Search This Blog

Tuesday, April 5, 2011

Lima lagi perusuh ditangkap di Lenggeng

SEREMBAN 5 April - Seramai lima lagi pendatang tanpa izin yang melarikan diri setelah membakar sebuah blok bangunan kediaman mereka di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng semalam berjaya ditahan oleh pihak berkuasa petang tadi.

Jurucakap depot itu memberitahu Bernama, kelima-lima lelaki itu ditahan di sekitar Lenggeng pada pukul 6.10 petang. - Bernama

1,510 kampit baja subsidi dirampas

KANGAR - Sebanyak 1,510 kampit baja subsidi bernilai RM25,670 dirampas di sebuah rumah di Jalan Sungai Baru, Simpang Empat dekat sini Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supritendan Mohd Nashir Ya berkata, seorang lelaki ditahan di rumah itu yang sedang mengangkut kampit-kampit baja ke dalam sebuah lori.

Ekoran tangkapan itu itu polis menahan seorang lagi lelaki.

Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek dipercayai telah melakukan kegiatan tersebut sudah empat tahun.

Terdapat enam kes seumpama itu dilaporkan berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, tambahnya.

Beliau berkata, baja yang dirampas itu dipercayai dicuri daripada premis awam di sekitar Arau dan Kangar untuk dikumpul di rumah itu sebelum dihantar luar daripada Perlis.

Sebuah treler dan sebuah lori yang dipercayai digunakan bagi mengangkut baja itu turut dirampas.

Baja tersebut dijual dengan harga RM17 sekampit. - Bernama

Kosmo! Online - Terkini

Polis sambung reman ustaz

KANGAR: Polis hari ini mendapat perintah untuk melanjutkan tempoh reman seorang ustaz yang dikaitkan dengan kematian pelajar Sekolah Rendah Islam Al Furqan, Jejawi dekat sini sehingga 11 April ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Mohd Nashir Ya, berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan Sabtu lalu bagi siasatan kes itu dan hari ini lelaki itu dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan lanjutan reman.

Lelaki yang juga penyelia asrama sekolah itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kelmarin, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar selepas dikatakan dipukul ustaz berkenaan ketika menyiasat satu kes kecurian di asrama sekolah itu Khamis lalu.

Bagaimanapun, pelajar itu pengsan dan koma lalu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar sebelum dirujuk ke HSB Alor Setar.

Kes yang membabitkan pelajar sekolah kelolaan parti PAS itu mendapat perhatian nasional dan parti itu turut dukacita dengan kejadian itu. - BERNAMA

Ibu tunggal bebas tuduhan miliki dadah

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Ampang, di sini hari ini, membebas dan melepaskan seorang ibu tunggal daripada pertuduhan memiliki dadah pada April tahun lepas.

Hakim Roszianayati Ahmad membebaskan Kasmah Yaacob atau Suppiah, 47, ibu kepada tiga orang anak, setelah mendapati pendakwaan gagal membuktikan ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya melangkaui keraguan yang munasabah.

Sebelum ini Kasmah dituduh bersama seorang konstabel, Asraf Rushdi Kamarudin, 29, dan seorang juruteknik, Chan Chee Leong, 38, dengan pertuduhan yang sama tetapi mahkamah membebaskan dan melepaskan mereka dan memerintahkan Kasmah membela diri. - Bernama

Kanak-kanak hilang dijumpai semula

KUANTAN - Adik Nur Hafiqah Zarissya Mohd Nawawi berusia setahun sembilan bulan yang dilaporkan hilang lewat petang semalam, ditemui semula dalam keadaan selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata, kanak-kanak itu diserahkan oleh sepasang suami isteri kepada kakak ipar mangsa di tempat kanak-kanak itu dilaporkan hilang iaitu di kedai telefon bimbit milik ibu kanak-kanak itu di Jalan Kuantan-Gambang di sini.

"Pasangan berkenaan yang berada di Temerloh telah melihat laporan berita di televisyen pada 1.30 petang tadi berhubung kehilangan kanak-kanak ini dan menelefon pihak keluarga sejurus kemudian untuk mengembalikannya semula,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan baik ketika diserahkan oleh pasangan berusia 30-an berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, polis akan membawa kanak-kanak itu ke hospital bagi pemeriksaan. - Bernama

Kosmo! Online - Terkini

32 maut pesawat PBB terhempas di Congo


ORANG ramai melihat bangkai pesawat Fokker 100 yang terhempas ketika cuba mendarat di Kinshasa, Congo, tengah malam tadi. Hanya seorang daripada 33 petugas PBB dan anak kapal pesawat berkenaan selamat dalam nahas itu. - Foto AP



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Seramai 32 orang terbunuh apabila sebuah pesawat PBB terhempas ketika cuba mendarat dalam keadaan ribut di ibu negara Republik Congo.

Seorang daripada mereka yang berada dalam pesawat itu terselamat dalam nahas paling buruk membabitkan pengangkutan PBB.

“Kami boleh mengesahkan hanya seorang yang terselamat daripada 33 yang berada dalam pesawat MONUSCO yang terhempas hari ini,' kata timbalan jurucakap PBB, Farhan Haq.
Saksi berkata, pesawat Fokker 100 itu yang dikendalikan misi PBB di Congo, MONUSCO, berkecai apabila ia terhempas ke tanah ketika juruterbangnya cuba mendarat dalam hujan lebat.

Ketua Pengaman PBB, Alain Le Roy, berkata “mungkin disebabkan angin kencang pesawat itu tersasar landasan'.

Pesawat itu membawa 29 penumpang, kebanyakan petugas dan pengaman PBB, serta empat anak kapal. - AFP

Jakarta digegar gempa bumi 5.4 magnitud

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter di Ujong Kulon, Banten, semalam menggegarkan kota Jakarta dan dua provinsi yang berjiran dengannya iaitu Banten dan Jawa Barat.

Katanya, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa yang berlaku pada 11.34 pagi itu berpusat di laut, di 83 kilometer sebelah tenggara Ujung Kulon, dengan kedalaman 23 kilometer namun ia tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Kebanyakan pekerja yang berpejabat di bangunan tinggi di sini menyatakan terasa gegaran selama beberapa ketika dan mengalami rasa pening.
Keadaan sama dirasakan beberapa penduduk dari Sukabumi dan Bogor di Jawa Barat serta Tangerang di Banten.

Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda akibat kejadian ini. - BERNAMA

Pemandu lori maut rempuh treler

IPOH – Pemandu lori Wong Kim Wooi, 46, terbunuh selepas kenderaannya merempuh sebuah treler di Km 256 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar malam tadi.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata Wong, dari Taman Perling, Johor Baharu, yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku pada 11 malam.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat, katanya ketika dihubugni hari ini.

Wan Abdullah berkata kejadian berlaku ketika Wong, dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Pulau Pinang, sedang menuruni bukit 4 km dari Terowong Menora.

Katanya pemandu treler itu tidak mengalami kecederaan dan telah membuat laporan polis. - Bernama

109 PATI lari selepas bakar depot

SEREMBAN — Seramai 109 pendatang tanpa izin (PATI) di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng melarikan diri selepas membakar blok tahanan yang mereka diami pada 9.45 malam tadi.

Menurut polis, 23 daripada mereka telah ditangkap semula setakat ini. - Bernama

Ibu tunggal bebas tuduhan miliki dadah

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Ampang, di sini hari ini, membebas dan melepaskan seorang ibu tunggal daripada pertuduhan memiliki dadah pada April tahun lepas.

Hakim Roszianayati Ahmad membebaskan Kasmah Yaacob atau Suppiah, 47, ibu kepada tiga orang anak, setelah mendapati pendakwaan gagal membuktikan ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya melangkaui keraguan yang munasabah.

