Search This Blog

Friday, April 15, 2011

Lelaki jerut leher pemilik kafe siber dipenjara

SHAH ALAM – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menjerut leher seorang pemilik kedai Internet (kafe siber) menggunakan tali nylon dua tahun lepas.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pembelaan tertuduh, Alias Md Sharif, 47, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Alias didakwa telah menjerut leher Seow Woon Leong, 48, menggunakan tali nylon yang boleh menyebabkan kematian di kedai Internet di Kampung Baru, Kalumpang, Hulu Selangor dekat sini, pada 12.50 pagi 25 Jun 2009.

Slamat semasa menjatuhkan hukuman berkata, setelah meneliti keterangan, tertuduh tidak menafikan bahawa dia pergi ke kedai itu tetapi menafikan bahawa dia telah menjerut mangsa.

Katanya, mahkamah mendapati keterangan itu boleh dipertikaikan berikutan kegagalan pembelaan untuk memanggil beberapa saksi, dan mahkamah mendapati pembelaan tertuduh bersifat penafian semata-mata.

Slamat memerintahkan Alias, yang tidak bekerja tetap, menjalani hukuman berkuatkuasa dari 15 Disember tahun lepas. - Bernama

90 batang kayu gergaji cuba diseludup

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Martim Malaysia (APMM) Tawau menumpaskan cubaan menyeludup masuk 90 batang kayu bergergaji bernilai RM320,000 menggunakan bot jongkong ke negara ini.
Ketua Penguatkuasa APMM Tawau, Komander (Maritim) Amran Daud berkata, kayu bergergaji jenis Kayu Amara atau Kayu Malam itu dirampas dari dua buah bot jongkong yang sedang berlabuh di Jeti Sungai Tawau, kira-kira pukul 2 petang semalam.
"Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua bot jongkong tersebut dipercayai berasal dari Kalimantan, Indonesia yang ingin memunggah muatan kayu bergergaji tanpa melalui jeti yang telah diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata bot pertama membawa 65 batang manakala bot kedua pula membawa 25 batang.
Dua juragan bot dan enam awak-awak, kesemuanya warga Indonesia berumur antara 20-an dan 60-an turut ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.
Katanya kes berkenaan akan disiasat mengikut Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia kerana tidak mempunyai sebarang dokumen sangkutan untuk membawa masuk muatan Kayu Amara tersebut dan Akta Imigresen 1952/63. - Bernama

Ahli perniagaan bebas tuduhan culik, terima wang tebusan

PUTRAJAYA 15 April – Seorang ahli perniagaan bebas daripada hukuman penjara lapan tahun dan sebatan dua kali setelah Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuannya atas kesalahan menahan anak seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan menerima wang tebusan S$7,750 (RM18,755).

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hasan Lah yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Malik Ishak dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.

Mahkamah berpuas hati bahawa tiada bukti menunjukkan Lau Chee Kai, 43, telah menerima wang tebusan seperti yang dinyatakan pada tuduhan pindaan.

Sehubungan itu, mahkamah menerima hujah peguam Afifuddin Ahmad Hafifi bersama-sama Siti Maspuah Maulan bahawa tuduhan pindaan itu cacat kerana terdapat kesilapan pada tarikh, masa dan tempat kejadian. - Utusan

28 cedera lelaki letupkan diri ketika Jumaat di Cirebon

JAKARTA 15 April – Tubuh seorang lelaki yang dipercayai pengebom berani mati hancur dalam kejadian letupan bom di Masjid At-Takwa di kompleks Masjid Polis Residen Kota, Cirebon, Jawa Barat hari ini.

Identiti mangsa yang terbunuh itu, bagaimanapun belum dikenal pasti.

Seramai 28 jemaah lain turut cedera termasuk parah dalam kejadian yang berlaku semasa jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

Turut tercedera Ketua Polis Daerah Cirebon, Herukoco.

“Sebaik selesai khutbah, imam melakukan takbiratul ihram dan serentak itu bom meledak menjadikan suasana gelap. Ketika itu juga, ada seorang jemaah yang turut bersolat tiba-tiba tubuhnya meledak dengan bom,” kata Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Indonesia, Anton Bachrul Alam.

Anton tidak menafikan, pengebom berani mati itu menjadikan polis sebagai sasaran dan memilih melakukan tindakan terkutuk itu di masjid kerana jemaahnya sebilangan besar terdiri daripada anggota polis.

Sementara itu, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pengebom itu. - Utusan

Bapa disyaki cabul anak disambung reman



KOTA BHARU – Seorang lelaki yang disyaki mencabul anaknya berusia 4 tahun 10 bulan dilanjutkan tempoh reman tiga hari untuk siasatan lanjut.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Norida Mohd Husain berkuat kuasa bermula, semalam.

Suspek berusia 28 tahun terbabit ditahan di rumahnya di Kubang Kerian dan direman empat hari bermula 10 April lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Tetak pemandu bas kerana cemburu



JOHOR BAHRU - Seorang juruelektrik di hadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam di atas pertuduhan mencederakan pemandu bas yang didakwa mempunyai hubungan terlarang bersama isterinya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh, Hafizzudin Mohamad Khalid, 21, bersama dua rakan lain yang masih bebas didakwa menyebabkan kecederaan pada bahagian mata, kepala dan badan Mohd Taib Kassim, 25, di Bukit Indah, di sini, jam 9.15 malam, 22 Mac lalu.

Tertuduh dikatakan menggunakan senjata yang berkemungkinan boleh menyebabkan kematian iaitu sebilah parang ke atas mangsa.

Hafizzudin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda, sebatan atau mana-mana dua hukuman itu.

Tertuduh yang berasal Gelang Patah hanya mengangguk sebagai tanda faham pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Iffa Zarilla Abd Rahman manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam bela.

Kes akan disebut semula pada 18 Mei ini berikutan Mahkamah masih belum menerima laporan perubatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh dikatakan menghantar mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mangsa dengan alasan untuk bertemu terlebih dahulu menggunakan telefon bimbit isterinya di hadapan sebuah bank di Bukit Indah.

Hafizzudin yang dipercayai terlalu cemburu, bersama dua rakannya kemudian datang ke arah Mohd Taib sebelum menetak menggunakan parang sebelum melarikan diri sebaik sahaja melihat mangsa tidak bermaya.

Melihat dirinya tercedera, Mohd Taib memandu sendirian ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, bagi mendapatkan 10 jahitan di kepala dan menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bagi membuat laporan.

24 pekerja asing ditahan



PASIR GUDANG - Seramai 13 pekerja kilang warganegara asing bertindak yakin dengan menunjukkan MyKad dimiliki bagi mengelakkan diri daripada dicekup Jabatan Imigresen negeri ini apabila bas dinaiki menuju ke tempat kerja diserbu anggota penguatkuasaan, kelmarin.

Bagaimanapun, serbuan jam 7.45 malam di Kawasan Perindustrian Plentong, dekat sini, itu menyaksikan tindakan kesemua pekerja asing itu membawa padah apabila MyKad yang dipamerkan didapati palsu selepas dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor.

Malah seramai 11 pekerja asing juga ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan sama kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah seterusnya bekerja secara haram di negara ini.

Timbalan Penolong Pengarah II Jabatan Imigresen Johor, Amzari Abdul Jalil berkata, pihaknya menjalankan risikan dan mengekori bas berkenaan dari Seri Alam hingga ke Plentong sebelum dua kereta peronda jabatan berkenaan menahan bas berkenaan berhampiran kilang terbabit di Masai.

Menurutnya, pemandu bas terbabit bertindak melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran pihaknya sekali gus meninggalkan 24 pekerja asing yang baru sahaja diambil untuk dihantar ke kilang.

“Sepasukan 15 anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Johor menjalankan risikan menggunakan dua kenderaan peronda dan sebuah kereta pula mengekori bas terbabit dari Seri Alam, di sini, yang kemudiannya ditahan berhampiran kilang pekerja asing terbabit.

“Kami kemudian menjalankan pemeriksaan terhadap semua 24 pekerja kilang yang terdiri daripada 21 wanita dan tiga lelaki dan mendapati 11 daripada mereka tidak memiliki pasport, manakala 13 lagi menggunakan MyKad palsu.

“Pemandu bas terbabit juga sempat melarikan diri apabila serbuan dilakukan,” katanya ketika hubungi, di sini, semalam.

Amzari berkata, 11 pekerja terbabit yang berusia antara 18 hingga 48 tahun dan berasal dari Indonesia kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1963 manakala 13 lagi diserahkan kepada JPN untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan siasatan, mereka mengaku memperoleh MyKad palsu terbabit daripada pihak tertentu dengan bayaran kira-kira RM350,” katanya.

