Search This Blog

Friday, April 1, 2011

Kes saman Sheila terhadap rakan kongsi selesai


01/04/2011 9:10pm


KUALA LUMPUR 1 April - Kes saman pelakon dan pengacara Sheila Rusly terhadap bekas rakan kongsi perniagaan restorannya Datuk Azlina Che Abdullah selesai semalam selepas Mahkamah Tinggi membubarkan perniagaan perkongsian Restoran Nasi Dagang House itu.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Hamidah Md Deril yang membacakan keputusan itu dalam penghakimannya memerintahkan pembubaran restoran itu bermula dari 31 Mac, iaitu dari tarikh penghakiman dikeluarkan. - Bernama

Polis buru empat anggota 'Rantau Sabak'


2011/04/01

SABAK BERNAM: Polis sedang memburu empat lelaki warga asing yang juga anggota kumpulan penjenayah dikenali sebagai "Rantau Sabak" yang bergiat aktif dalam kes samun dan pecah rumah di sekitar daerah ini dan Hutan Melintang di Perak. 

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Noor Mushar Mohamad, berkata semua anggota kumpulan itu melakukan kegiatan samun berkumpulan tanpa menggunakan senjata dan pecah rumah serta menjadikan pemilik ladang dan kebun kelapa sawit di kawasan perkampungan sebagai mangsa mereka.
"Kita sedang memburu empat lagi lelaki saki baki kumpulan ini setelah ketuanya yang dikenali sebagai Din Lombok bersama tiga anggota kumpulan terbabit termasuk seorang wanita ditahan pada awal Mac lalu di sekitar kawasan Sabak Bernam di sini.
"Keempat-empat suspek yang berusia 22 hingga 25 tahun dipercayai saki baki kumpulan penjenayah itu yang terbabit dalam enam kes samun dan enam kes pecah rumah," katanya dalam sidang media di sini hari ini. 

Beliau berkata, identiti empat lelaki itu ialah Suhardi atau Aweng, 25, Genoh, 25, Gadi atau Ghani, 23, dan Jas, 22, masing-masing tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. 

Noor Mushar berkata, semua penjenayah berkenaan bergerak secara berkumpulan dan menjalankan aktiviti jenayah mereka sekitar 3 pagi dan 6 pagi serta masuk ke rumah mangsa dengan memotong jeriji tingkap. 

Katanya, kes terakhir membabitkan kumpulan itu berlaku di Parit 5, Sungai Panjang di sini apabila sebuah Proton Wira, wang tunai RM2,500, lima telefon bimbit dan barang kemas dilaporkan dicuri. 
Bagaimanapun, beliau berkata Proton Wira itu bersama tiga lagi kenderaan lain yang dilaporkan dicuri di lokasi berasingan berjaya ditemui semula selepas ditinggalkan pada jarak kira-kira tiga kilometer daripada rumah mangsa. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung empat lelaki terbabit supaya menghubungi balai polis berhampiran. - BERNAMA 

Restoran terbakar pelanggan bertempiaran


1 APRIL 2011: Dua anggota bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan skylift untuk mengawal api daripada merebak dalam kejadian kebakaran rumah kedai di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur. - Utusan/IZHAM JAAFAR

01/04/2011 6:34pm



PETALING JAYA – Pelanggan sebuah kedai makan di Taman Petaling Utama di sini bertempiaran lari apabila tingkat empat bangunan itu terbakar pagi tadi.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu. Kedai makan terletak di tingkat bawah bangunan itu.
Penguasa Bomba Bahagian Operasi Negeri Selangor Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zain berkata kebakaran yang bermula di tingkat empat bangunan kedai itu yang digunakan sebagai bilik sewa dan pejabat berjaya dipadamkan dalam masa sejam kemudian.
Tingkat empat bangunan itu hangus keseluruhannya manakala tingkat ketiga hangus 30 peratus, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata ketika kejadian tiada orang di tingkat atas bangunan terbabit.
Katanya seramai 50 anggota dari sembilan Balai Bomba dan Penyelamat termasuk empat unit bantuan dari Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian.
Jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran masih disiasat, katanya. - Bernama

Dua ditahan bersama dadah RM360,000



01/04/2011 6:35pm

KUANTAN – Dua lelaki ditahan dalam dua kejadian di kawasan peranginan Genting Highlands di sini bersama beberapa jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM360,000 baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Fatimah Ghazali berkata seorang pemandu kereta sewa berusia 58 tahun ditahan di kawasan sebuah hotel pada 5 petang Rabu lepas.
"Hasil daripada penahanan lelaki itu polis menemui empat paket lutsinar dengan setiap paket berisi serbuk dan ketulan syabu seberat 235 gram yang harga runcitnya bernilai RM235,000,” katanya kepada pemberita hari ini.
Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan ketika memandu kereta di kawasan peranginan itu pada 10.45 malam tadi.
"Selepas kita memperkenalkan diri sebagai polis, suspek enggan keluar dari kereta dan kita terpaksa bertindak agresif mengeluarkannya kerana dia tidak mahu bekerjasama,” katanya.
Fatimah berkata polis merampas sebuah beg silang yang mengandungi sepaket syabu dan menemui 300 biji pil Eramin 5, 800 pil ”Do”, wang tunai RM5,841, tiga telefon bimbit serta mata wang Thailand 1,000 bath.
Beliau berkata harga runcit dadah yang dirampas dari suspek kedua bernilai RM125,000 dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. - Bernama

Kasanova perdaya wanita ditangkap



01/04/2011 6:37pm

LAHAD DATU – Polis menangkap seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital pakar di Kota Kinabalu selepas disyaki memperdaya seorang wanita untuk menyerahkan wang lebih RM100,000 kepadanya.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsudin Mat berkata lelaki berumur 28 tahun itu ditangkap di Jalan Lintas, Kota Kinabalu, pada 25 Mac lalu selepas salah seorang mangsanya membuat aduan polis.
Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini beliau berkata, wanita itu mengenali lelaki itu pada 10 Januari lalu sebelum jatuh cinta selepas beberapa kali berhubungan melalui telefon.
Sejak perkenalan itu sehingga 15 Februari lalu, suspek dikatakan sering meminta wang daripada mangsa kononnya untuk membiayai pembedahan ibunya yang didakwa menghidap sakit kanser tulang belakang dan memerlukan pembedahan segera.
Shamsudin berkata mangsa juga mendakwa telah diperdaya lelaki itu untuk membuat pinjaman bank sebanyak RM105,000 dan semua wang berkenaan telah diserahkan kepada suspek yang berjanji akan membayar balik.
Bagaimanapun, pada pertengahan Feb lalu, mangsa mendapat tahu bahawa teman lelakinya itu ialah teman lelaki rakannya yang turut diperdaya suspek dengan menggunakan taktik yang sama.
"Saya meminta mana-mana anggota masyarakat yang pernah diperdaya suspek supaya tampil membuat aduan polis. Saya juga ingin menasihatkan golongan wanita supaya lebih waspada apabila dihampiri orang yang tidak dikenali,” katanya. - Bernama