Sebelum ini Kasmah dituduh bersama seorang konstabel, Asraf Rushdi Kamarudin, 29, dan seorang juruteknik, Chan Chee Leong, 38, dengan pertuduhan yang sama tetapi mahkamah membebaskan dan melepaskan mereka dan memerintahkan Kasmah membela diri. - Bernama

Ibu tunggal bebas tuduhan miliki dadah

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Ampang, di sini hari ini, membebas dan melepaskan seorang ibu tunggal daripada pertuduhan memiliki dadah pada April tahun lepas.

Hakim Roszianayati Ahmad membebaskan Kasmah Yaacob atau Suppiah, 47, ibu kepada tiga orang anak, setelah mendapati pendakwaan gagal membuktikan ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya melangkaui keraguan yang munasabah.

Sebelum ini Kasmah dituduh bersama seorang konstabel, Asraf Rushdi Kamarudin, 29, dan seorang juruteknik, Chan Chee Leong, 38, dengan pertuduhan yang sama tetapi mahkamah membebaskan dan melepaskan mereka dan memerintahkan Kasmah membela diri. - Bernama

Amukkan ganas ribut

SH


MUAR – Kira-kira 200 penduduk di empat kampung di Lenga terpaksa berhadapan dengan detik yang menakutkan hampir 10 minit apabila angin kencang tiba-tiba mengganas merosakkan kira-kira 40 rumah dalam kejadian ribut pada awal malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku pada 7.15 malam itu bermula dengan tiupan angin kuat sebelum hujan lebat selama satu jam dan merosakkan rumah sebahagian penduduk di Kampung Tulang Gajah, Kampung Baru, Felda Lenga dan Kampung Renchong.

Salah seorang penduduk yang menyaksikan kejadian tersebut mendakwa terlihat satu kepulan angin yang berpusing-pusing di udara sebelum merosakkan rumah penduduk, kebun dan enam kandang kambing di Padang Ragut Kampung Tulang Gajah.

Mereka mendakwa peristiwa tersebut mengejutkan sebahagian besar penduduk dan beranggapan ia antara bencana terburuk yang melanda kerana disertai hujan batu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakan rumah penduduk rosak seperti bumbung rumah tercabut dan dihempap pokok akibat angin kencang.

Penjenayah Indonesia samun dua buah rumah



AMPANG – Lima lelaki dipercayai warga Indonesia bersenjatakan parang memecah masuk dua buah rumah berjarak 500 meter di Kampung Tengah di sini Jumaat lalu sebelum melarikan barang berharga serta wang tunai dianggarkan bernilai kira-kira RM30,000.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian pertama kira-kira jam 3.30 pagi itu, suspek yang menggunakan penutup muka memecah masuk melalui pintu hadapan rumah sepasang suami isteri itu.

Menurutnya, suspek mengumpil pintu hadapan rumah itu sebelum memecahkan pintu bilik mangsa.

“Suspek kemudian mengacukan parang bagi menakut-nakutkan mangsa tetapi tidak mencederakan mereka sebaliknya mengikat kedua-duanya.

“Kelima-lima lelaki itu menggeledah rumah itu sebelum melarikan barang berharga, barang kemas serta wang tunai yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM30,000,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, suspek kemudian memecah masuk rumah kedua yang jaraknya kira-kira 500 meter daripada lokasi pertama kira-kira jam 5 pagi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan seorang pengawal keselamatan diikat bersama-sama enam lagi mangsa di dalam rumah itu.

Amiruddin berkata, pistol jenis Magnum tanpa peluru milik pengawal keselamatan yang disangkakan hilang dikebas penyamun itu bagaimanapun akhirnya ditemui semula di dalam rumah itu.

“Pada mulanya, pistol itu dikhuatiri dilarikan suspek tetapi akhirnya ia berjaya ditemui semula di dalam rumah itu juga,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Katanya, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek.
SH

Perompak jawab salam




AMPANG – Seorang daripada sekumpulan lima perompak menjawab salam sebelum mengikat suami isteri dalam rumah mereka di Kampung Tengah di sini, Jumaat lalu.

Beberapa orang lagi sempat makan telur dan nenas diambil dalam peti ais sebelum melarikan diri bersama barang-barang kemas dan wang tunai berjumlah RM30,000.

“Mungkin disebabkan saya memberi salam membuatkan mereka baik hati dan tidak mengasari kami,” kata Mohd Said Din, 65, yang rumahnya dipecah masuk lima lelaki dipercayai warga asing.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, Mohd Said sedang tidur manakala isterinya, Rozana Md Dugel, 56, belum tidur kerana anaknya baru sahaja keluar bekerja.

Mohd Said berkata, dia terkejut apabila pintu biliknya ditendang tiga kali sehingga pecah.

“Kami terkejut kerana sebaik sahaja pintu itu dipecahkan, mereka masuk dan mengacukan parang.

“Saya sempat memberi salam kepada mereka dan salah seorang daripada mereka membalas,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Pasangan suami isteri itu tidak dicederakan, tetapi diikat kedua-dua belah tangan menggunakan wayar seterika serta wayar pengecas bateri.

Menurutnya, empat daripada lima suspek bertopeng menutupi separuh wajah itu bersenjatakan dua bilah parang serta kuku kambing.

Mohd Said percaya kesemua suspek itu warga Indonesia berdasarkan loghat pertuturan mereka.

“Mereka ambil barang kemas, tiga jam tangan pelbagai jenama, tiga telefon bimbit serta wang tunai RM2,000. Jumlah kerugian dianggarkan RM30,000.

“Walaupun kehilangan jam tangan yang dihadiahkan isteri, tetapi saya bersyukur kami tidak dicederakan kerana keselamatan kami lebih berharga,” katanya.

Mohd Said berkata, isterinya masih trauma setiap kali teringat peristiwa itu.
SH

Menangis kena penjara




TELUK INTAN - Lapan wanita warga Indonesia yang dijatuhi hukuman penjara empat bulan menangis teresak-esak ketika hukuman dibacakan oleh Mahkamah Seksyen (Khas) di Depoh Tahanan Pati, di sini, semalam.

Mereka yang menerima hukuman dikenali Toyyimah, 21; Toyibah, 22; Sanimah, 26; Sumaliyeh, 29; Sumina, 30; Niwati, 18; Misati, 28, dan Maginah, 41, didapati bersalah di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen kerana tinggal dalam negara melebihi masa yang ditetapkan.

Dalam masa yang sama, 11 lelaki rakan senegara juga menerima nasib sama apabila Hakim, Ahmad Hidayat Md Noor menjatuhkan hukuman penjara empat bulan serta sebatan atas kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen iaitu tinggal dalam negara tanpa permit yang sah.

Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai buruh binaan berusia antara 18 hingga 50 tahun itu ditahan pihak Imigresen Cawangan Teluk Intan dalam satu operasi Ops Sapu di tapak pembinaan Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Hilir Perak di Jalan Durian Sebatang, di sini pada Mac lalu.

Kesemua 11 lelaki warga Indonesia itu dikenali sebagai, Beri, 36; Mas Sedi, 27; Ari, 28; Roni, 20; Lokhman, 25; Ilham, 23; Sujahit, 50; Siiafik, 25; Rofiki, 22; Karim, 45, dan Hali.

Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dibuat Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Negeri, Roshamsul Ahmad Tajri.

Kesemua tertuduh menganggukkan kepala tanda memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Malaysia di hadapan hakim.

