan militan dan perang di Afghanistan.Seorang pegawai Amerika berkata pihak berkuasa Pakistan hanya diberitahu tentang butir-butir serbuan tersebut selepas ia dilakukan.Pendedahan bahawa Osama tinggal dalam suasana mewah juga mungkin memberi tekanan kepada pegawai Pakistan menjelaskan bagaimana dia boleh berada 'dekat' dengan mereka.Para penduduk di Abbottabad berkata sebuah akademi latihan tentera berada dekat dengan tempat itu.Para pegawai Amerika menjelaskan pasukan khas tentera Amerika itu diarah ke bangunan tiga tingkat yang dibina seperti sebuah kubu di Abbottabad itu selepas hampir empat tahun menjejak salah seorang daripada utusan khas yang paling dipercayai Osama, yang menurut para pegawai Amerika telah dikenal pasti oleh para tahanan selepas serangan 11 September 2001 itu.'Mereka memberitahu bahawa dia mungkin tinggal bersama atau dilindungi Osama,' kata seorang pegawai pentadbiran kanan Amerika dalam satu taklimat kepada wartawan di Washington.Osama akhirnya ditemui selepas pihak berkuasa mendapati pada Ogos tahun lalu bahawa utusan khas itu tinggal bersama saudara lelakinya dan keluarga mereka di sebuah bangunan yang luar biasa dan mempunyai kawalan keselamatan tinggi di Pakistan kata para pegawai.'Apabila kami melihat kawasan rumah di mana adik-beradik itu tinggal, kami terkejut dengan apa yang kami nampak: sebuah kompaun yang luar biasa uniknya,' kata seorang pegawai kanan pentadbiran Amerika itu.'Pakar-pakar yang mengusahakan isu ini sejak beberapa tahun telah membuat penilaian bahawa ada kemungkinan besar pengganas yang bersembunyi di sana adalah Osama bin Laden,' kata seorang lagi pegawai kanan pentadbiran Amerika.Osama dan tiga lelaki, termasuk seorang anak lelaki ketua Al-Qaeda itu, terbunuh bersama seorang wanita yang dijadikan sebagai perisai, menurut para pegawai Amerika itu.Sebuah helikopter Amerika terhempas atas sebab masalah mekanikal tetapi tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh pasukan khas operasi serbuan itu, kata Encik Obama. -- Reuters.cyberita

Gadis dilarikan pemuda Indon

3 MEI 2011: Pahzin Fatimah Mohd. Noor ditemani suaminya, Azmi Sulaiman menunjukkan gambar anaknya Azhlina yang didakwa dilarikan oleh seorang pemuda ke Kalimantan Timur, Indonesia di rumahnya Kampung Bukit Tiu, Machang, Kelantan. - Utusan

Perbicaraan Tun Dr Ling ditangguh 1 Ogos

Berita Harian
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes penipuan RM1.08 bilion berkaitan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, ditangguh kepada 1 Ogos ini.

Kes itu ditangguh selepas pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan masa untuk mengubah status klasifikasi minit mesyuarat Kabinet.

Ling, 67, yang juga bekas presiden MCA, menghadapi pertuduhan penipuan terhadap Kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Kabinet mengenai pengambilan tanah untuk sebuah projek hab pengedaran mega di Pelabuhan Klang.
Menurut pertuduhan utama, Ling didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). - BERNAMA"

Auckland dilanda puting beliung

Berita Harian
AUCKLAND (New Zealand): Seorang terbunuh selepas puting beliung melanda Auckland, iaitu bandar terbesar New Zealand, petang Selasa (waktu tempatan).

Inspektor polis Barry Smalley, berkata, imej yang dipaparkan menerusi televisyen menunjukkan keadaan cuaca yang tidak diduga membawa serpihan apabila ia merentasi sebahagian Auckland.

Beliau berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berhubung mangsa yang terbunuh dan mangsa lain yang cedera susulan kejadian itu. - AP"

Angka kematian cecah 18 pertempuran sempadan Thai-Kemboja

Berita Harian
BANGKOK: Seorang tentera Thailand terbunuh dalam pertempuran terbaru antara pihak Kemboja, hari ini, menjadikan angka kematian kepada 18 di sebalik ketegangan antara kedua-dua negara semakin reda.

Jurucakap tentera Thailand, Kolonel Sukit Subanjui, berkata tiga tentera Thailand yang lain cedera ketika meninjau lewat Isnin dan awal Selasa di sempadan timur laut.

“Pertempuran antara kedua-dua pihak membabitkan serangan bersenjatakan senapang dan mortar,” katanya. - AFP"

Bangunan 7 tingkat Turki runtuh

Berita Harian
ANKARA (Turki): Bangunan tujuh tingkat di selatan bandar Malatya, Turki runtuh awal pagi tadi (waktu tempatan), menurut media negara itu.

Televisyen CNN-Turk, berkata bangunan itu berada di bawah projek pembinaan dan tiada sesiapa di dalamnya.

Siaran televisyen itu berkata, seorang mangsa cedera susulan kejadian itu.
Bagaimanapun, terdapat percanggahan laporan media apabila, bangunan itu sudah beroperasi.

Agensi berita Anatolia, berkata beberapa ambulans berkejar ke tempat kejadian. - AP"

8 rakyat Thailand cedera kemalangan bas di Juru

Berita Harian
BUTTERWORTH: Lapan pelancong rakyat Thailand cedera, dua daripadanya parah apabila bas persiaran yang mereka naiki merempuh pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 139.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di Juru, awal hari ini.

Ketika kejadian pada jam 4 pagi itu, bas berkenaan membawa 28 penumpang dan dalam perjalanan dari Johor ke Hadyai, Thailand.

'Kesemua penumpang yang cedera itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan manakala penumpang lain meneruskan perjalanan dengan bas yang lain,' kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob.
Beliau berkata, kejadian dikatakan berpunca apabila pemandu bas persiaran berusia 24 tahun itu gagal mengawal kenderaan kerana jalan licin akibat hujan.

'Sebuah kereta yang berada di belakang bas itu turut terlanggar bas berkenaan tetapi pemandunya dilapor tidak cedera,' katanya.

Beliau berkata, pemandu bas berkenaan sudah membuat laporan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika bersabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum setahun. - BERNAMA"

3 kanak-kanak dihanyut arus di Hutan Rekreasi Ulu Bendul

Berita Harian
SEREMBAN: Tiga kanak-kanak berusia lima, tiga dan setahun hilang dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama keluarga di kawasan Perkelahan Hutan Rekreasi Ulu Bendul dekat sini, hari ini.

Menurut polis, kejadian kira-kira jam 5 petang ketika hujan renyai.

Hutan rekreasi itu terletak di KM 20 Jalan Seremban-Kuala Pilah di dalam Hutan Simpan Angsi. - BERNAMA"

Seorang lagi askar Thai terkorban


BANGKOK: Seorang lagi tentera Thai terbunuh dalam pertempuran di sempadan Thai-Kemboja di Surin malam semalam, menjadikan jumlah kematian di pihak Thai meningkat kepada 12 orang sejak pertempuran bermula 11 hari lepas.
Suthep Thaugsuban, Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, berkata sebelum itu, tiga anggota tentera mengalami kecederaan, meningkatkan jumlah mangsa yang cedera kepada lebih 120 orang sejak 22 April.

