Search This Blog

Monday, April 4, 2011

Nelayan Thailand tangkap ikan secara haram ditahan

SH: "

KUALA TERENGGANU - Lapan awak-awak dan seorang tekong rakyat Thailand yang disyaki menangkap ikan secara haram ditahan di perairan negara, kira-kira 74 batu nautika dari Kuantan, Pahang semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim (DM 8) Kuantan Kpt Maritim Abdul Aziz Idrus berkata kesemua mereka yang ditahan berumur diantara 22 hingga 45 tahun.

'KM Lang ketika itu sedang melakukan rondaan dengan kekuatan 25 anggota yang diketuai oleh Lt (M) Dzulfikar Ali telah terserempak dengan sebuah bot nelayan asing dalam keadaan mencurigakan pada 10.30 pagi.

'Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati mereka sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan menggunakan jaring malah mereka tidak mempunyai dokumen yang sah untuk berbuat demikian di perairan negara ini,' katanya.

Hasil pemeriksaan itu juga,pihak APMM juga turut menemui 50 kilogram hasil tangkapan dan kesemua tangkapan itu kemudian dilelong.
Abdul Aziz berkata bot nelayan itu dibawa ke Jeti Geliga, Kuala Kemaman untuk disita manakala kesemua nelayan itu kini direman lima hari bagi membantu siasatan."

Polis Labuan tumpas sindiket pecah rumah



LABUAN - Polis Labuan yakin dapat menyelesaikan 16 kes pecah rumah selepas menumpaskan satu sindiket pecah rumah yang bergiat aktif di pulau itu sejak tahun lepas.
Ketua Polis Labuan, Supt Saiman Kasran berkata sindiket itu terbahagi kepada dua kumpulan iaitu 'Geng Aladdin' yang melakukan kegiatan pecah rumah dan satu lagi kumpulan yang melupuskan barangan curi.
Katanya sindiket itu terdiri daripada empat anggota termasuk seorang bekas banduan dan seorang wanita berusia antara 16 dan 43 tahun.
Katanya tiga anggota sindiket itu ditahan pada 17 dan 23 Mac lalu di Kimanis, Papar di tanah besar Sabah dan di sini manakala wanita itu masih bebas.
Dalam sidang media di sini hari ini, Saiman berkata polis telah menemui 28
barang bernilai lebih RM50,000 daripada suspek berkenaan.

Antara barangan tersebut adalah termasuk pelbagai jenama komputer peribadi, lapan telefon bimbit, lima kamera digital, sebuah perakam video digital dan tiga utas jam tangan.
Saiman berkata hasil siasatan awal mendapati modus operandi sindiket itu ialah memecah masuk kebanyakan rumah yang dimiliki oleh pekerja industri gas dan minyak yang pergi bekerja selama dua minggu di luar pesisir.
Katanya polis telah berjaya menyelesaikan 18 daripada 22 kes pecah rumah di pulau itu sejak Januari lalu.- Bernama

Tujuh pembantu rumah Indonesia bekerja secara tidak sah dan dua majikan mereka ditahan



ALOR SETAR - Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Kedah menahan tujuh wanita warga Indonesia, dan dua majikan mereka dalam pemeriksaan di dua rumah sekitar sini semalam.
Timbalan Pengarah Imigresen Kedah Hasreena Hashim berkata dalam pemeriksaan pertama kira-kira pukul 10 malam di sebuah rumah di Taman Melor di sini, tiga wanita Indonesia berumur antara 23 dan 33 tahun ditahan kerana menggunakan Pas Lawatan Sosial yang tamat tempoh untuk bekerja sebagai pembantu rumah.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Sekyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tinggal lebih masa dan majikan mereka turut ditahan kerana melindungi rakyat asing dan disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta yang sama.
"Tidak lama kemudian, empat wanita Indonesia berumur antara 26 dan 33 tahun ditahan di sebuah rumah di Lorong Setia, Jalan Kuala Kedah dekat sini apabila mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah, dan majikan mereka turut ditahan kerana membenarkan rakyat asing bekerja di premisnya," katanya, hari ini.
Hasreena berkata ketujuh-tujuh wanita warga asing itu bekerja di sini antara tiga dan sembilan bulan, dan kes membabitkan mereka juga sedang disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
Menurutnya, Kedua-dua majikan itu didapati mempunyai hubungan persaudaraan, dan siasatan juga mendapati ketujuh-tujuh wanita Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah itu tidak diberi gaji sepanjang tempoh mereka bekerja di sini.
SH

Pemuda maut motosikal dirempuh lori pasir

Oleh YATIMIN ABDULLAH
KOTA BHARU 4 April - Hasrat seorang pemuda untuk menghadiri temuduga di sebuah hotel tidak kesampaian selepas motosikal yang ditunggangi dirempuh sebuah lori pasir dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Kampung Chabang Tiga Pendek dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi ini.


Mangsa, Mohd. Sazlin Noor, 25, dari Kampung Bendang Baru, Bukit Panau, Tanah Merah, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas diseret kira-kira 50 meter.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Pasir Mas ke Kota Bharu dipercayai bagi menghadiri temuduga tersebut, berhenti di lampu isyarat simpang berkenaan.


'Tiba-tiba, sebuah lori pasir tanpa muatan dikatakan memecut dari arah Kedai Mulong, lalu merempuh dan mengheret mangsa bersama-sama motosikalnya sejauh kira-kira 50 meter. Mangsa meninggal dunia selepas sebahagian kepalanya hancur,' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - Utusan

Lebih banyak retakan ditemui pada pesawat Southwest


ST PETERSBURG: Lebih banyak retakan ditemui pada badan pesawat Southwest Airlines Co yang membuat pendaratan cemas di Arizona dengan kabin berlubang minggu lalu, kata penyiasat keselamatan Amerika Syarikat.


Insiden Jumaat lalu menjurus Southwest, syarikat penerbangan domestik terbesar dari segi bilangan penumpang, menggantung perkhidmatan pesawat Boeing terbabit dan membatalkan beratus penerbangan pada hujung minggu bagi memeriksa pesawat lama model 737-300 itu.
Menurut Southwest, retakan turut ditemui pada badan dua pesawat lain yang mungkin memerlukan pembaikan.
Sebanyak 19 pesawat sudah diperiksa dan dibenarkan kembali beroperasi tanpa sebarang masalah semalam.

Southwest menjangkakan pembatalan 175 penerbangan hari ini dan berharap dapat menyelesaikan pemeriksaan terhadap 79 pesawat lagi menjelasng esok.

Boeing 737-300, model paling popular di seluruh dunia, mencakupi 20 peratus keseluruhan pesawat Southwest. - Reuters
Berita Harian Online | Lebih banyak retakan ditemui pada pesawat Southwest

Surirumah cederakan madu dipenjara dua tahun


ALOR SETAR: Seorang suri rumah yang mengaku bersalah mencederakan madu dan anak tirinya pada Januari lalu, dikenakan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar, Mohd Sabri Ismail, memerintahkan Nor Azmah Shaari, 28, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap 8 Januari lalu, sehari selepas kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru Baru, tepi Sekolah Alor Biak, Jitra.
Nor Azmah dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Siti Aminah Hanapi, 50, menggunakan sebilah parang.
Dia juga mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap anak Siti Aminah, Nurul Syuhada Saad, 16, menggunakan sebilah parang.

Rozita Mohamad dari Jabatan Bantuan Guaman Kedah, yang mewakili Nor Azmah, merayu mahkamah mengenakan hukuman yang ringan dengan alasan tertuduh membuat pengakuan bersalah selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mempunyai seorang anak kecil berusia 11 bulan.

