Search This Blog

Sunday, April 3, 2011

Penunggang maut nahas

PORT DICKSON: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari simpang di Kilometer 6, Jalan Port Dickson-Seremban, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, Khairul Hazwan Hamzah, 21, yang juga anak anggota polis di daerah ini mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.


Jurucakap polis berkata kemalangan berlaku selepas kereta dipandu seorang wanita keluar dari simpang dan membelok ke kanan menghala ke Port Dickson.

“Pada masa sama, Khairul Hazwan yang menunggang motosikal dari Port Dickson ke Seremban gagal mengelak,” katanya.


Beliau berkata, berikutan rempuhan itu, mangsa tercampak dan cedera parah di kepala, menyebabkannya mati di tempat kejadian.


Menurutnya, wanita berusia 38 tahun itu bagaimanapun tidak cedera dan membuat laporan polis sejurus kejadian.

Katanya, polis juga mengambil keterangannya bagi membantu siasatan, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan.


Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan masih dijalankan.

Curi motosikal seawal 12 tahun




BATU PAHAT – Sememangnya tidak dijangkakan, remaja seawal 12 tahun menjadikan kegiatan mencuri motosikal sebagai hobi dan dipercayai terlibat dalam beberapa kes kehilangan motosikal terutamanya di sekitar bandar ini.

Remaja berkenaan kini menjadi buruan apabila tiga rakannya diberkas hasil risikan polis selain bantuan awam yang menyalurkan maklumat berkaitan mereka.

:Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, kegiatan terakhir mereka yang membawa tertangkapnya tiga suspek berkenaan dilakukan kira-kira awal 3 pagi, minggu lalu.

Menurutnya, kegiatan terbabit dilakukan kumpulan terdiri empat remaja ini dikatakan berlegar-legar di sekitar kawasan Taman Flora, sebelum mereka mengenal pasti motosikal yang bakal dicuri.

“Motosikal yang hilang dalam kes terkini ini berpunca apabila pemiliknya pergi ke pusat snuker berhampiran dan mendapati motosikalnya hilang apabila keluar selesai bermain snuker untuk hanya beberapa minit sahaja.

“Pemilik motosikal terbabit panik dengan kehilangan motosikalnya dan mencari ke seluruh kawasan sekitar, sehingga usaha terakhir melihat proses kehilangan motosikalnya melalui rakaman kemera litar tertutup (CCTV) pusat snuker berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, dalam rakaman berkenaan, kelihatan empat remaja terlibat termasuk tiga remaja lelaki berumur lingkungan 12 hingga 18 tahun.

Adnan berkata, hasil kecekapan polis, tiga remaja berkenaan ditangkap pada jam 5.45 pagi hari sama, sebelum mereka sempat meleraikan komponen motosikal berkenaan.

Beliau berkata, walau bagaimanapun seorang lagi remaja yang berumur 12 tahun masih lagi dicari kerana tiada di rumah semasa polis melakukan tangkapan berkenaan dan kini diburu.

“Pemeriksaan lanjut terhadap suspek, mereka mengaku menjalankan kegiatan berkenaan, selain ke semua mereka ini tidak bersekolah dan tiada kesalahan lampau, juga boleh dikatakan mencuri motosikal ini dijadikan hobi baru mereka yang dikatakan lebih mencabar.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya dapat memasang kunci tambahan pada motosikal mereka bagi mengelakkan kegiatan seumpama ini berlaku kepada mereka,” katanya.

Adnan berkata, jangan sesekali memberikan ruang terhadap penjenayah kerana mereka akan sentiasa mengintai peluang untuk mencuri apa juga jenis motosikal apabila berpeluang melakukannya
SH

Tiga keluarga nyaris maut



SUNGAI SIPUT – Tiga keluarga yang sedang nyenyak tidur nyaris maut apabila rumah didiami mereka terbakar dalam satu kejadian di Taman Tun Sambathan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kebakaran dikatakan berpunca daripada rumah yang berada di bahagian tengah sebelum merebak ke rumah bersebelahan.

Salah seorang mangsa, Nabisah Mohd Kassim, 71, berkata, dia mula menyedari rumahnya terbakar apabila terdengar jiran menjerit dari luar dan menyuruhnya segera meninggalkan rumah.

Menurutnya, ketika kejadian dia tinggal seorang diri.

“Saya terpinga-pinga apabila mendengar bunyi bising dari luar dan terus keluar rumah sebelum melihat api sudah marak, saya hanya sempat membawa bersama kad pengenalan sahaja, namun saya tetap bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Seorang lagi mangsa, S Mariappan, 51, berkata, dengan bantuan jiran, dia sempat menyelamatkan sebahagian barang berharga apabila menyedari rumah mula terbakar.

“Walaupun tidak terbakar sepenuhnya tetapi saya jangkakan banyak kerosakan telah berlaku,” katanya.

Seramai enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira jam 2.05 pagi.

Ketua Balai Bomba Sungai Siput, Mohamad Idris berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut dibantu sembilan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

“Kita mengambil masa hampir 15 minit untuk mengawal kebakaran, punca dan kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Kepantasan anggota bomba dalam mengawal kebakaran berjaya menghentikan api dari terus merebak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam, berkata, bantuan segera akan disalurkan kepada semua mangsa dalam masa terdekat.

“Kita berharap keluarga terlibat dapat bersabar dan dengan bantuan yang diberikan itu, mereka boleh menggunakannya untuk membeli barangan keperluan sebelum bantuan lain disalurkan,” katanya.
SH

Kereta rempuh kedai makan



MENGLEMBU – Seorang tauke kedai makan tergamam apabila premisnya dirempuh sebuah kereta jenis Toyota di kawasan Perindustrian Menglembu di sini, pagi semalam.

Premis makanan yang terkenal dalam kalangan pekerja di kawasan perindustrian itu terletak berhampiran kilang papan dan berhadapan dengan Pusat Jualan dan Servis Proton Edar.

Sinar Harian difahamkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu, pemandu kereta yang juga seorang warga emas gagal mengawal kenderaan yang dipandunya lalu merempuh premis berkenaan.

Kejadian berlaku apabila sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan melanggar bahagian belakang kereta itu.

Pemandu kereta berusia dalam lingkungan 70-an itu dalam perjalanan dari Ipoh ke Menglembu bersama dua yang lain sebelum terbabas dan merempuh kedai makan.

Akibat terlalu panik dan terkejut, pemandu warga emas itu terus merempuh kedai makan yang berada di bahagian kanan jalan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku namun penunggang motosikal dipercayai mengalami kecederaan ringan dan sudah dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Pemiliknya, Ng Chee Keong, 53, dan isteri pada ketika itu sedang sibuk melayan pelanggan yang sedang menjamu sarapan pagi.

“Saya dan isteri berada di belakang kedai ketika kejadian. Tiba-tiba kami terdengar bunyi dentuman kuat dalam kedai.

“Selepas mendengar bunyi itu, saya segera ke bahagian tepi kedai dan mendapati sebuah kereta Toyota lama tersadai di bahagian dalam premis,” katanya.

Chee Keong berkata, dia kerugian kira-kira RM10,000 kerana terdapat pelbagai peralatan dan perabot di kedainya rosak akibat rempuhan itu.

“Walaupun berdepan kerugian, kami bernasib baik kerana tidak ada pelanggan yang cedera dalam kejadian ini. Namun, kami terpaksa mengambil masa membaik pulih kedai bagi kerja-kerja pembaikan supaya perniagaan boleh berjalan seperti sediakala,” katanya.

Dua pekerja loji Fukushima maut akibat tsunami

TOKYO: Tsunami besar yang melumpurkan loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi turut membunuh dua pekerja di situ, kata pengendalinya, sekali gus mengesahkan kematian di kompleks berkenaan.

Dua pekerja terbabit yang berusia 21 dan 24 tahun, hilang sejak gempa bumi dan tsunami pada 1 mac lalu.

“Ia sungguh menyedihkan kerana kedua-dua pekerja muda ini cuba melindungi loji tenaga ini ketika gempa bumi dan tsunami,' kata Pengerusi Tokyo Electric Power Co, Tsunehisa Katsumata, dalam satu kenyataan.
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan luaran dan dipercayai meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah.