Rundingan gencatan senjata membabitkan pegawai tentera darat dari kedua-dua pihak berjaya menghentikan siri berbalas tembakan. Bagaimanapun gencatan senjata itu hanya bertahan beberapa jam sahaja dan selepas itu gagal menghentikan pertempuran.

Suthep mengakui kesukaran untuk mengadakan perbincangan gencatan senjata dengan pihak Kemboja pada masa ini.

"Mungkin, apabila pemimpin dari kedua-dua negara bertemu semasa Sidang Kemuncak Asean di Jakarta dari 6-8 Mei, beberapa perkembangan positif dapat dipersetujui," katanya. - Bernama

Bapa maut ketika pulang hantar anak ke sekolah

Kosmo!

KUALA TERENGGANU - Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) maut ketika dalam perjalanan pulang setelah menghantar dua anaknya ke sekolah apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh kenderaan pacuan empat roda di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 8.30 pagi itu menyebabkan Fadzul Wahid Mohamad, 39, dari Kampung Gong Pak Maseh di sini mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Terengganu ASP Khazahari Che Amat berkata, motosikal yang ditunggang lelaki itu dipercayai hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam, di sini.

'Akibat rempuhan itu, bapa kepada tiga orang anak itu tercampak ke atas jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isteri mangsa dan kedua-dua anaknya yang berpakaian seragam sekolah turut berada di tempat kejadian. - Bernama"

Wanita dibunuh kerana enggan terima lamaran

Kosmo!

ALOR SETAR - Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam tadi.

Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd. Jan berkata, kejadian dikatakan berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.

'Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini sejak sebulan lepas menyerah diri di balai polis di sini kira-kira pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.

“Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama"

Edar dadah: Lelaki Nigeria diperintah bela diri

Kosmo!

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki warga Nigeria diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi hari ini terhadap pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 1,149 gram dan Monoacetymorphines seberat 206 gram, tahun lepas.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan 20 dan 21 Jun ini bagi mendengar kes itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Chigozie Ifediora Ejiofor, 28.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebelah Restoran KFC, Jalan Changkat, Bukit Bintang di sini pada 5 petang, 8 Mei tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang boleh digantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hafiz Mohd Yusoff manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin. — Bernama"

Curi: Pelajar IPTA, penjawat awam ditahan


KANGAR — Tiga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk dua pelajar perempuan serta seorang penjawat awam ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes kecurian di kolej kediaman IPTA yang terletak di Arau itu.
Kedua-dua pelajar perempuan berumur 21 tahun itu ditahan 12.10 tengah hari pada Ahad lalu ketika mereka selesai menduduki peperiksaan akhir semester di IPTA itu manakala pelajar lelaki berusia 21 tahun dan seorang penjawat awam berusia 27 tahun ditahan 2.30 petang semalam di kediaman masing-masing di Alor Setar, Kedah.
Ketua Polis Daerah Arau, Supt. Mohd. Nadzri Hussain berkata, mereka disyaki melakukan perbuatan itu sejak Oktober tahun lalu dan ketiga-tiga pelajar berkenaan adalah penuntut tahun kedua dan kesemua mereka berasal dari Alor Setar, Kedah.
Mohd. Nadzri berkata, polis menjalankan risikan sebaik menerima laporan daripada seorang pelajar IPTA itu pada 16 Oktober tahun lalu yang mendakwa barangnya hilang.
Hasil soal siasat, pihak polis menemui semula barang curi iaitu sebuah kamera digital manakala komputer riba yang turut dilaporkan hilang dipercayai telah dilupuskan kepada pihak kedua.
"Polis masih giat mengesan pihak kedua yang terbabit dalam kes itu bagi membantu siasatan dan pihak polis percaya dengan penangkapan kesemua suspek itu berjaya menyelesaikan tiga kes yang dilaporkan,” katanya ketika dihubungi.
Kesemua suspek ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. — Bernama
Kosmo! Online - Terkini

Lapan samseng cedera dibelasah warga emas


HONG KONG: Seorang warga emas berusia 81 tahun di bandar raya ini menumpaskan sekumpulan samseng remaja yang cuba merompaknya, kata polis, semalam. Lapan remaja ditahan dengan sesetengahnya memerlukan rawatan di hospital.
Lelaki warga emas yang dikenali sebagai Mark itu diserang kumpulan remaja berkenaan yang berusia antara 15 hingga 19 tahun di terowong pejalan kaki kira-kira jam 4 pagi. Ketika itu, Mark dalam perjalanan untuk melakukan senaman pagi apabila dia diserang dari belakang. “Mereka menolak lelaki tua itu ke tanah dan cuba merompaknya. Namun, dia melawan kembali dan kumpulan itu melarikan diri tanpa mendapat apa-apa,” kata jurucakap polis. Kumpulan samseng remaja itu yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan cedera ringan selepas lelaki terbabit melawan. - AFP

4 maut pengganas letup bom dekat masjid


PESHAWAR: Sebutir bom meletup berhampiran sebuah masjid di barat laut Pakistan semalam, membunuh seorang wanita dan tiga kanak-kanak, hanya beberapa jam selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tenteranya berjaya membunuh Osama bin Laden.
Serangan itu berlaku di bandar Charsadda, kira-kira 53 kilometer di barat Abbottabad, bandar di mana pasukan khas AS membunuh pemimpin al-Qaeda itu selepas berlaku tembak menembak awal pagi semalam.

Masjid itu terletak berhampiran balai polis, dipercayai sasaran sebenar serangan itu, kata ketua polis tempatan, Nisar Khan Marwat.

Menurut Nisar Khan, lima orang turut cedera dan dua daripadanya adalah pegawai polis.

Letupan itu memusnahkan masjid berkenaan serta merosakkan tembok luar balai polis terbabit.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab, tetapi militan yang ada kaitan dengan al-Qaeda dan Taliban sering dituding bertanggungjawab melakukan serangan ke atas orang awam dan pasukan keselamatan di seluruh Pakistan yang mengorbankan lebih 4,240 orang. - AFP, mymetro

Usaha buru along peras ugut tiada henti


KUALA LUMPUR: Polis masih menjalankan usaha berterusan memburu kumpulan ceti haram atau along yang kembali ligat memeras ugut termasuk mengupah samseng bagi menuntut hutang.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis tidak pernah menghentikan operasi yang pernah dijalankan sebelum ini dan sentiasa memandang serius masalah berkenaan.

“Dalam kes terbaru Sabtu lalu, kami membuat tangkapan dipercayai along yang bergiat aktif memeras ugut mangsa mereka di sekitar ibu kota, malah sudah ada beberapa along dikenakan tindakan buang daerah,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai tangkapan itu.

Katanya, polis tidak akan membiarkan mereka bermaharajalela sehingga mengancam keselamatan orang lain.

sambil menyifatkan along sebagai penghisap darah.