Selepas berpuas hati dengan keterangan yang diberikan, Ahmad Hidayat menjatuhkan hukuman penjara empat bulan kepada semua tertuduh dan hukuman sebat sebanyak sekali bagi 11 lelaki warga asing berkenaan berkuat kuasa pada hari mereka ditahan.
SH

Polis Labuan tumpas sindiket pecah rumah



LABUAN - Polis Labuan yakin dapat menyelesaikan 16 kes pecah rumah selepas menumpaskan satu sindiket pecah rumah yang bergiat aktif di pulau itu sejak tahun lepas.
Ketua Polis Labuan, Supt Saiman Kasran berkata sindiket itu terbahagi kepada dua kumpulan iaitu 'Geng Aladdin' yang melakukan kegiatan pecah rumah dan satu lagi kumpulan yang melupuskan barangan curi.
Katanya sindiket itu terdiri daripada empat anggota termasuk seorang bekas banduan dan seorang wanita berusia antara 16 dan 43 tahun.
Katanya tiga anggota sindiket itu ditahan pada 17 dan 23 Mac lalu di Kimanis, Papar di tanah besar Sabah dan di sini manakala wanita itu masih bebas.
Dalam sidang media di sini hari ini, Saiman berkata polis telah menemui 28
barang bernilai lebih RM50,000 daripada suspek berkenaan.

Antara barangan tersebut adalah termasuk pelbagai jenama komputer peribadi, lapan telefon bimbit, lima kamera digital, sebuah perakam video digital dan tiga utas jam tangan.
Saiman berkata hasil siasatan awal mendapati modus operandi sindiket itu ialah memecah masuk kebanyakan rumah yang dimiliki oleh pekerja industri gas dan minyak yang pergi bekerja selama dua minggu di luar pesisir.
Katanya polis telah berjaya menyelesaikan 18 daripada 22 kes pecah rumah di pulau itu sejak Januari lalu.- Bernama
SH

Pelajar dituduh mencuri cedera dibelasah




KUANTAN - Seorang pelajar semester pertama sebuah institut kemahiran di Pekan cedera di bahagian hidung apabila diserang secara membabi-buta sekumpulan pelajar senior gara-gara dituduh mencuri telefon bimbit milik seorang daripada mereka, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 1.45 petang Jumaat lalu berlaku ketika mangsa berusia 19 tahun itu berada di dalam asrama sebelum didatangi kumpulan pelajar terbabit yang mensyakinya mencuri sebuah telefon bimbit.

Mangsa yang menafikan tuduhan itu dibelasah kumpulan pelajar terbabit termasuk dipukul dengan batang penyapu hingga cedera berdarah hidung.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Siasatan/Perundangan), Superintendan Mohd Haris Daud berkata, menyedari mangsa mengalami kecederaan, kumpulan itu segera beredar kerana bimbang perbuatan mereka dilihat pelajar lain.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan bagaimanapun dia hanya dirawat sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan pulang.

“Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan susulan daripada laporan tersebut, polis berjaya mengesan dan menahan sepuluh pelajar terbabit pada malam Ahad lalu bagi membantu siasatan.

“Kumpulan pelajar terbabit difahamkan tidak pulang ke asrama selepas kejadian dan dipercayai balik ke rumah masing-masing kerana cuti hujung minggu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Mohd Haris berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Kelantan itu dituduh mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang daripada pelajar yang membelasahnya.

Beliau berkata, kumpulan pelajar senior terbabit bertindak mengerumuni mangsa sebelum memukulnya kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang trauma dengan kejadian itu difahamkan pulang ke kampung halamannya.
SH

Kesal ditipu pusat penjagaan kulit terkenal



KUANTAN – Gara-gara mahu merawat wajah, seorang lelaki berusia 33 tahun sanggup membayar sebanyak RM15,000 kepada sebuah pusat penjagaan kulit antarabangsa di bandar ini.

Bagaimanapun, selepas 12 kali mendapatkan rawatan, Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob mendakwa wajahnya masih tidak berubah.

Katanya, pengurusan pusat kecantikan itu juga tidak memaklumkan harga sebenar setiap kali dia mendapatkan rawatan dan hanya diminta membuat pembayaran mengikut kemampuan pihak terbabit.

“Pada mulanya saya difahamkan pusat kecantikan itu menawarkan satu rawatan percuma namun konsultan kecantikan menawarkan rawatan lanjut yang menarik minat saya untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan.

“Mungkin kerana jenamanya terkenal di seluruh negara, saya yakin dengan produk dan rawatan yang ditawarkan tetapi perkara sebaliknya berlaku,” katanya ketika membuat tuntutan di Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia di sini, semalam.

Muhd Nur berkata, konsultan itu meminta bayaran rawatan sebanyak RM600 dan mereka menyediakan 12 kali perkhidmatan tanpa memaklumkan harga sebenar pakej yang ditawarkan.

“Saya terkejut dengan harga keseluruhan pakej yang bernilai RM12,300 tetapi semua rawatan itu tidak berbaloi kerana tiada perubahan pada wajah saya.

Dia juga mendakwa tidak pernah menerima resit pembayaran selepas membayar perkhidmatan sebaliknya disimpan pusat penjagaan kulit itu.

Muhd Nur menerima rawatan muka dan membeli produk minuman cologen serta penjagaan kulit tambahan berjumlah RM 2,705.70 bermula dari 2 November 2008 hingga 26 Februari 2009.

Bagaimanapun, tuntutannya di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM ), semalam diterima dan pusat penjagaan kulit itu diperintahkan membayar sebanyak RM2,000 dalam tempoh 14 hari.
SH

Musnah dipukul ribut




SEBERANG TEMERLOH – Lebih 250 penduduk Orang Asli suku kaum Semelai di sini, malam kelmarin cemas seketika apabila angin kuat menghentam perkampungan mereka mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 rumah rosak teruk dihempap pokok.

Kejadian turut menyebabkan ladang getah dan buah-buahan seluas lapan hektar di kampung tersebut musnah sama sekali mengakibatkan kerugian mencecah puluhan ribu ringgit.

Kejadian yang berlaku pada jam 8 itu bagaimanapun tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kecederaan dalam kalangan penduduk.

Tok Batin Kampung Orang Asli Paya Badak Nulis Wason berkata, kejadian tersebut berlaku sangat pantas ketika penduduk sedang berehat di rumah masing-masing.

Menurutnya, hujan renyai-renyai bermula kira-kira 15 minit sebelum itu kemudian secara tiba-tiba deruan angin kencang menghentam perkampungan mereka dalam tempoh kurang 10 saat.

“Kejadian berlaku sangat pantas, saya ketika itu berada dalam rumah bersama anak-anak dan tiba-tiba bunyi deruan angin yang sangat kuat.

“Pada masa sama, sebatang pokok menghempap kenderaan keluarga kami disusuli dengan beberapa pokok lagi yang tumbang.

“Ada penduduk melihat bumbung rumah berterbangan dipukul angin,” katanya semalam.

Nulis berkata, kejadian itu adalah yang pertama dialami di kampung itu sejak 50 tahun lalu dan dianggap paling dahsyat dan menakutkan.

Seorang penduduk Ahmad Wason, 50, berkata, pagi tadi (semalam) dia terkejut apabila melihat kemusnahan tanaman getah di kebunnya kesan daripada angin kencang, malam kelmarin.

Menurutnya, lebih 300 pokok getah patah dua dan kulitnya tersiat-siat membuktikan angin begitu kencang menghentam perkampungan tersebut.

“Bila saya masuk kebun pagi ini, keadaannya seperti baru lepas disodok jentera berat. Habis tanaman getah seluas 1.2 hektar dan saya bimbang tiada lagi mata pencarian selepas ini.

“Saya harap pihak berkuasa dapat datang dan menilai kerosakan rumah dan ladang penduduk. Ini kerana bukan saya seorang yang kena malah ramai lagi penduduk yang alami kerugian akibat kejadian ini,” katanya.

Seorang penduduk Zulkifli Uha, 40, berkata, kebun getah miliknya yang berusia lebih 15 tahun musnah sama sekali akibat kejadian tersebut.

Menurutnya, dia yang bergantung pendapatan dengan menoreh getah bimbang tidak mampu menyara keluarga dan mengharapkan bantuan daripada kerajaan diberikan segera.

Penduduk, Kamariah Wason, 60, yang tinggal seorang diri ketika kejadian menganggap ia satu kejadian paling menakutkan dialaminya.

