Search This Blog

Thursday, April 21, 2011

Polis tahan 12 wanita warga asing dipercayai GRO



GEORGETOWN - Polis menahan 12 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai Pelayan Pelanggan (GRO), selepas menyerbu sebuah pusat hiburan dalam sebuah hotel mewah berdekatan Persiaran Gurney di sini awal pagi ini.
Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang ASP Mohd. Sayuti Harun yang mengetuai serbuan dalam Ops Noda pada kira-kira pukul 1 pagi itu berkata, yang ditahan terdiri daripada 11 wanita warga Vietnam dan seorang warga China.
Beliau berkata, kesemua GRO yang dipercayai menyalahguna pas lawatan sosial untuk bekerja di pusat hiburan itu bertempiaran lari sebaik menyedari kehadiran polis dan siasatan awal mendapati pusat hiburan itu turut diawasi oleh tonto. - Bernama, bharian

Tiga terbunuh kejadian feri karam di Bangladesh


DHAKA: Tiga penumpang sebuah feri terbunuh manakala ramai masih hilang selepas feri yang mampu membawa kira-kira 100 penumpang itu karam.

Ketua polis tempatan, Jamil Ahmed, berkata feri terbabit difahamkan melanggar feri lain di Sungai Meghna, Brahmanbaria.
Beliau berkata, ramai penumpang menyelamatkan diri dengan berenang ke pesisir pantai. - AP, bharian

Penganggur ditahan bantu siasatan kematian bayi

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki di Hospital Ampang di sini, dengan kesan melecur dan lebam di badan.

Lelaki berusia 35 tahun yang menetap di Taman Pandan Indah itu dikatakan membawa bayi malang tersebut ke hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata lelaki itu ditahan selepas seorang doktor membuat laporan polis berhubung kematian bayi berusia setahun lapan bulan itu.
"Doktor berkenaan menerima seorang bayi lelaki untuk dirawat pada 12.30 tengah hari tadi dan setelah kira-kira tiga jam membuat pemeriksaan, beliau mendapati bayi tersebut sudah meninggal dunia dengan kesan lebam dan melecur di badan," katanya kepada pemberita.

Amiruddin berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki itu bukan suami ibu bayi berkenaan yang juga seorang rakyat Thailand berusia 24 tahun dan suspek kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Suami isteri ditahan



KOTA BHARU – Polis Kelantan menahan sepasang suami isteri bersama 199 metamphetamine (pil kuda) dan revolver .38 dalam operasi di kawasan ladang getah, Laloh, Kuala Krai, baru-baru ini.

Turut ditahan bersama pasangan 20 dan 37 tahun itu, seorang lagi rakan mereka, lelaki berusia 39 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asistan Komisioner Lai Yong Heng berkata, semua suspek itu ditahan pada jam 11.30 malam, 16 April lalu, hasil maklumat awam.

Menurutnya, dalam operasi jam 6.30 petang itu, sepasukan polis Cawangan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, mengejar sebuah kereta dinaiki dua lelaki dan seorang wanita.

Menurutnya, mereka dipercayai terlibat kes yang mendatangkan kecederaan parah mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, 13 Februari lalu.

“Suspek merempuh dua kereta peronda polis, sebelum melarikan diri ke ladang getah di Bukit Gong Genor.

“Ketika serbuan, polis merampas lima butir peluru hidup, satu bilah pedang samurai, satu sarung pistol, satu bilah parang, satu uncang kecil berisi dua butir peluru hidup,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK), semalam.

Yong Heng berkata, semua suspek dipercayai berasal dari Dabong, Kuala Krai dan dua suspek lelaki itu didapati positif dadah.

“Polis masih menjalankan siasatan berkenaan tujuan sebenar suspek memiliki senjata berbahaya.

“Semua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat), Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 39 (A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Petani rugi RM170,000



BERIS PANCHOR – Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dan kerugian dianggarkan RM170,000 apabila kediaman mereka hangus dalam kebakaran kira–kira jam 11.30 pagi semalam.

Mangsa, Yusof Dollah, 66, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, Senah Nor, 63, dan anaknya, Mohd Nikmatullah, 24, berada di kebun sayur beberapa ratus meter dari rumahnya.

Kira- kira jam 11.30 pagi, dia terlihat asap hitam berkepul di udara dari arah kediamannya dan mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku.

“Apabila melihat asap tebal menyelubungi ruang udara, pakcik segera pulang ke rumah dan melihat api sedang marak memamah setiap inci rumah kami.

“Semua kerugian kira-kira RM170,000 termasuk wang, barang kemas isteri saya dan segala peralatan perabot, peralatan elektrik dan sebuah motosikal,” katanya kepada: Sinar Harian:, semalam.

Menurutnya, anak saudaranya mendengar satu letupan kuat di rumahnya dan dia terus menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok.

Sinar Harian difahamkan, Yusof dan keluarganya mendiami rumah tersebut sejak 30 tahun lalu.

Namun, Yusof bersyukur kerana semua ahli keluarganya tiada di rumah ketika kejadian.

Difahamkan keluarga terbabit akan menumpang di rumah adiknya yang berhampiran sementara waktu.

Sementara itu, Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Nordin Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 11.33 pagi dan kemudian bergegas ke tempat kejadian bersama 14 anggota dari dua buah balai iaitu Balai Bomba Bachok dan Balai Bomba Pengkalan Chepa.

”Sejurus tiba, rumah kayu berkenaan sudah hangus sepenuhnya. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku disebabkan kebanyakan penghuni keluar bekerja.

”Punca kebakaran masih disiasat,” katanya.

Jadi mangsa anak saudara

KUANTAN - Seorang wanita cedera di kepala akibat dipukul perompak yang cuba meragut rantai lehernya dalam satu kejadian samun di Kampung Seri Damai, Jaya Gading dekat sini, kelmarin.

Mangsa yang berusia 42 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan bagaimanapun barang kemas miliknya bernilai kira-kira RM1,000 lesap dilarikan penjenayah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superin-tendan Zulkifli Taha berkata, hasil laporan polis yang dibuat wanita itu, suspek berjaya dikesan dan ditangkap dalam tempoh kurang dua jam di sebuah rumah di Kubang Buaya di sini.

Menurutnya, lebih memeranjatkan apabila suspek yang diberkas itu sebenarnya anak saudara mangsa sendiri.

“Ekoran tertangkapnya penagih dadah berusia 28 tahun itu, polis berjaya menemui kembali barang kemas yang dilarikan serta sebatang kayu yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa ketika kejadian,” katanya.

Zulkifli berkata, kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu berlaku ketika mangsa baru tiba di rumah selepas selesai urusan di Bandar Kuantan.

“Suspek memasuki rumah lebih awal dan menunggu dengan sebatang kayu sebelum menyerang mangsa sebaik sahaja wanita itu memasuki rumahnya.

“Mangsa cuba mengelak bagaimanapun ka-yu yang dihayun suspek mengenai kepalanya hingga mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu kini ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut.

Dalam kes berasingan, seorang penjenayah menjadikan sebuah kedai serbaneka di Kubang buaya di sini sebagai sasaran rompakan dipercayai selepas gagal menyamun sebuah kedai kain di Bandar Kuantan.

Zulkifli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, suspek yang bersenjatakan pisau berpura-pura menyamar sebagai pelanggan kononnya ingin membeli kad prabayar telefon bimbit.

“ketika kejadian ada seorang pelanggan bersama pekerja wanita berada di dalam premis tersebut.