Semalam, muka depan Harian Metro melaporkan mengenai mangsa yang dipotong sebahagian telinga kirinya, ibu jari kiri manakala kedua-dua tangan dan kakinya ditetak hampir putus.


A Muthukrishnan, 42, yang mengusahakan perniagaan daging kambing diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai konco along di hadapan rumahnya di Bandar Baru Selayang, di sini, pada kira-kira jam 4 pagi, 23 April lalu.

Serangan itu dikatakan akibat gagal melunaskan hutang RM50,000 sedangkan dia sudah membayar lebih daripada RM60,000 sejak lima tahun lalu.

Suami lumpuh isteri berseronok


ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 46 tahun bertindak curang dengan bermalam bersama kekasihnya di sebuah motel di Jalan Kampung Perak, di sini, sedangkan suaminya yang lumpuh terlantar di rumah mereka di Guar Chempedak.
Bagaimanapun, dia dan teman lelakinya berusia 52 tahun yang juga suami orang itu tidak bernasib baik apabila ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) pada jam 2.10 pagi kelmarin.
Difahamkan, wanita terbabit yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Pulau Pinang sepatutnya pulang ke kampungnya di Guar Chempedak, dekat sini, sempena cuti umum Hari Pekerja kelmarin untuk melawat suaminya yang berusia 50-an serta enam anaknya yang berusia tujuh hingga 24 tahun, tetapi dia mengambil kesempatan untuk bertemu kekasihnya dengan bermalam di motel berkenaan.

Ketua Operasi Jaik, Mat Nasir Mat Dali berkata, ketika disoal siasat, wanita itu mendakwa dia menyewa bersama rakannya di Pulau Pinang dan memberi alasan pulang ke kampung di Guar Chempedak dengan menaiki bas untuk menghantar wang gaji kepada anaknya bagi menyara kehidupan mereka.


Difahamkan, suaminya lumpuh sejak empat tahun lalu selepas terjatuh dan kini dijaga oleh enam anak mereka, manakala anak sulungnya dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan bersama dengan teman lelaki wanita itu.

Seorang lagi maut


TELUK INTAN: Episod sedih terus menyelubungi keluarga mangsa nahas pacuan empat roda yang terjunam dalam parit kelmarin apabila seorang lagi mangsa maut kira-kira tujuh jam selepas kejadian itu.
Mangsa, R Rajaletchumy, 9, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.30 malam kelmarin selepas bertarung nyawa kira-kira tujuh jam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan.

Rajaletchumy adalah mangsa ketiga yang maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandu bapa saudaranya, V Menan Raj, 21, terbabas sebelum terhumban dalam sebuah parit di Lorong Tokong Siam, Kampung Selabak, Jalan Padang Tembak, dekat sini.

Ketika kejadian, kenderaan yang dinaiki Rajaletchumy bersama tiga lagi adik beradiknya iaitu R Mugilan, 13, R Thivaran, 7 dan R Vimal, 2, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Jaya di sini selepas menjemput Mugilan dari sekolah.

Lelaki gila talak pukul bekas isteri depan orang ramai


KUALA LUMPUR: Akibat gila talak, seorang lelaki berusia 40-an sanggup memukul bekas isterinya di depan orang ramai selepas wanita berkenaan menolak untuk melakukan hubungan seks dalam kejadian di Seksyen 7, Shah Alam, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu menyebabkan mangsa berusia 40 tahun itu bengkak di kepala dan cedera di telinga, tengkuk, betis dan lengan selepas ditampar serta ditendang bekas suaminya.

Sumber polis berkata, pasangan itu bercerai dengan talak tiga setahun lalu.

Bagaimanapun, dalam tempoh tiga bulan lalu, mangsa yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Shah Alam sering diburu bekas suaminya dan lelaki itu sanggup datang ke tempat kerja mangsa untuk memujuk mangsa supaya kembali kepadanya.

“Selain itu, lelaki terbabit juga selalu mengganggu mangsa dengan menghantar SMS lucah,” katanya.

Menurutnya, dalam kejadian terbaru Ahad lalu, lelaki terbabit sekali lagi datang ke tempat kerja mangsa dan memujuk mangsa melakukan hubungan seks. “Apabila mangsa enggan mereka bertengkar dan memaki hamun mangsa di depan rakan sekerjanya. Kemuncaknya, lelaki itu memukul wanita di muka, dan beberapa anggota badan lain,” katanya.


Selain itu, kata sumber, suspek turut menggugut mahu membunuh wanita itu, anak lelaki mereka berusia hampir setahun dan teman lelaki baru mangsa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Superintendan Kamaruddin Ismail mengesahkan laporan mengenai kejadian itu.

‘Pelanggan’ bawa pisau


KOTA BHARU: Hasrat seorang pemuda untuk menyelamatkan ibunya daripada dirompak dua lelaki tidak dikenali membawa padah apabila perutnya dilibas dengan sebilah pisau dalam cubaan samun di sebuah kedai runcit di Kampung Bukit Cina, Kok Lanas, dekat sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 3 petang itu turut mengakibatkan bapa saudaranya berusia 52 tahun cedera parah sepertinya akibat dilibas dengan senjata berkenaan ketika cuba membantu dua beranak terbabit daripada penyamun itu.
Ibu mangsa, Che Zamrah Mohamad, 45, berkata dia amat terkejut dengan kejadian itu kerana menyangka pemuda yang datang ke kedainya pada petang itu mahu membeli barangan keperluan harian.

“Ketika itu saya berada di depan untuk menutup pintu kedai apabila lelaki tidak dikenali datang untuk membeli barang. Seorang daripada mereka menerkam saya dari belakang.


“Saya yang panik menjerit meminta pertolongan dan anak lelaki, Mohd Efifazlo Mohd Romie, 17, yang terdengar jeritan itu, datang membantu, namun perutnya dilibas seorang daripada lelaki berkenaan dengan sebilah pisau,” katanya.

Sempat ajar abang mengucap


DUNGUN: “Dia menggelupur kesakitan dan darah banyak tersembur dari mulutnya,” kata Mohd Hafis Ariffin, 18, menceritakan keadaan abangnya, Mohd Syawal, 20, yang maut selepas merempuh seekor lembu di Kampung Batu Putih, dekat sini, kelmarin.
Mohd Hafis berkata, dia memangku kepala Mohd Syawal dan sempat mengajar arwah mengucap kalimah syahadah sebelum abangnya itu meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Dungun.

Mangsa yang bekerja sebagai nelayan dan tinggal tidak jauh dari tempat kejadian, cedera parah di muka dan kepala, dikejarkan ke hospital dengan sebuah kereta yang kebetulan melalui kawasan itu.

Mohd Hafis berkata, sebelum kejadian, dia bersama Mohd Syawal serta beberapa lagi rakan mereka berbual berhampiran sebuah padang bola, dekat situ, sebelum arwah meminta diri pulang ke rumah pada jam 7.15 malam.

Menurutnya, ketika bersembang di situ, abangnya yang sebelum ini suka bergurau kelihatan banyak termenung dan berdiam diri sehingga sikap peliknya itu ditegur rakan.