Menurutnya, semasa kejadian dia berada di dalam rumah dan tiba-tiba bunyi angin kencang dan semasa melihat keluar tingkap sebatang pokok menghempap bahagian dapur rumahnya.

“Saya sangat terkejut apabila sebatang pokok tiba-tiba menghempap dapur rumah saya ketika saya meninjau keadaan di luar rumah.

“Paling ditakuti bunyi angin sangat kuat disusuli dengan guruh. Akibat kejadian beberapa bahagian bumbung rumahnya bocor dan peralatan seperti pinggan mangkuk di dapur musnah sama sekali,” katanya.
SH

Pelajar dakwa dirogol jiran




KAMPUNG RAJA - Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mengadu dirogol oleh jiran sekampung di rumah neneknya di Kampung Lak Lok dekat Jertih antara Mac lalu hingga awal April ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Nor Zainy Mohd Noor berkata, mangsa yang berumur 14 tahun itu mendakwa dia dirogol sebanyak dua kali oleh suspek berumur 18 tahun yang turut dikenali mangsa.

Nor Zainy berkata, bapa mangsa juga mendakwa, anaknya didakwa dirogol sebanyak dua kali.

Katanya, kedua-dua kejadian itu berlaku di rumah nenek mangsa ketika nenek mangsa pergi menunaikan solat di surau berdekatan.

“Suspek dikatakan mengambil peluang ketika tiada orang di rumah itu dan pergi ke rumah nenek mangsa untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Kejadian pertama didakwa berlaku Mac lalu manakala kali kedua pada Jumaat lepas apabila mangsa dipaksa melakukan hubungan seks kali kedua oleh suspek,” katanya.

Nor Zainy berkata, bapa mangsa yang mengetahui kejadian itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Jertih, malam kelmarin.

Suspek seorang pe-nganggur sudah dikenal pasti dan usaha menjejaki suspek giat dijalankan.

Menurutnya, siasatan dijalankan melalui Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesala-han

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut sebelum diambil keterangan lanjut berhubung kejadian terbabit,” katanya.
SH

Warga Thailand mati lemas




RANTAU PANJANG – Seorang warga Thailand dipercayai lemas dan ditemui oleh penduduk setempat di Kampung Gual Tok Deh, di sini.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 5.30 petang kelmarin oleh penduduk setempat sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisoner Haliludin Rahim berkata, anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang lelaki terdampar di Pengkalan Kertas berdekatan dengan Gual Tok Deh.

Mangsa, Mayakoh Da Oh, 43 dari Narathiwat ini dipercayai lemas dan pihaknya masih menyiasat punca kematian.

“Kita masih membuat siasatan dan menunggu laporan bedah siasat dan tidak meletakan sebarang kemungkinan dari awal.

“Mayat mangsa dibawa ke hospital Pasir Mas untuk bedah siasat dan keluarga mangsa sudah diberitahu bagi mengecam mayat,” katanya.
SH

Guru disamun depan rumah selepas pulang mengajar




TUMPAT - Igauan ngeri buat seorang guru perempuan apabila diacukan pisau oleh seorang lelaki tidak dikenalinya dalam kejadian samun di hadapan rumahnya sendiri menyebabkan kerugian RM1,200 di Kampung Jal Kechik, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya beg tangannya lesap disamun lelaki terbabit.

Guru terbabit yang baru pulang daripada mengajar di sebuah sekolah di Pasir Mas meletakkan keretanya berhampiran rumahnya dan kemudian meluru ke arah peti surat.

Ketika mangsa sedang berjalan ke arah pintu rumahnya, tiba-tiba terdengar orang memanggilnya, namun mangsa terus berlari untuk membuka pintu, tetapi gagal.

Lelaki terbabit mengacukan pisau ke arah dadanya sebelum melarikan beg tangan mengandungi sejumlah wang tunai, kad bank, telefon bimbit dianggar bernilai RM1,200.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi semalam berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Cabang Empat, kira-kira jam 7.30 malam.

Menurutnya, ketika kejadian itu mangsa mendakwa ternampak tiga lelaki berusia lingkungan 20-an menaiki motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha LC.

Seorang daripada suspek terbabit katanya, turun daripada sebuah motosikal dan berpura-pura memanggil mangsa.

“Mangsa yang ketika dalam ketakutan terus berlari ke arah pintu rumahnya, sebelum diacukan dengan pisau ke dadanya.

”Sejurus selepas itu, suspek merampas beg tangan mangsa dan melarikan diri bersama dua lagi rakannya ke arah Kampung Banggol Tani,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi di balai polis berdekatan atau di talian 09-7257222.
SH

Gadis hamil tujuh kali dirogol bapa tiri




KUALA LUMPUR – Setelah menggugurkan anak tujuh kali akibat dirogol bapa tirinya selama 14 tahun, seorang guru lepas universiti bertindak melarikan diri, mendapatkan perlindungan di pusat kebajikan dan mengadu kepada polis.

Wanita berusia 28 tahun yang mahu dikenali sebagai Nora berkata, episod malang itu bermula di sebuah kampung di Kedah sejak ibunya berkahwin dengan bapa tirinya lebih 15 tahun lalu.

Ketika usianya tujuh tahun, bapa tirinya yang ketika itu berusia kira-kira 40 tahun, kerap mencabul kehormatannya.

Dia mendakwa, bapa tirinya itu samseng kampung dan sering mengugut akan membunuhnya jika tidak mengikut kemahuannya atau cuba mengadu.

“Dia mula merogol saya ketika berusia 11 tahun dan perbuatan itu berterusan sehingga saya berumur 25 tahun.

“Dalam tempoh itu, saya pernah hamil tujuh kali sehingga usia kandungan mencecah dua hingga tiga bulan,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA di sini, semalam.

Nora, yang berasal dari Sik, Kedah berkata, bapa tirinya itu sangat licik dan akan membawa dia ke klinik untuk menggugurkan kandungannya.

Menurutnya, kehidupan dan pergaulannya sentiasa dikongkong bapa tirinya sejak zaman persekolahan sehingga dia memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kira-kira lapan tahun lalu.

“Dia tidak membenarkan saya berkawan dan akan menjemput saya setiap kali pulang dari sekolah atau universiti. Dalam tempoh itu, dia akan membawa saya ke rumahnya yang lain atau mana-mana tempat, termasuk hutan, untuk memuaskan nafsunya,” katanya.

Menurutnya, dia cuba mempertahankan diri setiap kali perkara itu berlaku, tetapi akan dipukul teruk.

Pernah kakinya lebam dan berdarah kerana dihentak ke dinding.

Menurutnya, dia sangat tertekan dan trauma kerana tidak berani meminta tolong atau melaporkan hal itu kepada polis.

Menurutnya, pada 23 November 2008, dia tekad melarikan diri dari Sungai Petani selepas dirogol bapa tirinya.

“Saya tidak tahan dengan perbuatannya itu dan cuba mendapatkan bantuan sebuah pusat kebajikan di Pulau Pinang, sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

“Kini, saya tinggal di tempat yang selamat, tetapi masih berhati-hati kerana saya yakin dia tidak akan melepaskan saya. Saya berharap polis dapat menahannya segera untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Ketua Jabatan Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh akan membawa perkara itu ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut.
SH

Pemandu lori maut rempuh treler di lebuh raya

SH: "

IPOH - Pemandu lori Wong Kim Wooi, 46, terbunuh selepas kenderaannya merempuh sebuah treler di Km 256 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar malam tadi.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata Wong, dari Taman Perling, Johor Baharu, yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku pada 11 malam.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat, katanya ketika dihubugni hari ini.

Wan Abdullah berkata kejadian berlaku ketika Wong, dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Pulau Pinang, sedang menuruni bukit 4 km dari Terowong Menora.

Katanya pemandu treler itu tidak mengalami kecederaan dan telah membuat laporan polis."

Bekas Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor dituduh rasuah



SHAH ALAM - Bekas Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor Saifulruddin Sulaiman hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan bersetuju terima suapan.