Mayat mereka terpaksa dinyah radiasi berikutan pendedahan sejak tiga minggu lalu. - AP"

Anggota tentera sembelih burung enggang digantung tugas


SHAH ALAM 3 April – Seorang pegawai dan empat anggota tentera lain-lain pangkat yang menyembelih seekor burung enggang di Taman Negeri Royal Belum di Gerik, Perak baru-baru ini, dikenakan tindakan gantung tugas mengikut Akta Angkatan Tentera 1972.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua yang terlibat itu juga akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
"Berdasarkan siasatan, ada pemburu lain yang menembak enggang itu sehingga jatuh. Apabila melihat keadaan burung itu yang lemah (hampir mati), anggota-anggota tentera terbabit telah menyembelihnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga Kelab Anak Rantau Bagan Datoh, di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, walaupun anggota tentera terbabit bukan pihak yang bertanggungjawab menembak burung enggang itu, mereka sepatutnya menyelamatkannya dan bukan bertindak menyembelih burung tersebut.
Sehubungan itu katanya, kementerian tersebut terpaksa mengambil tindakan disiplin ke atas semua anggota tentera terbabit.
Akhbar sebelum ini menyiarkan berita bergambar menunjukkan beberapa anggota tentera sedang memegang seekor burung enggang yang telah disembelih dan gambar itu tersebar di beberapa laman web.
Perbuatan itu mendapat bantahan orang ramai termasuk Persatuan Pencinta Alam. - Bernama
Utusan Malaysia Online - Terkini

Lapan pelatih Pulapol PD disyaki dijangkiti virus Adeno

SEREMBAN 3 April – Seramai lapan orang pelatih konstabel di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Port Dickson yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang dekat sini disyaki dijangkiti virus Adeno setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas.

Berikutan itu, kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson sejak semalam untuk menerima rawatan lanjut selain mengesahkan sama ada mereka benar-benar dijangkiti virus itu yang boleh membawa maut.

Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan memberitahu, kesahihan bahawa kesemua pelatih tersebut dijangkiti virus Adeno belum dapat disahkan.

“Pihak kami masih menjalankan ujian diagnosis secara keseluruhan dan seterusnya menunggu keputusan ujian makmal sebelum dapat mengesahkannya.

“Kesemua lapan pesakit itu kini dirawat sebagai kes influenza (ILI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno.

Seramai 1,000 pelatih lelaki yang mendaftar sebagai konstabel sedang menjalani latihan di kem Pusasda sejak awal Januari lalu. - Utusan"Utusan Malaysia Online - Terkini: "

Lelaki cedera terpijak jarum



BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki cedera di kaki selepas terpijak longgokan jarum yang dibuang berhampiran kawasan perindustrian ringan Sungai Rambai, di sini, 27 Mac lalu.

Tang Wah Peng, 43, berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5 hingga 6 petang ketika dia ingin berehat bersama seorang kawan selepas berjoging di kawasan berkenaan.

Menurutnya, tapak kakinya tiba-tiba sakit selepas membuka kasut untuk duduk berehat di situ.

“Pada mulanya saya tidak tahu punca menyebabkan kaki saya luka dan berdarah berikutan cuaca yang agak gelap ketika itu dan hanya nampak kesan terbakar di situ.

“Keesokan harinya, saya pergi ke sana semula untuk mencari punca bagaimana tapak kaki saya boleh terluka dan terkejut mendapati longgokan jarum berada di situ yang mana ia cuba dilupuskan dengan cara membakarnya,” katanya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, dia kemudiannya berjumpa dengan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Sungai Rambai Fasa 1, Tan Xin Ying untuk memaklumkan perkara itu.

Katanya, laporan polis dibuat pada 31 Mac lalu untuk meminta siasatan dilakukan ke atas pihak tidak bertanggungjawab yang membuang jarum berkenaan sesuka hati.

“Saya tidak dapat tidur dengan lena selama tiga hari kesan terpijak longgokan jarum itu,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng yang turut meninjau kawasan berkenaan, berkata, jarum itu berkemungkinan kepunyaan premis yang menjalankan perkhidmatan perubatan dan bukan penagih dadah.

“Saya percaya jarum ini dilonggokkan pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil jalan mudah untuk tidak mengeluarkan kos bagi proses pelupusan secara profesional.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana jarum ini mungkin sudah digunakan dan boleh mengundang bahaya kepada orang awam.

“Sebenarnya, ada prosedur tertentu untuk melupuskan jarum ini, bukan membuang di merata tempat,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang, Michael Tan Cheong Heng dan Pengerusi JKKK Taman Sri Rambai Fasa 1, K Gunabalan.

Justeru, beliau menasihati orang awam yang terlihat perbuatan itu supaya membuat laporan polis, berjumpa dengan JKKK, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Dalam pada itu, Ahli Majlis MPSP, Oon Neow Aun kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dianggap mementingkan diri sendiri.

Jelasnya, sesebuah premis perubatan mempunyai cara untuk melupuskan alat yang tidak digunakan, bukan membuang di tempat awam dengan cara membakar.

Beliau berkata, perbuatan itu adalah satu kesalahan yang bukan sahaja boleh membahayakan keselamatan orang awam, malah mencemarkan alam sekitar.

“Saya berharap pengusaha berkaitan dapat mengikut cara yang betul untuk melupuskan jarum itu.

“Begitu pun, bagi pihak MPSP, kita akan mengambil tindakan untuk membersihkan kawasan ini supaya ia selamat untuk orang awam. Saya juga sudah memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Kesihatan dan Isnin ini mereka akan datang untuk menjalankan siasatan sebelum tindakan sewajarnya diambil ke atas pengusaha berkenaan,” katanya.

Jumpa hantu lagi?



KULIM - Misteri alam ghaib sememangnya wujud tapi tidak semua yang dipaparkan adalah benar. Kewujudan syaitan dan iblis adalah kenyataan di mana mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT.

Sinar Harian sebelum ini pernah memaparkan imej pocong yang dirakamkan di sekitar kawasan Kulim Hi Tech dan penemuan itu diakui pekerja industri di kawasan terbabit.

Sekali lagi lensa Sinar Harian merakamkan imej seakan seorang wanita mendukung anak di jendela sebuah bangunan lama sekitar Jalan Sungai Lembu.

Imej wanita itu dirakamkan kira-kira jam 6 petang. Ketika penggambaran dibuat, Sinar Harian turut ditemani seorang pengamal perubatan tradisional.

Sepanjang penggambaran, sememang perasaan seram itu ada terutama apabila mendekati bangunan lama itu. Dari tinjauan mendapati, kawasan itu langsung tidak didatangi binatang liar seperti anjing walaupun ia adalah kawasan tinggalan.

Pencari kayu, Abdul Razak Mohamad, 57, berkata, sepanjang dia menjalankan aktiviti di sekitar, pelbagai imej dan lembaga pernah ditemui terutama menjelang waktu senja.

Selain itu, Jalan Sungai Lembu cukup sinonim dengan gangguan pontianak dalam kalangan penduduk yang tinggal berhampiran. Ada di antara mereka yang tidak berani menggunakan jalan itu tengah malam.

Penduduk di sekitar kawasan berkata, pernah berlaku di mana sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki ditumpang lembaga seorang wanita di belakangnya.

“Saya datang ke kawasan ini lebih 20 tahun lalu dan banyak yang temui. Pernah juga menemui lembaga berjalan dalam keadaan tunduk melalui dicelah-celah pokok getah di belakang saya. Selain itu, saya pernah mendengar suara perempuan menangis dan keadaan teresak-esak.

“Bangunan ini adalah binaan zaman kolonial. Dalam jangka masa begitu panjang, bangunan ini semakin tua dan kini terus ditinggalkan. Di bahagian lurah bukit ini terdapat jirat lama yang turut ditinggalkan.

"Setelah berlakunya hakisan, kebanyakan jirat yang ada ini runtuh. Tidak mustahil sekiranya ada di antara jirat yang ada di sini, berlubang dan saya pernah melihatnya sendiri,” katanya.

Tidak sempat balik kampung



PORT DICKSON – Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) maut selepas terbabit dalam kemalangan semasa hendak pulang ke kampungnya, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira 9.35 malam di Kilometer 6 Jalan Port Dickson-Seremban, di sini apabila motosikal ditunggangi mangsa, Khairol Hazwan Hamzah, 21, terbabit dengan kemalangan dengan sebuah kereta.