“Menyedari peluang terbuka luas, suspek bertindak mengacukan pisau ke arah pekerja kaunter sebelum merampas wang tunai kira-kira RM100 dalam mesin pembayaran,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti rakam CCTV di premis itu bagi mengesan identiti sebenar penjenayah terbabit,”katanya. SH

Pencuri ‘berpesta’

KAJANG: Sepasang suami isteri kerugian lebih RM5,000 apabila rumah mereka dipecah masuk dua lelaki warga asing dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi ketika tidur di rumah mereka di Seksyen 2, Bukit Mahkota, kelmarin.
Mangsa, Abd Razak Sudin, 49, berkata, ketika kejadian, dia, isteri serta empat anaknya sedang tidur di dalam bilik yang sama dan hanya menyedari rumah mereka dipecah masuk selepas terjaga jam 7 pagi.

Katanya, dia mengesyaki kedua-dua pencuri terbabit menggunakan ilmu pukau berikutan dia sekeluarga langsung tidak menyedari kehadiran mereka yang turut menyelongkar dua bilik lain dan ruang tamu.
“Isteri saya yang menyedari telefon bimbitnya hilang bergegas turun ke ruang tamu dan mendapati beg tangan dan barangan rumah berselerakan.

“Mereka membawa lari wang tunai RM450, komputer riba, dua telefon bimbit, jam tangan dan beberapa barang berharga lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya, kedua-dua lelaki terbabit memasuki rumahnya melalui pintu belakang dengan membuka cermin tingkap sebelum menggunakan kunci sendiri untuk membuka pintu pagar rumah.
“Walau pun mereka masuk dan ‘berpesta’ termasuk merokok di dalam rumah, kami langsung tidak sedar malah mereka juga keluar tanpa meninggalkan sebarang kesan pecah masuk kerana lampu rumah terpasang,” katanya.

Bagaimana pun dia berkata, kelibat dua penjenayah terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik jirannya.
“Jiran saya yang baru pulang dari kerja memaklumkan kepada kami mengenai muka pencuri terbabit yang dapat dilihat dengan jelas pada CCTV itu.

“Rakaman itu menunjukkan dua lelaki warga asing bertocang rambut, memakai baju tanpa lengan, seluar pendek serta berkaki ayam keluar dari belakang rumah saya,” katanya.

Katanya, kejadian itu adalah kali pertama berlaku di rumahnya, namun sudah berulang kali sejak tiga bulan lalu membabitkan beberapa penduduk di kawasan perumahan berkenaan.
myMetro | Pencuri ‘berpesta’

Suami mahu keadilan

KOTA BHARU: “Saya terkejut selepas puluhan kali menelefon isteri, akhirnya panggilan saya dijawab seorang anggota polis dan meminta saya segera datang ke bilik sebuah hotel.
“Apa yang menyedihkan, saya diberitahu supaya datang membuat pengecaman mayat,” kata ahli perniagaan, Mohd Rahimi Mohamed, 41, suami kepada Rozi Hana Md Zin, 34, yang ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel, di sini, Ahad lalu.

Sehari selepas kejadian, empat wanita direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian berkenaan. Suspek berusia antara 39 dan 49 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan pada petang Ahad.
Mohd Rahimi berkata, sebelum kejadian, dia difahamkan isterinya itu dalam perjalanan menghantar anaknya, Mohd Razimi Amirul, 13, ke sekolah sambil ditemani adik isterinya, Rima Fatima Md Zin, 23.

“Saya difahamkan, isteri saya singgah sebentar di hotel berkenaan dan berpesan kepada anak dan adiknya yang dia mahu berjumpa seseorang.

“Bagaimanapun, isteri saya tidak keluar dari hotel sehingga menyebabkan adiknya (Rima Fatima) berasa tidak sedap hati dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kali terakhir dijawab pada 10.52 pagi. Sebaik dihubungi adik ipar memberitahu mengenai perkara berkenaan, saya segera menghubungi isteri, tetapi tidak dijawab sehinggalah akhirnya ada anggota polis yang menjawab mengatakan isteri saya ditemui meninggal dunia di hotel berkenaan,” katanya pada sidang media di rumahnya, di Kampung Pulau Kapas, Tapang, dekat sini, semalam.
Menurut Mohd Rahimi, kematian isterinya menimbulkan tanda tanya dan meminta supaya polis menjalankan siasatan rapi mengenai kejadian itu. Katanya, dia berharap kematian isterinya itu akan mendapat pembelaan sewajarnya dan berterima kasih kepada polis yang setakat ini menjalankan tugas mereka dengan baik.

“Apa yang membuatkan saya terkilan, saya yakin, jika empat wanita yang dikatakan berada bersama isteri saya itu segera menghubungi ambulans, kemungkinan isteri saya boleh diselamatkan.
“Selain itu, saya tertanya-tanya mengapa panggilan telefon tidak dijawab dan seandainya mereka berada bersama isteri yang mungkin ketika itu tidak sedarkan diri, mengapa tidak jawab panggilan saya kerana ketika panggilan telefon yang dibuat pada telefon bimbit isteri keluar nama ‘my husband’ (suami saya). Justeru, saya meminta polis supaya menjalankan siasatan terperinci mengenai kes ini,” katanya.

Menurutnya, bukan niatnya menganiaya mana-mana pihak berkaitan kes kematian isterinya itu, tetapi jika siasatan polis mendapati ada sesuatu mencurigakan, biarlah keadilan menentukannya.
myMetro | Suami mahu keadilan

Minta duit kena parang

GOMBAK: Gara-gara meminta wang jualan tanah rizab, seorang warga emas cedera di perut selepas dilibas dengan parang panjang dalam kejadian di Batu 8, Jalan Gombak, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu menyebabkan mangsa terpaksa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang dalam perjalanan pulang selepas melihat kebun durian terserempak dengan suspek yang tiba-tiba naik angin selepas diminta memberi sedikit wang hasil jualan tanah rizab berkenaan.

Mangsa, Aminuddin Sidek, 58, berkata ketika kejadian, dia menunggang motosikal bersama cucunya berusia 16 tahun dalam perjalanan pulang dari kebun sebelum terserempak suspek yang berusia 38 tahun yang kemudian menghalang laluan mereka yang ingin pulang ke rumah dengan kereta.

“Saya pada mulanya meminta dengan cara elok dan kebetulan berjumpa, saya ada bertanya padanya perihal mengenai wang jualan tanah yang dijualnya tiga tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 9, di sini, semalam.
Aminuddin berkata, dia hanya meminta sedikit saja bahagian jualan itu kerana tanah seluas tujuh ekar itu sudah diteroka keluarganya sejak lebih 30 tahun lalu.
myMetro | Minta duit kena parang

Sumbat mayat dalam but

ALOR GAJAH: Kejam apabila mayat seorang ahli perniagaan warga emas yang dipercayai dibunuh, disumbat ke dalam but kereta di Jalan Air Semubok, Durian Tunggal, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mayat Tan Lock, 77, yang mempunyai kesan tetakan di kepala ditemui terlungkup dengan kedua-dua kakinya berlipat manakala kepala diserkup dengan beg plastik dalam but Proton Saga BLM miliknya.

Difahamkan kenderaan itu berada di situ sejak jam 6 petang, beberapa jam sebelum mayatnya ditemui.

Beberapa penduduk kampung yang curiga dengan kehadiran kenderaan berkenaan melakukan pemeriksaan sebelum menemui mayat mangsa.