“Sepanjang hari itu, arwah banyak termenung serta berdiam diri dan pada pagi kejadian dia ada meminta RM50 daripada saya walhal sebelum ini tidak pernah meminjam wang dengan saya,” katanya.


Mohd Hafis berkata, arwah meminta izin untuk pulang sebelum menghidupkan enjin motosikalnya dan beberapa minit selepas itu mereka dikejutkan dengan bunyi brek motosikal mangsa yang kuat.

“Jarak tempat kemalangan itu dengan kami kira-kira 150 meter dan sebaik terdengar bunyi brek itu saya melihat seekor lembu melintas di situ sebelum abang merempuh ternakan terbabit dan terhumban ke atas jalan,” katanya.
Menurutnya, dia dan beberapa rakan berlari ke tempat kejadian dan mendapati abangnya itu sudah tidak sedarkan diri sambil darah tersembur dari mulut dan telinganya.

“Arwah anak kelima daripada lapan beradik dan dia abang yang baik serta rapat dengan saya kerana kami berdua membantu ayah menangkap ikan setiap hari,” katanya.

Katanya, kehilangan arwah amat dirasai namun dia reda dengan pemergian abangnya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.=

Guru ditangkap basah dakwa dianiaya suami


ALOR SETAR: “Saya akui saya ada membuat salah hingga ditangkap khalwat. Tetapi apa yang dimaklumkan oleh sumber itu tidak benar sama sekali,” kata seorang guru wanita yang ditangkap khalwat malam Khamis lalu.
Harian Metro Jumaat lalu menyiarkan laporan mengenai guru wanita berusia 34 tahun itu yang ditangkap khalwat bersama teman lelakinya berusia 30-an yang juga seorang guru di sebuah rumah sewa di Kampung Telok Malek, Jitra, Khamis lalu.

Sumber memaklumkan guru itu keluar rumah kerana merajuk dengan suaminya dan meninggalkan anak perempuan tunggalnya yang kini berusia 13 tahun bersama suami untuk memudahkannya berjumpa dengan kekasihnya itu.

“Saya meninggalkan rumah kerana tidak tahan sikap suami yang panas baran dan sering memukul saya. Bukannya merajuk kerana pertengkaran kecil,” katanya ketika berkunjung ke pejabat Harian Metro, di sini, kelmarin.

Katanya, sejak berkahwin pada 1996, dia beberapa kali dipukul suami jika mereka bergaduh sehinggalah kemuncaknya pada 27 September 2007 apabila suaminya itu menumbuknya di kepala dan menendang kakinya sehingga bengkak.

Katanya, sehari selepas kejadian dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Jitra dan meninggalkan rumah mereka dengan turut membawa anak perempuan tunggal mereka itu.


“Saya juga tidak pernah meninggalkan anak perempuan kami dengannya. Saya yang menjaga anak kami dan tidak pernah meninggalkannya kepada sesiapa terutama kepada dia (suami). Mahkamah Tinggi Syariah Alor Setar sudah menyerahkan hak penjagaan anak kepada saya pada 22 Februari 2009. Jadi, mana mungkin anak boleh berada dengan dia,” katanya. Katanya, kira-kira setahun kemudian, dia membuat permohonan fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, dan kini kes itu sudah empat tahun tertangguh gara-gara sikap suaminya yang kerap gagal hadir ke mahkamah dan enggan melepaskannya.

“Saya minta dia lepaskan saya. Jangan aniaya saya begini,” katanya.
Dia turut mendakwa suaminya itu pernah berkata dia sengaja berbuat demikian kerana mahu membalas perbuatannya meninggalkan rumah bersama anak sekali gus menganiayanya.

“Dia juga kerap mengganggu saya, malah sanggup mencabut fius elektrik di rumah menyebabkan saya dan anak bergelap dan kepanasan di dalam rumah,” katanya.

Katanya, suaminya itu turut meninggalkan hutang bank berjumlah RM20,000 yang kini terpaksa ditanggungnya apabila lelaki itu enggan membayarnya.

Guru itu berkata, suaminya hanya membayar sebanyak RM900 dan memberi dua keping cek bernilai RM10,000 dan RM9,100 namun tidak dapat ditunaikan kerana ia cek tendang.

“Kini saya terpaksa menanggung hutang itu dan perlu menjelaskan ansuran kepada bank setiap bulan. Kerana kesempitan wang, saya terpaksa mencari kerja sampingan dengan mengasuh anak orang dan mengadakan kelas tuisyen,” katanya.

Kanak-kanak warga Korea mati jatuh balkoni kondo


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan warga Korea Selatan terbunuh selepas terjatuh dari balkoni rumahnya yang terletak di tingkat tujuh, Besta Kondominium, Ampang Utama di sini, petang semalam.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 3 petang ketika mangsa yang berusia 12 tahun itu berada di rumah bersama ibu dan adiknya yang berusia 11 tahun.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata tanpa disedari ibunya mangsa yang bermain di balkoni terjatuh dan ditemui mati di perkarangan kawasan perumahan 15 tingkat itu.

“Mayat mangsa ditemui adiknya kira - kira jam 3.27 petang dan memaklumkannya kepada pengawal keselamatan. Polis menerima laporan daripada pengawal keselamatan kondominium itu pada jam 5.13 petang,” katanya.

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan Harian Metro difahamkan, Jabatan Patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengesahkan mangsa mengalami kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Peti besi tercampak dari kereta


KOTA KINABALU: Penemuan sebuah peti besi keselamatan yang tercampak dari sebuah kereta Toyota Vios ketika kenderaan itu dikejar sebuah kenderaan lain berhampiran Taman Khidmat, Kolombong, di sini, awal pagi semalam, menimbulkan tanda tanya.
Seorang penduduk taman berkenaan, Awang Jaafar Wahid, 48, berkata dia dimaklumkan mengenai perkara itu ketika keluar rumah untuk ke masjid bagi menunaikan solat Subuh kira-kira jam 4.30 pagi.

Sebelum itu, katanya anaknya yang kebetulan berada bersama beberapa rakan dekat simpang jalan utama di taman berkenaan ternampak dua kenderaan melalui kawasan itu dan melihat sebuah peti besi tercampak keluar dari kenderaan yang sedang dikejar itu.

“Ketika saya keluar untuk ke masjid, anak saya memaklumkan dia ternampak dua kenderaan dipercayai sebuah kenderaan mengejar sebuah lagi sebelum menyedari sebuah peti besi tercampak keluar dari kereta Toyota Vios.

“Kenderaan itu (Toyota Vios) dinaiki enam orang, sebelum memecutkan kenderaan mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia segera menghubungi polis untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan peti besi keselamatan itu.

“Polis menerima laporan daripada orang ramai yang mendakwa menemui peti besi terbiar di tepi jalan Taman Khidmat, Kolombong.
“Berdasarkan maklumat, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan menemui peti berkenaan yang masih dalam keadaan elok dan dipercayai terjatuh dari sebuah kenderaan,” katanya.