Mangsa dikatakan mahu pulang bercuti di kampung halamannya dekat Taman PD Utama, di sini.

Jurucakap polis berkata, mangsa menunggang motosikal menuju ke Seremban dipercayai terlanggar tepi sebuah kereta jenis Honda Civic yang secara tiba-tiba keluar dari satu simpang jalan menuju ke Port Dickson.

Katanya, mangsa cedera parah maut di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Port Dickson, di sini untuk bedah siasat.

“Pemandu kereta seorang wanita berusia 38 tahun sudah membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa yang merupakan anak kepada seorang anggota trafik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman PD Utama, pagi semalam.

Lebih 3,000 cakera optik disita



SEREMBAN - Bahagian Kawalan Filem (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Cawangan Negeri Sembilan menyita sebanyak 3,676 cakera optik terdiri daripada cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) di sekitar negeri ini, sepanjang Januari hingga pertengahan Mac lalu.

Ketua Cawangannya, Zainal Abidin Othman berkata, semua cakera optik terdapat dirampas kerana tidak mendapat kelulusan agensi terbabit.

“Turut disita adalah sebanyak 13,293 bahan publisiti. Semuanya ditemui dalam pemeriksaan dijalankan ke atas premis-premis menjual VCD dan DVD di sekitar negeri ini.

“Nilai keseluruhan cakera optik dan bahan publisiti disita sepanjang tempoh berkenaan dianggarkan kira-kira RM42,000,” katanya di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, tindakan itu diambil pihaknya mengikut Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620).

Dalam pada itu, kata Zainal Abidin, selain penguat kuasaan, pihaknya juga giat menjalankan aktiviti pendidikan berhubung pematuhan akta berkenaan.

Beliau berkata, penerangan berhubung akta terbabit diberi kepada peniaga semasa pemeriksaan dijalankan pegawai dan anggotanya.

“Peniaga perlu sedar kesan mereka menjual cakera optik tidak diluluskan terhadap ketenteraman awam, agama, sosiobudaya, ketertiban dan kesusilaan masyarakat.

“Orang ramai juga perlu memberi kerjasama dalam membanteras kegiatan itu dan mereka sewajarnya memastikan setiap cakera optik yang dibeli mendapat kelulusan BKF KDN,” katanya.

Sehubungan itu, kata Zainal Abidin, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kegiatan berkenaan boleh menyalurkannya dengan menghubungi BKF KDN Cawangan Negeri Sembilan di talian 06-7611152.

Tertekan ditinggalkan isteri



KUALA PILAH – Episod duka menyelubungi seorang bapa tunggal setelah ditinggalkan isteri sejak 2001 dan kini terpaksa menjaga lima anaknya secara sendirian.

Akibat dari itu dia mengalami kemurungan yang disebabkan tekanan hidup hingga bertindak drastik cuba membunuh diri dan mencederakan dirinya sebanyak enam kali.

Osman Nathan Abdullah, 47, seorang mualaf kini menguruskan sendiri anaknya termasuk menghantar anak ke sekolah di samping perlu melakukan kerja rumah.

"Saya tiada tempat untuk mengadu dan perasaan negatif mendorong saya melakukan perkara di luar batasan.

"Saya pernah menelan racun tikus dan menelan pil dalam kuantiti yang banyak. Malah, saya juga pernah cuba untuk terjun bangunan dan Allah SWT masih menyayangi saya untuk terus tabah meneruskan hidup," katanya yang pernah memasuki hospital di sekitar Segamat, Seremban dan Kuala Pilah.

Menurutnya, pengalaman berada di Wad Psikiatri memberi seribu kenangan yang sukar dilupakan.

"Sepanjang berada di sana, saya hanya diberikan ubat tanpa menerima bimbingan kaunseling mahupun aktiviti yang mampu mengurangkan tekanan.

"Oleh kerana itu saya masih bersikap negatif lalu mendorong mencederakan diri dengan mengelar tangan. Saya tidak berasa sakit kerana tindakan itu melegakan sekali gus menghilangkan tekanan," katanya.

Sehubungan dengan itu, Osman mengakui kurangnya pendedahan mahupun maklumat mengenai penyakit kurang siuman dan kemurungan menyebabkan stigma masyarakat masih lagi di tahap rendah.

"Kebanyakan individu yang ditemui menganggap saya orang gila yang boleh mencederakan sesiapa sahaja. Sedangkan saya hanya mengalami kemurungan dan tidak akan mencederakan orang lain selain diri sendiri.

"Stiga masyarakat sebegini hanya menambahkan lagi tekanan kepada saya. Bagaimana saya hendak pulih sekiranya semua orang di sekeliling memandang sinis kepada saya," katanya.

Justeru itu, Osman amat berharap agar mana-mana pihak dapat memahami penyakit kemurungan ini malah tidak memberikan tanggapan negatif terhadap golongan tersebut.

"Selain itu, saya juga berharap agar pihak hospital mahukan badan bukan kerajaan (NGO) dapat memberi perhatian terhadap nasib golongan seperti ini agar tidak tersisih.

"Kami bukan hanya mahukan ubat tetapi inginkan tempat meluahkan perasaan bagi mengurangkan rasa tekanan sekali gus mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi," katanya yang pernah menghantar surat aduan kepada salah sebuah hospital dekat sini.

Malang berganda



ALOR GAJAH - Tiga sahabat mengalami saat mencemaskan apabila kereta yang dinaiki bukan saja melanggar sebuah lori tangki minyak sebelum berpusing dan terhenti di tengah lebuh raya.

Sebaliknya, kereta dinaiki mereka turut terbakar selepas dirempuh sebuah lagi kereta yang datang dari arah belakang, sebaik saja kesemua mangsa sempat keluar dari kenderaan terbabit.

Kejadian berlaku di Kilometer 206 Lebuhraya Utara - Selatan, kira-kira 6 pagi semalam apabila pemandu kereta jenis Proton Wira itu tidak sempat membrek apabila sebuah lori tangki tiba-tiba memasuki laluan hadapannya.

Akibatnya, kereta terbabit melanggar pembahagi jalan sebelum berpusing dan berhenti di tengah lebuh raya.

Selang beberapa saat, sebuah kereta Toyota Camry datang dari arah belakang merempuh belakang Proton Wira terbabit sehingga menyebabkan Proton Wira berkenaan terbakar, kesan daripada tumpahan minyak daripada lori tangki berkenaan.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang Proton Wira itu bernasib baik kerana terselamat selepas sempat keluar dari kenderaan sebelum dirempuh Toyota Camry berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, sebuah lagi kereta jenis Proton Saga BLM terlanggar sedikit Proton Wira terbabit akibat keadaan laluan yang agak gelap.

Pemandu Proton Wira dikenali sebagai Tew Jia Juan, 20-an berkata, dia dalam perjalanan dari Selangor ke Johor Bahru.

“Saya memandu di laluan kanan dan tiba-tiba terdapat sebuah lori tangki secara tiba-tiba memasuki laluan saya untuk memotong sebuah kereta di hadapannya. Saya tak sempat memberhentikan kereta terus menghentam belakang lori itu,” katanya.

Jia Juan berkata, akibat rempuhan itu, dia turut melanggar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali sebelum berhenti di tengah jalan menghala ke laluan bertentangan.

“Ketika itu, saya dan dua lagi rakan berjaya keluar untuk ke tepi jalan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa kejadian.

Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, kereta Toyota Camry dipandu seorang lelaki berusia 40-an bersama isteri dan dua anaknya berusia lingkungan 20-an gagal mengawal kenderaan lalu melanggar belakang Proton Wira itu.

“Proton Wira itu terus terbakar disebabkan minyak yang terdapat pada bahagian belakang lori minyak berkenaan.

“Tidak berapa lama kemudian datang pula Proton Saga BLM melanggar sedikit bahagian pada Proton Wira terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Menurutnya, kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dihantar ke Hospital Alor Gajah serta Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut.

DVD cetak rompak dirampas



SHAH ALAM - Sepasukan 30 pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menyerbu empat lokasi premis yang menjual cakera padat video digital (DVD) cetak rompak.

Serbuan serentak bermula jam 8 malam melibatkan dua lokasi di Seksyen 7 dan masing-masing di Seksyen 17 dan Seksyen 24, malam kelmarin.