Penduduk yang dikenali sebagai A Sami, 42, berkata, dia dan beberapa rakan pelik kerana kenderaan itu dibiarkan di tepi jalan sejak petang kelmarin lalu memeriksanya.
myMetro | Sumbat mayat dalam but

Maut bakar rumah sendiri

SITIAWAN: Gara-gara gagal memujuk isterinya memberikan wang RM8,000 untuk berjudi, seorang kaki botol bertindak bodoh membakar rumahnya sebelum dia sendiri mati akibat kebakaran itu.
Kejadian berlaku selepas mangsa bertengkar dengan isterinya di rumah mereka di Kampung Baru, Ayer Tawar, dekat sini, kira-kira jam 6.20 petang kelmarin. Pasangan itu dikatakan sudah bertengkar sejak beberapa hari lalu.

Lelaki terbabit yang hanya dikenali sebagai Ah Hock, berusia 50-an, ditemui dalam keadaan hampir 100 peratus badannya terbakar dalam sebuah bilik rumah separuh papan yang musnah dalam kebakaran itu.
Seorang waris mangsa enggan dikenali berkata, lelaki itu pernah beberapa kali mengugut untuk membakar rumah pusaka didiaminya bersama isteri jika gagal mendapatkan wang RM8,000 daripada wanita itu yang hanya bekerja sebagai penoreh getah.

“Saya difahamkan, isteri mangsa enggan melayan kerenah suaminya itu dan bertindak melarikan diri ke Kuala Lumpur sejak seminggu lalu. Sejak kejadian itu, mangsa sering menyuarakan hasrat untuk membakar rumahnya kerana marah dengan tindakan isterinya.

“Saya tidak sangka dia benar-benar berbuat demikian. Lebih malang apabila dia sendiri yang mati dalam kebakaran itu,” katanya.
Waris itu berkata, dia memang menyedari tabiat buruk mangsa suka berjudi dan kaki botol, tetapi tidak menduga ia akan membawa kepada bencana seburuk itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, ketika kejadian mangsa tinggal bersendirian di rumahnya dan gagal menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.
“Dua rumah itu, termasuk satu rumah mangsa yang terletak bersebelahan hangus dalam kebakaran terbabit. Mangsa dipercayai maut selepas gagal menyelamatkan diri. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
myMetro | Maut bakar rumah sendiri

Pengkid serang ibu kekasih

JOHOR BAHRU: Kemaruk cinta sejenis, seorang pelajar perempuan tingkatan lima nekad ponteng sekolah dan melarikan diri sejak 4 April lalu, dipercayai bersama pasangannya yang dikatakan turut meninggalkan rumah bermula tarikh sama.
Terdahulu, anak kedua daripada tiga beradik itu dinasihatkan keluarga supaya jangan terlalu rapat dengan dua ‘pengkid’ menyebabkan dua wanita berusia awal 20-an itu menyerang ibu remaja berkenaan.

Ibu mangsa, Noor Haniza Zainal Abidin, 39, berkata kejadian itu berlaku di depan rumahnya di Pasir Gudang, dekat sini, kira-kira dua minggu sebelum kehilangan anaknya, Noor Shafina Saleh Huddin, 17.

Menurutnya, sebaik mengetahui hubungan Noor Shafina dengan seorang pengkid bernama L, dia melarang mereka berkawan atas alasan Shafina masih belajar dan perlu menumpukan perhatian pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

“Bagaimanapun, dua minggu sebelum kehilangan Shafina, L datang bersama seorang lagi pengkid dan mereka mengamuk di depan rumah kami kerana tidak puas hati dengan tindakan saya melarang Shafina berkawan dengan L.

“Selepas itu, saya sangkakan mereka putus hubungan kerana Shafina hanya mendiamkan diri dan tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Bagaimanapun, kali terakhir bertemu Shafina ketika dia keluar untuk ke sekolah pada kira-kira jam 6 pagi 4 April lalu, dia tidak menegur saya dan saya mula curiga selepas dia tidak pulang seperti biasa pada jam 7 malam,” katanya.
myMetro | Pengkid serang ibu kekasih

Ahli Parlimen Australia didakwa memiliki bahan lucah kanak-kanak


SYDNEY: Seorang ahli politik dari Selatan Australia didakwa atas empat pertuduhan kesalahan memiliki bahan lucah yang membabitkan kanak-kanak, kata polis negara itu, hari ini.


Bagaimanapun, identiti ahli Parlimen dari parti Buruh Australia itu tidak didedahkan susulan sekatan automatik di wilayah itu.
Bahan lucah yang disimpan di dalam komputer milik ahli Parlimen itu dan bahan bukti lain turut dirampas di kediamannya.
Dia didakwa atas pertuduhan memiliki bahan lucah yang memaparkan kanak-kanak, tambahan satu lagi pertuduhan yang sama dan dua pertuduhan mengakses bahan lucah kanak-kanak. - AFP
Berita Harian Online | Ahli Parlimen Australia didakwa memiliki bahan lucah kanak-kanak

Pekerja kontrak dihukum gantung kerana membunuh


ALOR SETAR: Seorang pekerja kontrak dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas kesalahan membunuh seorang lelaki di Kodiang tiga tahun lalu.


Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim, membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Zulkifli @ Sakun Ahmad Endin Chun, 33, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, beliau berkata, berdasarkan keterangan saksi, tertuduh memang mempunyai niat untuk membunuh Saad Ahmad, 37, dengan menetak kepala mangsa menggunakan parang.

Katanya, kematian si mati adalah berpunca daripada pendarahan yang banyak akibat luka tetakan di bahagian kiri kepalanya.

Zulkifli didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kampung Raja, Mukim Pering, Kodiang pada 20 Februari 2008 jam 2.20 petang.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani manakala tertuduh diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid. - BERNAMA
Berita Harian Online | Pekerja kontrak dihukum gantung kerana membunuh

Pengusaha feri tidak kena caj lagi


Isu dihalang berlabuh di jeti Pulau Redang dijangka selesai


KUALA TERENGGANU: Selepas feri dihalang berlabuh di jeti pelancongan Pulau Redang berikutan bantahan penduduk, Sejahtera Ferry Services Sdn Bhd merumus jalan damai dengan memutuskan tidak mengenakan sebarang caj, tetapi kawalan dibuat terhadap barangan penumpang bagi mengelak feri melebihi had muatan.
Keputusan untuk tidak mengenakan sebarang caj ke atas barangan keperluan itu hanya berbentuk sementara menunggu keputusan mesyuarat membabitkan pengurusan syarikat diberi kontrak mengendalikan perkhidmatan oleh Berjaya Redang Beach Resort, penduduk kampung dan Jabatan Laut yang dijangka diadakan akhir bulan ini atau selewat-lewatnya pertengahan bulan depan.
Penolong Pengurus Operasi Sejahtera Ferry Services Sdn Bhd, Suzana Mohamad, berkata barang keperluan harian itu perlu dikawal bergantung kepada jumlah penumpang bagi mengelak kejadian tidak diingini, termasuk karam ketika dalam perjalanan berikutan feri melebihi had muatan.

"Jika penumpang penuh, kita akan kawal muatan barang dan tidak mengenakan caj, tetapi hanya dibenarkan membawa barangan tidak melebihi 20 kilogram (kg), jika barangan dibawa berlebihan penumpang diminta memberi kerjasama meninggalkan barang di pejabat dan kita akan uruskan penghantaran menggunakan feri lain.