Reman pegawai kanan kastam dilanjut



01/04/2011 8:19pm

KUANTAN – Tempoh reman pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar Datuk dilanjutkan selama empat hari sehingga Isnin depan.
Tempoh reman itu dilanjutkan bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat berhubung kes pengisytiharan nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti pengubahan wang haram.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nordiana Abdul Aziz selepas tempoh reman pegawai KDRM terbabit berakhir hari ini.
Isteri pegawai tersebut bagaimanapun dilepaskan tanpa syarat selepas pihak SPRM selesai menjalankan siasatan terhadapnya.
Pasangan suami isteri itu ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh satu Pasukan Tindakan Khas yang diketuai SPRM pada 28 Mac lepas yang turut menyerbu 84 agen penghantaran, sebuah syarikat induk serta 24 anak syarikat berkaitan dan 25 premis KDRM di seluruh negara.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali sebelum ini berkata dalam serbuan itu, ratusan ribu ringgit turut dijumpai di rumah pasangan berkenaan.
Mustafar berkata, semua entiti yang diserbu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti pengubahan wang haram.
Katanya semua aktiviti itu adalah kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - Bernama

ADUN Lenggeng dipenjara 3 tahun, denda RM20,000

Berita Harian Online | ADUN Lenggeng dipenjara 3 tahun, denda RM20,000: "


MAHKAMAH Sesyen Seremban hari ini menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM20,000 terhadap ADUN Lenggeng, Mustafa Salim yang didapati bersalah kerana menerima rasuah pada 2008. - Foto Dzulkeffli Mustapha



2011/04/01

SEREMBAN: Mahkamah Sesyen Seremban sebentar tadi menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM20,000 terhadap ADUN Lenggeng, Mustafa Salim yang didapati bersalah kerana menerima rasuah pada 2008.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman kerana peguambela mahu membuat rayuan."

18 sekolah di Perlis masih ditutup akibat banjir


ORANG ramai terpaksa mengharungi banjir untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Kangar. Paras air di kawasan selatan bandar Kangar meningkat malam tadi namun di kebanyakan kawasan di utara, air mulai surut. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, menasihati penduduk di kawasan banjir supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan berpindah. - Foto Eizairi Shamsudin
KANGAR: Lapan belas sekolah di Perlis masih ditutup akibat dilanda banjir sejak Selasa, termasuk empat yang ditutup kerana menjadi pusat pemindahan banjir.


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Zahri Aziz, berkata Jabatan Pelajaran Perlis diarah membuat anggarkan kerugian akibat banjir itu.
"Saya percaya jumlah kerugian tidak besar kerana pihak pengurusan sekolah lebih bersedia menghadapi banjir kali ini dengan menyelamatkan harta benda sekolah lebih awal," katanya kepada pemberita selepas meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini hari ini.

Empat belas sekolah yang ditutup akibat banjir itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Melangit, SK Seri Indera, SK Putra, SK Abi, SK Titi Tok Bandar, SK Seri Perlis, SK Stella Maris, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kangar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan, SMK Derma, SMK Putra, SMK Perlis, Sekolah Menengah Vokasional Kangar dan Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar.


Empat sekolah yang dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir pula ialah SK Sena, SK Panggau, SK Behor Empiang dan SMK Dato Ali Ahmad.


Beliau berkata, penutupan kesemua sekolah itu membabitkan lebih 4,500 pelajar, 487 guru, dan 137 kakitangan bukan akademik. - BERNAMA
-Bharian


Dua lelaki dituduh miliki wang palsu

Kosmo! Online - Terkini: "
01/04/2011 3:39pm

KUALA LUMPUR – Seorang pembaik telefon bimbit dan seorang buruh binaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan memiliki 11 keping wang kertas palsu bernilai RM850 dua minggu lepas.

Liew Yoon Thiam, 35, dan Chen Choon Hong, 28, didakwa bersama-sama memiliki enam keping wang kertas RM100 dan lima keping wang kertas RM50 dalam sebuah sampul dengan mengetahui ia adalah palsu dan dengan niat menggunakannya sebagai tulen.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan 34/154, Taman Bukit Anggerik, Cheras pada 9.20 malam 15 Mac.

Kedua-dua lelaki itu, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 489(C) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Yoon Thiam turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap tuduhan memiliki dua keping wang kertas palsu RM50 dan satu keping wang kertas RM10 dalam sebuah dompet dengan mengetahui ia adalah palsu dan dengan niat menggunakannya sebagai tulen. – Bernama"

Pencuri terjun lombong mati lemas

Kosmo! Online - Terkini: "
01/04/2011 4:41pm

IPOH 1 April – Seorang lelaki mati lemas, selepas terjun dalam sebuah lombong, semasa cuba menyelamatkan diri daripada dikejar sekumpulan penduduk di sebuah taman perumahan di Bandar Seri Botani, di sini, kerana dipercayai mencuri.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, mayat Mohd Shahril Sufian, 30, dijumpai terapung di lombong berkenaan pada pukul 7.50 pagi tadi oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Lelaki itu yang juga seorang penganggur dikatakan telah memecah masuk dan mencuri di sebuah rumah di taman berkenaan pada pukul 7 malam semalam.

Selepas menyedari perbuatannya diketahui beberapa jiran, dia telah melarikan diri dan bertindak terjun ke dalam sebuah lombong yang terletak berhampiran taman berkenaan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Seorang daripada penduduk berkenaan telah menelefon polis berhubung kejadian itu sebelum operasi mencari dijalankan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat sehingga pukul 10 malam tadi tetapi gagal menemuinya.

Mayat lelaki itu ditemui terapung di lombong itu semasa operasi disambung pagi ini.

Ia dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya. - Bernama"

Rogol: Pemuda diarah bela diri

SH: "

KOTA BHARU - Mahkamah Sesyen semalam mengarahkan seorang pemuda membela diri di atas pertuduhan merogol gadis bawah umur pada tiga tahun lalu.

Tertuduh tersebut semalam memohon kepada mahkamah di hadapan hakim, Wan Fadhilah Nor Wan Idris untuk membuat pengakuan secara bersumpah.

Wan Fadhilah Nor ketika membaca keputusan berkata, setelah meneliti kes berkenaan secara maksimum dan pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie ke atas kedua-dua pertuduhan lelaki berasal dari Bachok itu diarah membela diri.

Berdasarkan pertuduhan pertama, antara jam 3 pagi hingga 4 pagi di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga di Kampung Mujur Jelawat, Bachok, tertuduh didakwa merogol seorang gadis berusia 14 tahun 2 bulan pada 1 Februari 2008 dan dengan itu melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Manakala untuk pertuduhan kedua pula, pada 2 Februari tahun yang sama, antara jam 12 malam hingga 2 pagi di sebuah bangsal di Kampung Aman, Bachok, tertuduh didakwa merogol gadis tersebut dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding tersebut juga peguam bela, Mohd Yusoff Yakob memberitahu mahkamah seramai tiga saksi akan dipanggil berhubung kes tersebut. Hakim memberitahu kes berkenaan perlu diselesaikan sehingga Jun ini."