Menurut Amzari, pihaknya turut menyita bas kilang digunakan pekerja asing terbabit.

200 pelajar keracunan makanan



JOHOR BAHRU – Lebih 200 pelajar dari sebuah sekolah menengah sekitar bandar raya ini terpaksa dikejarkan ke hospital dan klinik berdekatan sejak kelmarin selepas dipercayai mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan makan malam pada 11 April lalu.

Seorang mangsa yang enggan dikenali berkata, dia dan rakannya baru saja selesai menunaikan solat Isyak kira-kira 11 malam :berkenaan ketika kejadian :berkenaan.

“Saya terdengar bunyi bising di pekarangan asrama dan waktu itu saya lihat ramai pelajar muntah serta salah seorang daripadanya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah dengan menaiki bas sekolah.

“Keesokannya saya dan beberapa pelajar lain turut mengalami nasib sama dan dikejarkan ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Menurutnya, dia hanya makan nasi berlaukkan sayur serta ayam masak merah pada malam berkenaan sebelum mengalami loya-loya dan cirit-birit keesokan harinya.

Pelajar terbabit berkata, air yang mereka minum juga masih berasa klorin sekali gus membuktikan pemilik tender dewan makan berkenaan didakwa tidak memasak air sebelum menghidangkan minuman pelajar.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian berkenaan.

Malang bertimpa



JOHOR BAHRU – Sudahlah kereta bernilai ratusan ribu ringgit miliknya hilang tanpa dikesan sejak 2005, kini seorang ahli perniagaan menanggung saman tertunggak.

Yeak Sew Sew, 62, berkata, kereta Toyota Harrier miliknya dengan nombor pendaftaran JGT 888 dilaporkan hilang pada 20 Mei 2005 ketika diletakkan di sebuah restoran di Taman Molek, di sini.

“Kereta saya hilang tahun 2005, laporan polis telah dibuat, dan pampasan dari syarikat insurans juga telah diterima.

“Apa yang mengecewakan saya ialah kereta ini telah dikesan mempunyai saman had laju pada April 2010 yang didaftarkan di bawah nama saya, dan perkara ini menyebabkan kesukaran buat saya untuk membuat pembaharuan cukai jalan bagi kenderaan yang lain,” katanya ketika sidang media, di sini semalam.

Turut sama Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng.

Sew Sew berkata, beliau telah empat kali merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan dan Cawangan Trafik Polis DiRaja Malaysia di Johor Bahru namun akhirnya beliau diarahkan untuk ke Balai Polis Ledang di mana saman tersebut dikeluarkan.

Kenderaan curi itu dikesan melakukan kesalahan had laju pada 29 April 2010 di Kilometer (KM) 170 Lebuhraya Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

Berikutan saman RM300 itu, Sew Sew hanya dibenarkan memperbaharui cukai jalan kenderaan lain di atas namanya bagi tempoh enam bulan sahaja, dan diarahkan melangsaikan saman tertunggak tersebut.

“Saya mempunyai enam kenderaan yang didaftarkan di atas nama saya. Saya khuatir perkara ini akan menjejaskan perniagaan saya kerana secara jelas saya tidak lagi memiliki kenderaan tersebut,” katanya.

Sementara itu, nasib yang sama menghantui seorang lagi ahli perniagaan, Yap Ching Poo, 64, yang telah menjual kenderaan Perodua Kembara miliknya kepada pembeli lain pada 2007.

Namun hasil semakan saman di Majlis Daerah Johor Bahru (MBJB) mendapati kenderaan yang dijual tersebut memiliki enam saman selepas tarikh kenderaan tersebut dijual yang bernilai keseluruhan RM180.

“Saya telah jual kenderaan ini malah hak milik nama juga telah dibuat di Jabatan Pengangkutan Jalan, namun saman yang dikeluarkan masih di bawah nama saya, dan perkara ini dilihat tidak adil kepada saya,” katanya.

Sementara itu, Ah Eng berkata, beliau telah beberapa kali diadukan masalah yang sama, dan telah merujuk ke Kementerian Pengangkutan sebelum ini.

“Saya difahamkan ada kaunter yang disediakan bagi menyelesaikan isu ini, namun di peringkat akar umbi, perkhidmatan ini tidak menampakkan keberkesanannya, malah pengadu diarahkan merujuk perkara tersebut di tempat saman dikeluarkan dan ia dilihat tidak berpihak kepada pengadu,” katanya

Maut akibat langgar lari



BUKIT MERTAJAM – Hasrat seorang bapa untuk menghantar anak perempuannya ke sekolah tidak kesampaian selepas kedua-duanya maut dalam kejadian langgar lari, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa, Abdul Samat Arshad, 49, dan anaknya, Nurul Irdina, 13, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar sebuah lori dari arah belakang di kilometer 148.9 Lebuh raya Utara Selatan menghala ke utara dekat susur Batu Kawan.

Ketika kejadian, mangsa yang juga seorang pegawai bomba KB17 yang bertugas di Balai Bomba Perai dikatakan dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah menaiki motosikal sebelum hilang kawalan lalu terbabas di bahu kanan jalan.

Begitu pun, malang tidak berbau apabila sebuah lori datang dari arah belakang lalu merempuh dan menggilis dua beranak itu dan melarikan diri sejurus kemudian.

Berikutan itu, kedua-dua mangsa yang cedera parah di kepala serta-merta di tempat kejadian.

Mayat mangsa di bawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Masjid, Teluk Kumbar untuk dikebumikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu sehingga menyebabkan kematian.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita sedang memburu pemandu lori yang melanggar kedua-dua mangsa.

“Justeru, kita meminta saksi kejadian serta pemandu lori terbabit supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk membantu siasatan,” katanya.

Lima jam tersepit



KULAIJAYA – Seorang juruteknik meninggal dunia setelah kenderaan dipandu terbabas ke dalam kawasan ladang kelapa sawit di laluan Seelong-Tebrau, di sini dalam kejadian kira-kira 3 pagi, semalam.

Sinar Harian difahamkan, Asri Elias, 23 yang tersepit di dalam kenderaannya dijumpai melekat pada sebatang pokok kelapa sawit selepas lima jam kenderaannya terperosok di dalam ladang berkenaan.

Kejadian itu disedari orang awam yang terlihat kereta bernombor pendaftaran KCP 1455 jenis Proton Iswara yang dipandu Asri berada di dalam ladang kelapa sawit dalam keadaan remuk, kira-kira jam 7 pagi, semalam.

Sementara itu, pemergian Asri dalam keadaan mengejut dan menyayat hati disambut tangisan pilu bapa dan keluarganya yang berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai nahas itu kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Elias Dolah, 50-an, yang terkejut dengan kejadian menimpa anak kelimanya itu memberitahu, ketika nahas berlaku, Asri sedang dalam perjalanan pulang ke Felda Sungai Sibol dari rumah kakak sulungnya.

“Saya tidak tahu dia (Asri) bertolak jam berapa dari rumah kakaknya yang tinggal di Mutiara Rini kerana ketika itu saya sedang bekerja.

“Saya percaya ketika itu Asri dalam perjalanan pulang ke rumah kami di Sungai Sibol (Felda). Tetapi nahas yang berlaku menyebabkan kami sekeluarga tidak dapat menemuinya buat kali terakhir,” katanya.

Dalam pada itu, pengusaha kebun berhampiran lokasi kejadian, Mohd Syazwan, 28 berkata, beliau terdengar bunyi dentuman kuat ketika sedang menanam sayur di ladangnya kira-kira jam 3 pagi namun tidak menyangka nahas kemalangan yang berlaku.

“Lebih kurang jam 3 pagi saya dengar bunyi dentuman kuat dari arah jalan raya tetapi saya tidak pasti kejadian yang berlaku kerana keadaan terlalu gelap.

“Kemudian saya keluar untuk membeli sarapan kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam) dan ternampak orang ramai sudah mengerumuni lokasi kejadian dan terdapat sebuah kereta terperosok pada pokok kelapa sawit.

“Ketika itu baru saya sedari bunyi dentuman kuat berkenaan mungkin berpunca dari nahas kemalangan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya ketika dihubungi mengesahkan nahas yang berlaku.

Manakala mayat Asri yang meninggal dunia di tempat kejadian di bawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang oleh keluarganya untuk dikebumikan.