Saifulruddin, 32, didakwa bersetuju menerima suapan berjumlah RM45,000 berhubung Majlis Sambutan 40 Tahun yayasan itu tahun lepas. Pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Dia didakwa secara rasuah menyetuju terima suapan wang tunai RM20,000 daripada Husni Hirzi Abd Rahim, pengurus Syarikat Drift Z Enterprise sebagai upah kerana membantu syarikat itu dipilih dan dilantik sebagai Pengurus Acara untuk Majlis Sambutan 40 Tahun Yayasan Selangor.

Saifulruddin didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di alamat No: 3, Jalan Platinum 7/43C, Seksyen 7 di sini, kira-kira pukul 8 malam 5 Okt tahun lepas.

Tertuduh juga didakwa secara rasuah menyetuju terima suapan wang tunai RM20,000 daripada Husni Hirzi sebagai upah kerana tidak menahan pembayaran kepada syarikat Drift Z Enterprise bagi majlis sambutan 40 tahun yayasan itu di tempat yang sama, kira-kira pukul 9 malam, 25 Okt tahun lepas.
Saifulruddin turut menghadapi satu lagi tuduhan menyetuju terima suapan wang tunai RM5,000 daripada Husni Hirzi supaya melepaskan bayaran tambahan program sebanyak RM93,982.40 kepada syarikat beliau.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Restoran The Skewers, Subang Avenue dekat sini, kira-kira pukul 9 malam pada 11 Nov tahun lepas.

Bagi ketiga-tiga tuduhan, Saifulruddin didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Kevin Morais mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhanan.

Peguam Sawmee Ullah Nawzumeah yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM7,000 atas alasan tertuduh yang mempunyai tiga orang anak termasuk sepasang kembar berusia tiga tahun, tidak bekerja sejak disiasat SPRM.
Mat Ghani kemudian membenarkan Saifulruddin dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 18 Julai ini.

Mahkamah juga menetapkan 9 Mei untuk pengurusan kes.

Yayasan Selangor sebelum ini disiasat selepas dikatakan membelanjakan RM300,000 untuk majlis makan malam ulang tahun ke-40nya.- Bernama
SH

Pesawat PBB terhempas, 20 maut

05/04/2011 3:40am

KINSHASA, 5 April – Sebuah pesawat milik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhempas ketika cuba melakukan pendaratan di lapangan terbang di ibu negara Congo, Kinshasa hari ini dan menyebabkan sekurang-kurangnya 20 terbunuh, kata pihak berkuasa.

Menurut pegawai Kementerian kesihatan Congo, Joseph Kiboko berkata, pesawat tersebut dipercayai hilang kawalan akibat angin kencang ketika melakukan pendaratan.

Kiboko memberitahu Reuters sekurang-kurangnya 20 hingga 29 penumpang termasuk tiga anak kapal terkorban dalam nahas itu. – Reuters

Pengawal keselamatan dihukum gantung



SHAH ALAM 4 April - Seorang pengawal keselamatan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 9,482 gram kanabis, tiga tahun lalu.
Ahmad Shafila Mohamad Arshad, 40, kelihatan tenang namun ahli keluarganya dilihat menangis teresak-esak di galeri awam ketika mendengar keputusan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.
Menurut beliau, mahkamah sukar mempercayai keterangan tertuduh yang mendakwa, dia hanya menemani dua rakan ke stesen minyak Shell dan tidak tahu menahu tentang transaksi dadah yang dibuat di situ.
Beliau berkata, mahkamah menerima keterangan beberapa saksi pendakwaan yang melihat tertuduh berjalan keluar dari stesen minyak menuju ke kereta, membuka pintu kereta, memegang dadah dan seterusnya mengira jumlah dadah itu.
''Meskipun dua lagi suspek berjaya melarikan diri namun tidak bermakna tertuduh tiada peranan.
''Malah peranan tertuduh adalah penting memandangkan dia yang menyerahkan dadah kepada pembeli selepas wang diserahkan,'' katanya.
Tertuduh yang diwakili peguam Datuk Haniff Hashim itu didakwa melakukan perbuatan itu bersama dua yang masih bebas di kawasan stesen minyak Shell, Lot 5729 Batu 6 1/2, Ulu Gombak pada pukul 10.05 malam, 26 Februari 2008.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) yang membawa hukuman mati mandatori.
Timbalan Pendakwa Raya, Yong Leou Shin mengemukakan 14 saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan dan tertuduh membela diri tanpa mengemukakan saksi lain.
Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Kes cetak rompak meningkat 300%



KUANTAN 4 April - Jumlah kes yang membabitkan rampasan video cakera padat (VCD) dan video cakera digital (DVD) cetak rompak di Pahang meningkat sebanyak 300 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz berkata, berdasarkan maklumat orang ramai, 33 kes diberkas membabitkan kesalahan menjual barangan VCD dan DVD cetak rompak berbanding 13 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Katanya, daripada 33 kes melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan itu, sebanyak 9,671 unit pelbagai VCD dan DVD cetak rompak berjaya dirampas melibatkan nilai rampasan dianggarkan RM48,355.
"Kebanyakan premis-premis tetap yang diperiksa itu mempunyai lesen yang sah bagi penjualan VCD dan DVD tetapi produk cetak rompak itu disimpan di tempat lain sebelum dikeluarkan mengikut permintaan pelanggan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
PPDNKK Pahang katanya, turut berjaya mengesan dua kes yang membabitkan kesalahan bawah Akta Hakcipta 1987 membabitkan rampasan 3,135 keping VCD dan DVD bernilai RM15,675 bagi tempoh yang sama.
Katanya, jumlah rampasan itu juga menunjukkan peningkatan berbanding 69 keping dengan nilai anggaran RM690 daripada dua kes yang dikesan Januari hingga Mac tahun lepas.
Menurutnya kesemua kes berkenaan telah dan akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut. - BERNAMA
Utusan Malaysia Online - Pahang

Rangka pesawat Air France ditemui



Gambar fail merakamkan anggota Tentera Laut Brazil mengutip rangka pesawat Air France AF447 yang ditemui di Lautan Atlantik kira-kira 1,200 kilometer ke timur laut Recife pada 8 Jun 2009. - REUTERS


PARIS 4 April - Penyiasat Perancis menemui sebahagian rangka kapal terbang Air France yang terhempas di Lautan Atlantik ketika pesawat itu dalam penerbangan dari Rio de Janeiro ke Perancis pada Jun 2009 dan berharap dapat menemui kotak hitam kapal terbang tersebut.

Kapal terbang itu mendarat dengan kasar di pertengahan jalan antara Brazil dan Senegal pada 1 Jun 2009, mengorbankan kesemua 228 orang yang berada di dalamnya, kemalangan yang meragut nyawa paling ramai dalam sejarah Air France.

Menurut Pengarah Biro Penyiasatan dan Analisis Perancis (BEA), Jean-Paul Troadec, ketika operasi mencari di dalam laut dijalankan dalam tempoh 24 jam lalu, pasukan Alucia menemui bahagian-bahagian kapal terbang tersebut.

"Elemen ini dikenal pasti oleh penyiasat BEA sebagai serpihan bangkai kapal terbang A330-203, penerbangan AF 447," ujarnya.

Ujar Troadec, bahagian rangka kapal terbang yang ditemui terdiri daripada enjin dan bahagian-bahagian sayap.

BEA akan menyiarkan gambar rangka kapal terbang yang ditemui di Atlantik itu, esok.

"BEA akan mengadakan sidang akhbar tengah hari esok untuk menunjukkan gambar pertama bahagian kapal terbang itu," ujar jurucakap BEA.

Pencarian baru rangka kapal terbang itu bermula pada 25 Mac lalu dengan bantuan Alucia, sebuah kapal cari gali minyak Institut Oseanografi Woods Hole dan merupakan cubaan keempat dengan harapan mengetahui punca kemalangan itu.