Petani tembikai rugi besar

SH


KAMPUNG TERAP, PECAH ROTAN – Seramai 35 peserta yang terlibat dengan penanaman tembikai di kampung Terap, Pecah Rotan mengalami kerugian hampir RM300,000 akibat kawasan tanaman tersebut ditenggelami air berikutan hujan beberapa hari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohamad Majid berkata, tembikai yang ditanam melibatkan keluasan kira-kira 20 hektar yang dimulakan Januari lalu langsung tidak dapat dituai.

“Ini kejadian paling buruk sejak projek penanaman tembikai dimulakan 15 tahun lalu,” katanya.

Katanya, pada tahun lalu keadaan itu tidak berlaku walaupun hujan lebat berterusan. Ini sebab, limpahan air terus diserap ke dalam tanah, berbanding keadaan sekarang ia masih bertakung walaupun sudah beberapa hari hujan reda.

“Masalah ini dipercayai disebabkan pengurusan ladang kelapa sawit berdekatan yang menggali parit menghala ke kampung kami.

“Jika perkara ini dapat dibincangkan antara penduduk dan pengurusan ladang, insya-Allah masalah ini akan dapat diselesaikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, hasil tembikai yang sepatutnya boleh dikutip dalam seminggu hingga dua minggu ini memang langsung tidak boleh dijual kepada pemborong kerana kualitinya sudah terjejas.

Malah katanya, jika peserta menawarkan harga yang murah sekali pun kepada pemborong, mungkin mereka agak keberatan membelinya kerana buah telah rosak.

“Saya bagaikan hilang arah dengan kerugian yang dialami sekali gus kerana 85 peratus peserta yang menanam tembikai bergantung sepenuhnya kepada penjualan hasil tanaman ini.

“Bagi memastikan penanaman kali kedua dilakukan, peserta perlu mencabut semua anak pokok yang ditanam untuk proses penanaman semula yang dijangka dilakukan pada bulan ini atau Mei nanti,” katanya.

Mohamad berkata, bagi mengembalikan semangat peserta penanaman tembikai, diharap agensi yang terlibat dengan pertanian dapat membantu menghulurkan sumbangan sekurang-kurangnya anak benih atau bantuan am lain.

“Semasa penanaman awal Januari lalu, kebanyakan kos tanaman dikeluarkan sendiri petani dan kali ini kami berharap pihak berkenaan dapat memberi subsidi bagi membantu meringankan beban,” katanya.

Ejen tipu jual rumah di Internet

SH

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang menyamar sebagai ejen hartanah ditahan polis, selepas kegiatan liciknya menipu orang ramai dengan menjual rumah melalui laman sosial dikesan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Jalan Putra, Chow Kit, kira-kira jam 5 petang Isnin lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek warga tempatan itu terlibat dalam lapan kes tipu penjualan rumah di laman sosial terbabit.

“Semua lapan kes itu berlaku di Gombak, membabitkan kerugian RM500,000.

“Kita percaya suspek bergerak secara berkumpulan dan aktif melakukan penipuan sejak tahun lalu di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Rosly berkata, siasatan lanjut mendapati suspek menggunakan modus operandi dengan mengambil mana-mana gambar rumah yang ditampal notis untuk dijual, sebelum memuat turun dalam laman sosial terbabit.

Beliau berkata, suspek akan meletakkan nombor telefon untuk dihubungi oleh mana-mana individu yang berminat untuk membeli rumah.

“Suspek kemudiannya berpura-pura membawa pelanggan ke lokasi rumah yang diiklankan, sebelum meminta bayaran deposit 10 peratus daripada harga sebenar rumah yang akan dijual,” katanya.

Menurutnya, selepas memperoleh wang deposit, suspek akan menghilangkan diri.

Rosly berkata, suspek ditahan reman selama empat hari bermula Selasa lalu sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu.

Menurutnya, polis sedang menjejaki saki baki kumpulan suspek yang dipercayai masih aktif menjalankan penipuan jualan rumah di laman sosial sama.

Anak hilang sejak empat bulan lalu

SH



Anak hilang sejak empat bulan lalu

Minta masukkan sedikit wang sebelum hilang

:BEHRANG –: Seorang warga emas yang tinggal di Behrang 2020 di sini, hanya mampu meratapi kehilangan anaknya yang selama ini banyak membantu keluarga dari segi kewangan.

:Warga emas, S Devarajoo, 65, berkata, anaknya, Saravanan, 24, sebelum ini bekerja sebagai pengurus di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.

:Menurutnya, kali terakhir dia bertemu anaknya pada Disember tahun lalu apabila Saravanan pulang ke kampung.

:“Sejak itu, kami terputus hubungan malah panggilan dan SMS yang dibuat tidak berbalas.

:“Kami mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku kepadanya namun, tidak mahu memikirkan mengenai hal itu,” katanya ketika menerima Lawatan Ketua Wanita UMNO Negeri, Datuk Rusnah Kassim, wakil Skuad Sayang Wanita UMNO dan wakil Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang ke rumahnya, kelmarin.

:Devarajoo berkata, alamat terakhir yang diberikan anaknya itu sebelum ini, bagaimanapun sudah diduduki orang lain.

:Katanya, sebelum ini anaknya ada menghantar SMS menyatakan sudah melanggar seseorang yang menyebabkan keluarganya perlu membayar sedikit pampasan kepada mangsa berkenaan.

:“Mangsa yang dilanggar itu ada menghubungi kami untuk meminta wang pampasan dan keluarga kami juga sudah membayarnya.

:“Selepas itu, anak saya ada menghantar SMS menyatakan dia demam dan meminta dimasukkan sedikit wang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

:Beliau berkata, sejak itu, anaknya sudah tidak menghubungi keluarga dan usaha menjejakinya juga sedang dilakukan.

:Katanya, laporan polis sudah dibuat dan dia meminta jasa baik semua pihak sekiranya menjumpai anaknya dapat menghubungi balai polis berhampiran.

Gaji pertama lesap ketika solat

SH


PUCHONG – Niat untuk mengeluarkan duit bagi membiayai bil pembedahan ibunya di hospital tidak kesampaian oleh seorang pekerja swasta apabila kesemua wang daripada gaji pertamanya di samun ketika menunaikan solat Asar di sebuah masjid di Bandar Kinrara, di sini, Khamis lalu.

Mangsa yang baru bekerja di sini hanya mampu pasrah dengan kejadian yang melanda dirinya meskipun keseluruhan gaji yang dinanti sebulan setengah sebelum itu ‘lesap’ sekelip mata tanpa disangka lebih-lebih lagi sewaktu berada di masjid.

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 29 berasa kecewa kerana kesemua wang termasuk yang hendak digunakan untuk perbelanjaan seharian hilang begitu sahaja.

Man berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, dia mengeluarkan duit dari sebuah bank berdekatan sebelum berhenti di masjid untuk menunaikan solat.

Tanpa menyangka sesuatu yang buruk berlaku, dia meletakkan beg sandang yang mengandungi wang sejumlah RM2,000 di sisi tubuhnya untuk menunaikan solat.

“Sebaik selesai membaca doa, saya meraba beg yang diletak di tepi itu namun panik apabila ia tidak ada di tempatnya.

“Kemudian, saya bangun dan mencari di kawasan sekitar namun tetap tidak menjumpainya,” katanya.