Menurut Penolong Pengarah, Bahagian Penguat kuasa KPDNKK Putrajaya, Aminuddin Muhammad, serbuan dibuat berdasarkan hasil intipan anggotanya selama seminggu dan juga hasil maklumat orang ramai.

“Daripada semua lokasi sasaran, dua tangkapan telah dibuat dan salah satunya melibatkan dua orang pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Bangladesh yang menjaga premis di salah satu lokasi serbuan,” katanya.

Menurutnya, dua Pati berkenaan diserahkan kepada pihak Imigresen untuk tindakan lanjut sementara suspek dalam satu tangkapan lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

“Dalam operasi ini, pihak kami berjaya merampas DVD cetak rompak yang nilai keseluruhannya adalah sebanyak RM38,000, namun operasi untuk membanteras gejala ini tidak akan berakhir di sini. Pihak kami akan terus menjalankan intipan dan siasatan bagi melumpuhkan aktiviti penghasilan dan jualan DVD cetak rompak.

Beliau berkata, siasatan akan dilakukan di bawah perintah Perihal Dagangan Label Cakera Optik, Akta Perihal Dagangan 1972 dan Akta Hakcipta 1987.

Operasi turut mendapat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Rela.

Tukang emas mati terjatuh



KLANG - Tindakan seorang lelaki yang juga tukang emas dipercayai cuba mengambil emas yang terjatuh ke bumbung membawa padah apabila dia terjatuh sebelum meninggal dunia dalam sebuah bilik di Jalan Tingkat Klang, Bandar Klang, di sini kelmarin.

Kejadian itu disedari salah seorang pekerjanya sekitar jam 1.05 pagi selepas melihat mangsa tiada di biliknya di tingkat satu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pekerja itu kemudiannya cuba menjejaki mangsa sebelum menemuinya dalam sebuah bilik kosong di tingkat bawah premis rumah kedai terbabit.

“Berdasarkan siasatan, mangsa yang berketurunan India dan berusia 25 tahun itu dipercayai sedang mengimpal emas di sebuah bilik di tingkat satu.

“Kemungkinan kepingan emasnya terjatuh ke bumbung lalu mangsa cuba mengambilnya dengan berjalan di atas bumbung terbabit,” katanya.

Menurutnya, pihaknya percaya mangsa telah terpijak lubang sebelum terjatuh ke sebuah bilik kosong di tingkat bawah yang turut terkunci dari luar.

“Sebaik dimaklumkan pekerjanya, polis bergegas ke sana dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Kita dapati mangsa mengalami pendarahan serius berdasarkan banyak darah mangsa di tempat kejadian.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut memandangkan tiada kesan-kesan serangan atau jenayah pada badan mangsa

Gegaran bom



PETALING JAYA – Penghuni Kondominium Paradesa Tropika, Bandar Sri Damansara bimbang dengan aktiviti mengebom batu yang jauhnya hanya 150 meter dari kawasan rumah mereka.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi tersebut menemui penduduk yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan keadaan itu.

Seorang penduduk, Andrew Tan berkata aktiviti mengebom yang bermula sejak Selasa minggu lalu menggegar bangunan lima blok kediaman setinggi lima hingga lapan tingkat di situ.

“Pada Selasa letupan berlaku dua kali kira-kira jam 12 tengah hari manakala pada Jumaat dua letupan kedengaran juga pada waktu yang sama,”katanya.

“Difahamkan aktiviti mengebom batu itu terpaksa dibuat menyiapkan jalan ke kawasan rumah teres di atas Bukit Meranti yang boleh tembus ke Damansara Perdana,”katanya.

Menurut Andrew kerja-kerja mengebom itu mempunyai permit yang dikeluarkan oleh pihak polis.

“Kami tahu ianya mempunyai permit tetapi perlukah kawasan itu dibom sedangkan terdapat bangunan tinggi yang terletak beberapa meter atau sudah tidak ada cara lain untuk meratakan kawasan itu bagi mengelakkan penggunaan bom,”katanya.

Jelasnya projek kerja-kerja meratakan kawasan itu boleh dilakukan tanpa menggunakan bahan letupan.

Sementara itu seorang lagi penduduk Mohd Hashim Abdullah 45 berkata jika bom terus dijadikan kaedah untuk dikhuatiri pelbagai musibah boleh berlaku terutama melibatkan struktur tanah dan keretakkan.

“Kontraktor terbabit perlu mengkaji keperluan menggunakan bom untuk meratakan kawasan berbukit di situ,”katanya.

Tambahnya meskipun penduduk di kedua-kedua kawasan iaitu Tropica dan Rustica tidak bersetuju dengan projek tersebut sebelum ini namun ianya tetap dilaksanakan.

“Sudahlah kawasan hijau ditarah, sekarang kami di sini terpaksa perlu tanggung risikonya,”katanya.

Jelasnya pihak berkuasa tempatan (PBT) diharap dapat campur tangan bagi menyelesaikan masalah itu.

Dadah celah dubur



BERA – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Daerah Bera berjaya merampas 43.5 gram dadah jenis heroin dan menangkap tiga lelaki di Felda Sebertak, dekat sini, jam 10.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superitendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, berdasarkan maklumat orang awam, sepasukan anggota membuat intipan di sebuah rumah kosong dua tingkat yang dijadikan tempat penagihan sejak sebulan lalu.

Menurutnya, dalam serbuan itu, sebanyak 16 peket plastik berisi bahan serbuk dan ketulan dadah jenis heroin dijumpai di ruang tamu rumah terbabit.

Katanya, ketika serbuan, salah seorang suspek cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung namun gagal, menyebabkannya cedera ringan.

“Lima peket plastik lut sinar dan enam keratan tiub straw berisi serbuk dan bahan ketulan dadah jenis heroin turut ditemui semasa pemeriksaan fizikal terhadap ketiga-tiga suspek.

“Itu termasuk heroin yang disembunyikan di bahagian celah budur oleh salah seorang suspek yang merupakan salah satu taktik terbaru untuk menyembunyikan dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah, dekat sini.

Mohd Zahid berkata, dalam ujian saringan awal yang dijalankan ke atas semua suspek, mereka didapati positif dadah jenis opiate dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

Katanya, dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Pulau Pinang kerana dua daripada suspek berasal dari negeri itu, manakala seorang lagi suspek berasal dari Felda Bukit Kepayang.

“Dengan jumlah rampasan dadah itu, ia boleh menampung antara 30 hingga 40 penagih dalam tempoh tiga hari kepada penagih biasa dan tegar.

“Nilai rampasan bernilai RM3,200 dan dijual dalam bentuk tiub straw yang boleh mencecah keuntungan dua kali ganda harga modal,” katanya.

Beliau berkata, dadah terbabit dipercayai dipasarkan di tiga tanah rancangan iaitu Felda Sebertak, Tementi dan Rentam.

Katanya, ketiga-tiga suspek mempunyai rekod lampau iaitu terlibat dalam kegiatan penagihan dadah lebih 10 tahun dan pernah beberapa kali ditangkap dan dihukum atas kesalahan dadah.

“Semua suspek ditahan reman sehingga 6 April ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39 B, 39 (A) 2, 12 (2) dan 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya.

Gadis jadi mangsa dua lelaki



KUALA TERENGGANU- Perkenalan yang membawa padah! Disebabkan terlalu percaya kepada lelaki yang baru dikenali, seorang gadis yang berusia 14 tahun akhirnya tersungkur setelah dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Mohd Ishak berkata, kejadian tersebut berlaku pada 31 Mac lalu, kira-kira jam lapan pagi di sebuah kampung di Gong Badak, Kuala Terengganu.

Menurutnya, mengikut siasatan awal, mangsa bersama adiknya yang berusia dua tahun pada awalnya ingin ke kedai berhampiran dengan kediamannya.

Bagaimanapun, apabila sampai di kedai tersebut, mangsa telah berjumpa dan berkenalan dengan dua orang lelaki yang berusia antara 14 ke 15 tahun, yang kemudiannya mengajak mangsa keluar berjalan-jalan.

“Mangsa dan adiknya dikatakan mengikut kedua-dua lelaki itu ke sebuah rumah kosong malangnya, dua lelaki itu kemudian bertindak nekad merogol mangsa.

“Berikutan itu, polis telah menanggkap dua lelaki berkenaan di kediaman masing-masing pada 1 April lalu, kira-kira jam enam petang. Mereka kini direman sehingga 5 April ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bagaimanapun kata beliau, polis kini masih lagi meneruskan siasatan ke atas kes rogol berkenaan.