Rozita berkata, tertuduh mengalami tekanan perasaan dan gangguan kerana masalah rumah tangga.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Rizal Fadzil, pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan membabitkan penggunaan senjata adalah serius. - BERNAMA
Berita Harian Online | Surirumah cederakan madu dipenjara dua tahun

Pegawai kanan kastam dilepaskan tanpa syarat selepas reman berakhir

KUANTAN: Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan tanpa syarat seorang pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia selepas tempoh remannya berhubung siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berakhir hari ini.
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Nordiana Abdul Aziz selepas didapati siasatan terhadap berhubung kes pengisytiharan nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti pengubahan wang haram terhadapnya selesai.
Tiada sebarang jaminan dikenakan oleh mahkamah terhadap pegawai itu yang diwakili peguam Mohamad Sazali Abdul Aziz.

Pegawai itu dan isterinya ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh satu Pasukan Tindakan Khas diketuai SPRM pada 28 Mac lalu yang turut menyerbu 84 agen penghantaran, sebuah syarikat induk serta 24 anak syarikat berkaitan dan 25 premis kastam di seluruh negara.

Isteri pegawai itu dilepaskan tanpa syarat oleh mahkamah yang sama pada Jumaat lalu setelah SPRM selesai menjalankan siasatan terhadapnya.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, sebelum ini dilaporkan berkata bahawa dalam serbuan di kediaman seorang pegawai kanan kastam, ratusan ribu ringgit turut dijumpai. - BERNAMA
Berita Harian Online | Pegawai kanan kastam dilepaskan tanpa syarat selepas reman berakhir

Mazura tidak mahu pulang




KULIM - Seorang remaja perempuan yang keluar dari rumah bersama seorang rakan pada 22 Mac lalu dan sehingga kini tidak pulang, berjaya dihubungi polis.

Mazura Hassan, 19, atau lebih dikenali dengan panggilan Melah dalam kalangan ahli keluarganya yang tinggal di Kampung Syed Sheikh, Kelang Lama di sini, menyatakan hasrat untuk tidak mahu pulang lagi ke rumah.

Sinar Harian difahamkan, keluarganya telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kulim kira-kira jam 3 pagi pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, Mazura sering berhubung dengan salah seorang warisnya. Dari siasatan dijalankan mendapati, dia keluar dari rumah dan kini ada bersama seorang rakannya.

“Mazura mengambil tindakan keluar dari rumah disebabkan masalah peribadi. Bagaimanapun pihak kami tidak boleh menahannya selain memujuknya supaya pulang ke rumah.

“Sekiranya dia enggan berbuat demikian, itu terpulang kepada dirinya sendiri. Kami hanya mahu memastikan dia tidak terlibat dalam sebarang perlakuan atau kegiatan jenayah.

“Kami juga berjaya menghubungi dua lagi rakan lelakinya,” katanya.

Menurutnya, masalah remaja lari dari rumah bukan satu fenomena baru. Dari kajian dibuat menunjukkan kebanyakan mereka terlibat mengambil keputusan berbuat demikian kerana mengikut kawan dan ada di antaranya terlalu dikongkong keluarga.

Beliau berkata, keluarga seharusnya bersikap prihatin dan cuba menangani sebarang masalah dengan bijak.

“Sebagai ibu bapa adalah tanggungjawab mereka untuk tahu dengan siapa anak mereka berkawan.

“Apa yang lebih penting, anak-anak harus diberikan didikan agama yang sempurna," katanya.
SH

Stesen minyak cuba dirompak




ALOR BIAK - “Sepantas kilat mereka datang dan beberapa minit sahaja mereka cuba merompak tanpa kami sedari seolah-olah dipukau dua lelaki dan seorang wanita asing yang berwajah seperti orang Arab pada petang itu,” kata pekerja sebuah stesen minyak mini di Sungai Korok, di sini.

Mangsa, Mohd Hafiz Zulghofor, 18, mendakwa dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang Khamis lalu, dia bersama dua lagi rakannya yang sedang bekerja didatangi sebuah kereta jenis Persona bernombor plat pendaftaran dari Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, selepas beberapa saat, seorang lelaki daripada tiga yang berada dalam kereta itu keluar dan terus menuju ke arah luar pejabat stesen minyak itu untuk mengambil sebotol minyak enjin.

“Kemudian lelaki yang berusia lingkungan 30-an itu datang ke arah saya yang ketika itu berada berdekatan dengan laci wang tunai dan bertanya harga minyak enjin yang diambilnya menggunakan Bahasa Inggeris dan bercampur dengan Bahasa Arab.

“Dia bertanyakan pelbagai soalan pada ketika itu bagi mengalihkan pandangan saya kerana selepas itu saya menyedari bahawa tangan lelaki Arab itu sudah menyeluk laci untuk mengambil wang tunai yang ada di situ.

“Saya cuba bergelut dengannya beberapa kali sebelum dia melepaskan tangan dari dalam laci dan terus bergegas masuk ke dalam kereta mereka,” katanya kepada: Sinar Harian.

Pekerja lain, Nor Nadia Elias, 19, berkata, sewaktu kejadian dia dan seorang lagi rakan mereka Alias Ahmad, 19 berada tidak jauh dari Mohd Hafiz.

Namun pada masa lelaki itu membuat cubaan mengambil wang dalam laci itu, mereka dipanggil wanita Arab berkenaan.

“Wanita itu menepuk bahu kami beberapa kali dan selepas itu kami melihat matanya tanpa menyedari apa yang berlaku selepas itu.

“Kami merasakan seolah-olah dipukau kerana langsung tidak sedar apa yang berlaku dan hanya menyedarinya sebaik mereka pergi menaiki kereta dan berlalu begitu sahaja dari stesen minyak ini,” katanya.

Pengusaha Stesen Minyak Mini, Shahbudin Bun, 53, berkata, sewaktu kejadian dia tiada di situ dan hanya dimaklumkan pekerjanya selepas itu.

Menurutnya, selepas dikira semula wang dalam laci berkenaan dia mendapati kerugian hanya kira-kira RM500 sahaja dan semua pekerjanya selamat tanpa dicederakan.

“Saya bersyukur kerana pekerja selamat tetapi meminta supaya orang ramai lebih berhati-hati kerana kemungkinan kegiatan tiga individu dipercayai warga Arab itu boleh berlaku di mana-mana sahaja dengan cara mereka memperdayakan orang menggunakan cara menukar wang dalam urusan jual beli.

“Sepanjang lima tahun saya membuka perniagaan di sini, inilah kejadian pertama kali yang pernah berlaku di sini,” katanya.
SH

Kanak-kanak 5 tahun maut



PERMATANG PAUH – “Saya menjerit memanggil anak, saya cuba naik ke atas untuk selamatkannya, tetapi tidak berdaya kerana api terlalu marak,” kata Nor Amalina Mat Ariffin, 25, yang kehilangan seorang anak lelaki dalam kebakaran, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Mohd Irfan Abdul Rashid, 5, ditemui dalam keadaan mengerekot dengan 70 peratus bahagian badannya terbakar di dalam bilik utama rumah dua tingkat di Kampung Permatang Nibong, dekat sini.

Kejadian mengakibatkan hampir keseluruhan rumah itu terbakar dengan anggaran nilai kerugian RM50,000.

Nor Amalina yang masih trauma dengan kejadian berkata, dia sedang memasak di dapur, sementara mangsa yang juga merupakan anak kedua dari tiga beradik bermain seorang diri di bahagian atas rumah.

“Saya tidak sedar bila dia (Mohd Irfan) naik ke atas. Ketika sedang memasak, saya terlihat api dan asap memenuhi ruang berkenaan.

“Hanya saya dan dia sahaja yang berada di rumah ketika itu, suami dan ayah keluar mengerjakan sawah, anak sulung ke sekolah fardhu ain, manakala anak bongsu dibawa keluar bersiar-siar oleh adik saya,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.

Bapa Nor Amalina, Mat Ariffin Arshad, 62, pulang ke rumah sejurus kemudian dan turut cuba menyelamatkan mangsa, namun gagal.

Malah dia turut melecur di bahagian bahu dan dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk menerima rawatan.

Sementara itu, suami Amalina, Abdul Rashid Ismail, 31, berkata, dia ternampak kepulan asap ketika sedang mengerjakan sawah yang terletak kira-kita satu kilometer dari rumah, namun tidak menyangka asap itu datang dari rumahnya.