Kata Man, apa yang menyedihkan dalam beg itu terdapat kunci motosikal, dua telefon bimbit dan lain-lain dokumen penting termasuk cukai jalan motosikal miliknya.

“Rasa sedih sangat kerana sebahagian duit itu adalah untuk dimasukkan ke dalam akaun emak bagi membayar bil rawatan pembedahan yang dijalaninya.

“Namun, saya percaya dengan takdir dan ketentuan-Nya malah berharap mereka yang melakukan kesalahan di rumah Allah itu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan,” katanya yang membuat satu laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Puchong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Abd Razak Elias ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan kejadian dan memaklumkan menerima laporan daripada mangsa.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak leka dengan barang berharga milik mereka untuk mengelakkan kejadian berulang.

Kepala hampir putus

SH


KERLING - Seorang warga emas maut sementara rakannya parah setelah kereta Perodua Viva dipandu mangsa merempuh dan terperosok di bawah lori dalam kemalangan di Kilometer 64, Jalan Kuala Lumpur - Ipoh di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Syed Ali Syed Mohammad, 77 (gambar kecil), tersepit di tempat duduk pemandu bersama rakannya, Kamarulzaman Md Yunus setelah keretanya terperosok di bawah lori.

Bagaimanapun, rakannya yang dilaporkan parah sempat dikeluarkan orang awam sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk menerima rawatan.

Pemandu lori terbabit, Low Swee Hor, 47, berkata, ketika kejadian dia berada di lorong kiri dan memandu perlahan kerana mahu berhenti di Pekan Kerling.

Namun, dia terkejut setelah mendengar bunyi dentuman kuat dari belakang lorinya dan mendapati kereta mangsa terperosok di bawah lori.

“Saya tidak sedar dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dari belakang.

“Saya terkejut bila tengok sebuah kereta sudah terperosok di bawah lori,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, tayar simpanan di belakang lori turut tertanggal akibat rempuhan kuat itu.

Orang ramai dan peniaga di kedai berdekatan turut membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit sambil dibantu anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.

Kejadian terlalu pantas itu mengejutkan peniaga di pekan berkenaan dan mereka tidak menyangka kemalangan sebegitu teruk kerana mangsa dikatakan hanya memandu perlahan.

Menurut kebanyakan saksi, bumbung kereta mangsa terkopak hingga ke belakang dan mangsa nyaris terputus kepala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, pemandu kereta berkenaan maut akibat kecederaan teruk di kepala dan rakannya parah.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke HKKB dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan.

Bakal pengantin hadapi tiga pertuduhan

SH


KUALA TERENGGANU- Bakal pengantin yang telah mengikat tali pertunangan selama enam tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tiga pertuduhan bersama memiliki dadah jenis methamphetamine, heroin dan kannabis pada 15 Oktober tahun lalu.

Pasangan itu, Suresh Kumar A/L Theyunny @ Baskaram, 40, dari Taman Padang Midin, Kuala Terengganu dan Majula A/P Avali, 33, dari Lunas Kedah dituduh memiliki ketiga-tiga jenis dadah tersebut di sebuah rumah di Jalan 5, Taman Midin, kira-kira jam 11.30 malam pada tarikh tersebut.

Pertuduhan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Zalina Othman.

Hakim, Siti Faraziana Zainuddin menetapkan 18 April ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi, di sini.

Mengikut fakta kes, dalam pertuduhan pertama, pasangan itu dituduh memiliki 46 biji pil disyaki dadah jenis methamphetamine iaitu berat kasar 4.3 gram di sebuah rumah di Jalan 5,

Taman Midin, Kuala Terengganu, dengan itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta yang sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua pula, di lokasi serta waktu yang sama, mereka dituduh memiliki satu botol plastik berisi serbuk disyaki dadah jenis heroin, berat kasar 1.0 gram dan dengan itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta yang sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, mereka dituduh memiliki sekotak plastik berisi bahan tumbuh-tumbuhan disyaki dadah jenis kannabis, berat kasar 32 gram dan dengan itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta yang sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun dan dikenakan hukuman sebat tidak kurang tiga sebatan tetapi tidak lebih sembilan sebatan.

Nelayan bongkar misteri

SH


KUALA TERENG-GANU- Teka teki punca sebuah bot nelayan yang pecah dan terdampar di pesisir pantai belakang Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Teluk Ketapang, 27 Mac lalu hampir terjawab dengan penemuan seorang lagi nelayan warga asing pada 28 Mac baru-baru ini di tengah laut di kawasan perairan Marang.

Nelayan itu yang berumur 54 tahun dan dipercayai pembantu tekong diselamatkan oleh seorang nelayan tempatan yang secara kebetulan berada di lokasi itu untuk menangkap ikan sekitar jam 3 petang, iaitu sehari selepas penemuan bot tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, menurut maklumat daripada nelayan tempatan itu, pembantu tekong tersebut ditemui sedang terapung di tengah laut dan melambai-lambaikan tangan meminta bantuan sejurus ternampak botnya yang ketika itu berada berhampiran lokasi.

“Tanpa membuang masa, nelayan tempatan itu terus membantu menyelamatkan mangsa dan membawa pulang ke Pelabuhan Chendering untuk bantuan seterusnya serta dalam masa sama terus membuat laporan polis di balai polis berhampiran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Manoharan berkata, pembantu tekong yang mengalami kecederaan lebam di bahagian mata sebelah kiri itu mendakwa dia terjatuh ke dalam laut selepas berlakunya pergelutan antara dia, tekong dan empat lagi awak-awak yang berada di dalam bot terbabit.

“Mereka keluar dari perairan Chendering untuk menangkap ikan sekitar 27 Mac jam 5 petang tetapi sejam berada di tengah laut, berlaku sedikit pergelutan antara satu sama lain dipercayai berpunca masalah kerja.

“Akibat pergaduhan itu, tekong dan pembantu tekong itu telah diserang dan dipukul dengan objek keras oleh empat awak-awak itu menyebabkan kedua-duanya tercampak ke dalam laut,” katanya.

Menurutnya, berikutan daripada maklumat itu, pihaknya memaklumkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu (APMMT) dan Jabatan Laut Malaysia untuk mengesan tekong yang dipercayai masih hilang.

“Usaha mencari dan menyelamat tekong itu masih diteruskan dan hasil maklumat yang diterima, kami percaya tekong tersebut berkemungkinan berada di sekitar kawasan perairan Redang,” katanya.

Tambahnya, pihaknya turut memohon kerjasama daripada nelayan untuk membantu mengesan serta menyelamatkan tekong itu.

Sementara itu, menurut Manoharan, pembantu tekong itu kini ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan didakwa di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959.

Sebelum ini, Sinar Harian keluaran 29 Mac menyiarkan empat nelayan warga asing ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan sebuah bot nelayan yang pecah dan terdampar di pesisir pantai belakang LTSM, Teluk Ketapang 27 Mac lalu.

Tiga nelayan dari Kemboja dan seorang dari Thailand itu ditahan di dua tempat berasingan beberapa jam selepas orang ramai menyedari kehadiran bot nelayan di situ jam 5 petang.

Pemeriksaan mendapati keempat-empat nelayan warga asing itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan kini ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959.