Isteri sorok suami



GONG BERIS – Kasih isteri salah tempat! Demikianlah gambaran sesuai diberikan kepada seorang wanita tiga anak yang sanggup menyorokkan suaminya daripada ditahan pihak polis dalam satu operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), semalam.

Dalam operasi bermula sejak 3 pagi itu, wanita terbabit dikatakan enggan membenarkan pihak berkuasa memasuki rumahnya dengan alasan suaminya yang juga seorang mekanik berumur 34 tahun tiada di rumah tersebut.

Bagaimanapun, selepas membuat pemeriksaan sepasukan pegawai dan anggota JSJN daerah Marang diketuai Sub Inspektor, Razali Daud akhirnya berjaya menahan suspek ketika suspek menyorok di sebelah tangki air di atas siling rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika ditemui Sinar Harian pada Kempen Keselamatan dan Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Mansor di sini mengesahkan menerima laporan tangkapan itu.

Ahmad berkata, suami wanita terbabit adalah antara dua penagih dadah yang berjaya ditahan kerana positif dadah dalam dua serbuan berasingan di kampung Gong Beris.

“Dalam satu lagi serbuan, seorang lagi penagih dadah yang bekerja sebagai buruh berumur 42 tahun juga berjaya ditahan ketika tidur di rumahnya.

“Suspek juga sudah berkeluarga dan mempunyai tiga anak,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pada ujian saringan awal pihaknya juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah. Bagaimanapun, tiada dadah ditemui sepanjang operasi kira-kira lima jam itu.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan dengan memberi tumpuan kepada usaha menangkap mereka yang terbabit dengan penyalahgunaan najis dadah menerusi pemeriksaan di kawasan tumpuan jenayah indeks di daerah berkenaan.

Kontraktor kena pukul dalam kawasan masjid



PAK SABAH – Hasrat murni seorang kontraktor menunaikan solat Isyak berjemaah di sebuah masjid dekat sini berakhir dengan tragedi apabila dia dipukul dengan besi paip oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Ketika kejadian, mangsa, seorang kontraktor tempatan, yang berumur 56 tahun, difahamkan berada dalam kawasan masjid untuk menunaikan solat Isyak berjemaah bersama penduduk kampung berkenaan.

Bagaimanapun, dia secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang sebelum bertindak memukul dengan sebatang besi paip.

Akibat kejadian itu, mangsa yang berasal dari Jalan Bunga Raya mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan lengan sebelum menerima rawatan di Hospital Dungun.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan berkai-tan kejadian tersebut dan kes masih dalam siasatan pihaknya.

Maut tercampak atas jalan



MAK CHILI – Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan dalam satu kemalangan di selekoh Kilometer 3, Jalan Mak Chili-Ibok, dekat Taman Desa Solehah, lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Muhhammad Fairus Suparman, 18, yang dalam perjalanan ke Ibok meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat yang mengesahkan kejadian itu berkata, akibat pertembungan secara bertentangan itu motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggangi mangsa bergesel dengan kereta jenis Perodua Viva sehingga motosikal itu terseret sejauh kira-kira 20 meter daripada lokasi kejadian.

Menurutnya, berikutan pergeseran itu mangsa yang bekerja di sebuah kedai fotokopi di Jalan Air Putih tercampak di atas jalan kira-kira lima meter daripada motosikalnya.

“Kemalangan ini berlaku di selekoh, justeru kemungkinan disebabkan jalan licin ketika membelok, motosikal yang ditunggang mangsa termasuk sedikit ke laluan bertentangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, akibat pertembungan di sisi kanan kereta, motosikal yang dinaiki mangsa hancur manakala kereta itu juga remuk di bahagian hadapan sebelah kanan sehingga ke pintu belakang sebelah kanan selain tayar belakang bahagian kanan kenderaan juga pancit.

Menurutnya, pemandu kereta itu seorang lelaki berumur 30-an dan dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, abang mangsa yang mengetahui kejadian itu terus ke lokasi kejadian sebelum turut membantu polis mengusung mayat adiknya ke Unit Forensik, Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Abdullah Sani berkata, hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat pendarahan teruk di kepala.

Mayat mangsa kemudiannya dituntut ahli keluarga kira-kira jam 10 malam pada hari kejadian untuk dikebumikan di kampung halamannya di Felda Pemanis I, Segamat, Johor.

Remaja lembam tidak pulang 6 hari



PASIR MAS – Sepasang suami isteri 13 anak tidak lelap tidur mengenangkan nasib anak perempuannya yang juga pesakit lembam tidak pulang rumah sejak enam hari lalu.

Fauzi Yaacob, 56, berkata, Surita Asyikin Fauzi, 21, keluar rumah Khamis lalu berseorangan, kerana mengadu sakit gigi untuk ke Klinik Kesihatan Chetok, kira-kira jam 10 pagi.

Menurutnya, berbekalkan wang saku RM6, dia ke jalan utama dan ada penduduk kampung melihatnya menaiki kereta sewa ke Pasir Mas dan bukannya ke Chetok.

“Hati saya tidak ketentuan selepas dia tidak pulang selepas jam 1 petang, saya terus mencarinya di Klinik Kesihatan Chetok dan Pasir Mas, namun gagal menemuinya.

“Kemudian, saya menyuruh semula adiknya mencari pada jam 4 petang, tetapi kelibatnya masih tidak kelihatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Fauzi berkata, dia menunggu sehingga malam bagi membuat laporan polis dan diminta untuk melaporkan semula selepas 24 jam.

“Saya tidak percaya dia keluar mengikut lelaki kerana keadaannya yang lembam dan kurang bergaul dengan mana-mana lelaki di Kampung Pengkalan Depu, To’ Uban,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Zaitun Md Nor, 46, berkata, anak ke empat dari 13 adik beradik itu baru sahaja membeli telefon bimbit beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan remaja perempuan itu dan siasatan akan dilakukan.

Pemandu cedera, rakan selamat



PANGLIMA BAYU – Seorang pemandu berusia lingkungan 40-an cedera, sementara rakannya selamat apabila kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 29, Jalan Tanah Merah, Jeli malam semalam.

Kejadian kira-kira jam 11 malam di persimpangan Panglima Bayu itu, menyebabkan pemandu tersepit di tempat duduk sebelum berjaya dikeluarkan penduduk kampung.

Sementara itu, enam pemuda yang menaiki kenderaan jenis Persona dan dipercayai datang dari arah Jeli tidak mengalami sebarang kecederaan.

Akibat kemalangan tersebut, kereta Nissan Sunny rosak teruk pada bahagian pintu pemandu sementara Persona hanya mengalami kerosakan pada bahagian hadapan.

Seorang penduduk kampung, Zulkarnain Hassan, 41, berkata, ketika kejadian dia bersama beberapa penduduk berada di sebuah kedai makan kira-kira 20 meter dari tempat kemalangan.

Menurutnya, dia dan penduduk yang menonton perlawanan bola sepak terkejut mendengar bunyi dentuman kuat dari arah jalan raya.

“Kami bergegas ke tempat kejadian dan melihat kemalangan melibatkan dua kenderaan, Nissan Sunny dan Persona.

“Pemandu Nissan Sunny tersepit di tempat duduk, dia masih sedarkan ketika itu, tetapi pengsan beberapa minit kemudian,” katanya.

Zulkarnain berkata, mangsa dan rakannya kemudiannya dihantar penduduk ke Klinik Kesihatan Kecil Batu Gajah untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Zulkarnain berkata, kemalangan kerap berlaku di kawasan terbabit.

Dirempuh lelaki lari dari JPJ



KAMPUNG PAK WONG – Seorang suri rumah yang dalam perjalanan ke rumah bapa mentuanya kelmarin, nyaris terbunuh apabila kereta yang dipandunya dirempuh sebuah kereta dinaiki tiga lelaki dipercayai cuba melarikan diri daripada anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang meronda di kawasan itu.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, mangsa, Norzela Zakaria, 47, bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian bibir akibat terhantuk pada stereng kereta.

Akibatnya, dia menerima tiga jahitan selepas dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besut.

Norzela berkata, sebelum itu dia keluar dari rumahnya untuk ke majlis kenduri di rumah keluarga mentuanya yang terletak di kampung sama.