“Adik datang memaklumkan kepada saya bahawa rumah saya terbakar. Pada awalnya saya tidak tahu anak saya terperangkap dan hanya mengetahui mengenainya ketika sudah sampai di rumah.

“Menurut jiran, mereka ternampak Mohd Irfan melambai-lambai meminta tolong melalui tingkap bilik, tetapi, tiada apa yang boleh dilakukan,” katanya yang turut sedih dengan kejadian malang yang menimpa anaknya itu.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba Bandar Perda, Hadzi Mohd Yusoff berkata, lima jentera, masing-masing dua dari Balai Perda dan Perai, serta satu dari Bukit Mertajam dengan kekuatan 35 anggota termasuk empat pegawai penyiasat bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam pada jam 11.59 pagi.

Menurutnya, jentera keluar seminit kemudian dan tiba di lokasi kira-kira jam 12.10 tengah hari.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengawal api dari merebak enam minit kemudian dan padam sepenuhnya kira-kira jam 12.23 tengah hari.

“Operasi mencari mayat yang rentung dilakukan setelah api berjaya dikawal. Mayat ditemui di atas katil di dalam satu bilik di tingkat bawah rumah.

“Punca kebakaran serta nilai sebenar kerugian masih belum diketahui dan masih dalam siasatan,” katanya.

Mayat dihantar ke HBM untuk bedah siasat.

Motosikal bertembung





PORT DICKSON – Seorang lelaki maut dalam satu kejadian kemalangan di simpang jalan lampu isyarat Jalan Bypass Port Dickson kira-kira 100 meter daripada kawasan rumahnya di Taman Seaview, sekitar jam 2.30 pagi semalam.

Mangsa, Mohamad Sharol Izwan Mat Jaini, difahamkan menunggang motosikal berseorangan dari arah Seremban-Port Dickson dan hendak membelok ke kanan untuk pulang ke rumahnya sewaktu lampu isyarat hijau.

Bagaimanapun, terdapat sekumpulan penunggang motosikal lain dari arah bertentangan tidak mematuhi lampu isyarat merah dan salah seorang daripada mereka merempuh mangsa.

Penunggang motosikal lain yang terselamat dalam kejadian itu kemudian membuat pusingan U dan melarikan diri.

Kedua-dua motosikal yang bertembung itu terbakar dan Mohamad Sharol Izwan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara seorang lagi mangsa, Muhamad Fahmi Mohd Yusof yang cedera parah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ampuan Najihah Seremban untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, siasatan secara terperinci akan dijalankan dan meminta saksi tampil memberikan maklumat dengan menghubungi Balai Polis Port Dickson di talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Baljeet menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan keselamatan jalan raya dan tindakan tegas akan dikenakan kepada pesalah trafik.
SH

Padah lupa tutup suis kipas




TEMIANG – Akibat terlupa menutup suis kipas meja sebelum keluar rumah, sepasang suami isteri terpaksa gigit jari apabila rumah mereka di Taman Bukit Mutiara, di sini musnah dalam kebakaran, semalam.

Bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana jiran bersebelahan bertindak cepat membantu mengelakkan kebakaran daripada terus merebak.

Dalam kejadian 12.15 tengahari itu, kebakaran disedari oleh seorang jiran, Harjit Kaur, 39, yang melihat kepulan asap tebal keluar dari rumah pasangan suami isteri berkenaan.

Menurutnya, ketika itu, dia sedang rehat di beranda rumah dan terus bergegas memanggil jiran lain apabila mendapati rumah jirannya terbakar.

“Saya dan jiran terus ke rumah mangsa dan memanggil mangsa, namun tidak berjawab. Melihat asap rumah semakin tebal saya terus menghubungi bomba kerana bimbang akan berlaku kebakaran.

“Risau berlaku kebakaran, saya dan jiran-jiran sepakat memecahkan pintu pagar dan pintu rumah bagi memadam api kecil yang mula kelihatan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah mangsa, semalam.

Harjit berkata, jiran-jiran turut bekerjasama mengeluarkan kereta mangsa bagi memudahkan kerja memadam api.

“Hampir 20 jiran datang membantu memadam api kebakaran dan separuh daripada kami memadam api di bumbung rumah.

“Kami berusaha sehabis daya bagi memastikan api tidak marak dan merebak ke rumah sebelah. Kerja memadam api selama lima minit oleh penduduk akhirnya berjaya,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat tiba sejurus selepas itu untuk membantu memadamkan kebakaran.

“Pasukan bomba memecah masuk rumah dan mendapati tiada mangsa terperangkap dalam kebakaran tersebut,” katanya.

Sementara itu, pemilik rumah yang mahu dikenali Ah Yong, 30-an, tiba di rumah kira-kira lima minit selepas kejadian, sebaik sahaja dimaklumkan jiran tetangga.

“Saya keluar rumah awal pagi, manakala suami saya tiada di rumah kerana sedang kerja luar kawasan,” katanya.

Dia bagaimanapun rasa terharu dan berterima kasih kepada jiran-jiran yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran itu.

“Saya akui kelalaian saya untuk menutup suis kipas meja sebelum meninggalkan rumah. Saya berterima kasih kepada jiran yang datang membantu,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak, Siow Koi Voon yang turut hadir melawat mangsa berkata, Kerajaan Negeri akan menanggung kos membaiki rumah tersebut, selain bantuan kilat.
SH

YouTube - Ustaz Azhar -Takut Azan[part 4].flv

YouTube - Ustaz Azhar -Takut Azan[part 4].flv: ""

Tukang emas maut terjatuh



KLANG - Seorang tukang emas maut setelah terjatuh dari tingkat dua rumah kedai yang didiami dalam kejadian di Jalan Tingkat Klang, Bandar Klang, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata mangsa dipercayai cuba mengambil emas yang terjatuh ke bumbung.

“Mangsa cuba mengambilnya dengan berjalan di atas bumbung terbabit. Tindakannya membawa padah apabila dia terjatuh ke tingkat bawah.

Kejadian itu disedari salah seorang pekerjanya sekitar jam 1.05 pagi selepas melihat mangsa tiada di biliknya di tingkat satu.

Pekerja itu kemudiannya cuba menjejaki mangsa sebelum menemuinya dalam sebuah bilik kosong di tingkat bawah premis rumah kedai terbabit.

“Berdasarkan siasatan, mangsa adalah lelaki berketurunan India dan berusia 25 tahun.

Menurutnya, pihaknya percaya mangsa telah terpijak lubang itu sebelum mangsa terjatuh ke sebuah bilik kosong di tingkat bawah yang turut terkunci dari luar.

“Sebaik dimaklumkan pekerjanya, polis bergegas ke sana dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Kita dapati mangsa mengalami pendarahan serius berdasarkan banyak darah mangsa di tempat kejadian.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kes disiasat sebagai mati mengejut memandangkan tiada kesan-kesan serangan atau jenayah pada badan mangsa.

Penjenayah Indonesia samun dua buah rumah



AMPANG – Lima lelaki dipercayai warga Indonesia bersenjatakan parang memecah masuk dua buah rumah berjarak 500 meter di Kampung Tengah di sini Jumaat lalu sebelum melarikan barang berharga serta wang tunai dianggarkan bernilai kira-kira RM30,000.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian pertama kira-kira jam 3.30 pagi itu, suspek yang menggunakan penutup muka memecah masuk melalui pintu hadapan rumah sepasang suami isteri itu.

Menurutnya, suspek mengumpil pintu hadapan rumah itu sebelum memecahkan pintu bilik mangsa.

“Suspek kemudian mengacukan parang bagi menakut-nakutkan mangsa tetapi tidak mencederakan mereka sebaliknya mengikat kedua-duanya.

“Kelima-lima lelaki itu menggeledah rumah itu sebelum melarikan barang berharga, barang kemas serta wang tunai yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM30,000,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, suspek kemudian memecah masuk rumah kedua yang jaraknya kira-kira 500 meter daripada lokasi pertama kira-kira jam 5 pagi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan seorang pengawal keselamatan diikat bersama-sama enam lagi mangsa di dalam rumah itu.