Berhubung kes menyebabkan kecederaan pula, mereka akan ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.

Selekoh ragut nyawa

SH


KAMPUNG LANDAS - Kawasan kemalangan maut! Itulah kesimpulan komuniti setempat serta penduduk memandangkan kawasan selekoh berhampiran Stesen Mardi Jerangau hingga simpang Jerangau Barat, di sini, sering berlaku kemalangan.

Terbaru, dalam kejadian 28 Mac lalu, seorang penunggang motosikal, Inamullah Imdadullah, 31, maut apabila motosikal Honda Wave yang dinaikinya bertembung sebuah Perodua Viva di Kilometer 51 Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi (hadapan Stesen Mardi Jerangau) kira-kira jam 7.30 pagi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang datang dari arah Bukit Besi dikatakan memasuki lorong bertentangan sehingga menyebabkan motosikalnya bertembung dengan kereta dipandu Shaari Ishak, 55, seorang pesara beralamat di Kuarters TDM, Ajil dan meninggal dunia di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian kepala.

Penduduk yang hanya ingin dikenal sebagai Sabri berkata, dia berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan seperti melebarkan jalan di kawasan berkenaan sebagai salah satu langkah mengurangkan kadar kemalangan.

“Sebagaimana Bukit Bauk di Dungun yang sering berlaku kemalangan, selekoh antara Stesen Mardi Jerangau di sini hingga simpang Jerangau Barat juga tidak terkecuali.

“Malah, selain kemalangan melibatkan penunggang motosikal Isnin lalu, baru-baru ini sekitar Januari turut berlaku kemalangan maut melibatkan seorang penumpang kereta dan ia berlaku di kawasan berhampiran Stesen Mardi Jerangau,” katanya.

Akhbar ini keluaran 28 Januari lalu turut menyiarkan laporan berkaitan kemalangan yang berlaku di Kilometer 50 Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi yang mana seorang guru beralamat di Gong Badak, Rohayati Ngah, 27, meninggal dunia gara-gara mengelak daripada terlanggar lembu melintas.

Rogol: Pemuda diarah bela diri

SH

KOTA BHARU - Mahkamah Sesyen semalam mengarahkan seorang pemuda membela diri di atas pertuduhan merogol gadis bawah umur pada tiga tahun lalu.

Tertuduh tersebut semalam memohon kepada mahkamah di hadapan hakim, Wan Fadhilah Nor Wan Idris untuk membuat pengakuan secara bersumpah.

Wan Fadhilah Nor ketika membaca keputusan berkata, setelah meneliti kes berkenaan secara maksimum dan pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie ke atas kedua-dua pertuduhan lelaki berasal dari Bachok itu diarah membela diri.

Berdasarkan pertuduhan pertama, antara jam 3 pagi hingga 4 pagi di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga di Kampung Mujur Jelawat, Bachok, tertuduh didakwa merogol seorang gadis berusia 14 tahun 2 bulan pada 1 Februari 2008 dan dengan itu melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Manakala untuk pertuduhan kedua pula, pada 2 Februari tahun yang sama, antara jam 12 malam hingga 2 pagi di sebuah bangsal di Kampung Aman, Bachok, tertuduh didakwa merogol gadis tersebut dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding tersebut juga peguam bela, Mohd Yusoff Yakob memberitahu mahkamah seramai tiga saksi akan dipanggil berhubung kes tersebut. Hakim memberitahu kes berkenaan perlu diselesaikan sehingga Jun ini.

Tiga maut dalam nahas



GUA MUSANG - Hasrat dua sahabat untuk menganjur pertandingan suara burung candik secara besar-besaran pada Sabtu ini (esok) tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kejadian kemalangan ngeri di Kilometer 47.9 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, dekat sini, petang kelmarin.

Mangsa, Mat Dahri Yusoff, 35 seorang peniaga kedai makan di bandar ini bersama Pengawal Keselamatan Kampung Tanah Puteh, Sa’ade Mohd, 38, dipercayai dalam perjalanan pulang selepas mengambil piala yang ditempah untuk pertandingan itu di Kuala Krai.

Mereka maut akibat cedera parah selepas tersepit dalam kereta Produa Kancilnya dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Paloh Satu.

Turut maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk lori kontena, Produa Kancil dan treler angkut kenderaan itu pemandu lori kontena, Muhammad Fathimy Hassan, 29 berasal dari Pedas, Negeri Sembilan manakala kelindan, Mohamad Zukhairi Baharom, 22, terselamat.

Kejadian itu berlaku semasa tiga kenderaan tersebut dalam perjalanan sehala dari Kuala Krai menuju ke Gua Musang dan terkejut dengan sebuah lori sarat muatan tong gas yang rosak di hadapan.

Pada mulanya treler angkut kenderaan yang menekan brek mengejut sebelum dirempuh Produa Kancil yang dinaiki dua lelaki dan disusuli pula sebuah lori kontena yang memandu laju merempuh Produa Kancil itu bersama treler berkenaan dari arah belakang.

Berikutan kejadian itu, pemandu lori kontena, Muhammad Fathimy hampir putus leher terkena besi treler angkut kenderaan manakala dua lelaki menaiki Produa Kancil pula terperosok bawah lori berkenaan dan kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Isteri Sa’ade, Wan Rosmah Wan Harun, 29, berkata, arwah suami memang ada memberitahunya untuk menganjurkan pertandingan suara burung candik pada Sabtu ini (esok) di Taman Tasik Bandar Gua Musang.

Katanya, memang tujuan arwah pergi ke Kuala Krai untuk mengambil piala yang ditempah untuk tujuan itu kerana semakin kesuntukan masa untuk berbuat demikian.

“Hanya yang saya terkilan dia hendak pergi ke Jeli dahulu sebelum ke Kuala Krai dan tidak diberitahu tujuannya, tetapi saya tetap reda dengan kehilangan suami tersayang itu,” katanya semasa ditemui di Hospital Gua Musang (HGM).

Beliau berkata, arwah bersama Mat Dahri memang rakan baik kerana kerap menganjurkan pertandingan suara burung dan jarang berpecah untuk ke mana sahaja.

“Tidak sangka keakraban mereka berdua akhirnya mati bersama dan saya yang menerima mengenai kejadian kemalangan itu pukul 9 malam terus bergegas ke HGM,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan semasa dihubungi mengesahkan berlaku kejadian kemalangan ngeri menyebabkan tiga maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian di hantar ke HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing awal pagi semalam untuk dikebumikan.

Drebar cedera apabila kereta langgar lampu trafik



SINGAPURA
BAHAGIAN depan kereta ini remuk dan ada tertanggal setelah ia terlanggar lampu trafik di Toa Payoh North semalam.
Menurut polis, ia menerima panggilan mengenai nahas di simpang Toa Payoh North dan Lorong 1 Toa Payoh dekat bangunan Singapore Press Holdings itu pada 12.20 tengah hari.Pemandu terbabit, seorang wanita berusia 40-an tahun, mengalami kecederaan ringan di muka dan dihantar ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan sedar.Tiada penumpang dalam kereta itu.Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya mengerahkan sebuah ambulans dan sebuah kenderaan kecemasan Red Rhino ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.Namun tiada sesiapa terperangkap.