Punca kemalangan masih belum ditentukan tetapi ada yang menyalahkan pengesan kelajuan yang tidak berfungsi. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

MILF, keluarga berpengaruh bertempur



COTABATO, Filipina 4 April – Beratus-ratus penduduk melarikan diri dari sebuah kawasan perkampungan di Filipina ketika angka kematian akibat pertempuran antara pejuang Islam dan sebuah keluarga berpengaruh meningkat kepada 11 orang.
Jurucakap tentera tempatan, Kolonel Prudencio Asto berkata, kira-kira 150 anggota bersenjata keluarga itu dan 130 gerila Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) berada di perkampungan Tenok hari ini, sehari selepas pertempuran itu.
‘‘Pertempuran semalam berlaku sebelum bermula rundingan damai antara kerajaan dan MILF yang dijangka diadakan pada hujung bulan ini dan tentera mengerahkan lebih 100 askar ke kawasan itu bagi mententeramkan keadaan,’’ katanya.
Beliau berkata, pegawai pemerintah pasukan itu diarah mewujudkan pasukan penampan bagi menghalang pertempuran.
‘‘Angka kematian akibat pertempuran itu meningkat kepada 11 orang dengan penemuan dua mayat pengikut keluarga Mangudadatu yang diisytiharkan hilang selepas pertempuran itu,’’ uarnya.
Anggota keluarga paling berpengaruh adalah Gabenor Wilayah Maguindanao dan tentera menyatakan beliau tidak terlibat dalam pertempuran itu.
‘‘Penduduk awam Tenok kini sudah dipindahkan,’’ kata Asto.
Asto berkata, dendam antara kedua-dua pihak merupakan punca pertempuran itu dan tidak membabitkan kempen untuk mencapai kemerdekaan oleh MILF.
MILF yang mengadakan gencatan senjata dengan Manila tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pertempuran itu. – AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

34,905 warga asing ditahan tahun lalu



KUALA LUMPUR 4 April - Seramai 34,905 warga asing ditahan sepanjang operasi penguatkuasaan tahun lalu kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1953/1963 dan Peraturan Imigresen 1963.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, dalam operasi oleh Jabatan Imigresen itu, 688 majikan turut ditahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 kerana mengambil pekerja asing secara tidak sah.
Berikutan itu menurutnya, kerajaan menerusi Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) akan melihat langkah-langkah dan sistem baru bagi menangani masalah kebanjiran warga asing tanpa izin di negara ini.
"Sepanjang 2010, sebanyak 6,017 operasi telah dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen dengan penahanan 34,905 warga asing. Kerajaan memahami kebimbangan orang ramai tentang kebanjiran warga dan pekerja asing di tanah air kita.
"Tetapi, ia mesti dilihat dengan dua konteks fenomena dunia iaitu pertamanya globalisasi yang mana kita perlu ambil kira landskap baru dalam migrasi dan mobiliti penduduk dunia tanpa sempadan.
"Keduanya, bagaimana kita dapat mengimbangi kebanjiran warga asing dengan keperluan pekerja asing untuk menjana serta memulihkan keperluan ekonomi negara.
"Maka, apa yang kerajaan lakukan sekarang dengan mewujudkan jawatankuasa Kabinet dan pendekatan baru, masalah ini akan dapat kita atasi secara berperingkat," katanya.
Hishammuddin berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Md. Sirat Abu (BN-Bukit Katil) yang ingin tahu pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan dan tangkapan bagi menangani pekerja asing tidak sah di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani)mengenai adakah pihak kementerian bersetuju memberikan pekerja asing jangka masa tertentu bekerja di negara ini, jelasnya, ia boleh dilaksanakan menerusi proses pemutihan dan sistem-sistem baru yang akan dikuatkuasakan Jun ini.
Sistem-sistem itu, katanya, membabitkan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs), Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) yang bertujuan memantau kemasukan setiap warga asing dan sistem saringan menerusi Advanced Passenger Screening System (APSS).
Terdahulu, menjawab soalan asal Md. Sirat tentang bilangan pendatang asing mengikut sektor pekerjaan yang dibenarkan dan bilangan mereka yang dibenar menjalankan perniagaan serta memiliki harta di negara ini, Hishammuddin berkata, mengikut statistik Jabatan Imigresen sehingga 31 Disember lalu, terdapat seramai 1,817,871 warga asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif.
"Kerajaan pada masa ini menetapkan warga asing yang memegang PLKS hanya dibenarkan bekerja dalam enam sektor iaitu pembantu rumah yang kini berjumlah 247,069 orang; pembinaan (235,010 orang); pembuatan (672,823 orang); perladangan (266,196 orang); pertanian (231,515 orang) dan perkhidmatan (165,258 orang)," jelasnya.
Utusan Malaysia Online - Parlimen

Padah buat pusingan U



KUALA LUMPUR 4 April - Seorang lelaki warga Myanmar bukan sahaja disyaki menunggang motosikal curi malah turut melakukan pusingan U sehingga terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa rakan wanitanya di Jalan Segambut di sini petang semalam.
Dalam kejadian pukul 3.30 petang, wanita yang belum dikenal pasti identiti itu maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangi lelaki terbabit dirempuh sebuah teksi dari belakang.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, lelaki berkenaan yang berusia 21 tahun dipercayai tidak memiliki lesen memandu melakukan pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan.
Menurutnya, semasa melakukan pusingan, sebuah teksi dari arah bertentangan merempuh motosikal tersebut.
"Akibat rempuhan kuat, wanita yang membonceng motosikal berkenaan tercampak di tengah jalan serta mengalami kecederaan parah di kepala sebelum meninggal dunia.
"Lelaki Myanmar itu bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambahnya, polis sedang mengesan pemilik motosikal jenis Honda EX5 bernombor pendaftaran WUK 4258 yang ditunggang warga Myanmar itu.
"Kita percaya motosikal yang didaftar atas nama seorang lelaki warga tempatan itu telah dicuri," ujarnya sambil meminta pemilik motosikal berkenaan supaya menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Bakhtiar Othman di talian 03-20719999 untuk membantu siasatan.
Utusan Malaysia Online - Kota

12 murid SK Mawai dicabul dua warga asing



KOTA TINGGI 4 April - Seramai 12 murid perempuan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mawai di Kampung Mawai Baru di sini dikatakan menjadi mangsa cabul dua warga asing yang mengendalikan sebuah kedai runcit bertentangan dengan sekolah itu.

Isteri rebah suami dihukum gantung

SHAH ALAM: Seorang wanita terjelepok di sisi suaminya yang dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah mengedar lebih sembilan kilogram (kg) ganja di sebuah stesen minyak di Ulu Gombak, dekat Gombak, tiga tahun lalu.
Dia yang kelihatan lemah longlai kemudian membawa tiga anaknya mendekati suaminya, sebelum mereka menangis sambil berpelukan hampir 10 minit.

Terdahulu, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu terhadap pengawal keselamatan, Ahmad Shafila Mohamad Arshad, 40, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Akhtar pada penghakimannya berkata, mahkamah menolak keterangan tertuduh ketifka membela diri bahawa dia tidak mengetahui urus niaga dadah antara suspek pertama dan kedua di dalam stesen minyak.

Katanya, sukar untuk mempercayai tertuduh tidak tahu mengenai perkara itu sedangkan urus niaga berlangsung kira-kira 20 minit.

Sebaliknya, beliau menerima keterangan saksi pendakwaan bahawa tertuduh berperanan penting dalam pengedaran dadah itu. Malah, katanya, keterangan saksi juga menunjukkan tertuduh membuka pintu kereta dan menunjukkan serta mengira jumlah dadah berkenaan.