“Hanya selepas beberapa ratus meter memandu, tiba-tiba muncul sebuah kereta dari simpang sebelah kiri jalan lalu merempuh bahagian kiri pintu belakang kereta saya menyebabkan kereta saya berpusing beberapa kali,” katanya.

Norzela berkata, dia terkejut dan berasakan nyawanya mungkin berakhir berikutan bunyi rempuhan itu sangat kuat.

Katanya, dia bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan ringan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan.

“Penduduk kampung memberitahu tiga remaja lelaki keluar dari kereta Proton Satria dan melarikan diri melalui celah rumah penduduk kampung kemudian menghilangkan diri ke arah sawah padi.

“Saya difahamkan pemandu Satria itu cuba melarikan diri daripada kenderaan peronda JPJ yang kebetulan membuat rondaan di kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, sumber JPJ memberitahu, kenderaan JPJ tidak mengejar lelaki berkenaan sebaliknya mungkin pemandu tersebut melihat peronda dari jauh menyebabkan mereka cuba melarikan diri tetapi kereta gagal dikawal.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Nor Zainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Polis juga melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti pemilik kenderaan Satria terbabit.

Banjir di Selatan Thai ragut 41 nyawa setakat ini

SH: "

BANGKOK - Enam lagi terbunuh dalam bencana banjir dan tanah runtuh di selatan Thailand menjadikan jumlah setakat ini yang maut adalah 41 orang.

Jurucakap Jabatan Pencegahan Bencana dan Tebatan berkata jumlah kematian itu dilaporkan bagi tempoh 23 Mac hingga semalam.

Wilayah Nakhon Si Thammarat mencatatkan 17 kematian, Surat Thani (10), Krabi (7), Phattalung (3), Chumphon dan Trang masing-masing mencatatkan dua kematian.
Hampir dua juta rakyat dan 160,000 hektar kawasan tanaman terjejas akibat bencana banjir dan tanah runtuh itu, kata jurucakap tersebut.
Sepuluh wilayah yang masih dilanda banjir ialah Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Krabi, Phattalung, Chumphon, Trang, Songkhla, Phangnga, Satun dan Narathiwat.
Lapangan terbang Nakhon Si Thammarat yang ditutup sejak Isnin masih belum beroperasi manakala perkhidmatan keretapi ke selatan hanya setakat stesen Ta Chana di Surat Thani.

Jurucakap itu juga berkata usaha menyelamat ditumpukan kepada persediaan memindahkan penduduk dari kawasan berisiko tanah runtuh di Nakhon Si Thammarat, Phattalung, Surat Thani dan Krabi jika diperlukan.

Helikopter dan bot tentera juga digerakkan untuk menghantar bantuan ke kawasan yang terputus hubungan jalan darat selain membawa keluar mangsa yang cedera, katanya.- Bernama"

Murid kena pukul meninggal dunia, penyelia asrama ditahan



ALOR SETAR - Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu.

Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata, suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat.

"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata, dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.

"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup," katanya.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," tambahnya.

Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.

Saiful Sopfidee berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi pada hari Jumaat bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang.

Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang Jumaat.

Depot minyak Indonesia terbakar

JAKARTA: Anggota bomba Indonesia bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran di loji penapisan minyak terbesar negara itu ketika api merebak ke tangki simpanan ketiga.

Tiada yang cedera dalam kebakaran itu yang bermula di depot miliki syarikat petroleum negara itu, PERTAMINA, di Jawa Tengah.

“Sebuah tangki simpanan terbakar dengan beberapa letupan kecil kedengaran semalam. Menjelang hari ini, api sudah merebak ke tangki ketiga. Kami mencuba sebaik mungkin bagi memadamkan kebakaran itu.
'Saya tidak boleh membuat spekulasi mengenai punca kebakaran itu pada masa ini. Kami hanya boleh menyiasat selepas kebakaran dipadamkan,' kata jurucakap Polis Jawa Tengah, Djihartono. - AFP"

Kanak-kanak rentung di rumah sendiri

BUKIT MERTAJAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun rentung dalam kebakaran di Permatang Nibong, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi itu, Mohamad Irfan Abd Rashid dipercayai terperangkap di tingkat atas rumahnya.

Mayatnya ditemui di tingkat bawah rumah itu."

Bunuh jiran, warga emas dihukum digantung sampai mati


ALOR SETAR 3 April – Pertelingkahan dua jiran kira-kira tujuh tahun lalu berakhir hukuman gantung sampai mati seorang warga emas kerana membunuh jirannya dengan sebilah pisau.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani A. Rahim hari ini menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati Lee Chin Hua, 68, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ketika memberi keterangan membela diri sebelum ini.
Tertuduh yang berbaju T dan berseluar putih dilihat tenang sebaik mendengar hukuman tersebut dibacakan.
Zamani dalam penghakiman lisannya berkata, keterangan tertuduh ketika membela diri termasuk tujuh saksi jelas bercanggah dengan keterangan saksi-saksi pendakwa dan bahan bukti dalam kes tersebut.
Beliau antaranya menolak keterangan Chin Hua mengatakan bahawa dia menggunakan pisau tersebut untuk mempertahankan diri daripada dicederakan oleh si mati namun tiada laporan kecederaan ke atasnya.
''Keterangan saksi mengatakan bahawa tertuduh mengeluarkan sebilah pisau yang tersemat di dalam bajunya dan kata-kata, 'Kau mesti mati hari ini' jelas membuktikan tertuduh berniat untuk membunuh si mati,'' kata Zamani.
Chin Hua, disabitkan kesalahan membunuh Loh Futt Keong, 25, seorang peniaga di rumah bernombor 340, Taman Derga Jaya, Jalan Datuk Kumbar di sini kira-kira pukul 7 pagi pada 21 November 2004.
Dalam pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhayati Ibrahim dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. - Utusan

Krew feri Thailand terjatuh diselamatkan



03/04/2011 11:23am

LANGKAWI – Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Satu Langkawi menyelamatkan seorang krew feri penumpang dari Thailand yang dipercayai terjatuh di perairan pulau Rebak di sini, semasa feri itu dalam perjalanan dari Tanjung Cincin ke Telaga Harbour Langkawi, petang semalam.
Penolong Pegawai Pemerintah pasukan itu, ASP Rodzi Abu Hassan berkata, lelaki itu dijumpai pasukan PGM yang meronda di perairan Tanjung Cincin kira-kira pukul 6.10 petang, kira-kira satu batu nautika dari pulau Rebak.
Lelaki yang dikenali sebagai Anuar Bota, 21, dari Satun Thailand terjatuh dalam laut dipercayai tergelincir tanpa disedari kapten dan krew feri Tiger Lines,” katanya pada kepada pemberita di pangkalan pasukan itu di Bukit Malut di sini hari ini.
Katanya lelaki itu bernasib baik kerana dapat dikesan oleh bot peronda pasukan berkenaan kerana keadaan gelap ketika itu boleh membahayakan mangsa.
Beliau berkata ketika ditemui, lelaki berkenaan melambai-lambai tangan meminta pertolongan.
"Lelaki itu tidak mengalami kecederaan serius dan dibawa balik ke pangkalan pasukan itu dan akan diserah kepada syarikat beliau bekerja,” katanya.
Feri itu mengadakan perkhidmatan membawa pelancong luar dari pulau Lipis, kepulauan Thailand ke Harbour Park pantai Kok di sini. - Bernama

Bekas jurulatih kuda disoal siasat



03/04/2011 1:58pm

MELBOURNE – Seorang bekas jurulatih kuda di Malaysia John Nikolic disoal siasat polis berhubung pembunuhan personaliti lumba kuda, Les Samba.
Nikolic, 38, yang tinggal di subbandar Robina di Gold Coast, bercakap dengan para penyiasat selama enam jam, lapor akhbar Herald Sun.
Walaupun tinggal berjauhan, John Nikolic menjalin hubungan baik dengan abangnya Danny, seorang joki terkenal di Melbourne yang pernah berkahwin dengan Victoria, anak perempuan Samba.
Danny, seorang pelumba yang banyak memenangi perlumbaan kumpulan satu, secara sukarela datang untuk disoal siasat selepas pembunuhan Samba, lapor akhbar itu.
Polis kemudiannya berkata mereka tidak menganggapnya sebagai suspek.
John Nikolic menyerahkan lesen latihannya selepas terbabit dalam inkuiri di Queensland tahun lepas.
Sebelum ini, Nikolic melatih kuda di Malaysia, di mana dia dilaporkan telah mempersiapkan lebih daripada 100 pemenang.
Skuad homisid telah melawat beberapa negeri sejak pembunuhan kejam Samba di Middle Park pada 27 Februari.
Dia meninggal akibat ditembak bertalu-talu selepas dikejar di sepanjang Beaconsfield Parade. - Bernama

800 terbunuh dalam keganasan antara kaum di Ivory Coast

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

03/04/2011 3:24am

ABIDJAN, Ivory Coast 3 April – Sekurang-kurangnya seramai 800 terkorban dalam keganasan antara kaum yang berlaku di bandar Duekoue, barat Ivory Coast pada minggu ini, lapor Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semalam.