Bekas CEO bank Bahrain disaman



LOS ANGELES 31 Mac - Sebuah syarikat Arab Saudi menyaman bekas ketua eksekutif sebuah bank di Asia Barat yang telah muflis sebanyak AS$9.2 bilion (RM28 bilion) yang didakwanya membantu menubuhkan satu daripada skim penipuan global terbesar dalam sejarah.
Saman itu difailkan di Mahkamah Persekutuan Los Angeles Isnin lalu dengan menuduh Glenn Stewart dari California Selatan memperolehi pinjaman secara menipu ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif The International Banking Corp. (TIBC).
TIBC merupakan bank keempat terbesar di Bahrain sehinggalah ia muflis pada 2009.
Tuntutan mahkamah itu difailkan oleh Ahmed Hamad Algosaibi & Bros., sebuah firma yang dikendalikan oleh keluarga kaya dan berpengaruh dari Arab Saudi.
Mereka menuduh Stewart pada dasarnya menguruskan sebuah 'bank tipu' yang mengumpulkan pinjaman lebih AS$10 bilion (RM30 bilion) daripada institusi kewangan,
Stewart didakwa tahu yang dia tidak memiliki pelanggan sebenar dan hanya menjadi orang tengah dalam mencipta serta mendokumenkan portfolio peminjam palsu supaya TIBC dilihat seolah-olah mempunyai perniagaan perbankan, selain membuat tuntutan palsu bahawa bank itu dikawal oleh firma Algosaibi, menurut tuntutan mahkamah itu.
Syarikat itu menuduh Stewart melakukan penipuan, berkomplot, membantu dan bersubahat dalam penipuan, membantu dan bersubahat melanggar tanggungjawab yang diamanahkan, tidak adil dan menuntut ganti rugi sebanyak AS$9.2 bilion (RM28 bilion).- AP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Firma pengurusan saman Britney Spears AS$10 juta




Britney Spears


LOS ANGELES 31 Mac - Sebuah syarikat pemasaran jenama yang menguruskan perjanjian untuk produk wangian Britney Spears bertindak menyaman penyanyi itu dan bapanya lebih AS$10 juta (RM30.2 juta).
Brand Sense Partners LLC dalam tuntutan mahkamah mendakwa anak-beranak itu telah membuat rundingan semula dengan syarikat kosmetik Elizabeth Arden pada tahun lalu berhubung bayaran royalti yang menyebabkan komisyen mereka sebanyak 35 peratus dipotong bagi pemasaran produk wangian itu.
Syarikat pemasaran tersebut mula bekerjasama dengan penyanyi itu pada 2003 dan mengadakan perjanjian produk wangian Spears pada 2004.
Mereka mendakwa Spears dan bapanya, Jamie membuat satu perjanjian baru pada tahun lalu untuk produk wangian baru penyanyi itu, Radiance.
Perjanjian itu dilakukan secara langsung antara Spears dan syarikat kosmetik itu dan ia didakwa melanggar perjanjian asal dengan Brand Sense.
Syarikat pemasaran itu mengemukakan saman ganti rugi dan kerosakan lain lebih AS$10 juta (RM30.2 juta) serta meminta hakim mengisytiharkan mereka layak menerima 35 peratus komisen ke atas semua produk wangian Spears yang dicipta oleh Elizabeth Arden.
Tindakan saman itu pertama kali dilaporkan semalam oleh laman web selebritiRadarOnline.com.- AGENSI
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Penyamun ditembak mati cuba serang polis


JOHOR BAHRU 31 Mac - Polis menembak mati seorang daripada 10 penyamun yang cuba menyerang anggota dengan parang ketika kumpulan itu merompak sebuah pusat snuker di Bandar Baru Permas Jaya, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, seorang lagi rakannya yang terkena tembakan di bahagian kaki sempat melarikan diri bersama tujuh lagi suspek.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kumpulan penyamun tersebut disifatkan berbahaya kerana turut menetak tiga mangsa termasuk seorang daripadanya pekerja premis.
Menurutnya, salah seorang mangsa sempat melarikan diri dan ke balai polis berdekatan untuk meminta bantuan.
"Dua anggota polis bergegas ke pusat snuker itu dan setibanya di situ, kumpulan berkenaan cuba melarikan diri.
"Apabila diarah supaya menyerah, mereka enggan berbuat demikian, malah bertindak menyerang anggota polis.
"Bagi mempertahankan diri, polis melepaskan tiga das tembakan dan mengenai dua suspek," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.
Katanya, semua mangsa yang ditetak kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kerugian membabitkan wang tunai berjumlah RM1,200, seutas rantai milik mangsa dan dua telefon bimbit.
Beliau meminta pihak klinik dan hospital sama ada kerajaan atau swasta melaporkan kepada polis jika menerima pesakit yang terkena tembakan atau cedera parah.
"Orang ramai juga perlu beri kerjasama kerana kumpulan penjenayah itu ganas dan amat bahaya. Mereka tidak teragak-agak menyamun dan menetak mangsa," katanya.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Rogol: Pemuda diperintah bela diri

Utusan Malaysia Online - Timur: "

KOTA BHARU 31 Mac - Seorang pemuda diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan merogol seorang gadis bawah umur. tiga tahun lalu.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas Mohd. Hafizi Abdul Mutalib, 22.

Beliau menetapkan 10 Mei ini untuk tertuduh bela diri.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang ketika kejadian berusia 19 tahun, didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun dua bulan dalam sebuah kereta Proton Saga di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok antara pukul 3 dan 4 pagi, 1 Februari 2008.

Dia yang diwakili peguam Mohd. Yusoff Yakob, didakwa mengulangi perbuatan itu terhadap mangsa di sebuah bangsal di Kampung Aman, Bachok keesokan harinya antara pukul 12 tengah malam dan 2 pagi.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusof mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan."

Kumpulan penjenayah curi pintu pagar tumpas

Utusan Malaysia Online - Johor: "

JOHOR BAHRU 31 Mac - Kebimbangan penduduk berhubung kecurian pintu pagar keluli yang kerap berlaku di kawasan rumah mewah di Kulaijaya di waktu malam berakhir apabila penjenayah terlibat berjaya ditumpaskan minggu lalu.

Kumpulan dianggotai lima lelaki itu menyasarkan pintu pagar jenis keluli tahan karat yang harganya mencecah ribuan ringgit.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, lima suspek yang berusia antara 17 dan 53 tahun itu ditahan 20 Mac lalu.

'Dengan tumpasnya kumpulan ini, kita berjaya menyelesaikan 29 kes curi pagar keluli di Kulaijaya, Johor Bahru Utara (JBU), Johor Bahru Selatan, Seri Alam dan Kota Tinggi.

'Salah seorang suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau kerana mencuri,' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Selain kejayaan itu, katanya, polis juga menumpaskan kumpulan samun kedai runcit di JBU.

Beliau memberitahu, dua suspek berusia 21 dan 25 tahun itu diberkas selepas menyamun sebuah kedai runcit di Taman Munshi Ibrahim, di sini Rabu lalu.