PGM rampas 91 karton rokok



SITIAWAN – Ops Octopus Cegah Jenayah yang dilaksanakan Pasukan Gerakan Marin (PGM) di sebuah kedai di Simpang Empat, Semanggol, dekat sini, 11 April lalu, berjaya merampas 91 karton rokok keretek gudang garam dan rokok putih pelbagai jenis.

Pegawai Pemerintah Markas PGM Wilayah Satu, Deputi Superintendan Shaari Ariffin berkata, PGM menerima maklumat daripada orang ramai dan mengerahkan satu pegawai bersama lima anggota ke lokasi sasaran sekitar jam 12,30 tengah hari.

“Kita telah menahan tiga lelaki bersama rampasan sebuah bot yang dipercayai pengangkutan dalam kegiatan penyeludupan ini.

“Nilai keseluruhan semua rokok yang di seludup termasuk cukai ialah RM7,582.16,” katanya.

Shaari berkata, dalam perkembangan kes penyeludupan rokok sepanjang Januari hingga kini, PGM berjaya menahan lima bot bersama rampasan 187 karton rokok putih, dan sebuah lori bersama rampasan 335 kotak rokok putih serta enam kotak mercun, Januari lalu.

“Nilai keseluruhan rampasan mencecah RM37,537.36 dan 29 lelaki serta dua wanita ditahan, hasil dari pelbagai operasi yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, Februari lalu, PGM telah menahan seorang lelaki yang dipercayai menyeludup 10 guni kerang dengan nilai mencecah RM27,500, menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

“Pada Mac lalu, kita berjaya menahan dua lelaki tempatan bersama rampasan sebuah bot serta lima guni kerang dengan nilai rampasan sebanyak RM2,000 kerana disyaki menyeludup.

Shaari berkata, selain kes-kes itu, PGM turut menahan tiga lelaki Vietnam dalam cubaan mereka menyeludup keluar satu guni kayu gaharu seberat 20 kilogram dengan nilai RM10,000.

Menurut Shaari, PGM sentiasa mengalu-alukan sebarang penyaluran maklumat daripada orang ramai berhubung apa juga kegiatan yang menyalahi undang-undang perairan.

“Pelbagai operasi telah dijalankan sepanjang Januari hingga Mac tahun ini dan kita akan teruskan bagi memastikan pengguna perairan Perak termasuk nelayan berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Silap undur, gerabak tergelincir




PADANG RENGAS – Gara-gara tersilap undur, gerabak kereta api yang membawa muatan simen milik sebuah syarikat tergelincir di stesen kereta api Padang Rengas, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohammad, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.40 pagi itu menyebabkan laluan kereta api arah Utara Selatan ditutup buat sementara waktu.

Menurutnya, insiden itu juga mengakibatkan gangguan laluan jalan raya dari Padang Rengas menuju ke Lubuk Merbau apabila terpaksa ditutup untuk kerja baik pulih.

Menurutnya, kejadian itu juga menyebabkan gangguan kepada laluan jalan raya dari Padang Rengas menuju ke Lubuk Merbau.

“Daripada maklumat awal, kita dapati kereta api yang membawa muatan sama tersilap undur sebelum merepuh gerabak yang ketika itu sedang berhenti untuk proses menukar laluan.

"Rempuhan itu menyebabkan gerabak berkenaan tergelincir sehingga mengganggu laluan di kedua-dua lorong,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, semalam.

Sinar Harian difahamkan, kerja baik pulih segera dilakukan bagi melancarkan semua laluan kereta api termasuk laluan jalan rata yang terpaksa ditutup kepada pengguna.

Abdul Gaffar berkata, pihak terlibat mengambil beberapa jam melakukan kerja baik pulih dan laluan hanya dibuka jam 9 pagi.

‘Gempa bumi’ di pagi hari



PAYA RUMPUT - Tiga sekeluarga yang sedang tidur di dalam bilik rumah, nyaris maut apabila sebuah lori merempuh kediaman mereka selepas menggelongsor menuruni bukit di Taman Paya Rumput Permai, kira-kira jam 4.30 pagi, semalam.

Pemilik rumah terbabit, Mohd Nazir Shariff, 36, berkata, dia terjaga daripada tidur kerana terdengar bunyi dentuman disusuli gegaran kuat menyangka ia adalah gempa bumi.

“Saya bergegas keluar dari bilik dan meninjau di luar rumah sebelum melihat sebuah lori telah merempuh pagar dan tiang di bahagian hadapan rumah.

“Saya keluar dan melihat pemandu cuba menghidupkan enjin tetapi gagal. Sehingga jam 10.30 pagi, barulah lori boleh dialihkan dengan bantuan dua lori penunda,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, semalam.

Walaupun kesal dengan kejadian itu, Mohd Nizar bersyukur kerana ia tidak membabitkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

“Saya bernasib baik kerana lori hanya melanggar bahagian hadapan yang membabitkan pagar dan tiang pagar termasuk tiang jiran sebelah rumah saya.

“Bagaimanapun saya kesal kerana kejadian ini didakwa berpunca daripada pemandu lori yang lupa untuk menarik brek tangan. Sepatutnya kenderaan berat seperti lori diletakkan di tanah rata, bukannya kawasan berbukit,” katanya.

Menurutnya, dia juga bimbang keselamatan penduduk taman itu kini terancam kerana banyak kenderaan berat diletakkan di kawasan perumahan berkenaan, selain memang terdapat kenderaan berat keluar masuk berikutan projek pembinaan rumah berhampiran.

Enam sekeluarga cemas dirompak



KUANTAN - Enam sekeluarga dari Bandar Jengka 23 dekat Maran menempuh detik mencemaskan apabila kediaman mereka dimasuki lima perompak bertopeng dipercayai warga asing bersenjatakan parang, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pengadu yang berusia 65 tahun bersama isteri, anak dan menantunya diikat menggunakan wayar telefon sebelum dikumpulkan dalam satu bilik, manakala cucunya termasuk bayi berusia 11 bulan tidak diapa-apakan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Risikan dan Operasi) Superintendan Nordin Mustapha berkata, perompak yang dipercayai masuk melalui tingkap sisi rumah berjaya melarikan beberapa barang berhara.

"Antaranya sejumlah barang kemas, komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM200 membabitkan jumlah keseluruhan dianggarkan RM5,000," katanya.

Menurutnya, semua keluarga terbabit tidak dicederakan bagaimanapun mereka ditinggalkan dalam keadaan terikat setelah perompak melarikan diri bersama hasil rompakan.

“Sebelum kejadian, pengadu yang juga peneroka tanah rancangan Felda itu sedang tidur dalam bilik bersama isteri manakala anak menantunya berada dalam bilik berasingan.

“Kira-kira jam 2.30 pagi mereka dikejutkan dengan bunyi seakan pintu dibuka secara kasar lalu pengadu bangun untuk meninjau keadaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Nordin berkata, selepas membuka lampu, pengadu terkejut apabila melihat lima lelaki memakai penutup muka bersenjatakan parang berada dalam rumahnya.

“Mangsa diacukan parang oleh perompak sebelum diberi amaran supaya tidak menjerit atau melawan.

“Perompak kemudiannya me-ngikat keluarga itu sebelum bertindak menggeledah seluruh rumah mencari barang berharga,”katanya.

Menurutnya, semua mangsa yang berjaya melepaskan diri dari ikatan segera membuat laporan polis dan susulan itu, polis menjalankan siasatan lanjut kes ini mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Teknisyen dijel 12 bulan



SINGAPURA
SEKS DENGAN BUDAK
SEORANG teknisyen pengawal mutu yang membayar $50 kepada seorang remaja perempuan bagi melakukan seks dipenjara 12 bulan semalam.
Bhadrulzaman Hashim, 29 tahun, orang kedua dikenakan hukuman tersebut kerana membayar budak bawah umur itu untuk seks di Hotel Summer di Geylang.Mahkamah diberitahu bahawa dia bertemu budak itu menerusi seorang kawannya yang mengenali budak itu pada Oktober 2008.Budak itu memberitahu Bhadrulzaman dia berusia 17 tahun.Pada April 2009, dia terserempak budak itu di luar hotel di Lorong 22, Geylang. Semasa dihampiri budak itu berkata dia bekerja sebagai pelacur.Bhadrulzaman mendapatkan khidmat seksnya dan membayar $50 tanpa memeriksa umurnya.Mereka kekal berhubungan. Lima bulan kemudian dia pergi ke Hotel Summer sekali lagi dan mendapatkan khidmat seks daripada budak itu dan membayar $50.Tuduhan ketiga ke atas Bhadrulzaman turut dipertimbang semasa hukuman dijatuhkan.Di bawah undang-undang dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua hukuman bagi setiap tuduhan itu.
-cyberita

Bukan niat bunuh

SHAH ALAM: Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, dia tidak berniat untuk menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, apabila melepaskan tembakan ke arah kereta dipandu remaja itu di Seksyen 11, di sini, April tahun lalu.
Koperal Jenain Subi, 48, dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Shah Alam, sebaliknya berkata, tembakan itu bertujuan memberhentikan dan memeriksa Proton Iswara BET 5023 yang dilihat dipandu secara melulu, membabi buta dan berbahaya. Oleh itu katanya, sasaran tembakan ditujukan pada bahagian belakang bawah kenderaan itu. “Tidak ada niat (untuk sebabkan kematian Aminulrasyid). Kalau ada niat, mungkin cermin kereta dan badan orang itu ada banyak peluru. “Niat saya hanya untuk berhentikan kereta,” katanya menjawab soalan peguam bela, M Athimulan pada perbicaraan kesnya yang dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, jam 1.10 pagi, 26 April tahun lalu.

Bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, Idham Abd Ghani dan Adilla Ahmad, manakala Jenain diwakili Athimulan dan Salim Bashir.

Jenain berkata, tindakannya melepaskan tembakan disebabkan beranggapan Proton Iswara itu baru terbabit dalam rompakan atau jenayah samun di luar kawasan rondaannya pada masa kejadian.


Menjawab soalan Athimulan, dia menyangkal pendapat dia berada dalam keadaan marah ketika melepaskan tembakan. “Saya tenang dan sabar (ketika melepaskan tembakan). Kalau hilang sabar mungkin (tembakan) banyak terbabas pada belakang badan kereta.

“Mungkin akan habis satu kelopak (yang mengandungi 25 peluru),” katanya. Menurutnya, sebagai anggota polis yang mendapat markah tinggi dalam beberapa siri ujian menembak, dia tahu jarak selamat untuk 50 kaki (kira-kira 15 meter) untuk melepaskan tembakan. “Saya tidak cuai. Saya jalankan tanggungjawab dengan ikhlas,” katanya. Meskipun mengakui tidak pernah menembak orang, Jenain berkata, menerusi latihan dia mengetahui polis boleh melepaskan tembakan dalam keadaan tertentu seperti diserang dengan parang atau untuk membalas tembakan. Pada prosiding sama, Jenain yang memakai kemeja lengan pendek dan berkopiah beberapa kali menyangkal keterangan rakan setugasnya, Konstabel Mohd Izham Mahayadin yang sebelum ini tampil sebagai saksi pendakwaan. Ini termasuk dakwaan Mohd Izham bahawa salah satu tayar kenderaan dipandu mangsa sudah kempis apabila keluar dari Bulatan Kayangan dan terhuyung-hayang serta tidak agresif apabila memasuki Jalan Tarian di Seksyen 11.

“Tiada. Itu bohong,” katanya. Dalam kejadian awal pagi itu, Jenain menaiki kereta peronda Sel 614 dan dipandu Konstabel Hafiz Moiz, di belakang kereta peronda Sel 589 dinaiki oleh Mohd Izham dan dipandu Koperal Azhar Hashim. Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung hari ini.
myMetro | Bukan niat bunuh

Tertuduh tenang, tunang menangis


KUALA LUMPUR: Seorang pekerja syarikat kawalan serangga dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan merompak empat wanita, tahun lalu.
Hakim Sekeri Mamat menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Shahril Anuar Ismail, 26, menukar pengakuan bersalah terhadap empat pertuduhan yang sepatutnya semalam ditetapkan untuk perbicaraan.

Mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan bagi setiap tuduhan bagaimanapun memerintahkan hukuman itu berjalan serentak mulai semalam. Tertuduh yang mendengar hukuman itu kelihatan tenang, namun seorang wanita dipercayai tunangnya kelihatan menangis teresak-esak.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama lima lagi yang masih bebas didakwa merompak Ester Boy, 25, di rumah sewa mereka di di 289A-219A, Jalan Mahkota Taman Maluri Cheras, kira-kira jam 10 malam, pada 5 Julai tahun lalu. Selain itu, dalam kejadian sama, Mohd Shahril turut merompak teman serumah Ester, Fadzillah Mamat, 30; Cheah Mei Yee, 20 dan Siti Norizah Narazman, 29.

Akibat kejadian itu, keempat-empat mangsa mengalami kerugian keseluruhannya berjumlah RM8,077 apabila tertuduh melarikan barang berharga termasuk wang tunai dan telefon bimbit milik mereka. Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam bela Mohd Zaidi Mohamad mengemukakan rayuan supaya mahkamah meringankan hukuman dengan alasan anak guamnya sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kassim memohon hukuman setimpal dengan perbuatan tertuduh untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.myMetro | Tertuduh tenang, tunang menangis

Wanita maut dilanggar kereta api

myMetro | Wanita maut dilanggar kereta api: "KEPONG: Seorang wanita yang cuba melintas landasan kereta api di Kilometer 379.4 antara Segambut dan Kepong, maut apabila dirempuh keretapi Ekspres Senandung Langkawi yang dalam perjalanan ke Utara, malam kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 60-an dipercayai melintas landasan berkenaan seorang diri.


Setakat ini. identiti wanita itu belum dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad berkata, ketika kejadian, kereta api itu baru memulakan perjalanan dari stesen KL Sentral ke Hat Yai, Thailand.


“Kejadian itu mengakibatkan perjalanan kereta api ekspres berkenaan tergendala selama kira-kira 35 minit,” katanya."

Kaca dalam tangan


KUANTAN: Seorang peniaga tidak menyangka selama ini hidupnya ‘berteman’ serpihan kaca yang tertanam di dalam tangan kirinya selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya kira-kira 10 bulan lalu.
Malah, lebih mengejutkan apabila mangsa, Lee Sing Keat, 44, dari Taman Tunas Jaya, Jalan Semambu, di sini, hanya menyedari perkara itu selepas kaca sepanjang 0.5 sentimeter (sm) berkenaan tersembul keluar daripada tangannya dua hari lalu. Lebih menimbulkan kemusykilan lelaki itu ialah apabila pihak hospital turut gagal mengesan sebarang kehadiran benda asing berkenaan di dalam tangannya selepas menerima rawatan akibat kemalangan terbabit pada Jun tahun lalu.

Lee berkata, dia ditimpa kemalangan ketika menunggang motosikal pada 21 Jun tahun lalu apabila terlanggar cermin sisi sebuah kereta.
“Akibatnya, tangan kiri saya cedera dan saya mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

“Ketika di HTAA, seorang pembantu perubatan hanya meminta saya mencuci tangan yang luka di paip air sebelum membuat pemeriksaan X-Ray seterusnya menjahit luka berkenaan,” dakwanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Lee mendakwa, selepas itu dia disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius sebelum diberi cuti sakit selama tiga hari.
“Dua hari selepas itu saya pergi semula ke hospital berkenaan untuk pemeriksaan lanjut dan turut dimaklumkan perkara sama iaitu luka dialami hanya kecil dan mereka tidak mengesan sebarang kewujudan benda asing dalam tangan kiri saya,” katanya.

Katanya, dua minggu lalu dia berasa seperti ada sesuatu tidak kena pada tangan kirinya itu apabila terasa seperti ada benda mencucuk dan sakit.
“Apabila dirasa dengan tapak tangan, ia seperti benjolan muncul daripada tangan kiri saya dan sakit bila disentuh,” katanya.

Serpihan kaca yang tersembul keluar daripada tangan kirinya dua hari lalu lalu akhirnya membongkar kesakitan yang dialaminya sepanjang dua minggu lalu.

“Seperti silap mata apabila tiba-tiba serpihan kaca tersembul keluar dari dalam tangan kiri saya sedangkan tahun lalu pihak hospital mengesahkan kecederaan dialami saya tidak serius dan pemeriksaan X-Ray juga gagal mengesan sebarang bendasing tertanam di dalamnya,” katanya.

Lee berkata, dia akan mendapatkan rawatan untuk membuang serpihan kaca berkenaan selain membuat aduan kepada HTAA berhubung kejadian menimpanya.

“Jika keadaan menimpa saya ini disebabkan kecuaian pihak hospital saya amat dukacita dan berharap mereka lebih berhati-hati dan teliti ketika merawat pesakit pada masa akan datang,” katanya.MyMetro | Kaca dalam tangan

Tak pernah jumpa ayah sejak lahir

MASJID TANAH: Seorang lelaki berusia 28 tahun amat berharap dapat bertemu bapanya yang menghilangkan diri ketika dia masih dalam kandungan ibunya.
Lelaki terbabit, Mohd Zaidi Hamid berkata, bapanya, Hamid Salim, 50-an, yang juga seorang anggota tentera meninggalkan ibunya yang ketika itu mengandungkannya tiga bulan.