“Kami mendapat maklumat menyatakan sekurang-kurangnya seramai 800 orang terkorban pada 29 Mac di Duekoue dalam keganasan antara kaum,” kata jurucakap ICRC, Dorothea Krimitsas kepada Reuters.

Sementara itu, pegawai-pegawai ICRC melawat kawasan terlibat di Duekoue pada Khamis dan Jumaat lalu bagi meninjau keadaan dan keperluan penduduk malah mereka (ICRC) telah menghantar 28 mayat mangsa ke rumah mayat. – Reuters"

3 lelaki edar heroin ditahan



BERA 2 April - Polis merampas dadah jenis heroin seberat 43.5 gram daripada tiga lelaki berusia 30-an di Felda Sebertak dekat sini kelmarin.

Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Mohd. Zahid Mohd. Noor berkata, kejayaan itu hasil intipan di sebuah rumah kosong dua tingkat yang dijadikan tempat penagihan sejak sebulan lalu di kawasan tersebut.

Menurut beliau, sebanyak 16 peket plastik berisi dadah heroin dalam bentuk serbuk dan ketulan dijumpai di ruang tamu rumah tersebut.

'Salah seorang suspek cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung namun berjaya ditangkap,' katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau menambah, polis turut menemui lima peket plastik lutsinar dan enam keratan tiub straw berisi serbuk dan bahan ketulan dadah jenis heroin, semasa pemeriksaan fizikal terhadap ketiga-tiga suspek.

Mohd. Zahid memberitahu, hasil ujian saringan awal kesemua suspek didapati positif dadah jenis candu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, dadah tersebut dipercayai dibawa masuk dari Pulau Pinang berdasarkan dua suspek berasal dari negeri itu manakala seorang lagi dari Felda Bukit Kepayang, dekat sini.

Ketiga-tiga suspek juga, jelas beliau mempunyai rekod lampau iaitu terlibat dalam kegiatan penagihan dadah lebih 10 tahun dan pernah ditangkap serta dihukum atas kesalahan dadah."
Utusan Malaysia Online - Pahang: "

Bapa rayu bantuan orang ramai kesan anak gadis hilang




FAUZI Ya'acob bersama isterinya, Zaiton Mat Noor menunjukkan gambar anak perempuan mereka, Surita Asyikin yang hilang sejak 28 Mac lalu di rumahnya di Kampung Pengkalan Depu, Tok Uban, Pasir Mas, kelmarin.


PASIR MAS 2 April - Seorang bapa dari Kampung Pengkalan Depu, dekat sini memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan anak gadisnya, Surita Asyikin, 21, yang hilang sejak lima hari lalu.
Fauzi Ya'acob, 58, berkata, anak perempuannya itu yang mengalami masalah lembam, telah keluar rumah pada Isnin lalu secara bersendirian kerana hendak ke Klinik Kesihatan Tok Uban, tidak jauh dari rumah mereka, bagi mendapat rawatan sakit gigi.
Menurutnya, anak keempat daripada 13 beradik itu, jarang keluar rumah dan kebiasaannya menghabiskan masa bersama keluarga disebabkan masalah mental.
Katanya, seorang penduduk ada memaklumkan ternampak Surita Asyikin berjalan seorang diri dan kemudian menaiki kenderaan sapu menghala ke Pasir Mas, bagaimanapun bukannya ke klinik berkenaan.
"Selepas beberapa jam tidak pulang, saya mengambil keputusan untuk ke klinik tersebut namun, dia tidak ada sana dan kira-kira pukul 3 petang, adiknya sekali lagi ke klinik tersebut tetapi turut gagal menemuinya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Fauzi memberitahu, dia telah beberapa kali menghubungi telefon bimbit anak perempuannya itu tetapi ia telah dimatikan dan sehingga kini mereka sekeluarga masih gagal berhubung dengan Surita Asyikin.
Berikutan itu, dia telah membuat laporan polis kira-kira pukul 8 pagi Selasa lalu.
"Surita Asyikin memakai baju T berwarna merah, berseluar jeans hitam dan bertudung hitam semasa keluar rumah Isnin lalu.
"Saya merayu sesiapa yang terlihat Surita Asyikin supaya dapat menghubungi saya di talian 013-968 3166 atau 019-908 7297 atau menghantarnya ke balai polis berhampiran," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengesan gadis tersebut.
Utusan Malaysia Online - Timur

Pemancing maut dalam kolam buatan

Utusan Malaysia Online - Timur: "

KUALA TERENGGANU 2 April - Seorang lelaki yang hilang ketika keluar memancing sejak tiga hari lalu ditemui mati terapung di dalam kolam buatan manusia, Bukit Besi, Dungun pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Nanang, 40, ditemui penduduk kampung bersama alatan memancing dan memburu ayam hutan di kolam itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd. Nor berkata, menurut maklumat penduduk, lokasi kejadian itu merupakan tempat mangsa sering memancing ketika mempunyai masa terluang jika tidak mengambil upah mengait kelapa sawit dan menjadi buruh binaan.

Katanya, kali terakhir penduduk melihat mangsa ialah tiga hari lalu.

'Hasil siasatan mendapati tiada kesan cedera pada mangsa.

'Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat dan laporan menunjukkan mangsa mati lemas,' katanya ketika dihubungi di sini semalam."

Tiga nyaris rentung


RENTUNG...  Proton Wira yang terbakar selepas terbabit kemalangan pagi semalam.
RENTUNG... Proton Wira yang terbakar selepas terbabit kemalangan pagi semalam.


ALOR GAJAH: Tiga sekawan nyaris rentung apabila kereta Proton Wira dinaiki mereka terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 205.4 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), di sini, pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi selepas tiga lelaki berusia 20-an itu diselamatkan orang ramai yang menyedari kejadian sebelum kenderaan mereka terbakar.

Proton Wira itu mulanya terbabit kemalangan dengan Toyota Camry dan pada masa sama, Proton Saga tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan berkenaan.

Difahamkan, Toyota Camry dinaiki empat individu masing-masing dua lelaki dan dua perempuan manakala Proton Saga dinaiki sepasang suami isteri.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan II, Ho Yew Men berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 6.15 pagi.


“Sepasukan anggota bersama jentera tiba di lokasi 17 minit kemudian untuk memadam kebakaran. Kita mengambil masa 10 minit untuk mengawal api dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.
myMetroTiga nyaris rentung

Pelajar dipukul hampir dua jam


  PARAH... keadaan Saiful Syazani yang parah akibat dipukul gurunya, Khamis lalu.
PARAH... keadaan Saiful Syazani yang parah akibat dipukul gurunya, Khamis lalu.


ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.

Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.

Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.


Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu.


Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah.

“Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB.

“Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri.

“Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam.

Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri.

Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu.

“Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin.

Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini.

“Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
myMetroPelajar dipukul hampir dua jam

Penunggang maut nahas

myMetroPenunggang maut nahas: "Penunggang maut nahas


PORT DICKSON: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari simpang di Kilometer 6, Jalan Port Dickson-Seremban, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, Khairul Hazwan Hamzah, 21, yang juga anak anggota polis di daerah ini mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.


Jurucakap polis berkata kemalangan berlaku selepas kereta dipandu seorang wanita keluar dari simpang dan membelok ke kanan menghala ke Port Dickson.

“Pada masa sama, Khairul Hazwan yang menunggang motosikal dari Port Dickson ke Seremban gagal mengelak,” katanya.


Beliau berkata, berikutan rempuhan itu, mangsa tercampak dan cedera parah di kepala, menyebabkannya mati di tempat kejadian.