Ahmad Sofi berkata, peti terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan motif sebenar kejadian itu.

“Orang ramai yang kehilangan peti besi keselamatan diminta menghubungi polis di talian 088-242111 bagi membantu siasatan,” katanya.

Ibu tinggal 5 anak ikut kekasih


JOHOR BAHRU: “Jangan bimbang...saya kini selamat berada di Pahang dan tolong jaga anak-anak saya,” begitu mesej dihantar ibu tunggal beranak lima, Zambilaila Mohamad, 39, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), kepada kakak iparnya, Sabariah Samri, 39, lima bulan lalu.
Bagaimanapun, itulah SMS terakhir dihantarnya dan hingga kini, tiada sebarang berita mengenainya menyebabkan keluarga terutama lima anaknya bimbangkan keselamatannya. Sabariah yang juga tukang masak dari Taman Universiti, Skudai, di sini berkata, sejak itu mereka tidak lagi menerima sebarang berita daripada adik iparnya dan gagal mengesan lokasinya walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya.

“Pada hari terakhir kehilangannya iaitu Julai tahun lalu, saya tiada di rumah dan hanya dimaklumkan anak kira-kira 1.30 tengah hari bahawa Zambilaila keluar bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Nasir berusia 52 tahun.

“Mungkin akibat terlalu mengikut kata hati dan merajuk dengan kami, dia nekad melarikan diri ke Pahang bersama lelaki berkenaan,” katanya.

Bimbang adik iparnya menjadi mangsa lelaki itu, Sabariah melaporkan kehilangan adik iparnya di Balai Polis Taman Universiti 19 Julai lalu, selain merayu orang ramai membantu mencari ibu tunggal lima anak berkenaan hubungi di talian 013-7101053 atau 012-9957522.

Bapa di kubur, anak maut nahas


KOTA BHARU: Belum sempat meratap kematian bapa saudaranya, seorang bapa menghadapi dugaan kedua apabila terpaksa menerima hakikat kematian anak ketiganya yang maut dalam kemalangan dekat Pintu Geng di sini, petang semalam.
Abdul Aziz Che Ahmad, 53, yang kehilangan bapa saudaranya pagi semalam, dikejutkan dengan berita buruk kemalangan motosikal membabitkan anaknya, Mohd Fairu Haziman Abd Aziz, 26, kira-kira jam 3.50 petang.

Katanya, ketika kejadian, dia masih berada di Tanah Perkuburan Pintu Geng bagi menguruskan jenazah bapa saudaranya.

“Saya tidak sedar pun dia keluar rumah kerana sibuk menguruskan kematian bapa saudara pagi tadi (semalam). Tiba-tiba seorang adiknya, Mohd Fairul Anuar, 25, yang kebetulan melalui kawasan itu ternampak abangnya terbabit kemalangan.

“Dia segera menghubungi saya sebelum bergegas ke tempat kejadian. Namun, sebaik sampai saya terkilan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, anak ketiga daripada enam beradik itu yang bekerja sebagai pembantu gerai di Pasar Borong Wakaf Che Yeh adalah seorang yang pendiam.

Wartawan wanita Al-Jazeera dilapor hilang di Syria


DOHA 3 Mei - Televisyen Al-Jazeera semalam melaporkan kehilangan seorang wartawan wanita di Syria, selepas rangkaian berita yang berpusat di Doha itu dituduh membesar-besarkan laporan protes menentang rejim Muammar Ghaddafi.

Saluran televisyen itu menuntut pihak berkuasa Syria untuk memberi maklumat kedudukan Dorothy Parves selepas terputus komunikasi dengan wartawan itu sebaik sahaja tiba di Damascus, Jumaat lepas dengan menaiki penerbangan Qatar Airways.
"Kami mengambil berat keselamatan Parvez dan meminta kerjasama daripada kerajaan Syria untuk menjelaskan apa yang berlaku di lapangan terbang dan di mana dia berada serta status kesihatan.
"Kami mahu dia pulang ke Al-Jazeera dengan selamat,“ kata jurucakap dalam satu kenyataan.
Parves, 39, mempunyai kerakyatan Amerika Syarikat, Canada dan Iran menyertai rangkaian televisyen itu sejak tahun lepas. - AFP

Marah keretapi lewat kereta dibakar atas landasan


BUENOS AIRES 3 Mei - Siaran televisyen menunjukkan sekurang-kurangnya enam buah kereta dibakar di atas landasan kereta api menghubungkan Buenos Aires dengan kawasan barat pinggir bandar disebabkan pengguna komuter yang marah dengan kelewatan kereta api.

Kebakaran bermula pada waktu sibuk di sebelah pagi di stesen pinggir bandar Haedo, 16 kilometer dari barat Buenos Aires dan merebak ke stesen berdekatan di Ramos Mejia dan Ciudadela.
Jurucakap syarikat kereta api, Trenes de Buenos Aires berkata, kelambatan disebabkan sebuah kereta api tergelincir berdekatan stesen di bandar ini.
Saksi berkata beberapa remaja bertindak menyerang kaunter tiket di Haedo manakala pekerja perkhidmatan kereta api turut diserang beberapa penumpang yang marah. - AFP

Wanita hamil, bapa cedera dipukul dua penyamun



TELUK INTAN 2 Mei - Seorang wanita sarat mengandung lapan bulan cedera manakala bapanya berusia 61 tahun menerima 31 jahitan di kepala apabila dipukul dua penyamun bersenjatakan parang yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Permatang Jambu, Langkap di sini awal pagi ini.
Kejadian berlaku pukul 3.30 pagi apabila mangsa, Siti Fairuz Abdul Hamid, 28, terjaga daripada tidur setelah mendengar bunyi bising sebelum mendapati bapanya, Abdul Hamid Mahmud sedang dipukul oleh dua lelaki dengan besi.
Siti Fairuz berkata, dia cuba membantu namun turut dibelasah kedua-dua suspek dengan parang.
"Saya terkejut melihat bapa yang dibungkus dengan kelambu sedang menahan serangan suspek. Saya cuba tolong tetapi turut dipukul," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Abdul Hamid, kedua-dua suspek kemudian meloloskan diri ke arah kebun kelapa sawit di belakang rumah dan hanya sempat melarikan wang tunai RM38 dan telefon bimbit.
Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Langkap sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan dan menerima 31 jahitan di kepala.