Amiruddin berkata, pistol jenis Magnum tanpa peluru milik pengawal keselamatan yang disangkakan hilang dikebas penyamun itu bagaimanapun akhirnya ditemui semula di dalam rumah itu.

“Pada mulanya, pistol itu dikhuatiri dilarikan suspek tetapi akhirnya ia berjaya ditemui semula di dalam rumah itu juga,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Katanya, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek.
SH

Empat sahabat cemas sesat hampir 12 jam



SHAH ALAM – Empat sahabat mengharungi detik cemas apabila tersesat hampir 12 jam selepas bersiar-siar di Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu, Selangor, kelmarin.

Mereka yang berusia 22 hingga 28 tahun itu dipercayai mula memanjat ke puncak bukit sejauh satu kilometer pada waktu petang.

Bagaimanapun, mereka tidak menemui jalan pulang dan menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Norel Azmi Yahya Affandi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa, petang kelmarin dan pihaknya serta anggota bomba dan penyelamat dari Kuala Kubu Bharu bergegas menjalankan operasi gerakan mencari.

“Gerakan mencari dijalankan sehingga jam 12 tengah malam tadi (semalam) tetapi tidak berjaya. Dalam operasi itu, pihak penyelamat dan mangsa saling berhubung melalui telefon.

“Saya difahamkan, mangsa dengar suara penyelamat, tetapi tidak dapat mengesan di mana kami berada. Operasi disambung semula jam 7 pagi tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, keempat-empat mangsa bagaimanapun ditemui selamat kira-kira jam 11 pagi semalam di puncak bukit lalu dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan.

Mangsa dipercayai bukan penduduk di kawasan berdasarkan nombor pendaftaran kereta dinaiki.

Maut terjatuh dari tingkat dua




KUALA TERENG-GANU- Seorang buruh binaan warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan di tapak projek cadangan pengubahsuaian dan naik taraf Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa Amaq Sapudin Jalaludin, 52, yang memiliki kad pengenalan berwarna merah dikatakan sedang melakukan kerja menyimbah simen yang sudah dibancuh ke dinding untuk diplaster oleh seorang lagi rakan sekerjanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Mohd Ishak berkata, ketika melakukan kerja itu, mangsa berdiri di atas sekeping papan bagi memudahkan dia menghenjutkan badannya untuk menyimbah simen tersebut ke dinding.

“Papan yang dipijak mangsa patah sejurus dia menghenjutkan badannya lalu dia terjunam jatuh ke bawah.

“Mangsa meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke wad kecemasan yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, menurut rakan mangsa, Sholin Munsari, 41, sebelum kejadian, mangsa sempat menghubungi isteri dan cucunya yang berada di Lombok, Indonesia untuk bertanyakan khabar iaitu kira-kira jam 1.40 petang.

“Selepas menelefon keluarganya, mangsa mendirikan solat Zuhur dan kebiasaannya, dia tidak pernah tidur selepas solat namun pada hari ini, sikapnya agak pelik kerana sejurus solat, dia terus tidur sehinggalah rakan lain mengejutkannya untuk meneruskan kerja.

“Kami tidak sangka, sikap pelik yang ditunjukkan mangsa merupakan petanda awal yang dia akan pergi untuk selama-lamanya,” katanya.

Mangsa yang berasal dari Lombok, Indonesia mencari rezeki di negara ini sudah hampir 23 tahun dan memiliki kad pemastautin tetap yang beralamat di kampung Tok Jiring, di sini.
SH

Rompak warga Bangladesh




KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga ayam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merompak seorang warga Bangladesh dengan bersenjatakan pisau bulan lalu.

Tertuduh, Haswardi Hassan, 30, didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas di hadapan sebuah rumah di alamat 73, Jalan Paya Kampung Keladi, di sini, kira-kira jam 9 malam pada 25 Mac lalu.

Mengikut fakta kes, dia yang berasal dari kampung Bukit Kubang Jambu dituduh melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pisau ke atas Arif Mandal Md Sheraz dan melarikan tunai sejumlah RM500.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Terdahulu pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. Walau bagaimanapun tertuduh yang berpakaian lokap berwarna ungu memohon supaya jumlah tersebut dikurangkan kerana dia mempunyai tanggungan dua anak.

Setelah mempertimbangkan rayuan tertuduh, hakim mengurangkan jumlah berkenaan kepada RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Mei ini sebagai tarikh perbicaraan.
SH

Bapa, anak nyaris maut



CHUKAI – Seorang bapa yang mendukung bayi perempuannya nyaris maut gara-gara terjatuh dalam longkang sedalam kira-kira 1.6 meter yang tidak berpenutup ketika melalui laluan gelap di tepi Kompleks Beli Belah Kemaman Centre Point, berhadapan sebuah hotel, malam Khamis lalu.

Namun, tindakan pantas Amaram @ Amran Osman, 35, memeluk erat bayinya, Arissa Qaisara yang baru berumur setahun ketika terjatuh berjaya menyelamatkan anaknya itu daripada mengalami kecederaan parah namun dia mengalami kecederaan pada bahagian perut.

Mengimbas detik cemas itu, Amaram berkata, kejadian itu berlaku ketika dia bersama isteri dan anaknya itu ingin pulang selepas selesai membeli-belah di kompleks itu kira-kira jam 7.45 malam.

“Ketika keluar dari kompleks beli-belah saya yang mendukung anak berjalan di hadapan manakala isteri mengikut di belakang.

“Namun, ketika melalui ruang pejalan kaki gelap di tepi bangunan kompleks itu, tiba-tiba ketika ingin melangkah ke laluan bertar saya dan anak terus terjelepok ke dalam longkang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Binjai.

Amaram berkata, walaupun ketika itu dia mengakui panik, namun dia memeluk erat Arissa Qaisara yang menangis kerana terkejut dan dia pula terpaksa menahan kesakitan kerana mengalami kecederaan di kepala.

“Saya tidak sangka longkang itu sangat dalam malah ia menyamai ketinggian saya.

“Isteri saya yang ketika itu berada di belakang turut panik dan menjerit meminta tolong sebelum saya menghulurkan Arissa dari dalam longkang kepada ibunya,” katanya.

Menurutnya, meskipun laluan itu mempunyai lampu jalan tetapi disebabkan ia tidak berfungsi menjadikan kawasan di tepi kompleks tersebut yang berhadapan sebuah hotel gelap dan hanya diterangi sedikit cahaya daripada lampu kedai makan berdekatan.

Bagaimanapun, Amaram yang bekerja di sebuah syarikat swasta bersyukur kerana ketika kejadian ada orang yang kebetulan lalu di situ yang membantu menariknya keluar dari longkang berkenaan sebelum membawa mereka sekeluarga ke Hospital Kemaman yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Saya terkejut apabila insan yang menolong saya itu turut mengakui anaknya pernah terjatuh ke dalam longkang itu sebelum ini.

“Justeru, sebelum lebih ramai orang awam menjadi mangsa diharap pihak bertanggungjawab segera bertindak,” katanya.

Menurutnya, jika penutup longkang besi kerap dicuri hingga menyebabkan banyak longkang terdedah, mungkin ada alternatif lain seperti meletakkan penutup konkrit bagi mengelakkan kecurian.

“Lampu jalan juga perlu diselenggarakan dan dibaiki demi kemudahan dan keselamatan orang ramai,” katanya.

Amaram berkata, jika keadaan itu dibiarkan ia boleh mengundang kecelakaan kepada orang awam apatah lagi kompleks beli-belah itu kawasan tumpuan ramai.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Mustafar Khalid berhubung masalah itu tetapi difahamkan beliau kini berada di Bangkok, Thailand atas urusan rasmi.
SH

Jambatan gantung runtuh



PULAI - Pembinaan sebuah jambatan gantung melintasi Sungai Galas ke pusat pelancongan yang pernah menjadi kontroversi pertikaian penduduk sebelum ini kerana dengan kos terlalu mahal sehingga RM220,000 runtuh lewat malam kelmarin.

