RANTAU PANJANG - Seorang ahli perniagaan berbangsa Cina dipercayai dibunuh dan diletakkan dalam but keretanya di Cabang Empat Salam, di sini, malam kelmarin.
Mangsa yang berusia 56 tahun itu dipercayai dari Kota Bahru ditemui kira-kira pukul 9.30 malam dalam keadaan berlumuran darah selepas dipercayai bergelut dengan suspek di tempat lain sebelum dimasukkan ke dalam but kereta jenis Toyota Altis.
Kejadian disedari penjual air tebu, Zuri Husin, 36, yang berniaga berdekatan dengan tempat kejadian oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
Menurutnya, ketika itu dia sedang memeriksa kawasan kedai dan didatangi seorang pemuda dalam usia lingkungan 20-an memaklumkan ada kereta yang mencurigakan berdekatan dengan kedainya.
“Lelaki tersebut membuka pintu hadapan di tempat duduk pemandu dan menyuluh lampu ke dalam dengan menggunakan lampu telefon bimbit.
“Saya melarang lelaki tersebut untuk menjalankan pemeriksaan kerana pemandu kereta tidak ada di kawasan tersebut,” katanya ditemui di sini, semalam.
Zuri berkata, sejurus selepas itu, lelaki tersebut membuka but kereta dan terkejut apabila melihat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah.
Katanya, akibat ketakutan dia berlari kepada anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang sedang menjalankan tugas di sekatan jalan raya, Chabang, Empat Salam.
Menurutnya, selepas memberitahu kejadian tersebut, dia terus pulang ke rumah yang terletak berdekatan di kawasan tersebut.
“Selepas beberapa jam, saya menerima panggilan dari keluarga memaklumkan pihak polis mahu mengambil keterangan bagi membantu siasatan.
“Saya sendiri tidak mengingati lelaki yang memberitahu saya mengenai kejadian tersebut kerana ketakutan ketika itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim ketika ditemui mengesahkan kejadian itu dan sepasukan pegawai termasuk daripada Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Bahagian Siasatan Jenayah, Daerah Pasir Mas dikejarkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa diletakkan dalam but kereta dalam keadaan berlumuran darah.
Katanya, dipercayai kereta terbabit ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui oleh orang awam.
“Dipercayai mangsa telah bergelut dengan suspek sebelum dia dibunuh di tempat lain dan mati hampir lapan jam sebelum mayat ditemui.
“Hasil siasatan awal dipercayai, kereta mangsa dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Pasir Mas,” katanya.
Haliludin berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan dari saksi yang menemui kereta untuk membantu siasatan dan masih menjalankan siasatan.
Menurutnya, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum sampai mati.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya tampil atau menghubungi balai polis berdekatan atau menerusia talian 09-7908222.
“Kita sedang melancarkan gerakan memburu suspek untuk membantu siasatan,” katanya.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa sudah tidak pulang ke rumah sejak kelmarin.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke hospital Pasir Mas untuk bedah siasat dan sejurus selepas kejadian, ahli keluarga mangsa sudah membuat pengecaman mayat.