"Walaupun kita mempunyai empat feri merangkumi Sejahtera Satu yang boleh memuatkan 163 penumpang, Sejahtera Tiga (239), Sejahtera 15 (78) dan Sejahtera 16 (102), tetapi kawalan barangan perlu dilakukan bertujuan mengelakkan lebih muatan," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Suzana berkata demikian sebagai mengulas tindakan penduduk Kampung Baru Pulau Redang yang berhimpun secara aman tidak membenarkan feri berlabuh menggunakan jeti pelancongan di Pulau Redang, termasuk untuk menurunkan penumpang terutamanya pelancong, kelmarin.
Tindakan itu dilakukan penduduk berikutan pengurusan feri mengenakan caj ke atas barangan keperluan sebanyak RM5 bagi setiap 10 kilogram barangan dan menaikkan harga tambang sebanyak RM25 untuk penduduk berbanding hanya RM20 sebelum kenaikan berkuat kuasa awal Mac lalu.

Katanya, walaupun feri masih tidak dibenarkan berlabuh menurun dan menaikkan penumpang, tetapi ia tidak menjejaskan operasi termasuk membenarkan penduduk di pulau peranginan itu menaiki feri ke Kuala Terengganu.

"Setakat ini, kita memutuskan untuk berlabuh bagi menurun dan menaikkan penumpang di perairan Pasir Panjang yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan menggunakan bot laju ke jeti pelancongan di pulau berkenaan.

"Tindakan itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dan perjalanan feri dari Jeti pelancongan Shah Bandar masih mengikut jadual perjalanan iaitu dua kali sehari bermula daripada 10.30 pagi dan 3 petang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Redang, Ladin Awang berkata, walaupun pengurusan feri memutuskan untuk tidak mengenakan bayaran ke atas barangan keperluan, tetapi pengangkutan air itu masih tidak dibenarkan berlabuh di jeti pelancongan Pulau Redang, melainkan pengurusan feri itu memenuhi tuntutan mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan penduduk.

Serangan mirip 'Jihad Individu'



JAKARTA 20 April - Serangan berani mati di sebuah masjid dalam kawasan balai polis di Cirebon, Jawa Barat minggu lalu padan dengan corak 'jihad individu' yang disasarkan kepada penduduk tempatan oleh kumpulan pelampau kecil, lapor satu badan pemikir semalam.
Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dalam laporannya turut mengesan satu trend yang menyasarkan sasaran tertentu berbanding pengeboman sembarangan, sasaran tempatan berbanding rakyat asing yang didakwa dilakukan kumpulan kecil berbanding organisasi terancang.
Menerusi laporan bertajuk Indonesian Jihadism: Small Groups, Big Plans, kumpulan beribu pejabat di Brussels itu berkata, dua pendekatan itu saling melengkapi antara satu sama lain.
Laporan itu menyatakan, pertubuhan jihad lebih besar mempunyai jaringan dan dana untuk menyokong pendekatan keagamaan oleh kumpulan radikal yang mendukung prinsip pelampau melalui media dan kajian agama.
Jelas laporan itu, kumpulan seperti Jemaah Islamiyah (JI) dan Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) mensasarkan rakyat tempatan yang dilihat sebagai 'penindas' termasuk anggota polis, penganut Kristian dan pengikut ajaran Ahmadiyah.
Penasihat kanan ICG, Sidney Jones berkata, kewujudan kumpulan-kumpulan kecil yang melancarkan jihad untuk kepentingan sendiri menekankan keperluan program-program pencegahan 'yang hampir-hampir tidak wujud di Indonesia'.
"Tugas paling penting adalah untuk mengenal pasti masyarakat yang terdedah, bermula dengan kawasan yang pernah menyaksikan kewujudan kumpulan pelampau pada masa lalu dan memikirkan program yang dapat menyekat mereka daripada menerima ajaran pelampau," katanya.
Penduduk tempatan, Mohammed Syarif, 32, meletupkan dirinya di dalam sebuah masjid di Cirebon ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat minggu lalu, menyebabkan dia terbunuh sementara 30 yang lain cedera.
Polis kini masih menyiasat motif kejadian dan kaitannya dengan kumpulan pengganas. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Kapal kontena Korea Selatan diserang lanun


SEOUL: Kapal yang membawa muatan Kontena milik Korea Selatan diserang lanun di Lautan India dan kini dilaporkan hilang, kata pemilik kapal berkenaan.


Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Korea Selatan itu dalam satu kenyataan, berkata Kapal Hanjin Tianjin dengan muatan 75,000 tan bersama 14 anak kapal warga Korea dan enam warga Indonesia diserang pada jam 5.15 pagi Khamis (waktu Korea Selatan).
“Kami dimaklumkan hari ini bahawa kapal induk itu diserang lanun berdekatan Teluk Aden ketika dalam perjalanan ke Singapura,” katanya. - AFP
Berita Harian Online | Kapal kontena Korea Selatan diserang lanun

'Penyewa' bawa lori larikan barangan kondo

KUALA LUMPUR: Muslihat seorang lelaki tempatan berpura-pura ingin menyewa rumah terbongkar apabila polis merampas sebuah lori berisi pelbagai barangan rumah yang dicuri dari sebuah kondominium pada Rabu lalu.Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Raja, 35 tahun, dipercayai memperdaya seorang ejen hartanah untuk meminjamkan kunci kondominium di Persiaran Syed Putra, dengan alasan mahu memindahkan barang-barangnya ke dalam kondominium itu.Ketua Polis Brickfields, Penolong Pesuruhjaya Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata:'Suspek memberi alasan ingin memindahkan barang-barangnya ke dalam kondominium berkenaan dan berjanji memulangkan semula kunci itu.'Selepas beberapa jam, suspek tidak memulangkan kunci kepada mangsa menyebabkan mangsa pergi ke kondominium berkenaan,' katanya.Menurutnya, mangsa terkejut mendapati sofa, penghawa dingin, peti sejuk, televisyen, set meja makan, katil dan tilam hilang.Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan polis berjaya menemui sebuah lori tanpa pemandu di sekitar Jalan Bangsar yang berisi barangan berkenaan. -- Harian Metro.


Cyberita Online Luar Negara

Pengarah dibebas dari tiga tuduhan menghina, cabul kehormatan



ENCIK ALFIE: Lega dengan keputusan. -- Foto fail



Oleh
Adli Yashir Kuchit

SEORANG pengarah sebuah syarikat katering dan mantan pemimpin sebuah badan kebajikan telah dibebaskan daripada tiga tuduhan menghina dan mencabul kehormatan setelah pihak pendakwa menarik balik kesemua tuduhan tersebut.Encik Alfie Othman, 40 tahun, pengarah Ikhlas Holdings Pte Ltd, melahirkan rasa lega setelah mendengar keputusan tersebut.Ketika dihubungi semalam, beliau enggan memanjangkan cerita, sambil berkata semua yang berlaku adalah pengajaran baginya.'Saya bersyukur semua perkara ini sudah berakhir,' tambah Encik Alfie.Beliau juga enggan mengambil sebarang tindakan lanjut dan hanya mahu meneruskan kehidupannya.Semalam, Hakim Daerah Wong Peck membebaskan beliau daripada semua tuduhan.Pihak pendakwa tidak memberikan sebarang sebab mengapa tuduhan itu ditarik balik.Terkenal di kalangan sektor sosial, Encik Alfie dihadapkan ke mahkamah November lalu atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah restoran Turkiey di Shaw Towers pada Disember 2008.Beliau juga didakwa meraba paha wanita tersebut ketika berada dalam sebuah kenderaan pada Mac 2009.Dalam dakwaan ketiga pula, Encik Alfie dituduh menghina kehormatan wanita tersebut ketika sedang memandu kereta menghala ke Keppel Club yang terletak di Bukit Chermin.Encik Alfie, yang sudah berumah tangga, merupakan Naib Presiden Satu Pertapis sehingga beliau mengundurkan diri November lalu.Beliau juga pernah berkhidmat dengan rumah-rumah tumpangan yang dikendalikan badan tersebut seperti Rumah Kanak-kanak Pertapis dan Pusat Remaja dan Perempuan Pertapis.Ikhlas Holdings menyediakan khidmat katering dan mengendali sebuah kafe sejak enam tahun lalu dan awalnya adalah milik Pertapis, sebelum berpisah menjadi syarikat berasingan pada 2009.Ketika dihubungi semalam, Presiden Pertapis, Haji Hussaini Abdullah, juga melahirkan rasa syukur setelah mendengar berita tersebut.Cyberita Online Singapura