Jambatan sepanjang 130 meter yang hampir siap dibina itu disedari runtuh penduduk kampung kira-kira jam 7 pagi semasa mereka hendak pergi ke kebun getah melalui kawasan tersebut.

Pengerusi MCA bahagian Gua Musang, Chee Sien Chen berkata, penduduk kampung yang dahagakan kemajuan dan menunggu pembinaan jambatan itu siap untuk digunakan terkejut apabila melihat sudah runtuh.

Beliau berkata, kejadian itu dianggap bernasib baik kerana belum dilalui penduduk ke pusat pelancongan terletak di seberang kampung terbabit jika tidak mungkin ada yang berhadapan dengan kejadian kemalangan.

“Kejadian itu dipercayai berpunca daripada struktur pembinaannya yang tidak kuat dan pernah menjadi pertikaian penduduk akhir Februari lepas kerana bimbang akan runtuh, “ katanya kepada pemberita yang melawat jambatan berkenaan pagi ini.

Turut melawat jambatan yang runtuh itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz yusoff.

Chee berkata, beliau menyerahkan kepada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) bagi membina semula jambatan berkenaan kerana sebelum ini menggunakan peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) bagi tujuan itu.

“Kita juga menganggap jambatan gantung berkenaan paling mahal yang pernah dibina di beberapa tempat sekitar daerah itu dan kita pernah mendesak pihak terbabit menjalankan siasatan,” katanya.

Pengerusi Tokong Pulai, Lew Kew pula berkata, pihaknya yang mempertikaikan pembinaan jambatan gantung berkenaan yang bukan sahaja terlalu mahal, tetapi dibuat secara mudah hingga terdedah kepada kejadian runtuh itu.

Beliau mengakui sebelum ini pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengurus Besar Kesedar, Mohd Arshad Ismail bagi membincang perkara itu, tetapi tidak dilayan kepada pembinaan jambatan terbabit ikut prosedur ditetapkan.

Katanya, perkara mengecewakan apabila pihak terbabit mendakwa pembinaan jambatan itu mahal kerana menggunakan kaedah pembinaan yang kukuk dan dijamin tidak runtuh.

“Kebiasaan jambatan gantung hanya dibina sekitar RM60.000 hingga RM80,000 dan lain di kampung itu hingga mencapai lebih RM220,000 dianggap membazir wang kerajaan.
SH

Bapa sangka anak mati




KOTA BHARU - Berpantang maut sebelum ajal. Biarpun keadaan kereta yang dinaiki remuk, namun pemandunya terselamat hanya cedera ringan pada badan.

Dalam kejadian di Jambatan Kubang Kachang, Tiong di sini, kira-kira jam 9.05 pagi semalam, mangsa Shahrizat Sulaiman, 29, seorang penyelia di sebuah pasar raya cedera tangan dan badan akibat tersepit dalam remukkan terbabit.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa memberhentikan kenderaannya atas jambatan itu setelah mendapati sebuah lori kontena di hadapannya berhenti dan secara tiba-tiba terdapat lori tangki petrol dari arah sama merempuh keretanya menyebabkan mangsa tersepit.

Mangsa bernasib baik kerana ketika kejadian beberapa penduduk di kawasan terbabit yang terus mengeluarkannya dari kereta dan di bawa ke sebuah rumah berdekatan sebelum dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk rawatan.

Bapa mangsa, Sulaiman Ibrahim, 59, ketika ditemui di tempat kejadian terkejut dan pada awalnya menyangka anak kesayangannya itu maut kerana keadaan kereta Mercedes C260 yang dipandu anaknya remuk secara keseluruhannya.

Menurutnya, kira-kira jam 9 pagi semalam anak ketiganya itu keluar rumah untuk ke tempat kerja dan dia juga sempat menasihatkannya supaya berhati-hati ketika memandu.

“Saya terkejut kerana selepas setengah jam kemudian dia sendiri menghubungi saya memberitahu dia kemalangan dan saya terus bergegas ke tempat kejadian.

“Setelah sampai di tempat kejadian saya ingatkan dia sudah meninggal dunia kerana keadaan keretanya sangat teruk dan remuk, tetapi saya bersyukur kerana penduduk memberitahu dia hanya cedera ringan,” katanya.

Berikutan kejadian itu, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba Darul Naim bersama tiga anggota yang diketuai Mat Rifin Mamat ke tempat kejadian.

“Kita hanya membantu memindahkan kenderaan mangsa untuk diletakkan di tepi jambatan bagi mengelak kesesakan memandangkan mangsa sudah dikeluarkan penduduk kampung,” katanya.

Kejadian itu juga turut menyebabkan kesesakan jalan raya kira-kira 100 meter dari tempat kejadian berikutan kejadian itu berlaku di tengah jambatan dan keadaan itu dapat dikawal dengan bantuan anggota trafik.
SH

10 lagi maut dalam protes bakar al-Quran

KANDAHAR — Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan 83 cedera di bandar Kandahar, selatan Afghanistan kelmarin, pada hari kedua protes ganas ekoran tindakan membakar al-Quran oleh kumpulan fundamentalis radikal Kristian di Florida, Amerika Syarikat (AS), bulan lalu.

Seramai 11 orang turut terbunuh termasuk tujuh kakitangan asing Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam serangan berani mati yang sama Jumaat lalu di Mazar-i-Sharif, utara Afghanistan, menjadikan jumlah kematian terkini mencecah sekurang-kurangnya 20 orang.

Jurucakap PBB melaporkan, penunjuk perasaan berang dengan tindakan paderi Terry Jones yang menyelia gerakan membakar al-Quran di hadapan 50 orang di sebuah gereja di Florida, 20 Mac lalu.

"Beribu penunjuk perasaan menyerbu pejabat PBB dan bertindak menyerang bangunan itu selepas solat Jumaat," menurut kenyataan jurucakap PBB.:

Jones, 58, yang mengetuai gereja kecil di Gainesville, Florida, mengundang kemarahan masyarakat antarabangsa pada September lalu berikutan rancangannya untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September 2001.

Namun, Jones terpaksa membatalkan tindakannya selepas Presiden AS, Barack Obama mengarahkan rancangannya itu dihentikan tetapi dia kekal mengkritik Islam dengan mendakwa beberapa bahagian dalam al-Quran boleh membawa kepada keganasan.SH

Medan dilanda banjir paling buruk


AIR NAIK KE PARAS PINGGANG: Para penduduk di Medan, meredah banjir yang melanda selepas hujan lebat pada Jumaat lalu. -- Foto AP