'Ekoran tertangkapnya suspek itu, polis berjaya menyelesaikan tujuh kes samun di JBU,' katanya sambil memberitahu kes itu disiasat di bawah Seksyen 395/396 Kanun Keseksaan"

Bapa, anak ditahan curi kereta lama




MOHD. Fawzi Arshad (tengah) menunjukkkan rangka kereta, komponen dan tong gas yang dijadikan peralatan untuk memotong serta meleraikan kenderan di IPD Kluang, semalam.

KLUANG 31 Mac - Bapa dan anaknya serta seorang lelaki yang dihukum buang daerah antara enam suspek yang ditahan kerana aktif mencuri kereta lama jenis Datsun dan Nissan Sunny di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, kesemua suspek berusia 17 hingga 45 tahun itu dipercayai ahli sindiket curi kenderaan tersebut untuk dilerai sebelum alat ganti dan komponennya dijual.
Difahamkan geng itu mewujudkan 'bengkel bergerak' yang turut dilengkapi peralatan memotong dan meleraikan kenderaan bagi menyukarkan aktiviti mereka dikesan oleh pihak berkuasa.
Alat ganti kenderaan lama jenis Datsun dan Nissan Sunny dikatakan sukar dicari dan mendapat permintaan tinggi pelanggan.
Mohd. Fawzi berkata, hasil maklumat awam dan risikan, dua daripada suspek ditahan di Kampung GSA Chamek, di sini kira-kira pukul 10 malam kelmarin.
Menurutnya, ketika ditahan, suspek sedang meleraikan kereta-kereta lama yang telah dicuri.
"Dalam serbuan itu, polis turut menemui dua rangka kereta Datsun dan Nissan Sunny bersama komponen, enjin dan peralatan untuk memotong dan meleraikan kereta.
"Siasatan lanjut membawa kepada penahanan dua lagi suspek pada hari sama, manakala dua suspek terakhir berjaya diberkas semalam ketika bermain snuker di daerah ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang di sini hari ini.
Mohd. Fawzi memberitahu, antara yang ditahan termasuk seorang bapa bersama anak lelakinya dan pemuda berusia 21 tahun dari Perak yang masih menjalani hukuman buang daerah.
Katanya, suspek turut mengaku terlibat dalam jenayah mencuri motosikal di pusat beli-belah di daerah ini.
Utusan Malaysia Online - Johor

Kangar paling teruk dilanda banjir



KAWASAN Sekolah Kebangsaan Seri Indra di Kangar dinaiki air akibat banjir menyebabkan sekolah tersebut terpaksa ditutup semalam.

KANGAR 31 Mac – Jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri ini hari ini meningkat semula terutama di Kangar dan Arau walaupun jumlah mangsa di Padang Besar semakin berkurangan.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN), sehingga pukul 3 petang seramai 3,475 mangsa daripada 919 keluarga berada di 31 pusat pemindahan di negeri ini.
Katanya, daripada jumlah tersebut, empat pusat pemindahan di Padang Besar telah ditutup manakala sebuah pusat pemindahan di Arau mulai dibuka.
Berbanding pada pukul 10 pagi ini, keseluruhan mangsa yang dipindahkan ialah seramai 3,488 orang daripada 918 keluarga yang dipindahkan ke 36 pusat pemindahan.
Di Kangar, jumlah mangsa adalah paling ramai iaitu 2,687 orang daripada 707 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan.
Sementara itu, di Arau, seramai 457 mangsa daripada 121 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan berbanding seramai 344 mangsa daripada 91 keluarga dan enam pusat pemindahan pada pukul 10 pagi.
Di Padang Besar pula, sebanyak empat pusat pemindahan ditutup menjadikan hanya empat pusat yang masih beroperasi menempatkan 331 mangsa daripada 91 keluarga.Utusan Malaysia Online - Utara

'Saya ingat seorang, tapi 10 penyamun datang'


JOHOR BAHRU 31 Mac - Seorang pekerja sebuah pusat snuker mengalami saat-saat mencemaskan dalam hidupnya apabila ditetak seorang daripada 10 penyamun yang merompak pusat permainan itu di Bandar Baru Permas Jaya, awal pagi tadi.

Mangsa, Wee Ming Teng, 23, yang ditetak dengan parang di lengan sehingga ke siku kiri berikutan itu terpaksa menerima 20 jahitan.
Menurutnya, sebaik sahaja mengetahui terdapat penyamun yang memasuki premis itu, dia cuba melawan dengan membaling kerusi tetapi gagal kerana mereka terlalu ramai.
"Saya ingatkan hanya seorang penyamun tetapi sebaik sahaja saya cuba melawan sembilan lagi menyerbu masuk menyebabkan saya tiada pilihan selain terpaksa melindungi kepala saya daripada ditetak," katanya kepada Utusan Malaysia di tempat kejadian di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 5.10 pagi itu, terdapat beberapa pelanggan sedang leka bermain permainan komputer dan snuker di pusat berkenaan.
Seorang lagi pekerja yang enggan dikenali berkata, sejurus mengetahui disamun, dia mengunci bilik dan memadamkan lampu serta mengarahkan pelanggannya diam.
Menurutnya, kumpulan penyamun itu bertindak ganas dengan memecah serta merosakkan peralatan permainan di pusat berkenaan.
Katanya, insiden itu berlaku kira-kira 20 minit sebelum anggota polis tiba sebaik sahaja salah seorang mangsa yang cedera di pergelangan tangan sempat melarikan diri dan meminta bantuan.
"Premis itu terletak kira-kira 200 meter dari Balai Polis Permas Jaya. Anggota itu segera bertindak dan menembak seorang penyamun yang cuba melawan dengan menggunakan parang panjang," ujarnya.
Tambahnya, sebaik sahaja mengetahui seorang rakan mereka ditembak, kumpulan penyamun itu bertempiaran melarikan diri dan membuang parang di longkang berhampiran premis tersebut.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Tiga maut nahas ngeri


Anggota bomba mengeluarkan dua mayat yang tersepit dalam kereta Produa Kancil dalam kejadian kemalangan di kilometer 47.9 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan, semalam. – Bernama

GUA MUSANG 31 Mac – Tiga termasuk dua sahabat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan dua buah kenderaan berat dan sebuah kereta di Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Simpang Paloh Tiga, dekat sini semalam.
Kemalangan ngeri pada pukul 6.30 petang itu melibatkan sebuah treler membawa muatan kereta, lori kontena dan kereta Perodua Kancil.
Mangsa yang terbunuh ialah pemandu lori kontena, Muhammad Fathimy Hassan, 29, pemandu Perodua Kancil, Mat Dahri Yusoff, 35, dan penumpangnya, Sa‘ade Mohd. Noor, 38. Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Kemalangan itu mengakibatkan kereta Perodua Kancil yang dipandu Mat Dahari yang juga peniaga dan Sa‘ade, pengawal keselamatan, remuk teruk selepas terperosok ke bawah lori kontena.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Aziz Hasan ketika dihubungi hari ini berkata, kejadian berpunca akibat sebuah lori muatan balang gas yang rosak diletakkan di atas jalan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.
“Kon tanda amaran telah diletakkan dikeliling lori tersebut. Namun sebuah treler muatan kereta dari arah sama telah berhenti mengejut di belakang lori yang rosak tersebut sehingga dirempuh kereta Perodua Kancil yang datang kemudian.
“Selepas itu, datang pula sebuah lori kontena lalu merempuh kereta Perodua Kancil terbabit dari belakang dan terperosok di bawah lori kontena berkenaan,” katanya.
Menurut Aziz, ketiga-tiga mangsa yang terkorban kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
Sementara itu, isteri Sa‘ade yang enggan dikenali ketika ditemui di Hospital Gua Musang hari ini memberitahu, suaminya bersama Mat Dahari dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Gua Musang.
“Suami saya ke Rantau Panjang bersama-sama Mat Dahari untuk ambil baju dan piala yang telah ditempah untuk pertandingan suara burung candik yang akan berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang,” katanya.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Surat layang satu fitnah – Saksi