“Ayah tinggalkan saya dan arwah abang (ketika itu usia tiga tahun) bersama ibu sejak 1983 dan tidak dapat dikesan walaupun pelbagai usaha dilakukan.

“Ibu (Sapiah Jaafar, 49) memberitahu bapa berkahwin dengan seorang wanita, Siti Fatimah dari Raub, Pahang, sebelum menghilangkan dirinya,” katanya yang kini menetap bersama ibunya di Taman Pengkalan Balak,” dekat sini.

Beliau berkata, bapanya pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 70-an sebelum berkahwin dengan ibunya dan bertugas di Pahang.


“Ibu beritahu selepas beberapa tahun berkahwin, ayah berkahwin lagi dan selepas itu tidak pulang ke rumah. Selain itu, pasukan tentera mencari ayah kerana melarikan diri daripada tugas.

“Selama 28 tahun membesar, saya belum pernah menatap wajah ayah kerana ibu tidak menyimpan gambarnya,” katanya.

Menurutnya, hingga sekarang dia belum berpeluang menetap wajah bapanya dan amat teringin untuk bertemunya.

“Kalau ayah sudah mati, saya ingin tahu di mana kuburnya dan saya tahu ayah berasal dari Kampung Parit Raja, Batu Pahat, Johor,” katanya.

Sementara itu, Sapiah berkata, bekas suaminya itu meninggalkan dia dan anak selepas diberi keizinan untuk berkahwin dua.


“Saya bersetuju dimadu ketika itu, namun selepas berkahwin, saya dan anak diabaikan kerana suami dengan isteri mudanya menghilangkan diri menyebabkan saya menuntut fasakh,” katanya.
myMetro | Tak pernah jumpa ayah sejak lahir

Enam tahun ibu ‘ghaib’

JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal kepada 13 anak yang menghilangkan diri sejak enam tahun lalu dirayu kembali ke pangkuan keluarganya kerana anak-anak amat merinduinya.
Seorang daripada anak wanita itu, Siti Hawa Jaafar, 39, berkata ibu mereka, Kamariah Ayub, 54, gagal dikesan sejak 2005 selepas keluar dari rumah anak lelakinya di Prima Saujana, Kajang, Selangor. Menurutnya, Kamariah keluar rumah dan memberitahu mahu ke rumah saudara di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru, namun hilang dan gagal dikesan sehingga kini.

“Pada hari sama, emak menghubungi adik lelaki saya memaklumkan dia tersinggung dengan sikap kami yang membantah hasratnya berkahwin semula selepas 10 tahun ayah meninggal dunia.

“Itu panggilan terakhirnya. Hingga kini kami gagal menghubungi atau mengesan emak walaupun mencarinya di seluruh negara. Kami bimbang keselamatan dan kesihatan dirinya,” katanya.

Menurut Siti Hawa, mereka tidak pasti sama ada Kamariah sudah berkahwin baru atau hidup bersendirian sepanjang tempoh berkenaan.


“Jika emak sudah berkahwin baru, kami sedia menerima pasangan hidupnya itu kerana lebih penting dapat bertemu semula dengannya dan memohon maaf atas keterlanjuran kami,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Kamariah boleh menghubungi Siti Hawa di talian 013-772 4643 atau Khairul Nizam di 017-824 8057.myMetro | Enam tahun ibu ‘ghaib’

Tanggung rugi RM34j

myMetro | Tanggung rugi RM34j: "Tanggung rugi RM34j


SHAH ALAM: Telekom Malaysia Berhad (TM) mencatatkan kerugian RM34 juta berikutan kecurian kabel elektrik dan komponen berkaitan oleh pihak tidak bertanggungjawab, di seluruh negara tahun lalu.

Naib Presiden Bahagian Jualan TM (Selangor), Datuk Zaini Maatan, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan berharap peningkatan kes kecurian berkenaan dapat diatasi menerusi kerjasama erat dengan polis.


“Daripada jumlah itu, RM10 juta nilai kerugian dicatatkan Selangor dan justeru itu, TM akan meningkatkan kerjasama dengan polis,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kerjasama antara TM dan polis Selangor bagi memerangi kecurian kabel elektrik di sini, semalam."

Sebumbung dengan mayat


BATU PAHAT: “Rupa-rupanya, dua malam kami sekeluarga tidur sebumbung dengan mayat,” kata Kamaruzaman Sahlan, 40, selepas dua pekerja syarikat pendawaian elektrik menemui mayat lelaki melecur teruk di siling rumahnya di Jalan Bukit Pasir, jam 8.30 malam kelmarin.
Mayat lelaki berusia 50-an dipercayai penagih dadah itu dijumpai tertiarap dan hampir seluruh badannya melecur selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba memotong wayar di siling rumah Kamaruzaman untuk dicuri.

Sebelum itu, Kamaruzaman dan keluarganya menyangka bekalan elektrik terputus di rumah mereka sejak petang Jumaat lalu berpunca daripada masalah pendawaian dan sama sekali tidak menyangka ia disebabkan cubaan mencuri wayar elektrik.

Mengimbau kejadian itu, Kamaruzaman yang ditemui semalam berkata, isterinya, Santi Jumingan, 27, memberitahu bekalan elektrik di rumah sewa mereka terputus sejurus dia pulang ke rumah untuk menunaikan solat Asar jam 6 petang, Jumaat lalu.

Kamaruzaman yang bekerja sebagai pembantu kedai melakukan pemeriksaan rambang, tetapi gagal mengesan punca masalah sebelum menghubungi pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meminta bantuan.

“Petugas TNB datang melakukan pemeriksaan pada jam 7 malam dan memaklumkan ia mungkin disebabkan masalah pendawaian dan perlu mendapatkan khidmat kontraktor.

“Saya menghubungi syarikat berkaitan dan dua pekerjanya datang membuat pemeriksaan, namun mereka juga gagal mengesan punca masalah,” katanya.

Menurut Kamaruzaman, pekerja terbabit berjanji datang semula keesokan hari melakukan pemeriksaan lebih menyeluruh termasuk sistem pendawaian di siling.

Selepas datang semula pada jam 8.30 malam kelmarin, dua pekerja itu meminta izin memecahkan siling bagi membolehkan mereka melihat sistem pendawaian.

“Sejurus menaiki siling, kedua-duanya terjun dan berlari keluar sebelum memaklumkan ada kaki manusia di atas siling. Saya terkejut dan keliru mendengar kata mereka, lalu meminta bantuan rakan, pekerja TNB membuat pemeriksaan.

“Rakan saya datang dan melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan ada mayat lelaki di atas siling rumah saya. Saya terus membuat laporan polis,” katanya.

Kamaruzaman berkata, sepasukan anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Pahat bergegas ke rumahnya untuk mengeluarkan mayat selain melakukan siasatan.

“Saya percaya lelaki terbabit terlebih dulu memecahkan siling bilik air kediaman kosong di sebelah rumah sebelum cuba memotong wayar elektrik di siling rumah saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu dan dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.myMetro | Sebumbung dengan mayat

‘Meninggal’ 40 minit


GEMPAR...ahli keluarga lelaki terbabit menunggu di Hospital Seberang Jaya, semalam.
GEMPAR...ahli keluarga lelaki terbabit menunggu di Hospital Seberang Jaya, semalam.

SEBERANG JAYA: Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) gempar apabila seorang lelaki yang diisytiharkan sudah ‘meninggal dunia’ oleh pegawai perubatan, secara tiba-tiba hidup kembali, dalam satu kejadian, semalam.
Difahamkan, lelaki berusia 65 tahun itu dikejarkan ke HSJ apabila tidak sedarkan diri selepas terjatuh ketika bertengkar dengan abangnya.

Dalam kejadian di rumah mangsa di Tanah Liat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam, lelaki yang dikenali sebagai Hock bertengkar dengan abangnya berusia 70 tahun sebelum tolak menolak berlaku.
Dalam pergaduhan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke HSJ untuk rawatan.

Menurut sumber, ketika menerima rawatan kecemasan di Unit Kecemasan hospital itu, mangsa didapati tidak bernafas dan berikutan itu, dia disahkan meninggal dunia.