MEDAN (Indonesia): Beribu-ribu buah rumah, sekolah dan pusat kesihatan masyarakat dan masjid di sembilan kawasan di Medan, Sumatera Utara, ditenggelami air selepas dilanda banjir kilat Jumaat lalu.
Paras air yang naik secara mendadak menyebabkan ratusan ribu penduduk yang tidak bersedia terpaksa melarikan diri ke tempat lebih tinggi, pusat perlindungan sementara dan kawasan tidak terjejas banjir. Sebilangan besar mereka hanya sehelai sepinggang.Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.Gabenor Sumatera Utara, Encik Gatot Pujonugroho, yang dipetik laman web Seputar Indonesia, berkata kawasan yang ditenggelami air termasuk Medan Tuntungan, Selayang, Medan Polonia, Baru, Medan Petisah, Medan Johor, Medan Barat, Medan Helvetia dan Medan Maimun.'Banjir kilat kali ini merupakan yang paling buruk pernah berlaku berbanding banjir kilat pada 2001 dan 2006. Beberapa batang jalan utama di kota Medan, termasuk Jalan Diponegoro, Jalan Sudirman dan Jalan Wali Kota masih ditenggelami air hingga ke paras pinggang,' kata beliau, sambil menambah bahawa kediaman rasmi dan pejabat Gabenor Sumatera Utara turut ditenggelami air.Encik Gatot berkata banjir berpunca daripada air di dua sungai utama di Medan, iaitu Sungai Babura dan Sungai Deli, melimpahi tebing berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.'Medan juga mengalami perubahan cuaca mendadak apabila pusaran angin berkumpul di wilayah Sumatera Utara, menyebabkan hujan lebat dan banjir yang diramal berterusan hingga Mei,' katanya.Beliau, bagaimanapun, berkata operasi di lapangan terbang utama di Medan tidak terjejas dan masih berfungsi seperti biasa.Ketua Jabatan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia, Encik Albertus Kusbagio, berkata pihaknya meramalkan keadaan cuaca tidak menentu di wilayah Sumatera Utara dan kemungkinan banjir berulang dalam tempoh terdekat.'Pusaran angin yang berhimpun di Sumatera Utara mendorong pembentukan awan tebal yang membawa hujan lebat. Pada masa yang sama, sungai di sekitar Medan tidak mampu menampung jumlah air yang terlalu banyak ketika hujan lebat, juga menjadi punca banjir kilat,' katanya.Sementara itu, di Papua, banjir kilat yang melanda wilayah Paniai, Ekadiede dan Agadide Paniai di timur, menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang terkorban, manakala lebih 100,000 penduduk terpaksa dipindahkan. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

Badul sangkal dakwaan cabul remaja tiga kali


-- Foto METRO AHAD


KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, A.R. Badul, 63 tahun, menyangkal dakwaan seorang remaja perempuan yang beliau mencabul mangsa lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu.
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada polis bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.'Sukar bagi saya keluarkan sebarang komen atau kenyataan buat masa ini, namun apa yang dapat saya maklumkan ialah apa yang didakwa oleh mangsa terhadap saya adalah dakwaan yang songsang,' katanya yang mengaku mengenali pelajar terbabit.Ketika dihubungi kelmarin, Badul berkata beliau akan bertemu seorang pegawai Bahagian Serangan Jenayah Seksual dan Penderaan (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), esok, bagi membantu siasatan kes berkenaan.Akhbar setempat sebelum ini melaporkan, seorang pelawak popular berusia 60-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa sering dicabul lelaki itu.Difahamkan, pelajar itu dicabul lebih tiga kali di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang.Ini selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu.Menurut laporan itu, bagi menutup perbuatannya, pelawak berkenaan menyogok sejumlah wang.Badul, yang selesai mengarahkan filem Hello turut mendakwa menerima panggilan daripada seseorang yang dipercayai menyamar sebagai polis memintanya hadir ke IPKKL, petang Jumaat lalu.'Semalam (Jumaat lalu) ketika menjalani penggambaran di Pulau Indah, Klang, ada lelaki menghubungi dan mengarahkan saya dengan kasar serta memaki-hamun meminta saya ke IPKKL.'Apabila saya ke IPKKL pada 4 pagi, petugas di pintu masuk mendakwa tiada siapa mengarahkan saya hadir,' dakwanya.Badul yakin orang yang menghubunginya mempunyai kaitan dengan mangsa dan menyamar sebagai polis.Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Khairi Arasa, berkata, polis akan menyiasat kesahihan dakwaan pelajar berkenaan. -- Metro Ahad, BMM.Cyberita Online Luar Negara

Anggota komando maut dalam latihan payung terjun

SANDAKAN 4 April – Seorang anggota komando terbunuh semasa menjalani latihan payung terjun, dipercayai setelah payung terjun digunakannya itu gagal berfungsi, di sini pagi ini.


Mangsa, Limit Amis, 38 , berasal dari Sarawak ditemui mati di muara sungai Batu 7 kira-kira pukul 11.30 pagi dan dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk bedah siasat.


Anggota komando dari Pusat Latihan Peperangan Khas (Pulpak) di Melaka itu sedang menyertai latihan payung terjun siri satu dan siri dua membabitkan 104 orang pegawai dan anggota tentera dari seluruh Malaysia. – Utusan

Anak Gaddafi mahu bapa berundur: NYT

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya dua anak lelaki pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, mencadangkan peralihan kepada demokrasi berperlembagaan yang akan membabitkan pengunduran bapa mereka, lapor akhbar The New York Times.

Merujuk taklimat diplomat yang tidak dinamakan dan pegawai Libya berhubung pelan berkenaan, akhbar berkenaan menyatakan peralihan itu akan diketuai seorang daripada anak Gaddafi, Seif al-Islam el-Kadhafi.

Namun, akhbar itu menyatakan tidak diketahui sama ada Gaddaffi sudah bersetuju dengan cadangan yang dikatakan disokong anak beliau, Seif dan Saadi el-Kadhafi.
Tetapi seorang individu yang rapat dengan kedua-dua beradik itu berkata bapa mereka sanggup berbuat demikian. - AFP

Wanita Australia selamat walau kereta jatuh enam tingkat

MELBOURNE: Seorang wanita terselamat selepas keretanya menjunam enam tingkat dari bahagian atas tempat meletak kereta di Melbourne dan tersepit di antara dua bangunan.

Pemandu berusia 41 tahun itu dikeluarkan dari kenderaannya yang jatuh kira-kira 30 meter dan tersepit di antara tembok tempat meletak kenderaan itu dan bangunan lain.

“Ia amat teruk... Saya tidak pasti bagaimana wanita itu terselamat,' saksi, Michael Rockefeller, memberitahu pemberita di tempat kejadian.
Wanita berkenaan mengalami luka pada kepala dan kemungkinan kecederaan pada tulang belakang dan dikejarkan ke Royal Melbourne Hospital dalam keadaan serius tetapi stabil.

Polis masih menyiasat bagaimana kereta terbabit boleh merempuh palang keluli dan halangan kabel di tempat meletak kenderaan itu.

Anggota paramedik berkata, tali pinggang keledar menyelamat nyawa wanita itu dengan menghalang beliau daripada tergelincir ke bahagian penumpang yang menerima hentaman kuat. - AFP

Cucu setan

myMetro | Cucu setan: "KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia lewat 20-an layak digelar ‘cucu setan’ apabila mencuri barang kemas neneknya di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, sebelum menghabiskan wang hasil jualan barangan berkenaan bersama rakannya.

Lebih menyedihkan, apabila perkara itu diketahui ahli keluarganya, suspek mengugut pula mencederakan neneknya selain memaki hamun warga emas berusia 60-an itu selepas mangsa mendesak barang kemas dikembalikan."

2 kumpulan pelajar bergasak

myMetro | 2 kumpulan pelajar bergasak: "HULU SELANGOR: Gara-gara berebut teman wanita, dua kumpulan membabitkan lapan pelajar sebuah sekolah menengah dekat sini bergaduh yang berkesudahan dua daripada mereka cedera dan dimasukkan ke hospital.

Sumber berkata, pergaduhan itu membabitkan pelajar tingkatan empat dan lima sekolah yang sama dan kejadian berlaku di dalam kawasan sekolah pada kira-kira jam 12 tengah hari, Jumaat lalu.


“Kejadian bermula dengan pertengkaran sebelum berlanjutan kepada tumbuk menumbuk. Guru yang dimaklumkan mengenainya segera ke tempat kejadian dan sejurus tiba, dua pelajar tingkatan lima didapati cedera agak teruk, lalu dibawa ke hospital,” katanya.

Berikutan kejadian itu, keluarga pelajar yang cedera membuat laporan polis, dan Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy mengesahkan menerima laporan."

Seorang maut, 2 parah nahas motosikal-teksi

myMetro | Seorang maut, 2 parah nahas motosikal-teksi: "KUALA LUMPUR: Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan teksi di Jalan Segambut menghala ke arah Segambut Dalam, jam 3.30 petang semalam.

Mangsa, seorang wanita yang membonceng motosikal dan cedera parah di kepala sebelum maut di tempat kejadian, masih belum dikenal pasti identiti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayatnya.