Rakyat Estonia merayu diselamatkan menerusi Youtube


BEIRUT 21 April - Seramai tujuh orang rakyat Estonia yang diculik bulan lalu di timur Lebanon merayu diselamatkan menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam laman Youtube, hari ini.

Video yang menunjukkan rakyat Estonia itu merayu kepada pemimpin negara Lebanon, Arab Saudi, Jordan dan Perancis itu dimuat naik oleh pengguna Internet thekidnaper2011.
Video yang kemudian dikeluarkan dari Youtub itu itu berdurasi seminit dan 47 saat menunjukkan setiap seorang daripada mereka yang memakai pakaian sukan, merayu dalam bahasa Inggeris untuk pemimpin yang disebut menunaikan permintaan penculik dan mereka dilihat tidak dicederakan.
Motif penculikan serta permintaan penculik itu masih tidak diketahui. Ketujuh-tujuh mereka dilaporkan hilang ketika memasuki Lebanon melalui Syria. - AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini

Rakam aksi seks suami isteri, buruh mati ditikam



SANDAKAN 20 April - Gara-gara mendedahkan klip video aksi seks jiran yang dirakamnya, seorang buruh binaan mati ditikam di rumahnya di kawasan setinggan Bukit Batu 2 1/2 Jalan Utara di sini, malam semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai La-Kampo, 47, meninggal dunia di rumahnya akibat ditikam beberapa kali dengan pisau oleh suspek yang dipercayai jirannya itu.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mangsa dikatakan telah merakam suspek dan isteri yang sedang mengadakan hubungan seks dengan menggunakan telefon bimbitnya.
Katanya, mangsa telah menunjukkan klip video itu kepada penduduk lain dan pergi ke rumah suspek petang semalam serta menceritakan perkara itu kepada anak suspek yang berusia 17 tahun.
"Perbualan mereka didengar oleh suspek yang berusia 44 tahun yang pada masa itu berada di dalam bilik. Setelah mangsa pulang ke rumah, suspek pergi ke rumahnya dengan perasaan marah.
"Suspek yang dipercayai membawa sebilah pisau kemudian dikatakan menikam mangsa beberapa kali di hadapan isteri mangsa sehingga mati," katanya di sini hari ini.
Tambah Rowell, suspek yang merupakan buruh binaan kemudian menyerah diri di balai polis kira-kira pukul 8.30 malam dan menyerahkan sebilah pisau.
Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Dua ketua komunis Filipina serah diri



MANILA 20 April - Dua pemimpin tinggi pemberontak komunis Filipina menyerah diri hari ini, manakala seorang lagi ditahan, sekali gus mencetuskan tamparan baru kepada pemberontak ketika rundingan damai masih berlangsung.
Marvin Capones dan isterinya, Gelita menyerah diri kepada tentera di tengah pulau Samar kerana mendakwa telah letih berjuang, menurut tentera dalam satu kenyataan.
Capones adalah Naib Komander Tentera Rakyat Baru (NPA) di Samar, sementara isterinya seorang pegawai perubatan.
"Dia mengendalikan bahagian operasi serta bertanggungjawab dalam komponen senjata dan tindakannya menyerah diri itu memberi tamparan besar kepada pergerakan revolusi di negara ini," kata jurucakap tentera wilayah, Leftenan Kolonel Noel Vestuir kepada AFP.
Sementara itu, seorang pegawai perisikan pemberontak NPA di pulau Negros, berhampiran kawasan tengah Filipina turut ditahan.
Diro Sanchez dikehendaki atas beberapa kesalahan jenayah termasuk memeras ugut, menurut tentera dalam satu kenyataan tanpa memberikan butiran terperinci.
NPA merupakan unit bersenjata Parti Komunis Filipina yang melahirkan pemberontak Maoist sejak 1969.
Ketika zaman kemuncak pergerakan itu pada 1980-an, mereka dianggarkan memiliki 25,000 ahli, tetapi pakar tentera dan pertahan kini percaya jumlah mereka kini kurang 5,000 orang.
Kerajaan Filipina menyambung semula rundingan damai dengan pemberontak sejak Februari lalu selepas terhenti selama tujuh tahun, dengan kedua-dua pihak yakin perjanjian damai akan ditandatangani menjelang Jun 2012.
Ketua perunding kerajaan, Alex Padilla memberitahu AFP hari ini, beliau percaya perkembangan terbaru itu menunjukkan berlaku perpecahan di bahagian kepimpinan pemberontak dan akan meningkatkan kedudukan mereka dalam rindingan. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

'Rumah penjagaan' kanak-kanak jadi pusat penderaan seksual, fizikal?



KUALA LUMPUR 20 April — Berselindung di sebalik nama rumah penjagaan kanak-kanak, pemiliknya seorang lelaki berusia 60-an yang menggelar dirinya sebagai 'bapa' dipercayai menjadikan kanak-kanak yang kebanyakannya hilang tempat bergantung sebagai mangsa dera.
Pusat penjagaan kanak-kanak yang beroperasi secara haram di Puchong itu, dipercayai dihuni kira-kira 30 kanak-kanak, termasuk dua beradik perempuan berusia 13 dan 14 tahun.
Malang buat adik-beradik itu, kerana mereka dikatakan bukan sahaja didera secara fizikal, malah warga emas itu dikatakan menjadikan mereka sebagai pemuas nafsu lelaki-lelaki yang tidak mereka kenali.
Kanak-kanak lain pula dipercayai dipaksa menjual barang-barang seperti peralatan sembahyang dan melihat raut muka serta susuk tubuh kanak-kanak itu, orang ramai tentu mudah bersimpati dan terus menghulurkan wang tanpa berfikir panjang.
Perkara tersebut dibongkar oleh Pemuda MIC hari ini setelah mendapat aduan daripada penduduk setempat.
Setiausahanya, C. Sivarraajh berkata, selepas seminggu membuat pemantauan, beliau membawa perkara itu ke pengetahuan pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurutnya, dengan bantuan JKM dan polis, pusat penjagaan itu diserbu minggu lalu dan ketika itu hanya lapan kanak-kanak berada di pusat tersebut sementara yang lain ke sekolah.
"Usaha untuk memindahkan kesemua kanak-kanak itu menghadapi kesukaran apabila segelintir daripada ibu bapa kanak-kanak itu membuat kecoh, kononnya mereka menghantar anak-anak mereka secara sukarela," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MIC di sini, hari ini.
Tambah Sivarraajh lagi, hampir kesemua kanak-kanak yang ditinggalkan di pusat penjagaan tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen, termasuk sijil kelahiran.
Menurutnya, beberapa kanak-kanak di pusat penjagaan itu mendakwa, mereka dibelasah serta diperlakukan seperti binatang.
"Saya sendiri melihat kesan-kesan lebam di badan serta tangan kanak-kanak terlibat," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta JKM dan polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab, termasuk menutup pusat penjagaan itu serta-merta.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Askar Indonesia bunuh pemungut hutang