Duda ditangkap bersama 11kg ketamin



CHENNAI 2 Mei - Seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun ditangkap di Lapangan Terbang Tiruchi pada pagi ini selepas para pegawai kastam menjumpai ketamin seberat 11 kilogram (kg) tersembunyi di dalam bagasinya.
Para penyiasat mengesyaki lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dari Kuala Lumpur itu, diupah satu sindiket pengedar dadah supaya menyeludup dadah berkenaan dari Selatan India ke Malaysia.
"Kami memang membuat pemantauan ketat terhadap para penumpang yang hendak ke Malaysia berikutan meningkatnya kes penyeludupan dadah.
"Apabila pegawai kami mengimbas bagasinya, kami mengesan beberapa beg tersembunyi di dalamnya mengandungi ketamin yang diisi di dalam paket politena dan dibungkus dengan pakaiannya," kata Pesuruhjaya Tambahan Kastam Tiruchi, D. Shivasankaran.
Suspek, seorang duda, tiba di Chennai bulan lepas dan ditahan ketika hendak menaiki pesawat syarikat penerbangan tambang murah ke Malaysia.
Shivasankaran berkata, ketika disoal siasat, suspek enggan memberi keterangan tentang dirinya dan hanya berkata dia ke India sebagai pelancong dan diminta seseorang yang tidak dikenalinya supaya membawa beg berkenaan ke Kuala Lumpur.
"Kami percaya perkara ini telah dirancang di Malaysia dan sindiket terbabit secara berhati-hati telah memilihnya untuk menjalankan tugas itu. Dia hanya menjadi pembawanya," kata Shivasankaran.
Suspek kini ditahan di penjara Tiruchi. — BERNAMA

Ibu bimbang keselamatan anak perempuan hilang



SITI NAFSIAH


KUALA LUMPUR 2 Mei - Seorang ibu tidak tidur lena sejak enam hari lalu setelah anak tunggalnya, Siti Nafsiah Hanim Mohd. Shukor, 21, menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Fuziah Ab. Kadir, 56, dari Taman Koperasi Polis, Fasa 1, Batu Caves dekat sini berkata, anak gadisnya itu tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi sejak Selasa lalu.
Katanya, kali terakhir dia berjumpa Siti Nafsiah Hanim atau panggilan manjanya Hanim ialah pada pukul 7.30 pagi iaitu semasa menghantarnya ke tempat kerja di sebuah sekolah di Taman Greenwood di sini.
"Saya hanya menyedari kehilangan Hanim semasa mahu mengambilnya pulang untuk makan tengah hari pada pukul 11.45 pagi.
"Memang menjadi rutin harian saya untuk menghantar dan mengambil Hanim yang bekerja sebagai kerani di sekolah tersebut pada setiap hari termasuklah waktu makan tengah hari," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Taman Koperasi Polis Fasa 1, hari ini.
Bagaimanapun, kata Fuziah, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh rakan sekerja Hanim bahawa anaknya itu sudah pulang ke rumah dan memohon cuti mulai 29 April lalu sehingga esok.
Lebih mengejutkan, kata pesara Telekom Malaysia ini, ialah anaknya sudah menghantar surat berhenti kerja kepada majikannya dengan alasan mahu pergi ke Sabah menguruskan masalah keluarga.
Namun, kata Fuziah, suaminya yang tinggal dan bekerja di Sabah juga gagal mengesan anaknya di negeri berkenaan.
Fuziah berkata, melalui rakan Hanim, dia mendapat tahu anaknya pernah dilihat keluar dengan seorang duda bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel tidak jauh dari rumahnya dikenali sebagai Bob berusia lingkungan 40-an.
"Kami sekeluarga mencari Bob di tempat kerja dan cuba mengesannya melalui laman sosial Facebook tetapi gagal," katanya.
Katanya, sesiapa mempunyai maklumat mengenai Hanim boleh menghubungi Sarjan Rahim di talian 019-6474716 atau mana-mana balai polis berhampiran.-utusan

Pemburu mengaku tertembak rakan direman tujuh hari

MUAR: Misteri kematian seorang pemburu babi hutan akhirnya terjawab, apabila rakannya sendiri mengaku tertembak mangsa ketika bersama berburu di kawasan kebun kelapa sawit Parit Yono dekat Air Hitam di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, Tan Soo Meng, 47, yang juga seorang pekebun, meninggal dunia dengan kesan tembakan di mata kiri tetapi rakannya mendakwa mangsa tertembak diri sendiri ketika berburu.
Mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) sejurus terkena tembakan untuk mendapat rawatan tetapi disahkan sudah meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata pada mulanya suspek mendakwa mangsa tertembak diri sendiri disebabkan bimbang tindakan polis tetapi ketika soal siasat, lelaki berusia 38 tahun itu mengaku tertembak rakannya ketika berburu di kawasan sama.

Katanya, susulan pengakuan itu, lelaki terbabit kini ditahan reman tujuh hari hingga 8 Mei ini bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

“Mungkin kerana terlalu takut, suspek pada mulanya tidak mengaku tertembak mangsa, sebaliknya mendakwa rakannya itu tertembak diri sendiri tetapi selepas soal siasat, dia mengaku melepaskan temba-kan terhadap kelibat babi hutan sebelum mendengar suara rakannya meminta tolong kerana kesakitan,'' katanya pada sidang akhbar, di sini semalam.

Mohamed Nasir berkata, mangsa dan suspek adalah rakan baik dan sering keluar berburu bersama sejak kira-kira 10 tahun lalu, malah mempunyai lesen senjata api yang sah.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa terlebih dulu memasuki kawasan kebun kelapa sawit untuk berburu babi hutan kira-kira jam 2.30 petang dan suspek memasuki kawasan itu kira-kira dua jam kemudian berikutan perlu menghadiri dua majlis kenduri kahwin.

“Suspek mendakwa melepaskan tembakan kerana mengesan pergerakan seolah-olah babi hutan tanpa menyedari mangsa berada di kawasan itu sebelum terkena tembakan itu," katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan tetapi setakat ini, polis tidak menemui sebarang bukti menunjukkan suspek melepaskan tembakan dengan niat mencederakan rakannya.

Mohamad Nasir menasihatkan orang ramai yang memiliki senjata dan lesen berburu yang sah supaya tidak melepaskan tembakan sewenang-wenangnya terutama di kawasan sukar dilihat bagi mengelak kejadian tidak diingini. -bharian

Lelaki parah bergelut lawan dua penyerang


Mangsa baru bebas selepas jalani hukuman buang daerah 


TAMPIN: Belum sampai 24 jam menjejakkan kaki ke rumahnya selepas selesai menjalani hukuman buang daerah selama dua tahun kerana aktiviti kongsi gelap, seorang lelaki parah ditetak dua penyerang menggunakan parang di kediamannya di Taman Bukit Tampin di sini, semalam. 

Berikutan serangan dipercayai bermotifkan dendam kira-kira jam 11.45 pagi itu, M Thanabalan, 32, yang sebelum ini menjalani hukuman di Kuala Lipis, Pahang, koma akibat kecederaan teruk pada kepala, belakang badan dan tangan kiri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang, berkata dua suspek memakai penutup muka yang menaiki Toyota Vios berwarna perak menyerbu mangsa yang berada di ruang tamu rumahnya.
"Mangsa cuba melawan, tetapi rebah akibat tetakan bertubi-tubi yang menyebabkan tengkorak kepala sebelah kanan terkopak, selain luka pada belakang badan dan tangan kirinya. 

"Mangsa cuba bangun untuk mengejar penyerang ketika mereka melarikan diri, tetapi terjatuh dan pengsan tidak jauh dari rumahnya," katanya di sini, semalam. 
Mangsa dikejarkan ke Hospital Tampin sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS). 