Kejadian itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki warga Myanmar membuat pusingan-U secara tiba-tiba di tempat yang tidak dibenarkan mengakibatkan teksi dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh kedua-duanya.

Akibatnya, motosikal terbabit diseret beberapa meter dan menyebabkan wanita berkenaan tercampak ke arah cermin kereta.


Difahamkan, pemandu teksi terbabit cedera parah selepas teksi yang dipandu tersangkut di atas pembahagi jalan. Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat."

Diselamat selepas sesat 20 jam dalam hutan

myMetro | Diselamat selepas sesat 20 jam dalam hutan: "




HULU SELANGOR: Empat sahabat termasuk seorang perempuan sesat selama kira-kira 20 jam akibat gagal mencari jalan keluar selepas masuk hutan di Bukit Kutu, dekat sini untuk berkhemah, tengah hari kelmarin.


Mereka yang berusia 20-an masuk ke kawasan hutan itu kira-kira jam 2 petang untuk berkhemah bersama empat rakan mereka yang masuk lebih awal.




Sumber polis berkata, bagaimanapun dua kumpulan terbabit terpisah ketika dalam perjalanan keluar dari hutan, menyebabkan empat rakan mereka daripada kumpulan yang berbeza menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan kecemasan.


“Operasi mencari dan menyelamat dimulakan kira-kira jam 6 petang (kelmarin) namun, sehingga jam 12 tengah malam, tiga lelaki dan seorang wanita itu masih gagal dikesan.




“Operasi disambung semula kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam) dan keempat-empat mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 12 tengah hari dalam keadaan kepenatan sebelum diberi rawatan.




Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy yang mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu turut menasihati kumpulan yang mahu mengadakan aktiviti di dalam hutan supaya memaklumkannya terlebih dulu kepada polis sebagai langkah keselamatan."

40 tenggiling bernilai RM60,000 dirampas

KOTA BAHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan merampas 40 ekor tenggiling bernilai kira-kira RM60,000 yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Pengarah Perhilitan negeri Rahmat Topani berkata rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota jabatannya dengan kerjasama polis, di hadapan balai polis Bukit Yong pada pukul 6.45 pagi ini.

Beliau berkata tenggiling spesis “manis javanica” seberat 200 kilogram itu disimpan dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry dan dipercayai cuba diseludup ke Thailand.

'Kami menahan seorang pemandu kereta itu dan penumpang masing-masing berumur dalam lingkungan 40-an berasal dari Johor untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 68 (2) Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010, Akta 716 dan mengikut akta yang baru dipinda itu, mereka yang disabit kesalahan boleh didenda sehingga 100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Rahmat berkata pihaknya percaya haiwan itu cuba diseludup ke China untuk tujuan perubatan tradisional melalui Thailand. - Bernama

Rokok seludup bernilai RM103,488 dirampas

TAWAU – Pasukan Gerakan Marin Tawau merampas 7,000 bungkus rokok bernilai RM103,488 yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini melalui sungai, semalam.


Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Tawau ASP R. Krishnan berkata dalam operasi pada pukul 9 malam hasil maklumat orang ramai itu, pihaknya menemui 14 kotak yang ditinggalkan di tebing sungai dekat Kinabutan.


'Setelah memeriksa kotak berkenaan, kami menemui 4,500 bungkus rokok berjenama Mighty King Size dan 2,500 bungkus berjenama Mighty Menthol King Size,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama
Kosmo! Online - Terkini: "

Cetak rompak meningkat 300 peratus

KUANTAN - Jumlah kes yang membabitkan rampasan video cakera padat (VCD) dan video cakera digital (DVD) cetak rompak di Pahang meningkat sebanyak 300 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang Mohd A. Aruwan Ab Aziz berkata, berdasarkan maklumat orang ramai, 33 kes diberkas membabitkan kesalahan menjual barangan VCD dan DVD cetak rompak berbanding 13 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Katanya, daripada 33 kes atas kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan itu, sebanyak 9,671 unit pelbagai VCD dan DVD cetak rompak berjaya dirampas dengan nilai rampasan dianggarkan RM48,355.
"Kebanyakan premis-premis tetap yang diperiksa itu mempunyai lesen yang sah bagi penjualan VCD dan DVD tetapi produk cetak rompak itu disimpan di tempat lain sebelum dikeluarkan mengikut permintaan pelanggan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
PPDNKK Pahang katanya turut berjaya mengesan dua kes yang membabitkan kesalahan bawah Akta Hakcipta 1987 yang membabitkan rampasan 3,135 keping VCD dan DVD yang bernilai RM15,675 bagi tempoh yang sama.
Katanya jumlah rampasan itu juga menunjukkan peningkatan berbanding 69 keping dengan nilai anggaran RM690 dari dua kes yang dikesan Januari hingga Mac tahun lepas.
Menurutnya kesemua kes berkenaan telah dan akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut. - Bernama
Kosmo! Online - Terkini

18 pelatih konstabel dijangkiti simptom ILI

PORT DICKSON: Seramai 18 pelatih konstabel dari Pusat Latihan Polis (Pulapol) Port Dickson berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Teluk Kemang, di sini, dimasukkan ke hospital dipercayai dijangkiti empat virus misteri, sejak 26 Mac lalu.
Difahamkan, semua pelatih berusia lingkungan 19 hingga 21 tahun itu mengalami simptom demam panas selepas dijangkiti virus bakteria leptosperosis (kencing tikus), virus adeno, demam denggi dan kes influenza (ILI). Sumber berkata, jabatan kesihatan masih menyiasat punca virus berkenaan selepas mengenal pasti semua pelatih mempunyai empat simptom penyakit berkenaan.

“Pihak hospital masih menjalankan diagnosis secara keseluruhan kerana setiap pelatih yang datang mempunyai pelbagai simptom dan setakat semalam 10 daripada mereka disahkan positif,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sehingga semalam, empat lagi pelatih dimasukkan ke wad itu apabila menunjukkan simptom dijangkiti bakteria dan virus berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zailan Adnan mengesahkan lapan pelatih berkenaan dirawat sebagai kes influenza (ILI).


“Jangkitan adenovirus dan virus H1N1 boleh datang dengan aduan tanda-tanda ILI. Namun, dalam kes ini, kami sedang meneliti dan menyiasat dengan lebih lanjut. Kesemua lapan kes yang dimasukkan ke Hospital Port Dickson (HPD) dilaporkan stabil.

“Tumpuan saya kini lebih kepada mengenal pasti kaedah mencegah simptom ini daripada merebak kepada pelatih lain dan kini jabatan kesihatan negeri sedang menyusun langkah-langkah kawalan dan hal logistik bagi memastikan pelatih di kem mahupun di hospital dirawat dengan baik,” katanya.

Menurutnya, pihaknya belum mengetahui jenis virus yang menjangkiti semua pelatih terbabit dan ujian diagnosis sedang dijalankan, namun empat antaranya ialah leptosperosis, virus adeno, demam denggi, kes influenza
(ILI).myMetro | 18 pelatih konstabel dijangkiti simptom ILI

Korban banjir di Thailand cecah 40

BANGKOK: Angka kematian akibat banjir besar yang melanda selatan Thai meningkat 40 orang semalam.


Pihak berkuasa negara itu berkata, bencana itu turut memaksa beribu-ribu penduduk tinggal sementara di pusat perlindungan.




Hujan sejak lebih seminggu lalu, pada musim yang sepatutnya antara paling panas, menyebabkan banjir di 10 daripada 77 wilayah Thailand, menenggelamkan rumah, menyebabkan tanah runtuh dan memusnahkan jalan raya serta jambatan.


Satu kejadian tanah runtuh memusnahkan seluruh kampung di daerah Khao Phanom, wilayah Krabi.