KUALA LUMPUR 31 Mac – Bekas Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Hishamuddin Hashim (gambar) hari ini menjawab lima tohmahan dalam surat layang bertarikh 5 Ogos 2009 yang ditujukan kepada beliau dengan menyifatkannya sebagai satu fitnah.
Beliau semasa memberi keterangan menafikan mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan hanya mengenali bekas Menteri Besar Selangor itu kerana sering menjemput beliau bagi merasmikan program anjuran SPRM ketika memegang jawatan sebagai Ketua Unit Pendidikan Masyarakat.
Hishamuddin yang kini merupakan Pengarah SPRM Negeri Sembilan juga menjelaskan bahawa asid deoksiribonukleik (DNA) beliau tidak diambil di biliknya, sebaliknya kedua-dua proses yang dilakukan oleh ahli kimia dibuat di bilik mesyuarat dengan kehadiran semua pegawai yang terlibat.
‘‘Itu fitnah. Semua tuduhan bersifat fitnah. Pihak polis beri dua hari untuk pegawai-pegawai SPRM hadir di bilik mesyuarat untuk beri DNA. Saya hadir hari kedua sebab hari pertama saya sibuk dengan urusan di ibu pejabat. Bukan saya seorang, ada pegawai-pegawai lain pada hari kedua.
‘‘DNA juga diambil kali kedua atas arahan Koroner di bilik mesyuarat yang sama di tingkat 14 dengan turut dihadiri oleh peguam-peguam daripada pelbagai pihak,’’ jelas beliau.
Berhubung tohmahan kononnya beliau menggunakan teknik soal siasat dengan memegang tali pinggang dan menggoncang saksi, Hishamuddin menafikan sama sekali serta mencadangkan agar saksi-saksi yang pernah diambil keterangan oleh beliau dipanggil dan ditanya mengenai dakwaan tersebut.
‘‘Ketika itu saya timbalan pengarah, rakaman percakapan dan temu bual dibuat oleh pegawai. Saya tidak pernah periksa saksi atau temu bual mereka. Saya cuma beri arahan sahaja.
‘‘Menjadi kebiasaan, saya jarang punch out (merakamkan waktu keluar) dan ia boleh dirujuk pada kad-kad perakam waktu saya. Saya tidak punch out pada 16 Julai 2009 kerana saya keluar untuk menghantar anak ke sekolah dan akan datang balik ke pejabat,’’ katanya.
Surat layang yang diterima oleh peguam yang mewakili keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo pada 17 Ogos 2009 mendakwa Hishamudin sengaja tidak berada di pejabat pada hari pertama dan hanya memberi sampel DNA pada hari kedua di biliknya.
Hishamuddin juga dikatakan sengaja tidak mengetip kad perakam semasa keluar pada pagi 16 Julai 2009 iaitu pada hari Setiausaha Politik Exco Selangor itu ditemui mati, mempunyai teknik siasatan tertentu dan ada hubungan rapat dengan Mohamad Khir.
Dalam prosiding hari ini, Hishamuddin juga mengaku tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kematian Beng Hock kerana polis telah pun menjalankan siasatan bermula pada hari kejadian selain ada laporan telah dibuat oleh orang awam berhubung penemuan mayat itu.
Semasa memberi respons kepada soalan-soalan daripada peguam mahupun anggota panel suruhanjaya, suasana menjadi agak tegang apabila Hishamuddin kerap menjawab dengan agak kasar sehingga Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen menegur agar saksi bertenang serta tidak terlalu emosi.
Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini bersambung Sabtu ini dengan keterangan oleh Pakar Patologi Forensik dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand.
Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Bengkel kereta diarah bayar RM20,000 kerana menipu


TERANIAYA! Sudahlah 'diketuk' oleh pemilik bengkel, komponen kereta pula dijual sebagai alat ganti kepada pihak ketiga.

Kereta jenis Audi A4 yang dihantar untuk dibaiki pada Januari 2008 itu sehingga hari ini masih tersadai sehingga pemiliknya, Looi Kar Min, 42, mengambil keputusan mengemukakan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Ipoh, Perak baru-baru ini.
Justeru, Presiden TTPM, Mohd. Nasrim Mohd. Salleh mengarahkan bengkel tersebut, Ipoh New Technics Auto Service Sdn. Bhd. membayar RM20,000 kepada Kar Min membabitkan RM16,000 bagi nilai kereta dan RM4,000 untuk kos baik pulih kereta yang telah dibayar oleh penuntut.
Beliau memutuskan demikian selepas mendapati pemilik bengkel itu menipu TTPM semasa prosiding apabila mendakwa kereta tersebut sebenarnya sudah siap dan boleh diambil oleh Kar Min, sedangkan kenderaan itu sebenarnya masih tersadai dan keadaannya begitu teruk.
Ia dimaklumkan sendiri oleh Kar Min yang pergi melihat keadaan kereta tersebut selepas diberikan masa selama sejam oleh TTPM untuk mengambil kereta itu dan menyelesaikan baki hutangnya dengan bengkel berkenaan.
Ketika ditemui di pekarangan TTPM, Kar Min memberitahu, dia menghantar kereta itu ke bengkel tersebut untuk dibaiki pada Januari 2008 selepas enjin kereta tidak boleh dihidupkan.
Namun, selepas kerosakan itu dibaiki, timbul pula kerosakan demi kerosakan termasuk pada penyerap hentakan dan kotak gear sehingga kosnya mencecah RM8,000 yang tidak mampu dibayar oleh Kar Min.
''Pada 26 Oktober 2010, saya menghubungi pemilik bengkel dan dia bersetuju untuk membaiki kereta itu dalam masa tiga minggu selepas Tahun Baru Cina dengan bayaran RM8,000.
''Dia juga berjanji untuk menggantikan semula alat-alat ganti yang telah dijual itu dengan alat ganti baru selepas saya membayar wang pendahuluan sebanyak RM4,000. Bakinya akan dibayar selepas kereta itu siap,'' katanya.
Menurut Kar Min, selepas tiga minggu, kereta itu tidak juga siap dan pemilik bengkel asyik melanjutkan masa membaiki kereta itu dengan alasan terlalu sibuk.
''Semasa pergi tengok kereta, saya mendapati enjinnya tidak boleh dihidupkan, cermin pecah dan tayar pancit.
''Dia juga menggantikan komponen kereta dengan alat ganti terpakai dengan alasan komponen baru terlalu mahal,'' katanya.