Bagaimanapun, kira-kira 40 minit kemudian, mangsa didapati bernafas semula menyebabkan kakitangan di unit berkenaan terkejut sebelum bertindak menghantar mangsa ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Mangsa tidak langsung bernafas ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan dan kira-kira 40 minit kemudian mangsa bernafas semula,” katanya.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa ketika ditemui enggan memberi sebarang kenyataan mengenai kejadian itu dan wartawan yang menunggu di hadapan wad ICU melihat isteri dan dua anak lelaki mangsa berbincang dengan doktor mengenai keadaan mangsa.
Kira-kira sejam selepas itu, ketiga-tiganya dilihat meninggalkan hospital selepas melawat mangsa.myMetro | ‘Meninggal’ 40 minit

Adel Safar bentuk kerajaan baru Syria

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

15/04/2011 4:21am

DAMSYIK 15 April - Perdana Menteri Syria, Adel Safar yang dilantik baru-baru ini membentuk kerajaan baru semalam, dalam usaha Presiden Bashar al-Assad meredakan keadaan ekoran demonstrasi bantahan yang mendesak perubahan politik dan penamatan perintah darurat sejak 15 Mac lalu.

Mohammed Naji Otri yang merupakan Perdana Menteri negera itu sejak 2003 telah meletakkan jawatannya pada 29 Mac lalu dan Adel yang ketika itu Menteri Pertanian dinamakan penggantinya pada 3 April lalu. - AFP"

Kubur 800 mayat ditemui di barat Iraq

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

15/04/2011 4:21am

BAGHDAD 15 April - Sebuah kubur besar menempatkan lebih 800 mayat dipercayai penentang bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ditemui di barat negara ini, kata jurucakap Kementerian Hak Asasi Manusia semalam.

Kamil Ameen berkata, kubur itu yang ditemui di kawasan gurun di wilayah Anbar dipercayai mengandungi mayat wanita kanak-kanak dari puak Kurdis dan Syiah.

``Laporan awal menunjukkan mereka merupakan penentang politik,’’ katanya - Reuters"

11 PATI termasuk dua bayi ditahan


JOHOR BAHRU 14 April - Seramai 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua bayi berusia kurang seminggu, ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen di tiga lokasi berasingan di Taman Johor Jaya dan Taman Daya di sini, semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Mohammad Nasir Abas berkata, selain bayi lelaki dan perempuan itu, mereka yang ditahan terdiri daripada lima wanita dan empat lelaki berusia 20-an hingga 30 tahun.

Katanya, operasi pertama melibatkan tangkapan dua wanita warga Indonesia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) kira-kira pukul 1.30 petang.

"Kedua-dua wanita berkenaan dipercayai baru sahaja melahirkan bayi masing-masing dan gagal menjelaskan bayaran perubatan selain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah. Ekoran kegagalan tersebut, pihak hospital menghubungi kami untuk tindakan.

"Hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita ini merupakan pekerja restoran di bandar raya ini dan selepas melahirkan anak, suami atau teman lelaki masing-masing melarikan diri dan tidak ingin bertanggungjawab," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan kedua, tiga lelaki warga Indonesia yang bekerja di sebuah premis cuci kereta di Jalan Sagu 15, Taman Daya di sini ditahan kira-kira pukul 4.15 petang.

Menurutnya, penahanan itu turut melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an iaitu pemilik premis itu kerana dipercayai mengambil pekerja asing secara haram.

Tegasnya, lelaki itu akan disiasat di bawah Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1953/63 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Menurut Mohammad Nasir, serbuan ketiga pula menyaksikan empat wanita warga Thailand dan seorang warga China ditahan di sebuah rumah urut di Jalan Rosmerah, Taman Johor Jaya, di sini kira-kira pukul 5.30 petang.

Tambahnya, pusat urut berkenaan dipercayai turut menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran tambahan sebanyak RM100 selain urutan biasa yang berharga RM58.

"Ketika ditahan, keempat-empat wanita warga asing ini sedang melayan pelanggan. Kesemua mereka kini ditempatkan di Depot Pekan Nenas untuk siasatan lanjut kerana memasuki negara ini tanpa permit," katanya lagi.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

5 kaki judi ditahan JHEAINS

Utusan Malaysia Online - Selatan: "

JELEBU 14 April - Peringatan telah dikeluarkan, nasihat juga sudah berkali-kali diberikan, namun masih ada lagi segelintir umat Islam ingkar dengan peraturan pengharaman pembelian nombor ekor.

Bagi lima lelaki yang sedang membeli nombor ekor di sebuah premis di Kuala Klawang, kedegilan mereka mengundang padah apabila ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) semalam.

Ketua Operasi JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, ketika serbuan itu, berlaku pergelutan kecil apabila beberapa kaki judi enggan menyerah dan cuba meloloskan diri.

'Namun dengan kecekapan anggota kita, semua kaki judi berusia 20-an hingga 50-an berjaya ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati semua lelaki Islam itu masuk ke premis judi untuk membeli nombor ekor,' katanya ketika dihubungi di sini, semalam"

Cubaan seludup barang tumpas



Ibrahim Mohamed (depan) memerhatikan penguat kuasa Maritim Malaysia memunggah barangan kawalan yang dirampas di Kuala Linggi, Alor Gajah, semalam.


ALOR GAJAH 14 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar barangan kawalan selepas menahan sebuah bot tukar barang di laut Kuala Kesang di sini, semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Daerah 5 (Kuala Linggi), Kapten Maritim Ibrahim Mohamed berkata, bot dari negara jiran itu ditahan pada pukul 1 petang semalam ketika sebuah bot laju Maritim Malaysia dinaiki sepasukan empat anggota menjalankan rondaan biasa kira-kira satu batu nautika dari Kuala Kesang.

"Hasil pemeriksaan ke dalam bot itu, kita merampas 31 tong gas masak seberat 14 kilogram setiap satu termasuk 98 bungkus gula pasir seberat 98 kilogram yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM3,500.

"Kesemua barang ini disorokkan di bawah timbunan tong plastik untuk mengaburi mata pihak berkuasa," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Kuala Linggi, di sini, hari ini.

Tambahnya, turut ditahan tiga awak-awak lelaki warga Indonesia berumur antara 25 tahun hingga 62 tahun selain merampas bot tersebut yang dianggarkan bernilai RM44,500.

Menurut Ibrahim, ketika ditahan, bot tukar barang itu dipercayai baru keluar dari Jeti Tukar Barang, Sungai Rambai, Jasin dan dalam perjalanan menuju Bengkalis, Indonesia.

"Kita percaya, ini bukanlah kali pertama menggunakan modus operandi menyorokkan barangan seludup di bawah timbunan barang-barang lain bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan menyukarkan pemeriksaan.

"Kami akan terus melakukan pemantauan rapi terhadap semua bot-bot bagi memastikan aktiviti penyeludupan ini dapat dibanteras," tegasnya.

Tambah beliau, kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum denda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Utusan Malaysia Online - Selatan

Mayat pelajar lemas di Lata Belantan ditemui

BESUT 14 April — Mayat pelajar yang lemas ketika berkelah di kawasan Air Terjun Lata Belatan, Jabi dekat sini Jumaat lalu, berjaya dikeluarkan lewat petang semalam selepas enam hari tersangkut di sebatang kayu dalam lubang sedalam empat meter di kawasan air terjun itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut yang juga Ketua Operasi Menyelamat, Deouti Supritenden Noor Zainy Mohd. Noor berkata, mayat Muhammad Safawi Mat Hussin, 14, pelajar tingkatan dua, SMK Megabang Telipot, Kuala Terengganu itu berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.45 petang semalam.

“Kita berjaya mengeluarkan mayat mangsa menerusi satu lubang bawah kawasan air terjun itu dengan menggunakan tali dan tangga,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, operasi mengeluarkan mayat mangsa mengambil masa yang agak lama berikutan mayatnya tersangkut pada sebatang kayu di celah batu dalam satu lubang laluan air yang sempit dan dipenuhi air. — BERNAMA
Utusan Malaysia Online - Jenayah: "

Mayat pelajar lemas di Lata Belantan ditemui

Utusan Malaysia Online - Jenayah: "

BESUT 14 April — Mayat pelajar yang lemas ketika berkelah di kawasan Air Terjun Lata Belatan, Jabi dekat sini Jumaat lalu, berjaya dikeluarkan lewat petang semalam selepas enam hari tersangkut di sebatang kayu dalam lubang sedalam empat meter di kawasan air terjun itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut yang juga Ketua Operasi Menyelamat, Deouti Supritenden Noor Zainy Mohd. Noor berkata, mayat Muhammad Safawi Mat Hussin, 14, pelajar tingkatan dua, SMK Megabang Telipot, Kuala Terengganu itu berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.45 petang semalam.