Cuaca buruk minggu lalu menyebabkan beribu-ribu orang terkandas di beberapa pulau di Teluk Siam dan Laut Andaman, menyebabkan kerajaan mengerahkan tentera laut untuk menyelamat mereka di Pulau Koh Tao dan Koh Phangan yang berdepan dengan kekurangan makanan dan minuman. - AP
myMetro | Korban banjir di Thailand cecah 40: "

Gempa bumi berkekuatan 6.4 skala Richter melanda Fiji

WELLINGTON 4 April - Satu gegaran kuat berukuran 6.4 skala richter melanda Fiji hari ini, menurut Agensi Geologi Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan akibat gempa kuat itu yang berlaku 321 kilometer sebelah barat Suva pada pukul 2.09 pagi waktu tempatan. - AFP

Letupan kuil Sufi di Afghan: Jumlah korban meningkat


ISLAMABAD 4 April - Jumlah korban dalam kejadian dua letupan di sebuah kuil Sufi di sebelah timur Pakistan semalam meningkat kepada 41 orang.

“Kami telah mengesan 41 mayat dan 100 lagi mangsa cedera di hospital berasingan,” kata ketua pasukan penyelamat bandar Dera Ghazi, Natiq Hayat.

Pihak polis berkata, kejadian tersebut dipercayai disebabkan oleh bom. - Reuters"

Virus Adeno menular ke PD?

SEREMBAN 3 April - Selepas negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno baru-baru ini, kini virus itu seperti menjangkiti Pulapol Port Dickson (PD) pula.
Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang dekat sini disyaki dijangkiti virus Adeno setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas.
Berikutan itu, kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson sejak semalam untuk menerima rawatan lanjut selain bertujuan mengesahkan sama ada mereka benar-benar dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu.
Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan memberitahu, kesahihan bahawa kesemua pelatih tersebut dijangkiti virus Adeno belum dapat disahkan.
"Pihak kami masih menjalankan ujian diagnosis secara keseluruhan dan seterusnya menunggu keputusan ujian makmal sebelum dapat mengesahkannya.
"Kesemua lapan pesakit itu kini dirawat sebagai kes influenza (ILI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini hari ini.
Seramai 1,000 pelatih lelaki yang mendaftar sebagai konstabel polis sedang menjalani latihan di kem Pusasda sejak awal Januari lalu.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Warga emas cedera bergelut dengan peragut

DUNGUN 3 April - Seorang warga emas, Minah Mohamad (gambar), 65, melalui detik-detik mencemaskan apabila bergelut dengan peragut dalam kejadian yang berlaku berhampiran rumahnya di Jalan Bunga Raya di sini malam tadi.


Ketika bergelut untuk menghalang beg tangannya diragut, mangsa terjatuh di atas jalan membolehkan peragut melarikan beg tangannya.


Minah yang mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan jari dikejarkan ke Hospital Dungun oleh anaknya, Tengku Hanafi Tengku Hasan, 38, untuk rawatan lanjut.


Kejadian berlaku di Lorong Satu, Jalan Bunga Raya ketika mangsa sedang berjalan kaki menuju ke rumahnya sambil ditemani tiga cucunya kira-kira pukul 10.30 malam selepas mengikuti rombongan ke Rantau Panjang, Kelantan.


Difahamkan, sebaik sahaja turun dari bas rombongan, mangsa menelefon anaknya sebelum tiga cucunya datang untuk mengangkat barangan yang dibeli di Rantau Panjang.


Bagaimanapun, mangsa tidak menyedari dia diekori dua lelaki menaiki sebuah motosikal sebelum seorang daripada suspek meragut beg tangannya.


Berikutan kejadian itu, mangsa kerugian wang tunai RM250 dan beberapa dokumen penting.


Ketua Polis daerah, Supritendan Dahlan Mohd. Noor semasa dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan menurutnya, polis sedang memburu kedua-dua suspek.
Utusan Malaysia Online - Timur: "

Ketuk murid: Guru, keluarga mangsa berdamai laporan polis ditarik balik

BUTTERWORTH 3 April - Keluarga murid tahun lima, Nur Umi Aishah Ismail yang mendakwa diketuk gurunya sehingga hampir pitam minggu lalu, akhirnya memaafkan guru lelaki terbabit dan menarik semula laporan polis yang dibuat pada 25 Mac lepas.
Isu tersebut selesai hasil inisiatif Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin yang mengatur pertemuan antara ibu bapa kanak-kanak itut, Ismail Abdllah, 60, dan Jamaliah Awang, 49, dengan pihak sekolah berkenaan di sini kelmarin.
Dalam pertemuan kira-kira 40 minit itu, pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kuala Perai dan keluarga Nur Umi Aishah menganggap kes itu sudah selesai dengan kedua-dua pihak bersetuju berdamai.
Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara, Adnan Idris dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut, Noor Azman Halid.
Ismail berkata, dia secara peribadi tidak mahu memanjangkan isu tersebut, tetapi berpendapat ia wajar diteliti sebaik mungkin kerana melibatkan emosi anaknya serta murid-murid yang lain.
"Pihak sekolah juga memberi jaminan kejadian ini tidak akan berulang dan guru berkenaan juga sudah minta maaf. Sebagai bapa, saya sendiri tidak mahu ia dipanjangkan," katanya ketika ditemui selepas pertemuan itu.
Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan laporan mengenai trauma yang dihadapi oleh Nur Umi Aishah selepas kanak-kanak itu mendakwa diketuk lima kali di kepala oleh seorang guru lelaki pada 25 Mac lalu hanya kerana gagal menjawab soalan matematik dengan betul.
Murid itu mendakwa, tindakan cikgu terbabit menyebabkan dia hampir pitam dan penglihatan jadi berpinar-pinar sehingga keluarganya membuat laporan polis pada hari kejadian.
Sementara itu, Shaikh Hussein memberitahu, pihaknya segera mengatur perjumpaan tersebut kerana bimbang kes itu berlarutan sehingga menjejaskan pembelajaran Nur Umi Aishah.
"Kita juga tidak mahu ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab sengaja mengeruhkan keadaan kerana bagi kita isu ini boleh diselesaikan segera jika semua pihak bersikap positif," ujar beliau.
Utusan Malaysia Online - Utara

Nenek mati dikelar selepas disamun

KUALA LUMPUR 3 April - Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Perak, Sentul di sini gempar apabila menjumpai mayat seorang perempuan warga emas dipercayai dibunuh berhampiran lif PPR tersebut hari ini.Ketika kejadian, mangsa Veeramah, 79, ditemui orang awam pukul 6.45 petang dalam keadaan lengkap berpakaian di tingkat lapan blok 41.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, siasatan awal mendapati leher mangsa dikelar menggunakan senjata tajam.
"Ketika ditemui kedua-dua subang telinga mangsa didapati hilang dan ini menunjukkan mangsa juga turut disamun," katanya ketika ditemui pemberita.
Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di tangga rumah kedai tiga tingkat berhampiran Stesen Bas Klang Sentral, Meru, Klang, petang ini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan menyatakan bahawa mangsa adalah seorang warga asing berumur dalam lingkungan 30-an.
Kata beliau, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian muka mangsa namun punca kematian masih disiasat termasuk motif kejadian tersebut.
''Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini untuk bedah siasat,'' katanya.
Sementara itu, seorang saksi, S. Prabu, 26, yang merupakan seorang pengawal keselamatan memberitahu, dia menemui mayat lelaki itu kira-kira pukul 3 petang ini ketika sedang meronda bersama rakan sekerjanya.
"Saya terkejut apabila menemui lelaki ini terbaring dengan hanya memakai seluar dalam berwarna putih dalam keadaan mengiring dan kepala tersandar pada dinding.
"Saya juga melihat kesan lebam pada pipi kiri dan beberapa kesan percikan darah di muka dan dinding tangga tersebut," katanya.
Prabu berkata, pada mulanya, dia tidak mengesyaki mangsa telah meninggal dunia sebaliknya menyangka lelaki itu hanya pengsan.
"Namun, selepas saya memercikkan air ke mukanya, lelaki itu masih tidak sedar dan apabila saya pegang lehernya terasa sejuk, ketika itulah baru saya tahu dia sudah meninggal dunia," katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja, Klang.
Utusan Malaysia Online - Kota