“Sehingga ditangkap, ketiga-tiga lelaki (termasuk tertuduh) ada niat bersama untuk menjual ganja itu. “Walaupun dua suspek berjaya melarikan diri tidak bermakna, tertuduh tidak mainkan apa-apa peranan dalam kes ini,” katanya. Ahmad Shafila didakwa bersama dua yang masih bebas mengedar 9.482kg ganja di Stesen Shell, Lot 5729, Batu 6 1/2, Ulu Gombak, Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2), kira-kira jam 10.05 malam, 26 Februari 2008. Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang membawa hukuman mati mandatori.
myMetro | Isteri rebah suami dihukum gantung

Duit hantaran jadi abu

s="Apple-style-span" style="font-family: Arial, Verdana, Helvetica, sans-serif; font-size: 12px;">KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang wanita untuk melangsungkan perkahwinan dalam tempoh 18 hari lagi, berdepan masalah apabila rumah keluarga yang diduduki hangus dalam kebakaran, pagi semalam.
Bakal pengantin, Noor Akma Edayu Othman, 26, dari Kampung Mengabang Tengah di sini berkata, kejadian pada jam 8.45 pagi itu memusnahkan semua barangan persiapan perkahwinannya dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan.

“Saya menyedari kebakaran itu ketika bersiap-siap untuk ke tempat kerja apabila mendengar jeritan ahli keluarga sebelum bergegas menyelamatkan bapa, Othman Said, 58, yang lumpuh separuh badan dan sedang tidur di hadapan pintu rumah,” katanya.

Menurutnya, dia dibantu adiknya, Mohd Saiful Anuar, 22, sempat memapah bapanya sejauh 20 meter sebelum berlari masuk semula ke dalam rumah bagi mengeluarkan tong gas untuk mengelak berlaku letupan.

Katanya, memikirkan hantaran perkahwinan berada di tingkat atas rumah, dia nekad menaiki tangga untuk menyelamatkan barangan berkenaan, bagaimanapun membatalkan niatnya apabila berdepan asap tebal.


Akma berkata, berikutan kejadian itu semua barangan persiapan untuk perkahwinannya pada 22 April ini termasuk hantaran yang sudah siap digubah bernilai RM8,000, hangus terbakar.

“Saya sekeluarga akan berbincang dengan pihak lelaki mengenai perkahwinan yang dijadualkan 22 April itu berikutan kad jemputan sebahagiannya sudah diedar kepada tetamu,” katanya. Ibunya, Che Azimat Che Ali, 57, berkata, ketika kejadian dia memasak di dapur sebelum menyedari berlaku kebakaran apabila terdengar letupan kecil dan melihat asap berkepul-kepul memenuhi ruang atas rumah.

Menurutnya, dia turut mencuba naik ke bahagian atas rumah untuk menyelamatkan barangan persiapan perkahwinan anaknya, namun tidak berjaya kerana asap hitam mula memenuhi ruang dalam rumah dan api merebak pantas.

“Selepas usaha itu gagal, saya menyelamatkan tiga cucu sebelum mengarahkan ahli keluarga lain keluar menyelamatkan diri,” katanya.

Katanya, akibat kejadian itu, dia kerugian RM200,000 berikutan rumah yang mempunyai tujuh bilik tidur lengkap dengan perabot dan dua ruang tamu berkenaan musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.


Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah, Mohd Zubir Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.53 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.


Menurutnya, tiga jentera bersama 18 pegawai dan anggota dapat mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 9.47 pagi.


Katanya, punca kebakaran dan kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan.
myMetro | Duit hantaran jadi abu

Gadis diperkosa bapa tiri mahu pembelaan sewajarnya


CERITA...ZT menceritakan kejadian menimpanya kepada Muhd Khairun dan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.
CERITA...ZT menceritakan kejadian menimpanya kepada Muhd Khairun dan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.


KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang menjadi pemuas nafsu serakah bapa tirinya selama 14 tahun kesal kerana walaupun laporan polis mengenai kejadian itu sudah dibuat selepas dia nekad melarikan diri dari rumahnya di Kampung Pulau Tiga, Sungai Petani, Kedah pada 2008, namun tiada tindakan diambil.
Malah, bapa tirinya itu hingga kini masih bebas.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Cik ZT, 28, berkata perbuatan lelaki terbabit langsung tidak berhati perut kerana menjadikannya hamba seks sejak bertahun-tahun lamanya hingga hidupnya sentiasa ketakutan.

Bercakap dalam sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam, dia berkata, kali terakhir dia diperkosa bapa tirinya yang berusia 58 tahun itu ialah pada 23 November 2008, kira-kira jam 6.30 petang selepas lelaki terbabit membawanya ke Kampung Pulau Tiga, Sungai Petani.

Bertekad untuk mengakhiri penderitaan itu, dia meloloskan diri pada keesokan harinya.


ZT yang kini menetap di sebuah rumah perlindungan yang dirahsiakan membuat laporan polis pada 2 Disember 2008 di Pulau Pinang dan kes terbabit dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani, berdasarkan tempat kejadian itu berlaku.

Namun, sehingga kini lelaki terbabit masih bebas dan berada di Sungai Petani menyebabkan dia mengemukakan semula kes berkenaan kerana inginkan pembelaan terhadap penderitaannya itu.

Beliau yang ditemani Pengerusi Biro Aduan dan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh, menceritakan peristiwa hitam itu bermula ketika dia berusia lapan tahun apabila bapa tirinya itu mencabulnya.

“Pada usia 11 tahun, saya kehilangan dara apabila dirogol bapa tiri dan sejak itu, sering diperkosa tanpa mengira masa dan tempat. “Saya juga dilarang keluar rumah dan berkawan selain diugut tidak menceritakan perbuatannya itu kepada sesiapa pun.

“Saya tidak berani melaporkan perbuatannya itu kepada mak kerana sangat takut lelaki itu akan mencederakan saya,” katanya.


Sementara itu, Muhd Khairun berkata pihaknya semalam membawa perkara itu kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi siasatan lanjut.
myMetro | Gadis diperkosa bapa tiri mahu pembelaan sewajarnya

Dapat e-mel bodoh


KESAL...Azam menunjukkan laporan polis yang dibuatnya dan kertas kuning yang diterima daripada sindiket terbabit.
KESAL...Azam menunjukkan laporan polis yang dibuatnya dan kertas kuning yang diterima daripada sindiket terbabit.


KUALA LUMPUR: Seorang pesara tentera yang kemaruk mahu menjalankan perniagaan dengan cara mudah dan cepat kerugian RM300,000 selain terpaksa menanggung beban hutang selepas ditipu seorang wanita tempatan yang mendakwa pembekal batu permata.
Mangsa yang dikenali sebagai Azam, 42, berkata, ketika kejadian dia baru beberapa bulan bersara dan tidak menyangka wang pampasan tamat perkhidmatan yang sepatutnya digunakan untuk membeli rumah dan simpanan perbelanjaan persekolahan anaknya ‘hangus’ sekelip mata, manakala pinjaman bank atas nama isterinya berjumlah RM100,000 terpaksa dibayar ansuran selama 15 tahun.

Katanya, dia menghubungi telefon bimbit semua anggota sindiket terbabit beberapa kali selepas menyedari tertipu, tetapi tidak berjawab. Bagaimanapun, tiga minggu lalu dia menerima kiriman e-mel daripada seorang anggota sindiket itu yang menulis: ‘Awak bodoh sebab itu awak terkena.’ Azam berkata, kejadian bermula selepas dia menerima e-mel pada 24 November tahun lalu daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Farah, kononnya bekerja dengan sebuah syarikat asing beroperasi di United Kingdom.

Menurutnya, wanita terbabit memberitahu mahu mengembangkan empayar perniagaan syarikatnya dengan mencari ejen tempatan yang ingin melabur dan membeli batu permata. Katanya, pada mulanya dia enggan mempercayai tawaran itu kerana segala urusan dan pujuk rayu wanita terbabit hanya melalui e-mel dan mereka tidak pernah berjumpa. Namun, selepas berulang kali dipujuk wanita itu melalui kiriman SMS, dia terpengaruh.