“Kita berjaya mengeluarkan mayat mangsa menerusi satu lubang bawah kawasan air terjun itu dengan menggunakan tali dan tangga,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, operasi mengeluarkan mayat mangsa mengambil masa yang agak lama berikutan mayatnya tersangkut pada sebatang kayu di celah batu dalam satu lubang laluan air yang sempit dan dipenuhi air. — BERNAMA"

Tiga maut kereta bertembung lori tangki




Beginilah keadaan kenderaan dinaiki lima pelajaran KIST yang remuk selepas bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Besut, semalam.


BESUT 14 April - Tiga pelajar perempuan di kampus utama Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Bachok, Kelantan maut, manakala dua rakan mereka cedera parah apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki di Kampung Gerai dekat sini, pagi ini.
Mereka yang terbunuh ialah Nordiana Mohd. Nor, 22, berasal dari Johor; Zur Iras Zakaria, 19, dari Kampung Titian Atas Tol, Kuala Terengganu dan Nurul Shahidah Abdul Jabbar, 19 tahun dari Tanah Merah, Kelantan.
Dalam nahas kira-kira pukul 6 pagi itu, Nordiana (pemandu) dikatakan tersepit di kerusi pemandu, manakala Zur Iras tercampak keluar. Kedua-duanya mati di tempat kejadian.
Sementara Nurul Shahidah dari Tanah Merah pula meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Besut.
Dua mangsa yang cedera parah ialah Nur Adilah Mohd. Ghazali, 19, dari Tanah Merah, Kelantan dan Bazilah Abdullah, 19, dari Kampung Tiong Dalam, Kota Bharu, Kelantan. Mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.
Kesemua lima sahabat itu merupakan penuntut tahun dua jurusan kejururawatan di KIST Cawangan Bachok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Suprintendan Noor Zainy Mohd. Nor berkata, kejadian berlaku sewaktu kereta yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju Bachok.
Menurutnya, setiba di tempat kejadian, kereta berkenaan cuba memotong kenderaan lain di depannya tetapi gagal lalu bertembung dengan lori tangki minyak tersebut.
"Sejurus kenderaan itu bertembung, lori tanpa muatan terlibat yang dipandu oleh Khairi Ayob, 43, kemudian turut merempuh pokok dan sebuah wakaf di tepi jalan sebelum terhumban ke dalam parit di situ," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, pemandu lori itu yang ketika kejadian dalam perjalanan untuk mengisi minyak di Kerteh, Kemaman hanya cedera ringan dan dia dirawat di Hospital Besut.
Sementara itu, lima pelajar berkenaan yang tinggal di Asrama Muiz Dalam Rhu di Pasir Puteh, Kelantan itu dikatakan menaiki kereta milik rakan mereka untuk pergi bersiar-siar di bandar Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 malam tadi.
Rakan mangsa, Norasyikin Nasri, 19, berkata, pada mulanya, dia dan rakannya, Nur Amirah Shamsudin, 20, berbincang untuk bersama-sama Nordiana ke Kuala Terengganu, namun mengubah fikiran di saat akhir sebelum diganti oleh Nurul Shahidah dan Zur Iras.
"Pagi ini, saya terima panggilan telefon mengatakan mereka kemalangan dan pada awalnya saya anggap kemalangan biasa saja, namun sebaik tiba di hospital, rupa-rupanya tiga rakan saya sudah 'tiada'," katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Besut di sini.
Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Faisal Deros melalui talian telefon 0133293760.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Perangkap dipasang ibu bawa kepada penemuan 2 pelajar hilang



PUTRAJAYA 14 April - 'Perangkap' yang dipasang oleh ibu kepada Nur Atiqah Tajuddin, 16, yang dilaporkan hilang bersama Nuraizah Atiqah Nordin, 12, Jumaat lepas berjaya membuka jalan kepada penemuan kedua-dua pelajar itu di Taman Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan malam tadi.
Roslinda Karim, 46, ketika menceritakan perkara itu memberitahu, dia dengan dibantu seorang kenalan 'mengumpan' salah seorang daripada lelaki yang dipercayai melarikan anaknya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk 'membeli' kedua-dua gadis itu.
Menurutnya, nombor lelaki berkenaan diperoleh daripada telefon bimbit kepunyaan salah seorang mangsa.
"Kami berhubung menerusi SMS dan selepas beberapa kali berjanji akhirnya malam tadi dia bersetuju untuk menyerahkan kedua-dua gadis ini di sebuah tapak pesta dekat Nilai.
"Bagaimanapun, selepas memerhatikan dari jauh, kami dapati ada dua lelaki dalam kenderaan pacuan empat roda yang nombor pendaftarannya diberi sebelum ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, disebabkan takut untuk menemui lelaki di dalam kenderaan itu kerana dikhuatiri mereka membawa senjata, dia menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.
Jelasnya, mereka kemudiannya mengekori kenderaan itu sehingga sampai ke sebuah rumah pangsa sebelum beredar ke sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Desa Cempaka.
Ketika itu jelasnya, polis yang sudah dihubungi menyerbu rumah tersebut dan menemui anaknya bersama Nuraizah Atiqah serta empat lelaki sedang nyenyak tidur.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nur Atiqah dan Nuraizah Atiqah tidak pulang ke rumah selepas membantu gurunya menghias kelas pada Jumaat lepas di Sekolah Menengah Presint 9 (1) di sini.
Roslinda bersyukur kerana kedua-dua gadis itu ditemui semula selepas enam hari hilang.
"Saya berharap polis melakukan siasatan terperinci ke atas semua lelaki yang ditahan itu bagi mengelakkan perbuatan mereka melarikan gadis bawah umur berulang," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan penemuan kedua-dua pelajar itu serta penahanan empat lelaki tempatan berumur antara 20 hingga 35 tahun.
"Pelajar berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut. Polis sedang menyiasat hubungan kedua-dua pelajar itu dengan lelaki-lelaki berkenaan dan bagaimana mereka boleh berada di daerah ini," katanya.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Pesakit mental mengamuk 8 jam



SEORANG anggota bomba cuba memujuk suspek  di Flat PPR Semarak, semalam.
SEORANG anggota bomba cuba memujuk suspek di Flat PPR Semarak, semalam.

Polis terpaksa tembak guna pistol renjatan elektrik selepas gagal pujuk suspek 
KUALA LUMPUR: Selepas hampir lapan jam gagal memujuk seorang pesakit mental yang mengamuk di Blok E, Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini, polis terpaksa menggunakan pistol ‘Taser’ yang mengeluarkan renjatan elektrik untuk menahannya.
Insiden amuk itu bermula jam 7 malam kelmarin dan berakhir 2.30 pagi semalam. Kekecohan bermula selepas lelaki yang dikenali sebagai Atoi, 44, mengamuk dan menahan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun untuk dijadikan tebusan dengan mengacukan pisau ke lehernya di bawah pangsapuri itu.

Mangsa ketika itu baru pulang dari sekolah dan membeli ais krim di gerai di bawah blok berkenaan apabila suspek menerkamnya dari belakang dan menariknya ke tepi bangunan.

Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri selepas menolak lelaki itu.
Lelaki itu kemudian melarikan diri ke dalam rumahnya di Tingkat 1 Blok E dan mengunci diri serta membaling pinggan kaca ke arah orang ramai dan anggota polis yang cuba memujuknya.

Seorang jiran, Mahadzir Abd Hamid, 51, berkata suspek yang tinggal berdua bersama ayahnya yang berusia 80 tahun gagal dipujuk, termasuk oleh bapanya dan seorang abangnya yang tinggal di blok lain.
Jurucakap Jabatan Pertahanan Malaysia (JPAM) berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk melemahkan mangsa termasuk menyembur air dengan tekanan tinggi dari pili bomba, selain menggunakan serbuk dari alat pemadam api, namun tidak berjaya juga.

“Tindakan suspek menutup pintu bilik dengan meletakkan almari dan katil di belakangnya juga menyukarkan pihak berkuasa untuk memecah masuk.

“Kira-kira jam 2 pagi, anggota kita dan bomba berjaya menanggalkan pintu bilik itu dan menggunakan perisai sebagai pertahanan untuk merempuh masuk,” katanya.

Namun, suspek bertindak agresif dengan menyerang anggota bomba dan JPAM yang cuba menangkapnya menggunakan pisau.