Mohd Isa berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyerang menggunakan senjata hingga menyebabkan kecederaan. 
Sementara itu, isteri mangsa, S Menachi, 31, yang mengandung lapan bulan, berkata suaminya baru tiba di rumah mereka kira-kira jam 4 petang kelmarin dan tidak kelihatan seperti mempunyai masalah. 

"Ketika kejadian, saya sedang mengemas di dapur sebelum terdengar bunyi bising di ruang tamu dan terdengar jeritan meminta tolong. Saya terkejut apabila melihat suami bergelut dengan dua lelaki bertopeng bersenjatakan parang. 

"Sebaik mereka melarikan diri, suami saya cuba mengejar kereta penyerang, tetapi rebah berhampiran rumah jiran kerana kehilangan banyak darah," katanya. =bharian

Guru agama kena 9 tahun cabul kehormatan anak tiri

RAMLI dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu selepas perbicaraan semalam. - Foto Taufiq Daud
RAMLI dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu selepas perbicaraan semalam. - Foto Taufiq Daud
KUALA TERENGGANU: Seorang guru agama dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah melakukan seks luar tabii dan mencabul kehormatan anak tirinya di Kampung Bakong Jalan Paloh, di sini, pada Disember tahun lalu.

Hakim Zainal Abidin Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ramli Ibrahim, 66, yang berasal dari kampung sama, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Tertuduh yang memakai serban serta berjubah putih dan tidak diwakili peguam kelihatan tenang ketika hakim menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun bagi kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii dan tiga tahun bagi kesalahan mencabul.
Zainal Abidin memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 4 Januari lalu. 

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa masuk ke bilik anak tirinya berusia 44 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) di rumah berkenaan dan bertindak menggosok badan mangsa, meramas buah dada dan meraba kemaluan mangsa antara jam 12 hingga 7 pagi pada 15 Disember lalu. 

Tertuduh yang pernah mempunyai empat isteri dan tujuh anak juga didakwa memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa yang cacat pendengaran dan bisu secara paksa. 

Pendakwaan kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud. -bharian

Polis kejar penjenayah kena renjatan elektrik


Lans Koperal maut terlanggar kabel basah di rumah setinggan


TAWAU: Seorang anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengejar seorang lelaki yang dipercayai pengedar dadah di kawasan setinggan Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, di sini, tengahari semalam. 

Dalam kejadian jam 12.50 tengahari itu, Lans Koperal Mohd Fadzly Haneda Aden, 30, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, maut di tempat kejadian akibat terlanggar kabel elektrik basah yang berselirat di celahan rumah kawasan setinggan berkenaan.
Sebelum kejadian, Allahyarham yang menerima maklumat mengenai kehadiran lelaki terbabit di kampung itu, menjalankan rondaan bersama rakan setugas di kawasan berkenaan.
Apabila terserempak dengan suspek, mangsa dan rakannya terus mengejar lelaki itu yang dipercayai pengedar dadah paling dikehendaki di daerah ini. 

Mangsa dipercayai terlanggar kabel elektrik yang berselirat di celahan rumah berkenaan sebelum terkena renjatan elektrik daripada kabel yang basah akibat hujan. 

Melihat mangsa rebah, rakannya meminta bantuan penduduk kampung sebelum dibawa ke Hospital Tawau, tetapi disahkan meninggal dunia. 

Allahyarham Mohd Fadzly yang berasal dari Sri Aman, Sarawak sudah setahun bertugas di IPD Tawau. 
Mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua anak, masing-masing berusia satu dan tiga tahun. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin, berkata suspek berjaya ditahan di sebuah kawasan tidak jauh dari kampung berkenaan beberapa jam selepas kejadian. 

“Kami mengucapkan takziah kepada isteri dan keluarga arwah. Kami sedang menguruskan penghantaran pulang jenazah. Setakat ini belum pasti sama ada jenazah akan dibawa pulang ke kampung keluarga isterinya di Kota Kinabalu atau Sri Aman,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Tawau, semalam. 

Beliau juga meminta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengambil tindakan terhadap penduduk kampung berkenaan yang dipercayai membuat sambungan kabel secara haram yang bukan setakat mengancam nyawa mereka sendiri, malah nyawa orang lain. =bharian

‘Zorro’ belasah warga emas



ABDUL HAMID (kiri) menunjukkan kecederaan yang dialaminya kepada   Zainol selepas dibelasah penyamun di rumahnya, semalam. - Foto S Ravale
ABDUL HAMID (kiri) menunjukkan kecederaan yang dialaminya kepada Zainol selepas dibelasah penyamun di rumahnya, semalam. - Foto S Ravale

2 penyamun bertopeng guna besi, seterika serang lelaki, anak perempuan

TELUK INTAN: Seorang lelaki warga emas dan anak perempuannya yang sarat mengandung terpaksa bertarung nyawa apabila dibelasah dengan batang besi dan seterika oleh dua penyamun bertopeng ala-‘Zorro’ yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Permatang Jambu, Degong, Langkap, dekat sini. 

Dalam kejadian jam 3.30 pagi Sabtu lalu, Abdul Hamid Mahmud, 61, cedera parah di kepala akibat dibelasah bertubi-tubi dengan batang besi manakala anaknya, Siti Fairuz, 28, dihentak dengan seterika selepas cuba menahan penjenayah itu daripada terus membelasah bapanya.
Abdul Hamid berkata, kedua-dua penyamun terbabit dipercayai memasuki rumahnya menerusi tingkap ruang tamu jam 3.30 pagi.
Ketika itu, dia bersama isteri, Saimiah Warijo, 56, dan dua anak sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan kedua-dua penyamun yang memasang lampu rumah. 

"Saya terdengar ada orang petik suis lampu dan sebaik lampu menyala, mereka (penjenayah) terus memukul kepala saya dengan batang besi bertalu-talu. Saya hanya mampu menahan kesakitan dan tidak terdaya melawan kerana mereka menyerang secara tiba-tiba. 

“Mereka kemudian bertanya kepada Siti Fairuz di mana barang kemas dan wang tunai disimpan. Apabila anak saya tidak jawab pertanyaan itu, seorang daripada penyamun menyerang Siti Fairuz menggunakan seterika, sebelum kejadian itu disedari seorang lagi anak saya, Yazid yang tidur di bilik lain dan datang untuk membantu. 

“Terkejut dengan kehadiran Yazid, kedua-dua penyamun itu terus melarikan diri melalui pintu belakang bersama dua telefon bimbit dan wang tunai RM38 yang mereka temui di atas meja di ruang tamu rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam. 
Abdul Hamid berkata, anaknya melihat kedua-dua penyamun itu melarikan diri ke arah kebun kelapa sawit berhampiran. 

Dia membuat laporan di Balai Polis Langkap dan menerima 22 jahitan di kepala ketika dirawat di Hospital Teluk Intan, manakala Siti Fairuz yang mengandung lapan bulan menerima rawatan pesakit luar di hospital sama. 

“Ini kejadian kedua rumah saya dimasuki pencuri selepas kali pertama pada 1993, menyebabkan sebuah motosikal saya dicuri,” katanya. 