JAKARTA 20 April - Sekumpulan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) didakwa telah melakukan penganiayaan dan membunuh seorang pemungut hutang di Depok di sini Isnin lalu.
Mangsa Helmy Yohanes Manuputi yang bekerja dengan syarikat kewangan PT Sinar Mitra Sepadan dilaporkan telah diseret keluar oleh anggota TNI tersebut dari pejabatnya,
Mangsa didakwa kemudiannya telah diseksa dengan kejam dan dibunuh.
Helmy sebelum itu ditugaskan oleh majikannya untuk menuntut tunggakan bayaran kereta selama dua bulan yang belum dijelaskan oleh seorang daripada anggota TNI itu.
Menurut seorang saksi, Helmy dikerumuni oleh 100 anggota TNI yang berpakaian preman yang menyerbu pejabat mangsa di Margonda dan seterusnya melarikan dia dan tiga lagi rakannya A.T, Aldo dan Viel ke suatu tempat.
Menurut The Jakarta Post, A.T dilaporkan berkata, dia sempat melarikan diri sementara yang lain masih berada dalam kawalan kumpulan anggota yang menyerang mereka.
Semasa dalam tahanan di Cilodong, Helmy dilaporkan akhbar berkenaan diseksa sebelum ia ditinggalkan di Cililitan, Jakarta Selatan.
Sebaik bebas daripada tahanan itu, Helmy pulang ke rumahnya dengan menunggang motosikal sebelum dikejarkan ke hospital.
Menurut ibu Helmy, Ena Manuputi, dia terkejut melihat tubuh anaknya itu yang terdapat banyak kesan luka yang serius selain lebam-lebam sebaik dia sampai di rumah.
Kata Ena, penderaan terhadap anaknya itu sangat melampau kerana Helmy bukan saja diikat kaki dan tangan, bahkan telinganya dipotong selain badan-badannya mengalami lebam-lebam.
"Lengannya dipukul menggunakan besi. Telinga kirinya pula tinggal sebelah kerana dipotong. Kakinya juga ada bekas luka," ujar Ena dalam tangisan.
Sementara itu , peguam keluarga Helmy, Abdul Fatah Pasolo berkata, pihaknya akan mengemukakan aduan berhubung kematian Helmy ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (HAM).
"Kami mendapati kematian ini dilakukan oleh anggota TNI dan kami memohon kerjasama daripada HAM untuk membantu menyiasat kes ini. Kami tidak berdiam diri seandainya saudara-mara kami dianiaya seperti ini," kata Abdul Fatah.
Laporan penganiayaan terhadap Helmy seorang pemungut hutang dan rakan-rakannya oleh anggota keselamatan mendapat liputan meluas media tempatan.
Helmy yang berusia 34 tahun dan berasal dari Ambon meninggal dunia di Rumah Sakit Universitas Kristen Indonesia, Cawang, Jakarta Timur semalam, meninggalkan seorang isteri, Theresia Wattimuri, 33, dan seorang anak perempuan, Bianca. - Utusan
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Peneroka rugi RM67,800




MOHAMED Awang Da menunjukkan 'permata' di dalam gelas yang diperolehi di rumahnya di Felda Jengka 18, Maran, Pahang, baru-baru ini.


MARAN 20 April - Seorang peneroka Felda Jengka kerugian RM67,800 selepas terpedaya dengan helah seorang lelaki bergelar 'Pak Haji' yang berlagak alim dan meminjamkan wangnya kepada suspek di Temerloh, kelmarin.
Mangsa, Mohamed Awang Da, 78, dari Felda Jengka 18 mendakwa, kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu berlaku apabila dia ditegur seorang lelaki berdekatan Bangunan Tabung Haji Temerloh.
Menurutnya, lelaki yang mendakwa berasal dari Melaka itu berpura-pura bertanyakan seorang lelaki bernama 'Haji Husin' yang kononnya tinggal di Temerloh kerana menjalankan urusan perniagaan batu permata.
"Kira-kira lima minit berbual, muncul seorang lagi lelaki memperkenalkan diri sebagai 'Haji Mad Saad' menyatakan seorang rakannya yang dihubungi melalui telefon sanggup membeli permata dengan harga RM200,000.
"Haji Mad Saad mendakwa rakannya yang bernama Haji Osman sedang menunggu di hadapan Pasar Raya Terus Maju di Jalan Temerloh-Maran bagi urusan jual beli permata itu.
"Apa yang menghairankan, saya tidak membantah apabila dipelawa berjumpa Haji Osman di pasar raya berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Felda Seroja Jengka 18 di sini, semalam.
Mohamed memberitahu, ketika menemui Haji Osman di pasar raya itu, lelaki terbabit menyatakan tidak membawa wang untuk membeli batu permata berkenaan.
Berikutan itu, ujarnya, Haji Osman meminta dia mendahulukan wangnya sebelum memberi nombor telefon dan alamat rumah di Taman Chengal di sini.
"Saya diarah oleh Haji Osman balik ke Felda Jengka 18 bersama Haji Mad Saad untuk mengambil buku akaun sebelum datang semula ke Temerloh untuk mengeluarkan wang.
"Tanpa membantah saya mengeluarkan wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM52,000 dan RM13,000 daripada Bank Rakyat.
"Wang tunai di tangan sebanyak RM2,800 untuk membeli keperluan rumah turut dikebas ketiga-tiga lelaki terbabit," katanya.
Menyedari dirinya ditipu, Mohamed berkata, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan.

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Rakyat Iran yang diculik dibebaskan


TEHRAN 21 April - Seramai 12 orang jurutera Iran yang diculik oleh Taliban di barat Afghanistan telah dibebaskan hari ini.

Menurut jurucakap kementerian luar negara, Ramin Mehmanparast, rakyat Iran itu berjaya dibebaskan atas usaha kementerian dan kedutaan mereka.
Sekumpulan jurutera yang bekerja dengan projek pembinaan jalan raya itu diculik ketika berada dengan diacukan senapang Isnin lalu di Post-i-Road, wilayah Farah yang turut bersempadan dnegan Iran. - AFP

Ibu syak anak mati didera




R. Rajeswari (duduk, tengah) ditenangkan oleh ahli keluarganya di Unit Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah, semalam.