Menurutnya, wanita berusia 38 tahun itu bagaimanapun tidak cedera dan membuat laporan polis sejurus kejadian.

Katanya, polis juga mengambil keterangannya bagi membantu siasatan, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan.


Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan masih dijalankan."

Anggota tentera didakwa

BAGAN DATOH: Empat anggota tentera yang menyembelih seekor burung enggang di Hutan Royal Belum seperti tersebar luas dalam lawan web sosial facebook dan blog akhir bulan lalu, disiasat dan didakwa mengikut Akta Tentera dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan semua anggota berkenaan disiasat berhubung kejadian itu.

Kelmarin, beberapa akhbar dan laman portal berita tempatan memaparkan satu foto menunjukkan beberapa anggota tentera memegang seekor burung enggang disembelih.

Perkara ini bukan saja mendapat bantahan orang ramai dan Persatuan Pencinta Alam, sebaliknya kerajaan negeri turut memandang serius perkara itu.

Katanya, siasatan mendapati, seorang anggota berpangkat pegawai dan tiga anggota lain-lain pangkat dikatakan menemui spesies burung terancam itu dalam keadaan separuh mati dipercayai cedera selepas menjadi buruan pemburu lain.


“Mereka (anggota tentera) kemudian menyembelih burung itu dan merakam gambar bersama bangkai haiwan itu sebelum menyebarkan di laman web sosial.

“Perbuatan itu sangat dikesali dan kita tidak akan melindungi mana-mana anggota tentera yang didapati terbabit dalam kegiatan sedemikan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perkasa, Hutan Melintang, di sini, semalam.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman kesal dengan perbuatan itu dan mahu perkara itu disiasat.
myMetroAnggota tentera didakwa

Tidak boleh tewas dalam perjuangan: PM

myMetro>Tidak boleh tewas dalam perjuangan: PM: "Tidak boleh tewas dalam perjuangan: PM


RIKUZENTAKATA: Perdana Menteri Jepun berkata, petugas yang masih berusaha mengawal loji tenaga nuklear di Fukushima ‘tidak boleh tewas dalam perjuangan’ mereka.

Kata Naoto Kan, dia berharap anggota keselamatan - terdiri daripada pasukan bomba, tentera dan kakitangan loji itu sendiri - perlu berusaha dengan gigih.


“Perjuangan ini bakal menentukan nasib Jepun,” katanya yang tiba menaiki helikopter tentera.

Ketika ini, beratus-ratus petugas bertungkus-lumus cuba menjadikan loji berkenaan stabil selepas ia terjejas teruk akibat gempa bumi dan tsunami.


Petugas terbabit turut berdepan dengan risiko terkena radiasi. - AFP"

Ramai masih hilang

MIYAGI: Komuniti Islam di Jepun, sama ada rakyat tempatan atau warga asing yang bekerja dan belajar di sini, ada yang turut terkorban serta gagal dikesan hingga kini manakala mereka yang terselamat kini trauma dan menderita akibat bencana tsunami pada 11 Mac lalu.
Di Sendai, dekat sini, kira-kira 500 masyarakat Muslim yang semuanya bernaung dengan Pusat Islam Sekeliling Sendai (ICCS), sering berkumpul beramai-ramai bagi melakukan aktiviti ibadat serta beramah mesra setiap minggu, namun selepas gempa dan tsunami melanda ramai gagal dihubungi.

Presiden ICCS, Mohamad Naburo Sato Abdullah, berkata sejurus selepas tragedi berlaku dia cuba menghubungi semua saudara dan rakan Muslim lain tetapi tidak berjaya kerana komunikasi terputus sama sekali.

Dia yang juga imam Masjid Sendai, Haciman berkata hubungan komuniti Islam di sini rapat dan mereka sentiasa berhubung antara satu sama lain.

“Sebaik gempa berhenti saya terus cuba menghubungi keluarga mentua di Ichinomaki, kira-kira 50 kilometer dari sini tetapi tidak berjaya, menyebabkan kami risau kerana kawasan itu berdekatan laut.


“Berhari-hari saya cuba menghubungi mereka dan keadaan huru-hara ketika itu menyebabkan semua komunikasi terputus,” katanya ketika ditemui di Masjid Sendai.

Sato berkata, selepas seminggu kejadian terburuk dan dahsyat pernah dialaminya itu, baru dia dapat menjejaki keluarganya di pusat penempatan sementara.

“Mereka ditemui pasukan penyelamat di atas bumbung rumah dua hari selepas kejadian dalam keadaan lemah akibat kesejukan dan lapar.

“Bapa dan emak mentua serta ipar saya menyelamatkan diri ke tingkat atas rumah tetapi air deras yang menghanyutkan kereta, rumah, bot dan bermacam lagi kira-kira 30 minit selepas gempa berlaku menyebabkan mereka terpaksa panjat ke bumbung rumah.

“Apabila reda, mereka tidak dapat turun kerana seluruh kawasan ditimbuni pelbagai sisa kemusnahan tsunami,” katanya.


Sato berkata, dia bersyukur semua ahli keluarga terselamat tetapi reda dengan kematian beberapa saudara Muslim, termasuk beberapa lagi yang gagal ditemui hingga kini.


Katanya, setakat ini kira-kira enam masyarakat Islam warga Indonesia yang bekerja sebagai nelayan dilaporkan hilang manakala seorang warga Pakistan disahkan maut.


Hampir sebulan berlalu, namun kesan serta penderitaan masyarakat di sini masih berterusan akibat bekalan makanan, air, elektrik serta minyak belum pulih sepenuhnya.


Sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan di Jepun Kelab Putera 1Malaysia yang berjaya menjejaki komuniti Islam di sini turut menyampaikan bantuan barangan keperluan seperti makanan, air mineral dan selimut pada pihak Masjid Sendai untuk diagihkan kepada masyarakat Islam dan warga tempatan.
myMetroRamai masih hilang

Bukan saya

myMetroBukan saya: "KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, AR Badul, 63, menyangkal dakwaan seorang remaja perempuan yang dia mencabul mangsa lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu.

Menurut Badul, dakwaan itu tidak benar dan dia tidak mengetahui butir laporan polis yang dibuat remaja itu terhadapnya.


“Saya tidak mengetahui laporan dibuat remaja itu dan ia tidak berasas sama sekali,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Badul turut menafikan dirinya diburu polis kerana sehingga kini masih tidak dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberi kenyataan.


“Saya tidak diburu pihak berkuasa,” katanya yang akan mengetahui kesahihan laporan mengenai dakwaan itu, esok.


Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata, polis akan menyiasat kesahihan dakwaan pelajar berkenaan."

100 pelajar di Medan terjejas akibat banjir

JAKARTA: Seramai 100 pelajar Malaysia terjejas akibat banjir yang berlaku di Medan, Sumatera, kelmarin, apabila paras air di kawasan perumahan mereka naik hingga ke paras lutut.
Untuk sementara ini, pelajar Universiti Sumatera Utara itu menumpang di rumah rakan mereka yang menetap di kawasan selamat. Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata, semua pelajar Malaysia di Medan dilaporkan selamat daripada banjir yang berikutan hujan tanpa henti sejak Rabu lalu.

“Saya bersama Atase Pendidikan, Ludinata Misnum menghubungi pemimpin pelajar kita di Medan dan mengarahkan mereka mengikut prosedur operasi biasa untuk menyelamatkan pelajar terbabit.

“Kami juga menyuruh mereka berpindah ke lokasi selamat dengan bantuan Konsulat Malaysia di Medan, Persatuan Pelajar Malaysia di Indonesia (Cawangan Medan) dan Kelab Umno Luar Negara (KULN),” katanya.

Dr Junaidy berkata, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dalam usaha mengenal pasti pelajar yang terbabit dalam banjir berkenaan. Pagi semalam, Ludinata turut berlepas ke Medan untuk membantu operasi menyelamatkan mereka.


Difahamkan, 1,524 pelajar Malaysia menuntut di Medan.

Sejak 31 Mac, kira-kira jam 9 pagi hujan tanpa henti di Medan hingga menyebabkan air di Sungai Deli melimpah, dan mengakibatkan banjir bermula jam 7.30 pagi kelmarin.

Bendahari KULN, Datuk Seri Shahidan Kassim menyumbangkan biskut, roti dan minuman kepada mangsa banjir.
myMetro100 pelajar di Medan terjejas akibat banjir