Polis akhirnya terpaksa menggunakan psitol ‘Taser’ untuk melemahkan suspek dan menahannya sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang dihubungi mengesahkan anggotanya terpaksa menggunakan pistol ‘Taser’ sebagai jalan terakhir. 

Mangsa nahas tak lupa jasa Ong



 ONG hilang sebelah kaki  kini dirawat di Hospital Ampang.
ONG hilang sebelah kaki kini dirawat di Hospital Ampang.

Pemandu lori hilang kaki selamatkan suami isteri 
KUALA LUMPUR: "Tanpa pertolongannya mungkin saya dan isteri mengalami kecederaan parah atau sudah mati,” kata Zainal Mohammad Yusoff, 45, mengenai Ong Kim Koon, 52, yang menyelamatkan mereka daripada kereta yang remuk selepas terbabit kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini, awal pagi kelmarin.
Bagaimanapun, Zainal terharu kerana niat murni Ong membantu mereka walaupun tidak mengenalinya membawa padah kepada pemandu lori itu yang dilanggar sebuah van sehingga kaki kanannya hancur dan terpaksa dipotong.
Zainal berkata, ketika kejadian jam 1 pagi itu, beliau dan isterinya terperangkap dalam kereta PERODUA Viva selepas berlanggar dengan sebuah kereta lain berhampiran Tesco Ampang di MRR2.

“Ketika itu, Ong yang kebetulan melalui kawasan itu berhenti dan membantu mengeluarkan kami daripada kereta yang remuk. Selepas beliau berjaya mengeluarkan saya dan meletakkan saya di tepi jalan, beliau kembali untuk keluarkan isteri saya.

“Pada masa itu sebuah van Toyota Estima dipandu laju merempuh Ong dari arah belakang dan menggilis kaki kanannya, manakala pemandu van itu melarikan diri,” kata peniaga buah itu ketika ditemui di Hospital Ampang, semalam.

Berikutan kejadian itu, kaki kanan Ong terpaksa dipotong dan beliau masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang. Turut dirawat di hospital sama ialah Zainal kerana patah tulang rusuk, manakala isterinya, Rosamiah Hashim, 38, turut dimasukkan ke ICU dan masih koma.
Zainal berkata, beliau akan berusaha sedaya mungkin membantu Ong untuk membalas jasa dan pengorbanannya sehingga diri sendiri yang menderita dan mengalami kecacatan seumur hidup.

“Saya sangat berterima kasih dan bangga dengan keprihatinan Ong membantu kami walaupun berlainan bangsa. Saya terharu dan amat sedih dengan kejadian menimpanya dan berharap beliau segera sembuh,” katanya.

Zainal berkata, beliau berhasrat berjumpa Ong secepat mungkin bagi mengucapkan terima kasih sebaik dibenarkan doktor. 

Lima rakan nahas kereta bertembung lori tangki

Foto


Foto



KERETA Perodua Viva dinaiki lima pelajar Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), Bachok, Kelantan remuk selepas bertembung lori tangki di Kilometer 104 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Gerai, semalam. - Foto BERNAMA



Mangsa keluar bersiar-siar hilangkan trauma asrama diceroboh


JERTIH: Tindakan lima rakan karib bersiar-siar melepaskan trauma selepas bilik asrama mereka diceroboh bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka terbunuh selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 104 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Gerai, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kemalangan jam 6 pagi itu, kelima-lima pelajar jurusan kejururawatan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Cawangan Bachok, Kelantan, itu yang menaiki sebuah kereta dikatakan dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke kampus mereka selepas keluar bersiar-siar di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Mangsa yang terbunuh ialah Noor Diana Mohd Noor, 22, dari Kota Tinggi, Johor; Zur Irah Zakaria, 19, dari Kampung Titian Baru Atas Tol, Kuala Terengganu, dan Nurul Shahidah Abdul Jaabar, 19, dari Taman Selamat Tanah Merah, Kelantan.


Sementara dua pelajar yang cedera parah ialah Bazilah Abdullah, 19, dan Nur Adilah Mohd Ghazali, 19, masing-masing berasal dari Kota Bharu dan Tanah Merah, Kelantan, manakala pemandu lori, Khairi Ayub, 43, dari Kampung Alor Keladi, Jertih, di sini hanya cedera ringan.


Dua daripada tiga mangsa yang terbunuh, Noor Diana yang juga pemandu kereta Perodua Viva dan Zur Irah mati di tempat kejadian manakala Nurul Shahidah, mati di Hospital Besut.


Dua lagi rakan mereka yang cedera parah di kepala, Bazilah dan Nur Adilah dirawat di Hospital Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kota Bharu.
Rakan karib Noor Diana, Noor Ashikin Nasri, 19, berkata beliau juga diajak ke Kuala Terengganu, tetapi menolaknya kerana letih.


Katanya, semua rakannya bertolak jam 9 malam ke Kuala Terengganu malam kelmarin untuk makan angin dan menenangkan perasaan selepas terkejut dengan peristiwa asrama pelajar wanita diceroboh seorang lelaki pada waktu Subuh, Selasa lalu.


“Mereka trauma selepas melihat seorang lelaki bertopeng menceroboh masuk ke dalam asrama itu dengan memegang sebilah pisau menyebabkan mereka membuat keputusan untuk menenangkan fikiran di Kuala Terengganu,” katanya ditemui di Hospital Besut, semalam.


Katanya, mangsa dipercayai ke Kuala Terengganu dengan meminjam kereta seorang rakan lain dan tidak tidur ketika berada di bandar raya itu sebaliknya beredar pulang selepas beberapa jam bersiar-siar di situ.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Nor Zainy Mohd Noor, berkata Nurul Shahidah yang tercampak keluar dari kereta meninggal di Hospital Besut kira-kira jam 7 pagi manakala Noor Diana dan Zur Irah maut di tempat kejadian.

Remaja hidu pen marker ganti gam




hidayat.azmie@kosmo.com.my">
REMAJA kini melepaskan gian dengan menghidu pen marker.– Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Tidak cukup menghidu gam dan minyak petrol, kini ada sebilangan remaja di negara ini melepaskan gian menghidu bahan alkohol dan bahan kimia yang terdapat di dalam dakwat pen penanda atau marker.
Teknik terbaharu itu didedahkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ekoran beberapa operasi pihaknya sejak kebelakangan ini.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Zuraidah Mohamed berkata, harga pen berkenaan yang jauh lebih murah selain mudah diperoleh di pasaran juga dipercayai menjadi punca ia pilihan utama remaja sebelum berjinak-jinak dengan dadah sebenar.
“Caranya, mereka menghidu kepala pen ini sekuat mungkin bagi mendapatkan kesan khayal yang maksimum dan tidak kisah jika hidung diwarnai dakwat sekalipun kerana yang penting mereka khayal,” ujarnya selepas Majlis Anugerah Cemerlang AADK 2010 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop di sini semalam.
Seramai 492 anggota dan pegawai AADK menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000.
Menurut Zuraidah, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan terdapat peningkatan pengguna dadah di kalangan remaja terutamanya kes melibatkan bahan mengkhayalkan.

Warden didakwa bunuh murid


HANIF diiring keluar dari mahkamah selepas tidak membuat sebarang pengakuan atas dakwaan membunuh Saiful Syazani di Mahkamah Majistret Kangar semalam.

KANGAR – Cubaan seorang peguam bela yang memohon untuk menghalang media daripada membuat liputan mengenai perbicaraan seorang ustaz yang menghadapi tuduhan membunuh seorang murid tidak mendapat reaksi Mahkamah Majistret di sini semalam.
Mohd. Fikri Abd. Rahim dan Zulmi Sabri mencadangkan perkara itu di hadapan Majistret Nurshida Abdul Rahim ketika prosiding pendakwaan terhadap Hanif Mohd. Ali, 26, yang dituduh membunuh murid tahun satu Sekolah Agama Rakyat di Jejawi dekat sini, Saiful Syazani Saiful Sopfidee (gambar kecil).
Sebaliknya, Nurshida memutuskan tidak mengeluarkan sebarang arahan berhubung permohonan kedua-dua peguam yang mewakili Hanif itu. Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Hanif didakwa membunuh kanak-kanak tersebut di antara pukul 6 petang dan 12 malam di bilik warden asrama Putra di Sekolah Rendah Islam Al-Furan Jejawi dekat sini pada 31 Mac lalu. Bagaimanapun, dia tidak membuat sebarang pengakuan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan jika sabit kesalahan dia boleh dihukum gantung sampai mati. Pendakwaan kes dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwa Raya, Azman Abu Hassan.