SUNGAI PETANI 20 April - Seorang wanita membuat laporan polis selepas mendakwa anak lelakinya yang baru berusia setahun enam bulan mati dipercayai akibat didera oleh isteri pertama suaminya.
R. Rajeswari, 22, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini malam tadi.
Menurut wanita itu, anaknya, Lim Teik Kheng meninggal dunia di sebuah hospital swasta selepas dikatakan terjatuh dari katil di rumah suaminya di Taman Angsanasari.
Dakwanya, Teik Kheng dikatakan terjatuh dari katil dua tingkat kira-kira pukul 11 pagi semalam tetapi dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan hanya lima jam kemudian.
"Anak saya dibawa tinggal bersama keluarga suami kerana mereka tidak mempunyai anak lelaki.
"Namun saya terkejut apabila dihubungi keluarga suami, anak saya meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terjatuh katil kira-kira pukul 7 petang semalam," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini hari ini.
Katanya, dia bagaimanapun mengesyaki sesuatu apabila melihat keadaan mayat Teik Kheng yang mempunyai kesan kecederaan.
"Ketika menguruskan mayat, saya ternampak kesan kecederaan di badannya seperti didera. Saya syak ada sesuatu tidak kena," katanya.
Rajeswari memberitahu, kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya kira-kira enam bulan lalu dan mendapati dia dalam keadaan sihat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.
Katanya, pihaknya sedang menunggu laporan lengkap bedah siasat sebelum dapat mengambil sebarang tindakan.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Pemandu kereta sewa pakai jaket kalis peluru

NEW YORK: Pemandu kereta sewa di bandar raya ini yang sering mengelak daripada mengambil penumpang di kawasan yang terkenal dengan kegiatan jenayah, kini dilengkapi dengan jaket kalis peluru.
Persekutuan Pemandu Teksi New York mengedar baju berkenaan Isnin lalu dan pemandu berkenaan memakainya serta-merta.

Keutamaan diberikan kepada pemandu yang bekerja syif malam di kawasan yang kadar jenayahnya tinggi. Kereta sewa perlu ditempah lebih awal dan tidak mengangkut penumpang di tepi jalan, tidak seperti teksi kuning yang lebih terkenal.
Meskipun jaket berkenaan tidak dapat melindungi pemandu daripada cedera di kepala, kebanyakan serangan membabitkan tikaman pisau atau tembakan pada bahagian belakang atau sisi pemandu. - Reuters
myMetro | Pemandu kereta sewa pakai jaket kalis peluru

Warga emas ambil madu maut disengat lebah

JELI: Seorang warga emas yang mengambil madu lebah di hutan Lachang, Kampung Gemang, dekat sini, meninggal dunia selepas sesak nafas akibat disengat lebah, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Awang Jusoh, 70, dari Kampung Gemang, dekat sini, baru memanjat tangga untuk mengambil madu berkenaan selepas membakar sabut kelapa, namun disengat kumpulan lebah berkenaan.

Rakan Awang, Halim Rajab, 38, berkata, dia dan Awang berkunjung ke kawasan berkenaan buat kali kedua selepas berbuat demikian bulan lalu bagi mengambil baki madu lebah ditinggalkan.
“Sebelum disengat lebah, Awang cuba memanjat tangga diikat pada pokok sebelum sekumpulan lebah yang terkena asap sabut kelapa dibakar Awang menyerangnya.

“Awang yang disengat di hidung serta pinggang memberitahu mahu pulang kerana tidak tahan sakit, selain mengadu sesak nafas. Dia beritahu mahu datang semula ambil madu lebah itu pada sebelah malam sebelum rebah dan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Jeli,” katanya.

Sementara itu, isteri Awang, Bunga Musa, 65 berkata suaminya menghidap asma, namun ketika keluar mengambil madu lebah itu, keadaannya sihat.
“Ketika keluar bersama rakannya (Halim Rajab), suami sihat walaupun menghidap asma. Dia juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian.

“Kehilangannya dirasai kerana suami penyayang dan mengambil berat hal keluarga. Bagaimanapun, saya reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Mayat Allahyarham dituntut keluarganya di Hospital Jeli, kira-kira jam enam petang kelmarin, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Gemang, pagi semalam.
myMetro | Warga emas ambil madu maut disengat lebah

Pemilik bengkel, mekanik edar 2kg ganja dihukum mati

SHAH ALAM: Seorang pemilik bengkel dan mekanik dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah mengedar hampir dua kilogram (kg) ganja di sebuah stesen minyak di sebuah lebuh raya di Subang, dekat sini, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abd Rahim Uda membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan. Pada penghakimannya beliau berkata, mahkamah mendapati keterangan kedua-dua tertuduh Md Sukri Abdul Rahman, 42, dan Muhammad Zikry K Suresh, 42, ketika diperintah membela diri adalah keterangan terfikir semula yang tidak pernah dibangkitkan pada awal perbicaraan. Katanya, pembelaan tertuduh jika dilihat secara keseluruhan adalah janggal dan tidak selari keterangan saksi pendakwaan termasuk anggota polis berpangkat detektif dalam kes itu. Katanya, mahkamah berpendapat kedua-dua tertuduh memiliki pengetahuan, jagaan dan kawalan eksklusif terhadap dadah seperti dalam pertuduhan.

Sepanjang perbicaraan, enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan tampil memberi keterangan.
Mengikut pertuduhan, Md Sukri dan Muhammad Zikry didakwa mengedar 1.885kg ganja di parkir bersebelahan Stesen Minyak Shell, KM34.5 arah Kuala Lumpur, Lebuhraya Kesas, Subang Jaya, kira-kira jam 5 petang, pada 23 Mac 2009.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Pada prosiding semalam, pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadhli Mat Sutris, sementara Muhammad Zikry diwakili peguam K Vikneswaran dan Md Sukri oleh Azzizul Shahriman Mat Yusof.
myMetro | Pemilik bengkel, mekanik edar 2kg ganja dihukum mati

Tak serik 7 kali diserbu

CHERAS: Walaupun sudah tujuh kali diserbu pihak berkuasa, pemilik sebuah premis menjual cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) haram bersikap ‘kebal’ serta masih menjalankan perniagaan.
Bagaimanapun, premis terbabit di Bandar Sri Permaisuri, di sini, diserbu buat kali kelapan oleh Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kuala Lumpur, petang kelmarin.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 5 petang itu menemui lebih 1,800 CD dan DVD belum diluluskan Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF).
Ketua Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN Kuala Lumpur, Nor Aziah Abdullah, berkata ketika serbuan, seorang lelaki dipercayai penjaga premis terbabit memasukkan CD dan DVD ke dalam bungkusan untuk dijual.

“Selepas intipan dilakukan, kami menyerbu premis itu. Lelaki terbabit yang terkejut gagal meloloskan diri.

“Hasil pemeriksaan, kami mendapati pemilik premis itu mengubah tempat simpanan CD dan DVD pelbagai tajuk termasuk lucah di bawah kaunter jualan,” katanya.
Difahamkan, premis terbabit dikesan tidak mempamerkan papan tanda perniagaan.

Nor Aziah berkata, lelaki berusia 25 tahun dan warga tempatan itu ditahan bagi membantu siasatan.
“Walaupun sudah tujuh kali diserbu, pemilik premis itu tidak serik dengan terus menjalankan perniagaan terlarang itu,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002.
myMetro | Tak serik 7 kali diserbu

Bekas pegawai bank seleweng RM14.2j


PEGUAM, Johari Ahmad, 54, (kiri) bersama Pegawai Logistik Motorola Technology Sdn Bhd, Azman Abdul Aziz (kanan) dibawa keluar daripada Mahkamah Sesyen selepas didakwa atas tuduhan bersubahat dengan bekas Ketua Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat Bhd cawangan Universiti Sains Malaysia (USM), Aishah Mohamed Rose untuk melakukan pecah amanah wang milik bank itu berjumlah RM14 juta. (20/04/2011)
PEGUAM, Johari Ahmad, 54, (kiri) bersama Pegawai Logistik Motorola Technology Sdn Bhd, Azman Abdul Aziz (kanan) dibawa keluar daripada Mahkamah Sesyen selepas didakwa atas tuduhan bersubahat dengan bekas Ketua Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat Bhd cawangan Universiti Sains Malaysia (USM), Aishah Mohamed Rose untuk melakukan pecah amanah wang milik bank itu berjumlah RM14 juta. (20/04/2011)

Suami, kakitangan Motorola Technology turut didakwa bersubahat


GEORGETOWN: Bekas Ketua Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat Bhd cawangan Universiti Sains Malaysia (USM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas lima pertuduhan pecah amanah wang milik bank itu RM14.2 juta sejak 2005, manakala suaminya bekas peguam menghadapi tuduhan bersubahat.
Aishah Mohamed Rose, 50, mengaku tidak bersalah semua kesalahan itu di Bank Muamalat Bhd cawangan USM di sini, antara 27 Januari 2005 dan 16 Julai 2009.