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin melawat mangsa samun itu, semalam. -bharian

Rugi RM25,000 diperdaya datuk


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menyamar Datuk dan memperkenalkan diri sebagai pengarah serta perunding syarikat perniagaan terkemuka didakwa memperdaya dua syarikat pinjaman wang berlesen membabitkan kerugian RM25,000. 


Difahamkan lelaki yang menggelarkan dirinya ‘Datuk Tan’ berusia lewat 40-an itu menipu dua syarikat pinjaman wang berlesen di Lembah Klang masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM15,000.
Kedua-dua syarikat pinjaman wang berlesen itu dikatakan meluluskan pinjaman kepada ‘Datuk’ berkenaan kerana mempercayai perwatakannya, selain berpakaian kemas dan berkereta mewah.
Presiden Persatuan Peminjam Wang Berlesen, R C Veeraseelan, berkata kegiatan lelaki itu disedari selepas dia gagal menyelesaikan hutang dalam tempoh yang dijanjikan dan tidak dapat dihubungi. 

Beliau berkata, ‘Datuk Tan’ bertindak licik memperdaya mangsa dengan penampilan korporat berserta dokumen sokongan perniagaan palsu untuk membuat pinjaman berkenaan. 

“Dalam perjanjian yang dipersetujui, lelaki itu sepatutnya menyelesaikan hutang dalam tempoh tiga hingga lima hari saja, tetapi selepas hampir lima bulan, dia menghilangkan diri. 

“Kita juga gagal menghubunginya, alamat yang diberikan juga palsu,” katanya pada sidang media di Wisma MCA di sini, semalam. 
Veeraseelan berkata, lelaki itu dipercayai sudah melakukan kegiatan penipuan sama beberapa kali membabitkan beberapa syarikat pinjaman wang lain sekitar Lembah Klang. 

Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutama syarikat pinjaman wang berlesen supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengetatkan syarat pinjaman masing-masing untuk mengelak menjadi mangsa penipuan.

Padah tipu suami lumpuh





ANGGOTA penguat kuasa JAIK mengambil keterangan daripada ibu enam anak dan pasangannya yang ditahan di sebuah motel di Alor Setar, malam kelmarin. - Foto Mohd Rifaat Abd Hamid
ANGGOTA penguat kuasa JAIK mengambil keterangan daripada ibu enam anak dan pasangannya yang ditahan di sebuah motel di Alor Setar, malam kelmarin. - Foto Mohd Rifaat Abd Hamid

Ibu enam anak ditangkap khalwat dengan lelaki dalam motel

ALOR SETAR: Seorang isteri yang sepatutnya pulang melawat suami yang lumpuh di kampung sempena cuti Hari Pekerja kelmarin, dicekup berkhalwat dengan suami orang di sebuah motel di bandar raya ini, malam kelmarin.

Wanita berusia 46 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Pulau Pinang dan pasangannya, seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun dicekup di sebuah motel di Jalan Kampung Perak, bersebelahan Masjid Zahir, di sini, jam 2.10 pagi oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).Wanita itu tinggal di Pulau Pinang dan meninggalkan suaminya berusia 50-an yang lumpuh di kampung mereka di Guar Chempedak bersama enam anak berusia antara tujuh hingga 24 tahun.
Ketika disoal siasat, wanita itu yang menyewa di Pulau Pinang bersama rakan memberi alasan mahu pulang ke Guar Chempedak menaiki bas untuk menghantar wang kepada anaknya bagi menyara kehidupan mereka.

Ketua Operasi JAIK, Mat Nasir Mat Dali, berkata pasangan berkenaan ditahan selepas pihaknya membuat pemeriksaan di sebuah bilik di motel itu dan mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila pintu lambat dibuka.

Apabila pintu dibuka, katanya, seorang lelaki yang hanya berseluar tanpa baju membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan dalam bilik itu.
“Hasil pemeriksaan kita menemui seorang wanita bersembunyi dalam selimut di tepi katil dalam ketakutan,” katanya.
Mat Nasir berkata, selepas disoal siasat, mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri, menyebabkan mereka didapati bersekedudukan sehingga menimbulkan syak melakukan maksiat. -bharian

Pelajar isytihar keluar Islam akui sudah insaf


KOTA BHARU: “Saya masih Islam dan sudah insaf. Saya sudah banyak belajar agama, termasuk sembahyang lima waktu dan membaca al-Quran ketika dalam tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa,” kata seorang pelajar di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam. 


Pelajar Diploma Seni Kulinari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu, Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, memberitahu mahkamah, sejak ditahan reman selama seminggu di penjara itu, beliau sudah insaf terhadap perbuatannya sebelum ini.
“Ketika dalam tahanan di Penjara Pengkalan Chepa, saya banyak belajar ilmu agama di situ termasuk sembahyang lima waktu serta membaca al-Quran,” katanya ketika membuat rayuan di hadapan Hakim Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty.
Tertuduh pada 24 April lalu, dirujuk keluarganya ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK), setelah membuat pengakuan sudah keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian. Mahkamah kemudiannya mengeluarkan perintah tahanan reman selepas permohonan perintah tegahan percubaan keluar dari Islam dikemukakan. 

Pendakwaan kes berkenaan ketika itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Syarie Kanan, Zaini Sulaiman, mengikut Seksyen 102 (3) Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). 

Dalam prosiding semalam, Mohamad Fariz Ilham merayu supaya tidak ditempatkan di pusat bimbingan akidah, Kuala Kubu Baru, Selangor, sebaliknya meminta supaya ditukarkan dengan hukuman lain. 

Sebaik mendengar rayuan itu, Abu Bakar mengubah keputusannya lalu meminta tertuduh membaca Surah al-Fatihah selain mengucap kalimah syahadah serta beristighfar di hadapan orang ramai yang hadir pada prosiding itu. 
“Saya berpuas hati dengan segala keterangan yang diberikan tertuduh selain kagum dengan kebolehan tertuduh membaca Surah al-Fatihah, mengucap kalimah syahadah serta beristighfar dengan baik. 

“Saya ucapkan syabas kerana awak boleh membaca Surah al-Fatihah dengan tajwid yang baik. Bacaan awak lebih baik daripada orang lain. Bacaan al-Fatihah ini bertujuan memberi peringatan serta keyakinan, selepas ini awak hendaklah selalu mengucap serta beristighfar,” katanya. 

Selepas mengambil kira rayuan tertuduh, Abu Bakar mengarahkan Mohamad Fariz Ilham, supaya mengerjakan sembahyang Jumaat di masjid tempatnya belajar dan harus melaporkan kehadirannya kepada imam masjid di situ selama enam bulan, berkuat kuasa, semalam. 

Beliau turut memerintah Mohamad Fariz Ilham melaporkan diri ke Pejabat Agama Dungun setiap minggu selain pasportnya diserahkan kepada mahkamah. 

“Bermula cuti semester akan datang, tertuduh juga diarahkan supaya melaporkan diri ke JAHEIK untuk belajar ilmu agama,” katanya. -bharian