“Farah beritahu jika saya menjadi ejen mereka, segala urusan jual beli akan diuruskan syarikatnya, malah pelanggan tetap yang mahu membeli barang itu juga sudah ada.


“Saya akan dibayar komisen 40 peratus manakala 60 peratus lagi milik syarikat terbabit. Harga belian sekilogram batu permata yang boleh dijadikan barang kemas, jam dan kemasan lantai itu kira-kira AS$2,250 (RM6,750) dan harga jualan mencecah AS$7,500 (RM22,500). Ini bermakna saya memperoleh keuntungan AS$5,250 (RM15,750),” katanya yang membuat laporan polis pada 21 Disember tahun lalu di Setapak.

Selepas bersetuju menjalankan perniagaan itu, Farah memberikannya nombor telefon dan nama pembekal yang akan berurusan dengan pelanggan baru di Malaysia iaitu dua wanita yang dikenali sebagai Alisyah dan Jastinez dari Kuching, Sarawak.

“Saya membuat tempahan 50 kilogram batu permata dengan membuat pembayaran melalui akaun bank sebanyak RM3,000 sebagai wang pendahuluan. Selepas itu, saya menambah pesanan barang berkenaan melalui panggilan telefon sehingga mencecah 500 kilogram. “Setiap pertambahan itu saya membuat pembayaran sebanyak enam transaksi dengan jumlah melebihi RM155,000 manakala pembayaran tunai RM130,000 dibayar terus kepada seorang wanita dipanggil Syarifah,” katanya.

Katanya, walaupun pembayaran penuh dibuat, barang yang dijanjikan masih gagal diterima, malah dia dimaklumkan penghantaran barangan itu mengalami masalah dengan Jabatan Imigresen.

“Saya diarah menambah jumlah tempahan supaya penghantaran barang yang dibuat berjalan lancar dan melepasi had ditetapkan. Namun kali ini, mereka menjanjikan bayaran tunai untuk setiap penjualan yang dibuat kepada mereka.


“Bagi memastikan saya tidak menanggung kerugian bagi setiap kilogram barangan yang ditempah sebelum itu, saya membuat bayaran seterusnya sebanyak RM10,000 walaupun ketika itu saya tidak mempunyai wang mencukupi,” katanya.


Katanya, sebelum barang itu diserahkan kepadanya, seorang ejen lelaki bernama Jeremaiah dipercayai warga Afrika menghubunginya dan memberitahu dia perlu membuat bayaran kos penghantaran RM15,000.


“Duit saya sudah ‘kering’ jadi saya hanya mampu bayar RM5,000 secara tunai kepada lelaki terbabit sebelum melangsaikan baki RM10, 000 dua minggu kemudian. Ketika berjumpa, dia menyerahkan satu beg berisi sebuah kotak keselamatan berwarna hitam seberat 30 kilogram. Apabila dibuka, kotak itu hanya mengandungi helaian kertas berwarna kuning dan kapas.


“Saya diberitahu kertas itu boleh ditukar menjadi wang kertas berjumlah AS$3,750, 000 (RM9 juta) sekiranya dicampurkan dengan bahan kimia yang perlu dibeli dengan harga RM10,000.


“Saya menyesal dan kecewa dengan kejadian yang menimpa kami sekeluarga. Siapa sangka niat untuk membuka perniagaan sebagai sumber pendapatan keluarga membawa padah,” katanya yang menyedari tertipu dengan permainan sindiket terbabit.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
myMetro | Dapat e-mel bodoh

Mati ditetak rebut wanita

KULIM: Hanya kerana cemburu disebabkan seorang wanita, seorang lelaki berusia 20-an putus tangan kanannya dan cedera parah di belakang badan akibat ditetak sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas kejadian itu petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang di Taman Ria, Padang Serai dekat sini, mangsa bekerja sebagai operator sebuah kilang berada di rumah bersama beberapa rakan sekerjanya sebelum didatangi sekumpulan lelaki.

Ketika itu, berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa sebelum diakhiri dengan pergaduhan sekali gus menyebabkan mangsa parah ditetak.

Rakan mangsa hanya mampu melihat kejadian itu berikutan bimbang mereka dicederakan suspek yang membawa senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, beberapa suspek datang ke rumah mangsa sebelum berlaku pergaduhan antara mereka disebabkan cemburu terhadap seorang wanita.


Katanya, kejadian berlaku di bilik hadapan rumah itu dan mangsa yang berlumuran darah cuba melarikan diri tetapi rebah di hadapan rumah.

Menurutnya, rakan mangsa mendapatkan bantuan kecemasan sebelum ambulans dari Hospital Kulim tiba.

“Mangsa putus tangan kanan selain cedera parah di belakang badan akibat ditetak dengan senjata tajam yang masih disiasat jenisnya.

“Siasatan awal mendapati wujudnya perasaan cemburu suspek terhadap mangsa dipercayai menjalin hubungan dengan seorang wanita.

“Mangsa yang kehilangan banyak darah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam hari sama,” katanya.


Ghuzlan berkata, sejurus kejadian polis memburu suspek di sekitar tempat kejadian dan berjaya menahan dua lelaki berusia 20-an kira-kira jam 9 malam.


Menurutnya, kedua-duanya dibawa ke Balai Polis Padang Serai untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
myMetro | Mati ditetak rebut wanita

Otak bertabur atas jalan

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun tidak sempat menikmati nasi goreng dibeli ibunya selepas terbunuh dalam keadaan ngeri dengan otaknya bersepai di atas jalan raya akibat diseret kira-kira lima meter oleh motosikal ditunggang ibunya sendiri yang bergesel dengan sebuah lori di Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, Mohd Daniel Hakim Zamri, 5, dalam perjalanan pulang dari sebuah pasar raya besar di Kubang Kerian bersama ibu dan adik bongsunya ke rumah mereka di Kampung Pulau Masjid, dekat sini, selepas membeli nasi goreng yang dimintanya serta barang keperluan untuk perniagaan kedai makan.

Difahamkan, setiba di tempat kejadian, ibunya cuba mengelak lubang, sebelum bergesel dengan sebuah lori. Lebih menyedihkan, selepas tercampak, mangsa turut dilanggar motosikal ibunya dan terseret kira-kira lima meter, menyebabkan kepalanya terhentak ke jalan raya sebelum pecah sehingga otaknya bertaburan.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala ibunya, Rinawati Idris, 26, peniaga mi di Kampung Pulau Masjid, bersama anak bongsunya, Mohd Zarif Hakimi, 3, dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Jenazah Mohd Daniel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berangan, Kampung Masjid Pulau selepas solat Zuhur, semalam.


Nenek mangsa, Rohani Senik, 48, berkata, arwah merengek kepada ibunya mahukan nasi dan untuk tidak menghampakan permintaan anak sulungnya itu, Lili (nama gelaran Rinawati) membawa Mohd Daniel dan adiknya ke bandar dengan menunggang motosikal ke sebuah pasar raya besar, dekat sini.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, motosikal dinaiki mereka bergesel dengan lori yang menuju arah sama (Bachok),” katanya yang ditemui di bilik mayat HUSM, semalam.

Rohani berkata, dia sebak mengenangkan cucunya itu tidak sempat menjamah nasi goreng dibeli ibunya.

“Tiga hari sebelum kejadian, arwah cucu ada datang ke warung mi saya bersama ibunya dan sudah nampak perubahan. Biasanya dia ceria, tetapi pada hari itu, banyak mendiamkan diri,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asistan Komisioner, Azham Othman, yang mengesahkan kemalangan itu berkata, siasatan mendapati motosikal berkenaan cuba mengelak sebuah lubang di bahu jalan dan pada masa sama, sebuah lori datang dari belakang.

“Motosikal itu bergesel dengan lori menyebabkan tiga beranak itu tercampak ke atas jalan,” katanya.
myMetro | Otak bertabur atas jalan