Suaminya, Johari Ahmad, 54, dan Pegawai Logistik Motorola Technology Sdn Bhd, Azman Abdul Aziz, 49, pula dihadapkan di mahkamah sama atas tuduhan bersubahat dengan Siti Aishah. Johari dan Azman juga mengaku tidak bersalah.

Bagi pertuduhan pertama, Aishah didakwa melakukan kesalahan itu membabitkan wang RM3,363,936.94 di antara 27 Januari 2005 dan 3 Januari 2006; pertuduhan kedua di antara 20 Januari 2006 dan 3 Januari 2007 (RM3,679,939.54).

Pertuduhan ketiga di antara 5 Januari 2007 dan 2 Januari 2008 (RM2,889,878.99), pertuduhan keempat di antara 2 Januari 2008 dan 24 Disember 2008 (RM2,490,758.40) dan pertuduhan kelima di antara 5 Januari 2009 dan 16 Julai 2009 (RM1,780,852.64).

Difahamkan, wang itu adalah nilai cukai eksais Motorola Technology Sdn Bhd dengan cek sepatutnya dibayar kepada Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang, tetapi dikreditkan ke akaun firma guaman Johari.
Aishah didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, manakala Johari dan Azman didakwa mengikut seksyen sama dibacakan bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan dan denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S Devanandan, manakala Aishah dan Johari diwakili Jagdeep Singh Deo. Azman pula tidak diwakili peguam.

Devanandan memohon jaminan RM500,000 terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menetapkan 23 Mei untuk sebutan semula kes dan membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM300,000 setiap seorang berserta seorang penjamin serta menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah.

Sementara itu, di mahkamah sama, Azman mengaku tidak bersalah di atas 10 pertuduhan penggubahan wang haram RM988,464.30 di antara 17 April 2009 dan 14 Julai 2009 di Motorola Technology Sdn Bhd, Bayan Lepas.
Berita Harian Online | Bekas pegawai bank seleweng RM14.2j

2 suspek lari ketika dibawa ke lokap


Lelaki lolos ikut pintu belakang mahkamah


KUANTAN: Biarpun tangan bergari dan diiringi tiga anggota polis, dua suspek kes samun yang dibawa ke Mahkamah Temerloh bagi mendapatkan perintah reman meloloskan diri melalui pintu belakang mahkamah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, suspek lelaki berkenaan, masing-masing berusia 29 dan 30 tahun yang ditangkap kelmarin membabitkan kes kecurian baja dua minggu lalu, tiba di pekarangan mahkamah menaiki trak polis.
Namun, sejurus turun dari trak, kedua-dua suspek berkenaan dibawa menuju lokap mahkamah tetapi melarikan diri dengan menaiki tangga menuju ke pintu keluar kecil di bahagian belakang bangunan terbabit.

Anggota polis yang terkejut dengan tindakan suspek mengejar mereka yang lari ke taman rekreasi berhampiran mahkamah.

Biarpun dikejar, suspek yang memakai baju lokap serta sebelah tangan bergari melarikan diri dengan menaiki kereta Toyota Corona milik lelaki berusia 50-an yang kebetulan berada dalam kereta selepas selesai berjoging di kawasan rekreasi itu.

Menurut saksi, ketika kejadian beliau sedang bersarapan di kantin mahkamah sempat melihat dua lelaki berlari dalam keadaan kelam kabut menuju pintu belakang mahkamah.
“Beberapa pelanggan di kantin kemudian bertempik ‘OKT (orang kena tuduh) lari!’ sambil kelihatan beberapa anggota polis mengejar mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, suspek terbabit memboloskan diri ketika dibawa ke lokap mahkamah sementara menunggu untuk dipanggil bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Mohd Nor berkata, mangsa yang kehilangan keretanya sudah membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Usaha memburu suspek sedang giat dilakukan termasuk mengadakan sekatan jalan raya di bandar ini dan kami percaya kedua-dua lelaki berkenaan masih berada di sekitar Temerloh,” katanya.

Dua sahabat terlepas tali gantung


ZAINUDIN (tiga dari kiri) disambut ahli keluarganya yang ceria selepas dia dibebaskan di luar Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam. Gambar kecil ialah Fakhrul Zaman


KOTA BHARU – Keterangan berbeza yang diberikan oleh seorang saksi pendakwaan menyebabkan dua sahabat dibebaskan daripada hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan mengedar dadah, empat tahun lalu.
Hakim Azman Abdullah membuat keputusan membebaskan Fakhrul Zaman Ahmad, 32, dan Zainudin Mat Deris, 35, selepas mendapati wujud perbezaan keterangan pada laporan polis dan keterangan di dalam mahkamah yang dibuat oleh saksi yang juga seorang anggota polis.
Kedua-dua tertuduh dituduh secara bersama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 49.89 gram di sebuah stesen minyak di Pasir Mas dekat sini sekitar pukul 11.40 malam pada 4 September 2007.
Kosmo! Online - Negara

Majikan, pekerja dihukum gantung


MD. SHUKRI (kanan) bersama Muhammad Zikry (tengah) diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas dijatuhi hukuman semalam.


SHAH ALAM - Seorang pemilik bengkel kereta dan pekerjanya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar 1,885 gram kanabis dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abd. Rahim Uda menjatuhkan hukuman ke atas Muhammad Zikry K. Suresh dan Md. Sukri Abdul Rahman, masing-masing berusia 42 tahun selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan.
“Pendakwaan berjaya membuktikan kedua-dua tertuduh mempunyai milikan dan kawalan ke atas dadah tersebut.
“Mahkamah juga mendapati telah berlaku tawar menawar harga dadah antara Muhammad Zikry dan ejen penyamaran polis, Sarjan Wong Soon Meng,” kata beliau.
Kosmo! Online - Negara

Angkara batu permata merah


MOHAMED menunjukkan batu permata yang diletakkan dalam gelas selepas dihadiahkan oleh seorang ahli Geng Pak Haji di Temerloh semalam.


TEMERLOH – Seorang peneroka mendakwa mengalami kerugian RM67,800 selepas meminjamkan wang kepada seorang anggota Geng Pak Haji yang kononnya ingin membeli sebutir batu permata di sini kelmarin.
Mangsa, Mohamed Awang Da, 78, dari Felda Jengka 18 di sini, berkata, dia pada mulanya ditegur seorang lelaki berdekatan bangunan Tabung Haji Temerloh di sini pada pukul 10.30 pagi.
Menurutnya, lelaki yang mendakwa berasal dari Melaka itu dipercayai berpura-pura bertanyakan seorang lelaki bernama Haji Husin yang didakwanya tinggal di Temerloh kerana mempunyai urusan perniagaan batu permata.
Kosmo! Online - Negara